Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 30 January 2007

MENGAPA GIGI MUDAH ROSAK / BERLUBANG?




MENGAPA GIGI MUDAH ROSAK / BERLUBANG?

Bismillahirrohmanirrohim.

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.

Assalamualaikum wbt sekelian muslimin.

Gigi yang menarik menjadi idaman semua orang. Gigi yang rapi berwarna putih tanpa sebarang kesan tampalan menjadikan seseorang lebih berkeyakinan bila berada dalam kelompok orang ramai. Ketiadaan gigi apatah lagi sekiranya gigi di hadapan sangat memalukan dan memaksa memakai gigi palsu bagi mengekalkan penampilan yang menarik.

Pengguna ubat gigi Colgate selalu ditipu bulat-bulat dengan diberikan harapan palsu bahawa gigi mereka mendapat perlindungan maksimum dari kerosakan dengan menggunakan ubat gigi Colgate. Sangat tidak menasabah bagaimana kandungan kalsium dan fluorid dalam ubat gigi Colgate melindungi gigi dari berlubang.

Saya juga adalah antara mereka yang menghadapai masalah kerosakan gigi dan semenjak dari zaman di sekolah lagi gigi rosak dan berlubang. Pengalaman yang paling tidak digemari adalah apabila terpaksa berkunjung menemui doktor gigi untuk menampal mana-mana gigi yang berlubang. Bunyi desingan alat penggerudi gigi memang sentiasa mengerikan. Kalaulah lawatan bertemu doktor gigi tanpa bunyi desingan mesin gerudi gigi ini tentunya lebih menyeronokkan.

Mesin gerudi gigi ini apabila ia memulakan tugasnya amat menggerunkan sesiapa pun. Pengalaman apabila mesin gerudi menyentuh bahagian dalam gigi yang menempatkan salur darah dan saraf hanya dapat dijelaskan oleh mereka yang telah mengalaminya sahaja. Amat menyakitkan sekali. Semoga anak-anak keturunan saya dijauhkanAllah dari pengalaman menyeksakan ini.

Kali ini saya ingin mengongsikan sedikit ilmu untuk diamalkan oleh pembaca sekelian semoga pembaca semua dapat mengelakkan diri dari masalah gigi berlubang atau menyerpih yang boleh seterusnya menyebabkan gigi tersebut perlu dicabut sekiranya gigi tersebut tidak boleh diperbaiki lagi atau dipasang CROWN.

Alhamdulillah ilmu ini saya perolehi setelah mengkaji sejarah diri sendiri, isteri dan enam orang anak yang dikurniakan Allah SWT. Ilmu ini dimantapkan dengan menjalankan pengujian kepada pelajar dan rakan saya yang menghadapi masalah gigi berlubang.

Sekali lagi saya bersyukur kepada Allah kerana diizinkan belajar dan mendapat nasihat dari arwah guru yang memaksakan saya menggunakan susu tepung bagi menggantikan susu pekat manis bila saya menghadapi pelbagai masalah satu masa dahulu. Ilmu yang ingin saya kongsikan ialah MINUMLAH SUSU TEPUNG BAGI MUDAH-MUDAH INSYA-ALLAH GIGI MENJADI KERAS DAN SUKAR SEKALI UNTUK BERLUBANG, MINUM SUSU PEKAT MANIS UNTUK GIGI MUDAH ROSAK DAN BERLUBANG. Ilmunya sangat mudah tetapi tidak ramai mereka yang mengetahuinya.

Saya dilahirkan oleh ibu bapa yang miskin. Susu pekat manis menjadi satu barangan mewah keluarga. Susu tepung tak payahlah disebut. Memang tidak pernah masuk senarai barangan yang perlu dibeli. Bila nak minum teh sedap, sekali sekala belilah susu pekat manis seperti susu cap junjung. Bila pergi ke kedai atau gerai makan mengikut bapa, nampak pengusaha kedai juga menggunakan susu pekat manis bila buat teh tarik atau kopi tarik. Bila masuk ke sekolah asrama penuh, dewan makan juga menggunakan susu pekat manis. Bila masuk U, dewan makan di sana juga menggunkan susu pekat manis. Bila dah berkeluarga, tabiaat yang sama diteruskan iaitu terus membeli susu pekat manis. Susu pekat manis seolah-olah satu keperluan yang mendatangkan manfaat.

Sepanjang menggunakan susu pekat manis ini, setiap kali jumpa dentist, gigi adalah yang rosak dan perlu ditampal. Isteri pun begitu juga dan sama juga dengan anak-anak. Kadang-kadang tu gigi ada yang menyerpih bila tergigit objek yang keras seolah-olah gigi saya lembut.

Anak yang sulung, setelah mencapai usia 3 tahun, dia dah berhenti mengambil susu formula kanak-kanak dan dia pula enggan menyambung dengan minum sebarang susu lain. Anak ini juga menhadapi masalah gigi.

Menjelang usia 40an mulai tahun 1995 apabila saya menghadapi masalah gastrik, arwah guru memaksakan saya menukar susu pekat manis kepada susu tepung full cream (bukan HL atau Low Fat). Rasanya kurang sedap berbanding susu pekat manis mungkin kerana sudah terbiasa dengannya. Apa yang paling tidak menyenangkan ialah tentang harganya. Setiap bulan bagi satu keluarga saya memerlukan satu tin susu tepung bersaiz paling besar dengan harga melebihi RM33. Minumlah kami sekeluarga air teh, kopi, atau horlick dengan mencampur susu tepung ini sehingga sekarang.
Selalunya paling lama 2 tahun saya perlu menemui dentist. Setiapkali berjumpa adalah gigi yang perlu dirawat. Hendak dijadikan cerita, lawatan menemui doktor pada tahun lepas hanya saya buat setelah lawatan terakhirnya pada tahun 1998 sebelum saya naik haji. Saya kerap menangguhkan lawatan menemui dentist ini kerana gigi saya tidak begitu bermasalah kali ini. Bermakna tempuh antara lawatan ini adalah selama 8 tahun. Alhamdulillah kali ini tidak ada gigi saya yang berlubang walaupun gaya penjagaan gigi saya masih tetap sama seperti dahulu kala. Di sinilah saya mula menanyakan diri sendiri persoalan mengapa??

