Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 26 September 2008

Tayar leper tayar bulat – beristerikan artis cantik atau wanita solehah



Assalamualaikum wbth

Kali ini saya ingin menulis berkenaan tayar kereta dan hubungannya dengan pelbagai isu dan rahmat Allah .

Berkenaan dengan tayar kereta ini, para pembaca bolehlah membaca maklumat berkenaannya dari dua link yang saya sediakan di bawah ini.

Maklumat berkenaan tayar bolehlah di simpulkan melalui gambar di bawah ini.

Tayar Bulat

Tayar LEPER

Tayar di atas mempunyai saiz lebar dari tepi ke tepi = 195 mm. Apa yang ingin saya sentuh berkenaan tayar ini adalah isu berkenaan aspect ratio. Aspect ratio adalah perkiraan berkenaan ketinggian tayar yang dijelaskan dalam bentuk peratusan berbanding saiz lebar tayar. Tayar berkenaan di atas mempunyai aspect ratio sebanyak 55 

Melalui penjelasan ini, tayar dengan aspect ratio yang tinggi adalah tayar yang nisbah lebar dengan tingginya hampir sama dan saya namakan tayar jenis ini sebagai tayar bulat manakala tayar dengan aspect ratio yang rendah adalah tayar yang saya namakan tayar leper di mana ketinggian tayar ini adalah rendah berbanding kelebarannya. 

Kebanyakan tayar lori dan bas adalah dari jenis aspect ratio 100 (tayar bulat) iaitu ketinggian tayar sama dengan kelebaran manakala tayar kereta menggunakan aspek ratio yang lebih rendah di sekitar 70 namun terdapat pengguna yang menukar tayar mereka kepada aspect ratio yang lebih rendah kepada 50 atau lebih rendah lagi. Lagi kecil nombor aspect ratio maka lebih leperlah tayar tersebut.
Tayar lori aspect ratio = 100. Ini dinamakan tayar bulat

Tayar leper, sedap dimata tetapi merugikan

Kereta Mercedes, BMW, Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Cefiro dan kereta selesa gred premium lainnya didatangkan dengan tayar jenis bulat. Kereta-kereta ini didatangkan dengan tayar bulat adalah kerana tayar bulat ini memanglah memberikan keselesaan kepada penumpangnya. Tayar bulat ini mempunyai dinding tayar yang lembut yang membenarkan tayar ini menyerap hentakan dari permukaan jalan yang tidak rata. Berikut adalah antara kebaikan menggunakan tayar bulat atau tayar dengan aspect ratio yang tinggi:-

  1. Tayar yang selesa digunakan kerana boleh menyerap hentakan sehingga beberapa inci.
  2. Tayar jenis ini berharga jauh lebih murah berbanding harga tayar leper.
  3. Bunyi tayar yang lebih senyap bila kereta bergerak.
  4. Rim tayar sukar bengkok atau kemek.
Kelemahan tayar bulat dengan aspect ratio tinggi ini ialah apabila kenderaan dipandu sangat laju pada selekoh yang tajam, tayar ini akan seolah-olah bergoyang kerana binaan dindingnya yang lembut dan tinggi. Namun sebagai pemandu biasa, berapa lajulah yang kita pandu. Bukan nak masuk perlumbaan.

Tayar bulat, penggunaannya lebih banyak menguntungkan

Bagi mereka yang membeli kereta gred premium seperti yang saya sebutkan di atas, antara ciri yang mereka cari adalah keselesaan. Saya sendiri apabila semakin tua dan ada rezeki yang diberikan Allah, ingin juga mempunyai kereta yang selesa dinaiki. Bab kenderaan bergoyang di selekoh tajam tidak timbul sama sekali kerana kebanyakan pembeli kenderaan premium jenis ini bukanlah kaki pecut  atau kaki racing.

