Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 27 April 2007

Email dari pembaca Laman Emjay - zikir untuk sihat kuat ...

Email 1 daripada pembaca Laman Emjay Puan Manis (Nama sebenar dirahsiakan)

Sent : Thursday, April 26, 2007 2:05 PM

Subject : pertanyaan.. Khasiat zikir....Mengapa mujarab pada orang lain? tidak kepada saya?

Assalamualaikum..

Saya mempunyai satu persoalan yang kerap bermain di minda saya...
Begini, saya telah menerima e-mel dari seorang teman, yang antara isi kandungan e-mel berkenaan adalah mengenai khasiat zikir Subhanallah...Alhamdullillah...Allahuakbar. dan dibaca sebanyak 33 kali setiap satu.... dan dijadikan amalan harian.... dan jika diamalkan zikir2 berkenaan sebelum tidur...akan memberikan kesihatan badan yang baik...dan kecergasan badan.... dan tidak merasa letih...

Saya telah mencuba mengamalkan zikir-zikir berkenaan dengan harapan agar badan saya merasa cergas dan sihat apabila saya bangun tidur... kerana menurut kawan saya yang mengamalkan zikir berkenaan....katanya badan terasa ringan dan bertenaga..... Wahh..hebat juga... 3 hari berturut-turut saya mengamalkan zikir berkenaan dengan niat supaya saya memperolehi kesihatan dan kecergasan yang baik..seperti apa yang dialami oleh kawan saya itu.....tapi malangnya..selama 3 hari saya mengamalkan zikir-zikir berkenaan..... selama 3 hari itu juga badan saya merasa sungguh letih..tidak bermaya...dan terasa malas sekali.....Saya sampaikan terfikir... apa telah jadi? Selalunya tidak begini? Apa yang tidak kena? Mengapa zikir berkenaan tidak mujarab kepada saya??? Sedangkan kawan saya yang kerap mengamalkan zikir berkenaan nampaknya semakin sihat..dan semakin cergas??? Apakah kaitan zikir yang saya amalkan selama 3 hari itu dengan keadaan tubuh saya yang semakin lemah??

Persoalan kedua...... Baru-baru ini saya ada menghadiri satu temuduga untuk tujuan kenaikan pangkat...... saya telah diberikan doa oleh salah seorang pensyarah untuk menghadapi temuduga dengan baik..... pada mulanya saya hanya mengamalkan doa berkenaan...tetapi saya bertambah yakin dengan kehebatan doa berkenaan apabila 2 orang rakan saya telah berjaya dalam urusan temuduga dan peperiksaan apabila mengamalkan doa berkenaan...menurut pengalaman 2 orang kawan saya...... doa itu sungguh hebat...segala-galanya berjalan dengan lancar...dan kelihatan sebegitu mudah....

Malangnya, ianya tidak semudah itu....sepanjang hari sewaktu menghadiri temuduga berkenaan....saya tidak putus-putus membaca doa berkenaan...dan saya begitu yakin dengan kehebatan doa berkenaan..... terngiang-ngiang di telinga saya....kata-kata 2 orang rakan saya tersebut mengenai kehebatan doa berkenaan.....

Ketika waktu temuduga....saya rasa sungguh tidak selesa.... saya tidak dapat bercakap dengan lancar.... hinggakan soalan yang begitu mudah...saya tergagap-gagap menjawabnya....saya rasa sungguh bodoh... bayangkan...bila ditanya mengenai pengalaman kerja saya pun...saya boleh lupa...begitu sekali...betapa teruknya saya ketika itu...... saya termenung sendiri... dan saya terfikir.... mengapa bila saya doa berkenaan..tidak menjadi?? kata 2 rakan saya.... doa itu hebat...mujarab? tapi kenapa saya jadi tidak tentu arah? saya seolah-olah bukan diri saya.... saya rasa seperti ingin menangis dan keluar dari bilik temuduga itu ketika itu juga.... Hingga ke hari ini saya masih memikirkan....apakah yang sebenarnya???
Harap ustaz dapat menyelesaikan dan menjawab persoalan ini.... Terima kasih ustaz...Moga Allah memudahkan segala urusan.....


Email 2 daripada pembaca Laman Emjay yang sama, Puan Manis (Nama sebenar dirahsiakan)

Tarikh: Thu, 26 Apr 2007 14:20:20 +0800 (CST)

Daripada: dirahsiakan 

Subjek: kekuatan minda? adakah ia benar?
Kepada: kangmasjb@hotmail.com
Assalamualaikum Ustaz...

Disini saya ingin mengemukakan satu soalan.....Mohon jasa ustaz untuk memberikan penjelasan...
Pada suatu ketika dahulu, saya pernah mendapatkan khidmat nasihat dari seorang pakar motivasi yang agak terkenal... ketika itu saya menghadapi kekalutan emosi dan memerlukan pandangan serta seseorang yang boleh mengembalikan semula keyakinan diri dan jati diri saya....

Ketika sesi kaunseling.... beliau telah menerangkan kepada saya kaedah menguatkan minda....terutama minda bawah sedar... bagaimana kita boleh menguasai minda bawah sedar kita untuk berjaya..... kata beliau kita perlu yakin pada diri kita..dan sentiasa tanamkan pada diri kita..bahawa kita adalah manusia yang hebat....kita boleh berjaya... setiap hari kita mesti katakan pada diri....aku manusia hebat...aku mesti berjaya....aku boleh... dan semua kata-kata yang positif.... dan Insya Allah semua urusan kita akan menjadi semudah itu....

Terdetik juga di hati saya..... adakah semuanya semudah itu? Sesenang itu....setiap hari, kita hanya perlu tanamkan pada diri..dan berkata pada diri...aku boleh....aku hebat..aku mesti berjaya..... Ajaib sungguh rasanya....

