Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 17 July 2007

Cara tengok kasut kulit BABI








AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA ;
1. PERANGIN MALL
2. BUKIT JAMBUL
3. GURNEY PLAZA
4. KOMTAR
5. SUNSHINE
6. GAMA
7. PACIFIC
8. SOGO
9. QUEENSBAY

CARA NAK SYAK KASUT KULIT BABI IALAH…
1. HARGANYA LEBIH MURAH DARI KASUT KULIT LAIN
2. BIASANYA KULIT BABI NI DI PASANG DI DALAM BAHAGIAN KASUT SEBAB DIA LEMBUT
3. PALING BANYAK PADA KASUT KANAK-KANAK PEREMPUAN
4. KASUT WANITA PUN BANYAK (YANG SALE GILER TU...PERATI BETUL2)
5. SANDAL LELAKI
TOLONG PESAN KAT ORANG RUMAH ATAU SAPA2 SAJA KAUM MUSLIM KITA

KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…

(Bahan ini saya perolehi dari email yang di forward kiriman sdr Nur, Azila. Terima kasih)

(Tambahan pada 7 Julai 2000)

Namun adakah umat Islam tidak boleh menggunakan kulit babi?? Bacalah jawapannya menurut Al Hadis berikut:

NAMA : MOHD ZAKARIA B. MAHADI
NO MATRIK : IEJ 060043

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

Ertinya: daripada Ibn Abbas dia berkata bekas hamba Maimunah telah menyedekahkan seekor kambing, lalu kambing itu mati dan Rasulullah melalui tempat itu lalu bersabda “mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian disamak lalu menfaatkannya (menggunakannya)”, justeru mereka berkata ianya adalah bangkai maka nabi bersabda ianya hanya haram jika memakannya.

Takhrij hadith: Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, di dalam kitab al-haid pada bab menyucikan kulit bangkai dengan menyamak, halaman 190.


Fiqh al-hadith

Bangkai di dalam bahasa arab disebut al-mayyitah yang diertikan sebagai mati tanpa disembelih. Dikalangan ulama fiqh pula memberi maksud haiwan yang mati dengan sendiri tanpa sembelihan secara syar‘i dan campur tangan manusia. Berdasarkan dari ayat 3 surah al-Maidah, enam jenis kematian yang dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan iaitu:

1. Haiwan yang disembelih bukan kerana Allah
2. Haiwan yang mati kerana dicekik
3. Haiwan yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya
4. Haiwan yang jatuh dari tempat tinggi sehingga menyebabkan kematian
5. Haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian
6. Haiwan yang diterkam oleh binatang buas dan dimakan sebahagian badannya yang menyebabkan kematiannya

Berdasarkan hadith yang telah dibawakan, Islam mengharamkan untuk memakan bangkai kerana jika dilihat pada punca kematian haiwan tersebut yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang sihat untuk memakannya, contohnya pengharaman memakan lebihan dari binatang buas yang secara terang menunjukkan ketinggian kedudukan manusia berbanding denagn haiwan sehinggakan diharamkan memakan sisa-sisanya, dan contohnya haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian, jika kita lihat pada kebiasaan permainan beradu haiwan yang tidak menunjukkan belas kepada haiwan tersebut sedangkan Islam mengajar untuk bersikap ihsan walaupun ketika hendak menyembelih haiwan. Jika dilihat juga pada haiwan yang mati dengan sendiri berkemungkinan disebabkan keracunan dan tidak terjamin dari aspek keselamatan jika manusia memakan haiwan yang mati kerana kercunan tadi. Haiwan yang mati tanpa disembelih duhukum sebagai bangkai tetapi kulitnya tetap boleh digunakan dengan syarat telah menyamaknya terlebih dahulu.

Berdasarkan hadith di atas juga menunjukkan bahawa pengharaman bangkai hanya untuk memakannya tetapi untuk memanfaatkan kulit seperti bulu dan tanduk bangkai tersebut bukanlah sesuatu yang haram malah boleh jadi ianya diperlukan untuk sesuatu kegunaan yang penting seperti digunakan sebagai tempat menyimpan makanan, sebagai perhiasan atau dijadikan sebagai pakaian.

