Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday 6 May 2007

JANGAN MAKAN SARDIN


JANGAN MAKAN SARDIN


Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut.  Ikan yang ditinkan ke dalam tin, sewaktu pemprosesannya ia tidak boleh direbus lama kerana ini akan menjadikan ikan ini hancur.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

Emjay

65 comments:

  1. Hmm.... waktu belajar dulu, lecturer ana pesan jangan makan ikan sardin sebab ada antara jenis sardin yang diletakkan ramuan yang menjijikkan.... tak tahulah betul atau tak tapi kesimpulannya ana tak pernah sentuh sardin lagi...Geli......

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal sardin. lepas ni terliur lah tengok lauk sardin......

    ReplyDelete
  3. sedapnya sambal sardin. lepas ni terliur lah tengok lauk sardin......

    ReplyDelete
  4. Busylazy.
    Banyak lagi makanan lain yang sedap dan tidak membawa mudarat. Lepas ini belajarlah memandang sardin sebagai sesuatu yang menjijikkan!!!

    ReplyDelete
  5. Baguslah tu sitibaizurah semoga Allah jauhkan sdr dari segala penyakit kanser, tumor dan fibroid.

    ReplyDelete
  6. alamakkk...sal baru beli tiga tin sardin. ingat nak buat sandwich.. sekali sekali makan tak aper kan?

    ReplyDelete
  7. lepas ni kena jarang-jarangkan memakannya.

    ReplyDelete
  8. ade pengesahan dari kementerian kesihatan ye? bley sertakan skali... :) supaya seme org akan lbh berjaga2

    ReplyDelete
  9. ada org kata laa..... SARDIN tu dicampur sedikit dengan lendir siput BABI... heheh... tak tau laa betul ker.. tak.....hehehe... tapi tak best ahhh SARDIN... busuk.... hehehhehe

    ReplyDelete
  10. Berkenaan soalan wehlah tu, kalau nak tunggu kementerian bertindak, tunggulah kucing bertanduk. Mee maggi yang merosak umat pun, apa tindakan Kementerian Kesihatan??

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...bole tolong tak...
    restoran jepun / teppanyaki yg mana di KL ni yg dijamin HALAL....
    TQ

    ReplyDelete
  12. Saya memang belum pernah makan di restoran jepun / teppanyaki. Bagi saya sedap lagi masakan kampung dengan ikan masak asam pedas.

    Kalau ada pembaca Laman Emjay yang tahu yang mana, silalah tolong beritahu sdr chombiee ini.

    ReplyDelete
  13. baru siang tadi isteri saya masak lauk sardin....lepas ni kena stop kot makan sardin....

    ReplyDelete
  14. Ustaz, saya berpandangan bahawa tajuk tu perlu diubah ke "Jangan Makan Sardin dalam Tin". Sebab Ikan sardin adalah salah satu sumber natural bagi Omega-3 fatty acid.

    ReplyDelete
  15. haha..habis laa syarikat cap ayam...bankrap laaa...hehehe

    ReplyDelete
  16. Kemungkinan mendapat pelbagai penyakit seperti yang ditulis tak dinafikan secara pasti. Yang pasti ikan yang ditinkan (sardines atau ikan-ikan lain) mengandungi kandungan 'sodium' (natrium) yang tinggi. Ia sangat tidak baik bagi orang yang mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan juga diabetes. Kebanyakan makanan yang ditinkan mengandungi bahan kimia tertentu. Jadi mengelak makan dalam tin sangat-sangat dianjurkan.

    Dalam makalah di atas saya fikir ada kesalahan fakta. Merebus ikan dalam 'pressure cooker' memang melembutkan tulang ikan. Kalau ikan selayang (dikenali sebagai ikan sardin di sesetengah tempat) direbus selama dua hinggga tiga jam, tulangnya akan lembut. Ini adalah pengalaman saya.