Dan diakhir sesi kaunseling berkenaan... beliau telah menjalankan sesi "hypnotise" kepada saya.....menurut beliau..ia akan membantu minda saya supaya dirangsang dengan perkara-perkara positif..... walaupun saya kurang faham dengan apa yang telah dilakukan..tapi saya melihat ia adalah seperti salah satu "pukau" terhadap diri saya....dimana penanaman kata-kata perangsang berkenaan dilakukan ketika saya berada di dalam keadaan separuh sedar..... Saya tidak pasti dimanakah keberkesanannnya.....
Tetapi saya kurang pasti...adakah konsep begini dibenarkan dari segi hukum Islam dan dibenarkan dari nilai etikanya?

~~~~~~~~~~~~~~~~

BERIKUT ADALAH JAWAPAN SAYA::

Persoalan pertama yang dibangkitkan seperti dalam email 1 di atas adalah satu persoalan heavyweight. Ia adalah persoalan yang melibatkan akidah. Jadi perlulah dirujuk semula pengetahuan berkenaan asas tauhid.

Sila rujuk semula artikel kedua saya iaitu akidah bahagian 2 berhubung tauhid rububiah http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/akidah-bahagian-2.html . Allah sahaja yang berhak mentadbir segala urusan di dunia ini. Api membakar bukan kerana habanya dan nasi mengenyangkan bukan kerana khasiatnya serta ubat menyembuhkan bukanlah kerana khasiatnya tetapi tidak lain tidak bukan adalah kerana Allahlah yang memberikan rahmatnya. Makan seperiuk kalau Allah tidak memberikan rahmatnya, pemakannya tidak akan merasai kenyang. Makan ubat yag baik sekalipun kalau Allah tidak memberikan rahmat kesembuhan, pastinya tidak akan sembuh. Begitulah asas tauhid.

Badan yang sihat dan cergas serta tidak merasa letih adalah pastinya satu rahmat dari Allah. Rahmat Allah akan diberikan kepada orang yang dipilih oleh Allah atas sebab yang hanya Allah yang mengetahuinya.

Zikir subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar sememangnya diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dari Aisyah binti Abu Bakar r.a. dikatakan bahwa Rasulullah saw senantiasa mengingat Allah SWT (zikir) dalam setiap saat. Pada hadis lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Kalau aku membaca subhanallah, alhamdulillah, la ilaaha illallah, dan Allahu Akbar, bacaan itu lebih aku gemari daripada mendapatkan kekayaan sebanyak apa yang berada di bawah sinar matahari" (HR Muslim).

Zikir adalah satu perbuatan yang diperintah oleh Allah ke atas manusia. Berzikir menzahirkan sifat kehambaan kepada Allah. Berzikir sepatutnya dilakukan dengan perasaan yang benar-benar ikhlas. Mengharapkan khasiat dari zikir sudah merosakkan keikhlasan ibadah ini. Apabila kita melakukan zikir dengan ketiadaan ikhlas, ia ditakuti membawa kepada kesyirikan kerana ditakuti kita tellah beribadah (berzikir) untuk selain Allah. Orang hindu juga berpuasa seperti seorang sami hindu yang berpuasa sebelum perayaan thaipusam. Namun puasa mereka bukan kerana Allah tetapi adalah puasa untuk mendapatkan dan menguasai ilmu untuk mengendalikan pelbagai sihir pada hari thaipusam seperti memasukkan besi ke badan.

Orang jawa juga ramai yang melakukan ibadah untuk selain Allah seperti memutih dan puasa patigeni di mana puasa ini bukan diperintah dan disuruh Allah tetapi diperintah oleh tok guru mereka dan syaitan semoga (khasiat) dari puasa dan memutih ini mereka dibalas dengan pelbagai balasan ilmu seperti ilmu kebal dsbnya.

Berzikir mengharapkan khasiat sudah mirip macam membaca mantera. Orang kafir membaca mantera kerana percaya kepada khasiat mantera yang dibaca oleh mereka. Mantera adalah bacaan tertentu yang dilakukan untuk mengharapkan anugerah atau hasil dari perbuatan tersebut. Paling mudah sebagai contoh ialah P Ramle membaca mantera “Niat enson matakaji semar ngiseng...” maka anugerah atau hasilnya ialah pintu gua terbuka.

Membaca mantera atau membaca jampi yang sesat tidak memerlukan perhubungan dengan Allah. Sila baca artikel Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/02/jampi-dan-mantera-ibarat-zina-dan-jimak.html.

Orang yang tidak ikhlas amal ibadahnya mudah untuk dikenali. Orang jenis ini sukar melakukan sesuatu ibadah atas dasar perintah dari Allah. Namun merka ini sangat senang melakukan ibadah sekiranya ditawarkan khasiat tertentu. Sebagai contohnya, pengirim email ini sukar sekali mengamalkan zikir walau pun beliau tahu bahawa ini adalah perintah Allah namun apabila diberitahu bahawa zikir ini mempunyai khasiat seperti ini dan itu, segera beliau melakukannya.

Perbuatan ibadah yang tidak ikhlas ini akan mengundang kemarahan Allah. Amat layak sekali pengirim email ini diazab ALLAH dimana bukan sekadar hasratnya untuk mendapat kesihatan dan kecergasan tidak diberikan Allah malahan Allah memberikan pula azab akibat dosa kepada pengirim email ini iaitu keletihan dan malas yang amat bertentangan dengan hasrat pengirim.

Sebenarnya, azab yang disegerakan oleh Allah ini iaitu memohon kesihatan serta cergas tetapi dapat letih dan malas adalah satu rahmat yang tersembunyi. Ini dapat menggalakkan pengirim email segera bertaubat. Kalau Allah terus memberikan apa yang dipohon walaupun selepas mengerjakan satu ibadah yang sesat, maka sudah tentunya pengirim akan terus sesat dan semakin jauh dari Allah.

Sebagai panduan, berzikirlah semata-mata kerana ia diperintah kepada kita. Ikhlaskan ibadah ini. Selepas berzikir dengan ikhlas, berdoalah mohon bukan sekadar untuk sihat, cergas dan sebagainya namun mintalah apa sahaja yang  diingini mohonlah kerana Allah sememangnya sebaik-baik tempat untuk berdoa.


Persoalan kedua dalam email 1 di atas puan Manis bertanya tentang berdoa kepada Allah dengan meyakini doa tersebut hebat. Persoalan ini juga adalah persoalan heavyweight. Ia melibatkan akidah.

