Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 3 April 2007

SAMBUNGAN CERITA 6 KALI BERANAK ..... Isteri benci berjimak


Assalamualaikum WBTH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


 
Alhamdulillah pada 31 Mac 2007 saya diizinkan Allah upload kisah Puan Masri yang diberikan pelbagai azab. Sila baca 6 KALI BERANAK, 6 KALI MENGANDUNG, 6 KALI MABUK TERUK. 

Dalam artikel tersebut pada permulaannya saya ada menyebutkan 4 masalah besar yang dihadapi Puan Masri tetapi dalam penulisan seterusnya, saya hanya mengupas satu sahaja azab Allah iaitu bagaimana Puan Masri pada setiap kali mengandungnya, beliau mabuk mengandung yang teruk. Saya langsung tidak menyentuh berkenaan 4 masalah besar lain Puan Masri.


Salah seorang pembaca artikel ini iaitu afandianiqoh telah menghantar reply pada 1 April:


prof emjay , citelah punca 4 masalah puan masri tu. nak tahu sangat.

sbb masalah yg sama berlaku kpd kawan2 saya.

plssssssss


Permintaan afandianiqoh ini memberikan satu dorongan kuat untuk saya menulis selanjutnya berhubung kisah masalah Puan Masri. Alhamdulillah pada 1 April saya telah menulis artikel sambungan berkaitan Puan Masri bertajuk SAMBUNGAN CERITA 6 KALI BERANAK ..... KENA TINDIH WAKTU TIDUR.


Dengan keuzuran saya sebagai insan kerdil, pada kisah sambungan Puan Masri ini, saya hanya menceritakan berkaitan satu masalah sahaja iaitu berkenaan masalah Puan Masri yang sering kena tindih waktu tidurnya. Semalam afandianiqoh telah mereply tulisan saya sebagaimana berikut:


terima kasih profesor emjay.

sebenarnya sy nak tahu mengenai hal masalah jimak puan masri.

ramai kenkawan yg menghadapi masalah tu.

xpe saya sabar menanti.


Sebagai menjawab permintaan afandianiqoh dan juga sebagai iktibar untuk kita semua, kali ini saya ingin menulis berkenaan masalah Puan Masri yang keempat seperti dalam artikel asal Puan Masri iaitu masalah “Benci bila berjimak dengan suami semenjak beranak anak pertama kerana masalah pada suaminya.”


Ramai pemuda pemudi mempunyai tanggapan yang salah berkaitan jimak suami isteri sebelum mereka berkahwin. Ramai beranggapan bahawa ia adalah suatu perkara mudah yang sangat mengasyikkan dan semudah makan kacang atau menghitung 1, 2 dan 3.

Selepas melalui zaman perkahwinan kira-kira 6 bulan barulah mereka sedar bahawa urusan bilik tidur antara suami dan isteri ini tidaklah semudah yang mereka jangkakan. Apabila masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya, menjelang tahun pertama dan kedua, masalah urusan bilik tidur ini akan menjadi lebih kusut lagi.



Semalam saya ada terbaca di satu laman web mengenai petikan dari satu akhbar yang saya sudah lupa urlnya bagaimana seorang isteri tidur dengan tidak mahu melayan keinginan seks suaminya. Akibatnya, sewaktu si isteri ini tidur, suami telah memasukkan bola golf ke dalam kemaluan isterinya. Si Suami ini telah gagal mengeluarkan bola golf ini dan si isteri tersedar bila si suami sedang mencuba mengeluarkan bola golf tersebut dengan sudu yang menyebabkan si isteri merasai kesakitan. Isteri ini terpaksa dibawa ke hospital dan telah membuat laporan polis ke atas tindakan suaminya itu. Sebenarnya pelbagai cerita bilik tidur boleh kita temui dalam akhbar dan majalah dan ini sebenarnya adalah satu tanda yang membuktikan bahawa urusan bilik tidur suami isteri adalah sesuatu yang rumit seandainya tidak dilalui dengan sewajarnya.


Adik beradik saya 8 orang dan alhamdulillah hampir semuanya sudah ada anak dan ada antara mereka sudah bercucu. Bila berkesempatan bersama ramai anak buah dan bersama suami / isteri mereka saya kadang-kadang cuba memprovok mereka mengenai masalah bilik tidur dan terbukti bahawa hipotesis saya adalah benar bahawa ramai di kalangan mereka memang bermasalah dalam urusan bilik tidur.


