Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 14 August 2008

Bacaan penting kaum hawa!!!

Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kali ini saya berhasrat untuk menulis isu yang lebih ringan berbanding isu berat yang saya tulis sebelumnya iaitu berkaitan histeria di SMK Tanjung Lumpur. Semoga Allah redha dengannya.

Baru-baru ini saya di kehendaki bertugas di Masjid Tanah Melaka bersama 4 rakan sekerja saya yang terdiri dari 1 orang profesor dan 3 profesor madya. Keseluruhannya 5 orang menaiki sebuah kereta milik saya.

Pada permulaannya memang terasa amat janggal apabila kami berlima sanggup berhimpit di dalam sebuah kereta di dalam perjalanan yang memakan masa lebih dari 3 jam dari Johor Bahru ke Masjid Tanah Melaka. Kami memang diiznkan membawa kenderaan masing-masing namun entah mengapa (dengan kehendak Allah SWT) masing-masing selesa dengan menumpang kenderaan saya. Selalunya masing-masing lebih selesa bersendirian atau membawa isteri masing-masing.

Setelah kenderaan mula bergerak meninggalkan kampus UTM, kejanggalan mula hilang apabila masing-masing mula membuka gelanggang perbualan. Berbagai topik menjadi bahan perbualan dan diselang-selikan  dengan gelak ketawa. Perlahan-lahan perasaan janggal mula hilang dan digantikan dengan perasaan seronok.

Di kalangan kami berlima, saya adalah paling muda iaitu 52 tahun manakala yang lainnya adalah lebih senior dan ada yang sudah lebih 60 tahun. Memang terasa sekali keseronokan berkumpul di dalam  kereta sambil berbual. Ada yang tidak ketinggalan bercerita cerita lucu yang menjadikan kami semua terhibur. Perjalanan kira-kira 3 jam dirasakan pendik apabila sepanjang perjalanan di isi dengan perbagai topik perbualan. Orang yang paling tidak terlibat dengan perbualan ini adalah saya kerana saya sedang memandu.

Setelah mengisi perut dengan makan malam bersama dengan hidangan sea food yang lazat, kami check in di Tanjung Bidara Beach Resort. Sekali lagi kami memutuskan untuk tinggal bersama di sebuah chalet 2 bilik. Kami terpaksa menempah tilam tambahan kerana chalet ini ini hanya mempunyai tempat tidur untuk 4 orang. Tilam tambahan ini ditempatkan di ruang tamu dan untuk mengambil hati orang yang tidur bersendirian di ruang tamu ini, kami mengambil keputusan untuk mengangkat tilam besar di salah sebuah bilik untuk diletakkan di ruang tamu. Dengan itu kami bertiga tidur di ruang tamu dan 2 orang lagi tidur di salah satu bilik lain.

Tidak sangka juga sahabat-sahabat saya ini begitu mudah menyesuaikan diri dengan situasi. Saya bersama dua orang lagi tidur di ruang tamu ini. Sementara menunggu waktu tidur kami solat berjemaah dan sesudahnya kami menyambung perbualan. Menjelang pukul 12 malam kami semua sudah tertidur kepenatan.

Keesokan hari pukul 5.30 pagi seorang demi seorang mandi dan bersedia untuk solat berjemaah subuh. Alhamdulillah seronok sungguh kami berlima makan bersama, menaiki kereta yang sama, bersembang dan solat berjemaah.

Setelah selesai urusan di Masjid Tanah, kira-kira pukul 12 tengahari kami bertolak balik ke UTM. Di dalam perjalanan ini masing-masing kelihatan kepenatan dan masing-masing mula terlelap di dalam kereta. Apabila samapai ke Pagoh, kami turun untuk solat dan makan tengahari.

Saya juga agak kepenatan dan selepas selesai makan saya meminta seorang sahabat untuk menggantikan saya memandu kerana saya ingin berehat. Rupa-rupanya sebaik sahaja kami bertolak dari Pagoh, masing-masing kelihatan amat segar dan menyambung pelbagai topik perbualan. Kali ini oleh kerana saya tidak memandu, saya mengambil kesempatan untuk turut terlibat secara aktif di dalam setiap topik perbualan kami. Terasa sungguh keakraban kami berlima ini. Tidak ada perselisihan, malahan kesesuaian semata-mata diantara kami berlima.

Cerita yang saya ceritakan di atas adalah intro atau pengenalan sahaja kepada apa yang ingin saya sampaikan dalam artikel kali ini. Daripada perbincangan perbualan kami berlima disepanjang perjalanan pergi dan balik ini, pelbagai kesimpulan dapat disimpulkan tetapi saya hanya ingin mengetengahkan satu kesimpulan sahaja iaitu "lelaki memang mempunyai keinginan untuk berkahwin lebih dari satu cuma mereka tidak sampai hati / sampai hati untuk melakukannya!!". Jikalau lelaki yang lebih berusia daripada saya masih menaruh perasaan untuk berkahwin lagi, inikan pula lelaki sihat yang berusia lebih muda daripada kami.

Saya juga sewaktu muda dahulu kerap berbual dengan ramai rakan sekerja tentang perkara yang sama dan kesimpulan dari perbincangan ini juga adalah sama iaitu setiap lelaki memang mempunyai perasaan untuk berkahwin lebih daripada satu.

Allah menjadikan manusia dan makhluk lainnya dan Allah lebih mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan manusia. Dijadikan agama Islam sebagai panduan agar manusia dapat hidup dalam aman tenteram dan di dalam peraturan Islam ini juga telah dijadikan satu sunnah iaitu kahwin lebih dari satu. Nabi Muhamad SAW serta para sahabat mengamalkan poligami. Pastinya banyak hikmah berpoligami  ini dan kerana itulah Allah menggalakkannya sebagaimana  di dalam  surah An Nisaa' ayat  3 dan  ayat-ayat lain.