Sekiranya saya melakukan kerja yang diarahkan majikan saya dengan meyakini bahawa kerja ini mudah sahaja kerana telah biasa melakukannnya dan saya telah mahir dan hebat maka ini sesuatu yang berat dan boleh mengundang azab bencana sewaktu melaksanakan. Kalau saya makan ubat untuk mengubati penyakit saya dengan meyakini bahawa ubat ini sangat bagus dan hebat, insya-Allah saya tidak akan sembuh walaupun ubat yang saya ambil begitu banyak sekali.

Perasaan meyakini diri kita telah mahir dan hebat serta meyakini ubat tertentu amat mujarab sebenarnya telah mengubahkan konsep kebergantungan manusia kepada Allah sebagaimana disarankan dalam pengajian tauhid rububiah dan konsep lahawlawalaquwataillah……Sebagai manusia yang bertuhankan Allah, setiap yang kita usahakan dan lakukan perlulah diikuti dengan konsep tawakkal. Bila makan ubat hendaklah disertai dengan doa dan harapan kepada Allah kerana hanya Allah yang berhak memberikan kesembuhan selepas kita berusaha memakan ubat. Sewaktu kita melakukan kerja yang diarahkan majikan, hendaklah kita lakukan kerja tersebut dengan niat yang ikhlas dan disertai dengan doa dan harapan kepada Allah kerana hanya Allah yang berhak menjadi pekerjaan tersebut berkesudahan cantik atau sebaliknya.

Doa sebenarnya adalah satu susunan bahasa semata-mata yang digunakan oleh manusia untuk memohon sesuatu daripada Allah. Nabi mengajarkan agar manusia berdoa. Allah menyuruh manusia berdoa sebagaimana dinyatakan dalam surah Ghafir :60 berikut:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
Doa tidak mempunyai sebarang kekuatan dan kehebatan kerana doa tersebut semata-mata terdiri dari susunan kata-kata untuk meminta dari sesuatu dari Allah yang maha Hebat. Sebenarnya dan sewajarnya adalah hanya Allah yang hebat yang layak untuk memakbulkan doa. Tidak ada sebarang doa yang hebat. Meyakini ada doa yang hebat ditakuti telah merosakkan akidah.

Beramal dengan doa tertentu dengan meyakini doa tersebut adalah hebat merosak akidah dan dengan ini pengamalnya sudah layak untuk mendapat azab bencana dari Allah. Azab bagi pengirim email ini ialah sewaktu temuduga, beliau melakukan banyak kesilapan dengan kehendak Allah dan akhirnya beliau gagal dalam temuduga tersebut.

Begitulah apabila manusia melakukan sesuatu tanpa ilmu. “Berdoa” pun boleh mendatangkan azab bencana dari Allah. Sebenarnya bagi kes seperti ini, pengirim email ini telah tidak berdoa tetapi sekadar “membaca doa” yang mirip kepada membaca mantera. 

Sebenarnya perbuatan yang dilakukan oleh pengirim email ini iaitu membaca doa mirip membaca mantera dengan meyakini doa tersebut hebat amat banyak sekali berlaku dinusantara. Ini kerana mereka merasakan membaca doa dalam bahasa arab adalah doa yang paling afdal (terbaik). Sememangnya doa dalam bahasa arab adalah yang terbaik tetapi hanya sekiranya kita adalah bangsa arab atau mahir berbahasa arab. Kalau kita orang melayu yang tidak memahami bahasa Arab, berdoalah menggunakan bahasa melayu kerana Allah faham semua bahasa.


Persoalan dari email 2:

Islam mengajarkan konsep yakinlah dengan kehebatan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan meminta. Namun syaitan tidak akan redha dengan konsep ini dan mereka mengajarkan pula konsep yang bertentangan iaitu yakin dengan kebolehan, kemampuan dan kehebatan diri sendiri.

Ilmu seperti ini dikutip dari orang kafir. Orang kafir yang mengamalkan karate, apabila mereka ingin karate batu bata, mereka akan memfokuskan kepada minda mereka dan yakin sepenuhnya dengan kehebatan mereka bahawa mereka boleh melakukannya.

Fahaman seperti ini telah mengasingkan kebergantungan manusia terhadap Allah yang sentiasa mengatur dan mentadbir alam. Tidak ada walaupun satu daun kering yang jatuh ke bumi yang tidak termasuk dalam ilmu Allah. Fahaman ini amat sesuai dengan agama orang kafir ini kerana memang mereka sentiasa ingkar kepada Allah namun sebagai orang Islam sama sekali tidak boleh mengamalkan ilmu ini.

Fahaman kuasa minda sebenarnya bertentangan dengan ilmu tauhid dalam Islam. Sesiapa yang mengamalkan fahaman kuasa minda ini sebenarnya telah rosak akidahnya. Sila rujuk artikel saya bertajuk Hukum berkenaan mengamalkan aura, chakra, kuasa minda & Color vibration theraphy (CVT) dsb.

Bagi makluman pembaca semua, saya memang pun mengenali pakar motivasi yang agak terkenal ini seperti yang dinyatakan oleh pengirim email ini telah belajar ilmu ini dari seorang pengamal kuasa minda berbangsa Cina kafir di Kuala lumpur. "Pakar motivasi" ini memang banyak melakukan amalan sesat seperti apabila berdoa beliau banyak berdoa terus kepada Nabi Muhammad SAW.

Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

Wednesday 25 April 2007

Buat jahat dapat balasan jahat yang setimpal, pengajaran dari Yunus:27


Buat jahat dapat balasan jahat yang setimpal, pengajaran dari Yunus:27


Yunus 27

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap
satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta
akan ditimpakan kehinaan; ........”


Bila Allah mengatakan setimpal ini, ALLAH adalah the best mathematician dan saya ada dua cerita untuk dikongsikan. Cerita pertama ini berlaku kira-kira pada tahun 1998 atau 1999. Hamba Allah perempuan ini adalah bekas pelajar saya dan telah dihantar mengajar ke Sabah. Bila cuti beliau balik ke rumahnya di sekitar JB. Satu ketika sebelum balik semula ke Sabah pada hujung Disember, beliau ada menemui saya. Dalam pertemuan ini beliau ada menceritakan bahawa housematenya baru menelefon beliau – rumah mereka dimasuki pencuri dan banyak barang yang telah dicuri. Saya segera panggil beliau masuk bilik dan bertanya,

“Nak ilmu tak?”

“Eh nak la!” jawabnya ringkas.

“Kalau nak ilmu kena jawab soalan-soalan saya, boleh tak?” Kata saya.

Selepas sesi soal jawab dan perkiraan mengguna kalkulator, saya kata “barang awak yang kena curi bernilai kira-kira RM1050” .

Terkejut betul dan dia terus memandang saya begitu lama. Lepas itu dia kata “Tak jauh beza angka yang diberikan?”. (Tak sampai RM50 selisihnya)

