Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 4 January 2008

Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin

Suami terlalu baik... isteri diam-diam 'hadiah'kan bini ...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbth sekalian umat Islam

Bunyi ayat Al Quran dari ayat 54 surah Ali Imran ini memang saya gemari. Begitulah Allah menurunkan Al Quran memang hebat sekali. Apabila dihayati terjemahan ayat Al Quran ini tambah menarik lagi. Subhanallah.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

"Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas  tipu daya".

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, memanglah sahih Allah itu Allahuakbar! Dialah sahaja yang mampu membuat segala sesuatu dan mentadbirkannya. Saya pernah ingin dibunuh oleh seseorang hamba Allah. Hamba Allah ini bersenjatakan pistol dan kapak siam menunggu saya di suatu tempat yang bakal saya tujui. Dia menantikan masa untuk bersua saya dan melaksanakan hajatnya. Memang saya pergi ke tempat itu. Dengan kuasa Allah saya tidak nampak hamba Allah ini dan hamba Allah ini juga tidak nampak saya dan saya bersyukur alhamdulillah saya terus hidup hingga saat ini. Saya hanya diberitahu tentang hasrat hamba Allah ini yang ingin membunuh saya oleh isteri saya hanya selepas kejadian ini berlaku. Yang lebih menariknya ialah beberapa tahun selepas kejadian ini dengan tidak semena-mena dan tiada penyakit hamba Allah ini telah di panggil Allah pergi ke rahmatullah. Meninggal dunia dalam usia muda meninggalkan anak dan isteri menjanda. Begitulah, Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin

Satu lagi peristiwa menarik yang berkaitan dengan ayat ini ialah berkaitan hamba Allah, seorang lelaki sudah berkahwin yang saya namakan Ali. Ali bertugas di sebuah IPTA. Ali mempunyai seorang kakak ipar bernama Maria yang memegang jawatan besar di IPTA ini. Ditakdirkan Allah SWT Ali menyatakan hasratnya kepada isterinya bahawa beliau ingin berkahwin satu lagi. Maka perang dunia ketiga pun berlaku. Hampir semua adik beradik isteri Ali melibatkan diri melindungi isteri Ali ini dari di madukan. Tidak ketinggalan kakak ipar isteri Ali yang bernama Maria. Berbagai ikhtiar dilakukan untuk mengelakkan Ali dari berkahwin satu lagi. Maria dengan kesungguhannya telah melakukan berbagai usaha sehingga melibatkan dekan fakulti tempat Ali bekerja untuk menggagalkan usaha Ali berkahwin seorang lagi. Apabila berbagai usaha macam tidak berjaya, dengan penuh keyakinan, Maria telah berkata “Kalau Ali kahwin juga dengan perempuan ini dan memadukan adik aku, kalau dia (Ali) tidak keluar dari IPTA ini, aku akan keluar!”. Berat sungguh ugutan Maria ini. Bencinya bukan kepalang melihat orang berpoligami.

 Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin. Golongan yang membenci poligami ini melakukan pelbagai tipu daya untuk menggagalkan poligami ini tetapi sesungguhnya Allah SWT adalah sebijak-bijak yang membalas  tipu daya. Dengan takdir Allah SWT Ali dapat berjaya berkahwin seorang lagi dan bermadulah adik Maria. Marahnya bukan kepalang dan pelbagai tipu daya lain dilakukan untuk menggagalkan perkahwinan kedua Ali. Dengan takdir Allah SWT kata-kata yang pernah dihamburkan Maria (Kalau Ali kahwin juga dengan perempuan ini dan memadukan adik aku, kalau dia (Ali) tidak keluar dari IPTA ini, aku akan keluar) sebenarnya telah menjadi doa dan Allah SWT dengan segala kekuasaan menunaikan hajat Maria ini. Beberapa tahun kemudian Maria telah meninggalkan IPTA ini sesuai dengan kata-katanya dan alhamdulillah Ali masih bertugas di IPTA tersebut. (Kemaskini 28 Disember 2019: Sebagai tambahan, anak lelaki Maria kini sudah lama ada 2 (dua) isteri).

Cerita tentang Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin ingin saya lanjutkan dengan menceritakan kisah seorang pembaca wanita Laman Emjay yang saya namakan sebagai Munah (bukan nama sebenar). Munah telah mengirimkan email kepada saya baru-baru ini meminta bantuan nasihat berkaitan kesnya. Berikut adalah  email Munah kepada saya yang saya telah edit sedikit untuk melindungi identiti sebenar Munah:

Subject: Masalah Poligamy
To: kangmasjb@hotmail.com
Assalammualaikum Ustaz Emjay,

Pagi ini saya telah membaca ruangan Ustaz buat pertama kalinya dan dengan keizinan Allah saya telah membaca article mengenai kaum wanita yang membantah poligamy dikalangan kaum lelaki.

