Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 4 July 2007

Jemputan untuk merawat orang kerasukan dari pembaca Laman Emjay

Jemputan untuk merawat orang kerasukan dari pembaca Laman Emjay
 
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Assalamualaikum wbh pembaca laman Emjay yang dikasihi.

Pada petang Selasa 3 Julai 2007, saya telah mendapat komen dari sdr wahamad di ruangan “guestbook” seperti berikut:
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ustaz, anak saudara saya telah ke matrikulasi Kuala Pilah. Tapi sampai di sana anak saudara saya telah dirasuk oleh syaitan. Kini bapanya telah membawa balik ke kelantan untuk berubat. sudah 3 bomoh di panggil dgn berbagai cerita. yang terakhir ingin pengeras RM2000 untuk halau syaitan tersebut. Nampaknya bapanya telah setuju asalkan anaknya kembali baik. Sekiranya tidak sembuh bagaimana caranya untuk saya menjemput ustaz merawat anak saudara saya tersebut. terima kasih ustaz.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah balasan saya terhadap komen sdr wahamad tersebut:

Waalaikumussalam wbh sdr wahamad

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran alhamdulillah kerana sdr wahamad sudi berbicara dengan saya di laman emjay ini. Semoga usaha sdr wahamad ini diredhai dan dirahmati Allah swt.

Persoalan yang dikemukakan sdr amat senang tetapi untuk menjawabnya memerlukan usaha yang banyak dan tidaklah mudah. Saya menjawab di sini mengikut kemampuan saya yang terhad yang dikurniakan Allah SWT.

Terlebih dahulu kita perlu faham dengan apa itu rahmat dari Allah. Rahmat Allah terhadap manusia terlalu banyak dan tidak terhitung. Antaranya ialah rahmat hidup, tidur, mata, penglihatan, sihat, mendengar dan dilindungi Allah dari kerasukan serta gangguan syaitan lainnya.

Berdasarkan ayat Al Quran Ali Imraan: [74]
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

Rahmat Allah ini tidak sama antara seseorang dengan orang lain. Rahmat adalah milik mutlak Allah dan akan diberikan kepada manusia mengikut peraturan Allah SWT.

Seorang yang telah dan sedang diazab Allah adalah disebabkan antara puncanya ialah dosa-dosa yang dilakukan sesuai dengan ayat Al Quran Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Dari hujah-hujah di atas, anak sdr wahamad sebenarnya sudah ditarik Allah satu rahmatNya iaitu tidak diganggu dan tidak dirasuk syaitan. Allah menyusun dengan kehendakNya dan rububiahNya agar anak buah (mangsa) sdr wahamad mendapat kejadian buruk ini. Kejadian buruk ini juga adalah satu musibah dan ianya adalah berpunca dari kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan. Untuk membaca antara dosa-dosa yang berkaitan kerasukan ini, sila baca artikel saya yang terdahulu  bertajuk Pengalaman bersama orang yang kerasukan  bertarikh 15 November di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/pengalaman-bersama-orang-yang-kerasukan.html

Allah menegaskan dalam Surah As Sajdah:21,
21. dan Demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab Yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.

Hari ini kita mencuri harta milik seseorang, satu ketika Allah balas dengan azab harta milik kita dicuri orang lain pula begitulah sunnatullahnya. Kita merogol anak orang, satu ketika isteri dan anak kita dirogol orang lain. Namun dosa yang lebih besar dari mencuri dan merogol ialah dosa mensyirikkan Allah. Dosa mensyirikkan Allah sangat besar dosanya, ia mengundang azab musibah yang besar juga dari Allah dan menurut sunnatullahnya ialah ia mengundang azab kerasukan. Fahamilah ayat Al Quran ayat dari Yunus:27
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Sudahlah mendapat kejahatan (azab) yang setimpal, Allah tambah lagi dengan mendapat kehinaan menurut ayat tersebut.

