Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 2 August 2007

Lagi tentang email berantai

Assalamualaikum wbh

Pada beberapa hari lepas saya mendapat pertanyaan melalui email dari seorang pembaca Laman Emjay. Pembaca ini ingin bertanya tentang forwarded email yang diterima olehnya seperti berikut:

~~~~~~~~~~
Assalammualaikum...  
Sebarkan TUJUH nama ALLAH SWT ini...pada tujuh orang,Insyaallah keinginanmu dipenuhi..!!!!  
1. Al-Qayyum
2. Al-Majid
3. Al-Wajid,
4. Al-Wahid
5. Al-Ahad
6 As-Samad
7. Al-Qadir,

Sesungguhnya semua adalah kehendakNYa...    

~~~~~~~~~~

Sebelum saya kupas persoalan ini , mari lihat dahulu makna-maknanya

1. Al-Qayyum = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Mandiri
2. Al-Majid = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Mulia
3. Al-Wajid, = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Penemu
4. Al-Wahid = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Esa
5. Al-Ahad = (Ini bukan nama Allah) Kalau Al Wahiid tu adalah الواحد
6 As-Samad = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Diperlukan, Tempat Meminta
7. Al-Qadir, = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan

1. Amalan ini yang menjanjikan sekian dan sekian tiada nasnya. Kalau ada nasnya beritahulah saya. Amalan yang tiada nas ditakuti diajarkan oleh syaitan.

2. Sekiranya seseorang melakukan sesuatu perkara kerana Tafa’ul (fa’lu) iaitu harapan akan datang kebaikan atau rahmat atau berkat / barokah (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara atau perbuatan tertentu.  

3. Penggunaan perkataan Insyaallah keinginanmu dipenuhi..!!!!   tidak menolak penggantungan rahmat di atas amal perbuatan ini. Sila rujuk Al Baqarah:[165]:
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Dengan penambahan perkataan
Insyaallah keinginanmu dipenuhi..!!!! ,ini bermakna pelaku amalan ini memang percaya kepada Allah SWT namun selain dari percaya kepada Allah pelaku ini juga percaya bahawa amalan ini boleh mendatangkan kebaikan iaitu keinginanmu dipenuhi..!!!!  sesuai dengan Al Baqarah : 165 di atas.

Perbuatan ini sama dengan menyimpan tangkal di kalangan orang Melayu di Malaysia. Orang seperti ini percaya kepada Allah SWT tetapi disamping percaya kepada Allah SWT, mereka juga percaya bahawa tangkal ini boleh memberikan kebaikan kepada mereka. Ia adalah syirik!

Agama Islam adalah sebenarnya agama paling mudah untuk dianuti iaitu jikalau di dalam Al Quran dan sunnah tidak didapati sesautu amalan, janganlah lakukannya!!

Tafaul merosak akidah dan dengan memanjangkan email berantai di atas ia boleh merosak akidah.

Mengapa tidak ambil jalan mudah yang sudah sahih nasnya iaitu kalau ingin keinginanmu dipenuhi :

1. Peliharalah akidah
2. Lakukanlah segala yang disuruh dan elakkan dari melakukan yang dilarang
2. Beristigfarlah
3. Berzikirlah seperti subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar
4. Berdoalah dan mintalah apa sahaja yang diingini dan tidak semestinya doa ini dalam bahasa Arab!!.
5. Kalau banyakkan solat sunat dan solat malam lagi baik

Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam

Emjay

60 comments:

  1. Assalamualikum...Benar....begitu byk kekeliruan yang disebarkan oleh musuh Islam.Jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hati...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, betul 2.. Ana pon setuju dgn pndpt anta. Ana pun ada menerima mesj spt itu jugak baru2 ni. Tp, kndngn nya lain sedikit. Msj yg dihntr kpd ana ialah kalau kt tidak menhgntr msj tersebut kpd 7 org yg lain, kita akn mendpt malapetaka selama 7 tahun. Sebnr nya perkara-perkara seperti ini lgsg tidk blh dipercayai & tidak logik, krn pengirm msj tersebut tidak tahu perkara yg akan berlaku kpd manusia pd masa akn dtg & bukankah hnya Allah shj yg mengetahuinya...Dan prkara spt ini mmg sesuatu perbuatan yg syirik..
    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum ustaz emjay... terima kasih kerana info di atas... saya persoalan yang lain sedikit... Bagaimana kesnya kalau seseorang itu memainkan CD audio himpunan alunan ayat2 al-Quran di dalam rumahnya bertujuan untuk mengatasi penyakit terkena sihir dan membersihkan rumahnya daripada sihir serta gangguan makhluk halus??? minta ustaz memberi penjelasan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua,
    pada pandangan saya apa yg kita buat kita kena ikhlas dan demi Allah SWT
    kerana kita ni hamba Allah SWT,secara logiknya kalau dah hamba tu buat apa
    minta perkara mcm2 dari Allah SWT cukup sekadar bersyukur dan yg penting kita
    mesti sentiasa ingat pada Allah SWT,dgn itu kita akan sentiasa tidak riak
    walaupun sedikit disebabkan kita sentiasa ingat yg kita ni hanya hamba Allah SWT.


    sekadar pendapat
    sekian wasallam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Mesej email berantai yang sdr terangkan tu lagi berat kesnya.

    Alhamdulillah syukur sdr tidak terpengaruh dengan email tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Soalan ini memang sangat menarik dan terima kasih kerana menyoal soalan ini.

    Persoalan ini banyak memerlukan kefahaman asas akidah.

    Tafa’ul (fa’lu) ialah harapan akan datang kebaikan (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara tertentu. Contoh utama tafa’ul di Malaysia ialah pesta menuai yang dilakukan setiap tahun kerana mengharapkan rezeki dari tanaman tahun depan terus baik dan tidak mendapat kesusahan.
    Contoh lain pula ialah kalau naik haji tak buat majlis tahlil dan berzanji kelak mendatangkan kesusahan sewaktu perjalanan.
    Satu contoh yang kerap dilakukan oleh ramai keluarga Melayu kini ialah meletakkan surah Yaasin dibawah bantal atau tilam bayi dengan mengharapkan kebaikkan dan perlindungan darinya.

    Tafaul adalah merosak akidah sebagai masyarakat mempercayai menyimpan talipusat anak dapat memberikan kebaikan kepada anak tersebut. Dalam kes ini tali pusat ini sudah menjadi tangkal walau tiada sebarang jampi dan mantera.

    Membaca ayat kursi dengan harapan ayat ini dapat menghalau hantu syaitan juga merosak akidah. Sila baca artikel saya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58 dan artikel INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/76.

    Berdasarkan hujah ini, memasang cd Al Quran dengan iktikad mendinding dari terkena sihir sudah rosak akidah.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Tetapi boleh tak kita pasang cd al-quran tersebut dengan mengharap rahmat dari Allah, mudah-mudahan dengan rahmatnya maka terlindung dari sihir??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh

    Pasanglah cd Al Quran dengan iktikad yang dibenarkan dalam Islam semoga ia menjadi satu amal ibadah dan semoga dibalas dengan kebaikan dari Allah SWT seperti:

    1. Mendengar dengan tujuan untuk melatih bacaan diri kita.
    2. Mendengar dengan tujuan untuk melatih tajwid diri kita.
    3. Sebaik-baiknya ialah mendengar untuk memahami maksudnya semoga dapat mengamalkannya namun ini hanya dapat dilaksanakan oleh seseorang yang mengetahui bahasa arab.

    Allah membalas amalan kita berdasarkan niat. Memberi makan anak dara dengan niat nak mengurat belum tentu dapat pahala. Memberi makan kawan sepejabat kerana ikhlas mungkin dibalas Allah tetapi timbul persoalan pula, bukankah mereka semua tu berpendapatan dan bukan kategori orang miskin? Mengapa tidak berikan belanja makan kepada orang miskin atau anak yatim sebagaimana disarankan Islam?