Kepada kaum wanita sekelian ketahuilah bahawa selagi seorang lelaki itu sihat, perasaan ingin berkahwin satu lagi memang sentiasa terpendam di dalam jiwa mereka kerana ini adalah lumrah ciptaan Allah SWT pada setiap makhluk LELAKI.

Apa yang paling penting sekali sebagai peringtan kepada kaum wanita ialah redhalah dengan segala peraturan yang ditetapkan di dalam hukum Islam termasuk poligami ini kerana membenci sesuatu peraturan atau hukum Islam mengakibatkan seseorang rosak akidahnya dan terkeluar dari keimanan dan keislaman sebagaimana di sebutkan oleh
Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) :
Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

Seorang sahabat baik saya yang begitu memahami agama telah bercerita kepada saya tentang lafaz taklik yang disebutkan kepada isterinya di malam pertama perkahwinan mereka berbunyi "apabila saya ingin berkahwin lain dan engkau menentangnya maka gugurlah talak!".
Apabila mendengar lafaz taklik yang disebutkan oleh sahabat baik saya tersebut, mungkin bagi kebanyakan wanita ia adalah sangat zalim namun hakikatnya sama ada lafaz taklik tersebut dijelaskan atau pun tidak adalah sama.

Apabila seorang isteri telah terkeluar daripada Islam, sebenarnya isteri ini telah tertalak  secara otomatik kerana seorang bukan islam adalah tidak halal bagi seorang lelaki / suami yang beragama Islam.

Ramai orang Islam yang pastinya marah apabila melihat  orang kafir di Denmark  yang membenci Islam  mempermainkan dan menghina Nabi Muhamad melalui gambar seolah olah nabi SAW adalah kaki seks.

Namun apa yang sangat penting sekali di sini ialah janganlah pula kita yang kononnya mengaku seorang Islam turut menyertai orang Denmark kafir ini dengan membenci hukum poligami.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay

44 comments:

  1. kesimpulannya .....ust menaruh harapan hendak berkahwin lagi ke?.....ha ha ha...gurau jer....(tabarakallah)...owh baru saya tahu umur ust berapa!.....betultu...janganlah kita bersekongkol dengan Denmark!.....membenci hukum poligami...الاسلام يعلى ولا يعلى عليه ....

    ReplyDelete
  2. BERANI KERANA BENAR
    TAKUT KERANA SALAH
    Orang yg menyampaikan kebenaran tak perlu takut2 untuk mendedahkan identitinya yg sebenar
    Hanya orang yg bersalah sahaja takut untuk mendedahkan identitinya yg sebenar
    Saya pasti tentu ramai peminat setia emjay ingin mengetahui identitinya yg sebenar
    SAYA CABAR AWAK EMJAY

    ReplyDelete
  3. wahai saudaraku....Huzaimi apakah yang anda tidak puas hati!....bagi saya saudara emjey telah banyak membersihkan syirik yang dilakukan oleh orang-orang kita...seseorang menimba ilmu haruslah berlapang dada....menerima atau menolak sesuatu...itu soal pribadi....saya akui bukan semua apa yang saudara emjey kemukakan boleh kita terima...sebab apa yang dikemukakannya rata-ratanya kita selalu lakukan....saya dengan pribadinya rasa bangga kerana saudara Mj kita sanggup luangkan masanya....dan berkorban demi menghapuskan syirik...yang selalu orang kita buat....saya doakan saudara mj sentiasa di pihak yang benar...! muhasabahlah diri.......Firman Allah swt. fii surah baqarah ayat (42): ولا تلبيسوا الحق بالبطل وتكتموا الحق وأنتم تعلمون .....

    ReplyDelete
  4. Saudara ku habrashid dan pembaca sekelian

    huzaimi9 tu marah sangat pasal saya menyentuh CVT. Maklumlah dia ni terlibat dengan CVT. Nak berhujah dah tiada hujah. Mengata orang tak tunjuk identiti tetapi dia pun tak tunjuk identiti. Biarkanlah dia.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Salam ustaz .... saya lupa dalam lafaz takliq ada mengatakan sedemikian. Maknya bila ada isteri yang membantah suami dia kawin lain jauh ke talak ustaz ... sebab ini ada berlaku di mana isteri pertama marah2 suami dia kerana suami dia telah berkawin lain di sempadan tanpa pengetahun beliau .Malah dia telah meminta cerai dari suami kerana sebab itu ... tapi suami nya tak menceraikan nya .... minta penjelasan ustaz.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    Dalam lafaz taklik waktu nikah di Malaysia memang tidak ada disebutkan bahawa kalau isteri marah suami kahwin lagi maka gugur talak. Dalam cerita saya di atas sebutan taklik tersebut hanya disebutkan oleh suami (rakan saya) kepada isterinya.

    Suami memang bebas menyataka sebarang lafaz taklik contohnya "kalau engkau telefon sipolan maka gugur talak satu".

    Dalam cerita yang sdr ceritakan di atas, bagi pendapat saya isteri tersebut sudah membenci hukum Allah iaitu poligami dan ini boleh menyebabkannya rosak akidah. Itulah sebabnya isteri sebegini selalunya diazab Allah SWT dengan azab yang pedih sekali kerana kesikapannya.

    Isteri adalah tidak dibenarkan menurut syarak untuk meminta cerai dari suami atas alasan suami ingin berkahwin lagi.