Selepas mengkaji isteri dan anak-anak barulah saya faham. Mereka juga tidak mempunyai masalah gigi berlubang seperti dahulu. Kesimpulan dari pemerhatian ini ialah Allah memberikan rahmatNya ke atas gigi-gigi kami dari usaha kami mengamalkan pengambilan susu tepung setiap hari paling kurang 1 kali sehari.

Tidak begitu yakin dengan penemuan ilmu ini, saya mula mengkaji ke atas pelajar saya. Bila saya nampak gigi pelajar saya ada tanda kerosakan gigi seperti tanda hitam pada gigi atau bau mulut yang tidak menyenangkan, saya terus mengajukan soalan “awak ada masalah banyak gigi berlubang??”.

Pelajar saya mengakuinya dan saya menyambung soalan “awak minum susu pekat manis semenjak kecil sampai sekarang?”

Pelajar saya ini bersetuju dan saya menambah soalan “awak sejak putus susu waktu kecil sampai sekarang tidak minum susu tepung??”. Pelajar saya ini juga mengiayakan soalan terakhir saya ini.

Dari sesi pertanyaan ini sudah mengukuhkan penemuan awal saya. Saya meneruskan kajian dengan mencari lebih banyak sampel dan jawapannya juga adalah sama.

Satu ketika saya makan tengahari dengan beberapa rakan sekerja termasuk seorang anak dara berusia 26 tahun yang memakai braces pada giginya. Ibu bapanya agak mewah, bapa pensyarah dan ibu guru sekolah menengah. Saya pun bertanya mengapa sahabat saya ini memakai braces ini. Beliau menjelaskan bahawa banyak giginya telah rosak dan dicabut. Anak dara ini suka mengunyah air batu dan sewaktu menggigit air batu ini, kerap kali juga giginya menyerpih. Akibat banyak gigi yang telah dicabut, gigi lain mula senget ke pelbagai arah, bersimpang siur. Akhirnya doktor mengarahnya untuk memasang braces tersebut agar mengelakkan masalah yang lebih rumit.

Setelah selesai mendengar penjelasan sahabat saya ini saya pun membuat rumusan ”engkau ini menghadapi masalah kerana semenjak kecil engkau minum dengan susu pekat manis dan tidak mengambil susu tepung. Akibat dari tabiaat ini, gigi engkau menjadi lembut dan mudah menyerpih apabila menggigit objek keras seperti air batu dan ia juga mudah berlubang”.

Sahabat saya ini bersetuju dengan rumusan saya dan bersedia untu memulakan tabiaat baru iaitu mula mengambil susu tepung.

Saya merasa puas hati setelah memberitahu seorang rakan sekerja yang walau pun masih muda, bau mulutnya busuk. Bau mulut busuk adalah antara simptom mudah mengenalpasti mereka yang mengalami kerosakan gigi. Setelah menjelaskan punca kerosakan gigi rakan setugas ini, kini beliau sudah menukar susu pekat manis kepada susu tepung.

Selepas insiden ini ilmu saya ini alhamdulillah semakin mantap dan sudah banyak kali saya gunakan untuk menasihati ramai rakan saya semoga gigi mereka dilindungi Allah dari menyerpih dan berlubang..

Bagi makluman pembaca sekelian, susu pekat manis dibuat dari krimer seperti krimer CoffeMate dan krimer adalah dihasilkan dari minyak kelapa sawit. Ia bukan dibuat dari susu lembu dan itulah sebabnya susu pekat manis dilarang sama sekali dari diberikan kepada bayi kerana bakal mendatangkan mudarat. Sekiranya ia mudarat kepada bayi, sebenarnya ia juga mendatangkan mudarat kepada orang dewasa??


Sekian untuk kali ini.

Wassalam wallahualam.

Lawatilah laman saya di :: http://laman-emjay.blogspot.com/

Emailah saya di :: emjayjb@gmail.com


Emjay.

GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif

Assalamualaikum wbth

Semakin hari kini semakin ramai orang yang menghidap penyakit gastrik.
Untuk mengetahui apa dia penyakit gastrik menurut pandangan doktor serta punca, saya telah pun merujuk satu tulisan yang dijelaskan oleh DR. AMINUDDIN AHMAD. 

Berikut adalah antara petikannya::

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.

Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .

Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.

Menurut dr Aminuddin lagi:

PUNCA GASTRIK
  • Merokok
  • Meminum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah
    pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.

Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

Tambah beliau lagi:

TANDA-TANDA GASTRIK

Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
  • Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
  • Sesetengah pesakit merasakan gejala-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
  • Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).

Daripada Majalah Kosmik pula bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Gastrik / Gastritis berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)

Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:

Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00 pagi, kadang-kadang pukul 12.00 tgh, kadang-kadang pukul 1.00 ptg, kadang-kadang pukul 2.00 ptg dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.


Tanda-tanda penyakit gastrik:

  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan rasa sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 ptg plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan air minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu lembu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh. Setiap kali minum tidak perlu banyak, memadai setengah cawan.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
  13. Nasi bagi pesakit gastrik seolah-olah satu kemestian setiap kali makan tengahari atau malam. Bagus juga untuk breakfast.

Mengenang semula penyakit gastrik ini, saya terkenang sejarah permulaan saya berjumpa dengan arwah guru saya kira-kira pada tahun 1985. Pada waktu ini ayah saya yang sudah berusia lewat 50an sedang sakit teruk iaitu ulser perut. Ulser lebih teruk berbanding gastrik. Ayah saya tinggal di Labis, Johor sedangkan saya pula tinggal di Kuala Lumpur. Hendak menjenguk selalu jauh. Alhamdulillah saya ada seorang kakak ipar bekerja sebagai staf nurse di Kluang. Beliaulah yang banyak menguruskan ayah saya ini masuk keluar hospital di Segamat (kira-kira 20 batu dari Labis).

