Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 21 January 2008

Persoalan Allah melihat, mendengar dan bersemayam di Arash!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbth

Sdr anakbintulu85  kini kelihatan lebih rasional, alhamdulillah. Banyak tulisannya sudah terpapar di dalam ruangan GUESTBOOK saya.

Saya kini ingin mereply berkaitan persoalan yang di lontarkan oleh anakbintulu85 ini. Berikut adalah antara persoalan-persoalan dari  anakbintulu85 :

Persoalan pertama:

anakbintulu85 wrote on Jan 18
Dalam salah satu ceramah Rasul dahri,(sila rujuk ceramah rasuldahri dalam you tube) Allah swt di katakan mempunyai tangan dan kaki dan mendakwa bahawa sifat 20 merupakan hanya jampi mentera sahaja. Adakah saudara emjay bersetuju dengan pandangan Rasul dahri mengenai perkara itu?Saya hanya sekadar ingin tahu pandangan saudara emjay tentang dakwaan rasul dahri itu?

Persoalan kedua:

anakbintulu85 wrote on Jan 19
Walaupun saya tidak sehaluan dengan Rasul Dahri,saya tidak akan mengafirkan Rasul Dahri dan menuduh beliau sebagai berlaku syirik(walaupun mensifatkan Allah swt mempunyai sifat-sifat spt makhluk ciptaanNya seperti ada kaki dan tangan) dan zindiq,tetapi mungkin sebaliknya berlaku Rasul Dahri dan para ulama Wahabi(silap pi)sewaktu dengannya mungkin akan mengafirkan saya dan menuduh saya berlaku syirik...

Bagi menjawab persoalan  dari anakbintulu85 di atas, saya sekadar ingin copy paste artikel yang disediakan oleh Muhammad Haniff al-Rawanj yang saya perolehi dari laman blognya di  http://jurnal-haniff.blogspot.com/


~~~~~~~~~~

Thursday, December 20, 2007

Perselisihan Dimanakah Allah s.w.t?

Perihal tentang perbincangan Sifat keEsaan Allah s.w.t, maka ia tiada diperselisihkan seperti yang diturunkan dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4 yang menceritakan keEsaan Allah s.w.t. iaitu ayat-ayat yang maksudnya berbunyi sebegini:

1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Dalam satu riwayat dikemukakan bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan kepada Rasulullah s.w.t tentang sifat-sifat Allah dengan berkata: "Jelaskan kepada kami perihal Tuhanmu." maka turunlah 4 ayat tersebut bagi menjawab persoalan kaum musyrikin itu. (Diriwayatkan oleh Tirmidzi, al-Hakim dan ibn Khuzaimah dari Abi Aliyah yang bersumber dari Ubay bin Ka'ab. Diriwayatkan pula oleh at-Thabarani dan ibn Jarir yang bersumber dari Jabir bin Abdullah dan dijadikan dalil bahawa surah ini adalah surah Makkiyah yang diturunkan di Makkah)).

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi menghadap Nabi s.a.w dan diantaranya Ka'bubnul 'Asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata: "Hai Muhammad, lukiskan sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu." Maka turunlah surah al-Ikhlas berkenaan peristiwa ini. (Diriwayatkn oleh ibn Abi Hatim dari ibn 'Abbas. Diriwayatkan pula oleh ibn Jarir yang bersumber dari Qatadah dan ibn Mundzir yang bersumber dari Sa'id bin Jubair. Dengan riwayat ini Sa'id bin Jubair menegaskan ia adalah surah Madaniyyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Ahzab (Persekutuan antara Quraisy, Yahudi Madinah, Kaum Goththafan dari Thaif dan Munafiqin Madinah dan beberapa sekutu sekeliling Makkah) berkata: "Lukiskan sifat Tuhanmi kepada kami." Maka sampailah Jibril a.s menyampaikan surah al-Ikhlas yang melukiskan sifat-sifat Allah. (Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Abi Aliyah bersumberkan dari Qatadah.)


