Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 6 November 2006

Kayu kokka??




Kayu kokka merosak akidah!!!

Nampak gayanya Darul Nu'man ini macam islamik semacam iklannya berkaitan kayu kokka ini. Namun mereka ini adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan. Kalau nak ikut sesat mudah sahaja, beli barangan kayu kokka dari Darul Nu'man ini dan pakailah atau simpanlah seperti mana saranan mereka ini.

Semoga Allah melindungi umat Islam Malaysia dari terkena perbuatan syirik ini angkara Darul Nu'man.

Kalau nak tengok penerangan lanjut betapa liciknya iklan kayu kokka oleh Darul Nu'man ni, lihatlah sendiri laman web kayu kokka ini di:

http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html

Berikut adalah pandangan mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin yang keluar di Berita Harian.

Mufti nafi kayu kokka berkhasiat

KANGAR: Tindakan menjual Kayu Kokka yang didakwa dari jenis tongkat Nabi Musa dan mempunyai pelbagai khasiat adalah perbuatan yang menyeleweng dari Islam.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan peniaga terbabit menerusi risalah yang mendakwa kononnya Kayu Kokka itu mampu memakbulkan hajat, keselamatan dan memajukan perniagaan, adalah satu bentuk penyelewengan daripada Islam.

"Dakwaan yang dibuat peniaga terbabit menerusi risalah yang diedar kepada orang ramai adalah dakwaan palsu dari segi agama," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Asri memberi dua hujah bagi menyangkal dakwaan yang dibuat peniaga itu iaitu tiada dalil sahih yang mengatakan tongkat Nabi Musa atau bahtera Nabi Nuh atau mana-mana nabi diperbuat dari kayu jenis itu.

"Jika kayu dari jenis ini (Kayu Kokka), mukjizat yang terjadi bukan disebabkan faktor jenis kayu tetapi kerana mereka ditabalkan menjadi Rasul.

"Mengaitkan Kayu Kokka dengan mukjizat nabi lebih kepada motif perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan akidah," katanya.

Hujah kedua beliau ialah, dakwaan yang dibuat peniaga itu boleh membawa kepada syirik dan pendustaan kepada Allah s w t.

" Allah tidak pernah berjanji dalam al-Quran atau sunnah Rasul bahawa Allah akan memberikan khasiat kepada sesiapa yang memakai kayu berkenaan.

"Dakwaan yang dibuat peniaga itu bererti mereka mempergunakan nama Allah secara dusta kerana ada sesetengah peniaga yang dikesan menggunakan hadis palsu," katanya.

Mohd Asri juga berkata, tindakan peniaga yang menjual dan berkempen mengenai khasiat Kayu Kokka itu adalah perbuatan memperbodohkan orang ramai dan memalukan Islam.

“Umat Islam harus berusaha membangunkan diri dengan menggunakan sains dan teknologi, berusaha bersungguh-sungguh dan berdisiplin untuk memajukan perniagaan.

"Kepercayaan terhadap dakwaan yang dibuat peniaga ini boleh membawa kepada syirik, penyelewengan, khurafat dan karut disamping memalukan umat Islam pada zaman serba maju ini," katanya.

Sementara itu, Berita Harian menghubungi seorang peniaga di Kuala Lumpur yang menjual Kayu Kokka yang mendakwa tongkat diperbuat dari Kayu Kokka itu diimport dari Mesir dan dijual dengan harga RM950 sebatang, jauh murah dari harga sebenar iaitu lebih RM3,000.

Katanya, tongkat itu boleh diletakkan dalam rumah sebagai perhiasan untuk keselamatan harta benda, diri dan keluarga serta mengukuhkan perniagaan.

Sumber:Berita Harian

Astaghfirullah!!

Emjay.

43 comments:

  1. Kenapa jabatan agama islam tak ambil tindakan kes sebegini? Musykil betul.

    ReplyDelete
  2. Ramai antara mereka bukan jaga agama tetapi jaga periuk nasi mereka semata-mata. Ramai raja ada pawang diraja pun mereka buat dekk saja. Ada seorang bekas sultan tu sampai ada tatoo pada badannya. Orang perempuan menyanyi, kita dengar, besok diakhirat dituang Allah besi cair ke dalam telinga kita. Dalam kes ini ada seorang mufti lagi kata orang perempuan boleh masuk tilawah baca AlQuran.

    ReplyDelete
  3. Saya x berapa faham dgn maksud saudara emjay.
    Maksudnya kelebihan2 kayu kokka tersebut adalah tidak benar?

    ReplyDelete
  4. Kayu koka asalanya samalah macam kayu-kayu lain yang dijadikan Allah. Darul Nukman telah menjadikan kayu ini sebagai tangkal sama seperti gambar-gambar tangkal yang saya paparkan. Hukum membeli dan memakainya sama seperti menggunakan tangkal yang saya paparkan dalam gambar tersebut. Syirik, sesat dan sangat berdosa besar.

    ReplyDelete
  5. demi menerangkan kekeliruan saya, tolong ulas pasal kelebihan kayu sugi berbanding kokka ini. adakah syirik itu kerana kelebihan kayu atau kerana cara gunanya?

    ReplyDelete
  6. Kayu sugi kalau guna dapat pahala kerana mengamalkan satu sunnah Nabi. Kayu kokka ini kalau menyimpan samalah dengan menyimpan tangkal atau meletakkan surah yaasiin bawah bantal ketika tidur, semuanya mensyirikkan.

    Wassalam wallahualam.