    Persoalan sdr tersebut macam masih kurang cantik. Untuk melindungi dari sihir, apa yang paling utama sekali ialah diri kita jangan sekali mensyirikkan Allah. Dalam AlQuran disebutkan bahawa syaitan tidak ada sebarang kuasa ke atas orang yang beriman. Orang beriman tidak mensyirikkan Allah. Dalam Islam, doa adalah faktor sekunder sedangkan usaha ke arahnya adalah primer sebagaimana pesan Nabi bahawa sebelum bertawakal tentang untanya, hendaklah terlebih dahulu diikat unta tersebut. Kalau lapar sekadar berdoa tanpa usaha mencari makanan, kalau Nabi jumpa memang akan kena marah.

    Satu hamba Allah bila beliau pernah silap dahulu dia kena sihir hingga tidak boleh bersama isteri. Selepas taubat dan seterusnya mantap agamanya, satu ketika kena sihir oleh beberapa bomoh, tak jadi apa-apa pun kerana Allah tidak ada sebarang masalah pun untuk melindungi manusia dari perbuatan syaitan. Ingatlah bahawa syaitan itu lemah. Syaitan hanya berkuasa apabila manusia menjadi sangat lemah. Syaitan dan manusia adalah makhluk Allah. Jangan takut dengan permainan sihir syaitan ini. Jadikanlah diri kuat dengan menjauhi laranganNya dan mengerjakan suruhanNya, insyaAllah akan dikuatkan diri ini oleh Allah kerana manusia sebenarnya ialah lahaulawalaquwataillabillah...

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ustaz Emjay... saya jelas.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum ustaz Emjay.. Apa kaedah yang sesuai merawat anak kecil demam panas dan sawan demam? Saya ingin tahu kaedah rawatan atau petua yang diredhai Allah.

    ReplyDelete
  11. Jazakallah khairan khasiro ya Prof,

    memang saya tunggu2 untuk prof mengupas isu ini sebelum saya membalas email2 syirik yang dihantar kepada saya.

    Alhamdulillah... semoga Allah melindungi hamba ini dari syirik kepada Nya Amin...

    ReplyDelete
  12. kalu nk masuk rumah baru pulak? apa nk buat tuan mj? sesat jg ke kalau di bacakan ayat2 alQuran? x kn Quran tu utk sekadar bacaan&tajwid je? apa pulak cerita ttg ayat Quran tu sebagai syifa&rahmat(al-Israk:82)?bkn byk lg kelebihan Quran yg lain ke selain dpd dpt pahala kalau baca? tuan tau bahasa arab x? ada bukak tafsir muktabar ttg tafsiran ayat tu? ada bukak tafsiran ayat Qursi?? bkn tafsir pimpinan arrahman keluaran jakim tu, tp mcm tafsir ibn kathir ke, baidhowi ke.. ada x dia ckp ckp sesat kalu amalkn ayat2 tertentu utk halau jin ke nk murah rezki ke ada x?? nk tau je..

    camne pulak ttg byk nya hadis ttg kelebihan ayat&surah2 tertentu? camne kalu diaamalkan semata2 utk mencapai maksud hadis tersebut? sesat jg ke? dh kalu nabi ckp surah Waqiah utk elakkn kefakiran. salah ke kalu diamalkn utk itu? ikut ckp nabi jg. tp ttp iktikad Allah yg bg rezki x kn surah tu pulak bg rezki... sbb dh mmg tau dh tuhan tu yg ada kuasa mutlak.

    tp jgn kita lupa Alquran sendiri yg bg syafaat kat akhirat nnt. surah Almulk cthnya. dia sendiri akan jd pembela kat akhirat dan dlm kubur nnt. blh la rujuk hadis yg byk ttg hal ni. camne tu?

    nk tau je..ye la.. mj ni kan alim dlm segala bidang..mahupun bidang sukan..

    ReplyDelete
  13. Ustaz, saya ada beberapa persoalan, rasanya saya faham apa yg Ustaz cuba sampaikan, tapi ada juga yg saya sedikit keliru dan kurang puas hati. Dan perasaan ini juga timbul setelah berdebat dengan isteri saya. Antaranya:

    1) Tafa’ul (fa’lu) ialah harapan akan datang kebaikan (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara tertentu.

    Yg pertama ini berkenaan dengan kenduri yg biasanya kita adakan sebelum mengerjakan umrah dan haji, apa kata jika niat kita membuat kenduri adalah semata2 usaha kita untuk mendapatkan rahmat atau keredaan Allah, agar perjalanan, ibadah kita dipermudahkan dan diterima dan keluarga yang ditinggalkan semuanya berada dlm keadaan selamat. Bukankah ini juga salah satu usaha seperti kata ustaz "Makan nasi sekadar usaha dan kenyang adalah rahmat dari Allah".

    2) Menggantung ayat2 Quran. Jika kita pergi ke rumah guru2 mengaji, setengahnya tahfiz, dapat kita lihat ayat2 quran yg indah2, sesetengahnya dibuat sendiri, digantung di bilik2 mengaji, di ruang tamu dan sebagainya. Sama seperti apabila kita pergi ke masjid2 dan surau2. Bukankah lebih baik menggantung ayat2 quran daripada menggantung gambar2 pemandangan.

    ReplyDelete
  14. sy dh tanya dh seblum ni dlm reply tajuk akidah bah3. tp tuan emjay buat dekk je. x tau la kenapa.. ni copy blk je..

    kata2 tuan emjay:
    (Contoh lain pula ialah kalau naik haji tak buat majlis tahlil dan berzanji kelak mendatangkan kesusahan sewaktu perjalanan.)

    sy x nk ckp pasal tahlil&berzanji. tp bukan kah sedekah itu dpt menjauhkan bala dan memudahkn urusan?? tengok firman Allah dlm surah Al-lail
    (5. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,
    6. dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),
    7. maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.)
    kalu hadis x pasti hadisnya...
    mungkin ramai yg berniat sedekah utk elak bala dan mudah urusan dlm hal ini..
    apa komen tuan??camne tu?? sesat kot?

    mcm mana pula mengenai ayat Alquran yg digantung didinding.. mcm mana dgn ayat alQuran yg byk diukir di masjid2.. malah di masjid nabawi pn, dan byk lg di masjid2 di tanah arab???

    sekiranya ia bertentangan dgn islam, adakah ulamak yg solat di masjid tersebut tidak menegur hal yg sedemikian?sedangkan ia dibiarkn hingga hari ini. sekiranya benar bertentangan dgn aqidah, mengapakah beratus2 tahun tiada ulamak yg menegur dlm hal ini?(terutama ukiran khat di masjid) ke semua ulama tu pun sesat jg? camne tu?

    minta penjelasan..

    wassalam..

    ReplyDelete
  15. masalah khilaf le semua tu bro.... ustaz mj lebih pada salafi..... cuba rujuk ustaz lain.... lain pulak pandangan..... yang penting bersederhana dlm suatu perkara.... berlapang dada

    ReplyDelete
  16. khilaf mendenya bro kalu dh org lain yg buat kata sesat.. bro tau x istilah khilaf tu ape? kalu khilaf tu, kita x blh buat, kalu org lain buat x apa la, sbb dia ikut pendapat lain, bkn kalu org lain buat sesat.. camtu la cth nya je.. cth nya mcm makanan laut, ada ulama yg mengharamkan nya. tp kita mkn sotong tu sume blh je.. x sesat pn mkn makanan laut walaupn ada ulama lain yg kata haram..haa camtu la cthnya kalau khilaf..

    jgn istilah jumhur dgn ijmak pun x tau nak beza, main ikut2 org je, dh sibuk nk buat hukum pulak.. ko tau kan rendah kosong beza dia? nk tny je.. kalu tau bagus le..

    apa pun sy nk tny tuan emjay je.. saya ni x pandai nak banding dgn tuan emjay.. camne tu tuan? (sekadar bertny..)