    Berhati-hatilah kerana kesilapan akan dihukum Allah dengan azab yang berat.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Apa salahnya kahwin lebih dari satunya jika mampu beri makan, minum, pakaian, tempat tinggal,nafkah bathin, bimbingan agama serta berlaku adil kepada semua isteri.Banyak yang berlaku sekarang, ada hati nak kahwin walaupun pendapatan tak seberapa (ada berkahwin cari isteri berkerja semata-mata kerana nak ringankan beban kewangan, isteri yang tanggung segala-galanya), ada yang kahwin kerana terpesona dgn kecantikan (akhirnya ikut telunjuk dan abaikan isteri terdahulu) dan ada kahwin kerana memenuhi nafsu seks semata-mata tanpa perasaan kasih-sayang (akhirnya rumahtangga porak peranda).Inilah antara masaalah2nya,hakikat yang berlaku.Yang betul-betul mampu, ikhlas kerana Allah, ada ke?

    ReplyDelete
  8. bercerai itu halal tetapi tidak disukai Allah. ada ketikanya bercerai itu jalan yang lebih baik. selagi seseorang tidak mempertikai hukum Allah dia masih belum terkeluar. mungkin dia tidak sanggup untuk bermadu. contoh: jika seseorang tidak sanggup banggun ditengah malam solah tahjud itu terserah kemampuan masing2 asal jangan mempertikai hukum Allah. seseorang tidak sanggup meninggalkan yang makruh kerana kelemahan diri masih tidak mengapa.oleh itu kalau betul2 tak sanggup untuk bermadu mungkin pilihan berpisah itu adalah pilihan terakhir tetapi jangan sesekali pertikaikan hukum Allah, anggaplah itu kelemahan diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. mana-mana wanita pun sebenarnya tidak sanggup di madukan..

    tapi kerana ianya sunnah nabi, mari kita kaji balik sejarah.

    perkahwinan yang suka sama suka antara Rasulullah s.a.w. dengan Siti Khadijah r.a., Rasulullah amat setia bersama Khadijah...

    di zaman Rasulullah s.a.w. semasa Baginda berkahwin lebih daripada satu,
    ketika itu banyak berlakunya peperangan antara umat Islam dan kaum musyirikin,
    akibatnya, ramai sahabat syahid dan tinggal lah balu-balu.
    Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan balu-balu sahabat dengan tujuan untuk membela mereka..jika tidak, siapa nak bela?
    pada masa ini kaum munafik ramai, kalau janda/balu takut difitnah berbagai-bagai, jadi elok jika berkahwin sahaja.

    this how I see it...kalau salah sila betulkan..thank you.

    ReplyDelete
  10. Sunah Nabi Saw sesuai sepanjang Zaman.

    Apabila berkahwin dengan janda mungkin atas alasan membela mereka tetapi apabila Nabi SAW berkahwin dengan Aisyah, adakah sekadar hendak membela?? Orang lelaki jikalau menurut Islam kalau ingin berpoligami, biarkanlah mereka.

    Janda-janda memang ramai sekali sekarang ini. Anak dara tua pun ramai. Bagi janda-janda dan andartu, berkahwin dengan orang muda memang amat sukar kerana bilangan mereka terhad dan mereka lebih suka berkahwin dengan perempuan muda. Jadi siapa yang layak untuk berkahwin dengan janda dan andartu ini?? Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan menjadi isteri kedua atau ketiga. Jadi semua orang kena redhalah dengan hukum Allah ini.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  11. kepada para isteri janganlah terlalu monopoli suami seolah2 miliknya. bila2 masa saja para suami meninggal dunia atau berlaku perceraian maka si isteri yang tadi ada suami tak mahu dikongsi dah bertukar status jadi janda. pula pada ketika itu dia pula mungkin perlukan pembelaan walaupun menjadi isteri ke 3 atau 4

    ReplyDelete
  12. tapi lelaki bujang terlajak (teruna tua yek orang kata?),pun ramai kat luar tu..
    tak caya cuba lah check..
    jadi ape lah salahnya lelaki yang dah berkahwin ni ,
    cuba introduce kan dan kenal-kenal kan mereka yang masih single ni?
    sebab orang tua-tua kata..."Tak kenal maka tak cinta"
    bukan kah itu lagi baik..

    Selepas wafatnya Khadijah r.a., Aisyah r.a. sudah dikira isteri pertama..
    dan isteri seterusnya itu barulah balu-balu sahabat.

    yang trend sekarang ni, isteri muda tu isteri yang kedua..
    isteri pertama mestilah rasa dipergunakan.
    ibarat habis madu, sepah dibuang.
    kalau Rasulullah s.a.w buat begitu pada Khadijah r.a. mesti Khadijah akan rasa sedih juga..tapi Rasulullah s.a.w. tak buat gitu...

    bukan wanita tak mahu redha, tapi jarang ada lelaki yang dapat berlaku adil setelah berkahwin lebih dari satu..
    pengalaman banyak wanita lain yang membuat para wanita di luar sana fobia..
    tak boleh nak salah kan wanita 100%.
    cuba semua nya boleh berlaku adil dari dulu-dulu lagi,
    rasanya mungkin ramai yang dah berpoligimi masa sekarang.

    ReplyDelete
  13. nak adil 100% memang sukar. contoh jika ada 2 isteri 50%, 50%. atau 4 isteri 25% X 4. jika para isteri menuntut haq sama rata memang sengetlah si suami. perkara yang paling penting untuk mendapat keredaan Allah adalah melalui tolak ansur. si suami sedaya upaya berlaku adil manakala para isteri tolak ansur dan reda meredai (ikram dan kasih kepada isteri-isteri suami yg lain iatu tunaikan haq tanpa menuntut haq). para isteri mestilah ada sifat sanggup melebihkan untuk isteri yang lain berbanding dirinya, si suami pula takut kepada Allah jika tidak berlaku adil dalam hal ini keredaan isterilah yang akan menyelamatkan kekurangan yang ada pada si suami. Insaallah madu itu manis.

