Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 23 July 2007

Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!!

Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!!

Assalamualaikum wbh skelian pembaca Laman Emjay yang dikasihi

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Beberapa hari lalu saya mendapat email dari seorang pembaca dan di dalam email ini tertulis ”Pertamanya saya mintak maaf banyak-banyak sebab lambat balas email ustaz, computer saya diserang virus (sbb saya ni jahat sket, pergi lawat laman web tak senonoh).”. Alhamdulillah memang saya begitu gembira menerima tulisan email seperti ini. Semoga penulis email ini sentiasa dirahmati Allah. Dia sedar kesalahannya melayari internet perkara tak senonoh mengundang kemurkaan Allah sehingga ditadbirkan Allah komputernya rosak diserang virus

Setiap yang Allah berikan sebagai ujian mengandungi pelbagai mesej tertentu. Silalah baca artikel saya bertajuk SABAR DENGAN UJIAN.

Apabila Allah sayang kepada umatNya, semakin banyak ujian yang diberikan kepada umat tersebut semata-mata agar umat ini menjadi lebih baik. Untuk memahami perkara ini, saya ingin memberikan satu analogi:

Kita semua sangat sayang kepada anak-anak kita, betul tak? Atas dasar sayang ini kita telah bersusah payah menghantar anak-anak kita semuanya pergi ke sekolah. Mengapa kita semua sebagai ibu bapa menghantar anak-anak pergi ke sekolah? Bukankah rumit dan mahal untuk menghantar anak ke sekolah? Semuanya ini kita lakukan tidak lain tidak bukan atas satu dasar agar anak-anak ini sentiasa diuji melalui sistem persekolahan sekolah. Pelbagai ujian disediakan di sekolah seperti soalan lisan, mencongak, latihan di rumah, ujian bulanan, ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun, peperiksaan UPSR, PMR, SPM dsbnya. Ujian ini bersambung lagi dengan ujian di matrikulasi dan ujian yang lebih mencabar iaitu ujian di universiti. Semua ujian ini adalah mencabar dan pastinya kita semua bersungguh-sungguh memastikan anak-anak ini menjalani ujian-ujian ini semoga pulangan yang diperolehi dari sistem pelbagai ujian ini ialah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik selain mendapat pelbagai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Allah menyediakan pelbagai ujian untuk manusia sebagaimana analogi saya di atas adalah atas dasar Allah SWT yang pengasih lagi penyayang semoga semua manusia menjadi orang yang beriman dan sebagai ganjaran mahal dari Allah ialah dimasukkan ke dalam syurga. Kena sakit adalah ujian. Kena saman polis juga adalah ujian. Terluka di tangan juga ujian. Anak patah tangan adalah ujian. Tidak lulus periksa juga adalah ujian. Kesempitan wang adalah ujian. Hati yang tidak tenteram adalah ujian. Dinaikkan pangkat adalah ujian. Diturunkan pangkat adalah ujian. Statik (gaji tidak naik dan tidak turun) juga adalah ujian. Kemalangan kereta adalah ujian. Begitu banyak ujian yang diberikan oleh Allah kepada umatnya agar umat ini insaf dan sentiasa menjadi semakin baik.

Nabi Yunus diberikan ujian berat oleh Allah SWT sehingga ditelan oleh ikan nun kerana kesilapan bersangka buruk terhadap umatnya. Selepas lulus ujian ini dan melakukan banyak zikir yang digemari Allah sebagaimana di dalam Al Quran “lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin .... tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah orang yang zalim”. Alhamdulillah saya berada di kedudukan sekarang ini juga setelah banyak sekali  ujian yang saya telah lalui. Setengah dari ujian ini tersangat berat namun mengapalah perlu takut dengan ujian yang berat kerana kalau berat ujiannya, insyaAllah berat juga faedahnya. Ujian peringkat sarjana dan PhD adalah berat namun ganjarannya adalah lumayan. Allah juga telah menegaskan dalam Al Quran “sesungguhnya setiap keburukan ada kebaikan!”.

Ujian berat dari Allah seperti cerita artikel saya Pengalaman bersama orang yang kerasukan () di mana hamba Allah ini diberikan kerasukan di sekolah, dirumah dan di mana-mana adalah satu ujian yang sekiranya lulus, hamba Allah ini bakal mendapat kehidupan masa hadapan dengan akidah yang mudah-mudahan lurus. Setelah ujian ini lulus, hamba Allah ini diuji dengan kesempitan wang. Alhamdulillah dah lulus. Diuji pula dengan kemalangan kenderaan. Mudah-mudahan lulus. Diuji pula dengan penyakit, alhamdulillah semakin baik dan berilmu. Diuji Allah dengan anak yang pandai, mula-mula gagal kini dah semakin lulus. Diuji dengan anak yang lemah, dahulu gagal kini dah semakin lulus. Begitulah Allah akan menguji dari masa ke semasa kepada hamba Allah ini agar hamba Allah ini menjadi hamba Allah yang semakin baik.

