Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 28 February 2007

Tangkal dari surah Yaasin

Surah Yaasin dibungkus dengan kertas minyak lalu dibungkus sekali lagi dengan plastik


Surah Yaasin dibungkus plastik.

Tangkal dari surah Yaasin - Jahilnya manusia

Surah Yaasin adalah sebahagian dari AL Quran yang diperintahkan untuk membaca dan memahami maksudnya dan seterusnya mengamalkan. Kalau dah berbungkus macam ini macam mana untuk dibaca.

Itulah konsep tangkal, SESUATU YANG HANYA PERLU DISIMPAN DENGAN HARAPAN MENDAPAT KEBAIKAN DARI USAHA TERSEBUT.

Emjay

IKTIBAR ALLAH SUSAHKAN ORANG TERTENTU KETIKA NAK MATI!!







Gambar di atas: Tangkal macam baju kebal dan tiga keris simpanan Atok dalam kisah ini yang digunakan dalam mengubat.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbth

Seorang rakan sekerja Mr X menemui saya pada awal 2006 dengan membawa hajat dengan bersungguh-sungguh. “Haji, minta tolong boleh tak”.

Saya menjawab “insyaAllah, apa dia”

“Atok saya sakit teruk dah terlantar lebih sebulan. Macam orang koma. Badan dah macam papan sekeping. Nak minta haji tolong tengok dan tolong apa yang patut. Kesian dia.”, rayu Mr X.

“Insya-Allah saya tolong. Bila nak pergi?”

Menurut Mr X, atoknya adalah seorang yang warak dan mengubat orang sakit menggunakan kaedah yang diizinkan oleh Islam. Namun kalau menurut saya kalau atoknya orang yang Allah redha, mengapa pula saat nak mati Allah SWT azab begitu rupa?

Setelah membincangkan masa yang sesuai, pergilah kami ke destinasi kediaman atok Mr X di daerah Senggarang di Johor. Kami pergi berdua menaiki kenderaan saya ke pekan Senggarang pada hari Sabtu. Kira-kira pukul 11.00 pagi tersebut tibalah kami di pekan Senggarang.

Rumah Atok Mr X sudah agak usang di diami oleh Atok dan nenek Mr X serta anak bongsu bersama suami dan anak-anak yang masih kecil. Setelah sampai kami disambut dan dipersilakan masuk ke rumah. Nenek Mr X masih sihat walau sudah berusia lebih dari 70 tahun. Nenek ini membawa saya menemui suaminya yang terbaring kaku di ruang tamu rumah beralaskan tilam bujang yang nipis.

Subhanallah, tubuh atok Mr X sudah begitu kurus tinggal tulang dan kulit dengan mata yang terjegil. Tidak berkata dan bernafas melalui mulut. Setelah meneliti keadaan atok ini buat seketika, saya memanggil nenek ke satu sudut untuk berbicara dan beliau tidak membantah.

Antara perbualan kami ialah: “dah lama atok terbaring macam ini? kata saya.

“Sudah lebih sebulan macam ini” jawab nenek.

“Ada tak atok mengubat orang ?” tambah saya

“Dia memang ada mengubat orang dan juga mengurut ?” jawab nenek.

“Ada tak atok menyimpan barang-barang tertentu dan digunakan untuk mengubat?”, saya menambah.

“Atok ada 3 keris. Sewaktu mengubat atok gunakan keris kecil. Yang lain disimpan.” jawab nenek.

“Atok ada mengamalkan ilmu-ilmu lain tak untuk mengubat atau mengurut?” sambung saya.

“Sejak atok muda memang ada dia memakai susuk di lengan kiri supaya kuat mengurut. Tetapi sebelum sakit dulu atok dah suruh saya buat sesuatu supaya susuk ini keluar. Saya dah buat dan melihatkan pada tandanya, susuk ini memang sudah keluar” jawab nenek.

Saya terus menyoal sama ada atok ini ada menyimpan pelbagai tangkal lain dan jawapan dari nenek
ialah memang ada iaitu kelihatan seperti tangkal baju kebal warna merah yang terletak atas para.

Setelah mendapat input-input yang mencukupi dari nenek ini berkaitan suaminya, saya mula memberikan pandangan “Barang-barang keris dan tangkal simpanan atok perlu saya ambil semuanya untuk dilupuskan. Sekiranya tidak diambil, insya-Allah atok terus macam ini dan susah untuk mati”.

Nenek bersetuju untuk menyerahkan kesemua barangan “SYIRIK” kepunyaan atok kepada saya untuk dilupuskan.

Dimudahkan cerita, alhamdulillah pada sebelah petang hari yang sama, saya telah dapat mengumpulkan kesemua 3 keris pusaka dan tangkal baju kebal berwarna merah. Sebelum saya beredar balik ke Johor Bahru, saya berkata kepada nenek “Menurut lazimnya, insya-Allah sebelum 40 hari, atok ini akan meninggal dunia”.

Seperti biasa barangan yang dikumpulkan dari pekan Senggarang ini saya ambil gambarnya terlebih dahulu sebelum memulakan proses melupuskan.

Dua hari selepas itu kira-kira pukul 7.45 pagi hari Isnin ketika saya sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja, telefon saya berbunyi. Di hujung talian kedengaran suara Mr X “Haji, atok saya selamat meninggal dunia pukul 6.45 pagi tadi”. Jelas kedengaran nada lega suara Mr X kerana kerisauan selama ini sudah selesai.

Saya menyahut “Alhamdulillah”.

Begitulah serba sedikit kisah seorang yang sengsara bila nak mati. Setengah orang kata sebenarnya atok ini telah meninggal dunia namun khadam dalam tubuhnya yang membantu seolah-olah atok ini masih hidup. Namun apa yang jelas ialah keadaan atok sewaktu saya melihatnya memanglah mengerikan rupanya.

Mr X sewaktu mula menemui saya untuk meminta bantuan menjelaskan kepada saya bahawa atoknya ini adalah seorang yang baik dan mengubat orang dengan cara yang diperkenankan Islam. Namun hakikatnya ialah seorang yang menyimpan tangkal adalah jelas hukumnya iaitu syirik. Pengubat yang menggunakan keris dalam perubatan mereka adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat lagi menyesatkan.


Berikut adalah antara hadis berkenaan perbomohan:

Tukang sihir atau bomoh memang telah jelas kesyirikan mereka dan Nabi Muhammad saw telah bersabda mafhumnya :

“Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
(Riwayat Tirmizi dari Jundub).


Mempercayai dukun atau bomoh atau astrologi hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :

Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)

Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:

“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”

(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)


(1 Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)

Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,

“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”

(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)

Dalam satu hadis lain, mafhumnya:

“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”

Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”

(Riwayat Waqi’e)

Mengapa Nabi SAW berkata demikian? Ini adalah kerana orang ini telah kafir dan orang kafir tidak boleh disembahyangkan. Mengenai perkara ini berkata Ibrahim bin Nakhi:

“Dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud: Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal, dari Al Quran atau bukan dari Al Quran.