    ReplyDelete
  14. BAB KAHWIN SUME NAK IKUT SUNNAH,TAPI TAK NAK LAK KAJI LEBIH DETAIL KISAH NABI SAW BERPOLIGAMI DULU,SEBAB NABI SAW PUN TIDAK MEMADUKAN KHADIJAH R.A KETIKA HAYATNYA,
    SEKIRANYA DITAKUTI TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL MAKANYA LEBIH BAIK BERISTERI SATU SAHAJA.
    BUKAN MENOLAK HUKUM ALLAH,CUMA MANUSIA YANG SELALU NYA ZALIM.

    ReplyDelete
  15. Ada isteri yang mencarikan isteri kedua buat suami, tapi akhirnya madu menjadi racun(musuh). Mereka yang berpoligamin diuji untuk tabah. Suami mesti sudah bersedia mengatasinya. Tapi sekiranya perkahwinan kali kedua didorong kehendak fizikal dan seks sihat, saya tidak pasti sama ada si suami dapat mengatasi masalah rumah tangga. Pada pendapat saya lebih baik kesihatan yang Allah kurnia itu ditumpukan kepada bidang dakwah. Biarkan masalah anak dara tua, janda diselesaikan oleh bapa atau mahram mereka atau pun pemerintah. Dengan izin Allah, ada jodoh buat pendakwah untuk berkahwin lebih daripada satu.

    ReplyDelete
  16. RAHSIA TAMBAHAN KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

    ReplyDelete
  17. mengapa nak meracun fikiran anak-anak dalam soal -soal rumahtangga antara suami dan isteri. sepatutnya anak-anak dibela penuh kasih sayang bukan melihat kekurangan dalam perhubungan ibu bapa mereka sedangkan dalam quran pun dinyatakan amat susah bagi lelaki untuk berlaku adil di dalam poligami

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum....bukan perempuan tak nak menjadi isteri kedua....ada yang sanggup terutama bila usia makin meningkat..tapi yang menjadi masalah utama tentangan yang amat2 dasyat dari isteri pertama termasuk keluarga perempuan itu sndri. Tentangan dari keluarga sndri pun terutama ibubapa yang menjadi punca utama jugak wlaupun perempuan itu sanggup.Hendak membantah di katakan anak derhaka. Kemudian tentangan dari isteri pertama yang amat2 dasyat jugak bnyk kita dengar, sampaikan ada yang sanggup melakukan sesuatu di luar dugaan..Macamana seseorg perempuan sanggup menjadi isteri kedua. Kemudian di tambah pula sikap2 lelaki yang amat2 jarang kita dengar pada zaman ini bersikap adil. kebanyakan nya ingin berkahwin kerana nafsu semata2. Perempuan zaman sekarang sudah terlalu takut untuk menelan penderitaan2 selepas kawin sbg isteri kedua. Ketidakadilan berleluasa pada zaman kini. Hukum ALLAH amat lah smpurna cuma sikap manusia itu sndri yang mjadikan sesuatu perkara lebih mnyusahkan. Wallahuaqlam...

    ReplyDelete
  19. Tulisan-tulisan sdr afs7 dan fatihahkl bunyinya macam menentang poligami.

    Sebagai satu analogi, saya nak menceritakan satu situasi dan saya minta sdr berdua untuk memberikan pandangannya:::
    ~~~~~~~~~~
    Malaysia adalah adalah satu negara Islam dimana majoriti penduduk adalah umat Islam. Malaysia ditadbir oleh para pemimpin Islam. Namun undang-undang Islam sukar dilaksanakan di Malaysia atas alasan Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama.
    ~~~~~~~~~~

    Bagaimana pandangan sdr tentang senario yang saya berikan di atas??

    Islam menurut saya perlu ditegakkan dalam apa situasi pun. Hukum Islam adalah sesuai sepanjang zaman. Apabila hukum kahwin bagi orang bujang ditegah (orang ditegah kahwin) padahlah akibatnya. Apabila hukum poligami yang memang Allah sudah mengetahui bahawa ini adalah amat sesuai dengan fitrah manusia ditegah dan dipersulitkan, padahlah akibatnya.

    Tentang hujah afs7 di atas, saya memang tidak suka dengan hujah tersebut kerana telah memutarbellitkan Al Quran. Lihatlah ayat Al Quran berikut:

    ~~~~
    An Nisaak
    [3] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

    [129] Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    ~~~~

    Ayat 3 di atas memang Allah ada menyatakan kalau takut berlaku adil kahwinlah satu.

    Ayat 129 di atas pula Allah menjelaskan lagi konsep adil apabila berpoligami. Allah amat mengetahui bahawa lelaki apabila berpoligami memang sukar untuk berlaku adil secara seadil-adilnya. Sehinggakan Nabi Muhamad pun sukar untuk melakukan keadilan kepada setiap isteri baginda. Nabi Muhamad adalah lebih mencintai Aisyah. Ini sudah tidak adil? Nabi apabila berperang dan melakukan umrah, hanya membawa isteri tertentu dan bukan semua isteri yang dibawa dan ini sudah tidak adil? Apabila seorang suami membelikan seorang isteri kain yang digemari berwarna hijau sedangkan kain untuk isteri lainya menurut kegemaranya berwarna biru, ini pun mungkin sudah tidak adil?

