Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 29 May 2007

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? (isu makan hati)


Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
 
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
  1. Hati
  2. Jantung
  3. Paru-paru
  4. Perut
  5. Hempedal
  6. Buah pinggang
  7. Jantung
  8. Buah pinggang
  9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah  bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. 

Arwah guru saya menasihati agar :
  1. Elakkan dari makan sebarang organ  dalaman seperti hati dsbnya.
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
  3. Elakkan minuman bergas
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima
  7. Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya amat kesal kepada diri saya kerana selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu salah di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay   

29 comments:

  1. tuan emjay,
    nape petai kita tidak boleh makan dan di amalkan?

    ReplyDelete
  2. Makanan ini menggangu buah pinggang. Jika sewaktu kena gout peringkat ringan, kita makan pula petai dan jering, keadaan gout ini akan menjadi semakin teruk dan ini membuktikan ia memberikan kesan negatif kepada gout.

    Bagi orang yang sihat dan belum sakit pinggang, gout dan kencing manis, makanlah petai jering tetapi jangan makan banyak.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. syukran ye prof emjay atas penjelasan.

    ReplyDelete
  4. tuan yang di muliakan Allah..
    Anak saya baru berumur 9 bulan, tapi dia kerap berpeluh di kepala ketika tidur mahupun jaga, malahan apabila di pasangkan kipas hatta penghawa dingin,ia masih berpeluh di kepala, dan ia menimbulkan ruam & gatal2. Saya kesian tengok dia tergaru-garu.Tuan yang mulia ada cara untuk atasinya...tq

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Nak tanya, baby ni waktu dulu dah di cukur botak atau belum?

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah...sewaktu 2 minggu..dah di cukur oleh saya sendiri..licin.

    ReplyDelete
  7. 1. Baby waktu lahir dulu ada kena sakit kuning atau tidak.
    2. Bahagian perut sebelah kanan atas baby ada keras sikit atau tidak
    3. Lidah baby ada warna putih yang kekal atau putih selepas minum susu sahaja
    4. Minum susu ibu atau minum susu apa
    5. Emak dia dulu waktu mengandung suka makan junk food atau tidak?
    6. Apa kegemaran makanan ibu waktu dia mengandung dulu

    ReplyDelete
  8. 1. Baby waktu lahir dulu ada kena sakit kuning atau tidak.
    2. Bahagian perut sebelah kanan atas baby ada keras sikit atau tidak
    3. Lidah baby ada warna putih yang kekal atau putih selepas minum susu sahaja
    4. Minum susu ibu atau minum susu apa
    5. Emak dia dulu waktu mengandung suka makan junk food atau tidak?
    6. Apa kegemaran makanan ibu waktu dia mengandung dulu

    ReplyDelete
  9. waktu lahir memang ada kuning..saya jemur dia..alhamdullilah ok.bahagian perut & lidah saya akan cuba check,minum susu ibu,kerna ibunya tidak bekerja.Ibunya tak suka pada junk food. Wakktu ibu mengandung, ia suka bayam,kerang..untuk tambahkan darah. Sekarang saya bagi anak makan bubur nasi yang di blander bersama epal, brokoli, bayam, ayam, daging, pisang.

    ReplyDelete
  10. Dia macam ada panas dalam. Cuba tengok perut kanannya dan juga lidahnya

    ReplyDelete
  11. kenapa kena tgk perut kanan dia? anak saya pn mcm 2. dr lahir lg. ada pergi homoepathi dia mcm bg ubat demam. tp anak sy x demam pn. berpeluh je... dia ada masalah pa ye

    ReplyDelete
  12. Perut kanan adalah kedudukan hati. Apabila hati bermasalah, ia menjadi keras. Keras adalah tanda tidak normal. Kalau bahagian atas lidah memanjang berwarna putih (bukan lepas minum susu) itu mengesahkan masalah hati. Lidah yang kemerahan (bahagian atas) adalah sihat.