Masalah Ulser perut ayah saya tidak selesai walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor dan banyak kali keluar masuk wad di hospital, macam orang muda kata, pi mai pi mai dok tang tu juga. Kakak ipar saya pula selalu memberikan nasihat yang berkaitan.

Dengan izin Allah SWT, pada tahun 1985, saya membawa ayah saya untuk berubat dengan arwah guru saya di Cheras Kuala Lumpur. Itulah pertemuan pertama secara resmi antara saya dengan arwah guru saya.

Selepas banyak bersoal jawab antara arwah guru dan ayah saya, akhirnya arwah menjelaskan nama penyakit tersebut (ulser), punca penyakit dan bagaimana merawatnya. Saya terpaksa mengulang ke rumah arwah tersebut untuk mengambil (membayar) ubatnya beberapa hari kemudian.

Selepas mengamalkan pantang larang dan memakan ubat selama dua bulan sahaja, alhamdulillah penyakit ulser perut ayah saya pulih sehinggalah sekarang.

Selepas hampir sepuluh tahun kemudian, saya pula mengalami penyakit gastrik kerana tidak menjaga waktu makan disebabkan kesibukan kerja yang terlalu teruk, pukul 8.00 pagi hingga lewat malam 5 hari seminggu. Ilmu ini jugalah yang digunakan untuk saya merawat penyakit gastrik yang saya alami. Alhamdulillah sudah sembuh mudah-mudah tidak lagi berulang.


Lawatilah laman saya di : http://laman-emjay.blogspot.com/

Emaillah saya di: emjayjb@gmail.com

Sekian wassalam wallahualam.


Emjay.


Saturday 27 January 2007

MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??


Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani

Assalamualaikum wbth sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu dahulu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. Bila kita berkunjung ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah "Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ”.

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!

Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:


  1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??
  2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
  3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
  4. Ramai orang benggali / Sikh di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
  5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
  6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
  7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
  8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hong Kong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
  9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi.
Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??

Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Selain dari mengajar bab agama, beliau juga banyak mengajarkan saya pelbagai ilmu seperti tanda pada tapak tangan apabila bersalam dengan orang sebagai contohnya orang bujang yang banyak berzina, astaghfirullah. Pada kali ini saya ingin memanjangkan satu ilmu yang diperturunkan dari guru saya iaitu pengaruh makanan terhadap ketinggian seseorang.

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. Lapan (8) orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5’ 4”. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5’ 11”. Kejadian Allah ada sunnatullahNya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, biskut, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5’ 11’ sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah para pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Apabila saya mengkaji pelajar yang pendek, sah memang mereka gemar makan nasi. Kemudian saya mengkaji orang Benggali / Sikh. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia telah menjalani proses bleaching atau pelunturan yang menyebabkan warnanya bertukar kepada putih selain rasanya menjadi lebih enak.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentingnya ialah mereka makan roti gandum yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah terbukti benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kuetiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan ada pula yang pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang tepat untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

Sekian untuk kali ini. Wassalam wallahualam


Email saya emjayjb@gmail.com


Layari laman web saya di http://laman-emjay.blogspot.com/


Emjay

Thursday 25 January 2007

Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.

Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.


Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri.

Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.

Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.
Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y.  Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y  tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.

Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.

Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.

Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.

Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.


Sekian Wassalam
Wallahualam.



Email saya di : emjayjb@gmail.com


Emjay




Wednesday 24 January 2007

TAPAK TANGAN LEMBAB ATAU BASAH bahagian 2

Sedap dimakan tetapi merosak kesihatan

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum wbth sekalian Muslimin

Pada beberapa hari yang lalu, saya telah menulis mengenai tapak tangan yang lembap atau basah.  Ingin saya menegaskan di sini bahawa saya tidak menolak sama sekali perubatan moden hari ini. Begitu banyak ilmu mereka namun hakikatnya ialah masih banyak ilmu yang mereka masih belum mengetahui. Sebagai contoh kalau menghidap GOUT memang mereka tidak boleh mengubatinya. Mereka hanya bertindak sekadar mengurangkan kesan penyakit ini tidak bertambah buruk namun mereka tidak dapat memulihkan penyakit ini. Insya-Allah sesiapa yang menghidap penyakit GOUT tu terutamanya yang berusia muda (dibawah 40 tahun) kalau berminat cara perubatan saya boleh email saya. Perubatan nya menekankan kawalan makanan terutama sekali makanan yang merosak seperti roti canai dan mee kuning selain dari kacang tanah dan kacang putih.

Kembali kepada persoalan asal berkaitan tangan basah atau lembab, ia sebenarnya adalah disebabkan jantung dan / atau paru-paru bermasalah. Bagi mengelakkan masalah ini silalah amalkan perkara berikut:

