Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 29 June 2007

ASPARTAME (NutraSweet, Equal)- Pembunuh senyap



Assalamualaikum wbh sekelian pembaca Laman Emjay.

Hari ini bila saya membuka mailbox, saya menerima satu emal menarik dari sdr Ahmad Rosdi Asaad. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada sdr Ahmad ini semoga terus menghantar bahan menarik untuk tatapan semua. Email ini mungkin sudah berlegar di alam ciber sejak sekian lama dan kini saya memanjangkan email ini dengan memasukkan ke dalam Laman emjay.

Maaf kerana artikel ini saya terima dalam bahasa inggeris. Bagi sesiapa yang ada masa untuk menterjemahkannya, silakanlah.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay








For those who take Ricola & Fisherman , please note that they both contain Aspartame - the silent killer.


This website shows the adverse effects of ASPARTAME: http://www.nexusmagazine.com/articles/aspartame.html

Fisherman Sweets
FOR THOSE WHO LIKE TO EAT FISHERMAN SWEETS BE CAREFUL: Sugar free products contain ASPARTAME .. So don't consume Sugar free product esp. 'fisherman sweets' ASPARTAME - THE SILENT KILLER (by Ron Harder)

To those who prefer to consume artificial flavouring:

There is an epidemic across North America today of Multiple Sclerosis and Lupus. Most people do not understand why this epidemic is happening, and they do not know why these diseases are so rampant. I would like to share with you the main reason we are having this very serious problem. Many people today use artificial sweeteners in their tea or coffee.

They do this because the ads they see on TV tell them that sugar is bad for their health. This is absolutely true. Sugar is toxic to us , but what most people use as a replacement for sugar is much more deadly. I am talking about ASPARTAME. It is the caus! e of the epidemic that was mentioned above. ASPARTAME is an extremely toxic chemical that is produced by a chemical company called Monsanto.

ASPARTAME is being marketed around the world as a sugar substitute and is found in all diet soft drinks, such as Diet Coke and Diet Pepsi . It is also found in artificial sweeteners such as , and Spoonful; and it is used in many other products as a sugar replacement.


ASPARTAME is marketed as a diet product, but it is not a diet product at all. In fact, it will cause you to GAIN weight because it makes you crave carbohydrates. Causing you to gain weight is only a very small part of what ASPARTAME does. It is a toxic chemical that changes the brain's chemistry It can and does cause severe seizures.

This chemical changes the dopamine level in the brain, and it is particularly deadly for anyone suffering from Parkinson's disease.

ASPARTAME is extremely poisonous, and here is why one of the toxic ingredients of it is wood alcohol. When the temperature of ASPARTAME exceeds 86 degrees F, the wood alcohol in it is converted to Formaldehyde, and then to formic acid, which in turn causes folic acidosis.

FORMALDEHYDE is grouped in the same class of poisons as Cyanide and Arsenic which are very deadly toxins. The only difference is, Formaldehyde kills quietly, and it takes a little longer. And, in the process of killing people, it causes all kinds of neurological problems. There are 92 documented symptoms of Aspartame Poisoning leading to coma and death.

The majority of these symptoms are neurological, because the ASPARTAME attacks and destroys the nervous system. One of these symptoms is Lupus, which has become almost as rampant as Multiple Sclerosis, especially with Diet Coke and Diet Pepsi drinkers.

--
ASPARTAME - The silent killer

Thursday 28 June 2007

SEBAB BERLAKUNYA SYIRIK DI MUKA BUMI


Oleh: Abu Anas Madani http://www.abuanasmadani.com/

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
     
Firman Allah SWT yang bermaksud:
{Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan diantara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. 
Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.} [Al-Baqarah : 213].

Al-Hafiz Ibnu Kathir RH telah mengambil riwayat Ibnu Abbas R.A ketika menafsirkan ayat ini. Kata Abdullah Ibnu Abbas: ”Jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh A.S ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu itu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh A.S”. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237].

Punca kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang yang soleh dikalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini. Sebagaimana maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran:{Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa', yaghuts, ya'uq dan nasra" (nama-nama berhala)}. [Nuh: 23].

Imam Bukhari RH meriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: ”Lima berhala tersebut, wadd, suwa', yaghuts, ya'uq dan Nasra) ialah  nama orang-orang yang soleh  di kalangan  kaum nabi Nuh A.S. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai orang soleh tadi, kemudian diletakkan dimajlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya.


Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung tersebut, lalu mereka pun turut ikut menyembahnya.Imam Ibnu Kathir juga menyebut kisah ini sedemikian. Riwayat lain ada menceritakan tujuan para pengikut itu mengukir patung pada awalnya kerana mereka takut pegangan agama mereka menjadi lemah, lalu mereka mengukir patung-patung syeikh tersebut untuk mengingati kembali ajaran dan amalannya.


Apabila mereka  melihat patung syeikh mereka, akan bertambah kuat semangat untuk beribadat. Pada peringkat awalnya mereka tidak menyembahnya, tetapi setelah berlalunya masa yang lama, mereka mula membesarkan dan menghormatinya dengan sepenuh hati mereka.

Waktu  yang panjang berlalu, orang-orang alim dikalangan mereka telah meninggal dunia, maka syaitan mengajar lagi: ”Sesungguhnya orang-orang soleh sebelum kamu tidak mengukir patung-patung syeikh mereka kecuali untuk meminta syafaat (pertolongan) melaluinya kepada Allah.” Maka bermulalah sejarah penyembahan berhala, tuhan yang lain selain daripada Allah SWT. Lalu selepas itu Allah SWT mengutus nabi Nuh A.S untuk mengembalikan mereka kepada agama datuk mereka nabi Adam A.S. Semasa berlakunya taufan pada zaman nabi Nuh A.S, kesemua patung-patung yang disembah tersebut telah ditenggelamkan ke dalam perut bumi.


Mereka yang diselamatkan Allah SWT dari taufan tersebut, meneruskan hidup di atas muka bumi dengan agama yang benar selama beberapa waktu.Manakala orang yang mula-mula mengubah perjalanan agama yang diajar oleh nabi Ibrahim A.S ialah Amru bin Luhai, iaitu ketua golongan suku Khuza’ah. Beliau adalah seorang tukang nujum yang bersahabat dengan jin. Melalui petunjuk dari jin itu, beliau telah mengeluarkan berhala-berhala yang tersembunyi di dalam tanah di Jeddah.



Kemudian beliau menyeru bangsa Arab pada musim haji supaya menyembah berhala dan meninggalkan ajaran nabi Ibrahim A.S. Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: ((Aku melihat Amru bin Amir bin Luhai al-Khuza’i menarik isi perutnya di dalam neraka)) [HR Muslim]


Ini kerana dialah orang yang mula-mula merubah perjalanan agama nabi Ismail A.S dengan penyembahan berhala.
Demikianlah bahayanya apabila berlaku pemujaan di dalam masyarakat samada memuja harta benda, pangkat dan sebagainya. Begitu juga dengan perbuatan memuja pemimpin lebih daripada yang sepatutnya. Perkara tersebut akhirnya akan membawa kemusnahan dan bala bencana kepada umat dan masyarakat sebagaimana yang berlaku ke atas kaum nabi Nuh A.S dahulu. Allah SWT telah memberi amaran kepada ahli kitab dengan firman-Nya yang bermaksud: {Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (dengan membesarkan nabi Isa sehingga mereka menganggapnya sebagai anak tuhan). Dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripada-Nya.} [An-Nisa’: 171].

Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya, sebagimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab R.A, maksudnya: ((Janganlah kamu terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai seorang nabi dan rasul kepada darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara ghaib dan sebagainya) sebagaimana kaum Nasrani memuja nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya. )) [HR Bukhari dan Muslim].

Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja puji itu sendiri.
Marilah kita sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang kita lalui di dalam urusan agama kita (i’tikad). Semoga semua amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT.

Akhirnya sama-samalah kita perhatikan kepada firman Allah SWT yang menggariskan apakah bentuk ajaran atau dakwah yang dibawa oleh semua nabi-nabi dan rasul-rasul A.S, melalui firman-Nya yang bermaksud: {Dan sungguhnya kami telah mengutuskan Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu".} [An-Nahl: 36].

Perkataan thaghut membawa banyak erti dan maksudnya sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama’ Islam; ialah umum untuk semua benda (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) yang disembah dan dipuja selain daripada Allah SWT.
Di antara asas atau tonggak kepada taghut ialah:
1)      Syaitan yang menyeru untuk beribadat kepada tuhan selain daripada Allah SWT.

2)      Pemerintah yang zalim yang telah merubah hukuman yang diturunkan oleh Allah.

3)      Golongan yang menjalankan hukuman perundangan selain daripada hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.

4)      Orang yang mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan tersembunyi selain daripada Allah SWT.

5)      Golongan yang disembah selain daripada Allah SWT (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) dan ia suka serta redha dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya itu.
Inilah di antara tafsir atau makna ’taghut’  yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.

Demikianlah betapa pentingnya peranan rasul-rasul A.S untuk mengembalikan manusia supaya taat dan tunduk kepada Allah sahaja. Kita juga mestilah menolak semua jenis taghut kerana inilah syarat untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul serta berada di atas landasan agama Islam yang diredhai Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: {...sesiapa yang mengkufurkan (menentang dan menghancurkan) Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali Allah yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [Al-Baqarah: 256]. 



Sekian.


Akhukum: www.abuanasmadani.com

Monday 25 June 2007

Anak dilahirkan sebagai raja, jangan biarkan ia terus menjadi raja!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Updated 14 Disember 2019

Segala puji kepada Allah yang memberikan begitu banyak rahmat kepada diriku ini.

Pada 25 Jun pukul 8.18 pagi, saya telah mendapat PM dari pembaca Laman Emjay daniajohor berbunyi begini “emjay....mana pergi lama dah tak update blog nie.wasalam”.

Saya begitu terharu dengan PM ini. Rupanya pembaca laman emjay ini dan mungkin pembaca lain juga tertunggu-tunggu akan update saya terkini maklumlah update yang lepas hanya dilakukan pada 15 Jun lalu iaitu 10 hari lepas.

Saya sebenarnya baru saja kembali pada lewat petang semalam Ahad setelah berkampung di somerset Rompin semenjak khamis lepas. Menguruskan program motivasi staf fakulti. Memang terlalu banyak untuk diselaraskan sehingga laman emjay tidak dapat diupdate untuk tempuh yang lama.

Saya sentiasa bersyukur dengan Allah SWT dikurniakan 6 orang anak 4 puteri dan 2 putera. Saya  cuba membayangkan seandainya Allah memberikan hanya seorang anak atau mungkin tidak ada anak langsung sebagaimana ramai pasangan masa kini. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Saya mengingatkan semua pembaca dan diri saya supaya sentiasa  membalas segala nikmat anak yang diberikan oleh Allah SWT dengan sewajarnya dan bukan dengan melakukan kesyirikan sebagaimana dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190

"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"

Sememangnya ramai ibu bapa hari ini membalas rahmat anak yang diberikan sihat dan selamat oleh Allah SWT dengan melakukan syirik seperti memasukkan pensel dan pembaris di dalam bekas tembuni yang di tanam atau memungut tangkal agar anak dilindungi dari gangguan syaitan atau dengan meletakkan objek seperti paku, gunting dan surah Yasiin berhampiran bayi. Semua pekerjaan ini adalah pekerjaan syirik yang bakal mengundang pelbagai musibah dari Allah.

Apabila Allah mengurniakan seorang bayi lelaki atau perempuan, kenanglah rahmat bagaimana Allah perintahkan bayi ini untuk menyusu dari puting susu emaknya. Sebagai ibu, berdoalah agar dapat menyusukan bayi selama tempuh dua tahun. Berbagai rahmat dari amalan ini. Antara kebaikan amalan menyusukan bayi selama 2 tahun ini ialah:

1.      Anak sangat kurang mendapat penyakit sebagaimana bayi yang menyusu botol
2.      Kurang kos untuk membeli susu bayi – menjimatkan
3.      Kurang kerja seperti memasak air dan membancuh susu
4.      Ibu bapa tidak perlu bangun malam membancuh susu
5.      Anak lebih sihat berbanding anak yang menyusu botol
6.      Ibu insyaAllah tidak akan mengandung dalam tempuh menyusukan bayi ini.
7.      Badan ibu akan cepat kembali slim macam sebelum mengandung kerana segala bekalan makanan dalam badan si ibu akan ditukarkan menjadi susu ibu.

Begitulah antara rahmat Allah kepada ibu yang menyusukan anak.

Sultan Brunei adalah seorang Raja

Sewaktu seorang anak dilahirkan, dia adalah seorang raja yang paling hebat di dunia dan tidak ada seorang raja pun di dunia yang lebih hebat dari mereka. Apabila perut lapar, dengan satu perintah sahaja, ibu akan  datang untuk menyusukan anak ini. Apakah perintah universal yang digunakan oleh siraja berumur satu hari ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah “MENANGIS”. Dengan perintah menangis ini juga segala dayang-dayang akan berkerumun untuk melayani kehendak si raja kecil ini. Bila tidak selesa kerana kencing atau berak, si raja kecil akan menangis. Bila sakit juga akan menangis. Pendek kata hanya dengan satu perintah sahaja iaitu menangis, segala kehendak si raja kecil ini akan dipatuhi oleh segala dayang-dayang yang terdiri dari ibu, bapa, kakak, abang, nenek, datok, orang gaji dan sebagainya.

Tabiat menangis untuk memerintah akan dikekalkan selama mungkin oleh si raja kecil ini. Lebih lama lebih menyeronokkan. Saya sendiri pun yang sudah berusia lebih 50 tahun merasakan seronok sekiranya sentiasa ada dayang-dayang yang  setia  memandikan saya, menyuapkan saya, memakaikan baju, memandu kereta saya dan melakukan segalanya untuk saya. Namun adakah tabiat ini sesuatu yang terbaik bagi diri saya? Jikalau saya di layan sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun dan kemudian layanan ini dihentikan, apakah akan terjadi kepada saya? Bolehkah saya berdikari? Adakah saya akan menjadi orang yang tabah? Adakah saya akan menjadi orang yang sabar? Adakah saya akan menjadi orang yang rajin? Adakah saya akan mampu menguruskan diri saya sendiri? Sebenarnya, membesarkan saya sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun hanya akan mengundang lebih banyak masalah kepada diri saya di kemudian hari.

