Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 24 February 2007

Penyelewengan Halus Terhadap al-Quran di Internet

assalamualaikum wbh

Saya sekadar ingin membawakan sebuah laman web yang perlu dihindari kerana ia mengandungi penyelewengan terhadap alQuran yang suci. laman yang dimaksudkan ialah www.thequran.com. wallahua'lam sumbernya, tetapi daripada pemerhatian saya ia telah mempersoalkan banyak perkara tentang kesahihan isi alQuran.

Contohnya, pembangun laman tersebut telah menidakkan bahawa Maryam itu adalah anak kepada Imran. selain itu, kisah nabi Musa mengetuk batu dengan tongkatnya sehingga keluar 12 mata air telah diselewengkan dan dipersoalkan, dan banyak lagi.

Saya amat khuatir masyarakat Islam akan terpengaruh dengan dakyah seperti ini. oleh itu, hindari laman ini serta maklumkan kepada ummat Islam yang lain agar menjauhinya.

wallahua'lam...

6 comments:

  1. Terimakasih atas peringatan.. memang benar menyeleweng lelaman itu.. reference yg dia buat banyak membandingkan "kejituan" bible dgn kelemahan" al-quran kononnya..

    ReplyDelete
  2. salam alayk...syukran jazilan.ana juga ade mendengar tentang ini.ternyata selepas membaca membaca perenggan dari web tersebut nyata bercanggah.

    ReplyDelete
  3. jazakallah khoiron katsiro brother...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Di dalam pencarian untuk mendalami ilmu ugama Islam baik dari mentelaah kitab-kitab, buku-buku rujukan mahupun dari pelayaran maya (Internet), kita bisa tersajikan oleh berbagai sumber ilmu yang tidak kita ketahui matlamat dan tujuan pengarangnya. Ada yang benar-benar ikhlas untuk menyediakan tatapan untuk membimbing umat Islam dan ada juga yang bertujuan sebaliknya. Kita juga bisa lihat terdapat banyak sekali karangan-karangan dan penulisan-penulisan hal-hal Islam yang ditulis oleh orang yang BUKAN dari kalangan Islam sendiri. Sebaliknya penulisan-penulisan ikhlas dari mereka-mereka yang ahli di dalam ilmuan Islam juga patut kita teliti kerana di dunia ini terdapat banyak sekali fahaman-fahaman yang berbeza-beza dan terdapat juga berbagai mazhab. Bagi mereka yang sefahaman memang tidak menjadi masaalah untuk mencedok ilmu-ilmu yang dipaparkan, bagaimana pula ilmu-ilmu yang dibentangkan oleh mereka yang berpegang kepada amalan Shiah bagi mereka yang berpegang amalan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah, dan sebaliknya. Bagaimana pula tentang menyatakan hukum-hukum (walaupun dari bab furu') yang di sampaikan oleh mereka yang berlainan mazhab kepada kita sedangkan kita tidak boleh sewenang-wenangnya melompat dari satu mazhab kepada satu yang lain ikut sesedap rasa? Ikhlas, memang lah ikhlas mereka nak sampaikan, tapi bolehkah kita terima fahaman (yang selain dari fahaman dan pegangan kita sendiri) untuk kita amalakan? Dari itu, kita haruslah berhati-hati di dalam menerima sebarang ilmu. "Tapislah ilmu yang akan kita serap dengan menggunakan ilmu yang kita ada"...... Wallahu A'lam..... Wassalam.

    ReplyDelete
  5. replytablighster wrote on Jun 11, edited on Jun 15
    Assalamualaikum para pembaca,

    Sudah agak lama juga saya tidak menulis tentang Emjay. Seingat-ingat saya lebih dari satu tahun. Baru-baru ini, saya berkesempatan meninjau Laman Tolong-Menolong-nya itu dan saya dapati lamannya itu penuh dengan dakyah-dakyah Wahabi.

    Walaupun saya sudah banyak artikel menentang dakyah-dakyah itu daripada sumber yang lain, agak menyedihkan bagi saya kerana ramai belia kita yang ingin berjinak-jinak dengan agama sudah mula terpengaruh dengan dakyah Wahabi kebelakangan ini.