1.      Elakkan makan ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung dsb.
2.      Elakkan makan junk food spt twisties, o ring, double decker, Pringles, Mr Potato dan sebagainya
3.      Elakkan makan mee segera seperti maggi mee
4.      Elakkan makan fast food seperti Mc Donald, KFC dsb
5.      Elakkan makan kentang goreng (french fry di Mc Donald dan KFC atau yang dibeli di pasar raya), burger, sausage, nugget dsb. Makan kentang goreng yang dibuat sendiri dengan mengupas kentang dan meraciknya masih boleh diterima.
6.      Elakkan makan margerine atau soft margarine atau sebarang produk margerine
7.      Elakkan kerap minum susu pekat manis dan krimer (dalam teh atau kopi dsb)
8.      Elakkan makan kek dan  krim pada kek kecuali kek yang dibuat dari mentega tulen
9.      Kurangkan makan barangan bergoreng dan bersantan
10.  Elakkan lemak daging (tetel), kulit ayam, bontot ayam.
11.  Kurangkan makanan yang mengandungi krim seperti biskut yang ada krim ditengahnya atau biskut wafer cream kerana ia dibuat dari margarine.
12.  Elakkan Suka minum air batu atau air sejuk dalam peti ais
13.  Elakkan tabiat mandi malam iaitu antara waktu masuk maghrib hingga kira-kira 4.30 pagi walaupun mandi air panas.
14.  Kurangkan makan telur kecuali telur ayam kampung (jangan ambil lebih 3 biji seminggu)
15.  Elakkan mandi selepas makan
16.  Makan sayuran yang pahit seperti peria, ulam raja, kailan, daun ubi, dsb
17.  Elakkan minum semasa makan. Minum hanya selepas makan.
18.  Elakkan tidur di bawah kipas yang laju.
19.  Usahakan minum air suam atau panas
20.  Usahakan minum susu lembu segar atau susu tepung fullcream (bukan susu anelene atau rendah lemak atau high low dengan sukatan ½ cawan sekali ambil 2 hinga 4 kali sehari. Boleh mencuba menambah kuantiti susu sekadar mampu ditangani oleh badan anda. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar untuk bernafas akibat banyak lendir keluar dari hidung atau tekak, ia adalah reaksi yang baik tetapi anda perlu kurangkan sukatan setiap kali meminum tetapi jangan kurangkan bilangan minum sehari.
21.  Bagi yang sudah mula kalah panas (tidak selesa bila panas atau kena matahari) Elakkan atau kurangkan  makanan pedas, lada hitam, buah pear, pisang dan daging.
22.  Elakkan kopi, cokelat, nescafe dan MILO
23.  Elakkan merokok. Ia adalah haram dan merosak.
24. Elakkan burger, naget, sosej dan yang sewaktu dengannya.
25. Elakkan sama sekali krimer seperti coffemate dsbnya.

Bagi yang telah merasai sakit di bahagian dada, ia menambah lagi simptom penyakit jantung.

Bagi mereka atau kanak-kanak yang telah mengalami hidung berdarah terutama sekali bila cuaca panas, ini mengesahkan bahawa jantung telah bermasalah.

Email saya emjayjb@gmail.com


Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

Monday 22 January 2007

Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam

Assalamualaikum wbt sekelian muslimin.

Bersama ini disertakan attachment file dalam format word file.

Attachment pertama adalah


MUZIK: HUKUM DAN KEDUDUKANNYA PADA PANDANGAN SYARAK


Oleh: Ustaz Ridhwan Hj Hashim
 BA (Univeristi Al-Azhar), MA (UKM)
Bekas Imam Masjid Subang Jaya,  Selangor.


Attachment kedua pula ialah bertajuk

PANDUAN DAN BATASAN SYARIAT DALAM MEMBENARKAN HIBURAN NYAYIAN.


Oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Kedua-dua artikel ini saya ambil dari laman:
http://www.bukitbesi.net/ver5/index.php

Attachment: muzik.doc atau klik di sini
Attachment: panduannyayian.doc atau klik di sini

Sunday 21 January 2007

Tapak tangan basah atau lembab




Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum wbth sekelian muslimin

Apabila bersalam kita dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.

Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya Allah. Melalui kaedah ini, seseorang rakan mudah mengenali sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes air sentiasa menitis dari hujung jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Tapak tangan lembab menggambarkan keadaan kesihatan yang merosot. Basah adalah menggambarkan tidak sihat. Manakala air menitis dari hujung jari menandakan tahap kesihatan yang lebih parah.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah memberhentikan amalan pemakanan yang tidak sihat ini.

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Selain basah dan lembab, warna tapak tangan juga boleh menggambarkan tahap kesihatan yang merosot seperti berwarna keputihan. kehijauan dan kebiruan. Tapak tangan yang sihat adalah berwarna kemerahan.

Begitulah juga tapak tangan yang sejuk menggambarkan tahap kesihatan yang merosot. Tapak tangan sihat sentiasa hangat.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food, naget, sosej, burger, margarine, krimer, tidur bawah kipas yang laju dan sebagainya. Salah satu atau kombinasi faktor-faktor ini bakal menyebabkan tapak tangan anda lembab, basah atau air menitis.

Kepada mereka yang menghadapi masalah ini, silalah email saya  kelak insya-Allah saya akan bantu bagaimana untuk menanganinya.

Sila email saya emjayjb@gmail.com

Emjay




Thursday 18 January 2007

IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA


Assalamualaikum wbth kepada setiap muslimin

Saya memulakan penulisan saya ini dengan petikan akhbar Harian metro 17 Jan 2007

Perlu tunggu sampai bila?

Oleh Manan Samad

manansamad@hmetro.com.my

SAMPAI bilakah impian peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan pasukan negara beraksi di Piala Dunia akan menjadi kenyataan?

Inilah persoalan yang bermain di benak setiap rakyat Malaysia terutama ‘kaki bola’ setiap kali kedatangan kejohanan yang dianggap temasya sukan paling hebat di dunia, empat tahun sekali itu.

Peminat bola sepak tempatan kini hanya mampu menumpang tuah orang, menyokong pasukan negara lain berdasarkan cita rasa masing-masing.

Brazil mungkin di hati kerana kemampuan bermain cantik selain dibarisi bintang bola sepak dunia, England mendapat tempat kerana sentimen sebagai bekas penjajah selain pengaruh Liga Perdana Inggeris (EPL), selain beberapa pasukan popular seperti Argentina, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol.

Tanyalah mana-mana kaki bola, mereka masih sayangkan pasukan kebangsaan, tetapi mereka sedar hajat untuk menyaksikan Harimau Malaya beraksi di Piala Dunia masih angan-angan kosong, sekurang-kurangnya dalam masa 10 tahun ini.

Mungkin ada yang berangan-angan, alangkah bagus kalau Malaysia yang beraksi sebagai wakil Asia dan bukannya Jepun dan Arab Saudi yang mudah diratah skuad negara ketika era 1970-an.