    ReplyDelete
  7. Usaha emjayjb bagaimanpun merupakan satu usaha untuk melurus, membersih dan memurnikan akidah bangsa Melayu ini, so harus disikapi secara terbuka dan jujur. Bukankah pencegahan adalah jauh lebih baik daripada pengubatan. Syirik zahir sangat mudah dikenal, tetapi syirik yang samar-samar seumpama ini susah dan sangat sukar untuk dikenal, padal ianya lambat laun dapat membatalkan syahdatain kita, atau paling tidak dapat mengurangkan kesempurnaan syahadain tersebut. wallahu aklam bissawab.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

    Terima kasih sdr albangkawy66

    Berdoalah kita semua semoga dapat kita bersama-sama menentang kesyirikan dalam masyarakat kita sekarang ini.

    Sekian

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Salam, bagi saya setiap ciptaan yang ALLAH cipta ada hikmah.
    kita minum astrak air tongkat ali dan natijahnya rasa segar. orang melayu menjadikan ubat sejak sekian lama tapi tidak panjang akal tidak dibawa kepada utk dikomisialkan. Orang cina/kafir bawa ke makmal dan berjaya.
    begitu juga kayu kokka kenapa tidak dibawa pada kajian bagaimana kayu kokka ini berkesan untuk perubatan. digerun oleh jin (dikaji dari sudut sains).
    buluh digerun oleh ular, kenapa ?
    kayu tas ditakuti oleh binatang buas, kenapa?

    Keyakinan/ tauhid kena dibetulkan namun kaji kemafaatan ciptaan ALLAH jangan ditinggalkan.

    Bagi saya (saya pakai kayu kokka) dijari sebelah kiri kerana saya sering kebas sebelah kiri dan rasa kebas hilang dan keyakinan saya tetap yang menyembuhkan ALLAH dan kayu kokka adalah penyebabnya dan kayu kokka bagi saya lebih kurang panadol yang kita semua makan bila demam. Nah!! jika yakin panadol yang hilangkan demam juga boleh mendatangkan syirik dan menyimpang kerana yakin panadol boleh mendatangkan menafaat juga adalah syirik. dan adakah menyimpang semua ubat-ubatan dirumah adalah syirik juga?
    syirik nie sebenarnya dah lama bertapak didalam dada manusia bila mana yakin ada selain dari ALLAH yang boleh mendatangkan manfaat dan mudahrat.

    Sebab tuulah ada ayat Al-quran perintah supaya orang beriman, beriman pada ALLAH. sebab iman kena sentiasa dijaga.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh sdr abufadillah

    Bukan mudah untuk mengumpul amal ibadah yang Allah redha. Susah untuk mengumpulkannya tetapi kini senang sahaja sdr membuangkan amal ibadah ini dengan melakukan kesyirikan ke atasNya. MasyaAllah. Sdr ini betul-betul macam orang perempuan tak bertudung tetapi menempelak pula orang perempuan yang bertudung.

    Mudahnya anda telah mensyirikkan Allah!!! bertaubatlah. Pada 5 November 2006 saya telah berseorangan menghukumkan menggunakan kayu kokka sebagai haram dan mensyirikkan Allah namun kini alhamdulillah telah banyak pihak yang mengikut jejak dengan menjatuhkan hukum yang sama termasuk Ustaz Zaharuddin;
    http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=514&Itemid=72.

    Janganlah berbangga memakai cincin kayu kokka kerana ia adalah seolah-olah berbangga melakukan zina. Namun dosa guna kayu kokka berbanding berzina adalah jauh lebih besar dan tiada dosa lebih besar dari dosa guna kayu kokka.

    bertaubatlah.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh..

    sdr abufadillah nampaknya tidak dapat membezakan panadol dengan kayu kokka. Budak 5 tahun pun dapat membezakan kayu kokka dengan panadol. Beginilah seorg yg cepat membuat andaian dlm perkara2 ini.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbh

    Terima kasih axstudio kerana sudi membantu abufadillah

    Semoga abufadillah diberikan rahmat dan ilmu yang berguna oleh Allah SWT

    ReplyDelete
  13. salam,sy masih ragu2 la psl isu kayu kokka ni lebih2 lagi bile isu panadol diperkatakan..mula2 saya percaya la ustz kate kayu kokka ni nothing..mukjizat kayu kokka ni time nabi je,tp bila saudara abu fadilah ni ckp psl panadol..buat saya terfikir n bertambah keliru.kita mmg berdoa n meminta dr Allah utk sembuhkan penyakit etc..tp takkan la nk tawakal semata2 tanpa usaha..kita tak tahu lagi sejauh mane kebenaran mengenai kelebihan kayu kokka ni..mungkin benar dan mungkin salah..kenela ade seseorg yg buat kajian mengenainya..pendapat sy,mungkin benar kayu kokka ni ade kelebihan cuma cara darul nu'man promote bnde ni yg salah..boleh buat org rmi yg kurg fhm tntg agama tersiap fhm dan lain2..sy tak menyokong sape2..
    hrp ustz dpt jelaskan lagi utk leraikan kekonfiusan saya.
    wsalam

    ReplyDelete
  14. afifah555, zaman nabi s.a.w dulu masa nabi sakit aisyah lah yang mengubatinya, pada masa itu ramai yg menawarkan ubat kpd baginda, aisyahlah yang membancuh ubatnya dan diberikan kpd baginda.

    Islam menerima semua ubat-ubatan yang diakui boleh menyembuhkan penyakit dgn izin Allah termasuklah panadol. Itulah ubat Islam.

    Kelebihan2 kayu kokka hanyalah direka-reka oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.. Cerita2 mukzijat tentang kayu koka ini adalah cerita2 yang di awan-awangan yang tiada usul.

    Kayu kokka ini hanyalah boleh menjurus kpd kerosakan akidah dan penyelewengan dari Islam. Apa kah tidaknya, dengan menggantung kayu kokka di badan seperti gelang, cincin dan sebagainya dgn mengharapkan sesuatu yang tidak nampak adalah seperti bergantung kpd kayu tersebut, bukan kpd Allah azza wa jalla.

