Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 3 November 2006

Tangkal dari Pusat Rawatan "Islam Darul Sy***"


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pengamal rawatan Darul Syi*** yang berlatarbelakang pengajian Islam dan panggilan Ustaz memberikan campuran garam dan lada hitam ini kepada pesakit dengan nasihat agar benda-benda ini  ditaburkan sekitar rumah untuk menghalau syaitan dan hantu. Mengapa sebodoh ini umat Islam di Malaysia diperbodohkan oleh syaitan bertopengkan "ustaz" ini???

Orang di Pusat Rawatan "Islam" memberikan barangan ini yang menurut kata mereka dapat mengelakkan dan menjauhkan hantu jin dan syaitan!!!. Para ustaz ini menyuruh agar campuran garam dan lada hitam ini ditaburkan disekeliling rumah orang ini sebagai pendinding agar hantu syaitan tidak boleh masuk rumah tersebut. Begitulah orang yang tidak berilmu yang sesat lagi menyesatkan orang ramai.

Marilah kita semua menjauhi perbuatan SYIRIKKKK ini kerana balasan perbuatan ini hanya satu iaitu NERAKAAAA.

(Updated 4 Januari 2020)

Apabila saya memperolehi tangkal garam campur lada hitam ini, disebabkan takut menjadi fitnah kepada Pusat Rawatan Darul Syi***, maka saya berusaha untuk berjumpa dengan pakar rujuk pusat ini yang saya namakan Ustaz Hasan, seorang pensyarah UTM lulusan universiti dari Madinah jurusan ilmu hadis. Ustaz Hasan ditemani oleh seorang ustaz lain juga pensyarah UTM.

Berikut adalah lebih kurang perbincangan saya dengan Ustaz Hasan secara bersemuka di bilik beliau.

Emjay; "Ustaz, tujuan saya datang ini adalah untuk meminta pengesahan sama ada Pusat Rawatan Darul Syi***  ada memberikan garam bercampur lada hitam kepada pesakit"

Ustaz Hasan; "Ya benar" 

Emjay; "Bukankah penggunaan garam dan lada hitam menyerupai tangkal dan syirik hukumnya"

Ustaz Hasan; "Emjay, kalau kita pergi ke hutan, kemudian berkhemah, bukankah kita dibenarkan menggunakan belerang lalu ditaburkan disekeliling tapak perkhemahan untuk mengelakkan binatang berbisa dan binatang buas. Kami sudah buat kajian bahawa makhluk jin ini tidak suka garam dan lada hitam dan kami menggunakan kaedah belerang bagi binatang bisa dan buas ini. Garam dan lada hitam ditaburkan disekeliling rumah atau mana-mana premis untuk melindungi penghuni dari diganggu oleh jin syaitan."

Emjay; "Oh kalau begitu baik ustaz buat talipinggang khas yang diisikan dengan campuran garam lada hitam lalu dipakaikan di pinggang pesakit sepanjang masa. Buat apa ditabur sekeliling rumah kerana apabila orang keluar rumah kelak kena ganggu oleh jin syaitan semula. Kalau guna kaedah talipinggang ini perlindungan adalah 24 jam sehari"

Ustaz Hasan; "Eh itu sudah menjadi tangkal dan tidak boleh diamalkan kerana syirik".

Emjay; "Pandai pula Ustaz mengatakan talipinggang berisi campuran garam dan lada hitam adalah syirik dan sejenis tangkal. Apa bezanya dengan campuran garam dan lada hitam yang Ustaz gunakan lalu diberikan kepada pesakit untuk ditaburkan disekeliling rumah. Kaedahnya sama dan barang yang digunakan pun sama serta tujuannya pun sama. Campuran garam dan lada hitam yang ustaz berikan tersebut adalah sejenis tangkal dan syirik hukumnya"

Ustaz Hasan seakan-akan terdiam kerana tidak dapat membalas hujah saya. Saya seolah-olah sudah menang 1 - 0. Ustaz Hasan tidak mahu kalah dan meneruskan hujahnya.