Tetapi selepas disimbah air ke muka, mereka kembali sedar daripada lamunan kerana hakikatnya perjalanan skuad negara masih terlalu jauh.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Malaysia menduduki tempat ke-127, jauh di belakang pasukan tercorot yang beraksi di Piala Dunia di Jerman iaitu Togo, ke-61 dunia.


Malah, di peringkat Asia, skuad negara menduduki tempat ke-27 dan Asia Tenggara kelima selepas Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Jauh bukan saja dari segi kemampuan terkini, malah pelbagai aspek lain terutama saiz fizikal terlalu kecil, selain mental yang kerap menjadi penyakit dalam senario sukan negara.

Tidakkah kita terfikir mengapa pemain Jepun yang beraksi di Piala Dunia Jerman lebih besar daripada pemain kita, walhal satu ketika dulu, tentera Jepun yang pernah menjajah Malaya terkenal dengan saiz katiknya.

Kalau dibandingkan pada era 1970-an dan 1980-an, saiz mereka ibarat budak sekolah dan sukar untuk bersaing dalam perebutan bola tinggi terutama di kawasan kritikal kotak penalti, itu belum berbicara mengenai soal kemampuan.

Namun, mereka tidak wajar disalahkan kerana hakikatnya pemain terbabit masih yang terbaik di negara ini. Itu bukan dosa mereka, tetapi dosa terkumpul semua pihak yang terbabit secara langsung dalam pembangunan bola sepak negara.


Tidak wajar hanya dipersalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana pihak lain seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga ada ‘saham’nya.


Dalam kata lain, bola sepak Malaysia sebenarnya memerlukan rombakan besar-besaran dari semua sudut bukannya dengan menukar kepimpinan FAM seperti saranan segelintir pihak.Mujurlah ada usaha ke arah itu dan kerajaan juga bersungguh-sungguh untuk menjadikan impian rakyat Malaysia itu menjadi kenyataan suatu hari kelak.

Bola sepak biarpun tidak menunjukkan prestasi cemerlang, tetap dimasukkan sebagai satu daripada lapan sukan teras kerana popularitinya sebagai sukan nombor satu negara dan dunia.

Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan dan bekas Menteri Belia dan Sukan satu ketika dulu.


Seperti rakyat Malaysia yang lain, Najib juga berkongsi aspirasi sama untuk melihat skuad negara beraksi di Piala Dunia tetapi beliau juga mengakui perjalanan masih jauh.

“Banyak kali tengok televisyen, kita (saya) teringin tonton Malaysia main, tapi apakan daya kita belum sampai ke tahap layak untuk sertai Piala Dunia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di Putrajaya, Selasa lalu.

Kini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Menterinya, Datuk Azalina Othman Said juga memberi penekanan terhadap kepentingan sains sukan dan pasukan sokongan seperti pakar pemakanan, pakar psikologi dan fisioterapi.


Cadangan KBS supaya diadakan program pencarian bakat secara menyeluruh di semua sekolah di seluruh negara, juga idea bernas.


“Ini bagi membolehkan kita membina pangkalan data yang lengkap mengenai kebolehan, kecenderungan dan ciri fizikal murid sekolah kita.


“Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kerjasama dan (pencarian) akan bermula berasaskan sesebuah negeri mengikut giliran,” kata Najib.


Mujurlah sekurang-kurangnya jawatan penting berkaitan sukan dipegang mereka yang berpengalaman dalam bidang itu.


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr Ramlan Aziz juga adalah bekas bos Institut Sukan Negara (ISN) dan sudah pasti beliau turut memberi penekanan terhadap aspek sains sukan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah bekas menteri di KBS. Ini bermakna, harapan untuk menyaksikan Malaysia beraksi di Piala Dunia tetap ada jika setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Ini kerana, kita memang tidak kering idea tetapi ‘musuh’ utama kita selama ini ialah aspek pelaksanaan terutama di peringkat bawahan.


Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga dengan kejayaan bintang skuasy, Nicol Davids muncul juara dunia, skuad badminton muncul juara Piala Thomas 1992 - kedua-duanya dalam sukan yang tidak memerlukan pertarungan fizikal, tetapi alangkah bagusnya satu hari kelak pasukan bola sepak beraksi di pentas Piala Dunia.


Bayangkan kita berada di stadium berkumpul beramai-ramai memakai pakaian kuning hitam Harimau Malaya dan mengibar Jalur Gemilang sambil mengalun ‘Mexican Wave’ sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangan.


Alangkah bagus Wawasan 2020 ke arah menuju negara maju menjadi kenyataan dan pada masa itu pasukan bola sepak kita beraksi di Piala Dunia.


Buat masa ini, ia hanya angan-angan Mat Jenin bagi peminat bola sepak tempatan, tetapi boleh kekal selamanya jika tiada usaha dilakukan untuk melakukan rombakan total terhadap mutu bola sepak negara.


Saban hari di banyak akhbar dapat kita baca pelbagai komen tentang kemerosotan pasukan bola sepak Malaysia. Masing-masing mengidamkan kegemilangan bola sepak Malaysia sebagaimana gemilangnya pasukan badminton, skuasy dan boling di arena antarabangsa. Ini barulah namanya world class Mengapa badminton boleh cemerlang dan begitu juga skuasy dengan ratunya Nicol David? Adakah Malaysia dilahirkan dengan faktor genetik rakyatnya tidak boleh mahir bermain bola sepak? Jikalau ini sebabnya, mengapa satu ketika dahulu Malaysia berada di ranking yang begitu tinggi di zaman Mokhtar Dahari dan Ghani Minhat? 

Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah.

Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan.

Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya.


Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi.


Pasukan bola sepak Malaysia pernah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972 dan Sukan Olimpik di Moscow 1980 dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh menjadi gemilang dan terbilang di persada dunia di arena bola sepak dan adalah salah sama sekali mengatakan bahawa genetik orang Malaysia memang tidak boleh cemerlang dalam bola sepak.