    Benarlah pendapat Emjay yang mengatakan bahawa jika kita ingin memasuki hutan, kita ada 2 pilihan utk dibawa supaya keselamatan terjamin. Satu kayu kokka, dan satu lagi senapang. Mana satu hendak dipilih? Adakah ia sama? Renungkanlah..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  15. Terimakasih axstudio kerana sudi membantu afifah555 dan saya

    ReplyDelete
  16. 1stly, yg mmbezakan kyu kokka n ubat2 moden adalah kayu kokka tu blum ader kjian saintifik yg mdalam...mcm ubat2 tradisional, contohnye bunga cengkih, asalnye dlu kala ade digunakan utk hilangkan rase sakit pd gigi...kmudian kjian sains mbuktikan bunga cengkih ni ader bahan yg btindak sbg ubat bius...so tak mustahil kalo kjian saintifik dibuat pd kayu kokka, mgkin sains jga akan membenarkan khasiat2nye dan jadilah kayu kokka sbg ubat-ubatan sains...sape tahu?? jadi jika ssorg muslim menggunakan kayu kokka sbg ubat utk sstu pnyakit n sbg usaha kmudian bserah kpd Allah, adakah itu syirik??
    2ndly, kalo jin takut kt kayu kokka, kalo pak cik emjayjb takut kt ular n ulasan sy, syirik ke tu?? adekah same ktakutan jin pd kayu kokka n ktakutan pk cik emjayjb pd ular n ulasan sy, dgn ktakutan muslim pd Allah swt?? Allah kurniakan fitrah, psaan smula jadi pd mnusia... rase tkut itu fitrah...normal...so, kalo sy ckp jin tkut kt kayu kokka, syirik ke sy?? takde dalil yg kate jin takut kt kayu kokka n takde dalil yg kate jin tak takut kt kayu kokka...yg mmbezakan khasiat kayu kokka antara yg khasiat yg pertama n kedua tu adalah same ader nampak or tak nampak je, zahir or batin... memang diakui ader org yg salah guna kayu kokka tu, pg tokok tambah citer utk lariskan pniagaan...tp semuanyer bgantung pd i'tiqad kte...kalo pak cik tak stuju dgn sy, lepas ni jgn pakai ape2 ubat kalo sakit, nnti syirik plak pk cik...jgn kerana segelintir pniaga yg salah gune kayu kokka, abis sume dihentamnye...nnti menjawab engko kt Tuhan nnti...bley jdik fitnah tu bai... pasni kte akan tgk hujah2 pak cik emjayjb n kuncu2nye, hehe...suke sgt tduh org sesat nih... silakan pak cik...jgn takut kt sy plak, nnti syirik...hehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh musmay87

    Jangan taksub dengan sains. Dalam sains ada banyak perangkap syirik. Lihatlah sains melalui teori Darwin mengatakan kita berasal dari beruk. Biarlah Darwin saja berasal dari beruk tetapi saya berasal dari ADAM. Sains juga mengajarkan bahawa beberapa penyakit tiada ubatnya seperti Diabetes. Biarlah mereka, bagi saya ada ubatnya melainkan tua dan mati.

    Kalau satu ketika sains membuktikan bahawa setiap tangkal seperti besi kuning, ladam kuda, garam, kemenyan dan limau nipis mengandungi tenaga-tenaga tertentu dalam pemulihan, adakah sdr akan menggunakan objek-objek ini sebagai ikhtiar perubatan? Tidak sama ikhtiar melalui ubat dan tangkal? Kalau bab ini pun sdr tidak faham, usahlah membuang masa untuk berhujah di sini.

    Kalau sdr musmay87 ingin masuk neraka, pesan saya satu sahaja, jangan kempen ajak orang lain turut masuk ke neraka. Kalau dah cinta sangat dengan tangkal kayu kokka, saya nasihatkan jangan pakai satu gelang, elok beli sepuluh untuk pakai di kedua-dua tangan, kedua kaki, ikat di leher dan ikatlah di pinggang biar sdr musmay87 cepat sama ada masuk syurga atau neraka??

    Sebagai peringatan kepada pembaca sekelian, pada kira-kira 3 bulan lalu ada seorang hamba Allah yang datang belajar ke rumah saya dengan membawa abangnya yang banyak berbomoh, banyak jumpa ustaz di Daruss Syifak dan Ustaz Jumadi di Pasir Gudang. saya namakan abang hamba Allah ini sebagai mr gg. Mr gg ini juga memakai gelang tangan kayu kokka. Saya dah suruh mr gg ini untuk membuang segala tangkal dan kayu kokka. Banyak sungguh hujah balas dari mr gg ini. Saya kata kepada mr gg, "apabila Allah SWT sudah mengizinkan mr gg, kalau mengikut kelazimannya, rahmat dan azab sudah sangat hampir kepada mr gg. Kalau akur dengan ilmu agama Islam ini dan membuang segala tangkal, rahmat Allah insya Allah akan sampai kepada sdr tetapi sebaliknya kalau ingkar azabnya dah sangat hampir."

    Dalam surat khabar hari ini, nama mr gg terpampang di surat khabar edisi Johor, meninggal dunia dengan cara membakar diri sendiri dengan minyak petrol. Dalam tempuh seminggu sebelum membakar diri, mr gg dibawa berjumpa Ustaz Jumadi Pasir Gudang serta Darus Syifak di Bangi.

    Apa yang ingin saya tegaskan disini bahawa segala tangkal azimat termasuk kayu kokka hanya mengundang pelbagai musibat azab dari Allah dan seberat-berat azab adalah azab membunuh diri dengan membakar guna minyak petrol. Kalau kayu kokka membawa seribu rahmat dan rawatan yang diusahakan yang kononnya secara Islam juga diredhai Allah SWT, mr gg ini tidak akan mati membunuh diri.

