Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 8 May 2007

Agar gigi anak-anak tersusun rapi


Gigi yang tersusun rapi


Agar gigi anak-anak tersusun rapi
 

Assalamualaikum wbh


Gigi yang tersusun rapi adalah idaman setiap orang. Apatah lagi kalau gigi tersebut tiada lubang dan tanda-tanda bertampal. Gigi yang terpaksa kena cabut pula adalah mimpi buruk bagi kebanyakan manusia. Pada 30 Jan 2007 saya telah menulis panduan semoga gigi kita semua tidak mudah rosak dan berlubang bertajuk MENGAPA GIGI MUDAH ROSAK /BERLUBANG? . Sila rujuk artikel ini untuk mendapatkan ilmunya.

Setengah orang gigi mereka bukan dalam kedudukan satu baris yang lurus tetapi adalah dalam 2 baris yang bengkang bengkok. Apabila orang seperti ini senyum, senyumannya kurang manis kerana kedudukan gigi mereka ini yang tidak tersusun rapi.

Mengapakah ada orang yang diberikan Allah gigi yang rapi dan cantik sedangkan ada orang lain yang gigi mereka macam askar tidak pandai berbaris? Adakah kerana faktor genetik? Jawapannya adalah disebabkan kejahilan manusia yang tidak berilmu. Kejahilan inilah yang mengundang pelbagai masalah termasuk masalah gigi tidak tersusun rapi ini.



Anak saya diberikan Allah seramai enam orang, empat perempuan dan dua lelaki. Anak pertama saya menghadapi masalah gigi tidak tersusun dan berlapis-lapis yang paling buruk sekali. Anak saya yang kedua juga menghadapi masalah yang sama tetapi keseriusannya tidak seburuk kakak sulungnya. Anak ketiga dan seterusnya alhamdulillah lebih baik.




Apakah punca yang menyebabkan gigi tidak tersusun rapi dan berlapis-lapis? Jawapannya adalah JUNK FOOD. Saya dan isteri masing-masing ada ijazah dan bekerja dan alhamdulillah adalah lebihan wang. Lebihan wang ini waktu baru mempunyai cuma seorang anak, banyak sekali digunakan untuk menggembirakan anak seorang ini. Anak seorang ini dibela bagaikan menatang minyak yang penuh. Bila pergi ke kedai atau pasar raya, apa saja yang ditunjuk oleh jari telunjuk anak ini akan dibeli. Kalau dia menunjuk gula-gula Ding  Dang pastinya akan dibeli. Gembiralah anak seorang ini maklumlah selain ada gula-gula di dalam bungkusan Ding Dang ini juga terdapat permainan. Kalau tunjuk coklat, belilah coklat. Kalau tunjuk Sugus atau Mentos, itulah yang akan dibeli. Pendek kata anak sulung saya ini kalau ke kedai atau pasar raya memang seronok habislah dia ini kerana sebarang hajatnya pasti dapat.




Apabila saya mendapat anak kedua empat tahun kemudian, tabiaat yang sama masih diteruskan. Anak pertama dan kedua ini akan meneruskan tabiaat  menunjuk untuk mendapatkan pelbagai junk food terdiri dari gula-gula, cokelat, gula-gula getah dan sebagainya. Kadang-kadang stok junk food ini sentiasa tersedia di dalam peti sejuk untuk hidangan dua beradik ini. Kenduri sakanlah mereka memakan junk food ini.




Tabiat ini masih berterusan sehingga anak sulung saya menjangkau umur belasan tahun.


Apabila gigi susu telah tanggal dan digantikan dengan gigi kekal, saya mula perhatikan bahawa susunan gigi anak sulung saya ini amat tidak menarik. Sebenarnya, punca mengapa susunan gigi anak saya tidak menarik sekali adalah disebabkan oleh tabiat memakan junk food. Inilah yang diberitahu oleh doktor gigi apabila anak sulung saya ini pergi berjumpa doktor gigi. Doktor memberikan nasihat bahawa selain gigi yang tidak tersusun, bentuk tulang rahang bawah dan atas yang menempatkan gigi ini juga akan merosot binaannya dari binaan yang sepatutnya.



Saya telah membelanjakan beribu ringgit untuk membuang gigi yang berlapis serta meluruskan gigi anak sulung saya ini. Anak sulung saya ini terpaksa memakai braces untuk tempuh yang lama. Setengah gigi tersebut terpaksa dilakukan pembedahan untuk menyingkirkannya. Anak kedua juga terpaksa membelanjakan beribu ringgit lagi namun tidaklah sebanyak anak sulung.



Tabiat memakan junk food telah berkurang semenjak anak ketiga dan seterusnya. Alhamdulillah anak ketiga, keempat dan kelima diberikan Allah gigi yang lebih menarik berbanding kakak-kakak mereka. Anak keenam kini berumur 9 tahun dan saya berdoa agar gigi anak ini juga tersusun dengan rapi.



Dari pengalaman yang diperoleh atas nasihat doktor ini, saya menjalankan kajian pengukuhan ke atas pelajar-pelajar saya di universiti. Bagi mereka yang mempunyai gigi tidak tersusun, saya menyoal sejarah pemakanan mereka dan terbukti bahawa  mereka gemar memakan junk food. Dari kajian ke atas pelajar-pelajar saya ini satu fakta penting telah saya perolehi iaitu pelajar yang miskin yang ibu bapa mereka tidak mampu membeli junk food, alhamdulillah diberikan Allah gigi yang rapi. Ramai pelajar dengan gigi tidak tersusun adalah datang dari keluarga yang lebih berkemampuan dari segi kewangan.




Rumusan kajian mudah saya di atas mendapati bahawa ramai ibu bapa yang lebih berkemampuan disegi ekonomi sebenarnya membeli dengan wang ringgit mereka agar susunan gigi anak-anak mereka rosak dan tidak menarik!!




Nasihat saya, tunjukkan kasih sayang ke atas anak-anak dengan cara yang betul bukan dengan memberikan mereka junk food seperti gula-gula dan coklat yang akan merosak susunan gigi dan seterusnya menjadikan mereka kelihatan tidak cantik terutama sekali apabila mereka tersenyum



Sekian untuk kali ini, wassalam wallahua'lam.


Emjay


10 comments:

  1. waktu kecil junk food adalah makanan yg diharamkan dalam rumah. alhamdulillah gigi ana tak berlapis dan tak rosak... ade hikmah juga tak dapat merasa semua makanan tu waktu kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  2. Begitulah sitibaizurah. Setiap yang buruk ada kebaikannya. Dulu waktu baizurah kecil kecil sedih bila melihat orang lain makan gula-gula dan cokelat namun kini gembira bila melihat gigi baizurah dicermin.

    ReplyDelete
  3. Ustaz,
    Ada cara tak untuk orang dewasa berumur 30an ke atas untuk membentuk semula gigi yang tidak sebaris.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah boleh dan sila jumpa dentist khas yang mampu buat braces. Tapi kalau tak silap prosesnya lebih lama (dan lebih mahal) dari tempuh biasa ke atas orang remaja.

    ReplyDelete
  5. hehe, tapi zaman kanak2 laa kite bagi keseronokkan kehidupan pada mereka...tapi bergantung laa kepada org ramai yee...life ni mcm bentuk bulat, ada yang baik dan ada yang takbaik....thanks mr.emjay because bagi tips pada saya...

    thanks alot...

    ReplyDelete
  6. Saya taklah kata anak2 saya langsung tak pernah makan Junk Food nie, tapi saya memang membatasi pemakanan diaorang dgn makanan yang saya anggap remeh temeh atau saya istilahkan makanan 'taik gigi' nie.
    Syukur Alhamdulillah gigi anak2 saya memang tumbuh cantik dan tersusun rapi jika saya bandingkan dengan gigi anak jiran saya yang memang menjadikan Junk Food sesuatu makanan kemestian setiap hari. (Bukannya maksud saya di sini membuat kesimpulan yang anak saya lebih baik tapi saya ingin pembaca dapat menilai perbandingan gigi seseorang yang jarang atau tidak pernah langsung makan junk food dengan yang mengamalkannya kepada anak2....)
    MAAF!

    ReplyDelete
  7. Betullah tu insndahaga. Sdr sudah membuka mata untuk menilai anak-anak sdr dengan anak jiran. Baguslah tu. Sdr sudah semakin menjadi orang berilmu.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. betol la..dulu masa kecik2 mak sy tak pnh kasi mkn junk food..ktanya nti gg xcntik..skrg dh besaq alhamdulillah gg sy tersusun ngn cntik.bla wat pmriksaan gg doktor msti puji gg sy tersusun rapi...thks to my mum...n to u mr.emjay atas info ni..

    ReplyDelete
  9. salam..habis tu apa makanan yang sesuai utk kanak2.kalau pergi pasaraya besar jajan la yang dia orang pilih.ada cadangan tak apa jajan yang paling minima mudaratnya.

    ReplyDelete
  10. Boleh share tuan??

    ReplyDelete