Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 27 August 2007

Kisah terlebih makan ikan keli



Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan  oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada  24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang  tempuh menunggu  mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya  ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama  kira-kira  sebulan.  Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Kepada pembaca Laman Emjay, ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Kepada yang gemuk tu, elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahu'alam

Emjay

333 comments:

  1. Assalamu'alaikum pak ustaz... ini saya ambil dari situsnya pak ustadz firman langit..

    HUKUM MENGGUNAKAN BENDA BERTUAH

    Halaman ini wajib dibaca oleh Anda yang masih ragu-ragu, karena sebagian orang ada yang mengatakan bahwa Benda Bertuah itu haram, musyrik, mengandung jin kafir dan sebagainya. Jika kita paham hakekatnya, maka semua jadi biasa saja. Tidak ada yang istimewa apalagi sampai diharamkan, karena semua itu hanya sarana.

    Kontrovesti mengenai halal - haram menggunakan Benda Bertuah sudah menjadi suatu hal yang umum dalam agama, sudah terjadi sejak ratusan tahun lalu, dan sampai sekarang semua kelompok yang saling bertentangan tetap mempertahankan pendapatnya masing-masing.

    Ustadz Firman tidak memaksa Anda untuk mengikuti keyakinannya. Semua kembali kepada hati nurani Anda sendiri, terserah mana yang akan Anda ikuti. Di sini hanya akan dijelaskan keyakinan Ustadz Firman.

    Selama kita yakin bahwa Allah-lah satu-satunya penguasa, dan kita yakin segala peristiwa di dunia ini terjadi hanya karena kehendak Allah. Maka tidak perlu lagi penjelasan rumit panjang-lebar mengenai kemusyrikan. Karena inti dari aqidah tauhid hanyalah satu, yaitu meng-esa-kan Allah sebagai maha kuasa, sumber dari segala sesuatu, termasuk sumber dari kekuatan Benda Bertuah.

    Dalam Benda Bertuah terkandung khodam, yaitu mahluk gaib dari bangsa jin atau malaikat sebagai perantara adanya kekuatan gaib. Ada juga Benda Bertuah yang didalamnya hanya terkandung energi, tidak ada makhluk hidup didalamnya. Namun pada hakikatnya malaikat, jin maupun energi adalah ciptaan Allah, yang selalu terikat oleh hukum dan kehendak Allah. Bersemayamnya malaikat, jin atau energi pada suatu benda adalah kehendak Allah. Sedangkan manusia yang membuat Benda Bertuah itu hakekatnya hanyalah memohon kepada Tuhan dengan cara-cara khusus yang diyakini bisa mengisikan energi ke dalam suatu benda.

    Sebagai pelengkap, kami sertakan dalil-dalil yang mengatakan adanya kekuatan pada benda mati, yang tidak lain adalah kekuatan dari Allah. Pada hakikatnya Benda Bertuah hanyalah sarana, sedangkan yang menjadi segala sumber kekuatan hanyalah Allah.

    Yaitu berupa baju gamis milik Nabi Yusuf. ALLAH berfirman: "Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini lalu letakkanlah baju gamisku ke wajah ayahku (Yakub as) nanti ia akan melihat kembali dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku" (Surat Yusuf ayat 93)

    Baju gamis yang tak lain adalah benda mati, menjadi perantara akan kesembuhan Nabi Yakub, ayah dari Nabi Yusuf. Semua ini terjadi karena kehendak Tuhan, baju gamis milik Nabi Yusuf itu tidak memiliki kekuatan sendiri, melainkan semua kekuatan itu datang dari Allah.

    Dari 'Aisyah ra dia berkata: "Adalah Rasulullah SAW apabila seseorang mengadu sakit atau ada yang punya bisul/kudis atau luka, maka beliau berkata dengan jari-jarinya seperti ini (Dan Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya) dan beliau berkata, "Dengan Nama ALLAH, inilah debu tanah kami, dengan ludah sebagian kami, agar orang sakit kami disembuhkan, dengan izin Tuhan kami." (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad).

    Dengan memahami artikel ini, jelas bahwa kekuatan gaib yang ada dalam suatu benda adalah kehendak Allah. Tergantung bagaimana kita menyikapinya, jika kita meyakini bahwa benda itu memiliki kekuatan sendiri yang bisa bertindak diluar kuasa Allah, inilah yang syirik. Namun jika kita memandang adanya energi gaib pada suatu benda sebagai wujud dari kekuasaan Allah, maka ini bisa menjadi pemicu kuatnya iman kita.

    ReplyDelete
  2. aduhh uncle panjangnya explain :) some of good point

    ReplyDelete
  3. Semua ilmu kesaktian yang ada dalam tenaga dalam itu tipu aja... Itu semua bukan mistik atau apa2 ia hanya sulap. Pedalami ilmu sulap nanti tahu akan kebenarannya. Nggak salah semuanya ilmu di atas itu kerna itu semuanya Ilmu Hikmah dari Islam..cumanya ia diajari dari mereka yang bukan Islam kerna ia juga dari Cina dan India. Lalu terserah kita untuk pakai dengan jalan yang benar mengikut syariat. Yang pentingnya bukan ikut pengertian serta teori mereka. Saya amat setuju juga sama situs ini yang ustadz firman langit tunjukin... Jelas ada juga tenaga dalam yang gak syirik...

    http://www.hikmatul-iman.com/lsbd/lsbd.php?lang=ina&HISession=58db53d23fedaf4c3084135a159fbf91&menu_id=2&HISession=58db53d23fedaf4c3084135a159fbf91

    ReplyDelete
  4. Artikel ini saya temui di situs malaysia..:

    Manusia dan seluruh makhluk di alam ini dianggap sebagai muslim disudut fizikalnya kerana mereka dituntut supaya tunduk kepada segala perintah Allah. Allah SWT telah menurunkan syariatNya kepada manusia, dan manusia dikehendaki mematuhi syariat (tatacara kehidupan) ini, kerana ia bertindak sebagai undang-undang terbaik bagi mengawal tingkah-laku manusia itu sendiri.
    Binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain juga adalah Islam berdasarkan ketaatan mereka kepada undang-undang yang Allah tetapkan kepada mereka dan sesuai dengan alam mereka. Ikan contohnya telah ditetapkan oleh Allah SWT hidup di dalam air, kerana itu tidak pernah kita dengar adanya ikan yang berusaha hidup di atas daratan sebagaimana manusia dan haiwan lain yang hidup di daratan.

    Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau munafiq, berusahalah untuk berdakwah kepadanya menurut kemampuan masing-masing. Tanda-tanda orang kafir iaitu, suka memecah belah antara Allah dan Rasul-Nya, kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, iman kepada sebahagian perintah Allah tetapi juga menolak sebahagian perintah Allah, suka berperang di jalan syaitan (thaghut), mengatakan nabi Isa anak Tuhan, agama dibuat gurau senda atau permainan, lebih menyukai kehidupan duniawi, mengingkari adanya hari berbangkit, menghalang manusia ke jalan Allah SWT. (Rujuk Al-Quran surah Muhammad ayat 1 hingga 2)
    Kemudian tanda-tanda orang munafiq iaitu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu mengingkari, apabila ia diberi amanah ia khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Jika tanda-tanda ini terdapat pada seseorang maka mereka tergolong orang munafiq ataupun orang kafir, namun janganlah menuduh orang Islam sebagai kafir atau munafiq di hadapannya, kerana perkara ini dapat mengguris hati mereka. Namun ajaklah mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah. Rasulullah SAW tidak pernah menuduh seseorang itu munafiq dihadapnnya walaupun baginda sendiri mengetahui bahawa orang itu tergolong orang munafiq. (Sila rujuk kisah Abdullah Bin Ubay)

    Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta nikmat bahkan tidak dapat dihitung oleh manusia. Disamping itu al Quran juga sebagai ubat bagi jasmani dan rohani bagi insan yang mengerti dan mahu mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa yang menyembuhkan segala penyakit hati dan fizikal itu hanya Allah. Jadi ayat yang digunakan untuk penyembuhan penyakit atau sebagai pendinding dalam istilah masyarakat melayu hanya merupakan ikhtiar untuk penyembuhan itu, sedangkan yang menyembuhkannya hanya hak Allah semata.
    Bagi orang yang beriman dan yakin dengan Allah, maka bagi mereka dibolehkan untuk menggunakan ayat-ayat al Quran sebagai pendinding dan sebagainya demi untuk kebaikan. Namun bagi mereka yang fasiq dan ingkar tidak dibolehkan kerana akan menimbulkan fitnah, sebab mereka tidak menyandarkan sesuautu itu kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. ustadzfirmanlangit!, sejak bila engkau pakai dua nama? Mahu guna ustadzfirmanlangit atau kiyaihjmustar?

    Kalau kesaktian yang ada dalam tenaga dalaman itu tipu, jadi selama ini engkau menipulah semua anak murid engkau yang belajar ilmu tenaga dalam ini??

    Beritahu saya ilmu tenaga dalam yang gak syirik????

    Nak syirik bukan susah, saya beritahu satu perkara tetapi minta semua pembaca jangan melakukannya kerana merosak akidah. Ilmu ini banyak diamalkan dalam ilmu karate. Apabila seorang pelatih karate ingin memecah batu bata, fokuskan minda sdr dan yakinilah bahawa anda boleh melakukannya. Fokuskan sungguh-sungguh minda. Setelah cukup fokus, lakukanlah karate untuk memecah batu bata tersebut. Nah kan sdr boleh memecahkan batu bata tersebut. ANDA MEMANG ADA KEKUATAN DAN TENAGA UNTUK MELAKUKANNYA!!!

    Apa yang telah saya beritahu diatas telah menafikan hak Allah dalam mentadbir dunia ini. Ilmu sesat di atas telah bertentangan dengan konsep yang diajarkan dalam Islam iaitu, berdoa, insya-Allah dan paling penting sekali berlawanan dengan konsep “La hawla wa laa quwwata illa billahil ... adziem” yang bermaksud tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja). Kalau kekuatan dari Allah kita katakan kekuatan kita, itu sudah menafikan hak Allah dan sudah rosak akidah.

    Nak syirik bukan semestinya pakai jampi mantera dan panggil hantu syaitan, hanya meyakini kita ada tenaga dan kekuatan sudah boleh merosak akidah. Seorang berkata “Saya yakin dengan LUX kerana ia menjadikan kulit saya gebu” tanpa mengaitkan langsung peranan Allah sudah merusak akidah.

    Ingatlah pesanan Ibnu Qayyim Al Jauziah Rahimahullahu ‘alaihim:

    "Leletakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah. (Lahaulawala......)" bukan kepada keupayaan dan kekuatan diri sendiri atau tenaga dalaman dari diri sendiri.

    Nak beriman memang rumit tetapi nak syirik memangnya mudah!! Nak masuk neraka memang mudah tetapi nak masuk syurga kena berilmu yang Allah redha dan rumit.

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Saya tidak menuduh engkau kiyaihjmustar / ustadzfirmanlangit tanpa usul periksa.

    Sekiranya engkau dapat hidayah Allah melalui usaha engkau berkunjung ke Laman Emjay alhamdulillah. Apa yang lebih penting bagi diri saya ialah memberikan amaran kepada orang awam agar jangan beramal sebagaimana amalan sdr di situs anda tu!!!! -SYIRIKKKKKK

    Tanda orang kafir yang sesat lagi menyesatkan itu mudah, ia mengamalkan dan mengajarkan ilmu yang bertentangan dengan ilmu asas akidah Islam!!!!!

    Sukar untuk saya menilai sdr sekiranya sdr tidak menulis langsung di situs sdr tu. Namanya pun sudah menggerunkan saya kerana agung dan maha itu sesuai hanya yang satu Allah. Jelaslah sdr ini macam berkembar dengan Master Rizal anugerahagung. Adakah sdr turut berkempen agar orang ramai masuk belajar dan mengamalkan anugerahagung tu???

    Saya tetap sayang dan menyayangi kiyaihjmustar / ustadzfirmanlangit . Seandainya tidak, saya cukup dengan tidak usah melayan dan membuang masa saya melayani sdr, delete reply sdr dan block semua reply dari sdr.

    Saya ingin mengajar sesuatu yang amat perlu sdr lakukan dengan segera. Ambil wuduk dengan sempurna, solat sunat dua rakaat dan sesudahnya berdoalah:
    "Ya Allah sekiranya ilmu yang aku amalkan dan ajarkan sebagaimana di dalam situs mahaspiritual itu sesat dan menyesatkan, berikanlah aku petunjuk dengan segera Ya Allah semoga aku tidak terus sesat dan menyesatkan. Sekiranya Engkau Ya Allah redha dengan ilmu yang aku amalkan dan ajarkan sebagaimana di dalam situs mahaspiritual dan ilmu serta amalan tersebut tidak sesat dan menyesatkan, berilah aku petunjuk segera semoga aku bertambah yakin dan bersungguh-sungguh melakukannya"

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Pak emjay..kalau kita fokus..membuat minda agar lebih positif apa itu syirik??? emangnya dlm tenaga dalam itu fokus pada kekuatan diri... namun tidak sesekali membelakangi kekuasaan Allah.... malah itu lebih lagi memuji Kehebatan Allah memberi kurnia minda positif sebegitu kepada manusia. Allah akan memberi hasil positif kpd hambanya yg selalu positif... Kalau pak emjay selalu befikir rasional maka Allah berikan rasional dalam hidup... itukan usaha pak??? " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri"- Al-Quran..... Nah..itukan maksudnya Allah mahu manusia itu berusaha bersungguh atau berhabisan dalam hidup untuk menempah kejayaan??? emangnya kerana usaha kita semata-mata pak... tapi kita perlu usaha... tenaga dalam itu usaha.... berfikir positif agar lebih positif itu usaha.... sebagai seorang mukmin pasti sesekali membelakangi Kebesaran dan kehebatan Allah... Islam tidak sebegitu sempit dalam menilai sesuatu ilmu pak... semua ini ilmu Allah. Berbeda sekali dengan orang kafir atau musyrik..yang mana mereka hanya pelajari tenaga dalam sekedar bergantung kepada kekuasaan sendiri.... Namun orang mukmin tidak sesekali... sebagai contohnya... berbeda sekali kalau orang mukmin itu makan obat berbanding orang musyrik... orang mukmin bertawakkal kpd kekuasaan Allah tetapi orang kafir dan musyik berserah kepada obat semata-mata...

    Ilmu milik Allah dan Islam... semua dunia ini Islam... patut dan taat kepada Allah... Ilmu itu suci tetapi manusia yang menzalimi diri serta mencemari ilmu dengan berlaku syirik... Selagi berpegang teguh pada tali Allah maka pelajari ilmu apa pun sudah pasti kita tau batasnya.. Kita tau mana hak Allah.... Manusia punya asa Allah punya Kuasa...
    Dalam situs mahaspiritual... saya gak promote pak.... jangan diikut yang rasa gak betul... hakikatnya ilmu itu apa....???

    Bapak.... maksudnya ada tenaga itu adalah kita punya cas di dalam tubuh... itu kurnia Allah pada setiap manusia... apa bapak emjay gak ada tenaga??? Tenaga itu suatu fitrah..Allah kurniain untuk setiap makhluk bernyawa agar hidup... Itukan meyakini Kekuasaan Allah.... Kalau gak yakin manusia itu ada tenaga..itukan kufur nikmat Allah?? Tenaga itu nikmat dr Allah, fikiran itu nikmat dr Allah....

    Oleh itu Allah menjadikan manusia itu bisa berbuat pilihan... bukan sekedar berserah.... Dunia ini semuanya Islam.. samada secara karhan atau tauan... secara paksa atau secara memilih... segala atauran sistem alam adalah secara terpaksa maksudnya mau gak mau mesti ikut Allah... contohnya edaran bumi mengorbit matahari.... edaraan bulan mengorbit bumi... itu Allah punya ketentuan... namun manusia itu Allah kurniain tenaga, upaya, pikiran, nafsu.... agar dapat berbuat pilihan.... mau patuh atau gak....

    Apa syirik kalau kita bila manusia tenaga atau energi?? emang semua itu kuasa Allah.....
    Apa bapak ini menganut pahaman Jabariah?????

    Jangan pantas memblock atau mendelete koemntar dari saya pak.... situs inikan untuk berkongsi pandangan... apa kerna berbeda komentar lantas diblock atau didelete aja???? Pak emjay juga harus berwuduk ...solat sunat minta petunjuk sama Allah... minta dibukain lebih luas pandangan serta ilmunya dalam ilmu duniawi... para pengunjung laman ini coba nilai dan perhati sama komentar ini baik-baik.

    Bapak emjay marah sekali kalau bilang dia syirik atau sesat.... mau aja diblocknya terus sama saya.
    saya bilang gini pantas aja pak emjay marah:

    "Menuduh orang Islam kafir ataupun munafiq tanpa asas, maka berdosa. Namun jika orang tersebut jelas memiliki tanda-tanda kafir atau munafiq, berusahalah untuk berdakwah kepadanya menurut kemampuan masing-masing. Tanda-tanda orang kafir iaitu, suka memecah belah antara Allah dan Rasul-Nya, kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, iman kepada sebahagian perintah Allah tetapi juga menolak sebahagian perintah Allah, suka berperang di jalan syaitan (thaghut), mengatakan nabi Isa anak Tuhan, agama dibuat gurau senda atau permainan, lebih menyukai kehidupan duniawi, mengingkari adanya

    ReplyDelete
  8. Lalu ini gimana pak?


    AL-QURAN PENYEMBUH PENYAKIT
    "
    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.

    Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.

    Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.

    Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.

    Tazkirah kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.

    Kepentingan Al-Quran:

    "Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
    "Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith
    "Ahli Quran ialah Ahlullah"
    "Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud
    "Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As
    "Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah
    Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.
    Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran setiap h

    ReplyDelete
  9. Fatwa by Sheikh Ahmad Kutty

    Sunday Jan 12 2003 on Islam Online:
    http://www.islamonline.net/



    A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of
    Toronto, Ontario, Canada.


    Question by Shihab

    Salamu `Alaykum. Reiki is a Japanese art for healing which was
    re-discovered by Mikao Usui in early 1900. This is a way of treatment
    with the energy through the hands. While giving treatment, there is no
    such concept which is against our belief. However, the way of attunement
    and use of some signs before a treatment is disturbing me and it seems
    to be deriven from Budha's thoughts. I use Reiki with very firm belief
    in Allah, and there is no teaching of Budha's thoughts at all although I
    know that we should pray Allah before giving treatment to anybody. Could
    you please let me know if Reiki practice has any interaction with the
    teachings of Islam?





    Answer:
    Wa`alaykum As-Salaamu Warahmatullahi Wabarakatuh.

    In The Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

    All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon
    His Messenger.

    "If the kind of treatment you have indicated does not involve any
    procedures unacceptable in Islam, and there is no assuming of invoking
    anyone other than Allah for healing, then there is nothing in Islam
    objectionable to this practice.
    In fact, the Prophet (peace and blessings be upon him) taught us that if
    anyone can help his brother or sister in any way, let him do so without
    hesitation. Therefore, if Reiki has been found to be a beneficial method
    of treatment, a Muslim should never hesitate in making use of it."

    Allah Almighty knows best

    ReplyDelete
  10. Persoalannya bukan ilmu itu bagaimana...tetapi yang jelasnya dengan berpegang bahawa dengan memiliki tenaga dalam anda boleh berbuat macam-macam perkara..itu adalah sesat... manusia itu dijadikan dengan fitrahnya untuk berusaha... tetapi bukan ada kuasa untuk menjadikan sesuatu perkara berhasil... dalam tenaga dalam jelas menunjuk anda mensyirikkan kekuasaan Allah s.w.t.... sebelum ini saya pun kurang faham.. tetapi saya amat berterima kasih kepada ustaz emjay kerana mewujudkan laman ini... Syurkur kepada Allah.... dan saya mohon maaf banyak2 kepada ustaz emjay kerana berlaku kurang sopan dan mempertikaikan ilmunya.... Kepada pengamal ilmu tenaga dalam, reiki, yoga dan lain-lain harap meneliti balik konsep ilmu anda... tidak rugi kita meninggalkan suatu yang membawa kita jauh dari keredhaan Allah... Ustaz emjay... Apa harus saya lakukan??? sudah ramai yang mengikut fahaman saya sebelum ini.... kalau saya bgtau semua mereka sudah pastinya macam2 jadi...Bagaimana nak menebus kesilapan saya???

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh antijumudpencen

    Syukur alhamdulillah diatas segala rahmat yang diberikan Allah kepada sdr antijumudpencen. Mulakan keinsafan sdr dengan melakukan sujud syukur kepadaNya.

    Kemudian lakukanlah solat taubat dengan bersungguh-sungguh menyesali kesilapan sdr yang lalu. Saya pun bukan dilahirkan kedunia terus jadi orang sebagaimana saya hari ini. Semoga Allah menerima taubat saudara.

    Kepada orang-orang yang telah saudara ajarkan ilmu sesat ini, saya mencadangkan perkara ini:: saudara print mana-mana artikel sama ada dari Laman Emjay atau dari mana-mana yang menunjukkan dan menjelaskan bahawa ilmu kuasa minda / ilmu tenaga dalaman itu adalah sesat dan poskanlah kepada mereka yang telah mengamalkannya. Sememangnya sdr akan ditakutkan oleh syaitan dengan perasaan malu yang keterlaluan namun bukankah lebih baik anda malu di dunia berbanding menanggung dosa mereka-mereka yang terus mengamalkan amalan sesat ini. Saya juga dimalukan oleh sdr dahulu dengan pelbagai kata-kata kesat di Laman Emjay dahulu, namun malu hanya sekadar perasaan dan tidak lebih dari itu. Alhamdulillah dengan sabar menahan malu dimalukan di laman saya sendiri saya bersyukur alhamdulillah mendapat rahmat yang tidak terkira dengan kembalinya sdr antijumudpencen ke pangkal jalan.

    Saya berdoa semoga sdr tidak akan kembali semula ke jalan yang sesat ini. Saya merayu dan meminta tolong dari sdr antijumudpencen melakukan sesuatu perkara yang penting sebagai tanda kesyukuran diberikanNya hidayah ini iaitu tolonglah berhujah dengan ustadzfirmanlangit2 ini. Dia ni mengamalkan dan mengajarkan ilmu yang sama di semarang sebagaimana dapat diakses di http://www.mahaspiritual.com/index.htm . Saya sayang ustadzfirmanlangit ini sebagaimana dahulu dan sekarang saya terus menyayangi sdr antijumudpencen. Buatlah sesuatu untuk membantu ustadzfirmanlangit ini. Sdr antijumudpencen mempunyai kelebihan yang lebih berharga berbanding saya iaitu sdr mengetahui ilmu ini secara total. Saya hanya mengkaji ilmu ini. Seorang pencuri yang sudah bertaubat sekiranya menjadi seorang polis yang ikhlas, insyaAllah mudah baginya untuk menangkap pencuri berbanding seorang polis yang tidak pernah mencuri. Bantulah dengan ikhlas kerana Allah kepada ustadzfirmanlangit.

    Kepada sdr antijumudpencen, emaillah kepada saya. Dalam tempuh sdr baru bertaubat dari ajaran sesat ini, sdr perlu amat berwaspada kerana syaitan cukup marah kerana sdr telah kembali kepangkal jalan. Syaitan ini akan berusaha untuk menjerumuskan sdr sekali lagi. Mintalah pertolongan dari Allah SWT dan kuatkan diri sdr dengan mendakwah ustadzfirmanlangit.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Kepada pertanyaan oleh ustadzfirmanlangit/kiyaihjmustar, apa yang saya pelik dengan kenyataan Sheikh Ahmad Kutty tersebut. Di Malaysia pun ada babi cincang dalam tin yang bertanda halal. Kalau ustadzfirmanlangit/kiyaihjmustar teringin nak makan daging babi cincang ini, datanglah ke Malaysia. Di Malaysia pun ada seorang mufti yang menyatakan seorang bomoh kecil berusia 6 tahun yang mengamalkan ajaran sesat sebagai dibenarkan dalam ISLAM mengikut katanya. Sila rujuk artikel Memalukan atau memang tidak tahu malu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/151.

    Lagi pun Allah dah pesan "apabila engkau mengikuti kebanyakan orang di bumi, nescaya disesatkannya engkau dari jalan Allah"

    Sekali lagi saya menjemput sdr ustadzfirmanlangit/kiyaihjmustar kalau nak makan babi cincang dalam tin yang "halal" atau berurusan dengan bomoh kecil sesat yang di "halalkan", datanglah ke Malaysia.

    Sekian wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  13. mm.. nampaknya dua dua cuba utk menegakkan kebenaran masing2..

    tuan pernah dengar ttg CERAGEM? ni cara pengubatan guna katil utk urut tulang belakang. katil ini dicipta oleh pakar2 tulang belakang dan pakar2 yg lain. bkn pakar aura2 tu semua. dia guna kan batu kristal kerana mengikut kajian, kristal mengeluarkan sejenis gelombang (FIR) far infrared ray.. seperti yg terdapat pada pasir dan tanah.. dan FIR itu akan menembusi badan seterusnya membantu merawat penyakit. seperti mana ada yg mendengar cerita org lumpuh yg ditanam didlm pasir, beransur sembuh. ini adalah kerana pasir juga mngeluarkn FIR. ia membantu memulihkan sel badan.. pusat rawatan CERAGEM menawarkn rawatan percuma sambil menjual katilnya. dh byk cawangannya di lembah kelang.. mmg ramai org yg berpenyakit kronik sembuh dgn bantuan katil ni. yg paling penting ia direka utk merawat secara mengurut tulang belakang.. mmg terbukti setelah dikaji kristal mengeluarkn sejenis gelombang FIR tu..tp dlm rawatan tu x de pn dia ckp kene yakin pada diri sendiri ke, kene fikir positif ke, semua tu x de. pesakit hanya baring diatas katil tu, seterusnya batu kristal di atas katil tu akan bergerak.. alaa.. mccm kerusi urut tu la.. tp bezanya ni mmg byk menyembuhkan penyakit2 kronik kalau dtg hari2.. dan yg ni katil, yg tu kerusi, tu je bezanya..

    blh rujuk http://www.ceragem.com/ceragem.asp

    camne tu tuan emjay??

    wassalam..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh kisae82

    Majoriti sistem rawatan nampak OK kecuali satu iaitu penggunaan batu jade;

    Jade is a stone that transmits a level of Radiant Far Infrared Heat that is beneficial to the human body when heated. The Internal and External Projectors of Ceragem are comprised of jade to optimize the effectiveness of Radiant Far Infrared Heat.

    Orang Cina cukup percaya batu jade dan batu kristal. Macam-macam kepercayaan dan dikeluarkan fakta sains yang bukan-bukan dari kepercayaan mereka keatas batu jade dan kristal ini.

    Kambus dalam pasir pantai adalah bukan berdasarkan FIR tetapi sejenis urutan keseluruh tubuh disamping manfaat resapan dari mineral dari air laut macam mandi air panas semula jadi. Rawatan ini amat mujarab namun tekniknya kena betul. Nanti saya tulis artikel khas berkenaan rawatan ini.