Merubah sikap anak dari seorang raja kepada seorang manusia normal hendaklah dilakukan seberapa segera kerana ini akan lebih menguntungkan anak ini dan juga menguntungkan kedua ibu bapa mereka. Kadang kala kita perhatikan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila selepas berak, masih ibu bapa mereka yang membersihkannya sedangkan ada anak yang ketika berusia 6 tahun sudah dilatih membasuh baju mereka sendiri selain membasuh pinggan mangkuk.

Anak besar yang masih kerap menangis menunjukkan anak ini masih mengekalkan sifat raja. Seorang anak kecil yang tidak lagi menangis menandakan anak kecil ini alhamdulillah telah berjaya membuang sifat raja.

Saya pernah melihat seorang anak saudara saya  yang sudah berusia 8 tahun masih memerintah dengan tangisannya terutama sekali apabila berada di shopping complex. Si anak ini akan terus menangis sehingga ayahnya membelikan permainan sebagaimana yang dihajati anak kecil ini. Sifat ini sebenarnya adalah satu sifat yang patut dielakkan dan sebenarnya ibu bapa kanak-kanak ini sedang mengajar anak kecil ini nilai degil, kepala batu dan semoga semua orang lain hanya mendengar kehendaknya sahaja.


Bukan begini caranya untuk merotan anak!!


Persoalan paling utama kini ialah bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak kecil membuang sifat raja yang dikurniakan Allah semenjak dilahirkan? Ilmu psikologi barat mengajar pelbagai ilmu untuk mendidik sebahagiannya adalah jelas baik namun sebahagiannya pula jelas amat buruk terutama sekali ilmu yang tidak menggalakkan ibu bapa merotan anak-anak. Bagi saya ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhamad SAW adalah ilmu yang terbaik dan tiada tolok bandingnya. Jikalau ilmu dari nabi Muhamad ini dilaksanakan di Malaysia, insyaAllah tidak perlu dibangunkan bangunan penjara di Malaysia serta kira-kira sejuta umat Malaysia yang menagih dadah dapat dielakkan. Sebagai contoh apabila seorang penagih dadah telah disahkan mengambil dadah, terus ikat di depan masjid dan selepas solat asar, rotan mereka ini kerana telah mengambil bahan yang memabukkan sebagaimana hukuman rotan ke atas orang yang minum arak. Rotan ini bukan sebagaimana hukuman rotan kini yang tersangat kuat. Hukuman rotan dalam islam adalah lebih lembut tetapi bilangannya adalah lebih untuk mendidik dan bukan untuk membunuh. InsyaAllah kalau dilaksanakan hukuman ini, tidak ada rakyat Malaysia yang akan menghisap dadah sebagaimana sangat jarang umat Arab Saudi yang ingin mencuri kerana takutkan dipotong tangannya.

Apa yang ingin saya jelaskan didalam tulisan  saya kali ini ialah ROTANLAH anak-anak kecil untuk mendidik mereka kerana ilmu ini sudah diajarkan Nabi Muhamad SAW sebagaimana disebut Nabi untuk merotan anak-anak apabila sudah mencecah usia tertentu tetapi masih tidak mahu solat. Islam menyediakan pahala dan dosa serta syurga dan neraka. Pada pandangan saya, menggunakan rotan untuk mendidik berserta ganjaran apabila anak melakukan sesuatu yang baik adalah amalan terbaik.

Berdasarkan pengalaman membesarkan anak-anak ini, memanglah amalan merotan anak adalah cara terbaik untuk mendidik anak. LEBIH AWAL MEROTAN, LEBIH CEPAT SIFAT RAJA DAPAT DIBUANG DARI DIRI ANAK-ANAK DAN LEBIH CEPAT ROTAN DAPAT DIGANTUNG (disimpan untuk adiknya pula). Jikalau mengikut pengalaman dan didikan arwah guru saya, usia anak kira-kira 1 ½ tahun sudah boleh dimulakan rotan walau pun setengah anak ini belum pandai bercakap. Mungkin pada usia ini, apabila anak kecil gemar melontar barang hingga merosakkan permainan sudah melayakkan untuk dirotan dengan ringan sahaja. Bila anak ini sudah berjaya untuk tidak lagi melontar barang, berilah ganjaran seperti menggosok kepala atau dicium.

Pada usia ini, rotan dilakukan bukan untuk benar-benar menyakitkan tetapi untuk merasakan sedikit perasaan sakit dan mengelakkan anak ini melakukan tabiat yang tidak sepatutnya dilakukan. Kadang-kadang sekadar menunjukkan rotan sudah berjaya mendidik anak dalam usia ini. InsyaAllah sekiranya amalan merotan ini diamalkan dengan konsisten bersama kaedah ganjaran, amalan merotan sudah boleh dihentikan pada usia anak ini mencecah 4 tahun. Insya Allah anak ini akan patuh kepada kedua ibu bapa hanya dengan arahan lisan tanpa menggunakan rotan.

Bahagian mana pula yang paling baik untuk dirotan? Menurut pesanan arwah guru, bahagian terbaik untuk dirotan ialah tapak tangan dan tapak kaki. Elakkan dari merotan bahagian lain kerana merotan bahagian lain hanya akan menjadikan anak lebih degil. Merotan tapak tangan ada kalanya mengundang bahaya kerana akan menyebabkan kecederaan terutama sekali apabila anak ini menutup tapak tangannya dengan menggenggam jarinya. Kalau ingin merotan di tapak tangan, adalah lebih baik agar ibu atau bapa memegang jari-jari anak ini agar rotan hanya menyentuh kawasan di tapak tangan sahaja.

Gunakanlah rotan sahaja dan bukan pembaris, tali pinggang atau penggantung baju. Menurut pesan arwah guru, menggunakan rotan membawa rahmat dari Allah kerana mengamalkan sunnah nabi berbanding objek lain. Ini telah terbukti melalui pengalaman membesarkan anak. Lain kesannya apabila menggunakan pembaris atau penggantung baju.

Bagi ibu bapa yang mengamalkan amalan merotan kepada anak yang sudah berusia lebih besar seperti 10 tahun dan 15 tahun, cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa ini adalah jauh lebih mencabar berbanding merotan anak yang berusia lebih muda seperti 2 tahun. Kadang-kadang ibu bapa akan tewas kerana amalan merotan yang dilakukan pada usia ini tidak mendatangkan kesan sebagaimana dihajati. Apa yang perlu difahami ialah, peringkat permulaan merotan bagi kanak-kanak berusia lebih dari 6 tahun, sememangnya mendatang kesan yang menakutkan di awal proses ini kerana ia akan lebih mengundang pelbagai kesan sampingan diluar jangkaan yang berbentuk negatif. Sila baca artikel saya bertajuk MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati. Yang diterbitkan pada 17 Mei 2007. Segala perbuatan baik insya Allah terpaksa melalui kesan yang seolah-olah negatif di awal proses namun sekiranya diteruskan berserta doa dan bertawakal kepada Allah insyaAllah ia bakal mengundang kejayaan sebagaimana dihajati selepas satu tempuh waktu.

