Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 25 June 2007

Anak dilahirkan sebagai raja, jangan biarkan ia terus menjadi raja!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Updated 14 Disember 2019

Segala puji kepada Allah yang memberikan begitu banyak rahmat kepada diriku ini.

Pada 25 Jun pukul 8.18 pagi, saya telah mendapat PM dari pembaca Laman Emjay daniajohor berbunyi begini “emjay....mana pergi lama dah tak update blog nie.wasalam”.

Saya begitu terharu dengan PM ini. Rupanya pembaca laman emjay ini dan mungkin pembaca lain juga tertunggu-tunggu akan update saya terkini maklumlah update yang lepas hanya dilakukan pada 15 Jun lalu iaitu 10 hari lepas.

Saya sebenarnya baru saja kembali pada lewat petang semalam Ahad setelah berkampung di somerset Rompin semenjak khamis lepas. Menguruskan program motivasi staf fakulti. Memang terlalu banyak untuk diselaraskan sehingga laman emjay tidak dapat diupdate untuk tempuh yang lama.

Saya sentiasa bersyukur dengan Allah SWT dikurniakan 6 orang anak 4 puteri dan 2 putera. Saya  cuba membayangkan seandainya Allah memberikan hanya seorang anak atau mungkin tidak ada anak langsung sebagaimana ramai pasangan masa kini. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Saya mengingatkan semua pembaca dan diri saya supaya sentiasa  membalas segala nikmat anak yang diberikan oleh Allah SWT dengan sewajarnya dan bukan dengan melakukan kesyirikan sebagaimana dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190

"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"

Sememangnya ramai ibu bapa hari ini membalas rahmat anak yang diberikan sihat dan selamat oleh Allah SWT dengan melakukan syirik seperti memasukkan pensel dan pembaris di dalam bekas tembuni yang di tanam atau memungut tangkal agar anak dilindungi dari gangguan syaitan atau dengan meletakkan objek seperti paku, gunting dan surah Yasiin berhampiran bayi. Semua pekerjaan ini adalah pekerjaan syirik yang bakal mengundang pelbagai musibah dari Allah.

Apabila Allah mengurniakan seorang bayi lelaki atau perempuan, kenanglah rahmat bagaimana Allah perintahkan bayi ini untuk menyusu dari puting susu emaknya. Sebagai ibu, berdoalah agar dapat menyusukan bayi selama tempuh dua tahun. Berbagai rahmat dari amalan ini. Antara kebaikan amalan menyusukan bayi selama 2 tahun ini ialah:

1.      Anak sangat kurang mendapat penyakit sebagaimana bayi yang menyusu botol
2.      Kurang kos untuk membeli susu bayi – menjimatkan
3.      Kurang kerja seperti memasak air dan membancuh susu
4.      Ibu bapa tidak perlu bangun malam membancuh susu
5.      Anak lebih sihat berbanding anak yang menyusu botol
6.      Ibu insyaAllah tidak akan mengandung dalam tempuh menyusukan bayi ini.
7.      Badan ibu akan cepat kembali slim macam sebelum mengandung kerana segala bekalan makanan dalam badan si ibu akan ditukarkan menjadi susu ibu.

Begitulah antara rahmat Allah kepada ibu yang menyusukan anak.

Sultan Brunei adalah seorang Raja

Sewaktu seorang anak dilahirkan, dia adalah seorang raja yang paling hebat di dunia dan tidak ada seorang raja pun di dunia yang lebih hebat dari mereka. Apabila perut lapar, dengan satu perintah sahaja, ibu akan  datang untuk menyusukan anak ini. Apakah perintah universal yang digunakan oleh siraja berumur satu hari ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah “MENANGIS”. Dengan perintah menangis ini juga segala dayang-dayang akan berkerumun untuk melayani kehendak si raja kecil ini. Bila tidak selesa kerana kencing atau berak, si raja kecil akan menangis. Bila sakit juga akan menangis. Pendek kata hanya dengan satu perintah sahaja iaitu menangis, segala kehendak si raja kecil ini akan dipatuhi oleh segala dayang-dayang yang terdiri dari ibu, bapa, kakak, abang, nenek, datok, orang gaji dan sebagainya.

Tabiat menangis untuk memerintah akan dikekalkan selama mungkin oleh si raja kecil ini. Lebih lama lebih menyeronokkan. Saya sendiri pun yang sudah berusia lebih 50 tahun merasakan seronok sekiranya sentiasa ada dayang-dayang yang  setia  memandikan saya, menyuapkan saya, memakaikan baju, memandu kereta saya dan melakukan segalanya untuk saya. Namun adakah tabiat ini sesuatu yang terbaik bagi diri saya? Jikalau saya di layan sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun dan kemudian layanan ini dihentikan, apakah akan terjadi kepada saya? Bolehkah saya berdikari? Adakah saya akan menjadi orang yang tabah? Adakah saya akan menjadi orang yang sabar? Adakah saya akan menjadi orang yang rajin? Adakah saya akan mampu menguruskan diri saya sendiri? Sebenarnya, membesarkan saya sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun hanya akan mengundang lebih banyak masalah kepada diri saya di kemudian hari.