Allah menyusun saat kematian atok ini sebegini rupa sebenarnya mungkin kerana Allah ingin memberitahu kepada waris dan tetangga bahawa inilah yang akan berlaku kepada setiap manusia yang mengaku beragama Islam namun hakikatnya bergelumang dengan amalan syirik dan lebih teruk lagi menyesatkan orang lain melalui amalan perbomohannya.

Berdoalah untuk mendapat husnul khotima (saat tua dan kematian yang menggembirakan) dan jauh dari suul khotima (saat tua dan kematian yang menyedihkan).


Sekian wassalam wallahua'lam



Emjay

Tuesday 27 February 2007

Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum.


Assalamualaikum wbth
(Updated 15 Disember 2019)

Zina adalah persetubuhan antara lelaki dengan wanita dengan persetujuan kedua-dua pihak. Kalau satu pihak setuju satu pihak tidak setuju sudah menjadi rogol pula. Jimak antara suami dan isteri pula adalah satu ibadah sebagaimana hadis berikut:
“ Pada kemaluan kamu mempunyai sedekah.” Para sahabat terkejut lalu berkata: “Kami menggunakannya untuk melepaskan syahwat lalu diberi pahala?” Baginda saw menjawab: “Apakah kamu tidak melihat, bagaimana jika ia digunakan pada tempat yang diharamkan, adakah ia satu dosa?” Mereka menjawab: “Ya.” Nabi melanjutkan sabdanya:”Begitulah juga jika ia digunakan pada tempat yang halal, ia akan diberi pahala.”

Hanya dengan peraturan mudah iaitu bernikah, jadilah satu perbuatan yang haram berubah menjadi kepada ibadah. Perbuatan serupa tepi berlainan hukum.

Kali ini saya tidak ingin menulis mengenai zina dan berjimak suami isteri namun analogi ini saya gunakan untuk bercerita mengenai sesuatu yang serius iaitu menjampi secara islam (diharuskan) dan menjampi secara sesat yang dihukumkan syirik.

Berkenaan latar belakang jampi, berikut adalah artikel yang sangat menarik berkaitan jampi nukilan Dr Mohd Asri Zainal Abidin 

Amalan Perbomohan Atau Jampi Dalam Masyarakat

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.
Amalan perbomohan atau jampi dibenarkan dalam Islam dan syarat-syaratnya
Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri Baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, Baginda menyuruh berjampi dengan katanya, “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah”. Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang diketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendaklah;

Pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. 

Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. 

Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang disebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.

Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat kepada syighah (bentuk ungkapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman Baginda Nabi s.a.w. sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab, sekalipun dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam.


Amalan yang giat berjalan dalam masyarakat kita sekarang
Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi – yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam – telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. 

Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam? Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat Baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, Baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.

Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata, “Kita usaha, Allah yang akan berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33:
(maksudnya) Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.

Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. Walaupun namanya kecil, namun adalah syirik, dosanya amat besar yang boleh membawa kepada syirik besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka itu adalah syirik besar yang membatalkan iman.
Hukum mereka yang mempercayai ramalan-ramalan bomoh

Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).
Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan.
Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari www.al-qayyim.net
Mantera

Mantera adalah bacaan tertentu yang dilakukan untuk mengharapkan anugerah atau hasil dari perbuatan tersebut. Paling mudah sebagai contoh ialah P Ramle membaca mantera “Niat enson matakaji semar ngiseng...” maka anugerah atau hasilnya ialah pintu gua terbuka. Membaca mantera atau membaca jampi yang sesat tidak memerlukan perhubungan langsung dengan Allah.

Sami Hindu membaca mantera untuk mencucuk besi ke tubuh

Sami Hindu sewaktu perayaan Thaipusam membaca pelbagai mantera sebelum mencucukkan besi ke anggota tubuh badan begitu juga dengan ahli sihir, bomoh dan ahli silap mata tertentu. Terdapat bomoh yang mencampur aduk ayat Al Quran dan mantera dalam proses pengubatan. Sebenarnya ayat Al Quran itu sendiri boleh dijadikan mantera apabila teknik melakukannya menyalahi apa yang disunnahkan oleh Nabi saw.

Dalam amalan kaum jawa dan melayu terdapat pelbagai mantera seperti “tabek tok nenek cucu nak tumpang lalu” sewaktu masuk hutan. Orang jawa selalu akan berkata begini apabila berjumpa dengan orang cacat “tamit-tamit djambambayi majukaget, ngesok anak aku ojo koyok ngunu”. (......... besok anak aku jangan macam itu)
.
Selain mantera di atas terdapat banyak lagi mantera di kalangan orang Bugis seperti

Mantera lipan::
Ebung kusuk aseg tongang-tongang na
Puat tan nabi
Eyak mapau ni tongeng
Mandugung-mandugung iyak ilaukak ati....
.....................
Tangkal keteguh::
Hi di wa di mani manikkan
Aku menahan darah putih dan darah merah
Berkat doa
(dilakukan pada air, kemenyan diasapkan)

Di kalangan orang Inggeris dan ada juga dilakukan di kalangan remaja Melayu semenjak dahulu pula ialah permainan syirik iaitu “spirit of the coin”. Mereka melakukan syirik dengan membaca mantera-mantera tertentu.

Di kalangan orang melayu terdapat juga pelbagai mantera seperti yang di bacakan sebelum keluar rumah dan ada yang dibacakan di awal pagi. Begitulah manusia, mereka menggantikan doa dengan mantera. Doa mengeratkan hubungan antara makhluk dengan Allah manakala mantera terus mengharapkan balasan automatik dari perbuatan membaca mantera tersebut tanpa melibatkan Allah sebagai Tuhan.

Sekiranya sudah jelas kefahaman berkaitan jampi yang diharuskan, jampi sesat serta mantera, barulah kita semua boleh berganjak kepada persoalan penting yang ingin saya kemukakan di sini..

Sebagai orang Islam, bila kita makan nasi, tidak boleh sama sekali mengiktikadkan atau meyakini bahawa nasi yang mengenyangkan. Ia membawa kepada rosak akidah. Makan nasi sekadar usaha dan kenyang adalah rahmat dari Allah. Bila sakit makan ubat dan bila sembuh bukan kerana kuasa ubat tetapi adalah kerana Allah telah memberikan kesembuhan selepas kita berusaha. Allah boleh memberikan kesembuhan tanpa kita makan ubat pun.

