Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 31 August 2007

Gun powder, bom tangan, bom ikan dan meriam karbaid

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Labis. Kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Munshi Ibrahim Labis sehingga tingkatan 3. Alhamdulillah menyambung pendidikan di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur pada 1972.

Di sekolah Alam Shah saya agak aktif dengan pelbagai aktiviti seperti wakil sekolah permainan catur, bola tampar dan bola keranjang. Sewaktu tingkatan 5 saya dilantik menjadi pengawas. Dengan jawatan pengawas di samping menjalankan penyelidikan untuk projek pertandingan sains antara  sekolah-sekolah, saya mendapat akses ke makmal dengan mudah.

Di Dalam makmal saya mula berlatih untuk menyediakan bahan bakar untuk projek roket kerana saya juga adalah ahli kelab roket sekolah saya. Selepas dibancuh, dibakar untuk melihat kesannya. Memang seronok melihat campuran bahan kimia ini terbakar dengan rancak sekali. Kelab roket kami berjaya melancarkan beberapa roket ke udara dengan nozle khas ditempah dari Maktab Perguruan Teknik Cheras.

Apabila masuk tingkatan enam rendah, dalam salah satu buku kimia terdapat maklumat secara umum campuran untuk membentuk  "gun powder" yang disediakan dengan nisbah tertentu. Dengan sikap ingin mencuba,  saya menyediakan gun powder ini  di makmal secara bersendirian. Saya  meletakkan sedikit gun powder ini ke dalam  lesung batu makmal yang dibuat dari tembikar putih (mortar). Untuk  membuat fius bagi menyalakan gun powder ini, saya menggunakan gelung dawai tembaga halus yang saya lilit menjadi gelung dengan melilitkan kepada batang pensil yang bulat. Saya uji gelung ini dan mendapati dengan bekalan elektrik 3V gelung ini sudah merah menyala sebagaimana nyalaan filamen dalam mentol 40 watt. Saya letakkan gelung ini bersama gun powder di dalam lesung batu makmal ini. Saya on litar dan sekelip mata terhasil letupan yang kuat di dalam makmal saya. Saya berseorangan ketika itu. Alhamdulillah tiada kecederaan pada saya tetapi lesung batu tembikar putih tersebut pecah. Begitulah kuatnya letupan dari gun powder tersebut yang walau pun tidak bertutup namun mampu memecahkan mortar tersebut.

Saya sungguh ketakutan kerana walaupun bunyi tidak begitu kuat  namun nyalaan  dari gun powder tersebut adalah tersangat marak dan ianya berlaku dalam masa yang amat singkat. Ia begitu kuat kuasa pembakarannya walaupun saya hanya menggunakan sedikit sahaja gun powder. Begitulah kisah seorang budak lelaki yang memandai-mandai berseorangan  di dalam makmal tanpa diketahui oleh sesiapa. Memanglah gun powder ini tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk menghasilkan letupan yang kuat. Saya pada waktu itu juga merupakan kadet askar dan biasalah menembak dengan senapang SLR atau M16 di lapang sasar tentera di Sungai Besi. Dengan sedikit sahaja gun powder yang terdapat di dalam peluru, ia sudah mampu memuntahkan peluru sebenar dengan begitu laju untuk menembusi apa sahaja.

Bermula dari ketakutan dengan letupan dari gun powder di dalam makmal, kedegilan saya tidak berhenti di situ. Saya mula merancang untuk menghasilkan bom tangan mudah pula. Untuk menghasilkan bekas logam yang kuat untuk diisi gun powder ini, saya tidak ada kemudahan untuk menghasilkannya. Jadi saya ingin mencuba terlebih dahulu  menghasilkan bom tangan ini dengan menggunakan bekas kaca dakwat basah pen parker. Saya membersihkan bekas kaca dakwat pen parker ini dan mengeringkannya. Setelah kering saya isikan separuh penuh botol kaca ini dengan gun powder. Saya masukkan fius yang saya buat dari gelung dawai tembaga halus yang saya sambungkan kepada dawai pengalir kembar yang panjang. Seterusnya saya penuhkan botol kaca ini dengan gun powder lalu saya tutup.

Setelah siap bom tangan ujian ini, saya menghadapi masalah bagaimana untuk meletupkannya dan di mana tempat yang paling sesuai. Akhirnya saya dapat tempat yang sesuai berhampiran bilik kelab elektronik berhadapan dengan kelas pelajar. Pada suatu malam saya mengajak beberapa pelajar yang rapat dengan saya untuk menguji bom ini. Mereka bersetuju dan membantu saya untuk menutup semua tingkap yang berhadapan dengan tempat ujian bom ini. Bom ini saya letakkan di tepi tembok batu membelakangi saya dan berhadapan kelas pelajar.

Saya hubungkan dawai pengalir dengan bekalan tiga bateri bersaiz besar 1.5V. Saya merasa ketakutan juga untuk menguji bom ini. Dengan galakan rakan setia saya beranikan juga lalu saya sambungkan fius tersebut dengan on litar. Tidak lama kemudian letupan kuat berlaku dengan nyalaan api yang cukup kuat. Alhamdulillah tidak ada sebarang kemalangan. Kes ini tidak diketahui pun oleh sebarang guru dan warden. Kalaulah diketahui oleh mereka, entah apa yang akan berlaku kepada saya tambahan pula saya adalah pengawas. Pelajar di dalam kelas persediaan malam cukup seronok melihat letupan dan nyalaan api yang kuat.

Begitulah kisah saya sewaktu di sekolah dengan kedegilan dan sifat ingin tahu menghasilkan sendiri sesuatu yang cukup berbahaya iaitu bom tanpa pengawasan dari mana-mana guru atau orang dewasa. Pada usia tua seperti sekarang ini barulah saya sedar rupanya beginilah sikap ingin tahu seorang budak lelaki iaitu diri saya.

Semenjak kecil juga saya telah dilatih untuk menghasilkan sendiri bom tetapi sekadar meriam tanah. Saya gali tanah depan rumah, tutup dengan papan dan selepas itu saya kambus  dengan tanah setinggi busut. Saluran udara untuk membakar bahan api saya gunakan tangkai betik sewaktu mengambus tanah di atas meriam tersebut. Saya gunakan karbaid sebagai bahan api dan saya nyalakan dengan nyalaan api menggunakan galah kayu yang panjang. Memang seronok mendengarkan bunyi meriam ini. Aktiviti ini saya lakukan menjelang setiap hari raya. Ada rakan sekampung yang menggunakan buluh tetapi saya tetap dengan meriam tanah kerana ia lebih selamat dan kurang membahayakan. Bersahut-sahutlah bunyi meriam menjelang aidilfitri. Kalau tidak kerana pengharaman kerajaan ke atas meriam karbaid ini, rasanya nak juga mengajarkan anak lelaki saya untuk membuat meriam tanah ini menjelang aidilfitri.

Setelah mendapat ijazah sarjana muda sains dengan pendidikan, saya dihantar posting ke Cameron Highland. Seronok berada di tempat yang begitu sejuk. Saya sempat mengajar genap setahun di sekolah ini dan dipindahkan ke Raub Pahang pada 1 Mei 1981 kerana mengikut isteri yang baru dikahwini. Waktu ini daerah pendalaman Raub masih lagi kawasan curfew kerana aktiviti komunis masih aktif. Kawasan sekitar Cheroh memang popular dengan pergerakan komunis.

Kawasan Raub dikelilingi dengan banyak sungai dan air sungai ini begitu bersih. Ikan sungai pun masih mudah diperolehi. Saya mula berjinak dengan aktiviti memancing dan menjala. Di antara Raub dengan Cheruh ada sebatang sungai yang begitu jernih airnya dan airnya tidak dalam. Waktu siang memang tidak boleh menjala kerana airnya terlalu jernih dan segala pergerakan dalam sungai mudah dikesan oleh ikan. Cara untuk menjala di sungai ini ialah menjala waktu malam. Inilah pengalaman yang tidak pernah saya lakukan di Johor iaitu menjala waktu malam. Lampu suluh tidak boleh dinyalakan secara kerap kerana ia akan memanggil ular sungai yang berbisa. Alhamdulillah aktiviti menjala waktu malam ini berbaloi kerana dapat juga lauk ikan sungai yang sangat saya gemari.