Di kalangan mereka yang saya cuba singkap masalah bilik tidur ini, ia bukan sekadar berlaku ke atas pasangan yang baru berkahwin, malahan pasangan yang sudah berusia 30an dan 40an juga mengahadapi masalah yang sama. Baru-baru ini pasangan yang berusia 40an juga menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap layanan pasangan mereka. 

Rumusan yang saya boleh hasilkan dari pemerhatian ini ialah sememangnya urusan bilik tidur adalah satu urusan yang rumit bagi kebanyakan orang.


Setengah masalah bilik tidur ini dapat dibereskan dengan mudah sebagaimana cerita berikut:



Puan Nana adalah seorang pegawai di UTM dan baru berkahwin dengan seorang pegawai juga di UTM. Berkahwin belum sampai setahun dan baru saja mengandung (sekitar dua bulan). Saya bersembang rancak sekali dengan Nana dan setelah benar-benar rancak, saya mengubah topik dengan persoalan, “nak ilmu tak”.

Puan Nana “eh, mestilah nak”

“Kalau nak ilmu kena jawab soalan secara jujur”

“Ok boleh” Nana menjawab ringkas.

“Berapa kali servis suami seminggu?” soalan saya ringkas dan padat.

“Kena jawab ke soalan ini”

“Kalau nak ilmu kena jawab kalau tak sudi tidak mengapa”, saya menjelaskan


“Sekali seminggu sahaja pada malam jumaat” jawab Nana.

Mendengar jawapan Nana ini saya fahamlah bahawa Nana mempunyai masalah serius dan saya cuba mencari puncanya dengan menukar topik perbualan kepada topik permakanan.

Selepas mendapat cukup fakta dari Puan Nana, saya menukar semula topik kepada topik asal perbualan kami iaitu cerita bilik tidur. Berikut adalah nasihat saya kepada Puan Nana:


“Engkau ni Nana, kalau engkau belajar agama lebih mendalam, engkau akan mengetahui bahawa melayan suami di bilik tidur adalah satu ibadah. Setiap kali suami minta dilayan adalah wajib untuk melayannya. Kalau isteri tidur dengan menolak pelawaan suami untuk berjimak, Allah akan melaknat si isteri sampai keesokan harinya. Nabi pernah bersabda mafhumnya layanlah suamimu walau pun kamu sedang menunggang unta bersama. Namun kalau sekadar belajar agama sahaja, engkau memangnya tidak akan dapat mampu melayan suami engkau kerana engkau sebenarnya cacat kerana tabiaat permakanan engkau telah menyebabkan engkau cacat iaitu tidak dapat melayan suami dengan sepatutnya.

Bagi memulihkan kecacatan engkau, ikutlah pantang larang berikut:


  1. Jangan makan jeruk kering seperti asam boi dan lain-lainnya
  2. Jangan makan jeruk basah termasuk mangga dan ceremai
  3. Jangan makan jambu batu
  4. Jangan makan junk food
  5. Jangan makan maggi mee
  6. Jangan minum minuman bergas
  7. Jangan makan makanan segera seperti burger, naget dan yang miripnya
  8. Jangan minum air batu dan ikan sardin dalam tin
  9. Makanlah sayur-sayuran termasuk sayuran yang pahit
  10. Kurangkan makanan berminyak dan mengandungi marjerin
  11. Jangan makan kubis bulat
  12. Amalkan pantang larang bersungguh-sungguh sewaktu lepas bersalin
  13. Kalau duduk di lantai, amalkan gunakan bangku kecil bagi elakkan perut
    bawah turun (jongkok dalam bahasa acheh) ”


Selepas menamatkan perbincangan, saya pun berpisah untuk tempuh yang agak lama iaitu kira-kira 3 bulan. Pada suatu hari saya bersua Puan Nana dan terpandang perut Puan Nana yang semakin besar. Dari jauh Nana tersenyum macam sampai telinga dan mengajak saya ke biliknya. Di bilik Puan Nana, beliau masih tersenyum lebar menunjukkan kegembiraan yang amat sangat macam orang menang loteri. Tiba-tiba Nana berkata “Suami saya sangat rajin sekarang ini. Masak dia tolong, basuh baju pun dia tolong. Pendek kata rajin betullah dia di rumah”.


