Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 18 February 2008

Makanan "halalan toyyiba" dan antara kaedah bomoh menyesatkan

Makanan "halalan toyyiba" dan antara kaedah bomoh menyesatkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Hampir dua minggu lepas saya di telefon oleh seorang hamba Allah yang pernah berurusan dengan saya. Hamba Allah ini seorang wanita pernah belajar di sebuah IPTA. Dahulu hamba Allah ini pernah kena ujian berat dari Allah SWT iaitu “kerasukan”. Hamba Allah ini saya namakan Sri (bukan nama sebenar). Sri masih anak dara dan sudah bekerja. Alhamdulillah masalah kerasukan dahulu telah lama selesai. Sri dan keluarganya alhamdulillah telah belajar ilmu tauhid dan sedikit sebanyak ilmu lain. 

Sri sudah beberapa tahun tidak datang ke rumah, maklumlah masalah sudah selesai dan belum ada masalah baru.

“Ustaz ada di rumah tak petang ini, saya nak datang jumpa ustaz kerana ada hal”, berkata Sri di hujung talian telefon. 

“Datanglah, insya-Allah saya ada di rumah petang ini”. Kebetulan saya memang bercuti rehat kepenatan dan sambung sekali dengan cuti hari raya kaum Cina.

Pada petang itu, Sri alhamdulillah sampai di rumah bersama ibunya tersayang. Wajah Sri kini kelihatan semakin dewasa berbanding dahulu maklumlah ketika itu, Sri masih lagi bergelar mahasiswa. 

Setelah berbicara beramah mesra dengan Sri dan juga ibunya, Sri mula bercerita masalahnya iaitu yang dihadapinya awal pagi waktu subuh tadi. Pada pagi tersebut selepas bangun tidur, bahagian kakinya berasa lemah macam kebas dan dadanya juga macam berdebar-debar. Masalah ini tidak pernah di alami oleh Sri sebelumnya. Kejadian awal pagi ini cukup menghantui perasaan Sri. Di dalam dadanya bertanya sendirian “adakah diri aku ini telah kena sihir?”. Selepas beberapa jam dilamun perasaan curiga, akhirnya Sri mengambil keputusan untuk bersua terus dengan saya.

Sememangnya ramai sungguh umat Melayu kini cukup takut dengan perbuatan sihir. Seolah-olah Allah SWT terlalu lemah untuk melindungi umat manusia daripada perbuatan sihir syaitan. Kes seperti apa yang di alami oleh Sri ini kalau dirujukkan ke doktor di hospital, insya-Allah doktor akan berkata “tekanan darah awak normal, kencing normal, dan darah awak juga normal”.

Masalah yang dihadapi oleh Sri ini memang amat sukar untuk dikesan oleh doktor dan hospital kerana masalah ini adalah masalah peringkat permulaan. Apabila masalah SRI ini sudah mencapai peringkat genting atau kronik, memanglah kebiasaannya insya-Allah doktor di hospital boleh mengesannya. 

Setelah saya mendengar penjelasan masalah Sri ini, saya pun sebagaimana biasa memulakan pertanyaan tabiat permakanan Sri. Setelah selesai menyoal, saya memberikan rumusan saya “Sri, kau ini bukan kena sihir tetapi engkau ini menghidap masalah berkaitan buah pinggang dan jantung serentak”.

Sri minum air memang amat kurang dan tidak mencukupi untuk kegunaan tubuh. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 2 Liter sehari tetapi Sri minum tak sampai pun 1.2 L sehari. Sri pula suka makan jeruk dan tabiat ini sudah pun sekian tahun. Ini semua sudah mengakibatkan masalah kepada buah pinggangnya. 

Selain tabiat makanan yang tidak baik di atas, Sri juga gemar makan burger, naget, kek, french fries, kentang goreng seperti Mr Potato, ais krim dan makanan rapu lain. Apabila sudah cukup edahnya, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit berkaitan jantung selain makanan ini juga menambah masalah kepada buah pinggang.

Setelah berbincang mengenai pelbagai masalah lain, Sri kembali dengan tekad untuk menmperbaiki tabiat permakanannya iaitu memakan makanan yang “halalan toyyiba”  sesuai dengan perintah Allah SWT di dalam surah Al Baqarah: [168],
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, ......”. 

Makan Creamer memanglah halal namun ia adalah merosak jantung.  Begitu juga margarine adalah halal tetapi tidak baik untuk jantung. Kentang goreng french fries, Mr Potato, Pringle dan yang sewaktu dengannya adalah halal tetapi amat merbahaya kepada jantung. Jeruk kering dan basah adalah halal tetapi amat tidak baik kepada buah pinggang. 