Beberapa kali saya mengikut rakan memancing dan menjala di hutan Cheroh kawasan curfew iaitu satu kawasan yang mencabar tetapi menarik. Memang kawasan hutan dara dan kawasan komunis tetapi saja beranikan diri untuk mencari ikan dan alhamdulillah dapat juga ikan berguni. Setelah dibahagikan 5 orang, masih berkilo setiap seorang mendapat bahagiannya.

Kemuncak aktiviti mencari ikan di Raub ini ialah setelah saya ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Raub pada 1 Mei 1983 untuk menjawat guru kanan sains dan matematik. Di sini saya mempunyai group mencari ikan yang macam satu kumpulan profesional. Disamping menggunakan jala dan pancing di kawasan hutan Raub, kami menggunakan kaedah yang lebih canggih iaitu menggunakan bom ikan.

Bom ikan memang sangat canggih kerana dapat mengutip ikan yang hebat iaitu ikan KELAH. Inilah pertama kali saya mengenali ikan kelah di mana sisiknya boleh dimakan. Namun menggunakan bom ikan terutama sekali di kawasan hutan curfew boleh mengundang masalah yang besar sekiranya tertangkap apatah lagi kalau tertangkap bersama bom ikan. Jadi saya memerlukan network yang mantap untuk menyelamatkan diri kami semua. Dalam pasukan kami seramai 5 orang, salah seorang adalah anggota polis hutan. Dialah yang mengajarkan aspek keselamatan agar kami tidak kena tangkap.

Bahan mentah untuk membuat bom ikan mudah diperolehi di Raub iaitu belerang, klorat dan arang kayu. Arang kayu ditumbuk halus dan semua bahan mentah ini tidak boleh dicampurkan kerana kalau ditangkap dengan campuran gun powder ini, hukumannya berat. Batang paip berdiameter kira-kira 2 inci kami gunakan sebagai bekas bom. Tar hitam kami ambil dari JKR untuk menutup bom ikan kami menjadi waterproof. Semua bahan-bahan ini di sorokkan dalam tempat berasingan di dalam kereta saya. Kami pergi seramai 5 orang. Fius yang kami gunakan adalah dari mentol lampu suluh yang telah dilubangkan dengan mengasah pada batu asah. Mentol ini kami solder kepada dawai penghubung. Bateri besar 3 biji kami gunakan untuk menyalakan fius mentol lampu suluh ini.

Tiba satu hujung minggu yang sesuai pasukan kami yang terdiri dari 5 orang menaiki kereta saya masuk ke hutan Cheroh kawasan curfew termasuk seorang anggota polis hutan. Kami menggunakan laluan lori balak. Alhamdulillah setelah sekian lama memandu perlahan, kami sampai ke kawasan yang dituju. Kami mengeluarkan semua bahan mentah bom ikan dan bekas ikan dan berjalan menuju ke lokasi pertama. Lokasi ini cukup menarik iaitu satu lubuk ikan dengan satu batang balak tumbang merentang sungai. Di sinilah kami membancuh gun powder kami dan menyempurnakan bom ikan dari paip besi. Setelah semuanya disempurnakan, segala lubang pada paip besi ini kami tutup dengan tar hitam agar bom ini waterproof.

Seorang dari kami bersedia memegang bom ini berjalan ke atas lubuk ikan dan seorang lagi memegang dawai penghubung untuk disambung ke bateri 3 biji yang sudah diikat kemas. Apabila segalanya telah sedia, bom dijatuhkan ke dalam lubuk lalu orang yang memegang bateri dan dawai penghubung melengkapkan litar dan sebentar kemudian air dari dalam sungai menyembur ke atas dan diikuti dengan bunyi letupan.

Kami kemudian berkejaran menghilir sungai dari arah lubuk tersebut untuk mengutip ikan yang hanyut. Alhamdulillah satu demi satu ikan kelah sepanjang 2 kaki kami pungut dan masukkan ke dalam bekas ikan. Setelah tidak ada lagi ikan yang hanyut, kami bergerak menuju lubuk tersebut untuk mengutip ikan yang tenggelam ke dasar lubuk. Satu demi satu ikan kami naikkan. Alhamdulillah lumayan hasil pekerjaan kami. Ikan kecil tidak mati dan hanya ikan besar sahaja yang akan mati kesan dari bom ikan ini.

Setelah selesai memungut hasil di lubuk pertama, kami ulangi lagi proses yang sama dengan lubuk kedua dan ketiga. Alhamdulillah 3 lubuk sudah memadai. Selesai mengumpul ikan, kami semua bersama menyiang ikan di dalam hutan ini. Ikan kena bom tidak boleh dibiarkan lama kelak dagingnya pahit kerana hempedu ikan yang pecah akan meresap ke dalam daging ikan. Salur darah dalam perut ikan ini juga pecah. Semuanya akibat tekanan tinggi di dalam air yang menyebabkan segala saluran darah dan buli hempedu ikan pecah.

Setelah segala urusan selesai, kami balik ke Raub dengan hasil tangkapan. Ikan paling banyak kami tangkap ialah ikan kelah disamping beberapa jenis ikan lain seperti ikan daun dsbnya. Ikan-ikan ini semua asing bagi saya kerana di sungai Johor memang tidak ada ikan-ikan ini.

Setelah tiba di Raub, kami membahagikan sama rata ikan tangkapan kami, alhamdulillah memang lumayan. Sebahagian besar ikan saya simpan di dalam peti sejuk kerana terlalu banyak. Sebahagiannya saya bungkus dengan plastik dengan kemas untuk saya berikan kepada mertua saya di Kajang. Nak diberikan kepada ibu bapa terlalu jauh. Arwah mertua saya sangat gembira dibawakan ikan kelah segar dari Pahang. Tak habis-habis bercerita tentang kesedapan memakan ikan kelah ini.

Setelah bertukar tempat kerja ke UTM Jalan Semarak pada 1985, saya tidak dapat lagi makan ikan kegemaran saya iaitu ikan kelah. Apabila terkenang pengalaman waktu dahulu memancing, menjala, menuba dan mengebom ikan, ia membawa satu memori yang sungguh indah. Kini nak mencari sungai yang bersih airnya dan ada ikan untuk dipancing pun sudah payah di Johor ini. Banyak sungai telah tercemar akibat pembukaan perbagai kilang termasuk kilang kelapa sawit.

Begitulah pengalaman saya semenjak kecil bermain meriam karbaid, bom tangan dengan gun powder  dan bom ikan. Semua perbuatan ini adalah merbahaya tetapi pengalaman yang saya kutip adalah sebenarnya amat mahal. Kini tiada peluang lagi untuk kita bermain meriam karbaid kerana telah diharamkan kerajaan.

Sekian wassalam wallahu'alam

Emjay

Monday 27 August 2007

Kisah terlebih makan ikan keli



Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan  oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada  24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang  tempuh menunggu  mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya  ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama  kira-kira  sebulan.  Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Kepada pembaca Laman Emjay, ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Kepada yang gemuk tu, elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahu'alam

Emjay

Kisah terlebih makan ikan keli

Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan  oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada  24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang  tempuh menunggu  mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya  ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama  kira-kira  sebulan.  Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Kepada pembaca Laman Emjay, ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Kepada yang gemuk tu, elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahu'alam

Emjay

Wednesday 22 August 2007

Perkara-perkara bertentangan Islam dalam majlis Kenduri Kahwin

Perkara-perkara bertentangan Islam dalam majlis Kenduri Kahwin

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Sekarang ini adalah musim cuti sekolah dan dalam musim cuti sekolah seperti ini, tauke khemah, tauke ayam, tauke daging, mak andam dan tauke telur ayam selalunya tersenyum lebar kerana pendapatan mereka meningkat maklumlah ramai orang membuat majlis kenduri kahwin.

Dari semasa ke semasa saya juga diminta terlibat apabila saudara mara mengadakan majlis kenduri kahwin. Kini saya merasakan begitu ngeri sekali apabila melihat betapa umat Islam hari ini telah lari jauh dari ajaran Islam dalam menjalankan majlis kenduri kahwin.

Kali ini saya ingin membincangkan perihal majlis perkahwinan ini di kalangan umat Islam di Malaysia.

Perkara 1:

Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?
Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan  dari Al Quran.
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". (Surah An-Nisaa' - Ayat 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ) 

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. 

