Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday 15 April 2007

Mari belajar mengenali sunnatullah

Mari belajar mengenali sunnatullah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Sunnatullah atau dalam bahasa lain ialah kelaziman yang Allah berikan kepada sesuatu kejadian. Memanglah Allah menjadikan sunnatullah (kelaziman) seperti api itu akan memanas, biji benih disiram akan bercambah, bila rajin berusaha akan pandai dan sebagainya dan perlu sekali difahami bahawa semua kejadian ini berlaku adalah atas kehendak Allah. Namun kelaziman atau sunnatullah ini boleh berubah pada bila-bila masa di atas kehendakNya. Sebagai contohnya kalau makan makanan kotor dan basi akan menyebabkan Allah berikan sakit perut dan sebagainya tetapi mengapa ini tidak berlaku kepada orang gila yang mengutip makanan dari tong sampah? Walau macam mana dahaga sekali pun kalau minum air satu liter sudah mencukupi namun mengapa orang minum arak hingga 4 atau 5 liter masih tidak mencukupi?


Kalau mengikut sunah Allah atau kelaziman apabila sebahagian (separuh) dari otak manusia dibuang pasti mati tetapi kenapa dalam program “Ripley’s believe it or not” orang ini masih sihat dan kini telah mula memperbaiki pergerakannya?. Begitulah Allah melalui sifat rububiahNya boleh sahaja merubah kelaziman (sunah Allah) bila dikehendaki.


Apabila kita melihat awan dah gelap pekat dengan diiringi angin sejuk, bolehlah kita mengatakan insya-Allah hari akan hujan. Ini adalah sunnatullah. Apabila kita melihat cuaca sangat panas untuk tempuh lebih 3 minggu, insya-Allah bolehlah kita katakan lepas ini pokok durian, rambutan dsbnya akan berbunga dan seterusnya berbuah. Apabila kita melihat satu pokok begitu subur dengan warna daunnya yang hijau berkilat, bolehlah kita katakan tuan pokok ini menjaga pokok ini dengan baik sekali dan rajin membajanya mungkin dengan baja air basuhan ikan. Apabila kita melihat batang pokok getah mula mengeluarkan getah melalui batangnya dan daun-daunnya mulai berwarna kuning, bolehlah kita mengatakan akar pokok getah ini kena serangan penyakit kulat. Begitulah antara pelbagai sunnatullah yang boleh dijadikan iktibar kepada semua manusia.


Selain dari pelbagai sunnatullah yang sudah sedia difahami manusia, sebenarnya masih banyak lagi sunnatullah yang elok sekali kita fikirkan dan senaraikan sebagai iktibar tentang kebesaran Allah mentadbir dunia ini. Berikut adalah antara sunnatullah yang ingin saya kongsikan dalam penulisan kali ini. Saya bersedia untuk menerima maklum balas semoga setiap sunnatullah ini lebih diperhalusi lagi semoga jelas kepada para pembaca atau dibaiki lagi.


1. Keluarga yang tidak boleh lari dari jerat kemiskinan untuk tempuh yang lama - Sunnatullahnya ialah mungkin ahli keluarga ini mempersia-siakan sembahyang. Nabi dalam satu hadisnya berkata lebih kurang maksudnya, “kalau solat itu engkau tidak dapat menjaganya (meninggalkan solat) maka engkau akan mensiasiakan kehidupanmu”. Kehidupan orang ini banyak tersia-sia iaitu susah memanjang kerana solat mereka tidak dijaga dengan baik. Apabila satu ketika dahulu saya diberi kesempatan bergaul dengan penduduk setinggan di satu kawasan di Johor Bahru untuk beberapa tahun, barulah saya faham bahawa orang Islam jenis ini sekadar Islam yang tak makan babi dan tidak pegang anjing. Yang lainnya hampir serupa dengan orang kafir.