    Tentang rawatan ceragem ini, saya menolaknya kerana penggunaan batu jade ini.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum? sudah lama saya ingin bertanya kepada ustaz Emjay tentang perkara ini namun kejahilan dan kebodohan saya mengunakan internet, selain keupayaan dan diri yang terbatas, melainkan dengan kekuasaan Allah jua saya mampu untuk mengerakkan jari jemari saya menekan punat-punat komputer ini. Saya masih dan kurang faham mengapa dalam artikel terdahulu, ustaz mengatakan pengunaan garam itu adalah haram (mungkin pemahaman saya masih cetek ataupun sememangnya saya ini dunggu, sukar untuk memahami) walaupun tanpa niat, tanpa serapah (seperti artikel 5 ogos lalu) dianggap haram? tolong saya untuk lebih jelas perkara ini. di sini juga saya ingin kongsikan sebuah kisah mengenai nabi Musa A.S yang ditimpa penyakit. Bani ISrael telah datang kepada Nabi Musa menawarkan ubat untuk penyakitnya namun Nabi MUsa menolak. "aku tidak akan berubat sehingga aku disembuhkan oleh Allah S.W.T tanpa mengunakan ubat." Lalu Bani Israel kembali dengan kecewwa bila Nabi MUsa enggan menerima pertolongan mereka. Kemudian, bila penyakit Nabi MUsa semakin teruk, Bani Israel kembali semula dan menawarkan ubat. Namun Nabi MUsa menolak. "Aku tetap tidak akan berubat sehingga Allah menyembuhkan aku tanpa mengunakan ubat." Seketika kemudian, Nabi MUsa mendiamkan diri, lalu Allah menurunkan wahyu yang bermaksud:"Wahai MUsa, demi kemuliaanKu dan keangunganKu, Aku tidak akan menyembuhkan kamu sebelum kamu berubat dengan apa yang mereka(kaum Bani Israel) sebutkan kepadamu." Lalu Nabi Musa berkata kepada kaum Bani Israel. "ubatilah aku dengan apa yang kamu katakan itu." Kaum Bani Israel segera mengubatkan Nabi MUsa dengan ubat dari tumbuhan, dengan izin Allah S.W.T makan sembuhlah penyakit Nabi MUsa. Hal ini menyebabkan Nabi Musa kurang senang. Lantas Alllah menurunkan wahyu yang bermaksud; "Wahai MUsa, apakah kamu menghendaki Aku membatalkan hikmahKU dengan tawakal engkau kepadaKU. Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah aku yang menjadikannya." kemudian, sedarlah Nabi Musa A.S daripada kebimbangan yang melandanya. Saya percaya dan amat yakin, setiap yang dijadikan Allah, tiada yang sia-sia. semuanya mempunyai fungsi dan halnya sendiri.Wallahhualam....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wrt. wbt.
    Menarik sekali perbingcangan tuan-tuan semua. Bila saya kumpulkan semua perdebatan ini, yang pro dan yang kontra, ianya seperti perdebatan dalam diri kita sendiri. Yang satu mahukan kebaikan dan dikeluarkan hujah untuk mempertahankannya. Maka yang satu lagi menolak kebaikan itu supaya kita mengikut jalan yang lain, dan hujah pun dikeluarkan untuk membenarkan jalan itu. Tidakkah ini selalu bermain dalam diri kita terutamanya muslimin/muslimat. Syaitan itu tidak lain hanyalah supaya kita mengikut jalan yang salah, dan dihiasi jalan itu sehingga ia kelihatan benar. atau sekurang-kurangnya menjadikan kita ragu-ragu pada kebenaran yang sedang kita pegang. Siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa orang lain yang menerima ilmu dari kita benar-benar memahami dengan yakin bahawa tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Allah, bahawa yang menyebabkan sesuatu terjadi seperti yang kita kehendaki hanyalah semata-mata atas kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T.

    Saya pernah belajar ilmu-ilmu aura, rawatan alternatif, reiki, gerak, rawatan kristal, terapi warna, mind travel. Alhamdulillah, dengan kehendak Allah S.W.T., hati saya tidak begitu senang dengan apa yang saya pelajari. Dalam kebanyakan praktikal yang kami lakukan, saya tidak dapat melakukan dengan fokus seperti rakan-rakan yang lain. Selalunya tidak menjadi. Walaupun sebenarnya saya sangat menginginkan untuk dapat melakukan seperti rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya tidak mengamalkan apa yang saya sudah pelajari setelah tamat diperingkat master. Nota-nota dan audio-visual berkaitan apa yang saya pelajari masih tersimpan dalam almari, tetapi saya tidak akan mengamalkannya lagi. Cukup sekadar untuk memahami ilmu-ilmu tersebut Tetapi dalam diri saya, masih terjadi perdebatan seperti yang berlaku dalam laman ini. Di satu bahagian kata ianya boleh diamalkan, kerana kita tetap yakin Allah S.W.T. lah yang menghendaki semuanya itu terjadi. Di satu pihak lagi mengatakan apa yang kita lakukan adalah syirik. Di satu bahagian mengatakan ilmu itu tidak salah, tapi yang salah ialah apabila yang belajar ilmu itu lemah asas akidahnya sehingga dia percaya yang dia mempunyai kelebihan atau kekuatan. Dan di satu bahagian lagi mengatakan yang ilmu itu sendiri tidak betul. Perkara seperti ini sudah menyebabkan kita jadi ragu-ragu. Inilah yang saya tanyakan diawal tadi, adakah tuan guru/perawat dapat memberi jaminan bahawa pelajar/pesakit tidak akan rosak akidahnya disebabkan ilmu/rawatan yang kita berikan? Saya rasa tidak. Adakah mereka yang mengajar ilmu-ilmu berkenaan menyelidiki latar belakang asas tauhid bakal pelajarnya? Mengikut pengalaman saya, mereka tidak akan ambil kisah.

    Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana menemukan saya dengan laman emjay, dan saya amat berterima kasih kepada En. Emjay kerana mewujudkan laman seperti ini. Alhamdulillah. Kadang-kadang, yang penting bukan benar atau salahnya sesuatu itu, tetapi adakah kita telah syirik kepada Allah atau tidak. Umpamanya kita yakin bahawa dengan kereta kita dapat bergerak menuju destinasi kita, padahal atas keizinan dan kekuasaan Allah S.W.T. lah maka semuanya boleh terjadi. Dalam hal ini kereta tidak salah, tetapi iktikad kita telah salah. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan kepada kefahaman dalam hal-hal agama kepada kita semua.

    Yang benar datangnya dari Allah S.W.T., yang salah dan silap adalah atas kelemahan saya sendiri. Mohon maaf jika ada yang terasa tersingung dengan tulisan saya. Mudah-mudah kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T. dari melakukan syirik kepada Nya. Amin.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum saudara opencv.....

    Alhamdulillah saudara pun sudah sedar akan perkara yang mana benar.... Sebelum ini saya amat tersinggung dengan pendapat dan komen ustaz emjay kerana ilmu yang saya kuasai dikata syirik dan sesat.... Apatah lagi saya sudah berada tahap yang tinggi di dalam ilmu metafizik ini.Sedangkan mereka-mereka yang terpapar di laman web di atas ada di antaranya junior-junior saya dalam meneroka ilmu sebegini... Ilmu seperti reiki, tenaga dalam , kuasa minda, yoga ini kononya adalah membangkitkan kemampuan diri.. padahal semua itu adalah dusta belaka.... Apa yang ditunjukkan di dalam demo semuanya teknik sahaja... ternyata dalam ilmu seperti ini tiada apa yang boleh dilakukan sebenarnya,,, dalam penyembuhan sebenarnya itu kuasa Allah... bukan kerna ilmu ini.... pendinding, perlaris, pengasihan, penyeri wajah, dll semua itu pembohongan belaka... Hanya Allah s.w.t yang berkuasa dan menentukan itu semua... Selama ini saya sendiripun layan sahaja kehendak pelanggan yang datang minta macam2 perkhidmatan yang pelik seperti merukunkan rumahtangga, pengasihan, perlarisan, pagar rumah, kerezekian...itu semua diterima lantaran bayaran yang begitu tinggi pelanggan sanggup bayar.... Padahal saya sendiripun tidak yakin dengan semua itu... Apabila ia berjaya..saya rasa itu kuasa Allah... ilmu2 yang saya pelajari itu hanya pembohongan belaka.

    Warna, getaran, gelombang.... itu hanya teori semata-mata berdasarkan fahaman hindu dan buddha... kesahihannya tiada.... kalau berhasilpun itu Allah punya kuasa.... Allah akan lebih sesatkan mereka2 yang mencari jalan yang sesat.... Kembalilah semua pengamal-pengamal ilmu ini semua ke jalan yang benar.. segala produk2 di pasaran tersebut hanyalah untuk mencari keuntungan dan kekayaan semata-mata lebih-lebih lagi permintaan semakin meningkat kerana ilmu seperti ini semakin diterima dengan adanya promosi2 di media2 utama.... tidak semestinya yang ada di media itu betul, tidak semestinya lesen dari pihak tertentu ini menghalalkan kesesatan..... Kepada pengamal ilmu2 ini..andai anda terasa.... dan tersinggung tidak mengapa..tetapi tanya diri sendiri... anda lebih tahu. Anda tidak boleh menipu suara hati anda...... Hujjah berkenaan ilmu ini kononnya sains dan boleh dibuktikan secara ilmiah..ia hanya rekaan semata-mata... Dalil2nya amat lemah.... Sebagai seorang Islam janganlah mencari benda lain untuk menjadi yang terbaik.... Islam itu lengkap.... dekatkan diri dengan Allah dengan solat, puasa, zikir dan sebagainya yang diajar oleh Islam... Tidak perlu reiki, yoga, tenaga dalam, aura, warna dan sebagainya.... InsyaAllah Allah memberi rahmat kepada anda dan keluarga anda di dunia dan akhirat..... Kalau sekadar bersenam itu tidak mengapa kalau untuk sihat tubuh badan, lancar sistem pernafasan.. tapi bukan untuk meraih kemampuan yang pelbagai kerana manusia itu tiada kemampuan apa2 melainkan Allah Yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Sememangnya benar mereka ini semua adalah bomoh moden... menggunakan tangkal moden... ada yang jual sticker kononya boleh tarik energi alam untuk bagi keselamatan, ada jual t-shirt untuk meraih kebaikan macam2 ..ini tidak lain adalah tangkal moden... Mereka2 yang mengajarkan ilmu ini sememangnya bukan alim ulama atau ustaz...hanya pada nama sahaja... asas tauhid dan aqidah mereka terlalu rapuh... Kalau anda ragu dengan semua ini... tanya pada guru2 ilmu anda... ajak mereka berdiskusi.... Jangan takut.

    ReplyDelete
  18. salam... tuan emjay boleh tak janagn di delete apa yg direply oleh pembaca laman ini.seperti yang kita tahu...laman tuan emjay ni elok lah dijadikan satu perbincangan majlis ilmu.kita boleh bertukar2 pendapat dalam hal ini dan mencari jalan tengah yang betul.kita berbincang secara damai.tuan emjay jangan terlalu emosional sangat, sebab syaitan lebih suka dengan org yang mudah emosional.sekiranya niat tuan emjay untuk meneguhkan akidah umat2 islam disini tuan kenalah berbuat secara diplomasi.itu yang terbaik dizaman 2 terakhir ini.

    ReplyDelete
  19. Assalamu'alaikum semua,

    Dah lama tak menulis di sini. Ustaz MJ mesti masih ingat saya, maklumlah org yg tidak sependapat dgn beliau dalam beberapa perkara.

    Alhamdulillah, saya tgk byk perdebatan ilmiah skrg kat sini, bagus... masing2 boleh ambil iktibar. Cuma jgn baca dan terus mengiyakan apa yg tertulis di sini. Seeloknya cari guru yg berkelayakan utk mendapat pandangan pihak ketiga. Dan jgn kita berbalah mengenai perkara2 cabang. Paling penting pastikan aqidah kita betul. Dan itu juga perlu kpd guru (direct), bukan guru2 di internet, yg kita tak tahu siapa mereka. Tah betul tah tidak.

    Ini berdasarkan pglmn saya yg telah dihukum SESAT & MENYESATKAN oleh MJ di sini. Pun begitu saya tidak berasa hati dgn MJ. Sb saya dah double check berkali2 dgn beberapa pakar rujuk. Ternyata aqidah saya tak terpesong, itu yg penting. Apa org lain nak tuduh itu diluar kuasa kita. Saya tidak suka berbalah...

    p/s:
    Teringat cerita org yg dipancung krn mengaku dia Allah, tapi darah yg mengalir berzikir nama Allah. Teringat kisah Nabi Hidir yg membunuh, termasuk kanak2. Agaknya sesat nabi ni. Tapi Allah lebih mengentahui ttg apa anugerah yg diberikan kpd hambanya... apa yg kita sangka tak semestinya betul. Dan kisah ini berterusan sehingga zaman ini.

    Marilah kita berlapang dada...dan jgn suka mengatakan org tu SESAT, org ni SESAT... ada hikmah yg kita belum tahu. Kpd MJ, teruskan usaha anda utk kebaikan bersama... Wassalam

    ReplyDelete
  20. Sedikit tambahan,

    Jika kita berguru dgn mana2 ilmu batin, pastikan guru itu mengikut syariat... kalau guru tu tak sembahyang toksah ikutlah walaupun kita kata ilmu tu bagus...
    (Syariat ni byk, bukan sembahyang ajer...)

    Tgk gak bini dia, tutup aurat atau tidak...kalau dedah aurat tak payah ikutlah..nak ngajar org konon, ngajar bini pun tak lepas...

    Selebihnya letakkan HATI & PENGHARAPAN kita 100% kpd Allah. Makhluk takde kuasa. Kalau perkara itu tak betul, kita minta Allah betulkan diri kita. Ye la, kdg2 ilmu kita membatasi keputusan kita, maka letakkan pengharapan kpd Allah semata2. Kalau jalan tu betul minta Allah tambahkan, kalau silap minta Allah ubah haluan kpd yg betul. Kalau kita pernah silap, anggaplah itu sebagai ujian, mohonlah keampunan agar mati kita dirahmati Allah krn selepas mati kita takde peluang lagi utk tobat...

    ReplyDelete
  21. Saya dah tgk laman web ustadzfirmanlangit,

    Saya setuju dgn MJ...elakkan bersahabat dgn jin krn ia boleh memesongkan pergantungan kita kpd Allah.
    Dan jin ini terkenal dgn sifat munafiq....

    ReplyDelete
  22. "Sekali lagi saya menjemput sdr ustadzfirmanlangit/kiyaihjmustar kalau nak makan babi cincang dalam tin yang "halal" atau berurusan dengan bomoh kecil sesat yang di "halalkan", datanglah ke Malaysia."-emjay

    MJ, kalau boleh jgn lah hina sedara kita mcm ni....tak elok. Masing2 dah tahu BABI tu HARAM.
    Apa kata kalau org lain ckp mcm tu kat u... respek la sikit

    Lagipun "statement" tu saya rasa tak perlu tulis... itu provokasi, tak elok utk kedua2 belah pihak.

    ReplyDelete
  23. Baik kita berpegang kepada jalan yang tiada keraguan.... Kalau kita bersandar terus kepada Allah itu ternyata tidak sesat.... kalau usaha dengan benda macam2 maka ia belum pasti... 50-50... Kalau kita berusaha dengan apa yang Allah jadikan dengan sifat dan fitrahnya itu tidak ada masalah... kalau berusaha dengan sesuatu yang bukan fitrahnya maka itu sudah banyak persoalannya.... Contohnya berusaha merawat penyakit dengan golek telur atas badan pesakit... kesahihannya belum pasti... hanya ada teori yang diada-adakan... Ilmu2 sebegini saya telah pelajari dari guru kepada kebanyakkan guru besar di Indonesia.. Kebanyakkan guru-guru di Malaysia ini adalah rakan2 baru kepada saya... seperti Dr.Norhisham dan Dr. Ibrahim adalah orang baru bagi saya...

    ReplyDelete
  24. Sebelum ini saya begitu marah juga dengan ustaz emjay kerana pada pandangan saya caranya tidak berhalus.... tetapi hati2 manusia yang berkarat ini perlu diketuk agar karatnya tanggal.

    ReplyDelete
  25. Ilmu dan rahmat Allah SWT laksana air samudera lautan lepas yang tiada berbatas, ilmu yang diberikan pada kita pula seperti setitik air yang melekat di hujung jari yang diangkat setelah ia dicelupkan ke dalam air samudera tersebut, apa lah ertinya air setitik bila dibandingkan dengan air samudera lautan lepas tersebut.
    Mana yang lebih terjamin, bergantung kepada air yang hanya setitik atau air samudera yang luasnya tidak terbatas.
    Semoga Allah SWT sentiasa menerangi jalan dan setiap langkah kita ke pangkal jalan yang lebih diridla-iNYA.

    ReplyDelete
  26. Waalaikumussalam wbh

    Beras dimasak dan dimakan, alhamdulillah
    Beras dijadikan beras kunyit dan dijampi, menjadikannya sebagai tangkal yang menyesatkan sebagaimana gambar di http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/27/1

    Garam dalam masakan adalah rahmat Allah
    Garam dalam ubat diarrea (ceret beret) adalah komponen ubat, alhamdulillah
    Garam di bubuh dipangkal pokok kelapa, jadi baja, alhamdulillah
    Garam untuk mengawet seperti awet ikan masin, alhamdulillah
    Garam untuk menghalau hantu syaitan sebagaimana digunakan oleh ramai bomoh Melayu dan bomoh Kristian sebagaimana artikel saya bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145 menjadikan garam ini sebagai tangkal dan menyesatkan penggunanya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Selamat datang penatumpul yang tinggi budi bahasanya ke laman emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah banyaknya reply untuk dijawab. Saya kesibukan semenjak malam tadi dan pagi sampai tengahari tadi. Kalau yang miss tak terjawab jangan marah. Saya hanya seorang insan kerdil. Kepada antijumudpencen, albangkawy, axstudio dan pembaca lainnya, silakanlah juga tolong menjawab reply yang banyak ini.

    Beras dimasak dan dimakan, alhamdulillah
    Beras dijadikan beras kunyit dan dijampi, menjadikannya sebagai tangkal yang menyesatkan sebagaimana gambar di http://emjayjb.multiply.com/photos/photo/27/1

    Garam dalam masakan adalah rahmat Allah
    Garam dalam ubat diarrea (ceret beret) adalah komponen ubat, alhamdulillah
    Garam di bubuh dipangkal pokok kelapa, jadi baja, alhamdulillah
    Garam untuk mengawet seperti awet ikan masin, alhamdulillah
    Garam untuk menghalau hantu syaitan sebagaimana digunakan oleh ramai bomoh Melayu dan bomoh Kristian sebagaimana artikel saya bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145 menjadikan garam ini sebagai tangkal dan menyesatkan penggunanya.

    Sekian wassalam wallahualam

    Selamat datang penatumpul yang tinggi budi bahasanya ke laman emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  28. waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah terus memberikan rahmatNya kepada sdr. Alhamdulillah syukur di atas rahmatNya ke atas sdr.

    Tetapi perlu di ingat, syaitan ini tidak mudah patah hati. Waspadalah mereka ini.

    Wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wbh

    Kepada antijumudpencen, teruskan jihadmu di Laman Emjay.

    Selamat menjadi hulubalang di Laman Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum wbh

    Kepada daniajohor, janganlah marah dengan reply yang telah di delete tu. Yang menulis reply tersebut bukan saya dan yang mendelete adalah penulis reply tersebut. Mungkin sdr penatumpul yang mendeletenya.

    Sila lihat, kalau keluar mesej:

    Reply deleted at the request of the author.
    Itu bermaksud reply tersebut telah didelete oleh penulis reply tersebut.

    Kalau keluar mesej ini:
    Reply deleted at the request of the thread owner
    Itu bermaksud reply tersebut telah didelete oleh saya sebagai thread owner.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum? Maaf andai ada yang menganggap Ustaz Emjay yang mengdeleted mesej daripada saya. sebenarnya saya tersilap kerana baru sahaja mempelajari untuk memasuki forum ini. malah kerana kesilapan yang dilakukan, menimbulkan rasa kurang senang kepada semua. Saya sendiri yang memadam mesej-mesej itu kerana tidak tahu mengunakan 'ruangan' tulisan di bawah dan asyik tertekan punat yang salah sahaja. Maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  32. mienyak telah menulis:
    Teringat cerita org yg dipancung krn mengaku dia Allah, tapi darah yg mengalir berzikir nama Allah. Teringat kisah Nabi Hidir yg membunuh, termasuk kanak2.

    komen sy:
    yg dipancung kerana mengaku Allah tu ialah Hussein Mansur Al-Hallaj, dia memang sufi SESAT!!! dia penganut fahaman wahdatul wujud yg dah DIFATWAKAN SESAT pun di malaysia ni. cerita darah dia mengalir berzikir nama Allah tu sahih ke? sanadnya sahih ke? mustahil!! takkanla awk nak mengaku Allah kot! na'udzubillah. sejak bila pula Islam membenarkan penganutnya mengaku Allah???!!!! tidak pernah sama sekali!!!! Berkenaan Nabi Khidir pula, baginda membunuh kanak2 tu dah tentula kerana baginda menerima wahyu, kita pula sepatutnya mengikut ajaran yg diwahyukan kpd Nabi Muhammad s.a.w, bukan Nabi Khidir a.s. So kita tak bolehla bunuh kanak2 ye. Syariat Nabi Khidir dan Nabi Muhammad lain, yg Nabi Khidir bunuh kanak2 tu itu adalah apa yg terkandung dlm syariat baginda, tapi tidak terkandung dlm syariat Nabi kita Muhammad s.a.w. So jgn pula melakukan perkara2 pelik dan menyimpang dgn menggunakan kisah Al-Hallaj dan Nabi Khidir a.s. sbg hujah.

    ReplyDelete
  33. Salam, saya setuju dgn komen ahlussunnah87.

    Juga setuju dgn komen albangkawy66
    "Ilmu dan rahmat Allah SWT laksana air samudera lautan lepas yang tiada berbatas, ilmu yang diberikan pada kita pula seperti setitik air yang melekat di hujung jari yang diangkat setelah ia dicelupkan ke dalam air samudera tersebut, apa lah ertinya air setitik bila dibandingkan dengan air samudera lautan lepas tersebut.
    Mana yang lebih terjamin, bergantung kepada air yang hanya setitik atau air samudera yang luasnya tidak terbatas.
    Semoga Allah SWT sentiasa menerangi jalan dan setiap langkah kita ke pangkal jalan yang lebih diridla-iNYA."

    Cuma bagi saya... anugerah Allah tidak sama di antara hamba-hambanya. Asalkan tidak ada nas yang jelas melarang, sebaiknya kita berlapang dada dan tidak mudah menghukum org lain SESAT. Kita simpan keputusan menghukum itu yang hanya layak bagi Allah... kita tahu setitis saja...byk lagi yg kita tak tahu.

    ReplyDelete
  34. Assalamu'alaikum semua,
    wah makin ramai yg datang ke laman ustaz emjay ni.
    ustaz relax aje melayan tetamu walaupun penat :)

    ReplyDelete
  35. Itulah kelebihan anugerah Allah kpd MJ... mari kita pakat2 syukur... dan sama2 berbincang dgn ikhlas

    ReplyDelete
  36. Salam, nak minta pandangan semua termasuk MJ... dgn merujuk kpd komen MJ

    "Beras dimasak dan dimakan, alhamdulillah
    Beras dijadikan beras kunyit dan dijampi, menjadikannya sebagai tangkal yang menyesatkan
    Garam dalam masakan adalah rahmat Allah
    Garam dalam ubat diarrea (ceret beret) adalah komponen ubat, alhamdulillah
    Garam di bubuh dipangkal pokok kelapa, jadi baja, alhamdulillah
    Garam untuk mengawet seperti awet ikan masin, alhamdulillah
    Garam untuk menghalau hantu syaitan sebagaimana digunakan oleh ramai bomoh Melayu dan bomoh Kristian menjadikan garam ini sebagai tangkal dan menyesatkan penggunanya."

    Soalan saya:
    Bagaimana pula kedudukan air??
    Air diminum & utk kegunaan seharian...alhamdulillah.
    Air yg dijampi dan diguna sebagai penawar penyakit, yg diguna utk merenjis kereta/rumah baru. Yg direnjis utk pagar rumah, yg direnjis utk meghalau hantu. Yg dibuat mandi utk perubatan alternatif, yg mandi bunga..
    Pendek kata mcm2 la yg kita dgr ttg penggunaan air ini, baik oleh dukun,pawang,bomoh atau ustaz/org alim.
    Siapa boleh komen? Musykil nih...

    ReplyDelete
  37. Cuba pegi kat sini http://kalampemintas.wordpress.com/2007/01/11/amalan-perbomohan-atau-jampi-dalam-masyarakat/

    Rasanya jampi kat air untuk bagi minum org terkena sihir (bagi menghalau jin/setan) di bolehkan.

    Syarat-syarat jampi

    pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh.

    Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu.

    Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam

    ReplyDelete
  38. tu la..korang x kenal lg dgn mj ni..

    dia ni adalah bapak kepada segala ulama dan ilmuan islam dunia di abad ini.. ckp je ilmu apa.. semua dia tau.. sedangkan tuan guru haron din&mufti perak pn dikatakn sesat, inikn pula setakat ustazfirmanlangit je.. aku rasa kalu majlis fatwa kebangsaan kata benda2 camni diharuskn syarak, mesti mj kata majlis fatwa sesat. hatta kalu majlis fiqh sedunia sekalipn (yg antara anggotanya sheikh ali jumuah, sheikh wahbah zuhaili, sheikh yusuf qordhowi) kata benda ni diharuskan, PASTI mj akan mengatakan majlis fiqh sedunia pula sesat..

    ReplyDelete
  39. kdg2 kalau dengar kata2 mj ni, org yg nk beramal, nk berzikir, nk amalkn ayat quran, nk baca quran, jd takut..

    bkn takut apa.. takut sesat..

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum? Ada sebuah kisah yang masih segar dalam ingatan saya. kisah benar yang berlaku dahulu. Seorang ahli ibadah terkenal berdiri ditengah khayalak ramai lalu mengakui bahawa dia sebenarnya lebih kaya daripada Allah S.W.T. Mendengar hal ini, para tentera khalifah segera menangkap ahli ibadah tersebut lalu dibawa ke hadapan khalifah. Kahlifah memang amat mengenali akan ahli ibadah ini lantas dia meminta agar ahli ibadah itu menarik semula kenyataannya. "Jika tidak, akan aku pancung kamu," kata Khalifah. Namun Si ahli Ibadah tetap mengatakan bahawa dia lebih kaya daripada Allah S.W.T sehingga menyebabkan khalifah mengambil keputusan mahu memancungnya. "Tidakkah terlalu terburu-buru menghukum aku sedangkan kebenarannya belum kamu ketahui lagi?" ujar Ahli ibadah tersebut memaksa khalifah menangguhkan hukumannya." Wahai**** aku mengenali kamu dan aku mengetahui akan siapa kamu. Tetapi mengapa kamu mengakui bahawa kamu lebih kaya daripada Allah S.W.T sedangkan engkau tahu bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Berkuasa?" soal Khalifah tadi. "Wahai Khalifah, aku tidak berolok-olok. Aku mengatakan hal yang benar. Sesungguhnya aku ini lebih kaya daripada Allah S.W.T." Mendengar jawapan itu, Khalifah mula berang. Diangkatnya pedang lalu bersedia untuk memancung ahli ibadah tadi. " Katakan alasanmu sebelum pedang ini mencantas lehermu. Jika engkau tidak dapat membuktikan dakwaanmu itu benar, nescaya hilanglah akan nyawa kamu dari badan," ujar Khalifah. "Wahai Khalifah, sesungguhnya aku mengetahui bahwa Allah S.W.T tiada tandingannya. Dia Maha Berkuasa, Maha Besar dan Maha Agung namun Allah S.W.T tidak dapat menandingi aku dalam hal ini. Aku kaya kerana aku mempunyai ibu dan bapa yang melahirkan aku sedangkan Allah S.W.T tiada berbapa dan beribu. 'ALLAH S.W.T TIDAK BERANAK DAN TIDAK DI PERANAKKAN' tetapi aku memiliki sesuatu yang tidak ada pada Allah S.W.T iaitu anak-anak ku. Kerana itulah aku katakan aku lebih kaya daripada Allah S.W.T" jelas ahli ibadah tadi memaksa Khalifah mengakui akan kebenarannya. (Jika salah, mohon ampun dan maaf).Perbetulkan saya dan jangan biarkan saya terus tersilap. semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan keredahaannya. (sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. BIar sebesar gunung, biar sebesar bumi sekalipun dosa-dosa kita, Allah S.W.T sentiasa memaafkan kita) Bergurulah pada yang berilmu, memintalah pada yang ada, bertanyalah pada yang tahu. Jangan buat tafsiaran sendiri....seperti apa yang diperjelaskan di atas, ilmu yang ada cuma ibarat setitis air yang melekat dihujung jari selepas dicelup ke dalam lautan yang luas.....Wallahualam,

    ReplyDelete
  41. x tau la camne org dari jurusan biologi dan komputer blh keluarkn 'fatwa' ttg kesesatan itu dan ini dan mcm2 'fatwa' lg, mengalahkn mufti dan org yg ada phd dan kepakaran dalam bidang agama..

