Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 23 February 2008

Buasir, penyakit moden masa kini.

Buasir, penyakit moden masa kini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Semalam saya menerima satu reply menarik dari sdr qusyairy seperti berikut:

qusyairy wrote on Feb 22

Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang penyakit yang saya alami.
Secara luaran saya kelihatan sihat dan ceria. Tapi satu penyakit ini yang saya malu untuk ceritakan pada sesiapa telah menyebabkan saya derita dalam diam.
Penyakit ini ialah buasir.

Pada mulanya memang saya rasa biasa sahaja, Cuma sangat jarang saya sakit perut dan berhajat. Bila berhajat, rasa sakit dan susah nak keluar. Itu takpe lagi, mula2 ok je tapi pastu berdarah. So saya buat research sikit, knp jd gitu. Rupa2nya sebab saya suka makan jajan (junk food). so saya berenti makan dan sakit saya tu baik. Tapi sekejap je. Bila saya kerja, ia kembali lagi. Tapi saya tak ambil kisah sangat. Masa tu saya banyak makan burger. Asal rehat je burger. Sebab itu mknn yang paling murah saya blh dapat dan mengenyangkan. Tak pun kentang goreng.masa tu tahun 2005. penyakit tu berlanjutan sampai 2007. saya dah kerja di tempat lain dan dah tak makan fast food tu sume. Penyakit tu masih ada walaupun sgt mudah buang air. Bila saya ceritakan pada kawan saya, dia gesa saya jumpa dokter. Saya g jumpa, tapi takut bila dokter kata nak masukkan kamera kat dubur. Mase tu puasa, jadi dia suruh datang esok malam, tapi saya tak datang pun. Saya dapat tau ada ubat herba yang boleh bantu pulihkan penyakit ni,jadi saya pun beli ubat tu dari seorang yang saya kenal baik. Cuma saya kene tunggu sehingga dia balik kg dan dptkn ubat tu. Memang saya benanya tak ingat bila ia mula masa saya dapatkan ubat untuk penyakit ni. Dalam tempoh saya tunggu tu,sakit saya dah menjadi2, perit pada bahagian dubur sampai tak boleh nak buat kerja. Sakitnya Masya Allah. Saya usaha juga beli teh misai kucing spy lawas. Alhamdulillah, sekarang dah baik : Makan ubat herba (dlm kapsul), banyakkan minum air, tak makan banyak ayam, banyak makan sayur dan buah-buahan. Paling penting, ini semua Rahmat dari Allah.

Punca dari segi pemakanan: Saya sangat suka makan ayam. Boleh dikatakan saya makan apa saja selagi ia halal, tapi ayam, tak kira lah masak apa pun, menjadi favorit saya. Secara kontras, saya kurang makan buah-buahan dan ikan walaupun saya suka makan sayur. Disamping itu, saya sangat suka menjajan. Mcm2 jenis saya makan. Saya tahu semua tu banyak bahan perisa tapi saya tak tahu apa kesannya terhadap diri saya. Saya juga jarang minum air masak.Banyak makan mknn sgera spt kentang goreng, burger, nuget, sosej dll (semua makanan yang disejukbeku sebelum dimasak memang tak bagus especially burger-ada plumbum.)


Allah menjadikan haiwan dari tiga kategori iaitu karnivor, herbivor dan omnivor. Karnivor memakan hanya daging seperti kucing, anjing, singa dan harimau. Herbivor hanya memakan tumbuhan seperti arnab, lembu, kambing dan rusa. Omnivor pula ialah haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan seperti ayam, itik, manusia dan monyet.

Apabila manusia merubah sunnatullah ini dengan memberikan makanan formula baru kepada lembu dengan memasukkan protin dari haiwan ke dalam makanannya, Allah memberikan pelbagai penyakit baru kepada lembu seperti penyakit lembu gila dan sebagainya.

Begitu hebat Allah SWT dalam mencipta makhlukNya. Seekor singa dapat menjalani hidup yang sihat hanya dengan memakan daging. Gajah, zirafah dan lembu dapat hidup membesar dan sihat hanya dengan memakan tumbuh-tumbuhan. Begitulah sunnatullahnya kejadian makhluk ini.

