Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 22 September 2008

Suami Hilang Seks...Kenapa

Suami Hilang Seks...Kenapa

Assalamualaikum wbh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Saya ada melanggani email group ReSpONs@yahoogroups .com. Berbagai-bagai topik ada diutarakan ke dalam email group ini. Kalau ada masa saya tengok tetapi dalam kesuntukan masa ini banyak yang saya tidak sempat membukanya. Hanya topik-topik yang benar-benar menarik sahaja akan saya buka.

Antara topik menarik yang saya lihat baru-baru ini ialah persoalan "
Suami Hilang Seks...Kenapa". Berikut adalah antara respons yang dikirimkan oleh ahli email group ini::

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Subject: Re: [ReSpONs] Suami Hilang Seks...Kenapa
Suami hilang sex terhadap pasangan masing2 kerana:-
!) Stress kerana memikirkan perkara2 yang penting
2) Problem yang tak dapat di atasi dalam pekerjaan
3) Bila suami dalam pertengahan umur maksudnya dalam 35~40 tahu .. sexs agak mundur
4) Keletihan dalam seharian
5) Lebih mementinglkan kekeluargaan dan sex
Agaknya lah tapi rasanya boleh masuk akal ;

 
On 9/18/08, wan nora suriati wan yahya <wannora_wanyahya@ yahoo.com> wrote:
Salam semua member2 cyber....isu paling besar yang di hidapi oleh kaum lelaki adalah kelemahan dan hilang nafsu kepada pasangan masing2..kenapa ianya berlaku..rata2 ramai lelaki pergi mencari tukang urut dan tongkat ali cafe....isteri mainkan peranan penting untuk......sila kita mulakan isu ini..ianya penting untuk kebahagian keluarga...kebahagi an bermula dari rumah kita mari kita kongsi info bersama..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berkenaan isu ini berikut adalah antara kupasan saya berkenaan persoalan mengapa suami hilang nafsu seks.

1. Suami yang menghadapi masalah gout, nafsunya memang merudum.
2. Suami yang kena diabetes, nafsunya merudum lagi teruk.
3. Suami yang kerap sakit pinggang, nafsunya memang merudum
4. Suami yang mudah kebas kaki apabila duduk bersila, nafsunya memang merudum.
5. Suami yang ada masalah batu karang pada buah pinggangnya, nafsunya memang merudum.
6. Suami yang ada athritis atau sakit sendi, nafsunya memang merudum.
7. Suami yang demam atau sebaarng penyakit, nafsunya memang merudum.
8. Suami yang ada komplikasi pada buah pinggang, nafsunya memang merudum

Bila nafsu sudah merudum ramai para suami yang mengambil pelbagai produk seperti tongkat Ali Cafe dan sebagainya untuk mengatasi masalah ini. Mungkin pengambilan produk seperti Tongkat Ali Cafe dapat membantu masalah nafsu suami namun sebenarnya dalam jangka waktu panjang, pengambilan produk seperti ini sebenarnya menambahkan kerosakan pada buah pinggang dan kerosakan ini akan menyebabkan suami semakin bermasalah dengan nafsu mereka.

Ingatlah bahawa tahap kesihatan buah pinggang adalah amat penting dalam menjaga nafsu seks suami. Kalau tahap kesihatan buah pinggang merosot maka prestasi nafsu suami juga merosot. Masalah gout, athritis, batu karang buah pinggang, sakit pinggang, kerap kebas kaki adalah adalah masalah yang berkaitan buah pinggang. Bila buah pinggang merosot, nafsu seks suami juga merosot. Kena diabetes pun seks amat merosot.

Melihat kepada situasi umat Islam Malaysia masa kini, ramai suami menghadapi masalah berkaitan buah pinggang dan ini bakal mengurangkan prestasi nafsu seks mereka. Bagi mengubati masalah berkaitan buah pinggang ini, amalan berurut sebenarnya bakal menambah masalah pada buah pinggang dan amalan ini boleh menderakan dengan serius buah pinggang. Saya dahulu waktu muda juga gemar berurut namun setelah dinasihati arwah guru, saya sudah lama meninggalkan amalan berurut ini.

Kerosakan buah pinggang ini amat mudah berlaku. Makan telur itik dua biji sehari sudah cukup mencederakan buah pinggang. Makan buah tembikai beberapa potong juga boleh menderakan buah pinggang. Makan kacang tanah atau kacang bergaram dalam kuantiti yang banyak juga mencederakan buah pinggang. Makan mee kuning (mengandungi asid borik) juga mencederakan buah pinggang.