Saya mengaku bahawa saya juga salah seorang kaum hawa yang tidak setuju dan membenci poligamy yang diberikan kepada kaum lelaki.  Seperti yang Ustaz katakan dalam article itu bahawa sesiapa yang membenci poligamy maka ia kafir dan menolak 3 daripada rukun Islam kelima.  Melalui cerita yang dipaparkan saya juga telah terkena musibah akibat daripada perbuatan saya yang menentang fitrah dan suruhan Allah.swt.

Saya tersangat berharap Ustaz tolong memberi jawapan kepada masalah saya yang telah hampir  sekian  tahun saya tanggong.  Saya betul-betul berharap Ustaz dapat menjawab email saya ini bila-bila masa Ustaz ada masa.  Tapi saya benar-benar berharap jawapan dari Ustaz walaupun sepotong ayat.

Saya telah berkahwin dengan lelaki barat (Mat Salleh).  Saya memang berminat dengan bangsa "Mat Saleh" ni, pertama sekali kerana mereka tidak mengamalkan prinsip poligamy dan saya inginkan zuriat yang cantik dan pandai.  Memang saya juga berniat mahu mencari "Mat Saleh" yang telah berugama Islam dan saya amat berminat dengan lelaki yang berumur.

Ditakdirkan saya bertemu dengan Mr X dan disebabkan keluarga saya tidak setuju saya bernikah dengan lelaki tua jadi untuk mengelakkan dosa saya nikah senyap-senyap di luar negara.

Diawal perkenalan Mr X telah mengaku yang dia telah memeluk Islam setelah menikah dengan gadis Islam semasa dia bertugas di sebuah negara Islam dan sekarang dia telah bercerai dengan gadis tersebut dan dia masih lagi beragama Islam.  Pada masa itu juga saya telah melihat dia sembahyang dan berpuasa.  Jadi saya tanpa usul periksa dengan mendalam lagi terus mengambil keputusan menikah di luar negara.

Dengan kekuasaan Allah untuk membalas dosa-dosa saya yang lepas selepas beberapa bulan menikah, saya telah mendapat tahu Mr X mempunyai isteri disebuah negara YY yang sah berdaftar yang dikahwini sekian tahun dan mempunyai beberapa orang anak.  Wanita ini adalah isteri pertama dan masih isteri Mr X sampai sekarang. 

Setelah saya mengetahui hal tersebut saya telah bersembahyang dan pada satu malam saya telah bermimpi melihat cahaya yang bersinar cerah apabila saya bertanyakan Mr X sama ada dia benar-benar Islam.  Mulai saat itu saya buat keputusan tidak mahu meninggalkan Mr X dan ingin terus menjadi isteri tapi saya tak sanggup berjauhan sebab pertama itu tidak mahu lepaskan Mr X.  Saya bertahan disebabkan agama Islam dan saya tak mahu Mr X meninggalkan Islam kalau saya bercerai.  Saya benar2 menjadi seperti madu tapi Mr X tidak adil sebab dia tipu isteri pertamanya dan kata dia telah ceraikan saya supaya isteri pertamanya tak marah dan histeria.  Jadi Mr X hanya berkomunikasi dalam telefon dan datang jumpa saya apabila berkesempatan sahaja.  Sepanjang pernikahan ini saya jadi trauma dan tak pernah bersedia menghadapi saat berjauhan bersama lelaki yang bernama suami.

Saya amat sedih dan sangat kesunyian sebab tak dapat bersama suami.  Pada suatu masa Mr X telah habis tugas di Malaysia dan terpaksa balik ke negara asalnya jadi saya telah mendesak untuk pergi mengikutnya juga.  Walaupun tak serumah dan jumpa selama 1 jam sehari saya terus bersabar dan berharap dia buat keputusan sebab lambat laun kesabaran saya tak kuat dan saya terpaksa ceraikan dia.  Tapi pada awal tahun ini 2007 Mr X berjanji ceraikan isteri pertama tu dan Mr X akan registered perkahwinan saya di negaranya dan sebagai warganegara.  Dan perkara ni Mr X janji akan buat pada segera, tapi sampai sekarang Mr X belum selesaikan kes perceraian dengan isteri pertama tu.