Manusia dijadikan Allah SWT secara sunnatullahnya perlu memakan daging dan tumbuhan untuk hidup sihat dan membesar. Manusia tidak akan hidup sihat dan membesar hanya dengan memakan tumbuhan semata-mata atau dengan memakan daging semata-mata. Manusia amat perlu memakan daging dan tumbuhan secara halalan toyyiba (halal lagi baik) dengan seimbang. Sebagai buktinya, orang Cina yang sudah mengamalkan amalan vegetarian semenjak beberapa tahun didapati mengalami berbagai penyakit termasuk lemah badan kerana mereka ini melanggar sunnatullah kejadian manusia. Manusia yang gemar makan daging semata-mata memanglah bakal mengundang pelbagai masalah. Masalah yang kerap menyerang umat Islam sewaktu perayaan aidilfitri ialah ramai antara mereka mengalami sukar membuang air besar kerana hanya makan ayam / daging dengan nasi atau ketupat. Begitulah akibatnya apabila sunnatullah kejadian manusia dilanggar oleh manusia.

Dalam hal makanan yang diambil oleh haiwan seperti monyet dan kucing, mereka lebih bijak dalam menentukan makanan yang mereka ambil untuk mempastikan halalan toyyiba. Serangga perosak tidak mahu menyerang buah tembikai yang ditanam kerana buah tembikai ini mengandungi insecticide namun manusia bersahaja makan tembikai yang terkandung insecticide di dalamnya. Kucing yang sakit akan memakan tumbuhan tertentu sewaktu mereka sakit sebagai ubat. Seekor monyet belaan jiran saya amat gemar memakan pokok sayur pegaga yang saya tanam di depan rumah. Monyet ini gemar memakan sayur pegaga kerana khasiat pegaga ini banyak dalam membantu menyihatkan tubuh badan.

Sewaktu saya kecil dahulu, tidak kedengaran langsung penyakit kencing manis dan buasir namun kini penyakit ini semakin banyak di alami oleh manusia. Manusia makan bukan lagi kerana mencari halalan toyyiba semoga menjadi rawatan badan yang sihat tetapi makan kerana murah dan sedap asalkan kenyang. Apabila konsep makan berdasar “murah dan sedap asalkan kenyang”, maka tunggulah saatnya penyakit yang bakal diberikan oleh Allah SWT.

Kini semakin lumrah kanak-kanak di Malaysia yang hanya makan nasi dengan ayam bodoh disamping burger, naget, sosej dan yang sewaktunya. Sayur langsung tidak mahu diusik. Apabila saya melihat tabiaat ini di kalangan rakan-rakan saya, sedih juga melihatnya tetapi mereka ini berlagak pandai apabila saya menegurnya. Apabila kanak-kanak pergi ke restoran fast food, ibu bapa merasa cukup puas hati apabila anak-anak ini makan kentang lenyek dengan ayam goreng atau burger. Mereka (ibu bapa ini) tambah gembira apabila kanak-kanak berusia 6 tahun dapat menghabiskan 2 ketul besar ayam (bodoh) goring.

Sebenarnya penyakit yang melanda umat di Malaysia kini sebahagian besarnya perlu dipersalahkan kepada ibu bapa yang mendidik anak-anak tabiat permakanan yang merosak dan tidak seimbang. Anak-anak makan nasi dengan ayam dan burger digalakkan tetapi anak-anak tidak dididik untuk memakan sayuran yang baik. Mungkin ada juga ibu bapa yang sekadar mengajar anak mereka makan sayur namun dari jenis kobis, timun dan taugeh. Memanglah sayuran dari jenis ini halal namun adakah kobis itu baik untuk tubuh?? Sila baca artikel bertajuk Jangan Makan Kubis  di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html . Ada juga ibu bapa yang langsung tidak mengajarkan anak-anak mereka makan ikan. Maklumlah ikan ini lebih mahal dari ayam dan ikan pula mungkin menyebabkan anak kelak tercekik duri ikan.

Tabiat buruk amalan pemakanan inilah yang mengakibatkan penyakit buasir. Antara punca penyakit buasir ialah:

1. Makan atau makan kerap cheese
2. Makan ayam dan daging secara kerap
3. Tidak makan sayuran yang baik secara kerap, mencukupi dan konsisten seperti sawi pahit, tomato, daun ubi, peria, kailan, terung, ulam raja, pegaga, daun keledek, pucuk paku, kacang panjang, tenggek burung dsbnya.
4. Makan burger, naget, sosej dan makanan rapu lainya.
5. Menjadikan buang air besar hanya bila perlu dan bukan sebagai rutin. Jadikanlah buang air besar sebagi rutin yang wajib sekali atau dua kali sehari.