Bagi nasihat berkenaan penjagaan buah pinggang ini, silalah baca artikel saya bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75.

Namun sebenarnya Allah SWT ada menjelaskan bahawa setiap yang baik ada buruknya dan begitulah sebaliknya yang buruk ada baiknya. Suami kalau buah pinggangnya terus menerus baik sahaja, maka insya-Allah nafsu seks sentiasa tinggi dan ini mungkin membebankan sang isteri. Baru-baru ini saya ada berbincang dengan seorang hamba Allah lelaki / suami dan saya ada mengatakan bahawa prestasi seks hamba Allah ini adalah lemah dan hamba Allah ini mengakuinya. Dalam usia hamba Allah ini sudah tua, prestasi seks yang lemah ini mungkin sejajar dengan usia isterinya yang juga sudah tua. Ini sebenarnya banyak dapat menyelesaikan masalah mereka suami isteri. Bayangkanlah seandainya isteri sudah tua namun suami tetap sihat buah pinggangnya serta tiada diabetes, bukankah ini menambah masalah. Namun sekiranya isteri redha mencarikan suami ini isteri baru, mungkin masalah ini dapat diselesaikan.

Saya pada hari raya yang lalu telah mengunjungi satu pasangan suami isteri yang berusia lebih daripada 70 tahun. Melihat pada kesihatan sang suami, memangnya suami ini  insya-Allah prestasi seks amat baik sekali. Apa yang menyedihkan ialah saya mendengar bunyi-bunyi sindiran dari suami kepada isterinya yang membawa maksud beliau ingin isteri baru. Itulah bahananya apabila kesihatan buah pinggang terus sihat walau pun usia hampir 80 tahun. Saya amat yakin kalau suami tua ini dapat beristeri lagi dengan isteri yang muda, insya-Allah beliau akan mendapat zuriat.

Semoga penjelasan sedikit ini dapat membantu para suami dan isteri berhubung nafsu seks lelaki bergelar suami. Saya kena masuk kelas sekarang.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

24 comments:

  1. Saya nak tambah, selain daripada sebab-sebab yang disebutkan di atas,yang lebih menjurus kepada masaalah fizikal,perbuatan sihir dan makhluk halus juga boleh menjadi punca. Sekiranya pemeriksaan kesihatan menunjukkan anda tidak ada apa2 masaalah dari segi fizikal, manakala isteri anda pula masih muda, menawan dan menarik yang dari segi normalnya anda sepatutnya bernafsu terhadapnya, maka cubalah minta bantuan pengamal perubatan Islam untuk merawat perbuatan sihir/mahklus halus itu.Dengan izin Allah,akan pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya kita mengadu pada Allah swt...dan bersyukur pada tuhan kerana di turunkan sakit pada kita.....sebagai kafarah apa yang kita buat selama ini...kalu kita kena perbuatan orang kita jumpa ust2 minta nasihat padanya...dan bukan dia tempat memohon sesuatu...dan dia tak layak menyebuhkan segala penyakit....hanya Allah sahaja yang berhak menyembuhkannya....walaupun setara mana Alimnya dia...dan setara mana hebatnya dia....supaya kamu tidak berlaku syirik dengan Allah...dan selalu bersangka baik dengan Allah...semoga Allah merahmati kamu...sekian ...

    ReplyDelete
  3. keadah Umum mengenal pasti Kesihatan lelaki Terdapat 3 cara iaitu 1- kandungan udara semasa buang air kecil 2- sentiasa bersedawa atau mengeluarkan angin 3- alat kelamin lelaki berdiri semasa tidur sekitar 3 pagi.

    Walaubagaimanapun terdapat cara ilmu Urat saraf dapat mengenalpasti Bagi mereka mempunyai masaalah kesihatan lelaki, ia boleh dikenalpasti melalui kedudukan urat Saraf di bawah abdomen perut dimana urat saraf di kawasan ini yang lemah serta lembik
    .-sila lihat my blog di http://aliveqi.multiply.com/

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh

    Saya memang amat bersetuju dengan reply dari aliveQi di atas.