    ReplyDelete
  17. ye lah tuan kisaie82.... kwn silap.... sory

    ReplyDelete
  18. Skrg ni... merawat guna ayat quran pun saya takut..takut syirik... gantung kaligrafi quran pun tidak, takut nanti syirik.... Saya ingin bertanya kepada ustaz... Bagaimana pandangan ustaz berkenaan solat sunat dhuha..yang orang kata tujuan untuk melapangkan rezeki... jadi kalau ia diamalkan kerana tujuan kerezekian..adakah syirik?? Sedangkan dimaklumi solat sunat dhuha utk kerezekian.... Begitu juga dengan solat sunat hajat... sekiranya ia diamalkan kerana kita berhajat...adakah ia syirik sedangkan sekiranya kita berhajat maka kita lakukan solat sunat hajat dan sememang namanya solat hajat...minta kepastian...

    ReplyDelete
  19. camne pulak kalu amalkan ayat atau surah2 tertentu mmg dgn niat nk elak disihir? sesat jg ke??rasanya kalu ikut pendapat mj sesat agaknya..agaknya la..maaf kalu salah. dh mmg hadis nabi ckp ada ayat2 tertentu utk mengelakkn gangguan syaitan.. mmg la kalu diaamalkn x blh tidak ada niat camtu? kn? sbb kita mmg amalkan ayat tu kerana kelebihan yg nabi ckp kat ayat tu. camne tu sesat jg ke? tp tau la yg Allah tu punya kuasa atas segalany..

    mj..mj.. ko sorang je la yang x sesat.... ntah apa2.. apa apa aje...

    ReplyDelete
  20. mana mj ni.. senyap jek.. tgh search jawapan kot..pastu paste kat sini(maaf kalu silap) murid mj yg lain ni?? x tlg jwb pn.. apa je yg korang dh menuntut dgn mj ni? ha jwb la.. ke tunggu tok guru korang jg? pastu bila dia dh jwb nnt korang pn ckp la '" Alhamdulillah, terima kasih atas jwpn ustaz, semoga kita dijauhkan dari perbuatan syirik" tu la ayat korang.. tau sgt la.. x kan dh lama menuntut dgn mj soalan camni pn x blh nk jwb kot..apa2 aje la ko ni mj..

    ReplyDelete
  21. Sebagai seorang Islam meyakini sifat semulajadi sesuatu benda atau fitrah sesuatu benda tidak tergelincir aqidah... kerana kita meyakini itu ketetapan Allah... Segala yang berlaku di alam maya ini telah diatur oleh Allah s.w.t mengikut ketentuannya masing2..iaitu Sunatullah. Contohnya meyakini ais itu sejuk maka tidak salah kerana sifat itu telah ditentukan oleh Allah...meyakini sifat api itu panas, itu juga tidak salah kerana itu adalah ketentuan Allah... ia sebenarnya mengakui akan kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu di alam maya ini... Sememangnya Allah Maha Berkuasa boleh mengubah aturan tersebut..seperti sifat api menjadi sejuk dan sebagainya... tetapi perkara sebegini di luar fitrah... Allah hanya menjadikan sifat-sifat sesuatu itu di luar fitrah atau sunatullah dalam keadaan tertentu..seperti sebagai mukjizat para nabi, karomah para wali dan maunah bagi orang umum...Meyakini cili pedas ..maknanya meyakini ketetapan Allah dalam ciptaanNya bukan menafikan kekuasaan Allah s.w.t yang sebenarnya bagi pedas pada pemakan cili.

    ReplyDelete
  22. Setiap sesuatu itu diciptakan oleh Allah dengan kelebihannya dan sifatnya tersendiri... Ia adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah s.w.t... Bukan untuk dinafikan keberadaannya... CiptaanNya adalah tanda-tanda kebesaranNya...

    ReplyDelete
  23. Saya juga berharap ustaz mj dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut... bagi merungkai kekusutan yang ada.

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam wbh

    Saya berada di outstation. Awal pagi ke B Pahat kerja rasmi. Lepas tu ke KL juga kerja rasmi. Sekarang di Garden Hotel B Pahat. Besok pagi ada mesyuarat dengan pelajar latihan mengajar Zon B Pahat. Petang esok ada kelas rasmi di UTM. Maaflah kerana tidak dapat menjawap segera soalan-soalan yang bertalu-talu ini.

    Saya mungkin sempat menjawab beberapa reply sahaja. Kepenatan.

    Demam panas pada kanak-kanak masalah biasa tetapi akan berlaku kerap jika kerap makan junk food. Bila demam jaga agar suhu badan tidak naik terlalu tinggi dengan cara meramas daun bunga raya dalam semangkuk air. Air ramasan ini di sapu ke atas kepala dan ketiak. Bila kering ulang lagi. Kalau tak dapat daun bunga raya guna air asam jawa. Jangan mandikan dan elakkan sama sekali mandi air batu macam dibuat oleh hospital!!!!!!!

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbh

    Saya sudah menulis artikel bertajuk panduan masuk rumah baru di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/25

    Selamat membaca dan mendigest artikelnya.

    Bagi perkara-perkara yang dengan jelas dan sahih telah dinyatakan oleh Nabi saw, lakukanlah namun setiap perlakuan perlu dengan ilmu akidah yang sewajarnya. Memang nabi saw juga mengajarkan makanan menghilangkan lapar namun kalau kita beriktikad makanan tersebut yang menghilangkan lapar, ia sudah merosak akidah. Makanlah makanan dan berdoa selepasnya. Apa sahaja rahmat dari usaha makan makanan adalah dari pemberian Allah jua. Gunakan analogi ini apabila membaca surah-surah Kahfi, Waqiah dsbnya.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wbh

    Tentang perkara 1:

    Kalau tidak silap saya, untuk pergi haji digalakkan jangan heboh. Antara kebaikan dari nasihat ini ialah agar tidak riak sekembalinya. Saya akan cuba cari nasnya.

    Bila dah buat kenduri, berbagai-bagai niat dalam hati orang yang melakukannya yang Allah sahaja yang mengetahuinya. Kalau saja untuk memberitahu orang yang tidak ada keperluan untuk tahu, ditakuti akan membawa riak. Riak ialah segala perbuatan yang menjurus kepada gemar dipuji dan disanjung.

    Berkenaan bagi orang makan ini, Nabi ada berpesan dalam satu hadis berkenaan 2 perigi besar dengan ikan besar, di antaranya ada perigi kecil dengan ikan kecil. Ikan besar dari 2 perigi besar ini saling melompat antara kedua-dua perigi namun tidak ada ikan besar yang ingin melompat ke dalam perigi kecil. Tajam sindiran Nabi SAW dalam hadis ini.

    Tentang memberi orang makan, kalau betulah ingin melakukan ibadah yang benar-benar ikhlas dan selari dengan islam, saya menggalakkan orang yang nak pergi haji buat jamuan sampai ke tahap yang mampu (besar pun tidak mengapa) tetapi panggillah janda-janda, anak yatim dan fakir miskin.

    Kini jamuan orang yang nak pergi haji macam satu perniagaan pula. Cukup besar sehingga majlisnya macam majlis menyambut menantu sehingga pasang lima khemah besar. Tujuannya ingin mencari keuntungan maklumlah, bila tetamu bersalam duitnya kasar. Kalau dah niatnya nak cari keuntungan, macam mana nak dapat rahmat dari Allah.

    Orang nak naik haji ini penat menguruskan pelbagai perkara. Mengapa pada saat-saat akhir nak merumitkan buat majlis ini. Sewajarnya sahabat handai dan saudara mara yang tahu pemergian ini yang membantu meringankan masalah orang yang nak naik haji ini.

    Orang nak naik haji ini dah ada cukup duit dan itulah sebabnya mereka didaftarkan naik haji. Pengalaman saya sewaktu naik haji dahulu, ada satu mak janda yang bawa cukup banyak duit kerana dapat keuntungan beribu-ribu ringgit dari majlis kenduri naik haji ini. Di Mekah dan Madinah, mak janda ini asyik bershopping sakan, maklumlah nak belikan ole-ole untuk membalas mereka yang berikan mak janda ini duit. Siapa yang beri lebih, ole-olenya lebih besar. Waktu balik ke Malaysia, begnya bertambah banyak dan makin kembung. Mak janda ini kena cukai banyak sekali kerana apabila ditimbang di airport, berat luggagenya melebihi sepatutnya. Tidak mengapa, dia ada banyak duit.