Demikianlah sebab turunnya surah al-Ikhlas, untuk menceritakan pada orang-orang kafir tentang sifat keEsaan Allah s.w.t. Kemudian datang pula perselisihan dikalangan umat Islam tentang persoalan dimanakah Allah s.w.t? Sampai adanya muncul isu kafir-mengkafir kerana ‘Aqidah adalah “core” bagi agama. Dalam hal ‘Aqidah ini, telah muncul tiga golongan dengan pandangan masing-masing; Athariyyah, Maturudiyyah, dan Ashaa’irah/Asy’ariyyah. Perlu ditekankan disini bahwa saya lebih menjerumuskan kepada pandangan golongan Athariyyah namun tidaklah saya berani untuk katakan saya mengkafirkan mereka yang berpegang kepada pandangan Maturudiyyah dan Ashaa’irah. InsyaAllah saya akan cuba sertakan dalil-dalil daripada al-Qur'an, Hadith dan juga beberapa kata-kata 'ulama' dengan seringkas yang mungkin bagi menjawab persoalan tersebut berdasarkan pendapat dari golongan Athariyyah.


Dalil daripada al-Qur'an al-Karim:
Surah al-A’raaf : 54,
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam."


Surah Yunus : 3,"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan Taatlah kamu kepada perintahNya; Patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan Yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?"


Surah ar-Ra’d : 2
"Allah jualah Yang menjadikan langit terangkat tinggi Dengan tiada bertiang sebagaimana Yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. Allah jualah Yang mentadbirkan Segala urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)."

Surah Thohaa : 5,
"Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy."

Surah al-Furqan : 59,
"Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu kepada Yang mengetahuinya."

Surah as-Sajdah : 4,
"Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang Penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?"

Surah al-Hadid : 4,
"Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan."


Demikian adalah tujuh ayat dari al-Qur’an yang menceritakan bahawa Allah istiwa di atas ‘Arasy-Nya. Istiwa disini bermaksud bersemayam (reside, sit of royalty) apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu (Rujuk al-Qur’an dan Terjemahnya, terjemahan dan tafsiran dibawah pimpinan Prof. R. H. A Soenarjo S. H.; dan Kamus al-Qur’an tulisan Syeikh Dr. Hasanain Muhammad Makhluf) namun adakah Allah s.w.t bersemayam seperti hamba-Nya?

Allah s.w.t berfirman dalam surah asy-Syuraa ayat kesebelas:

"...Tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."


*Berdasarkan ayat tersebut (laisa kamithlihi shai un), kita biarkan saja ayat-ayat tersebut (berkenaan Istiwa) sebagaimana Allah s.w.t tetapkan dimana Dia berada tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna), tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah s.w.t), tanpa takyif (menggambarkan rupa bentuk sifat) dan tanpa tamthil (mengumpamakan makna dengan sesuatu).(Rujuk Tafsir Ibn Kathir dalam tafsiran surah al-A’raf bab maksud Istawa tulisan Imam Abul Fida Ibn Kathir r.h)

‘Arasy pula diayat-ayat tersebut didalam bahasa ‘Arab dimaksudkan dengan singgahsana untuk raja namun yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tersebut ‘Arasy dimaksudkan seperti yang Allah s.w.t berfirman dalam ayat ke-7 surah al-Mu’min:

"(Malaikat-Malaikat) Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya.."


Bagaimanapun ayat ke-4 dalam surah al-Hadid yang bermaksud: “..Dan Ia tetap bersama-sama kamu dimana saja kamu berada…” (wa hua ma’akum aina ma minkum). Dikhabarkan kepada saya ditafsirkan ayat ini oleh ibn ‘Abbas yang bersama itu adalah ‘Ilmu walau saya masih belum dapat jumpa lagi sumbernya. Dan pada ayat ini Imam Abu Hanifah r.h pernah ditanya tentangnya, dan beliau menjawab: “Ia seperti kamu tulis surat kepada kekasihmu dan katakan “aku sentiasa bersamamu””.(Rujuk Aqidah Empat Imam Mazhab tulisan Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais)

Dalil-dalil daripada Hadith Rasulullah s.a.w:
Hadith yang pertama:
Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya yang bernama Jariyyah, beliau membawanya kepada Rasulullah s.a.w.:

Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: “Di manakah Allah (aina Allah)?” Jawab hamba itu: “Allah di langit (fis samaa’).” Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Jawab hamba itu lagi: “Engkau adalah Rasulullah.” Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, “Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (wanita yang sedia beriman).(Hadith Diriwayatkan oleh Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Imam Muslim, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e)


Inilah dalilnya, yang mana kita seharusnya menjawab bahawasanya Allah s.w.t itu berada dilangit jika ditanyakan dimana Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w katakan bahawa itu adalah iman kita berdasarkan hadith tersebut Rasulullah s.a.w mengakui kata-kata Jariyyah bahawa Allah s.w.t itu berada dilangit.