    ReplyDelete
  17. terima kasih ustaz di atas info yang bagus...di lain masa kalau ustaz berkelapangan boleh tak tuliskan mengenai resdung,cara terjadi dan kaedah-kaedah rawatannya.
    jazakallah...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt. Isteri saya bekerja sebagai akauntan di Kilang sardin milik 100% bumiputra Islam, termasuklah dengan staffnya, dari peringkat pengurusan hinggalah ke peringkat operator. Sardin tersebut berjenama Pertima, dan di sahkan halal oleh pihak berwajib di Terengganu. Saya sendiri sebagai external auditor telah berpeluang untuk melihat bagaimana sardin tersebut diproses dan InsyaALLAH, tiada proses yang meragukan dalam penghasilan sardin tersebut. Tulang menjadi reput disebabkan oleh proses "boil" yang dilakukan menggunakan industrial boiler dan dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi. Saya tidak ingat berapakah suhunya. Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, memang benar, banyak keraguan yang boleh ditimbulkan jika kita bercerita tentang sardin-sardin dari jenama lain yang wujud di pasaran, memandangkan kebanyakannya banyak yang diimport dari negara jiran tetangga terutamanya Thailand. Namun, untuk sardin Pertima ini, InsyaALLAH, saya yakin akan kehalalannya (memandangkan saya sendiri witness proses tersebut berjalan). Bukan maksud saya nak buat promosi di sini, cuma nak beritahu masih ada sardin yang boleh kita yakini, InsyaALLAH

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbh

    Jangan lupa membaca artikel ini bertajuk Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143

    emjay

    ReplyDelete
  20. sy sejak kecik smpai la xmakan sardin.alhamduLILLAH ALLAH byk plihara sy, tp d masa sy lupa ALLAH. astagfirULLAH.

    ReplyDelete
  21. sambal sadin la yg paling sodap kat dunie nie........

    ReplyDelete
  22. sy kurang setuju....
    awk dh round ke 1 dunia ni?

    ReplyDelete
  23. Begitulah azzakwan.

    Bila kita melakukan yang disuruh Allah dan menjauhi laranganNya, dijaga Allah SWT diri kita dari makan benda-benda yang membawa mudharat seperti sardin ini. Namun bagi tristripes ini memang banyak silapnya maklumlah pengguna setia aura dan chakra dari umur 12 tahun.

    Tristripes ini kerja membangkang sahaja pesanan yang baik-baik. Biarkanlah dia ni terjun dengan labu-labunya. Mudah-mudah selepas teruk diazab Allah SWT kelak dia akan datang ke JB belajar agama.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. Mendoakan seseorang untuk diazab Allah.Itu sesuatu yang dilakukan oleh seorang ustaz ke?Bukan lebih mendoakan supaya Allah memberikan kesedaran kepada diriku ini..Dan aku redha keatas apa yang Allah turunkan kepada ku.

    Saudara emjay..bukan JB sahaja tempat untuk belajar agama.Semoga Allah memberikan kesedaran kepada saudara emjay bahawa semua yang Allah berikan kepada kita
    tidak mendatang mudarat melainkan kita yang memudaratkan diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  25. sambal sardin mmg best.. mkn sekali-sekala sudahlaa.. xpayah mkn selalu. byk lg lauk lain yg sedap2. masak lemak cili api, ayam masak merah, asam pedas.. kan sedap tuh.. masakan org melayu nih sedap2..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum .............
    dah tahu Prof Dr ***** itu sesat kamu yang tahu kena ah tegur.....kamu lebih afir....nie tanggung jawab kamu......jangan ah kata orang sesat tapi tak mahu menegur........

    ReplyDelete
  27. kwn sy berjurusan master bioteknology mngesahkan, dlm ikan sardin itu memang terdapat bahan kimia yang diluluskan untuk penstrilan dan tahan lama. Walau bagaimanapun, tulang ikan itu menjadi lembut kerana proses yang dinamakan hi pressure sterile.

    ikan sardin boley dimakan, namun diet seimbang kne diutamakan. oleh itu, tidak digalakkan memakan sardin selalu...

    tq

    ReplyDelete
  28. kwn sy berjurusan master bioteknology mngesahkan, dlm ikan sardin itu memang terdapat bahan kimia yang diluluskan untuk penstrilan dan tahan lama. Walau bagaimanapun, tulang ikan itu menjadi lembut kerana proses yang dinamakan hi pressure sterile.

    ikan sardin boley dimakan, namun diet seimbang kne diutamakan. oleh itu, tidak digalakkan memakan sardin selalu...

    tq

    ReplyDelete
  29. itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. kita nak makan ape ustaz, banyakkan berpuasa ok tak ?