    Tentang perkara 2:
    Saya telah sebutkan bahawa tidak semua yang menggantung ayat Al Quran itu sesat. Saya juga ada menggantung sesetengah ayat yang saya print guna komputer dengan iktikad untuk memudahkan saya menghafalnya. Tetapi saya tidak ada menggantung mana-mana ayat Al Quran sebagai perhiasan. Bagi saya kalau beli ayat Al Quran harga RM250, ini macam dah kena ayat ....setiap yang membazir adalah kerja syaitan. Namun dalam kes kerasukan dan dalam banyak kes lainnya, orang menggantung Ayat dengan iktikad yang merusak.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wrt. wbt. En. Emjay. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada En. Emjay.

    Terima kasih dengan penerangan ringkas yang diberikan berkenaan persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh para tetamu. Mudah-mudahan Allah SWT memberikankan kepada kita semua kefahaman (terutamanya dalam hal-hal agama) sebagaimana kefahaman yang diberikan kepada para nabi dan rasul.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  28. Assalamu'alaikum... Apa komen ustaz emjay berkenaan artikel di bawah ini..:

    AL-QURAN PENYEMBUH PENYAKIT
    "
    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.

    Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.

    Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.

    Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.

    Tazkirah kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.

    Kepentingan Al-Quran:

    "Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
    "Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith
    "Ahli Quran ialah Ahlullah"
    "Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud
    "Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As
    "Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah
    Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.
    Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah

    ReplyDelete
  29. ok jek aku tengok artikel ni antijumud... x sesat pun.. tp kalu mj, x tau la apa dia kata,x tau la dia kata sesat ke x.. soalan2 kat atas pun jawab mcm x de dalil je.. setakat berdalilkan mak janda yg untung sbb buat kenduri je.. dia ingat semua org niat mcm tu agaknya.. apa bg makan kat jiran tu x kira sedekah jg ke??

    jgn la hanya berdasarkan 1,2 kisah pastu terus nk buat hukum pulak..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum wbh

    Buat kenduri sebelum naik haji ditakuti tafaul sekiranya orang tidak faham asas akidah sebagaimana saya terangkan dalam kes email berantai di atas.

    Sekiranya di lihat dalam ayat Al Quran tersebut, memang jelas bahawa Alah suruh manusia menjadi pemurah melalui imfak, zakat, sedekah, amal jariah, jihad dan sebagainya. Namun apa yang terpenting di sini ialah bukan perbuatan ini yang mengakibatkan balasan BAGINYA JALAN YANG MUDAH. Jelas dalam Al Quran tersebut bahawa Allah (disebut Kami) kelak akan menyiapkan jalan yang mudah. Inilah konsepnya dalam Islam.

    'Tentang ayat Al Quran tergantung tu telah saya jawab di atas. Sila rujuk

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum wbh

    Sebelum lebih ramai mempersoalkan tentang perkara ini, silalah baca artikel asa akidah saya tentang asas akidah terutama sekali tentang rububiah Allah dan selepas itu sila baca artikel Email menarik dari pembaca Laman Emjay ** TELAH DIJAWAB di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/105. Sembelih ayam kerana nak bagi makan anak bini insyaAllah dapat rahmat tetapi sembelih ayam kerana nak bagi makan hantu jadi syirik.

    Fahami sungguh-sungguh artikel ini. Puasa patigeni juga adalah puasa tetapi syirik habis. Berzikir subhanallah alhamdulillah allahuakbar adalah disuruh Allah namun orang ini yang mengamalkan zikir ini di azab Allah, fahamilah mengapa.

    Saya gembira apabila antijumudpencen bertanya apa yang beliau tidak fahami dan memang itulah tujuan Laman Emjay diwujudkan tetapi bahasa yang digunakan oleh nurunnha macam bahasa orang keluar dari hutan Amazon. Agaknya tidak pernah belajar adap sopan ke?

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum wbh

    nurunnha sebenarnya belum layak untuk bersoal jawab di sini. Dia kena daftar masuk tadika dahulu, belajar adab sopan kemudian belajar asas tauhid rububiah dan uluhiah Allah. Kalau bab ini belum lulus , kalau saya jelaskan soalan ini pun nanti dia soal dan salahkan saya balik.

    Banyak perkara kena belajar dari asal dahulu.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete

  33. SAYA TIDAK AKAN MENJAWAB SEBARANG REPLY DARI SDR nurunnha.

    Kalau masih kurang ajar saya akan block dan delete semua reply dari nurunnha.

    Last warning

    Emjay

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum wbh

    Persoalan ini saya ada kupaskan di dalam artikel Akidah bahagian 2 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/3.

    Sunnatullah bermaksud kelaziman dan setiap sunnatullah atau kelaziman adalah berlaku atas pentadbiran Allah. Meyakini ais itu sejuk memang boleh tetapi sekiranya menafikan peranan Allah dalam mentadbir sehingga ais menjadi sejuk, ia sudah merusak akidah.

    Fahamilah latihan-latihan yang terdapat dalam artikel ini.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum wbh

    Memang betul kenyataan ini tetapi segala kelebihan dan sifat tersendiri perkara-perkara ini sentiasa dibawah penguasaan dan pentadbiran Allah SWT.

    Itulah sebabnya terutama sekali dalam kes kencing manis, dua orang pesakit kencing manis yang sama diberikan ubat yang sama, mungkin kedua-duanya pulih atau salah seorang pulih atau kedua-duanya langsung tidak pulih. Kes seperti ini yang saya alami sangat bergantung kepada redha Allah keatas orang yang makan ubat kencing manis. Selalunya kalau orang yang mensyirikkan Allah dengan menggunakan tangkal, payah sekali untuk pulih dari kencing manis walau pun makan ubat yang canggih sekali mungkin kerana Allah ingin terus mengazab orang ini kerana kesalahan yang dilakukannya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  36. Waalaikumussalam wbh

    Tidak ada cacat cela dengan artikel ini.

    Apa yang ingin saya minta dari pembaca sekelian dari artikel ini ialah, tafsiran pembacaan dari artikel ini adalah berbeza berdasarkan ilmu yang dikuasai oleh seseorang. Orang kafir kalau mereka percaya dengan kenyataan ini, mungkin akan membakar Al Quran dan abunya dicampurkan air lalu di minum kerana percaya ia menjadi ubat.

    Orang lain pula mungkin tulis Al Quran ke dalam kertas lalu dilipat dan dibungkus seperti gambar ini http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/24/1. Bagi orang lain pula mungkin ambil ayat Al Quran dari surah-surah tertentu, ulang 700 kali berharapkan kesembuhan bukan dari Allah tetapi dari amalan yang dilakukan.

    Rumusan saya ialah artikel yang betul seperti ini belum tentu mengundang rahmat dari Allah apabila ditafsirkan oleh pembaca yang berlatarbelakangkan ilmu agama yang berbeza.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  37. Terima kasih di atas segala penjelasan...

    ReplyDelete
  38. Ada sesiapa yang ingin memberi komen tentang artikel ini???? Silakan...

    KESESATAN REIKI


    Ada pembahasan yang cukup menarik mengenai adanya pemanggilan dan bantuan malaikat yang memberikan energinya dalam attunement Reiki.Pertanyaannya bisakah malaikat dipanggil manusia untuk membantu dalam attunement Reiki?Pembahasan ini cukup menarik karena jika setan atau jin memang bisa dipanggil manusia untuk berbagai keperluan sedangkan malaikat yang hanya tunduk pada perintah Allah bisa diperintah oleh manusia.

    Dalam masalah pemanggilan malaikat ada yang janggal. Intinya, bagaimana duduk persoalannya sehingga malaikat itu bisa dipanggil oleh seorang manusia untuk sebuah urusan yang bersifat pribadi. Padahal malaikat itu adalah hamba-hamba Allah yang mulia dan teramat tinggi derajatnya. Tidak pada tempatnya untuk disuruh-suruh oleh manusia, apalagi untuk sekedar urusan yang tidak jelas.

