Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 12 April 2007

Mari tolong bantu orang ini!!


Assalamualaikum wbh

Pada 2 hari lalu kira-kira pukul 1.30 pagi, saya membuka satu email yang dikirim oleh seorang hamba Allah yang saya namakan Omar (bukan nama sebenar). Omar mengirimkan 2 email, satunya adalah bertanyakan tahap kesihatan berkaitan artikel bertajuk Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda?? . Semalam alhamdulillah saya telah membalas email berkenaan tahap kesihatan tersebut dan insya-Allah hari ini saya akan membalas email kedua.

Berikut adalah email kedua kiriman sdr Omar yang saya rasa amat wajar sekali saya paparkan disini sebagai iktibar dan sebagai latihan mengasah bakat bagi pengunjung setia Laman Emjay seperti albangkawy66, bhmn, rtoc, wongkene, afandianiqoh, mienyak, insanbbd55, narigunung, budaksedih, mdirman, iezzah, tablighster, kbakti, fikrulanwar, pseudonymn, pkgsp, axstudio, mazlina83, ziimm7611 dan banyak lagi yang lainnya yang tidak dapat saya masukkan di sini untuk bukan sekadar menjadi pembaca pasif tetapi mula mengasah bakat memberikan pandangan atau komen sewajarnya ke atas sdr Omar ini di ruangan REPLY.

Ini adalah peluang untuk sdr ku semua untuk membuat amal jariah iaitu ilmu yang dimanfaatkan semoga pandangan dan komen tersebut dapat membantu sdr Omar ini.

Berikut adalah email tersebut:



Assalamulaikum wbkt

Ustaz,

Saya telah membaca beberapa tulisan mengenai perubatan Islam dan hal-hal berkaitan dengan perbomohan termasuklah penggunaan tangkal dan azimat.

Saya sebelum ini ada menggunakan azimat iaitu duit syiling apabila bertemu dengan seseorang (Puan A) ia telah mengambilnya dan mengatakan ia tidak betul dan dilupuskan.

Saya yakin kepada Islam.

Sejak beberapa bulan yang lalu saya mulai membaca Al-quran dan mengamalkan membaca surah Yassin, Al-Waqiah dan Al-mulk disamping berzikir termasuk mengamalkan ayat 1000 dinar dan dua ayat terakhir surah al-taubah.


Puan A telah menyatakan kepada saya bahawa ada masalah di tempat kerja. Saya bukan buruk sangka pada orang tetapi sememangnya ada beberapa orang di tempat kerja saya yang dengki dan irihati dan mereka telah berusaha menyekat kenaikan pangkat termasuklah mengganggu urusan pengajian PhD saya. malangnya Puan A kurang berjaya. bagaimanapun saya tetap yakin akan kekuasaan Allah dan banyak memohon bantuan dari beliau.
Doa ini, samada diterima atau tidak bergantung terhadap kehendak Allah itu sendiri, mungkin cepat atau lambat.


Kini saya telah berjumpa dengan seseorang di Johor. Ini berpunca dari adik saya. Adik saya ini telah disihirkan dan mengalami suatu penyakit kulit yang serius (kulat air- air dari kulitnya berbau busuk). sudah pergi jumpa doktor pakar malahan telah masuk hospital tetapi tidak selesai. juga telah berubat kepada ramai orang juga termasuk orang yang menggunakan perubatan Islam namun tidak berhasil. Akhirnya ditakdir oleh Allah, ketemu dengan seseorang (kata Pakcik B) di tempat dia tinggal juga (dengan kerata lebih kurang 10-15 minit perjalanan). Menurut Pakcik B ini adik saya telah disihirkan dengan menggunakan taji ayam dan juga ada beberapa beberapa bundle jarum dikeluarkan. Alhamdulliah penyakit kulit adik tersebut telah baik (hampir 2 tahun adik saya merana).


Saya tidak percaya tetapi apabila saya bertemu dengan Pakcik B ini saya lihat dengan mata saya sendiri botol-botol dan jarum dikeluarkan dari badan saya (sihir-orang asli). kemudian depan mata saya benda itu dipulangkan dan ianya ghaib begitu. Saya telah diberikan batu cincin (batu nilam) dan saya telah membuat cincin dan memakainya. Pakcik B mengatakan jangan percaya pada batu ini tetapi yakin kepada Allah. Saya memakainya dengan menganggap ianya sebagai suatu perhiasan diri tidak lebih dari itu. Saya tetap yakin kepada Allah dan masih meneruskan amalan ibadah rutin saya.


Sebelum ini memang saya ada masalah di rumah termasuk dengan isteri. Juga saya merasakan ada benda halus di rumah dan sering kali bulu roma (tangan) naik. Menurut Puan A dan Pakcik B ada makhluk -setan dan jin. Sejak jumpa Pakcik B, rumahtangga alhamdulliah dan anak-anak saya juga alhmadulliah. Untuk anak-anak saya, saya minta tangkal/azimat dari Pakcik B-gangguan tiada, begitu juga dengan saya, saya ada memakai tangkal. Walaupun saya memakainya saya tidak percaya kerana pada saya hanya Allah pelindung saya. saya memakai cincin dan tangkal sebagai perisai sampingan dari sihir orang. Saya tidak tahu kepada pandangan Ustaz, saya sudah pasti jawapan yang akan diberikan oleh ustaz ianya tetap syirik?


Dalam perubatan Islam seperti Harun Din, dan Ismail Kamus, mereka ini tidak boleh melawan sihir iaitu seperti orang hantar jarum, katak dan sebagainya. hanya apa yang boleh mereka lakukan ialah menawarkan dengan ayat-ayat Al-quran(XXXX XXXX XXX XXXX). 

Perumpamaan yang boleh saya beri dalam hal sihir ini, jika orang tembak kita dengan pistol atau panah, kita boleh nampak dan boleh ambil dan keluarkan peluru atau cabut panah, jika orang "menembak atau memanah melalui alam ghaib" bagaimana hendak mengambil barang tersebut?


Mohon pandangan Ustaz dalam hal di atas. (Ustaz boleh gunakan persoalan saya ini dan upload di website Ustaz tetapi jangan memberitahu nama saya).


Wassalam


Omar


Semoga dapatlah kiranya pengunjung setia Laman Emjay dapat memberikan reply yang panjang atau ringkas untuk membantu sdr Omar disamping melatih menulis di arena maya ini kerana Allah.

