Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 16 June 2007

Antara punca penting KEGEMUKAN

Antara punca gemuk yang terpenting.

Alhamdulillah saya telah mula menulis perkongsian ilmu dengan menggunakan pengalaman membesarkan anak-anak saya seramai 6 orang sebagai subjek. Ia dimulakan dengan artikel Agar gigi anak-anak tersusun rapi pada 7 Mei 2007 dan terkini ialah Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? (isu makan hati) pada 29 Mei 207. Kepada sesiapa yang mendapat bahan artikel ini secara email, jangan lupa melayari Laman Emjay di http://laman-emjay.blogspot.com/ untuk mendapatkan pelbagai artikel menarik lainnya.

Baru-baru ini di akhbar Utusan Malaysia telah dipaparkan secara kerap artikel-artikel berkenaan kegemukan seperti artikel-artikel berikut yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia :

1.      Masalah gebu, gempal dan gemuk beri ancaman psikologi 14 Jun 2007

2.      Tidak perlu rendah diri walaupun gemuk 14 Jun 2007

3.      Wanita mudah simpan lemak 14 Jun 2007

4.      Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk 13 Jun 2007

5.      Makan luar lewat malam, 40% budak makin gemuk 9 Jun 2007

6.      10 juta rakyat Malaysia gemuk 24 Feb 2007

7.      Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk 23 Feb 2007

8.      3.6 bilion penduduk dunia gemuk 19 Feb 2007

Jikalau dahulu 3G adalah merupakan kod berkaitan komunikasi telefon mudah alih Maxis dan Celcom, kini 3G sudah membawa maksud baru iaitu gebu, gempal dan gemuk pula. Setiap kali membaca artikel berhubung kegemukan di akhbar, hati tercuit juga untuk menceritakan antara punca terpenting mengapa kini ramai orang di dunia menghadapi masalah serius iaitu gemuk.

Sewaktu saya kecil dahulu (saya dilahirkan pada tahun 1956), adalah satu masalah untuk mencari rakan sebaya yang gemuk. Di kampung saya, tidak ada orang yang gemuk. Bila masuk ke sekolah rendah, juga tidak ada pelajar yang gemuk. Bila masuk sekolah menengah dan bergaul dengan pelbagai bangsa seperti Cina dan India, juga tidak ada pelajar dan guru yang gemuk. Bila masuk ke sekolah asrama penuh (Sekolah Alam Shah) pada tahun 1972 (tingkatan 4), juga saya tidak nampak pelajar yang gemuk. Namun kini senario ini telah berubah, jika diperhatikan mana-mana sekolah kebangsaan yang menempatkan pelajar 12 tahun dan ke bawah, ramai pelajar-pelajar ini sudah mengalami masalah gemuk  yang serius.

Berdasarkan fakta di perenggan di atas ini, mengapakah zaman saya kecil hingga ke sekolah menengah tidak ramai pelajar yang gemuk berbanding sekarang? Adakah pelajar zaman dahulu tidak kuat makan berbanding pelajar di zaman sekarang? Bila saya lihat abang sulung saya dahulu makan nasi, subhanallah macam gunung, namun abang sulung saya hingga kini tidak gemuk? Semenjak kecil saya juga agak kuat dan kerap makan namun alhamdulillah tidak gemuk? Walaupun keluarga miskin namun bab makan ini adalah mewah kerana ada saja makanan seperti ubi, keledek, keladi, jagung, ganyong dan sebagainya yang saya sudah lupa namanya. Kalau musim buah jangan sebut kuantiti buah-buahan yang dimakan. Keluarga saya (8 adik beradik) kalau makan durian tidak pakai biji tetapi pakai guni. Rambutan keliling rumah dan di kebun pun banyak.  Betik dan nangka juga sentiasa di keliling rumah.

Keluarga saya membela ayam dan itik. Saya semenjak kecil adalah tukang buat reban ayam. Hal berkenaan membuat reban dan membaikinya adalah tugas saya. Setiap petang sebelum maghrib, antara tugas terpenting saya ialah memberikan ayam itik makan dan memasukkan ke dalam kandang. Bab memasukkan ayam itik ke dalam kandang adalah bab yang memerlukan banyak kesabaran kerana selalu ada ayam itik ini yang degil tidak mahu masuk kandang. Boleh dikatakan hampir setiap penduduk kampung saya membela ayam itik mereka masing-masing.

Makanan penting keluarga saya dahulu adalah sekadar ikan yang dibeli dari penjual ikan yang masuk ke kampung dengan kereta mereka. Sayuran amat jarang dibeli kerana kebanyakan sama ada ditanam sendiri atau diperolehi sekeliling kampung atau tepi belukar dan sungai. Antara sayuran kami dahulu ialah daun ubi, pucuk betik, daun meranti, pucuk manis, pucuk keledek, daun kacang panjang, pucuk paku, jantung pisang, nangka muda, betik muda, terung pipit, kacang panjang, bayam, kangkung paya dan kangkung yang ditanam dan berbagai sayuran paya yang saya sudah lupa namanya. Nasi yang kami makan memang banyak diikuti dengan sayur yang juga banyak dan ikan hanya sedikit maklumlah ikan kena beli. Kami hanya dibenarkan makan sepotong ikan kembung yang di potong dua.

Makan ayam atau itik memang tidak kerap. Bila ayam atau itik sudah banyak membiak, kami akan tangkap ayam atau itik dalam reban waktu malam untuk disembelih. Kebiasaannya saya tukang pegang ayam itik ini untuk disembelih oleh ayah saya. Bab ini tidak mengundang kebencian saya namun bab yang paling saya benci ialah bila kena cabut bulu dan menguruskan ayam itik ini sehingga selesai dipotong. Walau pun saya membenci membersihkan dan menguruskan ayam itik hingga selesai, rupanya ini adalah pendidikan yang baik bagi saya.

Rupanya pendidikan waktu kecil akan berterusan sehingga dewasa. Bila dah jadi guru di Sekolah Mengah Sains Raub, duduk di kuaters guru pun bela ayam kampung sendiri. Ada juga guru tetangga yang masam muka bila ayam saya berak di atas kereta mereka. Apabila saya bertukar profesion dan menyertai UTM di Kuala Lumpur, kegemaran membela ayam terpaksa diberhentikan kerana tiada ruang untuk membela ayam di Kuala Lumpur.

Apa yang ingin saya permudahkan dan jelaskan di sini ialah hampir semua anak-anak saya dari yang sulung hingga ke empat mengamalkan permakanan yang hampir serupa, iaitu nasi, ikan, ayam, sayur serta makanan rapu dan segera lain seperti sosej, burger, naget dllnya (tabiaat makan sosej, burger dan naget ini telah lama dihentikan). Ditakdirkan Allah bermula dari anak kelima, pendapatan bulanan saya meningkat dengan banyak alhamdulillah dari perniagaan sampingan saya iaitu menjual emas dan kemudian bertukar kepada membuka kedai menjual komputer. Anak keempat (perempuan) dan kelima (lelaki pertama) dapat peluang makan ayam KFC dengan kerap saban minggu. Ketika anak keempat ini berusia  3 tahun dan ke lima 1 tahun, setiap minggu makan ayam KFC seperti satu rutin mingguan. Memang seronok perasaan seorang bapa apabila melihat anak kecil nombor lima ini kuat makan ayam. Menjelang umur anak kelima ini 2 tahun, dua ketul ayam KFC memang dia boleh habiskan seorang. 

