Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 25 September 2007

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

Assalamualaikum wbh

Semalam saya mendapat forwarded email dari sdr Sophea. Terima kasih daun keladi dan alhamdulillah. Oleh kerana kandungan email ini baik, saya panjangkan email tersebut ke Laman Emjay sebagaimana berikut:

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

1.           Bersyukur apabila mendapat nikmat
2.           Sabar apabila mendapat kesulitan
3.           Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan
4.           Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5.           Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6.           Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7.           Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8.           Jangan usil dengan kekayaan orang
9.           Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10.       Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11.       Jangan tamak kepada harta
12.       Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan
13.       Jangan hancur karena kezaliman
14.       Jangan goyah karena fitnah
15.       Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16.       Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17.       Jangan sakiti ayah dan ibu
18.       Jangan usir orang yang meminta-minta
19.       Jangan sakiti anak yatim
20.       Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21.       Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22.       Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23.       Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24.       Lakukan solat fardu di awal waktu, berjemaah di masjid
25.       Biasakan shalat malam
26.       Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27.       Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28.       Sayangi dan santuni fakir miskin
29.       Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30.       Jangan marah berlebih-lebihan
31.       Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32.       Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
33.       Berlatihlah untuk banyak berfikir
34.       Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35.       Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36.       Jangan percaya ramalan manusia
37.       Jangan terlampau takut miskin
38.       Hormatilah setiap orang
39.       Jangan terlampau takut kepada manusia
40.       Jangan sombong, takbur dan besar kepala
41.       Berlakulah adil dalam segala urusan
42.       Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
43.       Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
44.       Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45.       Perbanyakkan silaturrahim
46.       Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47.       Bicaralah secukupnya
48.       Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49.       Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50.       Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51.       Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52.       Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53.       Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
54.       Hormatilah kepada guru dan ulama
55.       Sering-sering berselawat kepada nabi
56.       Cintai keluarga Nabi saw
57.       Jangan terlalu banyak hutang
58.       Jangan terlampau mudah berjanji
59.       Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60.       Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
61.       Bergaul lah dengan orang-orang soleh
62.       Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63.       Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64.       Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65.       Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi
66.       Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67.       Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68.       Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69.       Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan.
70.       Jangan melukai hati orang lain
71.       Jangan membiasakan berkata dusta
72.       Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73.       Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74.       Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75.       Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76.       Jangan membuka aib orang lain
77.       Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita
78.       Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79.       Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80.       Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong kerana kaya
81.       Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
82.       Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83.       Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84.       Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85.       Hargai kejayaan dan pemberian orang
86.       Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
87.       berkawanlah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88.       Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita
89.       Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu
90.       Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91.       Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita terhadap orang lain
92.       Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93.       Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94.       Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan
95.       Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96.       Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97.       Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98.       Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99.       Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

& Lastly

100.        Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal. Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday.
Ameen

Tuesday 18 September 2007

PELARIS HARAM DAN SYIRIK!

MENGAPA PELARIS HARAM DAN SYIRIK.
 
Apabila kita menziarahi rakan atau saudara yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan menyambut menantu, majoriti mereka mengadakan majlis persandingan. Kalau tidak mengadakan majlis ini seolah-olah tidak sah majlis perkahwinan tersebut. Seolah-olah majlis persandingan sudah menjadi satu amal ibadah yang dituntut agama Islam.
 
Sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam tetapi apabila majoriti manusia melakukannya, ia menjadi seolah-olah ibadah dalam Islam. Apabila orang Melayu yang kononnya mengaku Islam membuka perniagaan pelaris dan pendinding adalah sesauatu yang amat lumrah. Seolah-olah tidak sah kalau menjalankan perniagaan tanpa menggunakan pelaris dan pendinding. Pelaris dan pendinding bagi peniaga di kalangan umat Melayu Islam seakan-akan sudah menjadi persandingan di dalam majlis perkahwinan orang Melayu.
 
Media massa pula amat menyokong penggunaan pendinding dan pelaris. Banyak majalah dan akhbar tabloid menyokong penggunaan pendinding dan pelaris ini dengan menyediakan ruang iklan bagi kegunaan pihak yang menyediakan perkhidmatan pendinding dan pelaris ini. Lihat sajalah iklan berikut:


Berbagai iklan lain mengenai pelaris perniagaan terpampang di pelbagai majalah dan akhbar tabloid lainnya.
 