    Allah SWT telah menjelaskan siapakah sosok malaikat itu di dalam Al-Qur’an Al-Kariem. Malaikat adalah makhluk-Nya yang mulia sehingga tidak pada tempatnya bila bekerja untuk menjadi “pelayan” kemauan segelintir orang.
    Allah Ta’ala berfirman :
    Dan mereka berkata, "Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil anak", Maha Suci Allah. Sebenarnya, (para malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan.” (QS Al-Anbiya': 26).

    Dalam ayat lain Allah Ta’ala berfirman :
    "Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat) yang mengawasi, yang mulia dan mencatat, mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(QS Al-Infithar: 10-12).

    Bahkan Rasulullah pun tidak punya kekuasaan untuk begitu saja memerintahkan malaikat mengerjakan sesuatu demi kepentingan dakwah, apalagi kepentingan yang bersifat bathil dan penuh kesyirikan. Malah beliau pernah menunggu-nunggu kedatangan Jibril selama beberapa waktu namun Jibril tidak datang-datang.Ini menunjukkan bahwa bila bukan atas perintah Allah SWT, Jibril tidak datang begitu saja kepada Rasulullah.Apalagi bila hanya manusia biasa yang tidak jelas nilai taqwanya. Bahkan seorang Nabi pun tidak sepenuhnya punya wewenang untuk menghadirkan malaikat.

    Maka yang menjadi pertanyaan di sini, siapakah sebenarnya yang dipanggil kalau bukan malaikat? Maka satu-satunya jawaban tidak lain adalah makhluk ghaib juga namun bukan malaikat tetapi bangsa jin. Mereka ini memang punya segudang pengalaman dalam urusan tipu menipu semacam ini. Antara lain menyamar menjadi arwah orang yang sudah wafat,makhluk-makhluk suci,dewa-dewi,termasuk pura-pura menjadi malaikat.










    Buat kita yang tidak punya latar belakang ilmu pengetahuan tentang sosok malaikat berdasarkan petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah Nabawiyah yang shahih, apapun yang dirasa berbau ghaib sedikit bisa saja langsung percaya sebagai malaikat.Para Jin ini pun pandai sekali membuat istilah-istilah yang terkesan baik, seperti istilah Energi Ilahi,ilmu putih, tenaga positif, energi ini dan energi itu. Semua terkesan tidak terkait dengan Jin, padahal para Jin adalah makhluk yang punya jam terbang sangat tinggi dalam seni semacam ini.

    Buat kita, cukuplah Rasulullah yang bisa dijadikan patokan dalam urusan ilmu-ilmu yang tidak bisa dijelaskan secara ilmiah ini. Bahwa beliau sebagai makhluk Allah SWT yang paling mulia tidak pernah menggunakan segala macam jenis kekuatan demikian, kecuali atas izin Allah SWT diberikan kepadanya mu'jizat Ilahiyah. Demikian juga para shahabat sebagai generasi manusia yang terbaik di alam semesta. Tidak satu pun diantara mereka yang bisa melakukan atraksi aneh-aneh termasuk memanggil malaikat.

    Selain itu jika para praktisi Reiki muslim yang mempercayai bahwa di Dunia ini ada manusia yang telah mencapai tingkat keabadian seperti para Ascended master yang setelah matinya dapat pergi sesuka hatinya dilangit dan bumi yang terlepas dari alam kubur,hari kebangkitan pada hari kiamat maka ia telah berbuat kebodohan dan telah menyimpang dari ajaran Islam.Sebab Allah telah menjelaskan fase-fase kehid

    ReplyDelete
  39. Assalamalaikum wbh

    Terima kasih banyak-banyak kepada antijumudpencen kerana memanjangkan artikel ini.

    Bagi makluman sdr pembaca sekelian, ilmu reiki adalah suku sakat ilmu tenaga dalaman dan kuasa minda. Prof dr Ibrahim kini sudah mengembangkan kesesatannya dengan mengajarkan ilmu reiki pula sekarang. Lihatlah iklan beliau dalam majalah Mastika. Itulah sebabnya dari dahulu sampai sekarang saya menentang prof Dr Ibrahim ini serta suku sakatnya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  40. Saya berharap semua pelajar reiki, tenaga dalam, dan yang sewaktu dengannya dapat menilai dengan hati yang terbuka ilmu anda.... Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada anda ke jalan yang lurus dalam mencari ilmu yang diredhaiNya..

    ReplyDelete
  41. Apa komen ustaz emjay dengan artikel dan website ini... adakah ia sama denga tenaga dalam, reiki, aura atau sebaganya itu?


    Kata Pendahuluan Tentang Subud

    oleh Roseanna Sawrey-Cookson




    Meskipun Subud bersumber pada pengalaman-pengalaman dalam bidang keagamaan, Subud sendiri bukanlah agama atau ajaran. Subud merupakan pengakuan terhadap kekuasaan Tuhan, yang meliputi dan menguasai seluruh alam raya, baik yang kasatmata maupun yang gaib. Subud juga merupakan pengalaman tentang faal kekuasaan Tuhan di dalam kepribadian manusia. Di dalam Subud sama sekali tidak terdapat dogma atau pendeta. Tidak terdapat pula penguasa selain Tuhan Yang Maha Esa.

    Berpadanan dengan ajaran semua agama besar, maka para anggota Subud berkeyakinan bahwa Tuhan tidak dapat tercapai oleh akal-pikiran manusia. Untuk itu kita hanya perlu berserah diri kepada-Nya dengan sabar, tawakal, dan ikhlas sambil memasrahkan kehendak pribadi kita kepada kehendak Tuhan. Subud tidak bersifat ketimur-timuran ataupun kebarat-baratan. Subud adalah milik umat manusia yang esa dalam menghadap ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa. Subud juga bukan sesuatu yang baru, karena hal-hal yang dialami di dalam Subud, yaitu pencurahan kemurahan Tuhan kepada manusia sesuai dengan kehendak-Nya, sama umurnya dengan sejarah manusia. Namun demikian, ada satu segi Subud yang boleh dikatakan baru, yaitu kenyataan bahwa baru kali ini kiranya curahan kemurahan Tuhan dapat diterima dengan semudah seperti sekarang.




    Sejarah Subud mulai di sekitar tahun 1925, ketika almarhum R. M. Muhammad Subuh Sumohadiwijoyo secara tak terduga dijamah dengan hebat oleh kekuasaan Tuhan. Kontak dahsyat ini disusul dengan masa tiga tahun yang ditandai gejolak luar biasa di dalam jiwanya. Pada akhir masa itu, doanya terkabul dengan diperolehnya petunjuk bahwa karunia yang telah diterima beliau tidak hanya untuk dirinya sendiri dan dapat dibagi-bagikan kepada siapa saja yang berminat. Hanya disyaratkan bahwa anggota tidak boleh dicari-cari. Perlu menunggu kedatangan para peminat atas prakarsa mereka sendiri. Mula-mula kontak itu hanya disampaikan kepada anggota keluarga dan tetangga dekat, tetapi lama kelamaan ternyata ada peminat yang datang dari lain-lain tempat di Indonesia untuk menerima kontak, dan lambat laun anggota-anggota tertentu pada gilirannya juga diizinkan menyampaikan kontak kepada para peminat.

    Nama Subud mulai dipakai pada tahun 1947, dan sejak tahun 1956 latihan kejiwaan Subud mulai menyebar ke hampir seluruh dunia. Karena sama sekali tidak mencari publisitas, Subud semata-mata menjalar melalui pengenalan dan keteladanan pribadi. Hanya, setelah terbitnya beberapa buku tentang Subud, karangan perseorangan, cukup banyak pembaca menemui di dalamnya sesuatu yang sedang mereka dambakan, secara sadar atau di bawah sadar, sehingga terbangkitlah hasratnya untuk masuk Subud.