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah..anak saya tak ada tanda2 sakit hatinya. Dia cuma berpeluh di kepala ketika panas je. Mungkin kulitnya alh panas. Satu perkara lagi Sdr. Emjay..berkenaan makan susu tepung nie..saya dah cuba, tapi lepas minum dlm 1/2 jam je, terutama bila pagi & malam, mesti nak buang air besar je, mungkin perut saya tak boleh terima susu tepung atau apa? Lagi satu nak tanya, kalau tiap2 hari bila malam je minum susu tepung nie, tak gemeukkan badan ke? Minta kongsi ilmu dengan tuan.....tq

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh 303099

    Berkenaan minum susu tepung tu, saya nak tanya, adakah sebelum ini memang tidak pernah minum susu tepung? Satu lagi soalan, berapa banyak kuantiti susu tepung yang diminum sekali ambil?

    Selalunya kalau minum berlebihan memang ada macam gangguan air besar. Ia bukan masalah tetapi adalah tindakbalas sama macam minum madu asli, teruskanlah meminumnya.

    Perubahan membuang air besar bermakna ada tindak balas. Teruskan minum susu ini tetapi dalam kes saudara, elok mulakan dengan sedikit tetapi mungkin 3 atau 4 kali sehari. Jangan sampai tidak minum susu tepung sebab insya-Allah kelak banyak masalah lain menanti.

    Keluarga saya dulu minum susu pekat untuk sekian lama tetapi sudah lama kami bertukar kepada susu tepung dan kadang-kadang sampai hampir 4 kilogram sebulan. Alhamdulillah saya, isteri dan anak-anak tidak gemuk.

    Bab gemuk ini insya-Allah saya akan menulis berkenaannya satu waktu kelak.

    Sekian, jangan sampai tidak minum susu tepung tetapi bukan susu anlene, HL atau Low fat.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Ia, memang sebelum nie saya pelangan setia..susu pekat manis, tapi saya mau cuba saranan dari Tuan yang mulia, saya cuma amalkan minum satu gelas besar je setiap malam, pagi saya minum teh O (teh lipton),sebab saya ada baca artikel
    teh nie pun bagus untuk kita.Tuan yang mulia minum satu hari berapa gelas?..saya berumur 34 thn (1973), tapi dah tumbuh uban yang agak banyak,ada simpton2 lain ke selain dari kita kaitkan dengan hadis nabi S.A.W iaitu tanda2 awal 'kiamat kecil'

    ReplyDelete
  16. Mulakanlah dengan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap sebagaimana saranan saya di atas. Sedikit-sedikit tu mungkin setengah cawan. bila tindakbalas badan dah stabil, minum berapa banyak sudah tak kisah lagi.

    ReplyDelete
  17. nk tny 1.knapa pulak susu fullcream tu ada tulis x sesuai untuk bayi?betul ke?sedangkan dia susu asli.knapa pulak x sesuai?mcm mana dgn susu tepung utk bayi tu?yg ada dha, dan ntah apa2 lg tu.adakah dia lebih bagus banding dgn fullcrm utk bayi&kanak2?minta kepastian???

    ReplyDelete
  18. Bab ini saya tiada pengalaman.

    Sekadar pandangan saya ialah, mereka kata susu tepung fullcream tidak sesuai untuk bayi hingga usia 4 bulan kerana ditakuti allergy atau alahan. Mungkin kerana kandungan susu ibu dengan susu lembu ini kandungannya tidak sama. Jadi mereka buat susu formula yang juga mengandungi sebahagian susu lembu dicampur susu kacang soya dll entah apa pun lagi saya pun tak tahu.

    Wallahualam wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.
    Kita sebenarnya terlalu dididik utk agungkan sains..lupa dgn apa yg Allah berikan peringatan.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  20. Jangan pula terlampau hendakkan akhirat sehingga mengabaikan sains, bagaimana umat Islam hendak saw, "Bekerjalah seolah2 kamu hendak hidup selamanya, dan beribadahlah seolah2 kamu hendak mati esok hari"...

    wallahualam

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..
    Saya ade terbaca yg saudara ade mengatakan "jangan sampai tidak minum susu tepung tetapi bukan susu anlene, HL atau Low fat." Boleh terangkan dgn lebih lanjut mengenainya? Ibu saya berumur 58tahun dan mengalami sakit sendi terutama bahagian kaki sehingga tidak mampu untuk solat seperti biasa kerana tidak mampu untuk duduk tahyat. Sekarang beliau bergantung kepada ubat sakt sendi dan urat. jika tidak mengambil ubat tersebut beliau akan mengalami kesakitan dan tidak sedap badan. Bagaimana cara yg boleh untuk mengurangkan penderitaan ibu saya?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam wbh

    Minum susu lembu amat penting terutama sekali untuk kaum wanita kerana mereka kehilangan banyak darah setiap bulan dan sewaktu mengandung mereka memerlukan tersangat banyak zat-zat seperti kalsium yang boleh diperolehi melalui susu lembu.

