Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 4 January 2008

MENYINGKAP RAHSIA DI SEBALIK KEJADIAN NUR MUHAMMAD

 MENYINGKAP RAHSIA DI SEBALIK KEJADIAN NUR MUHAMMAD

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Assalamualaikum wbh sekalian muslim

Terus terang memang saya menentang kitab Berzanzi karangan Jaafar Al Barzanj. Bagi orang ramai di Johor, kemampuan membaca kitab berzanzi  seolah-olah satu kelebihan utama seolah-olah sudah menjadi Al hafiz yang hafal keseluruhan Al Quran. 

Saya semenjak kecil sudah didedahkan dengan kononnya keagungan kitab berzanzi ini. Setiap kali cukur jambul  bacaan dari kitab berzanzi ini akan berkumandang. Setiap kali marhaban sempena kunjungan dari rumah ke rumah sewaktu sambutan aidilfitri, bacaan dari kitab berzanzi ini juga akan berkumandang. Begitulah bagaimana kitab berzanzi ini telah diberikan kedudukan yang mulia di Johor ini.

Saya mula meragui kitab ini setelah dijelaskan oleh arwah guru. Bagi mempastikan keraguan saya ini berasas, saya telah membeli terjemahan kitab berzanzi ini di kedai buku di Angsana. Apabila saya membacanya, berbagai-bagai benda baru yang bukan-bukan ada terdapat di dalam kitab ini dan antaranya ialah fahaman NUR MUHAMAD.

Banyak fahaman-fahaman tarekat memang mengagungkan kitab berzanzi ini termasuk  mengamalkan fahaman NUR MUHAMAD. Untuk memahami lebih lanjut kebatilan konsep Nur Muhamad ini, berikut saya lampirkan artikel berkenaannya yang saya temui dalam simpanan saya. Maafkan saya kerana nama penulisnya tiada di dalam simpanan saya. ~
Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~

TAJUK: MENYINGKAP RAHSIA DI SEBALIK KEJADIAN NUR MUHAMMAD

 1.  Pengenalan

 Banyak sekali terdapat dalam kitab-kitab tasauf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama alam semesta ini adalah Nur Muhammad.  Kenyataan  seperti ini telah menimbulkan banyak pula fahaman-fahaman lain berhubung dengan Rasulullah s.a.w seperti Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai bayang , tergila-gilanya  perempuan-perempuan kepada ayahanda Nabi s.a.w.  Ketika Nur Muhammad dikatakan memancar di dahinya sampai membawa mereka mati dan sebagainya.

 Ia juga mendekatkan kepada konsep Nur Panjthan  (Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah.  Ia juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi yang mempercayai  bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi kejadiannya berbeza dari yang lain kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah.  Untuk ini banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadis-hadis yang sahih diketepikan atau diabaikan langsung.

 Walaupun pengarang kitab-kitab sirah dan maulid dan juga pengarang-pengarang kitab-kitab tasauf itu mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tetapi tidak pula mereka menyatakan sanadnya, di samping tidak diketahui langsung punca-puncanya yang boleh dipertanggungjawabkan.  Kalaupun  ada hanya satu hadis yang dikatakan telah dikemukakan oleh Abdul Razak dalam “Musannaf”nya, InsyaAllah akan diterangkan kemudian.  Tetapi anehnya banyak lagi perincian yang tidak terdapat di dalam hadis Abdul Razak itu tentang Nur Muhammad dapat kita lihat dalam riwayat-riwayat yang  dikemukakan mereka.  Sebagai contohnya, dapat kita lihat pada muka surat pertama lagi daripada kitab “Madariju As-Suud” karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai “Al Barzanji”.  Kitab tersebut dibuka dengan puji-pujian kepada Allah yang telah memulakan wujud  ini dengan Nur Muhammad yang meresap dalam segala perkara yang ditakdirkan Allah sebelum diciptanya langit dan bumi selama 50,000 tahun.

2.   Nur Muhammad Versi Ka’bul Akhbar
Kata Ka’bul Akhbar, “Bila Allah hendak menjadikan sekelian maujudat dengan merendahkan bumi dan meninggikan langit-langit, maka Dia menggenggam satu genggaman daripada NurNya.  Diapun berkata kepada segenggam NurNya itu, “Jadilah engkau Muhammad”.  Maka iapun menjadi satu tiang daripada Nur yang berkilau-kilau  sampai daripada hijab kegelapan lalu Nur itupun bersujud seraya berkata “Segala puji bagi Allah”.  Maka Allah berfirman, “Untuk itulah Kuciptakan engkau dan Kunamakan engkau Muhammad.  Daripadamulah Aku memulakan kejadian makhluk ini dan denganmulah Aku menyudahi Rasul-Rasul”.  Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan NurNya itu kepada 4 bahagian pula.  Daripada bahagian pertama dijadikanNya Lauh (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan nya Qalam.  Kemudian Allah berfirma kepada Qalam, “Tulislah”.  Maka menggeletarlah Qalam itu selama 1,000 tahun justeru hebatnya perintah Allah kepadanya itu.  Kemudian Qalam berkata, “Apakah yang perlu kutulis?  Allah berfirman, “Tulislah Laailaha illallah Muhammadun Rasulullah”.  Maka Qalam itu pun  menulislah apa yang diperintahkan dan setelah itu ia mengikut ilmu Allah (dengan menulis) berhubung dengan makhlukNya.

 Qalam menulis, “Wahai anak-anak Adam daripada sulbinya! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam neraka.  Wahai ummat Nuh! Sesiapa yang taat kepada Allah  akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya  ke dalam neraka.  Wahai ummat Ibrahim! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka.  Wahai ummat Musa! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka akan dimasukkanNya ke dalam neraka.  Wahai ummat Muhammad! Sesiapa yang taat kepada Allah akan dimasukkanNya ke dalam syurga dan sesiapa yang derhaka kepada Allah…..”  Qalam sudah hampir menulis akan dimasukkanNya ke dalam neraka tiba-tiba terdengar seruan daripada Tuhan Yang Maha Tinggi, “Wahai Qalam! Beradablah”.  Maka pecahlah Qalam itu kerana kehebatan Allah dan tertulis noktah dengan tangan  Qudrat .  Kerana itulah pada kebiasaannya setiap qalam tidak menulis melainkan dalam keadaan terpecah-pecah dan berbintik-bintik dan tuhanpun berkata kepadanya, “Tulislah ummat yang berdosa dan Tuhan Yang Pengampun”.

Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy.  Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian.  Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang.  Semua Nur-Nur ini adalah daripada Nur Muhammad.  Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.

 Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di  bawah arasy sehingga Allah `Azzawajalla menjadikan Adam dan diperintahkan malaikat supaya bersujud kepadanya.

Adam dimasukkan ke dalam syurga, ketika itu malaikat berdiri di bahagian belakang Adam bersaf-saf.  Mereka memandang kepada Nur Muhammad lalu berkatalah Adam, “Wahai Tuhan! Kenapakah malaikat ini berdiri di belakangku bersaf-saf?”  Allah berkata, “Wahai Adam! Mereka memandang kepada Nur Kekasihku (Muhammad) penyudah sekelian Rasul  yang akan Ku keluarkan daripada belakangmu.”  Berkatalah Adam, “Wahai Tuhan!  Letakkanlah Nur itu di sebelah hadapanku supaya malaikat mengadapku.”  Maka Allahpun  meletakkannya di dahinya.  Pada ketika itu para malaikat pun berdiri mengadap wajah Adam lalu Adam pun berkata “Wahai Tuhan! Letakkanlah Nur ini di suatu tempat yang dapat aku melihatnya”.  Maka Allahpun  meletakkan Nur Muhammad itu di jari telunjuknya.

Adam melihat kepada kecantikan Nur itu, maka bertambah-tambahlah kecantikan dan serinya.  Adam mendengar Nur itu bertasbih dengan tasbih yang agung.  Kemudian Nur itu berpindah daripada Adam kepada Hawa.  Adam melihat Nur itu pada wajah Hawa bagai matahari yang bersinar-sinar.  Kemudia Hawa melahirkan Rasul yang mula-mula daripada anak Adam iaitu Syith.  Maka hilanglah Nur itu daripada wajah Hawa , berpindah pulalah ia kepada Syith.  Adam meminta kepada Syith agar tidak diletakkannya Nur itu melainkan pada perempuan-perempuan yang suci.

    Kemudian terus berpindah-pindahlah  Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib.  Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikanNya penghulu sekelian Rasul  dan penyudah sekelian Nabi, dijadikannya rahmat kepada sekelian alam dan pemimpin kepada orang-orang yang bertuah.

3.   Nur Muhammad Versi Syeikh Zainal Abidin Al-Fathaani
Contoh yang kedua pula dapat kita lihat di dalam kitab – kitab seperti “Daqaa’iqu Al Akhbar Fi Zikri Al Jannati Wa An Nar” karangan Abdul  Rahim bin Ahmad Al Qadhi, “Kasyfu Al Ghaibiah” sebuah kitab jawi karangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fathaani dan lain – lain di mana disebutkan di dalam helaian pertamanya lagi tentang kejadian Nur Muhammad itu tetapi ia jauh berbeza daripada apa yang terdapat di dalam kitab “Madariju As Su’ud” tadi , begini bunyinya ;

Bab Yang Pertama Pada Menyatakan Kejadian Ruh Agung Iaitu Nur Penghulu Kita Dan Nabi Kita Muhammad s.a.w.

 Tersebut di dalam hadis bahawasanya Allah telah menjadikan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan . Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratu Al Muttaqin.” Dalam sesetengah riwayat tersebut “ Syajaratu Al Yaqin “ . Kemudian Ia menjadikan Nur Muhamamd  di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti rupa burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur itu di atas pohon tadi selama 70,000 tahun .

 Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya . Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu , dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok . Maka malulah ia kepada Allah Taala lalu berpeluh dan bertitiklah daripadanya enam titik peluh .

 Daripada titik yang pertama Allah jadikan ruh Abu Bakr ra.  Dan daripada titik yang kedua dijadikan ruh Umar ra . Daripada titik yang ketiga dijadikan ruh Utsman ra . Dan daripada titik yang keempat dijadikan ruh Ali ra . Daripada titik yang kelima dijadikan pokok bunga ros dan daripada titik yang keenam dijadikan padi.

 Setelah itu bersujudlah Nur Muhammad itu sebanyak lima kali.  Lima kali sujud itu merupakan fardhu yang ditentukan oleh Allah swt berupa sembahyang lima waktu ke atas Nabi Muhammad dan ke atas ummatnya.

 Kemudian Allah menilik pula kepada Nur itu, maka berpeluhlah ia kerana malu kepada Allah.  Daripada peluh hidungnya Allah menjadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah menjadikan arasy, qursi, lauh, qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang dan segala sesuatu yang terdapat di langit.  Daripada peluh dadanya Allah menjadikan sekelian nur Rasul, sekelian ulamak, syuhada’ dan solihin.  Daripada peluh belakangnya Allah menjadikan Baitul Ma’mur, Ka’bah, Baitul Maqdis dan segala tapak masjid di dunia ini.
 Daripada peluh dua keningnya itu Allah menjadikan ummat Nabi Muhammad, daripada sekelian mukmin lelaki dan perempuan.  Daripada peluh dua telinganya Allah menjadikan segala ruh Yahudi, Nasrani, Majusi dan seumpamanya daripada mulhid, kafir dan munafiqin.  Daripada peluh dua kakinya Allah menjadikan segala bumi daripada Masyrik dan Maghrib dan segala apa yang ada di dalamnya.

 Kemudian Allah berfirman kepada Nur, “Perhatikanlah di sebelah hadapanmu wahai Nur Muhammad!”  Apabila ia memerhatikan tiba-tiba ia melihat di sebelah hadapan dan belakangnya dan di sebelah kanan dan kirinya nur semata-mata.  Nur-nur itu adalah Abu Bakr, Umar, Usman dan Ali.  Nur-nur itu kemudiannya bertasbih selama 70,000 tahun.  Kemudian Allah menjadikan nur para Nabi daripada Nur Muhammad.  Allah menilik kepada Nur Muhammad maka dijadikanNya daripada Nur itu ruh-ruh mereka itu yakni dijadikan ruh sekelian Nabi itu daripada peluh Nur Muhammad saw.  Daripada peluh ruh-ruh para Nabi itu dijadikan ruh-ruh ummat mereka dan dijadikan ruh orang-orang mukmin dari kalangan ummat Muhammad daripada peluh Nabi Muhammad.  Maka mengucaplah sekelian mereka ‘Laaila ha illallah Muhammadun Rasulullah”.

 Kemudian Allah menjadikan “qandil” daripada “aqiaq” yang merah.  Bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalamnya.  Kemudian Allah menjadikan rupa Muhammad itu seperti rupanya di dalam dunia ini.

 Lalu diletakkan di dalam qandil itu.  Maka berdirilah ia di dalam qandil itu seperti berdirinya di dalam sembahyang dan ruh-ruh para Nabi dan lain-lain mengelilingi qandil Nur Muhammad itu.  Mereka semua bertasbih dan bertahlil selama 100,000 tahun.

 Kemudian Allah memerintahkan supaya tiap-tiap ruh itu menilik Nur Muhammad itu.  Ada di antaranya melihat kepalanya maka jadilah ia khalifah dan sultan antara sekelian makhluk, di antara mereka ada yang melihat  dua matanya maka jadilah ia hafiz bagi kalam Allah .  Di antara mereka ada yang melihat dua keningnya maka jadilah ia pelukis.  Di antara mereka ada yang melihat dua telinganya maka jadilah ia orang yang mendengar dan patuh.  Di antara mereka ada yang melihat dua pipinya maka jadilah ia orang yang berbuat baik dan berakal.  Di antara mereka ada yang melihat dua bibir mulutnya maka jadilah ia pembesar-pembesar di sisi raja.  Di antara mereka ada yang melihat hidungnya maka jadilah ia pujangga, doktor dan penjual wangi-wangian .  Di antara mereka ada yang melihat mulutnya maka jadilah ia orang yang berkuasa.   Di antara mereka ada yang melihat kakinya maka jadilah ia orang rupawan sama ada lelaki atau perempuan.  Di antara mereka ada yang melihat akan lidahnya maka jadilah ia utusan raja-raja.  Di antara mereka ada yang melihat halkumnya maka jadilah ia penasihat dan muazzin (tukang bang).  Di antara mereka ada yang melihat janggutnya maka jadilah ia orang yang berjuang “fi sabilillah.” 