Arwah Mokhtar Dahari pada usia 23 tahun telah dipilih oleh majalah bola sepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu menggambarkan bahawa terdapat pengiktirafan dunia ke atas kehebatan bola sepak di Malaysia ketika itu.

Sebenarnya sejarah kegemilangan bola sepak tanah air sudah diwarnai lama dahulu oleh Raja Bola sepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din dan Chan Tuck Choy sebelum digantikan dengan super MOKH Mokhtar Dahari.

Jadi marilah kita fikirkan mengenai persoalan apakah sebenar sebabnya bola sepak di Malaysia kini berada di kedudukan yang sangat memalukan dan mengecewakan setiap rakyat Malaysia??

Sebelum kita mula mengupas senario ini, mari kita sorot sejarah kepimpinan bola sepak semenjak tahun 50an. Saya mulakan kupasan dengan sorotan dari tulisan Oleh Datuk Ahmad Basri Akil di Harian Metro.

APAKAH sepatutnya yang dilakukan untuk menyelamatkan bola sepak kita?Kebanyakan peminat setia bola sepak akan memberi jawapan senada terhadap persoalan ini dengan menuding kepada soal pemimpin dan cara kepimpinan walaupun ia sebenarnya sudah lama diperkatakan.

Sama ada jawapan itu wajar atau tidak, isu yang perlu dilihat ialah sama ada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya atau tidak dalam menjalankan tanggungjawabnya memajukan bola sepak negara di semua peringkat hingga ke persada antarabangsa.

Melihat sejarah kepimpinan sekarang, mereka diberi tanggungjawab mengetuai FAM selama 20 tahun sejak dilantik pada 1984.

Dalam tempoh itu, pasukan bola sepak negara hanya boleh berbangga dengan pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 1989, dengan menewaskan Indonesia. Tetapi selepas itu terus merudum apabila diaibkan Filipina di Manila dan Laos di Jakarta.

Keaiban ini pula tidak tercatit di halaman sejarah laman web FAM, begitu juga rasanya dalam buku sejarah FAM.

Berbanding sejarah bola sepak negara masa lalu, kita berbangga apabila pasukan negara layak ke Sukan Olimpik di Munich pada 1972 dan Sukan Olimpik di Moscow 1980 yang berlaku dibawah kepimpinan yang lampau.

Sedihnya pada hari ini, pasukan negara diletakkan di ranking ke-113 dunia, berbanding Indonesia (90), Singapura (104), Thailand (84), Vietnam (107), Korea Selatan (21), Arab Saudi (31) dan Jepun (17).

Apakah pula penilaian wajar terhadap kemampuan dan mutu bola sepak kita di kalangan pasukan serantau di Asia?

Walaupun FAM menerima peruntukan RM30 juta setahun selama beberapa tahun hingga 2004 daripada sebuah syarikat rokok, tetapi entah kenapa agihan yang sewajarnya tidak dapat disalurkan kepada program pembangunan bakat dari akar umbi secara meluas dan menyeluruh.

Tidak menghairankan apabila terdapat pihak tertentu yang beranggapan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi program pembangunan satu jumlah terlalu banyak.
Malah perbelanjaan RM6.8juta untuk lima tahun dari 1995 hingga 2000 untuk projek akademi bola sepak diisytihar gagal oleh Timbalan Presiden FAM ketika itu, berdasarkan penilaiannya sendiri, tanpa kajian lanjut untuk menilai pencapaian sebenar.

FAM juga tidak menyediakan ‘Perancangan Belanjawan’ untuk operasinya selama ini, malah sebarang keperluan perbelanjaan terserah pada budi bicara Presiden dan Setiausaha Agung. Inilah satu kelemahan ketara FAM di segi pengurusan dana dan sumber hingga menjadi punca yang menghalang pembangunan.

FAM harus sedar bahawa kelemahan ini perlu diatasi segera dan tidak boleh sekadar bijak berceramah, memberi kursus dan taklimat tetapi dari sudut operasi dan pembangunan terus mundur dan ketinggalan sejak dua dekad yang lalu.

Dua langkah yang perlu digerakkan FAM segera ialah memastikan pembangunan bakat bola sepak dari peringkat akar umbi dari usia muda 10-13 tahun hingga ke peringkat tertinggi dilaksanakan dengan tersusun dan berterusan di bawah jentera pelaksanaan yang cekap serta kewangan mencukupi. 

Langkah berikutnya ialah memastikan liga bola sepak tempatan berjalan lancar dan berjaya menarik minat ramai penonton serta penaja dari segi komersial. Ini akan membantu membangunkan bakat bagi mewakili negara pada masa akan datang.


8 Mac 2001 tulisan Yaronadi di http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?p=778&sid=a76435fef4978024dafc438d87ad53ef


Assalamualaikum...

hehehehe... berjumpa lagi di dalam arena sukan Bola sepak di Malaysia.. Baru2 ini Malaysia telah ditewaskan oleh barisan Qatar dengan jaringan 5-1.

Ini amatlah mengecewakan para peminat bola sepak Malaysia namun keputusan itu haruslah diterima dengan berat hati kerana ia adalah realiti yang pahit untuk diterima..

Kekalahan ini.. kemungkinan kerana tersingkirnya 3 pemain yg digelar budak disko. Ramai yg berfikir dan mengatakan tersingkirnya 3 pemain itu adalah tidak wajar di dalam saat2 terakhir.. namun bagi pendapat saya tindakan itu adalah yg paling wajar sekali... ini kerana di dalam bola sepak.. attitude para pemain sebagai seorang yang profesional harus dititik beratkan..

Kemasukan pemain bidan terjun iaitu Mazlan Wahid telah menyebabkan pasukan kita kalah teruk namun ia adalah sewajarnya...

seharusnya tanggungjawab kekalahan ini haruslah ditanggung oleh 3 pemain yang tidak ada disiplin diri itu kerana membelakangkan maruah negara...