Menjelang anak kelima ini berusia 4 tahun, anak ini sudah mempunyai kelainan yang jelas sangat berbeza dari kakak-kakaknya iaitu gemuk. Untuk membelikan baju anak lelaki ini memang satu masalah besar bagi kami. Perut anak ini memang sangat besar. Bila ukur seluar mengikut saiz perut, panjang seluar ini akan menjadi sangat panjang dan hodoh. Begitulah masalah saya membelikan pakaian untuk anak ini sehingga zaman persekolahannya.

Menjelang anak lelaki ini memasuki persekolahan darjah 2, barulah arwah guru saya menasihati saya agar elakkan memberikan makan ayam kepada anak lelaki saya ini dan juga kepada ahli keluarga saya. Kata arwah guru saya, kalau nak juga makan ayam, belalah sendiri. Ayam daging ini ada hormon gemuk dan ayam bela sendiri dan ayam kampung tidak ada hormon gemuk. Menurut arwah guru saya ini, badan anak lelaki saya ini sudah mengandungi berlebihan hormon ayam gemuk sehingga menjadikan anak saya ini gemuk macam ayam.

Mulai saat ini, saya mengulangi sejarah lama saya iaitu membuat reban dan membela ayam kampung. Ayam kampung mengambil tempuh yang lama untuk membiak dan saya mengambil keputusan untuk membeli benih ayam daging agar saya dapat makan ayam ini dalam tempuh yang pendek.  Saya membeli sebanyak 20 ekor benih ayam daging. Memang seronok membela haiwan ternak ini. Saya pasang bekalan elektrik dan lampu 40 watt untuk memanaskan anak-anak ayam ini dan agar anak-anak ayam ini makan 24 jam sehari semoga cepat besar. Saya memberikan makanan 100 % anak-anak ayam ini dengan makanan terbaik jenama Gold Coin agar ayam-ayam ini cepat besar.

Selepas anak ayam ini berusia antara 45 hari hingga 50 hari barulah ayam-ayam ini mencecah berat 2½ kilo. Saya bawa ayam ini ke pasar untuk disembelih dan dibuang bulu. Setelah ayam ini dibersihkan, saya dapati ayam ini berbeza sifat fizikalnya berbanding ayam yang diternak oleh penternak ayam profesional. Penjual ayam tersebut memberitahu saya bahawa benih ayam daging yang sama kalau diternak sendiri, kulitnya berwarna kekuningan dan kurang berminyak berbanding ayam daging lain iaitu kulitnya berwarna putih dan berkilat kerana banyak minyak dikulitnya.

Tidak lama selepas ini saya juga diberitahu bahawa ayam daging yang dijual di pasar hanya mengambil masa 31 hari untuk mencecah berat 2 ½  kilo dan sedia untuk dipasarkan. Wow, cepat betul ayam ini membesar dan ini adalah disebabkan satu rahsia yang bukan lagi rahsia iaitu akibat penggunaan hormon gemuk. Saya diberitahu oleh seorang penternak ayam profesional yang juga seorang pensyarah di UTM. Kalau zaman dahulu, hormon gemuk ini diberikan secara suntikan namun kini hormon gemuk ini dicampurkan ke dalam air minum ayam daging ini. Bayangkan kos yang akan ditanggung oleh penternak ayam kalau hanya selepas 45 – 50 hari baru ayam-ayam ini boleh dipasarkan. Kos makanan ayam yang diberikan akan menjadi lebih tinggi dan tempuh membesarkan akan lebih lama dan semua ini menaikkan kos menternak ayam.

Kira-kira 2 tahun lepas saya cuba mendapatkan hormon menggemukkan ayam ini daripada pejabat pertanian (haiwan) di JB dari seorang rakan saya tetapi saya amat terperanjat apabila beliau mencuba menyorokkan amalan penggunaan hormon gemuk ini di kalangan penternak ayam.

Satu perkara penting yang perlu dimaklumi oleh semua manusia ialah ayam yang diberikan hormon gemuk ini selain bersaiz gemuk ialah warna kulitnya selepas dibuang bulu ialah putih dan berminyak. Apa yang lebih penting daripada fakta ini ialah ayam yang diberikan hormon gemuk ini tidak suka berjalan dan lebih suka duduk berhampiran tempat sumber makanan. Ayam ini dalam bahasa lain ialah sedang menghadapi suatu penyakit atau kesakitan yang menyebabkan ayam-ayam ini tidak suka berjalan. Kajian tidak resmi yang saya jalankan sewaktu membela ayam daging tersebut membuktikan bahawa ayam daging yang saya bela yang tidak diberikan hormon gemuk ini memang suka berlari walaupun tidak sepantas ayam kampung. Dalam bahasa lain yang mudah, ayam daging yang diberikan hormon gemuk ini seolah-olah ayam yang sakit dan mungkin mereka menghadapi masalah sendi dan ini dapat dibuktikan dengan mudah apabila pembaca sendiri melihat ayam ini di dalam sangkar sebelum disembelih.

Alhamdulillah selepas menghentikan pengambilan ayam KFC dan ayam daging dari pasar dan menggantikannya dengan ayam kampung, anak lelaki saya semakin bertambah kurang gemuk dan kini anak ini sedang menuntut di tingkatan 2 (14 tahun). Penampilan dirinya kini hampir menyamai kanak-kanak lain. Mudah-mudahan dalam setahun dua ini, beliau dapat menghilangkan kesemua ciri tinggalan kegemukan akibat memakan ayam KFC dan ayam daging.

Rumusan yang saya dapat simpulkan dari cerita kali ini ialah: PENGAMBILAN AYAM DAGING SECARA KERAP MENJADIKAN PEMAKANNYA GEMUK MACAM AYAM DAGING TERSEBUT!!

Apabila ilmu semakin mantap dalam diri saya, saya mula menilai ilmu ini dengan mengkaji secara tidak rasmi ke atas pelajar saya yang gemuk. Alhamdulillah memang pelajar-pelajar yang gemuk ini ada hubung kait (strong correlation) dengan tabiaat gemar memakan ayam.

Ilmu ini kemudian saya praktikkan kepada saudara mara. Seorang anak saudara sebelah isteri tersangat gemar makan ayam sehingga setiap hari waktu makan tengah hari dan makan malam hanya akan makan ayam. Ketika usianya 26 tahun, berat badannya sudah melebihi 125 kilo. Satu perkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah bahawa sekiranya seseorang gemuk kerana permakanan berlebihan tanpa makan ayam yang kerap, badan orang ini walaupun gemuk tetapi pejal. Gemuk kerana gemar makan ayam ini badannya tidak pejal dan menggelibir. Anak saudara saya ini kini sudah semakin gemuk dan mungkin sudah menjangkau 160 kilo atau lebih. Walau pun usia awal 30an, gaya berjalannya sudah seperti gaya berjalan orang tua 80an yang uzur. Saya sudah lama memberitahu beliau agar memberhentikan tabiat memakan ayam daging namun susah memberhentikan tabiat ini apabila sudah diamalkan puluhan tahun.