Di dalam internet pula terdapat pelbagai laman yang menyediakan perkhidmatan pelaris seperti laman:

A.      IBU DUIT ( Duit Pengundang/Cembul Rezeki ) :

Mendatangkan duit dengan cepat secara halal dan tak terduga-duga, menarik rezeki dari lapan penjuru mata angin, usaha maju pesat. Apabila dibawa berdagang atau usaha akan banyak untung dan membawa keberkahan, menarik pembeli. Tak pernah putus duit walau sekecil apapun usaha anda, membuang hawa sial dari tubuh hingga rezeki datang tak henti hentinya.
Telah banyak pengusaha yang berhasil dengan benda bertuah ini dan kini giliran anda membuktikannya.

MAHAR : RM 300.00

B. PELARIS 7 ALAM :


Jika toko, warung, supermarket atau tempat usaha lainnya sepi gunakan daya ghaib azimat ini. Dengan kekuatan ghaib tempat usaha anda akan diubah penampilannya sehingga memancarkan aura keberhasilan yang mampu menyedut ribuan pembeli dari tempat berjuta juta batu jauhnya sehingga toko anda maju pesat.

MAHAR : RM 500.00
Pengobatan traditional dan urut oleh Hj othman bin hasan
di PUSAT RAWATAN TRADITIONAL, NO.49, TAMAN SIAKAP, SEBERANG JAYA, 13700 PRAI, PULAU PINANG
( H/P : 013-9109844 )

Jenis pengobatan,
1.Terkena Sihir
2.Bermasaalah rumah tangga
3.Bermasaalah anak-anak nakal
4.Memulih peniagaan yang disihir
5.Pelaris perniagaan
6.Berat jodoh
7.Urut badan
8.Urut tenaga batin
9.Urut orang lumpuh
10.Bekam darah/angin
11.Kencing manis
12.Darah tinggi
13.Buasir
14.Batu karang
15.Sakit jantung
16.Sakit buah pinggang
17.Barah/barah buah dada

BIODATA

Nama : Hj Othman bin Hasan
Umur: 56 tahun
Asal: Kg Perlis,Alor star, KEDAH
Pendidikan : Tingkatan 5 dan sambung belajar di UITM dalam bidang Pengurusan Perniagaan

pernah bekerja selama 23 tahun di bawah Kementerian Kesihatan di bidang Perubatan

menyertai rombongan perubatan Malaysia ke Mekah sebanyak 2 kali ( 1990 dan 199 )

Terlibat dalam pasukan penyelamat bencana terowong Muassim, Mekah

PELARIS DAN PENGASIH
Minyak Cenuai terkenal dikalangan orang asli. Ianya dikatakan hebat untuk berniaga dan pengasih. Orang asli menggunakan untuk tujuan keselamatan dan perburuan. Kalau dicalit pada bekas tapak kaki binatang perburuan, binatang tersebut akan datang menyerah diri. Begitulah uniknya minyak ini. INDRA telah berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat TOK BATIN yang mempunyai minyak ini. Bukan seorang tetapi ada sekitar 4 ke 5 orang semuanya. Ramai yang mengaku ada, tapi kebanyakannya bukan yang ORIGINAL. Indra hanya penyampai untuk yang berminat sahaja...
MINYAK CENUAI RAJA ,MINYAK CENUAI BUNGA JANTAN/BETINA, MINYAK CENUAI EMAS 
 (Boleh Di Uji sebelum ambil)
***********************************************
MINYAK CENUAI AKAR ,MINYAK CENUAI BUIH,MINYAK CENUAI ANGIN, MINYAK CENUAI BATU , MINYAK CENUAI RAMBUT 
( Tidak boleh Diuji oleh peminat)
**************************************************
MINYAK BULUH PERINDU 
**************************************************
Hubungi Penyampai pak.webmaster@gmail.com