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum? Cerita yang saya kemukakan tadi hanya untuk pedoman dan renungan. saya tidak bermaksud apa-apa yang tidak elok atau sebagainya. sekadar berkongsi cerita....cuma pesan saya, jangan kita membuat tafsiaran sendiri tentang cerita di atas kerana kita bukan seperti ahli ibadah( yang diceritakan) dikurniakan tuhan dengan apa yang tiada pada kita. Masing-masing mempunyai kelebihan yang dikurniakan tuhan dan masing-masing juga punyai kelemahan. Jika kita semua sebagai umat Muhammad saling bergandingan dan membantu, yang kurang pada orang lain, kita penuhkan, begitu juga sebaliknya.....Hanya Allah Yang Berhak di atas sesuatu.

    ReplyDelete
  43. Ustza Emjay, serta rakan-rakan di sini. saya mempunyai persoalan berkaitan dengan nazar. Bolehkah kita sama-sama berbincang dan menghuraikan tajuk itu? Apa sebenarnya nazar serta hal-hal yang berkaitan dengannya? Maaf, saya kurang arif...

    ReplyDelete
  44. Adakah ustaz emjay outstation????

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum wbh antijumudpencen, penatumpul dan loyaldeed

    Saya hujung minggu ini dan juga minggu ini kepenatan, banyak sangat kerja siang sampai malam.

    Tentang nazar ni, konsepnya ialah bila Allah memberikan sesuatu barulah kita membalas pemberian Allah ini dengan sesuatu ibadah seperti memberi makan anak yatim, berpuasa dan bersedekah. Misalnya kalau bernazar naik pangkat, bila naik pangkat barulah membayar nazar tersebut.

    Bagi pandangan saya, ini adalah konsep yang kurang wajar. Mengapa perlu tunggu dapat rahmat baru nak membalasnya?

    Saya berikan contoh ini. Kalau saya dapat pangkat dato dari sultan barulah saya bersedekah RM10,000. Saya rasa kena tunggu-lah kucing bertanduk baru dapat pangkat dato' ini daripada Sultan. Sepatutnya saya kena banyak berbakti kepada rakyat negeri ini dengan ikhlas. Kalau dah banyak jasa kemudian membuat permohonan untuk dapat dato', insya Allah akan dapat pangkat dato tersebut.

    Inilah analogi daripada saya. Kalau kita berkehendakkkan sesuatu daripada Allah, mengapa tidak dimulakan proses ini daripada diri kita sendiri. Kalau nak naik pangkat, bekerja-lah bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Selain dari itu, lakukanlah apa yang disuruh Allah dan elakkan pula dari mengerjakan larangannya. Tambahkan ibadah dengan solat malam dan doa untuk naik pangkat. InsyaAllah dalam masa terdekat Allah akan berikan kenaikan pangkat. Model ini lebih saya gemari berbanding dengan tunggu pemberian dari Allah baru kita bayar nazar.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum wbh antijumudpencen, penatumpul dan loyaldeed

    Saya ingin bertanya kepada sdr bertiga. Semenjak si nurunnha menulis reply di Laman Emjay, rasanya saya belum komen balas setiap reply yang ditulis oleh si nurunnha kerana saya tidak berkenan dengan gaya penulisannya. Saya nak minta pandangan dari sdr bertiga, perlukah saya block si nurunnha ini.

    Minta pandangan juga dari pembaca lain

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  47. sikit2 nk block..kalau btol2 berilmu sgt jwb la.. jgn nk block aje.. baik sume jd pak angguk je dlm laman ni..

    ReplyDelete
  48. ada jg hal yg saya setuju saya sokong.. ada yg saya bangkang.. bkn semua saya main pukul rata bangkang semata.. cuba la bincang dan pertahankan kalu btol2 benar.. jgn asik nk block je.. kata nk berbincang.. biasa la manusia ni mcm2 jenis..ada yg lembut yg keras yg sederhana..x kn semua nk sama.. x kn semua nk setuju je semua nk sokong je.. x berkembang la ilmu camtu..

    ReplyDelete
  49. Elok kita berdiskusi secara ilmiah kalau ada yang tidak sependapat.... barulah ia membuka minda dan membuktikan sesuatu kebenaran.... Allah lebih memberkati cara sebegitu.... Menggunakan bahasa yang tidak ilmiah sebaiknya dijauhkan.... Kalau tgk penulisan saya dulu... tentu anda semua tak suka..... saya sedar dengan kesilapan saya.... kita perlu berbincang dengan berlapang dada. Sebab itu saya minta maaf dengan ustaz emjay.... Ilmu agamanya lebih tinggi dari saya.... Ilmu mistik saya tak akan bawa ke mana melainkan lebih jauh dari keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  50. antijumudpencen, masalahnya dalam blog ni TAK BOLEH ada percanggahan pendapat, nanti dihukum sesat.
    Kalau tak kena block, kena delete....

    Saya masih menunggu komen tuan guru emjay, nak dengar hujjah beliau ttg air yg saya tulis di atas. Ni saya copy & paste...

    "Salam, nak minta pandangan semua termasuk MJ... dgn merujuk kpd komen MJ

    "Beras dimasak dan dimakan, alhamdulillah
    Beras dijadikan beras kunyit dan dijampi, menjadikannya sebagai tangkal yang menyesatkan
    Garam dalam masakan adalah rahmat Allah
    Garam dalam ubat diarrea (ceret beret) adalah komponen ubat, alhamdulillah
    Garam di bubuh dipangkal pokok kelapa, jadi baja, alhamdulillah
    Garam untuk mengawet seperti awet ikan masin, alhamdulillah
    Garam untuk menghalau hantu syaitan sebagaimana digunakan oleh ramai bomoh Melayu dan bomoh Kristian menjadikan garam ini sebagai tangkal dan menyesatkan penggunanya."

    Soalan saya:
    Bagaimana pula kedudukan air??
    Air diminum & utk kegunaan seharian...alhamdulillah.
    Air yg dijampi dan diguna sebagai penawar penyakit, yg diguna utk merenjis kereta/rumah baru. Yg direnjis utk pagar rumah, yg direnjis utk meghalau hantu. Yg dibuat mandi utk perubatan alternatif, yg mandi bunga..
    Pendek kata mcm2 la yg kita dgr ttg penggunaan air ini, baik oleh dukun,pawang,bomoh atau ustaz/org alim.
    Siapa boleh komen? Musykil nih..."

    Saya tak nak refer pendapat org lain.....takut sesat

    ReplyDelete
  51. mienyak..

    nape ko x nk refer org lain?? apa guna mufti Qodhi tu sume? sbb ko rasa kalu dia org kata diharuskn, mesti mj kata sesat jg kn??mcm yg aku ckp ttg majlis fatwa kat atas tu.. camtu ke?? sekadar bertanya kpd mienyak...maaf la kalau silap..

    ReplyDelete
  52. Air sebenarnya tidak digunakan dalam ruqyah Nabi SAW. Nabi saw mengunakan gosokan disamping bacaan ayat tertentu dari Al Quran atau menggunakan air ludah di samping bacaan ayat Al Quran.

    Dalam perbahasan ulamak-ulamak yang terkemudian, mereka membenarkan penggunaan air yang dijampi dengan bacaan ayat Al Quran.

    Apa yang perlu sekali ditimbangkan dalam penggunaan air jampi ini ialah holy water juga air jampi. Holy water adalah air jampi yang mengandungi hantu syaitan.
    Air jampi lain yang disediakan oleh orang yang tidak betul akidahnya ditakuti juga merusak kerana mengandungi hantu syaitan dan penyedian oleh orang seperti ini adalah mirip air jampi yang disediakan oleh orang kafir Cina atau hindu atau yahudi dengan membacakan Al Quran.

    Itulah sebabnya dalam melaksanakan ruqyah (merawat secara agama atau menjampi) akidah perawat ini adalah amat penting sekali.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  53. Sekali lagi WARNING UNTUK MIENYAK. Jangan buat fitnah lagi seperti ini yang saya copy paste dari tulisan sdr: "masalahnya dalam blog ni TAK BOLEH ada percanggahan pendapat, nanti dihukum sesat.
    Kalau tak kena block, kena delete...."

    Fitnah seperti ini hanya merugikan sdr dan ia tidak sepatutnya keluar dari seorang yang kononnya mengamalkan rawatan secara Islam!

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  54. nurunnha, saya tak nak jawab soalan tu boleh tak...sb takut menyinggung sesiapa.

    Bab air ni saya tak nampak pandangan peribadi tuan emjay... nak tahu juga pendirian tuan guru sendiri. Hurai lah bab ini sikit... termasuk mcm mana tuan guru merawat org... maklumlah cara org lain kebanyakan nya tak betul, sesat, syirik... cara tuan guna pula mcm mana? Rasanya dah byk kali tetamu2 di sini tanya tapi takde pula tajuk khusus penerangan oleh tuan guru. Kami yg jalil ini nak tahu juga, biar jelas agar dapat dibuat batasan.

    Dah diterangkan yg salah...mestilah diterangkan yg betul....baru adil dan komen tu dikira constructive (membina)

    Saya amat kuciwa krn selalu mendapat pandangan NEGATIF oleh tuan guru... sesat la, warning la, paksa mohon maaf la... semuanya tak kena. Teruk sangat ke saya ni sampai tuan guru berpandagan sebegini rupa.

    Tuan guru 100% betul ke dalam semua keadaan????

    FITNAH???? komen macam ni pun tuan guru kata fitnah??? Habis tu yg tuan guru duk fitnah kata saya sesat & menyesatkan tu bukan fitnah. SESAT tu maknanya saya ni bakal ahli nuraka tau....

    Saya bukan niat hendak mengungkit perkara lama, bukan hendak ungkit perkara yg tuan guru MARAH sangat. Tapi tuan guru takde pulak MINTA MAAF kerana menghukum saya sesat....pelik betul....

    Mcm ni ke contoh akhlak seorang tuan guru? Sikit2 marah, sikit2 melenting... kawal la sikit perasaan tu, mudah-mudahan agar diberi ganjaran pahala oleh Allah... Akhlak org lain yg bertentangan selalu dianggap buruk, akhlak sendiri cuba kaji tgk... nak komen lebih pun malas, takut tuan rumah marah...

    Tuan rumah, adat la dalam open forum mcm ni... ada yg pro ada yg contra, bersabar lah... kalau nak sangat org hormat dgn hanya menaip "saya setuju dgn tuan haji" baik tak pyh open forum. Buat "UNABLE REPLY" ajer..
    Kan senang...hati pun tak sakit...

    "Fitnah seperti ini hanya merugikan sdr dan ia tidak sepatutnya keluar dari seorang yang kononnya mengamalkan rawatan secara Islam!-emjay"

    Cuba lihat ayat di atas...akhlak tuan haji baik sangat ke? Berperasangka buruk dgn usaha saya...tak habis2 kondem cara rawatan saya, kata saya sesat. Ingat tuan guru....bukan tuan sorang jer yg alim... sehingga menidakkan ilmu org lain...

    ReplyDelete
  55. Saya sebenarnya dah malas nak memberi komen di sini... biarlah tuan guru emjay sorang jer yg membimbing kita jalan ke syurga... Kalau nak berhenti dengar kuliah lain2 tok guru pun mgkn dah boleh rasanya...sb pandangan tuan guru emjay seorang adalah betul & MUTLAK, tidak syak lagi

    ReplyDelete
  56. buat korang supaya berfikir..

    ada org tu kn.. ntah2 tau ke tidak berbahasa arab, tau ke tidak merujuk&membaca kitab2 fiqh dan tafsir muktabar, tau ke tidak ttg kaedah2 fiqh dan usul fiqh(utk membuat hukum), tau ke tidak ilmu2 tafsir alQuran, tau ke tidak ttg ilmu hadis (riwayah&dirayah dll), tau ke tidak ilmu nahu sorof, dh nk buat 'fatwa itu dan ini'...dan menyanggahi mufti dan org yg pakar dlm bidang agama..

    ni umum la.. bkn nk tuju kat sape2.. sape mkn garam dia terasa masin...

    ReplyDelete
  57. aku tau ada antara korang yg setuju dgn aku, mienyak.. tp takut.. takut kene block, takut kene delete, takut dikata sesat, x pn takut lain kali mj x layan dh korang yg sokong.. tu la dia perangai tuan guru emjay kita..

    lg 1 aku nk komen sikit ni.. kdg2 aku tengok mj ni hanya berdasarkn 1,2 kisah, terus dia nk buat 'hukum' dgn hanya berdalilkan kisah tersebut, kalu x pn, sebagai hujjah sokongan..

    umpamanya dlm kisah ingat ayat kursi bawa azab, ingat Allah bawa rahmat(lebih kurang tu la tajuk dia). kisah pelajar dia yg makin teruk kene hempap jin bila baca ayat Qursy, tp bila ingat Allah makin baik. (camtu la lebih kurang). saya nk bwk persoalan camne pulak kalu ada org yg menceritakan kisah yg sebaliknya?? adakah itu juga blh dijadikan hujjah?????

    lg 1 kisah mak janda yg dpt byk duit sbb buat kenduri nk pi haji..(dlm tajuk lg ttg emel berantai) setakat kisah ni je, dh kata x elok buat kenduri nk pi haji.. pastu siap suruh cari faqir miskin kalu btol nk sedekah jg.ko jgn nk sempit kn la dlm bab sedekah ni.. senyum zikir semua sedekah..kalu dh kawasan tu x de org miskin, nk bt mcmmana?? x kn bg makan kat sedara jiran x kira sedekah?? adakah mesti betulkn aqidah dulu kalau nk bersedekah?? mcm mana pulak dgn sedekah org fasiq yg mmg byk buat dosa? adakah betol aqidah mereka?? kalau x betol, maknanya x diterima la sedekah mereka mengikut tuan guru kita sorang ni?? dh mmg ada byk hadis ttg kelebihan sedekah. x kn semua org baik perasuah penzina org alim org fasiq payah nk btolkn aqidah baru nk diterima?? LAIN LA KALU DIA SEDEKAH KERANA BERHALA KE APA KE.. tu mmg sah la sesat.(sy ckp ni awal2 sbb mj ni selalu pusing camtu)

    tu je..wassalam..

    ReplyDelete
  58. Bab ilmu2 mistik saya boleh jawab.... tapi bab camni.. ustaz emjay sendiri yang layak.

    ReplyDelete
  59. lg 1 la yg aku tengok tuan guru emjay kita yg terhormat ni...kalau korang perasan la..tp aku rasa korang masti perasan punya..

    sepanjang yg aku tengok kat web dia ni..(yg aku dh baca la..kalau x perasan minta maaf) mj ni x pernah nk minta maaf ke atau mengaku silap ke atau terima kritikan org lain... yg ada, keje dia kalau org yg x sehaluan dgn dia, dia warning nk block, nk delete, suruh org tu minta maaf.. tu je la..

    tp kalau dia?? suci dpd melakukan dosa.. setakat bc reply org tu, dh kata org tu sesat mcm2... x de pulak minta maaf ke apa ke..

    mmg korang x kn jmp la mj ni minta maaf ke atau mengaku silap(kalau ada, maaf la..tu pn kalau ada)..kira dia je la yg betol...

    ReplyDelete
  60. Saudara nurunnha,

    Sekadar pendapat dan pengalaman peribadi, ada benarnya kata us.mj pasal buat kenduri sebelum umrah atau mengerjakan haji. Saya pada tahun 2005 berkesempatan dan diberikan rezeki untuk mengerjakan umrah, dan lazimnya kita akan membuat kenduri lalu mengajak sedara-mara dan jiran dtg kerumah. Terus terang saya katakan walaupun niat kami ikhlas dan mengharapkan doa sedara-mara dan sahabat handai, tetapi di dlm diri saya terdapat sedikit perasaan bangga, seronok bila ramai yang dtg dan mengucapkan tahniah, bahkan masa menjemput mereka pun sudah timbul perasaan tersebut. Saya rasa inilah yg ustaz mj suruh kita jauhkan. Bukan ke lebih afdal jika duit belanja untuk kenduri itu kita sedekahkan pada rumah anak2 yatim, tanpa sesiapa yang tahu melainkan allah. Sekadar pandangan, saya masih perlu banyak belajar kerana banyak kesilapan dan kesalahan yg saya lakukan pada masa dulu.

    ReplyDelete
  61. Juga pandangan saya, sekiranya kita mampu untuk tidak merasa bangga ataupun menunjuk2, dan kita benar2 ikhlas kerana Allah, maka tiada salahnya kita membuat kenduri sebelum mengerjakan haji/umrah. Tapi masalahnya adakah kita mampu.

    ReplyDelete
  62. seperti kata ustaz MJ.. "mana yg betul kita ikut... mana yg tak betul kita tegur secara baik ".... tak baiklah kalau kita tuduh menuduh Ustaz MJ tanpa usul periksa....( segala yg berlaku tu mesti ada sebabnya.. ) kalau boleh berbincanglah cara baik...

    ReplyDelete
  63. tp ko tengok la ayat dia akukesal..seolah2 mcm pukul rata.. semua org yg bt kenduri, sesatttt.. apa?? dia ingat semua org yg buat kenduri tu niat mcm mak janda dlm cite dia tu agaknya..nth dalil mana yg dia amik.. bt kenduri camtu pn blh sesat..tengok la niat org tu.. ni main pukul rata sesat je..apa la.. camni ke tuan guru.. ttg kenduri arwah pn ada khilaf& perbahasannya..

    tp x dinafikn la.. dia ckp sedekah kat anak yatim ke org miskin tu baik..tu aku setuju sgt la..tu pn blh jg.. tp jgn la nk menyesat kan org x tentu pasal..

    ReplyDelete
  64. ko bior betul nurunnha, bila masa u.mj kata buat kenduri pegi haji tu sesat. Saya yg tanya soalan tu dulu dengan u.mj, saya masih ingat jawapan yg diberikan, tak baik ko tabur fitnah kat sini..., sementara ada kesempatan baik ko mintak maaf..

    ReplyDelete
  65. kata2mj dlm artikel aqidah bah 3(ko dh baca??):
    (Tafa’ul (fa’lu) pula ialah harapan akan datang kebaikan (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh perkara tertentu. Contoh utama tafa’ul di Malaysia ialah pesta menuai yang dilakukan setiap tahun kerana mengharapkan rezeki dari tanaman tahun depan terus baik dan tidak mendapat kesusahan.
    Contoh lain pula ialah kalau naik haji tak buat majlis tahlil dan berzanji kelak mendatangkan kesusahan sewaktu perjalanan.)

    tu la kata2 dia dlm artikel tu..camne tu??maaf la tuan mj ckp camtu.. sy yg silap kot.. habis tu kalu mj kata org sesat?? blh pulak ek??x minta maaf pn..ko suruh la tuan guru kesayangan ko tu minta maaf pulak.. pelik sungguh..

    pada aku niat org buat kenduri tu nk sedekah, sbb dgn sedekah dpt tolak bala&.. simple!! dh mmg tu fadhilat sedekah.. x perlulah sesiapa pn baik org jahil org fasik org alim payah nk belajar bab aqidah la apa la semata2 nk bt kenduri.. dh mmg dia sedekah nk mengharapkn fadhilat tu.. bg la cth lain ke..pesta menuai tu ok la...

    tu la, kalu ikut mj ni, nk sedekah, nk bt kenduri pn susah, payah kene belajar tauhid aqidah sume pulak.. bt kenduri, sedekah je sudah la.. bkn sedekah utk berhala pn..kira amalan org dulu2 yg x tau apa2 tu main buat kenduri je tu salah la sbb org dulu2 mana faham sgt bab aqidah ni sume?? apa la payah sgt..

    wassalam..

    ReplyDelete
  66. aku dah baca, pasal tu aku pernah tanya mj psl kenduri dan gantung ayat quran, minta penjelasan, ko refer kat sini http://emjayjb.multiply.com/journal/item/150 ..

    ReplyDelete
  67. Ali r.a berkata bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda: Sabar itu ada tiga;


    1-Sabar terhadap musibah, yakni sabar dab tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu.Maka Allah S.W.T mencatatkn baginya yakni mentakdirkan atau menyuruh menulis Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara darjat itu seperti langit dan bumi.

    2-Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat dan darjat lain itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

    3- barang siapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy. Dan dia adalah mahluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi...

    ReplyDelete
  68. mienyak..mienyak..aku dh baca la pasal tu.. tu yg aku ckp mak janda kat atas tu..

    aku yg silap kot..sbb apa yg mj tulis kn suci dari kesilapan, kalau ada pn silap ejaan je....

    sama2 la kita ikuti nasihat 'tuan guru' mj kita yg tidak diketahui identitinya ini utk hidup bahgia dunia dan akhrat...

    wassalam..

    ReplyDelete
  69. salam perkenalan,sejahtera buat semua saudara seagama..
    bagus...semuanya bagus....semuanya ada pendapat masing-masing...tapi adakah pendapat itu lahir dari ilmu atau dari perasaan semata?tak perlu untuk kita mengatakan siapa yang sesat,yang pasti semuanya mencari jalan pulang.Marilah kita jadikan laman ini sebagai satu tempat untuk perpaduan umat islam.Kalau kita benar buktikan kebenarannya,dan kalau silap..akuilah kesilapan kita dan carilah jalan kebenaran.asalnya kita semua sesat sebab itulah kita mencari jalan pulang.tak guna untuk menegakkan benang basah,benang kering pun tak dapat kita tegakkan.

    ReplyDelete
  70. assalamualaikum sahabat semua....
    mengatakan saudara seislam sesat adalah satu perkara yang amat bahaya bagi pendapat saya yang tak arif ni....
    kecualilah kalau benar2 jelas kesesatannya....
    wallahualam

    ReplyDelete
  71. ko silap tu rendah kosong..

    ada bahaya pulak.. blh je ckp org tu sesat. tp kalau btol2 sesat la.. cth ny kalau dh org tu sembah busut, ckp hudud x sesuai, sesat la tu..blh hukumnya kalau ckp org camtu sesat.. malah kene cegah lg.. x kn kita nk ckp dia mukmin pulak..

    mmg blh ckp org sesat kalau dia btol2 sesat..mcm ckp org tu kafir kalau dia btol2 kafir..

    wassalam..

    ReplyDelete
  72. betul lah tu nurunnha.... bahaya la sebab kata orang sesat kan dosa.... kalau dia memang sesat boleh la cakap sesat, syirik ke, musyrik ke.... tapi kalau dah dia ngucap dua kalimah sahadah, solat, puasa, zakat, naik aji pulak tu tak kn nk kata sesat pulak....... kalau betul2 kita nampak dia memang menyesatkan lain la.... bahaya apa kata sedara sendiri sesat... kan boleh pecah belah masyarakat.....

    kalau tak betul tolong betulkan......
    salam

    ReplyDelete
  73. ustaz ni adik beradik ngan astora jabat ke ape? sebab semua ulama ustaz kutuk ! semua fatwa kata sesat, camne ni. ini bukan dakwah namanya tapi dakyah. Perkara ni akan menyebabkan orang yang cetek ilmunya lagi sesat bukan lagi lurus!!!!!!!!! lagi satu saya nak bagi tau, memang saya dan kebanyakan orang tau sangat yang yoga dan chakra tu asal dari ajaran india tak payah bagitau. cuma nak perjelaskan satu perkara saya ni ahli sejarah dan dah mengkaji banyak tentang agama2 yang ada di india termasuk hindu dan amalan yoga adalah satu cabang falsafah kehidupan dan bukan cabang agama hindu, SEKALI LAGI SAYA KATAKAN DISINI BAHAWA YOGA DAN CHAKRA ADALAH SATU CABANG FALSAFAH DAN ILMU PERUBATAN YANG TIADA KAITAN NGAN AGAMA HINDU. saya cadangka agar saudara kaji lagi tentang agama hindu dan ilmu-ilmu fayang ada di india supaya tak keliru. lagi satu, kalu unsur agama lain tu haram di guna oleh umat islam maknanya kebanyakan masjid di dunia dan negara kita ni tak boleh buat tempat sembahyanglah sebab ada kubah, kubah tu asalnya dicipta oleh orang ROM untuk binaan rumah ibadat tuhan berhala mereka sejak 3000 tahun dulu lagi.pada zaman byzantine gereja ayasofea di istanbul mempunyai kubah terbesar didunia dan bila kerajaan utmaniah tawan istanbul barulah kita guna kubah untuk buat masjid...camne tu saudara Mj SILA BUAT PENJELASAN SIKIT.

    ReplyDelete
  74. apakata saudara MJ ishtiharkan nama penuh,alamat penuh dan no telefon sebenar saudara kepada semua jika saudara berani. BERANI KERANA BENAR KAN!!!! HUH...MAIN SEDAP RASA JE KATA ORANG LAIN SESAT...mane anda tau sape masuk syurga dan sape masuk neraka sedangkan nabi muhammad saw pun taktau manne plak hang bleh tau. He..ulamak besar pun boleh terjelungkup keneraka tau contohnya barshisha tu. Tak payah nak sesatkan orang lain tu bukan keje kita.

    ReplyDelete
  75. Fakta dari JAKIM
    (http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html)

    6. AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

    1. Nasrul Haq
    2. Budi Suci
    3. Al-Watan
    4. Budi Suci Sejati
    5. Jawa Faradin
    6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
    7. Tusuk Hikmat
    8. Ilmu Kebatinan
    9. Potong Maya
    10. Naluri
    11. Kaula
    12. Haqqullah Syahadah
    13. Rampai
    14. Wali Suci
    15. Kalimat Sakti
    16. Silat Pukulan Jarak Jauh
    17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
    18. Zikir Sha`ban Islam Haq
    19. Asal Wujud Garis Laksmana
    20. Al-Ma`zat
    21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
    22. Ilmu Kebatinan
    23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
    24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
    25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
    26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
    27. Mohd Nordin Putih
    28. Nasrun S.T.Qahar
    29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
    30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
    31. Wali Sembilan
    32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
    33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
    34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
    35. Al-Arqam
    36. Golongan Anti Hadis
    37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
    sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
    38. Syiah
    39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
    40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
    41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
    42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
    43. Tarikat Mufaridiah
    44. Ajaran Hassan Anak Rimau
    45. Tarikat Aurad Ismailiah
    46. Ajaran Martabat Tujuh
    47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
    48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
    49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
    50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
    51. Ajaran Mohd Nor Seman
    52. Ajaran Ayah Pin
    53. Ajaran Bahai
    54. Al-Ma`unah
    55 Ajaran Azhar Wahab
    56. Ajaran Hj.Banuar

    ReplyDelete
  76. وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلاَّ الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلاَّ يَخْرُصُوْنَ

    "Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)".



    Al-An'am, 6:116.

    ReplyDelete
  77. Sabda Nabi Muhammad SAW:

    “……. Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”

    Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah puak itu wahai Rasulullah?”

    Jawab Baginda: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya”.
    (Diriwayatkan al-Tirmizi)

    ReplyDelete
  78. kesimpulan yang boleh saya buat mengenai semua kenyataan da reply yang saudra mj buat dalam blog ini ialah saudara seorang yg RIAK, TAKSUB DAN FANATIK DEGN FAHAMAN SAUDARA DAN TOK GURU SAUDARA SAHAJA. CARA SAUDARA MENULIS SAHAJA TELAH MENCERMINKN BAHAWA SAUDARA BUKAN ORG YG BETUL-BETUL ARIF TENTANG AGAMA DAN MEMPUNYAI AGENDA TERTENTU. SEORANG AHLI AGAMA TIDAK AKAN MENGELUATKAN KATA-KATA KASAR!!! DAN MENYINGGUNG PERASAAN ORANG LAIN,

    ReplyDelete
  79. Satu saya tak setuju dengan ilmu2 kebathinan dan bermacam-macam ini.... terlalu banyak pembohongan....

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum wbh sdr akukesal yang dihormati dan pembaca laman emjay sekelian

    Di dalam contoh yang saya gunakan untuk menjelaskan tafaul, mudahnya ialah seperti orang kafir bumiputera di Sarawak dan Sabah, selepas menuai, mereka buat majlis pesta menuai dengan beranggapan perbuatan mereka mengadakan majlis pesta menuai ini menyebabkan datangnya rahmat ketika mereka menanam padi pada musim akan datang.

