Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 24 February 2009

Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet. Satu evolusi.

Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet. Satu evolusi.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah memberikan rahmat dan  pertolonganNya di dalam menyempurnakan penulisan ini.

Sebelum kita semua pergi lebih jauh, marilah kita bincangkan perkara asas yang mudah iaitu persoalan mengapa Allah SWT mengharamkan tangkal azimat seperti gambar-gambar di dalam artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html.

Apabila seorang umat Islam bertangkal sebenarnya orang ini masih mempercayai Allah SWT sebagai tuhannya namun pada masa yang sama orang ini berharap / berdoa / memohon kepada selain Allah SWT  iaitu tangkal-tangkal ini atau pun mereka memohon kepada Allah melalui perantaraan tangkal. Inilah yang dinamakan syirik kerana orang ini telah mempersekutukan Allah dengan tangkal-tangkal ini seolah-olah tangkal ini mempunyai kuasa rububiah seperti rububiah Allah.

Orang Hindu yang menyembah berhala mereka juga mempunyai kepercayaan yang sama bahawa tuhan mereka seperti Tuhan Subramaniam adalah berada di atas langit dan berhala patung yang disembah ini sekadar perantaraan atau terus untuk menyampaikan hajat mereka. Orang Islam yang bertangkal juga sekadar menjadikan tangkal sebagai perantaraan atau terus untuk menyampaikan hajat mereka. Perantaraan bermakna orang ini memohon kepada Allah SWT melalui perantaraan tangkal tersebut. Terus pula adalah di mana terdapat orang yang memohon dan berharap hanya kepada tangkal tersebut tanpa memohon dan berharap kepada Allah SWT. Kedua-dua kategori ini tetap sama iaitu telah mensyirikkan Allah.

Mengapa tangkal merosak akidah?
*      Manusia sepatunya berdoa, berharap dan bertawakal hanya kepada Allah
Bertawakal dan berharap kepada tangkal ini atau melalui tangkal ini sebenarnya telah menjadikan tangkal ini sebagai Tuhan baru selain Allah.

Orang Cina menjadikan objek seperti di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/objek-perantaraan-cina-hindu.html  sebagai berhala mereka dan orang Melayu pula menjadikan tangkal sebagai berhala mereka.

Ingatlah bahawa definisi syirik menurut jumhur ulamak ialah “ menjadikan sesuatu selain Allah sebagai sekutu atau saingan yang disamakan dan disamakan taraf dengan Allah, Tuhan bagi alam semesta dengan mencintainya seperti mencintai Allah, takut kepadanya seperti rasa takutnya kepada Allah, memohon perlindungan kepadanya, berdoa kepadanya, takut akan siksanya, berharap kepadanya dan bertawakal kepadanya, atau mentaatinya dalam melakukan maksiat atau mengikutinya melakukan hal-hal yang tidak diredai oleh Allah”.

Menyimpan ikan puyu dengan harapan dapat melindungi rumah dari perbuatan pukau dsbnya adalah juga satu perbuatan syirik. Bergambar bertiga membawa sial juga adalah perbuatan syirik. Menggunakan garam yang ditabur keliling rumah untuk dengan harapan mengelakkan gangguan syaitan juga satu perbuatan syirik. Menggunakan gelang besi kuning seperti gambar di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html juga adalah syirik. Menyimpan kemenyan pemberian bomoh juga adalah syirik. Semua perbuatan ini adalah dikategorikan syirik kerana pelaku telah berharap dan bertawakkal kepadanya serta meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang kuasanya.  Besi kuning jikalau digunakan untuk mengalirkan elektrik adalah sebahagian bidang kuasanya namun meminta kesihatan dengan memakai besi kuning adalah diluar bidang kuasa besi kuning dan ia adalah syirik. Garam dijadikan Allah banyak sekali khasiatnya seperti digunakan dalam masakan dan ini adalah bidang kuasa garam. Apabila manusia menabur garam sekeliling rumah untuk mengelakkan gangguan syaitan, ini adalah diluar bidang kuasa garam.

Alhamdulillah pada 5 November 2006 saya telah menulis komen berkenaan kayu kokka di http://emjayjb.multiply.com/reviews/item/8 .

Alhamdulillah saya adalah antara orang yang awal memberikan komen pribadi berkenaan kayu kokka namun hanya pada 5 November 2006 saya memberikan komen berkenaan setelah MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) juga sependapat dengan saya.

Bagi pencinta kayu kokka termasuk Darulnukman (http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html ), mereka telah menyamakan taraf kayu kokka bodoh  dengan sifat rububiah Allah SWT dengan berkata bahawa  kayu kokka adalah “penawar, penyembuh dan pelindung”. Sifat penyembuh dan pelindung adalah sifat mutlak bagi Allah namun bagi orang ini, kayu kokka bodoh disamakan tarafnya dengan Allah, nauzubillahiminzalik!.