Berbanding tayar bulat, tayar leper hanya mempunyai satu kelebihan sahaja iaitu ia lebih stabil bila dipandu sangat laju pada selekoh tajam, itu sahaja. Kelemahan atau keburukan tayar leper ini pula banyak antaranya:- 

  1. Tayar ini amat tidak selesa digunakan. Semakin leper, semakin tidak selesa kerana dinding tayar yang amat keras yang tidak mampu menyerap hentakan terutama pada permukaan yang tidak rata. Kereta Mercedes yang amat terkenal dengan keselesaan apabila ditukar dengan tayar yang amat leper, ia akan menjadi seperti menaiki lori kerana fungsi tayar untuk menyerap hentakan telah sama sekali hilang.
  2. Tayar jenis ini sangat mahal dan semakin leper semakin mahal. Harganya boleh mencecah 2 atau 3 kali ganda berbanding harga tayar bulat.
  3. Bunyi yang lebih bising
  4. Rim tayar kerap bengkok atau kemek yang amat menjejaskan prestasi kenderaan yang boleh menyebabkan kenderaan bergegar atau stereng menarik ke kiri atau ke kanan. Rim yang kemik atau bengkok ini mengakibatkan kos yang mahal juga untuk membaiki atau menukarnya selain hilang masa.
  5. Pemandu kenderaan dengan tayar leper ini terpaksa memandu lebih perlahan dan teliti bagi mengelakkan tayar mereka memasuki jalan berlubang yang menyebabkan rim kemik
Daripada penjelasan perbandingan penggunaan tayar bulat dan tayar leper ini jelaslah bahawa tayar dengan aspect ratio yang tinggi adalah pilihan yang wajar bagi kesemua kenderaan sama ada lori, bas atau kereta. Apa yang ingin saya bincangkan di sini adalah MENGAPA RAMAI ORANG YANG BERIYA-IYA BERHABIS DUIT UNTUK MENUKAR TAYAR MEREKA KEPADA TAYAR LEPER?

Ada seorang rakan di UTM telah menghabiskan lebih dari RM5000 untuk menukar rim dan tayar kereta Mercedesnya kepada tayar leper habis. Sudahlah banyak duit dihabiskan namun hasilnya ialah hilang keselesaan menaiki kereta tersebut. Selain dari hilang keselesaan, rakan saya ini perlu menyediakan wang yang banyak setiap kali menukar tayarnya. Jadi apakah sebenarnya keuntungan menukar tayar dari tayar bulat kepada tayar leper? Mungkin berikut adalah keuntungannya apabila seseorang menukar tayar keretanya daripada tayar bulat kepada tayar leper:-

  1. Seronok mata kerana kononnya pada mata mereka ini, tayar leper adalah jauh lebih menarik berbanding tayar bulat.
  2. Dapat Menarik Perhatian Orang (MPO) dengan penggunaan tayar leper ini serta rim yang lebih lebar.
Saya pernah mempunyai kereta Ford laser, Proton Saga, Nissan Vannette, Nissan AD Resort, Nissan Serena dan Mitsubishi Storm. Kesemuanya menggunakan tayar dari jenis tayar yang bulat atau hampir bulat. Saya tidak pernah mengalami walau pun sekali rim bengkok. Apabila saya menukar menggunakan kereta Proton Perdana pada hampir 6 tahun lalu, saya mula membenci tayar jenis leper ini walaupun sebenarnya Perdana ini tayarnya tidaklah begitu leper. Beberapa bulan selepas saya memandu Perdana ini, 3 daripada 4 rim kereta saya telah bengkok dan terpaksa tukar rim. Sudah banyak wang perlu dikeluarkan. Tukar rim baru tetapi masalah rim bengkok ini terus berulang. Membuang duit dan masa sahaja membaiki rim bengkok ini. Menukar tayar dari jenama Good Year pun mahal menjangkau kira-kira RM330 sebiji. Akhirnya saya menukar  semua rim Perdana saya kepada  rim yang lebih kecil untuk menempatkan tayar yang lebih bulat. Tayar bulat ini berharga RM185 dan jauh lebih murah berbanding RM330 untuk tayar sedikit leper sebelumnya. Alhamdulillah sehingga kini rim perdana saya tidak lagi mengalami masalah rim bengkok. Menaiki Perdana kali ini juga jauh lebih selesa berbanding sebelumnya selain dari lebih senyap.