 Di antara mereka ada orang yang melihat tengkoknya maka jadilah ia saudagar.  Di antara mereka ada yang melihat dua lengannya maka jadilah ia orang yang pandai bermain kuda dan pedang.  Di antara mereka ada yang melihat lengan kanannya maka jadilah ia tukang berbekam.  Di antara mereka ada yang melihat lengan kirinya maka jadilah ia orang yang jahil.  Di antara mereka ada yang melihat tapak tangan kanannya maka jadilah ia penjual emas dan perak dan tukang sukat.  Di antara mereka ada yang melihat tangan kirinya maka jadilah ia orang yang pandai menyukat.  Di antara mereka ada yang melihat dua tangannya maka jadilah ia orang yang pemurah dan terpuji.  Di antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kiri maka jadilah ia orang yang bakhil.  Di antara mereka ada yang melihat belakang tapak tangannya yang kanan maka jadilah tukang masak.  Di antara mereka ada yang melihat ruas-ruas anak jari yang kiri maka jadilah ia juru tulis.  Di antara mereka ada yang melihat anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang jahit.  Di antara mereka ada yang melihat segala anak-anak jari yang kiri maka jadilah ia tukang besi.  Di antara mereka ada yang melihat dadanya maka jadilah ia orang yang `alim, mulia dan mujtahid.  Di antara mereka ada yang melihat belakangnya maka jadilah ia orang yang tawadhu’ dan taat mengikut syara’.  Di antara mereka ada yang melihat dua lambungnya maka jadilah ia orang yang berperang fi sabilillah.  Di antara mereka ada yang melihat perutnya maka jadilah ia orang yang bersifat qana’ah dan zahid.  Di antara mereka ada yang melihat dua lututnya maka jadilah ia orang yang ruku’ dan orang yang sujud.  Di antara mereka ada yang melihat dua kakinya maka jadilah ia orang yang pandai berburu.  Di antara mereka ada yang melihat dua tapak kakinya maka jadilah ia orang yang berjalan.  Di antara mereka ada yang melihat bayang-bayangnya maka jadilah ia penyanyi dan pemain gendang.

Di antara mereka ada yang tiada melihat sesuatu daripadanya maka jadilah ia Yahudi dan Nasrani atau kafir dan musyrik atau Majusi.  Di antara mereka ada yang tiada langsung melihatnya maka jadilah ia orang yang mendakwa ketuhanan seperti Fir’aun dan lainnya daripada orang kafir”.

4.   Makhluk yang mula-mula dicipta Allah mengikut hadis yang sahih
Sedangkan apa yang diketahui daripada kitab-kitab hadis yang sahih dan muktabar, yang mula-mula sekali dicipta oleh Allah SWT ialah Qalam.  Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Daud daripada Ubadah bin As Samit daripada Nabi s.a.w.,  “Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dicipta  oleh Allah ialah Qalam.  Maka Allah berfirman kepadanya, “Tulislah!” Iapun berkata, “Wahai Tuhan! Apakah yang perlu saya tulis?”  Allah SWT bersabda, “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga kiamat.”

 Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa yang mula-mula diciptakan oleh Allah ialah `Arasy.  Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum  ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun.  Ketika itu arasyNya telahpun berada di atas air”.

 Di sini jelas menunjukkan bahawa kejadian arasy dan air adalah terdahulu daripada kejadian pen, tetapi yang mana satu daripada arasy dan air ini pula terdahulu diciptakan?  Berdasarkan riwayat Ahmad dan Tirmidzi dan dihukum sahih olehnya dari hadits Abi Razin Al’Uqaili secara marfu’ tersebut bahawa air telah diciptakan terlebih dahulu daripada arasy.  Hafidz Ibn Hajar di dalam Fathul Baari j.6 ms. 289 juga mentarjihkan hadis ini.

 Kebanyakan ulamak mengatakan terdahulunya pen itu dalam penciptaannya adalah merupakan “awwaliah idhafiah” atau “terdahulu nisbi” sementara terdahulunya arasy dan air itu adalah  terdahulu “awwaliah haqiqiah” maksudnya “terdahulu sebenar”.

Sementara hadis yang dikatakan menyebutkan bahawa kejadian yang pertama sekali ialah Nur Muhammad pula merupakan sesuatu yang tidak berasal dan tidak sabit daripada Rasulullah s.a.w..  Hafidz Ibn Taimiah dan Ibn Katsir menyatakan, “Semua hadis-hadis yang menyatakan demikian adalah palsu dan diada-adakan dengan ittifaq ahli ilmu hadis”.  -lihat Al Aatsaru Al Marfu’ah muka surat 23.  Demikian juga kata Abu Hasan Ali bin Muhammad Al Kinani dan Imam Zahabi – lihat Tanzihu As Syari’ah Al Maarfu’ah.

  1. Kedudukan ‘Hadis’ tentang Nur Muhammad
 Ada dikatakan hadis tentang Nur Muhammad telah dikemukakan oleh Abdul Razak bin Hamam dalam “Musannaf”nya padahal hadis itu tidak terdapat dalam kitab tersebut menurut perhatian penulis terhadap kitab Musannaf cetakan Al Maktabu Al Islami, Beirut, dengan tahqiq oleh Allamah Al Muhaddits Habibur Rahman Al-A’zami.

 Yang menghairankan ialah para ulamak yang lalu menyebutkan hadis ini terdapat di dalam Musannaf seperti apa yang disebutkan oleh pengarang sebuah kitab tasauf dalam bahasa Jawi iaitu “Ad Durun an Nafis” (muka surat 23) dan Sulaiman An Nadwi dalam “Seeratu an Nabi” (Jilid 3) tetapi Sulaiman Nadwi mengakui tidak berpeluang melihat kitab itu sendiri kerana kitab itu tidak dicetak di India pada ketika itu.

 Sementara Anwar Shah Kasymiri pula menyatakan hadis itu telah dikemukakan oleh Hakim dalam Mustadraknya tetapi apabila diteliti tidak terdapat pun hadis itu di dalam Mustadrak, yang ada hanyalah hadis tentang Qalam sebagai sesuatu yang mula-mula dijadikan oleh Allah bukannya Nur Muhammad.  Tidaklah dapat dipastikan samada ulamak-ulamak yang lalu itu hanya menukilkan riwayat dari nukilan dan kata-kata orang lain berdasarkan kepercayaan kepada orang itu tanpa melihatnya sendiri atau ada di antara mereka yang mendapati naskah “Musannaf” yang menyebutkan tentang Nur Muhammad itu.

 Walaubagaimanapun daripada naskah yang tercetak dan tersebar hari ini, hadis itu memang tidak wujud.  Apa yang didakwakan sebagai hadis Nur Muhammad yang terdapat di dalam kitab Musannaf itu mengikut sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Riza Khan Barelwi (Pengasas aliran Barelwi di India dan Pakistan) yang sesat itu di dalam kitabnya Solatu As Safa adalah sebagai berikut:

“Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Jabir, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta sebelum segala sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya.  Maka Nur itu mula berputar dengan kudrat Allah selama dikehendakiNya.  Pada ketika itu belum ada lagi lauh dan qalam, syurga dan neraka.  Belum juga ada malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan manusia.  Bila Allah hendak menjadikan makhluk, dibahagiNya Nur itu kepada empat bahagian.  Daripada bahagian yang pertama dijadikan qalam, daripada bahagian yang kedua dijadikan lauh, daripada yang ketiga dijadikan arasy.  Kemudian Dia membahagikan bahagian yang keempat kepada empat bahagian yang lain.  Daripada bahagian yang pertama dijadikan langit, daripada bahagian kedua dijadikan bumi, daripada bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka kemudian yang keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian ….”   hingga ke akhir hadis.

 Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadis ini tidak terdapat dalam “Musannaf” Abdul Razak.  Kalau diandaikan hadis ini memang ada, maka ia perlu dinilai dan  ditimbang dengan neraca ilmu hadis dan hasilnya tentu akan kita dapati bahawa ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada menerima hadis ini untuk dijadikan sebagai alasan atau pegangan.

 Pertama, perlu diteliti dan diketahui dengan sejelas-jelasnya siapakah Abdul Razak itu?  Mengikut kebanyakan tokoh-tokoh hadis bahawa Abdul Razak adalah seorang Syiah Rafidhah.  Setengah ulamak menganggapnya sebagai pembohong.  Ulamak-ulamak hadis yang menerima riwayatnya pun mengemukakan beberapa syarat untuk diterima riwayatnya.  Antaranya ialah:

1.     Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan fadhail dan manaqib tidak akan diterima.
2.        Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi sahabat tidak akan diterima.
3.     Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa kesedaran dirinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima.
4.        Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar.
5.     Dia terkenal dalam kesilapannya meriwayatkan hadis-hadis Ma’mar sedangkan kebanyakan riwayat-riwayatnya adalah berpunca daripada Ma’mar.
6.     Sekiranya hadis yang diriwayatkannya itu hadis yang muttasil dan setiap perawinya adalah orang tsiqah barulah boleh diterima riwayatnya.

 Itupun bagi orang-orang yang menerima riwayatnya, sementara segolongan ulamak hadis pula langsung tidak mahu menerima riwayatnya oleh kerana beliau dikenali sebagai Syiah Rafidhah.  Zaid  bin Al Mubarak malah menyatakan Abdul Razak itu lebih pembohong daripada Waqidi.  Ahmad bin Abi Khaitsamah berkata, “Saya mendengar Ibn Ma’in ketika diceritakan  kepadanya bahawa Imam Ahmad berkata, “Ubaidullah bin Musa ditolak hadisnya kerana kefahaman Syiahnya “Maka Ibn Ma’in berkata, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Abdul Razak lebih melampau 100 kali ganda daripada Ubaidullah dalam perkara ini “(Az Zahabi-Mizanu Al-I’tidal jilid 2 muka surat 611) 

 Bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak hadis tentang Abdul Razak ialah, beliau adalah seorang Syiah Tafdhiliah dan boleh diterima riwayat-riwayatnya dengan syarat-syarat yang telah disebutkan tadi.  

Kedua, perlu juga dilihat kedudukan kitab Musannaf itu di antara kitab-kitab hadis yang lain dan menurut Syah Abdul Aziz bahawa kitab-kitab hadis itu terbahagi kepada empat peringkat.  Termasuk di dalam peringkat yang pertama tiga buah kitab iaitu Muwattha’ Imam Malik, Sahih Al Bukhari dan Sahih Muslim.  Termasuk di dalam peringkat yang kedua ialah kitab-kitab seperti Jami’ Tirmidzi, Sunan Abi Daud dan Sunan Nasa’i.   Di dalam peringkat yang ketiga pula termasuk kitab-kitab hadis yang memuatkan hadis-hadis sahih, hasan, dhaif, ma’ruf, gharib, syaz, mungkar, khatha’ dan shawab (salah dan betul) sabit dan maqlub. Kitab-kitab yang termasuk dalam peringkat yang ketiga ini tidaklah sampai kepada kemasyhuran yang begitu tinggi di kalangan ulamak.  Walaupun tidak semua hadis-hadisnya boleh dinamakan mungkar, para fuqaha tidak banyak menggunakan hadis-hadis daripada kitab-kitab ini yang mutafarrid (hadis yang hanya tersebut di dalam salah satu daripada kitab-kitab ini)

 Termasuk di dalam peringkat ini ialah kitab-kitab seperti Musnad Imam Syafi’e, Sunan Ibn Majah, Musnad Ad Daarimi,  Musnad Abi Ya’la, Musannaf Abdul Razak dan lain-lain.  Termasuk di dalam peringkat keempat pula kitab-kitab hadis yang hanya memuatkan hadis-hadis dhaif dan maudhu’ seperti Kitabu Ad Dhu’afa’ karangan Ibn Hibban, Kitabu Ad Dhu’afa’ karangan `Uqaili dan lain-lain. 
 
Daripada keterangan di atas dapat dilihat bahawa Musannaf Abdul Razak itu termasuk daripada kitab-kitab hadis dari peringkat ketiga.  Riwayat-riwayatnya tidak boleh diterima secara mutlak tanpa memeriksa dan menilainya terlebih dahulu.

Sesetengah ulamak misalnya Maulana Habibur Rahman Kandahlavi seorang tokoh hadis di Pakistan menyatakan kepalsuan hadis ini ditinjau dari sudut dirayah.  Begini katanya  “Hadis ini menyatakan bahawa Nur Muhammad telah dicipta oleh Allah dari NurNya.  Kemudian daripada Nur Muhammad itu diciptakan sekelian makhluk lain, seolah-olahnya Allah telah terbahagi kepada juzuk-juzuk dan jisim yang tidak berkesudahan buat selama-lamanya.  Ini bermakna setiap sesuatu dalam alam semesta ini merupakan satu juzuk daripada Allah dan setiap sesuatu darinya mempunyai unsur ketuhanan.  Tiada lagi yang sunyi dari unsur ini.  Dalam keadaan ini jika ada seseorang yang mendakwa sebagai Tuhan atau berkata, “Dalam keadaan ini jika ada seseorang yang mendakwa sebagai Tuhan atau berkata, “Anal haq” “Ana Rabbukumul a’la” mungkin juga dari satu sudut ada kebenarannya.