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

Maskahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.
Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Perkara 2:

Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?
Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini. 

Apa yang saya lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir? Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perkara 3:

Wajarkah menyediakan tepak sirih dan sirih junjung?
Pada zaman dahulu rombongan pengantin lelaki membawa tepak sirih dan sirih junjung adalah bertujuan semoga semua ahli rombongan dan pihak tuan rumah dapat bersama-sama makan sireh, maklumlah majoriti orang zaman dahulu memang makan sireh. Apa perlunya pada zaman sekarang, beli sireh, upahkan orang menyusunnya, usung ke hulu dan ke hilir sebagai tontonan dan akhirnya ke tong sampah! Adalah jauh lebih baik bawa pizza barang 5 keping yang bersaiz besar untuk sama-sama makan iaitu ahli rombongan pengantin lelaki dan pihak tuan rumah. Kalau tak nak makan, tak payahlah bawa pizza.

Sirih junjung sah barang membazir dan menyusahkan sahaja.

Perkara 4:

Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan  bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:
1.      Supaya aku kelihatan cantik menarik
2.      Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik
3.      Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku
4.      Mungkin untuk menutup kecacatan  di muka saya seperti jerawat dan jeragat
5.      Engkau ingat aku ni tak cantik ke?
6.      Supaya orang tertawan dengan aku melalui kecantikan wajah aku ni.

Apa yang jelas dari bermake up adalah satu dosa sebagaimana artikel Tabarruj di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/02/tabarruj.html dan melakukan sesuatu untuk mendapat pujian adalah riak. Semua perkara ini adalah perbuatan mungkar yang membawa dosa dan musibah dari Allah. Takutilah azab Allah dan sesungguhnya azab Allah itu perit.

Membuat sesuatu perkara semata-mata untuk mendapat dosa dan azab adalah sesuatu kezaliman dan kebodohan.

Tambahan pada 23 Ogos: Saya ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat saya kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!! Begitulah seperti diajarkan oleh arwah guru, satu dosa akan menggamit dosa-dosa yang lain.

Perkara 5:

Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:
Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”


Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:
1.      Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00
2.      Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.
3.      Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!
4.      Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.
5.      Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.
6.      Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.
7.      Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Perkara 6

Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan  bayaran yang tinggi?
Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah saya jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:
1.      Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.
2.      Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.
3.      Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!
4.      Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.
5.      Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:
1.      Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.
2.      Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu
3.      Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.
4.      Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.
5.      Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin
6.      Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA
7.      Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

Perkara 7

Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.
Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:
1.      Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.
2.      Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut
3.      Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini saya menghadiri majlis kenduri kahwin saudara saya.  Pada  pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kada jemputan. Saya turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan  dapat menantu  berkata "bagus betullah petua  dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik". 

Astagfirullah... saya berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai.  Saya berkata-kata di dalam hati "kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini". Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.

Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun.  Kira-kira pukul  1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati saya berkata "Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah...".
Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insya Allah majlis tersebut tidak turun hujan.

Perkara 8

Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk berbuat maksiat, Astagfirullah...
Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta maksiat dan antaranya ialah seperti berikut:
1.      Membayar wang yang banyak kepada DJ, PA system, sistem karaoke, kugiran dan penyanyi. Ini namanya mengeluarkan duit untuk membeli dosa. Sila baca artikel  berkaitan muzik bertajuk Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/40 . Membazir sudah satu dosa. Bermain muzik dan nyanyian apatah lagi nyanyian oleh orang perempuan adalah juga dosa. Tak takut sungguh manusia dengan dosa.
2.      Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke. Inilah platform yang amat cantik untuk menjadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, tok guru buat dosa dengan menyanyi.
3.      Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara. Redha dengan perbuatan ini adalah dosa dan kelak di akhirat Allah tuang besi cair ke telinga.
4.      Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian. Astagfirullah....
5.      Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.
6.      Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.
7.      Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.
8.      Kalau dikampung dimana masak memasak diadakan secara gotong royong, inilah satu pesta yang amat seronok iaitu PESTA KATA MENGATA DAN MENGUMPAT terutama sekali dikalangan orang perempuan, Astagfirullah....
9.      Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita, Astagfirullah....
10.  Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.

Saya mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam.

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Monday 20 August 2007

Bukti bahawa penyakit lelah semput insya-Allah boleh sembuh

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbh

Kali terakhir saya menulis ialah pada 11 Ogos iaitu 9 hari lalu. Inilah pertama kali saya membiarkan Laman Emjay terlalu lama kerana perbagai urusan termasuk urusan keluarga iaitu turut bergotong royong membantu ipar menyambut menantu pertama semenjak jumaat hingga ahad lepas. Rindu dengan laman emjay memang bukan kepalang, laman emjay tidak dapat saya buka langsung semenjak seminggu.

Peluang bertemu sanak keluarga  di dalam majlis sambut menantu ini saya ambil untuk memanjangkan mana-mana ilmu kepada mereka yang redha.

Ipar saya ini menerima menantu seorang ustaz yang mengajar di Miri yang mengahwini anak sulungnya seorang doktor yang menuntut di Dublin Ireland. Doktor ini sedang melakukan housemanship juga di ireland.

Di dalam kesibukan melakukan pelbagai persediaan majlis pernikahannya, saya sempat bersembang sebentar dengan doktor muda ini. Perbualan kami ini berpunca kerana doktor ini melihat  kipas di dalam bilik yang  didiami  keluarga saya berputar dengan amat perlahan sekali .  Doktor muda ini berusaha memasang wire extension  di bilik kami  untuk memasang satu lagi kipas kerana menyangka kipas syiling dibilik saya telah rosak kerana tidak berputar laju.

Bertitik tolak dari sini, berlakulah perbualan antara kami. Saya bertanya kepada doktor ini mengapa perlu di pasang wire extension.

"Kipas syiling tu rosak, tak boleh pusing laju, ni nak pasang kipas satu lagi". Jelas doktor.
"Kipas syiling ni tidak rosak cuma saya yang perlahankan kelajuannya". Jawap saya.
"Ooooooo" jawab doktor malu kerana tidak bertanya lebih lanjut kepada saya sebelum memasang wire extension.

"Di rumah ni semua kipas terpasang laju", doktor memberikan penjelasan.

Daripada perbualan lanjut kami berdua, doktor menjelaskan lebih lanjut bahawa dia pernah mengalami penyakit lelah semput tetapi penyakit tersebut kini telah pulih secara sendiri. Penyakit ini di alami sejak kecil tetapi kini pulih dengan sendiri. Lalu saya bertanya "di Dublin sana, rumah engkau ada pasang kipas tak?"

"Rumah di sana sejuk jadi memang tiada kipas", jelas doktor

"Di Dublin sana engkau minum susu lembu tak?" soal saya menambah.

"Saya di sana memang minum susu segar hampir setiap hari" jawab doktor

Dari perbualan kami berdua ini sudah mencukupi untuk saya membuat rumusan. "Engkau dahulu kena penyakit lelah semput kerana tabiaat suka guna kipas paling laju. Ubatnya ialah mengelakkan kipas laju atau memperlahankan kelajuan kipas dan meminum susu. Engkau telah pulih dari penyakit ini kerana telah mengambil kedua-dua ubatnya".

Saya menambahkan ilmu ini lagi dengan menegur amalan doktor tidak membenarkan bayi meneruskan makanan formula bayi dari susu lembu kepada bayi yang bermasalah sukar bernafas lalu menukarkannya kepada makanan formula dari kacang soya. Amalan ini sebenarnya adalah hajat orang Yahudi yang tidak ingin melihat anak-anak kecil terus sihat. Kalau boleh di dunia ini hanya orang yahudi sahaja yang sihat dan bangsa lain lebih elok mati.

Amalan susu formula dari susu lembu akan terus mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan anak-anak secara semula jadi untuk membersihkan paru-paru dari segala bahan asing yang memasukinya seperti susu yang tersedak. Dengan menukar kepada susu formula kacang soya, sistem paru-paru dan pernafasan akan tidak mampu lagi untuk menolak keluar bahan asing seperti susu yang tersedak masuk ke paru-paru dan ini mengakibatkan kes yang lebih berat seperti jangkitan kuman dan peneumonia yang akan menyebakan kerap demam dan kesan negatif lainya.