Persoalan yang ingin saya ketengahkan ialah mengapa ramai orang mengingini tayar leper? Untuk menjawap persoalan ini, saya juga ingin terlebih dahulu mengemukakan satu soalan lain. Andaikan Siti Nurhaliza masih belum kahwin, soalan saya ialah “berapa ramai kah teruna yang ingin berkahwin dengan Siti Nurhaliza?”. Mungkin kalau soalan ini disoal kepada semua orang lelaki di Malaysia mungkin kita akan memperoleh jawapan yang mengejutkan iaitu memang ramai yang ingin berkahwin dengan Siti Nurhaliza ini. Saya kalau disoal soalan ini, memang saya tidak ingin berkahwin dengan Siti Nurhaliza kerana banyak rugi dari untungnya. Berikut adalah antara kerugian atau masalah seandainya berkahwin dengan Siti Nurhaliza:-

  1. Kos membiayai kehidupan atau duit nafkah untuk Siti adalah terlalu mahal termasuk menampung berbagai kos make upnya. Dengan gaji seorang pensyarah, memang menghabiskan duit sahaja berkahwin dengan Siti.
  2. Bolehkah saya mendidik Siti untuk menjadi seorang Muslimah sejati termasuk seperti menjaga solat dan auratnya? Bukankah lebih baik bagi saya berkahwin dengan seorang wanita yang sudah sedia menutup aurat dan menjaga baik solatnya?
  3. Siti menjual suaranya / sebahagian auratnya. Adakah ini dibenarkan dalam Islam. Bagaimana dengan pendapatan yang diperolehi dari jalan yang tidak dibenarkan dalam Islam? Bukankah hidup bersama dengan seorang yang banyak dosanya bakal mengundang lebih banyak masalah?
  4. Bolehkah saya menyuruh Siti untuk memasak dan mengurus rumah tangga serta menjaga saya dengan sebaiknya berbanding sekiranya saya berkahwin dengan orang biasa yang berasal dari orang susah?
  5. Hidup bersama orang yang banyak disanjung di puji seperti Siti sebenarnya lebih merugikan berbanding hidup dengan wanita kebanyakan.
Walau pun lebih banyak rugi daripada baik untuk beristerikan Siti, namun hakikatnya lebih ramai lelaki yang mimpi beristerikan Siti. Begitulah juga sebenarnya walau pun lebih banyak rugi daripada untung menggunakan tayar leper, namun hakikatnya ramai orang berusaha dan bermimpikan menggunakan tayar leper.

Bagi menjawap persoalan tayar leper ini mari kita lihat senario bujang atau anak dara. Pastinya setiap bujang atau anak dara bermimpi untuk mendapatkan pasangan suami atau isteri yang baik, soleh/solehah, yang rajin berusaha dan segala ciri positif lainnya. Disebalik hajat yang menggunung ini, hakikatnya setiap bujang atau anak dara ini akan berkahwin dengan ciri yang menepati ciri ayat Al Quran surah An Nur ayat 3 dan 26.

An Nur 3:-  Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.


An Nur 26:- Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. 

Hakikatnya ialah saya berkahwin dengan isteri saya sekarang, memang padanlah kami berdua ini. Siti berkahwin dengan Dato’  K, Era Fazira berkahwin dengan Yusri (dahulu), Awie berkahwin dengan sipolan (dahulu). Begitulah manusia merancang namun Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Lelaki penzina bermimpikan untuk mendapati seorang isteri yang masih dara namun dengan perancangan Allah lelaki ini akan berkahwin dengan perempuan penzina juga. Perempuan malas solat bermimpikan dapat suami yang soleh namun hakikatnya perempuan ini berkahwin dengan seorang lelaki yang sama sepertinya iaitu juga malas sembahyang. Lelaki yang kuat berbomoh bermimpikan isteri yang solehah namun hakikatnya mereka berkahwin dengan perempuan yang juga kuat berbomoh. Begitulah lebih kurang perancangan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.

Manusia sanggup berbelanja mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan kereta yang selesa seperti Honda Accord atau Toyota Camry namun disebabkan gatal tangan menukarkan tayar kepada tayar leper, mereka berkesudahan dengan kereta yang mirip proton saga. Apa yang mereka perolehi dari usaha ini adalah semata-mata puas mata memandang kerana memiliki tayar dan rim yang mahal walau pun hasilnya tiada serta menambah masalah. Samalah dengan apa untungnya beristerikan artis cantik? Apa yang diperolehi hanya puas mata memandang kerana memiliki isteri dari golongan artis cantik namun hasilnya mungkin tiada malahan mendatangkan lebih banyak masalah. 