Persoalannya ialah bagaimana saya dapat hasilkan angka RM1050 tersebut? Ia adalah nilai yang mana pelajar saya ini terhutang kepada Allah kerana setiap kali dapat gaji dan elaun seberang laut dan sebagainya, beliau tidak keluarkan 2 ½ peratus. Duit yang telah tersimpan genap setahun juga tidak dikeluarkan 2 ½ peratus. Sebagai balasan yang setimpal, Allah ambil semula rezeki yang terhutang yang Allah berikan melalui kejadian kecurian di rumahnya.



Cerita kedua (nama bukan nama sebenar).

Pada waktu kisah ini ditulis (2004) Salmah pada waktu itu berusia kira-kira 77 tahun. Sewaktu ibu kepada Salmah ini masih hidup dahulu, Salmah cukup kurang ajar kepada ibunya sendiri. Salmah ada anak sulung bernama Ahmad. Selepas kahwin Ahmad ini cukup kurang ajar kepada ibunya Salmah.

Ahmad ini ada anak sulung bernama Omar dan anak sulung ini pandai, masuk MRSM tahun lapan puluhan dan lepas SPM terus dihantar oleh MARA ke Amerika. Sebelum ke Amerika Omar bergaduh dan menjadi kurang ajar kepada bapanya Ahmad.

Omar belajar di Amerika sampai dapat ijazah tetapi tak pernah hantar berita dan surat kepada bapanya Ahmad mahu pun kepada ibu dan keluarga lainnya. Selepas dapat ijazah, Omar terus bekerja di Amerika untuk sekian lama tetapi terus tidak hantar berita sama ada masih hidup dan tiada sebarang kiriman duit kepada ibu bapanya. Selepas berbelas tahun di Amerika barulah 3 tahun lepas mula hantar surat dan menelefon ibu bapanya apabila Omar ini nak kahwin di Amerika. Sampai sekarang Omar masih berada di Amerika dan belum pernah balik ke Malaysia sejak berbelas tahun dulu. Inilah yang kita namakan lingkaran syaitan. Jikalau lingkaran syaitan ini tidak diputuskan, besok macam mana kelakuan anak kepada Omar ? Insya-Allah akan Allah berikan salah seorang anaknya yang mengulang sejarah lama.

Kini (April 2007), Omar masih bekerja di Amerika dan belum pernah balik lagi ke kampung menjenguk ayah ibu yang sudah tua semenjak meninggalkan tanah air pada awal 1990an. Ayah Omar kini sudah berusia lebih daripada 60 tahun. Omar kini sudah mempunyai dua orang anak yang dilahirkan di Amerika. Begitulah kisah kehidupan yang mirip macam kisah si Tanggang.

Salmah kini telah meninggal dunia. Sikap kurang ajar Ahmad kepada ibunya tetap diteruskan sehingga saat kematian. Walaupun disuruh orang ramai untuk melihat wajah arwah ibunya untuk kali terakhir, Ahmad tetap membatu tidak mahu melihatnya, sungguh keras hatinya. Begitulah Allah membalas ke atassatu-satunya anak kesayangan Ahmad yang masuk universiti dan ke luar negeri namun sehingga kini masih belum ada berita si Omar akan balik ke Malaysia. Mungkin selepas Ahmad meninggal dunia barulah Omar ini akan balik menjenguk orang tuanya, adik beradiknya serta tanah airnya yang telah ditinggalkan hampir 20 tahun lalu.
(Updated 8 Januari 2020: Omar masih berada di Amerika belum pernah balik lagi ke Malaysia mengunjungi ibu bapa serta adik beradiknya)

Dari dua kisah benar ini, marilah kita ambil iktibar bahawa Allah memang tidak pernah mungkir janji. Bila Allah berkata akan dibalas kejahatan dengan kejahatan yang setimpal, marilah kita semua mengambil iktibar dari ayat Allah ini dan seterusnya bertaubat. Apabila kita mencuri hak orang lain, nanti orang lain mencuri hak kita. Apabila kita melakukan khianat kepada orang lain, kelak Allah jadikan orang-orang tertentu yang melakukan khianat kepada diri kita. Apabila kita bertaubat, insya-Allah balasan setimpal ini Allah akan gantikan dengan balasan lain yang lebih ringan sebagai kafarah penebus dosa. Sekiranya Omar dalam kisah di atas bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, insya-Allah lingkaran syaitan tersebut akan terputus.


Sekian buat kali ini wassalam wallahua'lam.



Emjay







Saturday 21 April 2007

Rawatan cagu atau cengkam pada ibu jari kaki.

Assalamualaikum wbh


Cengkam atau cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk. Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah.

Untuk merawat penyakit cagu atau cengkam ini, berikut diberikan kaedah yang insya-Allah berkesan dan paling penting sekali ia tidak menyakitkan.

Amalkan cara ini:-

1.  Beli alkohol kalau boleh jenis etanolpun boleh. Kalau susah, pergi jumpa cikgu di sekolah mintak etanol barang sebotol kecil

2. Beli putik kapas

3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cagu tersebut.

4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cagu tersebut. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cagu tersebut. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan cagu.

5. Biarkan barang seminit.

6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.

7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cagu tersebut. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.

8. Akhiri rawatan dengan menggunakan putik kapas baru, celupkan ke etanol dan titiskan ke segenap kawasan cagu. Tekan-tekan kawasan cagu menggunakan putik kapas tersebut sehingga etanol tersebut memasuki segenap ruang kawasan cagu.

9. Jangan dikeringkan etanol ini dan terus berjalan agar etanol ini benar-benar memasuki segenap ruang dan rongga cagu.

10. Berdoa semoga Allah menyembuhkan cagu anda. Insya-Allah dalam tempuh 2 - 3 hari, sembuhlah cagu anda.

11. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di  curve (bulatkan) kan sedikit.

Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay   



Friday 20 April 2007

Latihan mencari PUNCA PRIMER sesuatu permasalahan - isu keracunan makanan

Assalamualaikum wbh

Beberapa hari kebelakangan ini di dada akhbar di paparkan cerita dan gambar pelajar sekolah rendah di utara semenanjung di masukkan ke hospital akibat memakan makanan yang tercemar. Pada hari ini cerita keracunan makanan ini masih belum reda. sila baca artikel berikut yang saya ambil dari akhbar Utusan Melayu::