Isteri saya mempunyai 10 orang adik beradik yang semuanya sudah berkahwin. Dari pengalaman memerhatikan keluarga-keluarga ini, saya dapati 5 keluarga menghadapi masalah kegemukan akibat tabiat gemar memakan ayam daging. Apa yang perlu di ingat dari cerita saya di atas ialah, ayam yang diberikan hormon gemuk seumpama mengalami sakit sendi menyebabkan ayam-ayam ini sukar bergerak. Pemerhatian saya ke atas sampel-sampel saudara mara yang gemuk ini mendapati mereka juga ada masalah untuk bergerak terutamanya di sendi kaki dan kesemua ini menepati nasihat arwah guru saya iaitu memakan ayam daging menyebabkan kegemukan dan menyebabkan masalah sendi termasuk gout dan artritis.

Kepada yang tidak ingin gemuk, kurangkanlah memakan ayam daging (kulit putih dan berminyak) dan gantikan dengan ayam kampung atau bukan kampung (kulit kekuningan dan kurang berminyak). Itulah penjelasan wajar bagi menerangkan mengapa sewaktu saya kecil sehingga sekolah menengah dahulu sukar untuk mencari orang gemuk kerana pada zaman ini amat jarang orang membeli ayam daging dari pasar. Ayah saya sejak muda hingga umur lebih 70 tahun tidak makan ayam dan badannya tidak gemuk dan jarang sakit sendi kaki. Setelah ayah saya berkahwin lagi selepas arwah emak meninggal, ayah saya sudah gemar makan ayam daging dan kini beliau mengadu selalu sakit sendi kaki.

Selain dari ayam daging, untuk mengelakkan kegemukan:

1.      Jangan makan terlalu banyak. Ikut sunah Nabi, berhenti sebelum kenyang.

2.      Elakkan makan “in between meal”

3.      Makan 3 kali sahaja iaitu pagi, tengahari dan malam

4.      Makan malam dalam kuantiti sedikit kerana hendak tidur bukan hendak buat kerja. (Jangan “skip dinner”)

5.      Elakkan makan kulit ayam, lemak ayam dan daging, hanya makan dagingnya sahaja

6.      Kurangkan makan makanan berminyak

7.      Elakkan makan produk dari margerin termasuk kek dan krim pada biskut

8.      Elakkan makan produk dari krimer termasuk coffee mate dan susu pekat manis

9.      Elakkan minum minuman manis selepas makan nasi (dalam tempuh 40 minit)

10.  Elakkan makanan segera termasuk KFC, burger, sosej, naget dan sebagainya

11.  Membanyakkan makan nasi dan sayur lebih baik dari membanyakkan makan lauk.

Sekian semoga pembaca Laman Emjay sekelian sentiasa dilimpahi Allah rahmat dan perlindungan.

Wassalam wallahualam

Emjay

37 comments:

  1. Syukron...satu artikel dan kajian yang menarik. Namun bagi kebanyakkan penduduk, terutama di lembah kelang di mana ya mau membela ayam? ..Tuan, kalau kita beli ayam pencen/ayam telur ok tak? Cumanya ayam nie kenalah rebusnya lama, daging dah liatlah katakan..Komen sikit

    ReplyDelete
  2. kena kurangkan laa makan ayam daging... kalu macam nie.. hehehe......patut laa sihat semacam jer.....ahakss... nampak gayanya... kena banyakkan makan IKAN ler.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh 303099

    Saya terus terang tiada ilmu tentang ayam pencen ini sama ada diberikan hormon gemuk atau tidak. Minta tolong sesiapa yang ada pengalaman membela dan terlibat dengan perusahaan ayam telur agar sudi memberitahu sama ada ayam ini diberikan hormon gemuk atau tidak. Kalau ianya tidak diberikan hormon gemuk silakanlah makan ayam ini. Bab dagingnya yang dah liat, mudah saja, tanam betik dan gunakan getahnya sewaktu merebus ayam ini, insya Allah jadi lembut. gunakan akarnya pun boleh.

    Kalau duduk di KL, tak payahlah bela, beli saja di pasar, insya-allah ada ayam yang kulit kuning. DI JB ini saya beli ayam kulit kuning dengan harga sekitar RM9 sekilo. Nak tahu bagaimana rupa ayam kulit kuning ini, pergi ke gerai jual ayam orang Cina. Di sana ada berbagai rupa ayam. Selain yang kulit kuning, dia ada jual yang kulit hitam.

    wassalam wallahualam

    emjay

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tak gemuk... malah nak gemuk sedikit saja agar tak nampak terlalu kurus.. ustaz ada ape ape petua agar berat naik tak? sebab berat ana sekarang dikategorikan underweight...:">

    ReplyDelete
  5. nak gemuk senang jer.. makan apa yg ustaz tak bagi makan tu.....( seperti artikel di atas ) heheheh.....

    ReplyDelete
  6. Tang ni saya respek betul dengan komen ambokie.

    ReplyDelete
  7. mak saya lahir 1957.dia kata ada je orang gemuk zaman dia.apa pulak punca org gemuk zaman tu agaknya??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sdr tolhah

    Gemuk kerana banyak makan ayam dengan gemuk kerana makan berlebihan tidak sama rupanya, dimana gemuk makan berlebihan tidak menggelibir dan lebih pejal.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, setelah mengikuti laman ini saya dah bagitau pada isteri saya supaya jangan beli maggie/sardin/ayam/sosej/nugget & burger.Sekarang ni sekali sekala makan burger yg dibuat dgn 100% pure beef tapi mahal sikit 4 ketul RM9!

