Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Sunday, 26 August 2007

Kisah terlebih makan ikan keli

Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan  oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada  24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang  tempuh menunggu  mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya  ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama  kira-kira  sebulan.  Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Kepada pembaca Laman Emjay, ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Kepada yang gemuk tu, elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahu'alam

Emjay

70 comments:

  1. Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang ttg projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

    Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

    Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

    Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

    Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2...

    Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram....isk tak reti lah....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk fakta yang mahal dari sdr mienyak

    ReplyDelete
  3. salam,
    err bole cerita sket mandi ubat tu aper/camne?

    ReplyDelete
  4. Mandi ubat tersebut ialah macam mandi orang baru bersalin. Ubat tersebut adalah air rebusan beberapa jenis daun. Resepinya saya belum belajar lagi.

    Kalau ada sesiapa yang bermasalah yang sama, sila berurusan terus dengan isteri arwah guru saya di Kampung Cheras Baru Kuala Lumpur. Sila dapatkan alamat dan no telefonnya dengan mengemail saya

    Emjay

    ReplyDelete
  5. salam.
    prof emjay,pinggang saya sakit.kalau duduk, lepas tu nak berdiri susah sbb sakit.
    ape yg perlu saya buat?
    nak pergi urut atau pergi hospital?
    tolong saya prof emjay.

    ReplyDelete
  6. bagus la info ni!!! saya x tau pn.. tuan, kalu dh buang yg mcm batang mancis tu blh mkn byk2 ke?? sy mmg pantang jmp keli ni..bedal je..camne tu??

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh

    Sila isi borang dalam artikel Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??. Sila isikan attachment file (word file) dari artikel tersebut dan emailkan segera kepada saya.

    Jangan diurut kerana ia akan merosak buah pinggang sdr

    Emjay

    ReplyDelete
  8. "Mandi ubat tersebut ialah macam mandi orang baru bersalin. Ubat tersebut adalah air rebusan beberapa jenis daun."

    Tuan....mandi yg sedemikian haram ke tak?

    ReplyDelete
  9. Mandi ubat adalah sama sekali berbeza dengan kebanyakan mandi bunga yang diamalkan oleh bomoh dan dukun.

    Mandi ubat adalah menggunakan tumbuhan perubatan dan penggunaannya adalah sama seperti berusaha memakan ubat.

    Adalah berbeza makan ubat dan mandi ubat dengan mandi bunga dan bertangkal azimat.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Terus terang saya tak tahu pula sama ada boleh makan banyak kalau dah dibuang macam kepala mancis tu.

    Kalau nak cuba boleh tetapi kena ambil alamat dan telefon isteri arwah guru saya kerana kelak kalau keluar ruam, anda juga perlu ke sana untuk mandi ubat.

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Mandi ubat adalah sama dengan mandi bunga..... tak boleh pakai semua tu... mandi ubat dengan makan ubat amat jauh bezanya. Makan ubat masuk ke dalam badan dihadam dan dicerna... mandi ubat sekadar lalu di badan... ia tiada kena mengena dengan pembersihan dan rawatan. Tiada kajian yang jelas tentang mandi ubat. Jauhilah pergi mandi ubat seperti mandi bunga yang dilakukan oleh orang yang kononnya bergelar ustaz atau ustazah.

    ReplyDelete
  12. Amat berbeza antara mandi bunga dengan mandi ubat.

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Mandi ubat adalah sama dengan menggunakan ubat sapu seperti pelbagai krim penyakit kulit.

    Kalau mandi ubat ini diharamkan, kenalah haramkan ubat sapu. Mandi laut juga boleh dijadikan mandi ubat bagi setengah penyakit tetapi setengah mandi laut pada waktu-waktu tertentu yang diikuti dengan bacaan mantera adalah mandi mirip mandi bunga sesetengah bomoh.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh emjayib

    Selamat datang ke Laman Emjay.

    Nak tanya, mengapa sdr emjayib gunakan gambar saya??

    Saya tak marah sdr gunakan nickname emjayib tetapi tukarlah gambar saya tu!!

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. "Mandi ubat adalah sama dengan menggunakan ubat sapu seperti pelbagai krim penyakit kulit."

    - MJ mengatakan mandi ubat = ubat sapu????. Tak pernah saya dengar. Bagi mereka yang mempunyai sakit kulit dan menyapukan dengan ubat krim, haram la ye.....dan bagi mereka yang dalam pantang menyapu krim/minyak haram juga la ye....habis tu apa yg tak haram bg MJ kalau dah semuanya haram dan apakah cara terbaik utk menghilangkan bagi mereka yg ada penyakit tersebut? Bukan ke islam itu memudahkan....bukan memberatkan umatnya.

    ReplyDelete
  16. langitke07..mana pulak dia kata haram. Baca betul betul statement dia kat atas tu.Si Radin yang menyatakan mandi ubat sama dengan mandi bunga.Actually..selagi tak ada jampi serapah,menurun bolehlah kita ikthiar untuk berubat kan, tapi yang yang menyembuhkan Allah..itu yang penting..Mandi ubat..mandi wap samalah tu kot. Selagi tak bercampur dengan unsur mistik,Insyaallah kita boleh gunakan untuk berusaha kearah kebaikan.