    Bagi musmay87, saya mencadangkan jangan dibuang kayu kokka yang sdr pakai dan perjuangkan itu tetapi pakailah dalam tempuh tiga bulan lagi dan lihatlah sendiri dengan mata kepala sdr, semakin banyak rahmat atau azab dari Allah SWT. Lebih baik lagi berdoa "Ya Allah sekiranya aku menggunakan kayu kokka ini diredhai oleh Engkau Ya Allah, tunjukkanlah dan jikalau sebaliknya, tunjukkanlah. Aku sangat memerlukan petunjuk Mu Ya Allah".

    Buat eksperimen dengan tangkal ini juga satu ilmu sains. Nanti kalau dah dapat kesimpulan, beritahulah saya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Hari tu aku rase aku da reply hujah ko yg emo ni, hehe.tp tak kuar pulak. Hari ni baru prasan...ader maen kotor ke ni?? Rupenye kte same2 ex alam shah. Ko ni tak menjawab persoalan aku.. ingatkan cool...org bg hujah emo skit, abes, die tanak plak ikut care nabi bdakwah...huhu...Peringatan, aku tak pakai pun kokka tu... tp yg haq ttp haq n sbliknye... Aku tak taksub dgn sains. tak dinafikan ader teori2 sains yg mmg digunekan utk mnentang islam. Tu sume keje Yahudi. Tapi, bleh ke ko maen generalize cmtu, sbb darwin sorg abes sains tu dicopnye perosak, pnyesat..
    Ko pegila buat teori2 baru, snirik2 n jgn amek teori2 sains serta hasil2nye yg da ader skang nih...aku cadangkan, ko cari n bace la ttg sorg pakar matematik kt us, jefrelang kut namenye...die sorg athiest yg phm ttg mslah2 dlm islam n masuk islam n mluahkan pndapatnye dlm satu konvensyen...harap2 cetusan die dpt rendahkan ego ko tu n buat ko fikir skit msalah umat n serangan dr barat n yahudi laknatullah ni...bukannye gopoh dlm bhukum, tuduh org laen sesat n mmcah blah ummah..baru khatam 1 kitab da nk bising...kalo nk bertajdid skali pun, fikirla care yg aman damai skit, bukannye berperang ngan org yg tak sekepala mnampakkan kt org2 mude cm aku ni btapa busuknye hati totok2 maza ni.. mcm otak letak kt kote plak korang ni...kereta yg tgh begerak laju, elok2, tetibe ade golongan mtk berenti jap coz cat tak lawa...dala mtk berenti dgn kasar n tuduh org laen sesat serta bertopengkan pemurnian akidah...tuduh cat yg bkn hijau tu bid'ah..... Wallahu'alam pk cik emjayjb...Wassalam...i.j.m.

    ReplyDelete
  19. Hello brother x Alam Shah. Pertamanya jangan firnah saya mengatakan saya maen kotor delete reply engkau. Rugi saja engkau buat amal tetapi pahala amal kena transfer kepada saya. Kalau nak teruskan tak mengapalah. Saya tidak delete reply engkau. Kalau penulis reply delete, akan keluar mesej oleh multiply spt ini:
    Reply deleted at the request of the author.

    Kalau saya sebagai thread owner delete pula, akan keluar mesej:
    Reply deleted at the request of the thread owner

    Sekali lagi saya pesan, kalau engkau nak masuk neraka, jangan kempen orang lain turut masuk melalui laman Emjay ini.

    Kalau engkau ingin sekali nak menghalalkan kayu kokka, saya rasa kayu-kayu ini (dijadikan tangkal sebagaimana kayu kokka juga) juga patut sekali engkau halalkan. Sila tengok gambar ini:
    http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/27/39
    http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/27/33

    Saya pernah ambil gambar sejenis kayu lagi berwarna hitam berlengkar dan orang pakai jadikan gelang di tangan sebagai tangkal. Saya akan carikan gambarnya. Saya berpesan molek-molek kepada musmay87 agar silalah buat kajian sains keatas objek-objek kayu ini. Nanti kalau dah keluar hasil kajian engkau tu bolehlah masukkan dalam Laman Emjay ini.

    Saya sudah dapatkan gambarnya di sini http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/37/15

    Lebih baik lagi kalau engkau buat kajian sains tentang segala tangkal seperti dalam gambar di : http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Contoh_tangkal_dalam_masyarakat_melayu

    Manalah tahu kelak dari hasil kajian sains engkau yang hebat tu, kita boleh keluarkan bukti sains untuk menghalalkan penggunaan segala macam tangkal.

    Saya menghasilkan Laman Emjay ini jelas bukan untuk berperang dengan SDR atau orang yang tidak satu kepala TETAPI ADALAH UNTUK MENJELASKAN KEPADA ORANG AWAM AGAR JANGAN BERTANGKAL, BERAZIMAT, BERBOMOH DAN MENSYIRIKKAN ALLAH.

    Saya amat kesuntukan masa untuk menggunakan bahasa yang lembut jadi saya menggunakan bahasa yang straight forward sama ada syirik, haram, dibolehkan, digalakkan dan sebagainya.

    Engkau nak pakai ilmu Emjay alhamdulillah. Kalau nak bertanya buatlah macam nak bertanya, insyaAllah saya sedia menjawabnya. Kalau nak berkempen menggunakan kayu kokka memang menjadi kemarahan saya apatah lagi berkempen di Laman Emjay.