Bagi pembaca Laman Emjay yang masih belum mendaftar dengan multiply, anda semua perlu mendaftar dengan multiply bagi melayakkan diri anda dikenali oleh saya dan boleh menulis diruangan REPLY. Silalah mendaftar. Tidak perlu gunakan nama sebenar dalam pendaftaran dengan multiply tersebut tetapi anda perlu mempunyai satu akaun email yang boleh digunakan yang boleh diakses oleh multiply.

Sekian wallahualam wassalam

Emjay




57 comments:

  1. Assalamualaikum..terima kasih kerana emjay memberikan peluang kepada para pembaca mengutarakan pendapat dan bertujuan mengukuhkan lagi tauhid dan akidah para muslimim dan muslimat. Di sini saya cuba menjelaskan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Mohon tunjuk ajar daripada saudara-saudara lain jika terdapat kesalahan. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Pertama sekali, daripada pembacaan sepintas lalu, bolehlah saya definasikan bahawa Pakcik B itu adalah bomoh ataupun dukun ataupun tukang sihir yang mengetahui perkara ghaib, tahu hal-hal sihir serta benda2 yang diluar kemampuan kita dan sebagainya. Pandangan saya adalah menerusi quote setiap ayat-ayat saudara Omar.

    --
    Quote Omar 1 : “Saya yakin kepada Islam. Sejak beberapa bulan yang lalu saya mulai membaca Al-quran dan mengamalkan membaca surah Yassin, Al-Waqiah dan Al-mulk disamping berzikir termasuk mengamalkan ayat 1000 dinar dan dua ayat terakhir surah al-taubah”.

    Adakah Omar mengetahui makna setiap doa-doa yang diamalkan itu? Jika tidak mengetahui amalan ini samalah seperti membaca jampi dan mentera seperti ahli-ahli sihir. Allah sentiasa memakbulkan doa sesiapa sahaja yang dikhendakiNya. Jika kita baca sahaja doa-doa tersebut tanpa tahu maknanya adakah Dia akan menolong kita?
    --

    Quote Omar 2 : “Adik saya ini telah disihirkan dan mengalami suatu penyakit kulit yang serius (kulat air- air dari kulitnya berbau busuk). sudah pergi jumpa doktor pakar malahan telah masuk hospital tetapi tidak selesai. juga telah berubat kepada ramai orang juga termasuk orang yang menggunakan perubatan Islam namun tidak berhasil

    Jika betul(Allah sahaja yang mengetahui) bahawa adik saudara telah kena sihir, maknanya di sini Allah tidak menjaga adik saudara dan membenarkan syaitan-syaitan mengacau dan membuat sesuatu yang jijik. Sudah tentu amalan ataupun akidah adik saudara teramatlah nipis sehingga membolehkan syaitan mengacau. Cuba selidiki latar belakang keluarga saudara dan cuba cari info2 berkaitan dengan ‘perbomohan dan asal keluarga’, juga peka terhadap tangkal dan azimat yang digunakan dulu-dulu.
    --

    Quote Omar 3: “Menurut Pakcik B ini adik saya telah disihirkan dengan menggunakan taji ayam dan juga ada beberapa beberapa bundle jarum dikeluarkan. Alhamdulliah penyakit kulit adik tersebut telah baik (hampir 2 tahun adik saya merana).”

    Quote Omar 4: “Saya tidak percaya tetapi apabila saya bertemu dengan Pakcik B ini saya lihat dengan mata saya sendiri botol-botol dan jarum dikeluarkan dari badan saya (sihir-orang asli). kemudian depan mata saya benda itu dipulangkan dan ianya ghaib begitu.”

    Saudara Omar telah berjumpa dengan bomoh dan mempercayai kata-kata bomoh tersebut. Ia telah jelas bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Kerana perkara-perkara ghaib ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Bomoh tersebut telah kufur dan sesat kerana dia telah meminta pertolongan jin dan syaitan sebagai pembantunya.
    Orang yang mengaku mengetahui perkara ghaib, berarti ia telah kafir. Sebab, ia telah mendustakan Allah .
    Allah berfirman,
    Katakanlah,"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An Naml : 65).
    "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, (Al-Jinn: 26)

    "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).(Al-Jinn : 27)

    --

    Quote Omar 5 : “Pakcik B mengatakan jangan percaya pada batu ini tetapi yakin kepada Allah. Saya memakainya dengan menganggap ianya sebagai suatu perhiasan diri tidak lebi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sdr axstudio.
    Tu dia, bila dah mula menulis, sampai tak cukup ruang.

    Teruskan usaha baik ini semoga Allah sahaja yang membalasnya.

    Pandangan sdr axstudio, tak perlu lagi saya mengulasnya kerana pada pandangan saya dah dapat markah 10 per 10.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Wr. Wb.

    Alhamdulillah, syukran jaziilan li Ustaazii EMJAY,
    Berdasrkan kepada apa yang saya baca dan fahami secara sepintas, Demi Allah saya berani mengatakan yang tauhid atau aqidah saudara kita Omar, sudah terlalu dalam terperosok ke gaung kesyirikan yang berkekalan, dan sangat perlu sekali untuk sama-sama kita selamatkan semula.

    Semenjak beliau bertemu Puan A pada haikkatnya beliau telah melakukan satu kesyirikan iaitu beliau telah percaya seakan-akan Puan A setaraf dengan Allah SWT yang mengetahui perkara gaib, beliau telah menyekutukan Puan A dengan Allah SWT dalam kemakrifatanNYA.
    Bila berjumpa dengan Pakcik B, kesyirikan itu semakin menjadi jadi, sehinggakan beliau menggunakan azimat atau tangkal, yang diyakini sama dengan Allah SWT dapat mencegah dan menolak bala bencana.

    Kalau lah betul baliau bertauhid kepada Allah Ta'ala sahaja, beliau tidak perlu pergi tuk jumpa bomoh seumpama Puan A dan Pakcik B atau yang lainnya.

    Apa yang paling utama dan penting sekali ialah semua jenis tangkal ataupun azimat mesti beliau lupuskan selupus-lupusnya dengan sebenar-benarnya. Kembali bergantung dan menaruh harap sepenuhnya kepada Allah sahaja.