~~~~~~~~~~

Perlis tubuh jawatankuasa khas pantau kes keracunan


KANGAR 19 April – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis bertindak menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau secara saintifik semua sekolah rendah di negeri ini bagi memastikan kes keracunan makanan tidak berulang.

Pengarah JPN Perlis, Azemi Salim berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihaknya dianggotai oleh beberapa pakar dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dan JPN Perlis diketuai oleh Pengarah JKN, Dr. Mahani Yusoff.

“Pakar-pakar dalam jawatankuasa ini akan memeriksa semua aspek di sekolah berkenaan termasuk aspek makanan dan minuman, kualiti udara, keadaan persekitaran serta pekerja kantin itu sendiri, malah persekitaran ibu bapa juga.

“Hari ini, jawatankuasa ini sudah berkampung di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka di Chuping untuk memulakan pemeriksaan secara  saintifik di sekolah itu sebelum melanjutkan pemeriksaan di sekolah-sekolah lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kali pertama kejadian keracunan makanan di SK Guar Nangka berlaku pada 20 Januari 2006 diikuti pada 9 Februari dan 7 Mac pada tahun yang sama manakala tahun ini, tiga kejadian berlaku iaitu pada 12 dan 23 Januari serta 13 April.

Buat sementara ini, kantin asrama SK Guar Nangka ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Azemi berkata, jawatankuasa berkenaan memilih SK Guar Nangka untuk memulakan pemeriksaan saintifik memandangkan sekolah itu telah mengalami kes keracunan makanan sebanyak enam kali sejak tahun lalu.

“Kes keracunan melibatkan susu tidak pernah berlaku di negeri ini kecuali kes keracunan makanan di SK Guar Nangka itu tetapi pihak kami menerusi jawatankuasa itu akan sentiasa memantau perkara itu,” katanya.

Pada masa yang sama, Azemi memberitahu, pihaknya juga mengarahkan semua sekolah rendah di negeri ini supaya menghentikan sementara program susu bantuan seperti mana yang diminta oleh Kementerian Pelajaran semalam.

“Saya telah menemui semua guru besar dan pengetua di 69 sekolah berkenaan awal pagi ini untuk memaklumkan mengenai arahan kementerian itu dan memastikan ia dipatuhi.

“Buat masa ini semua pembekal susu di sekolah-sekolah berkenaan juga telah dimaklumkan. Sekarang kami hanya menunggu arahan lanjut kementerian,” jelasnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khas untuk para pembaca sekelian, kali ini aya ingin sekali melatih para pembaca untuk mempelajari ilmu punca primer dan punca sekunder. Ilmu ini saya telah mula masukkan dalam artikel Mari belajarmengenali sunnatullah

Artikel selanjutnya iaitu Pengalaman membantu OYPD (orang yang perlu dibantu) untuk dikongsikan sebenarnya adalah bermotifkan untuk melanjutkan perkongsian ilmu mengenai MASAALAH - PUNCA SEKUNDER - PUNCA PRIMER. Dalam artikel OYPD ini, MASALAH ialah pergaduhan suami isteri antara Puan Salmah dengan suaminya. PUNCA SEKUNDER masalah ini ialah antaranya seperti perasaan sensitif, mudah marah, kurang sabar, tidak bertimbang rasa, sukar bertolak ansur, dendam, kurang kerjasama, kurang memahami dan pelbagai alasan lain. Kaedah kaunseling yang lumrah lebih menekankan punca sekunder ini untuk menangani masalah gaduh suami isteri ini. Hanya dengan mengenali dan menyelesaikan punca sekunder ini sebenarnya adalah satu penyelesaian yang berbentuk sementara. Penyelesaian sebenar masalah ini adalah dengan mengenal pasti PUNCA PRIMER.

PUNCA PRIMER atau punca sebenar masalah gaduh suami isteri ini ialah kerana Puan Salmah tidak dapat melayan suaminya di bilik tidur. Bagi orang kebanyakkan, mengenalpasti punca primer ini memangnya merupakan satu masalah besar. InsyaAllah dengan latihan, bimbingan, kesungguhan dan doa , mudah-mudah insya-Allah dapat kita mengenali punca primer sebarang masalah.

Kini saya memberikan peluang kepada para pembaca budiman sekelian untuk membuat latihan mengenali MASALAH, PUNCA SEKUNDER DAN PUNCA PRIMER. Berdasarkan keratan akhbar diatas, silalah kenalpasti MASALAH< PUNCA SEKUNDER DAN PUNCA PRIMER.