Untuk para pembaca membaca keterangan lebih lanjut berkenaan masalah yang diakibatkan oleh kipas yang berputar laju ini, bacalah artikel lalu saya bertajuk Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/penyakit-moden-penyakit-berkaitan.html.

Sebagaimana yang saya kerap sebutkan, bukan semua ilmu kedoktoran moden yang boleh diguna pakai. Ada di antara ilmu kedoktoran ini sebenarnya adalah perangkap untuk menjadikan umat manusia semakin lemah dan kerap sakit antaranya ialah:

1. Bila anak kecil demam panas dibawa ke hospital, anak ini akan dimandikan dengan air batu. Elakkan amalan ini kerana amalan ini menyelesaikan satu masalah tetapi menyebabkan timbul masalah lain iaitu masalah berkaitan saraf yang lebih serius.

2. Bila anak kena sakit kuning, doktor jemur bawah lampu kalimantang. Elakkan amalan ini dan gantikan dengan jemur awal pagi dan lewat petang di bawah matahari. Boleh ditambah dengan memandikan bayi dengan air ubat kampung tertentu. Anak yang pernah kena jemur bawah lampu kalimantang akan mengalami penyakit lain apabila besar.

3. Anak yang kerosakan hati akan akhirnya dilakukan pemindahan hati. Elakkan amalan ini. Penyakit ini mudah dirawat secara tradisional. Cuma kena elakkan memakan makanan rapu. Pemindahan hati hanya menyediakan kesembuhan sementara kerana hati yang baru dipindahkan ini juga  akhirnya akan rosak kerana punca masalah ini ialah makan makanan rapu.

Sekali lagi saya rumuskan di sini bahawa amalan hidup kita termasuk cara permakanan harian mempengaruhi tahap kesihatan kita. Namun apakah sebenarnya faktor penting yang mempengaruhi tabiaat hidup dan amalan permakanan? Jawapannya ialah amalan agama seseorang. Seseorang yang mengamalkan amalan agama yang kurang lurus akan insyaAllah Allah susun suka tabiaat dan makan makanan yang merusak tubuh badan dimana akhirnya orang ini menerima penyakit. Orang yang amalan agamanya lurus insyaAllah akan disusun Allah tabiat dan suka makan makanan yang baik-baik dan akibatnya tubuh badannya lebih sihat.

Sekian wassalam wallahu'alam

Emjay

Sunday 12 August 2007

Sayangnya “aku” dengan keris puaka

Sayangnya “aku” dengan keris puaka

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Alhamdulillah pada 6 November 2006, saya telah uploadkan 14 gambar foto keris dan senjata puaka. Memang semenjak kecil saya telah banyak didedahkan dengan senjata puaka seperti ini maklumlah saya ini memang berasal dari orang Jawa. Pada waktu itu saya beranggapan bahawa memiliki senjata puaka adalah satu kelebihan atau seolah-olah rahmat dari Allah. 

Disekolah pula saya didedahkan dengan pelbagai cerita menarik tentang senjata puaka seperti keris Taming Sari yang mempunyai pelbagai kesaktian dan antaranya menjadikan orang yang menggunakannya kebal. Di TV pula melalui pelbagai cerita yang menceritakan pelbagai kelebihan menyimpan dan menggunakan senjata puaka ini. Kesemua cerita ini menjadikan saya seolah-olah meredhai penggunaan senjata puaka di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Berbagai-bagai cerita lagi berkenaan senjata puaka didedahkan kepada saya sama-ada di sekolah, di tempat kerja atau dimajalah-majalah. Kini terdapat banyak majalah yang menceritakan senjata puaka ini seolah-olah menyimpan senjata puaka ini dibenarkan dalam Islam. Kisah senjata puaka ini dimantapkan lagi apabila surat khabar arus perdana turut menonjolkan kisah senjata puaka yang dimiliki oleh orang penting dinegeri-negeri mengadakan majlis mandi untuk kesemua senjata puaka mereka oleh bomoh tertentu. Kisah ini pernah diceritakan oleh satu akhbar arus perdana berturut-turut untuk beberapa tahun. Tindakan ini seolah-olah seperti mendidik semua rakyat Islam di Malaysia agar turut menyimpan dan memandikan senjata puaka ini.

Kesemua usaha memartabatkan keris puaka ini oleh buku-buku, majalah, TV, akhbar dll ini semakin mantap dan berjalan lancar kerana mufti-mufti di Malaysia tidak membantah usaha ini dan seolah-olah menghalalkannya. Akibat dari kesemua faktor ini, semakin ramai umat Islam di Malaysia menyangkakan bahawa menyimpan senjata puaka dan mengadakan ritual khas untuk senjata-senjata puaka ini seolah-olah ia adalah salah satu dari ajaran Islam yang dibenarkan. 

Pandangan saya tentang keris puaka ini masih berterusan sehingga awal 80an. Apabila saya dipertemukan Allah dengan arwah guru saya, alhamdulillah pandangan saya telah berubah dan akibatnya saya telah memandang jijik perbuatan menyimpan senjata puaka ini. Saya telah berdoa untuk melupuskan senjata puaka yang di simpan oleh saudara mara saya.

Sepanjang berguru dengan arwah guru saya ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai senjata puaka ini. Pada permulaannya, menakutkan juga namun akhirnya alhamdulillah tidak lagi. 

Berikut saya cuba menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan senjata puaka:

1.      Sebarang senjata (keris, tombak, kerambit, pedang, parang dsbnya) yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya.
2.      Sebarang senjata yang dihasilkan dengan kaedah yang pelik seperti memicit.
3.      Sebarang senjata yang perlu dilakukan ritual tertentu seperti dimandikan dalam upih pinang atau diasap kemenyan atau dmandikan dengan limau nipis.
4.      Sebarang senjata yang berbalut kain selalunya berbalut dengan kain kuning.
5.      Sebarang senjata yang diyakini mempunyai kuasa tertentu yang luar biasa seperti menjadikan penyimpannya kebal, boleh terbang, boleh berkata-kata dsbnya.
6.      Sebarang senjata yang digunakan untuk merawat pesakit atau perubatan.
7.      Sebarang senjata biasa seperti parang atau pedang tetapi telah diyakini membawa tuah.
8.      Senjata yang diwariskan dari keturunan leluhurnya siap dengan aturan penjagaannya.
9.      Sebarang senjata yang dianugerahkan secara rasmi dari perguruan persilatan seperti persilatan Budi Suci yang menganugerahkan keris kepada pelatihnya.

Sebarang senjata seperti keris, pedang, pisau, pedang samurai, tombak atau parang panjang yang tidak melalui mana-mana dari 9 perkara di atas tidaklah dinamakan senjata puaka dan bolehlah untuk disimpan dan digunakan. Saya sendiri pun menyimpan parang yang selalu saya tajamkan. Pagi tadi digunakan untuk memotong pokok dan pada musim haji digunakan untuk menyembelih.

Mengapa salah menggunakan / menyimpan senjata puaka ini?
1.      Senjata yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya samalah dengan tangkal. Tangkal seperti gambar http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html  tidak boleh digunakan kerana penyediaannya telah melalui jampi mantera. Kedudukan senjata puaka ini sebenarnya adalah sama dengan tangkal beras kunyit ini.
2.      Penggunaan senjata puaka dan tangkal sebenarnya telah mengalihkan / memindahkan harapan yang sepatutnya diberikan semata-mata hanya kepada Allah sahaja menjadi harapan kepada makhluk dan ini sudah semestinya merosakkan tauhid uluhiah.  
3.      Ritual khusus seperti mengasap dan memandikan senjata sebenarnya adalah satu ritual pemujaan kepada selain Allah SWT.
4.      Mempercayai tuah dari senjata yang disimpan adalah sudah menyalahi dan berlawanan dengan konsep tauhid rububiah.  Dari sebuah hadis dari Ibnu Masud mafhumnya “mempercayai atau meyakini bahawa usaha seseorang  menyimpan anjinglah yang telah menggagalkan usaha pencuri memasuki rumahnya sudah cukup untuk menjadikan orang tersebut sebagai syirik kerana mempersekutukan Allah dengan anjing dan seolah-olah anjing tersebut mempunyai kuasa mentadbir alam ini sebagaimana Allah SWT melalui tauhid rububiahNya”  
5.      Menggunakan senjata di dalam amalan rawatan pesakit atau perubatan adalah menyalahi Islam kerana telah ada unsur pemujaan kepada senjata tersebut sebagaimana dilakukan oleh bomoh artis di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bomohartis.html#atas .

