Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 23 February 2008

Buasir, penyakit moden masa kini.

Buasir, penyakit moden masa kini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Semalam saya menerima satu reply menarik dari sdr qusyairy seperti berikut:

qusyairy wrote on Feb 22

Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang penyakit yang saya alami.
Secara luaran saya kelihatan sihat dan ceria. Tapi satu penyakit ini yang saya malu untuk ceritakan pada sesiapa telah menyebabkan saya derita dalam diam.
Penyakit ini ialah buasir.

Pada mulanya memang saya rasa biasa sahaja, Cuma sangat jarang saya sakit perut dan berhajat. Bila berhajat, rasa sakit dan susah nak keluar. Itu takpe lagi, mula2 ok je tapi pastu berdarah. So saya buat research sikit, knp jd gitu. Rupa2nya sebab saya suka makan jajan (junk food). so saya berenti makan dan sakit saya tu baik. Tapi sekejap je. Bila saya kerja, ia kembali lagi. Tapi saya tak ambil kisah sangat. Masa tu saya banyak makan burger. Asal rehat je burger. Sebab itu mknn yang paling murah saya blh dapat dan mengenyangkan. Tak pun kentang goreng.masa tu tahun 2005. penyakit tu berlanjutan sampai 2007. saya dah kerja di tempat lain dan dah tak makan fast food tu sume. Penyakit tu masih ada walaupun sgt mudah buang air. Bila saya ceritakan pada kawan saya, dia gesa saya jumpa dokter. Saya g jumpa, tapi takut bila dokter kata nak masukkan kamera kat dubur. Mase tu puasa, jadi dia suruh datang esok malam, tapi saya tak datang pun. Saya dapat tau ada ubat herba yang boleh bantu pulihkan penyakit ni,jadi saya pun beli ubat tu dari seorang yang saya kenal baik. Cuma saya kene tunggu sehingga dia balik kg dan dptkn ubat tu. Memang saya benanya tak ingat bila ia mula masa saya dapatkan ubat untuk penyakit ni. Dalam tempoh saya tunggu tu,sakit saya dah menjadi2, perit pada bahagian dubur sampai tak boleh nak buat kerja. Sakitnya Masya Allah. Saya usaha juga beli teh misai kucing spy lawas. Alhamdulillah, sekarang dah baik : Makan ubat herba (dlm kapsul), banyakkan minum air, tak makan banyak ayam, banyak makan sayur dan buah-buahan. Paling penting, ini semua Rahmat dari Allah.

Punca dari segi pemakanan: Saya sangat suka makan ayam. Boleh dikatakan saya makan apa saja selagi ia halal, tapi ayam, tak kira lah masak apa pun, menjadi favorit saya. Secara kontras, saya kurang makan buah-buahan dan ikan walaupun saya suka makan sayur. Disamping itu, saya sangat suka menjajan. Mcm2 jenis saya makan. Saya tahu semua tu banyak bahan perisa tapi saya tak tahu apa kesannya terhadap diri saya. Saya juga jarang minum air masak.Banyak makan mknn sgera spt kentang goreng, burger, nuget, sosej dll (semua makanan yang disejukbeku sebelum dimasak memang tak bagus especially burger-ada plumbum.)


Allah menjadikan haiwan dari tiga kategori iaitu karnivor, herbivor dan omnivor. Karnivor memakan hanya daging seperti kucing, anjing, singa dan harimau. Herbivor hanya memakan tumbuhan seperti arnab, lembu, kambing dan rusa. Omnivor pula ialah haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan seperti ayam, itik, manusia dan monyet.

Apabila manusia merubah sunnatullah ini dengan memberikan makanan formula baru kepada lembu dengan memasukkan protin dari haiwan ke dalam makanannya, Allah memberikan pelbagai penyakit baru kepada lembu seperti penyakit lembu gila dan sebagainya.