Dalam dunia ini memang terlalu banyak perkara yang sangat kita minati seperti tayar leper atau beristerikan artis cantik. Allah sudah mengetahui perkara ini dan sudah pun menyatakannya di dalam Al Quran “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)

Saya dahulu sewaktu motorsikal Jaguh baru diperkenalkan, saya amat menyukainya sehingga membelinya tetapi rupa-rupanya motorsikal ini mengundang padah kerana menyebabkan buah pinggang saya cedera kerana kedudukan kaki sewaktu menungganginya menyebabkan buah pinggang saya bernanah.

Berkenaan tayar leper ini sebenarnya sekiranya kita memang mempunyai sikap MPO iaitu suka mencari perhatian orang, pemilihan menggunakan tayar leper adalah sesuai. Selalunya perempuan yang merasakan dirinya cantik memang gemarkan sikap MPO ini. Sikap MPO adalah pada pandangan saya satu penyakit yang amat perlu segera dirawat. Wanita yang bermake-up sebenarnya juga mempunyai sikap MPO. Wanita yang memakai perhiasan secara bersungguh-sungguh juga mempunyai sikap MPO. Wanita membuka aurat dan memakai pakaian ketat juga sebenarnya mempunyai sikap MPO. Wanita menggunakan bau-bauan juga sebenarnya mempunyai sikap MPO

MPO adalah satu perbuatan riak iaitu suka menunjuk dan berusaha mencari pujian orang. Jauhilah riak kerana sesungguhnya riak adalah syirik.Dari Mahmud bin Labid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan akan menimpa kalian adalah syirik ashgor.” Para sahabat bertanya, “Apa itu syirik ashgor, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “(Syirik ashgor adalah) riak. Allah Ta’ala berkata pada mereka yang berbuat riak pada hari kiamat ketika manusia mendapat balasan atas amalan mereka: ‘Pergilah kalian pada orang yang kalian tujukan perbuatan riak di dunia. Lalu lihatlah apakah kalian mendapatkan balasan dari mereka?’ (HR. Ahmad 5: 429. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih).


Melakukan pekerjaan untuk dilihat manusia sebenarnya juga adalah selari dengan sikap MPO dimana orang yang melakukan pekerjaan ini tidak mempunyai sikap ikhlas. Buanglah sikap MPO dan tiada gunanya menggunakan tayar leper atau beristerikan artis wanita yang cantik.

Selain dari sikap MPO yang mendorong orang menggunakan tayar leper, penggunaan tayar leper juga sebenarnya menggambarkan pengguna tayar leper ini jauh dari rahmat Allah kerana dengan menggunakan tayar leper ini, keselesaan menaiki kenderaan telah hilang selain dari kos mengganti tayar yang mahal dan juga kos menukar atau membaiki rim yang kerap bengkok. Samalah juga mengahwini artis wanita cantik lebih membawa musibah berbanding rahmat.

Persoalan lanjut yang ingin saya ketengahkan ialah mengapa Tuhan menjauhkan rahmat  kepada kita sehingga membelanjakan wang yang banyak untuk menukar kepada tayar leper? Kembali kepada memilih jodoh, sekiranya seorang lelaki amat menjaga amalan menurut tuntutan Islam, insya-Allah Allah memberikan rahmat kepada lelaki ini dengan mengurniakan seorang isteri yang solehah dan pastinya bukan artis wanita cantik. Begitu jugalah berkenaan pemilihan tayar leper, sekiranya kita menjaga kehidupan kita selari dengan tuntutan Islam, insya-Allah Allah memberikan rahmatNya dan dengan itu kita tidak akan menukar tayar kita kepada tayar leper.

Apabila kita secara berterusan menjaga perintah Allah SWT, bukan sekadar tayar leper yang tidak akan digunakan malahan pembelian kereta juga akan dipenuhi dengan rahmat Allah. Seorang rakan saya pernah mengadu kepada saya bahawa sepanjang beliau membeli kereta, jenis kereta yang dibeli sentiasa pilihan terburuk. Beliau mengadu sangat kecewa dengan kereta Hyundai Matrix yang dibelinya dahulu kerana kuat menggunakan petrol di samping kos penyelenggaraan yang tinggi. Pemilihan kereta sewaktu pembelian adalah memang satu rahmat yang besar dari Allah SWT. 