Bila pergi memancing, golongan ini lebih suka memerhatikan saya solat di tepi pantai beralaskan pasir atau di atas bot dalam keadaan duduk. Saya mulai memahami mengapa kehidupan mereka ini mirip ayam yang kais pagi makan pagi. Selain dari mempersiakan solat, kemiskinan ini juga mungkin berpunca tabiaat suka berjudi dan berjumpa bomoh. Apabila saya mengikut nelayan ke laut menangkap ikan selama dua hari satu malam, kadang-kadang hasil yang diberikan Allah begitu lumayan sekali. Namun di laut mereka tidak sembahyang selain berjudi main terup. Bila dah hampir ke pantai, mereka mula bersembang untuk membeli judi empat nombor. Sedih sekali saya
memerhatikan umat Islam dari jenis ini.


2. Pelajar yang banyak masalah dengan akademik mereka di universiti.
Setelah diselidiki, punca pertama ialah mereka tidak menjaga solat. Kes ini lebih mirip seperti kes (1) di atas. Satu ketika seorang pelajar anak peneroka yang sudah kematian bapanya berjumpa saya kerana terpaksa menambah pengajian kerana menebus semula pelajaran yang gagal. Mata pelajaran yang diulang ini sudah nyaris gagal untuk kali kedua. Setelah diselidiki, rupanya pelajar ini paling banyak solat satu hari ialah 3 kali sahaja. Setelah beliau taubat dan menjaga solatnya, beliau kini telah selamat meninggalkan UTM dengan ijazahnya.


Punca kedua pula ialah suka berbomoh termasuk menggunakan air Musoffa. Ada pelajar yang semua pensel, pen dan gula yang digunakan telah siap dijampi oleh bomoh semoga cepat pandai, namun hakikatnya ialah lagi berbomoh, lagi bermasalah akademik dan kehidupannya.


Punca ketiga ialah banyak mengumpat mengata mengeji pensyarah mereka. Penyakit ini banyak melanda pelajar wanita. Pantang ada pensyarah yang cacat pengajarannya, berjam-jam pelajar wanita ini bersembang mengata keburukan pensyarah ini. Mengata menceritakan keburukan orang adalah mengumpat dan ia adalah tergolong dalam satu dosa yang besar. Akibatnya bila peperiksaan, pelajar ini gagal bagi mata pelajaran yang diajar oleh pensyarah yang selalu diumpatnya tersebut.


Punca keempat ialah riak atau bermegahseperti bermegah dengan pencapaian sewaktu peperiksaan SPM lalu. Ada yang bermegah kerana diantara ramai sepupu yang mengambil SPM, hanya beliau sorang sahaja yang berjaya memasuki UTM.


Punca kelima pula ialah berpacaran sesama pelajar. Bila berpacaran tu mulalah naik motorsikal berdua, berpeluk di atas motor, bercium, tidur di hotel dan sebagainya. Ada antara pelajar wanita yang gayanya macam pelacur kerana saban malam hilang dan hanya pulang waktu pagi. Kadang-kadang tu tanpa segan silu menceritakan rupa bentuk air mani lelaki kepada rakan sebiliknya, masyaAllah. Namun pelajar ini kalau pelajar lain tamat pengajian 4 tahun, dia ini nyaris gagal selepas belajar 6 tahun.


Punca keenam pula ialah kegemaran menonton pornografi terutama sekali di kalangan pelajar lelaki.


3. Tayar motorsikal atau kereta pancit - Sunnatullahnya ialah tuan punya kenderaan ini berjalan di bumi Allah ini tidak betul menurut landasan Islam. Saya sendiri satu ketika dahulu sedang menaiki motorsikal pancit tayar depan. Motorsikal ini saya belikan untuk kerani besar saya bagi kegunaan beliau disamping memudahkan kerja saya. Setelah diselidiki, puncanya ialah setiap hari sabtu, kerani besar saya iaitu seorang gadis meminjamkan motor tersebut kepada seorang pekerja lelaki saya untuk kegunaan beliau keluar ke JB bersama seorang pekerja wanita ditempat kerja saya. Mereka mengakui menonton wayang, lepak di Pantai Lido sampai pukul dua pagi mengerjakan perkara-perkara maksiat. Jadi saya juga dipersalahkan Allah kerana tidak mendidik dan telah menyediakan prasarana untuk kerja maksiat dan sebagai balasannya tayar motorsikal tersebut pancit. Dalam lipatan sejarah kehidupan saya sendiri, sewaktu saya hidup dalam zaman jahiliah dahulu sewaktu muda, kerap juga tayar kereta dan motorsikal tu pancit.