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada nanotech dan keluarga.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum…
    Sekadar pendapat ,betul atau salah wallahualam..
    Berkenaan dengan makan buah didalam musim seperti musim durian, rambutan , manggis, langsat dan sebagainya kenapa kita tidak dibebani penyakit (insyaAllah) yang berat-berat seperti kencing manis atau mungkin kegemukan selepas memakan buah-buahan tersebut secara banyak. Contohnya saya apabila musim durian memang makan dengan huduh sekali jika orang tengok memang malu tetapi alhamdulillah tidak ada side effect. Tetapi apabila makan durian diluar musim contohnya durian dari luar (Durian Bangkok) dari Thailand jika makan dengan kuantiti banyak sudah tentu kepala pusing /pening dan panas badan cukup ketara. Sama juga dengan buah-buahan lain.
    Disini saya ingin berkongsi jika salah mungkin dari pendapat yang lemah dari saya. Mungkin side effect tersebut tiada walaupun makan dengan kuantiti yang banyak ialah kerana apabila sampai satu ketika atau satu jangkamasa dalam tempoh sesuatu bulan dalam sesuatu tahun penduduk/umat dalam salah satu kawasan amat memerlukan zat yang diperlukan oleh badan. Maka dengan percaturan/perancangan Allah yang maha Esa maka dijadikan musim buah-buah yang bersesuaian dengan zat badan pada ketika itu. Dijadikan oleh Nya musim durian , rambutan , langsat dan sebagainya yang mungkin dikaji dari sudut sains zat tersebut ada pada buah-buahan musim tersebut. Mungkin bakal-bakal saintis dari institusi pengajian tinggi dapat membuat kajian tentang zat bermusim tersebut. Janganlah kita hairan jika kadang-kadang musim buah yang sepatutnya menjadi tetapi tidak yang diharapkan . Cantiknya perancangan Allah.
    Mungkin juga masalah selsema burung sekarang ini ada juga hikmah/signal disebaliknya supaya manusia pada ketika ini mengurangkan makan ayam kerana sebab-sebab yang dinyatakan dari tajuk besar diatas, Cuma kita antara sedar atau tidak.
    Bukan apa jika dikenang dengan apa yang dijalankan oleh kementrian yang berkaitan membunuh unggas dengan kejam samada membakar, menanam hidup-hidup ungas walaupun unggas tersebut sihat betapa buntunya umat menghadapi situasi sebegini.
    Perkara ini ada kaitannya sedikit dengan sunatullah yang telah dipelajari dari laman tuan Emjay ini.
    Wallahualam…


    ReplyDelete
  12. Kes selsema burung di Sg.Buloh tempoh hari sebenarnya adalah bala dari Allah SWT kerana dikawasan tersebut ramai orang Burma & Indon yg berstatus PR atau status penduduk tetap yg telah mengadakan pertandingan laga ayam secara haram diantara mereka dan sesiapa yg menang akan dpt menikmati badan bini2 sipelaga ayam yg kalah secara mutual dan ayam2 laga tersebut telah dibawa masuk dari Siam melaui Kelantan.Dah bagi status PR pun nak buat maksiat pulak!Memang patut pun dpt bala tapi yg kesiannya orang2 yg tak salah pun kena jugak,semua cerita ni saya dpt dari pak mentua saya yg telah menghadiri satu ceramah khas di surau Bandar Baru Sg.Buloh.Walaupun saya tinggal lebih kurang 10km dari tempat bala tu timbul tapi saya pun kena hati2 juge.Tiap2 kali lepas mandi ( terus mintak tolong Allah SWT ) sebelum ambik wudhu utk protection.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih di atas maklumat dari nanotech.

    Begitulah kita bila laga ayam, tukar-tukar bini serta ayam daging yang bawa mudharat di biarkan, Allah akan turunkan bala.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..
    saudara...leh saudara jelaskan artikel ini..lain mcm la explanation die..ASAP
    http://wenkt.com/blog/?p=1801#more-1801

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh nadwan05

    Terlebih dahulu diucapkan terima kasih atas persoalan tersebut.

    Saya minta maafkan kerana lambat menjawab kerana saya "outstation" semenjak hari khamis dan di summerset tempat saya menginap tiada access internet.

    Berikut adalah sedikit tulisan yang saya copy paste dari laman tersebut:

    ~~~~~~~~
    Dulu, wan makan BigMac kat McDonald’s di France. Ada yang melenting, ada yang menjelek. Di mata kasar mereka, BigMac itu haram. Sebab BigMac ada daging lembu, yang tidak disembelih. Tapi sebenarnya, mereka yang jelek. Kenapa wan cakap macam itu?Satu ketika, wan berhenti makan BigMac di McDonald’s. Tak tahan dengan kutukan kata “syazwan makan benda haram, syazwan makan benda tak halal”. Bagi mereka, yang halal itu yang disembelih, atas nama Allah semasa disembelih. Yang lain ialah Haram.

    Wan terpanggil nak berbicara, bukan pasal mereka yang bodoh menjelek aku makan BigMac di France, tapi terpanggil sebab ada seorang junior yang wan anggap cam adik wan, yang termakan satay kambing di sini, kemudian di baru dapat tahu daging itu ‘tidak halal’ dan kemudian menyesal. Tapi bagi wan, daging yang dia makan itu halal dan harus dimakan.

    Yang difikirkan ialah… yang menyembelih itu ialah orang bukan Islam, mereka tak sebut nama Allah masa sembelih… Maka, daging itu jadi haram. Itu pendapat umum, pendapat yang tidak baca kitab, tak baca hadis, tak belek al Quran. But for me, ianya berbeza. Bagi wan, ianya halal sebab disembelih oleh ahli kitab.
    ~~~~~~~~

    Kalau kita soal kepada iblis "bolehkah kita minum beer ?" pastinya dia jawab beer tidak haram yang haram cuma liquor seperti wain.

    Kalau kita soal kepada penzina "bolehkah kita melakukan zina ?" pastinya dia akan kata bahawa zina tu amat seronok dan jangan bazirkan usia muda tanpa zina. Nanti bila dah tua boleh taubat.

    Kalau kita soal kepada lelaki yang tukar jantina kepada wanita "bolehkah kita menukar jantina kepada wanita ?" kelak mereka akan menjawab bahawa "aku adalah sebaik-baik contoh dan ikutilah aku untuk mendapat syurga dunia".

    Setiap orang akan ada alasan mereka seperti wanita yang tidak pakai tudung, mensyirikkan Allah, berjumpa dengan bomoh, membunuh orang dsbnya. Jika kita tiada ilmu di dada, mudah bagi syaitan untuk menjerumuskan kita ke kancah maksiat yang bakal mengundang pelbagai masalah azab Allah di dunia dan tambah azab di akhirat.

    Biarkanlah pemuda peranchis keturunan Kelantan ini terjun dengan labu-labunya. Doakanlah pemuda ini cepat diuji dan diazab Allah semoga kelak akan kembali kepangkal jalan sebagai orang yang beriman yahng sentiasa menjaga suruhan Allah dan menjauhi larangannya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, artikel yg baik utk saya jadikan panduan

    ReplyDelete
  17. saya tidak bersetuju dgn pendapat tuan emjay.kalu kita berada di negara eropah,umumnya rakyat disana adalah kristian dan mereka adalah ahli kitab.maka halal memakan segala sembelihan mereka tanpa syak.rujuk surah Al-maidah ayat5 mengenai halalnya sembelihan&wanita mereka.mengenai status ahli kitab hari ini ada beberapa pendapat.yg terkuat,kristian sekarang masih dikira ahli kitab selagi mereka meyakini Allah.pendapat bahawa ahli kitab telah tiada adalah lemah sama sekali.byk perkataan 'ya ahlalkitab' dlm Al-quran.. adakah logik Allah menyeru kepada org yg x wujud lg??sedangkan terdapat 'ya' nida' (kata seruan)di hadapan perkataan tersebut.utk lebih yakin tuan2 blh rujuk fatwa Qardhawi di http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/201172.html#2.1.17.6
    Blh juga rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=241&Itemid=91
    saya berharap sume pihak lebih berhati2 dn membuat rujukan terebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu perkara..
    wassalam...