 Ketika itu perbezaan antara khaliq dan makhluk, ‘abid dan ma’bud dan malik dan mamluk yang ditekankan dengan sejelas-jelasnya dalam Al-Quran sudah tidak bererti lagi.  Inilah sebenarnya asas kepada faham “Wahdatul Wujud” atau “Serba dia” yang sesat itu yang menganggap segala sesuatu sebenarnya Dia (Tuhan).

 Kalau dikatakan pula juzuk-juzuk yang terpisah dari Allah itu akan fana bermakna Allah juga akan fana dan kalau dikatakan pula bahawa juzuk-juzuk itu tidak akan fana tetapi sebaliknya akan bergabung kembali dengan zat Allah  yang merupakan puncanya maka tidak ada perbezaan pula dengan kepercayaan orang-orang Kristian terhadap Nabi Isa dan fahaman yang seperti inilah asas kepada Trinity.  Tetapi orang-orang Kristian menghadkan pecahan Tuhan kepada tiga sahaja.  Golongan ini pula telah memasukkan sekelian makhluk dalam lingkungan ketuhanan.

 Seandainya kita menerima satu juzuk daripada zat ini telah terpisah dari zat Allah maka ia akan membawa kepada dua keadaan: Pertama:  Sesuatu yang boleh dibahagikan kepada beberapa juzuk adalah jisim dan akan musnah.  Ini membawa kepada Allah dipercayai berjisim dan akan musnah.  Kedua: Bila dianggap satu juzuk daripada Allah telah terpisah daripadaNya, maka ia bermakna sudah pasti berlaku kekurangan pada zat Allah.

  1. Tujuan sebenar mengapa konsep Nur Muhammad diketengahkan
Pengamatan secara logik terhadap riwayat-riwayat ini sebenarnya akan membawa kita kepada satu natijah bahawa riwayat-riwayat yang seperti ini merupakan “tabarra” (pernyataan rasa benci) terhadap Allah Taala.  Perkara yang seperti ini tidak hairan jika datangnya daripada seorang Syiah.  Yang paling menghairankan ialah bagaimana ramai daripada ulamak-ulamak Islam terpedaya dengannya sehingga menganggapnya sebagai suatu keistimewaan Rasulullah pula.

Anggapan bahawa Allah adalah Nur adalah salah kerana Nur adalah makhluk Allah.  Makhluk dan Khaliq adalah berlainan.  Kalau tidak akan lahirlah aqidah “Wahdatul Wujud” tadi.  Dalam Al Quran dapat kita lihat sekian banyak ayat yang menunjukkan Nur sebagai makhluk, contohnya:
1.         “Dia telah menjadikan kegelapan dan cahaya” (Surah Al An’am: 1)
2.         “Kami telah jadikan untuk manusia nur (cahaya) yang mana dia membawanya di kalangan manusia” (Surah Al An’am: 122)
3.         “Sesiapa yang Allah tidak menjadikan untuknya nur (cahaya), dari manakah akan diperolehinya nur?” (Surah An Nur: 40)

 Perlu diingat bahawa “ja’il” dan “ma’jul” yakni yang menjadikan dan yang dijadikan itu tidak mungkin sama kerana “ja’il” bererti yang mencipta sedangkan “ma’jul” bermakna yang diciptakan atau makhluk sedangkan pencipta dan yang dicipta, pembuat dan yang dibuat mustahil sama.  Ramai juga orang terkeliru apabila membaca firman Allah yang berbunyi, “Allah adalah nur langit-langit dan bumi”.  Orang-orang awam mungkin sekali terpedaya dengan ayat-ayat yang seperti ini tetapi amat dikesali sekiranya alim ulamak terpedaya dengannya kerana dalam bahasa Arab nur adalah “masdar” dan “masdar” ada kalanya memberi  makna “masdari”, ada kalanya memberi makna maf’ul dan ada kalanya memberi makna “fa’il”.  Kerana itulah ahli-ahli tafsir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan, “Allahu munawwiru assamaawaati wal ardh (Allah yang menyinari langit-langit dan bumi)”

 Jika Allah bukan Nur maka sudah tentu tidak timbul lagi persoalan kejadian sesuatu daripada NurNya.  Sekiranya Nur Muhammad itu benar-benar diciptakan daripada Nur, apakah halangannya kepada Allah untuk menyatakan dengan terus terang bahawa Dia menjadikan nabi Muhammad daripada Nur sebagaimana dijadikan Malaikat?  Masalahnya apabila dikatakan asal kejadian manusia itu daripada nur maka ia akan bertentangan dengan ayat Allah yang lain yang bermaksud, “ kami telah menciptakan manusia daripada tanah ……”

 Bagaimanapun itu adalah pendapat Maulana Habibur Rahman yang mungkin sebahagian daripada komentarnya itu boleh dipertikaikan atau ditakwilkan.  Misalnya dengan mengatakan,  “Memang Allah itu Nur tetapi bukan seperti Nur yang lain seperti mana yang dinyatakan Allah mempunyai tangan (di dalam al-Quran) tetapi bukan seperti tangan makhluk.  Begitu juga Allah mempunyai mata tetapi bukan seperti mata makhluk.  Apa yang hendak dinyatakan ialah nur itu ialah salah satu daripada nama sifat tuhan dan ini diterima oleh semua. 

Yang dimaksudkan dengan menjadikan nur NabiNya daripada nurNya bukanlah bermakna menjadikan Nur Muhammad  daripada sebahagian nur Tuhan  yakni dengan memakai “min li attab ‘idh” dengan erti sebahagian atau satu juzuk daripada Nur Tuhan”.  Tidakkah boleh juga dipakai “min” itu dengan erti “ibtida’iah” bermakna kejadian Nur Muhammad itu berpunca daripada sifat nur Allah seperti dalam Al Quran Allah menyebutkan tentang kejadian Nabi Adam bermaksud, “Bila Aku menyempurnakan kejadiannya (Adam) dan meniupkan ke dalamnya “min ruhi” (daripada ruhKu) “Di sini tidak bermakna ruh Nabi Adam itu dijadikan daripada sebahagian ruh Allah  dengan memakai “min li attab’idh” tetapi semua ulamak mengatakan bahawa ruh Nabi Adam itu adalah daripada kejadian Allah swt yakni Allah yang menjadikan ruh dan meniupkannya ke dalam tubuh Nabi Adam.  Ini bererti persamaan yang terdapat pada perkataan nur atau ruh itu adalah persamaan pada lafaz sahaja bukannya persamaan sifat hakikat itu seperti sifat Tuhan Al-Malik yang bererti raja, apakah Raja yang terdapat di dunia ini boleh disamakan dengan Allah yang bersifat Al-Malik itu kerana ia seorang Raja, dan ia dikatakan “Al Malik dikalangan manusia?  Tentu sekali tidak.!

 Bagaimanapun perkara ini mengelirukan sehingga ada sesetengah ulamak yang menyimpulkan begitu.  Sebagai contohnya Maulana Habibur Rahman kerana realiti yang dihadapi oleh beliau daripada kepercayaan dan gelagat-gelagat golongan barelwi yang terdapat di India dan Pakistan dengan jelas menyatakan nur Muhammad itu adalah sebahagian daripada Nur Tuhan sebagaimana yang terdapat dalam serangkap syair dalam bahasa Urdu oleh salah seorang tokoh Barelwi begini bunyinya:
“Vohi jo mustavi arasy tha khudha ho kar
Utar para Madina mei Mustafa ho kar

Bermaksud:
“Dialah yang telah bersemanyam di atas arasy sebagai Tuhan
Turun ke Madinah sebagai Mustafa (Muhammad)”

Bukankah penyelewengan yang  seperti ini berpunca daripada pentafsiran tentang Nur Muhammad yang dikatakan berasal daripada hadis itu?.

Memanglah tidak sia-sia takwilan yang telah dikemukakan tadi kalau sekiranya ia dikemukakan untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul daripada hadis yang sahih tetapi setelah jelas hadits itu bukan sahih bahkan ia adalah hadis yang maudhu’, tidak perlu lagi kepada takwilan yang seperti itu.  Apalagi ia membuka pintu kepada golongan-golongan yang menyeleweng yang membawa fahaman  “Wahdatul Wajud” (Serba Dia) atau aqidah Triniti dan sebagainya.

Untuk diterima Nabi Muhammad merupakan Nur dalam pengertian majazi (bahasa pinjaman) tidaklah ditolak oleh semua ulamak.  Memanglah Nabi Muhammad mempunyai sifat seperti cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran.  Kalau terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan Nabi Muhammad sebagai Nur maka ia mengisyaratkan kepada erti yang seperti ini.  Sama sekali ia tidak menunjukkan Nabi Muhammad berasal daripada Nur seperti kejadian malaikat umpamanya.  Dalam pengertian majazi ini Nur tidak dikhususkan untuk Nabi Muhammad sahaja bahkan Nur juga dipakai dengan erti ugama Islam, Al Quran dan lain-lain lagi.

 Sebenarnya riwayat-riwayat yang seperti ini adalah rekaan orang-orang Syiah dengan tujuan meratakan jalan untuk konsep “Panjthan” dalam ajarannya yang mengatakan bahwa Nur itu berpecah kepada lima iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.  Mereka berharap apabila ummat Islam bersedia menelan sebiji ubat pahit ini, maka mereka akan terus bersedia menelan biji-biji ubat yang lebih pahit daripada itu.  Kerana itulah dapat kita lihat di dalam tafsir-tafsir Al-Kalbi dan ahli-ahli seerah yang terpedaya dengannya, bahawa Nur itu berpindah-pindah daripada Nabi Adam kepada Nabi Syith dan seterusnya kepada Abdul Mutalib.  Selepas Abdul Mutalib Nur itu berpecah kepada dua, Yang pertama pergi kepada Abdullah ayahanda Nabi kita Muhammad saw.  Dan yang kedua pergi kepada Abdu Manaf atau Abu Talib iaitu ayah kepada Sayyidina Ali.

Kenyataan ini tersebut dalam kitab-kitab Syiah seperti “Ilaalu As Syarai” jilid 1 muka surat 159 karangan Ibn Babwaih dan “Khitabu Al Khisal” jilid 1 muka surat 189 oleh pengarang yang sama.

 Daripada Abdullah, Nur itu diterima oleh Nabi kita, daripada Abdu Manaf ia diterima oleh Sayyidina Ali.  Kerana itulah mereka memanggil Nabi sebagai “Imamul Anbiya” dan Sayyidina Ali sebagai “Imamul Auliya”.

 Riwayat ini dengan terang menyatakan bahawa Sayyidina Ali mempunyai kesamaan darjat dengan Rasulullah s.a.w.  Keistimewaan yang diperolehinya bukanlah melalui Nabi tetapi melalui kejadian semulajadinya.  Kerana itulah Baqir Al Majlisi dalam “Jilaau Al ‘Uyun” meriwayatkan bahawa di hari pertma kelahirannya lagi Sayyidina Ali telah bercakap.  Dia bertanya Nabi s.a.w., “Adakah engkau mengenali diriku?” Nabi s.a.w menjawab, “Ya”.  Kemudian Nabi saw bertanya Sayyidina Ali begitu juga dan Sayyidina Ali juga menjawab, “Ya” hari ini dinamakan hari “Arfah” iaitu “Hari Perkenalan”.

 Tujuan mereka mengadakan riwayat yang seperti ini ialah untuk mengemukakan jalan Wilayah dan Imamah yang beriringan dengan jalan Nubuwwah dan Risalah.  Tidak hairanlah jika dilihat dalam silsilah-silsilah tarekat tasauf yang berusaha mendapatkan maqam kewalian, mempunyai perkaitan dan perhubungan dengan Sayyidina Ali.  Semuanya berakhir dan berhenti silsilahnya pada Sayyidina Ali yang merupakan Imamul auliya’ seolah-olahnya tidak ada sahabat-sahabat yang lain yang merupakan jalan untuk sampai kepada maqam kewalian itu selain daripada Sayyidina Ali.  Bukankah ini merupakan suatu kesan daripada memecahkan Nur Muhammad kepada Abdullah dan Abu Talib tadi?.
 Ibn Saad, Thabarani , Abu Nu’aim,  Bazzar dan lain-lain telah menukilkan satu riwayat ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud, “Dia melihat engkau ketika engkau berdiri dan berbolak balik di kalangan orang-orang yang sujud”, bahawa ayat ini bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w. dalam perpindahannya dalam sulbi para Nabi bermula daripada Adam sampailah kepada kemunculannya dilihat oleh Allah”, padahal “siaq” (ayat berikut) dan “sibaq” (ayat sebelum) ayat ini langsung tidak menyokong tafsiran yang dikemukakan malah riwayat ini adalah palsu kerana ia telah dinukilan oleh Al Kalbi daripada Ibn Abbas, sedangkan anak-anak murid Ibn Abbas seperti Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain pula tidak mengemukakan tafsiran seperti ini bahkan mereka semua menyatakan, “Yang dimaksudkan dengan “berbolak balik engkau itu” ialah “qiam dan sujud engkau dalam sembahyang bersama sahabat”.

 Selain dari itu dakwaan Nur Muhammad itu berpindah dari seorang nabi kepada seorang nabi yang lain terus menerus sampailah kepada Nabi Muhammad adalah sesuatu yang salah kerana berapa orangkah daripada anak cucu Nabi Ismail selain daripada Rasulullah saw yang telah dilantik menjadi  Nabi?.  Begitu juga berapa orangkah yang dilantik menjadi Nabi daripada anak cucu Nabi Nuh hingga kepada Nabi Ibrahim?  Sebenarnya dakwaan ini tidak berasas sama sekali.

