Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 19 April 2007

7 Tahun selang Seli?


Assalamualaikum wbh

Pagi tadi saya menerima PM dari salah seorang pembaca Laman Emjay bernama dodedo. Dalam PM dodedo tersebut di copy paste satu email tanpa nama penulis. Tulisannya menarik juga dan dengan itu saya copy paste seperti di bawah sebagai pembuka minda::::

~~~~~~~~~~

Assalamualaikum saudara-saudara-ku sekalian.

1 Muharram 1427 = 31hb Januari 2006 ( Selasa )

Semoga kita semua dapat bersiap sedia dengan doa penutup tahun hijrah 1426 pada petang Isnin 30hb Januari 2006 dan kemudiannya bersiap-sedia dengan doa awal tahun 1427 selepas waktu Maghrib hari yang sama.

Sempena dengan tahun yang penuh keberkatan ini, izinkan saya menghuraikan satu rahsia besar untuk dikongsi bersama terutamanya seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana-mana sahaja. 7 tahun yang makmur baru sahaja bermula Januari 2006 sehingga 2013 dan bertepatan pula dengan Awal Muharram, maka perkuatkan azam, perkemaskan matlamat dan perkukuhkan iltizam untuk membina empayar perniagaan muslim yang kaya-raya. Ingatlah kita ada masa 7 tahun untuk diusahakan sebagaimana huraian saya dibawah ini.

Saudara-saudara-ku sekalian,
Jika tidak keberatan, sila buka Al-Qur'an terjemahan, Surah Yusof, juz 12, ayat 43 hingga 53 dan baca terjemahannya dan cuba fahaminya. Bagi mengetahui intipatinya secara terperinci, rujuklah ustaz, orang alim, ulama', para hafiz untuk mendalami jus yang terkandung di dalamnya.

Secara ringkasnya, kisah ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu iaitu di zaman Nabi Allah Yusof a.s. Pada ketika itu baginda Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan kerana fitnah Zulaihka. Raja Mesir ketika itu, Al-Aziz telah bermimpi bahawa 7 ekor lembu betina yang gemuk telah ditelan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus, 7 biji gandum yang hijau dan 7 biji gandum yang kering, kemudian hujan.Hanya mukjizat Nabi Allah Yusof a.s. sahaja yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut iaitu:-
7 tahun yang pertama (kiasan 7 ekor lembu gemuk) adalah 7 tahun yang makmur, bertanamlah dengan sungguh-sungguh, kemudian hasil tuaian itu sedikit digunakan dan banyak disimpan. Akan berlaku 7 tahun kemarau (kiasan 7 ekor lembu kurus) dan semua tanaman mati sehingga habis hasil yang disimpan semasa 7 tahun yang makmur tadi. Kemudian barulah turun hujan dan bermulalah pula 7 tahun yang makmur semula.

Kaitannya dengan ekonomi di Malaysia :

Suka saya memulakan di tahun 1969 kerana berlakunya peristiwa pahit 13 Mei 1969 pada ketika itu.

1969 hingga 1976 ( 7 tahun ) - susah (Ekonomi teruk) Antaranya :
- peristiwa 13 Mei 1969 antara Melayu dan Cina
- banjir besar 1971 / bah merah
- ancaman komunis
- perpecahan kaum (Melayu, India dan Cina )

1976 hingga 1983 ( 7 tahun ) - makmur (Pembaharuan Ekonomi - baik)
- Allahyarham Tun Razak (PM)
- Bapa Pembangunan
- Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan (DEB)

1983 hingga 1990 ( 7 tahun ) - susah (Ekonomi Meleset)
- Antara punca utama harga getah dunia jatuh teruk
- ramai graduan keluar universiti tiada kerja
- perniagaan kurang memberangsangkan
- kemelut politik; UMNO diharamkan

1990 hingga 1997/98 ( 7 tahun ) - makmur ( Zaman Ekonomi Gemilang )
- Terbinanya Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLCC, Menara KL, Menara Telekom, MSC
- saham BSKL mencanak naik hingga CI 1,400 mata
- indek ekonomi negara keluaran BNM tertinggi 8%
- lahirnya ramai usahawan MELAYU yang kaya-raya seperti T.S. Tajuddin Ramli, Halim Saad, Allahyarham T.S. Yahya dll.
- wujudnya kontraktor bumiputra yang berjaya
- peluang kerja yang banyak, kilang2 baru dibuka dll

1998 hingga Disember 2005 ( 7 tahun ) - susah ( Ekonomi Gawat )
- Punca utama George Soros serang matawang dunia
- harga barang meningkat naik mendadak
- nilai matawang jatuh merudum
- ramai kena buang kerja, VSS
- kontraktor gulung tikar, bangkrap
- saham BSKL jatuh ke paras CI 275 mata terendah
- Banyak malapetaka besar seperti perang di Iraq, Afgan, Balkan dll
- taufan dan banjir besar, tsunami, gempa-bumi dll.