Begitu hebat Allah SWT dalam mencipta makhlukNya. Seekor singa dapat menjalani hidup yang sihat hanya dengan memakan daging. Gajah, zirafah dan lembu dapat hidup membesar dan sihat hanya dengan memakan tumbuh-tumbuhan. Begitulah sunnatullahnya kejadian makhluk ini.

Manusia dijadikan Allah SWT secara sunnatullahnya perlu memakan daging dan tumbuhan untuk hidup sihat dan membesar. Manusia tidak akan hidup sihat dan membesar hanya dengan memakan tumbuhan semata-mata atau dengan memakan daging semata-mata. Manusia amat perlu memakan daging dan tumbuhan secara halalan toyyiba (halal lagi baik) dengan seimbang. Sebagai buktinya, orang Cina yang sudah mengamalkan amalan vegetarian semenjak beberapa tahun didapati mengalami berbagai penyakit termasuk lemah badan kerana mereka ini melanggar sunnatullah kejadian manusia. Manusia yang gemar makan daging semata-mata memanglah bakal mengundang pelbagai masalah. Masalah yang kerap menyerang umat Islam sewaktu perayaan aidilfitri ialah ramai antara mereka mengalami sukar membuang air besar kerana hanya makan ayam / daging dengan nasi atau ketupat. Begitulah akibatnya apabila sunnatullah kejadian manusia dilanggar oleh manusia.

Dalam hal makanan yang diambil oleh haiwan seperti monyet dan kucing, mereka lebih bijak dalam menentukan makanan yang mereka ambil untuk mempastikan halalan toyyiba. Serangga perosak tidak mahu menyerang buah tembikai yang ditanam kerana buah tembikai ini mengandungi insecticide namun manusia bersahaja makan tembikai yang terkandung insecticide di dalamnya. Kucing yang sakit akan memakan tumbuhan tertentu sewaktu mereka sakit sebagai ubat. Seekor monyet belaan jiran saya amat gemar memakan pokok sayur pegaga yang saya tanam di depan rumah. Monyet ini gemar memakan sayur pegaga kerana khasiat pegaga ini banyak dalam membantu menyihatkan tubuh badan.

Sewaktu saya kecil dahulu, tidak kedengaran langsung penyakit kencing manis dan buasir namun kini penyakit ini semakin banyak di alami oleh manusia. Manusia makan bukan lagi kerana mencari halalan toyyiba semoga menjadi rawatan badan yang sihat tetapi makan kerana murah dan sedap asalkan kenyang. Apabila konsep makan berdasar “murah dan sedap asalkan kenyang”, maka tunggulah saatnya penyakit yang bakal diberikan oleh Allah SWT.

Kini semakin lumrah kanak-kanak di Malaysia yang hanya makan nasi dengan ayam bodoh disamping burger, naget, sosej dan yang sewaktunya. Sayur langsung tidak mahu diusik. Apabila saya melihat tabiaat ini di kalangan rakan-rakan saya, sedih juga melihatnya tetapi mereka ini berlagak pandai apabila saya menegurnya. Apabila kanak-kanak pergi ke restoran fast food, ibu bapa merasa cukup puas hati apabila anak-anak ini makan kentang lenyek dengan ayam goreng atau burger. Mereka (ibu bapa ini) tambah gembira apabila kanak-kanak berusia 6 tahun dapat menghabiskan 2 ketul besar ayam (bodoh) goring.

Sebenarnya penyakit yang melanda umat di Malaysia kini sebahagian besarnya perlu dipersalahkan kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak tabiat permakanan yang merosak dan tidak seimbang. Anak-anak makan nasi dengan ayam dan burger digalakkan tetapi anak-anak tidak dididik untuk memakan sayuran yang baik. Mungkin ada juga ibu bapa yang sekadar mengajar anak mereka makan sayur namun dari jenis kobis, timun dan taugeh. Memanglah sayuran dari jenis ini halal namun adakah kobis itu baik untuk tubuh?? Sila baca artikel bertajuk Jangan Makan Kubis  di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html . Ada juga ibu bapa yang langsung tidak mengajarkan anak-anak mereka makan ikan. Maklumlah ikan ini lebih mahal dari ayam dan ikan pula mungkin menyebabkan anak kelak tercekik duri ikan.