Apakah akibat yang menjadi sunnatullah lepada orang yang menyimpan senjata puaka ini:

Apa yang menjadi lumrah atau kelaziman yang diberikan Allah kepada orang yang menyimpan senjata puaka ini ialah:

1.      Selalu bergaduh antara suami isteri, anak dengan anak lain dan ibu atau bapa dengan anak-anak.
2.      Anak atau keturunan yang menjadi gila
3.      Penyimpan senjata puaka sentiasa panas badannya dan oleh itu lebih selesa dengan tidak memakai baju walau pun hari sejuk
5.      Berbagai gangguan seperti bunyi yang pelik-pelik di dalam rumah yang menyimpan senjata puaka ini. Kadang-kadang anak-anak atau isteri ternampak hantu-hantu di dalam rumah
6.      Sukar untuk melaksanakan ibadah asas terutama sekali solat 5 waktu.
7.      Keluarga dijauhi pelbagai rahmat dari Allah seperti tidak lepas dari kemiskinan, anak tidak begitu berjaya dalam akademik dan sebagainya.
8.      Tidak ada ketenteraman dan harmoni di dalam keluarga tersebut dan slalu resah gelisah.

Saya menulis artikel berkenaan senjata puaka ini antara tujuannya ialah untuk membantu tiga pembaca Laman Emjay  iaitu anakcurra , abghaz  dan masjoyo  semoga mereka ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hujah-hujah senjata puaka ini, silalah membaca reply dari pembaca dan saya di thread ini, sila ke Album senjata syirik orang Melayu di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/album-senjata-syirik-orang-melayu.html untuk melihat reply sebenar.

Berikut adalah reply yang menarik yang wajar sekali dipaparkan sebagai iktibar yang saya copy paste dari thread tersebut  http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/album-senjata-syirik-orang-melayu.html .

Reply 1
Jgn buang keirs tu, kan boleh dijual?

Reply saya
Assalamualaikum aristz.
Kalau dijual memang boleh dapat harga beribu RM. Orang Melayu memang suka benda syirik seperti ini. Kalau bomoh memang dicari untuk pemujaan semasa mengubat. Saya mengutipnya bukan untuk buat pameran atau dijual malahan semata-mata untuk dilupuskan. Setengahnya saya ambil gambarnya sebagai iktibar. Kalau saya menjualnya, haram memakan hasil jualannya kerana ia akan menambah kesyirikan pembelinya.

Wassalam, Wallhualam.

Reply 2
ustaz kalu senjata tersebut kita buat pertahanan diri.syirik ke?Kekadang saya dengar orang yang bersilat diaorang mesti perah limau kat atas parang tu..Itu perbuatan kurafat ye ustaz?

Reply saya
Kalau saya beli pistol dan disimpan untuk pertahanan diri dan keluarga ia tidak mensyirikkan Allah, cuma sekadar menyalahi hukum Malaysia. Kalau pistol ini saya bawa jumpa bomoh untuk ditepung tawar dan diasap kemenyan maka ia adalah syirik.

Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.

Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.

Wassalam wallahualam

Emjay

Reply 3
kalau disimpan utk kegunaan atau senjata warisan salah jugak ker

Reply saya
Andaikan begini: seorang sahabat baik saya balik dari bercuti ke Pulau Bali. Sebagai hadiah cenderamata kepada saya, dihadiahkan kepada saya satu patung orang bali yang diukir cantik pada kayu. Saya menyimpannya atas dasar menghormati seorang sahabat. Hukumnya tetap haram.

Senjata warisan nenek moyang kebanyakkannya berasal dari pulau Jawa yang walaupun baru mengamalkan Islam namun gaya hidup mereka masih saling tidak tumpah berdasarkan agama nenek moyang mereka iaitu agama Hindu. Senjata ini telah dijampi dan diarahkan oleh penjampi kepada syaitan tertentu untuk menjaga senjata ini.

Tidak ada untung menyimpan senjata ini malahan membawa bencana.. Kalau ingin senjata yang lebih berkesan, beli pedang samurai atau parang panjang atau belilah senapang atau pistol adalah jelas lebih meberikan faedah.

Sekian

Wallahualam wassalam

Emjay

Reply 4
keris tu tak salah... yang salah manusia... puja2 buat pe... keris tu sebagai alat je... tak de mudarat dan manaffat pun.... semua alat je... sayang beb kalau lupus gitu je

Reply saya
Begitu juga patung berhala zaman Nabi Ibrahim dan zaman Nabi Muhamad mula berdakwah dahulu. Patung ini tidak bersalah dan berdosa dan hanya manusia sahaja yang salah dan berdosa yang membuatnya dan menyembahnya. Namun Nabi Ibrahim dan Nabi Muhamad tetap menghancurkan berhala yang tidak berdosa ini agar tidak disembah oleh manusia yang jahil.

Inilah juga pegangan saya berkenaan keris ini. Objek ini tidak berdosa namun manusia yang berharap kepada keris ini telahberdosa dan mensyirikkan Allah. Oleh itu setiap keris ini wajib di lupuskan.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 5 dari anakcurra
BERAPA BANYAK PISTOL YG U DAH BELI...SAYA NI TAK MAMPU BELI PISTOL ...TLG BELIKAN SEBIJI BLEH...MUDAH SANGAT CAKAP SYIRIK.....
saudara sepatutnya berhati-hati semasa mengeluarkan pendapat di laman umum seperti ini kerana ianya dibaca oleh ramai orang yng mungkin akan terpengaruh den pendapat saudara

Reply saya
Bagi semua orang Islam sepatutnya mereka mahir untuk menyatakan sama ada sesuatu perbuatan atau amalan adalah syirik atau tidak. Jikalau kita tidak mampu untuk menilai sama ada sesuatu amalan syirik atau tidak, maknanya orang tersebut belum cukup berilmu. Kekurangan ilmu adalah bahaya kerana mudah di tipu oleh syaitan.

Bab senjata sebagaimana gambar di atas, janganlah mudah melenting apabila saya katakannya syirik. Perbuatan syirik dosa paling besar.

Kepada anakcurra, silalah berhujah secara ilmiah mengapa benda ini bukan syirik supaya menjadi petunjuk kepada orang ramai. Laman Emjay memang diwujudkan untuk membantu orang ramai.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 6 dari anakcurra
Assalamualaikum.....saudara... emjay....saya adalah seorang islam melayu keturunan jawa yang skrg ni tggl di malaysia. sebagaimana yg saudara katakan amat mudah untuk mulut kita mengeluarkan kata syirik dan tak berilmu kpd seseorang...sprt mana yg saudara lakukan (MUNGKIN ILMU TUAN TERLALU TINGGI TARAFNYA SEHINGGA BEGITU MUDAH MENYATAKAN SESUATU PENDAPAT TANPA MENGENALI SESEORANG ITU... pada PENDAPAT saya untuk saudara emjay manggunakan tajuk ALBUM SENJATA2 SYIRIK ORANG MELAYU adalah suatu sikap tidak bertanggungjawab sekali kerana sprt yg saya katakan laman ini boleh dilihat oleh semua orang DAN BOLEH MEMPENGARUHI PEMIKIRAN SESEORANG lebih2 lg klu org itu kurang berilmu. Beranikah saudara DI SINI mengatakan semua yang berkaitan dgn senjata melayu khususnya keris itu adalah brg syirik. Sekiranya saudara berani menggunakan TAJUK tsbt seharusnya saudara berani mempertahankan nya. Sedarkah saudara bahawa senjata orang melayu ini disimpan oleh semua lapisan masyarakat...dari org biasa hingga ke pemerintah....beranikah saudara mengatakan yg pemerintah itu syirik.....dan kenyataan saudara SEPERTI berikut :-

1. Senjata warisan nenek moyang kebanyakkannya berasal dari pulau Jawa yang walaupun baru mengamalkan Islam namun gaya hidup mereka masih saling tidak tumpah berdasarkan agama nenek moyang mereka iaitu agama Hindu. Senjata ini telah dijampi dan diarahkan oleh penjampi kepada syaitan tertentu untuk menjaga senjata ini.