 Kalau dimaksudkan perpindahan Nur Muhammad itu adalah di kalangan nenek moyang Nabi, maka itu bercanggah dengan kenyataan kerana ramai sekali di antara nenek moyang Nabi kita terdiri dari orang musyrik dan penyembah berhala dan inilah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  Untuk menyembunyikan satu dusta kadang-kadang manusia itu terpaksa mengada-adakan sesuatu yang tiada atau terpaksa berdusta beratus-ratus kali.  Oleh kerana Syiah telah menetapkan bahawa kesemua nenek moyang Rasulullah s.a.w. adalah berugama Islam, terpaksalah mereka mengada-adakan sekian banyak hadis palsu yang lain sepertimana dapat dilihat dalam hadis-hadis yang menyatakan perpindahan Nur Muhammad daripada seorang nabi kepada seorang nabi yang lain, dari Adam dan berakhir pada Abdul Mutalib, dari Abdul Mutalib itu Nur Muhammad tadi berpecah dua, satu pergi kepada Abdullah ayah Nabi kita dan  satu lagi pergi kepada Abdu Manaf iaitu Abu Talib, ayah kepada Sayyidina Ali.

 Tujuan mereka ialah meletakkan Sayyidina Ali sejajar dengan Rasulullah s.a.w. dan tidak kurang daripada Nabi s.a.w.  Kalau Nabi merupakan Sayyidul Anbiya’ maka Sayyidina Ali pula merupakan Imamul Auliya’.  Sementara Imam Wali dan Wasi pula bagi mereka (golongan Syiah) adalah satu pangkat yang sebenarnya tidak kurang daripada pangkat kenabian kerana terdapat segala ciri kenabian padanya seperti dilantik oleh Allah; wajib ditaati, terpelihara daripada dosa-dosa, didatangi oleh malaikat yang lebih agung daripada Jibril dan Mikail, cuma ia tidak dinamakan “Nabi” sahaja.  Dari sini dapat kita lihat bahawa kejadian Nur Muhammad itu bertitik tolak juga daripada ajaran Syiah.

 Jika dilihat daripada konsep “Panjthan” oleh Syiah iaitu lima peribadi istimewa iaitu Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain, kita dapati bahawa konsep Nur Muhammad ini betul-betul berpunca daripada Syiah misalnya daripada satu riwayat Syiah yang diambil  daripada Sayyidina Ali daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya, “Sesungguhnya aku dan Ahli Baitku merupakan Nur di hadapan Allah Tabarakwatala sebelum Dia menjadikan Adam selama 14,000 tahun”  - Al Ihtijaj jilid 1 muka surat 212 karangan At Thabarsi.  Dalam satu riwayat yang lain disebutkan” …… 7,000 tahun sebelum kejadian Adam” – Iiaau As Syara’ jilid 1 muka surat 208 karangan Ibn Babwaih.  Dalam riwayat yang ketiga tersbut “Aku dan Ali diciptakan dalam satu nur 2,000 tahun sebelum Allah menjadikan Adam” – (ibid) jilid 1 muka surat 134.

 7.  Sanggahan terhadap konsep Nur Muhammad
Sementara itu jika dilihat di dalam riwayat yang mula-mula dikemukakan dalam maqalah ini tersebut bahawa daripada Nur Muhammad dijadikan Abu Bakr, Umar, Utsman dan Ali, bagaimana ini boleh berlaku sedangkan dalam riwayat-riwayat Syiah semua ini tidak ada?  Mungkin juga ada orang Ahlus Sunnah yang jahil telah berusaha menandingi riwayat yang direka oleh Syiah itu dengan mereka hadits Nur Muhammad yang berpecah kepada Sayyidina Abu Bakr, Umar, Utsman dan Ali untuk membuktikan bahawa mereka itu juga tidak kurang daripada Ali atau mungkin juga riwayat inipun direka oleh Syiah atas nama Ahlus Sunnah untuk menunjukkan bahawa ahlus sunnah juga tidak berbeza dengan mereka dalam konsep asal Nur Muhammad itu sendiri.  Yakni Ahlus Sunnah juga menerima kewujudan Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama lahirnya daripada Tuhan seperti yang dipercayai oleh Syiah?.

1.        Nur Muhammad itu begitu istimewa sehingga diriwayatkan bahawa seramai 200 orang perempuan Bani Abdul Manaf dan Qabilah Makhzum telah mati kerana tergila-gilakan Abdullah ayahanda Nabi Muhammad saw.  Mereka mati dalam keadaan membujang dan tidak ada seorangpun daripada perempuan Quraisy yang tidak jatuh sakit kerana kecewa tidak dapat menjadi isteri Abdullah.  Yang menjadi persoalan kepada kita ialah, “Bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi mengemukakan senarai nama 200 orang daripada Bani Abdu Manaf dan Bani Makhzum yang dikatakan telah mati kerana tidak dapat menjadi isteri Abdullah.
2.       Bolehkah mereka menemukakan nama-nama hanya 10 orang perempuan Bani Makhzum dan Bani Abdu Manaf yang tidak berkahwin sepanjang hidupnya itu?.
3.        Kenapakah ramai anak-anak gadis dan perempuan daripada kedua-dua keluarga ini sahaja yang kecewa kerana tidak dapat berkahwin dengan Abdullah?  Kenapa pula perempuan dari Bani Zuhrah, Bani Jumah, Bani Asad, Bani Khuwailid, Bani Taim, Bani Adiy dan Bani Ghalib tidak pula mengalami kekecewaan yang seperti itu?.
4.        Mungkin juga Walid bin Mughirah, Abu Jahal dan lain-lain memusuhi Nabi kerana membalas dendam di atas kematian ibu-ibu dan anak-anak gadis mereka yang telah terkorban kerana tidak terpilih sebagai isteri Abdullah!.
5.       Salah seorang anak Abdul Manaf bernama Hasyim dan anak-anak cucu Hasyim dinamakan Bani Hasyim.  Bolehkah ahli-ahli kisah Maulud Nabi  menceritakan berapa ramaikah agaknya anak-anak gadis atau perempuan-perempuan daripada Bani Hasyim yang telah mati atau terus membujang kerana kecewa untuk menjadi isteri Abdullah?.
6.    Kalaulah diterima kisah itu maka ia bererti malam perkahwinan Abdullah dan Aminah merupakan malam perkabungan bagi penduduk Mekah!  Agaknya mereka juga berkabung seperti orang-orang yang berkabung pada 10 Muharram dan menyatakan “tabarra” terhadap Abdullah.  Apakah perkara ini sebenarnya boleh ditonjolkan sebagai keutamaan Nabi?  Atau ia sebenarnya merupakan “tabarra” dalam bentuk yang sangat cantik terhadap Nabi dan ayahandanya Abdullah?.

Dalam riwayat-riawayat tersebut bahawa Nur Muhammad itu sampai kepada Abdul Mutalib ketika beliau sedang tidur di dalam Ka’bah pada waktu siang.  Sebaik sahaja terjaga matanya kelihatan bercelak, rambutnya kelihatan berminyak, wajah dan tubuhnya kembali menjadi muda belia.  Abdul Mutalib terkejut dengan keadaannya sendiri.  Maka ia dibawa oleh ayahnya mengadap seorang tukang tenung dari kalangan Quraisy.  Berkata tukang tenung itu, “Allah telah mengizinkan agar anak ini dikahwinkan”.

 Nur Muhammad di dalam diri Abdul Mutalib telah menyebabkan tubuhnya wangi seperti kasturi.  Apabila orang-orang Quraisy ditimpa kesusahan dan lain-lain mala petaka mereka menjadikan Nur Muhammad itu sebagai wasilahnya agar doa mereka diterima.  Riwayat ini dikemukakan oleh Abu Saad Naisaburi wafat 307H di dalam kitab Syarafu Al Mustaffa melalui sanad Abu Bakr bin Abi Maryam daripada Ka’ab Al Ahbar seorang muallaf yang berasal Yahudi dari kalangan tabii.

Pertama sekali perlu dilihat bahawa silsilah riwayat ini terhenti pada seorang tabi’i, tidak tersebut pula sanad di atasnya.  Walaupun Kaab Al Ahbar dianggap sebagai yang terbaik di antara muallaf Yahudi namun Imam Bukhari mengatakan dia pembohong .  Dialah yang merupakan punca dan sebab utama bagi riwayat-riwayat Israiliat yang ganjil dan pelik.
 Sementara perawi di tengahnya ialah Abu Bakr bin Abi Maryam.  Beliau dengan ittifaq tokoh-tokoh hadis merupakan seorang perawi yang dhaif.  Kerana satu kemalangan yang menimpanya, fikirannya jadi tak tentu hala.  Selain itu Ka’ab Al Ahbar telah mati di zaman Sayyidina Utsman yakni sebelum tahun 35H sedangkan Abu Bakr bin Abi Maryam pula wafat pada tahun 156H.  Abu Bakr bin Abi Maryam adalah seorang  ‘abid dan zahid.  Walaubagaimanapun riwayat-riwayatnya tidak diterima oleh ulamak-ulamak hadis.  Bagaimana ia boleh menerima sebarang riwayat daripada Ka’ab yang telah begitu lama meninggal sebelum daripadanya?.

 Nama asal Abdul Mutalib ialah Syaibah.  Ayahnya Hashim telah pergi ke Syam untuk tujuan perniagaan.  Dalam perjalanan ia berhenti di Madinah.  Di sana ia telah terpikat dengan seorang gadis bernama Salma dari Banu Najjar dan berkahwin dengannya.  Setelah beberapa hari bersamanya Hasyim berangkat ke Syam dan semasa pulang dari Syam Hasyim telah meninggal dunia dalam perjalanannya di Ghaza.  Tetapi Salma sudahpun  mengandung pada ketika itu.  Bila ia melahirkan anak didapati rambut anaknya itu beruban, lalu diberi namanya a”Syaibah”.  Ia dipelihara di Madinah selama 8 tahun.  Apabila saudara Hasyim yang bernama Muttalib mendapat tahu ia terus pergi ke Madinah dan membawa pulang anak itu bersamanya ke Mekah.  Oleh kerana anak itu dididik dan dipelihara oleh Muttalib, orang ramai mula memanggilnya dengan “Abdul Muttalib”.

 Yang menjadi persoalannya ialah ayah Abdul Muttalib itu meninggal dunia sebelum kelahirannya lagi, adakah setelah mati selama 15 atau 16 tahun ayahnya hidup kembali untuk membawanya pergi bertemu dengan seorang tukang tenung Quraisy?  Ini dengan jelas menunjukkan Ka’ab Al Ahbar itu adalah pendusta sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Bukhari, ia tidak mengetahui sejarah hidup orang Mekah atau mungkin juga kisah ini merupakan hasil fikiran Abu Bakr bin Maryam yang sudah tak tentu hala itu?.

Daripada kisah ini dapat diketahui beberapa perkara:
1.        Menjadikan Nur Muhammad sebagai wasilah itu sebenarnya sunnah orang-orang kafir Mekah.
2.      Nur Muhammad itu berpindah daripada seorang kepada seorang yang lain apabila ia menjadi remaja.  Jangan-jangan “Nur keremajaan” itu pula yang dipercayai sebagai Nur Muhammad!.
3.     Orang-orang yang telah dipilih menerima Nur Muhammad dari satu generasi kepada satu generasi yang lain rupanya tidak berkahwin melainkan dengan kebenaran Allah dan cara untuk mengetahui keizinan Allah itu ialah dengan mengadu nasib kepada tukang tenung. 

Ada pula riwayat yang menyebutkan bahawa bila Nur Muhammad itu  bersinar-sinar di dahi Abdullah maka ia dikenali dan dicam oleh seorang tukang tenung perempuan.  Dia mengajak Abdullah untuk tidur bersamanya dengan harapan Nur itu akan berpindah kepadanya.  Tetapi bukan dia yang bertuah mendapatkan Nur itu kerana Abdullah enggan mengikutinya dan terus pulang ke rumah.  Di rumahnya ibunda Nabi s.a.w. telah dipilih Allah  sebagai pewaris Nur Muhammad itu.

Setelah Nur Muhammad itu berpindah kepada Aminah, Abdullah datang semula kepada tukang tenung itu dan memintanya untuk bersama tetapi tukang tenung perempuan itu pula yang menolak dengan alasan “Nur yang berkilau di dahimu sebelum ini telahpun berpindah ke lain.  Riwayat ini dengan perincian dan lafaz yang berbeza-beza dikemukakan oleh Ibn Saad, Kharaiti, Ibn Asakir, Baihaqi dan Abu Nu’aim di dalam “Dalail” masing-masing.

Ibn Saad dalam “Tabaqat”nya telah mengemukakan riwayat ini melalui tiga jalan.  Jalan yang pertama terdapat padanya Waqidi sebagai perawi yang pertama dan di dalam riwayat yang kedua terdapat  Al Kalbi.  Kedua-dua mereka ini terkenal sebagai pendusta.  Sementara jalan riwayat yang ketiga pula berhenti pada Abu Yazid Al Madani seorang tabii, ertinya perawi di atasnya tidak diketahui.  Abu Yazid Al Madani ini walaupun telah ditausiqkan oleh sebahagian tokoh-tokoh hadis tetapi Syeikhul Kul di Madinah Imam Malik berkata, “Aku tidak mengenalinya”  Abu Zurah pula berkata, “Saya tidak tahu tentangnya”.

Abu Nu’aim pula mengemukakan riwayat ini melalui empat jalan tetapi tidak ada satupun daripada sanad-sanadnya boleh dipegang kerana di dalam sanad-sanadnya boleh dipegang kerana di dalam sanad yang pertama terdapat Nadhar bin Salamah, Ahmad bin Muhammad dan Abdul Aziz bin Amar Az Zuhri.  Ketiga-tiga mereka ini adalah orang yang tidak diterima oleh tokoh-tokoh ilmu rijal hadis.

Dalam sanad yang kedua terdapat Muslim bin Khalid Az Zinji dan dia dianggap sebagai perawi yang dhaif.  Selainnya terdapat beberapa perawi yang “majhul” (tidak diketahui latar belakangnya).

