Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday 4 November 2007

Apa ada pada nama.

Apa ada pada nama.

Assalamualaikum wbh pembaca  Laman Emjay sekelian .

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Menamakan nama anak dengan nama yang baik merupakan satu sunnah Nabi saw. Sebagai contoh, cucu-cucu Nabi diberi nama Hasan dan Husein. Termasuklah nama  ‘Abdu’ yang digabungkan dengan nama-nama Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman Abdul Hadi, Abdul Ghani dsb. Begitu juga nama-nama para Nabi; Adam, Daud, Ibrahim dan juga nama-nama para sahabat. Sunnahnya adalah memberi nama anak dengan nama yang baik. Di dalam sebuah hadith ada menyebut bahawa Nabi bersabda : “Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad).

Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia. 

Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah. Nama yang baik adalah doa dan harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, ia  mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya. Sebaliknya, nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi. Setiap ibu bapa ingin melihat permata hati mereka membesar dan hidup dalam baik, berjaya dan selamat. Permulaan hasrat itu perlu dilakukan dengan memilih nama yang baik. Nama dapat memberi pengaruh terhadap orang yang diberi nama. Memilih nama baik untuk diberikan kepada anak adalah kewajipan ibu bapa. 

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud: ‘Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya.’ (Hadis riwayat at-Tausi). 

Proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan Islam. Jangan pakai ikut suka hati meniru pengaruh Barat. Kini semakin ramai ibu bapa tertarik dengan nama berbau kebaratan yang didakwa lebih moden dan sedap. Pada zaman Rasulullah, ramai sahabat mempunyai nama yang tidak elok maknanya. Nama buruk itu dipilih oleh ibu bapa ketika zaman jahiliah lagi yang tidak peduli soal pemilihan nama untuk anak. Justeru, Rasulullah mencadangkan nama baru untuk menggantikannya. Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik.

Malah nama baik juga diberikan Rasulullah kepada nama tempat atau bandar. Rasulullah pernah menukarkan nama anak perempuan Umar al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti cantik.

Diriwayatkan juga pernah Rasulullah menukar seorang bernama Hazan (duka cita) kepada nama Sahel yang bermaksud mudah. Namun pemuda itu tidak mahu menukarkan nama diberikan bapanya itu. Akibatnya, dia sendiri mengakui perasaan duka cita tidak pernah lekang daripada dirinya.
Ketika Rasulullah tiba di Madinah, nama tempat itu ialah Yathrib yang bermakna ‘keburukan’. Lantas, Rasulullah menyatakan kepada penduduknya agar ditukar kepada nama baru iaitu Madinah yang membawa makna ‘yang indah’. Jika nama tempat pun tidak boleh di namakan dengan nama buruk, tentulah lebih lagi kepada manusia. Maruah manusia banyak bergantung kepada namanya. Penggunaan nama baik lambang betapa Islam amat mementingkan kepada imej baik. Nama baik diharapkan memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.

Pendapat lain mengatakan nama bayi perlu diberikan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Hujah ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut setiap anak bergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dinamakan serta dicukur kepalanya.

Pemilihan nama anak mestilah indah disebut dan membawa makna yang baik. Maksud indah ialah senang disebut, mudah diingati dan ringkas. Nama itu hendaklah melambangkan nama yang biasa digunakan orang Islam. Nama yang biasa digunakan orang kafir sebagai melambangkan agama mereka hendaklah dielakkan. Sesetengah ulama mengharamkan penggunaan nama yang jelas melambangkan penganut agama lain. Namun, nama orang Islam tidak semestinya dalam bahasa Arab seperti yang difahami sesetengah orang. Bagaimanapun, lebih elok jika nama yang dipilih untuk anak dirujuk maknanya mengikut bahasa Arab. Ia penting bagi mengelak makna buruk dalam bahasa Arab. 

Didapati banyak nama Melayu apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun amat baik bunyinya dalam sebutan Melayu. 

Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala banyak dinamakan kepada anak tanpa diketahui maksudnya oleh ibu bapa ketika menamakan anak mereka. Nama dalam bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul. Tambahan atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza. Justeru, elok jika dirujuk dahulu kepada pakar bahasa Arab bagi mendapatkan ejaan dan sebutan tepat nama untuk mengelak salah makna. Sekarang ini ramai ibu bapa yang sengaja menambah huruf kepada ejaan nama anak supaya kelihatan agak pelik dan panjang. Penambahan huruf q, e, y, f dan z banyak dilakukan kepada nama kerana dikatakan menarik. Banyak masalah timbul akibatnya. 

Pemilihan nama anak juga perlu menunjukkan perbezaan jantina. Pemilihan nama anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan adalah tindakan mengaibkan anak. Anak akan berdepan dengan masalah pengenalan identiti jantina. Biarpun dalam masyarakat Islam di Malaysia penggunaan bin dan binti untuk membezakan lelaki dan perempuan, penggunaannya hanya digunakan dalam urusan rasmi atau ketika nama ditulis, sedangkan ketika panggilan harian tidak disebut bin atau binti. 

Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak. Hanya ibu bapa tidak senonoh memilih nama tidak baik untuk anaknya. 

Nama Allah berjumlah 99 juga perlu dihindari daripada diberikan kepada anak. Nama itu hanya tertentu untuk Allah. Dijelaskan bahawa Rasulullah pernah menukarkan nama seorang sahabat yang digelarkan Abul Hakam kepada Abu Syuraih. Nama Abul Hakam seperti nama Allah al-Hakam yang bermaksud terserah kepada-Nya segala hukum. Nama yang boleh menimbulkan rasa sombong juga ditegah diberikan kepada anak. Ini berdasarkan kepada kisah Rasulullah yang bertemu seorang wanita bernama ‘Barrah’ bererti ‘Yang selalu berbuat baik’. Lantas Rasulullah memanggil nama wanita itu Juwairiyah.

Ibu bapa juga dinasihatkan mengelak daripada menggunakan nama panjang yang mengandungi gabungan beberapa nama. Ia biasanya berlaku apabila ibu dan bapa tidak sepakat memilih nama terbaik. Ibu dan bapa perlu bertolak ansur untuk menentukan nama bagi anak yang baru dilahirkan. Bersabarlah, nama pilihan masing-masing boleh digunakan kepada anak seterusnya.

Islam tidak membenarkan penggunaan nama yang mendatangkan masalah untuk disebut dan diingati. Pemilihan nama panjang membuktikan kecelaruan fikiran ibu bapa dalam memilih nama anak. Soal memilih nama anak bukan perkara mudah. Berilah nama yang terbaik dan menggembirakan anak apabila dewasa nanti. Ada anak berusaha menukar nama selepas menyedari masalah timbul akibat nama yang diberikan oleh ibu bapa.

INTIPATI 

1.           Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat.
2.           Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak dengan penuh teliti dan berhemah.
3.           Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak.
4.           Ada nama Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab mempunyai makna buruk dan memalukan.
5.           Nama baik boleh memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.

Islam melalui Nabi SAW telah mengajarkan umatnya agar memberikan nama orang dan tempat dengan nama yang baik. Ini bermakna bahawa apabila kita memberikan nama selain dari orang dan tempat juga hendaklah dilakukan dengan penuh teliti dan berhemah. Maksudnya ialah hendaklah kita semua menamakan apa sahaja seperti nama bangsa, negara, kenderaan, haiwan kesayangan dengan nama-nama yang baik sebagaimana telah dikupas panjang lebar di atas. Apakah akan memberikan kesan buruk apabila nama sesuatu kaum atau nama sebuah negara diberikan dengan nama yang buruk???

Saya ingin memulakan kupasan tentang nama yang telah diberikan kepada sebuah bangsa iaitu MELAYU. Bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang menjadi majoriti di Malaysia. Perkataan Melayu adalah berasal dari kata asas LAYU. Menurut Kamus Dewan, layu  memberi maksud:
1.      kering dan kecut, tidak berseri atau tidak segar lagi.
2.      orang yang pucat dan lesu, tidak bergaya, tidak sihat, merana.

Perkataan layu adalah kata sifat dan apabila ditambah penambahan ‘me’ dihadapan, ia akan menghasilkan perkataan baru iaitu melayu yang  membawa maksud proses layu yang sedang berjalan. Berdasarkan Kamus Dewan di atas, perkataan Melayu kini boleh dimaksudkan sebagai:
1.      Tumbuhan yang kering dan kecut, tidak berseri atau tidak segar lagi.
2.      Orang yang sedang / semakin pucat dan lesu, tidak bergaya, tidak sihat, merana.

Daripada takrifan ini, perkataan Melayu sememangnya membawa maksud yang tidak baik yang patut sama sekali dielakkan daripada diberikan sebagai nama kepada suatu kaum yang bermaruah yang mendiami Malaysia ini. Saya merasa begitu sedih dan malu bahawa sesungguhnya saya juga adalah salah seorang daripada bangsa Melayu.