2. Tidak ada untung menyimpan senjata ini malahan membawa bencana.. Kalau ingin senjata yang lebih berkesan, beli pedang samurai atau parang panjang atau belilah senapang atau pistol adalah jelas lebih meberikan faedah.

KENYATAAN INI ... amat tidak bertanggungjawab.. seharusnya saudara faham di sanalah tanah yang pernah melahirkan para wali yng berjuang ke jalan Allah...saudara seolah2 menuduh senjata warisan yang pernah digunakan para pejuang islam di zaman para wali untuk menumbangkan kerajaan hindu-buddha Majapahit sebagai senjata syirik. Beranikah saudara mengatakan bahawa Senjata kepunyaan PARA WALI itu sendiri sebagai syirik. Ataupun saudara merasakan yg saudara lebih MULIA dari para wali tersebut.... Memang saya akui terdapat dua kategori senjata warisan iaitu tinggalan para WALI dan zamannya dan satu lagi dari tinggalan pengaruh Hindu-Buddha....seharusnya saudara lebih arif berkenaan hal ini dan tahu membezakannya.....

Kenyataan ke 2....bagaimana yang saudara katakan senjata warisan ini tiada guna....Pada masa ini berapa banyak pistol dan senapang yang dimiliki oleh orang melayu...tlg bagi statistik...dan berapa ramai orang melayu yang mampu untuk beli senapang dan pistol dan senang ke nak beli ? .. senang ke nak beli pedang samurai...dan senang ke nak simpannya kat rumah...di benarkan undang2 ke?...Saya nak tanya saudara berapa ramai orang melayu yang dirumahnya ada sekurang-kurangnya PARANG...sekadar utk melindungi anak/isteri (WAJIB) sekiranya berlakunya kejadian tidak diingini...rompakan ataupun darurat.......atau pun yang ada setakat 'PISTOL AIR' je..dan boleh ke 'PISTOL AIR' tu digunakan waktu darurat....atau sekadar pakai pisau potong bawang je....

Akhir sekali...jika senjata warisan itu datang dari orang tua atau keturunan awal saudara...bagaimana......memanglah jika sampai ke tangan saudara ianya boleh dilupuskan....tapi sanggupkah saudara mengatakan yang orang tua dan keturunan awal saudara sebagai syirik dan menyimpan barang syirik...

Reply saya
Waalaikumussalam wbh

Saya sudah menjelaskan di dalam reply saya dia atas bahawa:

~~~~~~~~
Kalau saya beli pistol dan disimpan untuk pertahanan diri dan keluarga ia tidak mensyirikkan Allah, cuma sekadar menyalahi hukum Malaysia. Kalau pistol ini saya bawa jumpa bomoh untuk ditepung tawar dan diasap kemenyan maka ia adalah syirik.

Kalau saya beli parang panjang guna untuk pertahanan diri dan keluarga tidak syirik. Apabila saya bawa parang panjang ini untuk diasap kemenyan serta dijampi dan dsbnya, maka ia telah mensyirikkan Allah.

Kebanyakan senjata persilatan telah dijampi serapah oleh guru silat dan perlu di asap dan dimandikan, maka ia telah syirik.

Wassalam wallahualam

Emjay
~~~~~~~~

Bagi makluman sdr anakcurra, saya adalah dari keturunan orang Jawa. Saya sudah melihat dalam masyarakat jawa saya banyak yang sesat syirik kerana menyimpan senjata warisan ini. Diatas kesedaran melihat sengsara yang dialami oleh mereka yang menyimpan senjata ini, itulah sebabnya saya mewujudkan Laman Emjay sebagai amal makruf nahi mungkar.

Sangat sedih melihat pelajar saya yang menyimpan keris menjadi bodoh sebagai musibah menyimpan dan mempercayai keris warisannya.
Ada orang yang susah nak mati kerana menyimpan keris warisan. Ada yang anak-anaknya mendapat pelbagai musibah berat dari Allah. Ini semua adalah mesej jelas dari Allah bahawa menyimpan dan mempercayai keris pusaka sesat ini adalah salah di sisi Islam.

Ada seorang guru agama menyimpan keris berjampi sekarang sangat hampir bercerai walau pun sudah bercucu. Kalau anakcurra ingin meneruskan menyimpan keris pusaka serta mempercayainya, teruskanlah tetapi jangan kempen orang lain menyertai kesesatan sdr. Saya di sini memang sentiasa menasihati semua muslimin yang mahu mendengar agar menjauhi sebarang perkara syirik.

Siapa saja sama ada orang besar atau orang kecil kalau menyimpan senjata pusaka dan mempercayainya apatah lagi kalau sering mengasap kemenyan, mandi limau dan dalam upih pinang serta berbagai-bagai ritual lain, maka sudah jelaslah syiriknya dan setiap syirik kalau tidak bertaubat adalah neraka tempat akhirnya.

Saya kalau sekadar menyimpan pedang panglima Islam Salahudin Al Ayubi yang tidak pernah dijampi dan tidak pernah menjalani sebarang ritual sesat, saya sendiri gemar menyimpannya manalah tahu satu ketika ada juga gunanya. Kalau sekadar keris kontot dari pusaka nenek moyang yang minta diasap dan dimandikan serta berbagai ritual lain, memang ada faedahnya, tetapi kerugiannya tersangatlah besar. Buat apa berniaga kalau sekadar untung RM 1 juta tetapi rugi RM5 juta.

Kalau anakcurra ada menyimpan senjata pusaka seperti ini di rumah, bertaubatlah, poskan saja senjata tersebut untuk saya lupuskan. Gantikan saja dengan parang panjang atau pedang samurai.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 7 dari anakcurra
Assalamualaikum...

Saudara emjay.. saya rasa yg sdra memang bermasalah dengan senjata melayu khususnya keris....sebabnya atas kenyataan sdra sendiri....

Quote :-
"Inilah juga pegangan saya berkenaan keris ini objek ini tidak berdosa namun manusia yang berharap kepada keris ini telahberdosa dan mensyirikkan Allah. Oleh itu setiap keris ini wajib di lupuskan."

Sdra ajak saya berhujah secara ilmiah ..namun dari reply sdra saya dapati tiada satu pun persoalan yg saya kemukakan sdra jawab. Sdra hanya secara berulang menyatakan pegangan dan iktikad saudara....

Saya ingin bertanya kpd sdra....ADAKAH SDRA BERIKTIKAD BHW SESUATU YG BERSIFAT MAKHLUK ITU BOLEH MENDATANGKAN MUSIBAH DAN MANFAAT KPD SESEORANG.....SEDARKAH SAUDARA BHW IKTIKAD SAUDARA ITU JUGA SUATU KESESATAN...... KENAPA SAUDARA DENGAN MUDAH MENYATAKAN BHW ANAK MURID SAUDARA BODOH( suatu ucapan yang amat tidak wajar dari seorang guru kpd murid) KERANA SENJATA PUSAKA, ADA ORG SUSAH MATI DISEBABKAN KERIS WARISAN YG DISIMPAN, DAN KESUSAHAN YG BERTIMPA ITU DIDATANGKAN OLEH ALLAH ATAS SEBAB MENYIMPAN KERIS WARISAN...NAMPAKNYA ILMU SDRA AMAT HEBAT HINGGA BERKEMAMPUAN UTK MENAFSIRKAN SESUATU KEJADIAN..yang bersangkutan dgn perkara GHAIB..ataupun IANYA ADALAH SUATU FITNAH DARI SDRA KPD KELUARGA SIMATI @ ORG YG BERKENAAN ......bagaimana sekiranya jika saya katakan bhw ianya hanyalah muslihat Syaitan utk menunjukkan bhw org ini susah mati disebabkan keris warisan dan saudara mempercayainya,,,lantas menyatakan..... " lihatlah org ini dia susah mati sebab syirik sebab simpan keris pusaka....dan ahli keluarganya mempercayai kata2 sdra....atau melenting marah atas tuduhan sdra... atau didengar oleh jiran dan menyampaikan pula kata2 sdra kpd org lain....yg simati itu mati syirik......BUKANKAH ITU JUGA SUATU FITNAH YG SGT BESAR KPD SIMATI....yg tak boleh menjawab balik tuduhan saudara.....