Sekiranya satu hamba Allah sudah lulus ujian dan sudah melayakkan diri untuk masuk ke syurga, Allah tetap akan memberikan pelbagai ujian lagi kerana Allah perlu menilai dari setiap ujian yang baru sama ada hamba Allah ini boleh dimasukkan ke syurga yang lebih mulia atau tidak.

Begitulah, dalam setiap ujian Allah ada mesej tertentu yang Allah ingin sampaikan.
Antara pelbagai ujian dari Allah, ujian gout dan penyakit kencing manis adalah salah satu ujian yang heavyweight. Terdapat dua kes di mana hamba Allah ini menghidap  kencing manis namun dalam tempuh 2 bulan, penyakit in sembuh, alhamdulillah. Kedua-dua orang ini mantap akidahnya, jadi apabila diajarkan ilmu perubatan, senang ilmu ini untuk diamalkan dan berakhir dengan kesembuhan dari Allah.

Satu ketika saya membantu pasangan yang menghidap penyakit kencing manis yang masing-masing sudah berusia lingkungan 60an. Isterinya tidak bertudung dan sangat moden. Siap pakai rambut palsu. Bila diajak sembahyang berjemaah di rumah saya, rupa-rupanya sudah lama mereka tidak bersembahyang. Saya mengajarkan ilmu perubatan tanpa mengajarkan ilmu agama. Rupanya usaha ini menjadi sia-sia sahaja. Pasangan ini juga sudah biasa bertangkal, pendinding, pelaris dan berbagai lagi pekerjaan syirik. Allah memberikan penyakit dengan mesej tertentu namun hamba Allah ini lebih gemar mencari keseronokan dunia sahaja. Sebagaimana janji Allah, Allah akan memberikan “suul khotima” iaitu kehidupan saat tua  yang perit sebagaimana sedang dihadapi sekarang dan mungkin keperitan ini ini akan ditambahkan lagi oleh Allah.

Seorang hamba Allah kerja kerajaan berjawatan tinggi, ketika umur 30an sudah belajar ilmu perbomohan sesat dari seorang bomoh lelaki yang saya kenali. Beberapa tahun selepas itu belajar pula “merawat secara Islam” dari seorang tokoh terkenal Prof Dr H**** D**. Saya memang sudah lama marah dengan Pusat Rawatan Islam ini kerana nama sahaja Islam tetapi kerjanya menyesatkan manusia. Ujian berat dari Allah kepada hamba Allah ini ialah kini dia telah dibuang dari perkhidmatan awam ketika pendapatan bulanannya sudah melebihi RM7000. Usia sudah hampir 50 tahun. Gaji hilang, gratuiti hilang dan pencen juga hilang. Anak masih ramai yang sedang belajar. Mudah-mudahan hamba Allah ini sedar dan dapat memahami mesej dari Allah iaitu beliau banyak mengerjakan kesalahan.

Seorang hamba Allah juga pegawai di satu jabatan kerajaan, sewaktu usianya muda belum 30 tahun dengan bangga menceritakan rasuah yang diterimanya kepada saya dahulu. Kira-kira 4 tahun lepas saya bertemu lagi dengan hamba Allah ini tetapi saya amat membenci perbualannya yang penuh dengan pelbagai amalan sesat. Buat begini-begini dapat sekian banyak duit. Zikir sekian banyak akan dapat wang sekian banyak. Dalam hati saya berkata “bahaya aku berkawan dengan dia ni!”. 

Bulan lepas saya mendapat berita bahawa hamba Allah ini pada usia kira-kira 45 tahun juga disingkirkan dari perkhidmatan awam. Hutang dengan satu agensi yang berkemungkinan hangus kira-kira hampir RM40,000.00. Itu belum kira hutang dengan pelbagai bank dan institusi kewangan lainnya. Itulah ujian berat dari Allah kepada hamba Allah ini dengan mesej yang jelas agar segera bertaubat dan jangan lagi melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini.

