Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 26 March 2008

Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) + sayuran.

Makanan asasi saya ialah  buah (oren sunkist) + sayuran.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Kebelakangan ini saya begitu sibuk sekali dan cabaran dari syaitan cukup mencabar.  Memang begitulah peranan syaitan untuk menggagalkan usaha saya untuk memerangi perbuatan syirik di kalangan umat Islam di Malaysia. Akibatnya Laman Emjay sudah agak lama tidak diupdate.

Pada hari Khamis minggu lepas iaitu hari cuti sempena hari keputeraan Nabi Muhamad SAW.  Seorang pelajar saya mengambil kesempatan hari cuti ini untuk mengadakan majlis perkahwinannya. Oleh kerana saya juga dijemput ke majlis ini, maka saya dan isteri mengambil kesempatan berkunjung ke majlis ini.

Di dalam majlis ini saya perhatikan seorang wanita mungkin sebaya saya sedang duduk di wheelchair. Saya namakan wanita ini sebagai puan Limah. Saya teringatkan seorang kakak ipar saya juga menggunakan wheelchair sudah sekian lama. Semoga dengan azab dari Allah ini segala dosa beliau diampunkan Allah SWT.

Di dalam kesibukan tetamu yang datang menjamu selera, saya mengambil kesempatan untuk menyiasat masalah puan Limah sehingga beliau duduk di wheelchair. Saya memang begitu suka sekali bertanya masalah orang manalah tahu saya dapat membantu dengan mengongsikan ilmu saya kepada beliau. Puan Limah tidak begitu selesa dengan tindakan saya namun dengan sikap kedegilan, saya terus mengasak Puan Limah dengan beberapa soalan untuk menyiasat punca masalah beliau.

Setelah mengajukan beberapa soalan, akhirnya fahamlah saya kes Puan Limah ini. Puan Limah ini sebenarnya menghadapi masalah lutut kanan yang kehausan tulang rawan akibat dari penghakisan oleh garam kristal yang terbentuk di dalam sendi lutut tersebut. Pembaca boleh membaca artikel saya sebelumnya iaitu GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/ingin-mengetahui-tahap-kesihatan-kidney.html

Penyakit yang dihadapi oleh Puan Limah ini adalah mungkin penyakit gout atau penyakit yang mirip penyakit gout.

Setelah mengetahui penyakitnya, saya terus mengajukan soalan untuk mengetahui punca penyakit Puan Limah ini. Dari sesi soal jawab ini saya dapat memantapkan lagi ilmu saya. Punca penyakit Puan Limah adalah sebenarnya kerana gaya pemakanannya yang cukup pelik. Mungkin Puan Limah adalah satu-satunya sampel tunggal di dalam dunia ini yang mengamalkan amalan yang pelik ini. 

Puan Limah tidak makan nasi dan makanan asasi Puan Limah adalah buah-buahan dan sayuran semata-mata. Buah yang kerap diambil ialah buah limau sunkist. Puan Limah dengan bangga menceritakan bahawa di rumahnya terdapat berpeti-peti buah limau sunkist.Untuk apa tujuan amalan pelik sebegini saya pun tidak tahu kerana tidak sempat menyoal oleh kerana pelbagai gangguan tambahan pula Puan Limah seakan tidak selesa dengan pertanyaan saya. 

Madu adalah baik untuk tubuh  tetapi sekiranya memakan madu melebihi 4 sudu besar insyaAllah akan mengalami kesan buruknya iaitu ceret beret. Telur juga adalah baik tetapi memakan telur setiap hari adalah buruk dan memberikan kesan negatif yang amat buruk terhadap jantung dan bakal menyebabkan pelbagai masalah lain. Bertambah buruk lagi sekiranya mengambil telur sekali makan dua biji. Kesan buruknya lebih parah. Begitu juga apel hijau adalah baik dan merupakan sebahagian rawatan semula jadi keatas pelbagai penyakit tetapi pengambilan apel hijau ini tidak boleh melebihi 2 atau 3 biji seminggu. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah oren sunkist adalah baik tetapi dengan mengambilnya secara keterlaluan dan diambil setiap hari adalah sangat mendatangkan mudarat terutama sekali kepada buah pinggang.