Saudara-saudara-ku, Zaman susah baru sahaja berlalu bersama perginya Disember 2005. Januari 2006 adalah tahun permulaan 7 tahun MAKMUR di mana peluang untuk kita semua membina EMPAYAR PERNIAGAAN MUSLIM YANG KAYA-RAYA. Kita ada masa 7 tahun untuk merencana agenda kita sendiri; kepada yang bekerja, kerjalah dengan bersungguh-sungguh, kerja keras dan kerja kuat agar kita dapatmemanfaatkan waktu ini dengan sepenuhnya, dan kepada yang berniaga, rebutlah seberapa banyak peluang yang datang di depan mata tanpa berkira lagi.

2006 hingga 2013 (7 tahun akan datang) - tahun .............. Ingatlah saudara-saudaraku sekalian, kita semua mengucap 2 kalimah shahadah dan Al-Qur'an itu adalah panduan kita, dan Surah Yusof tadi adalah sebahagian daripadanya, maka yakinilah bahawa kita sekarang telah pun memasuki ambang kemakmuran dan binalah sebagaimana saranan saya tadi demi kebahagiaan bersama.

Cadangan saya,

1. Selesaikan semua hutang-piutang seperti pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit dan pinjaman peribadi.
2. belilah seberapa banyak aset secara TUNAI
3. Simpanlah duit/hasil usaha kerja kita agar nilai wang kita benar-benar bernilai (cadangan ambil polisi Takaful - nilai duit 1 sen = RM1.00, nilai RM1 = RM1,000.00, nilai RM500 = RM setengah JUTA )
4. Pelaburan

Takut-takut dalam kita merancang untuk jadi kaya, Allah s.w.t. jemput kita untuk mengadapNya, maka kita juga telah tinggalkan duit yang banyak untuk keluarga tersayang dan kemungkinan besar impian kita itu tadi boleh disambung oleh ahli keluarga tersayang.

Jika kita masih lalai dan berpuas hati dengan zon kehidupan sekarang, takut nanti tiba waktu susah selepas 7 tahun berikutnya 2013 hingga 2020 ( juga 7 tahun ) kita telah tua kerana terpaksa menunggu 14 tahun akan datang untuk kembalinya turun hujan untuk kita memeras anggur lagi.Takut-takut kita jauh tertinggal di belakang dan sejarah telah membuktikannya!

Sekian dari saya, insan yang serba kerdil dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Maafkan saya jika ada yang tersinggung, namun jauh di lubok hati saya agar suatu hari nanti kita semua dapat berkumpul dengan menggunakan kereta termahal di dunia, wang bertimbun dalam akaun, harta melimpah ruah, DAN PADA MASA ITULAH BARU AGAMA ISLAM YANG KITA DOKONG INI DISANJUNGI MASYARAKAT DAN DUNIA. Amin. Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan terhadap email di atas.

Sekian wassalam wallahualam wassalam

Emjay



5 comments:

  1. Waalaikumussalam Wr. Wb.

    Apa yang penulis sudah huraikan memang cukup menarik dan bahkan mungkin dalam membawa orang-orang tertentu yang tidak suka berpijak di alam nyata untuk melanjutkan kehidupan ini dengan penuh khayal dan angan-angan.

    Apa yang pasti "takwil mimpi beliau" ini tidak perlu dibesar-besarkan dan tidak ada dalil NAS atau SUNAH yang mengokohkannya.

    "Prediksi atau ramalan" penulis ini, seakan-seakan sengaja dibuat-buat agar sesuai dengan isi surah Yusuf ayat 43 hingga 53.

    Beliau sengaja mencocok-cocokan antara kondisi ekonomi pada zaman nabi Allah Yusuf dengan ekonomi Malaysia sekarang. Tidak pasti apa dasar dan hujah beliau untuk berbuat demikian, atau beliau ingin mengatakan yang diri beliau adalah jelmaan nabi Allah Yusuf yang dikurniai kemampuan untuk mentakwilkan mimpi?.

    Bahaya yang akan berlaku akan timbul bila ada orang suka hidup "sealam" dengan beliau yang suka mengatakan bahawa beliau seakan-seakan ZAT yang mengetaui perkara ghaib, hal itu dilakukan dengan menyelewengkan atau memesongkan atau memanipilasi AYAT ALLAH untuk kepentingan DIRI PERIBADI.
    INI ADALAH SATU PERBUATAN SYIRIK YANG NYATA.

    Mohon maaf kalau tersalah sangka dan terkasar bahasa. MOHON TEGURAN dan TUNJUK AJAR para ikhwan semua.
    Allahu a'lam bissawaab.

    ReplyDelete
  2. kenapa tarikh hijrah seakan tidak relevan bagi penulis email tersebut.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Maklumat e-mel tersebut adalah seperti di bawah ini, address-nya dirahsiakan (atas alasan maklumat peribadi), jika tuan/puan para pembaca ingin mendapatkannya (untuk menujukan soalan), anda dialu-alukan untuk PM saya:

    ----- Original Message -----
    Sent: Wednesday, March 28, 2007 1:44 AM
    Subject: untuk renungan

    ------------------------------------------------------------------------------

    Pada pandangan saya, pd perenggan terakhir, penulis agak "terpesong" niatnya, seolah-olah dia men-syorkan agar kita mengejar dunia semata. Bagi saya, kekayaan bukanlah ukuran utama bagi seseorang untuk dipandang mulia.