    Mulai dari tahun 1957 sampai dengan wafatnya pada tahun 1987, Pak Subuh (panggilan akrabnya) banyak bepergian ke luar negeri. Mula sekali--lawatan pertamanya ke luar Indonesia--atas undangan mereka beliau mengunjungi selama beberapa bulan sekelompok kecil anggota Inggris yang telah menerima kontak melalui seorang Eropa yang pernah beberapa lama tinggal di Indonesia. Selama paroan kedua tahun 1957, ratusan orang masuk Subud, banyak di antaranya warga Afrika, Australia, dan Amerika, serta negeri-negeri lain di Eropa, dan mereka pun mengundang Bapak Subuh untuk mengunjungi negerinya masing-masing.

    Di dalam Subud Bapak Subuh tidak berfungsi sebagai guru atau penguasa, melainkan sebagai pemimpin kejiwaan yang hanya membimbing para anggota dan memberi keterangan serta nasihat yang dimintanya. Seluruh ajaran yang dibutuhkan manusia telah tersedia, tuturnya, dalam agama-agama besar. Subud tidak bermaksud memisahkan manusia dari agamanya, malah kebalikannya. Subud, melalui proses pembersihan diri, memungkinkan para anggotanya mengamalkan ajaran agama masing-masing, karena lambat laun mereka dapat menjadi manusia s

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum wbh

    Terima kasih di atas soalan. Saya masih baru dengan subud.

    Namun berdasarkan 3 kenyataan berikut dari petikan di atas, saya tidak akan mempelajari ilmu subud ini.

    1. Berpadanan dengan ajaran semua agama besar, maka para anggota Subud berkeyakinan bahwa Tuhan tidak dapat tercapai oleh akal-pikiran manusia.

    2. Subud merupakan singkatan tiga kata Sanskerta, yaitu Susila, Budhi, dan Dharma. Di dalam Subud ketiga kata tersebut ditafsirkan sebagai berikut: Susila berarti budi pekerti manusia yang baik, sejalan dengan kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Budhi berarti daya kekuatan diri pribadi yang ada pada diri manusia. Dharma berarti penyerahan, ketawakalan, dan keikhlasan terhadap kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Setelah kontak dengan daya atau kekuatan Tuhan (Budhi) diterimanya, pelatih menyerah kepada bimbingan Tuhan (Dharma), dan, dengan demikian, dituntun kepada budi pekerti yang utama (Susila). Bimbingan Tuhan seperti itu dialami baik di dalam latihan kejiwaan maupun di dalam kehidupan sehari-hari.

    3. Subud terbuka lebar pada tiap calon serius yang sudah berumur 17 tahun ke atas, tak peduli apa bangsa, warna kulit, kepercayaan, atau agamanya.

    Saya akan mengkaji lagi subud ini dengan lebih mendalam sebelum saya membuat kenyataan konkrit berkenaannya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  43. Saya berharap sangat dengan kupasan ustaz emjay yang akan datang..kerana ilmu seumpama subud ini tetapi versi Islam sudah ada...

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum wbh

    Pandangan yang saya tulis berikut adalah berdasarkan tulisan tentang SUBUD di http://www.subud.org/bahasa/sesorah,indo.html

    Petikan:
    Saudara-Saudara pria dan wanita, Subud adalah singkatan kata Susila Budhi Dharma. Subud bukanlah agama baru, juga bukan sebagian agama yang sudah ada, apalagi suatu ilmu. Subud hanya merupakan lambang cara hidup manusia sempurna.

    Komen saya:
    Mengamalkan amalan / ajaran subud ini dengan iktikad bahawa inilah ajaran sempurna bagi manusia maka hukumnya telah kafir menurut pandangan Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :

    Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.

    Petikan:
    Itu amat cocok dengan sabda-sabda kitab suci Alquran, Injil, dan lain-lainya,

    Komen saya:
    Menyamakan Al Quran dengan Injil masa kini dan juga kitab-kitab lain seperti kitab Veda orang hindu sudah merosak akidah seolah-olah menerima kebenaran injil palsu dan kitab-kitab lain seperti Veda.

    Petikan:
    Kita hanya menyerah saja tanpa menggunakan akal-pikiran, hati, dan nafsu, karena tugas kita ialah hanya sekadar menerima jatah yang Tuhan catukan kepada kita.

    Komen saya:
    Ini bukan asas akidah ahlisunnah wal jamaah. Ia macam fahaman fatimiah dan qadiriah yang mana manusia tidak ada kuasa untuk memilih sekadar menerima sahaja ketentuan dari Allah. Mengikut fahaman sesat seperti ini, kalau dah miskin, tak payah berusaha sangat untuk kaya kerana Allah dah tentukan sebagai miskin

    Fahaman ahlisunnah wal jamaah menerima pakai bahawa manusia berhak dan disuruh untuk memilih haluan untuk dituju dan Allah lebih bertindak sebagai membalas, buat baik Allah balas baik dan kalau melakukan amalan buruk, Allah membalas dengan keburukan sesuai dengan maksud dari Al Quran “InnaLlaha laa yughayyiruu maa biqaumin hattaa yughayyiruu maa bianfusihim” ( Ar-Ra’d: 11) ditafsirkan: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

    Al-Anfaal: 53, setelah Allah mengkhabarkan penyiksaanNya terhadap kaum terdahulu karena perbuatan mereka, Allah berfirman: “Dzaalika biannaLlaha lam yaku mughayyiran ni’matan an’amahaa ‘alaa qaumin hattaa yughayyiruu maa bianfusihim” “Yang demikian itu (seksaan itu) kerana sesungguhnya Allah tidak akan pernah merobah nikmat yang Ia anugerahkan kepada sesuatu kaum sehingga kaum itu merobah apa yang ada pada diri mereka. Yakni Allah tidak pernah akan merobah nikmat yang dilimpahkan kepada suatu kaum menjadi laknat atau azab, selama kaum itu tetap bersikap taat dan bersyukur kepadaNya dan tidak merobahnya menjadi ingkar dan kufur (tidak bersyukur).
    Rumusannya, Allah melimpahkan nikmat kepada hambaNya. Kalau kemudian nikmat itu berubah menjadi laknat dan azab, hambaNya itu sendirilah yang menghendaki perubahan tersebut.

    Petikan:
    Siapa saja yang mengatakan bahwa ia tahu di mana jalan menuju ke Tuhan sebenarnya mendahului pemberian Tuhan sebelum ia dapat menerimanya. Tidak ada yang perlu kita lakukan kecuali menerima apa yang diberi-Nya, atau apa yang menjadi Kehendak Tuhan atas diri kita.

    Komen saya:
    Allah menurunkan Nabi Muhammad sebagai rahmat. Agama Islam telah sempurna 100% dan segalanya telah disampaikan kepada manusia. Ini telah dinyatakan dalam Al Quran. Hal ehwal agama Islam semuanya sudah lengkap, tidak ada lagi kekurangannya, kerana Allah telah mengakui pada ayat yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah al Maidah:3:
    “.......Pada hari ini telah Ku sempurnakan untukmu agama mu dan telah Aku cukupkan nikmat Ku untuk mu dan telah Aku redai Islam ini menjadi agama mu.........”

    Segala jalan menuju ke Tuhan t

    ReplyDelete
  45. mm.. mcm2 la skrg ni ... mcm makin mengarut pulak.. subud la reiki la..

    lani cikgu ppuan dh x blh pakai jubah rupanya.. maksudnya keje kerajaan le.. apa la puak2 tu.. takut sgt dgn org berjubah berserban.. bangang...

    sory la mj terkeluar topik pulak.. x de pape pn..cuma geram je aku dengor camtu...

    wassalam..

    ReplyDelete
  46. Assalamu'alaikum bapak sekelian.... Kalau menurut Ulama salaf sememangnya semua itu benar sesat... tetapi kalau menurut ulama Nahdatul Ulama..reiki, tenaga dalam, aura dan sebagainya nggak sesat... selagi ia gak berpegang pd falsafah agama yang sesat... apa salahnya pak kalau reiki itu diganti simbolnya sama simbol Islam... apa salahnya pak kalau tenaga dalam itu sekadar olah nafas... sedut dan buang nafas sambil doa minta dengan Allah....???? Pokoknya semua itu ilmu hikmah dari kepunyaan Islam..cuma umat Islam bukan perintisnya..kita bawain kembali ilmu itu kepada Islam pak... Nabi s.a.w bersabda: " Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina"...lalu apa itu pak??? apa salah ilmu senam pernafasan dari ilmu cina itu pak??? itu ternyata ilmu2 sebegini bukan aslinya dari umat Arab kerna umat Arab tiada ilmu ini pak... lalu apa sesat kalau kita tuntut ilmu ini lantaran ilmu ini tidak diamal oleh rasul??? ilmu ini asalnya dari cina pak.... lantaran itu kita perlu tuntut dari cina..... bukan sesat pak...asalkan kita nggak beramal agama buddha atau hindu...tidak sama sekali semua ilmu tenaga dalam dan reiki itu sesat pak... Kita mohon pada Allah...Yakin pada Allah..bukan yakin pada kita punya kuasa, Bagi saya terserah pada kita mau pilih yang mana..Jangan pantas berkata sesat apalagi syirik pak....mudahan Allah buka pintu hatinya bapak emjay ini agar lebih luas pandangannya. Emangnya kulit rusa itu membaluti daging babi ...maka hukumnya tetap haram.... tetapi pak... Mana bisa ilmu Allah yang murni ini disamakan dengan daging babi??? Ilmu itu suci..tetapi manusia berbuat sesat..memberi gambaran dan teori2 yang mengikut agama mereka tersendiri... tenaga dalam itu emangnya Allah jadikan untuk manusia, ia juga emangnya ada dalam diri manusia... itukan ilmunya Islam... tetapi orang buddha dan hindu tlah memberi pelbagai gambaran dan teori terhadapnya.... ilmu ini sekiranya dijadikan sandaran melebihi kekuasaan Allah..ia benar sesat...tetapi apa sesat kalau ia adalah ilmu yang diajari untuk olah nafas dan bathin yang juga tidak putus dengan mengingati Allah... Kalau aku bilang ia ada menyebut nama Allah sudah pasti pak emjay bilang ia bagaikan suatu amalan baru dalam Islam.... kalau aku bilang gak ada sebut nama tuhan juga gak sebut apa2 kaitan sama Islam sudah pastinya pak mj bilang ia putus rahmat dari Tuhan kerna tiada sebut akan kekuasaan Tuhan...lalu semuanya sesat pd pak mj..... lalu pak mj saja yg benar??

    ReplyDelete
  47. Sebelum saya kupas persoalan ini , mari lihat dahulu makna-maknanya

    1. Al-Qayyum = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Mandiri
    2. Al-Majid = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Mulia
    3. Al-Wajid, = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Penemu
    4. Al-Wahid = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Esa
    5. Al-Ahad = (Ini bukan nama Allah) Kalau Al Wahiid tu adalah الواحد
    6 As-Samad = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Diperlukan, Tempat Meminta
    7. Al-Qadir, = Yang Memiliki Mutlak sifat Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan


    Sebenarnya nama-nama Allah SWT atau Amaul Husna itu banyak sekali bukan sekadar 99 nama bahkan lebih daripada itu. Namun yang disebutkan dalam Al Quran sebanyak 99 nama.

    ReplyDelete
  48. ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar

    Apa yang dihebatkan dengan Nahdatul Ulama. Nama ulama itu sekadar untuk menyesatkan? Apa yang kumpulan ini buat untuk bekas presiden engkau yang buta dahulu (saya dah lupa namanya) kumpulan ini bersama mantan presiden engkau berbangga masuk suratkhabar mandi laut waktu malam (amalan perbomohan) untuk tujuan tertentu. Itulah sebabnya NU ini sepakat untuk mengajak orang awam agar sesat macam mereka.

    Dalam Islam bukan boleh kira macam demokrasi, bila ramai menyetujuinya maka ia halal.!!!!????

    Bukalah Al Quran Al Anám:116:
    "Apabila engkau mengikuti kebanyakan orang di bumi, nescaya disesatkannya engkau dari jalan Allah.".

    Pengikut NU memang ramai tetapi adakah semua pengikut ini di terima Allah??

    Saya ikut hadis ini dan tidak mengikut NU:
    "Apa yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul terimalah dan apa yang dilarang buat kamu tinggalkanlah"

    Engkau apabila tidak ada ilmu maka engkau berbuat fitnah atas nama Nabi saw. Zaman Nabi saw dahulu, sesiapa yang berani buat fitnah atas nama Nabi Muhamad saw, Nabi perintah untuk penggal lehernya. Apa yang engkau tulis ini bukan hadis dari Nabi?????
    ... Nabi s.a.w bersabda: " Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina" - ini hadis maudhu' !!!

    Ilmu yang tidak bertentangan dengan ajaran akidah islam serta syariaat Islam, lakukanlah tetapi yang engkau ajarkan dan amalkan adalah bertentangan dengan akidah Islam.

    Saya simpan tangkal (syirik) agar mendinding rumah tetapi selepas itu saya pun berdoa "dengan usaha aku in Ya Allah aku pohon perlindungan dari Enkau untuk melindungi rumah aku dari segala perbuatan jahat". Adakah ini dibenarkan dalam Islam??? Perbuatan ini namanya mempersekutukan Allah iaitu disamping memohon kepada Allah, orang ini juga memohon kepada sekutu Allah iaitu TANGKAL.

    Allah berfirman dalam An Naml:59 mafhumnya :
    Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?
    Al Qasas:64 : Panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)".

    Janganlah menjadikan TENAGA sebagaimana diajarkan di mahaspiritual sebagai sekutu Allah!!! Memang ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar percaya dengan Allah dan memohon kepadaNya tetapi ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar telah mewujudkan sekutu bagi Allah iaitu TENAGA. Itulah sebabnya ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar boleh melakukan pelbagai perkara pelik-pelik kerana bukan Allah yang memberikan rahmatNya tetapi pemberian dari SYAITAN kerana telah mempersekutukan Allah.

    Sebagai membantu kefahaman, saya ulang sekali lagi cerita kalau ingin mendapat bantuan syaitan, ambil Al Quran ikat bawah kaki kiri dan ambil satu lagi Al Quran ikat bawah kaki kanan dan berjalanlah masuk ke tandas (jangan lakukan perkara ini) dan selepas ini orang yang melakukan kerja sesat ini akan mendapat pelbagai bantuan istimewa dari Syaitan kerana perbuatan tersebut telah merosak akidah.

    Saya menyeru sekali lagi kepada ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar agar bertaubat dari mengamalkan dan mengajarkan ilmu berkaitan tenaga dalaman / kuasa minda di mahaspiritual kerana ingatlah bahawa sesungguhnya azab Allah itu amat perit!

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  49. Semua itu usaha pak.... Tenaga Dalam itu ilmu dan usaha... bukan untuk menyekutu Allah... Apa sesat pasang besi pagar rumah tinggi-tinggi dan besar-besar... kemudian berdoa sama Allah minta perlindungan???

    Kalau mohon sama syaitan, mohon pertolongan sama syaitan itu sah syirik pak.... tapi ini sendiri usaha untuk jadi positif.
    Ikat dulu tali kuda.... baru doa.... ngapa gak doa saja.... itu kan bagus lagi??

    Gak ada saya ajarin ilmu ikat quran di kaki pak... quran untuk dibaca dan diamal sebagai panduan hidup... di dalamnya terkandung pelbagai ilmu yang belum dirongkai.... Islam itu syumul bkn sempit.

    Janji memperduakan kuasa Allah...
    Rasulullah s.a.w ambil segenggam pasir..dibaca ayat al-quran lalu ditabur untuk mengaburi mata musuh..... apa itu sesat pak????

    Fikir2 pak.....

    ReplyDelete
  50. Lantas gimana demokrasi di malaysia pak??? apa benar ia ikut hukum Allah??? mengapa umat Islam di malaysia gak berbuat apa2 pak??? Apa demokrasi itu ikut sunnah pak??