    ReplyDelete
  17. Mandi adalah sama dengan ubat sapu... begitu juga mandi bunga, mandi bunga tidak semestinya haram..yang haram apabila mengikut cara bomoh. Baca mentera dan jampi. Kalau petik bunga ros, gonyoh2 bubuh kat baldi kemudian mandi...apa haramnya...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum tuan emjay..

    minta pandangan.. perut saya kdg2 rasa sebu.. rasa nk muntah tp x muntah.. dh rasa sebu nk mkn apa2 pn.. padahal sblm tu mkn nasi je mcm biasa.. x mkn benda pelik2 pn..camne nk hilangkn sebu tu??kene minum something ke.. apa agaknya puncanya??

    camtu la rasanyanya kalau kene.. nk mkn dh x blh masuk sbb rasa nk muntah..setakat ni biar jela sampai hilang ... x tau la nape jadi camtu..kalau demam pn rasa camtu la..

    wassalam....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum?
    Saya bersetuju dengan Mj dan rakan-rakan lain. Mandi ubat dan Mandi bunga (tetapi bukan kaedah seperti menjampi atau yang biasa digunakan oleh bomoh dengan memuja) dibolehkan (ini bukan Fatwa dari saya. Saya bukan ahli agama yang layak mengeluarkan fatwa-fatwa begini. Harap jangan salah faham). Ibarat meremdam tubuh di dalam air panas bercampur herba (terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan) seperti menyapu ubat pada badan juga. Yang menjadi salah dan haram adalah kerana menjampi dan beritikad bahawa mandi itu yang menyembuhkan (padahal Allah yang meletakkan penawar pada tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan dan segala yang terjadi itu adalah dengan izin Allah). Seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan bomoh-bomoh... Wallahualam...

    Sedikit tips untuk ikan-ikan seperti keli, duri, pari dan sebagainya (yang kebiasaannya mengeluarkan bau)-ketika menyiang ikan-ikan ini, pastikan urat halus (jika diteliti) pada tulang utama (selepas perut dibuang, urat ini pasti kelihatan pada tulang utama. saiznya halus) diputuskan atau dibuang terus kerana di situ tersimpan aliran darah ikan-ikan ini dan apabila memecah ketika dimasak, (seperti pari) tentu baunya kurang enak. *kadangkala hancing(pari) dan bau berlumpur(duri, baung, keli dan sebagainya) Wallahualam....

    ReplyDelete
  20. Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....

    Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur....nauzubillah...

    Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.

    saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

    bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

    saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.

    bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
    "anak ini berniaga kah?"

    saya menjawab: tidak. saya hanya.......

    mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
    "biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?"

    Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.

    bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
    "baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini" lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.

    "sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

    saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...

    "bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.

    saya: er..Mcdonald dan KFC.....

    Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
    "Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)

    Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....moralnya...mereka ini hanya bermain silap mata. "sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa.....hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam....maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!

    ReplyDelete
  21. bagus tips ikan ko penatumpul..btol ke cite ko tu?? betul jg ek. knape x suruh bomoh tu 'kenakan' pasaraya besar mcm tesco, giant ke..kn senang lingkup bisnes kafir..

    apa laa..bodohnya manusia pi caya kat bomoh..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wbh muaz2006

    Alhamdulillah dan terima kasih kerana mendidik langitke07

    Teruskan jihadmu

    Emjay

    ReplyDelete
  23. Mandi = untuk kebersihan (tiada salahnya)
    Ubat sapu = perubatan (tiada salahnya)
    Mandi bunga 1 dengan saja-saja ambil beberapa bunga gonyoh2 dalam air mandian = kebersihan dna suka-suka (tiada salahnya)
    Mandi bunga 2 yang melibatkan baca mantera dan jampi serapah dan mirip artikel saya bertajuk MANDI BUNGA SEBENARNYA BERASAL DARI AJARAN AGAMA HINDU?? di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/47 (itu yang saya tentang dari dahulu sampai sekarang)

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam wbh

    Kalau sebu perut akibat lewat makan tengahari atau makan malam, itu tandanya dah mula kena gastrik. Kenalah makan ikut jadual yang ketat jangan lewatkan waktu makan.

    Kalau sebu bukan kerana lewat makan, mungkin kerana memakan makanan tertentu. Antara yang menyebabkan sebu ini (bukan kepada semua orang tetapi hanya kepada yang kesihatannya sudah merosot) ialah seperti pisang nangka, pisang tanduk, air bergas, cempedak, nangka, air bergas, makanan yang mengandungi yeast seperti cakuay, donut dan roti, daun meranti, pucuk manis, labu, teh dsbnya.

    Kalau sebu sebab lewat makan, makan nasi insyaAllah dapat meredakan. Kalau sebu sebab yang kedua tu, ambil secekak pucuk jambu batu dan rebus dengan tiga camca besar ketumbar. Basuh dan rebus dengan 4 gelas air sehingga menjadi tinggal separuh. Minumlah air ini tiga kali selang 4 - 5 jam.

    Kalau dah mula sebu jenis kedua, berjaga-jagalah dengan makanan, jangan asal jumpa. Itulah tandanya kita dah tua seperti saya ni. Saya ni lagi dah tua dan alhamdulillah macam-macam Allah berikan peringatan. Tanda seperti ini baik sekali bagi mengingatkan kita akhirat dan kematian.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  25. Bagus sekali tip dan cerita bomoh dan KFC serta Mc Donald tu dari nukilan penatumpul.

    Alhamdulillah dan terima kasih daun keladi

    Emjay

    ReplyDelete
  26. time kasih la..camtu ke. mmg saya pernah mkn pizza, pas mkn rasa muak dan sebu camtu la..byk sgt keju dgn yis kot dlm pizza tu..

    terus terang la saya ckp yg sy mmg cemburu dgn tuan emjay..apa la agaknya yg Allah akan balas atas semua usaha tuan membantu org lain dlm laman ni..

    time kasih..

    ReplyDelete
  27. Memang saya lupa nak sebut piza di atas. Piza ni memang dibuat menggunakan yeast. Lazimnya, yeast inilah yang akan menyebabkan rasa sebu. Dia boleh bawak demam.