4. Cek melambung dalam perniagaan - Saya pernah mempunyai sebuah kedai komputer dahulu. Alhamdulillah berbagai pengalaman diberikan Allah. Termasuk pancit tayar motorsikal seperti di atas. Rasalah memegang duit yang banyak. Berurusan dengan pembekal menggunakan cek. Kali pertama cek saya melambung adalah kerana cek dari seorang pembeli saya tiada duit (bounced) dan dengan itu cek yang saya berikan kepada pembekal tidak mempunyai duit yang mencukupi dan turut juga bounced. Setelah diselidiki rupanya seorang pekerja lelaki saya menjual cd lucah kepada pelanggan saya dan beliau pula kerap berzina, masyaallah. Kali kedua cek bounce adalah apabila seorang pekerja lelaki saya kerap membawa perempuan ke pejabat di tingkat atas kedai komputer saya selepas pukul 12.00 malam untuk berzina. Kali ketiga pula saya menghadapi cek melambung apabila seorang pekerja wanita berzina dengan seorang pekerja lelaki yang sudah beristeri. Saya pastinya dipersalahkan Allah kerana menyediakan satu sistem bekerja di mana pekerja lelaki bebas bergaul dengan pekerja wanita. Saya kini sudah melupuskan segala kepentingan dalam kedai komputer, hanya menumpukan kerja di UTM disamping berniaga dengan Allah mudah-mudah perniagaan ini tidak mendatangkan kerugian iaitu perniagaan mendakwah.


5. Enjin kereta terlampau panas dan atau radiator juga terlampau panas hingga kering airnya - Ini menunjukkan tuan punya kenderaan ini sedang tidak tentu arah menghadapi masalah yang sangat memanaskan hatinya. Pengalaman bersama beberapa hamba Allah yang sedang bermasalah rumit seperti ini boleh menjelaskan lagi. Antara sampelnya ialah seorang makcik yang kekeringan air dalam radiator keretanya di tepi jalan. Setelah diselidiki, anak lelakinya baru kena tendang dari satu IPTA, memalukan. Balik kampung pula tak tahu duduk rumah, asyik keluar malam pergi cyber cafe, membuang masa dan menghabiskan duit, siapa emak yang tidak marah.


6. Enjin kereta bermasalah sewaktu sedang berjalan - Lagi besar kerosakan enjin sehingga tow truck terpaksa dipanggil selalunya menggambarkan dosa besar tuan punya kenderaan ini. Kategori kerosakan paling besar selalunya menggambar tabiaat berzina tuan kenderaan ini. Kalau kecil sedikit mungkin pada tahap menghampiri zina. Pernah satu pemuda Cina yang kerap mengahadapi masalah dengan kenderaannya apabila saya menyoalnya, beliau mengakui banyak berzina. Seorang pekerja saya yang berzina di atas kedai saya juga mengalami rosak enjin sewaktu dalam perjalanan kerja sehingga perlu dibaiki keseluruhan keretanya. Orang Cina cukup meyakini kereta suey (sial) yang kerap mendatangkan masalah kepada tuan punyanya. Sebenarnya, bukan kereta yang suey, tetapi tuan punya yang banyak dosa.


7. Kena histeria atau kena tindih waktu tidur oleh jin – ada melakukan perkara syirik.


8. Kena perbuatan sihir - ada melakukan syirik seperti menyimpan tangkal. Allah sudah menyatakan dalam Al Quran bahawa syaitan tidak ada sebarang kekuasaan ke atas orang yang beriman.