Artikel reply yang dihantar oleh sdr qusyairy di atas memang sangat tepat untuk menjelaskan mengapa beliau diberikan Allah penyakit buasir. Alhamdulillah beberapa hamba Allah yang merujukkan kes buasirnya kepada saya telah kembali pulih dan normal kini selepas merubah tabiat pemakanannya disamping memakan ubat berbentuk kapsul yang mengandungi ramuan herba tertentu untuk selama dua hingga 3 bulan. Ubatnya pun tidaklah begitu mahal. Kepada yang memerlukan ubatnya, silalah email kepada saya di kangmasjb@hotmail.com . Ubat ini disediakan oleh isteri arwah guru saya di Kuala Lumpur. Namun bagi sesiapa yang tidak bersedia untuk merubah tabiat pemakanan, tak payahlah bersusah payah untuk membeli ubatnya, membazir.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay


Monday 18 February 2008

Makanan "halalan toyyiba" dan antara kaedah bomoh menyesatkan

Makanan "halalan toyyiba" dan antara kaedah bomoh menyesatkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Hampir dua minggu lepas saya di telefon oleh seorang hamba Allah yang pernah berurusan dengan saya. Hamba Allah ini seorang wanita pernah belajar di sebuah IPTA. Dahulu hamba Allah ini pernah kena ujian berat dari Allah SWT iaitu “kerasukan”. Hamba Allah ini saya namakan Sri (bukan nama sebenar). Sri masih anak dara dan sudah bekerja. Alhamdulillah masalah kerasukan dahulu telah lama selesai. Sri dan keluarganya alhamdulillah telah belajar ilmu tauhid dan sedikit sebanyak ilmu lain. 

Sri sudah beberapa tahun tidak datang ke rumah, maklumlah masalah sudah selesai dan belum ada masalah baru.

“Ustaz ada di rumah tak petang ini, saya nak datang jumpa ustaz kerana ada hal”, berkata Sri di hujung talian telefon. 

“Datanglah, insya-Allah saya ada di rumah petang ini”. Kebetulan saya memang bercuti rehat kepenatan dan sambung sekali dengan cuti hari raya kaum Cina.

Pada petang itu, Sri alhamdulillah sampai di rumah bersama ibunya tersayang. Wajah Sri kini kelihatan semakin dewasa berbanding dahulu maklumlah ketika itu, Sri masih lagi bergelar mahasiswa. 

Setelah berbicara beramah mesra dengan Sri dan juga ibunya, Sri mula bercerita masalahnya iaitu yang dihadapinya awal pagi waktu subuh tadi. Pada pagi tersebut selepas bangun tidur, bahagian kakinya berasa lemah macam kebas dan dadanya juga macam berdebar-debar. Masalah ini tidak pernah di alami oleh Sri sebelumnya. Kejadian awal pagi ini cukup menghantui perasaan Sri. Di dalam dadanya bertanya sendirian “adakah diri aku ini telah kena sihir?”. Selepas beberapa jam dilamun perasaan curiga, akhirnya Sri mengambil keputusan untuk bersua terus dengan saya.

Sememangnya ramai sungguh umat Melayu kini cukup takut dengan perbuatan sihir. Seolah-olah Allah SWT terlalu lemah untuk melindungi umat manusia daripada perbuatan sihir syaitan. Kes seperti apa yang di alami oleh Sri ini kalau dirujukkan ke doktor di hospital, insya-Allah doktor akan berkata “tekanan darah awak normal, kencing normal, dan darah awak juga normal”.

Masalah yang dihadapi oleh Sri ini memang amat sukar untuk dikesan oleh doktor dan hospital kerana masalah ini adalah masalah peringkat permulaan. Apabila masalah SRI ini sudah mencapai peringkat genting atau kronik, memanglah kebiasaannya insya-Allah doktor di hospital boleh mengesannya. 

Setelah saya mendengar penjelasan masalah Sri ini, saya pun sebagaimana biasa memulakan pertanyaan tabiat permakanan Sri. Setelah selesai menyoal, saya memberikan rumusan saya “Sri, kau ini bukan kena sihir tetapi engkau ini menghidap masalah berkaitan buah pinggang dan jantung serentak”.