    ReplyDelete
  51. Kepada kiyaihjmustar

    Nampaknya sdr belum faham membaca reply saya di atas. Bacalah berulang-ulang kali biar faham.

    Saya copy paste sebahagian jawapan saya di atas::

    Janganlah menjadikan TENAGA sebagaimana diajarkan di mahaspiritual sebagai sekutu Allah!!! Memang ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar percaya dengan Allah dan memohon kepadaNya tetapi ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar telah mewujudkan sekutu bagi Allah iaitu TENAGA. Itulah sebabnya ustadzfirmanlangit / kiyaihjmustar boleh melakukan pelbagai perkara pelik-pelik kerana bukan Allah yang memberikan rahmatNya tetapi pemberian dari SYAITAN kerana telah mempersekutukan Allah.

    Orang bertangkal, sekutu Allah ialah tangkal tersebut.

    Ajaran kuasa minda dan tenaga dalaman, sekutu Allah ialah kepercayaan kepada TENAGA tersebut.

    Demokrasi memang sah tidak mengikut hukum Allah.

    Ilmu yang diajarin oleh sdr menghasilkan kesan yang sama dengan perbuatan ikat Quran di kaki dan kesan tersebut adalah dari bantuan SYAITAN!

    Pasang pagar memanglah bukan mensekutukan Allah tetapi sekiranya semua jiran yang tidak pasang pagar dimasuki pencuri hanya rumah yang berpagar ini belum dimasuki pencuri lalu tuan rumah ini bercakap "kalau aku tidak pasang pagar ini tentunya rumah aku juga sudah dimasuki pencuri", maka ini sudah rosak akidahnya kerana menafikan kuasa Allah.

    Saya copy paste jawapan saya di thread lain ke sini:

    Nak syirik bukan susah, saya beritahu satu perkara tetapi minta semua pembaca jangan melakukannya kerana merosak akidah. Ilmu ini banyak diamalkan dalam ilmu karate. Apabila seorang pelatih karate ingin memecah batu bata, fokuskan minda sdr dan yakinilah bahawa anda boleh melakukannya. Fokuskan sungguh-sungguh minda. Setelah cukup fokus, lakukanlah karate untuk memecah batu bata tersebut. Nah kan sdr boleh memecahkan batu bata tersebut. ANDA MEMANG ADA KEKUATAN DAN TENAGA UNTUK MELAKUKANNYA!!!

    Apa yang telah saya beritahu diatas telah menafikan hak Allah dalam mentadbir dunia ini. Ilmu sesat di atas telah bertentangan dengan konsep yang diajarkan dalam Islam iaitu, berdoa, insya-Allah dan paling penting sekali berlawanan dengan konsep “La hawla wa laa quwwata illa billahil ... adziem” yang bermaksud tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja). Kalau kekuatan dari Allah kita katakan kekuatan kita, itu sudah menafikan hak Allah dan sudah rosak akidah.

    Nak syirik bukan semestinya pakai jampi mantera dan panggil hantu syaitan, hanya meyakini kita ada tenaga dan kekuatan sudah boleh merosak akidah. Seorang berkata “Saya yakin dengan LUX kerana ia menjadikan kulit saya gebu” tanpa mengaitkan langsung peranan Allah sudah merusak akidah.

    Ingatlah pesanan Ibnu Qayyim Al Jauziah Rahimahullahu ‘alaihim:

    "Letakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah. (Lahaulawala......)" bukan kepada keupayaan dan kekuatan diri sendiri atau tenaga dalaman dari diri sendiri.

    Wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum? agak lama saya memerhati laman ini malah saya sebenarnya tidak pernah menghantar email mahupun tulisan di laman ini. Cuma saya dapat merumuskan disini bahawa apa yang ustza Emjay lakukan adalah sangat-sangat (kalau boleh dikatakan sebagai selesa, atau sebagainya, (tetapi ini bukan pujian kerana puji-pujian itu hanya untuk Allah) malah kerana ilham serta kekuasaan Allah S.W.T juga ustza Emjay mampu mengupas setiap persoalan( semuanya kerana kekuasaan Allah, manusia seperti kita mahupun ustaz Emjay sendiri tidak berupaya melainkan dengan izinNYA juga). namun dari apa yang saya lihat, kebanyakkan yang bersoal jawab di sini masih kurang pemahaman, termasuk saya juga, kerana apa yang diketahui oleh ustaz Emjay adalah pengetahuan melebihi apa yang pernah kita belajar (jangan salah faham kerana saya tidak tahu bagaimana hendak mengambarkan perkara ini) cthnya seperti seseorang menaiki anak tangga selepas matanya celik dan terbuka. Jika dengan tiba-tiba dia berada di puncak, maka anak tangga yang dibawah, belum mampu dilihatnya. (maaf jika ada yang masih kurang faham) beginilah. Jika saya sendiri mengetahui tentang sesuatu dengan secara tiba-tiba tanpa mengetahui asasnya, dan berada dipuncak, maka apabila berlaku sesuatu di atas, saya gagal mencari anak tangga di bawah sehingga menyebabkan saya tergelincir tanpa dapat berpaut apa-apa. Pesan Nabi lebih kurang begini bunyinya "ikutilah aku jika kamu tidak tahu" (harap ada yang membetulkan hadis ini). Lebih banyak yang kita tahu, sebenarnya lebih banyak yangkita tidak tahu. Wallahualam.

    ReplyDelete
  53. Asalamualaikum ustaz
    Apakomen ustaz terhadap laman ini http://bankwahabi.wordpress.com/

    ReplyDelete
  54. Waalaikumussalam wahai penatumpul.

    Segala puji hanya untuk Allah swt. Saya hanya seorang hamba Allah yang lemah. Tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, saya tidak akan mampu mewujudkan Lamn Emjay ini.

    Kalau boleh segala ilmu yang ada dalam dada ini ingin saya kongsikan kepada semua pembaca semoga semua pembaca emnjadi seperti saya atau lebih baik dari saya. Pembaca adalah aset saya. Lebih banyak pembaca mendapat rahmat dari laman emjay ini, mudah-mudahan lebih menguntungkan saya. Itulah motif saya.

    Mana-mana yang saya "overlook" atau terlepas pandang, mintalah saya menjelaskan, insyaAllah saya akan mengongsikannya.

    Memanglah sebagaimana kata-kata albangkawy, ilmu Allah tersangatlah luasnya. Lebih banyak saya tahu (alhamdulillah) lebih banyak saya tidak tahu. Namun saya mengucapkan syukur alhamdulillah diatas segala kemudahan dan rahmat yang Allah berikan dalam saya menangani laman emjay ini. Tanpa rahmatNya, siapalah saya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum khaizamas

    Didalam internet ini hampir semua benda ada. Nak bahan lucah, sedia terhidang. Nak menipu memang sehingga hari ini ramai penipu yang hanya mencari duit. Nak mendengar muzik sahaja, memang berlambak laman yang menyediakan muzik. Nak masuk tarekat, memang banyak situs yang mengajarkan tarekat (saya tidak menyokong tarekat). Nak belajar ilmu sesat memang banyak pun situs yang mengajarkan ilmu sesat.

    Bagi pandangan saya tentang laman bank wahabi tersebut, saya mengambil pendekatan biarkanlah golongan ini. Lebih banyak mereka memfitnah lebih menguntungkan orang yang difitnah. Bagi saya golongan seperti ini adalah aset bagi saya. Saya berlapang dada.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  56. salam...minta maaf menganggu, cuma x tahu kat mana nk selitkan pertanyaan nie....
    cuma ingin meminta pendapat mengenai penggunaan laman2 profile sprti fcebook, myspace, friendster & seumpamanya yg bertujuan untuk mncari knalan & pada masa yg sma menghubungkan silaturrahim antara kawan2 lama yg telah sekian lama terputus.....dan bagaimana pula dgn meletakkan gambar2 walaupun menutup aurat tetapi mnjadi tontonan & tatapan umum??

    ReplyDelete