Adalah perlu sekali diingati dan difahami bahawa kekecohan akibat amalan merotan diperingkat awal ini akan mengundang kegusaran. Dalam tempuh membersihkan perigi buta “sikap raja” ini, pertentangan akan berlaku antara kehendak ibu bapa untuk menyingkirkan sifat raja dan kehendak anak ini untuk mengekalkan sifat raja. Pertentangan ini akan berterusan untuk satu tempuh waktu berdasarkan ketekunan, consistency dan kesungguhan dari kedua-dua pihak ini. Satu pihak perlu memenangi pertentangan ini. Sekiranya anak yang menang, ibu bapa akan kecewa dan terpaksa menggantung rotan tanpa mencapai sesuatu. Anak akan terus dengan sifat raja. Sekiranya Ibu bapa yang memenanginya pula, alhamdulillah anak akan menjadi anak yang baik yang bakal mengundang pelbagai rahmat lain dari Allah.

Pertentangan dan peperangan dari dua  pihak ini akan mencapai satu peperangan utama besar yang klimaks yang amat menggusarkan kedua-dua pihak. Pada peringkat ini, Allah sahaja yang tahu bagaimana tekanan perasaan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada ibu bapa. Inilah peperangan yang bakal menentukan halatuju si anak ini. Apa yang saya maksudkan di sini ialah anak kecil ini akan mengeluarkan segala kudrat dan akalnya untuk memenangi peperangan agar dapat terus kekal menjadi raja. Kadang-kadang setelah dirotan, anak ini akan menunjukkan perangai yang tidak diduga sama sekali seperti orang kerasukan syaitan dengan merosakkan pelbagai barangan di rumah dan ada pula yang menyerang ibu atau ayahnya. Sekiranya perlu, ibu dan ayah perlu melakukan sesuatu seperti mengikat tangan dan kaki anak kecil ini dan terus merotannya mungkin di tapak kaki. Kadang-kadang setelah diikat kaki dan tangan, perlu dikurung pula di dalam bilik air untuk satu tempuh yang lama. Tujuannya adalah untuk memenangi peperangan ini semoga ibu bapa dapat mendidik anak dengan cara yang paling baik dan terus membuang sifat RAJA. Sekiranya peperangan yang paling besar ini dimenangi oleh pihak ibu bapa, insya-Allah tidak lama lagi rotan ini hanya diperlukan sekali sekala sahaja dan mungkin tidak lama selepas itu ia sudah boleh terus digantung. 

Dalam setiap kali merotan, sekiranya anak kecil ini terus menangis setelah dirotan, ini maknanya ia masih ingin menunjukkan sifat rajanya dan ingin memprotes tindakan ibu ayah ini. Pastikan ini tidak berlaku, sekiranya anak ini menangis selepas dirotan, tambahlah merotannya sehingga anak ini tidak lagi menangis.

Apa yang perlu diingat oleh ibu bapa ketika merotan ialah amalan ini dilakukan bukan kerana perasaan benci dan marah kepada anak tetapi adalah kerana ingin mendidik anak ini agar menjadi seorang insan yang berguna disisi agama bangsa dan keluarga. Dicadangkan  setiap kali ingin merotan, ambillah air sembahyang  dan berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah memudahkan proses didikan ini. Ia memang satu proses yang berat namun kesudahan proses ini adalah sesuatu yang menarik.

Kini ilmu merotan ini telah saya ajarkan kepada mereka yang benar-benar ingin berkongsi ilmu dengan saya. Ada antara mereka yang saya minta merotan anak mereka yang membuat perangai yang tidak elok di rumah saya didepan saya. Alahmdulillah anak hamba Allah ini telah berubah menjadi lebih positif dan lebih mudah dibentuk.

Gunakanlah amalan merotan untuk mendidik anak ini dengan sewajarnya terutama sekali apabila tidak sembahyang. Kesalahan-kesalahan lain seperti mencuri barang adik beradik, tidak mengemas bilik, tidak mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya juga boleh juga dirotan.

Saya sewaktu kecil dahulu banyak dirotan oleh emak saya namun setelah dewasa tidak ada pula sifat benci kepada ibu saya ini malahan saya mengucap syukur alhamdulillah atas segala pengalaman yang saya telah lalui.

Terima kasih dan alhamdulillah Ya Allah kerana mengizinkan saya dididik untuk merotan anak-anak saya. Semoga jasa ayah ibu yang mendidik saya dibalas sewajarnya oleh Allah dan begitu juga dengan arwah guru saya yang sangat saya kasihi semoga diterima Allah segala amalannya.

Sekian wassalam wallahua'lam

Emjay

Menjawab godaan syaitan

10 Jawapan Mengatasi Bisikan Iblis    


Ada sepuluh cara setidaknya, agar kita bisa menjawab godaan syaitan yang selalu ingin menjerumuskan kita ke jurang neraka. Cara praktis mengusir iblis dan bala tentaranya itu tertuang nasihat seorang ulama dalam dialog antara manusia dan iblis:

1.       Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Anakmu mati," katakan kepadanya : Sesungguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan putraku akan masuk surga. Dan hal itu membuatku bahagia".

2.       Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Hartamu musnah," katakan kepadanya : "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat."

3.       Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorangpun." maka katakan kepadanya : "Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan (Mukhsinin)".

4.       Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Betapa banyak kebaikanmu," dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri(Ujub). Maka katakan kepadanya: "Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5.       Dan jika ia datang kepadamu dan berkata:"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan : "Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6.       Dan jika ia datang dan berkata: "Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya: "Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7.       Dan jika ia berkata kepadamu : "Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya : "Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8.       Dan jika ia berkata kepadamu : "Betapa banyak amalmu". Maka katakan kepadanya: "Betapa seringnya aku bermaksiat".

9.       Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Minumlah minuman-minuman keras!". Maka katakan : "Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10.    Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Mengapa kamu tidak mencintai dunia?". Maka katakan : "Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".
Wallahu a'lam bisshawab..

Saturday 16 June 2007

Antara punca penting KEGEMUKAN

Antara punca gemuk yang terpenting.

Alhamdulillah saya telah mula menulis perkongsian ilmu dengan menggunakan pengalaman membesarkan anak-anak saya seramai 6 orang sebagai subjek. Ia dimulakan dengan artikel Agar gigi anak-anak tersusun rapi pada 7 Mei 2007 dan terkini ialah Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? (isu makan hati) pada 29 Mei 207. Kepada sesiapa yang mendapat bahan artikel ini secara email, jangan lupa melayari Laman Emjay di http://laman-emjay.blogspot.com/ untuk mendapatkan pelbagai artikel menarik lainnya.