Sanad yang ketiga pula terhenti pada Yazid bin Syihab Az Zuhri.  Dia tidak menyatakan silsilah sanad di atasnya dan keadaannya sendiripun tidak diketahui.  Sanad Baihaqi tidak lain daripada sanad yang ketiga yang dikemukakan oleh Abu Nuaim tadi.  Adapun sanad oleh Kharaaithi dan Ibn Asakir pula adalah sanad yang tidak muktabar.

Dalam kenyataan yang ringkas ini tidaklah penulis bercadang untuk memperincikan setiap perawi yang merupakan mata rantai sanad-sanad riwayat ini.  Cukuplah dengan disebutkan bahawa perawinya adalah orang-orang yang tidak boleh diterima periwayatannya.  Apa yang perlu diteliti oleh kita ialah sudut dirayahnya yang secara terang-terang menunjukkan kepalsuannya kerana ia menunjukkan ayahanda Nabi kita Muhammad saw sebagai seorang yang bermata keranjang dan jahat.  Apabila ia menyatakan bahawa kerana sesuatu sebab Abdullah telah menolak ajakan tukang tenung perempuan yang juga pelacur itu tetapi kemudiannya dia sendiri yang mencari perempuan itu untuk digaulinya, perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menentukan sama ada riwayat ini sebenarnya menyatakan kelebihan Nabi atau ia merupakan satu bentuk tabarra terhadap ayah Nabi saw dan menampilkannya sebaga seorang yang jahat?.

8. Kesimpulan:
Daripada perbincangan yang lalu dapat disimpulkan beberapa perkara:
  1. Hadits-hadits yang berhubung dengan Nur Muhammad tidak ada satupun yang sahih, bahkan tidak ada satupun yang dhaif.
  2. Riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad sebagai kejadian yang pertama diciptakan bertentangan dengan hadis-hadis yang sahih yang menyatakan arasy dan qalam sebagai kejadian yang pertama.
  3. Kejadian manusia bukanlah daripada Nur seperti kejadian malaikat tetapi ia dijadikan daripada tanah.
  4. Ada beberapa hadis sahih yang menyatakan Nabi saw berdoa meminta supaya Allah menjadikannya Nur.  Bermaksud: “Ya Allah!  Jadikanlah aku Nur”  Apa ertinya Nabi meminta supaya dijadikannya cahaya kalau baginda sememangnya berasal daripada cahaya?
  5. Hadis-hadis tentang Nur Muhammad sebenarnya merupakan rekaan orang-orang Syiah sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas di dalam kitab-kitab mereka.
  6. Hadis tentang Nur Muhammad adalah direka untuk membuka jalan untuk diterima  konsep “Nur Panjthan”.
  7. Perkataan “Nur” yang disandarkan kepada Nabi adalah dengan ertinya yang majazi (bahasa pinjaman) sebagaimana perkataan Nur juga secara majazi dipakai untuk ugama, Al Quran dan lain-lain.
  8. Hadits-hadits atau riwayat yang menceritakan tentang Nur Muhammad itu banyak juga menampilkan unsur-unsur “tabarra” (pernyataan rasa benci dan dendam kesumat) terhadap Nabi saw dan ayahandanya.
  9. Ia memuatkan banyak sekali peranan dan mitos daripada ugama dan budaya asing seperti Hindu dan lain-lain dalam merupakan Nur Muhammad sebagai rupa burung merak dan lain-lain rupa menurut kepercayaan mereka tentang tanasukh, awagaman atau inkarnasi.
10. Ia telah terbukti merupakan satu daripada beberapa faktor utama kesesatan golongan Barelwi, Ilmu Isi, Bathiniah dan lain-lain .  Oleh yang demikian tidaklah wajar Nur Muhammad itu ditonjolkan sebagai suatu keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. malah sebaliknya kita ummat Islam semestinya menganggapnya sebagai satu penghinaan terhadap Nabi kita.

81 comments:

  1. indat semua orang yang ada dalam ruangan ini.Baik wahabi@salafi atau tareqat,jangan lupa kita tetap mengucap dua kalimah syahadah yang sma ,tuhan yang sama dan kiblat yang sama. Berbeza pendapat di benarkan tetapi jangan sampai memecahkan perpaduan umat...layann

    ReplyDelete
  2. Sekadar mengucap dua kalimah syahadah dan solat dengan kyusuk sekali namun sekiranya menerima konsep Nur Muhamaad bermakna telah menolak Al Quran dan Hadis serta menolak Allah SWT yang menurunkan Al Quran dan Nabi Muhammad dan dengan itu gugurlah keimanan kerana menolak kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada rasul dan kepercayaan kepada Al Quran. Gugur keimanan bermakna gugurlah akidah dan gugurlah keislaman.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. di sini sy ingin memetik fatwa berkenaan nur muhammad oleh mufti negeri sarawak semoga ia dapat memberi manafaat kepada kita bersama....

    Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :

    i) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulama mu'tabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.

    ii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada "nur Allah" atau dengan tafsiran yang seolah-olah "Nur Muhammad" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.

    iii) Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

    iv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "Nur Muhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat

    Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf.

    sekian wassallam

    ReplyDelete
  4. Sdr rendahkosong

    Perbuatan mencuri jikalau diminta pendapat dari pencuri, kemungkinan besar mereka akan berkata dibolehkan kerana mereka juga adalah pencuri.

    Perbuatan merokok jikalau bertanya kepada perokok, pastinya mereka akan menyokong perbuatan merokok ini.

    Perbuatan mengamalkan konsep Nur Muhamad ini jikalau disoalkan kepada pengamal tarekat, pastinya mereka akan menyokong amalan ini. Jikalau soalan yang sama diajukan kepada mufti Perak pun beliau mungkin akan menyokong amalan ini kerana mereka adalah juga pengamal tarekat.

    Apabila amalan berkaitan konsep Nur Muhamad ini di ajukan kepada boas-bos tarekat sebagaimana nama-nama yang disebutkan oleh rendahkosong di atas(Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani). Jikalau ditanya perkara yang sama kepada bos tarekat Ibnu Al Arabi, tentunya beliau juga amat menyokong amalan ini.

    Nabi berpesan yang dengannya akan tidak sesat selama-lamanya iaitu Al Quran dan hadis/sunnah Nabi. Jika dirujuk kedua-dua Al Quran dan hadis/sunnah ini, sahihnya memang tidak pernah terdapat amalan berkaitan Nur Muhamad. Sahabat-sahabat Nabi juga tidak pernah mengamalkan konsep Nur Muhamad ini. Jadi adakah guru tarekat tu lebih hebat dan lebih benar dari Nabi Muhamad SAW?

    Jikalau persoalan ini di ajukan kepada pentadbiran agama setiap negeri di Malaysia, berbagai-bagai jawapan akan diberikan mengikut kesesuaian mereka. Namun bila dirujukkan kepada Al Quran dan hadis, jelaslah bahawa perkara ini adalah bathil!!!

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. persoalan di sini adakah bos2 tarikat yang dikatakan oleh saudara itu bukan mereka yang ahli dalam ilmu2 hadis? adakah penulis artikel dan saudara adalah mereka yang ahli dalam ilmu hadis dan layak digelar muhaddis???

    Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani adakah mereka ini tidak berpegang kepada al quran dan al hadis?

    ReplyDelete
  6. Orang yang mengamalkan Islam Liberal juga menggunakan hujah dari Al Quran. Golongan anti hadis juga berhujah dengan Al Quran. Bos Al Arqam juga menggunakan Al Quran dan Hadis.

    Nama-nama yang sdr sebut di atas tidak layak sama sekali memberikan pandangan dalam perkara ini kerana mereka adalah dari golongan tarekat yang memang percaya totok dengan konsep Nur Muhamad ini.

    Islam dah sempurna molek sekali, usahlah dikurangi atau ditambah-tambah. Menambah fahaman Nur Muhamad di dalam agama Islam seolah-olah menuduh Nabi Muhamad menyorokkan sebahagian ilmu dan tidak menyampaikannya kepada umat manusia. Nabi Muhamad tidak pernah sama sekali mengajarkan konsep / fahaman Nur Muhamad ini.

    Ingatlah bahawa Imam Syafiee menghukumkan orang yang menambah syariat Islam atas alasan perkara tersebut adalah baik sebagai KAFIR. Nabi tidak pernah bertarekat dan Nabi Muhamad tidak pernah mengajarkan fahaman Nur Muhamad.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    EMjay

    ReplyDelete
  7. Salaam.

    Pak Emjay, tak silap saya artikel tersebut berasal dari www.darulkautsar.com. Berkemungkinan hasil Maulana Muhammad Asri bin Yusoff.

    ------------------------

    Berkenaan dengan konsep "Nur Muhammad", ia mesti dibezakan dengan konsep "Nabi Muhammad itu adalah Nur". Kanontasi keduanya berbeza dan memberikan natijah yang sangat berbeza.

    Bila para 'alim yang disebut oleh rendahkosong dikatakan menyokong "Nur Muhammad", jika benar, saya yakin ia sebenarnya merujuk kepada konsep "Nabi Muhammad itu adalah Nur".

    Nabi Muhammad sebagai "Nur" antaranya memberi kanontasi bahawa Nabi Muhammad membawa mesej yang dengannya membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya.

    Manakala konsep "Nur Muhammad" memberi kanontasi bahawa makhluk yang pertama dicipta adalah "Nur Muhammad" kemudian dari nur itu dicipta segala yang ada. Ada versi yang mengatakan bahawa "nur" itu adalah sebahagian dari "Nur" Allah.

    Hal kejadian makhluk yang pertama adalah hal ghaib. Dari manakah hal2 yang ghaib dapat kita ketahui? Artikel yang dibawa oleh Pak Emjay membincangkan tentang hal ini.

    ReplyDelete
  8. Hakikat Kejadian Nur Muhammad dengan kejadian makhluk di dunia itu berbeza. Hal2 ghaib dengan hal2 yang zahir itu bertentangan dengan hukum akal. Apakah ulama' muktabar yang banyak menceritakan tentang Nur Muhammad itu dikatakan sesat dalam kefahamannya? Apakah kira sudah menyangka apa yang ada dalam diri kita itu boleh mentakwilkan bermacam2 dalam menjatuhkan hukum? Awas! Nur Muhammad diambil daripada AQ dan hadis. Apakah kita masih meragui hadis Jabir r.a sedangkan kita cetek ilmu dan bukan ahlinya.

    ReplyDelete
  9. Kebanyakan kita ini memang cetek 'Ilmu dan bukan ahli hadith. Maka bila kita hendak mengetahui hal yang berkaitan dengan hadith, kepada siapa kita bertanya?

    Pada saya sudah tentunya bertanya kepada para 'alim hadith atau sekurang-kurangnya para pelajar hadith. Artikel yang disertakan tersebut adalah tulisan orang yang belajar hadith dan telah mengajarkannya (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, sunan Sittah) sejak sekian lama; 10 tahun sekurang-kurangnya.

    Apa yang membimbangkan adalah menurut beliau hadith yang dikatakan diriwayatkan oleh Sy Jabir r.a. itu tiada di dalam rujukan yang dikatakan (Musannaf Abd Razzaq). Bagaimana mungkin sesuatu yang tiada asal usulnya boleh dijadikan fokal kepada satu konsep yang sangat mendasar seperti "Nur Muhammad"?

    Setakat yang saya ketahui, terdapat satu artikel yang sangat panjang menjelaskan hal berkaitan Nur Muhammad. Sefaham saya terhadap pembacaan terhadapnya, hadith fokal yang menderivasi dan melingkungkan hujah2 lain terhadap membenarkan konsep "Nur Muhammad" tersebut adalah hadith yang dikatakan dari Sy Jabir r.a. itulah. Jika tiada hadith yang dikatakan dari Sy Jabir itu, kefahaman "Nur Muhammad" tidak dapat dibentuk.

    ReplyDelete
  10. Sebagai contoh kita lihat daripada AQ tentang Nur Muhammad dan komentar ahli tafsir secara ringkas.

    Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. (Al-Maidah :5)

    Perkataan Nur dalam ayat tersebut telah ditafsirkan oleh beberapa ahli tafsir yang muktabar. Diantaranya ialah:

    Jalal al-Din al-Suyuti(Tafsir al-Jalalayn, 139):
    "Ia adalah Rasullullah s.a.w"

    Fakhr al-Razi (al-Tafsir al-kabir, 11:194):
    "Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"

    Dan beberapa ulama lain memberi tafsiran seperti:

    Ibn Jarir al-Tabari (Jami‘ al-bayan, 6.161):
    " Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."

    al-Baghawi (Ma‘alam al-Tanzil, 2.228):
    " Ia bermaksud Muhammad s.a.w, atau, mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam "

    dan Qurtubi (Ahkam al-Qur’an , 6.118) berpendapat seperti di atas
    dan banyak lagi..........

    .................

    ReplyDelete
  11. Dan dimanakah penjelasan bahawa "Nur Muhammad" itu makhluk yang pertama dicipta berdasarkan kepada Tafsir para Mufassir muktabar tersebut?

    Apa yang dinyatakan oleh para Mufassir tersebut adalah konsep; "Nabi Muhammad adalah Nur" (Sila rujuk posting pertama saya).

    ReplyDelete
  12. Tablighster's SiteHomeBlogPhotosVideoMusicLinks

    Konsep Nur Muhammad Bersumberkan Quran & Sunnah. Satu Penjernihan Isu Jan 9, '08 12:31 PM
    for everyone

    Dewasa ini ada sesetengah pihak menyerang secara rakus dan begitu gelojoh sekali akan konsep Nur Muhammad. Serangan yang tidak berperikemanusiaan ini telah dilakukan atas nama Ahli Sunnah & Salafus Soleh. Saya amat kesal dan sedih sekali melihatkan konsep Nur Muhammad ini diinjak-injak, dipijak-pijak, dicaci merca dan dirobek tanpa perikemanusiaan oleh sebahagian umat Islam sendiri. Bayangkan saudara-saudara sekalian, betapa sayunya kita melihat nur kekasih Allah s.w.t diinjak-injak sebegitu rupa.