Oleh itu, ianya tidak harus disia-siakan begitu sahaja dengan syarat kulit bagkai tersebut mesti disamak terlebih dahulu untuk menyucikan dari sebarang kekotoran sebelum digunakan. Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah pernah bersabda “sekiranya telah disamak mana-mana kulit maka sesungguhnya ia telah suci.” Berdasarkan hadith ini, Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat bahawa hadith ini adalah umum dan menunjukkan semua kulit yang telah disamak dihukumkan suci termasuklah kulit anjing dan babi. Haiwan yang halal dimakan seperti lembu dan unta semua anggotanya adalah halal, jika terpisah dari badannya atau mati bukan kerana disembelih maka ianya menjadi bangkai kecuali bulu dan kulit tersebut adalah najis kecuali dengan menyamaknya. Manakala haiwan yang halal dimakan dan disembelih, kulitnya juga halal.

Pada waktu ini, penggunaan kulit babi dan bulunya malah organnya juga semakin banyak disebabkan oleh faktor harganya yang lebih murah berbanding haiwan yang lain dan paling mudah untuk didapati. Kasut-kasut dan bag tangan yang dibuat daripada kulit babi juga mendapat tempat di pasaran negara ini, kenapa?. Jika difokus kepada kasut yang menggunakan kulit babi kerana ia mempunyai harga yang lebih murah berbanding kasut yang tidak menggunakan kulit babi. Dan kebiasaannya kulit babi ini dipasang dibahagian dalam kasut kerana sifat kulit tersebut yang lembut, dan banyak digunakan di dalam kasut kanak-kanak. Cara untuk mengenal pasti sama ada ianya adalah kulit babi atau tidak adalah dengan memerhatikan jika terdapat tiga titik yang seragam pada kulit tersebut berkemungkinan besar ia adalah kulit babi. Berbalik kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Muslim tersebut yang bersifat umum, ulama’ Syafi‘e telah mengecualikan kulit anjing dan babi yang mana tetap najis walaupun setelah disamak.

Cara untuk membersihkan kulit haiwan

1. Dengan cara menyamak iaitu menghilangkan segala lendiran dan kelembapan yang terdapat pada kulit yang akan menyebabkan kerosakan pada kulit tersebut
2. Dengan menggunakan bahan yang kesat seperti daun akasia (qarazh), manjakani (afsh), kulit delima (qusyur al-rumman), tawas (al-syabb) dan sebagainya.
3. Bahan yang digunakan dapat mengeringkan kelembapan kulit, menghilangkan kotoran dan menghilangkan baunya walaupun bahan yang digunakan bukan benda yang suci seperti najis merpati
4. Menggunakan kaedah dengan hanya menjemur kulit tersebut dibawah terik matahari dan melumur dengan tanah adalah tidak memadai kerana cara tersebut tidak mampu membuang segala kotoran. Ini dibuktikan sekiranya kulit tadi direndam di dalam air, ia akan menjadi bau busuk semula.

Dipetik dari http://drishak69.blogspot.com/2008/10/kulit-haiwan.html

28 comments:

  1. uu...
    merbahaya sungguh..
    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Sungguh bermanfaat. Cerita ini sudah byk saya dengar dari kawan-kawan. Nak beli kasut ke ataupun apa-apa brg pakaian eloklah tilik2 dulu sblm beli, takut terbeli pakaian berkulit khinzir mcm ni.

    ReplyDelete
  3. tuk para kaum muslimi, hati-hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii deh......

    ReplyDelete
  4. apa bukti kukuh tompok tiga hanya kulit babi? bukankah kulit binatang lain juga, tidak mustahil -ada tompok tiga

    ReplyDelete
  5. Saya nak bukti kukuh hasil kajian mana2 pihak yang mengatakan yang ada titik 3 tu kulit babi sahaja.