Baru-baru ini di akhbar Utusan Malaysia telah dipaparkan secara kerap artikel-artikel berkenaan kegemukan seperti artikel-artikel berikut yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia :

1.      Masalah gebu, gempal dan gemuk beri ancaman psikologi 14 Jun 2007

2.      Tidak perlu rendah diri walaupun gemuk 14 Jun 2007

3.      Wanita mudah simpan lemak 14 Jun 2007

4.      Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk 13 Jun 2007

5.      Makan luar lewat malam, 40% budak makin gemuk 9 Jun 2007

6.      10 juta rakyat Malaysia gemuk 24 Feb 2007

7.      Kaji punca sebenar tubuh jadi gemuk 23 Feb 2007

8.      3.6 bilion penduduk dunia gemuk 19 Feb 2007

Jikalau dahulu 3G adalah merupakan kod berkaitan komunikasi telefon mudah alih Maxis dan Celcom, kini 3G sudah membawa maksud baru iaitu gebu, gempal dan gemuk pula. Setiap kali membaca artikel berhubung kegemukan di akhbar, hati tercuit juga untuk menceritakan antara punca terpenting mengapa kini ramai orang di dunia menghadapi masalah serius iaitu gemuk.

Sewaktu saya kecil dahulu (saya dilahirkan pada tahun 1956), adalah satu masalah untuk mencari rakan sebaya yang gemuk. Di kampung saya, tidak ada orang yang gemuk. Bila masuk ke sekolah rendah, juga tidak ada pelajar yang gemuk. Bila masuk sekolah menengah dan bergaul dengan pelbagai bangsa seperti Cina dan India, juga tidak ada pelajar dan guru yang gemuk. Bila masuk ke sekolah asrama penuh (Sekolah Alam Shah) pada tahun 1972 (tingkatan 4), juga saya tidak nampak pelajar yang gemuk. Namun kini senario ini telah berubah, jika diperhatikan mana-mana sekolah kebangsaan yang menempatkan pelajar 12 tahun dan ke bawah, ramai pelajar-pelajar ini sudah mengalami masalah gemuk  yang serius.

Berdasarkan fakta di perenggan di atas ini, mengapakah zaman saya kecil hingga ke sekolah menengah tidak ramai pelajar yang gemuk berbanding sekarang? Adakah pelajar zaman dahulu tidak kuat makan berbanding pelajar di zaman sekarang? Bila saya lihat abang sulung saya dahulu makan nasi, subhanallah macam gunung, namun abang sulung saya hingga kini tidak gemuk? Semenjak kecil saya juga agak kuat dan kerap makan namun alhamdulillah tidak gemuk? Walaupun keluarga miskin namun bab makan ini adalah mewah kerana ada saja makanan seperti ubi, keledek, keladi, jagung, ganyong dan sebagainya yang saya sudah lupa namanya. Kalau musim buah jangan sebut kuantiti buah-buahan yang dimakan. Keluarga saya (8 adik beradik) kalau makan durian tidak pakai biji tetapi pakai guni. Rambutan keliling rumah dan di kebun pun banyak.  Betik dan nangka juga sentiasa di keliling rumah.

Keluarga saya membela ayam dan itik. Saya semenjak kecil adalah tukang buat reban ayam. Hal berkenaan membuat reban dan membaikinya adalah tugas saya. Setiap petang sebelum maghrib, antara tugas terpenting saya ialah memberikan ayam itik makan dan memasukkan ke dalam kandang. Bab memasukkan ayam itik ke dalam kandang adalah bab yang memerlukan banyak kesabaran kerana selalu ada ayam itik ini yang degil tidak mahu masuk kandang. Boleh dikatakan hampir setiap penduduk kampung saya membela ayam itik mereka masing-masing.

Makanan penting keluarga saya dahulu adalah sekadar ikan yang dibeli dari penjual ikan yang masuk ke kampung dengan kereta mereka. Sayuran amat jarang dibeli kerana kebanyakan sama ada ditanam sendiri atau diperolehi sekeliling kampung atau tepi belukar dan sungai. Antara sayuran kami dahulu ialah daun ubi, pucuk betik, daun meranti, pucuk manis, pucuk keledek, daun kacang panjang, pucuk paku, jantung pisang, nangka muda, betik muda, terung pipit, kacang panjang, bayam, kangkung paya dan kangkung yang ditanam dan berbagai sayuran paya yang saya sudah lupa namanya. Nasi yang kami makan memang banyak diikuti dengan sayur yang juga banyak dan ikan hanya sedikit maklumlah ikan kena beli. Kami hanya dibenarkan makan sepotong ikan kembung yang di potong dua.

Makan ayam atau itik memang tidak kerap. Bila ayam atau itik sudah banyak membiak, kami akan tangkap ayam atau itik dalam reban waktu malam untuk disembelih. Kebiasaannya saya tukang pegang ayam itik ini untuk disembelih oleh ayah saya. Bab ini tidak mengundang kebencian saya namun bab yang paling saya benci ialah bila kena cabut bulu dan menguruskan ayam itik ini sehingga selesai dipotong. Walau pun saya membenci membersihkan dan menguruskan ayam itik hingga selesai, rupanya ini adalah pendidikan yang baik bagi saya.

Rupanya pendidikan waktu kecil akan berterusan sehingga dewasa. Bila dah jadi guru di Sekolah Mengah Sains Raub, duduk di kuaters guru pun bela ayam kampung sendiri. Ada juga guru tetangga yang masam muka bila ayam saya berak di atas kereta mereka. Apabila saya bertukar profesion dan menyertai UTM di Kuala Lumpur, kegemaran membela ayam terpaksa diberhentikan kerana tiada ruang untuk membela ayam di Kuala Lumpur.

Apa yang ingin saya permudahkan dan jelaskan di sini ialah hampir semua anak-anak saya dari yang sulung hingga ke empat mengamalkan permakanan yang hampir serupa, iaitu nasi, ikan, ayam, sayur serta makanan rapu dan segera lain seperti sosej, burger, naget dllnya (tabiaat makan sosej, burger dan naget ini telah lama dihentikan). Ditakdirkan Allah bermula dari anak kelima, pendapatan bulanan saya meningkat dengan banyak alhamdulillah dari perniagaan sampingan saya iaitu menjual emas dan kemudian bertukar kepada membuka kedai menjual komputer. Anak keempat (perempuan) dan kelima (lelaki pertama) dapat peluang makan ayam KFC dengan kerap saban minggu. Ketika anak keempat ini berusia  3 tahun dan ke lima 1 tahun, setiap minggu makan ayam KFC seperti satu rutin mingguan. Memang seronok perasaan seorang bapa apabila melihat anak kecil nombor lima ini kuat makan ayam. Menjelang umur anak kelima ini 2 tahun, dua ketul ayam KFC memang dia boleh habiskan seorang. 

Menjelang anak kelima ini berusia 4 tahun, anak ini sudah mempunyai kelainan yang jelas sangat berbeza dari kakak-kakaknya iaitu gemuk. Untuk membelikan baju anak lelaki ini memang satu masalah besar bagi kami. Perut anak ini memang sangat besar. Bila ukur seluar mengikut saiz perut, panjang seluar ini akan menjadi sangat panjang dan hodoh. Begitulah masalah saya membelikan pakaian untuk anak ini sehingga zaman persekolahannya.

