Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 30 May 2007

Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah.





Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbh sekalian pembaca Laman Emjay.

Pada 22 Mei 2007 saya telah upload artikel bertajuk Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!!. Artikel ini alhamdulillah telah mendapat respons yang memberangsangkan dan reply untuk artikel tersebut sehingga hari ini berjumlah lebih dari 70 kesemuanya. Antara reply tersebut adalah reply berhubung dengan selawat syifa. Reply berhubung selawat syifa ini benar-benar mencabar pegangan saya.

Apabila Selawat Syifak sudah masuk thread ini, saya benar-benar menjadi serba salah, dibiarkan tidak boleh seolah-olah saya meredhainya. Saya dengan ini telah berusaha mencari seseorang untuk membantu menyelesaikan isu selawat syifak dan Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan seorang yang memang berpengetahuan luas tentang ilmu hadis dan ilmu bahasa Arab. Berikut adalah ulasan hamba Allah ini berkenaan selawat syifak dan selawat tafrijiah.
                                            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen berhubung Selawat Syifak


 Maksudnya: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah."

Menurut ilmu tatabahasa arab, gantinama akan kembali kepada nama yang disebut pada bahagian akhir ayat. Dalam kes selawat syifak, nama Nabi Muhamad saw telah disebut pada hujung ayat ……..sayyidina muhammadin.

Lafaz ……Muhammadin berbaris dua bawah pada akhirnya dan lafaz ….tibbilqulub hingga ….wadhia iha berbaris bawah kesemuanya. Ini menjelaskan bahawa ….tibbi… sehingga ….wadhia iha… adalah sifat kepada Nabi Muhamad saw yang boleh mengelirukan pembacanya sehingga dia beriktikad bahawa nama Nabi Muhamad SAW mempunyai kuasa yang boleh menjadi penawar kepada hati-hati (kalbu-kalbu) dan juga penawar / penyembuh dan juga menjadikan badan sihat dan juga menyembuhkan penyakit-penyakit serta menjadi cahaya kepada penglihatan mata hati.

Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya.

Komen mengenai  Selawat tafrijiah.



Maksudnya Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Tafrijiah dari sudut bahasa arab membawa maksud menyelesaikan kesusahan.
Ijmak dari semua ahlisunnah waljamaah bahawa sesiapa yang meninggal dunia maka sudah terputus hubungannya dengan dunia. Termasuklah semua rasul-rasul dan para nabi. Hanya mereka yang berpegang kepada ajaran yang sesat bernama BRILWI (banyak diamalkan di India dan Pakistan) yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad SAW boleh kembali ke dunia ini pada bila-bila masa khususnya ketika diseru oleh manusia.

Adalah sudah jelas bahawa Nabi Muhamad SAW seumur hidup baginda memperjuangkan kesucian akidah Islam yang mentauhidkan hanya Allah SWT.

Berikut adalah pesanan Nabi yang terakhir sebelum baginda wafat mafhumnya: “Laknat Allah kepada orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur-kubur Nabi-Nabi mereka sebagai tempat untuk beribadah.” Riwayat dari Imam Muslim.

Nabi SAW melarang kita semua mengikuti jejak orang Yahudi dan Nasrani.

Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang selawat tafrijiah, marilah kita semua belajar tatabahasa arab iaitu lafaz allazi tanhal…. Lafaz allazi ini adalah perkataan penghubung yang berfungsi bagi menghubungkan nama yang sebelumnya dengan perbuatan yang seterusnya. Nama yang sebelum allazi adalah nama Nabi Muhammad manakala perbuatan selepas pembuatnya atau pelakunya adalah merujuk kepada perbuatan Nabi Muhammad.

Mengikut selawat tafrijiah ini, ada 6 perkara yang sangat penting di dalam selawat tersebut yang ingin saya tonjolkan di mana 6 perkara ini seolah-olah telah menjadi tugas Nabi Muhammad selepas beliau wafat iaitu:

tanhalubihilukad  terjemahannya terbuka dengannya ikatan-ikatan. Gantinama  dalam bihi kembali kepada nama Muhammad yang disebut sebelum perkataan penghubung allazi. Ikatan-ikatan sekiranya merujuk kepada surah al falak …. ‘ukad… membawa makna ikatan yang dibuat oleh syaitan. Apabila Nabi saw terkena sihir yang diusahakan oleh bomoh perempuan yahudi, Nabi sendiri tidak mampu mengatasi perbuatan sihir ini sehinggalah turun malaikat Jibril atas perintah Allah untuk mengajarkan kepada Nabi Muhamad saw cara merawat sihir iaitu dengan membaca surah Al Falak dan surah An Naas dan berdoa kepada Allah swt. Sekiranya sewaktu Nabi masih hidup dan terkena sihir ini, Nabi sendiri tidak mampu untuk menangani kesan sihir  tersebut sehinggalah beginda membaca surah Al Falak dan surah AN Naas lalu berdoa kepada Allah, mana mungkin selepas wafatnya, beginda tiba-tiba mampu pula untuk menyembuhkan sihir (membuka ikatan) orang lain. Dengan ini adalah jelas bahawa tugas menyembuhkan dan merawat sihir atau ikatan adalah hanya tugas Allah SWT dan bukanya tugas nabi SAW. Apa yang paling penting di sini ialah, barangsiapa yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad saw boleh selepas wafatnya dipohon untuk merawati atau membuka ikatan sihir, maka mereka telah mempersekutukan Allah SWT

Benarlah kata Nabi saw dalam hadis baginda yang sahih dari riwayat Muslim: mafhumnya:
Bersumber dari Abu Sai’id Al Khudri, dia berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sungguh kalian telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk lubang biawak pun  kalian akan mengikuti mereka”. Kami berkata: “Wahai rasulullah, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?”. Beliau bersabda: “Siapa lagi”.”.

Maka sudah jelas bahawa umat Islam telah mengikuti ajaran Yahudi yang menyembah Nabi Uzair dan Nasrani yang menyembah Nabi Isa dan kini umat Islam pula mengikut jejak langkah mereka dengan menyembah Nabi Muhammad saw.

                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian semoga dengan penjelasan ini diharapkan pembaca Laman Emjay dapat mengutip ilmu yang berguna.

 Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay 

Tuesday 29 May 2007

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? (isu makan hati)


Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
 
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
  1. Hati
  2. Jantung
  3. Paru-paru
  4. Perut
  5. Hempedal
  6. Buah pinggang
  7. Jantung
  8. Buah pinggang
  9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah  bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. 