Tabiat buruk amalan pemakanan inilah yang mengakibatkan penyakit buasir. Antara punca penyakit buasir ialah:

1. Makan atau makan kerap cheese
2. Makan ayam dan daging secara kerap
3. Tidak makan sayuran yang baik secara kerap, mencukupi dan konsisten seperti sawi pahit, tomato, daun ubi, peria, kailan, terung, ulam raja, pegaga, daun keledek, pucuk paku, kacang panjang, tenggek burung dsbnya.
4. Makan burger, naget, sosej dan makanan rapu lainya.
5. Menjadikan buang air besar hanya bila perlu dan bukan sebagai rutin. Jadikanlah buang air besar sebagi rutin yang wajib sekali atau dua kali sehari.

Artikel reply yang dihantar oleh sdr qusyairy di atas memang sangat tepat untuk menjelaskan mengapa beliau diberikan Allah penyakit buasir. Alhamdulillah beberapa hamba Allah yang merujukkan kes buasirnya kepada saya telah kembali pulih dan normal kini selepas merubah tabiat pemakanannya disamping memakan ubat berbentuk kapsul yang mengandungi ramuan herba tertentu untuk selama dua hingga 3 bulan. Ubatnya pun tidaklah begitu mahal. Kepada yang memerlukan ubatnya, silalah email kepada saya di kangmasjb@hotmail.com . Ubat ini disediakan oleh isteri arwah guru saya di Kuala Lumpur. Namun bagi sesiapa yang tidak bersedia untuk merubah tabiat pemakanan, tak payahlah bersusah payah untuk membeli ubatnya, membazir.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay


18 comments:

  1. bab ayam. ayam ternak tak elok sebab sebetulnya itu ialah anak ayam. diubah secara ginetik. saya beli anak ayam 4 ekor rm9 dgn 2 ekor rm10. sebab ada ayam mengeram tak menetas. 6 bulan sudah besar mesti potong kalau biarkan ayam tu mati sendiri.

    ayam ternak penuh dgn ubat pembesaran + antibiotik. Satu lagi ayam yg dijual di pasar samada pasar biasa atau pasar raya tidak dijamin halal. bayangkan macamana nak menyembelih beribu ayam dalam masa yg singkat ? tukang sembelih sapa saja boleh potong janji mau kerja.

    bab sayur. sayur kat pasar tak kira pasar apa tanya dulu sapa yg tanam datang dari mana. sekarang ni sayur cina yg tanam guna pekerja indon. selain dari racun, segala jenis baja digunakan termasuk baja manusia.

    ayam tak bagus, sayur pun tak elok. apa nak jadi sekarang ? sebab orang islam malas. kat kg ada tanah jual, yg lain pulak semua tanam sawit. mana tinggal tempat tanam sayur ?

    ReplyDelete
  2. Memang betullah tu lagenda 1.

    Sekarang ini ada sejenis racun yang sangat banyak di gunakan dibidang pertanian di Malaysia iaitu racun FURADAN 3G. Racun dari Negeri Cina yang sama fungsinya pun turut di jual di pasaran Malaysia.

    Racun sembur masih agak mudah untuk mencucinya seperti menggunakan sabun atau menggunakan air garam. Tetapi bagi racun Furadan ini, bagaiamana untuk membasuhnya??

    Racun Furadan adalah sejenis racun berbutir yang berbentuk butir yang akan menyerap ke dalam akar, batang, daun dan isi buah. Furadan banyak sekali digunakan di dalam pertanian tembikai. Isi tembikai sebenarnya penuh dengan racun furadan dan itulah sebabnya buah tembikai sangat elok rupanya kerana keseluruhan buah tersebut tidak akan diserang oleh serangga.