Jangan takut sihir kerana Allah sangat berkuasa. Melindungi manusia dari perbuatan sihir manusia bukan pekerjaan susah bagi Allah


9. Rumah yang didiami berhantu atau terdapat pelbagai benda dan kejadian pelik di dalamnya termasuk pelbagai bunyi yang tidak dapat difikirkan secara rasional – Menggunakan pendinding rumah dan atau menggunakan dan menyimpan pelbagai tangkal dan azimat atau ada perbuatan lain yang mensyirikkan Allah. Dalam satu kes yang berlaku di Masai JB, seorang hamba Allah membeli rumah baru. Sebagaimana kebiasaan, hamba Allah ini memanggil bomoh untuk memagar dan mendinding rumah baru ini. Sebelum di pagar dan didinding oleh bomoh, rumah ini tidak ada kejadian pelik tetapi selepas di pagar dan didinding, buaian bayi didalam rumahnya sering berpusing sendiri tanpa ada sesiapa yang memusingkannya.


10. Anak keguguran sewaktu mengandung – ada masalah besar yang dihadapi oleh isteri yang tidak dapat ditangani olehnya dan dalam keadaan tertentu ada hubungkait juga dengan perbuatan menyirikkan Allah.


11. Anak kematian atau cedera – Suami isteri ada bergaduh. Gaduh kecil anak cedera kecil, anak cedera besar, gaduh besar, gaduh paling besar, anak kematian seperti kemalangan dsbnya.


12. Anak bermasalah – suami atau isteri atau kedua-duanya bermasalah.


13. Anak lemah semangat dan mudah takut – anak ini dibiasakan dengan pelbagai tangkal dan azimat atau amalan khurafat lainnya.


Pernah satu ketika dahulu saya menyaksikan minyak petrol yang bocor sewaktu kereta baru rakan saya sedang dipandu. Kereta ini mati tengah jalan kerana kehabisan minyak. Mengenangkan beliau adalah rakan saya, satu ketika saya beranikan diri berjumpa dengannya dengan tujuan memberikan bantuan sekiranya ada sebarang masalah antara rakan saya dengan isterinya. Selepas sahaja saya menyuarakan hasrat saya tersebut, rakan saya ini tidak dapat menerima sikap busy body saya dan seterusnya menyatakan kepada saya bahawa keluarga beliau just fine dan tiada sebarang masalah. Saya berasa cukup malu di atas teguran balas rakan saya ini. Hendak dijadikan cerita, tidak lama selepas itu, rakan saya ini berjumpa saya untuk menceritakan masalah besar dalam keluarganya. Saya tidak dapat membantu masalah rakan saya kerana beliau berdegil dengan hajatnya dan sama sekali tidak menerima pandangan saya dan arwah guru saya. Kini hamba Allah ini telah bercerai dengan isterinya.

Begitulah antara pelbagai sunnatullah yang boleh kita jadikan petunjuk dan iktibar.


Cukup sekadar ini dahulu dan insya-Allah akan ditambahkan dari semasa ke semasa. Saya adalah seorang hamba Allah yang lemah sekadar mencari ilmu yang mudah-mudahan diredhai Allah. Pandangan yang saya berikan adalah berdasarkan pengalaman dan didikan dari arwah guru dan sunnatullah Allah boleh sahaja berbeza dan berubah dan tidak semestinya sama sebagaimana yang saya jelaskan di atas dan semua ini adalah terpulang kepada Allah yang Maha Berkuasa.


Sekian wassalam wallahua'lam.


Emjay

14 comments:

  1. Cukup berguna sekali artikel ini. Sunnatullah ini terlalu byk utk dihuraikan. Ada satu persoalan. Mcm mana nak hubungkaitkan sunnatullah dengan ujian @ cabaran dari Allah. Mungkin ada sesetengah orang yang tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes-kes yang tertentu(dari mata kasar) tetapi tetap menerima dugaan atau cabaran dari Allah?

    Contohnya: Si A adalah seorang yang beramal soleh. Insyaallah setiap amalannye adalah betul dan molek, tidak nampak keburukannya, nampak yang baik sahaja. Tetapi masih belum dapat kerja(belum dikurniakan Allah rezekinya). Dalam hal ini, adakah ia ujian@hikmah ataupun sunnatullah(ada yang tak kena) kepada Si A?. Wassalam

    axstudio

    ReplyDelete
  2. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Apa yang kita nampak tentang seseorang ini mungkin sekadar kebaikan hari ini tetapi sejarah lampau kita tidak tahu. Sebagai contoh, seorang kadhi yang dah pencen, hari ini dan beberapa tahun lepas memang nampak baik tetapi selepas diselidiki, kadhi ini satu ketika dahulu pernah menikahkan orang perempuan yang sudah mengandung. Mula-mula kadhi ini tak hendak kerana takut Allah namun selepas diberikan envelope berisi duit, dinikahkan juga perempuan ini.