Saya mengucap syukur alhamdulillah tumpang gembira di atas rahmat Allah ke atas Puan Nana. Fahamlah saya mengapa suami Nana begitu rajin di rumah. Saya menyoal mencari kepastian “apa rahsianya sampai suami tu begitu rajin sekali di rumah”.


“Dia dah dapat selalu” jawab Nana dengan penuh bersemangat. Alhamdulillah. Begitulah apabila Allah memberikan rahmatnya, seorang suami tiba-tiba boleh menjadi seorang yang super rajin kalau kena dengan caranya.



Arwah guru saya pernah mengajarkan kepada saya dan ramai orang lain bahawa untuk menjaga sang suami sebenarnya amat mudah sekali iaitu:



  1. Jaga mulut atasnya. Maksudnya jaga makan minumnya.
  2. Jaga mulut bawahnya. Maksudnya jagalah kemahuan seksnya.
  3. Jagalah minatnya. Maksudnya ialah belajarlah untuk menyukai dan berkongsi minat suami.

Insya-Allah kalau tiga perkara di atas dijaga rapi, memang mudah untuk menjinakkan suami. Perkara 1 di atas agak mudah. Kalau tak pandai masak ikan asam pedas kegemaran suami, boleh sahaja beli di kedai, tetapi kalau perkara 2 tidak dapat dipenuhi, tidak boleh digantikan orang lain atau beli di restoran melainkan ada madu lain.

Menjaga mulut bawah suami adalah paling mahal antara 3 garis panduan asas membela suami. Suami yang tidak cukup makan mulut bawahnya ibarat kucing liar yang tidak cukup makan yang akan tercari-cari mangsa. Isteri yang cacat disebabkan tabiaat permakanan tidak akan dapat memberi cukup makan mulut bawah suami dan ini insyaAllah dapat diatasi dengan penjagaan seperti yang saya sebutkan di atas. Di Malaysia ini memang ramai sekali suami berkeliaran di luar rumah ibarat kucing lapar kerana tidak cukup makan di rumah.



Saya ingin membawa pembaca kembali kepada masalah berkaitan Puan Masri yang membenci suaminya selepas mendapat anak pertama. Puan Masri sangat gembira dengan layanan bilik tidur dari suami semenjak kahwin namun selepas mendapat anak pertama, layanan seperti dulu sudah menjadi kenangan sahaja. Cukup menyampah bila diminta untuk bersama namun kerana itulah sahaja suaminya, Puan Masri melayani suami hanya kerana terpaksa. Antara masalah utamanya ialah cepat keluar air mani sedangkan isteri baru nak “warm up”. Menurut arwah guru saya, masalah seperti ini boleh dipanggil sebagai sindrom ayam jantan. Ayam jantan boleh berjimak banyak kali namun dalam setiap jimak tersebut, ia akan diselesaikan dalam masa yang sangat pantas iaitu sekadar beberapa saat sahaja. Isteri memang benci suami yang macam ayam jantan ini.



Dari cerita yang telah saya kupas di atas, adalah satu fakta bahawa hubungan suami isteri di bilik tidur masa kini banyak yang menghadapi masalah. Masalah bilik tidur adalah satu azab dari Allah sebagaimana dijelaskan dalam surah Asy Syura: 30 di bawah.



Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.



Islam menyerukan umatnya agar bermuhasabah apabila ditimpa masalah. Apakah dosa yang kerap dilakukan oleh umat manusia sehingga Allah memberikan azab dalam hubungan bilik tidur suami isteri?? Segala yang baik adalah milik Allah dan Allah akan memberikan rahmat kebaikan ini kepada orang tertentu saja.  Berkenaan rahmat dan azab ini, sekali lagi saya bawakan dua ayat Al Quran berikut:


A-li Imraan: 132


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.


Al An’aam: 147


Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.