    Disinilah Allah mengajarkan lelaki yang berpoligami bahawa memadailah asalkan suami tidak hanya cenderung MELAMPAU hanya kepada satu pihak sahaja dan tidak membiarkan salah seorang isterinya macam tidak ada suami iaitu tergantung-gantung di bawah pun tidak di atas pun tidak sesuai dengan ayat 129 di atas.

    Sebenarnya beristeri ramai ini mudah sahaja macam mempunyai anak ramai. Nak memberikan kasih sayang dan harta benda dengan sebenar-benar adil memang payah. Sebagai contoh, anak sulung dibesarkan dengan kepayahan kerana ketika itu hidup dengan gaji kecil namun anak bongsu dibesarkan dengan kemewahan kerana sudah naik pangkat dan bergaji besar, adakah ini tidak adil???

    Kepada sesiapa yang ingin berpoligami lakukanlah kerana sesungguhnya ia adalah satu sunnah

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Asalamualaikum ustaz emjayjb....saya tidak mengatakan saya menentang poligami..apa yang saya cuba sampaikan bertapa susah nya untuk menjadi isteri kedua dan rmai yang tidak sanggup dengan nya kerana tentangan dari isteri pertama dan dari keluarga perempuan yang ingin menjadi isteri kedua itu sndri....mengingkari kehendak ibubapa, dikatakan anak derhaka...dalam masa yang sama, macam2 celaan dan tindakan dari isteri pertama, dan sejajar dengan itu, pndangan masyarakat (dari kaum perempuam) terhadap isteri2 kedua amat lah rendah.. Untuk pengetahuan ustaz, kebanykan masyarakat (kaum perempuan), bila mengetahui yang si polan ni merupakan isteri kedua, rmai yang tak nak mhgampiri, setakat mengumpat keji tu tak payah nak cite la.. macamana nak menghadapi keadaan ini sedangkan kita hidup dalam masyarakat dan terpaksa menempuh pelbagai karenah manusia dalam mgharungi hidup ni...bukan senang seperti yang di kata untuk menjadi isteri yang kedua..itu belum masuk bab ketidakadilan suami wlau pun sudah terang lagi bersuluh terhadap dosa2 yang akan di tanggung suami akibat ketidakadilan nya, tapi sbg manusia biasa yang bergelar isteri walau pun yang kedua atau ke ketiga, walau apa pun tetap mahukan idup yang aman bahagia dan di adili sebaik2 nya semampu yang mungkin...

    Terima kasih menyediakan laman ini sekurang2 nya dapat mberikan pluang pada masyarakat mnyampaikan pndangan masing2...wallahuaqlam

    ReplyDelete
  21. Sdr fatihahkl.

    Perkara macam mana susah sekali pun sekiranya Allah memudahkan maka ia insya-Allah menjadi mudah. Kalau sdr ada calon yang ingin mengambil sdr untuk isteri kedua, jemputlah datang ke rumah bersama calon suami tu.

    Apa yang saya akan ajarkan adalah memperbaiki agama dan beberapa amalan seperti solat malam semoga insya-Allah segala yang sukar dijadikan mudah oleh Allah SWT.

    Namun kalau malas memperbaiki agama dan meningkatkan amalan, macam manalah Allah nak mudahkan urusan yang berat.

    Selalunya mereka yang nak berpoligami tidak suka memperbaiki agama dan meningkatkan amalan dan mereka lebih cenderong mengambil jalan pintas dengan berusaha melalui bomoh. INILAH YANG MENJADIKAN HIDUP BERPOLIGAMI KELAK BAGAI HIDUP DALAM NERAKA DUNIA.

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Beza juga dengan dengan setengah wanita yang macamana pun nak rampas suami orang dengan pilihan jadi isteri kedua tetapi meracuni rumahtangga yang terdahulu. Ini umpama tetamu yang tidak diundang. Kalau isteri pertama setuju 2 lainla tapi kalau masuk jugak gunakan ilmu hitam dasyat betul. Ajaran agama bukan macam2 poligami yang dinyata bukan dengan cara begini tetapi lebih kepada penghormatan untuk mengambil isteri kedua atas dasar faham memahami bukan tujuan berebut2 dan juga bukan semata-mata memuaskan nafsu pihak lelaki

    ReplyDelete
  23. TOLONGLAH jangan guna nama ALLAH dan RASULLULLAH untuk mengkafirkan orang lain. Poligami bukannya diwajibkan, ia adalah satu aturan hidup yang diturunkan Allah bagi menyelesaikan masalah bukannya MEMBUAT MASALAH. Lelaki zaman Rasulullah dibenarkan berkahwin lebih satu atas banyak sebab, dan kalau anda benar-benar seorang yang berilmu anda akan tau sebabnya. Tapi Allah tidak kata poligami itu wajib dan SEMUA LELAKI ISLAM mesti berpoligami. Anda juga mengelirukan apabila memaksudkan bahawa poligami ini AJARAN RASULULLAH. Ia bukan ajaran Rasul, ia adalah perbuatan Rasul, sunnahnya untuk menyelesaikan banyak masalah yang berlaku dengan janda peperangan ketika itu.

    Allah firman bahawa kahwinlah kamu satu, dua, tiga dan empat TAPI kalau takut berlaku adil, kahwinlah satu saja. You sebut pasal poligami macamlah ia WAJIB dan nampak sangat you all kuat seks sebab SETIAP LELAKI MEMANG TERFIKIR NAK KAHWIN LEBIH DARI SATU. Sedangkan Rasulullah hanya berkahwin satu dengan Khadijah ketika hayat Khadijah. Rasulullah tidak mewakili LELAKI ISLAM YANG KUAT SEKS MACAM KORANG, kahwin hanya kerana nak seks saja, lepas tu berkompang sana-sini bahawa ini adalah ajaran Rasulullah.