Telah ditakdirkan juga pada bulan August tahun ini saya sekali lagi telah dikejutkan dengan berita yang tak diduga iaitu isteri Mr X di sebuah negara Islam sebenarnya belum diceraikan.  Sehingga ke hari ini Mr X masih bernikah dan menyintai isteri ini dan Mr X berjanji akan kembali ke negara ini  selepas dia dapat tugas di Asia. Setiap hari Mr X mesti telefon wanita  tersebut dan segala message Mr X mengatakan cinta dan rindu pada dia. Perhubungan Mr X dan wanita itu saya tak pasti apa sebabnya Mr X tak mahu bawa dia ke Malaysia dan negara asalnya kenapa bernikah dengan saya.  Wanita itu pun tak tahu mengenai saya dan selama ini Mr X telah menipu saya, isteri pertama dan kedua.  Saya cuba mendapat kebenaran dari isteri kedua tu tapi dia tak mahu cooperate dan saya jadi tak tentu arah sekarang ni.

Sekarang ini hati saya telah hancur berderai dan saya telah balik ke KL sebab Mr X akan ditugaskan di sebuah negara berdekatan tahun depan 2008.  Apabila saya terbaca article tersebut saya takut nak buat dosa lagi untuk minta diceraikan.  Adakah saya wajib jadi madu dan bagi saya Mr X memang tak adil.  Sebab keadilan dalam poligamy bukan saja dari segi harta benda tapi juga dari segi masa.  Saya masih mempunyai nafsu dan saya tertekan kerana berjauhan dan tak dapat kepuasan batin.  Sekarang saya berniat cerai taklik sebab Mr X tak mahu ceraikan saya dan saya tak tau kat mana nak tuntut cerai sebab saya berkahwin di luar negara.  Pada masa yang sama setiap hari Mr X telefon saya dari negaranya dan berjanji ceraikan isteri pertama dan tinggal dengan saya di negara tempat kerja barunya.  Perceraian dengan isteri pertama dalam process.

Tolong saya bagi jawapan adakah saya salah untuk menuntut cerai dan saya tahu inilah balasan dosa-dosa saya yang silam.  Saya redha segala musibah yang saya hadapi sekarang sebab saya tak kan sanggup dibalas di akhirat kelak, biarkan Allah balaskan saya di dunia dan mudah-mudahan segala dosa-dosa saya terhapus dan Allah ampunkan dosa-dosa saya setelah saya mati.

Cuma saya benar-benar meminta nasihat Ustaz apa yang terbaik untuk saya.  Patutkah saya masih boleh percaya dia akan ceraikan isteri pertama dan saya tak setuju dia tak adil kepada saya dan isteri keduanya tu.  Semasa saya bercakap dengan isteri kedua tersebut dia tak terima saya rampas Mr X dari dia.  Padahal semasa saya bernikah dengan Mr X saya tak tahu bahawa Mr X tipu saya semuanya.  Isteri kedua tu sanggup melakukan apa saja untuk dapatkan Mr X balik dan sekarang ini saya takut dia buat perbuatan sihir atas saya.

Tolonglah saya berikan jawapan yang arif walaupun sepatah ayat.
Wassalam
Munah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berikut pula adalah balasan email saya kepada Munah.

Munah


Waalaikumussalam wbh

Alhamdulillah dan terima kasih kerana email saya

Terlebih dahulu saya memohon kemaafan kerana lambat membalas email sdr ini kerana saya sudah lama tidak membuka email saya kerana kesibukan.

Allah menyiksa manusia kerana usahanya (43: Faathir)

Kerana kesombongan mereka di muka bumi dan kerana rencana jahat mereka. Rancangan jahat mereka tidak menimpa melainkan menimpa diri mereka sendiri (43: Faathir)

Sdr benci poligami dan berusaha untuk tidak berpoligami tetapi Allah merancang agar sdr berpoligami. Itulah Allah. Redhalah dengan ketentuannya.

(Tambahan: Manusia yang menolak ketetapan hukum Allah yang menghalalkan poligami sebenarnya telah berlaku sombong ke atas Allah. Setelah sdr sombong, sdr telah  merancang rancangan jahat pula)

Janganlah sdr menambahkan kesilapan sdr dengan merancang perceraian bagi madu-madu sdr. Jika sdr tidak bertaubat dan rancangan sdr tersebut berjaya menceraikan madu-madu sdr, insya Allah sdr akan lebih dahsyat di azab oleh Allah SWT.