    Dalam kes si A, mungkin ada silapnya tu. Mungkin si A ini sangat baik dengan rakan tetapi kurang baik dengan emak dan ayah. Mungkin si A merokok. Selain dari kemungkinan ada silapnya dimana-mana, mungkin di sinilah juga Allah nak mengajar si A agar belajar solat taubat, sunat hajat dan solat malam 11 rakaat.

    Kalau bersungguh-sungguh solat malam 11 rakaat minta Allah tunjukkan dimana kesilapannya, insya-Allah Allah akan tunjukkan dimana punca kesalahan orang ini.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Sunnatullah atau kelaziman ini secara naturalnya memang selalunya berlaku kepada semua bentuk kejadian Allah. Namun saya berpendapat banyak perkara malang yang berlaku kepada manusia adalah berupa bentuk ujian & dugaan daripada Allah untuk membentuk iman dan kesabaran yang lebih utuh supaya dapat menerima bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya.

    Seorang miskin yang bertaqwa yang bertimpa-timpa menerima malang dalam hidupnya adalah ujian Allah agar simiskin bertambah sabar dan lebih takarrub dengan penciptanya. Apakah Allah tidak bersifat Adil lantaran ujian yang diturunkan kepada simiskin tadi? Lantas sekali congak kita mungkin beranggapan simiskin tadi pernah melakukan dosa yang mengakibatkan Allah menurunkan azabnya serta-merta di atas dunia. Sesetengah orang kaya raya yang fasik mendapat keselesaan yang Allah berikan, tanpa diturunkan kesusahan dan azab ketika di dunia. Orang kafir paling kaya di dunia mungkin tidak pernah menghadapi kesulitan hidup dan ia mendapat apa yang dihajati. Apakah Allah tidak bersifat Adil lantaran nikmat yang diturunkan kepada sikaya tadi? Apakah kita boleh mencongak bahawa sikaya tadi banyak melakukan kebaikan menyebabkan Allah menambahkan nikmat ke atasnya?

    Bagaimana dengan ujian yang Allah timpakan ke atas Nabi kita Muhammad SAW? Sepertimana yang Nabi SAW pernah alami ketika beliau menyampaikan dakwah di Taif sehingga mengalir darah Baginda hingga ke kaki. Juga seperti yang Nabi SAW alami setiap hari dimana taburan najis dan sampah di kala beliau mahu keluar untuk bersolat jemaah di masjid. Apakah ini kita katakan sebagai sunnatullah, sesuatu yang mungkin kita kaitkan sebagai azab terhadap dosa yang pernah Baginda lakukan? Begitu juga dengan para pendokong & pejuang gerakan Islam yang sentiasa berhadapan dengan risiko siksaan dan dipenjarakan. Apakah ia sunnatullah juga yang mengaitkan dengan dosa dan azab?

    Sebab itu ketentuan daripada Allah yang diturunkan adalah sesuatu yang telah ditulis sepertimana kita beriman dengan Kada' & Kadar. Azab atau kemalangan yang dialami lebih bersifat ujian supaya bertambah iman dan sabar serta meletakkan sepenuh penyerahan kita kepada Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Ya. Penjelasan mdriman tu saya rasa amat tepat. Macam mana pandangan ustaz emjay tentang penjelasan mdriman?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh.

    Dalam praktis membantu menyelesaikan masalah orang yang perlu dibantu (OYPD), mengkaji sunnatullah adalah proses yang sangat penting. Jikalau gagal menenalpasti punca mengapa Allah memberikan sesuatu azab, selalunya adalah sukar bagi kita membantu OYPD. Sebagai contoh, dari proses mengenalpasti punca Allah memberikan azab inilah alhamdulillah masalah puan MMM seperti dalam artikel saya bertajuk Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi dapat dibantu. Bantuan kepada Puan Masri seperti yang saya ceritakan dalam kisah 6 kali beranak 6 kali mengandung 6 kali mabuk teruk serta 2 cerita sambungannya alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan mempelajari ilmu sunnatullah ini. Melalui ilmu ini, insya-Allah kita dapat mengenalpasti punca utama atau punca primer bagi membantu OYPD. Praktik kaunseling biasanya hanya menangani punca sekunder semata-mata (Albangkawy, sila beri perhatian di sini dan rujuk semula email lalu).