    Tambah sedih apabila sanggup kata apabila wanita menolak poligami maka wanita itu terkeluar Islam. KAU INGAT WANITA TERSENYUM SIMPUL KE KALAU SUAMI KATA NAK KAHWIN SATU LAGI? Kalau suami tu sama taraf moral dan pekerti seperti Nabi mungkin semua wanita akan pinangkan isteri muda untuk suaminya. Tapi kalau lelaki itu kahwin lagi satu SEBAB SEMUA LELAKI MEMANG TERINGIN NAK KAHWIN LAGI SATU, malanglah perempuan itu terkahwin dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

    Kalau suami saya lafaz taklik KALAU KAMU TAK BENARKAN SAYA KAHWIN LAGI SATU MAKA JATUH TALAK, maka tang-tang tu jugak saya akan fail perceraian.

    TOLONG EMJAY, JANGAN GUNA WAHYU ALLAH DAN SUNNAH NABI UNTUK MENGKAFIRKAN ORANG LAIN. ISLAM AGAMA SUCI LAGI MULIA, TIDAK AKAN MENGANIAYA WANITA DALAM APA BENTUK SEKALI PUN. TAPI CARA KAMU MENGUPAS TOPIK INI MENAMPAKKAN SATU SISI GELAP LELAKI ISLAM DAN PENINDASAN KEPADA PSIKOLOGI WANITA. BERTAUBATLAH KAMU. JANGANLAH BARU BELAJAR SATU TAPI KAMU FIKIR KAMU DAH FAHAM SEMUA. KESIAN.

    ReplyDelete
  24. ohh ... semua lelaki terfikir nak kahwin lebih satu rupanya. Kuat seks la ni maksudnya? Poor ...

    ReplyDelete
  25. Sdr farrahana

    Bunyi tulisan sdr macam marah dengan poligami?? Ingatlah bahawa membenci perkara ini boleh membawa sdr terkeluar dari Islam.

    Rupa-rupanya bukan sekadar orang kristian di Denmark yang mengutuk Nabi Muhamad kuat seks dan beristeri banyak rupa-rupanya di Malaysia pun ada suku sakat Kristian Denmark tetapi yang ini mengaku ISLAM!!!

    Suami farrahana kuat seks ke??

    Emjay

    ReplyDelete
  26. tak lahh .. saya suka dengan poligami. teringin nak buat ramai-ramai ...

    ReplyDelete
  27. tak lah. suami saya okey je. tapi saya faham kenapa Nabi Muhammad poligami. Itu dah jelas nyata dalam Al-Quran dan dalam Al-Quran pun tak adalah tulis SEMUA LELAKI TERINGIN KAWIN SATU LAGI. Yang teringin tu lelaki Melayu aje. Saya tunjuk artikel ni kepada rakan sepejabat saya LELAKI BANGSA EROPAH BERAGAMA ISLAM, dan dia menggeleng-geleng kepala. Pada dia sejak dia kahwin dengan bini dia, dia tak terfikir nak kawin lain sebab cinta dia pada isteri dia saja dan selebihnya dia pusatkan cintanya pada Allah dan Rasul. Katanya dia nak jumpa semula isterinya di syurga nanti sebab dia terlalu sayangkan isterinya. ITU BARU LELAKI SEJATI!

    Setahu saya poligami tu aturan hidup dan bukannya diwajibkan. Ianya adalah penyelesai kepada masalah bukannya PEMBUAT MASALAH. Kalau membina satu masjid tapi meruntuhkan yang lain itu ISLAM KE? Jadi tak payahlah cakap kalau tak suka poligami tu terkeluar Islam. Takkan ada perempuan yang tersenyum simpul kalau lakinya nak menikah lain. Menentang tu fitrah laa. Allah Maha Mengetahui. Allah tak kata terkeluar Islam. tapi dia suruh belajar redha dan insya Allah ada ganjarannya. Kalau Allah tak kafirkan orang KAU SIAPA NAK KAFIRKAN ORANG?

    Yang saya tak faham lelaki yang dok melangut je kat rumah, mengabiskan masa depan internet, lepas tu batang naik je pi kangkang bini .. hah yang tu saya tak faham... lepas tu bila nafsu naik nak kawin banyak, habis semua surah al-quran dikeluarkan. Tapi tang sunnah nabi tolong bini menjahit dan seumpamanya, tak pulak disebut. Takut bini minta tolong buat kerja rumah ke bang?

    Dan satu lagi, kalau ikut you ni, kerja Allah tu mengazab orang je. Sedangkan Allah tu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan kalau ikut ko punya ilmu hipotesis tu, kalau anak lesbian bapak dia homoseks la kan? Sedangkan dalam Islam itu iman tidak diwarisi. Dan Allah dah firman bahawa dosa kau - engkau lah yang tanggung. Kenapa pulak kalau bapak dia rogol orang anak dia pula kena rogol.

    Belajar lebih sikit ustaz. Jangan ikut-ikutan aje. Sesat nanti.

    ReplyDelete
  28. Dan satu lagi, apabila pertanyaan ko yang terakhir tu,

    "Suami Farrahana kuat seks ke"

    heheh .. terserlah peribadi engkau. Jadi jangan nak cakap banyak pasal sunnah Nabi kalau rasa kesabaran tak ada. Pertanyaan tu dah ada bau-bau kemarahan syaitan dah tu. Belajarlah control marah yaa sebab Nabi Muhammad bersabda: "Bukanlah gagah seorang itu kerana gagah bergusti. Tetapi gagahnya dia sebab dapat mengawal marah."