    Saya pernah menemui petani yang menggunakan furadan dalam tanaman sawinya. Dalam kes ini, sayur sawi ini sangat mudarat apabila di makan.

    Saya pernah menemui penjual furadan 3g dan kata penjual ini ialah"elakkan penggunaan furadan 3g 2 minggu sebelum tanaman dituai". Masalahnya ialah bagaimana untuk memungut kembali butir-butir racun furadan yang sudah di taburkan ke atas tanah??

    Majoriti buah-buahan dari Siam seperti durian dan mangga juga menggunakan furadan 3g.

    Fikirlah sendiri sama ada boleh makan tembikai, buah-buahan atau sayur-sayuran lain yang menggunakan furadan sebagai insecticide.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Di kampung saya dahulu ada keluarga cina yang kerjanya menanam sayur, berbagai sayuran yang ditanam dan dijual secara komersial. Setiap hari Isnin ada pasar pagi dimana antaranya pelbagai sayuran kampung dijual oleh orang-orang kampung, tapi menghairankan tauke sayur ini membeli sayuran dari orang kampung untuk dimakan oleh kaum keluarganya. Ramai yang bertanya kenapa tauke sayur yang terkenal masih membeli sayur dari orang kampung yang kalau dilihat kualitinya tak secantik mana, contohnya daun sawi yang berlobang-lobang.
    Akhirnya tauke itu dengan selambanya memberitahu, wa punya sayur untuk jual saja , itu lacun serangga manyak woo, wa sendiri takut makan itu sayur.....

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh dan selamat kembali semula sdr bhmn

    Emjay

    ReplyDelete
  5. menarik betul artikel ni....

    ReplyDelete
  6. Dunia...Oh Dunia.... Betapa dirimu telah dicemari oleh tangan-tangan manusia.......

    Bayangkan suatu hari nanti tak ada satupun lagi makanan yang selamat untuk dimakan dan tak ada satupun minuman atau air yang selamat diminum......
    Bukankah sudah nyata akhir zaman diambang mata.....
    Takkan nak tunggu Al-Dajal laknanttullah turun untuk membantu disebalik memusnahkan kita semua....dengan jutaan dusta!
    Nauzubillah....

    ReplyDelete
  7. ..maknanya tembikai yang kita tanam sendiri tak merbahaya?sbb tu orang cina biasa tanam sayur utk kegunaan sendiri depan rumah.dia orang pun takut sbb yang tanam sayur ni puak2 dia jer ramai..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum,
    adik lelaki saya kne penyakit buasir 4 degree, so kakak saya syorkan adik saya pakai pad herba...
    So apa komen ustaz?

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbh

    Betulkan dahulu amalan permakanannya.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. salam
    betul tu apa yang emjayjb cakap yang penting kene betulkan pemakanan dulu,sebab saya sendiri mengalami sakit buasir.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah SWT menyembuhkan buasir sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Amien.......
    terima kasih sdr emjayjb atas do'a nya

    ReplyDelete
  13. hmm... terima kasih utk entry yg sgt berguna ,,,

    ReplyDelete
  14. Salam Emjay,

    Saya ada masalah buasir sejak tahun 2003 lagi... tak pernah sembuh2, pernah berdarah dan merekka. sekarang saya kawal pemakanan, lebih makan sayur sawi dan ikan, kadang2 ambik (ayam dlm kuantiti yang sedikit), sejak 4 bulan lepas... hasilnya dah tak berdarah lagi cuma bengkak yang tidak susut2 lagi.. dan 3 bulan lepas saya telah mengalami gestrik dan merisaukan saya buasir saya makin teruk akhibat gestrik ini. Tuk gestrik saya ni saya cuma amal susu tepung, situasi gestrik ini juga merisaukan saya kerana setiap 2 jam saya perlu makan, kalau tidak ulu hati pedih sgat.. ubat hospital pernah ambik tp datang jga balik, so sya stop dh makan ubat hptal. buat masa ini, saya mengambil ikhtihar mengamal madusawda suda seminggu lebih saya mengamalnya dan tengah mnunggu kesannya. Emjay ada nasihat tambahan tak.....???