Ustaz Hasan; "Kami pun sudah buat kajian selain garam dan lada hitam, kami dapati bahawa tahi besi pun tidak disukai oleh jin dan boleh disimpan dirumah untuk mengelakkan gangguan oleh jin syaitan". Ustaz Hasan membuka rahsia selanjutnya tanpa disoal.
Tahi Besi

Emjay; "Ustaz, penggunaan tahi besi sebagai perlindungan dari gangguan jin syaitan sudah lama digunakan oleh para bomoh yang diberikan kepada mereka yang menemui bomoh. Tahi besi ini adalah satu tangkal. Apa beza Pusat Rawatan Darul Syi*** yang kononnya merawat secara Islam dengan para bomoh lain. Para bomoh sudah lama menggunakan kemenyan, ladam kuda dan berbagai objek lain sebagai tangkal yang dipercayai boleh mendinding dan menghalau jin syaitan. Ustaz dan bomoh sesat ini sama sahaja"

Ustaz Hasan terdiam agaknya terkejut. Situasi kini sudah 2 - 0. Ustaz Hasan dan rakannya terkedu. Setelah beberapa ketika, Ustaz Hasan menyambung Hujahnya,

Ustaz Hasan; "Emjay, kami juga sudah buat kajian ada sejenis daun kalau digantung di pintu rumah dapat mengelakkan jin syaitan dari memasuki rumah tersebut." Ustaz Hasan membuka rahsia seterusnya yang menjerat dirinya sendiri sekali lagi.

Emjay; "Ustaz Hasan, kepercayaan ustaz ini menyerupai orang hindu yang menggantung sejenis daun di pintu rumah mereka. Agaknya mereka buat kerana tak mahu jin syaitan masuk ke rumah mereka. Kalau beginilah ustaz tak jauh bezanya dengan orang Hindu. Amalan orang Hindu seperti ini adalah satu khurafat dan syirik hukumnya. Ustaz pun sama syirik mempercayai daun digantung di pintu dan juga tahi besi boleh digunakan untuk mendinding dan menghalau syaitan".

Daun digantung  pada rumah orang Hindu dengan tujuan mengelakkan hantu syaitan.


Begitulah ringkasan penting perbincangan saya bersama dengan Ustaz Hasan dan rakannya Ustaz XXX. Kedua-dua mereka adalah pensyarah dari Pusat Pengajian Islam. Saya amat berpuas hati dan mulai saat tersebut adalah jelas sahih bahawa Pusat Rawatan Darul Syi*** ada menggunakan garam dicampur lada hitam untuk tujuan perlindungan dari jin syaitan. Ia bukan satu fitnah dari saya. Kelihatan Ustaz Hasan tidak dapat menepis hujah saya dan nampaknya Ustaz Hasan kena 3 - 0.

Apa yang lebih menarik adalah pengesahan dari mulut Ustaz Hasan sendiri bahawa Pusat Rawatan Darul Syi*** di UTM menggunakan tahi besi dan sejenis daun sebagai perlindungan dari gangguan jin syaitan. Sahih dan sah Ustaz Hasan tidak memahami konsep tangkal. Tidak ada bezanya Ustaz Hasan dengan para bomoh dan dukun lainnya.

Dukun atau bomoh sesat yang memberikan pelbagai tangkal seperti dalam gambar dibawah pun boleh menggunakan hujah sama seperti Ustaz Hasan iaitu mungkin telah melakukan kajian mendalam dan mendapati bahawa jin syaitan tidak menyukai malahan membenci objek tangkal tersebut lalu boleh digunakan sebagai pendinding untuk menghalau jin syaitan. Rosak betul pemikiran mereka ini.


Pelbagai tangkal pemberian bomoh
Saya amat bersyukur apabila Ustaz Hasan keluar dari UTM. Aman sikit kampus UTM. Tidak lama selepas itu Pusat Rawatan Darul Syi*** tidak lagi menjalankan operasinya di bawah Masjid UTM. Mereka sudah keluar dari UTM. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Mohonlah perlindungan dan pertolongan dari gangguan jin syaitan sebagaimana diajarkan Al Quran Surah Al-Nahl ayat 98-100 dengan bertaawuz. Taawuz adalah do'a perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Lafaz ta'awuz:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


Perlindungan dan pertolongan dari gangguan jin syaitan adalah hak mutlak Allah semata-mata. Memohon kepada selain Allah SWT seperti tangkal dan berhala adalah syirik hukumnya.


Saya copy paste semula satu komen dari pembaca dibawah ruangan komen dari BHMN Ramli7 May 2007 at 08:29


Saya ada cadangan kepada ustaz tu untuk menghalau hantu/syaitan dekat rumah pelacuran tu taburkan bertan-tan garam dan lada hitam tu disekeliling pusat pelacuran nescaya tiadalah pelacuran sebab syaitannya dah lari.