    Merujuk kepada pertanyaan mdirman di perenggan 1, mari kita perhatikan ayat Al Quran berikut:

    An Nisaak 111
    “Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

    surah Asy Syura: 30.
    Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

    Yunus 27
    27- “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

    surah Ghafir: 40-:
    Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

    Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
    Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

    Dari lima ayat di atas dan beberapa ayat lain dalam Al-Quran jelas bahawa BUAT DOSA MEMBAWA MUSIBAH / AZAB dan tidak boleh dinafikan!.

    Berdasarkan ayat Al Quran berikut pula

    Dari Surah surah Al A’raaf: 168.
    Dan Kami pecah-pecahkan mereka berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

    Ia diperkuatkan lagi dengan surah Al Baqarah: 49.
    Ertinya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

    Dari dua ayat ini, kesenangan kemewahan adalah ujian dan sebenarnya lebih ramai orang gagal ujian jenis ini. Bala bencana / musibah adalah juga satu ujian Allah. Dalam kes musibah ini, Allah memberikan musibah sebagai ujian agar manusia kembali bertaubat.

    Perlu benar-benar difahami bahawa ujian berdasarkan ayat Allah di atas bukan sekadar dalam bentuk azab musibah. Ujian yang paling ramai orang gagal dalam ujian tersebut adalah ujian nikmat pemberian yang baik-baik seperti kekuasaan, kekayaan, isteri, anak-anak, pangkat, kenderaan, kediaman dsbnya. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih terhadap Allah kerana sekiranya saya diberikan pangkat dan kekayaan lebih awal pada usi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. dapat ilmu dari Allah lagi.. Terima kasih Ustaz Emjay. Semoga dipertemukan Allah supaya dapat saya mempelajari mendalam lagi selok-belok Islam sebenar.

    ReplyDelete
  7. Permudahkan dan perkenankanlah doa axstudio di atasYa Allah.

    ReplyDelete
  8. Terimakasih diatas huraian panjang lebar ustaz seperti di atas. Saya meyakini ayat-ayat Allah bahawa setiap dosa bakal membawa musibah dan azab (balasan buruk) yang tidak boleh dinafikan. Balasan itu cuma Allah yang mengetahui bila dan bagaimana ia diturunkan. Setengahnya di dunia lagi sudah Allah kafarahkan, dan setengah lagi Allah biarkan mereka dengan ujian kenikmatan dunia sehingga suatu saat yang Allah janjikan. Cuma beberapa perkara yang mungkin menjadi persoalan di minda saya....

    Nabi Muhammad SAW seorang yang maksum yang terpelihara dari segala dosa, namun Allah turunkan jua musibah sebagai sunnatullah? daripada kesalahan yang pernah Baginda SAW lakukan? Nabi SAW pernah bersedih kerana ditakdirkan Allah menarik nyawa anak-anak lelakinya ketika kecil. Begitu jua Nabi SAW pernah kehilangan orang-orang yang tersayang apabila kematian bapa saudaranya dan isteri dalam masa yang singkat. Kesedihan Baginda tidak dapat digambarkan namun di sana terdapat hikmah yang memberikan kekuatan kepada risalah penyampaian ajaran Islam. Nabi SAW kekasih Allah, namun penjelasan ustaz berkaitan dosa dan musibah, adakah sememangnya terhukum juga sunnatullah kepadanya dan para anbiya', sedangkan tiada dosa dan kesalahan yang pernah digambarkan kecuali Allah menegur di dalam alQuran. Tiada kesan keburukan kepada orang lain malah dirinya yang selalu ditimpa musibah? (ujian). Maha Suci Allah yang memelihara Nabi SAW, tapi ada juga musibah dicampakkan? Adakah terlebih baik untuk kita katakan bahawa Allah sekadar melontarkan UJIAN dan ketakutan kepada para Nabi dan penggerak Islam dengan berbagai tribulasi dan mehnah sebagai mencabar kekuatan keimanan dan kecintaan mereka kepada Allah?