Merubah sikap anak dari seorang raja kepada seorang manusia normal hendaklah dilakukan seberapa segera kerana ini akan lebih menguntungkan anak ini dan juga menguntungkan kedua ibu bapa mereka. Kadang kala kita perhatikan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila selepas berak, masih ibu bapa mereka yang membersihkannya sedangkan ada anak yang ketika berusia 6 tahun sudah dilatih membasuh baju mereka sendiri selain membasuh pinggan mangkuk.

Anak besar yang masih kerap menangis menunjukkan anak ini masih mengekalkan sifat raja. Seorang anak kecil yang tidak lagi menangis menandakan anak kecil ini alhamdulillah telah berjaya membuang sifat raja.

Saya pernah melihat seorang anak saudara saya  yang sudah berusia 8 tahun masih memerintah dengan tangisannya terutama sekali apabila berada di shopping complex. Si anak ini akan terus menangis sehingga ayahnya membelikan permainan sebagaimana yang dihajati anak kecil ini. Sifat ini sebenarnya adalah satu sifat yang patut dielakkan dan sebenarnya ibu bapa kanak-kanak ini sedang mengajar anak kecil ini nilai degil, kepala batu dan semoga semua orang lain hanya mendengar kehendaknya sahaja.


Bukan begini caranya untuk merotan anak!!


Persoalan paling utama kini ialah bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak kecil membuang sifat raja yang dikurniakan Allah semenjak dilahirkan? Ilmu psikologi barat mengajar pelbagai ilmu untuk mendidik sebahagiannya adalah jelas baik namun sebahagiannya pula jelas amat buruk terutama sekali ilmu yang tidak menggalakkan ibu bapa merotan anak-anak. Bagi saya ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhamad SAW adalah ilmu yang terbaik dan tiada tolok bandingnya. Jikalau ilmu dari nabi Muhamad ini dilaksanakan di Malaysia, insyaAllah tidak perlu dibangunkan bangunan penjara di Malaysia serta kira-kira sejuta umat Malaysia yang menagih dadah dapat dielakkan. Sebagai contoh apabila seorang penagih dadah telah disahkan mengambil dadah, terus ikat di depan masjid dan selepas solat asar, rotan mereka ini kerana telah mengambil bahan yang memabukkan sebagaimana hukuman rotan ke atas orang yang minum arak. Rotan ini bukan sebagaimana hukuman rotan kini yang tersangat kuat. Hukuman rotan dalam islam adalah lebih lembut tetapi bilangannya adalah lebih untuk mendidik dan bukan untuk membunuh. InsyaAllah kalau dilaksanakan hukuman ini, tidak ada rakyat Malaysia yang akan menghisap dadah sebagaimana sangat jarang umat Arab Saudi yang ingin mencuri kerana takutkan dipotong tangannya.

Apa yang ingin saya jelaskan didalam tulisan  saya kali ini ialah ROTANLAH anak-anak kecil untuk mendidik mereka kerana ilmu ini sudah diajarkan Nabi Muhamad SAW sebagaimana disebut Nabi untuk merotan anak-anak apabila sudah mencecah usia tertentu tetapi masih tidak mahu solat. Islam menyediakan pahala dan dosa serta syurga dan neraka. Pada pandangan saya, menggunakan rotan untuk mendidik berserta ganjaran apabila anak melakukan sesuatu yang baik adalah amalan terbaik.

Berdasarkan pengalaman membesarkan anak-anak ini, memanglah amalan merotan anak adalah cara terbaik untuk mendidik anak. LEBIH AWAL MEROTAN, LEBIH CEPAT SIFAT RAJA DAPAT DIBUANG DARI DIRI ANAK-ANAK DAN LEBIH CEPAT ROTAN DAPAT DIGANTUNG (disimpan untuk adiknya pula). Jikalau mengikut pengalaman dan didikan arwah guru saya, usia anak kira-kira 1 ½ tahun sudah boleh dimulakan rotan walau pun setengah anak ini belum pandai bercakap. Mungkin pada usia ini, apabila anak kecil gemar melontar barang hingga merosakkan permainan sudah melayakkan untuk dirotan dengan ringan sahaja. Bila anak ini sudah berjaya untuk tidak lagi melontar barang, berilah ganjaran seperti menggosok kepala atau dicium.

Pada usia ini, rotan dilakukan bukan untuk benar-benar menyakitkan tetapi untuk merasakan sedikit perasaan sakit dan mengelakkan anak ini melakukan tabiat yang tidak sepatutnya dilakukan. Kadang-kadang sekadar menunjukkan rotan sudah berjaya mendidik anak dalam usia ini. InsyaAllah sekiranya amalan merotan ini diamalkan dengan konsisten bersama kaedah ganjaran, amalan merotan sudah boleh dihentikan pada usia anak ini mencecah 4 tahun. Insya Allah anak ini akan patuh kepada kedua ibu bapa hanya dengan arahan lisan tanpa menggunakan rotan.