    Bila membaca Al-quran bacalah semata-mata untuk dan kerana Allah sahaja, bukan untuk tujuan keslamatan dan penjagaan atau lainnya. Jangan dan tak perlu terlalu memilih2 atau mengkhususkan ayat2 tertentu untuk tujuan tertentu. Semua dan keseluruhan ayat al-Quran adalah kalam Allah dan merupakan mukzizat terbesar Rasul SAW. Tak kalah pentingnya juga berusaha untuk memahami dan menghayati makna dan maksud ayat yang kita baca.

    Mohon maaf bila ada tersalah kata, ucapan dan pendapat.

    Allahu aklam bissawaab.

    Albangkawy66.

    ReplyDelete
  4. Syabas dan tahniah Albangkawy66

    Penulisan yang baik, tepat dan jitu.

    Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati sdr dan keluarga.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Ya..molek dan bernas sekali penulisan albangkawy66.. moga Allah mengampunkan dan memberikan hidayah kepada si pengirim email..insyaAllah.. :)

    axstudio

    ReplyDelete
  6. Semoga ditemukan Allah saya dengan Albangkawy66 dan axstudio untuk bersilaturrahim kerana Allah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah wasy-syukru lah, terima kasih, apa yang saya cuba untuk sampaikan adalah semata2 dan sekedar daripada apa yang baru saya pelajari daripada Ustaz saya Emjay, semoga Allah merahmati dan memberkati beliau dan ahli keluarga, dan semoga Allah SWT juga mengampuni dan memberkati kita semua.
    Mudah-mudahan satu masa nanti Allah Ta'ala merizkikan satu silaturrhim fizikal antara kita semua untuk dan kerana Allah. Amin ya Rabb.

    ReplyDelete
  8. Dipersilakan sdr pembaca lain turut meninggalkan amal jariah di sini.

    Jangan pula kecut perut untuk menulis disini apatah lagi setelah melihat dua jagoan axstudio dan albangkawy66 menonjokan pencak silat mereka.

    Alhamdulillah, sama-sama kita semua berdoa semoga penghantar email ini (nama samaran Omar) diberkati dirahmati Allah dan dimudahkan usahanya untuk memurnikan akidah agar menjadi seorang islam yang beriman dan dimatikan Allah dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah memang apa yang ditulis di atas adalah satu info yg bagus dan berguna.

    Atas jemputan, izinkan saya melontarkan pandangan yang mgkn ada sedikit perbezaan dgn apa yg telah diulas di atas.

    Pada hemat saya pergantungan Sdr Omar kpd Allah belum mencukupi dan Alhamdulillah beliau ada membuat usaha, mgkn belum berjumpa dgn org yg betul2 tepat. Teruskan mencari, teruskan meminta kpd Allah agar dilepaskan drpd bebanan masalah ini, dgn jalan yg diredhai..

    Memohon kebaikan melalui Puan A adalah tidak boleh dan harus dihentikan serta merta. Antara makhluk kpd Allah TIDAK BOLEH ada org tgh, tapi dari Allah kpd makhluk sunnaNya ada perantara. Perantara Allah kpd Nabi Muhammad ialah malaikat Jibril.

    Dalam kes Omar, mgkn perantara pertolongan Allah adalah melalui Puan A. Akan tetapi adakah Puan A kategori org yg boleh dipakai? Maksudnya perawatannya mestilah tiada unsur2 pendamping yg jelas SESAT.

    Berkenaan Pakcik B.. pada pandangan saya ia SESAT. Beliau ada pakai jin tu sb anda boleh nampak jarum2 tu tiba ghaib. Memang org halus yg faham kerja org halus. Sb itu adiknya boleh baik. Itu saya setuju. Tapi cara Pakcik B menggunakan perantara adalah SESAT, dan diwajibkan org lain supaya tidak minta tlg drpd beliau krn kita tidak boleh bersubahat.

    Tapi biasanya BOMOH ni akan parking Jin kat pesakit dia, kononnya nak jaga tak bagi jin lain tu datang kacau balik. Itupun bergantung kpd POWER jin2 tersebut, kalau yg datang tu lagi POWER...maka berubat pun tak baik. Lagi ramai anda jumpa bomoh, maka makin banyak la jin diparking kat anda..

    Mmg ada sesetengah golongan menggunakan Jin utk melawan Jin, tapi itu adalah ujian yg halus. Pergantungan kita kpd Allah mgkn tergelincir, itu yg bahaya berkawan dgn Jin ni...lagipun mrk ni golongan yg fasiq. Tak boleh pakai..

    Berkaitan amalan ayat quran utk tujuan tertentu. Ini dibolehkan. Pernahkah anda dgr cerita asal usul amalan ayat kursi utk menghindari gangguan syaitan? Rahsia ini diajarkan oleh SYAITAN itu sendiri kpd seorang sahabat, dan Nabi Muhammad merestuinya.

    Cuma jgn lupa niatkan amalan itu adalah kerana Allah semata-mata.

    Memahami makna ayat yg kita baca itu adalah penting. Tapi LEBIH PENTING membetulkan bacaan ayat2 tersebut, krn salah sebut ia akan mengubah makna. Cuba check sebutan bacaan al-fatihah masing2 skrg..adakah betul??? Kalau tak betul mgkn ada masalah besar krn ia WAJIB dalam setiap rakaat sembahyang.

    Kata amal ayat kursi nak pagar syaitan..tapi syaitan lepas juga. Laaa rupa2nya bacaan tak betul, maksud dah lari..patutlahhhh... Yg kita duk hafal siap makna sekali dah bertahun2...isk-isk-iskkkk

    Sekian pandangan peribadi saya...seorang bekas mangsa sihir. Tapi Alhamdulillah Allah dah beri pelepasan dgn jalan yg baik. Maka makin lebih mantaplah keyakinan saya dgn kekuasaan Allah..

    Harap maaf jika tulisan saya bisa menyinggung. Tiada niat.. cuma bagi pandangan untuk santapan masyarakat secara umum..

    ReplyDelete
  10. Jazakallah khairankathiro mienyak

    Wahhhh, tidak ketinggalan juga engkau, syabas.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah Akhii/Ukhtii Mienyak, kita semua telah berusaha untuk membantu saudara kita Omar dengan memberikan pandangan, pendapat dan saran kita masing-masing, hal ini kita lakukan semata-mata kerana dan untuk Allah SWT dan dengan satu doa dan harapan semoga Allah Ta'ala menolong menyelamatkan beliau daripada amalan syirik yang telah beliau lakukan, sama ada dengan sengaja ataupun tidak.