    Golongan ini mengatakan bahawa barang siapa yang mempercayai atau mengimani konsep Nur Muhammad ini, tergelincir aqidahnya dari landasan Islam, malah Syirik! Tatkala, mendengar kata-kata mereka ini, menggigil tubuh badan saya, menitis airmata saya kerana orang Islam sendiri sanggup menghukum sesat & syirik konsep yang telah pun dikupas secara mendalam dan diyakini oleh ulama-ulama besar Islam dalam kitab tafsir dan kitab syarah hadis.

    Golongan ini juga bersandarkan dengan pendapat bahawa hadis utama ikonsep Nur Muhammad s.a.w aitu Hadis Jabir r.a. yang meriwayatkan tentang Nur Muhammad itu sebenarnya palsu. Tatkala, mendengar hujahan ini, benak saya mengatakan, alangkah singkatnya penelitian mereka dalam ilmu hadis, adakah mereka terlupa bahawa ada banyak lagi hadis-hadis sahih yang meriwayatkan tentang hadis Jabir r.a. dan konsep Nur Muhammad s.a.w itu? Sudah tentu mereka lupa...

    Oleh itu, saya berasa terpanggil untuk menyiarkan satu kertas kerja yang dikarang oleh Yang Bhg. Sheikh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Kertas kerja ini amat panjang, jadi saya rumuskan seperti di bawah:

    1- Ta'rif, definisi, skop dan asal-usul konsep Nur Muhammad s.a.w dari karangan klasik ulama-ulama melayu. Pada bahagian ini, para pembaca akan disajikan dengan konsep dan skop Nur Muhammad s.a.w seperti yang terdapat dalam penulisan klasik ulama melayu. para pembaca akan melihat hasil buah fikiran ulama seperti Sheikh Nurudin Al-Raniri dan Sheikh Zain Al-Fatani.

    2- Konsep Nur Muhammad s.a.w dari sudut Quran dan kitab-kitab tafsir. Pada ruangan ini, Yg. Bhg Sheikh Uthman membicarakan perbincangan konsep Nur Muhammad s.a.w dari kitab-kitab tafsir yang mu'tabar. Apa yang menarik di sini ialah konsep Nur Muhammad s.a.w yang dikatakan kononnya sesat oleh 'ulama' masa kini telahpun dibincang, dikupas dan diakui kesahihannya ulama-ulama mufassirin. Jadi, saya beranggapan mungkin 'ulama masa kini' ini lebih hebat ilmunya dari ulama mufassirin yang besar itu, jika tidak masakan mereka berani menolak perbincangan ulama mufassirin tersebut!

    3- Konsep Nur Muhammad s.a.w dari kitab-kitab syarah hadis yang masyhur. Di sini, para pembaca akan disorotkan dengan perbincangan oleh ulama-ulama besar seperti Qadi Iyadh dan beberapa ulama besar yang lain. Kesemua ulama ini menyetujui dan mengesahkan akan konsep Nur Muhammad s.a.w.

    4- Para pembaca akan disajikan dengan senarai 43 orang ulama besar beserta judul kitab mereka masing-masing yang mempertahankan bahawa konsep Nur Muhammad s.a.w itu semestinya adalah dari agama Islam sendiri.

    Mengapa saya mengutarakan perbincangan ini?
    Ini bertitik tolak dari perbincangan saya dengan beliau. Pada suatu hari, saya bertanya kepada Tuan Guru Dr. Uthman El-Muhammady,
    "Sir, I would like to do my thesis in Nur Muhammad",
    lalu tuan guru pun menjawab, "Dear brother (Tablighster), you are actually interested in something that people nowdays consider as heresy, what makes you become so interested in it?
    Saya pun menjawab, " Sir, it was discussed and narrated by great scholars of hadith, so I don't think that the great scholars of hadith would simply narrated a fake or weak hadith and then believed in it!",
    lalu tuan guru pun berkata, "You are right brother, have you read my article on Nur Muhammad?"

    Lalu tanpa berlen

    ReplyDelete
  13. apa kelayakan ustaz dibandingkan al Imam Ghazali yang memang wali Allah untuk mengeluarkan artikel2 yg sebegini. Sy tidak jumpa profil ustaz dalam blog ustaz ini. kenapa ustaz tidak tunjukkan profil ustaz.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbh

    Wahai rizalkitaro, apa guna saya tunjukkan profail diri saya kerana sesungguhnya saya adalah insan hamba Allah yang pastinya lemah. Lihat shajalah penulisan saya kerana Nabi Muhamad SAW berpesan mafhumnya lebih kurang "janganlah engkau lihat siapa yang berkata tetapi engkau lihatlah apa yang diperkatakan olehnya walau pun orang tersebut adalah seorang arab Badwi".

    Tentang ingin melihat profail saya tu, lebih baiklah sdr lihat siapa yang mereka-reka cerita Nur Muhamad ini. Adakah Nabi Muhamad SAW pernah menceritakan cerita "Nur Muhamad ini?"

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. assalamu'alaikum wbt
    utk rujukan semua pasal Nur Muhammad boleh layari www.darulkautsar.com
    ..agama adalah utk amal...
    kenapa perlu ummat ini bergaduh hanya krn masalah furu' (cabang)..sdngkan di luar sana masih banyak masalah ummat yg perlu diberi perhatian..
    moga ALLAH pelihara hati kita semua dan satukan hati2 kita dgn kasih sayang.
    pasti org2 yahudi n nasara gembira melihat 'kelalaian' kita dgn masalah furu' drpd memberi perhatian kpd masalah ummat di luar...

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Saya di Laman Emjay sentiasa menegur perkara-perkara yang perlu ditegur tidak kiralah ia adalah perkara pokok atau perkara furu'. Bukankah itu lebih baik?

    Bagi saya sesiapa yang ingin menegur sama ada perkara yang ditegur adalah perkara pokok atau furu' dan sekiranya perkara yang ditegur adalah benar dan sahih, hendaklah kita bersyukur kerana ada manusia yang sanggup menegur. Ingatlah bahawa Islam wujud atas dasar sebagaimana surah Al Asr iaitu saling menasihati.

    Saya tidak ingin bergaduh dan sekadar mencari redha Allah tetapi sesiapa yang marah dengan teguran saya, itu terpulanglah. Nabi sewaktu menyampaikan agama Islam sama ada yang furu' atau yang pokok adalah atas dasar mengajak manusia masuk syurga namun mereka yang marah dan ingin bergaduh dengan Nabi SAW tetap akan ada.

    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  17. saya rasa saya ada koleksi dari Maulana Asri Yusof tentang kejadian Nur Muhammad....saya sependapat dengan ust Asri dan Ust Mj....beliau memang berpengalaman luas dalam Ilmu Hadith...senidakwah..ini bukan masalah furu...ini masalah akidah...kalu awak anggap masalah akidah tu perkara furu...ternyata awak nie tak paham langsung apa yang diterangkan oleh ust Asri mahupun Ust Emjay...dan ust Asri juga berpengalaman luas menetang Syiah semasa di India suatu ketika dahulu....sekarang nie gerakan ini dilakukan di Malaysia, Kelantan...

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan,

    Byk sgt kawan2 saya hujah ttg Konsep Nur Mohd. . Apa yg ramai org fahami ttg Konsep Nur Mohd selama ini jauh sgt tersasar dpd apa yg saya telah pelajari. Insyaallah saya akan huraikan suatu masa lain. Cuma apa yg saya ingin katakan di sini ianya adalah perkara mudah difahami...dan setiap org memilikinya. Cuma kita saja yg tidak kenalinya. Bak kata pepatah "Hanya jauhari mengenal maknikam".

    Tuan, kalau tak keberatan boleh tak hurai ttg perkara yg dipanggil "Bukit @ Jabar Qaf". Insyaallah Tuan dapat memberi maklumat ttg perkara ini. Waallahualam. Tk.

    ReplyDelete
  19. Sdr mizziag

    Tinggalkanlah amalan dan fahaman berkaitan nur muhamad. Ia menyesatkan.

    Di Malaysia memang banyak sangat orang mengajarkannya kerana Malaysia adalah antara pusat pengamal pelbagai tarekat. Tarekat dan Nur Muhamad adalah sinonim

    Jauhi Nur Muhamad dan Tarekat

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Salam Tuan,

    Nasihat Tuan amat saya hargai. Tuan mcmana dgn perkara "Bukit@Jabar Qaf" tue. Boleh Tuan ceritakan atau huraikan sedikit? Sekian terima kasih. Waallahualam. Tk.

    ReplyDelete
  21. hahahahahahahahahahaha......macam bagus,kebanyakkan apa yg saudara dok kutuk bomoh dan segala jaran2 yg ssat tu.saya nampak saudara pun lebih kurang sama je,kamu suka meramal dan menilai seseorang dengan automatik kamu telah mendahuluiNya...kelakar kelakar....

    ReplyDelete
  22. Ingin tau.
    tidak ada penjelasan dari saudara emjayjb kepada persoalan yang dikemukan oleh saudara perswis bertarikh 29 Jan 08. Hampir setahun sudah. Kita tengok jawapan dari saudara emjayjb.

    ReplyDelete
  23. Saya pun tidak tahu siapa yang menulis artikel ini dan mungkin dari tulisan mantan Mufti MAZA

    Berkenaan bahagian kedua tulisan perswis iaitu
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Berkenaan dengan konsep "Nur Muhammad", ia mesti dibezakan dengan konsep "Nabi Muhammad itu adalah Nur". Kanontasi keduanya berbeza dan memberikan natijah yang sangat berbeza.

    Bila para 'alim yang disebut oleh rendahkosong dikatakan menyokong "Nur Muhammad", jika benar, saya yakin ia sebenarnya merujuk kepada konsep "Nabi Muhammad itu adalah Nur".

    Nabi Muhammad sebagai "Nur" antaranya memberi kanontasi bahawa Nabi Muhammad membawa mesej yang dengannya membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya.

    Manakala konsep "Nur Muhammad" memberi kanontasi bahawa makhluk yang pertama dicipta adalah "Nur Muhammad" kemudian dari nur itu dicipta segala yang ada. Ada versi yang mengatakan bahawa "nur" itu adalah sebahagian dari "Nur" Allah.

    Hal kejadian makhluk yang pertama adalah hal ghaib. Dari manakah hal2 yang ghaib dapat kita ketahui? Artikel yang dibawa oleh Pak Emjay membincangkan tentang hal ini.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Saya tidak perlu ulas lagi kerana tulisan sdr perswis ini adalah sudah tepat dan jelas. Saya sangat bersetuju dan tiada ruangan untuk dikomen lagi.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. Sombong ko ni... macam dah terer sangat tentang segalanya tantang ISLAM.Tau la ko tu ustaz, belajar ada sijil , tapi jgn la tolak mentah2 ilmu yg org lain dapat. Ilmu Allah tu luas, takkan la setakat yg ada kat universiti je... macam yg ko pegang sekarang ni.Berapa bidang ilmu islam yg ko mahir ni? kalau nak banding dgn Ulama terdahulu yg ko bantai tu? Pesan guru saya, kita kena hormat ulama terdahulu kerana zaman mereka hidup lebih hampir ngan zaman Rasuliullah. Kita ni dah jauh... dah 1000 tahun lebih, mungkin apa yg mereka dapat dulu zaman ni dah tak jumpa lagi.

    Cerita gedebak gedebuk.... Hati masih hitam, jangan dok sibuk cari aib org lain.




    ReplyDelete
  25. Engko kalau semak segala kitab hadis dan Al Quran 1000 kali, sahihnya engko tidak akan berjumpa dengan fahaman Nur Muhamad.

    Oleh kerana itu adalah bodoh sekali menegakkan satu amalan keagamaan yang tidak bersandarkan hadis dan Al Quran. Saya ulang "adalah amat bodoh sekali".

    Itulah sebabnya saya mengatakan mengamalkan tarekat dan fahaman Nur Muhamad ini memangnya satu sen pun tak untung malahan rugi belaka.

    Semoga engko diberikan Allah ilmu dan kefahaman dan dapat beramal mengikut saranan hadis dan Al Quran dan dimatikan dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  26. soklan aku, dari mana sumber ilmu kita perolehi? Ko mesti boleh jawab... Prof serba tahu/betul kacang je ni.... dari bukukah? dari gurukah? apa-apa jelah

    ReplyDelete
  27. Dari beberapa buku yang saya menyaksikan sendiri kesilapan fatal ini dan juga dari beberapa guru serta bahan bacaan lain.

    Soalan saya kepada engko, sudahkan engko sendiri menyelidik perkara ini?

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Aku bukan tanya pasal sumber Nur Muhmamad ni lah!

    aku tanya ko , apa sumber ilmu bagi seorang Islam?
    Soklan mudah pon tak faham....

    ReplyDelete
  29. Rujukan mutlak orang ISLAM adalah Al Quran dan Al Hadis. Oleh kerana engko tidak merujuknya dengan bersungguh-sungguh, itulah engko amalkan fahaman Nur Muhamad.

    Emjay

    ReplyDelete
  30. Satu soalan teka-teki lagi ,

    Macam mana budak kat Tanzania yg umur 4 tahun tu boleh bagi syarahan agama (kat stadoum lagi), cakap arab fasih. Yg peliknya mak bapak dia Kristian kalau ikut kata berita.Logiknya 4 tahun kalau kat Malaysia baru nak masuk tadika.

    Dari manakah dia belajar ilmu tersebut? dari UTM kah? dari Al-Azhar kah? Atau dari prof kah?