4.                  http://www.geocities.com/alkauthar77/produk.html
::2.1:: Persugihan alami
Insya-Allah, cuma simpan di dalam rumah, permis perniagaan, atau disapu pada dahi, Insya-Allah akan dimurahkan rezeki, pelaris perniagaan. Rezeki datang senang dan berkat. Rasai keperhasilannya.
Mahar RM150.00
Insya-Allah, ia mengandungi daya penarikkan rezeki yang amat tinggi. Untuk apa saja bidang anda termasuk perindustrian IKS dan kilang-kilang. Kami bukan bercakap kosong. Insya Allah anda tidak menyesal mendapatkannya:-
Perniagaan kecil                      Mahar RM 280.00
Perniagaan Broker                  Mahar RM 820.00
Perniagaan besar                     Mahar RM 2800.00


5.                http://reikimalaysia.tripod.com/id6.html
Ini adalah kategori bomoh moden
Kursus Usui Reiki Tahap 1, 2 & 3  -  RM588  Prof Dr Rahman
Kursus Usui Reiki Tahap Master - RM1500  - Prof Dr Rahman
Kursus Kundalini Reiki Tahap 1,2 & 3 - RM588  - Prof Dr Rahman
Kursus Kundalini Reiki Tahap Master  -RM1500  - Prof Dr Rahman

Prana Illahi -

Mind Power & Pelaris Perniagaan - Members RM500  - Prof Dr Rahman
Ibu Duit - RM88  

Kursus Emotional Spiritual Quotion –

Ijazah kedoktoran REIKI ( 8 peserta pertama ) RM15 000 - Prof Dr Rahman


6.                http://www.netrade2u.com/kerezekian.htm
B001           Ingin rezeki yang mewah                        RM 5
B002           Mudah dan luas rezekinya                      RM 5
B003           Mencari harta karun                               RM 5
B004           Meluaskan & mendapatkan rezeki yang tidak disangka RM 5
B005           Amalan menarik rezeki                           RM 5
B006           Menghilangkan kesempitan                     RM 5
B007           Mendapatkan rezeki dari ikhtiar ruhaniah     RM 5


7.               http://www.kelanasakti.org/
DATOK KELANA INDRA SAKTI BOMOH SAKTI
RAJA BOMOH ANTARABANGSA
Masalah anda dapat diatasi, dengan izin Allah. Jangan putus asa. Harapan masih ada. DATOK KELANA sedia menolong apa juga masalah anda. Berat atau ringan. Jangan disebabkan macam-macam cara sudah dibuat, di badan macam-macam sudah dikeluarkan, di rumah macam-macam dibuang, jauh dekat sudah pergi, masalah makin menjadi, wang beribu sudah habis dibelanjakan. Masalah yang boleh diselesaikan diganggu apa juga jembalang, buang SAKA.Terkena ilmu hitam, sihir santau, suami cari perempuan lain, isteri curang. Lambat jodoh, pelalau, apa dibuat tidak jadi. Pelaris perniagaan, Pelaris diri, suami isteri benci membenci, lambat naik pangkat. Anak-anak tidak hormat orang tua, suka bergaduh. Masalah bermadu, pendinding diri, mandi bunga, putus tunang, kekasih diambil orang, yang kita hendak tidak dapat. Tidak bersemangat buat kerja dan hajat selalu terhalang dan susah tidur malam. Badan panas macam disalai. Badan mencucuk-cucuk macam dicucuk dengan jarum. Rendah diri, runsing, cepat marah, lemah, malas, sentiasa nak tidur, suka bersendirian, dengar suara bercakap, dibenci, didengki, dibuli orang, orang suka kita tidak suka, orang tidak suka kita suka walaupun kita buat baik.

8.                http://www.perubatantradisional.com/produk.htm
Minyak Pancar Alam
Ramuan daripada bumi Keraton , Indonesia digabungkan dengan buluh perindu, bunga kenduduk putih, bunga serai wangi, diisi dengan doa nabi Allah Sulaiman dan Nabi Yusuf. Dirumus dengan 7 jenis bunga haruman dan minyak wangi 7 beradik.
Khasiat : Penyeri, pemanis, pelaris dalam perniagaan, pengasih sejagat, penduduk, pemikat, dihormati dan disenangi semua insane dan untuk keharmonian rumah tangga.
Fidyah : $195.25