Hadith yang kedua:
Abu Hurairah r.a melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata:
“Tuhan yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke langit dunia pada setiap malam, ketika tinggal satu pertiga yang akhir dari malam. Allah berkata, “Sesiapa yang berdoa kepada Aku, Aku akan perkenankan baginya. Sesiapa yang minta dari Aku, Aku beri padanya. Sesiapa yang meminta ampun, Aku ampuninya. (Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)

Dari hadith yang disertakan diatas, menunjukkan Allah s.w.t berada diatas langit berdasarkan perkataan turun (yanzilu) dan pastinya Allah s.w.t berada diatas jikalau Dia turun. TurunNya Allah s.w.t adalah wajib kita percayai tanpa ditanyakan bagaimana Allah turun, tanpa mengubah maknanya
.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya mengambil sedikit pandangan dari ‘ulama’ Malaysia yang lebih dikenali ramai iaitu Ust Abdul Hadi Awang dalam buku tulisannya Beriman Kepada Allah, beliau katakan dalam hal ini (Dimana Allah?) terdapat empat pandangan iaitu:

Pandangan Pertama:
Mereka berpegang dengan zahir maknanya, sehingga menyamakan Allah dengan makhluknya. Mereka itu golongan yang dikenali dengan mujassimat dan musyabbihat. Mereka adalah golongan sesat kerana pandangan ini terpesong dari Islam. Pandangan ini dikategorikan sesat berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam asy-Syuraa ayat ke-11 dan surah al-Ikhlas ayat 1-4.

Pandangan Kedua:
Mereka menolak semua ayat dan hadith itu sehingga menafikan segala maksudnya. Menurut mereka, Allah tidak berkata-kata, tidak mendengar, tidak melihat kerana menurut mereka sifat-sifat itu memerlukan pancaindera sedangkan Allah tidak begitu. Mereka itu dikenali dengan golongan mu’attalat dan ada yang menamakannya dengan al-Jahmiyyah. Pendapat mereka salah dan sesat, kerana kita faham sifat-sifat itu wujud dan tidak semestinya melalui anggota dan pancaindera. Kita salah mensyaratkan pancaindera dan anggota kepada sifat-sifat Allah.

Pandangan Ketiga:
Menurut ulama’ yg beraliran salaf, mereka beriman kepada ayat-ayat dan hadith-hadith itu. Mereka menyerahkan maksudnya kepada Allah. Mereka juga beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith yang menyebutkan perkataan mata, tangan, muka, bersemayam dan lain-lain. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui tujuannya.

Pandangan Keempat:
Pendapat keempat dikemukakan oleh ulama’ beraliran khalaf iaitu mereka yang berada selepas kurun kelima Hijrah (ada juga yang berpendapat yang menyatakan selepas kurun ketiga Hijrah). Zaman itu adalah zaman merebaknya pengaruh falsafah ke dalam ilmu ‘Aqidah. Bagi menghadapi hujjah falsafah, mereka berpendapat ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang mengandungi sifat mutasyabihat (yang tidak jelas/samar-samar) itu perlu diperjelaskan dengan huraian dan makna. Mereka berkata yang dimaksudkan dengan muka itu Dzat-Nya, tangan itu kudrat-Nya dan sebagainya.

Dan beliau telah memilih pandagan golongan yang ke-3 tapi tanpa menolak keseluruhan pandangan ke-4.

Demikian adalah pendapat golongan Athariyyah dan saya juga memegang pendapat golongan ini iaitu dengan beriman dengan ayat-ayat tersebut tanpa memikirkannya bagaimana, ada lagi perselisihan tentang sifat Allah s.w.t seperti Wajah, Tangan dan lain-lain insyaAllah akan dibincangkan lagi selepas ini. Wallahu ta'ala a’lam.
~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih diucapkan kepada sdr Muhamad Haniff yang menyediakan artikel tersebut. Saya juga berterima kasih kepada sdr banirroad dan  protruth yang telah sudi meluangkan masa untuk menjawab persoalan-persoalan dari  anakbintulu85 melalui ruangan guestbook Laman Emjay.