Berkasih-kasihan antara suami dan isteri adalah satu rahmat Tuhan. Berjimak dengan sepenuh nikmat kepada suami dan isteri juga adalah satu rahmat dari Tuhan. Rahmat-rahmat ini dimiliki Allah dan hanya akan diberikan kepada mereka yang taat kepada Allah sesuai dengan A-li Imraan: 132 di atas. Jadi persoalan penting di sini ialah apakah dosa manusia sehingga rahmat Allah yang begitu dicari manusia tidak diberikan oleh Allah.


Sebelum saya menceritakan punca masalah ini, saya ingin membawa pembaca kepada surah Yunus
27


27- “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”



 Orang yang suka mencuri harta orang lain, kelak harta mereka juga akan dicuri oleh orang lain pula. Orang yang suka berzina, anak dan isterinya juga suka berzina sebagai balasan dari Allah. Orang yang suka berzina satu ketika kena aids atau penyakit kelamin. Berbagai bagai lagi azab yang Allah berikan untuk membalas dosa yang dilakukan manusia. Berhutang duit zakat, Allah ambil duit dari pelbagai cara lain seperti saman dan kecurian. Inilah yang dinamakan sunnatullah atau kelaziman yang Allah berikan ke atas setiap dosa manusia.

Berzina adalah satu dosa besar. Bersubahat dengan zina, di sisi Allah adalah sama seperti pelaku zina. Seorang yang gemar menonton bahan lucah sebenarnya adalah menggalakkan orang berlakon berzina dan kerana adanya pasaran yang besar sedia menanti, industri bahan lucah berkembang biak. Industri bahan lucah tidak akan berkembang dan tidak akan ada pelakon yang berani berlakon berzina seandainya tidak ada yang sanggup membayar untuk menontonnya.


Selain menggalakkan orang berzina dengan menonton perlakuan zina mereka, peminat bahan lucah juga suka menonton aurat wanita yang bukan isterinya. Ini juga adalah satu dosa kesalahan terhadap penontonnya. Semua dosa-dosa ini merangsang nafsu seks penontonnya. Secara mudah saya boleh kategorikan dosa ini sebagai dosa berkaitan seks. Sebagai analogi, orang yang melakukan dosa berkaitan judi yang membazirkan banyak wang mereka, sebagai azab, Allah memberikan mereka kesempitan hidup yang kerap putus duit sehingga perlu meminjam dari along. Bila berjudi, rahmat kecukupan wang sudah ditarik balik oleh Allah dan menjadilah orang ini sebagai orang yang semakin bermasalah.



Sebenarnya, dari pemerhatian sekian tahun ke atas pelbagai manusia, apabila seseorang melakukan dosa berkaitan seks dengan menonton bahan pornografi, rahmat seks ke atas manusia tersebut akan Allah tarik balik sebagaimana orang yang buat maksiat berzina.  Satu ketika rahmat seks Allah ambil semula melalui penyakit kelamin atau penyakit AIDS. Apabila rahmat seks dari Allah ini ditarik semula oleh Allah, antara akibatnya ialah:


  1. Apabila isteri berkehendak, suami tak berkehendak. Bila suami berkehendak isteri keletihan dan tidak berkehendak (miss match)
  2. Apabila bersama, isteri belum warm up, suami sudah selesai (penyakit ayam jantan).
  3. Isteri dah terlebih-lebih puas, suami belum sudah-sudah sehingga isteri naik menyampah.
  4. Gaya berjimak digemari suami tetapi dibenci isteri atau sebaliknya.
  5. Sakit pada alat kelamin atau sakit pinggang dan sakit lainnya sehingga mengelakkan keinginan nafsu isteri atau suami.
  6. Akibat menonton adegan liwat, suami meliwat isteri pada duburnya dan ini menimbulkan dosa besar dan pergaduhan suami isteri yang tidak berkesudahan dan boleh menyebabkan perceraian seperti dialami beberapa selebriti.


Saya pernah diberitahu cerita seorang guru wanita yang masih muda dan berkahwin bermasalah dengan anunya, hanya dapat bersama suami sekali dalam tempuh dua bulan. Begitulah azab Allah dan sememangnya guru wanita ini banyak sangat dosanya.



Saya sering menasihati pelajar saya agar jangan melakukan dosa berkaitan bahan lucah kerana kelak azab dari Allah adalah perit. Saya juga sering menasihati pelajar lelaki agar jangan melakukan onani kerana ia juga adalah dosa besar. Mereka yang sekian lama melakukan onani, dan menonton bahan lucah bila kahwin insya-Allah akan mendapat sindrom ayam jantan.

Usaha berubat, Viagra, berurut dan pelbagai usaha lain untuk menangani masalah masih belum pasti dapat menyelesaikan masalah kerana kita semua perlu ingat bahawa makan ubat yang terbaik sekalipun kalau Allah tidak ingin memberikan rahmatNya, tetap masalah pokok tidak akan selesai. Seorang isteri berusia 30an pernah merungut tentang suaminya yang menggunakan gambir Sarawak. Ini bukan rahmat tetapi sudah azab yang boleh membesar kalau tidak ditangani sewajarnya.



Punca masalah suami Puan Masri sehingga dibenci isterinya ialah kerana tabiaatnya menonton bahan lucah kira-kira selepas anak pertama. Akibatnya bila bersama isteri dibenci dan tidak semenggah dengan statusnya.


 
Cara menangani masalah di atas adalah tidak lain tidak bukan hanya dengan bertaubat nasuha dengan tidak lagi melakukan dosa-dosa tersebut dan kaedah ini adalah sesuai sekali dengan surah A-li Imraan: 132



Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.


Taubatlah dan bila teringin hendak bersama isteri/suami, berdoalah mohon Allah beri rahmatNya sewaktu anda berjimak. Mulailah jimak dengan bismillah dan doa “Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak-anak yang Engkau kurniakan”. Mulakanlah dengan merangsang pasangan dan bukan dengan terus hendak memasukkan kemaluan semata-mata. Bila seronok tu berzikir dan ucapkanlah alhamdulillah kerana apabila kita bersyukur, insya-Allah Allah akan menambah rahmatnya.


Bagi isteri, perlu sekali belajar bahawa suami perlu diberi makanan melalui mulut bawahnya secukup-cukupnya agar tidak kelaparan bagai kucing liar. Bagi suami yang muda, menanti tempuh seminggu tidak berjimak kerana isteri datang haid adalah satu tempuh yang berat. Allah hanya melarang suami memasukkan anunya ke anu isteri dalam tempuh ini. Suami juga tidak boleh beronani kerana ia kelak membawa dosa dan pelbagai masalah lain. Isteri perlu bijak memainkan peranannya pada tempuh lampu merah ini. Apa yang perlu dilakukan oleh si isteri ialah lakukanlah apa sahaja asalkan jangan masukkan ke anu isteri atau lubang dubur. Eloknya balutlah kemas macam bercawat anu anda dan lepas itu, lakukanlah apa-apa asalkan akhirnya air mani suami keluar. Boleh dijilat, digosok dengan tangan, bergomol dan sebagainya. Ia adalah satu ibadah.

Kalau isteri yang sedang pantang kerana melahirkan anak, proses ini perlu dilakukan dengan berterusan dan apa yang perlu pada masa ini ialah isteri jangan aktif sangat kerana mereka baru cedera malahirkan anak. Lakukanlah apa yang mampu dan pokoknya suami jangan beronani namun perbuatan onani ini apabila dilakukan oleh isteri, ia adalah diharuskan dalam Islam. Ia adalah satu ibadah.


Sebagai penutup, ingatlah bahawa segala yang baik adalah milik Allah sebagaimana surah

An Nisaak: 79


Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat .


Carilah rahmat Allah dalam melayari bahtera perkahwinan dengan taat mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Melakukan dosa berkaitan seks seperti menonton bahan lucah dan beronani sememangnya menyeronokkan namun ia mengundang masalah yang jauh lebih besar sehingga boleh menyebabkan pergaduhan suami isteri dan meruntuhkan perkahwinan. Kalau dikira secara matematik untung ruginya, jelas bahawa perbuatan menonton bahan lucah dan beronani sememangnya merugikan, jauhilah.


Sekian untuk kali ini, wassalam wallahua'lam



Sila email saya emjayjb@gmail.com




Emjay

10 comments:

  1. Sy kuat beronani.. satu hari sehingga 6 kali.. Sy ssh nak berhnti.. Ustaz ada tips??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbh

    Melakukan onani adalah jelas berdosa. Setiap dosa akan mengundang pelbagai azab. Antara azabnya ialah bila berkahwin kelak dijauhkan Allah nikmat bersama isteri/suami.