Sebagai seorang bekas guru (5 tahun) dan kini sudah hampir 20 tahun menjadi pensyarah, saya sememangnya banyak bergaul dengan bangsa Melayu di UTM ini sama ada kakitangan atau pelajar selain dari bangsa lain seperti Cina dan India. Isteri pula masih seorang guru semenjak 1981. Berdasarkan pengalaman bergaul dengan pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India ini dapatlah saya rumuskan bahawa penggunaan perkataan Melayu sebagai nama bangsa saya sememangnya telah banyak memberikan kesan yang begitu negatif. Mungkin ia telah menjadi satu harapan atau doa semoga bangsa saya ini semakin layu apabila perkataan Melayu ini disebut selalu.

Berikut adalah pengamatan yang saya perhatikan amat bersangkut paut dengan perkataan Melayu di dalam “bangsa Melayu”:
  1. Bangsa Melayu kini memang seolah-olah  tumbuhan yang layu kering dan kecut, tidak berseri atau tidak segar lagi kerana ramai atau majoriti bangsa ini tidak cukup air di dalam tubuh badan mereka. Bayangkan, pokok layu adalah pokok yang tidak cukup air di dalam tumbuhan tersebut dan kebetulan dari pengamatan saya, ramai bangsa Melayu juga tidak cukup air di dalam tubuhnya kerana mereka tidak minum air dengan secukupnya. Pernah saya temui seorang sampel wanita ketika membuat kajian di MRSM Balik Pulau, tidak minum sebarang air minuman semenjak pagi hingga kira-kira 2 – 3 petang. Ramai orang Melayu lain hanya minum sekadar 1 hingga 1½  Liter air sehari. Ramai juga yang minum jumlah air tidak sampai 1 Liter sehari. Tidak ramai sampel kajian saya di kalangan orang Melayu yang minum air melebihi 2 Liter sehari. Penemuan ini adalah sejajar dengan perkataan MELAYU bagaikan pokok yang layu tidak cukup air.
Tubuh badan manusia dijadikan Allah memerlukan sekurang-kurangnya 2 Liter air sehari bagi membolehkan anggota tubuh badan menyempurnakan fungsi mereka dengan sewajarnya. Bagi yang aktif dan bekerja kuat, mereka memerlukan jauh lebih banyak air minum. Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan pengamatan saya ini, silalah menjenguk ke setiap sekolah di Malaysia dan perhatikanlah berapa peratus pelajar anak-anak Melayu yang membawa bekal air minum secukupnya ke sekolah. Kebanyakan mereka (lebih 75 %) tidak membawa sebarang bekal minuman ke sekolah dan hanya bergantung kepada 1 gelas minuman di kantin untuk tempuh dari pagi hingga ke petang. Sebagai perbandingan, cuba perhatikan pula anak dari bangsa Cina. Mereka masing-masing (hampir 100%) membawa pelbagai botol air minuman dan ada yang membawa bekalan air minum melebihi 1.5 Liter. Amalan kaum Cina ini adalah satu amalan yang amat wajar diikuti. Amalan mereka ini berkekalan sehinggalah mereka masuk ke UTM. Di UTM juga pelajar Cina membawa bekal air ke kuliah sedangkan kaum Melayu jarang atau tidak ada sebarang botol bekalan air minum.
 
Saya masih teringat seorang pelajar perempuan Cina yang membawa bekalan air minum sebanyak 1 ½  Liter dan air minuman ini selalunya dihabiskan pada sekitar pukul 3 petang.. Begitulah, kaum Cina bagaikan pokok yang segar bugar manakala kaum Melayu bagaikan pokok layu yang kering dan kecut akibat tidak cukup air.

  1. Semenjak 3 tahun lepas, saya giat menjalankan kajian berkaitan buah pinggang, jantung dan paru-paru dan melalui soal selidiknya memang kebanyakan orang Melayu tidak cukup minum air. Dari kajian tersebut saya juga mendapati bahawa peratusan orang Melayu adalah lebih ramai berbanding peratusan orang Cina yang mengidap penyakit berkaitan buah  pinggang, diabetes, gout dan artritis. Kajian secara pemerhatian (bukan secara kuantitatif) di hospital juga mengesahkan dapatan saya ini. Dapatan ini menunjukkan bahawa ramai orang Melayu sedang / semakin pucat dan lesu, tidak bergaya, tidak sihat, merana sebagaimana dijelaskan sebagai maksud Melayu di atas.

  1. Walaupun bangsa Melayu adalah bangsa majoriti di Malaysia namun hakikatnya kedudukan penguasaan ekonomi tidaklah melambangkan mereka sebagai kaum yang segar agresif merebut pelbagai peluang. Bangsa Melayu seakan-akan sedang layu dan lesu untuk bersaing dengan kaum Cina yang kelihatan begitu bernafsu dan bertenaga. Kalau tidak ada GLC dan kerajaan dari orang Melayu, entah berapa peratuslah ekonomi yang mampu dikuasai oleh orang Melayu.

  1. Bahasa Melayu yang diamalkan oleh bangsa Melayu ini amat jelas sekali sedang terlentok layu tidak bermaya apatah lagi selepas dasar bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik dilaksanakan lima tahun lampau. Kini seolah-olah bahasa Mandarin lebih segar bermaya berbanding bahasa Melayu. Bahasa Inggeris jangan dipersoal lagi kerana ia terus segar mencengkam akarnya di segenap sudut kerana dibaja dan disiram air secukupnya oleh pelbagai pihak. Kini orang Melayu yang mampu berbahasa Inggeris dan Mandarin lebih bernilai berbanding graduan yang tidak menguasainya.
Bahasa Melayu semakin hari semakin layu entah berapa tahun lagi mampu bertahan sebelum berkubur.  Beberapa rakan sejawat berbangsa Melayu kini lebih menekankan bahasa Inggeris di rumah sehingga anak-anak mereka tidak boleh lagi bercampur dengan kanak-kanak Melayu lain kerana mereka hanya mampu bertutur dengan bahasa Inggeris. Kalau Melayu tidak lagi menghargai bahasa Melayu, usah diharap kepada bangsa lain untuk memartabatkan bahasa Melayu!

  1. Perkara yang akan disampaikan ini amat jelas sekali menggambarkan bahawa ramai orang Melayu telah layu yang tidak mampu dipulihkan lagi dan hanya menunggu saat untuk dikuburkan sahaja. (Kamus Dewan - Melayu: Orang yang sedang / semakin pucat dan lesu, tidak bergaya, tidak sihat, merana.)
Orang Melayu jenis ini yang masih hidup pun layak dipanggil sebagai mayat hidup. Mereka adalah Melayu mat gian yang menagih dadah. Menurut laman pemuda UMNO http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5518  :
Profil penagih-penagih yang dikesan untuk tahun 2005 adalah seperti berikut (AADK) :-
·  98.92% lelaki
·  67.30% Melayu
·  71.87% terdiri daripada golongan belia (berusia 19-39) dan majoriti adalah berumur antara 25-29 tahun.
 
Di dalam negara yang diperintah oleh majoriti orang Melayu, majoriti anggota polisnya adalah bangsa Melayu, majoriti pegawai kerajaannya juga orang Melayu tetapi sedihnya 67.30% penagih dadah adalah dari bangsa Melayu. Tidak bolehkah kita mengambil iktibar dari jiran terdekat Singapura bagaimana mereka mampu menangani gejala penagihan dadah pada tahap minimal?
 
Mungkin bukan salah pemimpin, polis atau kakitangan kerajaan lainnya tetapi salah nama MELAYU yang melekat pada bangsa tersebut.
 
  1. Satu ketika dahulu di Malaya dan Malaysia, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Mungkin kerana penganut Islam di Malaya dan Malaysia ini ramainya adalah dari bangsa Melayu (sedang layu), maka pegangan amalan ajaran Islam juga semakin layu dan pudar. Kalau satu ketika dahulu orang Melayu murtad jarang sekali kedengaran tetapi kini bilangan yang murtad dan sedang memohon untuk murtad amat mengerikan. Melayu Islam semakin layu, amalan agama macam bersimpang prenang, bidaah macam dah jadi sunnah.
  1. Orang Melayu amat mudah layu apabila disogokkan dengan wang ringgit dan barangan material lain (rasuah lah tu) tidak seperti jiran kita di seberang tambak tu. Sekarang semakin ramai orang Melayu yang diheret ke mahkamah. Hakim dan peguam syarie juga tidak ketinggalan mengamalkan rasuah.
Jikalau saya menjadi Perdana Menteri, antara langkah pertama yang akan saya ambil ialah menukar nama bangsa Melayu ini kepada satu nama yang membawa maksud yang mulia. Mungkin saya menukarkan perkataan Melayu kepada SEGAR. Kalau nama SEGAR ini tidak dipersetujui ramai, saya akan mengadakan pertandingan untuk mencari nama baru yang paling sesuai untuk menggantikan perkataan Melayu.

Selain perkataan Melayu bagi merujuk satu kaum di Malaysia, saya juga sebenarnya merasakan bahawa nama Malaysia adalah tidak wajar sekali digunakan untuk menamakan bumi bertuah ini. Malay adalah perkataan dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Melayu membawa maksud Melayu. Sia di hujung Malaysia pula semacam menjadi bahan ejekan di kalangan kaum Cina kerana si dan bahasa Cina membawa maksud mati. Sia dengan itu membawa maksud mati aaa. Bila digabungkan Malay dan sia, ia seolah-olah membawa maksud Melayu mati aaa.

Saya tidak menganggap perkara ini kecil seandainya bangsa Melayu di Malaysia adalah satu bangsa yang benar-benar bermaruah berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia. Menurut pandangan peribadi berdasarkan fakta sebagaimana saya jelaskan di atas, Melayu seolah-olah makin mati aaa. Mati dari sudut ekonomi, bahasa, agama, penagihan dadah dsbnya. Melayu amat mudah layu apabila disogokkan dengan wang ringgit dan material (rasuah la tu).

Nama Malaysia apabila disebut selalu seolah-olah mendoakan agar ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di air mati kehausan. Sebagai perbandingan, mari kita lihat nama negara seberang tambak iaitu Singapura. Singapura yang kecil dan amat kecil jika dibandingkan keluasan Malaysia namun sungguh garang dan maju, jauh lebih maju dari Malaysia. Negara Singapura tidak ada pun hutang luar sedangkan hutang luar Malaysia adalah begitu banyak. “On paper” orang luar dan pengkaji ketenteraan mengatakan bahawa  jika Malaysia berperang dengan Singapura, sekejap sahaja mereka dapat menewaskan Malaysia. Teknologi ketenteraan mereka amat canggih. Walau pun mereka tidak ada minyak, getah dan kelapa sawit, jalan rayanya begitu canggih tanpa tol. Tol di tengah bandar di kawasan paling sibuk dijalankan dengan teknologi moden menggunakan “gantry” tanpa operator sekadar untuk mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut dan kaedah ini amat berkesan mengawal kesesakan di kawasan tersebut. 

Perkataan Singapura adalah gabungan dua perkataan iaitu singa dan pura. Singa adalah sejenis haiwan yang kerap dikaitkan dengan raja di rimba yang begitu gagah dan segak terutama sekali singa jantan. Pura pula adalah mengikut Kamus Dewan boleh dimaksudkan sebagai kota. Jika digabungkan kedua-duanya, ia menjadi kota bagi singa. Kalau satu kota dipenuhi singa (Singapura) ingin dibandingkan dengan Melayu mati aaa (Malaysia), memanglah dari sudut bahasa kota singa jauh lebih gagah dan sedia untuk membaham Melayu mati aaa. 

Jikalau saya menjadi Perdana Menteri, saya juga akan menukarkan nama negara bertuah tempat tumpah darah ku ini menjadi mungkin negara Gagahpura. Kalau ramai tidak mempersetujuinya, saya akan mengadakan pertandingan mencari nama paling sesuai untuk menamakan semula negara tercintaku Malaysia. Satu nama baru yang melambangkan negara tercinta ku yang mempunyai penduduk gagah yang mampu bersaing dengan negara dan bangsa lain di dunia.

Hidup dan maju bangsa, agama dan negara ku.

Sekian wassalam wallhuaqlam

Emjay

Friday 26 October 2007

FATWA-FATWA ULAMA AHLUS SUNNAH TENTANG JAMA’AH TABLIGH



Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Assalamualaikum wbth

Berikut saya lampirkan copy paste yang saya perolehi dari Laman Tranungkite di http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=4220 .

Bacalah, fahamilah dan hayatilah penulisannya!

Sekian wassalam

Emjay

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


FATWA-FATWA ULAMA AHLUS SUNNAH TENTANG JAMA’AH TABLIGH

Kita akan membawa beberapa fatwa (keputusan) para ulama tentang Firqah Tabligh, agar ummat mengerti bahwa kita menuduh mereka sesat bukan dari kita sendiri, tapi kita mengambilnya dari ucapan ulama kita yang mulia, semoga Allah mengampuni mereka yang telah wafat dan menjaga yang masih hidup. Perhatikan ucapan para ulama ini agar terbuka kekaburan yang selama ini menutupi mereka. Dan hendaklah bagi mereka yang masuk ke dalam kelompok ini segera keluar dan yang kagum segera sadar dan membenci, karena kematian itu datangnya tiba-tiba. 


1. Syaikh Muhammad bin Ibrahim rahimahullah

“Dari Muhammad bin Ibrahim kepada yang terhormat raja Khalid bin Su’ud.
Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu. Wa ba’du:
Saya telah menerima surat Anda dengan no. 37/4/5/D di 21/1/82H. Yang berkaitan tentang permohonan untuk bekerja sama dengan kelompok yang menamakan dirinya dengan “Kulliyatud Da’wah wat Tabligh Al Islamiyyah.”

Maka saya katakan: Bahwa jama’ah ini tidak ada kebaikan padanya dan jama’ah ini adalah jama’ah yang sesat. Dan setelah membaca buku-buku yang dikirimkan, kami dapati di dalamnya berisi kesesatan dan bid’ah serta ajakan untuk beribadah kepada kubur dan kesyirikan. Perkara ini tidak boleh didiamkan. Oleh karena itu kami akan membantah kesesatan yang ada di dalamnya. Semoga Allah menolong agama-Nya dan meninggikan kalimat-Nya. Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. 29/1/82H.” (Al Qaulul Baligh hal. 29 dengan diringkas)


2. Syaikh Hummud At Tuwaijiri rahimahullah

“Adapun ucapan penanya: Apakah aku menasehatinya untuk ikut khuruj dengan orang-orang tabligh di dalam negeri ini (Saudi) atau di luar?

Maka saya jawab: Saya menasehati penanya dan yang lainnya yang ingin agamanya selamat dari noda-noda kesyirikan, ghuluw, bid’ah dan khurafat agar jangan bergabung dengan orang-orang Tabligh dan ikut khuruj bersama mereka. Apakah itu di Saudi atau di luar Saudi. Karena hukum yang paling ringan terhadap orang tabligh adalah: Mereka ahlul bid’ah, sesat dan bodoh dalam agama mereka serta pengamalannya. Maka orang-orang yang seperti ini keadaannya, tidak diragukan lagi bahwa menjauhi mereka adalah sikap yang selamat.

Sungguh sangat indah apa yang dikatakan seorang penyair:
Janganlah engkau berteman dengan teman yang bodoh.
Hati-hatilah engkau darinya.

Betapa banyak orang bodoh yang merusak seorang yang baik ketika berteman dengannya.” (Al Qaulul Baligh, syaikh Hummud At Tuwaijiri hal. 30)


3. Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani hafidhahullah

Pertanyaan: Di sini ada pertanyaan: Apa pendapat Anda tentang Jama’ah (firqah) Tabligh dan apakah ukuran khuruj ada terdapat dalam sunnah?

Jawab:Pertanyaan ini adalah pertanyaan penting. Dan aku memiliki jawaban yang ringkas, serta kalimat yang benar wajib untuk dikatakan. Yang saya yakini bahwa da’wah tabligh adalah: sufi gaya baru. Da’wah ini tidak berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam

Khuruj yang mereka lakukan dan yang mereka batasi dengan tiga hari dan empat puluh hari, serta mereka berusaha menguatkannya dengan berbagai nash, sebenarnya tidak memiliki hubungan dengan nash secara mutlak. Sebenarnya cukup bagi kita untuk bersandar kepada salafus shalih. Penyandaran ini adalah penyandaran yang benar. Tidak boleh bagi seorang muslim untuk tidak bersandar kepadanya. Bersandar kepada para salafus sholih, -wajib diketahui hakikat ini,- bukanlah seperti bersandar kepada seseorang yang dikatakan pemilik mazhab ini atau kepada seorang syaikh yang dikatakan bahwa dia pemilik tarikat ini atau kepada seseorang yang dikatakan bahwa dia pemilik jama’ah tertentu. Berintima’ (bergabung) kepada salaf adalah berintima’ kepada sesuatu yang ‘ishmah (terpelihara dari dosa). Dan berintima’ kepada selain mereka adalah berintima’ kepada yang tidak ‘ishmah. Firqah mereka itu cukup bagi kita dengan berintima’ kepada salaf- bahwa mereka datang membawa sebuah tata tertib khuruj untuk tabligh (menyampaikan agama), menurut mereka. Itu tidak termasuk perbuatan salaf, bahkan bukan termasuk perbuatan khalaf, karena ini baru datang di masa kita dan tidak diketahui di masa yang panjang tadi. (Sejak zaman para salaf hingga para khalaf). 

Kemudian yang mengherankan, mereka mengatakan bahwa mereka khuruj (keluar) untuk bertabligh, padahal mereka mengakui sendiri bahwa mereka bukan orang yang pantas untuk memikul tugas tabligh (penyampaian agama) itu. Yang melakukan tabligh (penyampaian agama) adalah para ulama, sebagaimana yang dilakukan Rasulullah dengan mengutus utusan dari kalangan para sahabatnya yang terbaik yang tergolong ulama mereka dan fuqaha` mereka untuk mengajarkan Islam kepada manusia. Beliau mengirim Ali sendirian, Abu Musa sendirian, dan Mu’adz sendirian. Tidak pernah beliau mengirim para sahabatnya dalam jumlah yang besar, padahal mereka sahabat. Karena mereka tidak memiliki ilmu seperti beberapa sahabat tadi. 

Maka apa yang kita katakan terhadap orang yang ilmunya tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan sahabat yang tidak dikirim Nabi, apa lagi dibanding dengan para sahabat yang alim seperti yang kita katakan tadi?! Sedangkan mereka (Firqah Tabligh) keluar berdakwah dengan jumlah puluhan, kadang-kadang ratusan. Dan ada di antara mereka yang tidak berilmu, bahkan bukan penuntut ilmu. Mereka hanya memiliki beberapa ilmu yang dicomot dari sana sini. Adapun yang lainnya, hanya orang awam saja. Di antara hikmah orang dulu ada yang berbunyi: Sesuatu yang kosong tidak akan bisa memberi. Apa yang mereka sampaikan kepada manusia, padahal mereka mengaku (jama’ah) Tabligh?

Kita menasehati mereka di Suriah dan Amman agar duduk dan tinggal di negeri mereka dan duduk mempelajari agama, khususnya mempelajari aqidah tauhid, yang iman seorang mukmin tidak sah walau bagaimanapun shalihnya dia, banyak shalat dan puasanya, kecuali setelah memperbaiki aqidahnya.

Kita menasehati mereka agar tinggal di negeri mereka dan membuat halaqah ilmu di sana serta mempelajari ilmu yang bermanfaat dari para ulama sebagai ganti khurujnya mereka ke sana kemari, yang kadang-kadang mereka pergi ke negeri kufur dan sesat yang di sana banyak keharaman, yang tidak samar bagi kita semua yang itu akan memberi bekas kepada orang yang berkunjung ke sana, khususnya bagi orang yang baru sekali berangkat ke sana. Di sana mereka melihat banyak fitnah, sedangkan mereka tidak memiliki senjata untuk melidungi diri dalam bentuk ilmu untuk menegakkan hujjah kepada orang, mereka akan menghadapi, khususnya penduduk negeri itu yang mereka ahli menggunakan bahasanya, sedangkan mereka (para tabligh) tidak mengerti tentang bahasa mereka.

Dan termasuk syarat tabligh adalah hendaknya si penyampai agama mengetahui bahasa kaum itu, sebagaimana diisyaratkan oleh Rabb kita ‘Azza wa Jalla dalam Al Qur`an:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ
“Tidaklah kami mengutus seorang rasul kecuali dengan lisan kaumnya agar dia menerangkan kepada mereka.” (Ibrahim: 4)

Maka bagaimana mereka bisa menyampaikan ilmu, sedangkan mereka mengakui bahwa mereka tidak memiliki ilmu?! Dan bagaimana mereka akan menyampaikan ilmu, sedangkan mereka tidak mengerti bahasa kaum itu?! Ini sebagai jawaban untuk pertanyaan ini. (Dari kaset Al Qaulul Baligh fir Radd ‘ala Firqatit Tabligh)


4. Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz hafidhahullah

Pertanyaan:Semoga Allah merahmati Anda, ya syaikh. Kami mendengar tentang (firqah) tabligh dan dakwah yang mereka lakukan, apakah anda membolehkan saya untuk ikut serta dengan mereka? Saya mengharap bimbingan dan nasehat dari anda. Semoga Allah memberi pahala kepada anda.

Jawab:Siapa yang mengajak kepada Allah adalah muballigh, (sebagaimana Nabi bersabda –pent) “Sampaikan dariku walau satu ayat.” Adapun jama’ah (firqah) tabligh yang terkenal dari India itu, di dalamnya terdapat khurafat-khurafat, bid’ah-bid’ah dan kesyirikan-kesyirikan. Maka tidak boleh khuruj (keluar) bersama mereka. Kecuali kalau ada ulama yang ikut bersama mereka untuk mengajari mereka dan menyadarkan mereka, maka ini tidak mengapa. Tapi kalau untuk mendukung mereka, maka tidak boleh, karena mereka memiliki khurafat dan bid’ah. Dan orang alim yang keluar bersama mereka hendaknya menyadarkan dan mengembalikan mereka kepada jalan yang benar. (Dari kaset Al Qaulul Baligh)

Tanya:Para penuntut ilmu menanya kepada anda dan para ulama kibar (senior) lainnya tentang: Apakah anda menyetujui kalau mereka bergabung dengan kelompok yang ada seperti Ikhwan, Tabligh, kelompok Jihad dan yang lainnya atau anda menyuruh mereka untuk belajar bersama para da’i salaf yang mengajak kepada dakwah salafiyyah?

Jawab:Kita nasehati mereka semuanya untuk belajar bersama para thalabul ilmi lainnya dan berjalan di atas jalan Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Kita nasehati mereka semuanya agar tujuannya untuk mengikuti Al Kitab dan sunnah dan berjalan di atas jalan Ahlus sunnah wal Jama’ah. Dan hendaknya mereka menjadi ahlus sunnah atau para pengikut salafus shalih. Adapun berhizb dengan Ikhwanul Muslimin, Tablighi atau yang lainnya, maka tidak boleh. Ini keliru. Kita nasehati mereka agar menjadi satu jama’ah dan bernisbah kepada Ahlus sunnah wal jama’ah. Inilah jalan yang lurus untuk menyatukan langkah. Kalau ada berbagai nama sedangkan semuanya di atas satu jalan, dakwah salafiyyah, maka tidak mengapa, seperti yang ada di Shan’a dan yang lainnya, tapi yang penting tujuan dan jalan mereka satu. (Dari kaset Al Qaulul Baligh)


5. Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Ghudayyan hafidhahullah (anggota Hai’ah Kibarul Ulama`)

Pertanyaan:Kami berada di suatu kampung dan berdatangan kepada kami apa yang dinamakan dengan (firqah) Tabligh, apakah kami boleh ikut berjalan bersama mereka? Kami mohon penjelasannya.

Jawab:Jangan kalian ikut berjalan bersama mereka!! Tapi berjalanlah dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam!! (Dari kaset Al Qaulul Baligh)


6. Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidhahullah

Pertanyaan:Syaikh, di sana ada kelompok-kelompok bid’ah, seperti Ikhwan dan Tabligh serta yang lainnya. Apakah kelompok ini termasuk Ahlus Sunnah? Dan apa nasehat anda tentang masalah ini?

Jawab:“Kelompok-kelompok ini… Telah diketahui bahwa yang selamat adalah yang seperti yang telah saya terangkan tadi, yaitu kalau sesuai dengan Rasulullah dan para sahabatnya, yang mana beliau berkata ketika ditanya tentang Al Firqatun Najiyah: Yang aku dan para sahabatku ada di atasnya. Firqah-firqah baru dan beraneka ragam ini, pertama kali: bid’ah. Karena lahirnya di abad 14. Sebelum abad 14 itu mereka tidak ada, masih di alam kematian. Dan dilahirkan di abad 14. Adapun manhaj yang lurus dan sirathal mustaqim, lahirnya atau asalnya adalah sejak diutusnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Maka siapa yang mengikuti ini dialah yang selamat dan berhasil. Adapun yang meninggalkan berarti dia menyimpang. Firqah-firqah itu telah diketahui bahwa padanya ada kebenaran dan ada kesalahan, akan tetapi kesalahan-kesalahannya besar sekali, maka sangat dikhawatirkan.

Hendaknya mereka diberi semangat untuk mengikuti jama’ah yakni Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan yang berada di atas jalan salaf ummat ini serta yang menta’wil menurut apa yang datang dari Rasulullah bukan dengan yang datang dari si fulan dan fulan, menurut tarikat-tarikat yang ada di abad 14 H. Maka kedua kelompok yang tadi disinggung adanya hanya di abad 14 H. Mereka berpegang dan berjalan di atas jalan-jalan dan manhaj-manhaj itu. Mereka tidak berpegang dengan dalil-dalil dari Al Kitab dan Sunnah, tapi dengan pendapat-pendapat, pemikiran-pemikiran dan manhaj-manhaj yang baru dan bid’ah yang mereka membangun jalan dan manhaj mereka di atasnya.

Dan yang paling jelas di kalangan mereka adalah: Wala` dan Bara`. Al Wala` wal Bara` di kalangan mereka adalah bagi yang masuk ke dalam kelompok mereka, misalnya Ikhwanul Muslimin, siapa yang masuk ke dalam kelompok mereka, maka dia menjadi teman mereka dan akan mereka cintai walaupun dia dari rafidlah, dan akhirnya dia menjadi saudara dan teman mereka.