Arwah guru saya menasihati agar :
  1. Elakkan dari makan sebarang organ  dalaman seperti hati dsbnya.
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
  3. Elakkan minuman bergas
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima
  7. Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya amat kesal kepada diri saya kerana selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu salah di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay   

Saturday 26 May 2007

Pengalaman mahal AZAB berbomoh dari pembaca Laman Emjay

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbh kepada semua pembaca Laman Emjay yang dikasihi.

Alahmdulillah kini Laman Emjay sudah berusia lebih 6 bulan semenjak dilancarkan pada 4 November 2006. Alhamdulillah dengan rahmatNya Laman Emjay berada ditahap hari ini. Terima kasih wahai Ya Allah.

Laman Emjay ditubuhkan dengan misi Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional. Sesungguhnya saya hanya ada satu pilihan sahaja iaitu mengatakan yang hak walau pun tidak disukai oleh setengah pihak.

Segala sokongan dari pembaca sekelian terutamanya, ah begitu ramai sekali sehingga saya takut menyebutnya kerana takut ada tertinggal nama, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga Allah sahaja yang membalasnya.

Pada 16 November 2006 saya telah upload artikel dari TKO bertajuk Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal. Pengunjung berdaftar yang membaca artikel ini tidak ramai. Sehingga hari ini cuma 16 orang sahaja. Berbanding artikel JANGAN MAKAN SARDIN yang mendapat kunjungan seramai 64 orang semenjak 6 Mei 2007. Artikel terbaru berjodol Bomoh semakin berani atau ulamak semakin lesu!!!!!!!!!!! mendapat pengunjung yang tinggi seramai 42 orang dengan hit sebanyak 132 kali sehingga saat ini. (data ini hanya merujuk data pengunjung yang berdaftar dengan Multiply. Data sebenar adalah lebih besar kerana sebahagian besar pengunjung masih belum berdaftar dengan Multiply).

Pada hari 11 Mei 2007 artikel Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal telah mendapat satu reply dari sdr awieps 89. Alhamdulillah saya telah menjawapnya juga pada hari yang sama. Pada hari ini artikel yang sama Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal telah mendapat satu lagi reply menarik dari saudara kita akukesal. Alhamdulillah juga saya telah menjawap reply sdr akukesal tersebut.

Memandangkan reply yang telah dihantarkan pembaca laman emjay ini sangat menarik dan  artikel / thread ini tidak berapa dikunjungi pembaca, maka saya  mengambil  keputusan untuk  copy paste  pada  artikel terbaru kali ini. Sangat banyak perkara boleh dijadikan sebagai iktibar kepada kita semua dan  sememangnya sekarang ini sedang hangat dibincangkan hal-hal berkaitan perbomohan di laman Emjay.

Berikut adalah reply serta jawapan berkaitan artikel tersebut sebagai iktibar:

                                                        ~~~~~~~~~~~~~~~~

awieps89 wrote on May 11
MJ...ayah sy kerap sgt pegi jmpe bomoh dgn tjuan utk berubat..tapi x pernah pun dia bawak blk tangkal n azimat..alhamdulillah,penyakit dia 2 pulih..tapi selang 2 3 ari,benda 2 datang blk..so umah bomoh 2 mcm dah jadi umah ke-2 dia..sy nk nasihat,xreti.. camne r???


emjayjb wrote on May 11, edited on May 11
Bomoh tu guna khidmat syaitan. Bila orang berubat dengan bomoh ini, syaitan berusaha membantu bomoh dan pesakit ini melalui sihirnya untuk seolah-olah menghilangkan penyakit pada pesakit. Namun ia bukan penyembuhan yang kekal (macam pain killer sahaja) tetapi sekadar menghilangkan sakit untuk tempuh pendek antara beberapa hari hingga paling lamanya sekitar sebulan. Selepas tempuh ini, penyakit asal akan timbul semula. Inilah namanya permainan silap mata para bomoh bersama pembantu mereka syaitan.

Boleh dikatakan sebarang rawatan sejenis dengan kaedah ini memang menghasilkan kesan yang menakjubkan secara segera namun semuanya semata-mata tipu daya syaitan. Contoh lain adalah rawatan guna ilmu kuasa minda dan oleh tabib Cina akupuntur. Memang kesan "pulihnya" sangat segera tetapi selepas beberapa hari penyakit asal datang semula. Akupuntur juga adalah satu bentuk rawatan guna sihir oleh bomoh Cina.

Untuk nasihat ayah tu, mulakanlah dengan berdoalah kepada Allah mohon kemudahan dan kekuatan untuk melaksanakannya. Ayah kalau kaki bomoh, rumah jadi porak peranda. Ayah ibu kerap gaduh dan adik beradik juga kerap bergaduh dan berselisih faham. Nanti antara ayah dengan anak-anak pun berselisih faham. Begitulah antara azab Allah.

Sekian Wassalam wallahualam.

Emjay


akukesal wrote today at 5:29 AM
Assalamualaikum Ustaz,

Saya kerap melawat laman ini, dan tulisan ustaz banyak membantu menyedarkan saya dengan tipu daya manusia yang bergelar bomoh.

Harap tulisan/pengalaman saya ini memberi manfaat kepada pembaca2 di luar sana.

Saya mempunyai banyak pengalaman dengan pengamal2 perubatan tradisional termasuk mereka yg mengaku berdamping dengan wali2 sembilan kemudiannya panglima2 dan puteri2.

Saya dan isteri dan beberapa teman yg rapat , di atas ujian Allah, telah di sihir akibat persaingan perniagaan, terdesak untuk berubat maka kami di perkenalkan oleh rakan2 lain yg bersimpati dengan kami dengan pengamal2 perubatan ini.

Dan kami pula, di atas kononnya keberkesanan cara perubatan ini telah memperkenalkan pula kepada rakan2 senasib yg juga mangsa sihir (semoga Allah akan menyedarkan rakan2 kami ini).

Terlalu banyak yg kami lalui, sepanjang 1 tahun lebih berubat, kesimpulannya sakit yg lama pergi hanya sementara, tetapi penyakit dan musibah yg baru datang bertimpa2.