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum?
    kisah antara bomoh dan saya memang benar....sekadar mahu melihat sejauh mana mereka-mereka ini mendabik dada mengatakan bahawa mereka handal....bila di minta untuk mengenakan perniagaan besar seperti itu, mereka gagal dan tidak mampu...cuba fikir mengapa? kerana sesungguhnya mereka-mereka ini dan ketua mereka(syaitan) tiada berdaya untuk berbuat apa-apa terhadap mahkluk apatahlagi mempunyai kuasa...sesungguhnya hanya Allah yang berhak dan Berkuasa......

    bayangkan begini....orang kita sering mengatakan bahawa kedai mereka (yang terkena sihir) ditutup daripada pandangan orang dan pelangan....menyebabkan pelangan tiada.....
    (jawapannya adalah kerana kedudukan atau hiasan yang suram...cuba pasang lampu warna warni atau sesuatu yang menarik biar terang benderang! kalau tidak nampak lagi, dah sah mata mereka rabun!)

    ada yang mengatakan bahawa nasi yang baru di masak, kemudian di simpan di dalam termos tiba-tiba basi.....(sebenarnya adalah kerana nasi panas tadi ditutup rapat sehingga berlaku pengeluwapan....(saya tahu kerana saya biasa memasak dan mengkaji tentang hal ini) begitu juga halnya dengan lauk...penyediaan yang tidak bersih serta mengabaikan persekitaraan tempat memasak turut mengundang perkara sebegini...(tetapi tidak dinafikan ada unsur-unsur yang kurang elok yang dilakukan oleh syaitan namun percaya bahawa syaitan tidak berdaya untuk menguasai kita, hanya bermain silap mata dengan meniupkan perasaan was-was dan syak...serta cuba bermain dengan emosi kita sahaja)...

    pelangan tidak mahu singgah dan hanya memandang jelek...cari punca mengapa
    1-harga mahal
    2-makanan kurang enak
    3-layanan kurang memuaskan
    4-lauk yang sama setiap hari(andai berniaga makanan)
    5-tidak berbeza dengan pesaing yang lain...hanya lauk, barang yang sama..

    sentiasa ingat bahawa pelangan adalah sentiasa betul walaupun sebenarnya pandangan mereka tidak boleh diikut seluruhnya....

    orang melayu sering berkata....kalau ada apa-apa yang tidak kena, tolong beritahu kami..tetapi bila ada yang mengadukan hal atau membuat komen tentang sesuatu demi kebaikkan, adakah kita mampu menerimanya?...saya sering lihat perkara ini...bila saya berbisik kepada tuan kedai (tidak mahu pelangan lain tahu dan menjaga air muka peniaga tadi) memberi tahu ada ulat sayur ataupun ikan yang di masak berbau ...tuan kedai memandang sinis seolah-olah kita ini musuhnya...(berapa orang yang mahu berterus terang? paling tidak mereka akan memendam dalam hati dan kemudian menyebarkan kisah kedai tadi kepada kawan-kawan agar tidak datang lagi ke situ...ada ulat, makanan busuk, basi, dan sebagainya...siapa pula yang rugi kalau itu terjadi?) (sila beri pandangan jika tidak bersetuju)....atau paling tidak tauke kedai akan menjawab begini...(tadi elok sahaja..ini tentu kerja si polan-polan tadi hendak mengenakan kedai aku!)

    seorang kawan membuka kedai makanan dan berhadapan dengan perkara pelangan berkurangan....malah mengikut kata orang lama bahawa tempat dia berniaga sekarang adalah tempat keras...sering disihir....tahu apa yang kawan saya buat?

    JANGAN contohi perkara sebegini!!!! (dia mengupah dua tiga orang gadis gedik dengan pakaian menjolok mata....Tiba-tiba sahaja kedainya meningkat naik!!! kemana perginya sihir dan syaitan yang kononnya berjaya melingkupkan perniagaan orang lain???) atau mungkin syaitan juga tidak berupaya melawan kerana seksi dan gadis itu juga separuh daripada rancangannya...namun bukan itu persoalan tetapi adalah di mana perginya bomoh-bomoh handal untuk menutup perniagaan kawan saya tadi? berpuluh tangkal malah pelbagai azimat ditemui di sekitar kedai makannya namun keadaan kedai itu semakin maju!!! fikir-fikirkanlah...Wallahualam...(jangan tiru perkara begini kerana rezeki yang dicari melalui jalan sebegini tidak berkat....gunakan jalan yang elok dan amanah.....Saya sendiri tidak mampu menegur perbuataannya cuma sekadar dengan hati sahaja)...wallahualam..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wbh sdr penatumpul yang tulisannya sangat tajam dan bernas.

    Semoga Allah terus memberkati sdr.

    Terima kasih alhamdulillah di atas penulisan sdr yang menarik kerana ianya berasakan pengalaman sebenar sdr.

    Saya ingin menambah, "Kalau seribu bomoh jahat diupah untuk menuba atau khianat ke atas perniagaan namun Allah tetap melindungi perniagaan ini, ianya akan terus maju dan maju kerana itu adalah kehendak Allah. Ingatlah bahawa syaitan tiada kuasa ke atas orang yang beriman."

    Surah Al-Nahl, 99-100: “Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (Syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutunya dengan Allah”.

    Namun berdasarkan surah An Nahl, 99-100 di atas, Allah telah memberitahu bahawa kekuasaan syaitan seperti silap mata syaitan dan sihir dari syaitan hanya kena orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutunya dengan Allah.

    Itulah sebabnya orang yang mengambil tangkal, azimat dan berjumpa bomoh sesat sebenarnya hanya akan mendedahkan diri kepada serangan syaitan laknatullah. Orang yang berpegang teguh kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah, hantarlah seribu bomoh, insyaAllah Allah akan melindungi kerana ALLAH MAHA BERKUASA.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  30. kawan saya ada cerita, dia berniaga dgn mak dia..macam gerai tolak tu la lebih kurang, niaga kat bustand.. kedai dia dgn org lain semua ada taik, busuk...tp 1 kedai tu je yg x de taik..kesian dengar dia cerita..

    wassalam..