    Tentang kandungan udara semasa kencing, ia memang menjadi ujian diagnosis saya. Di dalam borang kaji selidik kesihatan yang digunakan oleh saya memang ada soalan sama ada kencing berbuih atau tidak. Kencing berbuih adalah kerana kandungan udara dalam kencing tinggi dan ini adalah simptom kesihatan buah pinggang yang merosot dan ini akan menyebabkan prestasi seks lelaki merudum. Kencing berbuih atau kandungan udara pada kencing ini juga antara simptom orang kena kencing manis.

    Orang yang kerap bersendawa juga adalah tanda kemerosotan tahap kesihatan dan memang mengganggu atau menurunkan prestasi seks lelaki. Orang seperti ini bila dipicit tubuh atau belakang badan akan mengeluarkan banyak angin. Ia juga simptom kemerosotan buah pinggang.

    Sememangnya lelaki sihat akan mengakibatkan alat kelamin menegang sewaktu sebelum subuh dan ini adalah pertanda kesihatan lelaki.

    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Tambahan mengenai permasalahan buah pinggang.

    Badan mempunyai aliran tenaga yang berpusaran, Tenaga pusaran menjadi tak stabil jika aliran kesejukan bertambah sejuk dan aliran kepanasan bertambah panas. Ini dapat dirasakan kepada tiga bahagian di bawah tapak tangan. (diagnosis)

    simptom (I)
    Biasa bagi mereka mengalami sakit lutut. Kesejukan dapat dirasakan pada buah pinggang. Kedua-dua tapak kaki amat sejuk sekali sebagai petunjuk yang mudah.

    simptom (II)
    Biasa bagi mereka mengalami sakit dada disebabkan jantung lemah dan sering terbatuk-batuk. Mereka ini juga mengalami sakit lulut. Simptom (II) agak unik di mana kesejukan dan kepanasan berada pada satu masa. Oleh kerana jantung lemah atau 'overload' disebabkan darah tinggi. Kepanasan menyebabkan pembekalan darah yang tak sempurna untuk pemakanan sel-sel otot. Pembekalan darah ini menyebabkan sel badan serta organ menjadi sejuk. Kepanasan berada di kawasan Kesejukan dapat dirasakan pada buah pinggang.

    Jika mereka mengalami simptom I dan Simptom II, Perjalanan aliran tenaga dan saraf sudah mengalami trafik-jam. Mengikut sarjana Cina terdapat 'hurricane-ribut taufan dalam badan'.

    -sila lihat my blog di http://aliveqi.multiply.com/

    ReplyDelete
  6. Mengenal Hawa Panas dalam diri pesakit kencing manis

    1) hawa panas berada di paru-paru disebabkan masalah jantung menyebabkan darah tinggi
    Dignosis lidah merah serta kering terdapat kepanasan pada paru-paru menunjukkan pesakit kehausan -polidipsia.

    2) hawa panas berada di perut disebabkan masalah fungsi pankeras yang berkiatan dengan hati serta perut
    Dignosis lidah merah dan terdapat tompok kuningan bermakna perut sentiasa lapar menyebabkan letih dan lesu - letargi

    3) hawa panas berada dipinggang disebabkan permasaalah glukos tak dapat diterima oleh Buah pinggang.
    Diagonis lidah merah dan sedikit tompok bermakna masalah kencing - poliuria

    -sila lihat my blog di http://aliveqi.multiply.com/

    ReplyDelete
  7. suami saya sering mengadu sakit belakang. Sakitnya akan bertambah apabila 'bersama' iaitu apabila air maninya keluar. Adakah simptom ini juga termasuk masalah buah pinggang?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh

    Orang seperti suami sdr ini memang semakin merosot prestasi bilik tidurnya kerana kesihatan buah pinggangnya sudah merosot. Selepas bersama atau keesokan harinya memang kerap mengadu sakit pinggang.

    Rawatlah buah pinggangnya menurut apa yang saya sarankan

    Sekian wassalam


    Emjay

    ReplyDelete
  9. Sakit Belakang adalah sakit berkenaan dengan tulang belakang. Sakit ini biasa disebabkan urat tegang tak dapat dikendurkan atas sebab kerja tekanan tinggi atau berat atau aktiviti tegang iaitu memandu terlalu lama, berdiri terlalu lama, berat badan bertambah, tempat tidur yang tak selesa. Kemungkinan Urat ini rosak disebabkan kecederaan di atas kemalangan. Manakala Sakit buah pinggang adalah simptom terjadi apabila buah pinggang tak berfungsi seperti kencing manis.