    Kita sebagai manusia biasa sememangnya terdedah dengan berbagai dosa dan kesalahan setiap hari. Memang patut kita ditimpa azab dan musibah. Kadang-kadang kita cuba memikirkan apakah dosa yang telah kita buat di atas malapetaka yang kita terima. Mungkin terlalu khusus untuk kita memikirkannya, kesalahan mana yang berkaitan dengannya. Mungkin juga musibah yang kita terima ada kandungan hikmah tersendiri yang mungkin kita tidak menyedari ada kebaikan di dalamnya. Mungkin juga sebagai peringatan bahawa di luar sana terdapat ramai lagi manusia yang mendapat kesusahan dan tidak bernasib baik.

    Yang terbaiknya selain dari kita bermuhasabah tentang kesalahan kita yang lalu, anggaplah ia sebagai peringatan dan ujian dari Allah yang pasti akan dibalas jua dengan pahala dan kebaikan sekiranya kita dapat menghadapinya dengan kesabaran dan penuh penyerahan kepada Allah SWT.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum sdr mj, boleh tak sdr mj jelaskan berkenaan tulisan sdr berikut serta menjelaskan menjelaskan tulisan mdirman di atas...?Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan sifat maksumnya seseorang nabi.. ikhlas ingin mengetahui.

    "Berkenaan soalan dalam perenggan 3, banyak sekali persoalan yang berkaitan Nabi Muhamad adalah khusus bagi diri baginda sahaja seperti beristeri lebih 4 orang, mukjizat dan sebagainya. Namun Nabi pernah silap bangun lewat dan sembahyang subuh walaupun matahari sudah tinggi sebagai pendidikan kepada umat manusia sekalian. Nabi Allah Yunus di makan ikan nun adalah disebabkan dosa meninggalkan jemaahnya. Nabi Allah Sulaiman tersilap berkata celupar tanpa insya-Allah diazab Allah mendapat hanya seorang anak lelaki yang cacat sedangkan baginda mengharapkan 70 anak lelaki gagah untuk membantu baginda berjuang ke jalan Allah. Sekadar ini jawapan saya untuk persoalan perenggan 3. Yang lainnya, saya serahkan Allah sahaja yang mengetahuinya"

    terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh sdr anakkerak semoga sdr dan keluarga sentiasa dibawah perlindungan Allah jua.

    Maksum ialah terpelihara dari dosa. Rasul-rasul tidak membuat dosa sama sekali.

    Kalau semua nabi maksum, maka tidaklah Nabi Adam turun dari syurga kerana memakan buah larangan. Nabi Yunus berdosa meninggalkan umatnya dan sebagai balasannya Allah memasukkannya ke dalam ikan nun sehingga Nabi Yunus bertaubat melalui ayatnya yang cantik dalam Al Quran, lailahailla anta subhanaka.......zolimin.

    Semua Nabi melakukan satu kesilapan kecuali Nabi Muhammad terpelihara dari semua kesilapan. Nabi Adam silap sekali memakan buah larangan lalu diazab Allah diturunkan ke dunia. Nabi Yunus tersilap meninggalkan umatnya lalu diazab Allah untuk menyucikan dosanya dengan di makan ikan nun. Nabi Sulaiman tersilap tidak mengatakan insyaAllah lalu diazab Allah dengan hanya diberikan seorang anak yang cacat sedangkan Nabi Sulaiman meminta 70 anak lelaki yang sihat. Nabi Zulkifli tersilap ketika dikejar oleh orang Yahudi lalu meminta kepada pokok untuk terbuka bagi beliau menyorok di dalamnya dan sebagai balasannya Allah membuka pokok tersebut untuk bersembunyi tetapi Allah tunjukkan sebahagian kain jubahnya di luar pokok agar dilihat oleh orang Yahudi lalu pokok tersebut ditebang.