MINYAK PELARIS.
DIBUAT DARI MINYAK ZAFRAN YG BERMUTU, DIWIRIDKAN DENGAN ZIKIR DAN DOA OLEH ORANG ALIM AGAR PERNIAGAAN DAN DIRI ANDA NAMPAK MENARIK.DIPALITKAN DI BADAN SAMBIL BERSELAWAT 7 X KPD NABI.
NOTA: PENGHANTARAN LAMBAT SEMINGGU UNTUK MENAMBAH WIRID,SILA E MAILKAN NAMA ANDA,IBU SERTA TUJUAN ANDA KPD SAYA.
KITA HANYA BERUSAHA ALLAH MEMBERIKAN REZEKI

10. http://members.tripod.com/rahsia_melayu1/ram1/id25.html
RAHSIA AYAT AL QURAN SEBAGAI PELARIS PERNIAGAAN.

11.                  http://aurareiki.tripod.com/aurareiki.html
(Ini adalah kategori bomoh moden.)
KURSUS AURA REIKI CARA MUDAH
KANDUNGAN KURSUS
Anda akan diajar teknik-teknik rawatan alternatif menggunakan aura, antaranya:
Cara guna aura untuk apa sahaja hajat & tujuan contoh seperti untuk jualan produk, mesyuarat, tambah kasih sayang, pelaris perniagaan dan sebagainya

12.            http://www.iklan101.com/ad6754.html
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pelaris untuk kedai makanan atau pendinding diri dari kejahatan.

jangan keberatan untuk menalipon di talian
013218 9905

13.           http://www.pusakasulit.com/
        22. Pelaris Dalam Berniaga                      
        23. Pelaris Kedai Perniagaan                    
        24. Memajukan Lagi Perniagaan

PELARIS BULU BURUNG CENDERAWASIH
Adalah dinyatakan di dalam Kitab Tajul Muluk, bahawasanya bulu burung cenderawasih adalah sebaik-baik pelaris. Sama ada pelaris diri atau pelaris perniagaan. Sekiranya seseorang memakai pelaris bulu burung cenderawasih , segala urusannya akan dipermudahkan dan semua urusan akan menjadi. Sekiranya seseorang memakainya untuk urusan perniagaan maka perniagaannya akan bertambah maju. Insya-Allah, semuanya adalah dengan izin Allah yang meletakkan kelebihan pada burung Cenderawasih ini.
Melayu Antique juga menjual bulu burung cenderawasih untuk dijadikan pelaris. Harga sehelai bulu pelaris adalah
ANTARA RM1000.00 HINGGA RM3000.00 TUNAI.
Kami akan sertakan cara-cara pemakaiannya. Yang berminat boleh menghubungi kami 013-3090805.

 
MUSTIKA LENGO BONDO
Penglarisan - Usaha Lancar - Rezeki Melimpah - Kesuksesan
Persaingan bisnis semakin ketat dan lowongan kerja semakin sempit. Maka tak heran, banyak klien kami yang mengeluh karena usaha yang dibangun dengan kerja keras belum juga menghasilkan rezeki berlimpah seperti yang diharapkan. Bahkan dulunya yang sempat sukses menjadi terpuruk karena kalah dalam persaingan. Banyak juga sarjana yang masih pontang-panting mencari pekerjaan, mengelur karena bosan melamar kerja karena selalu ditolak. Mustika Lego Bondo mengandung 9 Khodam Qorin yang membantu Anda dalam segala usaha mencari rezeki.