Di awal perubatan kami disuruh bersembahyang hajat, membaca doa2 tertentu, nampak semuanya berlandaskan agama islam berlandaskan al-quran, dan beberapa lama kemudian setelah kami menjadi rapat (boleh kata taksub) dan menjadi murid/pelajar yg istimewa, kami dibekalkan dengan amalan2 doa yg diambil secara diijazahkan dengan mahar yg tertentu. Amalan2 itu harus dibaca lepas sembahyang (kononnya lebih mujarab) dan kami juga di bekalkan beberapa alat-alatan perubatan, kononnya lebih power seperti cincin, minyak dan sebagainya (ada yg percuma dan ada yg di bayar ribuan ringgit), dengan alasan doa, baca quran sahaja tidak mencukupi, mesti ada amalan kebatinan dan alat-alatan perubatan/tangkal/azimat.

Kemudiannya pula, kononnya kerana keistimewaan kami sebagai murid yg taat, kami diperkenalkan pula dengan pendamping2 wali allah, yang kononnya banyak membantu kami. Dan kami acap kali sentiasa teruja bila dapat bercakap, meminta nasihat/pandangan dengan wali2 allah ini, yg kami gelar datuk, nama2 wali sembilan.. dan berbagai2 lagi.

Lagi kuat amalan yg kami amalkan dan sembahyang yg kami lakukan maka akan bertambah kuatlah kebatinan dan benteng pertahanan kami dari serangan sihir. Kami juga mampu bersilat (sebelum ini tak pernah belajar silat), menghantar jurusan, buah pukulan secara batin dan secara jarak jauh kepada musuh2 kami. Kerap kali kami melakukannya sesudah sembahyang waktu, kononnya lebih mujarab, ada ketikanya di dlm masjid dan surau sesudah sembahyang jemaah.

Setelah sekian lama dan selepas mendapat kepercayaan kami, kami secara perlahan telah dipesongkan (setengahnya juga ditundukkan kami melalui sihir), duit ringgit yg lebur usah cerita.

Kesimpulannya, akibat terkena sihir, maka kami pergi kepada pengamal perubatan yg juga menggunakan sihir untuk melawan sihir, dan lebih teruk lagi, setelah pulih buat seketika (mungkin juga dengan cara mereka berpompromi dengan jin/syaitan), kami disihir/ditundukkan pula untuk taksub percaya kepada kuasa dan kehandalan mereka ini, dan akibat dimomokkan dengan segala musibah yg bakal terjadi kepada kami, dengan mudah kami menyerahkan wang ringgit kepada mereka agar kononnya musibah ini boleh ditepis dengan kuasa mereka tetapi mestilah dengan cagaran wang ringgit. Segala sakit,demam,musibah,perniagaan rugi semuanya kerana jin,hantu,syaitan dan sihir.

Tapi Allah masih sayangkan kami, sebelum kami terpesong lebih jauh, dan diatas berkatnya doa2 yg kami panjatkan kepada yang Maha Esa, kami di pertemukan dengan seorang ustaz (isterinya juga ustazah) yg menjadi imam di surau dan guru sekolah tahfiz, yang hanya berlandaskan perubatan secara Islam iaitu melalui Al-Quran dan Hadis. Laman web ini juga banyak membantu dalam menyedarkan saya.

Saya menulis, kerana masih terlalu ramai di luar sana yang mempercayai bomoh2 ini, termasuk rakan2 kami dan ada sesetengah rakan2 kami itu, kami yang memperkenalkan kepada bomoh syaitan ini sehingga ada yg terlalu taksub hingga menjadi murid/pelajar kanan kepada bomoh ini sehingga ada yg mampu melihat kelibat makhluk2 yg berjubah putih, ada yg berpakaian secara panglima, ada yg kelihatan seperti puteri dan sebagainya yg menjadi pendamping kepada bomoh ini, maka bertambah taksub rakan2 kami ini, kononnya amalan mereka telah mencapai tahap yg tinggi.

Terus terang kami pun sebelum ini berlumba2 beramal, berzikir, berpuasa, bersedekah dan berusaha menjadi murid/pelajar yg baik agar mencapai tahap kebatinan,makrifat yg tinggi dan berharap dapat melihat kelibat pendamping2 ini yg kononnya adalah wali2 allah dan ada ketikanya kami juga berharap mendapat pendamping kami yang sendiri (sebagai personal bodyguard) dlm usaha untuk mengelakkan diri dan keluarga dari terkena sihir dan gangguan jin dan syaitan.

Dan sekarang dengan pertolongan Ustaz, kami sedang berusaha membersihkan diri kami dr segala gejala sihir dan kami sedang berjuang untuk melarikan diri dari bomoh ini, dan juga untuk menyedarkan kembali rakan2 kami yg masih taksub.

Walaupun perbuatan kami ini bagai menabur pasir ke dalam periuk nasi bomoh ini dan seterusnya menjadi seteru, tetapi demi akidah rakan2 kami, kami rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka.

Kami sangat menyesal dengan perbuatan dan kejahilan kami. Setiap kali bila mengenangkan perbuatan kami, pasti air mata kami mengalir dan yg lebih menyedihkan, mengenangkan nasib sahabat2 kami yg masih terpedaya dgn tipu daya bomoh syaitan ini.

Semoga Allah menerima taubat kami dan menyelamatkan akidah rakan2 kami.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

emjayjb wrote today at 6:42 AM, edited today at 6:46 AM
Assalamualaikum wbh sdr akukesal

Ingatlah bahawa bila Allah ingin memberikan rahmat, ia akan dimulakan dengan musibah. Redhalah dengannya. Setiap yang buruk ada baiknya. Setiap yang buruk ada baiknya.

Alhamdulillah sdr telah diberikan rahmatNya. Sekiranya sdr bersyukur, insya-Allah akan Allah tambahkan NikmatNya.