    Hanya sahaja dalam kesempatan ini saya suka untuk bertukar dan berkongsi pendapat tentang niat kita membaca ayat-ayat al-Quran seperti yang akhii/ukhtii Mienyak telah sampaikan.

    Demi Allah saya tidak bermaksud untuk berdebat dengan akhii/ukhtii apatah lagi nak panjangkan perdepatan dalam perkara ini.
    Apa yang saya suka kongsikan ini adalah berkaitan dengan keihlasan niat kita dalam dan saat membaca al-Quran itu sendiri.

    Rasulullah SAW dalam satu hadith yang berkaitan secara langsung dengan peranandan kepentingan niat dalam "Hadith Arbaiin karya Imam Nawai telah bersabda yang maksudnya lebih kurang berunyi;
    "Sesungguhnya amalan-amalan itu sangat bergantung kepada niat, dan setiap orang (yang melakukan amalan) itu hanya akan mendapatkan apa yang dia telah niatkan............ ".

    Pada hemat saya, kalau kita membaca al-Quran untuk penjagaan maka kita akan memperoleh penjagaan, dan pada saat itu ada kemungkinan jin ayang bernama QARIIN akan ikut campur tangan, agar kita lebih beriman kepada kekuasaan ayat al-Quran itu sendiri, pada peringkat ini kita telah meletakkan kuasa ayat al-Quran sama dengan kuasa Allah SWT, amalan mulia membaca al-Quran pada peringkat ini telah bercampur antara niat keikhlasan melakukannya untuk dan kerana Allah semata dengan niat untuk memperoleh perlindungan dan keselamatan, percasmpuran ini semakna dengan syirik (penyekutuaan atau penyampuran, lawan makna ikhlas atau tulin lagi murni tidak bercampur sedikitpun.

    Pada peringkat yang pertama, amalan membaca al-Quran insya Allah bernilai ibadah kerana ianya dilakukan semata-mata kerana dan untuk Allah, peringkat yang kedua pula belum tentu bernilai ibadah, sebab ada sedikit syririk, niat melakukan sesuatu amalan untuk Allah dan sekaligus untuk selain Allah.

    Padahal pada peringkat pertama, tidak tertutup kemungkinan perlindungan dan keselamatan juga akan Allah berikan kepada pembaca Al-Quran itu, kerana dia beramal hanya kerana taat dan untuk perintahNYA.

    Adakah perkara ini juga berkaitan dengan kesempurnaan makna syahadah tauhid kita "Laa ilaaha illallaah"?.

    Mohon maaf beribu maaf, kalau salah ini pendapat saya, bila benar ini semata-mata dari Allah SWT. Mohon bimbingan dan petunjuk semua ikhwan tuk betulkan saya kalau pendapat ini salah dan terima kasih sebelumnya di atas bantuan dan bimbingan yang diberikan.

    Allaahu aklam bissawaab.
    alfaqiir ilallaah,
    Akhuukum Fillah Yusman Nasir albangkawy.

    ReplyDelete
  12. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh axstudio,

    axstudio wrote on Apr 12
    Saudara Omar telah berjumpa dengan bomoh dan mempercayai kata-kata bomoh tersebut. Ia telah jelas bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Kerana perkara-perkara ghaib ini hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Bomoh tersebut telah kufur dan sesat kerana dia telah meminta pertolongan jin dan syaitan sebagai pembantunya.

    Orang yang mengaku mengetahui perkara ghaib, berarti ia telah kafir. Sebab, ia telah mendustakan Allah .
    Allah berfirman,
    Katakanlah,"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An Naml : 65).

    "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, (Al-Jinn: 26)

    "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).(Al-Jinn : 27)
    ********************************************************************************************************
    Sekadar hanya ingin berkongsi, khususnya tentang "perkara ghaib" "Perkara ghaib" seperti yang telah disampaikan kepada saya, boleh dikategorikan kepada 4 kategori... (i) perkara ghaib yang telah berlaku (ii) perkara ghaib yang sedang berlaku (iii) perkara ghaib yang akan berlaku (pada masa hadapan) (iii) perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...

    Bagi perkara ghaib kategori (i) dan (ii) adalah sesuatu yang sememang kita tidak mengetahuinya kerana perkara ini belum lagi diizinkan oleh Allah s.w.t untuk kita mengetahuinya tetapi pada orang lain perkara ini bukanlah ghaib... analoginya – kategori (i) kita berada di pejabat sedangkan anak kita kemalangan di rumah.... kemalangan yang menimpa anak kita adalah perkara ghaib yang sememangnya kita tidak ketahui sehingga kita menerima panggilan atau perkhabaran tentangnya manakala kategori (ii) kita berada di pejabat dalam waktu yang sama kebakaran berlaku di tingkat atas, kita hanya mengetahui apabila penggera kebakaran berbunyi.

    Begitu juga halnya dengan kategori (iii) adalah sesuatu perkara yang mendahului batas pengetahuan kita, pendek kata ia boleh berupa ramalan dan sebagainya, dengan kata mudahnya pengetahuan kita mengenainya selalunya adalah berdasarkan pengalaman kita terhadap sesuatu... analoginya: penggunaan susu pekat lemak manis (sekadar meminjam contoh yang dekat dengan kita) akan menyebabkan kerosakan gigi...rosak gigi (adalah perkara ghaib yang belum boleh berlaku lagi) tetapi kita memberitahu kepada orang ramai akan perkara ini atau kita mengetahui berdasarkan pengalaman kita dan PERLU DIBERI PERHATIAN perkara ini belum tentu akan berlaku (berbalik konsep kekuasaan Allah)... begitu juga dengan kemalasan anak-anak kita menelaah pelajaran, sering kali kita mengatakan mereka akan gagal dan selalunya perkara itu berlaku, kerana apa, sudah tentulah berbalik kepada konsep sebab dan akibat, kegagalan anak kita itu juga adalah “perkara ghaib” dan PALING MELAMPAU DAN DIKHUATIRI... ada di antara kita yang berani mengatakan kepada teman-teman yang tidak sembahyang atau yang pada mata zahir kita melanggar perintah Allah seperti “sahlah engkau ini ahli neraka” . Bagi kategori (iv) sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh pengetahuan manusia hanya milik Allah sahaja (hal ini boleh dirujuk kepada firman Allah seperti yang telah diketengahkan oleh axstudio .
    Berbalik kepada saudara Omar....apa yang terjadi pada Makcik A dan Pakcik B, bagi saya mereka hanya mengetahui perkara ghaib bagi kategori (i) dan (ii) sahaja dan sekiranya mereka menggunakan pengantara Jin... hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil... kerana kelebihan yang anugerahkan kepada makhluk bernama Jin (da