Bahagian mana pula yang paling baik untuk dirotan? Menurut pesanan arwah guru, bahagian terbaik untuk dirotan ialah tapak tangan dan tapak kaki. Elakkan dari merotan bahagian lain kerana merotan bahagian lain hanya akan menjadikan anak lebih degil. Merotan tapak tangan ada kalanya mengundang bahaya kerana akan menyebabkan kecederaan terutama sekali apabila anak ini menutup tapak tangannya dengan menggenggam jarinya. Kalau ingin merotan di tapak tangan, adalah lebih baik agar ibu atau bapa memegang jari-jari anak ini agar rotan hanya menyentuh kawasan di tapak tangan sahaja.

Gunakanlah rotan sahaja dan bukan pembaris, tali pinggang atau penggantung baju. Menurut pesan arwah guru, menggunakan rotan membawa rahmat dari Allah kerana mengamalkan sunnah nabi berbanding objek lain. Ini telah terbukti melalui pengalaman membesarkan anak. Lain kesannya apabila menggunakan pembaris atau penggantung baju.

Bagi ibu bapa yang mengamalkan amalan merotan kepada anak yang sudah berusia lebih besar seperti 10 tahun dan 15 tahun, cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa ini adalah jauh lebih mencabar berbanding merotan anak yang berusia lebih muda seperti 2 tahun. Kadang-kadang ibu bapa akan tewas kerana amalan merotan yang dilakukan pada usia ini tidak mendatangkan kesan sebagaimana dihajati. Apa yang perlu difahami ialah, peringkat permulaan merotan bagi kanak-kanak berusia lebih dari 6 tahun, sememangnya mendatang kesan yang menakutkan di awal proses ini kerana ia akan lebih mengundang pelbagai kesan sampingan diluar jangkaan yang berbentuk negatif. Sila baca artikel saya bertajuk MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati. Yang diterbitkan pada 17 Mei 2007. Segala perbuatan baik insya Allah terpaksa melalui kesan yang seolah-olah negatif di awal proses namun sekiranya diteruskan berserta doa dan bertawakal kepada Allah insyaAllah ia bakal mengundang kejayaan sebagaimana dihajati selepas satu tempuh waktu.

Adalah perlu sekali diingati dan difahami bahawa kekecohan akibat amalan merotan diperingkat awal ini akan mengundang kegusaran. Dalam tempuh membersihkan perigi buta “sikap raja” ini, pertentangan akan berlaku antara kehendak ibu bapa untuk menyingkirkan sifat raja dan kehendak anak ini untuk mengekalkan sifat raja. Pertentangan ini akan berterusan untuk satu tempuh waktu berdasarkan ketekunan, consistency dan kesungguhan dari kedua-dua pihak ini. Satu pihak perlu memenangi pertentangan ini. Sekiranya anak yang menang, ibu bapa akan kecewa dan terpaksa menggantung rotan tanpa mencapai sesuatu. Anak akan terus dengan sifat raja. Sekiranya Ibu bapa yang memenanginya pula, alhamdulillah anak akan menjadi anak yang baik yang bakal mengundang pelbagai rahmat lain dari Allah.

Pertentangan dan peperangan dari dua  pihak ini akan mencapai satu peperangan utama besar yang klimaks yang amat menggusarkan kedua-dua pihak. Pada peringkat ini, Allah sahaja yang tahu bagaimana tekanan perasaan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada ibu bapa. Inilah peperangan yang bakal menentukan halatuju si anak ini. Apa yang saya maksudkan di sini ialah anak kecil ini akan mengeluarkan segala kudrat dan akalnya untuk memenangi peperangan agar dapat terus kekal menjadi raja. Kadang-kadang setelah dirotan, anak ini akan menunjukkan perangai yang tidak diduga sama sekali seperti orang kerasukan syaitan dengan merosakkan pelbagai barangan di rumah dan ada pula yang menyerang ibu atau ayahnya. Sekiranya perlu, ibu dan ayah perlu melakukan sesuatu seperti mengikat tangan dan kaki anak kecil ini dan terus merotannya mungkin di tapak kaki. Kadang-kadang setelah diikat kaki dan tangan, perlu dikurung pula di dalam bilik air untuk satu tempuh yang lama. Tujuannya adalah untuk memenangi peperangan ini semoga ibu bapa dapat mendidik anak dengan cara yang paling baik dan terus membuang sifat RAJA. Sekiranya peperangan yang paling besar ini dimenangi oleh pihak ibu bapa, insya-Allah tidak lama lagi rotan ini hanya diperlukan sekali sekala sahaja dan mungkin tidak lama selepas itu ia sudah boleh terus digantung. 

Dalam setiap kali merotan, sekiranya anak kecil ini terus menangis setelah dirotan, ini maknanya ia masih ingin menunjukkan sifat rajanya dan ingin memprotes tindakan ibu ayah ini. Pastikan ini tidak berlaku, sekiranya anak ini menangis selepas dirotan, tambahlah merotannya sehingga anak ini tidak lagi menangis.

Apa yang perlu diingat oleh ibu bapa ketika merotan ialah amalan ini dilakukan bukan kerana perasaan benci dan marah kepada anak tetapi adalah kerana ingin mendidik anak ini agar menjadi seorang insan yang berguna disisi agama bangsa dan keluarga. Dicadangkan  setiap kali ingin merotan, ambillah air sembahyang  dan berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah memudahkan proses didikan ini. Ia memang satu proses yang berat namun kesudahan proses ini adalah sesuatu yang menarik.