Atau buat kan baju dengan kantong diisi garam/lada hitam dan dipaksa pakai kepada banduan/penghisap dadah dipusat pemulihan, nescaya jadi baik semuanya, sebab syaitan penghasut dah lari ,ha sungguh mudah bukan?.. tak payah lah kerajaan bersusah payah membelanjakan ribuan wang untuk membasmi wabak tersebut, atau ada satu lagi cara untuk menjauhkan syaitan yang mengacau kita masa bersolat iaitu buatkan kopiah / songkok yang berisi garam/lada hitam dan dapatlah kita kusyuk tanpa gangguan syaitan... ha apamacam.
..

Semoga dijauhkan kita dari kerja bodoh ini...


Gelak besar juga saya memikirkan kebodohan kejahilan para Ustaz ini yang belajar agama ilmu hadis sampai Madinah peringkat Sarjana tetapi menjadi tukang menyebarkan kekarutan dan kejahilan. 🤣🤣🤣



Ramai para penyokong mereka iaitu Pusat Rawatan Darul Syi*** berhujah;


HUKUM ASAL SEGALA SESUATU ITU ADALAH MUBAH (boleh) :

Para Ulama feqh telah membuat kaedah dalam perkara berkaitan muamalat “Hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah sehingga ada dalil yang melarangnya”

Jadi pada prinsipnya segala apa yang ada dimuka bumi boleh untuk kita manfaatkan dan tidak timbul isu bidaah dalam rawatan semata mata kerana ia tidak ada contoh dari Nabi s.a.w..Nabi kita pernah bersabda : “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”(HR Muslim)

Jawapan saya;

Oh kalau begitu patutlah bomoh diraja Ibrahim Md Zin menggunakan pelbagai objek seperti teropong buluh dan buah kelapa muda seperti gambar dibawah, maklumlah hukum asal sesuatu adalah mubah!! Lagi pun tiada dalil spesifik melarangnya?



Bomoh Ibrahim Md Zin

Para bomoh pun menggunakan objek tangkal-tangkal seperti gambar dibawah, maklumlah kalau guna hujah mereka, Nabi Muhammad SAW tidak melarang secara spesifik  penggunaan objek tangkal berikut;


Ada perawat ustaz menggunakan  ladam kuda ini  untuk halau hantu syaitan.

Tiada larangan spesifik dari Nabi SAW, boleh menggunakannya???

Memanglah hadis “Kamu lebih mengetahui tentang urusan duniamu”(HR Muslim) adalah hadis sahih. Berat akibatnya sekiranya menolak hadis ini. Nabi SAW diturunkan ALLAH SWT kedunia untuk menyampaikan ilmu berkaitan agama Islam sahaja. Selain ilmu agama, terdapat ilmu berkaitan kehidupan seperti membina kenderaan, mencipta pelbagai kain, pelbagai teknologi pertanian, komputer, handphone dsbnya. Nabi SAW tidak diutuskan kedunia untuk urusan ini. Bagi urusan selain agama ini, manusia lebih mengetahui berbanding Nabi SAW.

Bab rawatan secara Islam ini sudah jelas ia adalah berkaitan dengan ajaran Islam. Lainlah kalau rawatan penyakit moden menggunakan perubatan di hospital, doktor dan ubat-ubatan moden. Kaedah rawatan penyakit secara moden memanglah manusia lebih mengetahui berbanding Nabi SAW. Kalau sudah namanya pun Rawatan secara Islam, kenalah berpandu ajaran Islam sebagaimana disampaikan oleh Nabi SAW.

Sebagai orang Islam, apa yang perlu dipelajari sebelum mempelajari ilmu-ilmu lain ialah ilmu akidah. Nabi SAW berdakwah selama 13 tahun di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah lebih menekankan memantapkan akidah umat Islam. Alhamdulillah selepas saya mempelajari Tauhid Rububiah, Tauhid Uluhiah dan Tauhid Asma Wa Sifat, saya dapat mengenalpasti yang mana satu amalan yang dibenarkan dalam Islam dan mana satu amalan yang mengakibatkan syirik.