Selamat mencuba

Sila reply latihan anda

Sekian wassalam wallahualam

Emjay





Thursday 19 April 2007

7 Tahun selang Seli?


Assalamualaikum wbh

Pagi tadi saya menerima PM dari salah seorang pembaca Laman Emjay bernama dodedo. Dalam PM dodedo tersebut di copy paste satu email tanpa nama penulis. Tulisannya menarik juga dan dengan itu saya copy paste seperti di bawah sebagai pembuka minda::::

~~~~~~~~~~

Assalamualaikum saudara-saudara-ku sekalian.

1 Muharram 1427 = 31hb Januari 2006 ( Selasa )

Semoga kita semua dapat bersiap sedia dengan doa penutup tahun hijrah 1426 pada petang Isnin 30hb Januari 2006 dan kemudiannya bersiap-sedia dengan doa awal tahun 1427 selepas waktu Maghrib hari yang sama.

Sempena dengan tahun yang penuh keberkatan ini, izinkan saya menghuraikan satu rahsia besar untuk dikongsi bersama terutamanya seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana-mana sahaja. 7 tahun yang makmur baru sahaja bermula Januari 2006 sehingga 2013 dan bertepatan pula dengan Awal Muharram, maka perkuatkan azam, perkemaskan matlamat dan perkukuhkan iltizam untuk membina empayar perniagaan muslim yang kaya-raya. Ingatlah kita ada masa 7 tahun untuk diusahakan sebagaimana huraian saya dibawah ini.

Saudara-saudara-ku sekalian,
Jika tidak keberatan, sila buka Al-Qur'an terjemahan, Surah Yusof, juz 12, ayat 43 hingga 53 dan baca terjemahannya dan cuba fahaminya. Bagi mengetahui intipatinya secara terperinci, rujuklah ustaz, orang alim, ulama', para hafiz untuk mendalami jus yang terkandung di dalamnya.

Secara ringkasnya, kisah ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu iaitu di zaman Nabi Allah Yusof a.s. Pada ketika itu baginda Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan kerana fitnah Zulaihka. Raja Mesir ketika itu, Al-Aziz telah bermimpi bahawa 7 ekor lembu betina yang gemuk telah ditelan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus, 7 biji gandum yang hijau dan 7 biji gandum yang kering, kemudian hujan.Hanya mukjizat Nabi Allah Yusof a.s. sahaja yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut iaitu:-
7 tahun yang pertama (kiasan 7 ekor lembu gemuk) adalah 7 tahun yang makmur, bertanamlah dengan sungguh-sungguh, kemudian hasil tuaian itu sedikit digunakan dan banyak disimpan. Akan berlaku 7 tahun kemarau (kiasan 7 ekor lembu kurus) dan semua tanaman mati sehingga habis hasil yang disimpan semasa 7 tahun yang makmur tadi. Kemudian barulah turun hujan dan bermulalah pula 7 tahun yang makmur semula.

Kaitannya dengan ekonomi di Malaysia :

Suka saya memulakan di tahun 1969 kerana berlakunya peristiwa pahit 13 Mei 1969 pada ketika itu.

1969 hingga 1976 ( 7 tahun ) - susah (Ekonomi teruk) Antaranya :
- peristiwa 13 Mei 1969 antara Melayu dan Cina
- banjir besar 1971 / bah merah
- ancaman komunis
- perpecahan kaum (Melayu, India dan Cina )

1976 hingga 1983 ( 7 tahun ) - makmur (Pembaharuan Ekonomi - baik)
- Allahyarham Tun Razak (PM)
- Bapa Pembangunan
- Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan (DEB)

1983 hingga 1990 ( 7 tahun ) - susah (Ekonomi Meleset)
- Antara punca utama harga getah dunia jatuh teruk
- ramai graduan keluar universiti tiada kerja
- perniagaan kurang memberangsangkan
- kemelut politik; UMNO diharamkan

1990 hingga 1997/98 ( 7 tahun ) - makmur ( Zaman Ekonomi Gemilang )
- Terbinanya Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLCC, Menara KL, Menara Telekom, MSC
- saham BSKL mencanak naik hingga CI 1,400 mata
- indek ekonomi negara keluaran BNM tertinggi 8%
- lahirnya ramai usahawan MELAYU yang kaya-raya seperti T.S. Tajuddin Ramli, Halim Saad, Allahyarham T.S. Yahya dll.
- wujudnya kontraktor bumiputra yang berjaya
- peluang kerja yang banyak, kilang2 baru dibuka dll

1998 hingga Disember 2005 ( 7 tahun ) - susah ( Ekonomi Gawat )
- Punca utama George Soros serang matawang dunia
- harga barang meningkat naik mendadak
- nilai matawang jatuh merudum
- ramai kena buang kerja, VSS
- kontraktor gulung tikar, bangkrap
- saham BSKL jatuh ke paras CI 275 mata terendah
- Banyak malapetaka besar seperti perang di Iraq, Afgan, Balkan dll
- taufan dan banjir besar, tsunami, gempa-bumi dll.

Saudara-saudara-ku, Zaman susah baru sahaja berlalu bersama perginya Disember 2005. Januari 2006 adalah tahun permulaan 7 tahun MAKMUR di mana peluang untuk kita semua membina EMPAYAR PERNIAGAAN MUSLIM YANG KAYA-RAYA. Kita ada masa 7 tahun untuk merencana agenda kita sendiri; kepada yang bekerja, kerjalah dengan bersungguh-sungguh, kerja keras dan kerja kuat agar kita dapatmemanfaatkan waktu ini dengan sepenuhnya, dan kepada yang berniaga, rebutlah seberapa banyak peluang yang datang di depan mata tanpa berkira lagi.

2006 hingga 2013 (7 tahun akan datang) - tahun .............. Ingatlah saudara-saudaraku sekalian, kita semua mengucap 2 kalimah shahadah dan Al-Qur'an itu adalah panduan kita, dan Surah Yusof tadi adalah sebahagian daripadanya, maka yakinilah bahawa kita sekarang telah pun memasuki ambang kemakmuran dan binalah sebagaimana saranan saya tadi demi kebahagiaan bersama.