    Jadi jangan dok tang kahwinnnn aje terus keluar sunnah Nabi. Dan baca firman Allah tu betul betul. Kahwinlah kamu satu, dua tiga dan empat TAPI KALAU TAKUT TAK BERLAKU ADIL KAHWINLAH SATUUUUUUUUU SAJA. DIULANGI KAHWINNNNNNLAH SATUUUUU SAJA!!!

    Kenapa yang di belakang tu selalu korang skip dan tak jelaskan??? Sebab ilmu korang cetek dan sekerat saja. Jadi tafsir pun sekerat-sekerat. Itulah dia MELAYU ISLAM.

    Dan jangan nak tuduh tuduh aku sesat sebab pada aku TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

    Cermin diri sendiri.

    ReplyDelete
  29. Last but not least: baca firman Allah s.w.t ni:

    “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.” [Aal 'Imraan 3: 159]

    Allah suruh Rasul MAAFKANLAH MEREKA, POHONKANLAH AMPUN BAGI MEREKA DAN BERMESYUARAT. Bukannya SYIRIKKAN MEREKA, SESATKAN MEREKA, POHONKAN AZAB BUAT MEREKA.

    Jadi sekarang ko taulah duduk letak ko kat mana.

    ReplyDelete
  30. Jawapan saya kepada farrahana.

    1. Saya ada menanya "Suami Farrahana kuat seks ke". Sdr jawab "tak lah. suami saya okey je.". Kalau sdr jawab suami sdr okey je, mengapa sdr menulis "Yang saya tak faham lelaki yang dok melangut je kat rumah, mengabiskan masa depan internet, lepas tu batang naik je pi kangkang bini .. hah yang tu saya tak faham... lepas tu bila nafsu naik nak kawin banyak, habis semua surah al-quran dikeluarkan. Tapi tang sunnah nabi tolong bini menjahit dan seumpamanya, tak pulak disebut. Takut bini minta tolong buat kerja rumah ke bang?". Agaknyalah, cerita lelaki yang dok melangut je kat rumah tu siapa? Bapak awak ke atok awak ke dok melangut kemudian lepas tu batang naik je pi kangkang bini??

    Kalau sdr marah dengan suami (ke bapak atau atok sdr) nak kahwin lain, janganlah berkempen pula di Laman Emjay untuk menyertai SISTER IN ISLAM menentang poligami!!!!!

    2. Sdr menulis "Yang teringin tu lelaki Melayu aje". Betul ke hanya lelaki Melayu aje? Habis tu tipulah cerita bahawa para sahabat nabi pun berpoligami?? Habis Abu Bakar Usman Umar dll tu tidak berpoligami ke?? Adakah hukum Islam tu hanya kena guna pakai untuk Nabi seorang ke?? Ptuihhh, saya memang cukup marah dengan orang seperti sdr yang mengaku Islam tetapi perangai macam orang kafir Denmark dan macam gerombolan SISTER IN ISLAM!! Mereka semua dan sdr farrahana benci poligami dan menghina Nabi.

    3. Ayat mana yang sdr ceduk tu?? Dalam An Nisaak ayat : ........berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. Allah sudah perintah pun boleh kahwin dua tiga atau empat, mengapa mempersoalkan?? Mempersoalkan merosak akidah!!!!

    Mungkin kalau berfikir mengikut sdr farrahana berfikir, elok cadangkan kepada semua lelaki JANGAN BERKAHWIN kerana Al Quran ada menyebut dalam An Nisaak ayat 129: ".....Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh". Saya nak tanya soalan baik-baik kepada farrahana, suami sdr adil ke tidak?? (Maksud adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu ditempat yang betul). Kalau suami farrahana tak adil, suruhlah dia ceraikan segera!! Kalau Allah sudah katakan bahawa lelaki tidak akan mampu berlaku adil kepada isteri/isteri2, maka Allah SWT yang menciptakan manusia adalah lebih tahu akan tabiaat lelaki atau suami atau suami farrahana.

    Allah yang menjadikan manusia dan lelaki amat mengetahui kelemahannya dan Allah menyatakan dalam An Nisaak 129, "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

    Asalkan jangan aniayakan isteri atau isteri-isteri bagai terawang-awang ke atas tidak ke bawah pun tidak, kira dah OKlah. Nabi Muhamad pun sayang lebih kepada Aisyah, salahkah Nabi menyayangi lebih kepada Aisyah?? Isteri-isteri Nabi ada yang tidak digilir mengikut kebiasaannya kerana Nabi sedang memarahi isteri-isteri tersebut, adakah ini bersalah. Adakah Nabi pun tidak boleh marah kepada isteri dan para sahabat?? Bacalah dan belajarlah sirah Nabi Muhamad SAW.

    Saya sendiri pun kadang-kadang ada berlaku tidak adil kepada isteri saya, adakah kerana sikap tidak adil ini saya wajar menceraikan isteri saya??

    4. Menurut tulisan sdr farrahana di atas, nampak sangat beliau mengagungkan lelaki eropah dan memperlekehkan Melayu. Saya berdoa semoga selepas ini sdr farrahana be

    ReplyDelete
  31. muslim yang sebenar ialah, muslim itu tahu

    -dari mana dia datang...(dari nabi adam dan dari sperma and ovum yg telah disenyawakan)

    -kenapa dia kat dunia nie..(Allah ciptakan manusia dan jin tidak bukan hanya untuk beribadat kepada Allah)

    -kemana die akan pergi selepas ni.....(hanya akhirat arah tuju kita 99 disana..hanya 1 di dunia)

    kalau dengan berpoligami hanya untuk memuaskan hawa nafsu....simpan shj hasrat tu....
    barang siapa yang dapat mengalah dan menundukkan nafsunya, maka sesungguhnya telah mereka telah berjaya di medah jihadnya yang paling besar dan paling bernilai disisi Allah. Hawa nafsu itulah punca segala kejahatan, punca pecah belah dikalangan manusia....
    fikirkanlah yang mane satu elok untuk dibawa ke hari akhirat kelak...