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Hari tu aku rase aku da reply hujah ko yg emo ni, hehe.tp tak kuar pulak. Hari ni baru prasan...ader maen kotor ke ni?? Rupenye kte same2 ex alam shah. Ko ni tak menjawab persoalan aku.. ingatkan cool...org bg hujah emo skit, abes, die tanak plak ikut care nabi bdakwah...huhu...Peringatan, aku tak pakai pun kokka tu... tp yg haq ttp haq n sbliknye... Aku tak taksub dgn sains. tak dinafikan ader teori2 sains yg mmg digunekan utk mnentang islam. Tu sume keje Yahudi. Tapi, bleh ke ko maen generalize cmtu, sbb darwin sorg abes sains tu dicopnye perosak, pnyesat..
    Ko pegila buat teori2 baru, snirik2 n jgn amek teori2 sains serta hasil2nye yg da ader skang nih...aku cadangkan, ko cari n bace la ttg sorg pakar matematik kt us, jefrelang kut namenye...die sorg athiest yg phm ttg mslah2 dlm islam n masuk islam n mluahkan pndapatnye dlm satu konvensyen...harap2 cetusan die dpt rendahkan ego ko tu n buat ko fikir skit msalah umat n serangan dr barat n yahudi laknatullah ni...bukannye gopoh dlm bhukum, tuduh org laen sesat n mmcah blah ummah..baru khatam 1 kitab da nk bising...kalo nk bertajdid skali pun, fikirla care yg aman damai skit, bukannye berperang ngan org yg tak sekepala mnampakkan kt org2 mude cm aku ni btapa busuknye hati totok2 maza ni.. mcm otak letak kt kote plak korang ni...kereta yg tgh begerak laju, elok2, tetibe ade golongan mtk berenti jap coz cat tak lawa...dala mtk berenti dgn kasar n tuduh org laen sesat serta bertopengkan pemurnian akidah...tuduh cat yg bkn hijau tu bid'ah..... Wallahu'alam pk cik emjayjb...Wassalam...i.j.m.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbh iwanisa.

    Nak tanya, apa tujuan copy paste tulisan musmay87 di atas??

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum emjay,

    Teruskan perjuangan, abaikan semua kutukan atau kritikan, teruskan niat murni mu semoga Allah membalas jasa baikmu.

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh axstudio

    ReplyDelete
  24. apsal ko ni tlalu yakin emjay?? nak jdik tuhan plak ke?? mandai2 hukum org yg pcaye kokka msuk neraka...emosinye ko ni...abesla pngamal2 perubatan cam aku pas ni kalo ikut ko...mazhab emjay wal asri wal salafi jadian...hehe...badut tol korang ni...pcaye kt ubat2,masuk nraka...apatah lg kt kyu kokka...ko pk la dlm2, buangla ego tu jauh2, lapangkanlah dada... dala tak jwb psoalan2 aku..pastu tgur2 org laen mcm org laen tu yahudi...ke ader affair ngan yahudi ni? hehe...jap lg emosi la tu...cube la fikir skit camane nk dekati golongan mude yg ssh nk dkat ngan islam ke, pk gerakan kristianisasi ke...ni naaakk jgk pk sal bnda2 camni...nk jdik hero la katekan...tp tk jwb soklan jgk...isk2..canela agaknye die nk menang nih...sian die... cadangkan ko g blajar kt darul iftak kt mesir tu kalo nk sgt bckp psl hukum hakam ni...ko kene btgjawab dgn hukum2 ko tuh...dala tuduh org sesat, tersesat plak dlm bhukum, pastu tuduh aku ajak org mnyesatkan diri...isk2...blajar kt asri sorg tk ckup bai...apatah lg memuja n mngangkat die smcam rasul la plak die tu...isk2...cobaan kate p ramlee...hehe...aku doakan ko snang makan minum tido anak bini n dipermudahkan hidayah kt ko...wallahu'alam...

    ReplyDelete
  25. Saya pernah katakan dalam reply saya diatas bahawa artikel dan thread saya ini hanya HANYA AKAN MENJADIKAN KEMARAHAN KEPADA ORANG YANG MAKAN CILI.

    Alhamdulillah rupa-rupanya benar sekali dan sdr musmay87 ini rupanya bomoh sesat juga kerana turut sama menyebarkan kayu kokka. Ini terserlah melalui kenyataan musmay87 sendiri iaitu:
    "abesla pngamal2 perubatan cam aku pas ni"

    Nasihat saya kepada musmay87 ialah berapa ramai lagi umat Islam yang akan engkau sesatkan lagi selepas ini??? Engkau kalau secara bersendirian melakukan syirik, mudah untuk bertaubat tetapi kalau macam ini, macam mana engkau nak bertaubat? Mcam mana engkau nak kembalikan akidah mereka yang pernah engkau sesatkan??

    Bertaubatlah kerana ingatlah bahawa azab Allah itu adalah amat perit. Saya rasa engkau sekarang ini juga sedang di azab Allah. Mungkin isterinya degil tak terkata dan anak-anak pun tak boleh nak cakap lagi. Bertaubatlah sebelum Allah tambahkan lagi azab kepada musmay87.

    Saya tumpang malu sekali ada warga Alam Shah yang selepas belajar dah tinggi, kerjanya menyesatkan orang awam seperti saudara.

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  26. hahaha...pembaca2 sekalian, lihatlah betapa kalut dan boloqsnye si emjay ni... maen hukum babi bute...aku ckp pengamal perubatan tu umum...untuk pengetahuan emjay, Allah telah memurahkan rezeki aku utk belajar dlm bidang perubatan di universiti iskandariah mesir dan peluang utk mdalami ilmu agama sgtla tinggi...MBCH...aku bukan nk bongkak, tp da ko ni cam perendahkan org je keje...sini ramai tok syeikh, bkn asri asri sorg je...tok syeikh salafi pun ramai...emjay emjay...da tue bgka pun ssh lg nk fikir...sian...jgnlah berkokok di kandang kambing...ikutlah resam padi, tunduk bila makin berisi...berhikmah la kite dalam berdakwah...tinggi-tinggi kelapa bali, kental berdiri akar di bumi, walau bermusim di terik mentari, tidak sekali lupakan diri....bertaubatlah emjay...