    ReplyDelete
  13. Terima kasih aymil99@tabularasa dalam perkongsian perkara ghaib ini. Pendapat anda menyatakan bahawa Makcik A dan Pakcik B mengetahui perkara ghaib (i) dan (ii) iaitu perkara ghaib yang telah berlaku dan sedang berlaku. Penerangan perkara ghaib ini adalah detail. Pengetahuan saya teramatlah cetek. Saya hanya tahu istilah ghaib dalam al-quran adalah benda yang kita tidak nampak dan di luar pemikiran normal manusia. Mungkin skop pemikiran saya ini adalah kecil. Minta saudara lain mengemukakan dalil2 sah dan info sahih untuk kita semua menambah ilmu berkenaan dengan perkara ghaib supaya tidak lari dari landasan sebenar.

    axstudio

    ReplyDelete
  14. Terima kasih albangkawy66 kerana sudi berbincang,

    Saya tiada banyak masa dalam tulisan kali ini. Hari Isnin InsyaAllah saya sambung mana yang patut.

    QARIN ada bersama setiap manusia sejak lahir lagi. Ia akrab seakan kembar. Qarin ini kategori jin kafir. Hanya Qarin Rasulullah shj yg Islam.

    Membaca al-quran akan dapat pahala. Apabila dibaca sebagai pelindung tidak bermakna kita syirik kpd Allah, bahkan lebih pergantungan kpd Allah.

    Kalau tak yakin kpd Allah mgkn kita akan baca mentera lain.

    Setiap ayat Allah ada mukjizat tersendiri. Nama2 Allah itu sendiri ada zatNya.

    Mengikut ilmu Tauhid..ZAT tidak bercerai dgn SIFAT. Maaf saya kurang masa nak hurai. Boleh minta ustaz beri huraian. Tapi pendek kata kalau kita zikir nama Allah yg maknanya sedemikian, maka kita akan dapat hasilnya sedemikian.

    Wassalam... saya nak kena berhenti di sini dulu

    ReplyDelete
  15. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Katakanlah yang hak walaupun ianya pahit. Maaf sekiranya dengan penulisan ini akan menyinggung mana-mana individu.

    Saya petik tulisan mienyak di atas iaitu "amalan ayat kursi utk menghindari gangguan syaitan?". Ayat kursi tidak boleh menghindari gangguan syaitan. Menghindari gangguan syaitan adalah satu rahmat dari Allah. Hanya Allah sahaja yang berhak untuk memberikan rahmat untuk menghindari gangguan syaitan atau tidak. Kalau ayat kursi dibaca kerana sekadar Nabi pernah menyuruhnya (merestuinya), selepas itu berdoa kepada Allah, itu memang dibenarkan dan insyaAllah Allah akan memberikan rahmatnya.

    Mengenai tulisan mienyak kedua "Membaca al-quran akan dapat pahala. Apabila dibaca sebagai pelindung...", membaca Quran memang dapat pahala. Meyakini Al Quran menjadi pelindung dikhuatiri telah jatuh syirik. Sama seperti bagaimana di Malaysia orang bertawassul mohon perlindungan terus kepada Nabi Muhammad dan ini sudah jatuh hukum SYIRIK.

    Membaca 4 kul sebelum tidur adalah satu sunnah tetap[i perlu dilakukan dengan asas tauhid yang mantap. Perlu dibaca 4 kul tersebut dengan iktikad sekadar ia disuruh nabi. Seterusnya berdoalah semoga diberikan perlindungan Allah perlindungan sewaktu tidur tersebut.

    Mengenai kenyataan mienyak "Setiap ayat Allah ada mukjizat tersendiri. Nama2 Allah itu sendiri ada zatNya.",saya takuti berat hukumnya. Analogi mudah disini ialah meyakini ubat mempunyai zat penyembuhan boleh menjatuhkan hukum syirik. Perlu beriktikad sewaktu berubat bahawa usaha tersebut sekadar kerana disuruh Allah dan seterusnya, mohon doa kepada Allah minta disembuhkan. Hanya Allah yang berhak memberikan kesembuhan. Makan ubat terbaik sekalipun kalau Allah tidak memberikan rahmat kesembuhan, pastinya penyakit tidak akan sembuh. Jikalau benar bagai dikatakan oleh mienyak, iaitu "Setiap ayat Allah ada mukjizat tersendiri. Nama2 Allah itu sendiri ada zatNya", bermakna seolah-olah ayat dan nama Allah ini ada sifat mirip rububiah Allah. Kalau betullah seperti dikatakan oleh mienyak ini, kita semua boleh memohon terus kepada ayat Al Quran ini dan tidaklah perlu lagi kita memohon doa kepada Allah. Berkenaan nama-nama Allah, kita hanya dibenarkan berdoa kepada Allah dengan menyebut nama-nama Allah sebagaimana dinyatakan Allah dalam Al Quran surah Al ‘Araaf:180:

    "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." Ini membawa maksud berdoalah kepada Allah dengan menyebut nama-nama lain bagi Allah dan bukan bermohon terus kepada nama-nama lain Allah tersebut.

    Saya takuti apa yang dikatakan mienyak berkenaan nama-nama Allah seperti sudah terkena ayat Al Quran diatas iaitu "pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."


    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas penerangan Emjay..

    Alhamdulillah saya tidak terasa hati dgn tulisan ini. Ianya tidak menyinggung saya kerana saya tidak sampai ke tahap itu.

    Mmg agak sukar utk saya menyampaikan dalam bentuk tulisan ini. InsyaAllah jika ada kesempatan barulah anda kenali pegangan saya.