    ReplyDelete
  31. "Kalau seribu bomoh jahat diupah untuk menuba atau khianat ke atas perniagaan namun Allah tetap melindungi perniagaan ini, ianya akan terus maju dan maju kerana itu adalah kehendak Allah. Ingatlah bahawa syaitan tiada kuasa ke atas orang yang beriman."

    Mudah-mudah kawan sdr diberikan ketakwaan dan seterusnya dilindungi Allah dari sebarang perbuatan sihir

    Emjay

    ReplyDelete
  32. ok..camni tuan.cuba tuan ke penatumpul ke sape ke bg pendapat. apa agaknya nasihat/tindakan yg sepatutnya di nasihatkn kepada org2 sebegini..yg bukak warong org x nampak, kene taik & mcm2 tu..

    x kn nk nasihat diaorg suruh beriman, bertaqwa, beriman, bertaqwa je.. mcm kita ni blh la faham.. tp kalau org biasa mcm tu mungkin susah sikit..

    so, apakah TINDAKAN yg mesti dilakukan oleh org tersebut selain bertaqwa tu..taqwa tu dh tentu la..

    sekian..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum?
    saya ada sedikit pandangan namun jangan diambil bulat-bulat...fikir-fikirkan dan yang mana betul dan sahih pada pandangan anda, ambilllah...yang kurang elok daripada saya itu jadikanlah panduan...sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri......

    sebenarnya saya pernah mengalami perkara sebegini namun saya menganggap semua itu sebagai ujian daripada Allah sahaja...(seperti yang saya katakan tadi...yang baik daripada Alllah dan yang buruk itu adalah kerana saya..mungkin sebagai pembalasan dosa-dosa dan hukum Tuhan buat saya). Tetapi setiap yang berlaku itu adalah kehendak dan ketentuan Allah..minta baik..Alllah beri malah minta buruk juga Allah akan beri namun tanggunglah akibatnya kelak...

    Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Akal manusia tidak akan terjangkau untuk menilai dan mentafsir segala yang Allah turunkan dan kehendaki melainkan dengan izinNya juga...

    Saya tidak pandai untuk menasihati orang dalam hal-hal berkaitan namun saya ada kisah mengenainya...yang berlaku pada saya sendiri...

    Saya pernah diuji Alllah dengan pelbagai kesusahan suatu ketika dahulu malah saya hampir berputus asa dan menyalahkan takdir kerana kesulitan yang dialami.(jika saya tidak teringatkan pesan Nabi S.A.W "bukan dikalangan umat aku bagi mereka yang berputus asa'' pasti saya akan beralih arah....Nauzubillah.) Pernah juga terfikir akan saya mengapa Allah berlaku kejam kepada saya sedangkan insan lain mampu untuk hidup lebih baik dan cemerlang...

    Namun dalam kesusahan dan kesulitan di uji dengan pelbagai rintangan, sebenarnya Alllah telah mengatur perjalanan yang baik untuk saya berubah. Allah mengalihkan takdir saya dengan menurunkan kesusahan terlebih dahulu untuk saya rasai sedangkan sebenarnya kesusahan itulah yang membawa saya kepada kehidupan yang lebih selesa sekarang....

    Bila di kenang setiap apa yang berlaku, baru saya sedar bahawa Allah itu memang dan sangat-sangat MAHA pengasih dan MAHA penyayang terhadap mahkluknya....(itu kentayatan yang benar! tiada yang dapat menyangkalnya!) Biar bertimbun dosa yang dilakukan oleh mahkluknya malah sehingga saya menyalahkan Tuhan dengan apa yang berlaku, namun Alllah tetap memberikan ganjaran buat saya dan redhanya...Alhamdulillah...(Sesungguhnya Allah menyembunyikan murkanya sehingga hari pembalasan kelak!(satu sifatNYA yang tidak pernah ditunjukkan lagi!!!)

    seperti kata tuan kisaie82, selain daripada nasihat untuk beriman dan bertaqwa...kita perlu yang lain untuk mereka-mereka ini...saya faham maksud saudara namun saya tidak pandai menerangkannya di sini....seperti diri kita sendiri...tentu kurang senang jika selalu dinasihatkan agar beriman dan bertaqwa bila ada sesuatu yang menimpa seolah-olah kita ini (kurang beriman atau dipanggil apa ya?) (sebenarnya itu ego) walaupun itulah jawapan yang selayakkan untuk kita berikan buat mereka....

    beginilah....cuba ubah strategi pernigaaan..gunakan ilmu untuk lebih maju...(jangan marah jika perkataan ini menyinggung...saya seorang insan yang lemah)...contohnya begini...
    saya berniaga sebiji barang makanan yang boleh saya jual dengan harga serendah dua puluh sen dan mempunyai sedikit untung! namun kebanyakkan daripada kita( jangan marah lagi) cepat ingin kaya! (hal ini juga pernah saya pratikkan tetapi dibantah oleh .....&........ kononnya mereka akan rugi!

    mereka enggan menjual dengan murah dan mengikut harga pasaran semasa!(bukankan barang makanan itu ditentukan oleh kita akan saiz dan pembuatannya? (tetapi jangan menipu...)mengapa perlu diturutkan orang lain? (seperti kuih dan sebagainya)

    saya yang menjual barang yang sama, kualiti yang sama (mungkin lebih baik lagi) dengan harga dua puluh sen akan memperolehi pelangan seramai tiga ratus orang namun si ..... tadi yang menjual lima puluh sen hanya memperolehi pelangan dua puluh orang sahaja! untung yang diraih hanya sekejap bila pelangan mempunyai pilihan yang lebih baik dan murah! fikir-fikirkan...

    per

    ReplyDelete
  34. hujah Mj di atas memang tepat...sama-samalah kita memperingati dan diingati agar kita semua beroleh rahmat dan redha Allah...inysaAllah..