Mengenai persoalan anakbintulu85 bahawa Allah bertangan dan berkaki , jawapan saya ialah sekiranya di dalam Al Quran dan hadis dinyatakan bahawa Allah bertangan dan berkaki maka saya akan mengimaninya dan memahaminya bahawa Allah bertangan dan berkaki sebagaimana yang bersesuaian dengan kebesaran Allah SWT. Saya tidak mempersoalkan bagaimana Allah bertangan dan berkaki kerana  mempersoalkan bagaimana sifat Allah adalah terlarang. Berikut adalah larangan bagi umat Islam:

a.      Takyif  – “bagaimana sifat Allah tersebut”
b.      Tamsil  – “menyerupakan atau mencontohkan sifat Allah dengan sifat makhluk”
c.      Taktil   – “membatalkan atau menolak sifat-sifat Allah tersebut”
d.      Tahrif   – “merubah, mengganti atau menyelewengkan nama dan sifat Allah”

Antara 99 nama-nama Allah terdapat nama berikut iaitu:

1.      As-Sami'    -           Yang Maha Mendengar
2.      Al-Basir      -           Yang Maha Melihat  
3.      Al-Nur        -           Yang bercahaya

Jikalau sdr anakbintulu85 menyoal saya bagaimana Allah mendengar, saya akan menjawab bahawa Allah mendengar sesuai dengan kebesaranNya.

Jikalau anakbintulu85 menolak Allah bersemayam dan  bertangan sebagaimana disebut di dalam Al Quran, bagaimana anakbintulu85 akan mengimani konsep Allah yang Maha Mendengar, Melihat dan Bercahaya??

Saya kini ingin menyoal kepada sdr anakbintulu85 pula, Nabi mana yang mengajarkan umat Islam pengajaran SIFAT 20 bagi Allah SWT?? (Jangan mudah buat fitnah terhadap Nabi Muhamad SAW).

Bagi keterangan lanjut tentang persoalan ini yang dipaparkan dengan amat terperinci, silalah layari http://www.scribd.com/doc/4195203/Di-mana-ALLAH-?autodown=pdf
Semoga sdr anakbintulu85 diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay  

14 comments:

  1. say takkan buat fitnah kpf Rasulullah saw

    ReplyDelete
  2. Say takkan menyoal soalan bagaimana Allah swt mendengar kpd saudara krn persoalan itu sudah lama ada jawapannya...

    ReplyDelete
  3. soalan akhir emjay itu saya tak boleh jawap lagi,saya tak nak memandai-mandai macam terrer nak menjawapnya tanpa ilmu yg cukup..nanti saya cuba menemui jawapan dengan bertanya kpd ulama muktabar (semestinya nukan dengan ulama wahabi) mungkin dengan Ustaz Harun Din kot...atau sesiapa juga yg ada berkelayakan..

    ReplyDelete
  4. Maaf,...penjelasan saudara dalam artikel di atas itu agak panjang ler,pening juga nak tangkap pointnya,boleh secara ringkas tak mana hadis atau ayat al-Quran yang mana menyatakan Allah swt ada kaki dan tangan...?

    ReplyDelete
  5. Adakah ini bermakna saudara emjay bersetuju dgn dakwaan Rasul Dahri itu mengatakan Allah ada kaki dan tangan?

    ReplyDelete
  6. Jika dibuka kitab Bahrul Al-Madzi Juzuk 4 bab ke 78, juga ada dinyatakan:

    460: Hadis dikeluarkan oleh 'Ísa At Tirmidzi dan lainnya (mafhumnya):

    Diriwayatkan daripada Abi Hurairah R A berkata ia: Telah bersabda Rasulullah SAW: Tiada bersedekah seseorang dengan satu sedekah daripada halal atau daripada tulus hati bagi Allah, dan tiada diterima Allah melainkan harta halal dan ikhlas hati, melainkan mengambil Allah Taala Tuhan yang bernama Rahman akan dia dengan tangan kananNya.