Kini ilmu merotan ini telah saya ajarkan kepada mereka yang benar-benar ingin berkongsi ilmu dengan saya. Ada antara mereka yang saya minta merotan anak mereka yang membuat perangai yang tidak elok di rumah saya didepan saya. Alahmdulillah anak hamba Allah ini telah berubah menjadi lebih positif dan lebih mudah dibentuk.

Gunakanlah amalan merotan untuk mendidik anak ini dengan sewajarnya terutama sekali apabila tidak sembahyang. Kesalahan-kesalahan lain seperti mencuri barang adik beradik, tidak mengemas bilik, tidak mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya juga boleh juga dirotan.

Saya sewaktu kecil dahulu banyak dirotan oleh emak saya namun setelah dewasa tidak ada pula sifat benci kepada ibu saya ini malahan saya mengucap syukur alhamdulillah atas segala pengalaman yang saya telah lalui.

Terima kasih dan alhamdulillah Ya Allah kerana mengizinkan saya dididik untuk merotan anak-anak saya. Semoga jasa ayah ibu yang mendidik saya dibalas sewajarnya oleh Allah dan begitu juga dengan arwah guru saya yang sangat saya kasihi semoga diterima Allah segala amalannya.

Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

31 comments:

  1. Isteri yang kuat menangis juga menunjukkan satu tabiat sentiasa nak jadi raja. Apabila ditegur menangis menunjukkan bahawa si isteri tidak mahu ditegur dan arahan tidak langsung dari si isteri ini adalah menangis untuk memberitahu sang suami bahawa dia tidak suka ditegur. Isteri seperti ini adalah isteri yang besar kepala dan kepala stainless steel yang lebih keras dari batu. Menangani isteri macam ini memang satu azab yang amat pedih dari Allah. Orang macam ini memang sukar diajak berunding sebab dia memang tidak mahu bertolak ansur dan akan sentiasa nak menang di dalam setiap perbalahan, maklumlah raja yang dah tua. Memang sukarlah untuk melentur buluh tua. Kadang-kadang saya suka untuk mencadangkan isteri seperti ini supaya diberikan sahaja seorang madu. Kalau dia masih berdegil, memang islam menyuruh meninggalkan tempat tidurnya. Tinggalkan untuk tempuh yang lama sehingga isteri ini tidak lagi mahu menangis dan akur dengan perintah suami terutama sekali dalam bab agama yang tidak boleh ditolak ansur.

    ReplyDelete
  2. Dah dapat daniajohor?

    Cepat sungguh masuk artikel ini.

    Semoga Allah sentiasa melindungi sdr daniajohor

    ReplyDelete
  3. dh. terima kasih. Semoga Allah sentiasa melindungi emjay juga.

    ReplyDelete
  4. Mengucapkan salam..Syukran.. ustaz ...tq tq tq di atas perkongsian ilmu yang berguna ini, insyallah saya akan cuba amalkan pada anak2 saya...

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam padeiyapak

    Semoga Allah memberikan kemudahan dan pertolongan sewaktu melaksanakannya

    ReplyDelete
  6. jazakAllah ya prof... saya isteri yang menangis... bukan bermaksud nak jadi raja...cuma minta difahami... tapi lepas baca apa yang prof tulis ni, saya jadi insaf.... ye la airmata senjata wanita tapi senjata kalau disalahguna buleh membawa maut...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh

    Saya terharu dengan reply dari sdr merahkuning.

    Seorang isteri adalah golongan yang paling mudah masuk syurga...... Dengan mentaati suami, sudah layak memasuki syurga Allah ikut pintu mana yang disukai. Taati suami kerana Allah.

    Memang airmata seorang isteri senjata apabila berbalah dengan suami, tujuannya ialah untuk memenangi perbalahan tersebut. Sebagaimana kata-kata merahkuning, "tapi senjata kalau disalahguna buleh membawa maut..."

    Banyak sekali rahmat bakal diberikan Allah sekiranya isteri taat dan hormat kepada suami. Antara pelbagai rahmat Allah nanti ialah anak-anak lebih taat dan hormat kepada emak. Bila isteri degil dan kerap menangis bila dinasihati, kelak anak-anak menjadi degil kepada ibunya sebagaimana isteri degil kepada suaminya.

    Saya mendoakan semoga rumahtangga merahkuning dikurniakan pelbagai rahmat oleh Allah SWT.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

    Semoga Ustaz dan seisi keluarga selalu dalam rahmat dan berkah Allah SWT.

    Ustaz, terima kasih di atas "Methode Pendidikan" yang sangat-sangat bermanfaat ini, insha Allah cara-cara mendidik ini akan kami terapkan semaksimum yang boleh.

    Semoga amal ibadah Ustaz yang telah, sedang dan yang akan Ustaz laksanakan diterima dan dirida-i Allah Ta'aalaa.

    Ustaz, hari ini ana baru berniat hendak mengingatkan antum untuk menulis makalah berkenaan, sebab dulu antum pernah berpesan kepada ana untuk mengingatkan antum bila dalam +- dua bulan makalah ini belum ditulis, akan tetapi alhamdulillah, hari ini makalah ini dah siap dan bahkan sudah dilayari oleh sekian banyak penuntut antum, termasuk ana. Sekali lagi terima kasih Ustaz, baarakallaahu lakum wa liahliikum ajma'iin.