    ReplyDelete
  6. hmm...stkt ni..mmg cuma kulit babi je yg ada 3 bintik tu...even kalau kiter pi kedai kasut pn, x kire la kt msia ke spore ke..kalau pi tnya penjual tu pn, depa kata tiga bintik tu kulit babi...mgkn tu la antara kebesaran Allah beri kiter upaya utk mngenali kulit babi ke x...Kalau kulit ostrich/kasawari. kulit dia cm ada duri sket..kalau ada gmbr boleh dtinjukkn tp x dak la...
    Tp yg paling penting skrng ni even kt msia pn dh kena jaga2..trutama kasut puma..Sblm ni, sy ada pi spore, ingatkan nk cari kasut kt sana..mklmla..harga dia lbh murah dr msia wlupn dh tukar mata wang kiter...yg trperanjatnye..kasut yg sama jenis, sama warna dgn apa yg dijual di msia, sbnrnya adalah kulit babi..
    yg bagus nyer orng spore ni, bile kiter baru je nk sentuh kasut yg brkulit babi tu, diorang trus tegur sy n buktikan yg itu adalah kulit babi...yg tegur tu pn bknnya orng islam saje, ornag kafir pn sama...
    Jadi mcm maner plak di msia? Hmm...nthla...so kiter kenala hati2 bile mmbeli..jgn ingt kasut baldu pn x guna kulit babi, kena selak dulu baldu tu n tngk betul2...ni yg diajar oleh jurujual yg brtnggjawab di spore yg tdk dtunjukkn okleh jurujual di msia..
    Stkt ni, cuma puma je kot yg ada....tp jgnla boikot depa pasal diorang ada pakai kulit babi utk kasut depa...cuma kiter ni sbg pnegguna yg bijak, selidik dulu betul2..

    ReplyDelete
  7. so...kalau rasa ada was2 masa nk beli kasut kt kedai, ni ada beberapa cara utk buat..tp maybe cm leceh sketla tp worth the try:-
    1- Pi tnya jurujual tu sama ada ini kulit babi ke x? kalau tiga bintik tu dia kata 'ya,
    2- Pi jmp dgn manager kedai tu n mintak surat invoice ke apa utk mndptkan bukti pasal biasanya stock yg dihantar mesti ada detail dia..ala..mcm beli kereta la...berapa cc nyer...brapa laju enjinnye..n so on...
    3- kalau x pasti gk, boleh pi tnya orng JAKIM melalui on-line ke jmp sndiri...

    Bunyi mcm leceh n maybe ada yg branggapan mende ni cm buang masa tp at least kiter akan berasa puas n lega bile kiter dh tau kebenarannye...

    ni cuma idea je...kalau x suke, jgn marah sy plak..hehehe..Selamat Berpuasa.... ;)

    ReplyDelete
  8. saya syak kasut yg saya pakai sekarang ni pun kulit babi... tp btul ke? camner ni?? dhlah x samak, sy smyg slame ni camne? apa yg perlu kite samak? sejadah, telekung yg saya pakai tempat yg sy pijak camne? sy kurang arif... tolong saya!!!

    ReplyDelete
  9. alhamdullillah...di s'pura semua kedai yg menjual kasut buatan kulit babi diwajibkan melabel kasut tersebut..

    ReplyDelete
  10. Dalam kes ini, Singapura yang diperintah oleh orang kafir lebih islamik dari negara Islam Hadhari Malaysia.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. 3 titik.....?mcm pena nampk la....hm..

    ReplyDelete
  12. mcm-mcm cara nak suoh org islam terkena.Asal dpt untung jer.Tp, sebagai pengguna kenelah bijak. dah tau tu, x yah la beli tiga titik.kan banyak kasut lain lagi? tak gitu?

    ReplyDelete
  13. thankz coz berkongsi buah fikiran yang bernas untuk menyelamatkan umat islam daripada ditipu..
    ingat mengingati amalan orang-orang mukmin..
    takbir..ALLAHUAKBAR!!!
    semarak AGAMA ISLAM dimata seantero dunia..
    bangkit bersama PARTI ISLAM menegakkan syiar ISLAM..