Penggunaan kayu kokka telah melarikan konsep bertawakal dan berharap kepada Allah kepada bertawakal dan berharap kepada kayu kokka bodoh ini. Inilah yang menyebabkan perbuatan ini di panggil perbuatan syirik.

Kayu kokka sekiranya dijadikan perahu atau tongkat, itu adalah didalam bidang kuasa sunnatrullah kayu ini namun apabila berharap kepada kayu kokka untuk sesuatu rahmat seperti pendinding dsbnya, ini sudah diluar bidang kuasa kayu kokka ini.

Islam tidak mengajarkan ilmu pendinding dan pelindung namun berbagai “Ustaz” dan “pak haji” kini menjadi agen iblis dengan menjual tangkal pendinding seperti di
http://www.yello.com.sg/viewad.php?cat1=mechandise&id=104638 sebagaimana yang saya copy paste berikut:
1.      Urut seluruh badan termasuk muka. 45 minit ($35)
2.      Secara "super" urut seluruh badan termasok 1-1 1/2 jam (lamanya) dan minuman "rahsia cekoh" untok tenaga ($50)
3.      Juga memberi khidmat peribadi seperti "hajat" yang selama ini belum terkabul. Boleh-lah cuba dengan izin Allah.
4.      Minyak pengasih "Buluh Perindu", minyak "Cendrawasih", minyak "Ching-wai" pengasih. ($300-$500)
5.      Azimat2 termasuk pendinding, keselamatan diri dan sekeluarga, pelindungan dari sebarang senjata2 dan sihir2.

Orang Cina yang bukan Islam cukup percaya kepada kepada batu jade hijau yang boleh memberikan berbagai khasiat seperti kekayaan disamping memberikan pelbagai kuasa mistik. (In Chinese culture, objects made of jade were considered emblems of temporal powers and wealth. Bring the mystical power of jade to your wardrobe with this Piggy Jade Pendant with Necklace from China)


           Batu Jade dipercayai mampu memberikan pelbagai rahmat?

Sekiranya seorang Muslim memakai batu jade ini sama ada sebagai rantai seperti di atas atau dijadikan gelang, maka syiriklah ia kerana memohon dan berharap kepada batu yang diluar bidang kuasanya.

  
Round Longevity Jade Pendant with Necklace (China). In Chinese culture, objects made of jade were considered emblems of heavenly power and wealth

Jade (Yu) is priceless, elegant and gracious. While green jade has always been the most popular color, jade comes in a variety of other colors, as well. In China, people believe that wearing jade can bring good luck, safety, wealth, health, longevity and peace of mind.

Selepas syaitan mengajarkan kepercayaan karut pada batu jade hijau seperti di atas, syaitan melakukan evolusi ke atas kepercayaan ini dan mengajarkan pula kepercayaan karut baru melalui penggunaan kristal.

Berikut adalah sedutan dari laman sesat yang mengajarkan ilmu aura chakra reiki dan termasuk kepercayaan karut kepada kristal:

Bagi pengamal yang sudah pernah mempelajari Tenaga Dalam, Prana Shakti, Reiki Pelbagai Tradisi atau Biosinergi, saya cadangkan untuk mempelajari PENGGUNAAN TENAGA KRISTAL pula agar boleh membuktikan kebenaran peringkat energi tersebut DENGAN PASTI boleh membantu untuk PENGUBATAN / RAWATAN, PERLINDUNGAN, KEMEWAHAN dan POWER ( MAGIC / ajaib ), CRYSTAL HEALING dan PADA PEMINAT SUPERNATURAL ATAU PSYCHIC (Kebatinan).
Prof Dr Ibrahim  tidak ketinggalan mempraktikkan ilmu sesat tenaga kristal ini dengan memasarkan produk sesat iaitu AURA SERI. Berikut adalah copy paste yang saya ambil berkaitan produk ini:  Produk Aura Seri ”Aura Seri ialah adunan minyak aroma pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan Tenaga Alam Semesta, Tenaga Kristal, Tenaga Garam Kristal dan Tenaga Bunga Emas mampu membangkitkan Aura anda dalam tempoh paling singkat dan mudah.
Seterusnya syaitan mengajarkan kepada manusia ini bahawa berbagai kristal dengan warna-warna tertentu dapat memberikan perbagai khasiat seperti:
 (KRISTAL PENYEMBUH?????)Transformational Healer Amulet The Healer Amulet contains Aventurine, Amethyst and Clear Quartz Crystal. Its planetary influence is Neptune and Saturn and relates to the Heart, Third Eye, Crown Chakra. Aventurine brings comfort and soothing energy to help dissolve unhealthy thoughts, feelings and physical problems. Amethyst then teaches the wearer to surrender and let go, bringing balance to the body, mind, and spirit.