Di Malaysia ini melalui pengalaman saya, seorang Ustazah belajar Sarjana Muda Usuluddin dari UIA bila dapat anak lalu meletakkan surah Yaasin disebelah anaknya yang baru lahir tersebut untuk halau hantu syaitan. Perbuatan ini adalah syirik.Tak tahulah saya dimana silapnya sehingga perkara ini berlaku. Di satu universiti, seorang ustazah buat pengajian PhD dalam bidang kajian ilmu-ilmu sesat di Malaysia, namun setelah lulus PhD dan dapat title Dr, dia adalah salah seorang pengamal ilmu sesat. Saya sekadar tumpang sedih melihat kehidupan Ustazah Dr PhD ini. Ada suami bercerai, ada rumah terbakar dan pelbagai bencana berat lain yang Allah SWT berikan kepadanya. Ustazah ini adalah antara penentang saya di Laman Emjay.

Kita seandainya tiada ilmu tauhid, apabila orang mengajarkan ilmu bahawa pokok garuda ini setelah dibuat kajian didapati para jin sekelian memang tidak menyukai pokok ini dan boleh digunakan untuk menghalau hantu syaitan, maka ramailah orang Melayu yang menanam pokok geruda dan menggunakannya untuk rawatan halau hantu syaitan.

Ramai orang Melayu mengamalkan perbuatan syirik menggunakan pokok Geruda ini untuk halau hantu syaitan.

Dalam bab rawatan secara Islam, perlulah faham bahawa hak memberikan perlindungan dari hantu syaitan hanya milik Allah SWT. Hantu syaitan adalah bab ghaib, perlu rujuk ajaran Islam. Menyatakan pokok geruda mampu melaksanakan hak Allah sebagai pelindung dari hantu syaitan adalah satu perbuatan syirik. Begitulah juga mengatakan garam, lada hitam dan segala macam tangkal sebagaimana gambar diatas mampu melindungi dan menghalau hantu syaitan adalah juga satu perbuatan syirik.



Tanpa ilmu tauhid, garam, lada hitam, tahi besi, ladam kuda, pokok geruda dan berbagai tangkal lain sebagaimana gambar diatas diyakini boleh digunakan untuk merawat orang dari gangguan hantu syaitan dsbnya. Apabila ditegur, mereka berhenti menggunakan objek-objek ini sebagaimana kemenyan sudah tidak lagi digunakan sebagai tangkal yang amat popular zaman saya kecil dahulu. Namun selepas itu mereka mencipta pula tangkal baharu seperti gelang magnet, cuka getah, gel mandian bidara, produk Aura Seri dsbnya. 

Mungkin 5 tahun lagi, serbuk kunyit, serbuk belerang, serbuk emas dan serbuk kari ikan mungkin digunakan oleh mereka ini untuk "merawat secara Islam". Buat saya sedih memikirkan kejahilan mereka. 😭😭😭😭.

Pelajarilah ilmu tauhid. Saya juga berasal dari keturunan yang banyak melakukan perbuatan syirik dahulu. Tanpa ilmu dan redha Allah, kita bakal terus mengerjakan perbuatan syirik. Ingatlah bahawa hanya 1.37 % umat yang mengaku beragama Islam masuk syurga! Tak percaya? Ini dalilnya.


Hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu ‘anhu.

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.

Dari ‘Auf bin Malik, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu (golongan) masuk Surga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Surga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Surga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Al-Jama’ah.’


Derajat Hadis

Derajat hadis ini hasan, karena ada ‘Abbad bin Yusuf, tetapi hadis ini menjadi sahih dengan beberapa syawahidnya.

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani mengatakan hadits ini sahih dalam Sahih Ibnu Majah II/364 no. 3226 cetakan Maktabut Tarbiyatul ‘Arabiy li Duwalil Khalij cet. III thn. 1408 H, dan Silisilah al-Ahaadits ash-Shahihah no. 1492.

Read more https://almanhaj.or.id/453-kedudukan-hadits-tujuh-puluh-tiga-golongan-umat-islam.html

1 golongan daripada 73 golongan apabila ditukar kepada peratus adalah sama dengan 1.37%. Angka 1.37% adalah satu angka peratusan yang amat kecil. Perbuatan syirik menghumban pelakunya ke neraka dan kekal abadi di sana.

Mati syahid berperang dijalan Allah pun boleh menghumban pelakunya ke neraka akibat syirik yang tersembunyi iaitu riak sebagaimana hadis dari riwayat Muslim;


“Orang yang akan diadili paling awal ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang diberikan kepadanya.

Allah bertanya: ‘Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?’