    Orang Islam Terengganu satu ketika dahulu menghadiahkan seekor lembu hidup yang dibuang ditengah laut kerana meyakini perbuatan ini memberikan rahmat sewaktu mereka pergi menangkap ikan pada masa akan datang. Kesemua ini perbuatan syirik kerana dalam setiap kes ini peranan Allah dalam menyusun kejadian alam semesta telah digantikan oleh perbuatan-perbuatan syirik.

    Dalam kes membuat kenduri dan marhaban sebelum umrah dan haji ini, sekiranya mereka yang melakukannya beriktikad bahawa kalau tidak dilakukan kelak boleh mengundang musibah waktu umrah atau haji, maka keyakinan seperti ini sudah merusak akidah. Samalah kesnya seperti pesta menuai atau membuang lembu hidup ketengah laut.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  81. Nak tanya bokun, kenapa engkau marah sangat dengan usaha saya ini? Atau adakah anda sememangnya pengamal yoga chakra dan semua yang sewaktu dengannya?

    Saya nak tanya lagi, hebat betul sdr kaji sejarah agama-agama termasuk agama hindu ini, tetapi jikalau sdr mengkaji juga sejarah Islam dengan lebih halus, mungkin sdr tidak perlu menyoal seperti ini.

    Mengkaji pelbagai ilmu di dunia tanpa ilmu agama Islam yang mantap adalah umpama melepaskan anak bujang merantau keseluruh dunia tanpa pegangan agama Islam yang mantap. Bila jumpa agama hindu, belajar serba sedikit, berkatalah bahawa agama hindu ini bagus. Kemudian merantau lagi jumpa pula agama buddha, belajar serab sedikit, berkata pula bahawa agama buddha ini bagus. Perkara ini akan berterusan tanpa ada titik nokhtah.

    Semua agama selain ISLAM akan menarik penganutnya ke arah tuhan yang banyak, tuhan kurang berkuasa serta fahaman yang mengelakkan peranan tuhan dalam mengatur perjalanan alam semesta ini sesuai dengan surah Al An'am:59.

    Bagi sdr bokun yang mungkin terlepas pandang tulisan saya dalam artikel di atas, saya copy paste semula seperti berikut::

    ~~~~~~~~~~~~~~~~
    Ajaran agama selain Islam akan memutuskan hubungan makhluk dengan penciptanya Allah, Peranan Allah sebagai Tuhan yang mempunyai rububiahnya dihapuskan sama sekali. Lihat sajalah petikan ini “~ Kesan fizikalnya sekiranya tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit nyanyuk , histeria, down syndrom, epilepsi, sakit kepala, migrane, darah tinggi”. Ia berlawanan sekali yang diajarkan Islam bahawa segala musibah berlaku akibat dosa-dosa manusia Lihatlah Ass Syura:30.

    dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

    Banyak lagi ayat-ayat seperti ini di dalam Al Quran.

    Menurut ajaran sesat aura chakra kuasa minda ini, penyakit iaitu satu musibah dari Allah SWT bukan lagi kerana rububiah Allah (perancangan serta pentadbiran Allah) tetapi adalah kerana tenaga aura dan chakra. Pemulihan yang dicadangkan melalui ajaran sesat ini bukan lagi melalui muhasabah dan usaha yang dusunnahkan Nabi tetapi ialah melalui pengambilan tangkal alaf baru iaitu aura seri atau aura genius yang boleh menseimbangkan tenaga-tenaga ini. Kalau anda ingin membuat eksperimen tangkal aura seri ini, silakan dan harganya cuma RM68 tetapi tanggunglah azabnya serta dosanya.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Hanya dengan mempelajari dan mengamalkan ilmu berkaitan chakra ini sudah boleh merusak akidah umat Islam kerana konsep chakra dsbnya yang diketengahkan adalah bertentangan sama sekali dengan konsep ajaran Islam.

    KALAU TIDAK MEMPELAJARI DAN MENGAMALKAN CHAKRA DSBNYA INI, TAK BOLEH HIDUP KE??

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum wbh sdr ku rendahkosong

    Ungkapan "engkau jangan berbuat seperti ini dan itu kerana ini akan MEMECAH BELAH UMAT" amat kerap dilaungkan di Malaysia.

    Sekiranya kita semua menggunakan konsep yang sama, maka seorang hamba Allah yang telah melakukan pecah belah utama di zaman lampau di kalangan kaum Quraish ialah tidak lain dan tidak bukan seorang lelaki bernama Muhamad bin Abdullah!

    Sekarang ni pun dah banyak pecah belahnya sekiranya hanya merujuk kepada amalan masyarakat Islam di Malaysia dan antaranya:

    1. Disekolah pelajar wanita berbaju kurung bertudung kerana di suruh agama Islam tetapi apabila balik kerumah tengok TV, apa yang di ajarkan peperintah berlawanan kerana tidak menggalakkan baju kurung dan bertudung.
    2. Sembahyang di Perlis dan di negeri lain tidak sama, dah berpecah.
    3. Ada mufti yang membenarkan amalan tarekat sesat diamalkan dinegerinya sedangkan tarekat ini disesatkan dinegeri lain, dah berpecah lah tu
    4. Disekolah diajarkan pelajar lelaki jangan bersalaman dan bersentuhan dengan perempuan tetapi apa yang sisarankan pemimpin adalah bertentangan, dan berpecahlah tu
    5. Di setengah kawasan meraka tidak mengamalkan maulid Nabi tetapi di kawasan lain mereka mengamalkannya, dah berpecahlah tu.
    6. Setengah orang Islam menyokong parti keadilan, setengahnya pula menyokong PAS dan setengahnya pula menyokong BN, dah berpecahlah tu.

    Apa yang nak dihiraukan dengan perpecahan seperti ini kerana setiap perpecahan yang berkaitan dengan agama, Allah sudah menjelaskannya lebih 1400 tahun lampau iaitu apabila lamu berbantah-bantah, kembalilah kepada Al Quran dan sunnah Nabi Muhamad.

    Dengan mengamalkan ilmu berkaitan chakra dsbnya, perpecahan lagi meluas dan semakin menjauhi Islam.

    Saya dan semua umat Islam perlu tegas dalam menghukumkan sesat seperti:
    1. Ajaran JIT Jangan ikut Tuhan adalah SESAT
    2. Kencing ke atas Al Quran adalah SESAT
    3. Sesiapa melakukan syirik ke atas Allah SWT adalah SESAT
    4. Mempersendakan ajaran Nabi Muhamad SAWW adalah SESAT.
    5. Sesiapa mengamalkan ajaran berkaitan aura, chakra, kuasa minda, tenaga dalaman, REIKI, CVT adalah SESAT kerana bercanggah dengan ajaran Islam.

    Saya sekadar menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum wbh sdr falah1979

    Alhamdulillah dan terima kasih kerana turut berjihad di Laman Emjay

    ReplyDelete
  84. walaikumussalam warahmatullah saudara emjayjb....

    berkenaan ilmu aura dan cakra yang saudara ketengahkan keburukannya amatlah saya sokong kerana ia banyak bercanggah dengan budaya islam yang sebenarnya.....
    apa yang saya maksudkan di sini adalah menyatakan saudara seislam sesat dengan tanpa tahu hal sebenar adalah salah dan adalah kita sebagai muslim seharusnya berhati-hati dengan perkataan 'sesat' ini.
    berkenaan ayat saudara yang berbunyi

    Sekiranya kita semua menggunakan konsep yang sama, maka seorang hamba Allah yang telah melakukan pecah belah utama di zaman lampau di kalangan kaum Quraish ialah tidak lain dan tidak bukan seorang lelaki bernama Muhamad bin Abdullah!

    bagi saya hujah ini tidak harus ditulis kerana Rasullah bukan memecahkan kaum quraisy tetapi Baginda adalah pemberi rahmat dan kaum musyrikin Quraisy pada masa itu masih berada pada zaman jahiliah dan menyembah berhala. ini kerana Rasullah diutus adalah memberi rahmat ke sekalian alam.

    bagi saya pandangan setiap orang yang berilmu boleh diterima dan boleh ditolak kerana ia tidak maksum.... pandangan yang tidak boleh ditolak ada lah pandangan Rasullah S.A.W junjungan besar kita. Apa yang datang dari para salafussalih yang selari dengan al quran dan assunnah adalah diterima. jika tidak alquran dan assunnah adalah lebih utama untuk diikuti.

    berkenaan solat di perlis lain dengan solat di negeri lain mana boleh tak sama saudara.... solat semua sama dengan cukup dengan rukunnya...
    berkenaan dengan maulid nabi di sambut dan tidak itu disebabkan ada percanggahan di kalangan ulama berkenaannya tetapi masyarakat islam tidak berpecah dengan perkara kecil seperti ini. cuma berbeza pendapat.

    minta maaflah sekiranya apa yang saya tulis ni ada yang silap, kerana saya manusia biasa dan masih belajar...

    sama2lah kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran

    sekian wassallam.

    ReplyDelete
  85. apa pn..walaupn ada yg saya kurang setuju tp x dinafikan kata2 mj mmg byk kebenarannya.. time kasih la mj.. byk artikel tuan yg telah memberi kesedaran dan ilmu tambahan buat saya yg lemeh ni dan ramai lg yg lain..baik dari segi agama, kesihatan dll...

    terima kasih...

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum WBT semua
    Alhamdulillah. Beginilah kita bila berbeza pendapat dengan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Janganlah mengguna akal semata-mata. Allah Maha Mengetahui akan hukum-hukum-Nya. Semoga kita berhujah dengan lebih ilmiah lagi.

    Nabi SAW bersabda :

    ‏لا يدخل الجنة ‏ ‏نمام

    Ertinya : Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba ( Riwayat al-Bukhari)

    Kepada rendahkosong,
    Ada baiknya saudara membaca artikel seperti links di bawah untuk membezakan antara perbezaan pendapat dikalangan ulama dan perbezaan pendapat dikalangan Ahli Sunnah dan Ahli Bid'ah. Selepas itu, tanyalah diri sendiri, hujah mana yang lebih meyakinkan. Maha Suci Allah. Wasalam.

    1) Bid'ah Hasanah - Istilah Yang Disalahfahami: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=Downloads&file=index&req=getit&lid=17
    2) Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007_06_01_archive.html

    "Berjalan di atas Manhaj As-Salafus Soleh"

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum Warahmatullah....

    saya ucapkan terima kasih kepada saudara falah1979....
    bagi saya persoalan bidaah ini telah banyak diperdebatkan dan saya ada membaca artikel yang di tulis oleh MAZA yang saudara suruh saya baca tu...
    dan saya menerimanya dengan berlapang dada....

    saya juga ingin menjemput saudara membaca artikel di http://www.mais.gov.my/majlis/index.php?option=com_content&task=view&id=94&Itemid=51

    semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dari Allah SWT.... Amin
    Terima kasih

    ReplyDelete
  88. buat korang..

    benda khilafiah ni jgn la nk digaduhkn,nk di panjang2kn...nnt jd mengong jd bodoh jd susah jd gaduh..

    masa aku belajar mesir dulu, kalau imam tu x baca doa qunut, makmum x kecoh apa pn.. kalau subuh jumat x baca surah sajdah pn rilek je makmum.. x kecoh pn...tp kat msia ni aku penah try subuh jumat saje malas nk baca sajdah, jd kecoh.. kalau x baca qunut lg la.. mcm x sah solat subuh je diaorg rasa agaknya..

    padahal x de apa pn.. cuma rakyat msia ni x terdedah lg dgn benda khilafiah camni.. kat mesir sana biasa je diaorg..
    tu la pendapat aku..

    tu je le..wassalam..

    ReplyDelete
  89. Semoga sdr falah1979 dan rendahkosong sentisa diberi rahmat dan ditambah ilmu yang bermanfaat oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  90. Terima kasih rendahkosong kerana artikel tersebut. Saya dahpun membacanya. Cuma berdasarkan fahaman saya ini, saya lebih ke arah apa yang dikatakan Ustaz MAZA. Namun begitu, tidaklah saya menafikan keilmuan yang saudara ada. Sama-samalah kita berkongsi pendapat dan ambil mana yang kita yakini. Kepada Allah kita bertawakal dan mengharap hidayahNya.

    Kepada Nurunnha,
    Bukanlah niat saya untuk berdebat berkaitan khilafiah. Siapalah saya jika dibandingkan dengan saudara yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama berbanding saya (sains). Cuma bagi saya perkara khilafiah ini perlulah difahami daripada kita bertaklid tanpa dalil yang shahih. Untuk mengetahui dalil yang shahih, ilmulah yang kita pelajari. Jika kebenaran yang kita cari, insya-Allah, kebenaranlah yang kita dapat. Kalau keegoan dan kejaguhan dalam berdebat kita cari, mengong dan kehinaanlah yang kita dapat. Wallahu'alam.

    Jika ada masa lapang, bacalah artikel dibawah:
    1) Bermazhab tanpa fanatik rahmat kepada umat Islam: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

    2) Nasihat Berguna Buat Salafi & Khalafi Malaysia: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=218&Itemid=95

    ReplyDelete
  91. wahai mj yang sempit pemikiran.... tenaga dalam saya bukan berkonsep seperti yang mj terangkan di atas. ternyata mj sesat kerana menafikan kewujudan energi makhluk.

    ReplyDelete
  92. Wahai akubodo yang luas pemikiran...

    Aku adalah engkau dan engkau adalah aku!

    Kalau engkau yakin sangat tenaga dalam kau adalah segalanya. Kau bukukan lah apa yang diajarkan guru engkau agar menjadi manfaat untuk semua umat termasuk FATAH dan HAMAS. Jika apa yang kau bukukan itu bukannya manfaat, maka kau tanggunglah apa yang kau kata dan pertahankan. Setiap apa yang manusia lakukan akan tercatit dalam buku amalannya termasuk aku!

    Kalau kau luas pemikirannya, jadilah macam Yahudi yang selalu berfikiran jauh. Merancang Holocaust hingga tetubuhnya negara Israel ditanah Arab! Luaskan pemikiran kau terhadap isu SOSIAL, POLITIK dan EKONOMI. Monopoli media massa seperti yahudi sehingga apa yang Umat Islam katakan hampir tidak kedengaran.

    Jangan kau luaskan pemikiran kau terhadap tenaga dalam sahaja. Beratus tahun negara kita dijajah Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dimana tenaga dalam itu? Dalam kubur? Atau keris tamingsari, keris sari ayu dan keris mak lampir tidak mampu membunuh penceroboh-penceroboh kuffar itu.

    Jika sejarah berulang, mampukah tenaga dalam itu menghadapi serangan Thailand, Singapura dan Filipina? Hayatilah semangat Perang Badar... Minoriti tidak semestinya lemah dan majoriti tidak semestinya kuat! Dengan syarat kita dekat dengan Allah SWT.

    ReplyDelete
  93. Nampak sgt budak jahil ni adalah mj....atau anak beranak mj... dalam penulisan saya di sini... saya tidak pernah menyatakan bahawa tenaga itu mampu berbuat sesuatu yang pelik.

    Nampak sangat anda seorang yang benar2 jahil tentang apa itu tenaga atau energi. Berapa kali hendak saya terangkan apa itu tenaga?? memang sah mj dan suku sangat ni jahil mutlak.

    Tenaga yang saya maksudkan bukanlah seperti yang mj dan suku sakatnya fikirkan...... begitu sempit pemikiran mj dan suku sakat jahil ini. Tenaga kimia, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga kinetik dll itu yang saya maksudkan tenaga.... gosok tangan jadi panas....rasa panas itu adalah tenaga haba... pergerakan menggosok itu tenaga kinetik... Semuanya tenaga... Apa benda hang ni tak paham2.... komputer yang hang dok tatap tu ada tenaga... camna hang boleh nampak??? sebabnya Allah beri sifat kepada komputer itu ada tenaga cahaya... cahaya tadi sampai ke mata....
    Takkan itu pun nak diajar satu persatu??? Hang ni sekolah darjah berapa??? Dia dok ingat..tenaga tu semestinya bagi jurus kat batu..batu pecah... dia dok ingat bagi jurus kat bala tentera musuh..musuh bertempiaran... Apa punya sempit la otak hang ni... hang bersuara...bunyi suara tu tenaga... tenaga bunyi disampaikan dalam bentuk gelombang kepada penerima. Pasal ilmu warna...ia terdapat suatu kajian.... cuba la hang cat semua dinding rumah hang warna hitam... baju hitam, lantai hitam, semua serba serbi hitam.... Apa hang rasa??? awat tak mau pulak??? Awat pakai warna cerah??? Apa hang percaya ada dapat malapetaka ke apa?? itu baru syirik.... Cuba hang pikir la mj... kenapa kat hospital orang tak pakai warna merah sebagai warna dinding.... kenapa baju doktor bedah warna hijau??? mereka tu syirik ke sebab ambik kisah tentang warna dalam kerja seharian??? Kenapa Nabi s.a.w suka warna putih dan hijau???

    ReplyDelete
  94. Nampaknya ada suatu ketakutan dalam diri mj apabila membaca komen dari yang lain...sebab itu dideletenya...

    ReplyDelete
  95. Wahai radinsahid @ jihadin @ akubodo @ emjayib @ emjay2

    Kalau engkau ingin menulis reply, saya benarkan hanya menggunakan nama asal engkau iaitu akubodo. Sila gunakan akubodo atau kalau nak tukar sila gunakan akubododahpandai.

    Jangan suka menyamar nama yang bukan-bukan terutama trademark saya emjay.

    Emjay

    ReplyDelete
  96. nampaknya proses pembersihan laman emjay sudah dilaksanakan.....

    ReplyDelete
  97. Bukan saya takut tetapi tidak senang hati dengan kerenah budak kecil yang kononnya melakukan rawatan dengan garam. Budak kecil ini ada penyakit dalam hatinya. Macam-macam nickname yang digunakan termasuk radinsahid @ jihadin @ akubodo @ emjayib @ emjay2 @ emjayjjb.

    Reply yang saya delete di atas menggunakan nickname mjbodo.

    Memang sah budak kecil ini ada penyakit dalam hatinya.

    Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada radinsahid @ jihadin @ akubodo @ emjayib @ emjay2 @ emjayjjb @ mjbodo semoga segera ia kembali ke pangkal jalan dan berjalan di jalan yang diredhai AllahSWT.

    Bayangkanlah budak kecil berpenyakit hati seperti ini pun kononnya merawat orang sakit dengan garam. Rasanya orang yang dirawat mungkin akan sakit hati juga macam perawatnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  98. Kecil jgn disangka anak, tua jgn disangka bapak..... kalau umur dah 50an tu...kubur kata mari..rumah kata pergi.... pucuk pun boleh patah juga.

    ReplyDelete
  99. Assalamualikum saudara mj,
    Saya ada menggunakan kaedah rawatan CVT. Bila terbaca artikel tuan, berbagai2 timbul dikepala ini..Ok..let's start with this...
    Saya ada bertanya pengamal perubatan CVT ni..kenapa garam?..Dia berkata kerana Rasulullah mengamalkan memakan secubit garam sebelum makan sesuatu...
    Kenapa Aura?..Dia berkata Rasulullah sukakan wangi-wangian.. Saya pun ada terbaca mengatakan roh kita suka kan bau wangi. Dan bau busuk tu mendatangkan penyakit kepada badan...
    Ibu Shamuim

    ReplyDelete
  100. Waalaikumussalam wbh sdr ibushamuim

    Jawapan sebenar mengapa mereka menggunakan garam ialah kerana tok-tok guru CVT ini menggunakan garam. Tok-tok guru ilmu CVT ini ialah Hindu. Segala ilmu berkaitan tenaga dalaman, kuasa minda, aura, chakra, reiki, kundalini, yoga, meditasi dan yang sewaktu dengannya adalah dikutip dari orang Hindu. Oleh kerana tok-tok guru mereka (orang hindu) gunakan garam maka mereka pun gunakan garam. Tok-tok guru mereka mandi bunga, maka mereka mandi bunga. Tok-tok guru mereka guna wangi-wangian seperti setanggi, maka mereka pun gunakan wangi-wangi / setanggi.

    Saya berdoa semoga sdr ibushamuim diberikan rahmat dan hidayah dari Allah agar dapat menjauhi segala ilmu dan amalan berkaitan CVT, aura, chakra, tenaga dalaman, kuasa minda, prof dr Ibrahim, aura genius, jam terbalik, aura seri dan sewaktu dengannya.

    Sdr hanya akan merasai semula pelbagai rahmat dari Allah yang telah hilang setelah menjauhi CVT dan yang sewaktu dengannya serta bertaubat.

    Semoga Allah merahmati dan memudahkan urusan sdr

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  101. Bisa gak.. pak mj bagi penjelasan bersangkutan wangian untuk rohani serta garam dalam pemakanan Rasulullah?

    ReplyDelete
  102. Islam menggalakkan orang yang ingin solat jumaat menggunakan wangian dan ini sudah termasuk dalam syariaat islam. Namun ini perlu dibezakan dengan menggunakan setanggi dalam hindu dan budha dan guna kemenyan dalam perbomohan. Ini bukan syariaat islam!!

    Islam mengajarkan permakanan yang sihat dan antara ramuannya ialah menggunakan garam dalam makanan harian. Ini memang dilakukan Nabi SAW. Yang Nabi tidak lakukan ialah menggunakan garam untuk menyerap tenaga negatif atau menghalau hantu syaitan sebagai mana dalam CVT, kuasa minda, perbomohan dan yang sewaktu dengannya.

    Semoga ustadzfirmanlangit2 diberikan Allah hidayah agar kembali kepangkal jalan, jalan yang Allah redha dan membebaskan dirinya dari aura, chakra, kuasa minda dan yang sewaktu dengannya.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  103. Assalamualaikum w.t.h.....salam kedamaian
    "Adakah kamu mengira bahawa Kami (Allah) menciptakan kamu untuk main-main saja....?" firman allah- sori. sy tak ingat surah apa.
    setiap kejadian ada hikmah tersendiri. Ustaz emjay nampaknya terlalu jumud dalam memperkatakan mengenai aura dan chakra. sesungguhnya ilmu Allah itu tiada batasnya. dengan sains dan teknologi, gabungan teori dan praktis Islam. maka Aura dan chakra itu benar. sy pun malas nak cakap panjang. garam itu ada frekuensinya, bunga itu ada tenaganya, batu/kristal juga ada tenaganya malah manusiapun ada tenaganya. dari mana tenaga ini datang? tentulah dari Allah. apa yang penting dalam sesebuah praktis adalah pemusatan tawakkalnya pada allah.seseorang boleh syirik tanpa senang je. percaya ubat yang doktor berikan boleh menyembuhkan pun boleh syirik. disini saya nak tekankan, ILMU itu perlu dipelajari sebelum tuduhan semberono dilakukan. saya doakan ustaz terbuka minda dalam hal sebegini. blog ustaz ini bagus tapi perlu HATI-HATI dalam membicarakan sesuatu. Okay
    -hafiz

    ReplyDelete
  104. Assalamualaikum wbt.
    Salam ukhuwah. Sy sekadar ingin memberikan pendapat.Kebenaran adalah dari Allah jua. Segala keburukan itu dtg dr kita hambaNya, yg banyak kelemahan, kurang ilmu, mudah tertipu oleh godaan iblis syaitan, keduniaan dan apa jua yg melalaikan.
    Sy pernah jua belajar sedikit sbyk tentang ilmu minda,juga tentang ki yg related dgn self defence. Namun sy rasa ada yg tak kena pd pandangan sy, sbb masih ada yg ultimate utk semua ni. Sy pernah berdiskusi dgn rakan-rakan sealiran, mencari-cari kesesuaian, apa sebenarnya yg dicari, tdk kira martial arts ke atau perubatan.
    Pada asalnya, sy rasa semua ini tdk lengkap. Ada rakan sy yg punyai byk kelebihan2, spt blh melihat perkara ghaib yg mistik,mengubat dn macam macam, tp sy terfikir itukah yg dicari.
    Menjumpai laman Ust emjay, membuka minda saya. Kalaupun sy tidak seterror org lain dlm kelebihan ilmu2 spt. ini, sy semakin faham bhw the ultimatum utk semua ini hanya Allah swt. Sy rasa fokus kita sdh lari dr yg sepatutnya difokus.Pada pandangan kita aura, ki, meditasi, kundalini atau apa jua yg kita sebut melarikan fokus kita sebenar kepada Allah.
    Memang setiap benda dijadikan Allah ada kegunaannya, namun tidak menghilangkan Allah sbg ultimate utk semua ini. Garam dijadikan Allah fungsi menyedapkan makanan, dan entah apa2 lagi yg kadangkala kita masih tidak tahu kegunaannya.Kalaupun ada frekuensi, tp bukan frekuensi itu yg menyahkan benda2 mistik ni.Fokus kita seolah lari .Kalaupun garam dijadikan sbg pagar pendinding, yakinkah kita bhw kita meletakkan Allah sbg pelindung kita dan bukannya garam. Itu yg kita bimbangkan.
    Sy masih belajar dan mengharap rahmat Allah dlm menghadapi semua perkara ini.
    Sy seolah tdk percaya bhw family sy turut jua disihir, berjumpa dgn bomoh2 atau so called ustaz menyatakan bhw kami disihir, membuatkan sy terfikir, apakah semua ini . Sy seperti hilang upaya , ditambah dgn apa yg pernah dipelajari...apa guna, mengharap pada org lain tidak mendatangkan apa yg diharapkan..
    Yang pasti, hanya Allah tempat kita berserah dan sy masih belajar menghadapi semua ini.

    ReplyDelete
  105. Waalaikumussalam wbh abham72

    Syukur alhamdulillah semoga sdr abham72 terus diberikan taufik hidayah untuk berjalan di jalan yang Allah redha.

    Sembahyang dengan taat dengan segala rukun-rukunnya namun pada masa yang sama menyimpan tangkal, sudah merosak akidah dan merugikan manusia.
    Sembahyang dengan taat dengan segala rukun-rukunnya namun pada masa yang sama menggunakan garam sebagai menyerap negative energy dan mendinding, sudah merosak akidah dan merugikan manusia.

    Elakkan dari menggunakan garam untuk menyerap negative energy dan mendinding kerana dalam konteks ini, garam sudah menjadi tangkal.

    Semoga abham72 dan pembaca laman emjay semuanya dijauhi AllahSWT dari perbuatan syirik dan dimatikan dalam iman.

    Wallahuaqlam wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  106. Assalamualaikum wbt. sdr abham72. salam pertemuan, salam kedamaian, salam cinta. benarlah yang dikata. setiap penciptaan ada kegunaan. ada hikmah tersurat dan tersirat. saya menyokong anda. anda gentle dan open minded dalam melemparkan pandangan. setiap perkara maupun ilmu maupun apa saja ada pro dan kontranya. Islam itu sendiri ada orang yang mencela apatah lagi sesuatu yang lebih kecil seperti isu2 seumpama ini. garam, kristal, aura dan chakra. memang dasarnya sesebuah ilmu itu untuk kita lebih mengenali dirin menginsafi kejadian dan mengarahkannya kepada cinta dan kasih sayang kepada rabbi. tetapi masalahnya disini dimana-mana akan ada 2 iaitu yang baik dan yang buruk.
    fitrah....pasti lebih banyak yang buruk adapun yang memperjuangkan yang hak itu wujud. mereka sering tenggelam diarus pencarian tak berpenghujung ini. Yess! pemusatan adalah kepada rabbi, Allah s.w.t. Allah tempat kita meletakkan segalanya, Dia juga menciptakan segalanya. yang tersurat mahupun tersirat. terima kasih buat anda abham72. Yakinilah, setiap pencarian itu pasti menemui jalan, salan yang jauh ataupun jalan yang dekat. adapun jalan yang dekat itu, perlulah ditempuh dengan tohmah dan fitnah oleh mereka yang nampaknya hebat tetapi hanyalah golongan yang terkeliru dan malu. golongan pejuang/pencari yang tercicir diseparuh jalan. kepada ustaz emjay saya taknak gadoh lagi. biarlah labi tengelam dengan labu-labunya. jangan marah ustaz. heheheheh apa2pun sekali lagi, salam perkenalan, dan cinta kaseh walaupun pertemuan ini dihujung jari. terima kasih'

    ReplyDelete
  107. lupa nak tambah...ustaz...dalam pengamalan rawatan terapi komplementari, tenaga negatif itu bukanlah diistilahkan sebagai jin mahupun syaitan tetapi gelombang-gelombang tubuh yang tercemar mahupun rosak akibat dari tindakan radiasi persekitaran. harap maklum.tq

    ReplyDelete
  108. lagi ustaz....perasaan marah-sayang-benci...itu juga terdiri dari sistem ruhiyyah. itu semua pakej yang didatangkan oleh Allah. kenapa manusia boleh pekak bila mendengar bunyi yang terlalu kuat? kerana frekuensinya....harap maklum.tq

    ReplyDelete
  109. bahaya ustaz...pakai kepiahpun kalau silap haribulan, timbul riak', riak tu pun syirik kecil. syirik jugakkan?