Seorang hamba Allah yang mengamalkan rawatan mirip "rawatan Islam" Da*** S**** dan seorang pensyarah/guru agama yang sudah hampir pencen sedang menghadapi masalah keluarga yang rumit dan hampir bercerai. Sudah ada cucu namun hampir bercerai. Walau pun seorang guru agama, hamba Allah ini gemar berjumpa dan berurusan dengan bomoh!. Allah memberikan mesej yang jelas bahawa ada sesuatu perbuatan hamba Allah ini yang Allah tidak redha dan perlu taubat.

Dahulu saya amat ingin membantu untuk membantu pesakit gout, gastrik dll di Laman Emjay tetapi kini saya sedar sekali bahawa sekiranya saya ajarkan ilmu perubatan bagi menyembuhkan penyakit tersebut namun tanpa kesedaran, taubat dan kembali ke pangkal jalan bagi pesakit ini, bagaimanalah Allah akan memberikan kesembuhan! Apa yang saya perhatikan di kalangan pesakit-pesakit golongan ini banyak sekali telah berurusan dengan berbagai bomoh. Tidak cukup dengan pelbagai tangkal azimat, rantai tangan yang kononnya menyehatkan badan pun dipakai. Tidak sekali pun rasa malu salah seorang hamba Allah ini sebagai seorang penjawat awam berpangkat tinggi memakai gelang tangan syirik di tangan. Berurusan dengan bomoh untuk menyelesaikan penyakit kencing  adalah bagai mengejar fatamorgana di padang pasir yang panas.

Seorang lelaki tua berusia 60an yang belajar agama dengan saya sehingga menyerahkan tangkal azimat serta tidak lagi mengamalkan amalan sesat seperti zikir “Kau Jakan” serta amalan lain telah menghidapi gout yang serius sehingga lama tidak boleh berjalan. Alhamdulillah dalam tempuh dua bulan, hamba Allah ini telah mampu memandu kereta dan berjalan ke rumah saya. Alhamdulillah insyaAllah sekiranya akidah Islam dianuti dengan baik, bila Allah memberikan ujian melalui penyakit gout yang serius, bila diajarkan ilmu rawatannya, mudah untuk Allah memberikan kesembuhan.

Begitulah Allah dengan segala kebijaksanaanNya mentadbir manusia dan alam ini. Berbuat jahat dibalas Allah dengan dosa serta pelbagai musibah di dunia. Buat kejahatan kecil mendapat musibah kecil dan membuat kerosakan besar melayakkan mendapat balasan ujian berat dari Allah.  

Sekian kali ini semoga kita semua diberikan Allah kemudahan untuk membuat muhasabah diri ke atas segala salah silap kita dan semoga seterusnya mudah kita memahami pelbagai mesej dari Allah swt semoga hari esok kita sentiasa lebih baik dari hari ini.

Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

23 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Saya dah tahu emjay siapa.Saya x-student UTM tapi emjay bukan pensyarah saya.Cara penulisan emjay sama dengan cerita kawan saya masa di UTM dulu, sebab emjay pensyarah dia dulu dan apa yg emjay bercerita di kelas semuanya di ceritakan kepada saya.Cerita yang menarik.

    ReplyDelete
  2. prof emjay please bagi ana cara2 nak sembuh penyakit kencing manis.
    ayah dan ibu ana dah kene.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbh

    kepada syafiza312, selamat datang ke Laman Emjay dan selamat menyambung pendidikan juga di Laman Emjay. Ambillah peluang semasa Allah memberikan kita kehidupan untuk mencari ilmu yang Allah redhai buat bekalan diakhirat. Saya dah tua macam ni pun masih belajar.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh

    InsyaAllah saya akan berikan kaedahnya melalui PM. Namun apa yang penting sekarang ini ialah pastikan dahulu kedua-dua ibu bapa saudara tidak ada mengerjakan perkara-perkara yang mensyirikkan Allah kerana kalau ada, kelak benda yang baik ini tidak boleh masuk.

    Kepada afandianiqoh, emailah saya berkenaan kedua-dua orang tua sdr tu.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. boleh terangkan apa zikir ' kau jakan' itu?

    ReplyDelete
  6. Zikir kau jakan sangat popular di negeri johor semenjak tahun 80an lagi. Kalau di JB dahulu, Masjid Abu Bakar adalah pusat amalan zikir ini selain di masjid-masjid lain diseluruh negeri Johor. Zikir ini mula dipertikai apabila salah seorang pensyarah UTM mendengar bacaan zikir dan mendapati bahawa bacaan zikir ini bertentangan dengan ajaran Islam. Setelah diadakan muzakarah antara kedua-dua kedua-dua pihak bersama pihak-pihak lain, Masjid Abu Bakar sudah tidak lagi mengamalkan zikir kau jakan ini.