‘Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.’

‘Kamu tipu! Kamu berperang supaya dipanggil sebagai seorang perwira (berani). Dan gelaran itu telah diberikan.’

Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.



Waspadalah dengan pelbagai tangkal hari ini. Kini para ustaz termasuk dari Pusat Rawatan Darul Syi*** menjadi ajen syaitan untuk mencari rekrut baharu untuk sama-sama dihumban ke neraka jahanam.

Emjay

43 comments:

  1. Saya ada cadangan kepada ustaz tu untuk menghalau hantu/syaitan dekat rumah pelacuran tu taburkan bertan-tan garam dan lada hitam tu disekeliling pusat pelacuran nescaya tiadalah pelacuran sebab syaitannya dah lari.
    Atau buat kan baju dengan kantong diisi garam/lada hitam dan dipaksa pakai kepada banduan/penghisap dadah dipusat pemulihan, nescaya jadi baik semuanya, sebab syaitan penghasut dah lari ,ha sungguh mudah bukan?.. tak payah lah kerajaan bersusah payah membelanjakan ribuan wang untuk membasmi wabak tersebut, atau ada satu lagi cara untuk menjauhkan syaitan yang mengacau kita masa bersolat iaitu buatkan kopiah / songkok yang berisi garam/lada hitam dan dapatlah kita kusyuk tanpa gangguan syaitan... ha apamacam...
    Semoga dijauhkan kita dari kerja bodoh ini...

    ReplyDelete
  2. Masalahnya bhmn, yang mengamalkan dam membiakkan amalan cara ini bukan calang-alang orangnya dan ramai pengikutnya dan masing-masing ada pangkal ustaz dan ustazah dan berstatus hebat. Kalau mereka ini pun tak pandai, macam mana umat marhaen nak pandai?

    Berdoalah agar keluarga kita, sedara mara dan rakan taulan dilindungi Allah dari kerja bodoh ini dan mensyirikkan Allah.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. saya berdoa agar ustaz disihir orang dan semoga Allah bagi pentunjuk kepada ustaz yang sesat ini. sanggup mengutuk sesama islam kalau tuan ustaz seorang ulama, berdoalah pada allah agar tiada pelacuran di lumpur tu, boleh ke? doa je? sama gak sakit gangguan jin, doa je lah...biarlah anak mati kering. pi belajaq ttg jin dulu sebelum komen.

    ReplyDelete
  4. Rasanya bomoh30 ni memang seorang pengamal bomoh sesat dan itulah sebabnya dia ni macam orang yang makan cili, memanglah terasa pedasnya. Memanglah bomoh yang tersesat masuk ke laman emjay akan macam cacing kepanasan kerana laman emjay memang diwujudkan untuk membanteras perbomohan.

    Nabi Muhammad telah bersabda mafhumnya :
    “Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
    (Riwayat Tirmizi dari Jundub).

    Orang yang berurusan dengan bomoh menurut Nabi saw mafhumnya :
    Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
    (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Bomoh dan mj sama2 sesat pada pandangan saya..... bomoh tu syirik dan mj tu sesat jalan sebab terlalu pandai dari ulama besar dunia. 5 tahun lagi blog ni dibiarkan...mungkin mj dah jd imam mahdi kot hehehehe

    ReplyDelete
  6. orang tak belajar memang tak reti.. dari segi sain garam tu ada getaran yang syaitan tak suka.. diperkuatkan lagi dengan bacaan ayat2 quran... woii.. kalo tak reti jgn nak kata itu ini haram .. baru belajar agama sikit dan macam mufti.. aparaaa...

    ReplyDelete
  7. Saya ni tak macam mufti sebab mufti diam je bab ni

    Maknanya, saiful54 ni belajar dan mengamalkan garam dan lada hitam lah tu!!!!!

    Padan lah marah bukan main lagi. Maklumlah siapa makan lada terasalah pedasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mufti lebih berilmu, bukan diam membiarkan

      jgn tuduh mufti mcm tu.

      ini kerana bab iktikad kita hanya boleh bagi garis panduan, tk boleh tuduh sembarangan

      di Syria ada yg kena bunuh dgn sebb khawarij IS tangkap mereka jumpa mcm tangkal atau wafak... tidak disiasat dgn mendalam.. terus dihukum.

      tu sebb bab iktikad susah nk ambil tindakan. bukan diam mufti tk bertangugngjawab

      Delete
  8. Nampak sangat siapa yang berhujjah tanpa ilmu di sini.... Garam dan lada hitam pun ada juga yang percaya untuk halau jin dan syaitan. Bila saya terokai laman ustaz ni... semakin saya ketahui masyarakat Islam kita ni banyak yang aqidahnya tak betul. Tidak salah kalau kita berlapang muhasabah diri... kepada bomoh30, antijumud dan saiful54 semoga diberi hidayah kembali ke pangkal jalan. Kembali ke aqidah yang benar...