    Nasihat saya jika ada yang keliru ttg perbincangan ini, sila berjumpa dgn guru2 agama yg boleh memberikan anda hujjah yg panjang lebar. Dalam penerangan di atas mmg tidak lengkap.

    Kenyataan Emjay di atas agak bertentangan dgn maksud saya, itulah sb benda ini sukar utk bagi org faham dgn tulisan. Jadi..ikutlah Sunnah iaitu menuntut ilmu dgn berguru. Kalau dgn tulisan atau buku SYAITAN akan ambil kesempatan.

    Kpd sdr Emjay, Alhamdulillah tulisan anda itu suatu INGATAN atau lebih baik kita kira AMARAN agar lebih berhati2 mengamalkan sesuatu termasuk ayat2 Allah. Syaitan punyai muslihat yg cukup halus, makin tinggi ilmu&iman seseorang itu, makin liciklah tipudaya/muslihat syaitan.

    Akhir kata, saya mohon maaf kiranya tidak ingin memanjangkan hujjah saya dalam bentuk tulisan bimbang saya silap ulas (atas kelemahan penulisan saya).

    Wassalam..

    ReplyDelete
  17. Semoga Allah sentiasa memelihara akidah sdr mienyak dan diri kita semua.

    ReplyDelete
  18. Insya Allah apa yang kita sedang dan telah kita bincangkan ini akan lebih memurnikan lagi proses pentauhidan kita kepada Allah SWT, sehingga menepati aqidah ajaran Rasul SAW, para sahabat almahdiyyiin serta para safus-salih. Amin Ya Allah.
    "Berhati-hati secara tidak berlebih-lebihan dalam berakidah dan pembahasannya adalah cara yang paling bijak untuk menyelamatkan aqidah umat kita".

    ReplyDelete
  19. Nak tanya sikit, tentang apa yang di perhebohkan oleh ustaz2, di surau surau, yang mengatakan bahawa ancaman umat Islam masa kini tentang kehadiran fahaman Wahabi yang mengelirukan, apa pandangan ustaz, dan cuba terangkan pada saya apa itu Wahabi?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbh,

    Terima kasih kerana bertanya.
    Untuk memahami apa itu fahaman wahabi, sila ke url ini:
    http://al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=8

    Sekian

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Pertanyaan kepada mereka2 yang arif di sini..Adakah orang yang mengatakan seseorang itu syirik dan sah ahli neraka... juga tergolong dalam orang yg seolah-olah tahu akan perkara ghoib pada masa datang...iaitu seolah-olah tahu yang orang itu pasti ada dalam neraka nanti..? dan dia syirik juga?. Padahal hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa yang "confirm" masuk neraka. (Sekadar kepastian)

    ReplyDelete
  22. wahabi@salafi benar,,,,,semua masuk syurga,ajaran islam yang lain haram semua pengikutnya masuk nerakaaaaaaa

    ReplyDelete
  23. wahabi@salafi benar,,,,,semua masuk syurga,ajaran islam yang lain haram semua pengikutnya masuk nerakaaaaaaa

    ReplyDelete
  24. wahabi@salafi benar,,,,,semua masuk syurga,ajaran islam yang lain haram semua pengikutnya masuk nerakaaaaaaa

    ReplyDelete
  25. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  26. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  27. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  28. Saya delete tetapi bukan buang habis. Saya telah pindahkan reply di atas ke dalam artikel khas bertajuk orang mengaruk di laman emjay di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/169

    Selamat membaca

    Emjay

    ReplyDelete
  29. Salam.

    Saya nak tanya dgn Ustaz atau dgn sape2 saje lah ttg pemakaian cincin dalam islam.
    Kita semua maklum bahawa ramai di kalangan org Melayu suka memakai cincin.
    Cincin ada yg besar, yg comel ada yg pakai di 1 jari ada yg pakai sampai penuh jarinya!!!

    Ada juga dalam laman2 portal yg mengatakan khasiat cincin...blh cari sendiri kalau anda ada masa.
    Sya cuma pakai cincin kerana mengikut sunah dan x percaya pada perkara2 yg karut.
    Apa komen Ustaz...

    ReplyDelete
  30. Kalau pakai cincin sekadar mengikut sunnah, sepanjang masa dapat rahmat dari Allah.
    Siapa yang pakai cincin kayu kokka, syirik sepanjang masa
    Siapa yang pakai cincin pemberian bomoh atau "ustaz", syirik juga hukumnya
    Siapa yang pakai cincin biasa tetapi percaya cincin ini ada bawa tuah, juga syirik hukumnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. sdr mj, knape org yg pkai cincin pberian bomoh atau ustaz itu dikatakan syirik?

    ReplyDelete
  32. kita mmg harus brtawkkal pd Allah, tp kita kena brusaha mngubati apa jua penyakit yg menimpa kita. bak kata pepatah! rezeki x kan dtg brgolek lau kita x brusaha utk mndptknnya,
    begitu jugalah dgn penyakit
    kena usahalah mngubtinya, x kn sekadar tadah tgn mohon prtllngan Allah mcm tu je tanpa usaha.
    bila dah puas brusaha dan buntu juga akhirnya
    brulah kita serah bulat2 pada Allah! dah tiada daya upaya dr kita melainkn dgn izin Allah sahaja

    ReplyDelete
  33. macam mana orang yang makan ubat jumpa doktor kemudian doktor bagi ubat kemudian memakannya dah hilang. serupa juga bomoh ikhtiar dengan menggunakan makhluk ghaib kemudian hilang penyakitnya, dan kita minta tolong orang kafir atau orang asing menolong kita ketika kita hadapi masalah , adakah syirik juga? sedang kan kita hanya berusaha memulihkan penyakit sambil meminta Allah menyembuhkan.