    ReplyDelete
  14. salam semua...saya berkerja di Doha,Qatar... Babi atau mana2 product babi diharamkan utk masuk ke bumi arab ni... tetapi, baru2 ni saya ada beli kasut di butik zara di doha...and kawan saya ckp it is using pig lining.... how is this??? xmungkin kerajaan doha tidak periksa sebelum product masuk ke negaranya....

    ReplyDelete
  15. Salam semua, saya pun nak berkongsi penemuan kasut yg ada kulit babi ni dgn yg lain. Saya pernah terjumpa kasut mcm ni kat Mid Valley dan Alamanda Putrajaya. Terkejut jugak laa sbb salesgirl tu langsung x tegur/inform kami pasal kasut tu. Kalo nak letak label, lg laa... jgn harap... pulak tu salesgirl tu org kita... pelik laa.... mcmana negara yg dikatakan mengamalkan Islam Hadhari boleh 'terlepas pandang' hal-hal mcm ni sedangkan di negara jiran seperti yg diceritakan oleh rakan-rakan lain begitu peka dgn meletakkan tanda amaran tersebut. Betul kita kene berhati-hati tp dalam keghairahan membeli terutama kaum wanita, saya x rasa mereka akan tgk betul-betul. Diharapkan kepada pihak yg berwajib dapat melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  16. Jika menurut 2 hadis yang baru saja diutarakan, maka menggunakan kasut dari kulit babi adalah dibenarkan.

    Minta maaf kerana dulu belum jumpa hadis ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. salam.....saya ada beli sepasang kasut kulit dr seorang kawan yg baru balik dari san diego. Dia tak nak sebab dia rasa kasut tu tak sesuai dgnnya...jadi saya beli sebab dia jual dgn harga rm70...kalau kat kedai kasut ni harganya mahal dlm rm200 lebih...saya selalu pakai sekejap2 je kasut ni....kasut ni alas kaki macam baldu sikit...setelah pakai selama lebih setengah tahun baru saya perasan semalam setelah berjalan sehari suntuk dan kasut yg baldu itu basah dan ternampaklah saya 3 dot tu...panik sekejap...saya tanya seorang ustaz dan dia menyuruh saya samak dan buang kasut tu dgn cara menanamnya supaya org lain yg jumpa tidak memakainya. sekarang ni kena lebih berhati2 nak membeli kasut...

    ReplyDelete
  18. Terima Kasih atas informasi yang bermanfaat ini. Dahulu, waktu saya menjalankan tugas sebagai anggota polis singapura sebagai unit angkatan anjing, saya telah ditegur oleh bekas anggota unit tersebut tentang perlunya bersertu/menyamak tiap kali ingin bersolat...Saya terfikir bahawa sungguh lecehnya undang2 ini..sehingga setelah saya tidak lagi bertugas didalam unit tersebut,saya membuang barang2 yng saya pernah gunnakan waktu bertugas dgn anjing saya dahulu atas kerana terlalu bnyk yg perlu disertu..Alhamdulillah...saya telah ditunjukan Allah azza wajal akan kebenaran, bahawasanya, islam itu mudah dan tidak merumitkan umatnya..Memegang anjing mahupun babi tidaklah perlu kita menyamak..hanya cukup dgn membasuh dgn sabun sahaja..yg perlu disamak adalah mangkuk yg apabila ada anjing telah menjilatnya atau memakan daripadanya yg perlu kita menggunakannya kembali..Kalau anda ada membaca sebuah hadis tentang bagaimana rasulullah membenarkan memakan hasil tangkapan dari anjing buruan peliharaan, dgn hanya menyebut basmallah apabila melepaskan anjing itu. Ada juga tentang masjid pada zaman rasulullah yg kadang-kala dilintasi anjing dan kadang ia kencing ditiang masjid.Cuba anda fikirkan, tentu berterbangan bulu2 anjing tersebut. Dan apakah anda tahu bahawa perabot kayu anda yg dirumah itu di varnish dgn mengunnakan berus buatan bulu babi...apakah perlu menyamak semua perabot itu??? ingatlah bahawa Penyakit WAS-WAS adalah permainan syaithan...