Keluarga anak buah sdr ini memang sedang mendapat azab pedih yang setimpal selain mendapat kehinaan. Terasa benar malunya apabila keluarga dan jiran tetangga mengetahui anak ini kerasukan. Berdoalah kita semua agar Allah jauhkan azab pedih ini dari anak keturunan kita semua. Bacalah artikel saya terdahulu bertajuk Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam???????  yang diterbitkan pada 6 April 2007 di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/04/mengapa-kerasukan-dan-histeria-hanya.html

Apabila kes kerasukan sudah berlaku, bagaimana untuk menyelesaikan kes ini? Tidak lain dan tidak bukan jawapannya dinyatakan Allah dalam Ali Imraan : [132]
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

Dan Al Anaam: [155]
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Apabila Allah memberikan pelbagai rahmatNya kepada si mangsa, insyaAllah mangsa ini akan kembali semula seperti sediakala dan dilindungi Allah dari sebarang gangguan syaitan serta kerasukan.

Adakah dengan terus menerus menemui bomoh sebagaimana cerita sdr ini akan mengundang rahmat dari Allah kepada keluarga simangsa? Bagi saya jawapannya ialah jauh panggang dari api terutama sekali bomoh yang minta pengeras RM2000 tu. Kalau berjaya sekali pun kerasukan ini dipulihkan, ia hanya akan terjadi dengan mungkin ayah dan mangsa ini dipaksa melakukan kesyirikan yang jauh lebih besar dan mungkin kena sembelih kambing untuk kubur dan sebagainya. Kalau pulih pun bukan pulih 100% ia sekadar berkurang sebanyak kira-kira 10% berbanding sebelumnya dengan anak ini masih tetap diganggu syaitan dan masih lemah semangat cuma sekadar tiada kerasukan. Begitulah syaitan berstrategi. Mereka membantu dengan syarat keluarga ini bertambah kesyirikannya. Namun selepas satu tempuh yang mungkin setahun atau dua, kejadian kerasukan ini akan kembali semula kerana syaitan memang terus berusaha agar semua bomoh-bomoh yang menjadi sahabatnya mendapat pendapatan serta kesyirikan pada keluarga yang bermasalah ini dapat diikrarkan semula. 

Kaedah menangani kes ini secara “once and for all” ialah sebagaimana disarankan oleh Allah SWT iaitu mentaati Allah sebagaimana Ali Imraan : [132] dan Al Anaam: [155]. Hanya dengan mentaati Allah iaitu dengan melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya bakal membawa rahmat dari Allah dan dalam situasi kes ini si mangsa mendapat perlindungan dari Allah dari gangguan syaitan dan kerasukan. 

Satu persoalan menarik di sini ialah bolehkah saya menghalau hantu dan syaitan yang menyebabkan gangguan ke atas mangsa ini? Kalau saya mengatakan “ya”, ia membawa satu implikasi bahawa saya mungkin lebih hebat dari Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad pun tidak mampu menghalau hantu syaitan yang mengganggu pakcik-pakcik termasuk Abu Talib, Abu Jahal dan Abu Lahab. 

Sehingga kini saya masih belum berjumpa dengan contoh dari Nabi yang mengajarkan kita menghalau hantu syaitan. Apa yang saya temui ialah saranan untuk menghormati kaum jin dengan jangan membersihkan najis dengan tulang kerana menjadi makanan mereka dan meminta perlindungan dari Allah apabila memasuki tandas  kerana lubang tandas adalah antara tempat tinggal mereka. Nabi SAW juga mengajar kita menghormati jin dengan jangan buang air ke atas air tenang kerana ini adalah antara tempat tinggal mereka.

Bagi pandangan peribadi saya, saya tidak menghalau syaitan tetapi saya memohon Allah melindungi saya dan melindungi orang yang berhajat  dari gangguan syaitan. Allah yang mencipta manusia dan jin selain malaikat. Tidak ada masalah langsung bagi Allah untuk memberikan rahmat melindungi manusia tertentu dari menjadi permainan syaitan atau memberikan azab dengan terus membiarkan manusia menjadi bahan mainan syaitan.