    ReplyDelete
  34. Percaya bomoh sudah boleh membawa syirik. Mempercayai dukun atau bomoh atau astrologi hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :
    Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
    (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)

    Menerima cincin dari bomoh / ustaz sebenarnya syirik kerana meyakini kemampuan cincin tersebut seolah-olah cincin tersebut ada kuasa sakti. Kalau dah cincin tersebut macam ada kuasa sakti, maka kita sudah menolak peranan Allah SWT yang mentadbir alam ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  35. emjay pernah pegi ambil ubat di klinik keitka sakit ke? kenapa perlu ambil ubat, maknanya percaya pada ubat tu kan, kalau tidak tak payah lah makan ubat. Serupa juga dengan kita makan nasi, kenapa makan nasi ? nasi ke bagi kita kenyang? kenapa pegi jumpa doktor, doktor ke bagi kita sihat? Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. carilah ubat tu, sbb allah dah kata setiap penyakit ada ubatnya, cuma ubat tu hanya sebab musabab je, yang menyembuhkan adalah allah, yang penting kukuhkan akidah kita dulu. Bukannya tak boleh ikhtiar, tapi kena betulkan akidah kita

    ReplyDelete
  36. cuba bagi tau, kenapa rasulullah pakai cincin? rasulullah membuat sesuatu perkara tu bukan sia2, mesti ada sebab beliau memakai cincin, serupa juga dengan baju besi rasulullah ada 5 baju besi untuk berperang, adakah rasulullah tak bertwakal kepada , allah, adakah baju besi tu yang dapat menghalang segala kemungkinan atau mati, ikhtiar lah namanya tu. allah dah bagi kemudahan untuk kita, cuma kita kena sandarkan yang menyembuhkan adalah allah semata, segala gerak geri dan nafas kita hak allah semata, diakhir sekali jangan lupa bahawa allah yang menentukan segalanya

    ReplyDelete
  37. Berubat adalah satu sunnah. Zaman Nabi SAW dahulu berbagai-bagai ubat sudah dikenalpasti seperti besi panas, habbatussauda, halba, madu, susu dsbnya.

    Kalau sdr mengatakan bahawa berubat ini adalah sama dengan berusaha melalui bomoh, sdr sudah tergolong dalam kategori SANGAT BERAT!! Rasanya kalau nak memperbetulkan kefahaman sdr ini, melalui Laman Emjay tidak memadai. Sdr kena berdoa-bersungguh-sungguh semoga dapat belajar dengan guru yang baik. Kalau tidak sdr akan terus sesat dan sesat.

    Minum arak haram kerana memabukkan dan pelbagai mudarat lain. Sekiranya sdr minum arak tetapi tidak mabuk dan tidak memberikan mudarat kepada sdr, ianya tetap haram. Berurusan dengan bomoh walau pun menghilangkan penyakit tetap haram.

    Berurusan dengan bomoh sambil meminta Allah menyembukan adalah umpama berjudi namun tetap berdoa kepada Allah untuk menang judi. Apabila menang judiini, ia tetap haram..

    Emjay

    ReplyDelete
  38. Bahaya sungguh kefahaman sdr ini!!! Sdr seolah-olah melakukan pelbagai perkara mungkar namun nak menghalalkan kemungkaran tersebut bak orang berjudi tetapi berdoa juga kepada Allah SWT agar menang judi.

    Berurusan dengan bomoh ADALAH HARAM DAN MENYESATKAN.

    Mempercayai dukun atau bomoh hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :
    Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
    (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)


    Emja

    ReplyDelete
  39. bomoh ni ada dua jenis bang oiii, tgk jenis bomoh, kalau yang jenis buat solat hajat, zikir mohon pada allah, salah ke? ko jangan pukul rata je semua nye syirik, ko sakit tak pernah pegi klinik ke? cube ko jawab? tak payahlah pegi klinik , duduk diam2 jer sampai sembuh

    ReplyDelete
  40. habis ubat tu diproses sendiri ke< mestilah manusia yang di beri pengetahuan memprosesnya, kalau kat malaysia ni bomoh lah. Kenapa zaman nabi sulaiman dulu dia memerintah jin, tak ke syirik tu memerintah jin y=untuk buat istana memerintah angin dan sebagainya, syirik ke tu, inilah yang dilakukan oleh orang yang diberi oleh allah pengetahuan untuk memerintah jin untuk membuat sesuatu kerja termasuklah jin yang merajuk, ilmu allah ni luas , kau jangan bodoh sikit akal, otak letak kat kepala lutut , bukan semua nya dari iblis ada yang mendapat pertolongan allah mungkin kerana permohonan nya diterima allah, ilmu allah luas, guna otak, kuatkan tauhid kamu tu.

    ReplyDelete
  41. nabi allah sulaiman memerintah jin angin untuk melakukan kerja, untuk kesana kesini, juga jin juga diguna untuk mengubat dan mengahalau jin lain yang merasuk manusia, ada ilmu tu, ada otak guna , ilmu allah luas

    ReplyDelete
  42. tak baik tuduh syirik sewenangnya , tgk amalan orang tu dulu, amalan kita sendiri pun tak tentu lagi, kalau tidak jujur masakan takut letak photo sebenar kat sini, supaya orang lain boleh memerhati awak tu betul ke tak?

    ReplyDelete
  43. macam mana dengan dakwaan , kalau masuk parti PAS, baru boleh masuk syurga? saya awak jelaskan , yang tu masuk kategori mana? besekongkol dengan mic dan mca haram tapi bersekongkol dengan DAP halal? cuba ko kupas kat sini, tak payahlah dok sentuh bab bomoh yang sekerat dua ni, yang ini benda besar ni. Cuba huraikan .jangan nak belit2

    ReplyDelete
  44. Kalau tidak menyesatkan, tidaklah dipanggil BOMOH. Mungkin ia dipanggil perawat.

    Saya teringat seorang BOMOH SESAT (mungkin sdr syirik membenarkannya) seorang hajah isteri kepada seorang imam masjid di Melaka. Hajah ini bila orang bermasalah menemuinya, beliau berikan amalan ayat Al Quran, air dalam botol yang diletakkan kertas bertulisan ayat AI Quran dan tulang ikan duyung. Hajah ini juga tidak habis-habis mengatakan insya-Allah.

    Adakah amalan sebagaimana hajah isteri pak imam masjid (salah satu di bandar Melaka) dibenarkan dalam Islam. Menurut saya hajah ini adalah bomoh sesat menyesatkan. Tak tahulah pandangan sdr syirik. Nama pun dah BERAT, lainlah kalau namanya antisyirik.

    Emjay

    ReplyDelete
  45. Kalau tulisan seperti ini, saya tak mahu melayan kerana tahapnya lebih rendah dari kanak-kanak sekolah rendah. Ubat taksama dengan tangkal. Perawat / doktor tak sama dengan BOMOH.

    Bunyi tulisannya macam sdr syirik ada memerintah khadam. Mungkin ini adalah diikuti dari syariaat Nabi Sulaiman.