    ReplyDelete
  30. Banyak lagi makanan yang halalan dan toyyiba (halal dan baik)

    Saya memang sangat suka sardin dahulu tetapi alhamdulillah dah lama benor saya tak makan.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. Setuju.. xbaik mendoakan keburukan terhadap org lain. Hukuman tu hak allah. Jalan masing2, tuhan itu mahal adil dan saksama. Ada org masuk surga.. walau dr mata kita ia jahat.. ada yg masuk neraka walaupun kita lihat ia bagai ahli syurga.

    Blog ni bagus.. isu2nya menarik.. tapi penulisnya agak kurang berhemah.
    Moga kita diberi rahmat dan hidayah.

    ReplyDelete
  32. Setuju.. xbaik mendoakan keburukan terhadap org lain. Hukuman tu hak allah. Jalan masing2, tuhan itu mahal adil dan saksama. Ada org masuk surga.. walau dr mata kita ia jahat.. ada yg masuk neraka walaupun kita lihat ia bagai ahli syurga.

    Blog ni bagus.. isu2nya menarik.. tapi penulisnya agak kurang berhemah.
    Moga kita diberi rahmat dan hidayah.

    ReplyDelete
  33. Sdr vanilaungu,

    Maklumlah saya ini sudah tua jadi mintalah sdr tunjukkan dimana saya ada mendoakan keburukan terhadap orang lain. Minta vanillaungu dan tristripes tunjukkan!!

    Emjay

    ReplyDelete
  34. Penulisnya kurang ilmu...hampeh

    ReplyDelete
  35. salam, semua.... saya pun dulu makan sardin tapi sekarang dah lama berhenti.. baru-baru ni saya dah mula makan kembali sejak join satu syarikat bumiputera islam ni.... syarikat ni ada mengeluarkan ikan sardin dalam sos.....saya pun dah mula makan kembali kerana syarikat ni ada dapat kelulusan GMP.

    ReplyDelete
  36. ada orang kata kuah sardin cap ayam dibuat dengan katak..ee

    ReplyDelete
  37. Pertama: Salah satu nikmat ciptaan manusia ialah sardin. Kelembutan tulang ikan sardin yang telah diproses bukanlah proses pereputan tapi tekanan. Tuan masak ikan dalam pressure cooker – ikan masih ok tapi tulangnya dah lembut..
    Kedua: Memang semua makanan ada bahan kimia. Nama je lain-lain. Kalau ragu-ragu sardin tin tu mudarat, jangan terus-terus larang orang makan. Ajar orang bagaimana nak buat sardin sendiri tanpa bahan kimia atau bahan pengawet. Susah tu memang susah sikit, masak ikan goreng pun susah. Itu baru dipanggil ummah yang baik dan berjaya. Jangan la nikmat yang boleh kita nikmati ini terus dibuang. Perkatan JANGAN MAKAN tu macam lain saja bunyinya. Takut pula ***** nikmat pula nanti.

    ReplyDelete
  38. Ada ka pula kuah sardin dibuat daripada katak.. mana dakyah ni keluar! Kemudian lendir siput babi.. akai ada ka? Jangan la kita jadi ummah yang kuat membuat fitnah. Tak nak makan sudah! Jangan mereka-reka.. marah orang buat sardin yang halal, macam PERTIMA ke tu..

    ReplyDelete
  39. Sdr aemanakasuke

    Pertama: Antara nikmat ciptaan manusia adalah mengambil pil kuda / ketamin / heroin / ganja. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang pernah mengambilnya. Sdr aemanakasuke tak nak mencubanya ke?

