Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 7 February 2007

Latihan mengenalpasti amalan SYIRIKKK

Gambar 1: Cermin di atas pintu rumah orang Cina.

Tafa’ul

Tafa’ul (fa’lu) ialah harapan akan datang kebaikan atau rahmat atau berkat / barokah (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara tertentu. Contoh utama tafa’ul di Malaysia ialah pesta menuai yang dilakukan setiap tahun kerana mengharapkan rezeki dari tanaman tahun depan terus baik dan tidak mendapat kesusahan.

Contoh lain pula ialah kalau naik haji tak buat majlis tahlil dan berzanji kelak mendatangkan kesusahan sewaktu perjalanan.

Contoh lain ialah meletakkan penyapu terbalik di belakang pintu agar dapat perlindungan dari perbuatan sihir dan pukau.

Satu contoh yang kerap dilakukan oleh ramai keluarga Melayu kini ialah meletakkan surah Yaasin di bawah bantal atau tilam bayi dengan mengharapkan kebaikkan dan perlindungan darinya.

Kaum Cina di Malaysia sangat gemar melakukan tafa’ul seperti:
  1. Mempercayai kebaikan dengan menggunakan nombor tertentu seperti pada nombor kereta dan rumah. Contohnya nombor 8888 pada kereta adalah nombor bertuah.
  2. Meletakkan objek dengan warna merah seperti kertas merah, kain merah, bunga merah pada hari sambutan Tahun Baru Cina akan mendatangkan ONG.
Perbuatan tafa’ul seperti yang dinyatakan di atas membawa syirik.

Maksud syirik ialah : 
Syirik “ialah menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.

Persoalan yang ingin saya kemukakan di sini ialah mari sama-sama kita kategorikan sama ada perbuatan berikut adalah Tafa’ul atau tidak.
1. Adakah menyembah berhala dikalangan orang kafir satu tafa’ul?
2. Adakah memakai nande di tengah dahi orang India kafir satu tafaul?
3. Adakah perbuatan orang Cina meletakkan cermin yin yang seperti gambar 1 di atas satu Tafa’ul??

4. Adakah meletakkan ayat Kursi di dalam hand beg ramai orang perempuan Melayu Islam satu Tafa’ul??
5. Adakah Meletakkan paku dan gunting berhampiran bayi yang baru lahir satu tafa’ul??
6. Adakah meletakkan pelita di atas tempat menanam uri bayi yang baru lahir satu tafa’ul??
7. Adakah meletakkan surah Yaasin di dalam kereta yang tidak pernah dibaca pun satu tafa’ul??
8. Adakah membaca AlQuran (tanpa usaha memahami maksudnya) terutama sekali sewaktu ditimpa musibah dan apabila ketakutan ditengah malam satu tafa’ul??
9. Adakah membaca Ayat Kursi dengan kefahaman ayat ini boleh menghalau jin dan syaitan satu tafa’ul??
10. Adakah mengecat rumah dengan warna tertentu berdasarkan kesesuaian dengan tubuh badan dari nasihat orang tertentu satu tafa’ul??
11. Adakah menyimpan tangkal satu tafa’ul?
12. Mengatakan “tabik datok nenek, cucu nak tumpang lalu” setiap kali hendak masuk hutan satu tafa’ul??
13. Adakah meletakkan ayat seribu dinar di dinding kedai satu tafa’ul??
14. Adakah menggantung pelbagai objek pelaris yang diberikan orang pandai di kedai satu tafa’ul??
15. Mengelakkan dua adik beradik berkahwin pada tahun yang sama seperti yang masih banyak berlaku sekarang ini satu tafa’ul??
16. Melekatkan sticker ayat Kursi di cermin kereta satu tafa’ul??
17. Meletakkan pelbagai ayat Al Quran di atas pintu masuk rumah satu tafa’ul??
18. Minum air “holy water” satu tafa’ul
19. Minum air penerang hati agar mudah belajar satu tafa’ul
20. Menaburkan garam dan kacang hijau sekeliling rumah atau rumah baru sebagaimana ajaran yang diamalkan Daruss***** satu tafaul??
21. Menuliskan ayat AlQuran dari surah Al Kahfi di atas kertas lalu di gantung di dinding rumah agar mengelakkan rumah dimasuki pencuri seperti yang diajarkan oleh penceramah amat popular Dato' Is******* satu perbuatan tafa'ul??

Sekian untuk kali ini.

Emjay

21 comments:

  1. assalamualaikum saudara emjay, tolonglah beri penjelasan kepada persoalan yg saudara kemukakan tersebut...ada antara perkara yg saudara kemukakan itu banyak berlaku dalam masyarakat kita....cthnya no. 7,8,9 dan 16...dan banyak lagi.. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbh sekelian muslimin

    Contoh 7: Kereta saya tidak ada Quran dan surah Yaasin. Saya meletakkan AlQuran dan Al Quran terjemahannya di rumah dan di pejabat untuk saya baca. Setengah orang meletakkan surah yaasin di bawah bantal atau sebelah bantal ketika tidur dan ini jelas tafaul, syirik, tidak ada beza pun dengan orang yang menyimpan tangkal seperti dalam gambar-gambar yang saya tunjukkan. Ramai orang yang menyimpan yaasin dalam kereta dengan niat yang sama dan sudah jatuh tafaul.