Ini adalah persoalan pokok ilmu tauhid iaitu Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini. Bila ingin lulus SPM, berusaha bersungguh-sungguh adalah memang disuruh tetapi bila dapat keputusan cemerlang adalah bukan kerana pelajar ini hebat dan cemerlang namun adalah kerana rahmat dari Allah. Sesiapa yang tidak boleh memahami konsep asas tauhid ini tidak boleh membaca tulisan berikutnya dan hendaklah mengulang semula bacaan ini dan berbincang dengan mana-mana guru sehingga benar-benar memahami konsep ini.

Hanya setelah memahami konsep asas tauhid barulah seseorang berhak untuk menjampi sesuai dengan sunnah Nabi. Jika tidak, seolah-olah Sami Hindu menjampi menggunakan ayat Al Quran. Latihan menjampi yang paling baik ialah menjampi kepada bayi (berusia di bawah 1 tahun) yang menangis tanpa henti waktu maghrib atau waktu tengah malam.

Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luar biasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bukan disebabkan oleh lapar, sakit atau kencing dan berak, bacalah kalimah-kalimah Allah dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah, Al Fatihah, ayat Kursi atau ayat-ayat lain dengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Memahami maksud terjemahan setiap ayat adalah sebaik-baiknya. Selepas itu teruslah berdoa mohon perlindungan daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada anak tersebut. Selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telinga kanan bayi ini.

Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi dan ayat-ayat lain ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Elakkan membaca secara beramai-ramai. Boleh juga disambung bacaan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Ulangilah perbuatan ini sehingga anak tersebut diam.

Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.
Satu perkara yang sangat penting di sini ialah setelah anak tersebut diam selepas dibacakan ayat-ayat Allah dan berdoa, letakkanlah bayi tersebut lalu buatlah sujud syukur kerana Allah telah memberikan rahmatNya. Bukan anda yang hebat tetapi Allah-lah yang hebat. Anda sekadar bertambah ilmu yang dikurniakan dari Allah. Jangan riak selepas ini dengan menceritakan usaha anda yang berjaya kepada rakan. Memadailah dengan bersyukur sahaja kepada Allah.

Sekiranya anda melakukan usaha yang sama namun dengan iktikad bahawa perbuatan dan bacaan ayat tersebut mampu menghalau syaitan, maka sebenarnya anda sudah menyalahi asas tauhid dan anda seolah-olah membaca mantera. Anda kini sudah menjadi bomoh sesat!!! Akibat dari perbuatan sesat anda ini, insya-Allah Allah tidak akan memberikan rahmatNya dan anak ini mungkin semakin kuat menangisnya sehingga anda pun putus asa. Inilah yang saya analogikan di permulaan penulisan iaitu zina dan jimak suami isteri adalah sebenarnya perbuatan yang sama tetapi mempunyai dua hukum yang jauh berbeza, satunya haram dan satunya ibadah.

Selepas latihan menjampi bayi ini berjaya, bolehlah maju setapak dengan menjampi pelajar yang kerasukan histeria. Bagi kes histeria, permulaan yang paling penting ialah menjauhkan sejauh-jauhnya pelajar lain yang belum kena histeria (lebih baik yang belum kena di suruh balik dari sekolah). Syaitan akan berusaha untuk menjangkitkan histeria ini kepada pelajar lain melalui ketakutan. Orang yang ketakutan histeria ini sebenarnya telah kehilangan keyakinan terhadap Allah dan sebagai balasan, Allah memberikan histeria sebagai musibah!.

Selepas berjaya menjauhkan pelajar lain, barulah proses merawat boleh dimulakan. Jangan ada orang perempuan berhaid berdekatan orang histeria ini. Kalau tidak hendak menjampi pun tidak mengapa sekadar membiarkan orang histeria ini kepenatan dan jin syaitan putus asa kerana tidak dapat menakutkan pelajar lain. Kalau ingin menjampi juga boleh dengan membaca bacaan seperti proses di atas. Kalau ingin menambah dengan membaca ayat-ayat tertentu juga dibolehkan dan digalakkan. Ulangilah beberapa kali dengan bacaan dan doa. Kalau ingin bersolat fardhu berjamaah berhampiran mangsa ini pun boleh dengan dimulakan azan yang lantang dan iqamah. Berdoalah semata-mata kepada Allah semoga memberikan RahmatNya memulihkan mangsa histeria tersebut. Insya-Allah semoga Allah mengurniakan rahmatnya ke atas usaha anda dan ke atas mangsa histeria ini.

Namun apa yang amat perlu difahami ialah bahawa menjampi bukanlah satu penyelesaian muktamad kepada masalah bayi menangis waktu maghrib dan histeria. InsyaAllah ia bakal berulang. Apa yang penting ialah pendidikan ilmu tauhid kepada ibu bapa bayi yang menangis dan juga ibu bapa kanak-kanak yang diserang histeria. Inilah kaedah penyelesaian muktamad terhadap permasalahan ini. Jadilah orang yang beriman dan jauhilah perbuatan syirik semoga Allah SWT sentiasa melindungi.

Sekian untuk kali ini An nisaak 79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.

Yang baik sememangnya dari Allah dan yang buruk sememangnya dari kelemahan saya jua.

Wassalam wallahua'lam

Emjay

Saturday 24 February 2007

Penyelewengan Halus Terhadap al-Quran di Internet

assalamualaikum wbh

Saya sekadar ingin membawakan sebuah laman web yang perlu dihindari kerana ia mengandungi penyelewengan terhadap alQuran yang suci. laman yang dimaksudkan ialah www.thequran.com. wallahua'lam sumbernya, tetapi daripada pemerhatian saya ia telah mempersoalkan banyak perkara tentang kesahihan isi alQuran.

Contohnya, pembangun laman tersebut telah menidakkan bahawa Maryam itu adalah anak kepada Imran. selain itu, kisah nabi Musa mengetuk batu dengan tongkatnya sehingga keluar 12 mata air telah diselewengkan dan dipersoalkan, dan banyak lagi.

Saya amat khuatir masyarakat Islam akan terpengaruh dengan dakyah seperti ini. oleh itu, hindari laman ini serta maklumkan kepada ummat Islam yang lain agar menjauhinya.

wallahua'lam...

Wednesday 21 February 2007

Penyakit kuning, sembab, bengkak hati pada kanak-kanak



Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Di dalam artikel-artikel saya yang lalu telah menjelaskan perlunya menjauhi makanan rapu bagi mengelakkan penyakit terutama sekali penyakit berkaitan buah pinggang dan jantung.

Kali ini saya ingin menyambung penulisan saya mengenai tabiaat pengambilan makanan dan kesannya terhadap tubuh badan dan penyakit.