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Setahun lepas dubur saya luka akibat serangan cirit birit. Sebelum itu saya ada buasir luar yang tak berapa serius lepas incident cirit birit itu benjolan buasir itu telah luka dan sekarang tiada lagi benjolan (macam dah pecah). Yang menjadi masalah saya ialah kulit bekas buasir itu menipis dan kadang2 mengalami pendarahan dan bengkak bernanah tetapi akan kembali surut lepas nanah keluar, lepas itu akan baik seminggu dua pas tu kembali bengkak macam bisul. so cycle ni berlaku berulang-ulang kali. Saya sekarang menggunakan krim sapu yang diberikan oleh doktor. Minta pandangan saudara Emjay. Terima Kasih

    ReplyDelete
  16. Sdr jawab dahulu soalan berikut:

    1. Suka makan sayur atau tidak?
    2. Kalau makan sayur sayur apa ya ng di makan.
    3. Suka makan fast food ke
    4. Suka makan ayam dan daging ke
    5. Kekerapan buang air besar sejak kecil

    Emjay

    ReplyDelete
  17. betul......saya org pertanian..........semua racun kat pasaran ada dia punya jangkamasa bisa nya.......masalahnya org yang guna bnyk yang x ikut peraturan...........tiada pengawasan macam singapore ketatkan kualiti sayur yang masuk negaranya............dlm pertanian skala komersil racun tdk dapat dielak..........nak2 bila tanaman tunggal ..musuh banyak racun perlu..............tetapi disini perlunya etika dan pengawsan...........kerajaan kita x tengok ni...........racun ade jenis serap kat dalm.........ade yg contact kat luar je............macam furadan die serap kat dalam tahan 3-6 bulan rasenya...........ade racun selepas guna tanaman x bleh dituai7 hari,ade yg 21 hari.............macam sawi...........kalu esok luse nak jual............ari sembur lagi truk la..........................sebab nak jual.bukan nak makan............disini penting etikanya.........sepatutnya sayur sawi yang usia lebh kurang 1 bulan tu.....hanya peringkat awal penanaman saje diracun.........cth jenis malation diselang seli cypermethrin dan bukan furadan.............bagi tembikai furadan diguna sedikit sahaja setiap pokok semasa anak tembikai kecil lagi..........semasa pokok membesar semburan racun lain main peranan.............kalau tembikai titabur macam baja memamg bahaya...........bagi saya situasi sekarang memang bahaya,...............hati 2 beli sayur.........kalu mampu tanam sendiri...atau beli dari org kg yang dikenali..............kalu mampu kenal sayur yang organik takpe...........senang cerita.........beli sayur atu ulam yang memang kurang atau org x racun.........cth ulam kg..pucuk ubi.........kakung liar......macam2 lagi.....satu lagi saye minat ternakan...........ayam kg sekarang ni........depa panggil ayam kg organik la.......ayam ori la..........bagi saya langsung x betul..............buang duit.........baik beli ayam daging murah lagi............ayam kg sebetulnya...........diternak........simple2 je org kg.......bebas x bebas x kira la.............janji ayam tu masih boleh makan rumput segar dan bebas bermain............makan apa sahaja dan juga makanan yang tuan die bagi............tidur atas pokok ke dalam reban ke x kira la......lambat besar 5-7 bulan............ayam memang segar...................ayam yang depa duk jual..................kebanyakan anak kerunan ayam saso(ayam daging bukan warna ptih,atau keturunan ayam telur..............takpe lagi............ternak dalam kurungan banyak...............bagi makan pellet ayam dagaing..............tidak bebas bermain dan makan rumput seper ayam kg...................bagi saya la...............fikir

    ReplyDelete