Persidangan parlimen ke 9 PENGGAL KETIGA
MESYUARAT KETIGA Jilid III Bil. 36 Hari Khamis 18 Disember 1997


Sebelum Akta Pembangunan Sukan diluluskan di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara,

Menteri Belia dan Sukan tidak mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa. Tetapi akauntabiliti tidak tahu, kita kena bertanggungjawab, tetapi kita boleh membuat apa-apa, kita cuma memberi nasihat kepada persatuan yang berkenaan supaya jangan buat ini dan jangan buat itu. Sekarang ini daripada Akta Pembangunan Sukan ini, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang meluluskan akta ini, kita boleh mengambil tindakan yang keras atas mana-mana persatuan termasuk persatuan bola sepak sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah dalaman mereka sendiri, termasuk disiplin pemain, termasuk efisiensi pentadbiran persatuan peringkat negara, negeri dan juga daerah. Kita tidak akan bertolak ansur supaya sukan kita akan memberi nama baik kepada negara apabila kita hantar pasukan keluar negara

Begitulah luahan beberapa rakyat Malaysia dari peringkat marhaen hingga ke peringkat parlimen menyuarakan pandangan mereka mengenai pasukan bola sepak Malaysia.



Seterusnya mari kita melihat pula sejarah kepimpinan FAM semenjak tahun 50an:


Tahun                         Presiden FAM

1951 - 1974              Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1974 - 1975              Tun Abdul Razak Haji Hussein

1975 - 1984              Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah

1984 - sekarang       Sultan Haji Ahmad Shah


Daripada jadual ini jelaslah menunjukkan bahawa kegemilangan bola sepak di arena antara bangsa telah wujud sebelum kepimpinan Sultan Haji Ahmad Shah namun kegemilangan di dalam negara tidak wujud pada waktu ini. Kegemilangan bola sepak di arena antarabangsa merudum sebaik sahaja kepimpinan beralih kepada Sultan Haji Ahmad Shah dengan dibantu oleh anak baginda Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden namun kegemilangan bola sepak dalam negara meningkat dengan pelbagai program yang dijalankan seperti Liga Semi-Pro dan LIGA PERDANA dan sebagainya.

Apa yang perlu ditegaskan di sini ialah semenjak teraju kepimpinan FAM diambil alih oleh Sultan Ahmad Shah, banyak sekali keluar di dada akhbar berkenaan kes pemain bola sepak yang terlibat dengan masalah disiplin seperti menetapkan permainan (fixing the game) dengan berurusan dengan bookie dan keluar ke disko sewaktu latihan. Maknanya ialah bahawa ramai pemain bola sepak Malaysia terlibat dengan perjudian dan kaki disko.

Apakah hubung kait sebenarnya yang ingin saya jelaskan antara prestasi bola sepak Malaysia, faktor kepimpinan, kaki judi dan kaki disko pemain dan mereka yang terlibat dengan bola sepak? Sebenarnya korelasi antara semua faktor ini adalah tersangat kuat.

Arwah guru saya mengajarkan satu ilmu yang amat berguna iaitu “kalau di hulu sungai airnya begitu keruh, di kuala bertambahlah keruhnya ”. Maksudnya ialah kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Kalau bapa kaki betina, insya-Allah anak-anaknya kalau perempuan menjadi bohsia dan kalau lelaki menjadi bohjan.


Bukti kepada ilmu yang diajarkan ini ialah pengalaman saya bersama kes berikut:

Kes ini berlaku kira-kira pada tahun 1996/1997.

Suami Madam X adalah regional manager satu bank terkenal di satu bandar besar. Madam X menjawat Asistant Manager satu bank besar lain di bandar yang sama. Madam X mengadu kepada saya bahawa anak sulungnya seorang perempuan sedang belajar di Taylor’s Collegge gila jantan sampai bila hari raya puasa yang lepas tak ingat hendak balik rumah. Saya pun aturkan pertemuan suami isteri ini dengan guru saya. Setelah sesi pertemuan bersama Madam X dan suami dan sesi hanya bersama suami sahaja, punca permasalahan ini telah dikenal pasti. Puncanya ialah apabila bapak kaki betina, isteri kaki gigolo dan anak menjadi kaki jantan (macam bohsia).

Saya ulang sekali lagi, setelah sesi soaljawab, suami Madam X adalah kaki zina tidak kira dengan isteri orang atau anak dara. Madam X pula menyimpan gigolo iaitu seorang staf bujang yang bekerja dibank yang sama. Itulah yang Allah tunjukkan sebagai cerminan diri kepada Madam X dan suaminya, diberikan Allah seorang anak sulung perempuan yang gila seks seumpama tandas awam percuma yang tidak perlu membayar sebarang bayaran.

Dari ilmu air di hulu serta pengalaman-pengalaman bersama arwah guru ini, bolehlah kita rumuskan bahawa:

  1. Kalau bapa mencuri insya-Allah majoriti anak mencuri
  2. Kalau bapa jahat insya-Allah majoriti anak jahat
  3. Kalau bapa baik insya-Allah majoriti anak baik
  4. Kalau bapa sombong insya-Allah majoriti anak lagi sombong
  5. Kalau anak bohsia insya-Allah bapanya juga kaki betina
  6. Kalau anak merokok insya-Allah bapanya merokok
  7. Kalau anak hisap dadah insya-Allah bapa hisap rokok (bapa kencing berdiri anak kencing berlari)
  8. Kalau anak tak rajin sembahyang insya-Allah bapanya juga tak rajin sembahyang.

Dari ilmu ini, bentuk tingkah laku anak boleh dijangkakan dengan melihat tingkah laku bapa dan sebaliknya.