    Wassalamualaikum Wr. Wb.
    Albangkawy66 dan keluarga.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbh

    Berhubung dengan tulisan tambahan saya di atas, saya ingin menyampaikan satu pengalaman mahal seorang hamba Allah untuk dikongsikan oleh pembaca laman emjay sekelian.

    Hamba Allah ini saya namakan puan Asiah. Di awal perkahwinan puan Asiah kelihatan baik sekali. Setelah dikurniakan Allah pelbagai rahmat dari Allah termasuk anak dan harta yang melimpah, Puan Asiah semakin menonjol sifat raja pada dirinya. Setiap kali ditegur oleh suaminya, air mata menjadi senjata untuk mematahkan teguran suami. Teguran kecil yang berasaskan agama seperti kewajipan memuliakan tetamu akan berkesudahan dengan tangisan.

    Begitulah Puan Asiah semakin hari semakin menjadi-jadi sifat rajanya. Tangisannya semakin lama semakin berkesan untuk mematahkan setiap teguran suaminya.

    Pelbagai teguran lain agar Puan Asiah menjadi seorang isteri dan ibu yang baik akan diserang balik dengan tangisan. Bila Si ibu menangis dan didengari pula oleh-anak-anak, nampak seolah-olah sibapa yang menegur pula yang bersalah yang menimbulkan ketidakharmonian.

    Akhir kesudahan cerita ini ialah Puan Asiah telah diceraikan dan hiduplah Puan Asiah seorang diri dengan tiada suami baru sehingga kini dan anak-anak yang berjauhan darinya.

    Syurga anak banyak bergantung kepada ibunya dan syurga ibu banyak bergantung kepada suaminya. Buat baik dibalas kebaikan dan buat jahat dibalas kejahatan oleh Allah SWT.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...
    Setelah hampir 3 bulan lebih berkenalan dengan laman Emjay ini dengan ilmu merotan anak yang diperolehi sendiri dari Emjay beserta rotannya sekali pada awalnya,Allhamdulillah ternyata amat berkesan sekali cara ini. Perubahan pada anak amat ketara seperti di artikal di atas. Terima kasih dengan ilmu yang diberikan oleh Ustaz Emjay semoga dibalas dengan rahmat Allah.
    Wassalam..

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah terus mengurniakan rahmatNya kepada keluarga bhmn

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...semua,
    Kepada emjay saya mmg selalu merotan anak2 saya tapi bukan kuat2 hanya utk mengertak mereka sahaja,Alhamdulillah dgn rahmat Allah SWT dan rahmat doa2 mal & pak mertua saya dan juga saya & isteri saya anak saya yg no.1 tu dpt no.1 dlm kelas tadika 5 tahun utk semester 1 dgn semua soalan yg di jawabnya dpt landslight 100% betul utk setiap kertas soalan.Saya mendpt tahniah dari kedua mertua saya begitu juga dari ipar2 saya,tapi dlm byk2 tahniah ade juge yg saya tak setuju dgn nasihat mereka iaitu jgn suka pukul anak kerana anak2 zaman sekarang ni lain sikit (saya bagitau wife saya yg saya tak setuju dgn nasihat ni ) saya mmg merotan anak2 saya jika mereka degil tapi tak kuat cuma nak gertak saje seperti yg saya katakan awal2 tadi,kerana Allahyarham ayah saya memang mendidik abang2 & kakak2 saya dgn cara ini dan & Alhamdulillah mereka semua menjadi dlm hidup,begitu juge dgn rakan2 saya yg mempunyai ayah yg agak garang ( semua ade degree & otak yg geliga) Tapi sekarang apabila emjay sudah memberitahu yg kalau nak rotan mesti di tapak tangan atau kaki saya rasa lebih yakin atas tindakan saya dan saya akan beritahu wife yg ada dalil yg kukuh utk mendidik anak2 dgn merotan jika mereka degil :)
    Alhamdulillah & terima kasih banyak2 sekali lagi kepda emjay atas usaha beliau yg susah payah berkongsi ilmu utk kita semua di laman nya.Semoga kita semua dirahmati Allah dgn mengikuti suruhan2Nya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...semua,
    Kepada emjay saya mmg selalu merotan anak2 saya tapi bukan kuat2 hanya utk mengertak mereka sahaja,Alhamdulillah dgn rahmat Allah SWT dan rahmat doa2 mal & pak mertua saya dan juga saya & isteri saya anak saya yg no.1 tu dpt no.1 dlm kelas tadika 5 tahun utk semester 1 dgn semua soalan yg di jawabnya dpt landslight 100% betul utk setiap kertas soalan.Saya mendpt tahniah dari kedua mertua saya begitu juga dari ipar2 saya,tapi dlm byk2 tahniah ade juge yg saya tak setuju dgn nasihat mereka iaitu jgn suka pukul anak kerana anak2 zaman sekarang ni lain sikit (saya bagitau wife saya yg saya tak setuju dgn nasihat ni ) saya mmg merotan anak2 saya jika mereka degil tapi tak kuat cuma nak gertak saje seperti yg saya katakan awal2 tadi,kerana Allahyarham ayah saya memang mendidik abang2 & kakak2 saya dgn cara ini dan & Alhamdulillah mereka semua menjadi dlm hidup,begitu juge dgn rakan2 saya yg mempunyai ayah yg agak garang ( semua ade degree & otak yg geliga) Tapi sekarang apabila emjay sudah memberitahu yg kalau nak rotan mesti di tapak tangan atau kaki saya rasa lebih yakin atas tindakan saya dan saya akan beritahu wife yg ada dalil yg kukuh utk mendidik anak2 dgn merotan jika mereka degil :)
    Alhamdulillah & terima kasih banyak2 sekali lagi kepda emjay atas usaha beliau yg susah payah berkongsi ilmu utk kita semua di laman nya.Semoga kita semua dirahmati Allah dgn mengikuti suruhan2Nya.