Kata kata sdra yang menyatakan agar saya jangan mempengaruhi org lain dan menuduh saya sesat dan menyesatkan sedangkan kita saling tidak mengenali satu sama lain secara berdepan...ADALAH MENUNJUKKAN SIFAT SAUDARA YG SEBENAR....sebab itulah saya tidak hairan jika saudara begitu cepat menghukum Syirik ke atas orang lain tanpa usul periksa dan hanya disebabkan kita berbeza pendapat...sebab KATA2 MENGHUKUM SYIRIK ITU SUDAH JADI SATU PERMAINAN DI MULUT SDRA.......

TERUS TERANG...SAYA MALU ADA ORANG KETURUNAN JAWA SPRT SAUDARA!!!!!!!

Berapa banyak pedang Salehuddin Al Ayubi...yang sdra simpan....?
Tahukah sdra bagaimana Syaidina Ali membuat mata pedang....?
Klu sya BAGI PILIHAN antara keris yang dibuat oleh penempa di zaman para wali yang mula pembuatannya di mulai dgn Bismillah, puasa, diiringi zikir dan ada yang dipicit besinya sehingga menjadi keris DENGAN satu pistol / pedang samurai yang dibuat oleh KAFIR laknattullah...yang tidak pernah MANDI JUNUB seumur hidupnya........MANA SATU YANG AKAN SDRA PILIH ?

terima kasih atas tuduhan saudara, moga Allah sahaja yg membalasnya...

TIADA SUATU PUN YG MAMPU MEMBERI MANFAAT ATAU MUDARAT KECUALI DENGAN IZIN ALLAH........

Sekian wassalam wallahualam

Reply saya
Waalaikumussalam wbh

Kalau jenis inilah hujah sdr:

~~~~~~~~
Klu sya BAGI PILIHAN antara keris yang dibuat oleh penempa di zaman para wali yang mula pembuatannya di mulai dgn Bismillah, puasa, diiringi zikir dan ada yang dipicit besinya sehingga menjadi keris
~~~~~~~~

Mungkin sdr juga memandang hebat seorang pengusaha ketuk kereta di Batu Pahat yang meratakan kereta yang kemik dengan hanya memicit. Kalau cara inilah sdr berhujah, mungkin arwah panglima Kiyai Salleh dalam perang Batu Pahat dahulu pun pun sdr kila wali keramat yang hebat yang mantap imannya di sisi Allah!!

Saya guna pisau di rumah dan juga pisau yang di rumah sdr juga buatan jepun atau china. Tidak ada masalah pedang samurai dan pisau dibuat dari Jepun sekiranya tidak ada ritual sesat sewaktu membuatnya oleh para bomoh.

Adakah sekadar dimulai bismillah , puasa dan zikir sudah menunjukkan amalan tersebut diredhai oleh Allah? Orang berjudi dan merompak pun ada memulakan dengan bismillah. Sami hindu sebelum memulakan perayaan Thaipusam juga puasa 40 hari. Sami buddha juga rajin berzikir. Adakah bismillah , puasa dan zikir dalam memulakan membuat keris sudah menunjukkan amalan tersebut diredhai oleh Allah?

SEKALI LAGI SAYA TEKANKAN DI SINI, KALAU SDR NAK SIMPAN KERIS WARISAN TURUN TEMURUN, NAK TERUS MENGASAP, MANDI LIMAU DAN MANDI SENJATA DALAM UPIH PINANG, BUATLAH kerana akaun dosa pahala sdr tidak digabungkan dengan akaun saya TETAPI JANGAN BERKEMPEN UNTUK ORANG AWAM DI LAMAN EMJAY.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 8 dari anakcurra
KINI SAYA RASA SAYA LEBIH MEMAHAMI SAUDARA......SAUDARA ADALAH SEORANG YANG BERCAKAP DAHULU DAN BERFIKIRNYA KEMUDIAN....SAYA DAPATI SAUDARA LAAANNNNNGSUUUUUUUUNG TIIIIIIDDDDDDAAAKKKKKK MENJAWAB PERSOALAN SAYA...

KALAU BEGINILAH CARA SAUDARA BERHUJAH...KITA HENTIKAN DISINI SAHAJA....ADA KE SAYA KATAKAN SEPERTI YANG SAUDARA TULIS DIATAS...PSL KETUK KERETA...KIYAI SALEH WALI KERAMAT.... ITU SEMUA HANYA ANGGAPAN DAN SANGKAAN SDRA YANG SDRA KEMUKAKAN DAN .....PAKSAKAN SAYA .....DAN SETIAP PEMBACA LAMAN INI UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA SAYA ADALAH ORANG YG SEBEGITU.....

BARU LAH SAYA TAHU JENIS APA SAUDARA INI:-

1. SAUDARA TAK TAHU MEMBEZAKAN YANG HAK DAN YANG BATIL, YG HARAM DAN HALAL....

SEBAB BILA SAYA TANYA YG MANA SDRA NAK PILIH ANTARA KERIS BUATAN PARA WALI ATAUPUN PEDANG BUATAN KAPIAAQQQQ.....SDRA TAK BUAT PILIHAN

2. TAK TAHU BEZAKAN BISMILLAH YG DILAFAZ PARA WALI DENGAN BISMILLAH YG DIUCAPKAN OLEH PENJUDI DAN PEROMPAK,..........

3. PUASA, ZIKIR AMALAN PARA WALI DAN TURUNANNYA BERBANDING DENGAN PUASA 40 HARI SAMI HINDU....DAN SAMAKAN PULA ZIKIR PARA WALI DENGAN ZIKIR SAMI BUDDHA.....

4. SAUDARAKAH YANG MENENTUKAN SEGALA AMALAN HAMBA ALLAH IBI DIREDHAI ATAU TIDAK?...........

MACAMANA SAUDARA BILA SAYA KATA BAB BISMILLAH, PUASA, DAN ZIKIR....SAUDARA BOLEH BANDINGKAN DENGAN SEMUA TU... YANG DIBUAT OLEH ORG KAPIAAAQQ..... SAYA RASA HUJAH DAN CONTOH YANG SAYA GUNA TU TAK PERNAH MELAMPAUI BATAS TERSEBUT..................

ASTAGHAAFIRULLAH..HAL AZIM...... NAU'ZUBILLAHII..MINZALIKK....


KENAPA DENGAN AKAUN DOSA DAN PAHALA KITA...BERDUA....SAUDARA RASA YANG SAUDARA DAH CONFIRM BOLEH MASUK SURGA KE....

SEBAB ITU SAYA KATAKAN SDRA INI JENIS CAKAP DULU BARU FIKIR...

SDRA PUN TAK FAHAM TUJUAN KITA HUJAH....BUKAN NAK CARI SIAPA SALAH SIAPA BENAR....TUJUANNYA ADALAH NAK MEMBERSIHKAN SEKIRANYA SAYA SALAH DAN PENDAPAT SAUDARA BETUL...MAKA SAYA AKAN TERIMA UTK KEBAIKAN....DAN SEKIRANYA SAUDARA SALAH DAN SAYA BETUL...SDRA JUGA KENA TERIMA ...UTK KEBAIKAN....SUPAYA ORANG LAIN YANG MEMBACA LAMAN INI SEBAGAI PENGUNJUNG SAHAJA TAK AKAN TERKELIRU DAN BOLEH DJADIKAN PANDUAN.....SEBAB TULAH KLU TAK FAHAM TANYA....SUPAYA BOLEH DIPERJELASKAN.......BUKAN SURUH TETAMU KELUAR DARI LAMAN NII.....

JANGAN TAKUT SAYA TAK PERNAH DAN TAK AKAN TERSINGUNG DLM BAB UTK CARI KEBAIKAN NI....MUNGKIN LAIN KALI KITA BILEH HUJAH ATAS PERKARA LAIN PULA...

AMPUN MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA.....

WASSALAM......WALLAHUALAM......

Reply saya
Saya cuma takut wali yang sdr gambarkan tu bukan wali Allah tetapi WALI SYAITAN!!.

Sdr ada ilmu ke untuk mengesahkan wali yang sdr anggap betul dalam membuat keris pakai picit-picit tu bukan wali syaitan.

Mungkin kalau menurut ilmu sdr, mungkin orang ini juga salah seorang wali yang sdr puja kerana dia ini juga pakai keris untuk mengubat dan namanya keris Zawil hayat dan mungkin keris ini juga dibuat oleh wali seperti yang sdr sebutkan di pulau Jawa tu, sila rujuk http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bomohartis.html#atas

Sdr ada ilmu ke untuk mengesahkan wali yang sdr anggap betul dalam membuat keris pakai picit-picit tu bukan wali syaitan.