    Heran aku.....

    ReplyDelete
  31. Atau dia belajar dari guru tarekat engko kah?

    ReplyDelete
  32. Ko ni tau tak jawapannya? Aku nak tau ni. Dari mana dia dapat ilmu? Dari sapa dia belajor? Kalau soalan ni, macam mana Wahabi jawab?

    Prof mesti boleh jawab nyer.

    ReplyDelete
  33. Jawapannya ialah "syuh syuh syuhhhh"

    ReplyDelete
  34. Mengelak atau tak tau? atau tau jawapannya, tetapi termasuk dalam perkara yg ko sendiri tak boleh terima dari logik akal?

    Begitulah Wahabi totok.... kebenaran depan mata, tetap tolak jugak. Aku rasa rugi, seorang bijak pandai belom terima kurnianya. Mungkin satu hari nanti... Amin....

    ReplyDelete
  35. Mana Wahabi totok ni? Berkurung dalam makmal ke? tengah belah tikus kot? Ke tengah study virus aids? Kalo ko dapat la penawar ni, dapat Nobel prize Oooo... bangga Malaysia nanti

    Jawapan! jawapan mana ?

    ReplyDelete
  36. Jawapannya ialah "syuh syuh syuh engko wahai abuafiqah"

    Emjay

    ReplyDelete
  37. Aku yg patut kata "Syuh syuh syuh " kat ko, ingatkan ustaz ke apa? Rupanya tong kosong.Jawapan ambik dari copy paste, pastu kata sesat. Baca tafsir Quran sikit, baca Terjemahan hadis sikit pastu sesatkan org. Apa benda pun tak tau.... sebok nak sesatkan org je kejenya.

    Syuh syuh syuh.... jangan ajor org ajaran sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  38. Muslim, muslim.... taubatlah ko... berenti le kata org sesat.Ni bukan bidang ko.

    Lebih baik ko tulis buku pelajaran banyak2, buat multimedia pembelajaran banyak2. Ni lebih baik, amal jariah yg ada lepas kita mati. Ni bidang ko, aku pun tabik kat bab ni.

    Kurang2 ada saham akhirat nanti. Jangan pulak buat multimedia Wahabi, kesian kat budak2 tu.

    ReplyDelete
  39. ustaz,sy agak kecewa dengan jawapan ustaz syuh syuh syuh...kenapa ustaz tak jawab soalan abu afiqah tu dengan berilmu dan berhikmah?

    ReplyDelete
  40. maaf ye ustaz,sy x berniat utk menyinggung ustaz...cuma sy nak tau juga jawapan ustaz agar dapatlah sy menepis dakyah2 sebegini kelak kalau terjumpa org seperti abu afiqah ni...maaf ye ustaz kalau ustaz kecik hati

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum wbh

    Ada persoalan yang perlu saya jawab, ada pula persoalan yang elok saya biarkan sahaja dan ada juga persoalan yang elok saya halau dari Laman Emjay. Islam tidak menggalakkan umat Islam berdebat berlebih-lebih. Dan dengan itu Nabi dalam satu hadisnya menjanjikan sebuah rumah di taman syurga bagi mereka yang mengelakkan perdebatan walau pun ia tahu dia adalah benar.

    Persoalan bukan-bukan dari golongan seperti taksub tarekat/sufi, memang buang masa saya untuk melayan mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  42. Macam mana budak kat Tanzania yg umur 4 tahun tu boleh bagi syarahan agama (kat stadoum lagi), cakap arab fasih. Yg peliknya mak bapak dia Kristian kalau ikut kata berita.Logiknya 4 tahun kalau kat Malaysia baru nak masuk tadika.

    Dari manakah dia belajar ilmu tersebut? dari UTM kah? dari Al-Azhar kah? Atau dari prof kah?

    Heran aku.....


    Ini telah terbonglkar sebagai kebohongan besar.. saya ada baca tentang tulisan satu ustad di USA (yang bebual mcm koboi tu siape namanyer ahh YUSUF ESTES) dia ada tulis di satu webite dan membongkar tentang kebohongan sesetangah ahli sufi hanya untuk meraih keuntungan dari ceramah anak ini

    ReplyDelete
  43. Macam mana budak kat Tanzania yg umur 4 tahun tu boleh bagi syarahan agama (kat stadoum lagi), cakap arab fasih. Yg peliknya mak bapak dia Kristian kalau ikut kata berita.Logiknya 4 tahun kalau kat Malaysia baru nak masuk tadika.

    Dari manakah dia belajar ilmu tersebut? dari UTM kah? dari Al-Azhar kah? Atau dari prof kah?

    Heran aku.....


    Ini telah terbonglkar sebagai kebohongan besar.. saya ada baca tentang tulisan satu ustad di USA (yang bebual mcm koboi tu siape namanyer ..ahh YUSUF ESTES) dia ada tulis di satu webite dan membongkar tentang kebohongan sesetangah ahli sufi hanya untuk meraih keuntungan dari ceramah anak ini.. kalau terjumpa balik websitenya akan saya share dengan kawan2

    ReplyDelete
  44. Semoga sdr kretekaddict segera dapat menyatakan website ini. Memang orang sufi tidak habis-habis menipu dan terus menipu orang awam. Semoga dengan ini soalan sdr abuafiqah terjawab segera.

    Salam sejahtera untuk sdr kretekaddict

    Emjay

    ReplyDelete
  45. bukan apa ust saya pun bukannya agree bulat2 ngan pandangan ustad ttg org sufi (tapi ok la its a good read anyway buat tambah2 pengetahuan) tapi kalau ttg soal anak kecil kat tanzania tu da kire melampau untuk orang mengkaguminya .. cuma saya pun tak mau orang ingat kisahnyer tentang anak kecil tu betul.. ia pun suatu tamparan hebat juga bagi saya yang menyangkakan itu semua benar belaka sehingga Yusuf Estes dari USA dan satu ulama di UK menemui ke ganjalan dalam klaim pihak anak kecil itu yang mengaku ahli tafseer kitab Alquran dan Injil.. padehal bila ditest, anak kecil tu cuma boleh baca sedikit saja ayat2 Quran.

    http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/Boy5.jpg
    http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/convert_boy5.htm

    saya tak dapat jumpa balik artikel Yusuf estes from US tapi dapat recover an a website showing an e-mail from K. T. PK (USA) to Abdul Hakim Vazquez from UK
    sorry kalau fakta saya salah tadi tapi skedar membantu teman2 jangan sampai salah dapat inspirasi

    ReplyDelete
  46. salam kretekaddict.. tq..smoga bermanafaat dan dibukakan hati dan diperluaskan fikiran rakan2

    ReplyDelete
  47. oh....paham,alhamdulillah.syukran ya ustaz

    ReplyDelete
  48. Suku sakat Wahabi jugak tu...

    Apa bau busuk ni??? bau rokok kretek la... ka ka ka ka

    ReplyDelete
  49. ini ke pro-sufi people? LOL! buat malu aku je ada org mcm ni.. wahabi? saya rasa anda salah orang. Pada saya islam itu berdiri atas hujah yang nyata.. tak semestinya kita pro-sufiism kita kene ikut membabi bute.. dan menyokong orang sufi yang salah ..saya pun tak brapa sokong emjay tentang dia mengutuk orang sufi..dan betapa saya tak berkenan orang wahabi yang tak suke orang buat zikrulah, tapi yang benar tetap benar (ttg budak tanzania tu) kita tak boleh berat seblah dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  50. ini ke pro-sufi people? LOL! buat malu aku je ada org mcm ni.. wahabi? saya rasa anda salah orang. Pada saya islam itu berdiri atas hujah yang nyata.. tak semestinya kita pro-sufiism kita kene ikut membabi bute.. dan menyokong orang sufi yang salah ..saya pun tak brapa sokong emjay tentang dia mengutuk orang sufi.. tapi yang benar tetap benar (ttg budak tanzania tu) kita tak boleh berat seblah dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  51. ini ke pro-sufi people? LOL! buat malu aku je ada org mcm ni.. wahabi? saya rasa anda salah orang. Pada saya islam itu berdiri atas hujah yang nyata.. tak semestinya kita pro-sufiism kita kene ikut membabi bute.. dan menyokong orang sufi yang salah ..saya pun tak brapa sokong emjay tentang dia mengutuk orang sufi.. tapi yang benar tetap benar (ttg budak tanzania tu) kita tak boleh berat seblah dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  52. ini ke pro-sufi people? LOL! buat malu aku je ada org mcm ni.. wahabi? saya rasa anda salah orang. Pada saya islam itu berdiri atas hujah yang nyata.. tak semestinya kita pro-sufiism kita kene ikut membabi bute.. dan menyokong orang sufi yang salah ..saya pun tak brapa sokong emjay tentang dia mengutuk orang sufi.. tapi yang benar tetap benar (ttg budak tanzania tu) kita tak boleh berat seblah dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  53. Bukan ko yg wahabi....

    Yg beri komen pasal budak tu la... rilex la bro... gudang sebatang!!! Tapi aku tak isap rokok la.
    Ada fatwa rokok haram , banyak keburukan. Nasib baik ko hisap kretek, kalo tak sokong yahudi Oooo..

    ReplyDelete
  54. sudahlah tuan emjay.......
    ceghita suma dok karut jerk.........
    habih suma ulama' silam yang arif ditentang......

    hang sorang ja yang betoiii kot.........

    agak2 hang sorang ja kot berhaq untuk masuk syurga kalau nak banding ngan ulama' silam yang popular dan terkenal keilmuan mereka tue..............

    ReplyDelete
  55. Awak ni cakap macam kalbu sdr dah kena gam gajah. Bahagian mana dari artikel di atas yang tidak benar.

    Apabila sdr menentang artikel di atas dan menetang tulisan saya di tajuk "Histeria di SMK Tanjung lumpur - satu kupasan" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/206/Histeria_di_SMK_Tanjung_Lumpur_-_satu_kupasan?replies_read=43 , maka makin terserlahlah kesesatan sdr. Benda yang tiada di adakan dan yang ada di tiadakan.

    Benda yang sudah sah sesat seperti amalan Nur Muhamad ini pun sdr sokong.

    Emjay

    ReplyDelete
  56. Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji.
    Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah Tuhan dan Tuhan itu Allah. Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘Ya Allah Ya Tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah Tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan Tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘Tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘Tuhan’(sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘Tuhan’.
    Para Nabi dan Para Rasul diutus oleh Allah dikalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .
    Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

    Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia”. (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 ) .

    ReplyDelete
  57. jgn lupa suadara ada hdis soheh dlm 40 hdis soheh bka kutab buka frman jgn main blasah je... "bila Jabir Bin Ahmad bertanya pd Rasullullah "Apakh yg pertama dijdikn dialam semesta ni maka dijwb oleh baginda Yg pertma dijdikn adalah NURKU kemudian RUHKU kemudian AKAL dan seterus KALAM" apa jwpn saudara jgn bt crta 0 bla mtk pnjlsan :SY X PASTI SIAPA PENULISNYA. ingtlh saudara berckp setkt yg tahu, menjwb jka kmu pst itulh jwpnny buat setkt yg mmpu hidup jgn ska mngampu..... Jazakallah

    ReplyDelete
  58. sy nk saudara bg jwpn bab TUHAN dgn ALLAH sbb sy tgk saudra byk sgt prkataan TUHAN, syirik terbhgi kpd 3 sy rsa sdra pn taukn.........jgn smpi api nraka jahanam mnjlt tbuh .......... dsa yg x dampunkn Allah adalh syirik.......??????????

    ReplyDelete
  59. malunya saya dengan orang - orang yang bijak pandai ni... asal kata 'ustaz' mesti dan berentam menegekkan pendapat masing-masing.... entah mana satu betul, mana satu salah... saya pun tak tau la... mesti orang yang jahil ilmu kalau bukak laman ni pening kepala macam saya jugak.. Ustaz sini panggil orang di sana bodoh... yang arif disini kata orang sinun dol!!! mana satu yang kite nak ikut ni??(anak murid pening)..

    hai.. ini ulama zaman sekarang.. umat di luar sana perlukan penjelasan dan bimbingan.. ustaz - ustaz nya sibuk bergaduh dan tidak menunjukkan cara yang baik untuk diikuti... rasa-rasa saya lah.. Nabi Muhammad s.a.w. tak pernah pun cakap orang lain bodoh kan??

    saya teringat kisah saya sendiri... nak bertanya soalan simple pada seorang mufti melalui telefon... tapi saya disindir dengan katanya .. hai .. soalan simple ni pun nak tanya saya...? Berbeza dengan paderi kristian yang akan menjawab dengan sungguh-sungguh walau untuk satu soalan yang remeh sahaja...

    Ini lah sebabnya umat kita yang bawah-bawah ni bengong sebab ustaz - ustaz nye pun tak betul... tak boleh nak bimbing masyarakat.... haio pelik sungguh... ulama zaman sekarang...

    saya tak tujukan tertentu pada siapa sebab saya yang menjadi 'penonton' ni tak tau yang mana nak diikut...

    ReplyDelete
  60. kenapa emjayb bayak padam komen org takut kee.

    ReplyDelete
  61. kerana melayan orang macam kau dan yang sama spesis dengan kau tidak menambah ilmu malahan merosak minda dan agama.