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Memang begitulah teknik merotan. Mulakan dengan paling ringan. Kalau yang ringan sudah berkesan, pakai gertak pun dah kira OK.

    Kalau anak perempuan lagi mudah mendidik cara merotan kerana mereka lebih sentitif berbanding anak lelaki. Bagi anak lelaki pun, kalau rotan sedikit sudah berkesan, jangan tambah kekuatan merotannya.

    Apa saja yang kita buat di dunia ini pastinya ada tukang kondem, dalam kes sdr, mereka yang tidak setuju dengan cara sdr itu sebenarnya adalah dalam bahasa kasarnya "syaitan" dari golongan manusia yang marah dengan kaedah merotan kerana syaitan dari golongan jin yang panjang umurnya memang tahu bahawa kaedah merotan ini adalah cara terbaik. Syaitan jin inilah yang membisikkan nasihatnya kepada syaitan manusia agar sdr tidak meneruskan usaha baik sdr.

    Semoga sdr akan terus dirahmati Allah.

    Namun saya ingin sekali menasihati sdr dan isteri sdr agar mengawal diri dari sifat riak kerana sifat ini kelak akan merosakkan anak sdr tersebut serta sdr suami isteri. Saya ada satu kes dimana seorang anak yang berusia semenjak 4 tahun sangat pandai tetapi kini anak tersebut di dalam darjah 2 telah banyak merosot akademiknya. Mudah-mudahan ujian ini menjadi pengajaran yang baik kepada keluarga hamba Allah ini dan semoga Allah memberikan segala rahmat kepada keluarga hamba Allah ini

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Emjay,
    Memang betul kata emjay saya dan isteri saya mmg sentiasa berwaspada kalau bab riak ni.
    Cara yg paling mudah ialah low profile dan senantiasa ingat yg memberi rahmat & kesenangan ialah Allah SWT.
    Terima Kasih emjay.

    ReplyDelete
  16. waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah terus memberikan pelbagai rahmatNya kepada keluarga nanotech17 dan dijauhi sifat riak.

    ReplyDelete
  17. Emjay.. ya saya juga bersetuju yang anak2 harus dirotan sejak kecil lagi.. saya contoh nyer.. mmg degil.. tapi mak dan abah slalu rotan, yang mana akhirnya saya tahu / faham yang saya tak boleh melebihi mak dan abah.. apa yang mereka suruh dan ajar saya kena ikut.. mase kecik2 mmg rasa tak puas hati.. tapi bila dah besar2 nie, saya slalu terfikir.. alhamdulillah.. ini tujuannya mak dan abah rotan saya.. saya sudah jadi orang yang berguna.. cuma saya sedih.. kepada sesetengah ibu bapa yang marah bila kita tegur anak mereka.. saya nie guru tuisyen.. mengajar science and math F1-F3.. kesukaran dan cabaran saya adalah untuk menegur anak2 murid, tak kira murid lelaki atau perempuan.. saya rasa cara saya tegur adalah berpatutan... tidak menggunakan kekerasan atau bahasa yang kesat, cuma sindir dalam gurau.. yg lagi menyedihkan saya, anak murid nie mengadu pada warden asrama, yang akhirnya menyebabkan saya dan warden pula bergaduh..
    emjay bayangkan... kelas mula jam 8.15pm, student saya nie masuk kelas kul 8.45pm, sebab jual nasik lemak yang dibuat oleh cikgu warden nie... saya tegur banyak kali, tapi masih berterusan... satu hari tue, saya tak benarkan dia masuk ke kelas saya, dan aper lagi.. perang besar.. saya tak paham yang mana cikgu warden tue juga seorang guru, mengapa tak sensitif dengan perkara begini, bukan kah tanggungjawab nye untuk memastikan anak2 murid belajar.. kalau mereka tak mahu belajar..saya selaku guru meraka pada waktu tue bertanggungjawab tuk mennegur,... mungkin saya dah terbiasa oleh mak dan abah menghormati guru dan waktu... bila mereke ambil ringan saya rasa itu sesuatu yang salah, dan harus ditegur....
    Sekarang kan emjay.. saya tak ada hati nak menegur mereka...... tapi saya tahu, nasib anak bangsa saya akan datang pasti huru hara kalau sikap begini diteruskan.. anak-anak menjadi RAJA.... nasib baik saya tak kawin lagi...