Bagi kes si mangsa ini, sekiranya saya mampu untuk menghalau gangguan syaitan ini dari terus menyebabkan gangguan kerasukan, apakah keuntungannya kepada keluarga si mangsa? Sebenarnya tidak ada sebarang keuntungan malahan kerugian semata-mata. Untuk menjelaskan perkara ini, mari kita lihat kes berikut. 

Ahmad adalah seorang perogol bersiri. Selepas setiap kejadian rogol sehingga 10 tahun kemudian, Allah tidak memberikan sebarang azab kepadanya. Apakah akan jadi kepada Ahmad ini? Adakah semakin tua Ahmad menjadi orang yang lebih bertakwa? Tanpa sebarang azab, seolah-olah Allah terus menggalakkan perlakuan buruk Ahmad ini. 

Apa yang kerap berlaku ialah seorang perogol akan diazab dengan pelbagai azab dan kesudahannya akan ditangkap polis dan dimasukkan ke penjara untuk disimpan dan dirotan. Kalau zaman Nabi, orang ini bakal dirotan 100 kali atau direjam sampai mati sebagai satu musibah berat untuk menyucikan segala dosa lalu.

Itulah sebabnya saya lebih menyetujui keluarga mangsa ini terus diazab Allah sehingga akhirnya mereka semua bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sesuai dengan ayat Al Quran Al Anaam: [54]
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Jikalau saya ke Kelantan hanya sekadar untuk menjauhkan dan mengelakkan gangguan syaitan ini, siapalah saya di sisi Allah kerana Allah berkata di dalam Al Quran mafhumnya “bahawa apabila Allah SWT ingin memberikan rahmatNya kepada manusia, tidak ada sesiapa pun yang dapat mengelakkannya  dan apabila Allah ingin menurunkan azabNya kepada manusia, tiada seseorang pun yang dapat menghalang azab ini dari di terima oleh orang tersebut” (saya sudah lupa ayat berapa dan surah apa).

Dalam kes mangsa ini, siapalah saya disisi Allah untuk membuang azab yang sememangnya diberikan oleh Allah? Kalau sebegini mudahnya untuk membuang musibah azab dari seseorang, saya ni dah jadi macam martabat Tuhan. Allah memberikan azab dan saya membuangkan azab dari diri orang tersebut dengan mudah!!!!! Nauzubillah. Astaghfirullah.

Itulah sebabnya sebagaimana saya ceritakan dalam artikel Pengalaman bersama orang yang kerasukan () bertarikh 15 November di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/pengalaman-bersama-orang-yang-kerasukan.html saya menggunakan kaedah yang diajarkan Nabi SAW iaitu dengan mengajarkan ilmu tauhid selain membersihkan persekitarannya dari tangkal azimat, gambar binatang dan manusia serta kartun. 

Baru sebentar tadi cikgu Ina masih datang berkunjung ke rumah saya untuk mendalami ilmu (bukan lagi ilmu tauhid) terutama sekali ilmu berdakwah ke atas rakan-rakan beliau yang diberikan Allah pelbagai azab kerana pelbagai kesalahan dan dosa-dosa mereka. Semoga Allah terus mengurniakan pelbagai rahmatNya kepada cikgu Ina ini serta keluarganya.

Bagi kes keluarga mangsa ini, mereka perlu dididik dengan ilmu tauhid yang mantap sehingga mereka mampu menilai mengapa tangkal azimat dan ilmu tenaga dalaman (mind power) adalah syirik dan sebagainya. 

Apabila sedar segala kesilapan masa lampau mereka, bertaubat dan mengamalkan gaya hidup islam yang sebenar, disinilah bermulanya rahmat Allah dengan Allah melindungi mangsa ini dari gangguan syaitan  serta kerasukan dan akhir sekali semangat semakin kuat dan tabah serta satu ketika boleh mampu menjadi pendakwah menyeru masyarakat dari perkara yang mensyirikkan Allah. Inilah yang saya telah, sedang dan insyaAllah akan terus saya lakukan.

Doakanlah dan ikhtiarkanlah keluarga simangsa dan mangsa ini sendiri untuk belajar di rumah saya di JB. Tiada bayaran. Kalau dah belajar 2 @ 3 kali hujung minggu insyaAllah sudah berkesan dan sesudahnya datang sekali sebulan untuk beberapa kali untuk memantapkan lagi.

Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW dahulu iaitu membersihkan umat dari gejala kesyirikan melalui pendidikan bukan melalui kerja menghalau hantu syaitan.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

18 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz Emjay;

    Jika saudara terdekat kita ada tangkal, azimat dan lain-lain, dan selepas kita cakap dengan dia dan dia pun sudi serahkan pada kita, bagaimanakah caranya kita nak lupuskan benda-benda ini. Harap dapat jawapan dari tuan. Terima kasih. wassalam.

    ebkc

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbh

    Di sisi Allah apabila kita mengambil tangkal dari seseorang, balasan dari Allah adalah ibarat memerdekakan seorang hamba abdi.

    Sebaik-baiknya kalau baru terlibat dengan tangkal azimat ni, bila nak ambilnya, ambillah wudhu terlebih dahulu. Selepas itu berdoa minta perlindungan dan pertolongan dari Allah.

    Selepas itu ambil dan bawa balik kerumah dan JANGAN BAWA MASUK KE DALAM RUMAH. Letakkan dimana-mana kawasan di luar rumah sama ada di tepi pagar atau di bawah pasu bunga.

    Lepas tu poskan kepada saya untuk dilupuskan dengan pos laju.

    Dapatkan alamat saya dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Sekian semoga Allah redha dengan usaha sdr

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. skarang nie banyak betul kat kedai2 makan (org ISLAM) suka betul letak tangkal2 kat dinding.....tak pun ayat -ayat Al Quran dalam pelbagai bentuk dan corak...... macam azimat la..... bila laaa dia org nie nak dapat HIDAYAH.......Ya ALLAH ya tuhanku jauhkan laah aku dan keluargaku daripada perbuatan SYIRIK ini....Ustaz nak tanya berdosa atau tidak ataupun ada jatuh hukum subahat tak.. kalu kita pergi makan kat kedai org islam yang ada tampal azimat2 macam nie....bukan apa......... takut pekedai tu... percaya kat azimat plaks... kedainya laku.......

    ReplyDelete
  4. Memang die ni percaya habis kat tangkal tersebut. Sekarang kalau tengok je restoran baru, majoriti ada benda celaka ni.

    Namun apa yang saya terharu ialah sdr ambokie dah nampak gejala ini. Alhamdulillah saya dah nampak lama dan Laman Emjay ditubuhkan atas kesedaran inilah iaitu untuk membanteras gejala syirik.

    Sekadar menegur baik juga tetapi mungkin kelak nanti dia sorok pula benda celaka ni.

    Mari kita buat benda ini. Macam kad nama tetapi tertulis kata nasihat untuk umat Islam menjauhi kerja syirik ini dan berikan dalil-dalilnya. Bila nampak, berikan saja kad nama ini.

    Mereka ini berlumba-lumba mencari tangkal pelaris kerana ulamak yang bertanggung jawab pun dah lesu.

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. btul la..makcik saya baru bape tahun buka kedai dobi kat Baling nun dh kene sihir dh. org ckp kedai dia dh tutup, x buka. padahal buka je mcm biasa. mmg melayu ni ada masalah sikit la benda2 mcm ni. dengki!! kalu dengki pastu usaha nk atasi kejayaan org tu x pe la. ni dengki pastu nk hapuskn org ..

    melayu.. melayu.. tu la melayu ku.. melayu blh..

    ReplyDelete
  6. Bab sihir ni, jangan takutlah. Jauh lebih baik kalau kita takut kat Allah saja.

    Pengalaman saya dulu kala bila saya tersilap, saya terkena sihir. Rasalah juga pengalaman kena sihir. Bila kita jaga akidah dan jaga perintah Allah lainnya, insyaAllah Allah akan melindungi kita dari segala macam sihir. Saya dan arwah guru telah alhamdulillah mengalami pengalaman pahit di sihir namun sihir sekadar mainan syaitan sahaja dan tidak akan sekali-kali menandingi kekuasaan ALLAH SWT.