Saya merasa terharu dengan kisah sdr. Memang begitulah sunnatullahnya apabila kita mensyirikkan Allah melalui kaedah berjumpa bomoh sesat. Saya rumuskan antara azab yang biasa diberikan Allah akibat berbomoh ini:

1. Gelisah, tidak tenteram, suka menyendiri, fikiran berserabut
2. Suami isteri sering bertengkar
3. Anak-anak bertengkar dan kadang-kadang anak-anak bertengkar dengan ibu bapa
4. Susah nak mengerjakan solat 5 waktu
5. Duit banyak habis ke bomoh
6. Kalau berniaga, rezeki lagi terhalang walaupun dah berbagai-bagai pelaris yang di gunakan
7. Kalau kerja kerajaan, walau pun dapat gaji bulan, duit sentiasa tidak cukup walau sebesar mana gajinya
8. Perbagai masalah baru dalam kehidupan, pekerjaan, keluarga dan penyakit atau dalam bahasa lain bala yang bertimpa-timpa
9. Pelbagai gangguan yang bukan-bukan di dalam rumah seperti pelbagai bunyi yang unik dan dalam kes-kes tertentu, ahli keluarga nampak pelbagai hantu dalam rumah seperti di sudut tertentu atau dalam bilik air.
10. Mengalami pelbagai pengalaman ghaib yang misteri akibat permainan sihir oleh syaitan
11. Boleh nampak jin, syaitan dengan 2 tanduknya, orang tua macam wali, binatang dan pelbagai imej lainnya hasil dari kerja gangguan syaitan. Ini sebenarnya bukan rahmat tetapi sebenarnya azab!!
12. Kerasukan / kesurupan
13. Mimpi dikejar binatang buas.

Begitulah antara azab yang diterima oleh orang yang berurusan dengan bomoh. Sememangnya sebagaimana yang diceritakan oleh akukesal, saya memang terharu dan memahami apa yang telah dilalui oleh sdr akukesal. Musibah ini memang sangat berat dan sebenarnya ia sangat setimpal dengan dosa yang dilakukan iaitu dosa paling besar dalam Islam iaitu mensyirikkan Allah.

Saya dengan ini berdoa semoga sdr akukesal dan keluarga akan terus dirahmati, diberkati, diberikan hidayah, taufik, pertolongan dan perlindungan dari Allah dan semoga dapat membebaskan diri secara kekal dari amalan perbomohan ini dan seterusnya dimatikan Allah dalam iman.

Apa yang sdr lakukan ini bukanlah sesuatu yang mengkhianati atau memasukkan pasir ke periuk nasi bomoh namun apa yang telah dilakukan ini merupakan satu jihad fisabilillah menentang kemungkaran dan semoga Allah sahaja yang berhak membalasnya.

Dalam Islam jelas bahawa semua bomoh sesat ini layaknya hanya satu iaitu "dipenggal lehernya".

Saya dengan ini menjemput sdr akukesal dan isteri berkunjung ke rumah saya bertamu pada hari sabtu dan ahad. Insya-Allah banyak yang kita boleh kongsikan. Saya tidak menerima bayaran dalam rawatan saya. Sdr bertamu dirumah saya adalah hak sdr untuk dilayan sewajarnya selama 3 hari. No charges.

Hubungilah saya melalui email saya yang tertera besar di muka depan laman saya.

Wassalam wallahualam

Emjay

                                                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Marilah kita semua berdoa semoga saudara kita sdr akukesal diberkati dan ditambahkan lagi nikmat dari Allah.

Sebentar tadi saya terima satu lagi reply menarik berkenaan perbomohan dan kali ini tentang bomoh moden Prof Dr Ibrahim. Seorang pengguna produk aura seri diazab Allah begitu pedih selepas menggunakan tangkal moden ini. Iblis berhelah dengan cantik sekali. Permulaan menggunakan suami semakin sayang tetapi selepas tempuh yang pendek, isteri dipukul macam memukul permaidani sewaktu membersihkannya.

Sila baca reply ini yang dijawab di artikel Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi serta balasan dari saya:

                                                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

zairo wrote today at 11:07 AM
saya ingin berkongsi pengalaman tentang kawan kepada kakak saya. kakak saya menceritakan yang kawannya itu sering menjadi manga keganasan suaminya selalu di belasah dipukul dengan teruk juga sampai lebam lebam menangis nangis mengadu kepada kakak saya...sebelum ini saya ada membaca artikel dari abang mj mengenai produk aura aura ini lalu saya bertanya kepada kakak saya adakah kawannya itu ada menggunakan apa apa produk kecantikan aura aura yang melambak2 di pasaran sekarang ini.. Kakak saya menjawap ada.rupa rupanya kawannya itu menggunakan produk aura seri keluaran dr ibr**** siap promote pada kakak saya lagi...Masya Allah ceritanya lebih kurang sama dengan cerita di atas kakak saya cakap mula2 guna dulu suami sikit punya sayang tapi sekejap saja lepas tu azab Allah pun sampai rumah tanggaporak peranda lebih malang teruk kawan kakak saya itu dipukul. Saya menyuruh kakak saya beritahu pada kawannya supaya buangkan saja barang barang itu san menasihati kakak saya jangan beli ,guna atau simpan benda benda aura ini dan yang seangkatan dengannya..

Ya Allah jauhilah ahli keluargaku dari perbuatan syirik padamu sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak....aminn

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

emjayjb wrote today at 12:22 PM, edited today at 12:30 PM

Assalamualaikum wbh sdr zairo dan selamat datang ke laman Emjay semoga kehadiranmu di sini membawa rahmat.

Terlebih sahulu sebelum saya panjangkan kata-kata, eloklah sdr zairo memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan membuat sujud syukur. Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberikan rahmatnya kepada sdr zairo. Konsep inilah yang saya gunakan dalam merawat orang yang memerlukan bantuan. Cari punca, selesaikan, taubat, perelokkan amalan agama Islam selain sedekah kepada anak yatim.

Adik berdoalah kepada Allah semoga insya-Allah Allah pertemukan kita di JB untuk berkongsi ilmu semoga adik menjadi lebih baik lagi berbanding saya.

Kebanyakan pesakit bila jumpa bomoh sesat, memang bagai magic penyakitnya seolah-olah ada peningkatan macam nak sembuh hampir serta merta. Tetapi sebenarnya setelah beberapa hari atau minggu atau tak sampai sebulan masalah awal tidak selesai dan mungkin bertambah teruk pula dan ini adalah helah syaitan agar pesakit tersebut datang lagi dengan tujuan disyirikkan lagi dan dapat pula wang yang lumayan dari pesakit. Bomoh kena hidup beb, kena ada fulus. Inilah namanya kerja bodoh (memanglah bodoh sebab belum berilmu dan semoga mereka ini semuanya ditambahkan ilmu yang diredhai Allah SWT).

Saya dah memberitahu secara terbuka bahawa produk aura seri keluaran Prof Dr Ibrahim adalah sejenis tangkal alaf baru yang dikeluarkan secara besar-besaran di kilang. Usahlah adik gentar untuk berjihad menentang orang sesat ini. Sebut saja secara jelas malahan mereka bukan tahu pun identiti adik zairo.