    Kedua: Antara nikmat ciptaan manusia ialah berzina (walau ada isteri). Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang mengamalkanya. Sdr aemanakasuke tak nak mencubanya ke?

    Ketiga: Antara nikmat ciptaan manusia ialah minum arak. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang mengamalkannya. Sdr aemanakasuke tak nak mencubanya ke?

    Kalau tak mencuba perkara-perkara di atas takut nanti dikata orang kufur nikmat??

    Nabi apabila melarang sesuatu perkara, ia boleh jatuh hukum haram atau makhruh.

    Saya menulis reply diatas mengikut gaya pemikiran sdr aemanakasuke. Jangan pula pembaca Laman Emjay mengambil dadah, berzina dan minum arak kerana itu adalah perbuatan dosa besar.

    Emjay

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum...saya nak berkongsi resepi sardin buatan sndiri khusus buat mereka yg gemarkan sardin...

    2 kg ikan sardin (bersihkan n buang kepala)
    1 senduk minyak msk
    1 tin tomato puree
    5 kpg asam keping
    air(sama paras dgn ikan td)
    garam, gula sikit

    Masak menggunakan pressure cooker selama 3 jam dgn api sederhana..anda akan dapati hasil yg sama mcm sardin yg dijual di kedai2 tetapi lebih yakin dgn kehalalan n kebersihannya..seterusnya masak la ikut citarasa msg2..nak buat sambal sardin ke..sandwich ke...

    ReplyDelete
  41. Terima kasih syukur alhamdulillah banyak-banyak.

    Lepas ini saya kena belilah pressure cooker

    Emjay

    ReplyDelete
  42. salam,...
    maaaf..nk tnye?knp perlu takut nk mkn sardin yang ade tanda halal?yg disahkan?
    knp perlu tulis tajuk jangan makan sardin?anda takut makan sardin yang halal akan wt anda sakit
    or beri penyakit?Allah berkuasa atas sesuatu...kalu Dia xizinkan maka....ke sardin ni ade kuase
    nk beri anda penyakit?

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum Ustaz.
    semoga ustaz dan kuluarga sentiasa dalam pemeliharaan Allah.
    saya minta izin copy resepi sardin tu yer.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Allah SWT menyeru melalui Al Quran bahawa kita kena makan halalan toyyiba iaitu yang halal lagi baik. Kalau sekadar halal sahaja belum mencukupi. Kobis halal tetapi tidak baik. Begitu juga Nescafe hahal tetapi juga tidak baik. Carilah yang halal lagi baik.

    Emjay

    ReplyDelete
  45. Salam,
    Maaf kalau ada silap. Yang pertama sekali saya berpendapat yang wanita yang kena kanser tu sebab dia berlebih lebihan sangat makan sardin. Apa-apa pun kalau dimakan berlebihan akan memudharatkan. Dalam post kat atas ada tulis "saya jijik melihat sardin" macam mana la saya nak ikut penulisannya kalau penulis tu memandang jijik makanan bagai menyamakan makanan dengan najis. Bagi saya, sardin halal dan baik untuk kesihatan. Begitu juga kobis dan nescafe. Sardin, kobis dan nescafe masing-masing ada kebaikannya. Cuma tidak baik dimakan berlebihan. Ni apply atas apa jenis makanan sekali pun. Tak dinafikan, mungkin ada sedikit chemical yang boleh memudharatkan dalam sardin kalau diambil secara berlebihan dalam jangka masa panjang. Tapi tak boleh dinafikan yang sardin juga baik untuk kesihatan. So janganlah menidakkan perkara yang baik dan mengharamkan makanan yang telah dihalalkan oleh Allah. wallahualam.