    ReplyDelete
  110. saya taknak bertekak lagi ustaz. cukuplah ustaz mensyirikkan orang lain tanpa periksa terlebih dahulu. apapun terima kaseh. mohon maaf.

    ReplyDelete
  111. Tuan sekalian, bacalah artikel ini sebagai santapan fikiran....

    cerita ini di kutip dari terapi ruqyah@yahoogroups.com, kisah nyata!
    p/s: hati2 dalam mempelajari ilmu , jangan sampai celaka dunia dan akhirat!

    Bahagian Satu..

    hati2 dalam belajar ilmu tenaga dalam / kebatinan

    --------------------------------------------------------------------------------

    KESAKSIAN PENULIS Perdana Akmad

    Pengalaman Spiritual Selama Memperdalam Reiki,Tenaga Dalam dan Ilmu Kesaktian

    Nama lengkap saya adalah Perdana Akhmad,saya adalah mahasiswa semester akhir Universitas Islam Indonesia di Yogyakarta pada jurusan Psikologi.Saya lahir di Baturaja,Sumatera Selatan 12 oktober tahun 1980.Saya lahir ditengah-tengah keluarga yang memang suka akan ilmu-ilmu kesaktian, dimana Ayah saya masa mudanya suka sekali berguru ke-orang "pintar" untuk belajar kesaktian bahkan dari penuturan Ayah saya ia pernah melakukan tapa pendem yaitu mengubur diri dalam tanah sebagai syarat untuk mendapat ilmu kesaktian tertentu di daerah Banten.Ayah saya semasa saya kecil pernah mendemonstrasikan kemampuannya kepada kami sekeluarga yaitu mematikan lilin dari jarak jauh dengan tenaga dalamnya,juga mendemonstrasikan kemampuan memecahkan batu kali yang lonjong sebesar pergelangan tangan dengan pukulan tangannya.Begitu juga dengan adik-adik Ayah saya, mereka semuanya ikut perguruan tenaga dalam dan sering ¡§mengobati¡¨ orang sakit dengan tenaga dalamnya itu.Maka dari itu sedari kecil saya sangat ingin seperti Ayah saya juga Om-om saya itu.

    Perburuan saya mencari ilmu ghoib dimulai pada saat saya duduk dibangku SMP di Kota Manna Bengkulu Selatan,saya ikut perguruan tenaga dalam Budi Suci dimana saya mempelajari jurus-jurus tertentu dengan olah pernapasan,lalu ketika dibangku SMA saya masuk Perguruan tenaga dalam Marga Luyu dan juga Seni Nafas Indonesia,saya dalam berlatih tenaga dalam sudah mencapai tataran yang cukup tinggi waktu itu.Pada masa SMA ini saya mulai mengenal dengan namanya makhluk halus, dimana sewaktu latihan Guru saya dari perguruan Marga Luyu waktu itu punya kemampuan menarik makhluk-makhluk halus lalu dimasukkan kedalam tubuh teman saya dan kemudian bisa tanyai berbagai macam hal.Saya juga belajar ngampat dimana saya belajar untuk menghadirkan makhluk halus yang saya ingini kedalam tubuh saya atau orang lain.

    Setelah lulus dibangku SMA tahun 1999 saya pergi ke Yogyakarta dan kuliah di Universitas Islam Indonesia.Di Yogyakarta ini saya tidak lagi masuk perguruan berbasis tenaga dalam lagi namun masih suka berlatih sendiri olah pernapasan.Saya pada tahun ini juga mengenal Reiki dari Toko buku Gramedia dimana saya melihat ada buku tentang suatu aliran Reiki Tummo dan menginformasikan adanya Lokakarya Reiki Tummo di Yogyakarta,rasa keingintahuan saya begitu tinggi akan ilmu penyembuhan dengan menggunakan energi Ilahi atau alam semesta dan peningkatan spiritualitas seperti yang diberitahukan dalam Buku.

    Lalu saya mengikuti lokakarya Reiki itu pada tingkat level 1 langsung pada aliran Reiki Tummo yang katanya lebih baik dari aliran Reiki Usui.Saya memang merasakan sensasi yang aneh dimana saya bisa merasakan geraran-getaran pada tangan saya sebagai tanda energi telah mengalir,bertambah semangat saya untuk mempelajari Reiki lebih jauh maka saya mulai membeli semua buku-buku yang berhubungan dengan Reiki.Saya mulai sering bermeditasi Reiki dan membaca buku-buku tentang Reiki,mengkaji,mendengarkan penuturan para praktisi Reiki yang senior tentang ajaran-ajaran spiritualitas yang ternyata banyak dipengaruhi ajaran-ajaran Budha dan Hindu.Namun waktu itu saya terus mengkajinya karena saya pikir Nabi Muhammad saja memberitahukan agar kita agar belajar kenegeri Cina untuk mencari ilmu pengetahuan.

    Selain memperdalam Reiki saya juga mengikuti pengajian di Pesantren Salafy Ihyaussunah Degolan di Yogyakarta dan masuk dalam keanggotaan Laskar Jihad yang telah dibentuk, karena waktu itu sedang ramai-ramainya berita tentang pembantaian kaum muslimin

    ReplyDelete
  112. Bahagian Dua...

    Dalam pendalaman ilmu-ilmu ghaib ini saya pada tanggal 10 Februari 2003 tiga hari sebelum Hari Raya Idul Adha saya pergi ketempat Pak Gatot Margono seorang guru besar Perguruan tenaga dalam Chakra Buana di Magetan Yogyakarta untuk memperdalam ilmu Kanuragan.Sesampai di Magetan saya menemui Pak Gatot Margono.Disana saya diberi penjelasan mengenai Ilmu meraga sukma,Trawangan, penyempurnaan Ajian Rajah Kala Chakra yang telah saya miliki sebelumnya,ilmu panglimunan,kekebalan,silat ghaib,sampai pada saya bisa tahu isi hati orang juga bisa mengetahui suatu barang dalam keadaan mata tertutup hal itu dilakukan Pak Gatot katanya dengan "membuka"tubuh saya.

    Pak Gatot merajah seluruh tubuh saya dengan huruf-huruf arab dengan menulis dari jari-jari tangannya langsung (seperti membuat simbol Reiki) ,ia juga mengatakan akan memberikan tempat ditubuh saya untuk sebangsa malaikat,juga memberi saya kemampuan menghimpun tenaga dalam tingkat tinggi dalam tingkat karomah dengan metode bacaan tertentu pada posisi Namaskar (tangan ditelungkupkan didepan dada).Walhasil setelah saya coba saat itu juga saya merasakan ada yang aneh ditubuh saya saya kedua tangan saya yang saya telungkupkan di dada bergetar dengan hebat tanda energi itu sudah masuk.

    Namun dalam penjelasannya setelah prosesi pembukaan itu ada perkataannya yang aneh dari beliau,walaupun Pak Gatot katanya beragama Islam ia mengatakan kita sebenarnya tidak perlu shalat,puasa juga melaksanakan syariat Islam karena hal itu sudah tidak penting lagi jika sudah sampai pada tingkat makrifat (seperti aliran Sufi,kejawen atau ajaran Syekh Siti Jenar) lalu ia juga menjelaskan tentang ajaran versi kejawen seperti tentang saudara kembar,Roh pembimbing,kesadaran jiwa, sukma sejati.

    Ia juga mengatakan bahwa ia mampu menemui Sunan Kalijaga yang dikatakan Pak Gatot sebagai Guru Spiritualnya dan ia sangat senang memberikan ilmunya pada saya yang dikatakannya saya telah siap menerima ilmu tingkat tinggi. Saya waktu itu merasa menjadi orang yang hebat sekali.Saya hanya sehari semalam saja di tempat Pak Gatot, setelah menginap semalam ditempatnya lalu esoknya saya pulang.
    Sebelum saya pulang ke Yogyakarta saya sempatkan dulu menginap kurang lebih tiga hari ditempat saudara saya di Solo.Kebetulan di Solo tempat Om saya itu ada kamar dilantai dua yang cukup sepi maka saya bermeditasi disana.Tidak lama meditasi saya meresakan tangan saya bergetar lalu tangan saya bergerak sendiri (gerak pribadi) membentuk gerakan-gerakan tertentu seperti gerakan Yoga,juga dapat bergerak sendiri membentuk jurus-jurus tenaga dalam,jika ingin gerak silat tubuh saya bergerak sendiri.

    Hari kedua saya bermeditasi kembali,namun kali ini ada kejadian yang luar biasa sewaktu saya sedang menghimpun kekuatan dalam posisi Namaskar tiba-tiba terbersit dengan kuat sekali dihati saya untuk menulis,lalu saya sediakan pena dan kertas lalu tangan saya tanpa dikomando bergerak sendiri dengan mengenalkan dirinya sebagai sukma sejati,lalu banyak lagi yang mengenalkan dirinya salah satunya sebagai kesadaran jiwa,kesadaran hati,roh pembimbing,caranya cukup aneh yaitu menulis.Katanya ini cara pertama untuk berkenalan dengan saya sebagai satu tubuh,ia mengatakan ditubuh saya banyak sekali kesadaran-kesadaran.
    Mereka mengatakan sudah sangat letih mendampingi saya hidup didunia,mendengar hal itu dan dengan keinginan teman saya itu, sesuai dengan ilmu-ilmu Reiki yang saya pelajari saya membuat suatu simbol Reiki di dada juga dibagian tubuh lain lalu dipersilahkan mereka untuk mengambilnya kekuatannya.Pertemanan saya berjalan terus sampai saya pulang kekos-kosan,waktu itu kami hanya bicara melalui tulisan saja.Di kos-kosan saya sempat mempertontonkan kemampuan saya menebak warna-warna pada kertas yang diinginkan teman saya itu dengan mata tertutup.

    Setelah dua hari istirahat setelah kepulangan dari Magetan dan Solo saya pergi ke warnet untuk melihat email-email kiriman teman-teman sesama praktisi Reiki.Sewaktu sedang mengetik tiba-tiba ada yang berbicara

    ReplyDelete
  113. Bahagian Tiga...

    Tidak lama dikamar dada saya terasa sesak lalu teman-teman saya mulai mencoba membacakan Ayat-ayat Al-Qur'an pada saya hingga akhirnya saya kembali kumat,lalu mereka kembali memanggil Mas Untung,lalu Mas Untung kembali meruqyah saya.Setelah kurang lebih satu jam Mas Untung kewalahan karena ada sangat banyak makhluk halus didalam tubuh saya lalu Mas Untung memanggil Mas Faturakhman yang juga membawa teman-temannya.Waktu itu terjadi "pertempuran" Mas Untung dan Mas Faturakhman melawan makhluk halus yang ada pada tubuh saya yang waktu itu berjumlah 40.000 makhluk sebangsa jin dan syaitan (wallaahu a¡¦lam) dan katanya diluar tubuh saya ada ribuan jin dan syaitan lagi yang menunggu untuk masuk.

    Bahkan ada mengaku ia adalah Pak Gatot yang sedang meraga sukma masuk dalam tubuh saya untuk membantu menghadapi Mas Untung,Mas Faturakhman ,ada juga Jin mengaku-aku dewa,makhluk halus itu mengatakan sangat marah pada Mas Untung dan Mas Faturakhman dikarenakan merekalah saya kembali dalam Islam dan para makhluk halus itu mengatakan sangat ingin "membantu" saya mencapai kesempurnaan dalam spiritualitas.Mereka sempat menunjukkan kemampuan mereka mengetahui isi hati Mas Untung dan Mas Faturakhman juga mengatakan hal-hal yang bersifat pribadi pada diri mereka bahkan hal-hal yang bersifat rahasia pada diri Ayah saya yang berada di Lampung juga rahasia keluarga saya makhluk halus itu mengetahuinya.
    Mereka juga mengetahui dengan tepat nama-nama jin yang pernah dimiliki Mas Faturakhman (dulu ia sempat mendalami ilmu ghaib tentang jin dan akhirnya bertobat).Selama prosesi Ruqyah itu sedikit demi sedikit saya sudah mulai sadar penuh secara bathin namun tidak bisa mengontrol tubuh tapi bisa mendengarkan percakapan dan adu kekuatan jin dengan kekuatan bacaan Al-Qur'an.

    Mas Untung dan Mas Faturakhman selama dalam prosesi Ruqyah sempat beberapa kali menekan-nekan bagian tertentu dalam tubuh saya atau meremas rambut pada kepala saya untuk mengeluarkan dan membunuh makhuk astral yang ada pada diri saya itu dengan diiringi teriakan kesakitan dari jin dan setan yang menguasai tubuh saya (saya bisa merasakan kematian satu-persatu jin dan setan dalam tubuh saya,dimana saya merasakan nafas saya serasa putus dan tubuh saya serasa tertekan kebumi disaat jin dan setan itu berteriak pada teriakan terakhir hidupnya .Wallaahua¡¦lam).

    Selama kurang lebih delapan jam mereka mengobati sedangkan para tetangga diluar sudah banyak mengumpul karena mendengar jin dan setan melalui lisan saya berteriak-teriak minta ampun dengan kerasnya dan mulai terlihat keburukan mereka yang ternyata mereka lalu mengolok-olok Mas Untung dan Mas Faturakhman yang dikatakan mereka tidak mempunyai kekuatan apa-apa untuk menghadapi mereka bangsa jin Ifrit,yang keadaannya sangat berbeda ketika mereka mempengaruhi saya mereka berbuat-seolah mereka sangat suci.

    Makhluk halus itu juga sempat mengancam saya untuk mencabut nyawa saya jika saya tidak mengusir orang yang menerapi saya, saya juga dipaksa mengikuti mereka dan percaya pada ajaran mereka,mereka juga mengatakan melalui bathin saya bahwa mereka punya kemampuan dan kekuasaan untuk mencabut nyawa saya.Mungkin lebih dari lima kali mereka berbuat sesuatu pada diri saya sehingga saya merasa napas saya serasa putus dan dan mendapat sensasi seolah-olah lingkungan sekitar menjadi hening seketika,namun secara bathin saya katakan ¡§Saya hanya menyerahkan diri saya kepada Allah SWT semata,Dialah yang punya hak atas nyawa saya dan saya minta ampun kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang telah saya perbuat!¡¨Yang nyatanya mereka hanya menggertak saja dan tidak terbukti sama sekali ancaman mereka itu.

    Dalam prosesi Ruqyah itu akhirnya diketahui ternyata selama ini sebelum saya ketempat Pak Gatot pun sudah banyak makhluk halus yang ada dalam tubuh saya dalam berbagai jenis bentuk makhluk astral yang ikut masuk ketika saya di attunement berbagai aliran Reiki (ternyata sewaktu di attunement Reiki dan saat penyaluran Reiki justru banyak makhluk ghaib yang mas

    ReplyDelete
  114. Bahagian Akhir...

    Pada masa pengobatan ini saya sempat tiga kali antara sadar dan tidak didalam tidur saya,saya berkelahi dengan makhluk halus yang masih tersisa didalam tubuh saya dan saya bisa melihat wujudnya dengan sangat jelas seperti saya melihat dengan mata telanjang.Pada pertemuan pertama saya melihat ada dua Jin laki-laki yang menyerang saya dan waktu itu saya sempat terpukul namun saya tidak merasakan sakit dan saya dapat membanting salah satu Jin itu sewaktu ia ingin menebas tubuh saya dengan pedangnya hingga terkena temannya sendiri.Beberapa hari kemudian saya kembali bermimpi dan saya kembali dapat melihat mereka dengan sangat jelas sekali namun dalam rupa yang sangat menyeramkan dan mentertawai saya dengan tawa yang cukup mengerikan namun tidak berani mendekati saya.
    Pada pertemuan ketiga inilah saya dapat melihat wujud mereka secara lebih nyata wallahualam yaitu ada Jin yang berbentuk sangat mirip dengan manusia namun tubuhnya begitu besar dan sangat tinggi dan setan satu lagi berwujud seperti kera dengan tubuh sangat hitam dan pendek kira-kira 50 cm saja.Saya kali ini benar-benar berkelahi dengan mereka saya benar-benar merasakan mereka menyerang saya.Saya sempat menangkap Jin yang bertubuh pendek dengan tangan kiri saya lalu saya cengkram tubuhnya dengan keras dan saya bacakan Ayat Kursi hingga ia terbakar hingga Jin yang satu lagi yang bertubuh amat mirip manusia itu tidak berani mendekat.

    Setelah mendapat pengobatan Ruqyah di Lampung dengan Ustadz Ari Wibowo dan Ustadz Darsono dan dengan cukup ketat melakukan dzikir juga doa-doa untuk perlindungan diri,juga membeli mendengarkan kaset Ruqyah yang dibacakan Ustadz Fadlan saya merasa agak baikan.Jin yang ada dalam tubuh saya itu tidak begitu dapat lagi membuat sensasi-sensasi yang aneh pada bathin saya.Saya juga sempat menelpon Ustadz Fadlan pada minggu kesatu bulan maret 2003 dan ada kejadian yang cukup berkesan sewaktu saya menelpon Ustadz Fadlan,begitu Ustadz Fadlan mengangkat Hp-nya dan saya mengatakan bahwa saya ingin konsultasi tantang masalah Jin yang ada dalam tubuh saya, tiba-tiba saya langsung tidak dapat mengontrol diri saya lalu Jin yang masih ada dalam tubuh saya itu berteriak-teriak tidak sudi bertemu Ustadz Fadlan.
    Melihat Jin itu berbicara melalui lisan saya maka Ustadz Fadlan langsung meruqyah saya secara jarak jauh melalui telpon,saya bisa mendengar Jin yang ada dalam tubuh saya itu berteriak-teriak kepanasan (dalam Terapi Ruqyah melalui Hp itu Alhamdulillah saya bisa mengontrol tangan tubuh dan tangan saya untuk tetap duduk memegang telpon).Lalu saya disadarkan kembali dan Ustadz Fadlan menyarankan agar saya menemuinya di Jakarta atau di Yogyakarta.
    Saya lalu kembali ke Yogyakarta dan saya sekembalinya di Yogyakarta berniat untuk menemui Ustadz Fadlan secara langsung.Pada hari jum¡¦at minggu ketiga bulan April 2003 saya menemui Ustadz Fadlan dengan ditemani teman saya menuju tempat terapi Ruqyah Ustadz Fadlan untuk di Ruqyah.Begitu sampai ditempat Ustadz Fadlan ada juga kejadian yang cukup menghebohkan setelah saya turun dari motor dan mendengar suara Ustadz Fadlan yang sedang melakukan Terapi Ruqyah, dada saya langsung terasa sesak dan saya langsung jatuh terduduk ditanah,lalu saya muntah-muntah,saya merasa ada banyak sekali yang keluar melalui mulut saya semacam uap yang keluar bersama-sama muntahan saya.
    Saya lalu dibawa ke ruangan tempat Ruqyah massal berlangsung,di ruangan itu saya tidak dapat lagi mengontrol diri saya,Jin yang telah menguasai tubuh saya itu menangis meraung-raung kepanasan,tubuh saya juga bergetar dengan hebatnya.Setelah setengah jam Jin melalui tubuh saya itu menangis dan berteriak-teriak kepanasan lalu Ustadz Fadlan secara khusus membacakan ayat-ayat Ruqyah kepada saya Ustadz Fadlan pada saat meruqyah saya secara langsung sempat beberapa kali memukul-mukul juga menekan pada beberapa bagian tubuh saya,lalu terjadi dialog Jin yang mendakwakan dirinya sebagai golongan Jin Ifrit dengan Ust.Fadlan.

    Jin itu mengaku mempunyai ribuan anak buah dan dan sebagian b

    ReplyDelete
  115. Assalamualaikum wbh tgidzul

    Saya benar-benar bersyukur alhamdulillah dan terima kasih kepada sdr tgidzul di atas artikel yang dikepilkan di atas.

    Semoga mereka yang membacanya mendapat rahmat dan sedar bahawa ilmu tenaga dalam, kuasa minda, aura, chakra, ilmu ghaib, reiki, kundalini, kesaktian dan yang sewaktu dengannya adalah sebenarnya ilmu sesat untuk mendorong umat Islam masuk ke neraka.

    Semoga jasa budibaik sdr dibalas Allah dengan pelbagai rahmat. Semoga sdr dijauhi dari perbuatan syirik dan dimatikan dalam iman.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  116. Kiesai82 mengatakan :

    "tuan pernah dengar ttg CERAGEM? ni cara pengubatan guna katil utk urut tulang belakang. katil ini dicipta oleh pakar2 tulang belakang dan pakar2 yg lain. bkn pakar aura2 tu semua. dia guna kan batu kristal kerana mengikut kajian, kristal mengeluarkan sejenis gelombang (FIR) far infrared ray.. seperti yg terdapat pada pasir dan tanah.. dan FIR itu akan menembusi badan seterusnya membantu merawat penyakit. seperti mana ada yg mendengar cerita org lumpuh yg ditanam didlm pasir, beransur sembuh. ini adalah kerana pasir juga mngeluarkn FIR. ia membantu memulihkan sel badan"
    jwpn saya :

    Saya juga mengakui ceragem adalah satu teknologi baru dlm menyembuhkan penyakit....tak kala sambil berdoa tak salah kalau kita berusaha. Dlm kitab ada juga mengatakan, doa, usaha dan tawakal.

    saudara EM mengatakan :
    Majoriti sistem rawatan nampak OK kecuali satu iaitu penggunaan batu jade;

    Jade is a stone that transmits a level of Radiant Far Infrared Heat that is beneficial to the human body when heated. The Internal and External Projectors of Ceragem are comprised of jade to optimize the effectiveness of Radiant Far Infrared Heat. Orang Cina cukup percaya batu jade dan batu kristal. Macam-macam kepercayaan dan dikeluarkan fakta sains yang bukan-bukan dari kepercayaan mereka keatas batu jade dan kristal ini.

    Kambus dalam pasir pantai adalah bukan berdasarkan FIR tetapi sejenis urutan keseluruh tubuh disamping manfaat resapan dari mineral dari air laut macam mandi air panas semula jadi. Rawatan ini amat mujarab namun tekniknya kena betul. Nanti saya tulis artikel khas berkenaan rawatan ini.

    Tentang rawatan ceragem ini, saya menolaknya kerana penggunaan batu jade ini.

    Jwpn saya :

    Apakah kesalahan batu jade tersebut, kerana batu itu datangnya dari keajaiban dan kejadian alam bukan ciptaan manusia, Jadi saya tak nampak kepincangan pada batu jade tersebut hanya org cina yg terlalu mengagungkan jade. Dari segi penyembuhan penyakit tak salah kalau kita berusaha utk mencuba.
    Salah seorang keluarga saya ada membeli alatan tersebut dan alhamdulilah ada kemajuan dlm penyembuhan penyakitnye. Tapi kami tidak meletakkan bahwa jade tersebut yg menyembuhkan penyakit.....tetapi usaha utk menyembuhkan penyakit di samping bertawakal.

    Saudara MJ juga ada mengatakan akan membuat penulisan tentang perkara nie...tapi dimana yaa...tak nampak pon.

    "Kambus dalam pasir pantai adalah bukan berdasarkan FIR tetapi sejenis urutan keseluruh tubuh disamping manfaat resapan dari mineral dari air laut macam mandi air panas semula jadi. Rawatan ini amat mujarab namun tekniknya kena betul. Nanti saya tulis artikel khas berkenaan rawatan ini."

    ReplyDelete
  117. Segala puji bagi Allah, Yang Menguasai alam ini.
    Moga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua.
    Betapa mahalnya anugerah hidayah Allah itu, dpt menentukan arah mana kita akhir nanti.
    Sy sebenarnya ter'kesan' juga apabila melihat, perkara 'syirik' ini.
    Sikap kita apabila apa yg dibuat oleh kita sendiri disanggah oleh org lain , apatah lagi bila disebut 'syirik' mencabar ego kita. Bayangkan , setiap laku kita sebelum ini ada bayangan perlakuan 'syirik', tp kita rasa tidak, pasti saja tercabar. Begitu juga sy.
    Tapi sy cuba belajar.Apabila org kata kita ini 'bodoh', ukuran apakah yang digunakan sehingga menyatakan kita bodoh. Disitulah kita periksa.
    Apalagi bila berkaitan perkara 'syirik', pasti besar akibatnya kerana melibatkan akidah.Kalau kita 'bodoh', kita akan belajar agar kita tidak lagi bodoh.
    Kalau kita 'sesat', kita cari jalan untuk berada di atas jalan yg betul.Kalau kita lakukan perkara 'syirik', pastinya kita cari jalan untuk berada pada akidah yg betul.
    Makanya, kebenaran itu mutlak hanya dari Allah.
    Pd sy, ilmu-ilmu 'baru' ini terlalu byk sgt. Asas sy mengenali ilmu-ilmu baru ini bermula atas minat. Sementelahan pula amat banyak material berkaitan dgnnya.di pasaran, dan org yang menawarkan utk mempelajarinya. Kalau dulu, ilmu-ilmu spt 'so called' ilmu batin, amat terpilih utk org mempelajarinya. Tapi kini tdk lagi.
    Tapi, sy cuma terfikir, kemana akhirnya nanti.

    ReplyDelete
  118. TO: MJ, ABHAM,TRIDZUL dan lain-lain........
    assalamualaikum. salam kedamaian. salam cinta dan salam kaseh. seperti juga apapun yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa. takkan ada akhirnya kerana selagi ada akal/minda ia sentiasa berevolusi. semakin maju atau jauh manusia pergi, semakin itu minda akan berkembang. arah dan tujunya kitalah yang tentukan. kisah tgidzul ada kebenarannya. tetapi janganlah dipersalahkan pada ilmu. SALAHKAN DIRI SENDIRI. Saya sebagai pengsyuhada REIKI ada cerita sebaliknya. dahulunya saya adalah seorng yang hampir buta hati. Bir seperti minum teh tarik. tapi setelah mengambil attunement dan berguru. hidup saya lebih terarah. kini mendirikan solat dan m,elakukan amal lainnya. JADI MANA YANG SALAH DAN MANA YANG BETOL??? jika kita menyalahkan secara mutlak sesuatu ilmu itu, ITULAH YANG SALAH tuan. kita tidak perlu mencari ilmu lain untuk sesat, cukuplah hanya sekadar belajar ilmu mengenal Allah. silap gaya, silap langkaH...tersengkur juga dipintu syurga.
    saudara Abham, siapa yang mahu digelar syirik...memang ego tercabar, kalau orang tuduh kita atau cakap kita bodoh, kita kena periksa dulu siapa orang itu, dan kita kena terima kesalahan jika kita bersalah. apa-apalah mudah2an saudara semua lebih faham tentang hakikat. sementara didunia, carilah kebahagiaan disamping akhirat didalam gemgaman. amal tanpa ilmu itu taqlid. taqlid itu sesat lagi menyesatkan. yang penting, kita TAHU apa yang dilakukan atau amalkan. selagi tidak menyekutukan. IKTIQAD itu penting dan bukan amalan. Janganlah kita sesekali menghakimi sesuatu hanya dengan melihat dari luarannya. dalamilah dan hayatilah sesuatu itu dengan hati yang mahu mencari kebenaran. ilmu takkan ada titik noktah...selagi nyawa dikandung badan. Wallahuqlam

    ReplyDelete
  119. Terkadang saya tertanya sendiri, SIAPA GERANGAN eMJay??? kalau kita biasa melihat blogger2 lain, kita akan tau siapa dibelakangnya, tertanya lagi di hati kecil, siapa kah MJ.... kenapa takut memperkenalkan diri????