Saya berdoa dan marilah semua berdoa agar dibalas oleh Allah dengan segera dan sewajarnya keatas perbuatan bomoh sesat moden bernama Prof Dr Ibrahim ini kerana bomoh ini sudah menyesatkan terlalu ramai umat di Malaysia dan menjadikan manusia yang berurusan dengannya seperti yang menggunakan produk aura seri dan aura genius ini diazab pedih oleh Allah.

Ya Allah jauhilah keluargaku, bapaku, rakan-rakan ku, saudara maraku, pembaca Laman Emjay dan semua orang islam lain dari perbuatan syirik yang mengundang azab pedih dari Allah.

Sekian wassalam wallahualam.

Emjay

                                                            ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekian untuk kali ini. Saya amat mengalu-alukan sebarang pengalaman atau sebarang bahan yang dirasakan dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca lain agar dikirimkan kepada saya sebagai iktibar. Jangan gunakan identiti sebenar.

Wassalam wallahualam

Emjay

Saturday 19 May 2007

AIS di Padang Pasir Bard Harimla




Pada hari Khamis April 12, 2007 bersamaan 24/3/1428, Allah telah menurunkan ketulan ais yang membanjiri padang pasir Bard Harimla.

JANGAN LUPA KLIK PADA IMEJ UNTUK MELIHAT IMEJ YANG LEBIH BESAR.

Emjay


















Terima kasih mohd-fairus_mohd-zain kerana sudi menghantar email gambar-gambar ini.

Friday 18 May 2007

Latihan menajamkan ilmu - menilai bomoh

Latihan menajamkan ilmu - menilai bomoh

Assalamualaikum wbh.

Kali ini ingin sekali saya melihat pembaca setia Laman Emjay menajamkan ilmu dengan membincangkan artikel yang saya ambil dari Majalah Mastika bulan Mei 2004.

Sebagai bantuan untuk membincangkan artikel berikut, berikut saya berikan garispanduan:

1. Adakah Mahani Dan bomoh sesat atau tidak?
2. Kalau sesat mengapa dan kalau tidak sesat mengapa?
3. Siapa sebenarnya Puteri Juana dan adiknya Puteri Nilam?

Sila berikan  hujah perbincangan  sdr sekelian  dengan memberikan reply  dalam ruangan yang disediakan di bawah artikel.  Kepada yang ingin  membincangkan isu ini, pastikan sdr telah berdaftar dengan multiply (percuma) kerana tanpa pendaftaran, anda tidak boleh memberikan pandangan. Daftarlah guna nama samaran pun tidak mengapa.

Semoga sdr sekelian dapat membincangkan dengan baik.

Emjay


Petikan dari MASTIKA Mei 2004



Mahani nak bersara jadi “Puteri Panca Kuning”

 
Bulan mengambang penuh. Bintang-bintang mengerdip di dada langit. Nun di celah awan gemawan, dua gadis nan jelita, berpurdah dan berjubah hitam terapung–apung di awangan lalu turun merapati Mahani Dan, 41, yang sedang terbaring di lantai gua.


Dua jelitawan yang diiringi enam lelaki segak bergaya itu merapati Mahani yang tak sedarkan diri selepas diserang demam panas. Salah seorang meletakkan senaskhah al-Quran pada dada Mahani lalu berundur setapak dua tanpa sepatah kata. Dua jelitawan itu kemudian tunduk membisikkan sesuatu di telinga Mahani.


“Puteri Panca Kuning, kita bertiga bersaudara,” kata salah seorang  yang bernama Puteri Juana sambil diapit  adiknya Puteri Nilam.


“Kanda ke mari bawa penawar untuk dinda,” kata Puteri Juana perlahan.


Dua puteri itu mengusap-usap seluruh badan Mahani dengan air daripada berjana emas.Selesai kedua-dua puteri serta enam lelaki tampan itu terapung–apung di awangan lalu hilang dari pengllihatan.


Esoknya, demam Mahani beransur-ansur sembuh. Sejak didatangi dua puteri pada 1991 itu, Mahani terus memakai gelaran Puteri Panca Kuning sampai sekarang. Dia juga dianugerahkan kebolehan memberi bermacam-macam petua untuk kerukunan rumah tangga dan ilmu pengasih.


BETUL sangat seperti yang dikhabarkan, beta memang dianugerahkan bermacam-macam kebolehan setelah dikunjungi dua saudara beta, Puteri Nilam dan Puteri Juana,13 tahun lalu. Kalau nak tahu, masa itu beta tengah demam panas teruk, mata terbeliak! Dahsyat…langsung tak sedarkan diri. Nasib baik dua saudara beta itu datang menjenguk.


Selepas dirawat, beta sihat walafiat sampai sekarang. Tak pernah lagi demam-demam, sakit kepala pun tak pernah. Begitu juga dengan anak-anak dan suami..


Selepas peristiwa pelik itu, beta selalu berjumpa dan bermesra dengan Puteri Juana dan Puteri Nilam. Suami beta dan anak-anak tak boleh melihat kedatangan mereka. Hanya beta seorang saja, sebab beta boleh melihat alam ghaib yang tidak dapat dilihat oleh orang lain!


Puteri Juana dan Puteri Nilam turut mengajar beta bermacam-macam petua untuk kerukunan rumah tangga dan ilmu pengasih. Insya-Allah kalau betul niatnya, sembuh apa saja penyakit yang hendak diubati


Macam-macam orang datang jumpa beta. Ada yang tanya macam mana nak lembutkan hati. Beta boleh cairkan, tapi kena hembus dulu dengan ilmu yang diajar Puteri Juana dan Puteri Nilam pada minuman.


Kemudian berilah minum pada orang yang keras hati itu,insya-Allah berubah.


Sesiapa yang nak ilmu pengasih pun beta boleh tolong, tapi niat mesti betul. Kalau tak susah
nanti! Beta bukan cakap besar, tapi selama ini tak terbilang  dah orang yang beta tolong. 

Yang nak bercerai pun kembali bertaut. Yang dah berpisah rujuk semula. Yang tak kahwin-kahwin menjelma jodoh. Yang bertahun-tahun menjanda, dapat laki baru.


Beta seronok tolong orang hinggalah pada suatu hari datang seorang wanita berusia 18 tahun mendukung bayi. Kasihan sungguh beta melihat nasibnya. Simpati beta mencurah-curah bila dia bercerita dengan deraian air mata. Bila beta Tanya apa yang terjadi?