    ReplyDelete
  46. mmg Allah yg bkuasa mmberi penyakit..namun kita sbg manusia haruslah mncegah sebelum merawat..bkn sardin yg bkuasa mmberi penyakit..namun jika dimakan selalu mmg x elok kan..kalau nk ckp mcm ni,bkn arak ke dadah ke ape jgk yg bkuasa mmberi pnyakit..jadi,boleh amalkanlah ye?msg2 boleh bfikir....yg mana elok tu ikutlah..sekadar nasihat..apa2 pun,saya sokong ustaz emjay bkaitan pkara ini

    ReplyDelete
  47. semua penyakit tuhan yang bagi,tak payah nak dijadikan isu semua yer,klau sardin tak boleh,nescafe pun tak boleh,milo tak boleh,maggi tak boleh,itu tak leh,ini tak leh,ape yg boleh sebenarnya...???roti kering jelah yang boleh,klau kena penyakit mcm2 tu jgn nk menyabitkan atas makanan,sbnrnya 80% penyakit adalah berpunca daripada makanan,so tak payah bimbang,semua org akan kena penyakit atas kehendakNYA...

    terima kasih...

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum,

    saya nak copy n paste je komen sy sblm ni kat page yg siarkan artikel yg same...harap2 tak kena banned..

    "hmm....dah lame sy cari artikel mcm ni....baru jumpa...

    maaf ya kawan2 yg terlalu percaya artikel ni...sy nak bgtau kebenaran je...

    melembutkan tulang? guna bahan kimia? adoiyai....kartun sungguh....

    dalam proses pembuatan sardin ni, ade satu proses nama 'RETORTING'...proses masak guna tekanan yg tinggi dan haba yg tinggi...kalo u letak tulang manusia skalipun dalam tu akan jadi rapuh....

    kalau bahan kimia dalam makanan plak, in FACT, beras yg anda makan pon dah ada treatment bahan kimia...bleaching proses (pelunturan)...banyak lagi bahan makanan yang kita tak sangka ada treatment dari bahan kimia, ada bahan kimia...so jgn risau...tak smua bahan kimia ni bahaya kalau makan ikut keperluan...dalam tulang ikan sardin tu ada kalsium...so, pernah dgr kan yang ikan sardin ni sumber kalsium yg lagi elok berbanding susu...lagipon ikan sardin ni ada asid lemak yang diperlukan badan...bukan ikan sardin je,ape2 jenis ikan pon.cume skang ni kite fokus kat sardin je la..

    hmm...maaf la ya....saya bukan nak betulkan sapa2...tp ini apa yg saya belajar....

    Ijazah Sains dan teknologi Makanan, UPM...

    sekadar perkongsian....
    =) "


    saudara2 yg komen kat atas ni jangan takot nak makan apa2 makanan (as long as it is halal of course...and yes, suci), kalau nak tau, roti/beras/dan makanan2 lain yg dimasak secara biasa pon akan menghasilkan bahan kimia yg sekarang ni dikatakan berpotensi kena barah....nama dia 'acrylamide'...cube cari kat google kalau nak kepastian....lagi berbahaya dari 'bahan kimia' dalam sardin tu...=)

    untuk clarification, saya takde terime ape2 royalti pon kalo sy pertahankan sardin ni....sy bgtau untuk kemaslahatan kite bersama...

    plus kami (bagi pihak kawan2 satu kursus yg lain) rasa bertanggungjawab nak sebarkan apa yang kami tahu pada kawan2 lain yg kurang tahu...

    ReplyDelete
  49. Salam

    To bachelor of science and food technology and non-believer
    1. Pernah dengar tak jangan makan kepala ikan? Xde bukti saintifik pun takde dalil dan hadis yang kukuh.
    2. Pernah pula dengar pasal radiation dari telefon bimbit menyebabkan kanser? Pernah dibuat ujikaji sebiji telur didedahkan kepada hp xboleh menetas kerana radiasi.

    So?
    1. Walaupun xde hadis,dalil, bukti saintifik, sesetengah perkara seperti petua boleh diikut sbb ilmu org dulu agak valid utk sesetengah perkara
    2. apa kaitan dgn hp? Nk menunjukkan org cerdik pandai punya hipotesis tk semestinya betul. Radiasi hp adalah sgt rendah utk beri kesan pada manusia. Ak tahu sbb ak sarjana muda elektrik- telekomunikasi, UTM. Tak kartun pun.