(KRISTAL PENDINDING)Transformational Protection Amulet The Protection Amulet contains Amethyst, Black Tourmaline, Black Obsidian and Clear Quartz Crystal. Its planetary influence is Neptune and Pluto and relates to the Root, Third Eye, Crown Chakra. Black Tourmaline deflects negativity instead of absorbing it. Amethyst initiates greater wisdom and also emits strong protective energies. Black Obsidian teaches us to find the light in darkness by releasing anything of lesser vibration.

Ilmu warna dan batu kristal ini diambil dan dipakai dalam rawatan CVT (color vibration theraphy) yang dipelopori oleh Prof NorHisyam. Pelik sungguh manusia, percaya bahawa getaran warna mempunyai kuasa pemulihan. Bacalah artikel saya lebih lanjut berkenaan aura chakra serta kuasa minda di dalam artikel saya bertajuk Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, CVT dsbnya!!!! Di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/08/penjelasan-haram-menggunakan-aura.html

Seterusnya syaitan tanpa mengenal penat dan lelah melakukan terus usahanya untuk menyesatkan manusia dengan melakukan evolusi ke atas perkara ini. Dari batu jade ke kristal dan kini mereka telah memperkenalkan pula bahawa batu gunung berapi pun boleh memberikan kesan yang sama sebagaimana batu jade hijau dan kristal. Lihatlah gambar berikut:

Made from natural minerals in Japan that are fused and structurally bonded together at a molecular
The Benefits of Bio-K Energy Pendant :
Better sleep
Mental focus
Extra energy and strength
Resist stressful influences
Eliminates Jet-Lag
Enhances body performance
Relief from many body aches
Assists mental alertness
Supports the immune system
Balances your body's energy system.
Promotes restful sleep (by protecting against stress build up)
Enhances circulation
Helps to retard the ageing process
Helps to fight cancer cells
Enhances immune and endocrine systems
Has the ability to destroy viruses and bacteria
Enhances cellular nutrition and detoxification

Batu ini boleh memberikan berbagai khasiat???? Ada bukti secara sahih????? Sebenarnya ini semua adalah penipuan oleh syaitan untuk menyesatkan umat manusia semata-mata.

Tidak cukup dengan batu jade, kristal, batu gunung berapi, syaitan menambahkan lagi senjata untuk menyesatkan umat Islam dengan menambahkan lagi ilmu sesat mereka dengan memperkenalkan pula gelang magnet.

 
 
                                    Antara pelbagai variasi gelang magnet 

Berikut adalah penjelasan berkenaan rawatan menggunakan magnet ini:
“Widest range of biological benefits”
In addition to relieving localised pain, there are many further benefits to using magnets which effect your well-being.
Self healing is stimulated by Therapy with Magnets. This helps the body to keep itself in balance in an entirely natural way and help to reduce reliance on drugs and their worrying side effects.
Increased immunity means your body or that or your pet, will be more able to fight off viruses and bacterial infections.  For you, less of those annoying colds and bouts of ‘flu, leaving your more healthy and more time to enjoy life!
As well as increased immunity for your animal, magnets are anti-parasitic. This is a major bonus for the control of fleas and other parasites.
Anti-inflammatory, and detoxifying - “Therapy with Magnets” has been recognised world wide to have these benefits due to the effects on the circulation of blood, lymphatic and nervous systems. This is a major contribution to wellness.
Increased mobility... a recently arrived letter from a customer who had purchased a Pet Pad for her Collie - Moses who suffered spinal problems following a slipped disk injury, said:-
“I would like to mention that his condition has greatly improved since using the MagneCare Pet Pad. He is always lively and more supple on his early morning run after sleeping on the pad overnight. The improvement was noticeable after 3 - 4 days of purchasing the product.”  Sue & Bob,  York.
It works the same way for humans too:-
"Both my wife and I suffered from arthritis in the hip and knee joints, particularly at night in bed.  Now we experience great relief. We really missed (our magnetic overlay pad) when we were away on holiday; return of the arthritic pain.”
“We were glad to get back to our own bed for the relief!" 
(Mattress Overlay & Pillows) Mr. McAllister, East Yorks.
“Help to combat the ‘modern disease’ - stress”
The use of Therapy with Magnets whilst you sleep,  can improve the quality and quantity of sleep and make a major contribution to reducing stress related illnesses. It is not always obvious that the restorative power of sleep plays a major part in our health. Sleep helps to harmonise body and mind and maintain a healthy balance.
The lack of the right amount of good sleep can result in the type of illnesses that are difficult to treat by conventional means such as;
  • Insomnia
  • headaches
  • migraine headaches
  • listlessness
  • tiredness and many, many more.
Therapy with Magnets whilst you sleep can reduce the frustrations of having to live with these problems... dramatically increasing the time felt well and energetic. Sally Morris of Southampton wrote to us:-
"Since using magnetic products, I feel a different woman.  I wake up very fresh in the morning.  My back problem and depression completely gone."  (Mattress Overlay & Pillow)