    ReplyDelete
  9. Begitulah hatisuci.

    Di atas kesedaran tersebutlah maka saya tawakkal menghasilkan blog ini.

    Dia atas doa hatisuci, saya sekadar mengucap AMEEN!

    Bagi pengetahuan hatisuci dan pembaca sekelian, antijumud telah alhamdulillah kembali ke pangkal jalan dan tulisannya selepas ini dapat di fahami dengan nama baru yang melambangkan pegangan baru iaitu antijumudpencen

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. A'kum semua, semoga ustaz prof mj sihat. alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dapat hidayah dari Allah, terima kasih prof ustaz mj. hatisuci, memang betul saya mempertahankan garam dan lada hitam ni, tapi itu dulu...sebelum saya berdebat dengan ustaz ni. Sekitar utara ni ramai dah orang saya sesatkan dengan fahaman ni, termasuk seluruh malaysia... sekarang ni saya tgh berusaha kumpulkan semula mereka untuk diperjelaskan. Cuma saya tidak boleh bertindak terang sangat, nanti budak-budak yang baru muncul tu marah saya... mana taknya itu periuk nasi mereka... ye la promosi dah bukan main besar.. sekali kalau saya kata tak betul, ramai attack saya terus. Entah-entah guru yang mengajar korang semua tu belajar dengan saya dulu. kalau saya tegur murid-murid saya yg dah jd prof tu tetap mereka tu pertahankn hujjah mereka ..duit punya pasal.

    ReplyDelete
  11. Betullah begitu antijumudpencen.

    Industri kuasa minda aura chakra reiki quantum dan yang sewaktu dengannya memang satu industri yang amat lumayan. Sekali belajar peringkat seperti Master Reiki dan seumpamanya, lebih RM5000 perlu dibayar kepada gurunya. Sekali jual batu delima yang kononnya memberikan perbagai kuasa pendinding dan pelarisan, RM4000 sudah boleh masuk poket.

    Namun segala duit yang diperolehi melalui jalan ini sebenarnya hanyalah bayaran tempahan untuk memasuki neraka jahanam.

    Marilah umat Islam sekelian menjauhi aura kuasa minda tenaga dalaman reiki quantum bio energy CVT aura genius aura seri dan segala yang sewaktu dengannya kerana ini semua adalah sesat dan menyesatkan.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. kenapo diorg mesti nk kenakan bayaaran yg gilo maha,walhal itu ilmu dari allah,

    ReplyDelete
  13. garam dan lada itam tu dari seg isains ado kaitan tu.

    ReplyDelete
  14. smekom... xbaik tuduh2...nnti jd fitnah.. kaji dulu.. ilmu ALLAH itu luas... jgn asyik fikir logik akal je ..kena fikir dlm ilmu... fikir dgn iman... sorry la BRO.. Hak Tetap Hak Bathil Tetap Bathil...

    ReplyDelete
  15. Sdr kerengges, kalau benda macam ini pun masih nak kaji-kaji, susahlah.

    Macam mana kalau esok emak sdr diberikan seorang ustaz benda yang sama? Kalau masih nak kaji-kaji juga, apa nak jadi kepada emak sdr? Hukum tetap jatuh. Syirik sama ada dilakukan tanpa sedar atau secara sedar, hukum tetap jatuh!!!

    Kalau sdr masih nak kaji-kaji terpulanglah kepada sdr. Kepada pembaca sekelian, jauhilah perkara ini iaitu tangkal dan tangkal ini amat popular sekali termasuk diamalkan oleh perubatan rawatan secara "Islam" D**** S*****.