    ReplyDelete
  35. Saya sangat suka kenyataan dari penatumpul ini: "Namun dalam kesusahan dan kesulitan di uji dengan pelbagai rintangan, sebenarnya Alllah telah mengatur perjalanan yang baik untuk saya berubah. Allah mengalihkan takdir saya dengan menurunkan kesusahan terlebih dahulu untuk saya rasai sedangkan sebenarnya kesusahan itulah yang membawa saya kepada kehidupan yang lebih selesa sekarang...."

    Nak senang kena susah dahulu. Allah bila ingin menurunkan rahmat kepada hambanya, ia akan dimulakan dengan ujian. Hanya dengan kesabaran dan penuh redha, insya Allah kita akan lulus ujian tersebut dan seterusnya memperolehi rahmatNya.

    Kepada kawan sdr kisaie tu, memang tiada jalan mudah untuk lulus ujian selain mempelajari agama Islam dan mempraktikkannya. Sebagai analogi apabila kita nampak orang yang sedang menanam pokok kelapa sawit sedang menghadapi masalah dengan pokok-pokok kelapa sawit yang baru ditanam, tidak ada jalan pintas melainkan melakukan sebagaimana orang lain telah melakukannya. InsyaAllah setelah melakukan sebagaimana orang lain melakukannya, masalah penanam kelapa sawit ini akan selesai dan akhirnya, penanam kelapa sawit ini akan memperolehi hasil tuaiannya iaitu buah kelapa sawit.

    Nak senang kena susah dahulu tetapi untuk susah memang sangat senang.

    Terima kasih atas nasihat penatumpul diatas. Mahal kerana cerita tersebut adalah dari pengalamannya sendiri.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  36. Belajar dan kena terus belajar... jangan sampai satu tahap dah tak nak belajar sebab nak jadi guru sahaja.

    ReplyDelete
  37. Apa pendapat... sdr mj berkenaan... artikel di bawah:

    Minda Super Sedar Adalah Kesedaran Tertinggi Manusia. Pada Tahap Manusia Mencapai Kesedaran Super Sedar Ianya Ibarat Sebutir Bintang Yang Bersinar Di Siang Hari



    Meditasi super sedar adalah satu kaedah meditasi yang tujuannya hanya untuk mencapai ketenangan jiwa. Kaedah ini juga salah satu daripada kelompok meditasi dikenali sebagai Transcendental Meditation (TM). Ianya adalah suatu proses membawa segala aktiviti minda ke satu arah dan seterusnya menyepikan minda dari fikiran aktif serta bebanan emosi. Setelah mencapai satu tahap super sedar seseorang itu akan mengalami keheningan diri yang memberikannya suatu pengalaman yang membawa kepada kekuatan jiwa serta motivasi diri. Meditasi yang mudah dan praktikal ini akan membawa seseorang itu kepada empangan kreativiti serta tenaga jiwa tanpa batas yang akan menjadi asas kepada keharmonian fikiran serta menjadi kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Ini kerana minda akan mempunyai cukup tenaga dan berada pada tahap kesedaran tertinggi manusia yang membuatkan seseorang itu mempunyai kewaspadaan yang tinggi, kreativiti yang berkualiti. Sementara itu tubuh fizikal akan mendapat rehat yang cukup kerana segala tekanan serta beban emosi yang ditanggung telah keluar melalui minda super sedar. Dengan jiwa yang tenang maka terpancarlah emosi positif yang mampu mengubah corak kehidupan seseorang itu.


    Baru-baru saya mengadakan kursus sehari meditasi Islam. Ramai diantara kita tidak mengetahui tentang kewujudan minda super sedar atau super conscious mind. Mungkin jenis minda ini baru untuk masyarakat Malaysia tetapi kini negera luar terutamanya negeri atas angin, minda super sedar telah menjadi trend untuk megubah corak serta taraf hidup baik dari segi kewangan atau lain-lain. Kekuatan jiwa yang dijana oleh minda super sedar sebenarnya adalah modal terpenting manusia. Jika kita menggunakan minda super sedar maka jiwa kita akan mantap dan kental dalam mengharungi apa jua masalah dan ini akan membawa kepada emosi positif yang menjana kepada ketenangan minda. Segalanya hendaklah bermula dengan ketenangan jiwa setelah itu barulah minda dan fizikal. Inilah yang dikatakan modal utama manusia untuk berjaya dalam apa jua bidang. Bermodalkan inilah kita lihat ibnu sina serta, imam al ghazali dan lain-lain cendiakawan berjaya memberi perubahan kepada dunia, mereka kesemuanya mempunyai jiwa yang tenang. Justeru itulah mereka dapat melihat sesuatu perkara itu dengan mendalam hingga melepasi batas akal manusia biasa.

    sambungan....lihat web di bawah:

    http://meditasi-islam.tripod.com/id10.html

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbh anakkerak yang dihormati

    Insya-Allah saya akan menulis satu artikel khusus untuk membincangkan tajuk ini. Doakan saya semoga dipermudahkan Allah SWT.

    Allah melalui Nabi Muhamad SAW dan Al Quran mengajarkan manusia untuk mendapatkan ketenangan iaitu sebagaimana di dalam surah Al Baqarah:62
    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. "

    Ketenangan atau sebagaimana dalam ayat ini Allah sebutkan sebagai tiada perasaan bimbang dan tidak berdukacita akan diberikan Allah apabila umatnya yang beriman kepada Allah dan akhirat serta beramal soleh. Carilah seorang penyanyi perempuan Melayu Islam dan seorang perempuan yang taat kepada suami dan Allah lalu tanyakanlah perasaan mereka, pastinya berbeza dimana seorang akan tidak tenteram manakala seorang lagi akan akan tenang dan tenteram. Mengapa perlu bermeditasi? Nabi Muhamad saw pun tidak mengajarkan umatnya untuk meditasi bagi menuju ketenangan.