Ilmu ini seterusnya boleh dikembangkan lagi kepada skop yang lebih besar iaitu:

  1. Kalau ketua jabatan kaki golf, ramailah orang bawahannya yang akan minat main golf
  2. Kalau ketua jabatan kaki karaoke, ramailah orang bawahannya yang bakal kaki karaoke
  3. Kalau ketua jabatan kaki judi, insya-Allah ramailah orang bawahan yang bakal kaki judi
  4. Kalau ketua jabatan orang beriman sebagaimana satu ketika dahulu UTM dibawah kepimpinan Tan Sri Ainuddin Wahid, ramai orang bawahan menjadi beriman sehingga tidak ada di dalam kampus pelajar lelaki naik motosikal bersama perempuan bukan muhrim.
  5. Dan sebaliknya kalau di satu jabatan kakitangannya suka muzik, maknanya ketua jabatannya insya-Allah juga kaki muzik.
Konsep air di hulu jernih atau keruh ini sebenarnya boleh diaplikasikan ke atas keluarga, jabatan yang kecil, jabatan yang besar, organisasi, sekolah, universiti, kampung, negeri dan negara. Maknanya kalau di satu negara, rakyatnya suka berjumpa bomoh (sesat) insya-Allah bolehlah kita katakan bahawa para pemimpin di negara tersebut juga adalah kaki berjumpa bomoh (sesat).

Bila saya melihat ratu negara Nicol David begitu cemerlang dalam sukan skuasy, bolehlah saya ambil rumusan bahawa pasukan skuasy Malaysia adalah dipimpin oleh seorang manusia yang begitu mempunyai ciri yang amat positif seperti bekerja kuat, berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Saya tidak pernah kenal dan mengetahui presiden SRAM sekarang iaitu Dato' A. Sani Karim. Nama dan gambar beliau hanya saya perolehi beberapa saat lalu apabila saya mencari maklumat berkenaan di internet. Apabila pemimpin yang memimpin pasukan skuasy negara sekarang ini diganti oleh orang lain, kecemerlangan pasukan ini mungkin akan meningkat, menurun atau statik mengikut ciri yang terdapat pada pemimpin baru tersebut.

Kini sampailah kita kepada pokok perbincangan asal iaitu prestasi buruk pasukan bola sepak Malaysia. Apabila kita melihat para pemain bola sepak negara sangat lemah bila beraksi di arena antara bangsa, suka menjual permainan untuk keuntungan segera kewangan dari para bookie dan kaki disko, maknanya pasukan bola sepak ini juga adalah kemungkinan besar dipimpin oleh seorang ketua yang kaki betina, kaki judi dan kaki disko. Selama pemimpin ini masih mengekalkan semua tabiaat ini, maka pasukan bola sepak Malaysia akan begitulah jadinya sebagaimana kata pepatah bapa borek anak rintik. 

Janganlah hendaknya bermimpi untuk maju dan cemerlang. Jika kita lihat budaya sultan di Malaysia, mereka memangnya hidup dalam alam penuh glamour tetapi hanya di dalam negara Malaysia namun bila mereka pergi ke US misalnya, they are no body . Itulah sebabnya senario bola sepak di dalam peringkat liga semi-pro atau liga perdana begitu glamour dengan berbagai aksi pemain tempatan dan pemain import tetapi bila bersaing di arena luar negara hancur.
Sebenarnya tidak dapat dinafikan bahawa Sultan Haji Ahmad Shah telah banyak mewarisi tabiat dari Almarhum ayah baginda. Tidak manis sekali kita memburukkan tabiat ayah baginda yang sudah mangkat. Anak kepada Sultan Haji Ahmad Shah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi Timbalan Presiden FAM dan insya-Allah banyak mewarisi tabiat ayahnya iaitu Sultan Haji Ahmad Shah. Usahlah diungkit tabiat buruk Sultan Haji Ahmad Shah ini dan biarlah Allah sahaja yang mengetahui tabiat buruk baginda. Namun apabila Sultan Haji Ahmad Shah mencemar duli untuk memimpin pasukan bola sepak Malaysia, baginda sebenarnya sudah maklum bahawa beliau akan terdedah kepada kritikan. Tabiat buruk baginda akan diwarisi oleh para pemain dan pegawai pasukan bola sepak Malaysia. Dan yang paling utama sekali ialah tabiat buruk ini akan menghancurkan terus kegemilangan bola sepak Malaysia.

Apakah langkah terbaik bagi menangani gejala sindrom bola sepak era Sultan Haji Ahmad Shah??.Jawapannya amat mudah sekali. Semua pegawai dan pemimpin FAM sedia ada wajar sekali bertanggungjawab dengan berundur secara terhormat. Pilihlah penggantinya dari kalangan mereka yang berakhlak mulia, seorang islam yang beriman, rajin, tekun, bersungguh-sungguh, berjimat, bekerjasama, bertolak ansur dan jauh sekali dari akhlak buruk seperti kaki judi, kaki betina, kaki disko, boros, kaki lepak, malas, gemar bersenang-senang sahaja dan pelbagai perangai buruk lainnya.

Nasihat saya; Enough is enough. Sudah cukup besar kerosakan yang berlaku dari kepimpinan FAM semenjak tahun 1984 hingga sekarang ini. Berundurlah demi permainan bola sepak yang begitu diminati sekali di Malaysia.

Iktibar yang boleh dipelajari dari senario kepimpinan pasukan bola sepak negara Malaysia ialah Allah memberikan satu petunjuk atau instrumen yang amat menarik untuk dipergunakan dalam menilai sesuatu iaitu pemimpin dapat dinilai dari apa yang dipimpin dan sebaliknya yang dipimpin dapat dinilai juga dengan melihat pemimpinnya. Hendak melihat perilaku pemimpin UMNO, lihat sajalah majoriti manusia di Putera UMNO, Pemuda UMNO dan pertubuhan UMNO itu sendiri atau boleh juga menilai melalui TV3 iaitu satu entiti milik UMNO.

Lawatilah Laman Emjay di :  http://laman-emjay.blogspot.com/

Wassalam wallahua'lam


Emjay