    ReplyDelete
  27. Qoute "Saya tumpang malu sekali ada warga Alam Shah yang selepas belajar dah tinggi, kerjanya menyesatkan orang awam seperti saudara."

    ni mmber musmay ni, tak tahan gelak baca ayat ni......sigh. org citer lain, ckp bende lain, buat malu salafus soleh je

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, saya tidak begitu arif dalam bidang agama. Segala kekurangan saya silalah tegur dan perbetulkan. Untuk menyelesaikan beberapa pertikaian seperti ini terdapat beberapa panduan dan rujukan untuk dikongsi bersama yang mungkin boleh leraikan perbezaan pendapat sesama Islam:

    "Teladan Para Imam Mazhab Dalam Menghadapi Perbezaan Pendapat"

    Perbezaan pendapat di kalangan para imam mazhab tidak pernah melebihi daripada apa yang sepatutnya. Perbezaan ini tidak bersangkutan dengan sifat taksub, sombong diri, hasad dan apa-apa lain penyakit hati. Para imam mazhab tidak pernah mempunyai tujuan yang lain dalam usaha mereka kecuali mengajar serta menegakkan agama Islam kepada umat.

    Perbezaan pendapat antara mazhab juga tidak menjadi faktor penghalang untuk solat bersama-sama. Apa-bila tiba sahaja musim Haji, semua umat Islam tidak kira sama ada para imam mazhab atau murid mereka atau pengikut me-reka akan turun ke Mekah dan Madinah untuk menu-naikan amalan haji.

    Justeru jika kita kaji sejarah dan riwayat hidup mereka, kita akan dapati sifat bertolak-ansur dan terbuka yang amat tinggi di antara mereka. Mereka menerima teguran dengan hati yang terbuka, membetulkan ajaran yang tersilap, menghormati antara satu sama lain dan saling membanding ajaran sesama mereka. Manakan tidak, bukankah para imam mazhab itu pada mulanya duduk berguru sesama mereka, mengasaskan ajaran daripada sumber yang sama dan mempunyai tujuan yang sama?

    Pernah sekali Malik bin Anas ditanya adakah perlu membasuh jari-jari kaki ketika berwudhu’. Beliau menjawab “Itu tidak perlu”. Setelah berakhirnya majlis kuliah tersebut, seorang anak murid Malik, bernama Ibn Wahhab berkata “Aku mengetahui akan suatu hadis berkenaan soalan tadi.”

    Bertanya Malik: “Hadis apakah itu ?”

    Ibn Wahhab berkata: “Laits ibn Sa‘ad, Ibn Luhai‘ah dan ‘Amr bin al-Harits meriwayatkan dari jalan Yazid bin ‘Amr, dari Mustawrid bin Shaddad; di mana mereka telah berkata: ‘Kami melihat Rasulullah menggosok antara jari-jari kakinya ketika berwudhu dengan anak jarinya’.”

    Berkata Malik: “Riwayat ini adalah sahih. Aku tidak pernah mendengarnya hingga seketika tadi.”

    Ibn Wahhab seterusnya menerangkan bahawa Malik kemudian mengajar orang ramai untuk menggosok jari-jari kaki mereka apabila berwudhu’.[1] Demikian satu contoh daripada Malik, apabila dia mendengar suatu hadis dan dikenali sanadnya berdarjat sahih, dia terus membetulkan ajarannya.

    Ahmad bin Hanbal pada awalnya berpendapat bahawa perkataan quru’ dalam ayat:

    Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (quru’). [Maksud surah al-Baqarah 2:228] bermaksud bersih dari haid. Kemudian apabila dia menemui sebuah hadis di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan telah berkata kepada Fatimah binti Hubaisy radhiallahu ‘anha: Tinggalkanlah solat pada masa quru’-mu[2], Ahmad telah membetulkan pendapatnya yang awal dengan berkata:

    Aku pada mulanya mengatakan bahawa quru’ itu ialah suci (dari haid), sekarang aku berpendapat bahawa quru’ itu ialah haid dan bukan suci (dari haid).[3]

    Dalam kesungguhan mencari hadis pada zaman mereka, para imam mazhab saling bertanya dan berkongsi hadis sesama mereka. Contoh paling baik ialah pesanan al-Syafi‘e kepada Ahmad bin Hanbal:

    Engkau lebih mengetahui akan hadis-hadis daripada aku. Oleh itu jika ada hadis yang sahih, beritahulah aku, sama ada hadis itu dari Kufah, Basrah atau Syria. Beritahulah aku supaya aku dapat berpegang kepadanya asalkan ia adalah sahih. [4]

    Teladan lain yang tidak boleh kita lupakan ialah kisah al-Syafi‘e yang mengimami solat subuh di masjid berhampiran kubur Abu Hanifah. Beliau solat tanpa membaca doa qunut dan apabila ditanya seseorang sehabis solat al-Syafi‘e menjawab:

    Masakan aku hendak melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diajar olehnya (Abu Hanifah) padahal aku berada berhampirannya.[5]

    ReplyDelete
  29. kayu kokka tu kan kayu,takde kuasa ape2,yg maha berkuasa Allah, kalau ketok kepala org dengan tongkat kayu kokka insyalah bengkak, itu hukum alam, nak isi perut kena makan itu hukum alam, tak makan pun Allah boleh bagi kenyang..so isu kayu kokka pun cam tu lah..syirik kalau yakin kayu kokka tu bagi kebaikan, keselamatan, keuntungan..tapi kalau guna kayu kokka halau ular, mungkin ular tak suka bau kayu tu, atau mungkin secara tak nampak kayu tu sebenarnya kasar, atau jin memang menyampah kat kayu tu..so bila bwk dia cabutlah..macam kita gak kalau dtg org bau busuk macam bangkai dekat kita kita pun blah.. bukan sebab dia pakai ilmu aura yg hebat org tak boleh nak dekat..tapi sebab busuk bau org tak tahan dan beredar...dan untuk yg lain..jgnla nak kata org tu syirik..org ni masuk nereka..org tu masuk syurga...org ni sesat...ukur guna alat ape...sape yg cipta alat...nabi ajar tgk kelemahan diri bukan tuding jari kat org...so kayu kokka ke..kayu api ke..kayu pucuk ubi ke...kayu lastik ke kan ada fungsi masing masing..jgn la kita kata semua tu syirik...kita yang cari rezeki dapat duit bagi anak isteri makan....bila kita mati nanti...mereka cakap' bapak kamu dah mati..tak taula ape kita nak makan lepas ni..macam mana la nasib kita nanti...' bila anak isteri kita cakap cam tu sebenarnya kita asuh anak isteri jadi syirik...dan secara tak langsung jadikan kita ni berhala paling besar dlm rumah....renung-renungkan...sebab bila kita ada dia konfiden boleh makan tapi bila mati dia kata taktaula nak makan ape...hakikat sebenarnya Allah yg bagi rezeki...laki kau ada ke takde ...takde bezapun....so sama la dengan kes kayu kokka....jgn jadi berhala dlm rumahhh....bye

    ReplyDelete
  30. Emjay....yang x sedar diri x berilmu,tp bercakap mcm orang berilmu yang maksum.Semoga Allah jauhkan aku dan ahli keluargaku dalam bersikap "tidak kenal diri" sebegini. Memalukan diri, keluarga, menunjukkan kebodohan diri yang sangat melampau. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  31. Terpulanglah kepada sdr emjayakumaresan. Sendiri buat sendiri tanggung.

    Didalam ilmu asas akidah, adalah sesuatu yang boleh merosak akidah apabila sesuatu yang diharamkan Allah SWT kita katakan sebagai halal dan begitulah sebaliknya.

    Apabila kayu koka dijadikan kayu api, alhamdulillah tidak merosak akidah. Apabila kayu ini dijadikan bahan asas untuk membuat rumah, insya Allah tidak ada masalah. Tetapi apabila kayu koka dijadikan cincin, tasbih, rantai dsbnya dengan kepercayaan tertentu sebagaimana di dalam artikel di atas, maka ia adalah merosak akidah sebagaimana orang Cina mempercayai batu jade boleh membawa atau mendatangkan pelbagai rahmat kepada pemakainya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  32. saya ambil ilmu yang haq sahaja dari anda semua, yang lain2 tidak

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum

    Apakah itu Syirik ? saya rasa ustaz sniri pun tak tau.Syirik ialah Mei'tiqodkan bahwa ada tuhan lain pada Allah, dan mei'tiqodkan bahwa benda baharu itu memberi kesan.

    Ilmu Allah adalah sangat luas dan halus, dan bukan hanya berpandukan satu hala . Sebab itulah kena mengaji , menagji pulak jangan sekerat , nnti fikiran tak luas, inna ilmullahi mubheron .

    Pedang Salahuddin AlAyyubi ? Salahuddin Alayyubi adalah seornag Wali dan ahli sufi disisi Allah , dan mengikut kitad karangan Imam Rifa'i Rahimahullah, Jamie' Karamatul Aulia' ( Himpunan Karomah Wali-wali :
    Besi pedang Salahuddin AlAyubi adalah campuran daripada beberapa besi yaitu , besi Wootz ( besi Syiria) dan juga besi Khurasani , besi yang dii'tiraf didalam Alquran dan Hadith sebagai besi keNabian , ia boleh membelah batu dan besi , mematah kan pedang musuh dari jauh dengan izin Allah.
    Manakala ada riwayat yg mengatakan , pedang2 tentera salib yang kalah diambil untuk dibuat semula denag cara Islam , yaitu Membengkokkan daripada hulu berbentuk salib kepda hulu bentuk bulan Islam, ianya bagaikan " mengiIslamkan pedang kristian "...
    BUKAN DIBUANG !..lol

    Ternyata sekali, ilmu hikmat yang diredhai Allah ini bukan sahaja diamalkan pada zaman Wali Songo dan lai2 Wali Nusantara, BAHKAN dari zaman Perang Salib lagi , dan Keramat dan hikmat inilah yang MENGGERUNKAN Tentera Salib laanatuLLAH didalam peperangan itu ! .

    Keramat adalah berasal dari " Karomah" bermakna Kemuliaan , kemuliaan yang Allah berikan kepada orang2 yang tertentu sahaja , bukan macam kita yang mengaji sekerat pastu nak menunjuk nih , dan berpandangan satu hala.

    Nak kata apa ? Saya memang bersetuju dgan usaha ustaz untuk membentaras Keshirikan, tapi tolongla saya minta berfikirla lebih jauh ,buangla Sihir2 yang dalam Keris tapi jangan buang Keris tu, dan sihir2 itu cukup mudah untuk dibuang, DAN SAYA BOLEH BAGITAU CARANYA >:

    1. Baca Bismillah
    2. Salawat tiga kali ,
    3. Pijak keris tu

    dengan izin Allah, Amiin.. Keris tu akan menjadi kosong dan iaboleh digunakan sesiapa sahaja.

    Saya pun bukannya alim dan berhikmat pun, tapi saya mengaji Quran dan Hadis , tauhid tasawwuf jgak, dan inilah hasilnya kalu mengaji lebih mendalam, kita dapat tahu semua rahsia alam yang Allah Taala sebut dalam AlQuran dan Hadis. Samala macam Keris , ianya sekadar senjata ja, cuma manusia yang salahgunakan dan taksub dengannya.