    Meditasi sebenarnya ialah mengosongkan minda dari segala perkara termasuk segala soal kehidupan dan paling penting menjauhkan pemikiran dari soal ketuhanan. Meditasi sebenar yang diingini oleh manusia yang mengamalkan ajaran ini tidak akan tercapai sekiranya di dalam meditasi ini, pelaku melakukan zikir seperti subhanaAllah dan sebagainya.

    Meditasi sebenarnya ialah menyediakan rumah atau tempat untuk didiami syaitan. Apabila minda telah dikosongkan melalui meditasi dan persoalan ketuhanan telah dihumban sejauh-jauhnya, maka gembiralah syaitan memasuki ruang kosong dan sebagai hadiah dari syaitan kepada pelaku meditasi yang berjaya ini ialah berbagai-bagai perkara pelik yang tidak tercapai dek akal fikiran yang normal. Inilah namanya anugerah dari syaitan.

    Mengapa perlu kita sebagai umat Islam mengosongkan minda????? Sebaik-baik kita adalah yang sentiasa mengingati Allah. Ingat kepada Allah juga adalah satu zikir!! Sentiasa memikir tentang kesilapan lalu atau kesilapan hari ini atau muhasabah adalah digalakkan Islam semoga kita diberikan rahmat untuk membaiki diri menjadi lebih baik. Sekiranya selepas muhasabah, minda kita pula beristigfar kan sesuatu yang lebih baik. Jika seterusnya ditambah dengan zikir dan doa, bukankah ini sesuatu yang bermanfaat!!! Mengapa perlu dikosongkan MINDA? Di Malaysia, menyediakan tanah kosong sebenarnya hanya menyediakan tapak untuk tumbuhan perintis seperti lalang, rumput dsbnya mendiami kawasan ini.

    Kalau ingin sekali mengosongkan minda, tidur adalah amalan yang sesuai disamping merehatkan badan. Mengapa perlu dalam jaga ditidurkan minda??? Tidak lain tidak bukan untuk memberikan ruang selesa untuk syaitan memasuki manusia. Syaitan ini tidak dipanggil pun mereka akan datang untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Inikan pula apabila kita sediakan ruang kosong yang amat selesa bagi syaitan ini untuk memasuki tubuh manusia. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Kekuatan jiwa yang dijana oleh minda super sedar adalah anugerah dari syaitan. Itulah sebabnya meditasi ini dan amalan berkaitannya boleh membawa kepada makan kaca, terbang ke udara dan sebagainya iaitu perbuatan sihir dari syaitan untuk menyesatkan manusia.

    Amalan meditasi sebenarnya hanya layak dimiliki oleh sami hindu atau buddha. Mereka bermeditasi semenjak dahulu, sekarang dan akan datang. Mengapa belajar dan mengamalkan ilmu sesat mereka!!

    Insya-Allah saya akan menulis lagi tentang perkara ini dan meditasi islam sebagaimana disoal oleh anakkerak. Bagi saya meditasi adalah ibarat seekor babi. Meditasi hindu, meditasi budha atau meditasi Islam tetap sama hukumnya ibarat babi putih, babi hitam, babi liar, babi bela dan babi kuning, semuanya haram.

    Sekian wassalam wallahuqlam dan terima kasih anakker

    ReplyDelete
  39. Assalamualiakum MJ...Tapak kaki saya Bisa2 bila berdiri terlalu lama...Bole bantu saya selesaikan masalah nie..

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah. Terima kasih kepada MJ atas jawapan berkenaan meditasi. Sungguh dapat diterima di akal saya penjelasan ini. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan dan ilham kepada MJ untuk menulis artikel yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  41. Waalaikumussalam wbh zulroy

    Memang ramai kini orang yang kena masalah seperti sdr alami.

    Semoga saya dapat membantu, sila isikan borang yang saya sertakan sebagai attachment file dalam artikel saya bertajuk Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda?? di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82 dan emailkan kepada saya di kangmasjb@hotmail.com

    Semoga saya dapat membantu sdr.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  42. Terima kasih kepada sdr mj kerana memberi penjelasan yg begitu memuaskan... mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada pelawat2 laman lain.

    ReplyDelete
  43. Ulasan pak mj memangnya bernas sekali... mudahan ia bisa jadi pedoman buat semua, tapi pak mj saya punya pandangan tersendiri.

    ReplyDelete
  44. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada ustadfirmanlangit2 - dapat kembali ke pangkal jalan dan berjalan di jalan yang Allah redhai dan dimatikan dalam iman.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  45. salam..pada semua sahabat yang dimuliakan Allah
    Baru2 ni saya ada menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Satu pengajaran yang saya dapat ialah, ketika akad nikahnya. Kadi agak panjang berkhutubah nikah,kira2 1jam baru selesai nikah. Pengajaran yang saya dapat ialah, apabila selesai je akad nikah, terus DJ karoeka memasangkan lagu, sebelum habis kadi membacakan doa. Saya dalam hati terdetik..apakah Allah redha atau murka akan majlis ini??..Tak pelah majlis tersebut selesai kira2 jam 12 thg malam. Besoknya ketika rombongan kami pihak lelaki datang, belumpun sempat kompang di balun, silat di tarikan, hujan turun selebat lebatnya, dari jam 12 - 2.00 pm masih lagi hujan. Kelihatan tuan rumah geleng kepala dan juga nampaknya lauk pauk banyak yang lebih. Saya tidaklah mengatakan itu Bala dari Allah, tetapi majlis perkahwinan yang penuh dgn lara, selalunya tak berakhir dengan seperti apa yang dirancang.
    ...Satu lagi kes, dimajlis yang sama saya berjumpalah dengan saudara saya. Saya terkejut melihat wajahnya, ada kelainan dari sebelum ini.Saya pun cuba bertanya? Dia mengatakan bahawa dia terkena sakit bisa2. Terakhir lama dah tak sembuh, dia pun berjumpalah dengan doktor dunia melayu, iaitu tak lain tak bukan..pak bomohlah. Apalagi pak bomoh pun menyalahkan org asli punye kerja. Jadi berubatlah dengan bomoh sesat ni.Beribu dah habis..tapi tak sembuh2 jugak. Kadang2 dipapah bawak ke bilik air. Bila jumpa bomoh baiklah sehari dua, lepas tu datang balik sakitnya.Siap bomoh tu ugut, jika tak datang berubat berulang kali, makin parahlah ni.Jadi saya nasihatkanlah dia, bahawa org yng jumpa bomoh,tenun nasib nie..amalan Allah tak terima 40 hari,jika dia tak bertaubat(kalau salah betulkan), saya suruh dia bertaubat, bertasbih disamping banyakkan minum air dan minum susu (sakit sendi katanya). Cuma persoalannya bagaimanakan mau megubatinya kerana dia amat takut sekali dengan ugutan bomoh tersebut. Dan juga syaitan mungkin sudah bersarang dengannya. MJ dan kawan kawan tolong komen....