Menjelang anak lelaki ini memasuki persekolahan darjah 2, barulah arwah guru saya menasihati saya agar elakkan memberikan makan ayam kepada anak lelaki saya ini dan juga kepada ahli keluarga saya. Kata arwah guru saya, kalau nak juga makan ayam, belalah sendiri. Ayam daging ini ada hormon gemuk dan ayam bela sendiri dan ayam kampung tidak ada hormon gemuk. Menurut arwah guru saya ini, badan anak lelaki saya ini sudah mengandungi berlebihan hormon ayam gemuk sehingga menjadikan anak saya ini gemuk macam ayam.

Mulai saat ini, saya mengulangi sejarah lama saya iaitu membuat reban dan membela ayam kampung. Ayam kampung mengambil tempuh yang lama untuk membiak dan saya mengambil keputusan untuk membeli benih ayam daging agar saya dapat makan ayam ini dalam tempuh yang pendek.  Saya membeli sebanyak 20 ekor benih ayam daging. Memang seronok membela haiwan ternak ini. Saya pasang bekalan elektrik dan lampu 40 watt untuk memanaskan anak-anak ayam ini dan agar anak-anak ayam ini makan 24 jam sehari semoga cepat besar. Saya memberikan makanan 100 % anak-anak ayam ini dengan makanan terbaik jenama Gold Coin agar ayam-ayam ini cepat besar.

Selepas anak ayam ini berusia antara 45 hari hingga 50 hari barulah ayam-ayam ini mencecah berat 2½ kilo. Saya bawa ayam ini ke pasar untuk disembelih dan dibuang bulu. Setelah ayam ini dibersihkan, saya dapati ayam ini berbeza sifat fizikalnya berbanding ayam yang diternak oleh penternak ayam profesional. Penjual ayam tersebut memberitahu saya bahawa benih ayam daging yang sama kalau diternak sendiri, kulitnya berwarna kekuningan dan kurang berminyak berbanding ayam daging lain iaitu kulitnya berwarna putih dan berkilat kerana banyak minyak dikulitnya.

Tidak lama selepas ini saya juga diberitahu bahawa ayam daging yang dijual di pasar hanya mengambil masa 31 hari untuk mencecah berat 2 ½  kilo dan sedia untuk dipasarkan. Wow, cepat betul ayam ini membesar dan ini adalah disebabkan satu rahsia yang bukan lagi rahsia iaitu akibat penggunaan hormon gemuk. Saya diberitahu oleh seorang penternak ayam profesional yang juga seorang pensyarah di UTM. Kalau zaman dahulu, hormon gemuk ini diberikan secara suntikan namun kini hormon gemuk ini dicampurkan ke dalam air minum ayam daging ini. Bayangkan kos yang akan ditanggung oleh penternak ayam kalau hanya selepas 45 – 50 hari baru ayam-ayam ini boleh dipasarkan. Kos makanan ayam yang diberikan akan menjadi lebih tinggi dan tempuh membesarkan akan lebih lama dan semua ini menaikkan kos menternak ayam.

Kira-kira 2 tahun lepas saya cuba mendapatkan hormon menggemukkan ayam ini daripada pejabat pertanian (haiwan) di JB dari seorang rakan saya tetapi saya amat terperanjat apabila beliau mencuba menyorokkan amalan penggunaan hormon gemuk ini di kalangan penternak ayam.

Satu perkara penting yang perlu dimaklumi oleh semua manusia ialah ayam yang diberikan hormon gemuk ini selain bersaiz gemuk ialah warna kulitnya selepas dibuang bulu ialah putih dan berminyak. Apa yang lebih penting daripada fakta ini ialah ayam yang diberikan hormon gemuk ini tidak suka berjalan dan lebih suka duduk berhampiran tempat sumber makanan. Ayam ini dalam bahasa lain ialah sedang menghadapi suatu penyakit atau kesakitan yang menyebabkan ayam-ayam ini tidak suka berjalan. Kajian tidak resmi yang saya jalankan sewaktu membela ayam daging tersebut membuktikan bahawa ayam daging yang saya bela yang tidak diberikan hormon gemuk ini memang suka berlari walaupun tidak sepantas ayam kampung. Dalam bahasa lain yang mudah, ayam daging yang diberikan hormon gemuk ini seolah-olah ayam yang sakit dan mungkin mereka menghadapi masalah sendi dan ini dapat dibuktikan dengan mudah apabila pembaca sendiri melihat ayam ini di dalam sangkar sebelum disembelih.

Alhamdulillah selepas menghentikan pengambilan ayam KFC dan ayam daging dari pasar dan menggantikannya dengan ayam kampung, anak lelaki saya semakin bertambah kurang gemuk dan kini anak ini sedang menuntut di tingkatan 2 (14 tahun). Penampilan dirinya kini hampir menyamai kanak-kanak lain. Mudah-mudahan dalam setahun dua ini, beliau dapat menghilangkan kesemua ciri tinggalan kegemukan akibat memakan ayam KFC dan ayam daging.

Rumusan yang saya dapat simpulkan dari cerita kali ini ialah: PENGAMBILAN AYAM DAGING SECARA KERAP MENJADIKAN PEMAKANNYA GEMUK MACAM AYAM DAGING TERSEBUT!!

Apabila ilmu semakin mantap dalam diri saya, saya mula menilai ilmu ini dengan mengkaji secara tidak rasmi ke atas pelajar saya yang gemuk. Alhamdulillah memang pelajar-pelajar yang gemuk ini ada hubung kait (strong correlation) dengan tabiaat gemar memakan ayam.

Ilmu ini kemudian saya praktikkan kepada saudara mara. Seorang anak saudara sebelah isteri tersangat gemar makan ayam sehingga setiap hari waktu makan tengah hari dan makan malam hanya akan makan ayam. Ketika usianya 26 tahun, berat badannya sudah melebihi 125 kilo. Satu perkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah bahawa sekiranya seseorang gemuk kerana permakanan berlebihan tanpa makan ayam yang kerap, badan orang ini walaupun gemuk tetapi pejal. Gemuk kerana gemar makan ayam ini badannya tidak pejal dan menggelibir. Anak saudara saya ini kini sudah semakin gemuk dan mungkin sudah menjangkau 160 kilo atau lebih. Walau pun usia awal 30an, gaya berjalannya sudah seperti gaya berjalan orang tua 80an yang uzur. Saya sudah lama memberitahu beliau agar memberhentikan tabiat memakan ayam daging namun susah memberhentikan tabiat ini apabila sudah diamalkan puluhan tahun.

Isteri saya mempunyai 10 orang adik beradik yang semuanya sudah berkahwin. Dari pengalaman memerhatikan keluarga-keluarga ini, saya dapati 5 keluarga menghadapi masalah kegemukan akibat tabiat gemar memakan ayam daging. Apa yang perlu di ingat dari cerita saya di atas ialah, ayam yang diberikan hormon gemuk seumpama mengalami sakit sendi menyebabkan ayam-ayam ini sukar bergerak. Pemerhatian saya ke atas sampel-sampel saudara mara yang gemuk ini mendapati mereka juga ada masalah untuk bergerak terutamanya di sendi kaki dan kesemua ini menepati nasihat arwah guru saya iaitu memakan ayam daging menyebabkan kegemukan dan menyebabkan masalah sendi termasuk gout dan artritis.