    Sudah saya dengar beberapa kes orang yang meminum susu anlene dengan konsisten namun tulang mereka tetap rapuh (kurang kalsium).

    Susu HL atau Low Fat adalah susu yang telah disingkirkan hampir kesemua kandungan lemak. Lemak dalam susu adalah dijadikan Allah telah sempurna. Lemak ini melarutkan pelbagai zat termasuk vitamin-vitamin A, D, E, dan K. Setengah zat ini amat diperlukan bagi membolehkan badan menyerap kalsium. Kekurangan zat seperti vitamin-vitamin A, D, E, dan K menyebabkan badan sukar menyerap kalsium walaupun kalsium memangnya banyak di dalam makanan.

    Ingatlah bahawa susu HL dan Low Fat amat kurang zat-zat tertentu. Susu anelene pula menggunakan susu Low Fat dalam ramuannya menyebabkan susu ini cacat walaupun banyak mengandungi kalsium.

    Susu Low Fat ini juga kurang khasiat perubatan kerana kandungan lemaknya adalah sangat diperlukan dalam kesempurnaan rawatan menggunakannya.

    Dengan itu tolak susu HL, Low Fat dan Anlene dan ambillah susu lembu segar atau susu lembu fullcream.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  23. Tidak perlu ditolak sebenarnya susu-susu yg dikatakan tersebut, tetapi minumlah mengikut keperluan, dan jangan berlebih-lebihan, kerana dalam Islam sendiri kita tidak boleh berlebih-lebihan terutamanya dalam bab makan minum ini, cukup sekadar keperluan.

    Tentang susu-susu yang disebutkan, ada pro dan kontranya. Kepada yg mengalami masalah kegemukan atau obesiti, sudah tentu lemak yang berlebihan tidak diperlukan. Jadi susu rendah lemak adalah sebagai alternatif bagi mereka (tiada susu baik yang diproses, dipesteur dan sebagainya yg tiada lemak 100%, yg membezakan ia adalah rendah atau tinggi kandungan lemaknya).

    Hendak mencari susu segar (susu yg betul2 diperah dari tetek lembu betina dan diminum) agaklah sukar, terutamanya bagi penduduk di bandar-bandar. Susu sebegitu juga tidak tahan lama disimpan. Bakteria dan kuman akan cepat merosakkan susu segar itu, terutamanya pada iklim negara kita yg panas dan lembab ini (khatulistiwa). Berbeza berbanding di negara timur tengah dan asia barat yg mengalami iklim panas dan kering (bakteria sukar hidup dalam iklim tersebut), susu segar di sana lebih tahan lama.

    Oleh itu susu-susu yg berjenama itu adalah sebagai alternatif kepada kita. Tentang sembuh atau tidak penyakit kita, itu semua kuasa Allah swt. Kita hanya berikhtiar, bukan ubat atau susu atau sebagainya yg menyembuhkan kita, tetapi Allah swt yg mengkehendakkan sama ada kita sembuh atau tidak (terutamanya penyakit tulang rapuh yg diperkatakan). Sebagai manusia, kita hanya berikhtiar.