Sdr ada ilmu ke untuk mengesahkan wali yang sdr anggap betul dalam membuat keris pakai picit-picit tu bukan wali syaitan.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 9 oleh abghaz
pada hemat saya keris tak payah le dilupuskan...sepatutnya dilupuskan syaitan yang ada dalam keris tu tapi saya rasa sdr tak berapa pandai dalam hal ni...

saya baru sahaja membaca komen atau debat sdr dengan MJ. MJ ni saya rasa cuma pandang pada satu arah je...atau dalam satu Malaysia ni je...

Reply saya
Beginilah sahaja abghaz,

Saya dengan ini ingin sekali belajar ilmu baru untuk buang syaitan tanpa buang kerisnya dari sdr yang bijaksana. Sudah berapa kes sdr abghaz sudah berjaya melakukannya? Berapa berjaya dan berapa tidak berjaya?

Selepas ini saya ingin belajar pula buang syaitan pada tangkal-tangkal seperti dalam gambar-gambar ini http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html tanpa membuang tangkal-tangkal ini. Biarkanlah tangkal-tangkal ini bergantungan di sekitar rumah ke atau bawah tilam ke maklumlah syaitannya sudah dibuang!!!

Lepas itu saya nak belajar pula ilmu tertinggi yang paling-paling tertinggi dari sdr abghaz iaitu untuk membuang syaitan pada berhala. Selepas setiap berhala ini dilupuskan setiap syaitannya, bolehlah semua berhala ini di simpan di dalam rumah abghaz.

Sila tetapkan bila saya boleh belajar ilmu-ilmu diatas terutama sekali ilmu buang syaitan pada berhala.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply saya
Semenjak arwah guru saya masih hidup dahulu (lebih sepuluh tahun dahulu) orang yang sangat cinta dengan keris puaka seperti gambar-gambar diatas memang banyak sekali. Mereka sering berangan-angan dapat memiliki keris-keris puaka ini.

Antara yang cukup cinta dengan keris puaka ini ialah anakcurra dan abghaz. Saya kalau ditawarkan RM100 juta untuk menyerahkan keris-keris yang saya kutip kepada mana-mana hamba Allah, saya lebih rela melupuskannya.

Keris puaka ini janganlah cari di rumah saya, sudah dilupuskan kerana tidak mencintai keris-keris puaka ini.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

Reply 10
sdr MJ ni mungkin terlalu banyak makan sardin...so sdr cuma terfikir hal hal yang terjadi di sekeliling sdr je....sdr tak dapat bezakan keris dengan tangkal dan berhala dengan ayat ayat suci dari Al Quran dan Hadith....seperti yang saya katakan pada awalnya....sdr ni ambil senang je membuat atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu yang bernas...sdr cuma memberikan pendapat atau fahaman sdr shj...memang banyak yang betul dan banyak yang salah.......

saya beri contoh...
1. Kenapa Allah tidak melenyapkan PIRAMID?
2. Apa itu WALI...?
3. Tak ada ayat AL QURAN ke untuk menghapuskan Jin dan Syaitan?

Lagi satu saya nak terangkan...hapuskan je le berhala tu...bukannya kita nak simpan berhala tu...! kalau hapuskan berhala pun...syaitan tu masih ada lagi....bangang...!

Lagi satu...keris puaka tu kalau kita hapuskan syaitan dalam keris tu...keris tu boleh dijadikan keris PUSAKA dan bukannya keris PUAKA....dapat tak bezakannya?

Sdr MJ ni mungkin buta SENI...agaknya...sdr tidak menyanyangi Warisan Melayu...agaknya sdr ni bukan Melayu......ada ke Warisan Melayu ni penuh dengan Jin dan Syaitan....?
~~~~
Siapa guru MJ?
Sebelum tak ada siapa yang berani atau sesiapa yang sudi nak menegur sdr...mungkin sebab tu sdr pakai hentam je sebab sdr ingat sdr selalunya betul...

Dalam banyak hal memang ada yang betul tapi sdr MJ tak memahami agaknya....

Sya rasa sdr MJ ni baru sahaja mempelajari ILMU Agama agaknya...sebabnya....sifat RIAK sdr MJ banyak terdapat dalam artikal sdr.....

Memang bagus niat sdr nak tolong sesama Islam tapi biarlah banyak yang betulnya....so kali ni biarlah saya tolong sdr MJ pula....itupun kalau sdr MJ sudi terima....
~~~~~ 
Nasihat saya...bagi sesiapa yang ada anak atau sdr mara yang kemasukkan Jin ke hape ke....hantar le kpd ustaz MJ ni....pasti kena lupus punyer...

Reply saya
Mulai hari ini saya tidak akan melayan segala reply dari pencinta keris puaka bernama abghaz.

"Aku adalah penjamin rumah di tengah-tengah taman syurga bagi siapa pun yang menghindari perdebatan sekali pun dia benar, serta sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi siapa pun yang meninggalkan dusta sekali pun dia hanya bermaksud bercanda (bergurau)"

KEPADA PEMBACA LAMAN EMJAY SEKELIAN, HINDARILAH DARI MENYIMPAN KERIS ATAU SENJATA PUAKA LAINNYA.

Warisan Melayu bukan warisan Islam. Tidak rugi membuang warisan Melayu yang bercanggah dengan agama Islam dan mengekalkan warisan Islam. Banyak sekali warisan Melayu yang menyesatkan seperti kuda kepang, ilmu kebal, pati geni, berbomoh, adat perpatih, tepung tawar, tarian mak yong dan termasuklah menyimpan keris/senjata puaka.

Sayangi Allah lebih bermakna dari menyayangi warisan Melayu yang sesat lagi menyesatkan.

Wallahualam

Emjay

Reply 11 dari masjoyo
saya setuju dgn abghaz dan anakcurra tu,kita ckp hendaklah dgn ilmu jgn tau nak hentam kromo je,pah tu mntak org hntar serahkan besi kuninglah kerislah kat dia nak lupuskan kalau nak buang,buang aje la, sya pun ada simpan keris jugak jgn ingat smua ada setan,setan dalam diri tu lagi besar,bapak-bapak setan,kita hndklah open minded,mngaji smua,setan jin bukan duduk kat keris diapun tak bodoh nak duduk situ,kita tu yg setan.Syirik,kalau kita beramal nak kan pahala dan syurga,berubat hrapkan org sedekahpun tak ikhlas jugak.Beramal nak kan syurga , dpanggil apa? ngaji lagiii la----masjoyo sukmo

ini buat blog ni nak duit ke nak pahala?

Reply saya
Kepada masjoyo, alhamdulillah saya belum pernah ambil duit apabila melupuskan senjata dan sebarang tangkal.

Berhala kalau sekadar dibuang ke sungai atau laut, kelak apabila dijumpai orang lain, akan dipuja semula.

Keris puaka kalau sekadar dibuang ke sungai atau laut, apabila orang jumpa kalau jual lagi menguntungkan dan nilainya mahal. Ia tidak menyelesaikan masalah.

Kepada anakcurra, abghaz dan masjoyo, selamat menyertai kelab BOMOH ARTIS di http://www.angelfire.com/pop2/bomohartis/bmh_foto1.html#atas. Bomoh artis ini memang menyimpan keris pujaan bernama keris Zawil Hayat, siap ada nama.

Selepas ini boleh buat baik dengan bomoh artis ini mudah-mudahan dapat belajar ilmu masukkan susuk dan sebagainya. Memang di Laman Emjay menentang penggunaan keris seperti ini. Mungkin sdr bertiga salah masuk tempat.

SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN BAHAWA MENYIMPAN KERIS ATAU SEBARANG SENJATA SEPERTI BOMOH ARTIS MENYIMPAN KERIS ZAWIL HAYAT ADALAH SALAH DI SISI ISLAM DAN SYIRIK HUKUMNYA.

Kepada masjoyo, anakcurra dan abghaz, taubatlah sebelum Allah SWT memberikan azab yang lebih perit kepada sdr bertiga. Tidak ada untungnya malahan rugi belaka dengan menyimpan keris seperti ini.

Sekian Wallahualam

Emjay