Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 12 July 2008

Garam dll untuk kemusnahan keluarga!



Garam dan produk lain untuk kemusnahan keluarga!

Assalamualaikum wbh

Pada 22 Julai 2007 saya telah menulis artikel bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145

Berikut adalah sebahagian sedutan dari artikel saya tersebut:

"You may try forms of blessings and smudging as suggested here on this site. You may want to take some long baths in sea salt or throw some sea salt about or put them in glass bowls about your bed, bedroom and apartment. I say try all things, and keep trying each one until you find a remedy that works.

Bomoh-bomoh di Malaysia masih menggunakan garam secara menabur keliling rumah tetapi mungkin tidak lama lagi kaedah mandi dengan air garam yang sudah berjampi bakal diamalkan sama seperti saranan orang putih ini."

Semasa saya menulis artikel tersebut, saya menjangkakan pada suatu masa akan ada bomoh di Malaysia yang menyuruh orang mandi garam untuk buang sial atau mencari rahmat. Kini terbukti bahawa pengamal bomoh moden Prof ****** memang mengamalkan amalan sesat ini. Gambar ini saya ambil dari produk yang diberikan oleh Prof Dr ***** di Kuala Lumpur. Ada garam untuk mandian, ada untuk disimpan dan ditabur dan siap dengan aura seri dan aura genius. Setiap satu botol ini berharga RM50 dan untuk 7 botol produk sesat ini, pembeli ini perlu mengeluarkan RM350.

Selain amalan menggunakan garam oleh Prof Dr ***** sesat ini, banyak pusat rawatan yang mengaku SECARA ISLAM yang juga diketuai oleh seorang Prof Dr **** juga menggunakan garam dan lada hitam yang kononnya untuk menghalau dan mengelakkan hantu syaitan.

Kepada umat Islam sekelian, janganlah mudah terpedaya dengan helah syaitan ini.

Hidup bahagia dirahmati Allah tanpa tangkal termasuk tangkal dari garam.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

12 comments:

  1. hahahaha read more studies bro, there is why muslim are out of the league in science, the salt compromise high density of ion which stabalize the body system no jampi2 hahaha r just science allah given you brain dont be naive hahahaha study more learn more ask people that is qualified, "the buang sial"means the negative minds which make your mind relax and think positive even mandi wajib also in science means rejuvanate your body,the salt from the hill is pure not from the sea bro, even rasul pinch salt before eating meal,so dont be claiming things you dont know make a fool to your muslim bro.

    ReplyDelete
  2. yer....mmg ada gunanye garam kasar ni.

    ReplyDelete
  3. saye sokong, memang sunnah rasulullah cecah jari ke dalam garam sblm menjamu makanan (btolkan kalu silap)...ustaz mungkin silap sbb kate garam ni tangkal..tp mungkin ada org salah guna garam ni kot, bak kate ustaz garam d jadikan tangkal...hahahha..bikin panas je ustaz ni...hehehhe...

    YANG TAK BELAJAR TINGGI..

    ReplyDelete
  4. reactivatemin, junqiah,hambakerdil...tak payah buang masa dengan dia ni...confirm dia yg jahil! Dia cuma pakai 'logic otak' semata2! Why don't all of us get this so called knowledgeable guy to be really transparent about himself. Tunjukkan kebenaran...jika anda (emjay) benar2 di pihak yg berilmu & tidak sesat! Entah2, dia pun bukan Islam!

    ReplyDelete
  5. emjay tu apa? Mat Jawa? MaJapahit? or Mat Jahil?

    ReplyDelete
  6. bro emjay.... apapendapat bro tenteang komen dorang..

    ReplyDelete
  7. Korang ni smua paham tak apa yang korang cakap ni ha. Yang korang cakap tu isu garam untuk penghadaman atau sebagai satu proses metabolisma dan semua ini pun berlaku atas kehendak Allah juga. Saya pun ada tau le sikit2 pasal kebaikan garam dalam mengatasi kesakitan. Contoh, kalo sakit gigi cuba komor2 ngan air garam. Kekadang tu sakit perut pun boleh dihilangkan dengan minum air garam. Dan bagi yang nak maraton tu kena gak minum air garam....Ni semua memang dah jelas secara fizikalnya garam boleh membantu seperti mana ubat2an. Tapi haros diingat bahawa Allah sahaja yang menyembuhkan....
    Cuma dari sudut dan teknik Dr Ibrahim tu yang korang tak faham ni laaaa...hang cakap tak memikir secara ilmiah apa yang cube Sdr Emjay sampaikan. Dalam teknik Dr Ibrahim ni, dia telah melebihkan lagi kemampuan garam ni ke tahap yang tak masuk dek ilmu Islam, TU LE SEBENARNYA....
    Korang cbe baca artikel Sdr Emjay kat runag HOME cari tajuk bab garam. Ringkasnya, ilmu guna garam untuk tujuan spritual ni asasnya bukan dari Islam (sudah semestinya Nabi tak pernah buat). Senang citer dari KAPIAQ la....TU PASALAH GUNA GARAM NI SATU KAEDAH YANG JAUH dan AKAN MENYESATKAN DAN SATU TIPUDAYA IBLIS DAN SYAITAN...
    Maksud kat sini, Dr ibrahim tu cuba promot guna garam sebagai pendinding sedangkan garam tu sebenarnya tad de pun power bahkan sekadar satu skrip syaitan yang menjadikan garam ni sebagai senjata melumpuhkannya sedang ia tak lebih dari pasiran yang mengenai baju kita.....
    Tak percaya, baca artikel..
    Mahaplah ye kepada yang degil2 lagi tu, Saya ni bukan nak 'backing' sesapa tetapi benda yang betul kenalah sokong selagi apa yang kita sokong itu punyai nas dan bukti yang jelas daripada Islam dan bkn daripada pendapat dan pemikiran kafir laknat yang sentiasa nak sesatkan kita.
    Akhir skali, cube le korang tanya pada Dr Ibrahim tu, garam yang kat kedai runcit boleh tak? Pas tu suruh dia bagi 'power'. Garam kat kedai baru singgit lebih tapi kalo bli ngan dia mau ratus2...apa dia jawab............
    NI SMUA BISNES BEB)))))))))))
    Paling kuat pun dia kata garam kat kedai tak bersih, APA KORANG MAKAN SELAMA NI GARAM KOTOR!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh kepada saudara seagama dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.

    Alhamdulillah di atas ilmu yang diberikan Allah kepada sdr maktum.

    Tentang artikel yang dimaksudkan sdr maktum tu ialah "Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu" yang boleh diakses melalui http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145

    Semoga maktum dan saya dimatikan oleh Allah SWT saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. garam kasar untk kolam ikan mati kuman

    ReplyDelete
  10. Garam untuk masak di bolehkan
    Garam untuk rendam kaki di bolehkan
    Garam untuk baja pokok kelapa dibolehkan

    Garam untuk pendinding rumah - syirik
    Garam untuk menghalau syaitan - syirik

    Samalah juga dengan beras untuk makanan dibolehkan
    Tetapi tangkal beras kunyit seperti http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#photo=1 adalah syirikkkk

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Menarik entri niee...

    Pandangan dari ahli agama agak kurang mengenai isu ini.Ahli agama perlu bersuara supaya tidak ramai yang terpedaya sekira ianya salah.

    ReplyDelete