Saya masih terasa sayunya bagaimana seorang penderma hati telah menemui ajalnya selepas mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada seorang kanak-kanak. Kerosakan hati boleh membawa kepada penyakit kuning. Penyakit ini sekarang begitu berleluasa menyerang kanak-kanak di Malaysia. Kalau hendak mengetahui lebih lanjut, silalah melawat wad sakit kanak-kanak berkaitan bengkak hati. Sedih sekali saya melihat mereka keluar masuk ke hospital dan hospital tidak mempunyai ubat bagi penyakit ini. Simptom penyakit ini ialah:

  1. Kulit kanak-kanak ini berwarna kekuningan. Pada peringkat awal, kekuningan ini dapat dikesan pada bahagian mata putih kanak-kanak tersebut
  2. Abdomen yang bengkak dan keras. Secara lebih terperinci ialah bahagian abdomen sebelah kanan keras dan bengkak. Sebenarnya bahagian ini bengkak adalah kerana hati yang terletak di kedudukan tersebut telah bengkak dan keras. Ini menjadikan toraks kanak-kanak ini besar macam banyak cacing di dalamnya.
  3. Muka atau keseluruhan badan sembab atau bengkak seperti mengandungi lebihan air di bawah kulit terutama sekali waktu bangun tidur.
  4. Lidah yang banyak keputihan di permukaan atasnya (jelirkan lidah mereka untuk melihatnya)
  5. Keletihan pada kanak-kanak tersebut..

Penyakit ini mengikut perubatan doktor dan hospital masih tidak ada ubatnya. Kerana masih tiada ubatnya, rawatan yang dilakukan adalah melalui pembedahan pemindahan hati oleh penderma hati.

Begitulah kaedah perubatan moden yang kononnya canggih tetapi sebenarnya masih terlalu banyak ilmu yang mereka tidak ketahui. Mereka tidak tahu (atau menyorokkan punca sebenar penyakit ini)  mengenai punca sebenar penyakit ini dan tidak ada kaedah untuk merawat penyakit ini.

Namun Alhamdulillah saya diberi kesempatan oleh Allah untuk mempelajari berkaitan penyakit kuning ini dari arwah guru saya.  Semoga Allah merahmati dan memberkati  rohnya.

Punca penyakit ini sebenarnya ialah pengambilan makanan rapu seperti twisties, o ring, maggi mee, air bergas dan pelbagai makanan rapu lainnya termasuk coco crunch. Juga termasuk dalam senarai punca penyakit ini ialah makanan segera seperti KFC, Mc Donald, naget, burger, sosej, aiskrim, potato chips, french fries dsb.

Rawatan bagi penyakit ini sebenarnya ialah dengan

1. Menjauhkan atau mengelakkan sama sekali pengambilan sebarang makanan rapu di atas.

2. Mengelakkan pengambilan makanan berminyak termasuk margarine dan mentega

3. Mengambil tomato dan limau madu

4. Buah delima dan apel hijau

5. Memakan buah almond panggang

6. Minum air kelapa hijau

7. Sekiranya ingin rawatan yang agak segera, perlu ambil ubat rebusan herba dari isteri arwah guru saya dengan harga RM80 untuk saiz 4 Liter untuk diminum selama sebulan di Kuala Lumpur. Namun pengambilan ubat ini memerlukan tempuh kira-kira 3 bulan.

8. Latih anak ini untuk makan nasi berlauk ikan dan pastikan makan sayur termasuk sayur pahit dan tidak pahit.

9. Perlu diingat bahawa rawatan ini adalah bukan rawatan segera namun insya-Allah pulih secara perlahan-lahan. Penyakit ini juga menyerang kanak-kanak ini dalam kadar yang perlahan selepas beberapa tahun.

Kepada sesiapa yang ingin memantapkan ilmu ini saya sarankan untuk membuat eksperimen kepada seorang anak sdr/sdri seperti begini:

Pilih anak  yang berusia 2 tahun. Berilahmakan maggi mee (atau mee segera lain) dengan kadar satu atau dua kali sehari. Tambahkan diet anak ini dengan memberikan pelbagai naget atau frozen food lainnya seperti perasa ikan, perasa ketam dsb. Berikan burger daging atau ayam 2 kali seminggu. Latih anak ini minum minuman bergas seperti FN orange atau strawberry atau jenama lain. Bawalah anak ini ke supermarket dan belilah sebarang makanan rapu lain mengikut apa yang dituding oleh jari anak ini.

Jangan lupa belikan Pringles, potato chips dan french fries sama ada yang dibeli di Mc Donald atau yang dibeli frozen di supermarket. Jangan galakkan anak ini makan nasi dan sayur (kanak-kanak memang tidak suka makan nasi dan sayur). Sebanyak 4 kali dalam seminggu, berikan anak ini makan aiskrim yang dibeli dalam kotak bersaiz 2 Liter. Murah harganya sekadar sekitar RM7 bagi kotak 2 liter. Sekali seminggu bawa anak ini makan di KFC atau Mc Donald untuk makan sebarang makanan di sana.


Perlu diingat bahawa eksperimen ini jangan melebihi tempuh 4 tahun. Menjelang tahun kedua atau ketiga sila perhatikan bahagian abdomen kanan atas sama ada masih lembut atau sudah semakin keras dan membengkak. Perhatikan muka dan kaki anak ini terutama sekali sewaktu bangun tidur sama ada sembab (membengkak) atau tidak. Sekiranya tanda ini sudah diperolehi, jangan teruskan sehingga kulit berwarna kuning. Berhentikan dan anda sudah berjaya melaksanakan eksperimen ini. Kesimpulan dari eksperimen ini ialah makanan rapu dan makanan yang disebutkan di atas membawa mudharat kepada kesihatan manusia.

Eksperimen ke atas kanak-kanak insya-Allah dapat dilihat dengan pantas. Sekiranya eksperimen ini dilakukan ke atas orang dewasa, kesannya agak lambat.

Sebenarnya, eksperimen yang saya sebutkan di atas ke atas kanak-kanak merosakkan hati melalui pembengkakan hati (abdomen kanan atas) serta merosakkan jantung yang dapat dikesan dari masalah pengeluaran darah dari hidung sewaktu cuaca panas dan sakit dada terutama di bahagian toraks sebelah kiri iaitu kedudukan sebenar jantung.

Bersama ini saya lampirkan petikan akhbar hasil usaha keberanian menteri kesihatan kita mendedahkan kesan memakan makanan rapu.

Terima kasih pak menteri kesihatan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Muka Hadapan

Bahaya makanan segera -- 200 jenis produk digemari jadi punca pelbagai penyakit


Oleh: S. ANAND KUMAR dan NURUL ANUAR KARI


KUALA LUMPUR 20Feb.– Percayakah anda bahawa terdapat sekurangkurangnya 200 jenis makanan segera yang amat digemari rakyat negara ini menjadi punca pelbagai penyakit kritikal penduduk
Malaysia.


Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.

Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.

Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi kebaikan.

Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.

Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.

Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit
diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.

CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanansegera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.

Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.

‘‘Oleh itu, amalan untuk mengekang pengambilan makanan segera perlu dimulakan dengan pendidikan golongan muda tentang pemakanan seimbang dari bangku sekolah lagi,’’ katanya.

Ibu bapa katanya, perlu menghentikan segera amalan ‘membesarkan’ anak-anak dengan makanan segera yang sememangnya diketahui mengandungi jumlah kalori yang tinggi.

Zulkarnain berkata, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.

 Pada masa yang sama, kajian CAP juga mendapati kanak-kanak yang gemar memakan makanan segera kurang aktif berbanding rakan sebaya mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.

‘‘CAP mendefinisikan makanan segera sebagai ‘sampah’ kerana ia tidak berkhasiat dan boleh mendatangkan mudarat jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

‘‘Pada kebiasaannya kanak-kanak yang mengambil makanan segera akan cepat kenyang dan tidak berselera terhadapmakanan lain seperti nasi, sayur dan buah-buahan,’’ kata Mohamed Idris.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ancaman makanan segera

21 Feb 2007

Oleh: AHMAD KAMIL MOHAMED

PAKAR-pakar pemakanan sependapat bahawa makanan segera mengandungi lemak, garam dan gula yang tinggi sehingga boleh memudaratkan pengguna. – Gambar Hiasan.

“SUDAH rasa produk terbaru Mc Donald’s ke belum, yang sedang hebat ditayangkan iklannya kat televisyen tu.
Boleh tahan gak, cubalah.” Begitulah kata-kata yang terhambur dari mulut seorang kawan yang memang pencinta makanan segera.

Sayangnya, saya bukan kalangan peminat makanan segera. Begitulah kuatnya pengaruh iklan kepada orang ramai.

Memang tidak dapat dinafikan akan kehebatan iklan dalam mempengaruhi pengguna membuat keputusan untuk membeli produk atau perkhidmatan.

Antara yang menarik perhatian pengguna ialah iklan makanan segera di media cetak dan elektronik. Berbanding dengan kesan di media cetak yang mungkin tidak begitu hebat, pemaparan iklan makanan segera di media elektronik dilihat begitu kuat mempengaruhi pengguna.

Justeru itulah, syarikat-syarikat yang menerajui empayar makanan segera tidak teragak-agak membelanjakan jutaan ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk menawan hati orang ramai akan kehebatan produk mereka.

McDonald’s, gergasi makanan segera umpamanya membelanjakan AS$ 1.8 bilion setahun untuk promosi dan iklan di Amerika Syarikat sehingga hampir semua kanak-kanak seawal dua tahun sudah mula mengenali watak Ronald Mc Donald’s arka emas.

Menariknya arka emas ini dipaparkan sebagai syurga yang menjamin hidup yang selamat, ceria dan penuh
dengan keseronokan khususnya kepada kanak- kanak.

Restoran makanan segera dipaparkan sebagai tempat yang menarik bukan sahaja untuk menjamu selera malah sekali gus medan santai untuk seluruh keluarga terutamanya kanak-kanak yang turut disediakan kemudahan untuk bermain gelongsor dan sebagainya.

Dengan pengenalan produk-produk baru ditambah pula dengan ungkapan kata-kata yang cukup menarik, para pengguna yang taksub akan mudah terjerat dalam kemelut makanan segera. Untuk menambat hati golongan kanak- kanak pula, pemberian hadiah berupa permainan dijadikan umpan yang cukup berkesan.

Justeru, bagi ibu bapa yang sememangnya tidak berminat untuk ke restoran makanan segera mudah sahaja tewas dengan pujuk rayu si anak yang mengidamkan hadiah permainan yang ditawarkan itu.

Justeru cadangan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk menghentikan iklan makanan segera yang disifatkan sebagai pembunuh senyap itu dan kesediaan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menghentikan penyiarannya adalah satu langkah yang amat bijak dan perlu dilaksanakan segera bagi membantu masyarakat negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

Umum mengetahui bahawa makanan segera ini tidak mengandungi zat pun kecuali kandungan lemaknya yang tinggi di samping MSG yang menjadikannya begitu enak dan menerbitkan rasa ketagih di kalangan penggemarnya.

Namun pengetahuan terhadap mudarat makanan segera tidak berupaya membendung kegilaan orang ramai terhadap makanan segera yang kian bermaharajalela kini walaupun pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan ini seperti obesiti, darah tinggi dan sebagainya.

Peranan yang dimainkan oleh persatuan pengguna seperti CAP dan FOMCA misalnya melalui penerbitan buletin pengguna, risalah-risalah yang acap kali mengutarakan bahaya yang terkandung dalam makanan segera seolah-olah dipandang sepi oleh sebahagian besar daripada kita.

Ini mungkin kerana tidak ada endorsement daripada pihak yang berkuasa seperti Kementerian Kesihatan
berhubung kesahihan dakwaan tersebut selain daripada tiadanya kesan serta-merta yang dialami ekoran pengambilan makanan tersebut.

Ini ditambah pula dengan iklan melampau tentang makanan segera yang berupaya dengan mudahnya mengheret orangramai terjebak dalam kegilaan makanan segera.

Rasanya, seketul ayam goreng KFC misalnya yang dikatakan sarat dengan lemak (hampir 60 peratus kalori diperoleh dari lemak) dan mengandungi begitu banyak garam.

Selain daripada kandungan MSG dan pewarna kimia tidak berupaya menyekat kegilaan orang ramai untuk menolak hidangan yang dipromosikan sebagai satu “kesedapan sehingga menjilat jari” . Begitu juga pelbagai resipi menarik untuk memancing orang ramai yang dipaparkan secara berlebih-lebihan melalui iklan dilihat berjaya membuat penggila makanan segera untuk tidak mempercayai bahawa segelas kola misalnya amat kaya dengan gula sehingga mencecah 14 sudu teh gula selain daripada pewarna kimia dan kafein yang nilai makanan sebenarnya kosong!

Malah pakar-pakar pemakanan seluruh dunia berpendapat bahawa makanan segera memang memudaratkan. Misalnya Big Mac produk Mc Donald’s mengandungi 28 gram lemak tepu selain daripada
pelbagai bahan yang memudaratkan kesihatan.


Apabila soalan ini diajukan kepada Mc Donald’s, mereka berkata, mereka tidak menjual zat makanan dan orang ramai datang ke Mc Donald’s bukan untuk zat makanan.

Lebih mengejutkan lagi apabila pakar kanser Mc Donald’s sendiri Dr. Sydney Arnott mengakui bahawa dia tidak keberatan untuk menghebahkan kepada umum bahawa makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula yang tinggi tetapi kurang serat, galian dan vitamin dalam makanan segera Mc Donald’s memang ada kaitan dengan kanser sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Makanan segera sebenarnya sudah lama ditolak oleh masyarakat antarabangsa yang prihatin dengan kesihatan. Pada tahun 1990 misalnya, London Greenpeace telah mengedarkan risalah enam muka surat yang bertajuk “Apa yang tidak baik tentang Mc Donald’s - sesuatu yang Mc Donald’s tidak ingin anda mengetahuinya”.

Antara lain menjadikan isu bahaya makanan segera kepada kesihatan manusia sejagat selain daripada kesan terhadap ekosistem bukan manusia melalui penebangan hutan untuk mewujudkan ladang-ladang ternakan lembu seperti di Brazil justeru permintaan yang semakin meningkat untuk pasaran hamburger di Asia. Untuk itu United Kingdom dilaporkan mengorbankan 12,000 ekor lembu setahun dan bilangan ini pasti meningkat seiring kegilaan orang ramai terhadap makanan segera ini.

Justeru itu, amat malang sekiranya ketika kebanyakan negara lain di dunia sudah menolak makanan segera,
kita di Malaysia masih lagi dibuai kenikmatan makanan segera yang sudah jelas lebih banyak mengundang mudarat daripada kebaikan!

Pun begitu kita masih belum terlambat untuk menyelamatkan generasi kita daripada bahana penjajahan melalui jenama yang didagangkan atas nama globalisasi ini. Menghentikan penyiaran iklan yang dilihat terlalu berlebihan terhadap mempromosikan budaya makanan segera sehingga melunturkan rasa cinta terhadap makanan Timur merupakan langkah amat bijak dan perlu disusuli dengan langkah seterusnya.

Untuk meyakinkan orang ramai terhadap bahaya makanan segera, persatuan pengguna perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Pelajaran dan juga Kementerian Penerangan melalui gerakan bersepadu
supaya kegilaan terhadap makanan segera ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Lebih banyak klip video yang memaparkan mudarat makanan segera perlu disiarkan melalui televisyen.

Di sekolah pula, kanak-kanak perlu dididik agar tidak terlalu cenderung kepada makanan segera sehingga
mereka lebih mengenali french fries dari kerepek ubi dan menggemari smashed potatoes daripada ubi ketuk!


- PENULIS ialah pensyarah Jabatan Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Segamat, Johor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


muka hadapan 20 Feb 2007

RTM sedia henti iklan makanan segera


SRI AMAN 19 Feb. – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sedia menghentikan penyiaran iklan makanan segera serta-merta jika ia boleh membantu masyarakat negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, soal rugi atau untung tidak timbul kerana RTM sebagai badan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, lebih mengutamakan tanggungjawab sosial.

‘‘Saya menyokong penuh pengharaman iklan makanan segera dan memang elok tidak dipromosikan,’’ katanya kepada pemberita selepas melawat Komuniti Bestari Pakit di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kelmarin mengemukakan cadangan untuk menghentikan iklan makanan segera yang disifatkan pembunuh senyap.

Cadangan itu disokong Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pengamal perubatan di negara ini.

Ditanya sama ada larangan itu akan menjejaskan pendapatan stesen televisyen di negara ini, Zainuddin berkata, kerajaan tidak bergantung kepada pendapatan berkenaan.

Tambahnya, televisyen, radio dan media cetak seharusnya tidak mengajar orang ramai membudayakan cara hidup itu.

Pendapatan

‘‘Tidak dinafikan bahawa iklan sememangnya mendatangkan pendapatan tetapi perkara yang menjejaskan kepentingan umum tidak harus diketepikan demi keuntungan pihak lain,” ujarnya.

Zainuddin berkata, tindakan menyokong cadangan tersebut bukan bermakna pihaknya menentang usaha syarikat makanan segera mempromosi produk mereka.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan tabiat makan makanan segera daripada menjadi satu budaya yang semakin sukar dibendung pada masa depan.

Menurut beliau, ada banyak lagi makanan lain yang boleh menjadikan masyarakat negara ini lebih sihat.

Beliau menjelaskan, pengiklanan produk makanan milik syarikat Barat itu merupakan pengaruh softculture yang mempengaruhi masyarakat sehingga meninggalkan cara mereka sendiri.

Katanya, selain menggunakan kuasa militan, pihak Barat menggunakan penguasaan jenama seperti McDonald’s, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut, Coffee Bean, Pepsi dan Nike untuk menguasai orang
lain.

‘‘Jangan biarkan fikiran kita dijajah pengaruh dan mesej iklan tersebut malah tanpa makanan segera pun banyak lagi makanan kita yang lebih berkhasiat,” katanya.

Katanya, penguasaan produk asing itu sebenarnya salah satu daripada cara mereka menguasai dan mempengaruhi dunia dengan cara hidup mereka.

Katanya, tekanan semasa yang berterusan melalui iklan akan terus menyebabkan masyarakat membudayakan makanan yang diperkenalkan oleh Barat itu.

‘‘Yang memperoleh keuntungan daripada industri ini ialah pemilik syarikat dan bukannya masyarakat kita,’’
katanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


muka hadapan 19 Feb 2007

Makanan segera punca sakit jantung, diabetis – Pensyarah


KUALA LUMPUR 18 Feb. – Makanan segera sememangnya enak dan mudah didapati tetapi ia berisiko kerana menjadi penyumbang tertinggi untuk ‘peminatnya’ mendapat pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan kencing manis atau diabetis.


Pensyarah Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, makanan segera yang dimakan biasanya akan berakhir dengan pakej air karbonat dan kandungan gula yang sangat tinggi dalam darah.


Beliau berkata, justeru risiko untuk menghadapi pelbagai penyakit sangat tinggi jika mereka yang mengambil
makanan berkenaan langsung tidak bersenam.



‘‘Ia sememangnya jenis makanan yang mempunyai kandungan lemak, garam dan gula melampau,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk menghentikan iklan makanan segera yang
dilihat sebagai penyumbang kepada masalah kesihatan masyarakat negara ini.



Jelas Abdul Manan, saranan itu bertepatan dengan masanya kerana jumlah pengidap penyakit akibat pengambilan makanan segera yang turut bertambah.


‘‘Jika iklan tidak dapat dihentikan terus, sekurang-kurangnya pihak berkuasa dapat mengawal penyiarannya
yang terlalu kerap sekarang.



‘‘Ganti iklan ini dengan pendidikan kesihatan agar masyarakat sedar tentang bahaya pengambilan makanan
segera,’’ ujarnya.



Jelasnya, mentaliti masyarakat juga perlu diubah agar kemudahan penghantaran makanan segera ke rumah tidak dijadikan satu sebab untuk tidak bersenam dan beriadah.