Cadangan saya,

1. Selesaikan semua hutang-piutang seperti pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit dan pinjaman peribadi.
2. belilah seberapa banyak aset secara TUNAI
3. Simpanlah duit/hasil usaha kerja kita agar nilai wang kita benar-benar bernilai (cadangan ambil polisi Takaful - nilai duit 1 sen = RM1.00, nilai RM1 = RM1,000.00, nilai RM500 = RM setengah JUTA )
4. Pelaburan

Takut-takut dalam kita merancang untuk jadi kaya, Allah s.w.t. jemput kita untuk mengadapNya, maka kita juga telah tinggalkan duit yang banyak untuk keluarga tersayang dan kemungkinan besar impian kita itu tadi boleh disambung oleh ahli keluarga tersayang.

Jika kita masih lalai dan berpuas hati dengan zon kehidupan sekarang, takut nanti tiba waktu susah selepas 7 tahun berikutnya 2013 hingga 2020 ( juga 7 tahun ) kita telah tua kerana terpaksa menunggu 14 tahun akan datang untuk kembalinya turun hujan untuk kita memeras anggur lagi.Takut-takut kita jauh tertinggal di belakang dan sejarah telah membuktikannya!

Sekian dari saya, insan yang serba kerdil dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Maafkan saya jika ada yang tersinggung, namun jauh di lubok hati saya agar suatu hari nanti kita semua dapat berkumpul dengan menggunakan kereta termahal di dunia, wang bertimbun dalam akaun, harta melimpah ruah, DAN PADA MASA ITULAH BARU AGAMA ISLAM YANG KITA DOKONG INI DISANJUNGI MASYARAKAT DAN DUNIA. Amin. Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan terhadap email di atas.

Sekian wassalam wallahualam wassalam

Emjay



Wednesday 18 April 2007

Pengalaman bantu OYPD (Orang Yang Perlu Dibantu) untuk dikongsi (batu hempedu)


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyanyang

Puan Salmah adalah seorang bekas pelajar saya. Beliau telah bekerja di satu daerah. Sewaktu belajar dahulu, sempatlah juga Salmah mengongsikan ilmu dengan saya, alhamdulillah. Masalah akademik dan masalah peribadi termasuk takut ke bilik air waktu malam dan pelbagai masalah lain alhamdulillah telah dapat ditangani. Waktu meninggalkan UTM, Puan Salmah amat sedih sekali kerana selepas ini kalau nak bertanyakan masalah dan belajar agama sudah agak sukar maklumlah kosnya agak tinggi untuk ke JB.

Dari semasa ke semasa, Puan Salmah masih menelefon saya terutama sekali apabila ada masalah. Pada suatu petang ketika saya sedang menghantar anak ketiga saya untuk tuisyen, Suami Puan Salmah menelefon saya menceritakan bahawa mereka sedang bergaduh dan meminta saya memberikan nasihat kepada isterinya Puan Salmah. Telefon bertukar suara dan dalam sedu tangis, Puan Salmah menceritakan sejak pagi hari tersebut, ada saja yang tidak kena dalam perhubungan antara suami dengan beliau. Kemuncak ketegangan ini ialah sekarang beliau sedang bergaduh dengan suaminya. Beliau menceritakan antara punca pergaduhan ialah kerana ibu Puan Salmah sedang berkunjung ke rumah mereka serta beberapa alasan lain yang saya sudah lupa. Semua alasan yang diberikan Puan Salmah bagi saya adalah alasan sekunder dan bukan punca sebenar (alasan primer) masalah ketegangan dan pergaduhan mereka.

Selepas tidak ada lagi alasan diberikan sebagai punca pergaduhan Puan Salmah dengan suaminya, saya menyoal “cukup tak engkau layan suami engkau tu?” sebagai usaha untuk mencari alasan primer. Selagi saya tidak dapat mengenal pasti alasan primer ini, kemungkinan untuk saya membantu masalah pergaduhan Puan Salmah adalah sukar. Sebaik sahaja tamat soalan saya, tangisan Puan Salmah semakin kuat.

“Saya memang dah lama tidak bersama dengan suami kerana saya ada masalah batu pada hempedu. Saya dah banyak kali pergi ke hospital dan doktor sudah sahkan. Sekarang ini sedang menunggu untuk dibedah untuk membuang batu tersebut. Perut saya sakit memanjang, macam mana nak layan suami!” puan Salmah memberikan penjelasan. Inilah dia alasan primer yang saya cari dan alhamdulillah sudah ditemukan Allah.

“Kenapa tidak cerita masalah awak ini kepada saya”, soal saya seterusnya.

“Manalah saya tahu Emjay pun tahu berkaitan masalah tentang batu dalam hempedu ini. Saya ingat Emjay hanya mengajar agama”, balas Puan Salmah.

“Sewaktu arwah guru saya meninggal, ilmu buat ubat penyakit ini belum diberikan kepada saya. Awak jangan buang masa lagi dan ambil nombor telefon isteri arwah guru saya ini (Kak Ida), telefon Kak Ida, ceritakan penyakit awak dan beritahu Kak Ida untuk nak beli ubat. Penyakit macam awak ini tak perlu bedah-bedah. Makan ubat insya-Allah boleh sembuh” balas saya.

Seterusnya saya bertanya tabiat pemakanan Puan Salmah untuk mengenal pasti punca Allah memberikan penyakit tersebut. Sah memang tabiat Puan Salmah dalam pemakanan memang rosak, suka makan keropok cecah minyak goreng yang lama yang berwarna hitam. Inilah antara punca penyakit Puan Salmah.

Puan Salmah berjaya menghubungi Kak Ida untuk rawatan penyakitnya. Pada suatu petang, Puan Salmah dengan suami ke rumah Kak Ida untuk mengambil ubat yang sudah diproses dalam bentuk kapsul yang dibuat dari pelbagai ramuan herba. Puan Salmah terus memakan mengikut aturannya dan malam itu juga Puan Salmah memberitahu saya barulah sakit di bahagian perutnya lega. Selama ini beliau makan ubat doktor tidak ada kesan langsung. Alhamdulillah.