    Kebanyakan mereka yang sakit belakang agak sukar untuk tidur disebabkan urat sarafnya tak kendur atau sentiasa tegang. Kesakitan tak terasa semasa 'bersama'. Ini disebabkan tumpuan fikiran teralih kepada keseronokan ketika bersama. Setelah 'bersama', kesakitan akan terasa sangat disebabkan urat pada belakang telah bertambah tegang akibat aktiviti 'bersama'.

    Tahap ketika 'bersama' menentukan kesihatan buah pinggang. JIka tahap aktiviti bersama adalah normal bermakna buah pinggangnya adalah normal. Ini bermakna penyakit itu memang sakit belakang dan tiada kiatan dengan sakit buah pinggang. Cuma gaya pergerakan harian perlu tukar disamping amalkan senaman traditional dan pemakanan herba untuk menguatkan saraf dan otot belakang.

    Akan tetapi tahap aktiviti 'bersama' menurun seiring dengan sakit belakang menjadi bertambah. Ini adalah tanda-tanda sakit buah pinggang. Ia perlu dirawat oleh perubatan moden khas untuk buah pinggang seperti penyakit kencing manis (diabetis.) Ini diluar keupayaan urutan saraf disebabkan kerosakan organ buah pinggang bukannya saraf.

    Perhatian: urutan saraf tidak dibenarkan diurut pada tulang belakang. Ia boleh merosakan urat saraf belakang.Urutan pada permukaan belakang tapak tangan dapat melegakan urat saraf tulang belakang yang sakit. Terdapat pemakanan herba khusus untuk kuat saraf belakang.

    ReplyDelete
  10. Ada jugak orang lelaki dh tue sakit kawin dapat anak jugak. dh memang ada jantung dan penyakit serius

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh

    Itulah bezanya lelaki dengan perempuan.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. RAHSIA TAMBAHAN KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..
    em, anak saya mengalami penyakit kebocoran buah pinggang..(kencing berbuih) saya amat berharap em dapat memberi maklumat / panduan / petua tentang ubat / rawatan untuk menyembuhkan & memulihkan kesihatan buah pinggang anak saya seperti normal..
    apakah pemakanan yg sihat & selamat untuk anak saya?
    apakah jenis2 makanan yg tidak boleh dimakan oleh anak saya?
    Saya amat berharap em dapat memberi bantuan..

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Ini sudah kes serius.

    Sila datang ke rumah dan dapatkan alamat serta nombor telefon saya dengan email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Emjay

    ReplyDelete
  15. salam ust.dalam beberapa tulisan ust.ada sebut minum air misai kucing.adakah yang kita jemur dari pokoknya ataupun yang sedia ada di pasaran.apa jenama yang boleh dipercayai ketulinannya.terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Sdr golokbom. Kedua-dua adalah sama dan boleh digunakan. Setakat ini saya belum jumpa teh misai kucing yang tiruan. Kalau nak mudah dan ringkas, beli yang dalam uncang kan mudah.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. saya mengalami masalah seks...zakar saya tidak tegang semasa bersetubuh tetapi pada masa lain memang tagang. saya megalami kebas tangan kaki bila lama berdiri..sakit sendi urat dibelakang leher..sentiasa pening kepala dan pitam..dan juga kerap sakit di hujung hati seperti asma...apa masalh saya dan bagaimana hendak mengatasi nya?

    ReplyDelete
  18. Tahap kesihatan sdr sudah berat. Apabila berada pada tahap sdr sekarang ini, memang seks dengan isteri akan merosot.

    Kalau duduk hampir dengan JB, datanglah ke rumah saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  19. cuba amalkan ayat israk 70 & 81 setiap kali lepas solat fardu

    ReplyDelete
  20. ape fadilat amalkn ayat tu dr135? ada dlm hadis ke fadilat dia? ko jgn nk memandai2 pulak. blh ke aku ckp amalkn ayat kursy faedah dia blh dpt anak laki/ jadi kaya/ jadi kebal/ buat org xnampak kita/ dpt menghidupkn enjin kereta / lain2?? jgn nk memandai2...

    ReplyDelete
  21. Betul tu nurunnha. dr135 macam nak jadi pengamal kitab Mujarrobat. Sikit-sikit amalkan ayat sekian dari Al Quran. Sampai nak mengelakkan binatang buas dari memasuki kebun pun gunakan ayat Al Quran siap tulis atas kertas dan masukkan dalam botol dan ditanam di empat sempadan. Perbuatan seperti ini boleh membawa kepada rosak akidah.

    EMjay

    ReplyDelete