    ReplyDelete
  19. Sifat binatang anjing yg dicipta Allah- ia akan mejelirkan lidahnya apabila kepanasan...dan cuba anda fikirkan..sudah tentu akan terkena percikkan air liur anjing yg dibawa untuk buruan di negara2 arab yg panas pada zaman rasulullah..dan hasil tanggkapan buruan tersebut dibawa oleh anjing tersebut dgn mulutnya..kemudian dimakannya tuannya..Apakah rasulullah tidak tahu tentang hal ini? Tu pasal kalau anda pernah ke negara2 timur tengah, anda akan terlihat anjing2 berkeliaran dan org2 arab Islam tidak memperdulikan ia. Kerana mereka memahami Fiqh dgn baik sehingga tidak ada keliruan.

    ReplyDelete
  20. reply
    emjayjb wrote on Jul 7, '09
    Jika menurut 2 hadis yang baru saja diutarakan, maka menggunakan kasut dari kulit babi adalah dibenarkan.

    Minta maaf kerana dulu belum jumpa hadis ini.

    Emjay





    mmm hadis yg mana?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbh

    Maksud sebenar tulisan saya "Jika menurut 2 hadis yang baru saja diutarakan" adalah "Jika menurut 2 sandaran iaitu hadis dan dari ayat 3 surah al-Maidah yang baru saja diutarakan". Maaf kerana kurang teliti ketika menulis. Berikut adalah kedua-dua sandaran tersebut:-


    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

    Ertinya: daripada Ibn Abbas dia berkata bekas hamba Maimunah telah menyedekahkan seekor kambing, lalu kambing itu mati dan Rasulullah melalui tempat itu lalu bersabda “mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian disamak lalu menfaatkannya (menggunakannya)”, justeru mereka berkata ianya adalah bangkai maka nabi bersabda ianya hanya haram jika memakannya.

    Takhrij hadith: Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, di dalam kitab al-haid pada bab menyucikan kulit bangkai dengan menyamak, halaman 190.


    Fiqh al-hadith

    Bangkai di dalam bahasa arab disebut al-mayyitah yang diertikan sebagai mati tanpa disembelih. Dikalangan ulama fiqh pula memberi maksud haiwan yang mati dengan sendiri tanpa sembelihan secara syar‘i dan campur tangan manusia. Berdasarkan dari ayat 3 surah al-Maidah, enam jenis kematian yang dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan iaitu:

    1. Haiwan yang disembelih bukan kerana Allah
    2. Haiwan yang mati kerana dicekik
    3. Haiwan yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya
    4. Haiwan yang jatuh dari tempat tinggi sehingga menyebabkan kematian
    5. Haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian
    6. Haiwan yang diterkam oleh binatang buas dan dimakan sebahagian badannya yang menyebabkan kematiannya


    Emjay

    ReplyDelete
  22. tapi pada saya produk dari kulit babi tetap haram dipakai kerana itu adalan najis mughallazah. walaupun disamak, kulit tu tetap dinamakan kulit babi. kalau kulit lembu yang dah mati memang najis tapi dpt disucikan dgn samak sbb lembu bukan najis berat seperti babi.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...
    yup...org pun prnh dgr pasal 3 titik tu...dan setakat ni khinzir saje yg ada titik mcm tu..tapi apa yang penting..untuk beli sesuatu tu kita kne prihatin n teliti betol2 barang tu...klo x kita gak yang sush...so jadilah pengguna yang bijak..

    ReplyDelete
  24. Di KLCC ada kedai handbag yang prihatin bagi notis Produk Kulit Babi

    ReplyDelete
  25. Sepatutnya kerajaan mengharamkan sahaja semua produk kulit babi atau mewajibkan kedai meletakkan label dengan terang. Tapi kerajaan umno ni payah sedikit.

    ReplyDelete
  26. Pergilah cari bukti sendiri mengenai bintik 3 itu. Bintik 3 kulit babi ni adalah pengetahuan umum mengapa pula minta ustaz tunjukkan bukti. Cukuplah beliau telah memberitahu kpd kita.

    ReplyDelete