    Dan jika ada sebiji kurma kering sekali pun, makin bertambah pahalanya dan banyak ia di dalam tangan Tuhan yang bernama Rahman hingga adalah ia lebih besar daripada gunung sebagaimana memelihara dan mengasuh seorang daipada kamu akan anak kudanya atau anak unta yang bercerai susu daripada ibunya.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. SEBUT PASAL KITAB BAHRUL AL-MADZI INI,SAYA ADA SATU SOALAN nk tanya saudara emjay?Ini bukan pasal perbezaan antara kita berdua tapi pasal lain....ada tak dalam kitab tu mengatakan makan daging kuda haram.....kalau makan daging kuda liar barulah haram,saya pernah berselisih faham dengan seorg kawan yg belajar di R^(%@!| ... mengatakan daging kuda bela haram makan,kuda liar boleh makan.Saya tanya dia dalil apa yg dia pakai,katanya ada dalam kitab Bahrul Al-Madzi inilah

    ReplyDelete
  8. KHIMAR AHLIYYAH (KELEDAI JINAK) haram dimakan

    Hal ini berdasarkan hadits

    "Artinya : Dari Jabir berkata: "Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam
    melarang pada perang khaibar dari (makan) daging khimar dan memperbolehkan
    daging kuda". [Hadits Riwayat Bukhori no. 4219 dan Muslim no. 1941]

    Dalam riwayat lain disebutkan begini.

    "Artinya : Pada perang Khaibar, mereka meneyembelih kuda, bighal dan khimar.
    Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang dari bighal dan khimar
    dan tidak melarang dari kuda" [Shahih. HR Abu Daud (3789), Nasa'i (7/201),
    Ahmad (3/356), Ibnu Hibban (5272), Baihaqi (9/327), Daraqutni (4/288-289) dan
    Al-Baghawi dalam Syarhu Sunnah no. 2811]

    Dalam hadits di atas terdapat dua masalah :

    Pertama : Haramnya keledai jinak. Ini merupakan pendapat jumhur ulama dari
    kalangan sahabat, tabi'in dan ulama setelah mereka berdasarkan hadits-hadits
    shahih dan jelas seperti di atas. Adapaun keledai liar, maka hukumnya halal
    dengan kesepakatan ulama. [Lihat Sailul Jarrar (4/99) oleh Imam Syaukani]

    Kedua : Halalnya daging kuda. Ini merupakan pendapat Zaid bin Ali, Syafi'i,
    Ahmad, Ishaq bin Rahawaih dan mayoritass ulama salaf berdasarkan hadits-hadits
    shahih dan jelas di atas. Ibnu Abi Syaiban meriwayatkan dengan sanadnya yang
    sesuai syarat Bukhari Muslim dari Atha' bahwa beliau berkata kepada Ibnu
    Juraij: " Salafmu biasa memakannya (daging kuda)". Ibnu Juraij
    berkata: "Apakah sahabat Rasulullah ? Jawabnya : Ya. (Lihat Subulus Salam
    (4/146-147) oleh Imam As-Shan'ani]

    ReplyDelete
  9. Dari http://www.al-wahidah.com/artikel/muftimelaka.html

    Pengirim: YUSOF LATHIF (mahyosof@yahoo.com)
    Alamat: 104/1 tempat 7 serdang sega , sungai padi , naratiwas thailan
    Tarikh: 18-02-2005
    Kategori: AQIDAH
    Tajuk: di mana adanya allah

    Soalan: saya percaya bahwa allah itu ada tetapi di mana adanya ?

    Jawapan
    Bismillahirrahmanirrahim.
    Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.

    Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
    "Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).

    Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu'awiyah :
    Artinya:
    "Beliau bertanya kepadanya : "Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : "Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?". Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah". Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
    Beriman kepada Allah Ta'ala adalah satu daripada rukun iman yang enam yang wajib tetap dalam hati seseorang tanpa becampur syak dan keraguan.Beriman dengan kewujudan Allah Ta'ala ialah dengan mengiktiqadkan Allah dengan iktiqad (pegangan) yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah Ta'ala yang mencipta dan mentadbir semua benda dan perkara dalam alam ini (rububiyyah), Dialah yang berhak disembah (uluhiyyah), Dia memiliki nama-nama yang agung (asma' al-Jalal)dan mempunyai segala sifat kesempurnaan (sifat al-Kamal) dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan (Asma' Allah dan sifat-sifatnya).

    Kewujudan Allah Ta'ala bukanlah sebagaimana kewujudan alam yang huduth (baharu) yang menerima perubahan, permulaan dan kesudahan, kerana zat dan sifat Allah adalah qadim (tiada permulaan) dan baqa' (tiada kesudahan).