    -Rachid

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum

    Satu lagi ,
    Saya sangat kesian dengan Melayu , bangsa saya sniri yang melupuskan warisan Islam dan warisan Melayu, ianya semakin hilang....kerana mentality orang kita sniri . Hikmat ni ada banyak jenis , dan KENA JAGA !! KERAMAT ,HIKMAT DENGAN SIHIR LAIN TAU !!....Keramat adalah suatu anugerah Allah , Hikmat ada banyak , kadang2 buleh jadi Sihir kadang2 buleh dengan cara Keramat.

    Tok Mat Kilau pernah ditangkap British dibawa penjata keEngland, tapi petik jari ja dia buleh bukak kunci penjara.

    Tok Meor ,Guru silat Gayong pernah mencuba ilmu penimbul kepada seorang samurai jepun ,Tok Meor tuang air panas menggelegak kat tangan samurai tu dan samurai tu terkejut tengok tangan dia sniri tak melecur . bbrapa lama lepas tu samurai jepun tu masuk Islam kerana kagum degan ilmu hikmat Islam.....nama dia Heishou@ Hassan Taira ..guru samurai saya.

    Jepun telah mengankat martabat bangsa mereka dengan mcam2 sudut , Peradaban ( lebih pada Melayu) , Ekonomi ( mengalahkan Barat dan Cina) , dan Martial arts ( Samurai , Aikido, Karate etc.). ..............Melayu ?? nak menjatuhkan bangsa lagi ada, dari pelbagai aspek plak tu..

    Mcamtu gak ngan Cina, depa gelak dan sronok ja tgok Melayu kata nak hapus hikmat sniri sprti yg ditjuk dalam TV. Sebenarnya Cina sangat takut kat Melayu pasai trigat 13 Mei ,sebb Melayu dulu pkai ilmu hikmat untuk lawan dan kalahkan depa, TPI SKANG DEPA TAK HERAN ! depa lagi pandai !..DAH LA TAK RETI NAK BEZA HIKMAT BTUI NGA TAK BTUI, PAKAI HUKUM KARMAWIJAYA SUKAHATI JA.

    hahaha...fikir fikir luar tempurung, mengaji mengaji sedalam laut , Ilmu Allah Itu Luas (Trade Mark)

    Rachid

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum...

    Saya tak pandai, cuma minta anda semua sering menyebut 'La Haula Wa Quwwata Illa Billah' dan selalu mengucap 2 syahadah. Insya Allah... aqidah kita tak melencong/ dilencong. Penting sekali kena jaga rukun2... rukun iman, rukun islam... kalau seiapa yg kata syirik percaya panadol boleh hilangkan sakit kepala tetapi tak sembahyang... apa pula hukumnya...

    Tak salah kalau kita kata Panadol boleh menghilangkan sakit kepala, tak salah juga kalau kita kata mancis boleh menyalakan api, tak salah jua kalau kita kata kereta boleh membawa kita kemana2. Tak salah juga kalau tongkat ali boleh menyegarkan peminum airnya... begitu juga dgn benda2 lain... bagi saya semua itu adalah sebab penyebabnya (al-asbab wal musabbab).

    Jadi, kita gunakan apa benda sekeliling kita dgn cara yg betul dan berhemah (sbg medium perantara), selalu ingat setiap sesuatu itu hanya dari Allah Taala.

    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  36. Pembetulan: tertinggal satu kalimah, silap taip, yg sebetulnya: 'La Haula Wa La Quwwata Illa Billah' - maaf

    ReplyDelete
  37. Salam..

    Yang penting dalam hidup kita ini adalah Allah, Alquraan, hadith dan Nabi...bukan nya kayu kokka apa atau apa-apa yang lain drp Allah..Pertama adalah hati yang bersih,niat dengan iman,,Zikrullah, Alquraan, hadith Nabi...dan Doa...Cuma kita kena faham,,sabenar nya Allah telah makbul kan permintaan kita dengan doa yang ikhlas..tetapi kita tidak dapat ketahui kemakbulan Nya dengan Jelas dan jam itu juga...kenapa inilah rahsia Allah...cuma orang-orang yang pandai dan beriman sahaja dapat merasai nya..sasungguh nya Allah itu maha bijak dan pandai..hingga kan apa yang kita pohon atau berdoa itu tidak kita dapat sangka yang kita telah dimakbul kan nya..takut kalau-kalau kita tu riak apabila kita mengetahui nya..

    Sebab tu lah penggunaan kayu kokka ini bidaah jawapan nya...DOA lah yang WAJIB di tunaikan olih tiap tiap insan ( termasuk bukan islam ) diatas muka bumi ini neschaya di kabul kan olih Allah.
    Doa itu hukum nya wajib dilakukan olih orang Islam..kenapa kita pilih jalan yang lan selain daripada DOA...???

    ReplyDelete
  38. assalam saya tak berapa pandai tntng ini , tapi apa yg saya belajar . setiap kehidupan ada khasiatnya , tidak syirik kalau memakainya dan berniat dengan hakikatnya allah yg membantu .

    ReplyDelete
  39. Engkau ni mengaku tak berapa pandai tetapi dalam pada itu engkau pun berhujah dengan ilmu sesat kau tu. Apa dahhh.

    Dengan berdasarkan ilmu tak betul kau tu, kalau gitu bolehlah seseorang memakai mana mana tangkal dengan berniat kalau memakainya dengan niat hakikatnya Allah yang membantu????

    Orang sesat orang kafir ada yang menyembah patung berhala tetapi niat mereka sebenarnya memohon pertolongan kepada tuhan mereka bukan kepada patung berhala mereka. Adakah ini dibolehkan??

    Apalah kau ni aminooo02.

    Emjay

    ReplyDelete