·         Sangat cocok dipakai pedagang agar dagangan lancara dan tidak mudah tertipu.
·         Jika mustika ini diletakkan di pabrik, toko atau tempat usaha (apapun usaha itu), maka usaha tersebut akan berkembang pesat, menghasilkan uang yang melimpah.
·         Meningkatkan semangat kerja, kreativitas dan pikiran selalu terang.
·         Membuat keputusan bisnis yang tepat.
·         Selalu diterima jika melamar pekerjaan yang sesuai kemampuan Anda.
·         Mempermudah dalam mendapatkan pekerjaan yang layak.
·         Tawaran pekerjaan dan kerjasama bisnis selalu datang dari orang yang tidak disangka-sangka.
·         Dipercaya oleh semua orang dalam urusan bisnis dan pekerjaan.
·         Menghilangkan gangguan gaib yang menyebabkan Anda selalu sial dalam pekerjaan, tidak dipercaya dalam bisnis, tidak disukai, rugi dalam perdagangan dan sebagainya. Gangguan ini bisa dikarenakan oleh kiriman orang lain, diikuti makhluk gaib, pengaruh tempat tinggal yang angker, atau sebab lain.
·         Membersihkan karma negatif yang disebabkan oleh banyaknya dosa dan kesalahan yang Anda perbuat. Dengan sepenuh hati memohon ampunan kepada Tuhan dan memperbaiki perbuatan, semua karma negatif akan terhapus.
·         Membuka pintu, melapangkan, dan melancarkan jalannya rezeki yang berlimpah. Mengeluarkan rezeki yang tertahan melalui berbagai cara yang tidak diduga-duga.
·         Bagi yang sudah lancar rezekinya, maka Mustika ini menjadikan rezeki semakin melimpah berlipat ganda.
·         Melancarkan segala usaha yang Anda jalankan.
·         Keberuntungan dalam karir, disukai dan dipercaya banyak orang, disayang oleh atasan. Dengan demikian jabatan atau gaji Anda dengan terus naik hingga ke puncak.
Harga : RM400

~~~~~~~~~~~~~~

Memang di internet terdapat terlalu banyak laman yang memberikan perkhidmatan untuk pelaris perniagaan.
Islam mengajarkan umatnya di dalam apa juga usaha:
1. Berusaha
2. Berdoa
3. Bertawakkal
Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.

Ar Ruum: 36
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

Laris dan maju perniagaan adalah semata-mata satu rahmat dari Allah. Orang yang bersungguh-sungguh berusaha untuk memajukan perniagaan belum pasti perniagaan tersebut maju sekiranya Allah belum memberikan rahmatNya. Ini adalah kerana maju dan laris perniagaan adalah bentuk satu rahmat dari Allah. Sekiranya ada selain dari Allah satu perantaraan lain yang boleh membantu menjadikan perniagaan laris dan maju maka, perantaraan tersebut sudah mempunyai kuasa seperti Allah dan dengan ini sudah menyalahi asas akidah Islam.

Inilah yang dijelas Allah dalam Al Quran Al Baqarah: [165]
Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu , mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Di dalam ayat Al Quran  ini, Allah menjelaskan bahawa ada umat Islam tertentu yang menyembah Allah tetapi di samping itu mereka juga menyembah pelaris dan berharap kepada pelaris ini untuk memberikan rahmat maju dan laris perniagaan mereka. Inilah yang dinamakan mempersekutukan Allah dengan perantaraan lain dan dalam kes ini, perantaraan tersebut ialah tangkal pelaris.

Berdoa kepada Allah adalah sebenarnya berharap kepada Allah dan ini adalah salah satu ibadah dalam Islam dan ia adalah satu bentuk penyembahan yang sewajarnya. Berharap kepada berhala samalah dengan menyembah berhala dan syirik hukumnya. Berharap kepada tangkal adalah sama seperti menyembah tangkal dan syirik juga hukumnya. Berharap kepada pelaris adalah satu bentuk penyembahan dan dengan perbuatan ini syirik telah berlaku.

Apakah perbezaan berharap kepada berhala dengan berharap kepada tangkal pelaris? Kedua-dua perkara ini sebenarnya adalah sama dan di dalam kedua-dua kes ini, Allah telah dipersekutukan dengan berhala dan tangkal pelaris seolah-olah tangkal dan berhala ini mempunyai kuasa rububiah sama seperti Allah SWT. Usaha ini telah merosakkan tauhid uluhiah dan menjerumuskan pelaku kepada kesyirikan.

