Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 16 May 2007

Laman untuk mengelirukan umat Islam. Begitulah dengkinya Yahudi!!

Assalamualaikum wbh

Pada 23 Feb 2007 saya telah memberikan peringatan melaui artikel bertajuk Penyelewengan Halus Terhadap al-Quran di Internet.

Pada hari semalam, seorang pembaca setia Laman Emjay iaitu sdr albangkawy telah memanjangkan email yang diterimanya kepada saya. Terima kasih albangkawy. Email tersebut mengandungi beberapa laman web yang mengelirukan tentang Islam, Al Quran dan hadis dan antaranya adalah yang telah saya sentuh dalam artikel pada 23 Feb lepas.

Berikut ini adalah senarai lengkap laman web yang mengelirukan tentang Islam yang diterajui oleh Yahudi yang memang gentar dengan agam Islam:

1. http://www.answering-islam.org/
2.
http://www.aboutislam.com/
3. 
http://www.convertstoislam.org/
4. http://www.islam-watch.org/
5. http://www.light-of-life.com/


Dalam email ini juga diceritakan mengenai Al Quran palsu seperti pada gambar sebelah.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Al Quran palsu ini boleh  klik pada url ini:
http://www.amazon.com/exec/obidos/tg/detail/-/1579211755/qid%3D1096805827/102-4933271-2395342

Al Quran palsu ini sudah diedarkan di Kuwait. Al Quran palsu ini mengandungi 77 surah sahaja (Al Quran mengandungi 114 surah). Al Quran palsu ini mengandungi surah Al Jana dan Al Injil. Bismillah telah digantikan dengan bacaan yang memasukkan sekali kepercayaan agama Kristian.

Al Quran palsu ini memasukkan banyak perkara yang bertentangan dengan Al Quran sebenar seperti menghukumkan berkahwin lebih dari satu sebagi berzina, perceraikan diharamkan, kaedah baru dalam pembahagian faraid dan menghukumkan haram untuk berjihad.

Begitulah terdesaknya kaum Yahudi dan Nasrani untuk mengelakkan Umat Islam dari berjalan di jalan lurus yang diredhai Allah.

Sekian wassalam wallahualam



5 comments:

  1. Assalamualaikum Wr. Wb.

    Syukran wa jazaakumullaahu khaiir, semoga apa yang sedang, akan dan telah kita lakukan beroleh rida Allah SWT dan bermanfaat bagi sesama ummat, khususnya ummat Muhammad SAW. Kerana Rasul SAW telah bersabda yang maknanya lebih kurang berbunyi " Sebaik-baik manusia adalah yang yang paling baik akhlak budi pekertinya dan paling bermanfaat bagi sesama manusia" atau seperti mana tyang telah disabdakan Beliau SAW.

    Wassalamualaikum Wr. Wb.

    ReplyDelete
  2. janganlah mj bersubahat dgn yahudi dan nasara dgn menyebarkan fahaman wahabi ni

    ReplyDelete
  3. janganlah mj bersubahat dgn yahudi dan nasara dgn menyebarkan fahaman wahabi ni

    ReplyDelete
  4. janganlah mj bersubahat dgn yahudi dan nasara dgn menyebarkan fahaman wahabi ni

    ReplyDelete
  5. celaka punya org yg buat Al-Quran palsu.

    ReplyDelete