    Saya bukanlah orang yg arif tentang agama, maka itu mohon nasihat dan teguran, maaf jika tersilap.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Semasa peristiwa isra' mi'raj Rasulullah diperlihatkan ramai ahli2 syurga terdiri drpd BUKAN org yg kaya harta dunia.

    Soal nak mengejar harta dunia tu hak masing2..tapi jgn lupa hak diri sendiri bila mengadap Allah nanti. Jika dianugerahkan harta dunia yg banyak, jgn asyik menyimpan shj, tapi perbanyakkan menyimpan utk akhirat iaitu zakat/sedekah.

    Berkenaan kisah Nabi Yusof tu saya rasa kita patut melihat dalam aspek yang menyeluruh mengenai kisah yg Allah ceritakan dalam al-quran itu. Jika ambik skop mimpi tu shj bimbang silap tafsir utk kepentingan diri, tanpa melihat hikmah kisah itu sendiri.

    Terpulang... cuma masa susah atau masa senang jgn lupa Allah. Wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Izinkan saya memberikan pandangan ke atas email sdr kita di atas.

    Cerita berkaitan nabi Yusuf seperti yang dinyatakan dalam email di atas adalah sesuatu yang sahih.

    Berkenaan pusingan 7 tahun susah dan diikuti dengan 7 tahun makmur sebagaimana dijelaskan dalam email di atas adalah merupakan satu kajian sejarah yang bernas. Kajian sejarah adalah satu ilmu yang sangat penting. Di Israel, pelajar yang tidak lulus sejarah adalah mandatori gagal keseluruhan. Orang Yahudi sangat mementingkan kajian sejarah. Dari kajian sejarah ini jugalah mereka berjaya merencanakan perancangan rapi untuk merosak umat islam sedunia.

    Ramalan cuaca juga adalah satu kajian sejarah yang dilakukan secara amat saintifik. Mereka mengkaji sejarah pembentukan awan dan hujan dengan mengkaji tekanan udara, kelembapan udara angin dan sebagainya. Dari kajian sejarah yang berbentuk saintifik ini, pakar sains boleh meramalkan hujan bukan dengan bantuan makhluk ghaib tetapi dengan bantuan ilmu kajian saintifik mereka dari sejarah pembentukan hujan dan awan. Saintis sekadar boleh meramal tentang kemungkinan sama ada akan hujan di satu kawasan pada satu masa namun mereka tidak berupaya mempastikan sama ada benar hujan akan turun pada waktu yang dijangkakan.

    Kajian sejarah sebagaimana di Israel dan Malaysia sebenarnya adalah kajian sunnatullah. Dalam Al Quran juga ada kajian sejarah seperti sejarah kaum Aad, Tsamud, Firaun, orang Yahudi dan sebagainya.

    Pada pandangan saya adalah tidak salah kita mengkaji sejarah pusingan 7 tahun susah dan tujuh tahun makmur sebagaimana dilakukan oleh penulis tersebut. Seandainya selepas kajian sejarah ini, tidak salah untuk pengkaji membuat satu andaian atau hipotesis atau pun ramalan sebagaimana dilakukan oleh pakar ramalan kaji cuaca. Manusia atau pengkaji sejarah boleh membuat sebarang ramalan. Namun perlu diambil iktibar dari kisah Nabi Sulaiman yang tersangat optimis untuk mendapat 70 orang anak lelaki untuk membantunya berdakwah pada tahun depan sehingga lupa menyebut insya-Allah, akhirnya Allah memberikan azab dengan hanya memberikan seorang (1) anak lelaki yang cacat. Ramalan yang dirumuskan diakhir kajian sejarah tersebut sepatutnya perlu disertakan dengan kebergantungan kehendak Allah dengan menyatakan perkataan INSYA-ALLAH.

    Apa yang sepatutnya ditulis dihujung kajian sejarah oleh pengkaji dalam email di atas ialah sepatutnya beliau memasukkan faktor insya-Allah kerana Allah boleh mentadbir dunia ini mengikut kehendakNya dan boleh sama sekali melanggar kelaziman contohnya, makan nasi satu periok tidak kenyang.

    Bahagian cadangan dan pengakhir email tersebut saya sdikit kurang setuju. Sewaktu pusingan yang dikatakan oleh pengkaji sebagai pusingan susah dan gawat pada 1998 - 2005, ramai orang menerima kesan ekonomi yang kurang baik atau meleset. Namun satu fakta yang perlu diterima ialah pada beberapa tahun semenjak 1998, para petani kelapa sawit di Malaysia mendapat durian runtuh yang tidak pernah difikirkan dengan harga kelapa sawit yang melambung. Satu azab kepada satu pihak mungkin rahmat kepada pihak lain. Azab penyakit kepada seorang pesakit merupakan rahmat kepada doktor.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete