Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 2 May 2007

Amalan memberikan anak kecil makan cheese

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang


Alhamdulillah anak saya yang paling kecil sudah berusia 9 tahun menuntut di darjah 3. Selama membesarkan enam orang anak yang diberikan Allah, berbagai pengalaman telah dapat saya kutip. Namun sekali lagi saya mengucap syukur terima kasih Ya Allah di atas segala rahmatMu termasuk mengizinkan saya dibimbing oleh arwah guru saya.


Pelbagai pengalaman masa lalu telah menjadi ilmu yang berguna hasil dari bimbingan arwah guru. Pada tulisan kali ini saya ingin menceritakan ilmu berkenaan memberikan anak makan cheese seperti kepingan cheese chesdale. Saya merasakan amat perlu sekali saya mengongsikan ilmu ini kerana mungkin pada sebarang masa saya akan dipanggil menghadap Allah.


Anak kecil apabila menonton iklan di TV sememangnya mereka mudah terpengaruh. Antara pelbagai iklan tersebut adalah iklan cheese dari pelbagai jenama. Saya pun pada satu waktu dahulu suka memakannya kerana terpengaruh dengan khasiat pemakanannya. Maka ayahnya makan cheese dan anak-anaknya juga makan cheese. Setiap bulan apabila membeli belah di pasar raya, lebih kurang 4 bungkusan besar cheese chesdale dibeli sebagai stok makanan anak-anak dan bapa untuk sebulan. 


Cheese ini akan dimakan begitu sahaja atau dimakan sebagai sandwich bersama roti. Amalan ini berlangsong untuk tempuh yang lama dan saya anggarkan lebih dari 5 tahun. Hanya selepas dapat anak 4 atau 5 barulah saya ditegur oleh arwah guru saya. Beliau menegur "itulah sebabnya anak-anak awak sembelit kerana awak memberikan mereka makan cheese". Arwah menegur setelah beliau melihat sendiri bagaimana anak saya diazab Allah ketika membuang air besar, sembelit. Hanya selepas teguran ini barulah saya faham mengapa anak-anak saya yang terdahulu sewaktu kecilnya juga menghadapi masalah yang sama iaitu masalah sembelit.


Selepas teguran tersebut, saya memberhentikan membeli cheese untuk anak-anak saya. Alhamdulillah selepas tiada lagi cheese yang diambil oleh anak-anak saya, mereka tiada lagi menghadapi masalah sembelit.


Kepada pembaca sekelian, elakkanlah memberikan anak-anak makan kepingan cheese terutama sekali apabila usia mereka masih kecil iaitu pada usia 2 - 5 tahun.


Sekian wassalam wallahualam.


Emjay  

18 comments:

  1. prof emjay ,
    sy bila amal susu segar 1 liter yg sy penah kita bincng kan dulu,
    sy akan alami cirit birit.
    selalunya sy habis 1 liter sekaligus.
    knape ye prof?

    ReplyDelete
  2. Susu memang baik untuk diminum. Tetapi janganlah sampai minum habis 1 liter sekali hadap. Buruk benor kau ni afandiniqoh.

    ! Liter susu tu boleh diminum untuk 3 hari.

    Sama juga dengan madu lebah asli. Elok untuk di makan tetapi jangan sampai melebihi 3 atau 4 sudu sehari, memang panas punggung nanti terceret beret.

    Semoga Allah sentiasa merahmati memberkati afandianiqoh

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wr. Wb.

    Ustaz, terima kasih di atas ilmu yang diturunkan kepada kami.
    Baby yang berusia di bawah dua bulan boleh tak kita bagi madu lebah asli dicampur air dengan cara memasukkannya kedalam botol puting minuman baby tersebut.
    Terima kasih wa jazaakumullaah khaiir.

    ReplyDelete
  4. Campurkan sedikit madu asli dalam susu botol pun boleh. Jangan terlebih. nanti terceret.

    ReplyDelete
  5. heheh.... afandianoqoh..... banyak minum susu sampai 1 liter... hehehehe....secawan cukup ler.....hehehhe

    ReplyDelete
  6. terima kasih prof emjay.
    amin.

    ReplyDelete
  7. terimakasih en.emjay kerana mengajar tentang ilmu susu...pengalaman adalah ilmu yang bermakna...terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  8. heheh...nak tanye emjay laa...ada tak pe2 prove dalam bidang sains yang boleh membuktikan makan cheese bleh jd macam en.emjay cakap...maybe cakap je kot..hehehe...

    ReplyDelete
  9. Buat apa nak tanya sains. Sains belum tentu betul. Sains juga yang mengajar bahawa kita berasal dari beruk.

    Mudah saja, kalau bellowlower ada anak dalam lingkungan umur 2 tahun hingga 10 tahun, buatlah kajian sendiri ke atas anak sdr!!. Kalau tiada, gunakan anak saudara. Setiap minggu belikan mereka packet besar cheese. Lihat hasilnya. Lagi mantap berbanding sains.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. hehe....lawak betul dan tak boleh pakai langsung...mintak maaf...
    jawapan tak menarik, sesodap rase je...

    ReplyDelete
  11. Kalau susah, ambil saja cicak di tembok untok buat kajian ini.

    ReplyDelete
  12. pe la hang ni cakap...mmg lari dari tajuk betul laa...nyanyok kot..buat2 la bertaubat...takpayah laaa hang nak menyelewengkan org dgn ilmu hang yang tak seberapa je...baik jadi org biasa jee.....buat tambah dosa jee!!!

    ReplyDelete
  13. Awak buat orang marah boleh, tapi bila orang buat lawak dengan hang, tau pulak awak marah, ha ha ha hah.

    Emjay aka jeng jeng jengggg

    Fikir jangan tak fikir

    ReplyDelete
  14. hehehe...sape cakap saya mare, hang ni yang mare kot..tgk ayat pun dah tau!! hehehe, relax la bro...sabo tuh kan separuh daripada iman...pelik dan heran, org macam saya blh jugak hang layan...tapi org macam tablighster hang blh delete artikel dia ekk?? hang ni macam nak menang je ..dah kalah, takut dan buang terus artikel org...saya tak berminat cara emjay, that y until know i will stay here and wanted u change everything...jgn terlalu bongkak dgn ilmu yang emjay ada kerana ianye menghancurkan diri sendiri sahaja dan terima la pandangan org lain..

    fikir dan fikirkan la wahai org tua...

    batman aka cicakman aka spiderman hahaha

    ReplyDelete
  15. hang delete semuar artikel ka?? pengecut laa hang nii...tak patut jadi lelaki laa..ntah2 hang ni pompuan kottt....tak payah laa hang buat byk sgt tajuk kat muka depan....buat rosak manusia jee...

    ReplyDelete
  16. Allah Maha Kuasa... semua tu takde kuasa... bukan cheese bagi sakit sembelit...syirik tu.

    ReplyDelete
  17. assalamualakum,
    ust mj,saya tahu mengamalkan madu asli dan epal cider tu bagus untuk kesihatan. 2 tahun dulu saya ada beli 1 botol raw honey (cap honey shop,organic) dan 1 btl cider vinegar organic (kadang kadang guna kadang2 tak )sampai sekarang masih ada lagi dan dibotolnya takder tulis expiry date .soalannya,boleh dimakan lagi tak kedua2 stok tersebut?raw honey dan epal cider sebenarnya tahan berapa lama ya?(maaf persoalan luar topic skt)

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam wbh

    Secara terperinci tu saya memang tak tahu tapi makanlah kedua-duanya.

    Emjay

    ReplyDelete