Sri minum air memang amat kurang dan tidak mencukupi untuk kegunaan tubuh. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 2 Liter sehari tetapi Sri minum tak sampai pun 1.2 L sehari. Sri pula suka makan jeruk dan tabiat ini sudah pun sekian tahun. Ini semua sudah mengakibatkan masalah kepada buah pinggangnya. 

Selain tabiat makanan yang tidak baik di atas, Sri juga gemar makan burger, naget, kek, french fries, kentang goreng seperti Mr Potato, ais krim dan makanan rapu lain. Apabila sudah cukup edahnya, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit berkaitan jantung selain makanan ini juga menambah masalah kepada buah pinggang.

Setelah berbincang mengenai pelbagai masalah lain, Sri kembali dengan tekad untuk menmperbaiki tabiat permakanannya iaitu memakan makanan yang “halalan toyyiba”  sesuai dengan perintah Allah SWT di dalam surah Al Baqarah: [168],
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, ......”. 

Makan Creamer memanglah halal namun ia adalah merosak jantung.  Begitu juga margarine adalah halal tetapi tidak baik untuk jantung. Kentang goreng french fries, Mr Potato, Pringle dan yang sewaktu dengannya adalah halal tetapi amat merbahaya kepada jantung. Jeruk kering dan basah adalah halal tetapi amat tidak baik kepada buah pinggang. 

Gangguan awal yang diberikan Allah SWT kepada Sri ini memang amatlah baik untuk memberitahu Sri bahawa amalan permakanannya adalah tidak baik semoga dengan simptom yang diberitahu oleh Allah ini dapat merubah gaya permakanan Sri. Namun hakikatnya di Malaysia ini, mesej baik yang disampaikan Allah untuk memberitahu peringkat awal kerosakan kesihatan gemar ditafsirkan umat Islam sebagai gangguan sihir. Apabila perkara seperti kes Sri ini di rujukkan kepada bomoh, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, bomoh akan berkata “engkau ini sudah kena sihir perbuatan orang. Oleh itu engkau kena mandi bunga buang sial, menjalani pelbagai ritual lain dan kena menerima dan menyimpan tangkal untuk menepis sihir tersebut”. Nauzubillahiminzalik.

Saya sendiri sewaktu usia 30an dahulu, kaki saya mulai sakit dan sengal namun apabila diketahui oleh seorang jiran saya, dia berkata "Emjay engkau ni dah terpijak denah tu. Aku pun kena macam engkau, bila dirujuk kepada si polan (bomoh sesat), dia kata aku terpijak denah. Dia dah sembur kaki aku dengan daun sirih. Aku rekomen engkau untuk jumpa dengan si polan ini". Alhamdulillah saya tidak menurut saranan jiran saya ini.

Seminggu berlalu dan pada awal minggu lepas, emak dan ayah Sri berkunjung ke rumah saya atas urusan lain. Emak Sri sempat memberitahu saya bahawa Sri sekarang alhamdulillah sudah tidak lagi mengalami masalah kaki kebas dan dada berdebar / mencungap. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.
 
Kepada semua pembaca Laman Emjay, jangan lupa membaca artikel berkaitan permakanan yang baik di dalam artikel-artikel :


Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Sunday 10 February 2008

Pengalaman menghidap Vertigo – sejenis migrain

Pengalaman menghidap Vertigo – sejenis migrain
 
Bismillahirrohmanirrohim (Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang)

Assalamualaikum wbh sekalian Muslimin

Alhamdulillah pada 23 Januari 2007 lalu saya telah menulis artikel berkaitan kesihatan jantung dan paru-paru di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/tapak-tangan-lembab-atau-basah-bahagian.html  sebagai ekoran dari artikel pertama saya iaitu  http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/tapak-tangan-basah-atau-lembab.html.

Artikel-artikel di atas adalah artikel yang saya tulis untuk mengongsikan ilmu untuk menjaga paru-paru dan jantung kita agar sehat. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, arwah guru saya juga sentiasa dirahmati Allah SWT di dalam kuburnya melalui ilmu yang dimanfaatkan oleh saya dan setiap orang yang mengamalkan ilmu ini. Saya juga bertekad semoga dengan setiap tulisan ini serta amalan dari pembaca Laman Emjay dapat sedikit sebanyak mengirim pahala sewaktu saya berada di dalam kubur kelak. 