Adakah kenyataan-kenyatan sebagaimana di atas tentang penggunaan magnet adalah benar dan bukan tipu helah penipuan?? Adakah kenyataan-kenyataan ini disokong dengan bukti saintifik?? Penjelasan tentang pembohongan rawatan menggunakan kaedah magnet ini ada dinyatakan oleh Stephen Barrett, M.D - Magnet Therapy: A Skeptical View di http://www.quackwatch.org/04ConsumerEducation/QA/magnet.html


Artikel berkenaan therapy magnet ini juga boleh dilihat di http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy .


Penipuan berkaitan faedah penggunaan gelang magnet sebenarnya nampak sangat kebodohannya. Bukankah bumi yang kita diami ini setiap saat mengeluarkan kuasa medan magnet yang kuat?? Bahagian manakah di bumi ini yang tidak mendapat kuasa medan magnet ini. Wikipedia menjelaskan bahawa “Planet Bumi adalah dikelilingi dengan medan magnet semulajadi. Medan magnet semulajadi ini turut menyebabkan kompas sentiasa menunjukkan arah utara Bumi. Medan magnet semulajadi ini (turut dipanggil sebagai magnetosfera), menjulang tinggi sehingga ke ruang angkasa akan menangkis ion-ion angin suria daripada menembusi masuk ke ruang angkasa (atmosfera) Bumi. Lapisan ini terletak di antara 3,000 km dan 10,000 km dari permukaan bumi, iaitu di lapisan termosfera dan eksosfera.” Oleh itu mengapa kita perlu membeli gelang magnet lagi sedangkan bumi sudah mengeluarkan medan magnet semula jadi??

Saya dahulu pernah terbeli magnet yang tersangat kuat yang kononnya apabila dipasang disaluran minyak kereta saya, ia dapat mengurangkan penggunaan minya petrol kereta saya. Rupa-rupanya ia adalah satu penipuan dan terbang RM400 untuk 2 unit magnet gila ini. Waktu penjualannya penjual itu berkata jaminan wang dipulangkan sekiranya tidak berkesan namun macam mana nak pulangkan kerana syarikat ini sudah pun lingkup.

Apa yang paling menarik berkenaan gelang magnet ini ialah kenyataan berikut:

Legal regulations

Marketing of any therapy as effective treatment for any condition is heavily restricted by law in many jurisdictions unless all such claims are scientifically validated. In the United States, for example, FDA regulations prohibit marketing any magnet therapy product using medical claims, as such claims are unfounded.[6]

Selepas ini pastinya syaitan tidak akan berhenti pada penggunaan gelang magnet ini. Mungkin selepas ini mereka akan memperkenalkan gelang yang mengandungi ketulan kemenyan untuk alasan yang sama iaitu kesihatan, kemewahan dan perlindungan. Mungkin selepas ini Pusat Rawatan D**** S***** boleh memperkenalkan gelang tangan yang mengandungi ketulan garam dan lada hitam maklumlah pada pendapat mereka garam dan lada hitam ini boleh memberikan perlindungan dari gangguan tenaga negative dan hantu syaitan.


Janganlah terpedaya dengan membeli pelbagai jenis gelang magnet kerana selain dari menghabiskan wang untuk sesuatu yang tidak berfaedah, perbuatan ini adalah merosak akidah.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay

60 comments:

  1. assalamualaikum, macamana pula dengan pakaian yang diperbuat dari teviron yang dikatakan mengandungi banyak ion negative seperti yang terdapat di air terjun dan di kawasan hutan. kain ni boleh buat baju, seluar dan bermacam - macam lagi. saya ada beli juga,mahal harganya tapi sebab nak berubat saya beli juga. mcm baju nak bagi slim.... mula mula saya gunalah tapi lama kelamaan malas sebab kena basuh tangan dan kena guna cecair khas...harap dapat komen.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbh

    Saya perlukan lebih banyak maklumat berkenaan baju ini. Boleh berikan alamat internet berkenaan produk ini untuk saya menyiasat lebih lanjut.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. ok. www.nefful.com.my atau .tw atau .hk kain ni keluaran jepun. atau cuba google search pakaian ion negative teviron. atau cuba juga //www.3sint.com

    ReplyDelete
  4. salam...macam saya selalu nampak benda2yang kat atas tapi di mana erk???/

    ReplyDelete
  5. Tuan emjay, kayu kokka tu kat mekah orang buat tasbih kan? orang kat opis saya baru balik dari mekah ada bagi.