Mengambil oren sunkist sebagaimana Puan Limah ini menyebabkan fungsi buah pinggang rosak. Apabila buah pinggang rosak, banyak bahan toksik yang sepatutnya disingkirkan dari tubuh masih kekal berada di dalam darah. Apabila bahan toksik ini semakin bertambah kepekatannya, ia akan menyebabkan penghasilan berbagai garam kristal di dalam sendi sama ada di ibu jari kaki, tapak kaki atau pada sendi lutut. Dalam kes Puan Limah ini, banyak sekali garam kristal terbentuk di sendi kaki kanan. Ini menjelaskan kegagalan buah pinggang sebelah kanan. Pembentukan  garam kristal di dalam sendi lutut ini akan menyebabkan sakit yang amat sangat dan menyukarkan perjalanan. Doktor kerap memberikan painkiller dalam preskripsi mereka disamping pelbagai ubat lain. Painkiller ini akan menyebabkan tubuh tidak mengalami sakit (walau pun sebenarnya sakit itu tetap wujud) dan memudahkan pergerakan Puan Limah tetapi ini akan menyebabkan kerosakan serius pada tulang rawan di dalam sendi lutut Puan Limah menyebabkan lapisan tulang rawan ini akhirnya terhakis habis. Inilah yang sedang dialami oleh Puan Limah.

Situasi Puan Limah ini menyebabkan darah beliau bersifat asid dan antara puncanya ialah paras asid urik dan asid-asid lain di dalam darah yang semakin tinggi. Darah yang normal adalah sedikit bersifat alkali dan perubahan pH pada darah menjadi asid ini sebenarnya mengundang pelbagai masalah sampingan lain.

Puan Limah sempat memberitahu saya bahawa didalam masa terdekat ini beliau akan dibedah oleh doktor. Beliau menyatakan perkara ini kepada saya dengan perasaan begitu ceria seolah-olah pembedahan ini akan menyelesaikan segala masalah beliau. Pembedahan ini sebenarnya akan menambahkan masalah beliau. Apa yang patut Puan Limah lakukan ialah menyiasat apa punca segala permasalahan ini lalu menyelesaikannya da mencari ubat secara alamiah semoga tulang rawan yang terhakis dapat tumbuh semula. Perkara ini kelihatan mudah tetapi ini akan menjadi teramat sukar apabila Allah SWT mengazab seseorang.

Apa yang Puan Limah perlu lakukan sebenarnya ialah kembali dengan tabiat permakanan sebagaimana orang normal lainya iaitu makan nasi berlaukkan ikan, daging atau ayam disamping memakan sayur-sayuran yang berkhasiat seperti daun ubi, daun keledek dan sebagainya disamping memakan pelbagai buah berkhasiat secara mengikut kadar yang sesuai. Bagi Memulihkan keadaan buah pinggang pula, Puan Limah perlu memakan ubat tradisional untuk memulihkan kesihatan buah pinggang. Apabila buah pinggang sihat, segala bahan toksik di dalam darah dapat disingkirkan dan darah akan bersih dari segala asid urik dan asid lain dan dengan ini mengelakkan pembentukan garam kristal di dalam sendi.

Apa yang saya jelaskan di atas nampak mudah namun apabila Allah SWT ingin mengazab hambanya kerana dosa-dosanya, lazimnya Allah mengubahkan selera hamba Allah ini terlebih dahulu. Kalau Allah nak memberikan penyakit jantung, mungkin Allah SWT mengubah selera hamba Allah ini kepada gemar makan kentang goreng, ais krim, creamer, burger, naget, potato chip, Pringle potato chip dan segala yang sewaktu dengannya. Apabila cukup tempuhnya lalu Allah SWT memberikan penyakit jantung.

Begitu jugalah kalau Allah SWT ingin mengazab seorang hambaNya agar duduk di wheel chair, mungkin dimulakan dengan seleranya berubah gemar makan makanan yang pelik-pelik sebagaimana di dalam kes Puan Limah ini beliau menjadikan makanan asasinya sebagai buah (oren sunkist) dengan sayuran semata-mata. Selagi Allah ingin mengazab Puan Limah ini, segala nasihat yang baik akan tidak didengarinya dan segala nasihat buruk pula akan diikutinya, begitulah sunnatullahnya. 

Manusia tidak boleh memberikan rahmat kepada manusia lain sebagaimana Nabi Muhamad tidak mampu memberikan rahmat kepada pakcik tersayangnya Abu Talib yang mati kafir. Saya juga tidak mampu memberikan rahmat kepada Puan Limah.

Di dalam kes Puan Limah ini, seandainya beliau bersungguh-sungguh bertaubat di atas segala kesalahannya dan tidak mengulangi kesilapan serta memohon doa agar sembuh, insya-Allah Allah akan mendatangkan seseorang yang bakal memberikan nasihat yang tepat lalu sembuhlah beliau kerana rahmat Allah SWT.

Marilah doakan Puan Limah semoga beliau sembuh dari azab pedih dari Allah SWT ini.

Sekian untuk kali ini.

Emjay. 