Apakah doa terus kepada Allah untuk memajukan dan melariskan perniagaan masih belum mencukupi dalam ajaran Islam? Perbezaan utama antara agama Islam dengan agama lainnya ialah di dalam ajaran Islam, umat Islam hanya perlu berhubung terus kepada Allah SWT tanpa perantaraan manakala agama lain seperti buddha dan hindu, mereka memohon sesuatu kepada Allah/tuhan melalui perantaraan sesuatu seperti berhala atau mereka meminta sesuatu kepada tuhan-tuhan lain selain Allah sebagaimana ajaran hindu yang mengajarkan konsep banyak tuhan.

Ghafir : 60
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”  

Asy-Syuura :27

“Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.”

Apakah Allah telah berbohong dan sudah tidak memperkenankan lagi doa-doa manusia sebagaimana ayat Quran di atas?? Jika seandainya Allah tidak memperkenankan perniagaan seseorang untuk maju dan laris, adakah tiba-tiba dengan usaha manusia menggunakan tangkal pelaris, Allah tiba-tiba berubah hati dan memperkenankan lalu memajukan dan melariskan perniagaan. Jika inilah kaedahnya, maka sudah tentu tangkal pelaris ini lebih berkuasa dari Allah SWT ??? nauzubillah.....

Jika manusia berdoa agar perniagaan mereka laris dan maju namun Allah masih belum melariskan dan memajukan, mungkin ini berlaku disebabkan pelbagai alasan yang Allah sahaja yang mengetahuinya.

Namun saya ingin mengongsikan sedikit panduan yang boleh diguna pakai untuk memajukan dan melariskan perniagaan:
1.      Jadilah orang Islam yang benar-benar bertakwa agar mendapat rahmat Allah sesuai dengan A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
Kalau berniaga restoran tetapi isteri tauke dan semua pekerja wanita tak pakai tudung , macam mana Allah nak majukan dan lariskan perniagaan. Jadilah perniagaan nanti macam tenggelam timbul. Kalau taukeh lelaki bertepuk bantai dengan pekerja wanita, macam mana perniagaan nak maju
2.      Jagalah solat 5 waktu. Kalau yang ini pun sukar dilaksanakan, kalau berniaga tu alamat nak terlungkup.
Janganlah berlaku zalim seperti menipu pelanggan dan sebagainya sesuai dengan Al A’raaf: 56:
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
3.      Belajarlah ilmu hadis tentang perniagaan. Terlalu banyak hukum hakam berkaitan perniagaan yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Bolehkah orang Islam berniaga secara memajak buah durian sebagaimana amalan sekarang. Sebenarnya Islam menegah amalan ini kerana kelak ada satu pihak yang mungkin rugi atau  kurang untung dari sepatutnya.
4.      Jangan bersubahat melakukan kezaliman / kesalahan oleh pekerja dan pelanggan. Membiarkan pekerja tidak solat alamat nak kena sesuatu dari Allah. Membiarkan pekerja tidak tutup aurat alamat juga nak kena musibah dari Allah. Membiarkan maksiat berlaku antara pekerja juga alamat nak kena belasah dari Allah.
5.      Kalau berhajat murah rezeki, perniagaan laris dan maju, Allah sangat pemurah dengan mengurniakan pelbagai rezeki, mengapa tidak mulakan diri sendiri terlebih dahulu menjadi pemurah?? Mengapa tidak sahaja ditetapkan bahawa setiap keuntungan dari perniagaan bulanan sebanyak 5 % dipindahkan ke tabung kebajikan pekerja dan 5 % lagi dipindahkan ke tabung derma fi sabilillah!! Insya-Allah apabila diri ini melatih menjadi pemurah, Allah akan lebih pemurah kepada perniagaan ini!!
6.      Elakkan memberi rasuah dan menerima rasuah. Kebanyakan peniaga di Malaysia kini macam sudah terkena penyakit rasuah merasuah ini.
7.      Seimbangkan mencari dunia dan mencari akhirat. Bab ini memang paling payah dilaksanakan kerana apabila semakin banyak mencurah rezeki masuk, selalunya semakin lupa mencari bekalan akhirat.
8.      Usahakan menambah ilmu agama kepada diri sendiri, keluarga dan para pekerja. Usahakan agar setiap ilmu ini dilaksanakan.
9.      Elakkan sama sekali sifat riak. Jangan suka memberitahu berapa banyak projek sedang dilaksanakan. Pelajari apa itu sifat riak dan ujub dan hindarilah.