Gangguan awal yang diberikan Allah SWT kepada Sri ini memang amatlah baik untuk memberitahu Sri bahawa amalan permakanannya adalah tidak baik semoga dengan simptom yang diberitahu oleh Allah ini dapat merubah gaya permakanan Sri. Namun hakikatnya di Malaysia ini, mesej baik yang disampaikan Allah untuk memberitahu peringkat awal kerosakan kesihatan gemar ditafsirkan umat Islam sebagai gangguan sihir. Apabila perkara seperti kes Sri ini di rujukkan kepada bomoh, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, bomoh akan berkata “engkau ini sudah kena sihir perbuatan orang. Oleh itu engkau kena mandi bunga buang sial, menjalani pelbagai ritual lain dan kena menerima dan menyimpan tangkal untuk menepis sihir tersebut”. Nauzubillahiminzalik.

Saya sendiri sewaktu usia 30an dahulu, kaki saya mulai sakit dan sengal namun apabila diketahui oleh seorang jiran saya, dia berkata "Emjay engkau ni dah terpijak denah tu. Aku pun kena macam engkau, bila dirujuk kepada si polan (bomoh sesat), dia kata aku terpijak denah. Dia dah sembur kaki aku dengan daun sirih. Aku rekomen engkau untuk jumpa dengan si polan ini". Alhamdulillah saya tidak menurut saranan jiran saya ini.

Seminggu berlalu dan pada awal minggu lepas, emak dan ayah Sri berkunjung ke rumah saya atas urusan lain. Emak Sri sempat memberitahu saya bahawa Sri sekarang alhamdulillah sudah tidak lagi mengalami masalah kaki kebas dan dada berdebar / mencungap. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.
 
Kepada semua pembaca Laman Emjay, jangan lupa membaca artikel berkaitan permakanan yang baik di dalam artikel-artikel :


Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

13 comments:

  1. Sdr Emjay....

    Saya mengalami masalah kebas kaki(kiri dan kanan)yg agak serius...kebas kaki akan berlaku sekiranya saya bersila lebih dari 15 minit.....adakah ini berkaitan dgn tabiat pemakanan @ pengaliran darah yang tersekat ketika saya membengkokkan kaki...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbh

    Simptom yang sdr alami menggambarkan sdr sudah mengalami gangguan pada buah pinggang. Doktor hospital dengan teknologi terkini insya-Allah hanya boleh mengesan masalah buah pinggang apabila situasi sudah menjadi kronik. Buah pinggang mengambil masa yang lama mungkin lebih daripada 5 atau 10 tahun semenjak peringkat permulaan masaalah untuk mencapai peringkat kronik.

    Semaca mudah dan umum, masalah buah pinggang disebabkan oleh:

    1. tidak cukup minum air (kurang dari 2 L sehari)
    2. gemar dan banyak makan kacang tanah (Ngan Yin dsbnya) dan kacang putih
    3. Gemar makan junk food
    4. Gemar makan air minuman bergas
    5. Gemar makan mee kuning dan roti canai
    6. Minum Nescafe
    7. Minum teh restoran (recycle)
    8. Gemar menonton bahan lucah
    9. Tidak makan sayuran berkhasiat seperti sawi pahit, kailan, peria, peria katak, daun ubi, jantung pisang, ulam raja, pegaga, daun keledek, sayuran ulam lainya dsbnya
    10. Gemar dan banyak makan petai / jering
    11. Gemar makan Jeruk kering dan jeruk basah
    12. Gemar minum minuman sunquick atau minuman lain sepertinya seperti orange squash dan juga minuman berperisa lain .
    13 Gemar minuman air limau sambal seperti teh O limau.

    Artikel bertajuk "GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75 boleh dirujuk dan adalah berkaitan.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. sdr. emjay...

    saya mudah sangat terasa berdebar-debar. Selalaunya setiap kali ader peristiwa yang baik atau pun tidak dada saya memberi isyarat dengan berdebar-debar. Saya tak tahu apa puncanya. Saya harapkan sdr. emjay dapat membantu saya. Wasalam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh daniajohor

    Tanda atau simptom yang sdr alami menunjukkan jantung sudah bermasalah. Ia juga dipanggil mencungap atau jantung berkipas. Jikalau ada yang sampai keluar darah dari hidung apabila cuaca panas, tahap kerosakan jantung sudah semakain teruk.Semenjak bila berasa berdebar-debar atau istilah lain jantung mengipas. Sekiranya masalah sdr ini bermula tahun 2006, maka beberapa tahun sebelum tahun 2006 sdr ada makan barangan makanan yang halal tetapi tidak baik untuk tubuh dan merosak jantung.

    Punca kerosakan jantung ini antaranya ialah:

    1. Creamer seperti coffee mate
    2. ais krim
    3. kek atau makanan mengandungi margarine seperti biskut berkrim
    4. kentang goreng french fries, pringle, potato chip dan yang sewaktu dengannya
    5. Burger, sosej dan naget
    6. Fast food
    7. Junk food
    8. Mandi selepas makan

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh sdr daniajohor

    Semenjak bila berasa berdebar-debar atau istilah lain jantung mengipas. Sekiranya bermula tahun 2006, maka beberapa tahun sebelum tahun 2006 sdr ada makan barangan makanan yang halal tetapi tidak baik untuk tubuh dan merosak jantung. Sdr sudah mengalami simptom gangguan pada jantung. Antara punca makanan merosak jantung ialah:

    1. kreamer seperti coffee mate
    2. ais krim
    3. Burger, naget
    4. Fast food
    5. French fries, kentang goreng, potato chip, pringle dan yang sewaktu dengannya
    6. kek, krim kek, biskut berkrim dan barangan mengandungi margarine atau soft margarine termasuk buttercup

    Sekian

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam....