    ReplyDelete
  18. saya pening dgn perangai adik saya yg melampau... spm thn ni.. kua mlm xingat lngsung nk study.. sosial sgt.. ayah dh x larat nk marah... tegur marah dia akan ugut x blk umah..
    cmne nk nasihati dia?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbh

    adik sdr ini dia dah lama jadi DYMM yang dipertuan agung. Dia ni satu darjah lebih besar dari raja. Dia boleh ugut-ugut ayah ibu pula dengan tak balik rumah pula. Orang macam ni eloknya pegang ramai-ramai, ikat di tiang telefon dan lepaskan kerengga.

    Ini adalah kesilapan ayah ibu kerana sudah lama membiarkan adik ini menjadi raja.

    Untuk mengatasi masalah ini panjang untuk dianalisis. Kena lihat ayah ibu solat atau tidak, ada jumpa bomoh atau tidak, ayah hisap rokok atau tidak, ayah ibu ada bawa rezeki haram balik ke rumah atau tidak dan pelbagai aspek lain.

    Sila beremail terus kepada saya di kangmasjb@hotmail.com untuk bercerita latar belakang keluarga semoga insya Allah saya dapat membantunya.

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbh norhanida

    Yang pertama sekali saya nak menegur "nasib baik saya tak kahwin lagi". Tak elok ayat ini.
    Saya doakan sdr diberikan jodoh oleh Allah dalam masa terdekat ini.

    Sebenarnya tindakan sdr tidak membenarkan pelajar ini masuk selepas 30 minit lewat adalah sangat baik. Cuma untuk melaksanakan sesuatu yang baik memang banyak cabarannya berbanding melaksanakan sesuatu yang buruk. Sdr kena ingat sampai mati bahawa benda yang baik sentiasa banyak cabarannya.

    Sikap raja ini memang dah parah di Malaysia kerana orang Melayu sudah berubah sikap mudah menerima segala ilmu dari barat dan pada masa yang sama sukar menerima ilmu dari Islam.

    Bab tentang kahwin tu mungkin elok sdr email saya di kangmasjb@hotmail.com, mungkin saya dapat membantunya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Saya nasihatkan janganlah menderhaka kepada parents especially IBU sebab dulu semasa saya tak ada anak saya sering gunakan perkataan 'ah' la, malas la bila mak saya suruh buat apa2. Tapi sekarang bila saya dah menjadi ibu saya terasa sangat menyesal dengan apa yang saya buat dulu. Especially bila masa saya pregnant, bersalin, and confinement period ( masa ni memang stress, makan tak best, tungku and stress macamana nak dapat figure balik) . Sakitnya tak payah cerita. Memang mencabar.Dan menitiskan airmata. hu hu...Whatever it is, I love you mum, dunia dan akhirat and maisara, mama love u so much!! And alhamdulillah, saya breastfeed baby saya walaupun sampai 8 bulan jer tapi ok la, badan saya tak lah kembang sangat.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum emjayib.
    saya ada anak kecik berusia l;ebih kurang 9 bulan dan suka membuang barang (normal untuk bayi seusia itu). adakalanya ketika dia bermain benda2 kotor (seperti kasut, tong sampah) saya akan menjentik tapak tangannya. selepas itu, dia akan merengek seolah2 meminta maaf dan tidak membuatnya lagi. selepas beberapa jam dia seakan terlupa dan bermain lagi dengan kasut itu, etc. saya menjentiknya sekali lagi dan dia merengek lagi. adakah bayi 9 bulan sudah boleh dijentik/ dirotan (secara lembut)?

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh

    Elok sangatlah tu sdr rotan / menjentik lembut anak yang berusia 9 bulan. Lagi cepat lagi mudah sebenarnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum ustaz mj

    dulu saya kalau nak mendidik anak2(waktu kecil,dr umur 2-6 tahun)spy tidak nakal dan patuh pada arahan ibubapa,saya selalu guna penyangkut baju (sebab mudah dicapai)untuk menggertak dan pukul sedikit dikaki jika melawan.atau kurung dalam bilik air sebentar.alhamdullillah kedua dua anak perempuan saya sangat mendengar kata dan dah buang tabiat jadi raja sewaktu kecil.kini mereka mempunyai adik yg baru berumur setahun dan bakal lahir pada bulan ogos 2010 nanti.apabila us mj berkongsi maklumat tentang cara menggunakan rotan,saya dan suami akan mempraktikkannya pula selepas ini.saya dan suami pun turut bersyukur kpd Allah swt kerana amalan kedua org tua kami yang sangat keras dan tegas sewaktu mendidik telah mengajar kami cara untuk mendidik anak2 kami pula.terima kasih untuk maklumat yang sangat berguna ini.
    cuma saya nak tanya us mj sikit,kakak saya masih bujang (umur 38) mengambil seorang anak angkat(girl).dia sangat dan terlalu memanjakan anaknya.kini anaknya berumur 1 thn setengah.apabila anaknya buat perangai(baling barang 2 mainan tanda protes)maka kakak saya pun tanpa merungut,kutip balik walau berkali kali barang yang lain pula dilemparkan.sampai botol susu yg dibalingkan terkena kepalanya,dia masih senyum lagi.kerana pantang untuk dia memarahi anaknya,apatah lagi mahu memukul.saya beserta kakak2 yg lain (juga punya ramai anak)ada juga menegur cara dia mendidik anak dengan betul(membuang sifat raja) sebaliknya kami pula yang dimusuhi.dia terlalu taksub dengan ajaran mendidik anak cara barat(dia banyak menelaah buku2 terbitan mat salleh) iaitu tak boleh tengking anak,pukul anak nanti anak jadi lembab,kena curahkan sepenuh kasih sayang kat anak.saya tahu cara itu salah sama sekali,tapi bagaimana saya nak menegurnya?agar dimasa hadapan senang untuk dia membentuk anaknya menjadi orang berguna.kakak 2 saya yang lain dah surrender nak tegur lagi,sebab dia akan jadi marah kalau ditegur cara dia didik anaknya.bagaimana nak selesaikan masalah berkenaan kakak saya ini?minta pendapat ust mj.
    wassalam