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum wbh sdr ku muaz2006

    Gembira saya mendengar cerita sdr muaz2006. Sdr kini sudah prihatin dan mula membuat analisis. Alhamdulillah ini adalah satu langkah yang amat positif. Teruskan analisis sdr dan setiap kali membuat analisis, berdoalah kepada Allah semoga analisis tersebut menghasilkan sesuatu yang boleh menjadi manfaat.

    Syaitan sebenarnya lemah. Namun apabila kita melemahkan diri sendiri sendiri maka jadilah syaitan tersebut lebih berkuasa bukan kerana kekuatannya tetapi kerana manusia melemahkan dirinya. Orang lemah seperti ini tidak takut Allah SWT tetapi cukup takut dengan syaitan dan bomoh. Kalau tak sempat taubat memang kes naya jawabnya menjadi kayu api neraka.

    Nabi sendiri tiada kekuasaan ke atas pakcik kesayangannya Abu Talib. Abu Talib mati dalam kekafiran. Hanya manusia itu sendiri yang boleh dan sepatutnya mampu merobah nasib mereka sendiri kerana Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri.

    Usahakanlah agar di fotokopi segala hadis berhubung berurusan dengan bomoh kepada hamba Allah ini dan nasihatkan mereka untuk banyakkan solat sunat terutama solat sunat malam dan berdoalah minta petunjuk dan pertolongan dari Allah, Insya-Allah Allah akan membantu mungkin dengan menemukan orang-orang tertentu yang mampu membantu. Tanpa solat, kesabaran dan doa serta taubat, hamba Allah ini akan terus hanyut dan akhirnya sejarah hamba Allah ini akan berkesudahan dengan cerita yang menyayat hati sebagai musibah dari Allah sebagai balasan kepada mereka yang ingkar.

    Asal jumpa bomoh sial ini, apa sakit sekali pun, mereka tetap akan mengatakan "ini adalah perbuatan orang". Sakit gout pun dia kata perbuatan orang. Sakit gastrik pun perbuatan orang. Beribu ringgit yang telah dilaburkan dengan berubat melalui bomoh sial ini ibarat membeli satu tempat di neraka.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    Jikalau ingin berkunjung ke JB, insya-Allah saya sudi menerima.

    ReplyDelete
  47. Salam..Emjay dan sahabat dimuliakan Allah sekelian..
    Insyaallah, saya memang nak temukan dia dengan Mj, cuma masa aje yang akan menentukan bila. Pertamanya saya cuba bg pada dia artikel Mj dan juga komen2 sahabat yang lain, disamping mengikuti panduan mencegah sakit gaut tu. Sakit sendi2 tulang nie..camne ya MJ..boleh ikut petua yang ada tak?? sila komen. Makasih

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum wbh sdr muaz2006 yang dikasihi

    Artikel saya tentang gout tu dah kira jelas dan insyaAllah kalau diikuti boleh sembuh. Saya pun pernah kena gout.

    Jangan lupa baca reply tambahan terbaru di thread tersebut mengenai bayam pasir dan serai. Misai kucing amalkan. Kalau mampu beli INTRA yang mahal harganya.

    Semoga ditambahkan ilmu yang bermanfaat oleh Allah SWT kepada sdr muaz2006

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  49. Wah..ustaz siap promote INTRA lagik... saya pun pernah try INTRA tu tapi takde kesan pun. RUICAO jugak bagus... kesan mmg menarik... minta maaf, jgn silap faham, bukan nak promote jenama ruicao yer...

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum wbh sdr mienyak dan pembaca laman emjay sekelian

    Tidak salah kita mempromotekan sesuatu yang baik. Kalau produk yang sdr mienyak jual adalah baik, apa salahnya saya mengatakan di laman emjay bahawa produk yang sdr jual itu adalah baik.

    Saya sebenarnya ada menggunakan produk INTRA tetapi memang mahal dan kena ambil bukan satu tong tetapi banyak tong kerana kesannya adalah perlahan tetapi konsisten.

    Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi mengongsikan produk RUICAO. Produk ini di mana boleh diperolehi dan mintalah sdr mienyak ceritakan sedikit tentang produk ini.

    Yang baik kita panjang-panjangkan, yang buruk jadikan sempadan.

    Wallahuaqlam wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  51. Ruicao ni ni adunan ekstrak gingko biloba + gingseng + madu
    Pemenang anugerah emas produk kesihatan berasaskan madu
    Kilang di China, dijual secara MLM di Malaysia dah lama dah
    Dulu pernah top sebelum disabotaj..ngatakan lesen mati
    Ada kelulusan kementerian kesihatan
    Ramai top leader org melayu, bangsa lain lebih berminat MLM cepat kaya lain
    website www.nanang.com.my tapi masih under construction, sb sykt tak fokus jualan melalui internet
    Testimoni terlalu banyak termasuk pesakit HIV AIDS
    HQ kat Tmn Tun Dr Ismail...kat johor tak pasti ade ke takde..
    Kesan memang cepat, sb ekstrak dalam bentuk cecair

    Saya ahli biasa ajer, beli utk makan sendiri..