    Justeru itu, saya berasa terpanggil untuk menulis satu artikel khas bagi mengungkap dan mendedahkan siapakah Emjay (Emjayjb) ini sebenarnya. Artikel ini juga bertujuan untuk mendedahkan segala bentuk pembohongan yang dilakukan lelaki ini atas nama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tujuan artikel ini ditulis adalah supaya belia-belia kita dapat memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mereka dipengaruhi oleh dakyah-dakyah Wahabinya itu. Dalam menulis artikel ini, saya sertakan sekali metodologi yang saya gunakan dalam analisis beserta rujukannya sekali.

    Dalam artikel ini, saya telah membahagikan penerangan saya kepada beberapa bahagian seperti berikut:

    1.Personaliti Emjayjb (Emjay) dan latar belakangnya.
    Maklumat tentang ini saya peroleh dari lamannya dan juga daripada sumber-sumber lain.

    2. Ciri-ciri KeWahabian yang terdapat pada peribadinya.
    Ciri-ciri ini bukanlah rekaan saya, tetapi fakta-fakta yang digunakan beliau sendiri. Saya akan
    membandingkan cirri-ciri ini dengan neraca Shari’ah.


    1.0 Siapakah Emjay ini?

    Bagi menjawab soalan ini, sidang pembaca perlu bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan berikut:

    1. Apakah nama sebenarnya?
    2. Dimanakah dia tinggal?
    3. Benarkah Emjay ini benar-benar wujud seperti yang didakwanya itu?
    4. Benarkah Emjay itu seorang pensyarah universiti?
    5. Adakah dia seorang ustaz?
    6. Berapa tahunkah Emjay belajar agama?
    7. Siapakah ustaznya?
    8. Aliran / agama apakah ustaznya itu?

    1.1 Nama sebenar Emjay.

    Dalam blognya memang tidak terdapat nama sebenarnya. Lelaki (atau boleh jadi perempuan?) ini telah berselindung disebalik nama E-M-J-A-Y-jb. Apakah nama sebenarnya, tidak pula kita ketahui kerana lelaki ini tidak pernah menyebut nama sebenarnya. Dia hanya menggunakan nama samaran ini, mungkin kerana takut, kecut perut, penakut ataupun sebab-sebab lain.


    1.1. Teori 1 – Kangmas - Seorang Anak Jawa

    Terdapat juga nama lain seperti Kangmasjb seperti yang tertera dalam emel di bahagian atas lamannya itu. Berdasarkan nama ‘Kangmas’ ini saya mengandaikan bahawa lelaki ini mungkin seorang yang berketurunan Jawa kerana ada beberapa orang Jawa yang saya kenali kerap menggunakan gelaran “Kang” dan “Mas” ini. Ini hanya andaian berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Namun, secara hipotesisnya, lelaki ini bukanlah orang berbangsa Cina atau Hindu kerana jarang sekali kita dengar orang Cina atau Hindu menggunakan nama ini.

    Dalam sesetengah artikelnya, lelaki ini ada menyebut bahwa dia pernah bertugas sebagai seorang guru Biologi dari tahun 1980 – 1985 di Raub, Pahang (Rujuk http://emjayjb.multiply.com/journal/item/1 ).

    Tidak ada sebarang maklumat yang menunjukkan bahawa beliau itu seorang guru agama ataupun pernah menuntut di mana-mana sekolah atau kolej agama. Justeru, saya beranggapan bahawa lelaki bernama Emjay ini bukanlah seorang ustaz, cuma lewat ini sahaja dia ingin dikenali sebagai ustaz secara online. Jadi, sidang pelayar sekalian, saya tidak menggalakkan saudara semua menanyakan kemusykilan agama kepada lelaki ini kerana tiada tanda yang menunjukkan lelaki ini seorang Ustaz. Jika sidang pelayar ingin menanyakan kemusykilan agama, rujuklah daripada orang yang benar-benar ahli dan bukannya daripada lelaki yang tidak kita kenali seperti Emjay ini. Mahukah saudara pelay

    ReplyDelete