    Berkenaan Nabi Muhamad dan para sahabat terbangun lewat ketika matahari sudah tinggi, ia bukan satu dosa dan dengan itu Nabi Muhamad masih maksum dari semua dosa. Bangun lewat ini dirancang oleh Allah sebagai satu syariaat agar bagi orang yang bangun lewat secara tidak sengaja, teruslah solat subuh hatta berjemaah. Yang pentingnya jangan tinggalkan solat jika terbangun lewat.

    Sekian wassalam wallahuaqlam.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Semua nabi itu maksum apa yang terjadi itu adalah untuk pengajaran kepada umat yang akan datang bukanlah suatu dosa, jangan membuat andaian sendiri fahamilah hikmah disebalik kejadian itu.Adam tidaklah berdosa kerana memakan buah khuldi, peristiwa itu adalah membenarkan @ mengesahkan khalifah dimuka bumi ini adalah manusia.Kiranya peristiwa itu tidak ditakdirkan adakah mungkin manusia menjadi khalifah didunia ini?

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...saya org baru di sini...kes yang 7 tu saya memang yakin betul... cuma sy tak pernah terpikir pulak kalau selalu kena tindih ni, ada melakukan perkara syirik... buat pengetahuan tuan...saya ni seorang wanita...pernah bersekolah berasrama juga sekolah agama... saya sekolah asrama start dr darjah lima dan masuk tingkatan 1 saya sekolah agama, saya sudah graduate dr universiti tempatan... dan sepanjang tempoh saya duduk di asrama tak kira lah asrama mana pun hatta kat rumah sekali pun, ALHAMDULILLAH saya tak pernah kena tindih... saya selalu tertanya-tanya kenapa saya tak pernah kena tindih? bukan mintak tapi akal logik saya tertanya2 sebabnya, sbb ramai kawan saya kena tindih.. ada juga kawan sy tu nampak makhluk yg menindih mereka.. siang hari pulak tu... disebabkan banyak persoalan timbul saya mula membuat kesimpulan bhw org yg kena tindih tu sbb 1)terlampau penat, dan 2) tidur terlentang... saya buat kesimpulan ni pun sbb pernah dgr org ckp mcm tu..saya juga pernah bertanya kepada kakak saya, dia pernah kena tindih tak? dia ckp tak pernah... bila saya tanya mak saya. mak saya kata pernah... dari situ juga banyak lah anggapan2/hipotesis2 lain yg timbul dlm kepala otak saya... bukan ape saya suka ikut logik...

    bila saya terjumpa laman ini, dan terbaca artikel ini, barulah saya tahu sbb nya... dan saya terus yakin, kerana masa sekolah dulu, ramai kawan2 saya yg suka letak gunting atau yasin bawah bantal, sy tak tau plak itu dikira syirik... sbb cetek ilmu...tp walaupun saya cetek ilmu, saya masih ada logik akal yang Allah kurniakan Alhamdulillah... yg saya tau fungsi gunting atau yasin bwh bantal tu utk mengelak gangguan jin dan syaitan...kwn2 saya beranggapan mcm tu... tp dlm hati saya ckp "kalau setakat letak je bukan beri kesan pada setan/jin tu pun, kena lah baca juga" mcm tu lah apa yg sy fikir masa tu...

    tp bila diorang kena tindih, diorang cite kat saya (termasuk mak saya), bila kena tindih tu, diorang baca mcm2 (surah2 dan ayat2) utk halau jin tu, tp tak juga pergi jin tu.. saya jadi tertanya2 knp bila baca ayat2 alquran tidak memberi kesan langsung ke atas jin tersebut...dan disebabkan saya terjumpa laman ini lah saya sedar sebabnya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. salam, apa yg saya tahu, semua nabi yg lain pernah melakukan 1 kesilapan, kecuali Nabi Muhammad saw, dan sebb itulah di akhiat nanti Nabi Muhammad saw saje yg dpt memberi syafaat kpd umat manusia...Wallahualam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbt

    Alhamdulillah sdr diberi Allah SWT ilmu untuk memahami artikel saya ini dan sejarah kehidupan sdr.

    Segala puji pujian hanya untuk Allah SWT

    Emjay

    ReplyDelete