    ReplyDelete
  120. Apa ada pada gambar. Nabi pun tiada gambar dan melarang gambarnya dilukiskan. Adakah kerana Nabi takut?

    Sekiranya sdr sudi ke JB, datanglah dan kita boleh bersilaturrahim dan berkongsi ilmu kerana Allah. Jika ingin ke JB, email saya untuk mendapatkan alamat saya. Saya adalah seorang hamba Allah dan tiada sesiapa di belakang saya. Saya bukannya proxy sesiapa. Kalau dahulu, arwah guru sayalah pendorong segalanya.

    Saya pohonkan kemaafan terlebih dahulu kepada sdr rendramarcy sebelum saya menyambung tulisan saya. Saya sangat menyayangi pembaca-pembaca Laman Emjay. Perasaan sayang inilah yang menjadikan saya bertegas dengan pembaca sebagaimana saya bertegas dengan anak-anak saya. Anak saya yang bongsu yang kini di dalam darjah 3 adalah anak yang paling teruk kena rotan dan ikat tangan dan kaki kerana semata-mata saya sayangkannya. Kini alhamdulillah sudah hampir 2 tahun rotan sudah digantung.

    Menegur adalah tanda sayang.

    Orang hisab rokok belajar ilmu tenaga dalaman dan kuasa minda, dapat berhentikan tabiaat merokok. Bagi syaitan ini sudah satu keuntungan. Hisap rokok sekadar satu dosa yang tidak merosak akidah manakala mempelajari dan mengamalkan ilmu tenaga dalaman, kuasa minda, meditasi, kundalini, reiki, CVT dan segala yang sewaktu dengannya adalah sesuatu yang merosak akidah. Rugi 5 tetapi untung 50 maka keseluruhan untung adalah 45. Syaitan dalam kes merokok tersebut membantu pengamal kuasa minda dan tenaga dalaman untuk berhenti kerana syaitan memperolehi keuntungan yang paling besar dan tiada yang lebih besar keuntungan kepada syaitan melainkan kerosakan akidah.

    Saya berdoa dan menasihatkan sdr rendramarcy yang saya kasihi, sempena ramadan yang bakal menjelang, banyakkan solat sunat dan solat malam dan bersungguh-sungguh serta ikhlas, berdoalah semoga Allah SWT memberikan petunjuk samaada amalan sdr iaitu REIKI benar-benar diredhai Allah atau tidak.

    Bagi kes sdr rendramarcy yang di kasihi, syaitan membantu sdr berhenti minum bir tidak ada masalah langsung kerana syaitan mendapat keuntungan yang sangat besar apabila sdr mengamalkan ilmu REIKI. Sebagai tanda kasihlah saya menasihati sdr agar merujuk perkara ini kepada Allah melalui solat sunat dan solat malam, insyaAllah Allah akan memberikan taufik hidayahnya kepada sdr.

    Harapan saya hanyalah, alangkah untungnya saya sekiranya kebaikan yang sdr rendramarcy lakukan, saya ada sahamnya, itu sahaja.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  121. Pada gambar kurang2nya dapatlah dilihat rupa gerangan ustaz. tak perlulah ustaz nak loyerburok lagi. pada saya ustaz ada perasaan takut dan gentar. lebih selesa diri tak dikenal. sikap seorang guru tak macam ni.apa-apalah. yang paling penting, rasa tanggungjawap kepada apa yang disampaikan.

    Reiki bukanlah agama. seperti doktrin lain...Islampun ada perbagai-bagai cabang. ada yang faham Islam itu keganasan, ada yang kata kolot dan ada yang kata Islam itu indah. dari sudut mana ustaz nak pandang, terpulanglah. Kuasa minda...ia berlaku tanpa perlu dipelajari, cukuplah hanya sekadar ustaz berfikir menyelesaikan sesuatu masalah. seperti juga ia digunapakai oleh daie2 dalam menyebarkan. Cuma kursus-kursus kuasa minda disilibuskan supaya kita dapat belajar bagaimana menambah baik fikiran dan lebih fokus dalam sesuatu pekerjaan dll. dari mana pun ilmu itu datang, yang penting iktiqad, pemahaman dan penghayatan dan dapatkan jawapan, semuanya perlulah ada pemusatan kepada Allah s.w.t.

    kasih dan cinta Allah kepada makhluk tiada bertepi. apapun pandangan ustaz, saya ucapkan terima kaseh. Insyaallah jika saya ke JB saya akan menghubungi ustaz untuk bersua muka. untukmu jalanmu untukku jalanku. biar mungkin ada dua jalan. mudahan bertemu di satu titik noktah.

    ReplyDelete
  122. Alhamdulillah syukur dgn artikel yg dikepilkn oleh sdr tgidzul...mudahan ia membuka minda semua pengamal ilmu2 menyesatkan tersebut.

    ReplyDelete
  123. "Nak syirik bukan susah, saya beritahu satu perkara tetapi minta semua pembaca jangan melakukannya kerana merosak akidah. Ilmu ini banyak diamalkan dalam ilmu karate. Apabila seorang pelatih karate ingin memecah batu bata, fokuskan minda sdr dan yakinilah bahawa anda boleh melakukannya. Fokuskan sungguh-sungguh minda. Setelah cukup fokus, lakukanlah karate untuk memecah batu bata tersebut. Nah kan sdr boleh memecahkan batu bata tersebut. ANDA MEMANG ADA KEKUATAN DAN TENAGA UNTUK MELAKUKANNYA!!!"

    Saya berminat nak komen pasal karate. walau pun saya tidak pernah mengikuti sebarang kelas tetapi saya selalu membaca buku2 berkaitan 'power of mind" dan seumpamanya. Pada satu hari saya telah mengikuti satu kursus yang ada menyelitkan topic ini (power of mind). Dan pada sesi demo, saya SENDIRI telah berpeluang untuk menggunakan konsep ini untuk mematahkan sebatang besi kerikir kayu setebal lebih dari 5mm kepada beberapa kepingan. Dipendekkan cerita,prosedur nya seperti berikut: (of course sebelum itu we were introduced to the concept of power of mind etc)
    1. kene yakin pada diri sendiri
    2. Duduk pada kedudukan yang selesa
    3. imagine/membayangkan besi itu hanya sebatang kayu yang reput
    4. imagine tangan saya sebagai sebaatng besi yang keras
    5. baca bismillah, ambil nafas dan belasah besi tu dibahagian tengah dengan kiraan sendiri

    alhamdulilah,denagn izin Allah besi itu patah kepada beberapa kepingan. Dan alhamdulillah, saya gembira kerana akhirnya saya dapat meng-apply apa yang saya telah baca sebelum ini. Paling penting, tidak terdetik sedikit pun untuk berfikir yang pelik2 sehingglah saya terbace ape yang saudara telah tuliskan seperti ter-paste di atas.

    Pada pendapat saya
    1. Power of mind ni tak complicated mana pun. Contoh paling senang nak bagi paham-mcm budak kene suruh baca Quran, kalau dah malas mcm2 alasan die kasi. kalau yang ada strong power of mind, cerita kat tv best maner sekali pun die akan tetap baca Quran.
    2. nak patah kan besi bukan boleh main belasah je, kene tau cara2, procedure mcm saya tulis kat atas tuh
    3. Keyakinan diri sangat penting. ada beberapa volunteer sebelum saya yang nak buat, tapi kemudian tak berani selepas kurang yakin setelah easily buying the idea from the instructor that ada yang patah tangan pada sesi sebelum2 itu.
    4. peranan instructor juga penting- he will sell the bad idea (like ada yang patah tangan) and also the good ones (like a standard 5 school girl can do it). So kalau kite tak yakin we can choose to become the ones yang patah tangan, else kalau yakin Insyallah boleh patahkan besi tu mcm budak darjah 5 tuh...ape pun pada pendapat saya semua cerita2 itu SENGAJA instructor itu ADAKAN2 untuk sebenarnya access/melihat tahap keyakinan volunteer2.-and to safely ensure tak de tangan yang akan patah pada sesi demo itu.

    moral: yakin pada diri, berdoa pada Allah untuk melakukan kannya, Insyaallah akan berjaya.
    moral no 2: bercakap tanpa dan dengan pengalaman itu amat berbeza.
    moral no 3: we can choose untuk berfikir kebaikan(+ve) or get too obsess on keburukan(-ve)-itu juga power of mind

    Wallahualam

    regards,
    PMR-certified jurutaip

    ReplyDelete
  124. ....berkata tentang "power in mind" ternyata kebenarannya...maksud saya apa jua yg kita lakukan semuanya datang dari minda kita sendiri diiringi dengan
    pengetahuan yang dipelajari dan dipraktikkan. Oleh itu gunalah minda sebaik mungkin kerana itu adalah anugerah paling berharga dari yg esa dan
    saya dapati MJ ni kurang "power in mind"....sbb more power in cut paste

    ReplyDelete
  125. ade sket addendum,

    and to safely ensure tak de tangan yang akan patah pada sesi demo itu= to reduce the risk of having tangan yang patah pada sesi itu
    kang mj kata "instructor tu Tuhan ker..sampai bole pasti kan tangan tak akan patah"

    kacau dodol sampai ter over-bake
    buah keranji dalam perahu
    tulis kat bog mj ni kene berlapik
    walau pun kang mj buat tak tau, sbb tak tau

    ReplyDelete
  126. Engkau ni jurutaip, saya tengok engkau dah baca artikel saya bertajuk Jauhi maksiat dan Muhasabah diri tetapi rupanya sekadar baca tetapi tidak dapat iktibar dari pembacaan engkau. Macam air di daun keladi. Cuba baca sekali lagi hadis berikut:

    Al Bayan: 951 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Sulaiman a.s memiliki seramai enam puluh orang isteri. Suatu ketika dia pernah berkata, malam ini aku pasti (YAKIN BENOR LAH TU MACAM SI JURUTAIP) akan menggauli semua isteriku, sehingga kesemua daripada mereka akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda (tentera berkuda) untuk berjihad di jalan Allah. Ternyata mereka semua tidak mengandung kecuali seorang sahaja itupun hanya melahirkan anak yang cacat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya Nabi Sulaiman a.s mengecualikan (berkata Insya Allah) maka setiap daripada mereka akan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda untuk berjihad di jalan Allah.

    Orang kalau yakin dengan diri sendiri bakal mengulangi kesilapan Nabi Allah Sulaiman. Saya tidak pernah yakin sama sekali dapat menghasilkan Laman Emjay sehingga sebegini rupa tetapi alhamdulillah dengan rahmatnya Laman Emjay terhasil. Engkau ini belajar dah banyak tetapi asas tauhid rububiah tak reti langsung. Teruskanlah dengan keyakinan engkau yang tinggi tu dan biarlah saya tengok sampai kemana engkau pergi dengan keyakinan engkau tu!!

    Saya adalah hamba Allah yang lemah dan sesungguhnya lahawlawala quwatailla...........aziem. Saya tiada kekuatan melainkan yang diberikan oleh Allah.

    Saya yang lemah ni kalau diberi peluang untuk karate si jurutaip saya akan buat begini:
    1. Saya berlatih melakukan teknik karate yang terbaik diiringi doa kepada Allah SWT
    2. Saya berdoa Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk memberikan pelajaran melalaui karate ini untuk mendidik si jurutaip
    3. Dengan keyakinan terhadap kekuasaan Allah saya karate si Jurutaip semoga dia lemah tak boleh melawan dan insaf kembali ke pangkal jalan

    Biarkanlah si jurutaip dengan keyakinannya terhadap dirinya sendiri semoga kita sebagai umat islam tidak terikut-ikut dengannya.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  127. Saya ingin menambah apa yang diperkatakan oleh jurutaip "Keyakinan diri sangat penting". Saya memang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana bercanggah dengan agama Islam.

    Ali Imraan: [123]
    Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

    Dalam peperangan Badar, kira-kira 300 tentera Islam menentang 1000 tentera kafir dengan persenjataan yang kuno dan kurang haiwan tunggangan. Mereka tiada keyakinan diri tetapi mereka mempunyai keyakinan terhadap Rasul dan Allah SWT.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  128. salam,

    after all the "tit-for-tat" between jurutaip dan emjay (dan yang lain2 juga), saya telah merumuskan personaliti saudara emjay adalah seperti berikut:

    slow reader
    sekiranya anda memulakan ayat anda dengan "saya bersetuju dengan kenyataan emjay, tetapi" emjay akan HANYA mampu membace keseluruhan ayat dan tidak termasuk ayat2 selepas perkataan 'tetapi'. Satu lagi beliau hanya mampu membaca dan memahami perkataan bismillah,insyallah'dan seumpamanya yang di taip oleh dirinya sahaja.

    lazy reader
    antara sebab emjay selalu tak menjawab soalan adalah kerana die juga malas nak membaca ape yang orang tulis. sebab die (yakin) hanya dia seorang sahaja yang betul

    rendah IQ,EQ dan (SQ)
    hanya membuka minda pada pendapat sendiri sahaja

    mementingkan quantiti dan bukan quality
    suke paste banyak2 barang, semakin tak boleh jawab semakin banyak yang akan di paste.

    Fictitious
    Cara penulisan tak macam seorang ustaz mahupun seorang pensyarah. jauh sekali berkelulusan biologi dan haper lagi tah (luper sbb tak penting)

    Incompetent
    Tak boleh menjawab banyak persolan dan takut nampak tak terrer.

    Negative thinker
    semua bende pun negatif. padahal Tuhan menjadikan setiap perkara dengan baik dan buruknya.

    Femenist/ada sex 'issue'
    suka kasi example pompuan, rogol, dan seumpamanya

    Penghisap rokok (agaknya)
    "Hisap rokok sekadar satu dosa yang tidak merosak akidah manakala mempelajari dan mengamalkan ilmu tenaga dalaman.."

    Rendah keyakinan diri
    takut untuk menggunakan perkataan yakin walaupun dengan bismillah/insyallah dan ayat2 seumpamanya

    mesin potostat berkopiah
    cut and paste, potostat ayat orang, gaya q&a orang. Tak de originality

    bad writer
    dalam 100% karyanya, yang datang dari dirinya adalah lebih kurang dari 5% sahaja (lain2 paste). 100% dari 5% itu selalunya negatif.

    para-normal
    manusia normal lahir-menirap-mrangkak-berjalan. emjay ni lahir2 terus berlari. tu pasal sekang die jalan 'lop-sided' (analogy-in case tak paham=belajar agama tak ikut step terus tahap tinggi)

    rigid
    statik, beku, lesung batu

    pemarah dan tidak penyabar (especially bile tak bole jawab)
    bace je lah ayat2 die

    suka nak ubah orang
    pakar motivasi cakap:never try to change people, just help them to change. emjay cakap "berubah lah menjadi seperti saya"

    penghibur+penglipur
    memang sangat 'menghiburkan' . berkemampuan membuat orang tahap tak berapa terrer (PMR) berase terrer. membantu pembaca/pengkritik mengasah skil penulisan kreatif. (akhirnya..ada jugak sedikit kebaikan)

    ada banyak lagi. jurutaip rase cukup sehingga kini.


    PRM-certified jurutaip (Anugerah emjay 2007)

    ReplyDelete
  129. ikhwan sekalian
    assalamualaikum...
    sekadar memberi pendapat...cerita yg dikongsi sdr tgidzul, insyaAllah dpt kita manfaatkan. Sy pernah juga diskusi ttg perkara ini dgn seorg pengamal perubatan/beladiri. Kita sebenarnya tdk nampak perkara ni semasa mengamalkannya. Semasa proses olahan nafas, kita tidak sedar bhw 'energy' apa yg dimasukkan didlm tubuh bdn.Mengikut konsepnya, 'energy' itu masuk melalui pintu-pintu tertentu di kawasan tubuh, serupa juga spt mana kita mengarahkan 'energy' itu utk keluar samada utk perubatan @ jurus. Ketika itu, sy kira ilmu spt ini, begitu menarik malahan ada juga mempraktiskannya.Namun apa yg membuat sy cuba utk berhati2 adalah apabila dikatakan 'adakah kita yakin yg 'energy' yg masuk adalah 'pure energy' dn tidak makhluk halus atau jin.Sehingga itu, sy stop, dn hanya mengamalkan nafas sekadar utk senaman spt biasa dn tdk membayangkan/imagine/makrifatkn seolah kita ber'main' energy.
    Sehingga sy membaca laman mj, sy byk berfikir dn sekrg ini menilai sendiri berkenaan apa yg telah sy lalui ini.
    Selain itu, perkongsian ilmu dr sdr jurutaip, sy cuma ingin memberi pendapat, 'power of mind' spt yg dikatakan merupakan proses pemokusan fikiran dalam apa jua yg dilakukan. Sy juga prnah belajar seni bela diri (bukan karate) tp berminat mengkaji seni beladiri dn konsepnya.Sy kaji konsep 'ki' di dlm 'aikido' dn cuba aplikasikan dlm seni yg sy pelajari. Ia nmpak mudah dn membantu dlm aktiviti latihan. Namun sesuatu yg kurang pd pandangan sy, ialah spt mana yg dinyatakan oleh ustaz mj iaitu penggantungan pd Allah. Nampak spt 'kita' yg punya 'upaya' dan bukan kita letakkan Allah atas segala sesuatu. Sy tdk pasti org lain faham apa yg sy cuba maksudkan. Sy masih belajar dn akan terus belajar. Cuma ketika ini apa yg sy simpulkan, kita perlu berhati2 dgn apa yg dipelajari. Sentiasa pohon petunjuk Allah agar tidak 'sesat' dlm mencari jln. Sdgkan. andai kita ber'ilmu' sekalipun boleh tersesat...apatah lagi kita yg kurang ilmu.
    Sy pd masa ini diuji Allah. dn sdg mencari jln utk mengatasinya. Cumanya, bila membaca laman mj ini, dn melihat komen2 ikhwan sekalian...mudah2an sy nmpak jlnnya. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  130. *Saya ingin menambah apa yang diperkatakan oleh jurutaip "Keyakinan diri sangat penting". Saya memang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana bercanggah dengan agama Islam. *

    - Bukan ke keyakinan diri amat penting....kenapa pulak ianya bercanggah dlm islam....kalau kita tak yakin mcm mana kita nak maju dalam semua perkara. Patut la melayu payah nak maju sbb tak yakin...Fakta ke auta tu???

    ReplyDelete
  131. errkk..ramai gak rupenya yang " mampu membaca dan memahami perkataan bismillah,insyallah'dan seumpamanya yang di taip oleh dirinya sahaja.(dan bukan ditulis oleh orang lain termasuk saya)...tah la langit07 saya pun culture shock bile orang kata yakin diri tu bercanggah dengan Islam. Kesian Islam dan orang2 Melayu..oklah jurutaip dah hampir memahami "cuaca2" di sini. message sent and learnt ..bai bai

    ReplyDelete
  132. Betul tu.. keyakinan diri sangat penting.. teramat penting...

    Apa kata langit07 pegi panjat bangunan 7 tingkat, lepas tu tanamkan keyakinan diri.. penting ni.. mesti yakin.. 'saya bole terbang' .. saya ulangi mesti yakin... kalau tak yakin.. tak menjadi (pinjam kata org2 handal tenaga dalam).. pastu lompat ke bawah....

    Bila dah buat .. besok cerita kat sini.. nak tau gak..

    ReplyDelete
  133. Waalaikumussalam wbh sdr abham72

    Syukur alhamdulillah segala puji bagi Allah semoga sdr akan terus diberikan taufik hidayah berkat dan rahmat pertolongan dari Allah.

    Sekiranya saya boleh membantu masaalah yang sdr hadapi, silalah email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Semoga sdr abham72 sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  134. Pelajarilah kembali sifat rububiah Allah.

    Melayu tak maju sebab menjauhi perintah Allah SWT dan sunnah Nabi SAW

    Emjay

    ReplyDelete
  135. Sudah lama saya tdk menulis di laman ini... Kerana sibuk membetulkan balik fahaman2 murid2 saya yg dtg untuk belajar...Sdr2 semua kena faham apa yg sdr mj sampaikn bermaksud "keyakinan diri sangat penting" bercanggah dgn Islam... Jangan kita sandarkan kerana keyakinan diri kita....Segalanya dengan kuasa Allah.

    ReplyDelete
  136. Sudah lama saya tdk menulis di laman ini... Kerana sibuk membetulkan balik fahaman2 murid2 saya yg dtg untuk belajar...Sdr2 semua kena faham apa yg sdr mj sampan bermaksud "keyakinan diri sangat penting" bercanggah dgn Islam... Jangan kita sandarkan semuanya kerana keyakinan diri kita....Segalanya dengan kuasa Allah.

    ReplyDelete
  137. Saya amat bersetuju dgn kenyataan ini.."Melayu tak maju sebab menjauhi perintah Allah SWT dan sunnah Nabi SAW".

    ReplyDelete
  138. Assalamualaikum wbh antijumudpencen yang dikasihi.

    Semoga sdr sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT dan diberikan segala kemudahan dan pertolongan dari Allah SWT dalam setiap urusan sdr.

    Rindu juga dah lama sdr menyepi diri. Kalau ada sebarang pertolongan yang boleh saya berikan, silalah email saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  139. W'salam ustaz mj.... saya pun rindu juga rasa tidak melawat laman emjay ni... walaupun dulu laman emjay ini paling saya tidak sukai artikel2nya...skrg ini terasa rindu juga bila lama tidak melawat.... kerana laman inilah yang membuka minda saya dan menyelamatkan saya. InsyaAllah saya akan war-warkan laman ini untuk murid-murid saya.

    ReplyDelete
  140. Syukur alhamdulillah

    Yang baik adalah dari Allah dan yang buruk tu memang dari kelemahan saya jua.

    Bagaimana dengan rancangan nak buka laman sendiri. Kalau nak buka laman di Multiply saya sedia membantu mana yang mampu.

    Emjay

    ReplyDelete
  141. Saya nak tanya sdr mj... apa pandangan sdr mj dgn Jalan Bapa Baginda Mokhtar (C10)?

    ReplyDelete
  142. Assalamualaikum wbh anakkerak

    Terus terang saya kurang kenal dengan Bapa Baginda Mokhtar (C!0).

    Mintalah sedikit bantuan semoga saya kenal orang ini sebelum saya membuat penilaian.

    Kalau Abuya Ashaari Al Arqam tu saya kenallah dan saya memang menentangnya dan fahamannya.

    Adakah orang ini bekas orang nombor 2 Al Arqam dulu yang mufaraqah dari Arqam?

    Emjay

    ReplyDelete
  143. askum....rasa bertuah da berterima kasih adanya laman emjay ni....
    teruskan ustaz...

    ReplyDelete
  144. Assalamualaikum wbh hebat9 dan ixora2008

    Yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan saya jua.

    Tentang komen hebat9, biarlah saya tidak moden dan kuno asalkan saya diredhai Allah. Apa untungnya moden kalau tidak diredhai Allah??

    Emjay

    ReplyDelete
  145. A'kum ustaz....apakah benar ilmu2 ni semua sesat sedangkan tiada pihak yang bertindak apa-apa malah berleluasa. Ustazorang pertama saya dengar kata ilmu ni sesat. Apakah benar ilmu ini semua berkait dengan agama lain atau ia sekadar ilmu atau budaya??

    ReplyDelete
  146. assalamualaikum wbh hatisuci

    Pada bulan November 2006, saya perhatikan hanya saya seorang yang menentang penggunaan kayu kokka yang di jual oleh darul Nukman. Alhamdulillah kemudian beberapa ilmuan islam mengikuti jejak untuk mengharamkan penggunaan kayu kokka. Namun sehingga kini yang saya perhatikan sekadar tidak sampai 5 orang termasuk saya yang mengatakan penggunaan kayu kokka yang menyalahi akidah di Malaysia. Ulamak yang lain termasuk JAKIM sedang kelesuan agaknya.

    Tentang bab aura, chakra, kuasa minda, CVT dan yang sewaktu dengannya, biarlah saya sekali lagi mendahului yang lainya menghukum perkara ini. Mudah-mudahan yang lain bakal mengikutinya kemudian.

    Marilah kita kita lihat sejarah Nasrul Haq dahulu. Cukup lama ia berkembang dimasjid-masjid di segenap pelusuk negara tetapi akhirnya bersepai setelah difatwakan sesat.

    Tentang perkara ini, kalau bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah, insyaAllah diberikan juga petunjukNya.

    Saya sekadar mencari redha Allah untuk memberikan nasihat

    Emjay

    ReplyDelete
  147. Saya dikira baru dalam mengenal ilmu2 sebegitu, tetapi berpuluh ribu juga sudah habis untuk mendapatkannya..... Saya amat kecewa apabila ia dikatakan sesat... tetapi saya lebih suka menilai dahulu sebelum mempertahankan ilmu2 ini..kerana dalam masa saya mempelajari ilmu2 ini pun hati saya berasa tidak sedap...sebab ada di antara kawan-kawan yang mengatakan ilmu ini ada melibatkan jin, tetapi saya berpendapat ia adalah ilmu sains kerana tidak terdapat unsur2 pemujaan.. Saya masih tertanya-tanya dan dalam kebingungan setelah membaca artikel ini..Begitu tinggi harapan saya dalam ilmu ini... Adakah boleh saya menghubungi ustaz untuk bertanyakan soal ini..? Bagaimana caranya untuk menghubungi ustaz?

    ReplyDelete
  148. Hubungilah saya melalui email saya kangmasjb@hotmail.com

    ReplyDelete
  149. "Ulamak yang lain termasuk JAKIM sedang kelesuan agaknya."...

    Napelah mesti mengata orang lain mcm ini Ustaz? Kita pun banyak kekurangannya, janganlah sampai mengata orang lain, seolah2 kita kata diri kita ini bagus.

    Ustaz sepatutnya tidak boleh bersikap sebegini, nanti mencemarkan imej institusi ulama itu sendiri. Pasal Ustaz senang-senang sahaja menghukum orang itu ini sesat, janganlah buat macam tu, sebaiknya Ustaz pergi jumpa sendiri dengan orang2 yang berkaitan, dan cuba berbincang dengan mereka.

    Satu lagi, saya nampak, sudah ada unsur2 nak taksub kepada ustaz oleh sesetengah forumers, saya harap janganlah jadikan Ustaz Emjayjb ini sebagai sumber rujukan utama dalam permasalahan agama, cuba rujuk pada orang lain yang tahu, dan juga orang yang tahu tentang pekerjaan mereka.

    Rasulullah saw bersabda "kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu", merujuk cerita tentang Rasulullah saw melihat penduduk Mekah mendebungakan pokok2 tamar.

    Sedangkan Rasullullah saw sendiri rendahkan diri Baginda sebegitu, inikan Ustaz Emjayjb. Langsung tidak merendahkan diri, malah seperti mengatakan diri sendiri adalah bagus.

    Ustaz Emjayjb ini buat research atau kajian, bukan sebenar2 kajian yg sepatutnya dibuat, tetapi nampaknya melalui kajian dalam laman2 web sahaja, mana boleh mcm tu Ustaz. Kajian sepatutnya dengan cara Ustaz berjumpa sendiri dengan pengamal2 ilmu yang Ustaz kata sesat itu. Jumpa dan berbincang dengan mereka, jangan mudah kata mereka sesat. Dan Ustaz...JAKIM nak buat fatwa pun, melalui kajian bertahun2 tau, bukan check laman web terus kata orang sesat. Pihak JAKIM akan buat kajian, melihat sendiri dan menilai apa yg dibuat oleh pengamal2 sesuatu ajaran, selepas itu baru difatwakan sesat, mereka bukan "lesu" seperti yang Ustaz katakan.

    Tolonglah, saya tengok banyak dah yang lari Ustaz ni, Ustaz tidak tahu tentang hal orang lain, tetapi Ustaz cuba bercakap tentang hal mereka, Rasullullah saw pun tidak begini Ustaz...."Kamu lebih mengatahui tentang hal dunia kamu", dan juga dalam Al-Quran juga ada menyebut supaya kita berjumpa dengan orang yang mengetahui tentang sesuatu perkara.

    Buat lah kajian dengan berjumpa dengan pengamal2 yang Ustaz kata sesat . Jangan kata orang lain lesulah, sesatlah, nauzubillah...