Oleh karena ini mereka mengumpulkan siapa saja, termasuk orang rafidlah yang membenci sahabat dan tidak mengambil kebenaran dari sahabat. Kalau dia masuk ke dalam kelompok mereka, jadilah dia sebagai teman dan anggota mereka. Mereka membela apa yang dia bela dan membenci apa yang dia benci.

Adapun Tabligh, pada mereka terdapat perkara-perkara mungkar. Pertama: dia adalah manhaj yang bid’ah dan berasal dari Delhi (India –red) bukan dari Mekkah atau Madinah. Tapi dari Delhi di India. Yakni seperti telah diketahui bahwa di sana penuh dengan khurafat, bid’ah dan syirik walau di sana juga banyak Ahlus Sunnah wal Jama’ah, seperti jama’ah ahlul hadits, yang mereka adalah sebaik-baik manusia di sana. Tetapi Tabligh ini keluar dari sana melalui buatan para pemimpin mereka yang ahli bid’ah dan tarekat sufi yang menyimpang dalam aqidah. Maka kelompok ini adalah kelompok bid’ah dan muhdats. Di antara mereka ada Sufi dan Asy’ari yang jelas-jelas bukan berada di atas jalan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dalam aqidah dan manhaj. Dan yang selamat adalah orang yang mengikuti manhaj salaf dan yang berjalan di atas jalan mereka.” (Dari kaset Al Qaulul Baligh)


7. Syaikh Rabi’ bin Hadi Al Madkhali hafidhahullah

“Saya tidak pernah khuruj dengan mereka (Firqah tabligh), tapi saya pergi untuk suatu keperluan, yakni ke Kashmir. Setelah selesai dari pekerjaan ini aku melewati Delhi. Maka ada yang mengatakan kepadaku: Mari kita singgah ke suatu tempat untuk dikunjungi, yaitu ke markas Tabligh yaitu di Nizamuddin. Nizamuddin ini adalah masjid yang dekat dengan markas jama’ah tabligh. Di dalamnya ada lima kubur yang diberi kubah. Yakni kuburan yang disembah, bukan menyembah kepada Allah. Ini ibadah yang jelas syirik. Maka kami melewati ‘monumen’ ini. Kemudian kami singgah ke markas tabligh. Orang-orang berselisih apakah di dalamnya ada kuburan atau tidak.

Maku Abdurrab bertanya, ini orang yang saya ceritakan tadi, apakah di dalam masjid Tabligh ini ada kuburan? Yang cerdas di kalangan mereka berkata: Tidak, di sini tidak ada kuburan! Kuburan Ilyas di Mekkah atau di tempat ini atau itu yang jauh. Maka dia terus bertanya hingga ada seseorang yang menunjukkan atau mengabarkan bahwa di sana ada kuburan Ilyas dan di sebelahnya kuburan istrinya.
Kemudian al Akh Abdurrab pergi ke kedua kuburan itu dan mencari-carinya setelah ketemu, dia datang kepada kami sambil berkata: Mari, saya tunjukkan kepada kalian dua kuburannya. Maka kami melihat, ini kuburan Ilyas dan ini kuburan istrinya yang keduanya ada di dalam masjid.

Kemudian setelah itu kami pastikan bahwa di dalamnya ada empat kuburan, bukan dua kuburan saja. Kami memastikannya melalui orang-orang yang dipercaya yang telah berjalan bersama Tabligh bertahun-tahun.

Tidak akan berkumpul masjid dan kuburan (di satu tempat) dalam agama Islam. Akan tetapi, mereka ini karena kesufiannya, kebodohannya terhadap manhaj dakwah para nabi, jauh darinya dan meremehkannya, mereka menguburkan para gurunya di masjid, padahal para ulama telah mengatakan: bahwa shalat di dalam masjid yang ada kuburan atau beberapa kuburan, shalatnya tidak sah. Saya bertanya tentang hal ini kepada Syaikh Bin Bazz. Sebenarnya saya tahu tentang ini dan juga para Thalabul Ilmi bahwa shalat di dalam masjid yang ada satu kuburan atau beberapa kuburan, shalatnya tidak sah. Maka saya tanyakan kepada Syaikh Bin Bazz, agar hadirin mendengar jawabannya. Saya katakan: Apa pendapat anda, syaikh, tentang masjid yang ada kuburan di dalamnya, apakah sah shalat di dalamnya? Beliau menjawab: Tidak! Saya katakan: Di dalamnya ada banyak kuburan? Beliau mengatakan: Terlebih lagi demikian! Saya katakan: Kuburannya bukan di kiblat masjid, tapi di sebelah kiri dan kanannya? Beliau menjawab: Demikian juga, tetap tidak sah.
Saya katakan kepada beliau bahwa masjid induk atau markas induk tabligh di dalamnya ada beberapa kuburan? Maka beliau menjawab: Tetap shalatnya tidak sah!

Sangat disayangkan sekali, kelompok ini bergerak di dunia, tetapi beginilah keadaannya; tidak mengajak kepada tauhid, tidak membasmi syirik dan tidak membasmi jalan-jalan menuju kesyirikan. Mereka terus berjalan dengan melewati beberapa kurun dan generasi tetap dengan dakwah seperti ini. Tidak mau berbicara tentang tauhid, memerangi kesyirikan dan tidak membolehkan bagi para pengikutnya untuk melaksanakan kewajiban ini. Ini adalah suatu hal yang telah diketahui di kalangan mereka.

Maka kita meminta kepada mereka agar kembali kepada Allah dan mempelajari manhaj dakwah para nabi, mereka juga jama’ah yang lainnya.

Mengapa demikian wahai saudara-saudara? Karena kalau ada yang berdakwah mengajak kepada shalat, orang akan berkata: Silahkan! Tidak ada yang melarang, mereka tidak akan khawatir. Akan tetapi coba kalau mengatakan: Berdo’a kepada selain Allah adalah perbuatan syirik! Membangun kuburan haram hukumnya! Menyembelih untuk selain Allah adalah syirik! Maka mereka akan marah.

Ada seorang pemuda yang berkhuthbah di suatu masjid tentang persatuan, akhlak, perekonomian, dekadensi moral, dan yang lainnya. Orang-orang semuanya, masya Allah, berkumpul dan mendengarkannya. Kita katakan kepadanya: Ya akhi… jazakallahu khairan, khuthbah anda sangat baik, tetapi orang-orang yang ada di hadapanmu ini tidak mengenal tentang tauhid, mereka terjatuh dalam kesyirikan dan bid’ah, maka terangkan kepada mereka tentang manhaj dakwah para Nabi ‘alaihimush shalatu was salam! Maka ketika dia mulai berbicara, merekapun mulai bersungguh-sungguh. Ketika dia terus berbicara, merekapun semakin jengkel. Maka ketika yang ketiga kalinya ada sekelompok orang yang ada di masjid bangkit dan memukulinya! Maka dia datang kepadaku sambil menangis. Dia berkata: Aku habis bertengkar dengan mereka, mereka memukuliku! Maka aku katakan kepadanya: Sekarang engkau telah berjalan di atas manhaj dakwah para Nabi. Kalau engkau tetapi seperti dulu bertahun-tahun, engkau tidak akan berselisih dengan seorangpun. Dari sinilah kelompok yang ada ini bergerak, mereka memerangi bagian ini. Nabi bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَاء ثُمَّ اْلأّمْثَل فَاْلأَمْثَل
“Seberat-berat manusia diberi cobaan adalah para Nabi, kemudian yang selanjutnya dan kemudian yang selanjutnya.”

Karena mereka menghadapi berbagai gangguan yang hanya Allah yang tahu tentang kerasnya gangguan itu ketika mereka berdakwah kepada tauhid dan membasmi kesyirikan. Dari sinilah para da’i yang mengajak kepada tauhid dan membasmi syirik malah disakiti. Kalau dakwah Ikhwan dan Tabligh disenangi manusia karena meremehkan sisi ini. Tapi kalau aku berkhuthbah di masjid seperti ini, sedikit sekali yang mau mendengarku dan menerima dakwahku, kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah. Kalau aku berdakwah mengajak shalat, mereka akan berkata: silahkan. Tapi kalau aku berdakwah untuk bertauhid dan memerangi kesyirikan, semuanya akan lari dan merasa asing. Inilah dakwah para Nabi.

Inilah dasarnya mengapa mereka menjadi manusia yang paling banyak ganngguannya. Sekarang para salafiyyun, para da’i kepada tauhid keadaan mereka dikaburkan oleh manusia. Karena banyaknya fitnah, kebohongan-kebohongan dan tuduhan dusta yang ditujukan kepada mereka. Mengapa? Karena mereka mengajak untuk mentauhidkan Allah!