    Samalah juga dengan orang yang letak surah yasin sebelah atau bawah bantal bayi yang baru lahir, jelas tafaul.

    Kes 8: Jawapannya ya. Itulah sebabnya kitab mujarrobat (sila lihat artikel terbaru saya tentang kitab mujarrobat ini) walaupun menggunakan ayat Al Quran tetapi sesat kerana peraturan atau teknik melakukannya salah. Sila tunggu artikel penjelasan tentang mujarrobat. Sebagai contoh, mengamalkan ayat tertentu bila dikejar binatang, bagi kebanyakkan orang adalah sudah mensyirikkan Allah.

    Sebahagian penjelasan ini ada saya jelaskan dalam artikel zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum.

    Kes 9: Jawapannya ialah YA. Sila rujuk artikel zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum.

    Kes 16: Mengikut pengalaman saya, kebanyakkannya sudah syirik kerana niat mereka sewaktu menampal sticker adalah sesuai dengan takrifan tafaul iaitu "Tafa’ul (fa’lu) ialah harapan akan datang kebaikan atau rahmat atau berkat / barokah (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara tertentu" dan perkara tertentu tersebut ialah melatakkan sticker ayat kursi. Kes ini adalah sama dengan artikel bertajuk "Azimat dari Ayat Kursi ()" bertarikh 8 Nov lalu.

    Sekian, wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Saya ada meletakkan surah Yaasin didalam kenderaan saya , digunakan hanya untuk saya baca apabila saya berehat dimana-mana . Adakah ini ditakrifkan sebagai Tafa'ul?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh

    Saya telah menjawabnya dalam artikel terbaru saya.

    Silalah membacanya.

    Alangkah molek sekiranya amalan ini digantikan dengan meletakan Al Quran beserta terjemahan di kereta, pejabat dan rumah. Bila ada masa atau tidak, bacalah AL Quran berserta terjemahan dan berusahalah memahaminya dan melaksanakannya. Semoga Allah menambahkan ilmu kita dan insyaAllah dengan ilmu yang diberikan ini beserta usaha-usaha lain kita dapat melawan pelbagai serangan akidah yang mengingini kita semua terkeluar dari Islam.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. kalu begitu.. bermakna.. ayat suci al-quran bukan untuk ditampal atau diletakkan mana2 tempat utk tujuan tertentu........ tetapi untuk dibaca dan menghayati fadhilatnya... . sekiranya... tampal itu hukumya..TAFAUL....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ambokie telah mempelajari sesuatu. Teruskan berusaha!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt,
    Emjay, knyataan enck ni mcm skt mbingungkan sy, sbb byk pkara y biasa dbuat oleh org Mlayu dihukum sbg syirik. Adkh syirik sy mggantung ayat Quran pd knderaan@dinding rmh dgn niat mggambarkn rasa izzah dan bgga sy thadap Islam.
    Lg satu sy biasa jga buat air pnwr spt mbaca al fatihah, slwt syifa dan ayat2 suci Quran tp sy b'iktikad bhw air jmpi ini adlh satu usaha saya je, bkn sy anggap dia dapt smbhkn sy.lgpn kn ada hadis dimana Rasulullah pnah mntk pd Aisyah spy bca doa n hmbuskan pd bdn baginda, n satu lg, ada skmpulan shbt y mbntu mymbhkn skt satu kalifah dgn mbaca jmpi srh alfatihah, bknkah ini dalil y mnunjukkan bhwa p'gunaan ayat2 suci utk tjuan perubtn n kbaikn diharuskan.
    Klau mnrt Utz Emjay bnda2 y sy sbt ni syirik, hrp bg pnjelasan detail dgn dalilnya sekali.tq.sy suka utk bkongsi ilmu. wassalam

    ReplyDelete
  8. Perbuatan menjampi yang sama ada dua hukumnya iaitu haram dan harus bergantung kepada iktikadnya.Yang haram ada hubung kaitnya dengan tafaaul iaitu mirip membaca mantera dan yang harus, beriktikad ia sekadar usaha yang disunnahkan Nabi dan selebihnya memohon kepada Allah tanpa sebarang anggapan bacaan ayat Al Quran mempunyai kuasa menyembuh. Kuasa menyembuh hanya pada Allah.

    Untuk bacaan lebih lanjut sila baca artikel saya "Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum." pada 26 Feb di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. sebenarnya emjay yang syirik.................. kalau la betul semua yang emjay maksudkan syirik jd semua umat islam dalam malaysia dan dunia adalah syirik.....terutamanya orang-orang islam... sepatutnya emjay tidak bole menyata sedemikian... ini bole menyebabkan umat kita berpecah belah... bukan kah ALLAH SWT tidak suka kaum NYA berpecah belah..... fikirkan la......??????