    Namun sedihnya masih ada masjid-masjid di Johor lain yang masih mengamalkan zikir Kau Jakan ini sehingga hari ini.

    Tentang bacaannya memang saya tidak tahu. Mungkin kalau dicari disetengah masjid di Johor mungkin jumpa atau tanyakan imam dan bilal masjid mengenainya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    dkt kampung saya masih ada lagi org amal zikir ni..... jabatan mufti dah bagi fatwa haram ke ustaz?

    ReplyDelete
  8. Dalam muzakarah tersebut, kalau zikir ini adalah diharuskan, pastinya di Masjid Abu Bakar JB masih mengamalkan zikir tersebut sampi hari ini. Oleh kerana ia bertentangan dengan akidahlah maka masjid Abu bakar tidak melakukan zikir ini lagi semenjak muzakarah tersebut.

    Namun "orang besar" tertentu yang pada awalnya mengarahkan agar zikir kau jakan ini di adakan disetiap masjid dalam negeri Johor berasa malu untuk memaklumkan kepada seluruh masjid di negeri Johor bahawa zikir ini ini bercanggah dengan akidah Islam. Akibatnya memang masih banyak masjid di negeri Johor yang terus mengamalkannya. Sesiapa yang ada zikir kau jakan ini silalah poskan kepada saya semoga saya dapat mengupaskannya di Laman Emjay ini secara ilmiah.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. kiata kena balik baca sejarah,masa pak-kiyai telah mengamalkan zikir kwajakan ini dalam usaha melawan kekejaman komunis.(cth kiyai salleh,kiyai mustahil,kiayai samsuddin dll)untuk melindungi org melayu Islam daripada di bunuh komunis..Dgn izin Allah,makbul...Berani saudara mj katakan bahawa kiyai salleh dan para pejuang selempang merah berlaku syirik kpd Allah dan semuanya tereus di masukkan ke dalam neraka kerana .?Saudara rasa saudara mj ada di dunia ini tak kalau atuk nenek saudara mati di bunuh oleh komunis sebelum sempat melahirkan mak saudara yang bersenjata api seperti mesingun dengan org melayu yang bersernjatakan parang aje?

    ReplyDelete
  10. saya bukam ahli jemaah kwajakan ataupun ahli jemaah tarekat.Tapi saya ini pengkaji sejarah....harap maklum

    ReplyDelete
  11. mj ni kan wahabi,biasalah .wahabi kan terkenal menghukum org lain tak betul macam menkafirkan pejuang hizbullah dan menharamkan daripada menolong mereka(rujuk fatwa al-baz) tapi kalau tolong amerika takpe sebab amerika baik.heheheeh

    ReplyDelete
  12. Maaf, tetapi setahu ilmu saya yg cetek ini, Nabi Yunus yg ditelan ikan nun dan bukan Nabi Nuh. Dan zikir itu juga dikenali sebagai tasbih Nabi Yunus. Saya juga bnyk mengamalkan nya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. Memang betullah tu teguran dhmd dan saya sudah betulkan artikel saya di atas. Terima kasih.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Seorang hamba Allah kerja kerajaan berjawatan tinggi, ketika umur 30an sudah belajar ilmu perbomohan sesat dari seorang bomoh lelaki yang saya kenali. Beberapa tahun selepas itu belajar pula “merawat secara Islam” dari seorang tokoh terkenal Prof Dr ***** ***. Saya memang sudah lama marah dengan Pusat Rawatan Islam ini kerana nama sahaja Islam tetapi kerjanya menyesatkan manusia. Ujian berat dari Allah kepada hamba Allah ini ialah kini dia telah dibuang dari perkhidmatan awam ketika pendapatan bulanannya sudah melebihi RM7000. Usia sudah hampir 50 tahun. Gaji hilang, gratuiti hilang dan pencen juga hilang. Anak masih ramai yang sedang belajar. Mudah-mudahan hamba Allah ini sedar dan dapat memahami mesej dari Allah iaitu beliau banyak mengerjakan kesalahan



    Assalamualaikum..takkan Harun Din pon saudara kata sesat?

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Sila baca artikel berikut:
    1. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126 bertajuk Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah.

    2. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131 bertajuk #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2

    3. Oleh kerana Darus Syifak ini gunakan garam untuk halau setan, bacalah pula artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145 #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2 bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu

    Emjay

    ReplyDelete
  16. salam mj, bagaimana komen mj terhadap golongan yg mengatakan semua yg di lihat adalah allah? dari 1 kepada banyak dan dari banyak kepada 1. adakah mereka ini sesat?

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Begitulah lebih kurangnya.

    Emjay

    ReplyDelete