    Sampai persatuan silat yang tidak mengamalkan tahyul atau khurafat pun Ustaz hendak kata syirik. Sedangkan Ustaz tidak berjumpa sendiri dengan persatuan tersebut. Kalau sesat, dah lama kena ban Ustaz oi. Jangan mudah kata orang lain sesat.

    Ingatlah kita semua tidak perfect Ustaz, bukan semua ilmu kita tahu, dan tidak semestinya ilmu yang asal dari pengamal2 agama lain itu sesat, jangan tengok agama dia, tengok cara dia melakukan penyembuhan. Dalam dunia ini macam teknik penyembuhan penyakit ada. Kalau macam itu, Ustaz sakit Ustaz pergi mana? Hospital kan? Ustaz tidak sedar kah ubat-ubatan, dan teknik perubatan dekat hospital itu asal dari negara Barat? Negara yang penduduk dia beragama Kristian, kenapa Ustaz tidak kata ini sesat? Sedangkan Rasullullah saw dan Islam sendiri ada cara untuk mengubati penyakit. So, cara perubatan barat ini tidak menyalahi cara Islam kah Ustaz kerana dalam Islam tiada pun cara perubatan Barat ini, yang guna dadah lagi. Ustaz2...

    Saya bukan hendak rendahkan Ustaz, saya sendiri pun lemah teramat lemah dalam bab2 agama ini, tapi Ustaz janganlah meninggi diri dan mudah mengata orang lain.

    Maafkan saya Ustaz, perbaiki lah cara Ustaz membuat kajian.

    ReplyDelete
  150. Danialmuslim.... di Malaysia ini banyak yang jelas menentang hukum Islam...menolak perlembagaan Al-Quran dan Sunnah... kenapa JAKIM dan yang lain-lain senyap??? Takut periuk nasi lingkup ka? Ada satu pertubuhan yang meneraju negara ternyata sesatnya.... Islampun dibawahnya bukan dia di bawah Islam. Ulama yang berani menegur habis ditibai dan dipecat. Kenapa semuanya senyap?? Itukan lesu namanya.

    ReplyDelete
  151. Di Malaysia ni tak yah tunggu kena ban baru tau mende tu sesat... "Ilmu"yang menentukan sesuatu itu sesat atau tidak..sebab tu kena belajar ilmu aqidah danialmuslim oii.... Kalau tunggu kena ban... alamatnya lingkuplah aqidah umat. Ilmu dunia dan ilmu akhirat kena pandai bezakan sdr..... Rasulullah tidak melarang kita mengambil ilmu dari barat atau orang kristian....selagi ia tidak bersangkutan dengan agama dan aqidah. Pusat judi terbesar di asia tenggara siapa punya??? takkan kita nak kata halal pasal tiada siapa yang boleh tutup...padahal di war-warkan Malaysia ni negara Islam.

    ReplyDelete
  152. Assalamualaikum wbh Anakkerak, Danialmuslim dan umat Islam sekelian

    Alhamdulillah dan terima kasih atas penjelasan oleh sdr anakkerak yang dihormati berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Danialmuslim.

    Saya memang sepenuhnya bersetuju diatas komen sdr anakkerak.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  153. ermm... perkara itu, memanglah tidak dapat dinafikan, pemerintah kita pun hanya menegak syiar islam, bukan syariat, bab undang2 Islam itu, terpulanglah pada pemerintah, kita hendak menentang guna apa? cuma pilihanraya sahajalah penentunya..negara kita dah aman damai, sebab itulah susah untuk "pihak" yang hendak menegakkan syariat islam ini untuk menang dalam pilihanraya pun.

    Cuma disini, apa yang kita bincangkan, janganlah mudah kita menfatwakan sesat sesuatu ajaran, JAKIM buat kerja, bukan xbuat, kita tidak tahu, jangan kita tuduh mereka tidak buat kerja. Cuma siasatan dan nak istihar sesuatu ajaran atau perkara itu sesat, mengambil masa yang lama, dan bukan kerja mudah nak buat semua itu. Al-Arqam dulu pun kena pantau dan siasat bertahun-tahun, hingga lengkap dan cukup buktinya, barulah JAKIM istihar mereka sesat. JAKIM buat kerja saudara-saudara sekalian, cuma bab2 penguatkuasaan itu, JAKIM tiada kuasa. Penguatkuasaan ini semua dibawah Polis DiRaja Malaysia...nak tangkap orang ke apa ke. Polis pun banyak kes nak kena setel, jenayah pun makin bertambah di negara kita ini, so xdapat lah nak setel semua perkara sekaligus termasuklah bab2 ajaran sesat ini. Ada ajaran sesat yang dah pun difatwakan sesat, tetapi masih boleh bergerak bebas, contohnya kumpulan anti hadis kassim ahmad tu, ini semua bukan salah JAKIM, tapi penguatkuasaan di negara kita ini, dan macam saudara katakan, negara kita ini bukanlah negara islam sepenuhnya, hanya syiar islam sahaja yg dtegakkan.

    Tentang bab2 ilmu ini, luas, kita tidak tahu tentang semua ilmu yang ada di dunia ini, tentang bab2 perubatan menurut chakra ke apa ke itu, tidak salah, apa yang penting adalah diri pengamal itu sendiri, jangan terlampau terpengaruh dengan amalan itu hingga membawa syirik kepada Allah swt. Maksud saya, kita boleh guna rawatan itu, atas tujuan, untuk mengubati penyakit yang tidak boleh diubati dengan perubatan moden, itu cuma ikhtiar. Diri kita pula, hendaklah berserah kepada Allah swt, selagi kita tidak mensyirikkan Allah swt dgn perubatan agama apapun dibolehkan, dengan syarat, sudah abis ikhtiar.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  154. Kita pendekkan dan ringkaskan cerita ,

    Saya tanya sdr danialmuslim, sdr nak galakkan atau menegah atau berkecuali tentang mengamalkan amalan berkaitan aura chakra kuasa minda CVT dsbnya sebagaimana yang saya kupaskan di atas.

    Menunggu jawapan sdr danialmuslim

    Emjay

    ReplyDelete
  155. Assalamua'alaikum danialmuslim... saya telah memahami apa itu ilmu aura, reiki tenaga dalam dan sebagainya walaupun bukan orang yang terarif... Pengalaman saya ialah ilmu-ilmu ini semuanya berkait dengan unsur-unsur mistik dan penggunaan suatu tenaga dari alam yang tidak diketahui apa sebenarnya tenaga tersebut..cuma ia diistilahkan tenaga alam dan tenaga dalam...... Semasa proses latihannya akan terasa suatu getaran... dan tiada siapa pun ahli ilmu-ilmu dapat menafikan bahawa ilmu ini berkait dengan unsur-unsur mistik seperti jin, khodam, tangkal dan azimat. Apa saya tidak berbeza ilmu-ilmu ini semua dengan ilmu-ilmu kebathinan dan perbomohan. Cuma ia ditutupi dengan penggunaan istilah-istilah yang lebih ilmiah. Ilmu-ilmu ini seolah-olah diilmiahkan agar ia diterima oleh masyarakat. Ternyata ia berjaya menarik minat masyarakat umum dan boleh saya katakan di sini bahwa masyarakat tertipu dengan apa yang diwar-warkan oleh pengamal-pengamal ilmu ini. Pengalaman saya sendiri dalam pengamalan ilmu ini... Ilmu ini nampak elok dan cantik dari pandangan luar masyarakat tetapi sekiaranya anda mendalami dan menguasainya serta berada di dalam kelompok pengamal ilmu ini, anda sendiri akan tahu bagaimana kaedah pengamalan ilmu ini dan berkait dengan apa sebenarnya. Di sini saya nyatakan dengan jelas bahawa ilmu ini bukan suatu yang murni dan suci dari sudut aqidah kerana melibatkan bantuan perkara-perkara ghoib samada secara sedar atau tidak. Untuk menilai ilmu ini bukan boleh dilihat dari sudut perubatannya nampak menarik dan berkesan. Pengalaman saya menggunakan kaedah ini ini ialah.. ketika keluarga saya sendiri mengalami masalah dalam kesihatan.. saya belum pernah dapat melakukan penyembuhan terhadap ahli keluarga saya sendiri tetapi berjaya melakukan penyembuhan kepada pesakit-pesakit saya, itupun peratusnya bukan tinggi. Jadi apa manfaatnya ilmu ini dalam diri saya dan keluarga?? Saya berpendapat ilmu-ilmu seperti aura ini hanya indah khabar dari rupa. Ia terlalu dipromosikan, terlalu diwar-warkan sehinggakan masyarakat terlampau percaya. Sebenarnya semua ini hanya untuk bisnes semata-mata, dapat dilihat bisnes dalam bidang ini dapat mengaut untung yang banyak dalam sekelip mata kerana ia sangat menarik dan orang mudah sangat percaya... Tidakkah anda berfikir mereka-mereka ini juga menawarkan kursus-kursus seperti kuasa minda yang konon-kononnya mampu menarik perkara positif ke dalam hidup mereka... Padahal hidup mereka sendiripun bergantung kepada pelanggan yang datang. Mereka menjual benda-benda untuk murah rezeki, penyeri, pengasih dan sebagainya padahal mereka sendiripun belum pasti boleh berjaya dengan produk dan ilmu tersebut. Apa yang penting ialah pelanggan percaya, membeli atau belajar. Maka itulah sumber pendapatan mereka yang begitu cepat mengaut keuntungan. Kursus-kursus yang dianjurkan dengan bayaran yang mahal sanggup diikuti oleh pelanggan kerana terpengaruh dengan iklan-iklan yang nampak hebat... padahal ia tiada apa-apa yang menarik. Kalau nak tahu betul tak betul ilmu ini... danialmuslim boleh kaji sendiri tetapi saya tidak galakkan untuk jadi pengikutnya.

    ReplyDelete
  156. Alhamdulillah dan terima kasih hatisuci di atas penjelasan sdr.

    Bagi makluman sdr danialmuslim dan pembaca Laman Emjay sekelian, dengarlah nasihat dari hatisuci di atas. Hatisuci pernah mengamalkan dengan membuka pusat rawatannya (rawatan berkaitan tenaga dalaman dsbnya). Semoga segala pengalaman hatisuci menceburi perkara ini dahulu menjadi iktibar berguna kepada hatisuci dan umat Islam sekelian. Semoga usaha hatisuci kembali ke jalan lurus yang Allah redhai dipermudahkan, dirahmati, diberkati dan diberikan pertolongan dari Allah SWT.

    Sdr antijumud dahulunya sangat anti dan membenci saya dan dapat difahami daripada tulisan-tulisannya. Antijumud dahulunya juga adalah seorang pengamal berkaitan aura chakra reiki CVT dsbnya dan jauh lebih senior berbanding Prof Dr Ibrahim dan Sir Prof Norhisham. Antijumud sudah sampai keperingkat boleh terawang-awang di udara. Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT, antijumud telah kembali ke jalan yang Allah redhai semoga usaha antijumud mendidik semula bekas-bekas anak muridnya dipermudahkan Allah SWT dan dimatikan beliau dalam iman. Antijumud setelah berubah pegangan telah menukar namanya kepada antijumudpencen dan kadang-kala antijumudpencen ini menulis reply menasihati pembaca Laman Emjay agar menjauhi aura chakra reiki tenaga dalaman dsbnya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  157. Alhamdulillah semoga bertambah lagi pengamal-pengamal ilmu ini kembali ke jalan yang benar..... InsyaAllah saya juga sudi membantu ustaz dalam menyampaikan ilmu dakwah ini.... dalam memberi penjelasan berkenaan ilmu-ilmu tersebut berdasarkan pengalaman saya yang ada walaupun saya bukan yang senior dalam perkara ni. Sedikit sebanyak saya tahu selok-beloknya. Sekian. wassalam.

    ReplyDelete
  158. Tentang itu, saya bukan hendak galakkan, atau menegah atau berkecuali, bagi saya, ilmu itu luas, ilmu perubatan dari agama mana pun, asalkan diri kita sendiri percaya kuasa sembuhan hanya dari Allah swt, kita manusia cuma berikhtiar, maka perkara itu dibolehkan.

    Namun tidak dinafikan juga, ada yang mengarut, atau tidak masuk akal, seperti kebolehan berjalan di atas api, dan cucuk lidah dgn jarum tidak sakit.

    Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika tujuan kita mengamalkan ilmu perubatan tersebut sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit kita, itu dibolehkan, sebagai ikhtiar. Sembuh atau tidak itu terpulang kepada Allah swt, kerana setiap penyakit ada ubatnya, dan bukan sahaja ubatnya, malah cara untuk mengubati penyakit tersebut.

    Jika tujuan untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk seperti kebolehan berjalan di atas api itu, sememangnya ditegah, dan saya setuju dgn Ustaz.

    Cuma jgn cepat menfatwakan semuanya sesat, kerana apapun yang kita lakukan, itu terpulang pada tujuan dan niat kita.

    Wallahualam.

    p/s setiap penyakit ada ubatnya...

    ReplyDelete
  159. kalau mcm tu saya terima pandangan hatisuci , kerana beliau sendiri telah ada pengalaman tersebut.

    Moga kita dijauhkan dari perkara yang sesat lagi menyesatkan, amin.

    p/s Ustaz, pasal Cekak Hanafi xselesai lagi ye, saya harap Ustaz selidik betul2 sebelum putuskan apa yg dibuat dalam Cekak Hanafi itu salah. Tolong datang siasat dengan terperinci sebelum putuskan kami salah.

    ReplyDelete
  160. Alhamdulillah danialmuslim.. Bab Cekak Hanafi..minta ustaz emjay sendiri yang jelaskan. Saya tiada pengalaman. Cuma yang saya tahu..gerakannya diambil dari pergerakan solat... sila danialmuslim rujuk ciri-ciri ajaran atau pertubuhan sesat yang digariskan oleh JAKIM.

    ReplyDelete
  161. Tentang aura chakra itu semua pendapat saya sahaja yang merasakan tidak salah jika menggunakan cara perubatan agama dan bangsa lain, asalkan kita sendiri tidak terpengaruh dan mensyirikkan Allah swt dgn bergantung penuh pada rawatan tersebut.

    Oleh kerana sudah ada yang berpengalaman dalam aura chakra itu sendiri tn, saya percaya kata2 tuan, so lebih baik kita elak dari menggunakan rawatan tersebut. Kerana tuan sendiri telah mengalaminya.

    Itulah, tentang Silat Cekak Ustaz Hanafi yang saya sendiri adalah ahlinya, saya melihat tiada unsur khurafat atau bergantung kepada sesuatu objek, tentang kain putih itu bukanlah dibuat tangkal, tetapi sekadar tradisi atau "trademark" silat cekak. Tiada upacara yang mensyirikkan Allah swt mahupun khurafat, sedangkan dalam perlembagaan persatuan sendiri kami menolok amalan "ajaib" seperti kebal, boleh terbang, mandi minyak dan sebagainya. Tradisi bersalaman dengan Guru Utama di atas kain putih itu adalah untuk merapatkan hubungan antara Guru Utama dan murid, bila lagi hendak jumpa Guru Utama yg arif tentang seni silat jika tidak pada majlis itu. Kain putih itu merupakan lambang kesucian yang bermaksud kita belajar silat cekak ini, bukan untuk menunjuk2, tetapi sebagai cara kita mempertahankan diri kita. Dan Guru Utama berpesan semula kepada kita, agar kembali seperti asal kita kain putih, jika dahulunya kita ini anak yang tidak mendengar cakap, banyak buat maksiat, dan sebagainya, kita dipesan agar kembali seperti asal kita kain putih yang suci tanda kotoran. Itu semua hanyalah majlis dalam silat cekak, bukanlah suatu upacara, seperti mana jua majlis berkhatan, majlis kenduri kesyukuran dan sebagainya. Serta tiada perkataan jampi serapah, mentera, atau membakar kemenyan. Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah bebas daripada unsur khurafat. Jika kain putih itu dikatakan tangkal oleh orang yang tidak tahu, mereka adalah silap.
    Saya pun ntah kemana hilangnya kain putih itu, xambil kisah pun, janji saya dapat mengajar ilmu mempertahankan diri kepada anak2 muda seperti saya yang baru belajar silat ini. Ilmu yg berguna adalah perkara yang akan menolong kita di dalam kubur betul x?

    Kami juga tiada upacara membuka gelanggang seperti menyembelih ayam atau sebagainya. Yang ada adalah, kami datang berkumpul, tunggu semua cukup, ambil kedatangan, lepas itu panaskan badan seperti ahli sukan yang lain (kalau salah faham panaskan badan itu apa, saya guna istilah "warming up"), dan mulakan mengajaran dan latihan, sampai masa, berkumpul balik, briefing balik apa yang telah diajar pada hari itu, and then dismiss. Itu saja, kelas yang bagus sikit, seperti di sekolah2 agama, mereka akan mulakan kelas dengan membaca al-fatihah untuk disedekahkan kepada ibu bapa kita, dan juga Pengasas silat ini, iaitu Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad.

    Mana yang khurafatnya saya pun tidak tahulah. Kalau ditikam, kami luka atau jika tidak sempat nak mempertahankan diri, kami meninggal dunia ditikam. Apatah lagi jika ditembak.

    Tetapi Ustaz Emjay, asyik pusing2 tentang kain putih itu, kalau tuan-tuan semua baca balik artikel 65. Ustaz anggap semua silat adalah khurafat, termasuk karate, beladiri lain saya tidak tahulah. Tapi Ustaz ada cakap beliau tidak hantar anak2nya belajar silat dan karate, saya harap beliau kasilah anak2 beliau belajar beladiri lain kalau tidak mahu silat atau karate. Kerana mempertahan dan menjaga diri adalah wajib ke atas semua umat Islam, betul x? Kita tidak mahu jadinya kes kematian akibat diragut, dirompak atau dicabul, jika pekara itu berlaku pada diri kita atau keluarga kita, tidakkah kita merasa bersalah, dan apa yang kita nak jawab pada Allah swt, jika ditanya ada kita mempertahankan diri kita dan keluarga dari bahaya?

    Jika tuan2 semua tidak percaya, masuklah silat cekak ustaz hanafi, siasat sendiri dulu, baru keluar kenyataan kami buat perkara khurafat.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  162. Sdr danialmuslim yang dikasihi sila rujuk garis panduan JAKIM ini untuk menilai pertubuhan silat anda tu:

    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm


    Saya suka merujuk silat tersebut kepada yang berikut:
    3.7. Gerak Langkah



    (a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.



    (b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.



    (c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.


    Ulasan saya di dalam cekak hanafi dan cekak malaysia setiap gerakan tersebut diambil dari gerakan solat, iaitu gerakan dalam ibadat. Jadi bagaimana komen danialmuslim??

    ReplyDelete
  163. Ermm....

    Kalau betul ini dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, boleh saya tahu mana saya boleh dapatkan garis panduan ini yang original copy?

    Dan pada tahun bilakah garis panduan ini dibuat?

    Bagi saya tiada yang salah dalam amalan silat saya, seperti yang saya huraikan sebelum ini. Dan garis panduan ini juga saudara, tidak semestinya semuanya betul, mungkin betul, mungkin salah, kerana garis panduan ini dibuat oleh manusia.

    Dan ada kalanya garis panduan ini boleh di pinda seperti kita meminda perlembagaan, maksud saya dipinda janganlah salah anggap dan mendakwa saya mengatakan hukum hakam agama kita boleh dipinda. Garis panduan yang dibuat oleh manusia ini ada kelemahannya saudara, janganlah diikut secara membuta tuli. Ini bukan Al-Quran dan Sunnah serta Hadis. Ini cuma garis panduan yang dibuat oleh manusia.

    Lagipun saudara, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi mahupun Malaysia, telah pun mendapat pengiktirafan dari JAKIM sebagai sebuah persatuan silat yang bebas dari unsur tahyul dan khurafat. Dan ahli-ahli kami juga ada yang berkhidmat dalam JAKIM. Ahli tertinggi Silat Cekak Hanafi yg berkhidmat dengan JAKIM adalah Tn Hj Yusof bin Che Mat, sebagai pegawai agama JAKIM sendiri.

    Kokurikulum silat cekak telah pun diterima pakai di semua universiti di malaysia dan juga ipta/ipts yang ada silat cekak. Malah di sekolah2 berasrama penuh, MRSM, sekolah2 teknik, dan juga sekolah agama menerima kokurikulum silat cekak. Jika kami salah, kenapa tidak diharamkan? Malah, kokurikulum silat yang paling diterima institusi pendidikan tanpa was-was adalah Silat Cekak Ustaz Hanafi dan Silat Cekak Malaysia.

    Saudara, jangan membuta tuli mengikut garis panduan itu, garis panduan itu telah dibuat pada satu tarikh, dan kemungkinan ianya boleh dipinda lagi, dan silat cekak telah pun menerangkan kepada pihak JAKIM segala silibus dan kokurikulum silat ini.

    Yang pentingnya, silat ini tiada perkara khurafat dan tahyul serta jampi mentera, demi Allah swt. Cubalah join jika saudara tidak percaya.

    Tentang kain putih itu saudara sudah faham kan? Dan saudara mempertikaikan pula tentang buah2 silat cekak ini datang dari gerakan solat, betul? Bukan buah2nya yang dari gerakan solat, tetapi kaedah asas tangkapan diilhamkan dari gerakan solat. Diilhamkan sahaja saudara, lebih baik dari diilham mengikut gerakan binatang dan haiwan.

    Dan begitulah saudara, jika ada garis panduan ini, saya bersetuju, cuma bagi saya, ianya sekadar garis panduan awal jika hendak menubuhkan silat, segala kokurikulum dan amalan yang ada, boleh diterangkan kemudian kepada pihak berkuasa. Dan tiada masalah untuk kita mempelajari silat ini. Ini hanya untuk cekak hanafi dan cekak malaysia saja ye. Jika ada dengar nama cekak selain dari 2 cekak ini, itu bukan kami. Harap maklum itu.

    Sekali lagi saya tegaskan, garis panduan yang dibuat oleh manusia, boleh dipinda, mengikut kesesuaian dan penerangan yang telah diberikan oleh sesuatu persatuan silat kepada pihak JAKIM.

    Dan soalan cepu emas untuk saudara, saudara tidak mempelajari seni mempertahankan diri ke saudara? Jika tidak, saudara belajarlah, kerana ianya sunnah Rasullullah saw. Bayangkan jika saudara diragut, dikepung, dibelasah, lebih teruk lagi dibunuh. Saudara tidak dapat mempertahankan diri saudara sendiri. Jika sudah belajar tapi tetap juga mati, ianya sudah tersurat dalam qada' dan qadar Allah swt. Yang penting, kita telah berikhtiar.

    Wallahualam.

    p/s Jangan anggap semua silat amalannya serupa ye...:)

    ReplyDelete
  164. Sdr danialmuslim... saya hanya minta ia dirujuk, sekurang-kurangnya timbul keinginan dr sdr untuk mengkaji lebih teliti, itu sahaja. Bab kain putih bkn saya menerima atau menolak tp bagi saya tak payah kain putih pun boleh bersilat.

    Bab soalan cepu emas sdr danialmuslim ni saya agak berminat... sudah lama saya tidak aktif dalam arena ni... jgn terlalu bangga dgn brsilat sdr... Bersilat saya tidak reti tetapi semasa saya menuntut di institusi dahulu beberapa orang budak silat cekak X (tak nak cakap yg mana satu) dan juga beberapa pesilat aliran lain ada berguru dengan saya, tapi saya tidak ajar silat atau apa-apa aliran. Saya ajar..kalau ditumbuk elak, disepak elak, kalau nak balas..kilas, lempar, humban, terajang.... apa2 jenis aliran pun senibeladiri semuanya mcmtu.. tumbuk, tendang, kunci, lempar, humban dan sebagainya... yang penting pakai akal.

    Bab ragut, kepung,dibelasah dan sebagainya itu sudah saya alami.... cuba dipukul oleh bebudak silat pun pernah saya, Alhamdulillah...Allah beri kekuatan, tersembam juga mereka.( Itu kisah zaman belajar)

    : )

    ReplyDelete
  165. Kalau mcmtu baguslah, apapun kita jgn menghukum orang sesat atau salah, itu terpulang kepada pengamalan ilmu silat tersebut. Selagi ia tidak lari dari landasan hukum syarak, ia dibolehkan. Tiada masalah. Terima kasih bila saudara mengajak saya kaji lebih teliti, hal ini telah menyebabkan saya secara tidak langsung lebih mengkaji dgn mendalam mengenai silat saya, alhamdulillah, tiada amalan dan unsur khurafat langsung. Tentang kain putih itu jika saudara tidak faham apa tujuannya, jgnlah bercakap ye. Lebih baik kita tutup mulut sahaja, kelak jika tidak tahu, kita bercakap seolah2 tahu, kita akan jadi memfitnah orang lain. Bila kita bercakap tentang hal orang lain yang kita tidak tahu, sedangkan orang itu mengajak dan mengajar sesuatu ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain, disebabkan kita hendak juga bercakap tentang perkara yang tidak kita tahu itu, menyebabkan orang lain lari dan pandang serong terhadap ilmu yg berguna yg hendak disampaikan oleh sseorang itu.

    Dengan kata yang mudah, jika orang yang bukan ahli silat cekak ustaz hanafi bercakap tentang perkara yang boleh menyebabkan orang pandang serong terhadap persatuan silat ini, ia akan menyebabkan orang lain mengelak dari mempelajari ilmu seni beladiri yang berguna kepada diri, bangsa, agama dan juga negara. Sedangkan Persatuan ini mengajak para pemuda dan remaja beriadah sambil belajar mempertahankan diri, daripada mereka membuang masa dgn merempit dan membuat perkara tidak bermoral.

    Memang betul tanpa kain putih pun kita boleh bersilat, namun itu identiti yang hendak ditunjukkan oleh silat ini. Jika tidak, saudara pun tidak perlulah memakai baju melayu cantik2 pada hari raya nanti, pakai pakaian biasa sudahlah, saudara tetap orang melayu, betul x?..:)

    Jadi, tidak perlulah kita beria2 hendak mempersoalkan apa yang orang lain buat, sedangkan kita tidak tahu hal sebenar dan tujuan seseorang itu melakukan perkara tersebut. Jika tidak tahu, jawapannya hendaklah bertanya, jika tidak puas hati, duduk diam cukuplah, kerana secara tidak langsung kita memburukkan orang lain.

    Sebab itu saya suruh menyiasat dengan terperinci, jadi "mata-mata gelap", dan berpura2 belajar silat ini, untuk mengetahui perkara sebenar. Jangan sebab satu silat ada mandi minyak panas, ada upacara membuka gelanggang, kena tikam, tembak xlut, kita kata semua silat macam tu. Jangan disebabkan ada pesilat yang berlagak, dan memukul orang lain, kita kata semua pesilat macam itu. Bak kata pepatah melayu, kerana nila setitik hancur susu sebelanga.

    Dan maaflah jika saudara kata saya terlalu bangga dengan silat, tapi rasanya tiada ayat yang menunjukkan saya bangga dengan silat, apa yang saya buat, adalah mempertahan dan menjaga nama baik persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, dari disalah anggap oleh mereka yang tidak tahu hujung pangkalnya. Kerana forum Emjayjb ini dirujukki oleh ramai orang yang ingin mengetahui perkara isu semasa dalam agama islam di Malaysia ini.

    Dan rasanya saya boleh mengatakan yang Ustaz Emjayjb dan mungkin juga saudara(maaflah jika saudara tidak begitu) bangga bercakap tentang hal orang lain yang saudara dan Ustaz tidak tahu. Jangan sampai kita mengatakan diri kita sahaja yang betul dan orang lain adalah salah. Jangan sesekali begitu.

    Kerana saudara akan menyebabkan umat Islam kehilangan anak2 muda yang ingin mempelajari ilmu yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

    Wallahualam.... :)

    ReplyDelete
  166. Satu lagi, tentang saudara tidak mempelajari apa2 tetapi hanya menggunakan akal untuk berlawan itu, saya kagum dengan saudara. Hebat kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada saudara tuh.

    Namun kena ingat juga, tidak semua orang memiliki kelebihan menggunakan akal macam saudara. Dalam 100 orang, mungkin seorang sahaja yang ada bakat sebegitu. Lagi 99 orang, kena belajar dengan pakar yang bertauliah untuk mempertahankan diri.

    Sekian... :)

    ReplyDelete
  167. Berikut adalah copy paste-copy paste mengenai tuduhan Ustaz Emjayjb terhadap Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Malaysia.

    “Kalau silat cekak hanafi tidak memasukkan perkara khurafat dan tahyul, masuklah belajar silat cekak Hanafi. Masalah besarnya ialah adakah anda mempunyai cukup ilmu untuk menilai yang mana perkara khurafat atau tidak?

    Persilatan silat cekak Hanafi di satu IPTA menyediakan kain putih untuk pelajar baru masuk silat baring di atasnya lalu dijampi. Adakah ini dibolehkan dalam Islam.Setiap kali gelanggang dibuka, guru silat akan membaca jampi serapah. Adakah ini dibolehkan dalam islam? Persilatan iniakan membawa pelajar yang sudah advance pergi ke gelanggang diluar IPTA tersebut untuk meneruskan ilmu persilatan dengan latihan mandi minyak panas. Adakah ini dibolehkan dalam Islam? Banyak lagi perkara yang umum tidak mengetahuinya. Memasuki persilatan silat cekak sebenarnya umpama memasukkan diri ke kandang harimau yang menanti saat untuk dibaham harimau. Maksud saya dibaham harimau adalah rosak akidah, mensyirikkan Allah.”

    “Kalau dahulu, kain putih ini akan direnjis benda hitam macam dakwat hitam atau benda lain yang saya tidak pasti apa bendanya kerana saya sekadar nampak benda hitam yang direnjis ke atasnya. Kemudian pelatih diminta menyimpan kain putih ini. Boleh sdr mded buktikan bahawa kain putih ini bukan sejenis tangkal??”

    “Mandi minyak panas ini tidak dilakukan di IPTA ini. Semua gelanggang silat ini tidak mengamalkan mandi minyak panas di dalam kampus. Nampak sangat obvious kelak. Namun mana-mana pelatih silat yang sangat berminat dengan persilatan ini akan dilakukan secara bisik-bisik agar menyertai latihan mendalami silat cekak ini di gelanggang di luar IPTA ini. Apabila pelatih ini menyertai gelanggang silat cekak di luar kampus inilah, mereka diajarkan mandi minyak panas. Apakah sdr mded juga terus menafikan amalan ini? Atau apakah pelajar-pelajar yang merujukkan kes ini kepada saya adalah berbohong??”

    “Kalau sdr sukar menerima kebenaran, macam mana kita nak bekerjasama. Apakah tulisan saya yang berbohong atau mata sdr sudah tertutup? Apakah pelatih tidak pernah didedahkan baring atas kain cindai putih? Apakah tidak pernah pelatih tertentu menyertai gelanggang luar IPTA ini untuk mandi minyak panas??”

    “Kalau tidak ada lagi kain putih dan mandi minyak, maka ia sudah semakin baik. Tetapi bagaimana pula kalau ada jurulatih mengamalkan bacaan tertentu yang menyalahi akidah sewaktu upacara membuka dan memecah gelanggang? Ini juga perlu disemak agar persilatan ini benar-benar bebas dari syirik dan khurafat.”

    Disenaraikan tuduhan Ustaz Emjayjb agar lebih mudah difahami pembaca

    1 – Ustaz Emjay mengatakan silat cekak Ustaz Hanafi menyuruh pengamalnya berbaring di atas
    putih yang dibentangkan di atas katil dan dijampi.
    (jawapan – saya dah terangkan sebelum ini mengenai kain putih, betul dibentangkan diatas tilam, tetapi bukan dijampi, tetapi dengan menyebut “Bismillah hirrahmanirrahim, Assalamualaikum, ya ‘ibada allah, lailahaillallah” 3x sebelum tidur selama 3 malam berturut, bukan direct 3 hari xbangun2)

    2 – Ustaz Emjayjb mengatakan Guru silat ini akan membaca jampi serapah setiap kali gelanggang dibuka.
    (jawapan – tiada upacara membuka gelanggang di dalam Silat Cekak Hanafi, datang latihan, warm up, dan terus berlatih)

    3 – Ustaz Emjayjb mendakwa silat ini akan membawa pelajar yang sudah advance pergi ke gelanggang diluar sebuah IPTA untuk meneruskan ilmu persilatan dengan latihan mandi minyak panas.
    (jawapan – tiada upacara mandi minyak dalam silat cekak hanafi, dan IPTA yang dikatakan itu tidak pula disebutkan IPTA mana, sedangkan bila Ustaz hendakkan nama sekolah yg saya katakan, saya beri)

    4 – Mengatakan jika belajar silat silat cekak hanafi adalah rosak akidah dan mensyirikkan Allah.
    (jawapan – nauzubillah, moga Ustaz diampunkan oleh Allah swt)

    5 – Mengatakan kain putih dalam silat cekak hanafi akan direnjis benda hitam macam dakwat hita

    ReplyDelete
  168. Saya faham perasaan saudara, kalau dah suka bersilat... sekali orang kata silat yang dipelajari tak betul terus melompat... sabar..

    1 – Ustaz Emjay mengatakan silat cekak Ustaz Hanafi menyuruh pengamalnya berbaring di atas
    putih yang dibentangkan di atas katil dan dijampi.
    (jawapan – saya dah terangkan sebelum ini mengenai kain putih, betul dibentangkan diatas tilam, tetapi bukan dijampi, tetapi dengan menyebut “Bismillah hirrahmanirrahim, Assalamualaikum, ya ‘ibada allah, lailahaillallah” 3x sebelum tidur selama 3 malam berturut, bukan direct 3 hari xbangun2)

    Bab di atas ni saya nak danialmuslim perjelaskan..apa makna bacaan-bacaan tersebut, kenapa perlu buat semua tu??? kenapa perlu 3 malam berturut-turut?? Apakah tak boleh belajar kalau tak buat??? Kenapa ia perlu dijadikan syarat???

    Dan cuba perjelaskan tentang isu guru utama cekak hanafi ni (bukan pengasas)??? saya rasa muridnya lagi tau...

    ReplyDelete
  169. Memang jarang sekali saya pakai baju melayu masa hari raya... Nasib baik sebab nak pergi masjid.. itu pun kadang-kadang pakai jubah. Kalau tak, pakai kemeja je. :D Minta maaf kalau ada terkasar bahasa sebelum ni...

    ReplyDelete
  170. :)

    Saya tidak melompat saudara, jauh sekali....beza sekali penerangan dengan melompat, jika saya tidak menerangkan perkara sebenar, maka akan terus menerus silat cekak ustaz hanafi diburuk2kan oleh saudara dan Ust Emjayjb tanpa usul periksa dan siasatan yang terperinci. Jelasnya saya tengok saudara tidak boleh menerima pendapat, pandangan dan cara orang lain. Terpulanglah pada saudara, lagipun saudara dianugerahkan kelebihan menggunakan akal untuk berlawan dengan musuh, saya dan rakan2 lain perlu belajar ilmu mempertahankan diri ini.

    Saya hanya ahli biasa silat cekak hanafi, jika penerangan saya tersalah, maafkan saya, lebih baik saudara semua tanya pada yang lebih mengetahui, iaitu pergi ke Pejabat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia di Jalan Keramat. Tanya mereka yang lebih arif, dan lagi baik bertanya dengan orang2 lama silat.

    Makna dalam bacaan itu saya tidak mahu jelaskan, saudara carilah sendiri, buka kamus arab-melayu tengok. Yang pastinya, tiada yang salah tentang bacaan itu. Hanya menunjukkan penyerahan diri kita kepada Allah swt. Mesti saudara akan pertikai, nak serah diri pada Allah swt beribadahla, bangun solat tahajud ke, betul x? Saudara pertikailah, itu cara Silat Cekak Hanafi memotivasikan penuntut2 baru, agar kembali menjadi orang yang baik jika dahulu kita banyak berbuat dosa dan maksiat. Tidak perlulah saudara pertikai lagi, pendekatan dalam pengajaran setiap orang adalah berbeza. Cikgu2 disekolah pun ada pendekatan mereka dalam mengajar dan memotivasi anak2 murid mereka. Ada juga yang mempertikaikan cara pengajaran cikgu tersebut tidak efektif, contohnya terlalu lembut dengan pelajar atau banyak memberi kerja rumah. So, kita tidak boleh pertikai cara orang, sebab itu adalah cara mereka. Yang penting tidak mensyirikkan Allah swt.

    :) Tengoklah saudara, saudara pandai mengata saya melompat dan sebagainya, sedangkan diri saudara pula asyik hendak menjaga tepi kain orang lain, mengatakan orang lain silap dan saudara saja yang betul.

    Sampai perkara yang tidak berkaitan dengan perbincangan kita sekarang saudara hendak ungkitkan. Saudara, kenapa hendak kaitkan dengan isu guru utama itu? Silat cekak hanafi bukan milik beliau seorang, tetapi milik masyarakat saudara, milik bangsa melayu dan orang-orang Islam di negara ini. Jika beliau buat salah, itu antara beliau dengan Allah swt, jangan sebabkan beliau, saudara judge silat cekak ustaz hanafi ini mengajar perkara tidak elok. Beliau cuma penerus kepimpinan dalam silat cekak hanafi. Saudara,saudara....

    Dan seperkara lagi, saudara orang luar ini, saudara tahu ke beliau bersalah atau tidak? Saudara tahu? Sedangkan kami yang ahli pun tidak berani mengatakan beliau salah, inikan pula saudara yang bukan ahli. Jangan sampai saudara pun turut menyampaikan fitnah saudara.
    Sebab itu saya kata saudara ini suka menjaga tepi kain orang lain. Perkara yang tidak berkaitan dgn perbincangan pun saudara hendak ungkit. Hmmm....

    Seperkara lagi, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia sekarang sudah melantik Guru Utama baru bagi meneruskan perjuangan persatuan yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad. Beliau adalah En Marwi bin Latiff, tolong jenguk2 ke website www.cekakhanafi.com untuk kepastian.

    Saudara hanya copy paste tuduhan pertama, apa pendapat saudara tentang tuduhan yang tidak berasas Ustaz Emjayjb yang lagi lapan itu? Sampai sekarang Ustaz tidak mahu mengaku beliau salah menuduh kami, dan tiada pula kata maaf darinya?

    Saudara,saudara,... :)






    ReplyDelete
  171. sdr danialmuslim.... saya cuma inginkan penjelasan dari saudara yang ahli dalam silat cekak hanafi ni.... ternyata saudara sendiri tidak mampu menjawabnya.. terutama bab amalan bacaan 3 malam berturut-turut tu... Maksud bacan tersebut sepatutnya sdrlah yang kena rujuk dan buka kamus..kerana sdr yang sgt berminat mengamalkannya..... Penjelasan sdr jelas menunjukkan amalan tersebut mengada-adakan sesuatu amalan ibadat yang tiada dianjurkan oleh Islam. Apakah ajaran Rasulullah s.a.w itu tidak lengkap sehinggakan di dalam silat termasuklah silat sdr tersebut mengada-adakan amalan seperti itu??? Buat apa nak tanya ahli-ahli silat sendiri sedangkan mereka sendiri tidak sedar apa yang mereka bawa...kalau dah sedar mereka dan saudara tidak akan berada di dalam kelompok tersebut. Sdr kena tahu membezakan antara ilmu agama dan ilmu sekolah.... yang ada dalam agama jangan di ada-adakan.... ilmu sekolah takpe la....

    Saya tidak mencari salah orang melainkan mencari redha Allah..... sekurang-kurangnya sdr berfikir juga tentang silat sdr tu.

    Sdr kena tanya sendiri ustaz...hubungi dia secara peribadi... tiada masalah.

    ReplyDelete
  172. sdr hatisuci....
    saudara yang hendak tahu, saudara bukaklah kamus arab-malayu, dah saudara yang menyokong tuduhan ustaz emjayjb, ini tidak, main tuduh2 orang lain wat ajaran sesat...saudara, saudara, perkataan simple je dalam bacaan itu, saya dah terangkan pun ia sebagai motivasi diri, saudara saja yang tidak faham2...
    lagipun, itu bukanlah amalan, kalau amalan kita akan buat selalu, bacaan 3 mlm berturut2 itu hanya dibaca sekali itu sahaja bila masuk cekak hanafi, pastu tak baca dah...

    kalau xnak baca pun xpe, tiada side efect, tak gila punya, kalau baca ia adalah bentuk doa,dan penyerahan diri kita kepada Allah swt...tak baca tiada masalah...

    hahaha...saudara2, memang lah ia amalan yang diada2kan, saya mengaku, dan tiada salah pun kita ada2kan perkara yang baik...bukan kita hendak menokok tambah, lagipun ia salah satu bentuk selawat juga...

    kalau saudara kata kita tidak boleh mengada2kan amalan baik dalam Islam, so, saudara tidak pergi solat terawih ke sepanjang bulan Ramadhan ini?...:)

    kalau saudara buat di rumah alhamdulillah, memang saudara betul2 orang yang menolak tokok tambah dalam agama kita, solat terawih berjemaah serta selawat2 ke atas para sahabat itu pun tokok tambah juga kan saudara?...tapi ia tidak salah kerana membawa kebaikan kepada umat Islam, mengajak umat Islam meraikan Ramadhan dan memuliakan rumah2 Allah swt.

    banyak lagi amalan tokok tambah dalam agama Islam, tapi dibuat, kerana ianya tidak salah, malah membawa kebaikan, so saudara janganlah hendak menuduh orang lain wat ajaran songsang ke apa ke...jgn anggap semua silat sama...lagipun ilmu itu luas, jangan anggap diri kita sahaja betul, orang lain silap...

    pasal tuduhan ustaz emjayjb yang tidak betul yang lain selain dari kain putih itu, saudara tidak mahu bercakap pula, sedangkan terang2 ustaz menuduh silat cekak hanafi buat semua itu.

    tak perlu hendak hubungi ustaz secara peribadi, jika beliau orang yang berjiwa besar, beliau akan mengaku salah, dan minta maaf secara terbuka, mungkin silat yang beliau lihat itu bukan cekak hanafi.

    wassalam....:)





    ReplyDelete
  173. Assalamualaikum wbh

    Penggunaan kain putih telah di akui persilatan ini.

    Saya mengatakan bahawa satu ketika dahulu kain putih ini (atau kain cindai) ada dibubuh benda hitam macam dakwat hitam. Saya dapat tahu bahawa kemungkinan besar benda hitam ini adalah minyak misik yang kerap digunakan orang untuk mempercepatkan mendapat khadam. Kini benda hitam ini tidak lagi digunakan di IPTA ini.

    Sejak dahulu lagi sebenarnya pelatih silat ini dilatih sebagaimana sudah diakui di atas untuk mengamalkan amalan Bismillah hirrahmanirrahim, Assalamualaikum, ya ‘ibada allah, lailahaillallah” 3x sebelum tidur selama 3 malam berturut. Sila rujuk kenyataan danialmuslim ini : (jawapan – saya dah terangkan sebelum ini mengenai kain putih, betul dibentangkan diatas tilam, tetapi bukan dijampi, tetapi dengan menyebut “Bismillah hirrahmanirrahim, Assalamualaikum, ya ‘ibada allah, lailahaillallah” 3x sebelum tidur selama 3 malam berturut, bukan direct 3 hari xbangun2)

    Amalan ini kalau mengucap sekali mungkin tidak menjadi kesalahan tetapi kalau sudah di amalkan selama tiga malam berturut atau di amalkan setiap kali sebelum tidur, ia sudah menjadi bid'ah dan ingatlah kullu bidaahtindhallalah......finnar. Elakkanlah dari mengerjakan perkara bid'ah.

    Tentang mandi minyak panas tu telah saya katakan di atas, ia tidak dilakukan di dalam kampus IPTA ini tetapi dilakukan digelanggang luar kampus.

    Saya masih tetap mengatakan buanglah sahaja amalan berkain putih dan memberi salam Bismillah hirrahmanirrahim, Assalamualaikum, ya ‘ibada allah, lailahaillallah” 3x sebelum tidur selama 3 malam berturut. Ia tidak pernah diajarkan Nabi dan sahabatnya. Rujuklah panduan yang telah sdr hatisuci copy paste dari laman JAKIM di atas.

    BUANGLAH YANG KERUH DAN AMBILLAH YAG JERNIH. Saya bukan menentang persilatan ini tetapi menasihati agar amalan yang tidak wajar tersebut, buanglah. Itu sahaja.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  174. Ternyata sdr danialmuslim belajar silat ikut-ikutan.... Kerana danialmuslim sendiri tidak dapat menjelaskan bacaan tersebut.... Saya tidak perlu untuk mengetahuinya kerana saya tidak berminat dengan silat.. Tak perlu lah berkain putih dan baca ayat tu... orang tetap kata ia silat cekak hanafi juga. Lebih elok memperbanyakkan amalan sunnah daripada yang bida'ah. Semoga saudara danialmuslim dan sekelian umat manusia diberikan hidayah oleh Allah s.w.t....

    ReplyDelete
  175. Ustaz...

    Ustaz pastikah silat yang dekat IPTA tu silat Cekak Ustaz Hanafi???

    Tolong pastikan betul2 wahai ustaz....jangan sampai ustaz menimbulkan fitnah kepada orang lain...

    Dan tolong bagitau kami semua IPTA mana yang buat macam tu???

    sudah berulang-ulang kali saya dan rakan2 yang lain bagitau, Silat Cekak Ustaz Hanafi tidak menggunakan kain putih yang DIBUBUH BENDA HITAM TU, sesiapa yang membaca forum ini saya minta perhatian, ustaz ini telah MEMFITNAH silat cekak ustaz hanafi dengan mengatakan kami menggunakan kain putih yang dibubuh BENDA HITAM. Kain putih betul, tetapi BENDA HITAM itu merupakan FITNAH yang ditokok tambah oleh Ustaz, DEMI ALLAH swt, jika betul kami merenjis BENDA HITAM ini, ALLAH swt akan melaknat saya dunia akhirat.

    Lagi teruk ustaz MEMFITNAH kami menggunakan KHADAM, tiada khadam digunakan wahai ustaz yang mulia...tiada, saya pengamal seni silat cekak ustaz hanafi, DEMI ALLAH tiada khadam, macam yang saya terangkan sebelum ini, jika buat amalan bacaan 3 malam berturut2 sebelum tidur itu, ianya hanyalah sebagai motivasi diri, jika tidak amalkan tiada mudharatnya. Berulang2 kali sudah saya terangkan, cukuplah Ustaz jika tidak tahu jgn MEMFITNAH orang lain. Jika ada KHADAM, orang tumbuk saya tidak sakit, orang tikam saya tak lut, dan sebagainya, tetapi kami tidak mengamalkan khadam itu, yang jelas bahawa ia amalan yang syrik. Saya begitu sedih kerana Ustaz bercakap seolah2 tahu ,dan terus menerus memfitnah Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi.

    Pasal bida'ah pula...ustaz berani bersumpah, bahawa segala dan semua amalan yang Ustaz buat tidak bidaah, maksudnya Ustaz betul2 bebas dari bida'ah???Jika ada, tetapi Ustaz tidak sedar, moga Allah ampunkan dosa Ustaz.

    Amalan itu tidak berdosa pun wahai, ustaz....ianya bentuk selawat....ya Allah, susahnya Ustaz ini, bukan hendak menyiasat betul2, tetapi main redah sahaja menuduh orang lain.

    Saya ulang sekali lagi walaupun telah diulang2kan berkali2, Ustaz.....Silat Cekak Ustaz Hanafi TIDAK MENGAMALKAN MANDI MINYAK....TIDAK MENGAMALKAN MANDI MINYAK....TIDAK MENGAMALKAN MANDI MINYAK....DAN TIDAK MENGAMALKAN MANDI MINYAK.............................................

    Hendak suruh kami rujuk lagi Panduan dari JAKIM itu Ustaz???Jakim sudah pun mengiktiraf Silat Cekak Ustaz Hanafi sebagai bebas dari sebarang amalan Khurafat dan Tahyul. Ianya sekadar panduan, dan pihak kami dari awal penubuhan lagi telah menerangkan segala amalan kami kepada pihak JAKIM. Alhamdulillah tiada masalah.

    Ustaz....jika Ustaz berkeras amalan kain putih dalam silat kami bertentangan dengan Aqidah, saya tidak dapat berbuat apa2 lagi, terpulanglah pada Ustaz...

    TETAPI....saya menuntut Ustaz meminta maaf secara terbuka tentang BENDA HITAM yang DIRENJIS ATAS KAIN PUTIH itu, AMALAN KHADAM, dan juga MANDI MINYAK. Demi Allah swt, kami TIDAK, TIDAK, TIDAK dan TIDAK mengamalkan 3 perkara yang difitnah ustaz ini sejak dari awal penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia oleh Almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad dan selepas itu Silat Cekak Ustaz Hanafi oleh anakanda beliau, En Md Radzi Hj Hanafi.

    Saya menuntut Ustaz memohon maaf atas 3 tuduhan Ustaz ini.

    Waallahualam.

    ReplyDelete
  176. rupanya hatisuci adalah bekas pengamal ilmu seperti saya juga... alhamdulillah. adakah saya kenal guru sdr?


    ReplyDelete
  177. Assalamualaikum wbhantijumudpencen.

    Kemungkinan besar antijumudpencen mengenali guru-guru hatisuci termasuk yang di terengganu dan Shah Alam. PMlah hatisuci semoga banyak perkara yang sdr berdua boleh manfaatkan.

    Semoga Allah terus memberikan taufik hidayah dan rahmatNya kepada antijumudpencen dan hatisuci.

    Sekian wassalam wallahuaqlam.

    Emjay

    ReplyDelete
  178. Semoga Allah memberikan taufik hidayah dan rahmatNya kepada juga kepada Ustaz. Dijauhkan dari dosa besar yang lebih dasyat dari membunuh, amin...:)

    ReplyDelete
  179. Semoga Allah memberikan taufik hidayah dan rahmatNya juga kepada Ustaz. Moga dijauhkan dari dosa besar yang lebih dasyat dari membunuh, amin...:)

    ReplyDelete
  180. Tak baik berburuk sangka kepada semua orang. Tuduh orang sesat satu tuduhan yang berat. dalam Islam, nak letak/tuduhan sesat @ nak buat hukuman apa2 ada kaedah istanbat hukum dia. X leh main hentam je, Kena ada dalil quran, sunnah n ijmak. Sumber kena amik dr situ. Tugas org alim sebenarnya bukan kena bagu hukuman @ tuduhan. Kena tegur dan bimbing. MAcam junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w masa awal2 dakwah dulu, dia dan beberapa orang jah Islam je, yang lain semua kapiaq. X pula baginda dok canang seluruh mekah hoktu kafir hakni kafir ...hehehehe....so tugas baginda adalah berdakwah.....

    ReplyDelete
  181. Tak baik berburuk sangka kepada semua orang. Tuduh orang sesat satu tuduhan yang berat. dalam Islam, nak letak/tuduhan sesat @ nak buat hukuman apa2 ada kaedah istanbat hukum dia. X leh main hentam je, Kena ada dalil quran, sunnah n ijmak. Sumber kena amik dr situ. Tugas org alim sebenarnya bukan kena bagu hukuman @ tuduhan. Kena tegur dan bimbing. MAcam junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w masa awal2 dakwah dulu, dia dan beberapa orang jah Islam je, yang lain semua kapiaq. X pula baginda dok canang seluruh mekah hoktu kafir hakni kafir ...hehehehe....so tugas baginda adalah berdakwah.....

    ReplyDelete
  182. apa nie nak jd mcm kera raja an pulak bila kena hentam nak block mcm ISA, skrg hakikatnya semua orang sesat,syirik masuk neraka hanya ustaz EMJAY je yg betul dan masuk syurga sorang dak gitu ke.Ko layan org ni bwang masa je,ntah ada tauliah ke tidak,muka pun tak berani tunjuk,aku mmg tak de gambar tak tau nak upload,nak jadi macam ASTORA pJABAT pulok dah,cakap apa smua tau.Senang tok sah layan biar kosong

    masjoyo
















    ReplyDelete
  183. Kepada zouk9 / masjoyo

    Saya menjatuhkan hukum sesat berkenaan perkara ini adalah dengan ilmu. Sdr zouk9 nak menegakkan ilmu sesat ini dengan ilmu atau saja suka-suka?

    Syurga adalah mahal dan satu perkara penting untuk memasukinya ialah dengan ilmu yang Allah SWT redhai.

    Kalau nak jugak beramal dengan aura chakra tenaga dalam kuasa minda reiki dsbnya, terpulanglah. Saya sekadar memberi nasihat.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  184. Masyaallah...

    benar pesan orang tua-tua "terlalu banyak berkata-kata, maka makin banyak zahir kepincangan"


    Wahai saudara-saudara ku sekalian...

    sebelum kalian berkata-kata, pastikan kalian mempunyai ilmu yang cukup, baik drp segi ilmu sains atau ilmu mengenai hukum-hakam (syariat)

    sudah jelas tentang ilmu...maka berpesanlah kepada yang tidak tahu...sebelum berpesan pastikan ianya tidak menyinggung mana-mana pihak....baru ada kesan kepada yang berpesan dan yang dipesankan...

    Subhanallah...ilmu Allah itu tidak terhingga luasnya kerana sifatnya yang terlalu agung...masih terlalu byk untuk kita pelajari kerana ilmunya yang tiada batasan...usah kita agungkan ilmu kita sudah cukup, sehingga merendah-rendahkan orang lain...kita harus menghayati ilmu yang diberikan Allah...supaya memberi manfaat kepada diri sendiri...jangan terlalu cepat melatah, kononnya ilmu yang kalian ada sudah cukup hebat menuduh orang lain SESAT...perbanyakkan solawat keatas Nabi muhammad dan keluarganya moga mendapat petunjuk untuk membuat perbedaan diantara hak dan batil...wallahualam...

    p/s Kita berasal daripada sel yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar....tetapi dari sel itu ianya berubah menjadi anda yang sedang membaca laman web ini sekarang...renungkan

    ReplyDelete
  185. Assalamu'alaikum.
    Saya mendapat alamat ini dari kawan dari Shah Alam.
    Dalam tulisan Emjay ada katakan bahawa CVT juga haram penggunaanya sebagai seorang Muslim.
    Kenapa pula ya? Setahu saya tidak pula nampak apa-apa percangahan.
    Minta Saudara Emjay jelaskan sebab saya juga berubat dan ajak kawan-kawan menggunakannya.
    Saya tidak kenal betul dengan Dr. Nor Hisham.
    Saya betul-betul gelisah jika ada amalan syirik dalam perubatannya.

    ReplyDelete
  186. Waalaikumussalam wbh

    Bacalah artikel saya ini berulang kali dengan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. InsyaAllah sdr akan mengerti mengapa syirik mengamalkan amalan CVT ini.

    Sdr dan kawan-kawan telah pun menggunakan produk bomoh sesat CVT ini. Jadikanlah pengalaman ini sebagai satu eksperimen mahal sdr dan kawan-kawan. Adakah sepanjang menggunakan produk CVT ini sdr dan kawan-kawan memperoleh tambahan rahmat dari Allah SWT atau pun semakin kucar kacir kehidupan sdr dan kawanb-kawan??Jikalau Allah redha akan ditambahkan rahmat dan kalau Allah SWT tidak redha akan ditambah pelbagai musibah yang menjadikan kehidupan semakin kucar kacir.

    Taubatlah dari menyambung urusan dengan CVT. Seorang pakcik berusia awal 60an telah berurusan dengan CVT di JB selama lebih 5 tahun dan apa yang diperolehi dari perhubungan dengan CVT ini adalah kehilangan duit puluhan ribu RM untuk membayar pelbagai khidmat dan produk termasuk jam gila. Pelbagai jenis mandian dan setiap kali berurusan sudah menjangkau sekian RM. Selain RM yang hangus, kehidupan tambah disempitkan Allah dengan pelbagai musibah termasuk pelbagai gangguan di dalam rumah termasuk bunyi-bunyi pelik dan berkesudahan dengan kerasukan. Alhamdulillah pakcik ini telah bertaubat dan kini pelbagai rahmat diberikan kembali oleh Allah SWT.

    Sekian semoga Allah memberikan taufik hidayat kepada sdr.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete