Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 31 March 2007

6 KALI BERANAK, 6 KALI MENGANDUNG, 6 KALI MABUK TERUK


Puan Masri (bukan nama sebenar) adalah antara orang pertama yang saya kendalikan secara sendiri setelah sekian lama berguru dengan arwah guru saya. Sebelumnya saya sekadar menjadi orang ketiga menemani arwah guru mendidik pelbagai manusia yang bermasalah disebabkan pelbagai dosa-dosa mereka.

Kalau tidak silap saya waktu Puan Masri mula belajar dulu adalah kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu. Puan masri menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana muda secara luar kampus mengikut program SPACE UTM. Walaupun usianya ketika itu sudah mendekati 40, Puan Masri begitu gigih meninggalkan suami dan anak-anak belajar diUTM dihujung minggu dan pada malamnya tidur di dalam kereta.


Setelah saya memasukkan unsur agama di dalam kuliah, Puan Masri memberanikan diri menemui saya menceritakan pelabagai azab yang dialaminya. Antara azab yang begitu perit yang diberikan Allah ke atas Puan Masri ini ialah:

  1. Ditindih sewaktu tidur (oleh jin) setiap kali tidur semenjak anak dara hingga sekarang.
  2. Terlalu kerap bergaduh dengan suami sehingga tidak boleh berbual atau berbincang kerana pastinya akan disudahi dengan pergaduhan.
  3. Perniagaan yang bermasalah
  4. Benci bila berjimak dengan suami semenjak beranak anak pertama kerana masalah pada suaminya
Insya-Allah saya akan menulis mengenai 4 masalah Puan Masri yang saya senaraikan diatas pada suatu masa kelak dari sudut mengapa Allah mengazab sedemikian dan apakah punca sehingga Allah mengazabnya. Saya masih teringat antara kata-kata puan Masri satu masa dahulu selepas mula belajar agama iaitu “satu nikmat besar saya terima dari Allah semenjak belajar dari ustaz ialah nikmat tidur. Saya semenjak anak dara lagi kalau tidur dan kadang-kadang mata belum terpejam lagi saya sudah kena tindih dengan jin. Benci sungguh saya kalau hendak tidur mengenangkan bahawa saya akan kena tindih setiap kali saya tidur. Alhamdulillah kini saya dapat tidur dengan lena”.


Pada kali ini saya ingin menceritakan  kisah pengalaman mengandung Puan Masri. Sewaktu Belajar agama dulu, puan Masri sudah mempunyai seramai 5 orang anak. Pada kira-kira 2 tahun lalu, Puan masri mengandung lagi anak keenam. Pada suatu petang saya baru balik dari pejabat, telefon di rumah saya berdering dan rupanya Puan Masri menghubungi saya untuk menceritakan masalahnya. Berikut adalah antara perbualan saya dengan Puan Masri.


 “Ustaz, saya bukan benci mengandung tetapi saya ini menyampah bila mengandung kerana setiap kali saya mengandung sejak anak pertama hingga anak keenam sekarang ini, saya tentunya akan mabuk teruk. Sekarang ini saya baru mengandung anak keenam dan seperti semua pengalaman mengandung sebelumnya saya tetap mabuk teruk. Kawan-kawan saya di sekolah dah faham benar dengan tabiaat saya ketika mengandung dan mereka juga menyampah dengan saya ketika mengandung ni kerana mereka kena banyak relief kelas saya. Apa nak buat sebab setiap kali saya mengandung memang begitu. Ada tak sebarang cara ustaz untuk menangani masalah saya ni ustaz.”


Setelah serba ringkas mendengar penjelasan Puan Masri, saya pun mula memberikan ulasan lebih kurang seperti berikut: “Masalah engkau ni Masri ialah engkau ni suka mendahului Allah. Allah belum beri, engkau sudah beranggapan bahawa Allah akan memberikannya. Allah belum memberikan azab mabuk waktu mengandung, engkau sudah beranggapan bahawa Allah pastinya akan memberikan engkau mabuk waktu mengandung. Sebenarnya, anggapan engkau terhadap Allah itu adalah sebenarnya satu doa. Maka dengan sebab itu Allah menunaikan hajat, doa dan harapan engkau iaitu engkau kini mabuk teruk sebagaimana engkau mabuk teruk waktu mengandung dahulu”.  


Setelah Puan Masri benar-benar memahami apa yang cuba saya sampaikan kepadanya, seterusnya Puan Masri bertanya kepada saya, “Saya dah faham kini mengapa Allah menjadikan saya mabuk teruk setiap kali saya mengandung termasuk mengandung anak keenam kali ini. Habis tu ustaz, apa perlu saya buat sekarang?”


“Beginilah Masri, lepas selesai telefon ini, engkau ambil air sembahyang, engkau buat solat 2 rakaat mohon taubat di atas kesilapan engkau bersangka buruk terhadap Allah. Selepas solat 2 rakaat tu, engkau  minta kepada Allah semoga engkau dilepaskan Allah dari azab mabuk ketika mengandung kali ini dan akan datang.”


Setelah memahami segala perbualan antara kami ditelefon tersebut, Puan Masri mengucapkan terima kasih dan memberikan salam. Saya pun turut mendoakan agar Allah SWT memberikan rahmatNya kepada Puan Masri agar dielakkan dari masalah mabuk dan masalah lain selama mengandung ini.


Keesokan harinya pada lebih kurang waktu yang sama telefon di rumah saya berbunyi lagi. Puan Masri menelefon saya lagi. Setelah berbual ringkas, Puan Masri menceritakan pengalamannya di sekolah pada hari tersebut “Ustaz, kawan-kawan di sekolah saya komplen saya hari ini”.


Ada sesiapa di kalangan pembaca boleh menjangkakan apakah komplen rakan Puan Masri di sekolah pada hari tersebut? Komplen rakan Masri dijelaskan oleh Puan Masri melalui penjelasannya, “dia orang semua komplen kenapa saya hari ini tidak mabuk sebagaimana biasa sebelumnya”. Puan Masri menceritakan pengalaman rahmat yang diberikan Allah hanya beberapa jam selepas menceritakan masalahnya kepada saya. Alhamdulillah, segala puji-pujian adalah hanya milik Allah.


 “Masri, selepas ini engkau jangan lagi celupar mulut dan jangan sekali bersangka buruk terhadap Allah. Jangan mendahului Allah. Kelak engkau diazab Allah lagi. Selepas ini jangan lupa pula buat sujud syukur. Kalau engkau bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmatNya”.


 Beberapa bulan selepas itu, Puan Masri selamat melahirkan anak yang keenam. Alhamdulillah.


Ingatlah semua pembaca serta diri saya bahawa jangan sekali kita mendahului Allah dan bersangka buruk terhadap Allah. Berusahalah bersungguh-sungguh dengan diiringi doa dan bertawakkallah kepada Allah sahaja. Mintalah perkara yang baik-baik dan mintalah kepadaNya dijauhi segala perkara yang tidak baik.



Sekian wassalam wallahua'lam



Emjay

Tuesday 27 March 2007

Kisah Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah s.a.w.

Dipetik dari Tranungkite Posted on Tuesday, March 27


Oleh sp4n4r

"Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:
"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."


Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." 

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi men-jadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. 

Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." 

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari parasahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." 

Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." 

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. 

Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat terscbut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya.

Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."


Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari."
 

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." 

Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."

Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." 

Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." 

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."

Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaanFalimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. 

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." 

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, dudukiah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." 

Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." 

Lalu Rasultillah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."
 

Mendengar kata-kata cucunya RasuluUali s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." 

Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." 

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." 

Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyahmelihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut.
 

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azansubuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w..
 

Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." 

Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau."
 

Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." 

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." 

Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." 

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir isaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" 

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." 

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."
 

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." 

Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." 

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." 

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" 

Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." 

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" 

Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril dilangit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" 

Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu."
 

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." 

Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." 

Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."


Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." 

Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" 

Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." 

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Pembaca sepatutnya mengalirkan air mata semasa membaca kisah ini. Berapa ramaikah kita menangis mengenangkan kisah nabi, mungkin yang paling banyak orang yang menangis ialah apabila mereka melihat wayang yang berunsur sedih


Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??


Assalamualaikum wbh

Terdapat email pembaca yang bertanyakan tahap kesihatan. Ada ketikanya saya jawap dengan sempurna dan ada ketikanya apabila saya tidak ada di pejabat atau dirumah, saya tidak dapat memberikan attachment borang soal selidik ini.

Dengan ini saya menjadikan soal selidik saya ini sebagai bahan umum dan sekiranya ada sesiapa yang ingin mengetahui tahap kesihatannya, sila isikan borang ini dengan jujur sekali.

Kepada mereka yang bermasalah terutama tapak tangan basah, sakit pinggang bangun tidur dsbnya, silalah isikan borang "attachment" di bawah ini dengan seberapa lengkap dan jujur. Selepas itu email kepada saya di kangmasjb@hotmail.com

Sekian wassalam wallhualam

Emjay

Monday 26 March 2007

PENJELASAN MUJARROBAT SESAT & MENGAMALKANNYA JUGA SESAT??


                                                Gambar 1: Kitab sesat Mujarobat


MENGAPA KITAB MUJARROBAT SESAT DAN MENGAMALKANNYA JUGA SESAT??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Semoga dipermudahkan Allah saya menulisnya dan dipermudahkan juga orang yang membacanya untuk memahami dan mengamalkannya.

Tulisan ini adalah sambungan dari bahagian pertama tulisan saya iaitu 

PENJELASAN MUJARROBAT SESAT & MENGAMALKANNYA JUGA SESAT?? . Tulisan insyaAllah menjadi pelengkap atau pun penutup bagi persoalan yang dibangkitkan tentang kitab sesat Mujarrobat. Silalah membaca terlebih dahulu tulisan ini.


Dalam artikel saya yang lalu saya ada menerangkan tentang konsep akidah dan rububiah melalui artikel akidah 2 http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-2.html

Konsep rubububiah Allah ini ada saya perjelaskan lagi dalam artikel saya iaitu INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH. Bagi mereka yang masih belum membacanya, silalah luangkan masa untuk membacanya kerana artikel ini amat penting bagi kita semua membincangkan topik mujarrobat ini.

Sekali lagi saya tegaskan di sini, secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”

Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap sesuatu selain Allah SWT tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:
Manusia, makanan, ubat, ayat Al-Quran dan segala sesuatu selain Allah SWT  tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan.

Pengertian ini adalah selari dengan ucapan hauqalah

 لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Melalui kefahaman yang lurus berdasarkan ilmu rububiah Allah, angin yang kuat mencabut pokok adalah kerana kuasa yang diberikan Allah, ubat tidak ada kuasa menyembuh penyakit kerana kesembuhan adalah sebenarnya milik Allah. Manusia boleh sembuh tanpa ubat atau pun orang sakit yang sudah banyak berubat tidak akan sembuh sekiranya tidak diberikan rahmat sembuh dari Allah.

Sekiranya kita beranggapan penyakit sembuh kerana makan ubat, ia adalah satu tanggapan yang salah dan membawa kesan besar iaitu kerosakan akidah. Sepatutnya, apabila seseorang sakit, Allah perintah agar manusia berusaha mencari ubatnya dan selepas memakan ubat ini bertawakkallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak memberikan kesembuhan bukannya ubat. Apabila sembuh jangan pula puji ubat tetapi pujilah Allah SWT yang menurunkan ubat dan memberikan kesembuhan.

Begitulah juga Allah perintah bila lapar, makanlah dari rezeki yang halal lagi baik yang dikurniakan Allah. Selepas makan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Allah yang akan memberikan rahmat kenyang, sihat dan sebagainya.

Begitulah, segala makhluk / sesuatu termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, Al-Quran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah.

Sekiranya kita beranggapan Al-Quran mempunyai kekuatannya sendiri dan mampu menghalau syaitan dan jin, maka ini adalah satu kerosakan akidah kerana Allah sesungguhnya tidak mempunyai sekutu atau rakan untuk mentadbir alam ini. Allah juga tidak memerlukan Al-Quran sama ada dalam bentuk tulisan atau bacaan untuk menghalau syaitan atau jin. Bila Allah berkehendak akan sesuatu perkara, maka berlakulah.

Perkara ghaib seperti ini memerlukan dalil sahih dari Al Quran atau hadis sahih. Mempercayai adanya sesuatu yang sama kuasanya atau lebih berkuasa daripada Allah SWT adalah syirik hukumnya!. Mengharapkan bantuan daripada sesuatu yang mana hal tersebut merupakan hak Allah semata-mata juga adalah jelas syirik hukumnya!

Itulah sebabnya ramai ustaz dan ustazah di Malaysia telah silap besar dengan mengajarkan bahawa apabila ayat Kursi dibacakan dengan makhrajnya dan waqafnya yang betul, ia akan dapat membakar syaitan / iblis atau menghalau syaitan / iblis dengan sendirinya. Fahaman seperti ini adalah satu kerosakan akidah yang sangat besar dan bercanggah sama sekali dengan konsep rububiah Allah SubhanahuwaTaala.


Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau  menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemurkaan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini. Sebaliknya sekiranya jampi ini dilakukan dengan betul, rahmat Allah akan turun dan orang yang diganggu syaitan tersebut akan kembali pulih.

Sekali lagi saya ulang tulisan dari artikel tersebut iaitu bahawa membaca AlQuran dengan iktiqad bahawa bacaan ini boleh menghalau hantu dan syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
Al Bayan: 584 - Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.

Memang amat sesuai hadis ini yang menceritakan bahawa orang yang membaca Al-Quran pun diberikan Allah balasan terkeluar dari Islam kerana membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau hantu dan syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam sesuai dengan hadis di atas. Menghalau hantu syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah swt bukannya kuasa kekuatan dari Ayat tertentu atau bacaan Al-Quran. 

Allah SWT tidak pernah memberikan rububiahNya kepada mana-mana ayat Al Quran sebagaimana dinyatakan dalam kitab Mujarobat ini.

Menjampi dalam islam sememangnya dibenarkan dan disunnahkan dan ini sudah saya perjelaskan dalam artikel saya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum.

Berikut saya perjelaskan sekali lagi berkenaan tulisan oleh Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) yang boleh diakses melalui url berikut: http://kalampemintas.wordpress.com/2007/01/11/amalan-perbomohan-atau-jampi-dalam-masyarakat/

Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitkan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). 

Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabat berjampi, termasuk menyuruh isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, baginda menyuruh berjampi dengan katanya “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah” . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendaklah

1. ‘Aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh.
2. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu.
3. Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang sebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.

Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi, yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam (seperti yang ada title profesor dan Dr dsb) telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Sebagai contohnya seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang jahat menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. 

Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. 

Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” 

Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi seluruh empangan air minuman di Malaysia supaya masyarakat umum mendapat hidayah!! Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.
 
Berdasarkan hujah inilah saya ingin menjelaskan bahawa menyediakan, menjual, membeli dan meminum air Musoffa dan air ANNUSHRAH adalah sesuatu yang bidaah dan lebih menjurus kepada syirik. Sila rujuk web air musoffa dan web Annushrah.

Apa yang saya cuba perjelaskan adalah sama seperti yang telah disebut oleh MAZA iaitu “Meyakini Ayat Al-Quran mempunyai kuasa menghalau hantu syaitan atau boleh menyembuhkan adalah membawa kepada syirik” dan adalah selari dengan maksud tulisan MAZA di atas iaitu ‘Aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh’.

Itulah sebabnya di dalam artikel saya bertajuk Adakah membaca Yaasin malam Jumaat satu tafa'ul? Saya ada mengatakan bahawa sekiranya Surah Yaasiin tersebut dibaca apabila bermasalah, sedih, buntu dan kacau bilau dengan mengharapkan sesuatu berkat rahmat kaifiyat dari bacaan tersebut atau perbuatan mereka itu, maka ini adalah satu tafaul dan tafaul adalah syirik!

Sekarang mari kita juruskan perbincangan untuk menangani kesesatan kitab Mujarrobat. Sebagai permulaan mari kita lihat satu bahan berikut yang saya ambil dari kitab Mujarrobat dan saya ada masukkan dalam artikel saya di MENGAPA KANDUNGAN KITAB MUJARROBAT SESAT DAN MENYESATKAN.

KHASIAT BISMILLAH
Bismillahirrohmanirrohim
a. SAWAH TERJAGA DARI PENYAKIT.
Bila Bismillah anda tulis pada kertas sebanyak 101 kali, kemudian dimasukkan ke dalam botol dan disumbat, lalu ditanam di tengah sawah, maka insya Allah sawah anda itu selamat dari penyakit-penyakit apa pun yang membahayakan.
b. TERJAGA DARI GANGGUAN SYAITAN, PENCURI DAN MATI MENDADAK.
Bila anda baca 21 kali ketika hendak tidur, in­sya Allah semalam anda dijaga oleh Allah dari gangguan syaitan, pencuri dan mati secara mendadak.
c. MENCERDASKAN FIKIRAN.
Bila anda baca 786 kali pada waktu malam dengan menghadapi air digelas, kemudian pagi harinya ke­tika matahari terbit air tersebut diminum, insya-Allah anda menjadi cerdas. Ini harus anda lakukan hingga 7 hari.

Dari contoh ini jelas bahawa tujuan sebenar kitab Mujarrobat diciptakan ialah untuk mengalihkan penggantungan manusia terhadap Allah sebagai pencipta dan pergantungan ini dialihkan kepada usaha dan tangkal tersebut. Perkataan insya-Allah yang dimasukkan di penghujung arahan dalam kitab Mujarrobat sekadar seperti kertas pembungkus yang baik dan cantik tetapi digunakan untuk membungkus najis. Rata-rata bomoh sesat di Malaysia juga menggunakan insya-Allah di hujung dan bismillah di awalnya dalam rawatan mereka sekadar untuk mengabui mangsa.

Mari kita lihat contoh petikan dari Mujarrobat lainnya:

MENGUSIR JIN DAN SYAITAN DARI RUMAH
Firman Allah S.W.T :
Rujuk Al Quran AL-A' RAAF : 97 - 99),
(AFA-AMINA AHLUL QURAA AYYA'TIYAHUM BA’ SUNAA BAYAATAN WAHUM NAA-IMUUNA. AWA­AMINA AHLUL QURAA AYYA'TIYAHUM BA'SUNAA DLUHAN WAHUM YAL'ABUUNA. AFA-AMINUU MAKRALLAAHI FALAA YA'MANU MAKRALLAAHI ILLAL QA UMUL KHAASIRUUNA. SURAH AL-A' RAAF : 97 - 99),
KHASIAT:

Apabila ayat ini ditulis pada kertas, menulisnya pada permulaan bulan Muharram, lalu dihapus dengan air dan airnya dipercikkan ke empat sudut rumah. Maka insya Allah jika di rumah itu ada jin atau syaitan tentu akan keluar.


Kalau beginilah mudahnya untuk mengusir jin dan syaitan, pastinya kita boleh lakukan kepada rumah Dato’ Samy Vellu, dan selepas seminggu dirawat dengan kaedah ini, ia akan menjadi orang yang baik dan sudah bersedia untuk belajar menganut agama Islam. Kita buat pula air ini di rumah kediaman bekas perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir, dia terus baik dan isterinya terus berkeinginan untuk menutup aurat dan anak-anaknya termasuk Marina Mahathir terus menjadi orang beriman. Ini semua adalah perbuatan bidaah dan kerja syirik untuk menjerumuskan umat Islam ke Neraka.


Seterusnya kita lihat pula petikan dari kitab Mujarrobat seterusnya:

SUPAYA BANYAK REZEKINYA (pelaris)
Firman Allah Ta'ala :


Sila rujuk gambar  di atas
Walaqod makkannaakum fil-ardli waja'alnaa lakum fiihaa ma'aayisya qoliilam maa tasykuruun.

Hikmahnya :
Ayat tersebut jika ditulis lalu ditempelkan pada pintu rumah atau toko (kedai), insya Allah banyak rezekinya, Menulisnya pada hari Jum'at, waktunya sesudah Shalat, Jumaat.

Jikalau begini mudahnya untuk mendapat rezeki, pastinya sekarang ini umat Melayu Islam sudah menguasai ekonomi dunia dan menafikan kaum kapitalis dan Yahudi dari memerintah dunia dengan kuasa ekonominya. Namun dengan begitu banyak orang Melayu Islam yang berniaga dan mendapatkan pelbagai jampi dan tangkal pelaris, hakikatnya lebih banyak peniaga Melayu yang jatuh bankrap. Salah satu puncanya adalah kerana MurkaNya Allah kerana peniaga ini mensyirikkan Allah.

Kini kita lihat pula ilmu Mujarrobat yang kini sudah dipermodenkan dan dikeluarkan secara skala besar melalui kilang. Lebih tepatnya ialah kilang buat air syirik atau air syaitan seperti AIR MUSOFFA DAN AIR ANNUSHRAH:

BAHAN PENJERNIH HATI DAN MENCERDASKAN AKAL (Penerang hati)
Firman Allah Ta'ala :


Sila rujuk gambar  di atas

Hikmahnya :
Hikmah ayat ini, bila ditulis di piring dengan memakai tinta misik za'faron dengan air mawar, lalu dilebur (dijirus) dengan air, terus diminumkan orang itu, diusahakan sampai tujuh hari, Insya Allah orang yang lembam dalam berfikir (bebal otaknya) akan jadi terang. Demikian pula orang suka pelupa atau was-was. Silakan anda amalkan.

Mari kita lihat pula amalan sesat selanjutnya melaui gambar berikut:



Mudahnya untuk  sihat? adakah dengan mengamalkan amalan sebegini kita akan terlindung dari segala penyakit? Sesungguhnya Allah SWT memberikan penyakit dan Allah SWT sahaja yang menyembuhkan.

Menurut hujah akal dengan pemikiran logik, sekiranya amalan sesat sebegini dapat mengelakkan sebarang penyakit maka seluruh umat manusia di dunia ini akan semuanya sihat. Dengan mengamalkan amalan  tertentu dan azimat tersebut maka terlindunglah dari segala penyakit?? Mereka yang mempercayai perkara khurafat seperti ini sebenarnya otaknya ada yang tidak betul. MANA MAMPU AMALAN DAN AZIMAT INI MENGELAKKAN MANUSIA DARI TERKENA AZAB PENYAKIT DARI ALLAH? 

Amatlah cantik ayat-ayat Al Quran berikut dari surah Al A'raaf, bacalah dan fahamilah terjemahannya:

[194] Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
 

[195] Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): "Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.
 

[196] "Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan"
 

[197] Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
 

[198] Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

Kegagalan disediakan untuk manusia yang suka mencari jalan pintas untuk berjaya dan kejayaan disediakan untuk manusia yang sabar, redha dan bertekun melaksanakan perintah Allah. Mujarrobat serta jampi sesat dan tangkal adalah jalan pintas untuk berjaya tetapi sebenarnya jalan pintas untuk mengalami azab musibah Allah di dunia dan ia juga adalah jalan pintas untuk ke neraka. Tidak ada jalan (mudah) pintas untuk ke SYURGA dan sentiasa ada jalan mudah untuk ke NERAKA.

Ibnu Qayyim Al Jauziah Rahimahullahu ‘alaihim pernah berkata, untuk mengeratkan hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai penciptanya ialah melalui:
1. Menguatkan keyakinan tentang Rububiah Allah SWT.
2. Menguatkan keyakinan tentang tauhid uluhiah.
3. Menguatkan tauhid di dalam bentuk menguatkan kefahaman di dalam ilmu-ilmu yang berhubung dengan iktikad.
4. Mensucikan Allah daripada sangkaan-sangkaan bahawa Allah lah yang menzalimi hamba-hambanya atau pun Dia yang menghukum hamba-hambanya;
5. Pengiktirafan hamba bahawa dialah (manusia) sebenarnya yang zalim.
6. Bertawasul kepada Allah dengan sesuatu paling Allah sukai iaitu dengan menggunakan nama-nama dan sifatNya.
7. Meminta pertolongan denganNya semata-mata.
8. Meletakkan pengharapan kepadaNya semata-mata.
9. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan penyerahan yang sepenuhnya kepadaNya dan mengiktiraf bahawa Allah melakukan apa yang dia sukai dan menghukum mengikut apa yang Dia sukai dan Dia adil dengan ketetapanNya.

Pengajaran asas akidah terutama bab rububiah dan uluhiah di Malaysia adalah kebanyakannya tidak mantap. Tambah merosak lagi apabila rububiah dan uluhiah tidak diajarkan, tetapi yang diajarkan pula ialah ilmu sifat 20. Dengan asas akidah yang lemah ini, umat Islam di Malaysia menjadi sasaran mudah untuk dipermainkan oleh syaitan dan iblis. Kini ramai umat Islam sudah tidak peka dengan hukum berjumpa bomoh. Kini serangan akidah terbaru melalui Prof Dr Ibrahim dan Prof Dr Norhisham dan ramai lagi profesor yang sealiran dengan mereka masih belum di jawab dan diulas oleh mana-mana mufti, pejabat agama dan Jakim. 

Kini makin ramai umat Melayu mengamalkan ilmu dari Mujarrobat termasuk Air Musoffa dan air AnNushrah juga masih belum dijawab oleh mufti dan ulamak melainkan MAZA yang pernah menyuarakan bantahan terhadap air Musoffa namun Mufti yang kononnya hebat dari Perak pula jadi juara menggalakkan orang menggunakan produk AnNushrah. Sila lihat surat sokongan Mufti ini di SOKONGAN TERHADAP PENGELUARAN AIR ANNUSYRAH. Begitulah kalutnya senario kesesatan di Malaysia, yang seorang menyokong, yang seorang membantah, yang ramai membisu, rakyat berpusu-pusu membeli air musoffa dan air Annushrah.

Sekian wassalam wallahua'lam 

Emjay