Perempuan muda ini dengan esak tangis memberitahu suaminya ikut betina lain. Bukan main marah beta apabila dengar cerita begitu. Beta terus bantu tanpa banyak bicara. Beta juga berdoa agar dia mendapat semula suaminya.

Sekonyong-konyong dua tiga hari kemudian datang pula seorang pemuda berjumpa beta. Katanya isterinya dah ikut jantan lain! Dia merayu dan menangis meminta beta kembalikan isterinya. Hah…wanita yang beta tolong tempoh hari, itulah isterinya.


Beta rasa tertipu! Beta katakan padanya, kalau dah sampai isteri lari ikut jantan lain, ubat pengasih turun dari langit mana sekalipun dah tak berkesan lagi. Mana nak cari untuk dicalit. Sekali lagi perasaan kasihan beta tumpah. Kepada si suami itu beta nasihatkan carilah wanita lain sebagai ganti.

Tak ada jalan lain lagi, yang dah pergi tak akan kembali lagi!


Selepas kena tipu gadis bedebah itu, beta serik nak tolong orang. Beta tak mahu aniaya orang. Beta tak mahu rumah tangga pecah belah, yang beta mahu suami isteri hidup aman damai.


Kalau sesiapa nak jumpa, beta nak warning awal-awal. Kalau yang dah ada bini, minta ampun maaflah. Begitu juga dengan isteri-isteri yang dah ada laki, jangan nak menggatal macam gadis di atas tadi.


Kalau betul nakkan ilmu pengasih sebab nak eratkan suami isteri atau nakkan tunang sayang atau nak bagi kasih berpanjangan, bila-bila masa beta boleh beri. Tapi jangan tipu beta! Beta kesal sungguh peristiwa itu menyebabkan beta rasa berdosa memisahkan kasih seorang suami. Apa lagi anak dengan seorang ayah.


Tapi beta percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Suatu hari nanti perempuan muda itu akan terima akibatnya.


Bila difikir-fikirkan, beta rasa nak bersara jadi Puteri Panca Kuning. Beta nak jadi Mahani, isteri seorang lelaki dan ibu kepada tiga anak yang tinggal di tepi gua Kuala Perlis.


Kalau dah jadi Mahani semula, beta tidak akan berjumpa sesiapa lagi. Beta bukanlah Puteri
Panca Kuning yang memiliki kebolehan melihat alam ghaib. Beta akan beristirahat bersama suami dan anak-anak, Putera Indera, 11, Puteri Dewi, 10, dan Puteri Sari, 8.


Ketika itu beta yang kembali menjadi Mahani akan berkata: “Saya nak berehat, biarkanlah saya menghirup angin lembut tanpa gangguan. Saya dah tak  ada kemampuan lagi membantu. Carilah orang lain!!”


Petikan dari
MASTIKA Mei 2004





Thursday 17 May 2007

MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati.

Perigi Buta

Assalamualaikum wbth

Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih berkesempatan menggunakan air perigi untuk mandi, minum, membasuh pakaian dan sebagainya. Menceduk air perigi dengan timba logam yang agak besar yang diikat pada tali hanya sesuai untuk orang dewasa memang mencabar bagi saya yang bertubuh kecil. Bagi saya yang masih kecil ketika itu, ia adalah pengalaman perit untuk memenuhkan setempayan air untuk mandi. Paras air dalam perigi pula adalah kalanya mencecah 15 kaki dalam.

Selagi sesuatu perigi terus digunakan, airnya akan terus bersih dan terjaga. Perigi yang sudah lama tidak digunakan lama kelamaan akan menjadi perigi buta. Air dalam perigi buta selalunya berwarna kehitaman kerana kesan dari sampah dan bahan buangan lain yang dicampakkan ke dalam perigi ini. Pendek kata perigi buta ini sebagai penjelasan mudahnya ialah sebuah perigi lama yang mengandungi sampah sarap dan sudah lama tidak digunakan dan airnya pula kehitaman. Lumpur pula sudah mula terkumpul di dalam nya. Tiada orang yang sanggup mengunakan air dari mana-mana perigi buta ini sama ada untuk membasuh pakaian apatah lagi kalau untuk diminum.

Apabila kita ingin membersihkan mana-mana perigi buta semoga airnya dapat dimanfaatkan, prosesnya adalah sangat mencabar. Perigi buta pada permulaan waktu hendak dibersihkan, tidak terdapat sebarang bau yang busuk serta keadaan airnya sekadar berwarna kehitaman namun tidak keruh kerana segala kekotoran telah termendak ke dasarnya. Apabila perigi ini mula dibersihkan, antara cabaran yang perlu dihadapi ialah kesanggupan seseorang untuk turun ke dalam dan kesanggupan orang lain untuk membantu di bahagian atas perigi untuk membantu proses pembersihan ini.

Apabila sahaja proses pembersihan dimulakan dengan mula menceduk lumpur serta membuang sampah sarap di dalamnya, inilah pengalaman yang paling mencabar. Kalau sebelumnya tidak ada bau busuk yang keluar, kini pelbagai bau busuk akan mula keluar apatah lagi kalau sebelumnya ada ayam atau kambing yang mati dalam perigi buta ini. Mungkin pada ketika ini , kalau ada ular yang menjadikan perigi buta ini sebagai sarangnya juga akan menjadi marah dan mula menyerang orang yang sedang membersihkan perigi buta ini. Keadaan air pula akan menjadi sangat keruh macam warna kopi susu.

Pendek kata pada peringkat permulaan proses pembersihan perigi buta ini, cabaran yang dialami atau tindak balas yang diberikan oleh perigi buta ini adalah sangat mencabar. Keadaan perigi buta ini akan menjadi jauh lebih kotor, busuk dan banyak perkara negatif lain di awal proses pembersihan ini. Stamina untuk membersihkan perigi ini pula bukan calang-calang. Maklumlah nak membongkok mengisi lumpur dan pelbagai sampah untuk di isi ke dalam timba memerlukan kesabaran gred A. Orang di atas pula perlu bertungkus lumus menarik timba berisi lumpur dan pelbagai sampah keluar dari perigi. Perlu pula orang lain membantu untuk membuang lumpur dan sampah sarap ini ke kawasan khas, kerana sekiranya tidak dilakukan, sampah sarap dan lumpur ini akan masuk semula ke dalam perigi sewaktu hujan.