    Ak mmg bukan dari bidang pembuatan makanan tp ak tau dan yakin makanan dalam tin atau processed food adalah sgt mmbahayakan kesihatan. Jap biar ak google utk dalil:
    "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)."(al-A'raf: 157)

    Tak dalil ni bukan untuk mengharamkan sardin dalam tin, ni dalil utk pengharaman rokok. Tapi buat makan benda yang diletak bahan kimia berbagai2. Baik makan ikan keli xpun sardin yg tangkap kat laut. Jgn sbb ikan sardin halal, melantak jer tk pikir ape2. Gula pun halal juga, kalo ko melantak cam haram (makan dgn banyak) mmg ler dpt penyakit. Tu sbb kalo pg nutrition site, org2 putih mesti menggalakan makana yang dimasak sendiri, bukan makanan kilang. Cuma kalo susah sgt nak dpt yg tk processed sperti susu, minum tapi pandai2 lar handle side effect

    "sbnrnya 80% penyakit adalah berpunca daripada makanan,so tak payah bimbang,semua org akan kena penyakit atas kehendakNYA"

    Ya betul dan ak yakin kalo Allah berkehendakan, penyakit boleh muncul tetiba. Ak juga yakin dgn sunatullah, kalo makan gula banyak (dan slalu) mmg akan dapat penyakit. Bagi ak, biar lar penyakit yg dtg secara tetiba dari penyakit dtg sbb x jaga makan.

    Ak brpegang pada konsep sunatullah, what u give, u get back. U tanya doktor pakar tkpun doktor hospital kerajaan. Pesakit adalah banyak jenis yg sakit tetiba atau sbb salah makan. Penyakit mmg datang dari Allah sbb kita tk menjaga pemakanan kita sperti yg diarahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  50. saudara yugi,

    cuba saudara yugi jelaskan maksud processed food.
    setahu saya, kalau ikut definisi apa yg dipelajari, processed food ni bermaksud makanan yg telah dikenakan proses untuk tujuan tertentu seperti memanjangkan jangkahayat, membolehkan ia selamat dimakan.termasuklah:
    -beras
    -mee
    -bihun
    -ayam/daging sejuk beku
    -keju, yoghurt, dan lain2 lagi....namakan je...semua pon termasuk dalam 'processed food'

    membahayakan kesihatan? ya...kalo 'melantak cam haram'. so, pandai2 la nak makan....perot masing2...sendiri jaga...

    nak elakkan semua makanan terproses? nmpaknya kena tanam/bela sendiri la semua makanan2 kita...kena resign la kami sekarang untuk jadi petani...macam tu? (maaf..pemikiran agak cetek ntuk cari alternatif lain...=p)

    kalau tak silap saya pernah terbaca yang kita dituntut untuk bekerja kerana bekerja dalam sesuatu bidang yg kita specialized tu adalah sunat muakkad...
    maksudnya engineer tak payah makan? doktor kena jadikan ubat sbg makanan ruji sbb takde kesempatan untuk bercucuk tanam?

    macam mana pulak dengan pekerja2 muslim yang bekerja membuat makanan?sbb dah sah2 (kalau ikot kata saudara yugi) produk diorang ni kotor dan membahayakan kesihatan...mengikut fahaman saya, kalau produce makanan yang kotor dan membahayakan kesihatan, ia jadi haram...so, income diorang ni haram la ye?

    kesian jugak....

    p/s: i'm not the non-believer...in fact, saya lafazkan syahadah jugak....dan saya tak berniat untuk membetul/salahkan kenyataan saudara yugi....cuma pandangan saya je...=)

    ReplyDelete
  51. saudara yugi,

    cuba saudara yugi jelaskan maksud processed food.
    setahu saya, kalau ikut definisi apa yg dipelajari, processed food ni bermaksud makanan yg telah dikenakan proses untuk tujuan tertentu seperti memanjangkan jangkahayat, membolehkan ia selamat dimakan.termasuklah:
    -beras
    -mee
    -bihun
    -ayam/daging sejuk beku
    -keju, yoghurt, dan lain2 lagi....namakan je...semua pon termasuk dalam 'processed food'

    membahayakan kesihatan? ya...kalo 'melantak cam haram'. so, pandai2 la nak makan....perot masing2...sendiri jaga...