    ReplyDelete
  6. Di Mekah jarang dilihat orang tempatan menggunakan apa jenis tasbih pun kerana mereka banyak ikut sunnah kerana Nabi Muhamad tak pakai tasbih tetapi guna jari tangan.

    Yang banyak pakai tasbih antaranya ialah sami budha. Lagi besar biji tasbihnya.

    Buang sajalah atau bakar saja tasbih dari kayu kokka tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. terdapat juga barang lain yang mengandungi ion negative, terbaru adalah tuala wanita. nak komen sikitlah bab bab syirik ni banyak, bukan setakat kayu koka je... nak tanya sikit kenapa tak boleh guna tasbih , tak kiralah koka ke plastik ke? kan senang nak berzikir guna tasbih. kalau 33 oklah guna jari, kalau nak 1000 sehari macamana?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh

    Tentang soalan berkenaan ion negatif. Ion negatif dikatakan banyak terdapat di kawasan hutan yang terdapat banyak pokok. Alat menghasilkan ion negatif ini memang ada dijual dan perlu di fahami bahawa alat menghasil ion negatif ini bukan ubat dan tidak ada kesan kepada pemulihan kesihatan.

    Produk berkaitan kayu koka seperti cincin, gelang, tasbih dsbnya, di Malaysia ramai orang mendapatkannya dengan sesuatu harapan dan harapan inilah yang boleh menjadikan pemakainya syirik. Sila baca artikel saya berkenaan kayu kokka di http://emjayjb.multiply.com/reviews/item/8. Itulah sebabnya saya suruh sdr bakar sahaja tasbih kayu kokka tersebut.

    Tentang tasbih yang dibuat daripada bahan lain, saya tidak memberikan komen. Cuma apa yang ingin saya komen ialah manusia pastinya bertasbih dan berzikir semata-mata untuk mencari pahala dan keredhaan Allah. Kepada sesiapa yang ingin berzikir dan bertasbih dengan insya-Allah diberikan pahala yang lebih dari Allah, silalah gunakan jari kerana Nabi bertasbih berzikir menggunakan jari. Ini adalah sunnah rasulullah dan menggunakan biji tasbih bukannya satu sunnah. Mengerjakan satu sunnah walau pun kecil tetap diberikan pahala dari Allah.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Saudara Mj,

    Kalau pakai jade untuk hiasan atau tujuan2 lain e.g. group identitiy selain dari aspek nakkan benda2 merepek tu? Boleh ka?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Sebelum saya menjawab persoalan di atas, saya ingin memberikan satu analogi. Dewasa ini ramai orang pakai gelang dan cincin dari kayu kokka dengan mengharapkan rahmat darinya. Ini adalah syirik. Pakcik saya yang baru balik dari mengerjakan umrah memberikan saya sebentuk cincin dari kayu kokka. Bolehkah saya memakainya. Kalau tanya saya, maka jawapannya ialah ELAKKANLAH. Lebih banyak rugi dari untungnya.

    Begitulah juga dengan batu jade ini kerana majoriti orang yang memakainya adalah terdiri dari orang kafir yang majoritinya adalah orang Cina kafir.

    Itulah juga mengapa Nabi Muhamad menasihati kita untuk membezakan diri dari mengamalkan identiti orang kafir. Sebagai contohnya, Nabi menasihati kita jangan mirip orang Kristian dengan menyuruh menyimpan janggut. Tujuannya agar umat Islam adalah berbeza daripada orang kafir.

    Jadi kalau orang Cina kafir pakai batu jade dengan pelbagai kepercayaannya, tiba-tiba kita juga pakai batu jade walaupun kita tidak mengamalkan kepercayaan karut mereka, bukankah ini sudah bertentangan dengan nasihat Nabi Muhamad SAW agar kita membezakan diri daripada mereka??

    Ingatlah pesanan Nabi "``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  11. sudu berasal dari orang kafir jadi kita tak boleh pakai sudulah ya?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wbh

    Saya baca soalan ini macam saya tidak mahu jawab.

    Persoalan sudu dengan gelang magnet ini adalah satu persoalan yang jauh bezanya.

    Saya nasihatkan shahamain agar ulang baca artikel saya di atas.

    Semoga sdr shahamain diberikan Allah ilmu untuk memahami penulisan-penulisan yang baik dan semoga beliau dimatikan dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. maafkan saya mj saya baru belajar kenal agama

    ReplyDelete
  14. Banyak perkara yang sama dan beza dengan orang kafir yang penting niat kita dan adakah kita mentauhidkan allah. kalau makan makanlah yang halal yang tidak ada diragui kalau pakai pakailah yang menutup aurat sembahyang dalam waktu lebih awal lebih bagus. yang jelas dan terang ikut tapi yang rasa ada campur aduk rs tak yakin tinggalkan

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh

    Cantik kata-kata afs7 di atas. Memang dalam Islam yang hitam itu jelas, yang putih itu jelas diantaranya terdapat kesamaran. Orang yang beriman meninggalkan kawasanb kesamaran ini.