Sementara itu, pensyarah Fakulti Teknologi Makanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr. Zainal Samicho pula berkata, kebanyakan penyakit kini berpunca daripada pengambilan makanan segera yang tidak terkawal.


‘‘Kita tidak nafikan ‘kelazatan’ makanan ini tetapi kesedaran daripada masyarakat tentang isi kandungannya perlu ditekankan.


‘‘Pembeli perlu sentiasa berwaspada tentang jumlah kolesterol, lemak dalam makanan segera agar dapat
mengawal jumlah yang hendak diambil,’’ katanya.



Oleh itu katanya, masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat terpengaruh dengan iklan makanan segera yang
cuba menarik pelanggan dengan promosi yang menarik.



‘‘Apa yang penting, pengeluar makanan segera ini perlu memastikan setiap produk yang dihasilkan emaparkan label maklumat pemakanan dengan jelas di pembungkusan mereka.

‘‘Kementerian terlibat juga sentiasa memantau iklan serta makanan ini dan seeloknya menggantikan dengan
promosi kesihatan dan pemakanan berzat,’’ ujarnya.


~~~




Sekian wassalam




Emjay





Isu cawat besi oleh Datuk Abu Hassan Din

Isu cawat besi oleh Datuk Abu Hassan Din

 

Baru-baru ini tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ini mencadangkan pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa.


Pandai sungguh Datuk Abu Hassan Din menggeletek saya sehingga saya ketawa terbahak-bahak. Saya rasa saranan Datuk ini macam tengok cerita kartun di TV.

 

Bagi menyanggah saranan Datuk Abu Hassan ini, saya ingin ketengahkan analogi  sebelum Malaysia mempunyai lebuhraya, kadar kemalangan di Malaysia sudah sedia tinggi. Berkatalah pak menteri “Lebuh raya yang sedang dibina bakal menurunkan kadar kemalangan kerana lebuh raya ini lurus dan lebar serta banyak lorongnya”. Rakyat menunggu penuh harapan semoga kadar kemalangan yang tinggi ini dapat di kurangkan. Selepas beberapa tahun lebuh raya siap malahan sehingga sekarang ini pun, kadar kemalangan masih tinggi dan antara tertinggi di  dunia. Dimana silapnya??

 

Selagi rakyat Malaysia tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup, selagi itulah Allah akan mengazab manusia. Bayangkanlah di manakah negara lain selain Malaysia, ada segelintir manusia suka mengambil kesempatan dari kepayahan manusia lain seperti kes menuangkan minyak hitam bercampur air di atas jalanraya agar kenderaan akan mengalami kemalangan seperti yang banyak dilakukan oleh “tow truck”. Begitu juga ada segelintir manusia sanggup melastik dengan batu dari lereng bukit ke arah kenderaan yang sedang lalu agar cerminnya pecah semoga mereka ini dapat habuan dari pekedai yang memberikan khidmat menukar cermin kenderaan?? Inilah perbuatan buruk manusia yang insya-Allah bakal mengundang musibah dan berkemungkinan manusia seperti ini akan diberikan Allah kemalangan yang ngeri diketika mereka sangat mengharapkan keselamatan seperti balik bercuti untuk berhari raya.

 

Allah telah berfirman dalam ayat-ayat berikut:

 

An Nisaak:111. dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu dosa maka Sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

Tohaa: 124. "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".

 

Al Ankabut: 40. maka masing-masing Kami binasakan Dengan sebab dosanya, Iaitu di antaranya ada Yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya Dengan batu; dan ada Yang dibinasakan Dengan letusan suara Yang menggempakan bumi; dan ada Yang Kami timbuskan Dia di bumi; dan ada pula Yang Kami tenggelamkan di laut. dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah Yang menganiaya diri sendiri.

 

Asy Syuura: 30. dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

 

Yunus:27. dan untuk orang-orang Yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan Yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka Pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup Dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam Yang gelap-gelita. mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

 

Dari ayat-ayat AlQuran ini jelas bahawa musibah seperti kemalangan adalah disebabkan kezaliman manusia itu sendiri dan Allah memberikan balasan yang setimpal sebagaimana orang yang suka berzina akan diberikan AIDS.

 

Kembali kepada kes zina, rogol dan cawat besi di Malaysia ini yang begitu berleluasa, apakah kezaliman manusia dan dosa-dosa yang telah mengundang musibah yang sebegini rupa. Berikut saya ingin menyenaraikan antara pelbagai dosa manusia yang mungkin menyebabkan Allah menurunkan azab seperti ini.

 

1.      Hukum Allah dipersendakan.

Berhubung isu ini, mari kita lihat ayat Al Quran berikut: Mereka yang memutuskan perkara dengan selain hukum Allah, Firman Allah Al Maidah: 44

"Barang siapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir."

      Dari ayat ini jelas bahawa sesiapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; maka orang tersebut telah kafir menurut ayat ini.

      Di Malaysia ini terlalu ramai manusia yang merasakan hukum dari akal fikiran mereka jauh lebih baik dari hukum yang ditetapkan oleh Allah. Lihat sajalah, merokok dibiarkan, berzina di denda sekitar RM1000, minum arak denda, mencuri masuk penjara (dan ironinya, selepas keluar penjara mencuri lagi). Lebih melucukan lagi apabila orang tertentu yang ingin melaksanakan hukum Allah seperti menangkap orang Islam minum arak di The Zoux dikenakan tindakan dan yang meminumnya terlepas dari sebarang tindakan.

      Orang seperti ini merasakan hukum Allah tidak sesuai dengan mereka dan tidak sesuai dengan zaman sekarang. Oleh kerana hukum Allah tidak cantik, maka ia perlu dipinda. Inilah satu fitnah terbesar terhadap Allah dan dengan itu balasan kesalahan ini Allah katakan sebagai balasan terbesar iaitu menjadi kafir!!

      Apabila hukum-hukum yang bertentangan dengan apa yang diperintah Allah dalam Al Quran dilaksanakan di Malaysia, sebenarnya Malaysia mengundang musibah dan bukan rahmat dari Allah. Itulah sebabnya bilangan anak haram diluar nikah di Malaysia sudah menjangkau puluhan ribu sebagai musibah dari Allah. Sila rujuk Mastika bulan Januari atau Februari

2.      Mendedahkan aurat.

Manusia telah lupa ajaran Islam menutup aurat. Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur di sekitar Lot 10, sedih mengenangkan nasib umat islam yang tidak segan silu membuka aurat masing-masing  mempertontonkan rambut, peha dan pangkal dada dengan pakaian yang ketat macam sarung nangka. Buah nangka kalau masih muda tidak mengapa kalau tidak berbungkus. Kalau buah nangka sudah semakin remaja (belum masak tetapi makin tua) dan tidak berbungkus, ia akan jadi hidangan ulat. Kalau pada peringkat ini sudah dibungkus rapi (bukan bungkus ala kadar) insya-Allah buah nangka ini akan masak dengan baik dan boleh dijadikan hidangan manusia. Begitulah analogi bagi perempuan. Pada usia 2 – 4 tahun kalau tidak menutup aurat, insya-Allah tidak membahayakan kanak-kanak ini. Bila dah masuk enam tahun atau sudah mumaiyiz, tutuplah aurat mereka bersandarkan surah An Nuur ayat 31. Bila sudah melaksanakan perintah Allah ini kelak wanita ini akan di jodohkan Allah dengan lelaki yang baik sesuai dengan surah AnNuur: ayat 3 dan ayat 26.

Mendedahkan aurat memang menyeronokkan lelaki namun lelaki yang beriman insya-Allah dapat mengawal nafsunya. Allah berfirman dalam surah Al Ahzab: 59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah memberi peringatan di sini bahawa apabila tidak menutup auratnya seperti ayat ini, Allah akan mengizinkan lelaki yang jahat untuk mengganggu dan gangguan terbesar dari kaum lelaki adalah ROGOL.

3.      Berhias

Menurut An Nuur ayat 31, sudah jelas hukum Allah berkaitan berhias. Memakai barangan kemas dari emas, perak, logam, batu berwarna atau barangan plastik seperti dipakai kaum india sudah jelas hukumnya. Memakai tudung yang dihias batu berkilau juga sudah dikategorikan berhias dan dilarang di dalam Islam. Dalam bahasa mudah, mengenakan sesuatu atau memakai sesuatu yang menarik perhatian orang terutama sekali lelaki adalah berhias. Apa lagi kalau perempuan memakai lipstick, celak, eye shadow  dan sebarang mekap lain di pipinya.

Oleh kerana sebenarnya sama ada disedari atau tidak oleh orang perempuan yang berhias bahawa mereka menarik perhatian orang, maka sebagai pembalasannya, satu ketika Allah akan datangkan seseorang yang benar-benar sudah tertarik hatinya dan ini pastinya bakal mengundang zina atau rogol.

Orang lelaki kalau ingin dirangsang nafsu seksnya, pergilah ke kawasan seperti Lot 10 di KL dan kalau ingin tenteram jiwanya dari gangguan nafsu seks, pergilah ziarah umrah di Mekah atau Madinah, insya-Allah tenteram melihat perempuan dengan jubah hitam dan tiada perhiasan yang terdedah.

4.      Memakai bau-bauan

Lelaki memang suka perempuan yang berhias dan memakai bau yang harum. Allah yang menjadikan manusia memang mengetahui sifat lelaki ini. Itulah sebabnya Allah meletakkan hukum tertentu bagi mengelakkan perkara buruk. Bila saya naik lif dengan perempuan yang memakai bau-bauan sememangnya menyegarkan dan merangsang nafsu apatah lagi perempuan tersebut mendedahkan auratnya.

Nabi telah menasihati agar perempuan yang keluar dari rumahnya tidak mengenakan bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu orang lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

Jadi kalau perempuan seperti ini berzina atau dirogol, jangan marahkan Allah tetapi marahlah diri sendiri.

5.      Bercakap manja

Allah berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 32:

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).

Lelaki kalau mendengar suara perempuan yang manja memang menyeronokkan. Itulah sebabnya, ada lelaki yang tertawan dengan perempuan tanpa melihat rupa paras wanita tersebut tetapi hanya dengan mendengar suara yang manja menawan di telefon.

Orang perempuan yang baik ialah yang bercakap dengan nada yang biasa tanpa di ubah menjadi mengada-ngada dan manja menawan. Kalau dibuat juga insya-Allah diberikanNya musibah seperti zina dan rogol. 

6.      Pakaian yang nipis dan ketat.

Pakaian jenis ini Allah bahasakan mereka sebagai berpakaian tetapi telanjang. Bayangkan apa akan berlaku kepada wanita berjalan di Lot 10 dengan keadaan telanjang. Pelbagai musibah insya-Allah bakal menimpa wanita yang bertelanjang ini.

7.      Bercampur gaul lelaki dengan perempuan dengan bebas.

8.      Berpakaian warna merah dan warna lain dan corak yang menawan

 

Demikianlah 8 alasan yang saya boleh senaraikan mengapa kejadian rogol berleluasa di Malaysia. Bayangkan adakah masalah rogol akan selesai sekiranya wanita keluar rumah memakai cawat besi namun tidak menutup aurat, berhias, memakai minyak wangi, bercakap dengan nada menggoda, baju ketat dan nipis, baju merah kuning dengan corak yang garang dan bergaul bebas dengan lelaki! Itulah sebabnya saya begitu tergelak dengan saranan datuk Abu Hassan ini.

 

Masalah rogol dan zina hanya saya ulang HANYA insya-Allah dapat ditangani apabila hukum Islam di Malaysia dilaksanakan dan ditegakkan secara TOTAL. Janganlah seperti sekarang di mana ustaz dan ustazah di sekolah menyuruh orang perempuan bertudung dengan elok tetapi RTM dan kuncu-kuncunya termasuk TV3  menyuruh masyarakat berpakaian seperti mereka, subhanAllah apalah nak jadi.

 

Berkaitan saranan Datuk Abu Hassan ini kalau hendak dikatakan ikut sunnah, memang saya belum dengar ada amalan zaman nabi kaum wanitanya memakai cawat besi. Tambahan pula kalau dikenalkan hukum pakai cawat besi  di Malaysia, siapa yang akan memegang anak kuncinya?? Poliskah atau Datuk sendiri yang akan memegang anak kuncinya?? Saya pastinya saya sendiri tidak ingin memegang anak kunci cawat besi anak perempuan saya sewaktu mereka keluar rumah atau ke sekolah. Kalau mereka hendak ke tandas, macam mana saya akan membuka cawat tersebut? Nampak sangat saranan Datuk ini macam seorang yang sudah kurang siuman. Kalau anak kunci cawat besi ini diberikan kepada pemakainya, samalah macam tidak pakai cawat besi!

 

Kembalilah kepada Islam secara TOTAL. Jadikanlah Islam sebagai Addeen, insya-Allah berbagai rahmat kelak akan diberikan oleh Allah. Yakinlah dengan kebijaksanaan Allah mengatur perjalanan dunia ini. Manusia sentiasa lemah dan Allah sentiasa sempurna. Ikut sahajalah hukum yang Allah telah tetapkan seperti dinyatakan dalam AlQuran dan Hadis.

 

Saya memberikan pandangan tidak berdasarkan kedudukan seseorang. Nabi berpesan jangan lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang diperkatakan oleh seseorang walaupun yang berkata itu hanya seorang arab Badwi.

 

Sekian wassalam wallahualam

 

Emjay.