Kelompok ini tidak bisa masuk ke dalam lapangan ini, karena mereka takut kepada sisi ini. Tetapi mereka akan ditanya di hadapan Allah. Demi Allah, telah datang kepada kami seseorang atau segolongan Tabligh di Benares, di sebuah rumah yang saya tempati dengan syaikh Shalih Al Iraqi. Mereka berkata: Kami dengar kalian datang, kami sangat senang, maka kami datang mengunjungi kalian agar kalian ikut bersama kami berdakwah kepada Allah. Dan tempat kami adalah masjid ini. Maka kami juga gembira dan mendatangi masjid itu, ternyata masjid itu tempat tarikat Berelwian. Mereka adalah para penyembah berhala dan sangat keterlaluan dalam penyembahan itu.


Mereka meyakini bahwa para wali bisa mengetahui perkara yang ghaib dan mengatur alam. Mereka membolehkan untuk bernadzar, menyembelih, sujud dan ruku’ kepada kuburan. Singkat kata: mereka adalah golongan penyembah berhala. Maka Syaikh Shalih pergi dan bersama kami ada seorang penerjemah, namanya Abdul Alim, sekarang dia ada di Rabithah Al Alam Islami. Kami bawa orang ini untuk menerjemahkan ucapan syaikh. Maka syaikh pun berbicara. Setiap selesai berbicara beliau melihat kepada penerjemah agar diterjemahkan. Maka penerjemah pun akan bergerak, maka ternyata pemimpin tabligh melihat dan berkata: Tunggu, saya yang akan menerjemahkan. Maka syaikh terus berbicara, tapi tidak ada seorangpun yang menerjemahkan. Hingga ceramahnya selesai. Ketika selesai acara itu dia mengucap salam dan malah pergi. Maka kami tetap di situ menunggu terjemah. Dia berkata: Saya ada keperluan, biar orang ini yang menerjemahkan. Maka kami shalat Isya’ sambil menunggu terjemahan ceramah itu, tapi tidak kunjung diterjemahkan. Maka saya temui lagi orang itu dan mengatakan: Ya akhi, kami datang ke tempat kalian ini bukan untuk main-main. Tapi kalian tadi meminta kepada kami untuk ikut serta bersama kalian berdakwah, maka kamipun datang menyambut ajakan kalian. Dan syaikh tadi telah berbicara. Ketika penerjemah akan menerjemah engkau malah melarangnya. Dan engkau menjanjikan akan menerjemahkannya, tapi engkau tidak lakukan sedikitpun. Maka dia berkata: Ya akhi, engkau tahu?! Masjid ini milik Khurafiyyin!! Kalau kita berbicara tentang tauhid, mereka akan mengusir kita dari masjid. Maka saya katakan: Ya akhi, apakah seperti ini dakwah para Nabi? Ya akhi, dakwah kalian sekarang menyebar di penjuru dunia. 
Kalian pergi ke Amerika, Iran dan Asia, kalian tidak dapati sedikitpun perlawanan selama-lamanya. Apakah seperti ini dakwah para Nabi? Semua manusia menerimanya dan menghormatinya? Dakwah para Nabi padanya ada pertempuran, darah, kesusahan-kesusahan dan lain-lain. Kalau engkau diusir dari suatu masjid, berdakwahlah di masjid lain atau di jalan-jalan atau di hotel-hotel. Katakan kalimat yang haq dan tinggalkan. Rasul saja diusir dari Mekkah karena sebab dakwah ini. Kemudian saya tanya sudah berapa lama dakwah ini berjalan? Dia berkata: Belum tiga puluh tahun. Saya katakan: Kalian telah menyebar di India, utara dan selatan. Dan engkau melihat fenomena kesyirikan di hadapanmu dan telah mati berjuta-juta orang. Sudah berapa juta orang yang mati selama itu dalam keadaan berada di atas kesesatan, kesyirikan dan bid’ah yang kalian sebarkan ini?! Dan engkau belum menerangkan hal itu kepada mereka! Apakah engkau tidak merasa kalau engkau akan ditanya di hadapan Allah karena engkau menyembunyikan kebenaran ini dan tidak menyampaikannya kepada para hamba Allah?! Diapun diam. Maka aku permisi dan keluar.

Mereka menyembunyikan kebenaran yang dinyatakan Al Qur`an. Dan mereka tidak menegakkan panji-panji tauhid dan tidak mau menyatakan peperangan kepada kesyirikan dan bid’ah. Mereka ini terkena ayat Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللاَّعِنُونَ
“Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkan kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.” (Al Baqarah: 159).

Apa yang mereka dapati kalau mereka telah menyembunyikan kebenaran yang paling nyata?! Dan hal yang paling besar yang bukti-bukti itu berdiri di atasnya?! Bukti-bukti yang paling besar adalah ayat-ayat tauhid. Dakwah yang paling besar yang dilakukan para nabi dan Al Qur`an adalah tauhid. Dan yang paling jelek dan bahaya adalah syirik dan bid’ah. Al Qur`an dan Sunnah telah memeranginya. Kemudian mereka malah setuju dan bersama kesyirikan, bid’ah, dan para pendukungnya sampai mati. Berapa banyak orang yang mati di bawah panji ini dalam keadaan tidak tahu kebenaran tauhid selama itu?! Dan dalam keadaan tidak bisa membedakan antara tauhid dengan syirik?!

Kalau mereka tidak dihisab karena menyembunyikan ayat tauhid, maka siapa lagi yang dihisab?
Kita berharap kepada Allah agar menjadi orang yang menolong agama ini dan menasehati kaum muslimin. Dan agar Allah menjauhkan kita dari sifat menipu dalam agama, karena membiarkan bid’ah dan syirik adalah penipuan yang paling besar. Tidak ada penipuan yang bisa menyaingi penipuan ini. Kalau menipu manusia dalam perdagangan saja Rasulullah berlepas tangan, maka bagaimana lagi kalau menipu dalam agama? Bagaimana engkau bisa diam terhadap kesyirikan dan bid’ah?! Engkau merusak aqidah kaum muslimin dan masyarakat mereka. Kemudian engkau mengatakan: Kita semua kaum muslimin, bersaudara dan engkau tidak menerangkan mana yang haq dan mana yang batil?! Kita memohon kepada Allah agar Dia menjaga kita dari penyakit ini.” (Dari kaset Al Qaulul Baligh)


8. Syaikh Shalih bin Abdullah Al Abud hafidhahullah

Adapun tabligh… ketika Khilafah Utsmaniyyah runtuh bangkitlah firqah ini dengan pemikiran jama’ah ini, firqah tabligh. Dan mereka membuat dasar-dasar untuk para pengikutnya dengan nama “Ushulus Sittah” yang mereka dakwahkan manusia kepadanya. Dan di akhirnya mereka membai’at menurut empat macam tarekat sufi; Jistiyyah, Syahrawardiyyah, Naqsyabandiyah dan Matur… saya lupa yang keempat, yang jelas empat tarekat. Mereka dalam bidang aqidah adalah Maturidiyah atau Asy’ariyyah. Dan dalam pemahaman syahadat mereka, yaitu syahadat Laa Ilaaha Illallah dan Muhammad Rasulullah. Mereka tidak memahami maknanya kecuali bahwa: Tidak ada yang Kuasa untuk Mencipta dan Mengadakan serta Membuat kecuali Allah. Dan dalam memahami makna Muhammad Rasulullah, (mereka tidak memahaminya seperti yang kita fahami, yaitu membenarkan apa yang beliau sampaikan, mentaati apa yang beliau perintahkan, menjauhi apa yang beliau larang dan peringatkan dan Allah tidak diibadahi kecuali dengan apa yang beliau syariatkan). Pemahaman ini tidak ada di kalangan jama’ah tabligh, bahkan kadang-kadang mereka mengkultuskan individu-individu tertentu dan menyatakan mereka memiliki ‘Ishmah (tidak akan salah). Dan sampai-sampai bila para syaikhnya mati, mereka bangun di atas kuburannya bangunan-bangunan dalam masjid. Tabligh adalah firqah, tanpa perlu diragukan lagi. Karena menyelisihi firqatun Najiyah. Mereka memiliki manhaj khusus. Yang tidak ikut ke dalamnya tidak dianggap sebagai orang yang mendapat hidayah. Tabligh membagi manusia menjadi: Muhtadi (orang yang mendapat hidayah) dan manusia yang masih diharapkan mendapat hidayah (tim penggembira saja –pent). Golongan Muhtadi adalah yang telah masuk keseluruhan dalam tandhim (keorganisasian) dan firqah mereka. Dan yang non Muhtadi, tidak termasuk golongan mereka walaupun dia imam kaum muslimin. Ini dalam pemahaman mereka.