25 comments:

  1. assalamu'alaikum pak.. boleh numpang tanya?
    makan telur sehari cuma boleh 1 butir ya?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbh

    Elakkan makan telur berterusan sehari sebiji. Lebih parah kalau berterusan makan telur 2 biji sehari. Kesan buruknya bukan dapat dilihat pada keesokan harinya tetapi adalah selepas tempuh yang lama. Ia adalah merusak jantung dan merusak banyak organ lain.

    Saya ada sampel yang semenjak kecil makan telur berterusan 2 biji sehari sedang menjadi bahan kajian para doktor di Johor Bahru. Pelajar ini sedang dalam tingkatan 5. Kulitnya rosak, tidak boleh bersila kerana ototnya tegang dan sukar menulis kerana otot di tapak tangan dan jarinya bermasalah. Tubuhnya kecil dan kurus. Ibu bapa perempuan ini menjangkakan dengan terus menerus memberikan telur akan menjadikan anak perempuan ini semakin sehat tetapi sebaliknya pelajar ini semakin tidak sihat.

    Seorang pelajar saya pula makan telur berterusan sehari sebiji sudah mempunyai tanda-tanda kulit yang tidak sihat sebagaimana pelajar tingkatan 5 di atas selain badan yang kurus dan kecil dan jantung yang sudah bermasalah.

    Kalau makan telur dengan daging secara serentak, ini lebih parah lagi. Elakkan makan telur dengan daging serentak.

    Sekian terima kasih

    Emjay

    ReplyDelete
  3. terimakasih banyak pak. kadang kala kalau malas masak kita suka cari yang praktis. salah satu bahan makanan yang praktis dan sehat adalah telur, tinggal digoreng atau direbus bisa langsung dimakan dengan nasi. kalau saya sih jarang makan telur lebih dari 1 dalam sehari karena sudah tau kalau itu tidak baik hanya saja saya tidak tau bahwa efek nya separah ini. sekali lagi terima kasih.

    ReplyDelete
  4. semua jenis telur rebus, goreng ke ? kalau telur ayam kampung ? kalau kuning telur + madu lebah termasuk juga ?

    susah juga ni. ayam daging banyak antibiotik, sayur banyak racun, buahan banyak racun, telur bahaya.

    ReplyDelete
  5. Semua telur termasuk ayam kampung dan ayam daging.

    Seminggu makan 2 atau 3 biji telur tu menasabah.

    Kalau buat ubat pun hanya sekadar digunakan bahagian kuning telur sahaja bukan keseluruhan telur.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. saya amat mengenali pn limah yang emjayjb critakan ni. sayangnya emjayjb tak cukup maklumat. apa yang saya dapat beritahu di sini ialah pn limah mengubah gaya pemakanannya setelah dia diberitahu bahawa di perlu dibedah dan perlu menurunkan berat badannya sebanyak 40kg.jadi dia memulakan dietnya sejak januari lalu,oren sunkist,sayuran yang di celur bersama salad dressing (yang macam mayonis tu..). Memang steroid menjadi hidangannya setiap kali selepas makan nasi dan lauk beberapa tahun dulu sehingga disember tahun lepas. kakinya mula parah selepas dia menguruskan kenduri kawin salah seorang anak angkatnya di rumahnya.disamping itu dia mempunyai penyakit hep B...kalau ada lagi maklumat penting yang saya ingat, Insya-Allah saya akan beritahu...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih qusyairy.

    Berilah lebih banyak data semoga saya boleh menganalisis

    Emjay

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum,saya ingin tau ramuan tradisional uyk menguatkan buah pinggang,t kasih

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbh

    Segala-galanya telah saya jelaskan di dalam artikel saya GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75

    Sekian wassalam


    Emjay

    ReplyDelete
  10. kata orang minum air rebusan barli elok cuci buah pinggang tapi dapatkan dari kedai senseh cina buka kedai mamak. betulke macam tu?

    ReplyDelete
  11. apakah khasiat air rebusan halba? benarkan ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah?

    ReplyDelete
  12. Saya tidak mengkaji ke tahap ini. Saya hanya mengetahui halba ini baik dimakan untuk merawat jantung.


    Emjay

    ReplyDelete
  13. Terima kasih banyak2.
    Buah-buahan manakah yang bebas dimakan untuk pesakit kencing manis? Adakah buah-buahan yang masam sahaja dibolehkan?

    ReplyDelete
  14. Terima kasih banyak2.
    Buah-buahan manakah yang bebas dimakan untuk pesakit kencing manis? Adakah buah-buahan yang masam sahaja dibolehkan?