Berikut adalah rumusan dari perbincangan saya di atas:-
  1. Penggunaan tayar leper lebih mengundang musibah berbanding tayar bulat.
  2. Cinta kepada tayar leper adalah petanda kepada amalan kehidupan kita yang mungkin telah lari dari kehendak Allah SWT.
  3. Penggunaan tayar leper atau mencintainya menggambarkan bahawa terdapat sikap MPO (menarik perhatian orang) di dalam jiwa
  4. Memperisterikan artis wanita cantik adalah lebih mengundang musibah berbanding memperisterikan wanita solehah.
  5. Apabila kita melaksanakan perintah Allah insya-Allah tiada perasaan atau keinginan untuk menggunakan tayar leper
  6. Cinta kepada artis adalah petanda kepada amalan kehidupan kita yang mungkin telah lari dari kehendak Allah SWT.
  7. Berkahwin dengan artis atau mencintai mereka menggambarkan terdapat sikap MPO  di dalam  diri.
  8. Apabila kita melaksanakan perintah Allah insya-Allah tiada perasaan atau keinginan untuk beristerikan atau bersuamikan artis.
  9. Apabila kita menjaga perintah Allah, insya-Allah keputusan yang dibuat dalam setiap perkara akan cantik dan tepat.
Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

19 comments:

  1. Inilah resam hidup kita, manusia akhir zaman. Banyak keputusan dibuat berpandukan kehendak, sedang keperluan diabaikan.

    ReplyDelete
  2. ulasan dan huraian yang menarik.

    nak tambah:
    Duit yg diperolehi sepatutnya digunakan utk keperluan asas dan yang sederhana sahaja. selebihnya digunakan untuk kejalan Allah. kalau diri, harta, masa tidak diurus dengan betul akan jadi sia-sia bila sudah mati, masa tu tak fikir sport rim, tayar leper, isteri seorang artis dll.

    ReplyDelete
  3. Syukran Emjay dengan artikel yang cukup manfaat dan gaya penulisan yang sememangnya mesej tersebut sampai kepada pembaca.

    Saya juga mempunyai Proton Wira dengan tayar leper.. 205/45/16. Memang tak selesa langsung masa drive sebab ia keras, dan terpaksa memperlahankan kereta jika melalui bump untuk menjaga Sport Rim takut bengkok. Dan ia tidak baik jika ada isteri mengandung menaikinya kerana hentakan kuat. Itulah pengamalan ringkas tentang tayar leper. Kereta itu saya beli dari pakcik yang dah sedia ada tayar leper. Harapan nak tukar ke tayar bulat pula lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah memudahkan urusan pertukaran tayar dan rim baru sdr axstudio kepada yang selesa - tayar bulat dan rim 14 inci.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum...lama sungguh tak menghantar khabar berita...Saya ada soalan (tp tak de kene mengena dgn tajuk ni)... Bagaimana sebenarnya amalan bertahnik mengikut sunnah rasulullah? kerana saya ada mendengar orang bertahnik dengan memberi makan kurma (itu dah betul), garam, asam, gula dll yang saya tak ingat. setahu saya dengan kurma atau benda yang manis sahaja, tapi orang ni kate budak tu kena rasa semua rasa yang ada dalam dunia ni...

    jadi takut pulak jadi kat anak sendiri macam tu...harap dapat dibantu...Wassalam...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Sebaik-baik amalan adalah yang bersandarkan hadis. Memang bertahnik itu ada disunnahkan dengan buah kurma. Oleh kerana di Malaysia mudah untuk memperolehi kurma, gunakanlah kurma ini.

    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    lama daaahhh saya tak jenguk ruangan ni....sibuk skit dengan assignment...

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

    saya setuju pasal article penggunaan tayar leper di atas tu..saya penah drive keta husband yg guna rim 16 masa saya pregnant 5 bulan....huihhh..macam naik kuda..sampai bleeding...nak menangis raserr...lepas pada tu..saya suruh dia tukar tayar..dia tak mau...saya hangat hati...saya kata lepas ni...keta tu takan ada saper bleh bawak...mulut masin dengan takdir Ilahi....dah dekat setahun keta tu tak leh jalan daaahhh...duk bawah garaj...enjin pecah, body pecah, kaburator pecah...geran pun ntah ke mana...Innalillah...tak taula cemana lepas ni..bila dia ngadu kat saya ..saya senyum jer laaa...saya cuma cakap...itu 'denda' dari Allah....pikir..pikirlah sendiri....