Ikhwanul Muslimin juga demikian, yang termasuk tandhim mereka adalah Ikhwanul Muslimin dan yang tidak masuk, maka bukan Ikhwanul Muslimin walaupun orang itu adalah alim dalam Islam. Cukup sikap ta’ashshub ini menjadi dalil bahwa mereka telah mengeluarkan diri-diri mereka sendiri dari jama’ah kaum muslimin. Karena jama’ah kaum muslimin tidak menganggap bahwa hidayah hanya sampai kepada mereka saja. Dan manhaj mereka adalah manhaj yang paling luas, karena mereka tidak mencap setiap orang yang tidak sefaham dengan mereka sebagai orang kafir. Tapi mereka masih mengakui bahwa mereka adalah kaum muslimin dan mengharapkan agar dia mendapat hidayah. Meskipun orang itu mengkafirkan mereka, mereka tetap tidak membalasnya dengan mengkafirkannya pula. Maka manhaj Firqatun Najiyah adalah manhaj yang paling luas dalam hal ini. Wallahu A’lam. (Semua fatwa ini diambil dari kaset Al Qaulul Baligh ‘ala Dzammi Jama’atit Tabligh)


9. Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i hafidhahullah

Setelah membawakan pendirian beliau terhadap Ikhwanul Muslimin beliau berkata: “Adapun Jama’ah tabligh, silakan engkau membaca apa yang dituturkan syaikh Muhammad bin Abdul Wahab Al Washshabi, ia berkata:

1. Mereka mengamalkan hadits-hadits dla’if (lemah) bahkan maudlu’ (palsu) serta Laa Ashla Lahu (tidak ada asalnya).

2. Tauhid mereka penuh dengan bid’ah, bahkan dakwah mereka berdasarkan bid’ah. Karena dakwah mereka berdasarkan Al Faqra (kefakiran) yaitu khuruj (keluar). Dan ini diharuskan di setiap bulan 3 hari, setiap tahun 40 hari dan seumur hidup 4 bulan, dan setiap pekan 2 jaulah… jaulah pertama di Masjid yang didirikan shalat padanya dan yang kedua berpindah-pindah. Di setiap hari ada 2 halaqah, halaqah pertama di masjid yang didirikan shalat padanya, yang kedua di rumah. Mereka tidak senang kepada seseorang kecuali bila dia mengikuti mereka. Tidak diragukan lagi bahwa ini adalah bid’ah dalam agama yang tidak diperbolehkan Allah Ta’ala.

3. Mereka berpendapat bahwa dakwah kepada tauhid akan memecah belah ummat saja.

4. Mereka berpendapat bahwa dakwah kepada sunnah juga memecah belah ummat.

5. Pemimpin mereka berkata dengan tegas bahwa: Bid’ah yang bisa mengumpulkan manusia lebih baik daripada sunnah yang memecah belah manusia.

6. Mereka menyuruh manusia untuk tidak menuntut ilmu yang bermanfaat secara isyarat atau terang-terangan.

7. Mereka berpendapat bahwa manusia tidak bisa selamat kecuali dengan cara mereka. Dan mereka membuat permisalan dengan perahu Nabi Nuh ‘alaihis salam, siapa yang naik akan selamat dan siapa yang enggan akan hancur. Mereka berkata: “Sesungguhnya dakwah kita seperti perahu Nabi Nuh.” Ini saya dengar dengan telinga saya sendiri di Urdun (Yordania –ed) dan Yaman.

8. Mereka tidak menaruh perhatian terhadap tauhid Uluhiyyah dan Asma` was Sifat.

9. Mereka tidak mau menuntut ilmu dan berpendapat bahwa waktu yang digunakan untuk itu hanya sia-sia belaka.” 

(Dinukil dari kutaib Hadzihi Da’watuna wa ‘Aqidatuna, Syaikh Muqbil bin Hadi al Wadi’i hafidhahullah hal. 15-17)
"

Tuesday 23 October 2007

Mudahnya ikut sana dan sini, susahnya ikut sunnah!!

Mudahnya ikut sana dan sini, susahnya ikut sunnah!!

 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
  
Assalamualaikum wbh

 Lama sungguh tidak menulis di Laman Emjay dan akhir sekali ialah pada 5 Oktober lalu. Ini bermakna sudah 18 hari tidak menulis. Maklumlah bulan puasa dan Syawal ini adalah masa yang sibuk.

Walau pun tidak menulis artikel, namun sebenarnya saya tetap perlu membuka Laman Emjay hampir setiap hari untuk melihat dan membalas berbagai Reply dari pembaca sekelian.

Pada permulaan usia Laman Emjay dahulu, memang saya mudah naik suhu bila setengah pembaca memarahi saya di atas artikel yang saya tulis seperti aura chakra kuasa minda CVT reiki keris puaka tangkal surah Yaasin dan sebagainya. Lama kelamaan saya sudah alah bisa tegal biasa dengan kutukan pembaca seperti ini.

Sebenarnya hasrat saya untuk menyedarkan umat Islam yang tersasar sudah mula berkesan apabila reaksi pembaca yang membacanya naik marah dengan penulisan saya. Manusia memang begitu sukar menerima perubahan walaupun perubahan tersebut adalah sebenarnya baik dan menguntungkan mereka. Antijumudpencen (semoga beliau terus diberikan taufik  hidayah dan rahmat dari Allah) yang sebelumnya menggunakan nama antijumud memang begitu marah dan benci dengan penulisan saya apabila beliau mula membaca artikel-artikel saya.  Alhamdulillah kini antijumudpencen sudah menjadi antara hulubalang saya menentang kemungkaran. 

Berikut adalah antara komen dari antijumud dahulu:
Bomoh dan mj sama2 sesat pada pandangan saya..... bomoh tu syirik dan mj tu sesat jalan sebab terlalu pandai dari ulama besar dunia. 5 tahun lagi blog ni dibiarkan...mungkin mj dah jd imam mahdi kot hehehehe 

Ini orang yang sesat bagaikan DAJJAL... yang berpura-pura membawa umat kepada kebaikan tetapi akhirnya menyesatkan jauh dari landasan hidup Islam yang sebenarnya
sekali lagi DOL MJ meng"confirm"kan orang masuk neraka... APA NERAKA SYURGA NI BAPAK KO PUNYER KE DOL???? hahaahaha mmg SAMDOL BETUL LA KO NI.... Baru belajar ilmu tauhid dah belagak jadi perintis "tareqat" WAHABI. Tunjukkan la muka ko Dol kalau ko berani... kecut nak mampus la ko ni.... barua punya mamat.... pokemon punya doraemon. Nampak sangat ilmu FIZIK tak belajar..tu la sapa suruh tido dalam kelas masa cikgu mengajar??? kan dah dapat gred 9... TAK YAH NAK COPY PASTE ilmu lain masuk sini la DOL... WAHABI perlu dibanteras sampai ke akar umbi... tangkap dan sula je. hahahha... merapu betul orang tua ni.

Pernah satu ketika dahulu seorang pelajar wanita di UTM marah sungguh kepada saya apabila saya mengatakan dalam satu ceramah saya bahawa orang di Malaysia cukup gembira apabila anak mereka telah khatam baca Al Quran seolah-olah sudah sempurna imannya sedangkan apa yang Allah ingini ialah membaca dengan erti kata sebenar iaitu memahaminya dan seterusnya beramal dengannya. Namun alhamdulillah pelajar ini kini telah menjadai pelajar kesayangan saya dan telah banyak belajar dari saya.

Saya pun mulai sedar bahawa satu ketika dahulu apabila saya ditegur atas perbagai perkara, ia akan dimulai dengan perasaan berbuku di hati. Namun setelah menimbang semula teguran arwah guru tersebut, alhamdulillah saya mengambil keputusan bahawa teguran tersebut adalah sebenarnya satu rahmat bagi saya.

Satu ketika dahulu setelah berpindah ke rumah baru yang saya diami sekarang, saya telah menubuhkan dan menjadi kepala majlis marhaban di bulan Syawal di kawasan kediaman saya ini. Ia berlaku pada awal 1990 dahulu. Apabila ditegur bahawa acara marhaban ini menyalahi agama Islam, memang marah juga saya kepada arwah guru maklumlah acara ini sudah diamalkan di Malaysia untuk sekian lama dan tidak ada pun manusia sebelum ini yang menegur bahawa amalan marhaban ini adalah salah di sisi Islam. Lama juga saya mengambil pendekatan memberontak atas teguran arwah guru tersebut. Namun atas sikap ingin menyiasat kedudukan sebenar perkara ini, saya pun membeli buku terjemahan berzanji di kedai buku Angsana dan setelah mengkajinya, alhamdulillah eureka memang buku berzanji ini mengandungi unsur mensyirikkan Allah kerana mengagungkan Nabi Muhamad dan berdoa kepadanya. Kita sebagai hamba Allah hanya dibenarkan berharap dan berdoa kepada Allah sahaja.