Perlu ada perancangan rapi, strategi, kerjasama, kesabaran, stamina, masa, tenaga, istiqomah, wang ringgit dan doa yang bersungguh-sungguh untuk membuat projek pembersihan perigi buta. Sekiranya selepas cabaran yang dialami, pasukan pembersihan perigi buta ini berputus asa dan berhenti dipertengahan jalan, maka segala usaha tersebut akan menjadi satu usaha yang sia-sia sahaja.

Sekiranya pasukan pembersihan ini berjaya bertungkus-lumus mungkin selama dua hari penuh dengan tangan yang menggelupas dan mungkin ada yang luka dan sebagainya barulah keadaan mata air sudah semakin kelihatan bersih dan selepas tugas selesai dan dibiarkan beberapa hari barulah insya-Allah air perigi ini akan dapat dimanfaatkan semula.

Begitulah proses membersihkan perigi buta. Cabaran proses pembersihan di awal proses ini adalah sangat memeritkan. Keadaan perigi buta akan menjadi semakin kacau bilau dan semakin kotor dan berlumpur dan berbau busuk dan semua ini menjadikan perigi buta ini lebih negatif berbanding keadaan asalnya sebagai perigi buta di peringkat awal pembersihan. Ini lah satu ilmu mahal yang ingin saya kongsikan untuk para pembaca Laman Emjay kali ini. Ini lah juga yang dimaksudkan dengan dengan peribahasa yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipeh tidak akan datang melayang. Kalau tidak dipecahkan rembia, pastinya tidak akan dapat sagunya.

Perigi buta yang cuba saya kisahkan diatas boleh membawa maksud seseorang yang bermasalah dari segi amalan agama Islamnya seperti orang yang tidak bersembahyang, orang yang suka berbomoh, orang yang bencikan setengah ajaran Islam, merokok, berzina, mendedah aurat, berjudi, rasuah, pornografi, mencuri, ber"make up" seperti memakai lipstick dan pelbagai amalan negatif lain. Orang yang melakukan perbuatan negatif ini boleh diibaratkan sebagai perigi buta yang tidak dapat membawa kebaikan.

Membersihkan perigi buta ini untuk menjadi sebuah perigi yang dapat memberi manfaat, sebenarnya membawa maksud proses bertaubat dari melakukan perkara maksiat tersebut. Diperingkat awal proses taubat ini sebenarnya adalah satu keadaan yang amat krikital kerana masalah ini bukan terus selesai tetapi masalah adalah akan menjadi semakin rumit diperingkat awal proses pemulihan ini. Bagi seorang perokok, berbagai cabaran perlu dihadapi diperingkat awal seperti semakin pening, berpeluh, jadi tidak menentu, keluh kesah dan pelbagai cabaran lain yang perlu dihadapi dipermulaan proses pemulihan ini. Kawan-kawan dari kalangan perokok pula akan terus menerus memujuk supaya perokok ini kembali menjadi perokok semula. Hanya dengan perancangan rapi, strategi, kerjasama, kesabaran, stamina, masa, tenaga, istiqomah dan doa yang bersungguh-sungguh akan insya-Allah membuahkan hasil yang dihajati iaitu berhenti dari merokok.

Begitulah juga dengan seorang perempuan yang memakai lipstick yang ingin bertaubat. Berbagai cabaran perlu di alami. Pelbagai rakan dari kalangan yang berlipstick mungkin akan saling bergilir menasihati agar kembali memakai lipstick. Mungkin ada pula yang memberi komen "Engkau ini muka macam mayat, kenapa tak pakai lipstick". Mungkin ada yang berkata "Hari ini muka engkau jadi 10 tahun lebih tua". Mungkin juga ada yang berkata "muka engkau macam lebam saja" dan mungkin juga yang berkata "engkau ni macam orang sakit nak mati aje!". Begitulah antara cabaran yang perlu dilalui oleh orang yang ingin berhenti dari memakai lipstick.

Begitulah juga seseorang yang tidak pernah membaca Al Quran beserta terjemahan dimana sejak kecil hingga berusia 30 tahun sekadar membunyikan Al Quran sahaja tanpa sebarang usaha untuk memahaminya. Pada permulaan hasrat membaca Al Quran beserta terjemahan, pelbagai mainan diminda akan diolah oleh syaitan. Syaitan akan membisikkan bahawa membaca terjemahan Al Quran sulitlah, mengantuklah, tiada tumpuanlah, susah fahamlah, gangguan anak dan isterilah serta pelbagai cabaran lain yang perlu dilalui diperingkat awal. Segalanya adalah berpunca dari syaitan yang memang tidak redha dengan usaha manusia memperelokkan amalan agama Islamnya. Kalau boleh syaitan akan berusaha agar manusia terus jauh dari jalan lurus yang diajarkan Allah dan NabiNya. Memang itulah matlamatnya agar manusia sama-sama masuk neraka dengan mereka.

Janganlah ada yang memandang bahawa urusan meluruskan jalan kehidupan yang bermatlamatkan Allah dan akhirat itu mudah. Itulah sebabnya syurga itu bukan sesuatu yang mudah dan percuma. Syurga adalah mahal dan untuk memasukinya perlu melalui pelbagai ujian dari Allah sebagaimana surah Al Ankabut: 2-3:


2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?



3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.



Al Baqarah:
155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Perumpamaan orang bermasalah yang saya analogikan sebagai perigi buta seperti di atas sebenarnya juga boleh diibaratkan sebagai satu keluarga, satu jabatan, satu institusi, organisasi hatta satu kerajaan. Kerajaan Turki dibawah kepimpinan sekarang lebih mirip kearah Islam namun perubahan yang mereka lakukan menghadapi cabaran yang amat getir apabila tentera Turki mendesak agar fahaman sekular diteruskan di Turki.

Marilah kita semua memperbaiki amalan kehidupan hidup didunia agar selari dengan kehendak Allah dan rasulNya semoga kita semua dibalas Allah dengan syurgaNya. Namun, hakikatnya ialah kita perlu membersihkan pelbagai perigi buta. Antara perigi buta yang menjadi cabaran kita semua antaranya ialah perigi buta radio, televisyen, aurat wanita, percampuran lelaki dan wanita dan bersubahat redho dengan kemungkaran.

Sekian untuk kali ini wassalam dan wallahua'lam.

Emjay







Wednesday 16 May 2007

Laman untuk mengelirukan umat Islam. Begitulah dengkinya Yahudi!!

