Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 2 January 2008

Laman Emjay Kena “Hack”

Laman Emjay Kena “Hack”

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi amat mengasihani

Assalamualaikum wbh kepada semua umat Islam

Memang semenjak 4 November 2007 saya tidak  menulis di dalam Laman Emjay namun saya masih memantau kiriman-kiriman reply dari pembaca sekalian. Pada 15 Dec 2007 saya cuba membuka reply berkenaan  artikel Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah.dari seorang pembaca Laman Emjay bernama ganz2005 . Apabila selesai membuka reply tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila buat pertama kalinya melihat laman kesayangan saya telah kena hack oleh ganz2005.
Saya merasa begitu sedih mengenangkan kelak ramai dari kalangan pembaca Laman Emjay yang akan tidak akan dapat membaca artikel menarik ini. Memang di Malaysia isu penggunaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiyah serta Pusat Rawatan **** ***** memang sentiasa menarik perhatian umum.

Tentang selawat syifak dan selawat tafrijiyah tu, eloklah pengamalnya berhenti dan bertaubat dari mengamalkannya kerana sesuatu yang kelihatan baik jikalau tidak berlandaskan Islam eloklah tidak diikuti. Imam Syafie menghukumkan orang yang menambah syariat atas dasar kelihatan baik dan Islamik sedangkan tiada dicontohkan oleh nabi sebagai KAFIR.

Bacalah artikel #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2 untuk lebih memahami bentuk selawat yang diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad tidak pernah mengajarkan selawat syifak dan selawat tafrijiyah. Selawat adalah sebahagian daripada syariat Islam dan menambah selawat yang tidak pernah di ajarkan Nabi Muhamad adalah jelas menambah syariaat dan menurut Imam Syafie adalah jelas KAFIR. Penjelasan selanjutnya mengapa salah mengamalkan selawat syifak dan tafrijiyah bolehlah diperolehi di Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah.

Pada hari ini iaitu 2 Jan 2008 alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah SWT dengan rahmatNya jua saya dapat menyelesaikan masalah hacking ini dan mulai saat ini pembaca Laman Emjay sekalian boleh terus merujuk semula artikel menarik ini.

Sdr ganz2005 melakukan kerja merosak ini mungkin secara bersendirian atau pun mengambil upah dari sesuatu pihak. Saya dengan ini berdoa semoga mereka yang terlibat melakukan kerja-kerja zalim ini dibalas oleh Allah SWT setimpal dengan perbuatan dan seterusnya diberikan taufik hidayah semoga berjalan lurus di bumi Allah ini berdasarkan syariat Islam sebenarnya.
Berikut adalah paparan yang dipamerkan oleh hacker ganz2005 .

 

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang sama iaitu laman Multiply kena hack dari mana-mana pihak, bolehlah merujuk kepada saya untuk dibantu menyelesaikan masalah tersebut sekadar kemampuan saya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

2 comments:

  1. secure_test




    KLEPOON



    defaced by
    KLEPOON


    thank's
    WAROENG JAJAN HACKER


    Hey admin...whats wrong!?
    UNSECURE SITES!!


    INDONESIA

    ReplyDelete


  2. This site is prohibited by defacer

    ==| klepoon |==

    ReplyDelete