    Bagi setengah orang gelang magnet ini mereka menganggap putih, setengah orang pula menganggap hitam, setengah orang menganggap samar. Saya berpendirian bahawa gelang magnet ini adalah jelas merosakkan akidah sama seperti gelang batu jade dan gelang kayu kokka dan perlu dielakkan.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  16. MENTAUHIDKAN aLLAH ADALAH IBADAH YANG PALING BESAR DALAM AGAMA. SEBENARNYA IALAH MEMBENTUK MAKNA ISLAM SEBENAR. NAMUN RAMAI YANG AGGAL MEMAHAMI INI DAN MENJADIKAN IA DALAM KEADAAN BERSYIRIK TANPA DISEDARINYA

    ReplyDelete
  17. Nabi telah meninggalkan kita umat Islam 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah... sekiranya berpegang kepadanya InsyaAllah tidak akan tersesat selamanya... umat Islam pada hari ini mudah terpedaya dengan hasutan iblis dan syaitan... moga kite diberi kekuatan Allah utk mempertingkatkan Iman kita.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih ustaz MJ. Saya setuju dengan tulisan ustaz ni.. Banyak plak dakwaan dari "pakar-pakar" mengatakan gelang magnet, hematite dan batu kristal dapat menyembuhkan penyakit. Untung mereka dapat tipu orang.. Huhu..

    ReplyDelete
  19. Memang betullah integraillumina. Untung benar syaitan dapat menyesatkan orang Islam dengan cara begini.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Ramai telah ustaz sesatkan. Sebenarnya saudara MJ telah disesatkan oleh syaitan. Bagi tujuan perubatan tanpa beriktikad bahawa sesuatu itu tidak memberi mudharat atau manafaat adalah dibenarkan. Bukan syirik tetapi saudara MJ telah memberi ulasan supaya menyekat ruang pemikiran bahawa kata2 saudara MJ adalah benar.

    Cuba perhatikan:

    Ustaz Zainuddin Hashim

    Bab ini mesti ambil beberapa faktor sebab musabab. Jangan ambil pukul rata menghukum haram sesuatu kenyataan yang digunakan. Bahkan mesti ada penjelasan yang sewajarnya mengikut usul fiqh dan mengikut ulamak tafsir yang muktabar. Inilah yang sering berlaku di dalam negara kita meletakkan hukum tidak kena pada tempatnya sebelum mengkaji terlebih dahulu apakah boleh jadi pada dasar 5 konsep hukum iaitu haram,makruh,wajib,sunat dan harus. Cuba kita lihat ulasan dari beberapa pihak tentang persoalan pemakaian gelang pada lelaki.

    soalannya

    Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya selama-lamanya.” (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)

    Jawapan:

    Hadith yang saudara maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah:

    Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

    Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.

    Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.

    Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.

    Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

    Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

    Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan ter

    ReplyDelete
  21. Sdr penentang, sewaktu naik haji dahulu saya pun memakai gelang tangan yang bertanda "jemaah haji dari Malaysia". Tidak pula saya mensyirikkan mereka yang pakai gelang tangan di musim haji tu.

    Namun gelang ini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#6 adalah syirik kerana sejenis tangkal.

    Gelang dari kayu kokka juga adalah syirik kerana berkonsepkan sama dengan http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#6.

    Gelang dari batu jade hijau yang digemari orang Cina juga adalah syirik kerana berkonsepkan sama dengan http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#6.

    Gelang magnet juga adalah berkonsepkan sama dengan http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu#6.

    Baca dan fahamilah artikel yang sdr copy paste di atas tu. Artikel tersebut tidak ada salahnya pun.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Tak faham soalan betul ler puak wahabi nih! Artikel di atas itu adalah provokasi bagi mereka yang memakai gelang tangan magnet bagi tujuan perubatan adalah menyalahi akidah. Kaji semula iktikad sipemakai gelang bagi tujuan perubatan. Bukannya melakukan syirik pada Allah s.w.t.Sama ada batu,kayu,tangkal yang bersumberkan AQ dalam perubatan Islam tidak salah seperti dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w:

    Para ulama fiqh bersepakat mengatakan bahawa tangkal dan jampi yang dibenarkan hendaklah bersumber daripada Al-Qur’an atau Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, ataupun tidak bercanggah dengan kehendak kedua-dua sumber tersebut. Oleh itu, harus berubat dengan jampi dan tangkal yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, nama-nama dan sifat-sifatNya Allah yang Maha Mulia, zikir-zikir dan doa-doa yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Sunnah Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam.

    Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadits diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu beliau berkata yang maksudnya :

    “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada jampian. Lalu keluarga ‘Amr bin Hazm datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, kami mempunyai jampi yang boleh kami gunakan untuk menjampi sengatan kala, sedangkan engkau melarang jampian.”