    Sekian wassaalam Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Smekom.... Sampai hati emak saya pun terlibat gak...tp xpe sy redha .. pasal ape awk mare2 dan mcm anti je dgn golongan rawatan alternatif ataupun bomoh ... Soalan saya pada awk yg mungkin sudah abis mengkaji ttg mereka ini dan menjatuhkn hukum sesat,syirik atau seumpamanya... Adakah mereka ini "Bomoh2 & Perawat2 Alternatif" semua sesat,syirik dan seumpamanya ? Adakah perkhidmatan mereka semua berunsur kesesatan? Bagaimana plak mereka yg telah semboh dgn menggunakn perkhidmatan mereka..? Bagaimana ble bro istilah kan klu lihat pda gambar tu sesat dan syirik.. yang kelihatan hanya gambar garam dan lada hitam...? Mungkin saudara peminat rawatan moden yg gemar menggunaka bahan2 kimia dan dadah sebagai ubat... mekacih...
    Hidup dalam Islam... Jgn Keluar Dari "Ad-Din"...

    ReplyDelete
  17. aperdaa..balik balik garam..balik balik lada hitam..nak bukak kedai runcit ker?ape pon benda dijadikan dimuka bumi ini ada manfaatnya.Nak kaji, kaji lah..mmg Tuhan suruh kita belajar sampai bila2 pon.namun persoalannya perlukah kita memutuskan dan percaya sesuatu barang2 itu mempunyai kesan dan power untuk digunakan tanpa izin Allah?walaupun api tu panas, tp kalu Allah tak izinkan api tu membakar, tak hangus pon..

    walaupun kajian ade katakan garam tu ada getaran ke ade ape ke..dadah leh wat ubat ke, bahan kimia ke ape2 lah, kalau Allah tak izinkan, ttp bende tu jadik bende jugak..ramai gak yg minum tongkat ali tak power2..ramai gak yg makan ubat kat spital pon last2 jalan gak..benda tetap benda.

    so mana yang lebih penting?percaya kat manfaat dan kesan benda2 tu sumer atau berikhtiar dan berdoa dengan cara memohon hanya kepadaNya?berikhtiar pon kena lah ikut cara yang betul

    ReplyDelete
  18. gua cayalah sama lu vipersodas

    Semoga Allah sentiasa merahmati vipersodas

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Smekom... Alhamdullilah... Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita semua...
    Amin...

    ReplyDelete
  20. salam...
    Ya..saya amat bersetuju dengan pandangan saudara.
    Saya pernah terbaca satu kisah dimana Nabi Muhd s.a.w berkata kepada puterinya Siti Fatimah.."wahai Fatimah beramallah.Sesungguhnya aku tak dapat menolong kamu dihadapan Allah nanti.."

    Kita semua maklum Nabi Muhd kekasih dan hamba yang paling Allah sayang pun tak dapat menolong puterinya sendiri jika dihisab oleh Allah kelak...inikan pula dengan jin ,malaikat,tangkal,cincin dan sebagainya.

    Memang jarum iblis dan syaitan itu amat halus.Sedangkan manusia bertaraf wali pun boleh sesat apatah lagi manusia biasa.Moga-moga Allah menolong kita dijauhkan dari segala perbuatan syirik...Aminnn..

    ReplyDelete
  21. janganlah gunakan bahasa kasar di sini

    ReplyDelete
  22. Darul Syifa ada juga guna kaedah garam kan...?

    ReplyDelete
  23. nak tanya ustaz..kalau demam atau sakit makan ubat tak? abis kalau ambik panadol tu..syirik lah ye? memanglah syirik kalau percaya panadol memberi bekas..samalah dalam kes ni..garam+lada hitam sbg ikhtiar/asbab..kalau asbab tak nak guna..janganlah makan...tengoklah nanti apa jadi..

    ReplyDelete
  24. melayu makan belacan, Nabi saw tak makan belacan ...syirik.
    melayu pakai keris, Nabi saw tak pakai keris...syirik
    melayu pakai komputer, Nabi saw tak pakai komputer...syirik
    melayu jampi kat lada hitam, Nabi saw jampi kat air .... syirik
    melayu perjuang kebangsaan, Nabi saw pejuang agama...tak pulak disebut syirik ???

    ReplyDelete
  25. Kalau beginilah minda jakabetara, apa kata selepas ini sdr pasarkan saja garam dan lada hitam melalui pasar raya besar guna UNTUK MENGHALAU SETAN!!!

    Lebih baik lagi kalau sdr jakabetara pasarkan pula talipinggang khas yang mengandungi garam dan lada hitam guna dipakai dipinggang UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN SETAN!!!!!

    jakabetara senang-senang saja buat fitnahdengan mengatakan NABI SAW JAMPI KAT AIR!!! Kalau Nabi masih hidup, mungkin leher jakabetara boleh dipenggal kerana membuat FITNAH atas nabai Nabi SAW!!!