    Saya sedang dalam projek membantu seseorang sekarang. Seorang hamba Allah dikenakan berbagai sihir sejak beberapa bulan lalu. Minggu lalu saja dua kali hamba Allah yang lemah ini disihir dengan diletakkan sejenis minyak wangi yang melekit di pemegang pintu masuk bilik hamba Allah ini. Namun dengan kuasa Allah hamba Allah ini masih sihat walafiat sehingga kini. Marilah sama-sama kita semua doakan hamba Allah ini berjaya dengan cemerlang di dalam mengharungi ujian Allah yang berat ini.

    Di dalam Al Quran ada satu ayat Allah menjanjikan bahawa syaitan tiada sebarang kekuasaan terhadap orang beriman. Silalah rujuk surah An Nahl: 99 - 100:
    99. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang Yang beriman dan Yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
    100. Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang Yang menjadikan Dia pemimpin mereka, dan orang-orang Yang Dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.


    Sekian, jangan takut syaitan, jangan takut hantu, jangan takut sihir, TAKUTILAH ALLAH SWT.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Terima kasih. Akan cuba pujuk, insya-Allah. Akan email bila berjaya nanti.

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah usaha ini.

    ReplyDelete
  9. Salam ustaz emjay,saya ni jugak pernah di sihir,api Alhamdulillah,saya tak takut pada sihir,tapi takut saya tertakluk pada Tuhan,saya ingin bertanya,saya ni cuma boleh lihat makhluk2 halus seperti jika ada gangguan di rumah2 orang atau rumah sendiri saya di beri penglihatan boleh nampak benda2 ghaib ni,tapi jika tujuan saya nak menolong orang ,nanti jin yg ada di rumah orang tersebut beri amaran pada saya,apa kah itu jugak tidak dari izin Allah?saya mushkil sangat ngan perkara ni,srkian t/kaseh.

    ReplyDelete
  10. Orang-orang bermasalah yang berurusan dengan saya sebagaimana cerita cikgu Ina, memang dia boleh nampak jin waktu dia kerasukan. Perlahan-lahan dalam tempuh kira-kira sebulan kejadian nampak jin hilang langsung setelah belajar ilmu tauhid dan ilmu agama lainnya, alhamdulillah.

    Sekiranya sdr masih boleh nampak makhluk halus, bagi pandangan saya, ada sesuatu yang masih tersangkut.

    Datanglah ke JB untuk berkongsi ilmu. Alamat dan no telefon saya boleh diperolehi dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh

    Untuk memahami lebih lanjut masalah sdr ini, sila baca artikel saya bertajuk Petikan akhbar Berlian dari mulut,... -- ‘Puteri Berlian’ anggap kejadian anugerah Tuhan - satu analisis yang diterbitkan pada 15 Feb 2007 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/53 .

    Orang-orang bermasalah yang berurusan dengan saya sebagaimana cerita cikgu Ina, memang dia boleh nampak jin waktu dia kerasukan. Perlahan-lahan dalam tempuh kira-kira sebulan kejadian nampak jin hilang langsung setelah belajar ilmu tauhid dan ilmu agama lainnya, alhamdulillah.

    Sekiranya sdr masih boleh nampak makhluk halus, bagi pandangan saya, ada sesuatu yang masih tersangkut.

    Datanglah ke JB untuk berkongsi ilmu. Alamat dan no telefon saya boleh diperolehi dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ustaz Emjay dan semua pembaca;

    Apa yg saya nampak kat sini ialah, tiada penyelesaian segera. Biasanya bila kita berhadapan dgn masalah begini kita pun tak tahan. Kalau boleh nak segera selesaikan masalah nie. Disinilah perangkapnya untuk terjerumus lebih jauh ke dlm kesesatan, kalau kita pi jumpa bomoh. Dlm penulisan saya yg sebelum nie, saya dah ceritakan pengalaman saya dgn ahli keluarga saya. Memang bukan mudah nak pulihkan akidah yg dah lari. Semoga Allah jauhkan semua perkara syirik dari kita. Wassalam.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh ebkc

    Terima kasih di atas tulisan sdr di atas. Cantik sekali mesej yang ingin disampaikan.