    Jabir berkata: “Kemudian mereka pun memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

    Lantas Baginda bersabda: “Aku tidak nampak ianya menjadi apa-apa, barangsiapa di antara kamu yang boleh menolong saudaranya maka tolonglah dia.”
    (Hadits riwayat Muslim)

    Perbuatan keluarga ‘Amr bin Hazm memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam di dalam hadits di atas tujuannya ialah untuk memperlihatkan Baginda adakah jampi mereka bercanggah dengan syariat Islam ataupun tidak? Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya.

    Maka dengan sebab itu, setiap jampi atau tangkal yang hendak diamal atau dipakai itu tidak boleh bersumber daripada selain Al-Qur’an dan Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam ataupun yang bercanggah dengannya.

    Hal ini berketepatan dengan masalah pemakaian kayu kokka,batu,gelang magnet yang tidak ada sebarang unsur syirik dibenarkan. Jika tidak Rasulullah tidak membenarkan 'Amr bin Hazm bila menunjukan jampiannya walaupun bukan dari bahasa AQ.

    ReplyDelete
  23. Mmm.......bila melihat segi kefahaman emjay memang setakat itulah yang dia mampu terima.

    ReplyDelete
  24. Saudara MJ,

    kenapa org2 tarikat atau hakikat sukar sgt hendak menerima teguran yg mengatakan ilmu atau fahaman mereka salah lagi sesat seperti di bawah ini? begitu juga dgn fahaman wahdatul wujud. kenapa ye? boleh dibincangkan hal ini tuan?


    Ajaran Martabat Tujuh

    Martabat Tujuh adalah satu perbincangan mengenai asal usul mula kejadian alam semesta ini. Ilmu ini termasuk dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul Wujud.

    Penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa Mentajalli (menampak) alam semesta daripada Dzatnya sendiri.

    Pertama: Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tidak nyata. Ahadiyah iaitu seperti menilik cermin, wahdah seperti cermin, wahdiyah seperti rupa dalam cermin, martabat La Taayun belum nyata Tuhan dengan hamba.

    Kedua: Wahidiyah – Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad, martabat Taayun Awwal iaitu nyata yang pertama, kelakuan dzat: Syuun, Martabat Muhammad. Ertinya nyawa Muhammad pada pihak pengetahuan Allah.

    Ketiga: Wahdiyah, Martabat Taayun thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayanthabitah namanya iaitu Kenyataannya telah ada bagi ilmu Allah bagi zat dan bagi sekalian yang maujud iaitu jalan tafsil. Tajalli hak Allah kepada martabat ini dengan nama Ar-Rahman bersifat pemurah.

    Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya dan roh itu daripada kehendak Allah Taala yang dibangsakan keadaannya dengan martabat terbit daripada suruhan Tuhan kita dengan berantara sesuatu daripada pergantung.

    Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanyaa iaitu daripada kehendak Allah Taala yang rapat terus daripada segala suku yang halus dan tiada menerima suku ertinya tiadalah menerima akan tegahan dan tiadalah menerima berciri-ciri setengahnya daripada setengahnya dan tiadalah menerima akan tebusan dan tiada menerima zakat kerana halus.

    Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang terus daripada anasir empat, air, tanah, udara dan api dan yang tersebut daripada itu lima perkara iaitu segala batu, tumbuhan, binatang dan segala jin yang tersusun dari segala unsur, nyata Allah taala itu dengan zahir dan Muhammad namanya Mazhar.

    Ketujuh: Alam Insan disebut Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang dihimpunkan segala martabat ini. (Bandingkan dengan buku dari Abdul Fatah Ajaran Sesat 1994 h. 20 – 25).

    ReplyDelete
  25. saudara,
    mana ada tangkal yg di haruskan oleh islam. syirik tu....

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum wbh saudara seagama ku dan laknat Allah terhadap iblis dan pengikutnya.

    Sdr seiras di atas dalam replynya ada menyoal

    "Saudara MJ,

    kenapa org2 tarikat atau hakikat sukar sgt hendak menerima teguran yg mengatakan ilmu atau fahaman mereka salah lagi sesat seperti di bawah ini? begitu juga dgn fahaman wahdatul wujud. kenapa ye? boleh dibincangkan hal ini tuan?"