Kini Puan Salmah sudah lama sembuh dari penyakit batu dalam hempedunya. Penyakit ini berpunca dari tabiat pemakanan beliau. Penyakit ini menyebabkan sakit pada bahagian abdomen terutama sekali di bawah rusuk kanan nya lalu menyebabkan Puan Salmah tidak mampu melayan suaminya. Orang lelaki apabila tidak cukup “makan”, semua kepalanya memang bengang dan menanti saat sahaja untuk bergaduh. Namun apa yang saya harapkan dari musibah azab yang diberikan Allah ini adalah semoga segala dosa Puan Salmah ini diampunkan Allah sebagaimana janjiNya dalam AlQuran. Memang puan Salmah sewaktu dahulu banyak sekali dosanya terhadap Allah dan dosa-dosa ini pula adalah dalam kategori heavyweight belaka.

Semoga pengunjung Laman Emjay dapat mengutip beberapa ilmu dan iktibar dari kisah yang saya ceritakan kali ini. Kepada Albangkawy, axstudio, bhmn, mienyak, afandianiqoh, mdirman, wongkene dan pengunjung setia lainnya, sila berikan perhatian kepada kisah ini sebagai ekoran dari cerita mari belajar mengenali sunnatullah. Kepada wongkene, saya nak bertanya, exam dah bermula, bila nak datang ke Taman Perling?

Untuk mendapatkan ubat batu hempedu dari Kak Ida, sila berhubung terus dengan beliau di Kampung Cheras Bahru, Kuala Lumpur di talian 0136921230

Sekian untuk kali ini.

Wassalam wallahualam

Emjay

Tuesday 17 April 2007

LAMAN ANTI HADIS

Assalamualaikum wbh

Pagi ini 17 April, sementara menanti kerja yang perlu dilakukan, saya surf internet untuk mencari mana-mana ilmu Allah yang berguna. Selepas search dengan google, saya terjumpa laman yang agak menarik di http://www.e-bacaan.com/ bahagian artikel Al-Qur'an dan Sekutu Allah. Satu demi satu artikel saya baca dan cara menghujahnya oleh penulisnya agak cantik juga kerana mereka menggunakan ayat dari Al Quran. Namun saya sudah mula tertanya-tanya kerana tiada nama penulis di bawahnya sekadar di tulis sebagai "Penulis Bacaan". Selepas habis membaca artikel ini saya sambung membaca pelbagai artikel lain dan memang banyak sekali artikel yang terpapar dalam laman ini.

Kerana terpesona dengan corak penghujahannya, saya nyaris memasukkan link laman ini ke dalam Laman Emjay.

Alhamdulillah dengan rahmatNya jua, saya akhirnya terbaca artikel di bawah iaitu sebahagian dari tulisan dalam artikel

SUSAH NAKTINGGALKAN HADITH:

Apa kata kalau kita tinggalkan hadith ?

Dunia Islam, terutama ulamak sekarang telah membina satu tembok di sekeliling kejahilan orang-orangnya. Tembok itu tidak akan dibiarkan runtuh. Orang Islam yang tradisi biasanya tidak akan menyoal ulamak, walau pun ada percanggahan diantara ulamak-ulamak. Tiada sebab untuk menyoal ulamak. Ulamak kata hitam, hitamlah, ulamak kata putih, putihlah. Betul belaka. Ulamak kata hadith tak bercanggah dengan Quran. Berilah berapa pun bukti nyata dan jelas bahawa ada hadith bercanggah dengan Quran, jelas bercanggah, ulamak kata tidak. Maka tidaklah.

Yang menganjurkan penggunaan hadith dalam Islam adalah manusia. Nabi Muhammad tidak pernah menganjurkan penggunaan hadith disamping Quran. Sebab ianya tidak perlu. Manusia yang mengada-adakannya.

Apa kata kalau kita tinggalkan hadith dan percayakan Quran sahaja? Akan cacatkah islam kita? Tak sempurnakah Islam kita? Salahkah fahaman kita? Terpesongkah kita? Murkakah Allah?

Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa
(2:2)

Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
(10:37)

Adakah kamu sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(5:76)

Hadith adalah selain daripada Allah dan ianya tidak boleh memudaratkan atau memanfaatkan kita. Tidak percaya kepada hadith tidak boleh memudaratkan kita, kata Allah.

Masih tak percaya !! kerana ulamak dan ibu-bapa kata mesti ikut hadith. Sudah tebal sangat, sebagaimana tebalnya pemakaian kain, tak boleh tidur kalau tak pakai kain. Sebagaimana tebalnya juga penggunaan sejadah, tak boleh solat kalau tidak di atas sejadah, biar pun sejadah itu dibuat di Kampuchea.

Bagi mereka-mereka yang berkeras untuk mempercayai hadith dan meletakkannya bersama Quran, ianya adalah kerana Allah telah meletakkan penudung pada hati mereka.

Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian. (17:46)

Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
(45:6)

Hadith yang sebenar ialah hadith yang ada dalam Quran. Sila rujuk artikel “Hadis Nabi yang Sebenar”.

http://www.e-bacaan.com/artikel_hadisNabi.htm

Berderau hati saya selepas habis membaca artikel ini. Selepas saya membaca link  bertajuk hadis nabi yang sebenar  seperti yang disarankan dari artikel di atas,  baru saya jelas dan faham  bahawa saya sedang melayari laman GOLONGAN ANTI HADIS.

Untuk melayari laman ini sila pergi ke  http://www.e-bacaan.com/

Sila berikan perhatian yang bersungguh-sungguh bila melayari laman ini agar tidak terpengaruh dengan pegangan mereka iaitu ANTI HADIS.
Sekian wassalam wallahualam

Emjay