    nak elakkan semua makanan terproses? nmpaknya kena tanam/bela sendiri la semua makanan2 kita...kena resign la kami sekarang untuk jadi petani...macam tu? (maaf..pemikiran agak cetek ntuk cari alternatif lain...=p)

    kalau tak silap saya pernah terbaca yang kita dituntut untuk bekerja kerana bekerja dalam sesuatu bidang yg kita specialized tu adalah fardhu kifayah...
    maksudnya engineer tak payah makan? doktor kena jadikan ubat sbg makanan ruji sbb takde kesempatan untuk bercucuk tanam?

    macam mana pulak dengan pekerja2 muslim yang bekerja membuat makanan?sbb dah sah2 (kalau ikot kata saudara yugi) produk diorang ni kotor dan membahayakan kesihatan...mengikut fahaman saya, kalau produce makanan yang kotor dan membahayakan kesihatan, ia jadi haram...so, income diorang ni haram la ye?

    kesian jugak....

    p/s: i'm not the non-believer...in fact, saya lafazkan syahadah jugak....dan saya tak berniat untuk membetul/salahkan kenyataan saudara yugi....cuma pandangan saya je...=)

    ReplyDelete
  52. -beras
    -mee
    -bihun
    -ayam/daging sejuk beku
    -keju, yoghurt, dan lain2 lagi....namakan je...semua pon termasuk dalam 'processed food'

    Yeaarrghh!! Tepat skali, ni smua tergolong dalam processed food. Kalo boleh, minimakan consumption atau pengambilan makanan tersebut. Kalo tk caya, pegi google, cari health nutrition. Kalo diikutkan, minyak masak hydrogenated pun tk elok, Pandai2 lar hidup. Kalo nk jaga periuk nasi org laen smpi boleh sakit, terpulang lar.

    ReplyDelete
  53. http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/05/fitnah-dalam-industri-makanan-dan-halal.html?m=1

    http://layarminda2.blogspot.com/2011/04/benarkah-sardin-katak-milo-cacing-e110.html?m=1

    ReplyDelete
  54. Sebenarnya boleh mkn sardin. tapi cari la sardin buatan Islam. halal dan suci. seperti pertima. sardin buatan kafir ni dah jadi mutanajjis sbb perut ikan tak dibasuh ikut syariat Islam. Orang kafir cuma tahu anjing ngan babi yg haram Bagi org Islam. cara basuh najis darah ikut cara Islam dia tak tahu. so pilih lah sardin Muslim produk. disamping menjana ekonomi org Islam. cuma Jgn berlebihan. makan apa pun biar bersederhana...

    ReplyDelete
  55. Mungkin tuan punya guru tu kurang berilmu tentang pemakanan...... sebelum makan baca doa makan dan diiringi dengan doa minta Allah hindarkan segala penyakit yg disebabkan pemakanan itu.....dan saya amat setuju dengan comment tuan Anonymous itu....

    ReplyDelete
  56. Mungkin tuan punya guru tu kurang berilmu tentang pemakanan...... sebelum makan baca doa makan dan diiringi dengan doa minta Allah hindarkan segala penyakit yg disebabkan pemakanan itu.....dan saya amat setuju dengan comment tuan Anonymous itu....

    ReplyDelete
  57. Yg pegi makan sampai 140 tin seminggu tu buat apa? Garam gula pun kalu dah mkn bnyk sgt boleh membunuh... Dah lama ia di cipa dan dipasarkan.. kalu sampai begitu sekali bahayanya, WHO mesti dah ambil tindakan.

    ReplyDelete
  58. Ikan sardin tetap boleh msksn kan.?? Cuma yg dalam tin je kan tak leh makan??

    ReplyDelete