    ReplyDelete
  10. saya ingt waktu kecil2 dulu mak saya larang keras membeli garam,lada hitam,jarum ada ada lg tp lupa lah pada masa masuk magrib hingga isyak .....katanya jadi majal atau sial,begitu juga penjual mereka pantang jual benda2 tu pada waktu ptg hari(hampir magrib)...
    apa kah kepercayaan sebegitu dianggap syirik?
    apa pandangan /kesimpulan yg bleh mj beri...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh hajiloh

    Saya pun macam tu juga dulu.

    Menganggap sial kerana sesuatu perkara seperti bergambar bertiga mengundang sial boleh membawa kematian adalah sudah syirik dan ia tergolong dalam perkara Tathayyur

    Tathayyur (thiyarah) atau menganggap sial kerana sesuatu perkara masih mantap di kalangan masyarakat Melayu. Mari pertimbangkan kes-kes berikut:

    1. Isteri yang hamil membunuh seekor lipan menimbulkan tathayyur, lalu mereka semua mempercayai si bayi yang lahir kelak akan berwatak lipan atau jari macam lipan.

    2. Seorang tua sakit teruk selepas menghantar mayat ke kubur dikatakan sakit kena badi mayat.

    3. Burung hantu berbunyi waktu malam penanda ada orang di kampung akan mati.

    4. Bila suami membunuh kera yang merosak tanaman, kelak anak yang lahir akan terkena kenan kera.

    Baik lipan, mayat, burung hantu, iblis, hantu mahu pun kera tidak ada sebarang kuasa untuk menyebabkan sesuatu perkara berlaku dan setiap perkara yang berlaku semata-mata diatas kehendak Allah SWT. Bila tugas Allah dikatakan tugas lipan, mayat, burung hantu atau kera, maka pelaku telah melakukan syirik lalu menjerumuskan kepada kafir musyrik.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..

    masyaAllahhhh......banyak benda hambaMu ini buat salaaaahhh....tanpa disedari....InsyaAllah...semua tu takkan berulang lagi..Alhamdulillah ada juga orang yang menegur dan menyedarkan...slama ni BUTA....Trima kasih Emjay

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...sekiraanya meletakkan simbol atau kaligrafi tulisan yang berukir nama ALLAH dan RASULULLAH dan digantung didalam kereta, adakah itu satu yang dikategorikan sebagai tafaul?

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Kalau meletakkannya dengan harapan akan datang rahmat, maka tafaul dan sudah menjadi tangkal. Ramai orang memang meletakkannya dengan berharapkan sesuatu, maka ia adalah suatu tafaul.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. ana sekadar manambah sahaja.....kalu gantung ayat2 tak dibaca dan tak tahu langsuang maknanya.....masalah juga....masalahlah lg satu ramai org kita mengantung ayat2 suci Al-Quran sabagai hiasan rumah je... & satu soalan nape..org kita ni....sibuk sgt mengantung ayat seribu dinar2. Padahal kenal hurufpun tak...apatah lagi nak baca....nak menghayati jauh sekali.....

    ReplyDelete
  16. ha.... baru ingat orang melayu pergi makkah mesti lepas majlis berzanji diadakan ..semasa nak keluar rumah mereka akan suruh seorang imam atau ust melaungkan azan...kerana kalu tak dibuat akan datang satu bencana..kalu buat perjalanan akan selamat pergi dan pulang..amalan ini masih diamalkan di melaka...ini ketogorikan sebagai tafa'ulkan ust...dan banyak sangat orang mengamalkannnya....lagi..

    ReplyDelete
  17. maafkn sy.itu tdk btl bg sy..soal berzanji dan mlaungkn azan sblm berangkt itu bknlah sesuatu yg tafa'ul. bg sy itu mrupakan sy 1 cara kita mnunjukkn syukur akan kbesaran ALLAH krn bpluang utk ke tnh suci. mmg jika tidak ada smbtn bgitu pun tdk mgapa.ttpi, skiranya mampu apalah slhnya.cuma skiranya niat spt "jika xbuat akn Dtg satu bencana ", itu dah slh la krn ia tlh mnunjukkn satu perkara yg slh iaitu mletakkn kekuasaan Allah ditepi berbandng upacara sdemikian.anta fhm kn ?
    jika mahu dibncngkn soal mcm ni,mmg bnyk perkara yg tdk dlakukn pd zmn nabi..ttpi, smuanya yg dilakukn hndklah disertakn dgn niat yg baik..wallahualam

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..
    Persoalan saya ialah berkenaan memiliki pelaris dengan tujuan melariskan barang perniagaan..adakah itu perbuatan salah saudara emjay?

    ReplyDelete
  19. waalaikumussalam wbh

    Secara umumnya adalah syirik

    Emjay

    ReplyDelete