    ReplyDelete
  18. waduh..mcm2 pdpt ye..makin keliru lak

    ReplyDelete
  19. nk selamat,baik x yah mkn..nnt syubhat...elak2 kan mkn bende2 gitu

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kisaie82

    Terima kasih di atas penjelasan sdr di atas.

    Berikut adalah terjemahan dari ayat Al Quran Al Maidah:5

    Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

    Satu persoalan yang boleh dibangkitkan di sini ialah "Adakah sama tarafnya ahli kitab yang hidup dizaman nabi dengan ahli kitab di zaman sekarang?"

    Jikalau kita menggunakan hanya surah Al Maidah:5 sebagai hujah, sanggupkah anak lelaki kita esok kahwin dengan PARIS HILTON atau BRITNEY SPEAR atau anak perempuan kita esok kahwin dengan BRAD PITT? Bukankah ketiga-tiga orang ini orang kristian dari golongan ahli kitab?

    Antara syarat sembelihan ialah :

    Dialirkan darah haiwan ini seperti disembelih pada lehernya. Setahu saya hanya orang Yahudi di eropah sahaja yang menyembelih mengikut cara Islam dengan memotong kerongkong manakala orang kristian di sana menggunakan elektrik, bolehkah dimakan sembelihan orang kristian ini? Kalau nak makan sembelihan orang yahudi mungkin satu pilihan yang lebih baik.

    Jikalau mengikut syarat-syarat sembelihan, saya merasakan sembelihan orang Yahudi lebih elok untuk dimakan oleh orang Islam di Eropah dan bukan sembelihan orang kristian yang tidak menepati syarat sembelihan.

    Namun bagi saya, adalah lebih elok saya tinggalkan sembelihan orang kristian dan yahudi hari ini kerana mereka sebenarnya bukan "ahli kitab" tetapi "ahli kitab yang sudah diubah-ubah". (ini adalah pandangan saya)

    Menggalakkan makan sembelihan yahudi dan kristian ini seolah-olah menggalakkan orang Islam hari ini untuk berkahwin dengan orang yahudi dan kristian hari ini. (ini adalah pandangan saya).

    Sekian wassalam wallahu'alam

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kisaie82

    Terima kasih di atas penjelasan sdr di atas.

    Berikut adalah terjemahan dari ayat Al Quran Al Maidah:5

    Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

    Satu persoalan yang boleh dibangkitkan di sini ialah "Adakah sama tarafnya ahli kitab yang hidup dizaman nabi dengan ahli kitab di zaman sekarang?"

    Jikalau kita menggunakan hanya surah Al Maidah:5 sebagai hujah, sanggupkah anak lelaki kita esok kahwin dengan PARIS HILTON atau BRITNEY SPEAR atau anak perempuan kita esok kahwin dengan BRAD PITT? Bukankah ketiga-tiga orang ini orang kristian dari golongan ahli kitab?

    Antara syarat sembelihan ialah :

    Dialirkan darah haiwan ini seperti disembelih pada lehernya. Setahu saya hanya orang Yahudi di eropah sahaja yang menyembelih mengikut cara Islam dengan memotong kerongkong manakala orang kristian di sana menggunakan elektrik, bolehkah dimakan sembelihan orang kristian ini? Kalau nak makan sembelihan orang yahudi mungkin satu pilihan yang lebih baik.

    Jikalau mengikut syarat-syarat sembelihan, saya merasakan sembelihan orang Yahudi lebih elok untuk dimakan oleh orang Islam di Eropah dan bukan sembelihan orang kristian yang tidak menepati syarat sembelihan.

    Namun bagi saya, adalah lebih elok saya tinggalkan sembelihan orang kristian dan yahudi hari ini kerana mereka sebenarnya bukan "ahli kitab" tetapi "ahli kitab yang sudah diubah-ubah". (ini adalah pandangan saya)

    Menggalakkan makan sembelihan yahudi dan kristian ini seolah-olah menggalakkan orang Islam hari ini untuk berkahwin dengan orang yahudi dan kristian hari ini. (ini adalah pandangan saya).

    Sekian wassalam wallahu'alam

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,
    saya rasa tuan emjay kene jelas disini.kita bercakap soal hukum yg telah sabit dlm Alquran, bknnya nk suruh anak cucu kita kawin dgn PAMELA ANDERSON.soal sembelihan dan nikah adalah 2 perkara yg berbeza.luas perbahasannya nk dihurai disini.UTK MAKLUMAN SEMUA, HANYA WANITA AHLI KITAB SAHAJA YG DIBENARKAN SYARAK UTK BERNIKAH DGN LELAKI MUSLIM TETAPI TIDAK SEBALIKNYA.(mmg ada ulamak yg tidak membenarkannya zaman sekrg..ttp sebilangan kecil)mungkin ada hikmah yg tidak kita ketahui disebalik ketetapan Allah ini.(antara hikmahnya mungkin lelaki muslim itu dpt mempengaruhi isterinya utk memeluk islam)sekali lg diingat!sy ber ckp soal hukum sahaja,bkn utk mengalak kan perkahwinan seperti itu.mmg kita disuruh mengahwini wanita muslimah. kalau ini pn kita masih tidak blh fahami, maka sy rasa kita tidak layak mempertikai hukum yg telah ditetapkan ulamak. ini adalah hukum yg telah tetap dan diputuskan oleh jumhur ulama. saya rasa kita kene baca dulu btol2 apa yg tertulis dlm laman web yg sy bg tu dan luas kan pembacaan dan bertny org alim..

    Mengikut guru saya terdapat beberapa ayat dlm Alquran yg dimulakan dgn 'ya ahlalkitab'seterusnya menyebut kemungkaran yg dilakukan mereka..maka sudah tentu lah ayat ini utk ahli kitab yg telah rosak pegangannya(dr zaman nabi hingga sekarang).perlu diingat, tidak diutus seorang nabi itu melainkan telah rosak ajaran nabi yg terdahulu. dan apabila diutus seorang nabi,maka telah termansuhlah syariat nabi terdahulu.kene faham tu..tidak dinafikan ada kisah nasrani yg btol2 mengamalkn ajaran Isa,TETAPI mereka menuggu2 nabi akhir zaman dn menunggu utk beriman dgn nabi akhir zaman.ada yg tidak sempat bertemu dgn nabi.. MAKA SUDAH TENTULAH AYAT TENTANG AHLI KITAB DI DLM ALQURAN DITUJUKAN UTK YAHUDI&NASRANI YG TELAH ROSAK PEGANGANNYA.. ini adalah logik aqal!!adakah wujud yahudi&nasrani yg 100%mengamal kan ajaran nabi mereka di zaman sekarang??tentulah tiada!!adalah mustahil Allah menurunkan ayat Alquran dgn memerintah kan org yang telah tiada utk menurut perintah ayat tersebut...MAKA AHLI KITAB YG DISEBUT BERULANG KALI DLM ALQURAN ADALAH YAHUDI&NASRANI YG ADA PADA HARI INI. Maka halal lah wanita dan sembelihan mereka tanpa syak!!! WALAUPUN MEREKA HANYA MENJERUT LEHER AYAM TERSEBUT, KERANA ITU ADALAH CARA MEREKA, MAKA TERPULANG LAH CARA BAGAIMANA MEREKA HENDAK LAKUKAN(rukun sembelihan hanya utk org islam sahaja, tidak pada mereka)..rujuk fatwa Qardhawi di laman web yg sy beri diatas..