    Emjay

    ReplyDelete
  62. betul tu emejy sy sokong emejy hidup emejy iiiiiii tapi emejy sy ada persoalan sikit pasal satu hadis nie harap emejy jawab laa sy nak dpt kepastian ..ok

    ReplyDelete
  63. kepada Jabir r.a. berkata:-
    Aku bertanya pada Rasulullah tentang perkara yang pertama yang Allah cipta sebelum segala-galanya. Maka Nabi Muhammad menjawab:
    Huwa nuru Nabiyyika !!! Ya Jaabir, khalaqahu-Ullahu tsumma khalaqa minhu kulla khairin wa khalaqa ba'dahu kulla syai-in."
    "Ia (yakni perkara pertama yang diciptakannya oleh Allah) adalah nur Nabimu, wahai Jabir, Allah menciptakan nur kemudian diciptakan daripada nur itu akan setiap kebaikan dan diciptakan selepas nur itu setiap sesuatu." Abdurrazzaq

    boleh saudara emejy tolong jelaskan...sy x tahu yg mana betul ..kalau emejy x terangkan pasti sy akan binggung dan sy takut akidah sy rosak kerana perkara berkenanan nur muhammad

    ReplyDelete
  64. Sdr fight11, bukan perkara yang sdr persoal sudah dijelaskan dalam perkara 5 di dalam artikel di atas. Disini saya copy paste sekali lagi:

    5 Kedudukan ‘Hadis’ tentang Nur Muhammad

    Ada dikatakan hadis tentang Nur Muhammad telah dikemukakan oleh Abdul Razak bin Hamam dalam “Musannaf”nya padahal hadis itu tidak terdapat dalam kitab tersebut menurut perhatian penulis terhadap kitab Musannaf cetakan Al Maktabu Al Islami, Beirut, dengan tahqiq oleh Allamah Al Muhaddits Habibur Rahman Al-A’zami.

    Yang menghairankan ialah para ulamak yang lalu menyebutkan hadis ini terdapat di dalam Musannaf seperti apa yang disebutkan oleh pengarang sebuah kitab tasauf dalam bahasa Jawi iaitu “Ad Durun an Nafis” (muka surat 23) dan Sulaiman An Nadwi dalam “Seeratu an Nabi” (Jilid 3) tetapi Sulaiman Nadwi mengakui tidak berpeluang melihat kitab itu sendiri kerana kitab itu tidak dicetak di India pada ketika itu.

    Sementara Anwar Shah Kasymiri pula menyatakan hadis itu telah dikemukakan oleh Hakim dalam Mustadraknya tetapi apabila diteliti tidak terdapat pun hadis itu di dalam Mustadrak, yang ada hanyalah hadis tentang Qalam sebagai sesuatu yang mula-mula dijadikan oleh Allah bukannya Nur Muhammad. Tidaklah dapat dipastikan samada ulamak-ulamak yang lalu itu hanya menukilkan riwayat dari nukilan dan kata-kata orang lain berdasarkan kepercayaan kepada orang itu tanpa melihatnya sendiri atau ada di antara mereka yang mendapati naskah “Musannaf” yang menyebutkan tentang Nur Muhammad itu.

    Walaubagaimanapun daripada naskah yang tercetak dan tersebar hari ini, hadis itu memang tidak wujud. Apa yang didakwakan sebagai hadis Nur Muhammad yang terdapat di dalam kitab Musannaf itu mengikut sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Riza Khan Barelwi (Pengasas aliran Barelwi di India dan Pakistan) yang sesat itu di dalam kitabnya Solatu As Safa adalah sebagai berikut:



    “Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Jabir, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta sebelum segala sesuatu Nur Nabimu daripada NurNya. Maka Nur itu mula berputar dengan kudrat Allah selama dikehendakiNya. Pada ketika itu belum ada lagi lauh dan qalam, syurga dan neraka. Belum juga ada malaikat, langit, matahari, bulan, jin dan manusia. Bila Allah hendak menjadikan makhluk, dibahagiNya Nur itu kepada empat bahagian. Daripada bahagian yang pertama dijadikan qalam, daripada bahagian yang kedua dijadikan lauh, daripada yang ketiga dijadikan arasy. Kemudian Dia membahagikan bahagian yang keempat kepada empat bahagian yang lain. Daripada bahagian yang pertama dijadikan langit, daripada bahagian kedua dijadikan bumi, daripada bahagian ketiga dijadikan syurga dan neraka kemudian yang keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian ….” hingga ke akhir hadis.

    Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadis ini tidak terdapat dalam “Musannaf” Abdul Razak. Kalau diandaikan hadis ini memang ada, maka ia perlu dinilai dan ditimbang dengan neraca ilmu hadis dan hasilnya tentu akan kita dapati bahawa ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada menerima hadis ini untuk dijadikan sebagai alasan atau pegangan.

    Pertama, perlu diteliti dan diketahui dengan sejelas-jelasnya siapakah Abdul Razak itu? Mengikut kebanyakan tokoh-tokoh hadis bahawa Abdul Razak adalah seorang Syiah Rafidhah. Setengah ulamak menganggapnya sebagai pembohong. Ulamak-ulamak hadis yang menerima riwayatnya pun mengemukakan beberapa syarat untuk diterima riwayatnya. Antaranya ialah:



    1. Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan fadhail dan manaqib tidak akan diterima.

    2. Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi sahabat tidak akan diterima.

    3. Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa kesedaran dirinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima.

    4. Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar.

    5.

    ReplyDelete
  65. Saya berkata, "Sekarang kamu kata ikut Al-Qur'an dan Hadis Nabi sahaja. Kamu tak pakai Ijtihad Ulama Tasawwuf sebab kononnya itu semua rekaan Ulama. Baik sekarang saya tanya satu bab mudah di dalam Islam. Cuba kamu ceritakan bagaimana kamu mengerjakan solat. Bagaimana kamu mengambil wudhu' Berapa rukun wudhu, berapa rukun solat? Apa sah dan batal solat? Cuba huraikan.

    Mereka semua terdiam sejenak. Kemudian salah seorang 'wahabi' menjawab dengan berani, "Apa soalan ni, rukun solat tentulah 13 perkara."

    Saya bertanya, "Mana kamu dapat rukun 13.? Cuba tunjukkan saya di mana didalam AL-Qur'an atau Hadis Nabi menyebut rukun 13 secara syummul dan tafsil.

    Dia menjawab : "Oh ya tentulah didalam Kitab Fiqh"

    Kitab Fiqh karangan siapa?

    Dia menjawab : Ijtihad Ulama Fiqh.

    Jadi kamu ikut Ulama Fiqh....! Kenapa ikut Ulama Fiqh.? Kenapa rujuk kitab Fiqh? Adakah Nabi amalkan Fiqh? Adakah di zaman Nabi terdapat Ilmu Fiqh?

    Jika kalian mendakwa hanya mahu merujuk kepada Qur'an dan Hadis Nabi, saya bertanya berapa banyak ayat Qur'an yang kalian hafal, berapa banyak hadis Nabi yang kalian hafal? Ayat Qur'an adalah Kalamullah, mengandungi makna2 yang sangat tersembunyi. Macamana kalian boleh bezakan ayat Qur'an yang Muhkamat atau Mutashabihat?

    ReplyDelete
  66. Payah-payah mencari bilah
    Bilah ada di dalam buluh
    Payah-payah mencari Allah
    Allah sangat dekat dengan tubuh

    ReplyDelete
  67. Ohhh ini pantun orang TAREQATTTTT

    Laman Emjay bukan laman tareqat. Arwah guru saya mengajar takutilah orang tareqat dan larilah dari mereka kerana mereka lebih bahaya dari Mahathir, Hindu dan ular.

    Usahlah satunasib berhujah tentang tareqat kerana hujah tareqat dalam Emjay sekadar kelak kena delete. Bagi saya ia sekadar menghabiskan boreh.

    Kalau ikut pantun engkau ni, Allah ada dalam air kencing kau dan dalam tahi dan kentut engkau. Itulah ilmu yang diajarkan oleh orang tareqat.

    Saya berpegang teguh dengan Al Quran sebagaimana dalam surah 7:54, surah 10:3, surah 13:2, surah 20:5, surah 25:59, surah 32:4, surah 57:4..

    Ikut tok guru tareqat kau tu, dalam tahi hidung kau ada Allah, dalam tahi telinga kau ada Allah, dalam air mani kau ada Allah, dalam air liur basi kau pun ada Allah. Maklumlah ilmu kau tu dalam aku ada DIA dan dalam DIA ada aku.

    Laman Emjay bukan laman menggalakkan faham Tareqat. Nabi tak bertareqat, para sahabat pun tak bertareqat!!!

    Emjay

    ReplyDelete
  68. kelaka lak ak tgk care emjay ni..dok pakai kopiah..nape xpakai serban sebeso bakul durian..ko mengatakan org sesat la.memburuk2 kan org.hahahaha.kalau betul ko ikut alquran n sunah..bleh jd cmtu ke..mengkafirkan sesama islam..padahal perkara tu pun ko mmg xdalami..last2 ak jadi confius ngn org pakai kopiah ni..nmpak luaran je dalaman sape yg tau..

    ReplyDelete
  69. xsemua org tarekat itu sesat..xsemua org islam itu sesat..so pikir2 la..adakah tok lebai emjay ada bukti mengatakan mereka sesat..dan andai mereka itu tidak mengatakan diri mereka tuhan..dan pembelajaran mereka makin mendekatkan hati pada pencipta..walaupun belajar nur muhammad..adakah mereka salah..bagaimana dengan wali 9 dan wali2 allah yg lain yang meahami nur muhammad..yang dikatakan wali allah..adakah mereka sesat??jadi sesiapa yang mempelajari nur muhammad adalah sesat?? hmmmmm..tarekat itu melatih hati supaya berusaha membuang sifat2 amarah pun dikatakan sesat??

    ReplyDelete
  70. fatwa negeri sarawak:

    Kesimpulan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri adalah sebagai berikut:-

    Ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :

    i) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulama mu'tabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.

    ii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada "nur Allah" atau dengan tafsiran yang seolah-olah "Nur Muhammad" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.

    iii) Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

    iv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "Nur Muhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat

    Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf.

    ReplyDelete
  71. firman allah s.w.t
    dan janganlah kamu mengikuti (membahaskan, apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawab keatasnya (surah al-isra' : 36)

    rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "janganlah kamu berprasangka (buruk), sesungguhnya prasangka itu seburuk-buruk perkataan.." (hadith riwayat Al-bukhari dan muslim)

    jadi siapa kita untuk menghukum tanpa usul periksa? adakah kita 100% mengikut alquran dan as-sunnah? sedangkan allah hanya memandang pada hati..bukan luaran..semoga kita sm2 mendapat hidayahnya..amin..

    ReplyDelete
  72. org awam macam wa berpegang kepada keputusan 9ni
    Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    Akidah

    Tarikh Keputusan:
    22 Jan, 2002
    Huraian Tajuk/Isu:
    Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
    Keputusan:
    i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan

    ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung

    iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

    iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat

    Status Penwartaan:
    Tidak Diwartakan
    Nombor Rujukan:
    KLFNS/3/6/2002
    Negeri:

    Sarawak

    ReplyDelete
  73. Allah Maha Mengetahui siapa diantara hamba2 Nya yang mendapat petunjuk dari Nya. Maaf, jika saya mencelah. Saya bukan nak masuk campur hal orang. Jika ustadz Emjay salah, tak perlu menyalahakan dia, serahkan saja urusan itu kepada Allah. Tak perlu percaya jika penyamapaian ustadz Emjay itu salah. Seandainya, ustadz Emjay itu benar bagaimana? Memang benar tidak ada fakta agama di dalam AlQuran atah Hadis Nabi SAW. Cerita Nur Muhammad diterbitkan oleh Ibn Arabi dalam kitab karangan-nya. Siapa tahu Ibn Arabi mendapat petunjuk dari Allah, mungkin beliau benar. Apabila dikatan Sunnatullah, ia bermaksud tambahan tentang kejadian Allah yang senantiasa berubah dan berlaku dari masa ke semasa. Allahu 'ala kulli syain alim, ertinya sesungguhnya Allah Maha Mengetahui diatas segala sesuatu. Maka itu, biar kebenaran itu ditentukan oleh Allah Azzawajala Yang Maha Berkuasa. Salam hormat.

    ReplyDelete
  74. Anda berkata "Siapa tahu Ibn Arabi mendapat petunjuk dari Allah" . Kalau begitu saya pun bolehlah berkata "siapa tahu orang Hindu dan kristian di Malaysia adalah agama yang mendapat petunjuk darai Allah ???" Nauzubillah himinzalik.

    Anda berkata "tambahan tentang kejadian Allah yang senantiasa berubah dan berlaku dari masa ke semasa". Perlu diketahui bahawa sebarang ilmu tentang agama Islam tidak boleh diubah. Ilmu tentang Nur Muhamad adalah ilmu yang bermula menurut ahli tarekat sesat sebelum kejadian luh mahfuz lagi. Jadi bagaimana Ibn Arabi ini boleh mempunyai ilmu hingga mengetahui kejadian sebelum luh mahfuz wujud? Jawapannya mudah, Ibn Arabi mendengar cerita yang disampaikan oleh Iblis.

    Emjay

    ReplyDelete
  75. mj... mj.. terlalu taksub smpi tersesat. baik la sesat d dlm gelap dpd sesat d dlm terang mcm c mj ni. ni haaa aku bg ko link utk ko tgk.. http://tablighster.multiply.com/photos/album/3/Siapakah_Emjayjb_#

    betul ka x ko ni pensyarah? cara ko bckp pn mcm org x beriman aku tgk. eeeiii... psl ko ni la org kafir bnyk xsuka islam. bat malu ja la cara ko ni berdakwah. nasib baik ko x bg full name ko.. klu x.. dah lama ko ni kena santau org.

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum..

    Cuba kaji surah pertama yang di wahyukan oleh Allah S.W.T kepada nabi Muhammad S.A.W..
    Cuba fahami betul2 makna surah tersebut..
    Semoga surah tersebut dapat mencetus akal dan hati kita semua untuk memahami konsep Islam..
    Semoga Dari pemerhatian mata zahir, dapat mencelikkan mata hati dengan bantuan akal yang dianugerahkan oleh Allah SWT..
    Semoga Allah tunjukkan kita semua ke jalan yang lurus..
    Insyaallah..

    ReplyDelete