    Kalau tidak faham maksud bid'ah, usahlah gatal menulis di sini buat malu kompeni saja.

    Emjay

    ReplyDelete
  26. Panadol digunakan untuk ubati penyakit zahir, bukan digunakan untuk halau hantu jin dan jembalang, tak faham-faham lagi ke???

    Kalau guna panadol untuk halau hantu jin dan jembalang, maka samalah ia dengan kes garam dan lada hitam tu.

    ReplyDelete
  27. Panadol digunakan untuk ubati penyakit zahir, bukan digunakan untuk halau hantu jin dan jembalang, tak faham-faham lagi ke???

    Kalau guna panadol untuk halau hantu jin dan jembalang, maka samalah ia dengan kes garam dan lada hitam tu.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah terima kasih ibnuhasan1962

    Emjay

    ReplyDelete
  29. salam....mari berlapang dada...hormat menghormati sesama kita yg khilaf (mungkin ada hujah masing-masing yg mengharuskan kaedah2 tersebut ) tu kita berlapang dada..harap kita semua tak suburkan kemarahan..takut takut syaitan mencelah disitu..wallahua'lam

    ReplyDelete
  30. amacam sedara sedaraku sekelian?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum.Bismillah, dulu saya pun guna garam dan lada hitam sebab belajar macam tu. Tetapi dari pemerhatian didapati tetap berlaku serangan sihir walaupun baru lepas di pagar tidak sampai seminggu. Menurut kaedahnya garam/ladahitam ini bila dibaling jika jin tidak lari boleh tembus badan mereka. Jadi kaedah yang terbaik adalah pesakit yang kena memagar diri mereka dengan zikir dari rasul saw.Penggunaan garam/lada hitam dalam kuantiti yang banyak untuk memagar rumah yang besar,sekolah atau kilang adalah jelas suatu pembaziran dan tipu daya syaitan yang halus bila tidak menggunakan kaedah sunnah

    ReplyDelete
  32. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah diatas ilmu mahal yang diberikan Allah SWT kepada sdr tentang garam dan lada hitam.

    Namun tentang "kaedah yang terbaik adalah pesakit yang kena memagar diri mereka dengan zikir dari rasul saw", saya kena betulkan fakta ini. Sekiranya zikir boleh memagar diri, ini boleh merosak akidah kerana sesungguhnya hanya Allah SWT yang mampu memberi perlindungan kita dari gangguan setan! Berzikirlah (yang sahih diamalkan Nabi SAW) sebagai satu ibadah dan pohonlah perlindungan dari gangguan setan hanya kepada Allah SWT.

    Semoga Allah SWT memberikan kita semua termasuk khanafiah ilmu yang membawa ke syurga.

    Emjay

    ReplyDelete
  33. Lihat satu nmpk byk. Dan pabila lihat byk nmpk hanya satu. Semoga kita semua tetap berpegang pd yg satu.

    ReplyDelete
  34. Salam...
    Ustat emjayjb, bagi la penerangan lebih lebih sikit pasal lada hitam ngan garam ni.. Kenapa ada orang guna benda ni? dari amalan siapa? Bertentangan dengan Sunnah ke? Senang la saya nak bagitahu kat saudara - saudara yang lain.

    ReplyDelete
  35. Waalaikumussalam wbh

    Berkenaan soalan sdr ini, sila baca artikel saya bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145 .

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikumussalam wbth

      Kini Laman Emjay tidak ada lagi di Multiply. Ia telah berpindah ke Laman-emjay.blogspot.com

      Artikel asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu boleh di akses di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/asal-usul-menggunakan-garam-dalam.html

      Dan juga di http://laman-emjay.blogspot.com/2013/08/assalamualaikum-wbh-dengan-nama-allah.html

      Emjay

      Delete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum wbh

    Setelah Multiply ditutup, artikel ini boleh diakses melalui link berikut:

    http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/asal-usul-menggunakan-garam-dalam.html

    Emjay

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbth....Boleh komen berkaitan penulisan ini...

    http://mindakini.com/syirik-dan-bidaah-penggunaan-lada-hitamgaram-dan-limau-nipis-dalam-rawatan-alternatif/

    ReplyDelete