    ReplyDelete
  52. Harga berapa dan berapa banyak dicadangkan minum untuk memperolehi kesan maksima

    ReplyDelete
  53. Harga sekotak (30 botol x 10ml) RM150 biasa, RM120 ahli
    Gingseng+madu kotak lain, gingko+madu kotak lain
    Rekemen makan sepasang pagi, sepasang petang utk peringkat awal
    Bila penyakit dah stabil cukup sebotol sehari, gilir2 antara 2 jenis tu

    Yg sakit aids tu makan 16botol sehari, tapi cepat berkesan...
    Kesan hitam akibat sel kulit mati jadi cerah semula, tanda sel hidup balik
    Saya dulu ada sakit saraf dan usus luka. Skrg alhamdulillah.... memang ajaib kejadian pokok2 yg Allah jadikan ini, adunan campur madu pula..
    Bulan pertama saya habis 4 kotak... RM440 (dulu rm110), bulan seterusnya maintain sekotak jer. Skrg kadang minum, kadang tidak. Rasa mcm sembelit jer saya minum...mmg lawas usus amal minum ni

    ReplyDelete
  54. Memang nak sihat kena berusaha dan berkorban. Banyak juga RM untuk Ruicao. Untuk INTRA juga kena banyak RM.

    Bila dah sakit banyak keluar RM barulah mengerti akan rahmat sihat dari Allah SWT. Semoga sakit yang kita semua alami menjadi penebus segala dosa kita yang lalu.

    Emjay

    ReplyDelete
  55. Bila umur dah sizen mcm kita ni mmg kena korban la utk makan supplement.
    Maklumlah dah banyak puluh tahun duk lenjan anggota badan pinjaman ni...
    Muda2 dulu tak rasa sangat... kalau dipanjangkan umur ke 70-80tahun hidup nanti pasti akan rasa lemah betul badan ni...baru ingat ruginya muda2 dulu tak kuat ibadat. Tapi itu biasa, muda2 cari dunia...dah tua2 baru ingat mati..

    ReplyDelete
  56. Salam. budak pompuan tue baru sebulan mkn ikan keli dah ader mslh kshtn. mcm sy nie lgla brthn2 mkn ikan keli.lg satu dulu2 sy suka mkn ayam,pedas2,tempe dan kat kedai mamak. tempe mkn sikit jer psl kajian menyatakn bhwa kndungn protein yg brlebihn dlm tubuh seseorg akan brtkr menjd toksin.pttla tenaga sy mcm lmh jer org lain boleh brjaga xtido wat asignmnt tp sy xleh.

    nasib baik sy berjumpa dgn doktor kt CVT.kalo pegi klinik biasa doktor akan ckp sy nie sihat walafiat.skrg nie sy rasa makin sihat.time puasa masih brtenaga xdela lesu je mcm dulu.
    sila lawati laman web dibwh utk mndpt info mngenai kesihtn:
    http://rawatankesihatan.blogspot.com/
    info mngenai pemakanan
    http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/08/petua-pengambilan-pemakanan.html

    ReplyDelete
  57. sy memang suka makan ikan keli masak asam pedas tapi x lah kerap sgt. Mcm sebulan sekali o.k lah.
    Tapi bila dah baca artikal kat laman ni...mhm...dah x berani lah nak makan ikan keli...apa pun, terima kasih kepada semua pihak yg bg info kat laman ni...
    Inilah satu satunya laman yang boleh sedarkan kita semua..

    ReplyDelete
  58. Kira makan ikan keli sebulan sekali tu dah kira OKlah tu.

    ReplyDelete
  59. kalau mandi bunga dengan kalimah2 Allah tu macam mane plak.
    haram kew?USTAZ tolg jelaskan sikit..
    kebanyakkan kiyai2 besar yang saya jumpa di indonesia surud saya mandi bunga untk sucikan diri..
    Bloeh terangkan??

    ReplyDelete
  60. Di Indonesia, kiyai tidak menunjukkan keislaman sebenar. Ada orang guna kiyai tetapi mubaligh kristian.

    Kiyai yang suruh sdr mandi bunga dengan kalimah-kalimah Allah tu nak menyesatkan disamping berminat dengan RM sdr. Nabi SAW tidak pernah mengajarkan ilmu macam ini.

    emjay

    ReplyDelete
  61. saudara emjay ade bukti ke mengatakan ini semua?
    saya berguru dengan mereka dan saya rasa mereka yg menjauhkan saya dari kesesatan
    dan sanggup korbankan diri kerana islam..
    Saudara emjay berbicara tanpa ada bukti..

    ReplyDelete
  62. terima kasih untuk info 2.. cz saya suke sangat makan ikan keli

    ReplyDelete
  63. langitke07.... baca betul-betul dan cuba pahamkan apa yang saudara mj tulis....

    ReplyDelete
  64. air..ermm..mandi ubat..mandi bunga..ermm..mandi ubat utk sembuh penyakit..madu pun ..ermmm.. hehe

    ReplyDelete
  65. mr emjay ..tanye sket..Nabi SAW ader tak mengajar ilmu cara mandi ubat utk menyembuh penyakit dalam mana2 hadis..

    ReplyDelete
  66. salam..
    pernah dengar cerita hal ikan keli tak elok d makan selalu. Cuma cerita yang sebenar2nya mengapa dan apa yg tak elok tak pernah tau. Apa pun terima kasih atas cerita pengalaman itu. Sememangnya dulu sy juga penggemar ikan keli tapi tidak sekarang.

    ReplyDelete