    Berat orang ini sama berat dengan namanya SYIRIK. Saya kalau jumpa orang dengan nama "BODOH", naik kesian saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  46. Kesian rupanya ada juga orang dewasa berfiiran macam ini. Nak berhujah pulak tu. Kesian aku.

    Emjay

    ReplyDelete
  47. Hanya Nabi Allah Sulaiman diberikan keistimewaan memerintah angin dan jin. Nabi Muhamad pun tidak ada kelebihan ini.

    Kalau sdr SYIRIK sudah mengamalkan membela khadam (jin) kerana alasan mengikut amalan Nabi Sulaiman, saya mencadangkan agar ikutilah pula berkahwin 60 ISTERI kerana sesungguhnya isteri Nabi Sulaiman ada 60 ISTERI.

    Hujah seperti ini adalah hujah macam orang sesat lagi menyesatkan. Maklumlah nama pun dan sesat.

    Emjay

    ReplyDelete
  48. Laman Emjay bukan laman politik. Saya bukan ahli parti PAS, UMNO, PKR atau SNAP. Saya adalah ahli parti yang bernama PARTI ATAS PAGAR yang meyokong pihak yang memperjuangkan kebenaran apatah lagi kalau kebenaran tersebut berlandaskan Islam.

    Harun Din orang kuat PAS pun saya tegur kerana mengamalkan selawat SYifak dan Tafrijiah serta memberikan garam dan lada hitam.

    Tetapi kalau ada parti SYIRIK, dengar namanya pun saya akan angkat langkah 1000. Tetapi seandainya ada Parti Antisyirik, insya-Allah saya akan menyertainya.

    Nama ini adalah benda besar kerana Allah memerintahkan kita memberikan dan menggunakan nama-nama yang baik

    Emjay

    ReplyDelete
  49. Mohon penjelasan kenapa selawat syifak dan tafrijiah x boleh diamalkan

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum...
    Dengan turunnya Al-Quran dan Sunnah, kitab dan amalan sebelumnya terbatal. Semua amalan yang dituntut oleh Islam adalah amalan yg kita ikuti dari Al-Quran dan Sunnah.

    Memerintah jin adalah kelebihan Nabi Sulaiman, tidak diturunkan kepada sesiapa selepas itu. Tidak ada kitab yang ditulis atau hadith yang membenarkan segala kelebihan itu yang patut dipelajari oleh sesiapa.



    ReplyDelete
  51. Waalaikumussalam wbh

    Molek benorlah tulisan sdr lanlee666


    Emjay

    ReplyDelete
  52. Slh satu cara memagar kediaman dari gangguan makhluk halus dgn mengunakan garam dan lada hitam yg teleh dibacakan ya qahhar 555x dan ya jabbar 555x. Insyaallah kita mendapat perlindungan dari Allah. Bkn shj makhluk halus malah kejahatan manusia pun insyaallah akan dilindungi Allah krn kejahatan manusia juga berkait rapat dgn unsur iblis dan syaitan. Oleh itu bila sesuatu kejahatan itu berlaku sdh tentu manusia dan syaitan itu bersatu. Mula2 asingkan garam dan lada hitam itu dlm bekas yg berlainan..lbh baik jika dlm wudhuk..bacalah dgn cara mcmanapun asalkn cukup 555x. Blh dikembarkan seperti ya qahharu ya jabbar atau diasingkan iaitu membaca ya qahhar 555x kmudian ya jabbar 555x..blh dahulukan mana2 bacaan asalkan lengkap keduanya 555x. Setiap kali smpai 100x tiuplah pd keduanya, gaulkan dan sambung bacaan. Selesai dibaca ambil lada hitam dahulu utk bhgian dlm rumah seperti ruang tamu bilik tidur dan dapur, taburkan lada hitam di bhgian tepi dinding dan sudut2. Utk bilik mandi, tandas, bhgian atas siling dan luar rumah gunakan lada hitam dan garam yg telah digaulkan dan taburlah di tempat2 tersebut. Proses ini memerlukan sekurang kurangnya 3x contohnya hari ini 1x, esok 1x, lusa 1x. Sediakan garam dan lada hitam secukupnya utk 3x proses menabur ini. Inilah hikmahnya kita dilarang gentar kpd makhluk halus krn kelemahan mereka adalah alah pada bnda asam, asin dan lada hitam. Semoga memberi manfaat kpd smua. Sekian.

    ReplyDelete
  53. Slh satu cara memagar kediaman dari gangguan makhluk halus dgn mengunakan garam dan lada hitam yg teleh dibacakan ya qahhar 555x dan ya jabbar 555x. Insyaallah kita mendapat perlindungan dari Allah. Bkn shj makhluk halus malah kejahatan manusia pun insyaallah akan dilindungi Allah krn kejahatan manusia juga berkait rapat dgn unsur iblis dan syaitan. Oleh itu bila sesuatu kejahatan itu berlaku sdh tentu manusia dan syaitan itu bersatu. Mula2 asingkan garam dan lada hitam itu dlm bekas yg berlainan..lbh baik jika dlm wudhuk..bacalah dgn cara mcmanapun asalkn cukup 555x. Blh dikembarkan seperti ya qahharu ya jabbar atau diasingkan iaitu membaca ya qahhar 555x kmudian ya jabbar 555x..blh dahulukan mana2 bacaan asalkan lengkap keduanya 555x. Setiap kali smpai 100x tiuplah pd keduanya, gaulkan dan sambung bacaan. Selesai dibaca ambil lada hitam dahulu utk bhgian dlm rumah seperti ruang tamu bilik tidur dan dapur, taburkan lada hitam di bhgian tepi dinding dan sudut2. Utk bilik mandi, tandas, bhgian atas siling dan luar rumah gunakan lada hitam dan garam yg telah digaulkan dan taburlah di tempat2 tersebut. Proses ini memerlukan sekurang kurangnya 3x contohnya hari ini 1x, esok 1x, lusa 1x. Sediakan garam dan lada hitam secukupnya utk 3x proses menabur ini. Inilah hikmahnya kita dilarang gentar kpd makhluk halus krn kelemahan mereka adalah alah pada bnda asam, asin dan lada hitam. Semoga memberi manfaat kpd smua. Sekian.

    ReplyDelete