    ReplyDelete
  32. Wahai tuan punya laman ini, janganlah tegar sangat dengan poligami tu. Baca dulu ilmu di bawah ni.

    1.Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
    2.Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
    3.Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
    4.Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal. Kata Baginda, "Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

    i.Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).

    ii.Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuklalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”

    iii.Kisah yang lain di apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)

    Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
    Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).
    Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
    Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

    iv.Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap H

    ReplyDelete
  33. Hoiiiii cantik sungguh dan halus sungguh tulisan penentang poligami nasrullah2678 di atas.

    Saya doakan semoga dalam masa terdekat ini nasrullah2678 akan berPOLIGAMI.

    Allah ini bukan susah sangat menukar hati orang yang benci poligami kepada berpoligami. Semoga dengan berpoligami ini nasrullah2678 akan memahami kecantikan berpoligami.

    Ya Allah ya tuhan ku, tuhan sekelian alam, berikanlah nasrullah2678 kehidupan berpoligami semoga dengan poligami itu akan mendidik hati nasrullah2678 suka kepada apa yang Allah halalkan dan benci kepada apa yang Alllah haramkan.

    Semoga cepat nasrullah2678 berpoligami!!!!

    Emjay

    ReplyDelete
  34. kalau nak cari suami pun janganlah cari suami orang..

    ReplyDelete
  35. jatuh kafir ke pada diri saya sekiranya saya sering minta & berdoa pada Allah supaya saya menjadi satu2nya isteri yang sah kepada suami saya & satu-satunya perempuan yang amatdikasihi & dicintainya selepas ibunya? Salah ke kalau kita xbenci poligami tetapi minta pada Allah supaya suami kita tidak mengamalkan poligami?

    ReplyDelete
  36. Tulisan sdr bunyinya seperti wanita yang tidak redha dengan hukum poligami. Redha bermakna apa sahaja berlaku kepada suami adalah diterima tanpa banyak soal.

    Tidak redha dengan mana-mana hukum Islam adalah merosak akidah.

    Emjay

    ReplyDelete
  37. inilah salahnya!si suami pandai je nak menikah lagi. Yang janda tak nak..tapi nak yang anak dara. lepas tu asyik nak mengharap redha para isteri je...ooo banyak cantik!! bila isteri buat salah, pandai pulak si suami ingatkan hukum Allah. tapi bila suami buat hal, tak adil, pandai pulak mendiamkan diri, harapkan redha isteri! macam mana kaum hawa nak redha dgn poligami kalau asyik kaum hawa saja je yang nak tolak ansur....kaum hawa pun ada perasaan...bukan tempat untuk bercucuk tanam dan kilang memproses anak saje!!!

    ReplyDelete
  38. Aiiikkk emjay dah takde modal ke sampai nak doakan nasrullah berpoligami???dari hasil tulisan nasrullah saya rasa dia tak menentang poligami tapi dia seorang yang berhati2 dalam menunaikan perintah Allah..bukan mcm setengah orang tu..bila kata halal je terus nak buat tanpa terlebih dahulu mengukur baju di badan sendiri...tak kira mampu ke tak, nak buat jugak...Allah tak paksa malah Allah dah peringatkan para suami....kalau tak boleh berlaku adil, satu cukup laaa...

    ReplyDelete
  39. Salam Ramadhan..
    Hanya perempuan yang tak beriman yang membenci poligami.Kerana poligami adalah untuk membela kaum hawa. Membenci poligami adalah membenci Syariat Islam.Tak payah ler mengaku Islam kalau syariat Islam tak nak terima.

    ReplyDelete
  40. Salam Ramadhan..
    Para penentang poligami adalah seangkatan dengan Abu Lahab dan Geoge Bush iaitu anak didik Azazil.

    ReplyDelete
  41. Emjay Rupenye begini sebilangan perangai perempuan melayu. Sy mngkin kecewe kalau jd suamie mereke ini selagi mereke x berubah. Inilah mgkin pncenye kalau perempuan dah berkerjaye. Mereke nk same lavel dgn suami, mereke x bole ditegur suami, mereke nk bebas, mereke bole kua sesuke ati. Sbb mereke rase mereke da share duit bantu suami. Nmpknyer sie2 sahaje isteri yg berperangai begini. x berkat la hidup. Sbb ini telah terbukti,di opis sy cnthnyer kbnyakkn pompuan x abis2 kutuk laki mereke termasuklah jande. pastu kenela plak kawan mereke ni cucuk, lg jd la mereke mengumpat laki mereke. Ini blum laki mereke ckp nk berpoligami lagi. Sy rase kalau bole Mr emjay trgkn cikit tntg wanita bekerjaye ni. Tp x semue pompuan camtue.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Emjay,
    Saya memang sokong poligami ni 400%. Dengan adanya poligami ni, org lelaki akan lebih gigih berusaha menambah rezeki untuk menyuap mulut anak-anak dari 4 orang isteri. Alangkah indahnya pemandangan di Malaysia, sekiranya bila lelaki Melayu membanting tulang, selain daripada membuat kerja full-time, balik pulak buat kerja part-time, rajin macam lelaki Cina mencari rezeki. Saya rasa di kalangan bangsa Cina mereka mengiktiraf poligami, kerana mereka selain banyak nafsu, juga banyak duit. Sekiranya, ada orang Melayu yang gigih seperti orang Cina ni, jadi bini no4 pun saya sanggup.

    ReplyDelete