Assalamualaikum wbh

Pada 23 Feb 2007 saya telah memberikan peringatan melaui artikel bertajuk Penyelewengan Halus Terhadap al-Quran di Internet.

Pada hari semalam, seorang pembaca setia Laman Emjay iaitu sdr albangkawy telah memanjangkan email yang diterimanya kepada saya. Terima kasih albangkawy. Email tersebut mengandungi beberapa laman web yang mengelirukan tentang Islam, Al Quran dan hadis dan antaranya adalah yang telah saya sentuh dalam artikel pada 23 Feb lepas.

Berikut ini adalah senarai lengkap laman web yang mengelirukan tentang Islam yang diterajui oleh Yahudi yang memang gentar dengan agam Islam:

1. http://www.answering-islam.org/
2.
http://www.aboutislam.com/
3. 
http://www.convertstoislam.org/
4. http://www.islam-watch.org/
5. http://www.light-of-life.com/


Dalam email ini juga diceritakan mengenai Al Quran palsu seperti pada gambar sebelah.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Al Quran palsu ini boleh  klik pada url ini:
http://www.amazon.com/exec/obidos/tg/detail/-/1579211755/qid%3D1096805827/102-4933271-2395342

Al Quran palsu ini sudah diedarkan di Kuwait. Al Quran palsu ini mengandungi 77 surah sahaja (Al Quran mengandungi 114 surah). Al Quran palsu ini mengandungi surah Al Jana dan Al Injil. Bismillah telah digantikan dengan bacaan yang memasukkan sekali kepercayaan agama Kristian.

Al Quran palsu ini memasukkan banyak perkara yang bertentangan dengan Al Quran sebenar seperti menghukumkan berkahwin lebih dari satu sebagi berzina, perceraikan diharamkan, kaedah baru dalam pembahagian faraid dan menghukumkan haram untuk berjihad.

Begitulah terdesaknya kaum Yahudi dan Nasrani untuk mengelakkan Umat Islam dari berjalan di jalan lurus yang diredhai Allah.

Sekian wassalam wallahualam



Monday 14 May 2007

Isteri aku dilarikan orang


Assalamualaikumm wbh sekalian pembaca

Kisah benar ini berlaku satu ketika dahulu sewaktu arwah guru saya masih hidup dan sedang membimbing saya.

Kisah ini berlaku di satu negeri yang saya rahsiakan di Malaysia.

Musa (bukan nama sebenar) adalah seorang pegawai besar di Pejabat Polis Trafik negeri GH. Sebagai pegawai besar di sini, banyaklah syarikat pengangkutan yang mendapatkan khidmat istimewa dari Musa untuk memudahkan syarikat pengangkutan tersebut menyelesaikan sebarang kes berhubung masalah saman dan trafik. Antara pelbagai syarikat pengangkutan yang mendapatkan khidmat Musa ini ialah satu syarikat pengangkutan besar di Malaysia saya panggil sebagai syarikat pengangkutan TIUNG (bukan nama sebenar).


Syarikat pengangkutan Tiung ini mempunyai mungkin ratusan lori yang sentiasa bergerak di sepanjang jalanraya di Malaysia. Jikalau mana-mana lori dari syarikat Tiung ini yang dikenalpasti melakukan kesalahan trafik, sekiranya kesalahan ini dilakukan di negeri GH, mudahlah untuk diselesaikan maklumlah Musa adalah orang kuat di Pejabat Polis Trafik negeri tersebut.


Berapa banyak Musa dibayar secara bulanan oleh syarikat Tiung tidaklah saya ketahui namun syarikat Tiung memang ada menyediakan wang bulanan serta seorang perempuan Cina untuk kegunaan Musa sebagai “isteri simpanan”.

Pada suatu masa dengan izin Allah Musa berhajat untuk menemui saya dan arwah guru saya kerana isterinya telah dilarikan oleh seorang lelaki yang sudah beristeri. Isterinya lari meninggalkan Musa serta anak-anak yang masih kecil untuk mengikut lelaki suami orang ini. Tinggallah Musa seorang diri menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil. Malu bukan lagi kepalang apabila jiran dan sahabat mengetahui isterinya telah lari mengikut jantan lain meninggalkan Musa dan anak-anak.

Dengan angkuh dan diiringi polis pengiring, Musa menemui arwah guru dan saya untuk meminta tolong agar isterinya kembali ke pangkuannya. Arwah guru sebagaimana biasa akan memulakan sesi dengan mengkaji latar belakang sejarah Musa agar dapat mengenal pasti punca masalah ini dan semoga langkah susulan mudah dilakukan. Ia sebenarnya adalah sesi muhasabah mengenali dosa-dosa lalu agar dapatlah kita semua memahami mengapa Allah membalas melalui azab sedemikian rupa.


Apabila guru sudah mula mendapatkan beberapa fakta sejarah Musa, tiba-tiba Musa naik marah dan berkata kasar dengan arwah guru saya “Buatlah apa saja yang nak dibuat, apa yang saya nak hanya pulangkan isteri saya kepada saya!”. 

Musa berkata-kata seolah-olah guru saya mempunyai kuasa ketuhanan yang boleh menyerahkan semula isterinya yang lari kembali kepadanya. Sistem arwah saya adalah mula-mula mengenal pasti masalah. Selepas punca dikenal pasti, proses taubat perlu dilakukan. Selepas itu pula proses ibadah seperti zikir dan solat malam dengan diiringi doa yang bersungguh-sungguh. Musa tidak berminat langsung dengan kaedah ini dan hanya mendesak guru saya usahakan agar isterinya kembali segera kepangkuannya.

Akhirnya, fahamlah guru dan saya bahawa Musa tidak berminat untuk memperbaiki diri. Musa masih berminat untuk hidup penuh bergelumang dosa zina dan rasuah. Seperkara lagi yang perlu diberitahu kepada pembaca sekalian ialah Musa sebelum ini memang ada kes dengan isteri orang selain dari perempuan Cina yang disediakan seperti “isterinya” oleh syarikat pengangkutan Tiung.

Ingatlah bahawa:

  1. An nisaak 79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
  2. Asy Syuura:30. dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
  3. Thaahaa:124.
    "Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".
  4. Yunus 27.
    “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Kalau kita tidak mahu isteri kita dilarikan orang, jadilah kita umat Islam yang patuh dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi setiap larangan Allah.


Sekian wassalam wallahua'lam


Emjay