Redhalah sebagai umat Islam yang beriman dengan menerima segala ketetapan hukum hakam dalam Islam. Menolaknya bermakna terkeluarlah kita dari Islam.

Rujuklah (berbaiklah semula) dengan suami sdr dan binalah rumah tangga islam yang sedang sdr lalui. Bimbinglah suami menjadi islam yang beriman.

Berusahalah untuk berjumpa saya dan berkongsi ilmu semoga Allah SWT redha dengannya.

Alamat saya

*********
*********
*********

No Telefon saya *********

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  

Begitulah manusia. Mereka merasakan diri mereka begitu bijak dan mengatur strategi untuk mengalahkan hukum Allah SWT. Tetapi hakikatnya ialah sesungguhnya Allah SWT itu adalah Maha Bijak. Subhanallah.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

"Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas  tipu daya".

Email dari pembaca Laman Emjay bernama Munah di atas sudah menceritakan dengan agak terperinci kisah musibah yang dilalui oleh Munah akibat dosa-dosa yang dilakukannya. Namun apa yang menarik di sebalik musibah ini ialah bahawa sesungguhnya disebalik kesukaran / musibah terdapat kebaikan!!! Saya sendiri telah banyak diazab oleh Allah SWT dan sesungguhnya saya amat berterima kasih syukur alhamdulillah saya melalui kesukaran tersebut kerana kesukaran ini alhamdulillah telah merubah dan membentuk diri saya ini sehingga ke tahap sekarang. Terima kasih syukur alhamdulillah wahai Tuhan ku Allah SWT.

Sekian untuk kali ini

Wassalam wallahuaqlam

Emjay

6 comments:

  1. Bagi makluman pembaca Laman Emjay sekelian, Munah telah selamat berkunjung dan menginap di rumah saya. Sempatlah belajar asas tauhid tetapi belum habis. Banyak perkara alhamdulillah dapat dikongsikan. Mudah-mudahan Munah dapat meluangkan masanya lagi berkunjung ke rumah dan belajar.

    Semoga rumahtangga Munah semakin dirahmati Allah SWT

    Emjay

    ReplyDelete
  2. Buat le solah taubat dan betul2 'berbual' dengan Allah untuk nyatakan kekesalan sebab menentang hukumNya (poligami). Pastu solah Istikharah plak, mintak petunjuk supaya Allah tunjukkan sama ada si Mat Sailor tu boleh terus atau off je...Allah tu amat berkuasa dalam memberi petunjuk. Buat selalu sampai diberikanNya petunjuk.
    Jangan ada perasaan jemu....amat pantang apabila berkata "saya dah puas berdoa..."-alamatnya terus le tertutup bantuan Allah. Ini berdasarkan maksud hadith (+- bunyinya):
    "Hampir sahaja Allah itu memakbulkan doa seorang hamba itu tetapi akhirnya Allah tidak pula memakbulkannya kerana hambanya itu telah mengeluh dan berkata-aku telah puas berdoa..."
    Satu lagi, satu2 dosa tu kekadang ada time lama atau sekejap untuk Allah 'bersihkan' bergantung kepada kesungguhan hambaNya merintih dan sikap insafnya pada kesilapan lalu....kalo takat menangis masa kena musibah tapi masih juga menyatakan keburukan manusia kepada manusia lain....lambatlah....................
    Nak cepat...amalkan solah malam dan kalo boleh amalakan dan jangan tinggal solah Dhuha, Insya Allah masalah saudari Allah akan 'ambil berat'....
    Mintak tunjuk ajar dari Sdr Emjay:-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah moleklah tu maktum. Teruskan dakwah sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    kisah yg mula mula tu kisah benar ust mj ke?bagaimanakah nak mengamalkan ayat2 wamakaru....?adakah setiap kali selepas solat atau dibaca ketika ditimpa kesusahan?terima kasih atas perkongsian ust mj

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbh

    Ayat Wamakaru_wamakarallah_wallahukhairulmakirin adalah ayat dari Al Quran dan bukan untuk dijadikan zikir tetapi adalah untuk dibaca, difahami dan dilaksanakan.

    Kisah yang mula di atas memanglah kisah benar saya dahulu (kisah orang nak bunuh).

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas apa yang ustaz salurkan melalui ruang ustaz ini. Semoga Allah memberkati niat suci ustaz dalam menolong sesama islam Amin....

    ReplyDelete