    Saya sedang risau juga sekarang ini kerana sdr kita rabeeyah masih belum email saya lagi.

    Marilah kita semua berdoa semoga Allah memberikan rahmatNya serta memudahkan rabeeyah kembali ke pangkal jalan.

    Minta ebkc atau pembaca laman emjay lainnya pujuklah sikit di ruangan ini semoga sdr rabeeyah sudi email saya dan sudi untuk dibantu.

    Sekian wassalam wallahualam

    EMjay

    ReplyDelete
  14. Sdr Rabeeyah, Ust Emjay dan semua pembaca;

    Dalam banyak hal, saya setuju dgn Ust Emjay. Keutuhan akidah adalah perkara pokok dalam hidup kita. Dalam menghadapi apa perkara sekali pun, samada kena musibah, dapat untung besar, dan ujian-ujian lain yang kita suka dan tak suka, semuanya kita mesti hadapi dgn keutuhan akidah. Dengan perasaan syukur, memuji kebesaran Allah, bertasbih dengan memahami kesucian, keagungan dan kebesaran Allah.

    Dlm masyarakat kita, banyak perkara yang sudah amalan biasa atau amalan harian, di sana banyak terdapat benda-benda yang ada unsur-unsur yang tersembunyi yang boleh mencacatkan akidah kita. Disebabkan telah diamalkan dari turun-temurun, banyak perkara berlaku tanpa disoal. Dengan sedikit kefahaman dalam bahasa arab yang ada, insya-Allah kita boleh fahami dimana unsur-unsur ini tersembunyi. Dalam kitab berzanji, dalam amalan minta pengeras, dan banyak lagi, yang mana unsur yg disebut tadi sembunyi dengan halus.

    Selain itu, pusat-pusat yg diwujudkan atas nama islam juga tidak kurang yg membawa unsur ini. Terdapat saudara saya yg begitu taksub dengan institusi begini, yg ada membawa "Habeeb" tertentu dari HadratMaut untuk kononnya berzikir, yg banyak bacaannya, setelah saya berbincang dgn orang-orang yg kuat pegangan akidah mengikut sunnah, adalah didapati amat berbahaya.

    dgn izin Allah, kita akan dapat faham perkara pokok akidah ini. Kita hanya berharap pada Allah, segala penentuannya adalah dari Allah. rezeki kita adalah dari Allah. Syukur alhamdulillah, ramai juga pada zaman ini yang sudah mendapat petunjuk dari Allah dan menyedari akan peri penting soal keutuhan akidah ini. Melalui tulisan di ruangan ini, alhamdulillah saya melihat kepentingan perkara ini amat banyak ditekankan.

    Dgn ini bila kita berhadapan dgn perkara yg sdr Rabeeyah ukirkan di sini, saya percaya kalau kita pergi cari org yg amalkan khurafat, maka hanyutlah akidah di dada. Saya berdoa untuk diri saya dan semua pembaca semoga mutiara iman yang amat mulia ini, yang Allah letakkan dalam tempat yg mulia dalam tubuh kita, iaitu hati, sentiasa dipelihara Allah dari gangguan syaitan yang menyesatkan. Amiin.

    ReplyDelete
  15. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT

    Terima kasih alhamdulillah di atas kata-kata yang begitu bernas sekali dari sdr ebkc.

    Semoga Allah sahaja yang membalas budi baik sdr

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Honestly speaking, dulu saya memang tak reti dan tidak terdedah langsung dengan benda2 yang macam ni. Semenjak saya baca blog ni since dari last year barulah saya tahu macam2.And akan cuba elakkan benda2 yang terlarang. Jumpa blog ni pun tak sengaja. Sorilah kalau saya banyak tanya macam2. Saya bukannya pandai benda2 macam nih.

    ReplyDelete
  17. Teruskanlah sdr suci300483

    Assalamualaikum wbh

    ReplyDelete
  18. As'kum ustaz,
    saya nak tanya, macamana kalau seseorang tu dishir supaya tidak kahwin? bagaimana cara nya untuk membuang nya?

    ReplyDelete