    Bagi menjawab persoalan di mana Allah Ta'ala, berbalik kepada dalil al-Qur'an dan Hadith di atas dapatlah dinyatakan bahawa Allah Ta'ala istawaa di atas 'arasy-Nya yang tinggi (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).Imam Malik apabila ditanya "Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy ?. Beliau menjawab :
    Artinya:
    "Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".

    Wallahu Tabaraka Wata'ala a'lam.
    Tarikh kemaskini: 02-03-2005

    Sumber: http://media.mmu.edu.my/mufti/jawapan/baca.php?id=225

    ReplyDelete
  10. Sememangnya perjalanan Rohani ini sebenarnya amat sulit untuk dipelajari dan ditempuh. Dalam bab Ilmu Tauhid sahaja umat islam sudah gagal kerana ramai yang mengabaikannya sedangkan tauhid adalah asas kepada IMAN seseorang. Sebab yang beriman itu Islam, yang Islam itu tak semestinya beriman. Apa hal dengan amal-ibadat kita jika iman tak sah? Jawabnya tak diterima Allah swt. Ini suatu hal, iktikad mana pula bagi orang-orang yang tak tahu tg Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah? Mereka boleh terjebak ke dalam bermacam-macam iktikad seperti Qadariah, Jabariah dan salah satu daripada 72 puak yang dimaksudkan Rasulullah saw dalam hadis baginda. Apa dah jadi dengan zikir wirid Tarikat yang dikerjakan setiap hari jika tak fasih Sifat 20/Aqaidul Iman 50? ( Sila rujuk Ilmu Tauhid Sifat 20 Awaluddin Makifatullah)

    Selain itu bagaimana pula dengan hal-ehwal SYAHADAH (SYAHADATAIN). Bab Syahadah adalah yang terawal kerana ianya adalah perkara yang pertama dalam Rukun Islam. Bila tak tahu Rukun Syahadah maka jawabnya tak berimanlah. Apa dia RUKUN SYAHADAH ustaz???
    Sila rujuk semula di http://www.facebook.com/notes_cheatsheet.php#!/note.php?note_id=396901442152

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dia-lah yang mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat, wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

    1. MUQADDIMAH

    Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah?
    Kita jua ketahui bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jama‘ah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Apakah mawqif ( فقوم ) dan peranan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah?

    Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar.

    1. Dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008 anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulamak Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabi‘ul Awwal 1429H di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

    2 Ancaman Dan Penentangan Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah

    Semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jama‘ah.
    Tidak pernah tahukah insan sebegini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibn ‘Asakir dan Imam Abdariyy bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud:

    “Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya, maka Allah akan mengumumkan azab-Nya ke atas semua manusia.”

    Terlupakah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti Imam ‘Ali al-Daqqaq yang bermaksud:

    “Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu.”

    Semoga dari tulisan dan pembentangan ini dapat menguatkan lagi semangat kita dalam memperjuangkan agama Allah. Amin.

    2. AQIDAH

    2.1. Erti Aqidah Dan Kaitannya Dengan Amalan Salih
    Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan. Justeru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:

    “Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit.”
    (Al-Nisa’ ayat 124)

    Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan salih yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud:

    “Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan aqidah yang betul).”
    (Sahih al-Bukhariyy)

    Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.
    2.2. Para Ulama Mengutamakan Ilmu Aqidah

    Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan Islam akan mengutamakan ilmu aqidah. Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua di antara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqh al-Absat ( طسبلأا هقف ) yang bermaksud:

    “Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia d

    ReplyDelete
  12. Allah cahaya langit dan bumi. Allah lah yang menjadikan langit dan bumi. Allah lah yang menciptakan tubuh manusia. Kepunyaan Allah yang ada dilangit dan bumi. Tiada Ia serupa dengan segala sesuatu. Zat Allah Maha Kuasa bukan maha tangan.

    ReplyDelete
  13. Salam ustaz, nk tanya ttg orang2 salafi wahabi yg b,kembang pesat skrg.mrk menolak pendapat & firasat ulama2 muktabar yg ilmu mereka itu ainul yakin & haqqul yakin. Adakah wahabi ini t,gelincir akidah mrk?

    ReplyDelete