    Wassalam..
    WALLAHUA'LAM

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh sdr kisaie82

    Saya hanya nak mengulang jawapan saya di atas yang saya copy paste berikut:

    "Antara syarat sembelihan ialah :

    Dialirkan darah haiwan ini seperti disembelih pada lehernya. Setahu saya hanya orang Yahudi di eropah sahaja yang menyembelih mengikut cara Islam dengan memotong kerongkong manakala orang kristian di sana menggunakan elektrik, bolehkah dimakan sembelihan orang kristian ini? Kalau nak makan sembelihan orang yahudi mungkin satu pilihan yang lebih baik.

    Jikalau mengikut syarat-syarat sembelihan, saya merasakan sembelihan orang Yahudi lebih elok untuk dimakan oleh orang Islam di Eropah dan bukan sembelihan orang kristian yang tidak menepati syarat sembelihan."

    Kalau saya sebagai orang Islam menyembelih ayam secara guna elektrik, bolehkah orang islam lain memakannya?

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  24. tp saudara kisaie82,kt eropah ni bkn sume sembelih..kte x sure dorg sembelih cm ne..ade gne elektrik..

    ReplyDelete
  25. saya dh jawab diatas(edit skit td)..tidak kiralah apa jua cara yg mereka gunakan utk menyembelih ttp dikira sembelihan ahli kitab DAN IA ADALAH HALAL.. kerana itu adalah cara mereka...rukun sembelihan hanyalah utk org islam sahaja... maka sekiranya org islam tidak mengikut rukun tersebut maka tidak sah lah sembelihan itu..berbeza dgn ahli kitab yg bebas mengikut cara mereka..ttp dikira sembelihan ahli kitabb.....

    wassalam..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wbh

    Rasanya kisaie82 ni duduk di eropah. Kisaie82 memang tertekan bila membaca hujah saya. Beginilah, semasa solat di sujud terakhir, doa dalam hati agar Tuhan berikan petunjuk samaada amalan tersebut dibolehkan atau tidak. Qardhawi yang cerita bab itu senang kerana dia duduk dimesir dan mungkin tidak mengalami masalah sebagaimana dihadapi kisaie82.

    Saya tidak ingin memberikan tekanan tambahan lagi kepada sdr kisaie82 yang saya kasihi. Bukan mudah cabaran untuk tinggal di eropah. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kisaie82 mencari ilmu berguna di sana.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  27. waalaikum salam,
    x tertekan pn..saya hanya bercakap soal hukum yg telah ditetapkn dlm Alquran dn di putuskn oleh ulama.itu saja..saya hanya menyampaikan sahaja, berdasarkn dalil Alquran dn kata2 ulama. bkn main 'saya rasa'... 'pada pendapat saya'.. 'pada hemat saya' sahaja..dan bkn hanya berdoa minta ditunjukkan sesuatu hukum yg telah pasti. semua hukum diputuskan berdasarkn nas&dalil dan tidak cukup hanya dgn meminta petunjuk.. adakah seorg yg jahil blh memutuskan sesuatu hukum walaupun dia telah berdoa siang dan mlm minta petunjuk??

    saya rasa kita semua blh berfikir dan menilai dan buat perbandingan ttg apa yg telah dihuraikan..

    wassalam..

    ReplyDelete
  28. Asalamualaikum,(SEGERA BERTAUBAT)
    kata2 tuan emjay:


    Setelah meneliti tulisan di atas berulang kali saya dgn rasa rendah diri ingin menyarankan agar tuan emjay segera bertaubat kepada Allah. INI ADALAH KERANA..sudahla tidak faham ttg selok belok hukum hakam dlm islam(lelaki ahli kitab sama sekali tidak dibenarkn syarak berkahwin dgn wanita muslimah=BRAD PITT&AMINAH TIDAK BLH SAMA SKALI BERKAHWIN)malahan mempertikaikn pula apa yg telah ditetapkn oleh Allah dan diputuskan ulama.

    Adakah tuan blh berbahasa arab dan blh meneliti tafsir2 muktabar ttg tafsiran ayat tersebut?sekiranya blh, saya percaya kata2 sebegitu tentu tidak akan keluar drpd org yg blh membaca tafsiran ayat tersebut.adakah tidak cukup berhujjah dgn hanya 1 ayat Allah? di dlm ayat tersebut, ia bkn lah 1 suruhan, tetapi pengharusan dpd Allah.ini adalah merupakan 1 keistimewaan dan pengiktirafan yg diberi Allah kpd ahli kitab kerana agama mereka juga dpd Allah. maka kerana itulah Allah memberi keistimewaan kpd mereka berbeza dgn kafir yg lain spt hindu budhha dll..

    tuan jg balik2 hanya menggunakan hujjah syarat sembelihan TANPA mempunyai ilmu yg mantap ttg nya.utk pengetahuan semua, SEGALA SYARAT DAN RUKUN DLM ISLAM HANYALAH UTK ORG ISLAM SAHAJA. umum pn tahu ttg hal ini. maka adakah hujjah tuan emjay relevan??adakah tidak sah nikah org kafir karana x mengikut rukun nikah? ia ttp sah kerana itu cara mereka, malah islam ttp mengiktiraf mereka. buktinya mereka tidak perlu nikah semula sekiranya mereka masuk islam secara serentak(atau dlm tempoh idah)

    saya rasa pembaca pn dpt menilai ttg semua yg sy bawakan di atas .. jgn la berhujjah mengikut pandangan sendiri sedangkan ianya telah pn di tetapkn dlm islam, dan tidak mahu menerimany. mungkin kerana hal ini sesuatu yg asing, walhal ia sudah beratus tahun di tulis oleh ulama dlm kitab fiqh dan tafsir mereka..sahabat sy dr uia dlm bidang akaun pn sedia maklum ttg hal ini,mungkin diterangkn oleh pensyarahnya dlm kelas agama disitu, sedangkn kita masih terpinga2 ttg hal yg telah sabit,malah tidak menerima kerana merasa asing ttg hal ini, padahal kesilapan diri sendiri kerana kurangny ilmu.

    sy dgn rendah diri dan ilmu sekali lg ingin menasihati tuan agar segera bertaubat atas kata2 tuan...

    wassalam..