Arwah guru pernah mengajarkan saya bahawa selain dari anak yang lahir secara menyongsang yang ingin mempelajari ilmu mengurut, insya-Allah akan mengalami situasi tangan atau mana-mana bahagian tulang lain patah. Sebenarnya pentadbiran Allah SWT melalui kejadian buruk patah tulang ini adalah sebenarnya rahmat yang sangat berharga kepada orang yang ingin mendalami ilmu mengurut ini semoga dengan kejadian tersebut beliau dapat mengutip berbagai ilmu berharga.

Alhamdulillah saya juga telah melalui pengalaman seperti ini untuk memperolehi ilmu berhubung masalah buah pinggang, gout dan kencing manis. Saya dahulu pernah kena gout teruk, kerap sakit pinggang bila bangun tidur, alah memijak simen (tapak kaki tidak boleh memijak simen, cramp pangkal peha, air kencing bernanah dan berdarah, makan makanan yang merosakkan buah pinggang, tidak cukup minum air  dan berbagai lagi pengalaman berharga kurniaan Allah. Semoga dengan musibah tersebut juga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan saya. 

Saya pernah satu ketika dahulu kira-kira lebih berbelas tahun lepas mengalami penyakit migrain yang teruk yang dikenali sebagai VERTIGO. Doktor kata bahawa penyakit ini hanya akan menyerang orang yang berusia 30 tahun ke atas. Sebabnya tidak diketahui oleh sains perubatan moden. Pesakit vertigo tidak boleh mengalami panas terik hatta duduk dalam kereta beraircondition di waktu tengahari. Mereka akan sakit kepala dan mabuk. Doktor juga mengatakan bahawa pada masa itu, tidak ada sebarang ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini dan kebiasaannya pesakit akan sembuh sendiri selepas satu tempuh waktu yang lama.

Untuk memahami lebih lanjut berkenaan penyakit vertigo ini, bolehlah melayari http://en.wikipedia.org/wiki/Vertigo_(medical)
 
Setelah saya merujukkan kepada arwah guru saya, beliau menceritakan punca vertigo ada dua iaitu: 
  1. Mengalami keletihan fizikal yang melampau
  2. Mengalami masalah serius yang buntu yang sukar diselesaikan    
Arwah terus menyediakan ubatnya dan meletakkan ubat tersebut di dahi saya macam ubat pilis bagi ibu yang baru melahirkan anak. Alhamdulillah setelah meletakkan ubat untuk beberapa malam sahaja, saya seolah-olah sudah sembuh namun untuk pulih saya terpaksa mengamalkan ubat ini untuk satu tempuh waktu. Walau pun alhamdulillah saya telah pulih dari penyakit ini namun saya tidak boleh memakan beberapa makanan yang saya gemari dahulu iaitu sayur pucuk manis, daun turi, pucuk meranti dan labu kuning. Pernah satu ketika saya memberanikan diri untuk memakan daun meranti dan labu namun akibatnya saya langsung tidak boleh berdiri dan terpaksa di bawa dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur ke kediaman arwah guru untuk mengambil ubatnya. Alhamdulillah setelah peristiwa degil tersebut saya tidak berani mengulangi peristiwa tersebut. 

Beberapa orang rakan setugas saya juga ada yang pernah mengalami penyakit vertigo ini dan mereka terpaksa mengambil satu tempuh masa yang lama untuk pulih dari kesan penyakit ini. Vertigo menurut arwah guru adalah kerana terdapat beberapa saluran darah di otak yang telah rosak atau pecah akibat daripada dua punca yang saya nyatakan di atas. Kebanyakan orang bersalin juga sebenarnya mengalami masalah yang sama iaitu kepenatan melampau dan kerisauan yang hebat sewaktu melahirkan anak dan ini juga menyebabkan terdapat salur darah halus di otak yang rosak dan pecah. Itulah juga sebabnya orang lepas bersalin ini digalakkan untuk berpilis di kepala (di dahi) semoga dengan usaha tersebut Allah SWT memberikan kesembuhan.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, bolehlah email kepada saya di emjayjb@gmail.com . Saya masih belum tahu membuat ubatnya dan segala ubat akan disediakan oleh isteri arwah guru saya di Kampung Cheras Baru Kuala Lumpur.
 
Sekian wassalam wallhuaqlam

Emjay