    Syurga dijadikan Allah untuk orang yang sabar, istiqomah yang kuat, bersungguh-sungguh, mempelajari ugama berterusan, membaca Al quran, meninggalkan yang ditegah dan melakukan yang diperintah.

    Insya-Allah sdr boleh berhenti sekiranya bersungguh-sungguh. Antara tipsnya ialah:
    1. Solat sunat taubat 2 rakaat
    2. Bila teringat untuk melakukan onani, ambil wudhu dan sembahyang sunat 2 rakaat minta Allah berikan kekuatan untuk tidak melakukan onani
    3. Elakkan dari membeli dan membaca majalah yang ada kaitan dengan seks dan artis. Elakkan juga membaca cerita berkaitan rogol dan seks di dalam surat khabar.
    4. Elakkan dari menonton program TV yang ada adegan bercium dan mendedah aurat wanita
    5. Elakkan dari menonton pornografi termasuk video lucah
    6. Elakkan dari menggantung sebarang gambar manusia termasuk artis dan gambar manusia lain termasuk gambar diri sendiri. Simpan semua gambar photo dalam album tertutup. Segala bentuk gambar artis sila koyak dan buang. Gambar haiwan juga perlu dibuang di rumah/bilik anda.
    7. Beli dan baca AlQuran terjemahan. Beli buku hadis Muslim terjemahan yang berharga RM60 dan baca. Ini sangat perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masa terbuang yang akan mendorong kepada teringat melakukan onani.
    8. Hindari dari berkawan rapat dengan rakan-rakan yang suka bercerita tentang seks dan lucah.
    9. Jaga solat 5 waktu.
    10. Selalulah berdoa dimulut dan di dalam hati "Ya Allah aku pohon hanya dari Mu untuk memberikan berkat, rahmat, pertolongan, taufik, hidayah dan kekuatan kepada diriku untuk menjauhkan segala perbuatan yang Engkau haramkan termasuk melakukan onani. Keraplah berdoa dan jangan sekadar lepas sembahyang.
    11. Jangan merokok.

    Sekian semoga Allah memudahkan usaha baik sdr untuk berhenti dari melakukan onani.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.....banyaknya dosa dan kesalahan ku....ampuniku Ya Allah.....huhuhuhu..

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa lyna1976

    ReplyDelete
  5. suami suka beronani akibat bahan porno...tapi skrg dah taubat nasuha-insyallah..cum sy terkilan bila bca, azab Allah akibat perbuatan itu...spt terjadi dgn sy..iaitu- sy dah dapat kepuasan berkali2..tapi suami belum dapat..sehingga akhirnya dia surrender sbb lenguh pinggang dan lutut...bgmna nak atasi...suami kata dah taubat...

    ReplyDelete
  6. salam
    saya mengandung 6 bulan selama mengandung suami jarang bersama, ada masanya bertanya mengapa, tetapi suami kata kesihan, adakah suami tidak bernapsu lagi dengan saya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh

    Ada setengah orang kalau tak dapat paling kurang seminggu sekali, melilau kepalanya. Ada setengah suami pula sekali dalam dua minggu pun sudah memadai. Ada juga suami yang sudah kurang sihat, kalau sekali sebulan pun tak mengapa. Ada juga suami yang memang kasihan kepada isteri memandangkan azab mengandung bukan kepalang.

    Bagi kes suami sdr, saya tak tahu apa situasi sebenarnya.

    Namun saya nak ajar sdr, kalau sdr inginkan untuk bersama dengan suami, jangan malu untuk memulakan prosesnya dari sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Salam , prof . saya dlm dilemma sekrg. sudah hampir 1 tahun saya rahsiakan perkara ini tetapi saya x brani nak bagi tahu sesiapa. Ayah saya seorg yg baik , alim, pandai, mengaji akan tetapi bru2 ni selepas Beliau menjadi General Manager beliau semakin bongkak..lagi2 apabila saya dapat tahu didalam adroidnye terdapat bahan2 Pornografi.. Bagaimana saya nak nasihat atau bertindak supaya ayah saya hentikan perkara yg berdosa ini? Saya bimbang ayah saya akan mengamuk dan memarahi saya .. Saya juga semakin hilang respect terhadap beliau..

    ReplyDelete