    ReplyDelete
  29. Asalamualaikum,(SEGERA BERTAUBAT)
    kata2 tuan emjay:


    Setelah meneliti tulisan di atas berulang kali saya dgn rasa rendah diri ingin menyarankan agar tuan emjay segera bertaubat kepada Allah. INI ADALAH KERANA..sudahla tidak faham ttg selok belok hukum hakam dlm islam(lelaki ahli kitab sama sekali tidak dibenarkn syarak berkahwin dgn wanita muslimah=BRAD PITT&AMINAH TIDAK BLH SAMA SKALI BERKAHWIN)malahan mempertikaikn pula apa yg telah ditetapkn oleh Allah dan diputuskan ulama.

    Adakah tuan blh berbahasa arab dan blh meneliti tafsir2 muktabar ttg tafsiran ayat tersebut?sekiranya blh, saya percaya kata2 sebegitu tentu tidak akan keluar drpd org yg blh membaca tafsiran ayat tersebut.adakah tidak cukup berhujjah dgn hanya 1 ayat Allah? di dlm ayat tersebut, ia bukanlah 1 suruhan, tetapi pengharusan dpd Allah.ini adalah merupakan 1 keistimewaan dan pengiktirafan yg diberi Allah kpd ahli kitab kerana agama mereka juga dpd Allah. maka kerana itulah Allah memberi keistimewaan kpd mereka berbeza dgn kafir yg lain spt hindu budhha dll..

    tuan jg balik2 hanya menggunakan hujjah syarat sembelihan TANPA mempunyai ilmu yg mantap ttg nya.utk pengetahuan semua, SEGALA SYARAT DAN RUKUN DLM ISLAM HANYALAH UTK ORG ISLAM SAHAJA. umum pn tahu ttg hal ini. maka adakah hujjah tuan emjay relevan??adakah tidak sah nikah org kafir karana tidak mengikut rukun nikah? ia ttp sah kerana itu adalah cara mereka, malah islam ttp mengiktiraf mereka. buktinya mereka tidak perlu nikah semula sekiranya mereka masuk islam secara serentak(atau dlm tempoh idah)

    saya rasa pembaca pn dpt menilai ttg semua yg sy bawakan di atas.. jgn la hanya berhujjah mengikut pandangan sendiri tanpa merujuk pada mana2 sumber(Alquran/hadis/ulama) sedangkan ianya telah pn di tetapkn dlm islam. malah tidak mahu menerimany pula, mungkin kerana hal ini sesuatu yg asing, walhal ia sudah beratus tahun di tulis oleh ulama dlm kitab fiqh dan tafsir mereka..sahabat sy dr uia dlm bidang akaun pn sedia maklum ttg hal ini,mungkin diterangkn oleh pensyarahnya dlm kelas agama disitu, sedangkn kita masih terpinga2 ttg hal yg telah sabit,malah tidak menerima kerana merasa asing ttg hal ini, padahal kesilapan diri sendiri kerana kurangny ilmu.

    sy dgn rendah diri dan ilmu sekali lg ingin menasihati tuan agar segera bertaubat atas kata2 tuan...

    wassalam..

    ReplyDelete
  30. Asalamualaikum,(SEGERA BERTAUBAT)
    kata2 tuan emjay:

    (Jikalau kita menggunakan hanya surah Al Maidah:5 sebagai hujah, sanggupkah anak lelaki kita esok kahwin dengan PARIS HILTON atau BRITNEY SPEAR atau anak perempuan kita esok kahwin dengan BRAD PITT? Bukankah ketiga-tiga orang ini orang kristian dari golongan ahli kitab?)

    Setelah meneliti tulisan di atas berulang kali saya dgn rasa rendah diri ingin menyarankan agar tuan emjay segera bertaubat kepada Allah. INI ADALAH KERANA..sudahla tidak faham ttg selok belok dan hukum hakam dlm hal ini(lelaki ahli kitab sama sekali tidak dibenarkn syarak berkahwin dgn wanita muslimah=BRAD PITT&AMINAH TIDAK BLH SAMA SKALI BERKAHWIN)malahan mempertikaikn pula apa yg telah ditetapkn oleh Allah dan diputuskan ulama. http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/30253.html#3.2.6

    Adakah tuan blh berbahasa arab dan blh meneliti tafsir2 muktabar ttg tafsiran ayat tersebut?sekiranya blh, saya percaya kata2 sebegitu tentu tidak akan keluar drpd org yg blh membaca tafsiran ayat tersebut.adakah tidak cukup berhujjah dgn hanya 1 ayat Allah? di dlm ayat tersebut, ia bukanlah 1 suruhan, tetapi pengharusan dpd Allah.ini adalah merupakan 1 keistimewaan dan pengiktirafan yg diberi Allah kpd ahli kitab kerana agama mereka juga dpd Allah. maka kerana itulah Allah memberi keistimewaan kpd mereka berbeza dgn kafir yg lain spt hindu budhha dll..

    tuan jg balik2 hanya menggunakan hujjah syarat sembelihan TANPA mempunyai ilmu yg mantap ttg nya.utk pengetahuan semua, SEGALA SYARAT DAN RUKUN DLM ISLAM HANYALAH UTK ORG ISLAM SAHAJA. umum pn tahu ttg hal ini. maka adakah hujjah tuan emjay relevan??adakah tidak sah nikah org kafir karana tidak mengikut rukun nikah? ia ttp sah kerana itu adalah cara mereka, malah islam ttp mengiktiraf mereka. buktinya mereka tidak perlu nikah semula sekiranya mereka masuk islam secara serentak(atau dlm tempoh idah)

    saya rasa pembaca pn dpt menilai ttg semua yg sy bawakan di atas.. jgn la hanya berhujjah mengikut pandangan sendiri tanpa merujuk pada mana2 sumber(Alquran/hadis/ulama) sedangkan ianya telah pn di tetapkn dlm islam. malah tidak mahu menerimany pula, mungkin kerana hal ini sesuatu yg asing, walhal ia sudah beratus tahun di tulis oleh ulama dlm kitab fiqh dan tafsir mereka..sahabat sy dr uia dlm bidang akaun pn sedia maklum ttg hal ini,mungkin diterangkn oleh pensyarahnya dlm kelas agama disitu, sedangkn kita masih terpinga2 ttg hal yg telah sabit,malahan tidak menerimanya pula kerana merasa asing ttg hal ini, padahal kesilapan adalah dtg dari diri sendiri kerana kurangny ilmu.

    sy dgn rendah diri dan ilmu sekali lg ingin menasihati tuan agar segera bertaubat atas kata2 tuan...

    wassalam..

    *(tambahan)saya setuju dgn kata2 wan. mungkin kerana wan telah merujuk kepada Alquran hadis dan kitab serta para ulama ttg perkara ini. cuma mungkin gaya bahasanya kurang molek. berbeza dgn org yg tidak membuat rujukan dan terus ingin menghukumknnya..
    kata2 wan:
    (Yang difikirkan ialah… yang menyembelih itu ialah orang bukan Islam, mereka tak sebut nama Allah masa sembelih… Maka, daging itu jadi haram. Itu pendapat umum, pendapat yang tidak baca kitab, tak baca hadis, tak belek al Quran. But for me, ianya berbeza. Bagi wan, ianya halal sebab disembelih oleh ahli kitab.)