Agama Islam adalah agama yang paling mudah untuk di anuti di dunia ini kerana panduan dan bimbingannya adalah lengkap diperturunkan di dalam Al Quran, Al Hadis dan perbagai kitab yang begitu banyak ditulis seperti oleh Ibnu Qayyim, Imam Syafiee dsbnya. Segala undang-undang untuk manfaat manusia telah sedia Allah perjelaskan melalui nabinya seperti:
  1. Ibadah ; seperti solat, puasa, zakat dan haji.
  2. Adab dan akhlak ; seperti jujur, menepati janji dan amanah.
  3. Muamalah ; seperti jual beli.
  4. Hubungan kekeluargaan ; seperti nikah, talak, dan faraid.
  5. Hukuman jenayah ;  seperti qisas dan hadd.
Sekiranya semua undang-undang dan hukum ini dilaksanakan, insya Allah perbagai rahmat dikurniakan oleh Allah sebagaimana tiada atau sedikit orang mencuri dan hisap dadah di Arab Saudi. Namun hakikatnya ramai manusia merasakan pemikiran mereka lebih hebat dari Allah maka dengan itu undang-undang dan hukum dari Allah telah diubah dan digantikan dengan hukum dan pemikiran mereka dan timbullah undang-undang kalau berzina kena denda RM1000.  

Mengenai cantiknya agama Islam ini, Allah telah sebutkan di dalam Al Quran surah Al Maaidah ayat 3.
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 

Walaupun hakikatnya Islam telah sempurna, namun ramai umat Islam merasakan bahawa apa yang disampaikan oleh Nabi Muhamad masih belum sempurna dan perlu ditambah lagi dan akibatnya ramai yang menambah syariaat di dlam hal ehwal agama Islam dan timbullah perbagai amalan baru termasuklah amalan bertareqat. Berbagai amalan yang tidak pernah Nabi lakukan dijadikan syariaat di dalam amalan perbagai tareqat ini termasuk tareqat yang masih berkembang walau pun diharamkan seperti  tareqat Al Arqam dan Naqsyabandiah. Tambah menjadi mushkil apabila ada mufti yang juga bertareqat.

Imam Syafiee berkata: Sesiapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariaat dan sesiapa yang membuat syariaat bererti ia sudah kafir (ar risalah)
Tiada sesiapa pun yang berani menghalang orang beramal untuk berbakti kepada Allah selama amalan tersebut termasuk dalam peraturan yang disyariaatkan oleh rasul SAW kerana rasullullah diutus adalah untuk membetulkan cara akidah dan ibadah untuk berhubungan dengan Tuhan. Apabila tidak ada panduan maka manusia akan mengadakan cara mereka sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah menurut nafsunya dan dengan itu datanglah iblis membantunya dengan halus sehingga manusia terseleweng jauh dari pimpinan Allah dan Rasulnya. Inilah yang telah disebutkan Allah dalam AlQuran Al Kahfi:104 , (Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja Yang mereka lakukan".

Fahami dan hayatilah hadis dari Bukhari berikut mafhumnya:
Telah berkunjung tiga orang kerumah isteri-isteri Nabi SAW untuk memnanyakan betapa ibadah Nabi SAW, manakala diceritakankepada mereka, mereka pun seolah-olah memperkecilkan ibadah Nabi SAW itu. Mereka berkata sesama sendiri: “Apa bezanya kita dengan Nabi SAW ini sedang dia diampuni Allah dosanya yang lalu dan kemudian”. Seorang antara mereka berkata: “Saya sembahyang malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya tetap berpuasa sepanjang masa dengan tidak berbuka ” dan berkata pula yang lain: “saya tetap menjauhi perempuan, saya tidak mengahwini perempuan selama-lamanya”. Lalu rasulullah saw sampai dan bersabda: “Apakah kamu yang mengatakan begini dan begitu tadi?. Demi Allah sayalah sesungguhnya orang yang paling takut dan paling taqwa kepada Allah antara kamu semua tetapi saya berpuasa dan saya berbuka, saya sembahyang dan saya tidur dan saya mengahwini perempuan, oleh itu siapa sahaja yang tidak suka pada sunnahku maka bukanlah ia dari golonganku”.

Begitulah manusia apabila mereka tidak mengikut panduan Islam dan mengikut sahaja panduan dari hawa nafsu mereka, mereka akan menghasilkan perbagai syariaat yang baru. Dengannya timbullah tareqat, maulid Nabi, tahlilal dsbnya. Tidak cukup dengan syariaat baru ini, apabila melihat kaum Cina melakukan dan mengamalkan hari Cheng Beng iaitu hari untuk mengenang arwah lalu pergi ke kubur untuk membersihkan kuburan, bersembahyang untuk arwah, keluarga berkumpul, mengirim perbagai bahan kepada arwah melalui membakar duit kertas dan pelbagai alat lain seperti kereta dan pakaian kertas, kini orang Islam juga mengamalkannya dengan mengadakan hari tertentu untuk ke kubur termasuk pada hari raya aidilfitri dan hari hol sebagaimana di Johor. Islam sebenarnya menggalakkan untuk kekubur sebagai pendidikan agar mengingatkan kematian di samping berdoa untuk mereka yang berada di dalam kubur tetapi Islam tidak menentukan hari-hari tertentu untuk ke kubur. Elakkan amalan mirip hari Cheng Beng kaum Cina.

Apabila dilihat kaum hindu menyambut hari depavali (hari cahaya) memasang perbagai pelita, umat Islam pun mengambil dan meniru amalan ini seolah-olah ia telah menjadi satu syariaat segolongan orang Islam untuk memasang pelita pada hari aidilfitri.

Bersedia dengan perbagai pelita dan menyambut hari 7 likur pada bulan ramadhan adalah sebahagian amalan Hindu tetapi seolah-olah ia telah menjadi satu syariaat di bulan Ramadhan di Malaysia.

Orang Cina menyambut tahun baru mereka dengan membakar mercun dengan harapan untuk menghalau roh-roh (tenaga) jahat namun ia juga telah diterapkan di kalangan sebahagian penduduk Islam seolah-olah telah menjadi syariaat dalam menyambut aidilfitri.

Apabila melihat kaum Cina mengamalkan pemberian ang pau kepada kanak-kanak di hari raya mereka, umat Islam di Malaysia kini juga menjadikan amalan ini seolah-olah satu syariaat dalam menyambut aidilfitri. Ingatlah pesanan imam Syafiee diatas!. (Sesiapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariaat dan sesiapa yang membuat syariaat bererti ia sudah kafir (ar risalah)). Memanglah Islam menggalakkan berzakat dan bersedekah tetapi galakan ini telah disempurnakan dengan panduannya dan Islam telah menetapkan asnaf yang layak untuk menerima zakat dan sedekah. Adakah anak buah yang beribubapakan doktor dan jurutera layak menerima duit raya seorang RM10?? Apa rasionalnya memberikan duit hari raya kepada anak buah yang tidak termasuk di dalam 8 asnaf sebagaimana panduan di dalam Islam?

Amat malang sekali ramai umat Islam beria-ia sekali untuk menyediakan duit raya sehingga RM300 dan ada yang RM500 atau lebih tetapi masih berhutang zakat wang simpanan, barang kemas dan imfak gaji bulanan. Ada yang sangat berkira untuk membuat aqiqah untuk anak pada hari ke tujuh kelahiran tetapi amat pemurah untuk memberikan duit raya. Ada yang sangat kedekut untuk memberikan sedekah jariah untuk membina madrasah atau masjid tetapi begitu pemurah untuk menghulur duit raya!!

Islam adalah sudah sempurna dan sangat jelas panduannya, ikutilah sahaja dan janganlah membuat syariaat baru. Syariaat yang baru adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah neraka (kullu bidaatin dhallalah ..... finnar).

Menyangka memberikan duit raya kepada kanak-kanak adalah baik adalah dikhuatiri sudah termasuk di dalam pesanan imam Syafiee iaitu Sesiapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariaat dan sesiapa yang membuat syariaat bererti ia sudah kafir (ar risalah). Sebenarnya amalan memberikan duit raya kepada kanak-kanak di aidilfitri lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan dan antara keburukan tersebut ialah:

  1. Kanak-kanak pandai berbelanja besar selepas musim raya seperti untuk membeli mainan komputer, mp3 / mp4 player atau video game atau untuk membeli hand phone. Perkara ini seterusnya akan mengundang pelbagai masalah.
  2. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di cyber cafe bermain komputer dan amalan tidak sihat lain termasuk menonton bahan lucah
  3. Boleh belajar membeli dan menghisap rokok
  4. Boleh belajar membeli dan menghidu gam
  5. Boleh membeli lebih banyak mercun dan bunga api - latihan penting membazir wang
  6. Menonton wayang bersama rakan atau girlfriend
  7. Bermain judi secara kecil-kecilan seperti bermain tikam-tikam di kedai.
  8. Membazirkan wang dengan membeli perbagai permainan  termasuk kereta remote  control
  9. Menimbulkan budaya meminta sedekah di kalangan kanak-kanak di hari raya.
  10. Menjadikan satu industri menguntungkan kepada ibu bapa yang kekeringan selepas hari raya dengan menghantar anak-anak memungut duit raya di kawasan perumahan.
  11. Menjadikan suasana hari raya satu hari yang membebankan kepada keluarga yang agak berada kerana kerap diganggu kanak-kanak yang ingin memungut duit raya.   
Sekian untuk kali ini. 

Maaf di atas segala kesilapan saya
Wassalam wallahu'alam

Emjay