Kepada yang tidak ingin gemuk, kurangkanlah memakan ayam daging (kulit putih dan berminyak) dan gantikan dengan ayam kampung atau bukan kampung (kulit kekuningan dan kurang berminyak). Itulah penjelasan wajar bagi menerangkan mengapa sewaktu saya kecil sehingga sekolah menengah dahulu sukar untuk mencari orang gemuk kerana pada zaman ini amat jarang orang membeli ayam daging dari pasar. Ayah saya sejak muda hingga umur lebih 70 tahun tidak makan ayam dan badannya tidak gemuk dan jarang sakit sendi kaki. Setelah ayah saya berkahwin lagi selepas arwah emak meninggal, ayah saya sudah gemar makan ayam daging dan kini beliau mengadu selalu sakit sendi kaki.

Selain dari ayam daging, untuk mengelakkan kegemukan:

1.      Jangan makan terlalu banyak. Ikut sunah Nabi, berhenti sebelum kenyang.

2.      Elakkan makan “in between meal”

3.      Makan 3 kali sahaja iaitu pagi, tengahari dan malam

4.      Makan malam dalam kuantiti sedikit kerana hendak tidur bukan hendak buat kerja. (Jangan “skip dinner”)

5.      Elakkan makan kulit ayam, lemak ayam dan daging, hanya makan dagingnya sahaja

6.      Kurangkan makan makanan berminyak

7.      Elakkan makan produk dari margerin termasuk kek dan krim pada biskut

8.      Elakkan makan produk dari krimer termasuk coffee mate dan susu pekat manis

9.      Elakkan minum minuman manis selepas makan nasi (dalam tempuh 40 minit)

10.  Elakkan makanan segera termasuk KFC, burger, sosej, naget dan sebagainya

11.  Membanyakkan makan nasi dan sayur lebih baik dari membanyakkan makan lauk.

Sekian semoga pembaca Laman Emjay sekelian sentiasa dilimpahi Allah rahmat dan perlindungan.

Wassalam wallahualam

Emjay

Saturday 9 June 2007

#2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Assalamualaikum wbh sekelian pembaca Laman Emjay

Alhamdulillah dan terima kasih kepada hamba Allah yang telah bersama-sama membantu menyediakan artikel ini. Semoga Allah sahaja yang membalasnya.

Pada 29 Mei 2007 alhamdulillah saya telah menerbitkan artikel bertajuk Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah. Saya dan hamba Allah lain telah menerbitkan artikel ini bukan atas dasar dengki khianat kepada mana-mana individu. Ia telah ditulis secara ilmiah adalah semata-mata untuk menjadi nasihat dan pedoman semoga sekelian kita berjalan dan beramal dengan amalan yang diredhai Allah yang boleh membawa kita semua ke syurga Allah.

Ekoran ini laman emjay telah mendapat reply dari mcbatistuta dan semalam saya telah mendapat email rasmi dari webmaster ********

Alhamdulillah dengan rahmatNya, berikut adalah penjelasan lanjut persoalan yang berkaitan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah.


SEJARAH SELAWAT
1.     Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi SAW berdasarkan keterangan dari Al Quran surah Al Ahzab:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا
56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

2.     Adakah Islam memerintahkan umatnya untuk berselawat ke atas Nabi SAW?
Dari keterangan ayat Al Quran di atas, Allah SWT menyuruh / memerintahkan kita semua untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Melalui ayat perintah ini, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berselawat ke atas Nabi SAW.

3.     Apakah waktu yang sesuai untuk berselawat ke atas Nabi SAW?

Islam telah mengajarkan waktu untuk berselawat ke atas Nabi SAW dan antaranya ialah apabila:
 a.       Bila disebut nama Nabi Muhamad SAW, hendaklah kita berselawat.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :
رغِم أنفُ رجلٍ ذُكرتُ عنده فلم يصلِّ عليَّ
“Semoga digosokan hidungnya dengan debu bagi lelaki yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatas ku”
 [hadith Riwayat al-Tirmudzi #3545, dikelaskan sebagai sahih oleh al-albani didalam Irwa’ al-Ghaleel, #6].
b.      Hendaklah kita berselawat ke atas Nabi SAW di dalam solat iaitu ketika tasyahud awal dan akhir
c.       Hendaklah berselawat ketika hendak berdoa kepada Allah.

4.     Apakah yang akan kita perolehi apabila kita berselawat ke atas Nabi SAW?   
Ganjaran pahala berselawat ke atas Nabi saw sangat besar. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-
من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً
“Barangsiapa yang berselawat keatas aku 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].

5.     Apakah maknanya atau kupasan “Allah berselawat ke atas orang yang berselawat ke atas Nabi saw”??
Mengikut ayat Al Quran dari surah Al Ahzab: 43 mafhumnya
43. Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).
Berdasarkan ayat ini, dijelaskan bahawa selawat Allah kepada manusia yang berselawat ke atas Nabi SAW adalah membawa erti mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.

6.     Maksud kegelapan dan adakah penyembuh (syifak) dan tafrijiyah (membuka ikatan) termasuk dalam maksud selawat Allah ke atas manusia?
Jawapan kepada persoalan ini dapat dilihat dari lafaz  Adzzulumat yang terdapat di dalam Al Quran seperti berikut :
Al Baqarah:257 Mafhumnya
257. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Al Maidah:16 Mafhumnya
16. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

Al An’am:1 Mafhumnya
1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu Yang lain) Dengan Tuhan mereka.

 Al An’am: 39 Mafhumnya
39. dan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka adalah bisu dan tuli, di Dalam gelap-gelita. sesiapa Yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya), dan sesiapa Yang ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan Yang betul lurus.

 Al An’am:122
122. dan Adakah orang Yang mati (hatinya Dengan kufur), kemudian Kami hidupkan Dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) Yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan dapatlah) ia berjalan Dengan suluhan cahaya itu Dalam masyarakat manusia, (adakah orang Yang demikian keadaannya) sama seperti Yang tinggal tetap di Dalam gelap-gelita (kufur), Yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang Yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang Yang kafir itu akan keelokan apa Yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan Segala jenis maksiat).

 Ar Raad: 16
16. Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, Patutkah kamu menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, Yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang Yang buta Dengan orang Yang celik? atau Adakah sama, gelap-gelita Dengan terang? atau Adakah makhluk-makhluk Yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" katakanlah: "Allah jualah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

Dan banyak lagi diterangkan maksud adzzulumat di dalam ayat Al Quran lainya seperti Ibrahim:1, 5, Al Anbia:87, Al Ahzab:43, Fathir:20, Al Hadid: 9 dan At Thalak:11

Menurut kitab tafsir Al Jalalain, adzzulumat adalah bermaksud kekufuran manakala menurut tafsir Ibnu Kathsir, ia membawa maksud kejahilan dan kesesatan.