    ReplyDelete
  15. salam tuan, minta komen berkenaan penapis air...TQ

    ReplyDelete
  16. Penapis air biasa adalah baik. Ia dapat mengeluarkan bendasing yang tidak diperlukan dan meninggalkan mineral yang diperlukan.

    Namun elakkan penapis air yang menapis terlampau halus seperti reverse osmosis sehingga semua mineral dalam air dikeluarkan dari air minuman. Ini adalah merugikan kerana mineral amat diperlukan oleh tubuh badan.

    Penapis air yang kononnya memasukkan tenaga tu elakkanlah kerana macam menggunakan tangkal kemenyan yang dimasukkan ke dalam air untuk diminum dengan alasan memasukkan tenaga.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. salam tuan, saya ni menghidp penyakit psoriasis sejak 2005, dah mcm2 ubat dari yagg hospital smpai yang tradisional saya cuba, tetapi kesannya hanya sedikit sahaja dan kemudian merebak semula. banyak duit dah dihabiskan semata-mata untuk merawat tetapi masih menemui jalan buntu. harap tuan boleh membantu saya...terima kasih..

    ReplyDelete
  18. salam ustaz........saya selalu mengah apabila naik tangga dan apabila bgn dri solat selepas ddk antra 2 sujud...saya selalu tido dgn kelajuan kipas 1 dan pasang aircon......kalau x sy xblh tido....apa komen ustaz...

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbt

    Sekiranya sdr mudah kalah sejuk iaitu tidak tahan apabila berada dalam pejabat ber aircond, maka sahih paru-paru sdr sudah bermasalah. Cuba lihat hujung jari sdr adakah ia berwarna merah atau merah kebiruan? Bandingkan dengan hujung jari orang lain. Kalau merah kebiruan tu menandakan paru-paru sdr bermasalah dan ini boleh menyebabkan mudah mengah bila naik tangga.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. salam ustaz. harap ustaz dpt beri panduan rawatan sakit strok.

    ReplyDelete
  21. salam... harap ustaz dpt beri panduan untuk rawatan sakit strok.

    ReplyDelete
  22. salam... harap ustaz dpt beri panduan untuk rawatan sakit strok.

    ReplyDelete
  23. salam, sy suka mengamalkan teh misai kucing dicampur sedikit serbuk mascotet. kedua herba ini sy tanam sendiri dilaman rumah. campurannya sejemput daun misai kucing yg dah di racik halus bersama batang + setengah sudu kecil daun mascotet yg dah diblender halus. sy bancuh dgn air panas, biar seketika n minum segelas setiap hari pagi n malam. sy adalah pengidap lemah sendi n saraf sy juga prnah di bedah dilutut. sy pengidap sakit tulang belakang yg agak kuat. sy dah buat pemeriksaan doc. n dptkan ubt tp xberubah..semenjak sy amalkan teh ini ia kurang menyerang sy. cuma jika sy kerap mkn daging merah ia jd semula tp xkuatlah mcm sebelum ni. apa pendapat tuan...adakah remidi ini sy gunakan melampau? apakah betul cara pemakanan sy. pohon bantu. tq pn nolie kp.

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam wbh
    Boleh teruskan. Ambil juga minyak kelapa dara satu camca teh pagi dan satu camca teh petang. Selain tu, perbaikilah agama semoga Allah ampunkan dosa dan sembuhkan penyakit.

    Emjay

    ReplyDelete
  25. salam, tq atas nasihat. utk pengetahuan tuan sy sblm ini pernah disantau dan kerana xnak berpegang sangat dgn dukun sy g hospital pakar, tp hospital xdpt kesan kuman n penyakit.so nasihatkan sya guna perubatan altenatif. sy gi berubat ngan ustad dan dibg zikir allah sy mmg amalkan hingga kini. n berubat buang racun diklinik hemopaty n dlm setiap kahak sy akan keluar spt garam berkeping2 selepas menjalani rawatan. alhamdulillah sehingga kini sy taklah merana mcm dulu. tp sy jd mcm kena asma yg minimal, malah alah sejuk,dan mudah mencungap dan sakit2 badan dan saraf. sy mmg jenis xsuka pd perubatan hospital klu blh dielak.. tp klu terpaksa sy guna gak. kerana itu sy mula berjinak dgn remedi.memandangkan dgn daun misai kucing n mascotet ini nampaknya ia agak mujarap cuma kena byk kurangkan mkn berlemak n protin.minyak kelapa dara tu kena buat sendiri ke beli yg dah ada? anak sy 20thn lelaki juga rajin amalkan misai kucing sahaja untuk minumannya. adakah ia ok utk remaja begini.

    ReplyDelete