    *(tambahan lg supaya sama2 blh berfikir)kalau kita ada membuka kitab2 feqh karangan ulama terdahulu terdapat bab yg membahaskan hal ini. kalu betul lah ahli kitab tiada lg(sepert yg didakwa emjay dan sesetengah org yg tiada ilmu ttg nya) apa guna para ulama bersusah payah membahaskn ttg ny? baik la mereka hanya berkata "ahli kitab dh x wujud lg, x guna membahaskannya" atau "ahli kitab skrg tidak sama seperti di zaman nabi(kata2 emjay) maka tidak perlu lg membahaskn nya". mengapakah mereka tidak berkata demikian? malah membahaskannya pula dgn teliti. cth nya dlm bab munakahat sekiranya isteri seorang ahli kitab. adakah mereka menggalakkn umat islam supaya beristerikn ahli kitab spt kata2 emjay di atas? tentulah

    ReplyDelete
  31. ni pasal sembelihan..yg pasal wanita ahli kitab tu? dh bertaubat ke?? blh terima ke hujah org lain?? ke x blh terima jg?

    ReplyDelete
  32. ya Allah yatuhanku!!! saudara MJ lebih baik anda berhenti dari menyampaikan dakyah yang boleh menyesatkan dan kalau nak cari bukti pun rujuklah ulama muktabar,hadis,dan sunnah yang sahih jangan main cedok dan tepek je. Saudara ingat org2 yang baca blog saudara ni semuanya boleh diperbodohkan ke? tak semudah itu!!! kalau saudara betul yakin dengan pendapat saudara saya cabar saudara buat perdebatan terbuka dengan ulama-ulama terkenal di malaysia ni. jangan nanti tergagap-gagap macam astora jabat sudah.

    ReplyDelete
  33. susah nk ckp dgn org yg rasa dia tau semua.. rasa dia je betol..x nk ngaku kesilapan diri.. walaupn kita dh bawakan dalil2 yg kukuh, banding dgn copy paste dari al-ahkam je..siap doakan org tu diazab tu.. padahal dia yg x betol..kata2emjay:

    (Biarkanlah pemuda peranchis keturunan Kelantan ini terjun dengan labu-labunya. Doakanlah pemuda ini cepat diuji dan diazab Allah semoga kelak akan kembali kepangkal jalan sebagai orang yang beriman yahng sentiasa menjaga suruhan Allah dan menjauhi larangannya.)

    ReplyDelete
  34. Saudara Bokun...cuba baca dari atas lagi perbincangan antara emjay ngan kisae ni....sy rasa pendapat kisae tu lebih menyesatkan dan hampir sama sama ngan astora jabat...

    ReplyDelete
  35. Saudara sekalian, saya mengalami masalah untuk membaca kitab2 tertentu dan saya juga kurang arif dengan ulamak2 seluruh dunia. Kadang2 rujukan saya terhad kepada internet dan saya seringkali menelefon ayah saya di malaysia (saya di jepun) untuk membuat sebarang rujukan.. Saya juga berada dikalangan rakan2 yang seangkatan dengan saya di mana kami seolah2 terpisah daripada Ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf (kami engineering school). Jadi, nak sebut nama kitab atau ulamak2 terkemuka pn tak tahu.

    Elok juga perkara2 yang duragui diperbincangkan. Saya pn pernah juga diberitahui (sebelum berangkat ke luar negara) makanan org yahudi halal dimakanan kerana kita tahu umumnya mereka beramal dengan agama mereka dalam soal syariat permakanan. Ayah saya pn cakap boleh makanan ayam kalo yahudi sembelih tapi die tetap pesan berusaha untuk cari makanan halal terlebih dahulu (daging yang disembelih oleh org islam) kerana usaha itu akan dinilai oleh Allah.

    Kalau saya tanya ayah saya ..."boleh makan itu tak....boleh makan ini tak...dalam kitab tu cakap boleh...ade org tu kate boleh"...macam2 la saya tanya...nanti ayah saya jawab;

    Sabda Rasulullah SAW ” Hati yang baik ditempa dari makanan yang bersih ( iaitu buatan tangan orang2 Muslim sendiri)”

    Ayah saya pesan..."Ingat, hati ditempa oleh makanan. kalau diperdebat isu ini, memang la banyak bende boleh makan. Semua ulamak dan cerdik pandai sanggup buka pelbagai kitab utk buktikan kebenarannya....tetapi jarang sekali yang perdebat macam mana hendak pastikan hati umat Islam ditempa oleh makanan yang suci....sebab itu hingga kini umat islam masih lagi ragu2 nak makan ayam di negara Islam sendiri contohnya KFC di Malaysia. Sepatutnya kalau Umat Islam sendiri alim dengan sabda Rasullah tersebut, sudah tentu umat Islam sudah punyai restoran ala2 KFC di seluruh dunia."

    Sebab itu, walaupun sudah tahu ayam yahudi boleh di makan, saya tetap tak makan. Sanggup amik train ke pinggir bandar untuk beli ayam halal dan masak KFC dan Pizza sendiri. Hasilnya; daripada tak pandai masak, terus pandai masak....resepi kat internet kan berlambak2...Malah, kawan2 pn datang rumah hendak belajar masak sebab nak kurangkan makan makanan yang bukan dimasak oleh umat Islam. Nak jaga kesucian hati...Ada jugak yang tempah bila nak jamu org makan...Balik Malaysia nanti dah berangan2, habis je kontrak dengan kerajaan, nak bukak kedai kek dan pastry sebab kat JB susah nak makan kek since kedai kek Islam xde langsung. Biar semua org Islam makan makanan suci. Mudah2 usaha ini Tuhan nilai...

    Soalnya di sini, memang benar kita wajib berilmu...mengetahu seluruh hukum seboleh yang mungkin. Tapi, sama2 kita cuba beramal semaksimum yang mungkin. Jika dalam peperiksaan, mesti kita seboleh yang mungkin hendak mendapat A, markah yang paling tinggi walaupun kita tahu dapat D pn boleh lulus, betul tak?. Tapi, kita jangan pula tidak tahu had minimum kerana takut2 markah yang kita dapat kurang dari had minimum. Begitulah dalam soal kehidupan kita...sama ada permakanan, mahupun soal keturunan...

    Sama2 lah kita amalkan ilmu yang telah sama2 kita kongsikan disini....

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum wbh kekkafeibu

    Selamat mencari ilmu di negara Jepun

    Saya amat setuju dengan tulisan sdr di atas.

    Dalam Islam yang hitam adalah jelas dan yang putih adalah juga jelas. Antara hitam dan putih terdapat kawasan samar-samar kelabu. Orang yang beriman akan meninggalkan yang hitam dan yang kelabu.

    Baguslah usaha sdr meninggalkan grey area. Masak dan sembelih sendiri lebih afdhal.

    Emjay

    ReplyDelete
  37. ASSALAMUALAIKUM..:)SAYA BERSETUJU DENGAN USTAZ

    ReplyDelete