    Sebenarnya kes saya nie dapat dikesan 2-3 tahun yang lepas. Apa yang pelik bagi saya, saya tak pasti samada saya ada masalah jantung. Sebab setiap kali saya berdebar-debar, setiap kali itulah ader peristiwa yang berlaku pada saya. Taki kiralah peristiwa itu baik atau pun tidak. Adakah ini dinamakn six sense? Boleh sdra emjay bantu saya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh

    Allah secara lumrahnya apabila nak mematikan pokok, Allah terlebih dahulu memberikan simptomnya seperti daunnya bertukar warna kekuningan atau batangnya mengeluarkan getah dan sebagainya.

    Begitu ugalah Allah memberikan petunjuknya kepada manusia sebelum Allah mengazab atau memberikan rahmatnya. Alhamdulillah rahmat yang diberikan Allah sekarang ini kepada saya telah diberikan petunjuknya kira-kira 5 bulan lalu melalui mimpi. Apa yang diberikan Allah ini bukanlah sixth sense saya tetapi semata-mata rahmat dari Allah SWT.

    Mempercayai sixth sense, kalau mengikut saya eloklah ditolak. Apa yang diberitahu awal oleh Allah melalui pelbagai kaedah anggap sahajalah sebagai rahmat petunjuk dari Allah SWT. Kepada orang yang dikasihi Allah, semakin banyak rahmat yang akan diturunkan olehNya. Dahulu sewaktu arwah guru saya masih hidup, rahmat yang bakal diterima oleh saya sudah diketahuinya jauh lebih awal. Itulah rahmat Allah dan perkara ini sangat berbeza dengan menilik.

    Sekian wassalam wallahuaqlam.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. salam sheikh...

    Kaki saya bengkak belah kiri.asalnya sakit tumit yang kuat,kemudian sakit dan sengal di bahagian betis..akhirnya naik ke peha..Bengkak dari peha ke hujung jari. doktor kata DVT (deep Vein Thrombosis) tapi ada yang berpendapat saya terpijak DENAH..dah sebulan saya punya kaki maintain je.bengkak masih ada lagi..ada orang suh try gi sembur dengan sirih. Apa pendapat sheikh?

    ReplyDelete
  9. Saya di awal 30an dahulu sudah kena gout teruk. Setengah orang yang melihat keadaan kaki saya mengatakan saya terpijak denah. Persetankan kata mereka. Jangan dengar kata mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan, Tapi tuan doktor kata bukan gout..kalau gout dia serang kat bahagian sendi..Ini di bahagian betis..keras dan besar..sekarang saya amalkan baca yasin setiap hari..nampak ada kurang la sikit..

    ReplyDelete
  11. Saya sudah kena seperti ini. Peha saya bengkak berwarna kemerahan kebiruan. Bengkak sampai ke hujung kaki. Sakitnya tak usah cakaplah. Pergi klinik dimasukkan injection beberapa ubat alhamdulillah terus baik.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. saya mengalami sengal di hujung jari,tambahan bila terhantuk dgn kuat..sengal yg berpanjangan akan berlaku di ibu jari & kdg2 pd jari2 yg terkena.

    ReplyDelete
  13. Salam Saudara Emjay yang dikasihi, Alhamdulillah sebelum saya mencapai umur 35 thn,tubuh badan saya sentiasa sihat walafiat. Pada suatu hari saya telah mengangkat seguni beras seberat 10kg dengan menggunakan belakang tengkuk ke tingkat lima dengan tangga.Pada masa itu saya tak mengalami apa2 kesakitan di bahagian belakang tengkuk saya.Selang beberapa bulan saya memandu kereta pada jarak yang jauh tiba-tiba tengkuk dibahagian belakang saya terasa sakit.Saya merasa takut kemudian saya mengamalkan Madu Sawda selama bbrp lama untuk menghilangkan sakit saya. Pada suatu hari saya terbangun dari tidur kerana perut saya menyucuk di ulu hati seperti terbakar,yang peliknya sakit ditengkuk saya telah pulih seperti biasa tapi perut saya pula yang sakit.Saya semakin takut dan pergi berjumpa dgn lebih kurang 10 org doktor tapi mereka semua memberi jawapan yang sama iaitu saya terkena gastrik.Untuk pengetahuan tUan saya sangat suka membaca info mengenai penyakit kanser dan saya merasa takut saya terkena penyakit tersebut!apa pandangan tuan tentang penyakit saya ini, untuk pengetahuan tuan penyakit di perut saya sudah kurang sakit lagi tapi masih belum selesa.terimakasiah

    ReplyDelete