    ReplyDelete
  8. M J bagaimana pula dengan spring standard berbanding spring rendah

    ReplyDelete
  9. Saya belum ada ilmu tentang perkara ini. Mungkin ilmuhaq boleh menjelaskannya di sini.

    ReplyDelete
  10. Kereta saya pakai tayar 50 series, memang kurang selesa berbanding tayar OEM. Bagi pemandu atau penumpang yg perut dah boroi dan melalui permukaan jalan yg tidak rata, boleh kembung perut tau!!

    ReplyDelete
  11. Gembira saya mendapat pelbagai pengakuan termasuk triplex06, axstudio dan lyyna1976 yang mengesahkan bahawa menggunakan rim sport lebar bersama tayar leper ini sebenarnya hanya sedap di mata tetapi selainnya adalah merugikan semata-mata.

    Carilah dan pilihlah yang membawa manfaat kepada kita semua.

    Wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Hee...he...he...
    Apa yang paling saya 'respect' saudara berani mengumpamakan artis2 tu dengan tayar, siap dengan contoh nama sekali!
    Bab mencari isteri, Saya sering menasihati adik2 saya yang masih bujang, bagaimana hendak mencari bakal isteri yang baik, yang macamana.... Jgn mcm cari tayar, cantik dipandang saja tapi pakai..oh...tak tau nak kata....

    Kepada semua yang membaca laman nie, Kkk nak beri satu nasihat percuma bila nak mencari pasangan samada yang masih bujang maupun yang dah beristeri tapi mampu tambah lagi...

    2 perkara je yang paling senang dan nyata (tak yah lelebih....)
    1) Bila Perempuan Cantik tapi Degil - Kalau nak pening kepala, pilihlah jenis tayar leper nie, nasihat dan tegur macamanapun mereka takkan dengar punya sebab dah rasa diri cantik dan sempurna ditambah lagi dengan title Degil tu lagilah tak makan cakap! Lagipun kecantikan fizikal tu kan tak kekal, tua kang kerepot jugaklah jawabnya!

    2) Bila Perempuan Hodoh dan Bodoh - (Umpama tayar bulatlah tu) Kalau pilih yang jenis nie lagi baik dari pilihan pertama tadi sebab apa..... Bila dia bodoh atau tidak pandai akan sesuatu tapi senang untuk diajar menjadi pandai sebab dia tidak mempunyai sikap yang degil. pasti senang mengikut segala tunjuk ajar dan nasihat dari kita, akhirnya yang BODOH tu akan menjadi PANDAI.
    Bila dah pandai tentu sejuklah mata suami memandang, apalagi seorang isteri yang taat dan mengikut perintah (maklumlah tak Degil) secara tidak langsung akan nampak cantik dipandangan mata, takpun mata bathin yang menilainya. Amanlah rumahtangga....
    Pokok pangkalnya dari HATI, cantik ia cantiklah segalanya....

    PEREMPUAN CANTIK BANYAK ISTILAHNYA:-
    > Cantik pada Rupa - Hanya 'Hiasan' Semata.....
    > Cantik pada Body- Hanya sedap di'Grudi'.....
    > Cantik pada Harta - Hanya mengelabui Mata.....
    > Cantik pada Hati - Itulah yang kekal abadi dan sesuai dijadikan isteri!!!

    Fikir-fikirkanlah.....

    ReplyDelete
  13. terima kasih di atas kiriman reply dari insandahaga

    ReplyDelete
  14. Asssalamualaikum....

    Ustaz...kalau saya cantik dan baik macaman...serta tak degil...hahahhahahahaa.....minta maaf gurau saja....terhibur baca ruanagan niii.... minta maaf ye sume...

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Kalau terhibur, alhamdulillah

    Emjay

    ReplyDelete
  16. salam.
    info yg cukup bagus dan manfaat utk sume.

    ReplyDelete
  17. information yg cukup baguih.
    semoga kita beroleh kebaikkan dr paparan di atas.
    terma kasih.

    ReplyDelete