10. Elakkan sifat kedekut termasuklah kedekut kepada pelanggan dan para pekerja. Terdapat boss yang jutawan di JB ini cukup kaya tetapi pekerja penting kerap cabut dan bertukar kerana sifat kedekut boss ini terhadap pekerjanya.
11. Jangan sesekali lupa membayar zakat perniagaan dan zakat pribadi, insya Allah perniagaan akan dirahmati dan dilindungi Allah.
12. Elakkan sifat merungut dan mengeluh. Banyak berzikir dan terutama sekali ucapan alhamdulillah setiap kali diberikan rahmat dan segerakan sujud syukur.
13. Banyakkan solat sunat termasuk solat malam. Banyakkan amalan Nabi seperti membaca 4 Kul, ayatul kursi, 3 ayat terakhir Al Baqarah, surah Kahfi serta amalan sahih lain semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
14. Sentiasa dahagakan ilmu (yang tidak bertentangan Islam) sebagaimana orang Jepun dahagakan ilmu sains teknologi Barat.
15. Elakkan sama sekali amalan pelaris termasuk amalan menggantung ayat Seribu Dinar dan Ayat Kursi.
16. Niatkan usaha perniagaan sebagai satu fardhu kifayah yang mana peniaga membantu pembeli dan pembeli pula membantu peniaga, insyaAllah setiap usaha bakal memperolehi ganjaran pahala besar dari Allah.
17. Dan sebagainya lagi.

Sebesar-besar dosa di dalam Islam ialah dosa mensyirikkan Allah. Menggunakan pelaris di dalam perniagaan adalah satu pekerjaan syirik. Untuk mendapat rahmat dari Allah, pastinya segala bentuk perbuatan syirik perlu dijauhi. Namun masalah utama di Malaysia kini, berbagai perkhidmatan memberikan pelaris disediakan untuk para peniaga seolah-olah pelaris ini dihalalkan Islam. Majalah, akhbar dan internet menyediakan pelbagai ruang iklan yang mengiklankan perkhidmatan memberikan pelaris kepada para peniaga.

Pada pandangan saya, faktor peniaga yang bergantung kepada pelaris inilah yang menyebabkan ramai peniaga Melayu Islam gulung tikar kerana Allah tidak redha dengan usaha melalui pelaris ini.

Jauhi syirik, tingkatkan keimanan dan pohonlah rahmat dari Ilahi.

Sekian wassalam wallahuaqlam.

Emjay





Assalamualaikum 


Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris yang diamalkan ramai peniaga restoran, kedai runcit dan sebagainya. Di samping mengadakan solat hajat dan amal ibadat lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam mencari rezeki melalui perniagaan, ada yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal seperti besi, duit syiling, beras, garam, gula dan sebagainya di premis perniagaan. Sebab sebenar alatan ini digunakan adalah samar bagi saya. Ada yang menggunakan alasan bahawa alatan tersebut adalah simbol semata-mata dan rahmat serta kejayaan perniagaan adalah kehendak mutlak Yang Maha Esa. Ada yang memberi contoh ; seperti ubat-ubatan doktor adalah simbol sahaja sedangkan sakit hanya dapat diubati jika kehendakNya mengizinkan untuk sembuh. Ada yang menggunakan contoh Nabi Musa yang membelah lautan dengan tongkatnya, iaitu bukan tongkat yang membelah laut tetapi dengan izin Allah SWT yang menyebabkan laut terbelah. Jadi kesimpulannya adalah, alatan besi, syiling dan lain-lain adalah simbol semata jadi tidak salah untuk diletakkan di premis perniagaan di samping itu memperbanyakkan ibdat memohon restu dari tuhan untuk kejayaan. 


Soalan saya ialah, apakah pendapat dari segi hukum mengenai penggunaan alatan tersebut jika dalam hati tetap percaya bahawa semua adalah dengan izin Allah SWT?

Jawapan :
 
 Walaikumsalam. 


Khurafat sekiranya mempercayai sesuatu itu boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan, seperti yang kita maklum dengan berusaha sahaja Allah SWT akan mengizinkan sesuatu itu dengan kehendakNya. Sekiranya kita mempercayai benda lain selain dari kuasa Allah SWT ditakuti ia boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam. 


Adalah lebih baik sekiranya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan dijadikan doa dalam kehidupan seharian. Ini kerana ayat-ayat Al-Quran telah jelas dan mencukupi kehebatannya tanpa perlu ditokok dengan sesuatu perkara atau benda lain untuk dijadikan simbol atau alat yang kononnya dapat memberi keuntungan. 


 wallahua'lam..