Jelaslah disini bahawa mengikut potongan-potongan ayat di atas  serta tafsir  ulama yang muktabar, selawat Allah ke atas manusia adalah untuk mengeluarkan manusia daripada kufur, jahil atau sesat. Tidak ada kaitan langsung dengan penyembuhan (syifa’) dan membuka ikatan (tafrijiah).

7.     Apakah maksud atau erti kepada “malaikat berselawat ke atas manusia” sebagaimana dijelaskan Allah dalam surah al-Ahzab : 56 di atas?
Mengikut tafsir ulama di atas, malaikat berselawat ke atas manusia yang berselawat ke atas Nabi SAW. Mereka berdoa kepada Allah untuk orang-orang yang beriman dan beristighfar kepada Allah untuk mereka ini sebagaimana firman Allah dalam surah Ghafir/Mukmin:7.
7. Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

Jelas dalam ayat di atas bahawa doa malaikat untuk manusia kepada Allah ini tiada kaitan langsung dengan penyembuhan (syifa’) dan membuka ikatan (tafrijiyah).

8.     Apakah lafaz selawat yang diajarkan islam untuk umatnya mengamalkannya??
Persoalan ini adalah jelas bahawa berdasarkan hadis-hadis, Nabi Muhamad SAW telah mengajarkan kepada umatnya bagaimana untuk berselawat.
215 - Diriwayatkan daripada Abu Humaid As-Saidi r.a katanya: Para Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Baginda bersabda: Bacalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


Riwayat Ahmad (hadis no. 18129,18130,18152), Bukhari (hadis no. 3190,4519,5996), Muslim ( hadis no. 406 (66)), Abu Daud (hadis no. 976),Tirmizi (hadis no. 483), Nasaie (hadis no.1287,1288,1289), Darimi (hadis no.1342),Ibn Hibban dlm sahih (hadis no. 912,1957,1964), Syafie dlm Musnad (hadis no. 172), al-Hakim dlm Mustadrak (hadis no. 4710), al-Humaidi dlm Musnad (hadis no.711), Thahawi dlm Mskl Athar (hadis no.1860) dan lain-lain, semuanya dari jalan kaab bin Uzraht dgn lafaz yg sedikit berbeza.
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم  وآل إبراهيم إنك حميد مجيد
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد
Hadis dgn matan diatas (fil alamin) diriwayatkan dari Abi Masud al-Ansari, dikeluarkan antaranya oleh Ahmad (hadis no. 22406), Muslim (hadis no. 405 (65)), Malik dlm Muwattho’ (hadis no. 292), Tirmizi (hadis no. 3220), Nasaie (hadis no. 1285), Darimi (hadis no. 1343), Ibn Hibban (hadis no. 1958,1965), Tabarani dlm Mu’jam Kabir (hadis no. 697,725), Abd Razak dlm Musannaf (hadis no. 3108), al-Baihaqi dlm Syuab al-Iman (hadis no. 1547) dan Sunan Kubra (hadis no. 2671,1208,9876,11423) dan lain-lain.

Sila ke url berikut untuk melihat hadis-hadis nabi berkenaan selawat sebagaimana yang diajarkan Nabi SAW dalam hadis-hadis sahihnya; http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/21/selawat-selawat-yang-nabi-ajarkan/#comment-163

Walau pun hadis-hadis yang diajarkan Nabi sebagaimana dalam hadis-hadis ini terdapat sedikit perbezaan lafaz, sebenarnya dari segi maksud dan makna adalah sama. Kesemuanya mendoakan ke atas Nabi Muhamad SAW, Nabi Ibrahim serta keluarga mereka.

9.     Berapa kerap kita disuruh untuk berselawat ke atas Nabi Muhamad SAW?
Berdasarkan sebuah hadis yang sahih mafhumnya: Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw “Berapa kali saya perlu berselawat ke atas mu wahai rasulullah SAW?”. Maka Nabi SAW menjawab “suku daripada zikir mu”. Sahabat menjawab lagi “Aku boleh lebih daripada itu ya Rasulullah”.  Nabi menjawab “Separuh dari zikir mu”. Sahabat menjawab lagi “Aku boleh lebih dari itu Ya Rasulullah” sehingga Nabi SAW berkata “Jadikanlah zikir mu berselawat ke atas ku. Jikalau kamu berbuat demikian, maka Allah akan memberi kecukupan kepada kamu dan Allah akan memberikan seperti apa saja yang diminta oleh  orang-orang lain”.

Rumusan
1.      Wajib berselawat ke atas Nabi Muhamad SAW.

2.      Allah dan malaikat akan berselawat ke atas kita apabila kita berselawat ke atas Nabi SAW. 1 kali berselawat di balas dengan 10 kali selawat oleh Allah dan malaikat. Inilah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

3.      Selawat Allah ke atas kita adalah untuk mengeluarkan kita dari kekufuran atau kejahilan atau kesesatan kepada cahaya keimanan.

4.      Berselawat ke atas Nabi bakal mengundang selawat dari Allah dan malaikat yang bakal mengundang pula pelbagai rahmat dari Allah SWT dan bukan dari Nabi Muhamad SAW. Ini adalah asas ilmu tauhid dan bertepatan dengan keterangan dari Al Quran surah An Nisaak:79 mafhumnya
79. apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. dan Kami telah mengutus Engkau (Wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

5.      Lafaz selawat telah diajarkan jelas oleh Nabi SAW dan dengan itu janganlah menciptakan selawat yang baru kerana perbuatan ini adalah seperti tidak menghargai ajaran Rasulullah SAW atau pun seolah-olah menyatakan bahawa Nabi SAW telah tidak menyampaikan ajaran Islam dengan sempurna sebagaimana telah dijawab  oleh imam Maliki  ketika manusia hendak menambah amalan berzikir yang tidak diajar Rasulullah SAW. Dalam bahasa kasar berhubung beramal dengan selawat-selawat ciptaan baru ini ialah seolah-olah orang yang menambah dan menciptakan selawat baru ini serta mereka yang beramal dengannya lebih hebat dan pandai berbanding Nabi Muhamad SAW dan Allah SWT. Nauzubillahiminzalik!

Sehingga kini telah terdapat begitu banyak selawat-selawat yang bertentangan dengan apa yang diajarkan Nabi SAW seperti selawat Syifa’, selawat Tafrijiah, Selawat Fateh dll.

6.      Perlu memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW seberapa yang mampu sehingga selawat ini diamalkan sepanjang masa bukan sekadar 3 kali, 7 kali dsbnya.

7.      Jikalau seseorang hamba berselawat ke atas Nabi SAW dengan lafaz yang diajarkan (bukan selawat ciptaan baru) serta beriktikad bahawa balasan selawat itu datangnya dari Allah dan bukannya daripada Nabi dan memperbanyakkan lafaz selawat itu sehingga menjadikannya zikir sepanjang masa, maka insya-Allah seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis di atas, akan Allah berikan kepadanya KECUKUPAN dan segala rahmat Allah seperti yang diminta oleh orang-orang lain.
Berikut ini ada saya selitkan video ucapan Dr Mohd Asri Zainalabidin tentang selawat syifa ini:

Sekian untuk kali ini. Wassalam wallahualam.
 
Emjay