Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 16 January 2009

Tangkal pelik orang Melayu

Assalamualaikum wbh

Sebahagian tangkal di dalam paparan ini dimiliki oleh pegawai kerajaan kategori JUSA. Yang lainnya juga dimiliki oleh orang berijazah. Begitulah ilmu dunia tinggi tidak semestinya ilmu agama juga tinggi.

Kunci bodoh juga boleh dijadikan tangkal oleh bomoh sesat. Agaknya agar hati suami/isteri pemilik tangkal ini kena kunci semoga jangan melihat orang lain.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Emjay












16 comments:

  1. hihihihhi.. kelakar la pulak

    ReplyDelete
  2. wa..pelik2.tapi ada yg xpelik.

    ReplyDelete
  3. Keluarga Pendukung Dakwah
    Islam mewajibkan setiap Muslim, baik lelaki mahupun perempuan, untuk menjadikan akidah Islam sebagai landasan kehidupan, termasuk dalam kehidupan berumah-tangga. Menjadikan akidah Islam sebagai asas rumah tangga bererti meletakkan akidah sebagai paksi tujuan hidup dalam berumah tangga. Akidah Islam menetapkan bahawa tujuan hidup setiap manusia adalah untuk meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Taala. melalui ketaatan, ketundukan, dan kepatuhan kepada-Nya seperti firmanNya: “Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu”. [TQS adz-Dzariyat 51: 56].





    Berdasarkan hal ini, maka mereka yang berpegang teguh kepada akidah Islam akan sentiasa terikat dengan hukum-hukum Islam, termasuk dalam aspek mendirikan dan menjalani kehidupan rumah tangga. Motivasi dalam berkeluarga adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan bukannya kerana mementingkan kebendaan atau kemewahan..

    Setiap perintah Allah akan dilaksanakan walaupun berat, penuh rintangan dan halangan, dengan tidak mengambilkira faedah dari segi kebendaan.. Sebaliknya, semua yang dilarang-Nya akan sentiasa dihindari walaupun menarik hati, menyenangkan, dan menjanjikan kesenangan duniawi.
    Salah satu perintah Allah Subhanahu wa Taala ke atas. pasangan suami dan isteri adalah kewajipan berdakwah. Ini dapat diperhatikan dari firman Allah Subhanahu wa Taala:

    “Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka melakukan amar makruf nahi mungkar. “[TQS at-Taubah [9]: 71].

    Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Taala. menyatakan bahawa berdakwah merupakan aktiviti yang bersangkutan dengan keimanan seseorang, baik laki-laki mahupun wanita.

    Allah Subhanahu wa Taala. juga berfirman:

    “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebajikan (Islam) dan melakukan amar makruf , mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang beruntung.” [TQS Ali Imran [3]: 104].

    Ayat ini menerangkan bahawa dakwah bukanlah tanggungjawab individu sahaja, tetapi wajib dilakukan secara berjemaah; perlunya ada kumpulan yang dianggotai lelaki mahupun perempuan yang mampu menegakkan tujuan dakwah.

    Dengan demikian, amatlah jelas bahawa dakwah memang wajib dilakukan oleh setiap lelaki mahupun perempuan muslim, suami mahupun isteri. Pada masa kini, separuh dari jumlah penduduk dunia adalah terdiri dari kaum wanita. Sememangnya orang yang paling layak berdakwah di kalangan perempuan adalah kaum wanita sendiri iaitu para ibu dan calon-calon ibu. Apatah lagi pada saat ini kaum wanita telah dijadikan sasaran utama dalam rangka meruntuhkan sesuatu bangsa.
    .
    Oleh kerana itu, suami dan isteri sepatutnya sama-sama meyakini bahawa dakwah merupakan satu kewajipan bagi mereka. Suami tidak akan menghalangi isterinya berdakwah. Ini kerana, menghalangi isteri berdakwah bererti menghalanginya menunaikan kewajipan dan seterusnya menjerumuskan isteri ke dalam dosa. Sebaliknya, isteri juga akan meredhai suaminya berdakwah. Apabila suaminya lesu dan tidak bersemangat dalam dakwah, isteri akan bersegera menaikkan semangat suaminya. Suami dan isteri masing-masing sepatutnya berbangga memiliki pasangan sebagai pendukung dakwah, dan hati serta perasaan mereka mengatakan:. “Keluarga kami adalah keluarga pendukung dakwah,” Inilah kebahagiaan ikatan mabda.


    Mengatasi Masalah Keluarga
    Kehidupan berumah tangga bukanlah satu perjalanan tanpa onak ranjau dan tiada halangan. Berbagai ujian dan dugaan pasti datang silih berganti. Hal ini penting untuk selalu diwaspadai oleh setiap pasangan suami-isteri.Sepasang suami-isteri akan beringat bahawa ketika mereka bernikah bererti mereka telah menjawab satu pertanyaan penting dalam kehidupannya iaitu “Dengan siapa Anda akan berjuang bersama-sama mengharungi kehidupan demi mencapai redha Allah dan masuk syurga bersama-sama?” Dengan mengingati persoalan ini, maka suami dan isteri adalah bersahabat antara sat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan terima kasih di atas kiriman sdr ikhwanmtmk di atas. Semoga Alah SWT jua yang membalasnya

    Emjay

    ReplyDelete
  5. ya Allah.....inilah syirik yang nyata

    ReplyDelete
  6. Dulu kalau tak silap digunakan untuk tahan muntah bagi bayi/budak dimana tali kasut dililit macam rantai dekat leher,, kepercayaan karut orang dulu dulu..

    ReplyDelete
  7. minyak apa ni emjay minyak dagu ke ni??

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak tahu apa minyaknya tu.

    Namun apa saja minyak yang diberikan oleh "ustaz" atau bomoh yang gunanya untuk di simpan atau digunakan maka itulah namanya tangkal.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. x tau? apa yg 'ustaz' tau klu camtu?

    ReplyDelete
  10. kenpala nak susahkan sgt hidup ini...yang asas pun tak kuat lagi nak bertangkal2 nie..minta jauhla.....
    ya Allah..jauhkan la kami dari perkara yang sesat n menyesatkan..kerana syaitan akan sentiasa menyesatkan umat islam...

    ReplyDelete
  11. kalau kita buang ke dalam tong sampah je tali kasut ni blh tak?dgn lafaz A,uzubillahiminasyaithonirrajim..

    ReplyDelete
  12. yg nie tangkal untuk ape.. pelik je..

    ReplyDelete
  13. Tangkal ini diletakkan pada setiap tingkap dan pintu kononnya untuk menghalang setan masuk rumah.

    Emjay

    ReplyDelete