    Kesimpulannya disini, tidak perlulah kita menolak susu-susu berjenama yg diperkatakan. Tetapi minumlah mengikut keperluan kita. Jangan berlebih-lebihan. Minum sekadar perlu. "Prevention is better than cure", sekiranya tulang sudah rapuh baru kita hendak merawatnya, sudah tentu agak sukar, terutama bagi warga emas. Apa yg penting, selagi ada kudrat, marilah kita menjaga makan minum kita dan sentiasa amalkan gaya hidup yg sihat. Selalulah bersenam, dan jangan merokok atau makan minum yg diharamkan seperti arak. Banyakkan berpuasa sunat. Insyallah kita akan sihat dan ceria selalu.....:)

    ReplyDelete
  24. Tidak perlu ditolak sebenarnya susu-susu yg dikatakan tersebut, tetapi minumlah mengikut keperluan, dan jangan berlebih-lebihan, kerana dalam Islam sendiri kita tidak boleh berlebih-lebihan terutamanya dalam bab makan minum ini, cukup sekadar keperluan.

    Tentang susu-susu yang disebutkan, ada pro dan kontranya. Kepada yg mengalami masalah kegemukan atau obesiti, sudah tentu lemak yang berlebihan tidak diperlukan. Jadi susu rendah lemak adalah sebagai alternatif bagi mereka (tiada susu baik yang diproses, dipesteur dan sebagainya yg tiada lemak 100%, yg membezakan ia adalah rendah atau tinggi kandungan lemaknya).

    Hendak mencari susu segar (susu yg betul2 diperah dari tetek lembu betina dan diminum) agaklah sukar, terutamanya bagi penduduk di bandar-bandar. Susu sebegitu juga tidak tahan lama disimpan. Bakteria dan kuman akan cepat merosakkan susu segar itu, terutamanya pada iklim negara kita yg panas dan lembab ini (khatulistiwa). Berbeza berbanding di negara timur tengah dan asia barat yg mengalami iklim panas dan kering (bakteria sukar hidup dalam iklim tersebut), susu segar di sana lebih tahan lama.

    Oleh itu susu-susu yg berjenama itu adalah sebagai alternatif kepada kita. Tentang sembuh atau tidak penyakit kita, itu semua kuasa Allah swt. Kita hanya berikhtiar, bukan ubat atau susu atau sebagainya yg menyembuhkan kita, tetapi Allah swt yg mengkehendakkan sama ada kita sembuh atau tidak (terutamanya penyakit tulang rapuh yg diperkatakan). Sebagai manusia, kita hanya berikhtiar.

    Kesimpulannya disini, tidak perlulah kita menolak susu-susu berjenama yg diperkatakan. Tetapi minumlah mengikut keperluan kita. Jangan berlebih-lebihan. Minum sekadar perlu. "Prevention is better than cure", sekiranya tulang sudah rapuh baru kita hendak merawatnya, sudah tentu agak sukar, terutama bagi warga emas. Apa yg penting, selagi ada kudrat, marilah kita menjaga makan minum kita dan sentiasa amalkan gaya hidup yg sihat. Selalulah bersenam, dan jangan merokok atau makan minum yg diharamkan seperti arak. Banyakkan berpuasa sunat. Insyallah kita akan sihat dan ceria selalu.....:)

    ReplyDelete
  25. susu apa yang disarankan..saya berumur 28tahun dan hampir setiap hari mengambil susu tepung jenama OMEGA..ok ke??

    ReplyDelete
  26. Susu omega asalkan dihasilkan dari tepung fullcream boleh sahaja

    ReplyDelete
  27. salam,
    kenapa la makan hati, nak tambah darah.

    Kita jadi kan al-Quran dan sunnah untuk tapis teori sains sama ade nak terima atau tidak.Kita kena kaji. Allah yang suruh kaji dan lihat.

    Jadi kita lihat kenapa sel darah umur pendek?.Hydrogen peroxide berlebihan dalam badan. Kenapa berlebihan????????? Dalam al-Quran ada dinyatakan.

    Perlu vitamin B untuk aktifkan enzim GSH dan akan tukarkan hydrogen peroxide kepada air yang dihasilkan dalam badan yang berlebihan(rosakan sel/umur darah pendek) yang akan mengurangkan usia sel darah tersebut.

    Dua benda ni ada dalam kurma, buah delima .




    ReplyDelete
  28. prof emjay???

    KAHAKAHAKAHKAH!!

    dia ni TUHAN la...

    ReplyDelete
  29. Tak tahan,tak tahan, tak tahan la....aku he,he,he,he....

    ReplyDelete