    ReplyDelete
  25. Waalaikumussalam wbh

    Kakak sdr saya rasa beliau memang banyak masalah. Masalah besarnya mungkin penghayatan agama Islam pun lintang pukang. Dalam situasi sebegini, betulkanlah dahulu agamanya. Kalau tang agama pun boleh berubah kepada menjadi lebih baik, insya-Allah bolehlah dinasihati tang bab anaknya tu, Tetapi kalau bab agama pun tidak boleh berubah kepada kebaikan, biarkanlah dia terjun dengan labu-labunya.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Emjay,

    Sudah seminggu saya membaca laman Emjay ni. Terima kasih berkongsi ilmu disini. Sebenarnye saya search mengenai mendidik anak yg degil, lalu di link ke lelaman Emjayjb ni. Kelmarin suami saya tlh menampar anak kami yg berusia 2 1/2 thn utk mengajarnye supaya tidak menjadi 'raja'. Tapi ibu saya yg menjaga anak kami tidak suka dgn tindak kan suami. Alhamduillah setelah membaca article di atas , saya berkongsi dgn suami dan ibu. Masalah kami susah mendidik anak yg di jaga oleh atuk dan nenek kerana mereka dimanjakan. Terima kasih tuan emjay byk yg saya dpt pelajari dr blog ini.

    ReplyDelete
  27. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT.

    Namun eloklah jangan ditampar anak tu, Biarlah di rotan saja ditapak kaki atau tapak tangan. Ditapak kaki tu kalau dirotan sampai birat pun tak apa. Menampar anak ditakuti anak semakin kuat melawan.

    Emjay

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...saya berminat dengan panduan yg diberikan oleh emjayjb ni...saya memang cepat panas ati apabila anak saya melakukan kesalahan seperti tidak mendengar apa yang saya larang...senang ckap ank sulung saya ni memang seorang yang aktif dan dia memang susah untuk ditegur..umurnya baru nk msuk 4 thun..jadi apa yang sepatutnya yang saya lakukan untuk menarik minat anak saya supaya mendengar kta saya..lagi satu saya pulak asyik bising kt suami yang buat masa terdekat xnk pkir lg untuk tambah anak..maklumlh anak yang no 2 pun baru setahun lebih jd penat cikitlh untuk kawal anak2 saya.adakah dengan cara saya asyik merungut tentang bebanan yang saya tanggung untuk membesarkn anak itu satu perkara yang berat dan memenatkan.

    ReplyDelete
  29. Waalaikumussalam wbh

    Tentang anak yang dah 4 tahun tu, mana yang tak betul rotan saja di tapak kakinya, tak penat.

    Tentang merungut/mengeluh, inilah sesuatu yang amat merugikan. Boleh tak selepas saya solat malam selama 1 jam dari 3 pagi hingga 4 pagi kemudian keesokan harinya saya mengeluh/merungut. Mengeluh/merungut hanya membatalkan amal ibadah. RUGIIIIIII. Sdr sudah banyak amal ibadah, seperti melahirkan anak, menyusukan anak, mengurus rumah tangga, melayan suami, pendek kata banyak sekali amal ibadah sdr tetapi apabila merungut / mengeluh maka sia-sia saja amal ibadah sdr.

    Belajar sabar belajar redha. Semakin banyak amal ibadah memang semakin penat tetapi itukan ibadah. Solat pun memang penat. Kalau nak dibanding saya ni, kerja di utm, uruskan anak dan isteri, menyelenggara Laman Emjay, menulis artikel baru laman Emjay, mengajar agama bagi mereka yang berhajat dari 9 malam sampai 11 - 12 malam disamping menjadi bendahari koperasi utm. Kalau saya merungut / mengeluh, sia-sia amal ibadah saya. Tetapi apabila kita melakukan amal ibadah dengan hati yang ikhlas, selepas penat mengerjakan segala amal ibadah tersebut, terselit kegembiraan kerana alhamdulillah dapat membanyakkan ibadah. Itulah sewajarnya.

    Jangan bandingkan kerja sdr dengan kerja suami kerana ini hanya bakal menambahkan merungut dan mengeluh. Ingatlah bahawa semakin banyak melakukan amal ibadah, memang semakin penat tetapi semakin banyak pahala dan ganjaran dari Allah. Bersyukurlah.

    Emjay

    ReplyDelete