Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 3 November 2006

Azimat Pelaris


Assalamualaikum wbh

Saya memperolehi azimat pelaris ini daripada hambaAllah setelah beliau datang belajar. Selain azimat ini, berpuluh-puluh tangkal azimat lain telah diserahkan kepada saya untuk dilupuskan.

HambaAllah ini telah membuka restoran kira-kira 1 1/2 tahun tanpa pelaris dan alhamdulillah sangat  maju dan dapat buat rumah sewa beberapa pintu. Selepas itu beliau mula guna pelbagai pelaris, akibatnya perniagaan merosot dan akhirnya bungkus.

Namanya adalah pelaris tetapi sebenarnya adalah azimat - objek yang sebenarnya membawa sial, perniagaan jauh dari rahmat Allah dan azab Allah yang menanti dari perbuatan ini, subhanallah.

Alhamdulillah hambaAllah ini telah pun taubat.

Emjay

10 comments:

  1. MAJU DAN BUNGKUSNYA USAHA SESEORANG ITU BUKAN KERANA AJIMAT TETAPI KERANA TUAN PUNYA PERNIAGAAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT.SDR EMJAY NI PERCAYAKAN AJIMAT BAWA MALANG PADA PENGGUNANYA.SIAPA YANG SYIRIK NI BEB?TAK HABIS2 NGAN POWER RANGER HANG!!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbh adiputragi

    Memang betul kata-kata sdr bahawa "MAJU DAN BUNGKUSNYA USAHA SESEORANG ITU BUKAN KERANA AJIMAT TETAPI KERANA TUAN PUNYA PERNIAGAAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT"

    Kalau dah ini ketentuannya, mengapa perlu mencari pelaris?? Apakah Allah belum cukup menjadi tempat memohon pertolongan sebagaimana dalam Al Fatihah?? Apabila sudah memakai pelaris maka sudah mensyirikkan Allah. Apabila sudah mensyirikkan Allah maka Allah memberikan musibah sesuai dengan As Syura:30. Dan antara musibah ini ialah ia akan membawa malang.

    Sekian wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t

    Ada satu senario . Ada 2 orang petani yang rajin solat dan taat pada perintah Allah . Setiap dari mereka berusaha kuat dan berdoa untuk memastikan hasil tanaman meraka menjadi. Seorang berusaha menggunakan " ilmu dan teknik menanam " dan berdoa dan Seorang lagi hanya menanam dan berdoa untuk mendapatkan hasilnya.

    Samakah orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu? ... Jesteru itu berdebat lah menggunakan akal dan ilmu bukan mengikut hawa nafsu.

    Firman Allah ta'alla ..

    " ... dalam bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai PETUNJUK, PEMBEZA dan KETERANGAN BAGI PETUNJUK..... "


    Cari la guru yang mursid bukan musyrik . Jadi la murid yang abid dan belajar la dengan rendah hati kerana air tidak akan mengalir dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi , begitu juga dgn ilmu.

    Cari la rahsia kepada rahsia di dalam Al quran. Usah bertelagah tentang perkara yang bole memecah belahkan persaudaraan islam terutama masalah furuq. Diantara kita ada yang betul dan ada yang silap tetapi bukan tugas kita menghukum sesama manusia.

    Kesimpulan :

    Belajar dan kaji Al quran dan As sunnah daripada guru2 yang mursid ( bukan setakat pandai baca al quran dan terjemahan tetapi mahir tentang "nahu" bahasa arab , lebih2 lagi mahir tentang "ashabul nuzul" , nescaya anda dapat jawapan kepada segala permasalahan anda pasal perkara " tangkal dan jin" bila dan macam mane bole digunakan dan bila dan macam mane tidak boleh digunakan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh asianbroker

    Bunyi tulisan sdr macam sdr ini adalah anggota tareqat. Kalau tidak menjadi masalah, bolehkah saya tahu sdr dari kumpulan tareqat yang mana.

    Sekian maaf kerana bertanya

    Emjay

    ReplyDelete
  5. hanya orang melayu yang bodoh sahaja yakin azimat2 macam ni leh lariskan perniagaan..kepada post2 di atas,buktikan surah mana menerangkan penggunaan azimat ni dalam perniagaan? Ayat mana yang menghalalkan azimat2 ni? kalau tak ade dalam quran dan hadis itu terang2 menunjukkan anda bukan dari kalangan ahli sunnah yang percaya pada quran dan hadis..Tapi anda dari kalangan mazhab "melayu" yang suka menokok tambah dalam agama yang cukup2 sempurna ni..seolah2 islam ni tk cukup sempurna

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    Saya sangat suka dengan reply rusydi87 di atas terutama sekali :

    "Tapi anda dari kalangan mazhab "melayu" yang suka menokok tambah dalam agama yang cukup2 sempurna ni..seolah2 islam ni tk cukup sempurna"

    Emjay

    ReplyDelete
  7. belajar dagang ayam goreng sama KFC tak perlu penglaris tapi kedainya menyebar di puluhan negara dari eropa, timur tengah sampai asia, tak perlu penglaris.

    ReplyDelete
  8. lihat lah. sikit2 tereqat. sikit2 tareqat. jgn bangga diri saudara. jgn berasa tinggi. tu bukan sifat2 yang terpuji. belum pernah saya dengar ada yang mengatakan bangga diri somong itu suatu sifat yang terpuji. saudara bukan berdebat untuk kebaikan agaknya. kata2 saudara emjayjb membuatkan suasana semakin tegang. maka ini bukan pendebatan yang bagus. ternyata ssekali debat ini mencari salah siapa. menasihat dengan lembut adalah lebih baik dari kekerasan.
    semoga rahmat ALLAH akan bersama insan yang mengingatinya.
    Amin ya Rabbala'lamin.

    ReplyDelete
  9. soalan mudah dari seekor semut kepada tuan punya blog..

    salah ke tareqat ni?

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu salah. Kalau tareqat itu adalah benar, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sudah mengamalkannya sejak dahulu.

      Tareqat ini memang merasakan ajaran yang disampaikan oleh Muhammad saw tidak lengkap dan sempurna maka diciptakan agama baru bernama tareqat. Sebagai contoh jelas, Allah dan Nabi Muhammad SAW mengajarkan melalui Al Quran bahawa Allah bersemayam di Arasy, mereka menolak dan menentang lalu mengajarkan ajaran baru. Mereka katalah AlLah, tidak bertempat, Allah dimana-mana dan Allah didalam hati.

      Nak selamat ikutilah ajaran disampaikan Nabi Muhammad SAW, nak binasa ikutlah tareqat.

      Emjay

      Delete