    Jawapan saya:

    Orang tarekat memang sangat sukar untuk kita membetulkan mereka kerana perspektif atau tanggapan mereka sudah terbalik. Ini adalah sesuai dengan kenyataan yang terdapat dalam Al Quran bermaksud lebih kurang "Apabila seseorang menolak sebahagian dari Al-Quran, Allah SWT menjadikan mereka mencintai perkara mungkar dan membenci kebenaran di sisi agama"

    Orang tarekat bukan menolak satu malahan banyak perkara yang terdapat dalam Al Quran. Sebagai contoh, Al Quran menceritakan bahawa manusia dijadikan dari tanah namun mereka menentangnya dan mengatakan manusia adalah dari Nur Muhamad. Al Quran dan Al Hadis tidak membenarkan kita bertawassul kepada orang yang sudah mati namun mereka bertawassul kepada orang yang sudah mati. Al Quran menyuruh kita berzikir secara perlahan sebab Allah bukan pekak, namun mereka menggalakkan berzikir dengan kuat dan ada yang siap dengan gendang. Al Quran dan hadis menyuruh kita ikut sahaja syariaat dalam Islam namun orang tarekat cukup banyak menambah syariaat.

    Apabila kita menolak sebahagian dari Al Quran maka Allah menjadikan kita menyukai kemungkaran dan membenci kebenaran.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  27. # TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.
    # Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.

    skarang lu nak ckap pe??? gelang untuk perubatan adalah di haruskan

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum
    Saya cuma nak tahu adakah 'Ustaz' ada tauliah dari Jabatan Agama Islam untuk beri nasihat & pengajian/Universiti mana 'Ustaz' belajar?Jika ada bolehkah Ustaz pamerkan dalam blog ini.

    salam
    prihatin

    ReplyDelete
  29. sebagai seorg yg cetek ilmu, saya fikir, klu sesuatu produk kesihatan itu, pada zaman sekarang inilah, contohnye quantum pendant dari www.fusionexcel.com, dikeluarkan setelah bertahun2 kajian oleh pakar2 dan saintis terkemuka dari dalam dan luar negara, malah diperakui khasiatnya oleh beribu2 pengguna di seluruh dunia; adakah ianya masih lagi satu perkara yang salah untuk digunakan kerana setahu saya, penggunaannya tidak melibatkan sama sekali jampi serapah atau seumpamanya; cuma ianya secara semulajadi bertindakbalas dengan kondisi tubuh badan manusia itu sendiri--- dengan kandungan lebih 70 mineralnya dan sebagainya. dan yang paling penting, tersangatlah ramai org yg anda dan sy kenal telahpun lama mengenali produk tersebut dan sy rasa akidah mereka tidak kelihatan terjejas, malah lebih bersyukur dengan kuasa Allah kerana telah mengurniakan bahan mentah tersebut utk ditukar bentuknya kepada sesuatu yg lebih kecil, seragam, sangat berharga, mudah dibawa ke mana2 dan diperlukan oleh mereka yang telah lama mencarinya. apa pendapat saudara?

    ReplyDelete
  30. Saya malas nak berdebat-debat dengan sdr. Bagi saya produk ini adalah sejenis tangkal. Ambil tangkal memang tidak perlu jampi serapah. Sdr nak pakai, pakailah, nanti selepas setahun atau dua tahun datang semula ke Laman Emjay dan beritahu saya FAEDAH-FAEDAH yang telah sdr perolehi dari BATU CELAKA ini!!

    Kalau nak hebat lagi lagi, sdr boleh beli pula batu jade hijau maklumlah batu ini lagi banyak manusia satu dunia memakainya kerana mengharap kebaikan dari batu CELAKA ini!! Banyak kajian dari orang kafir pun telah membuktikan batu jade hijau CELAKA ini pun boleh mendatangkan kebaikan.

    Saya sekadar menyampaikan. Sesiapa sudah jatuh cinta dengan batu-batu CELAKAAAAAAAA, belilah dan pakailah untuk menjadikan sdr SYIRIKKKKKKKKKKKKKKK.

    emjay

    ReplyDelete
  31. Salam pd sdr emjay kenapa soalan saya belum di jawab? Soalan saya ialah adakah sdr emjay ada tauliah dari Jabatan Agama Islam untuk beri nasihat mahu pun komen tentang perkara bersangkut dengan Islam? Dan belajar di mana?
    Jika benar sdr emjay ini boleh dikategori sebagai org yang berilmu kenapa email yang terbaru tidak menampil sebagai org yang berilmu?
    salam
    Kalijago

    ReplyDelete
  32. salam 1malaysia! saya sokong 100% tetapi adalah lebih baik jika perkara seumpama ini diangkat kepada Mej Jen Dato' Jamil Khir untuk disebarkan kepada seluruh warga Islam Malaysia. Macam yg mingguan Malaysia buat ruangan Dr Mazi dan Dr R Tee, kan cantik! semua orang boleh baca dan tahu kebenaran yg saudara buat. Kalau dalam blog, berapa kerat saja yang baca sedangkan warga Islam yg lemah semangat hanya dapat maklumat melalui surat khabar, ie Metro dsbnya. Nak bagus lagi buat pembentangan dalam majlis rajax ke atau apaxlah asalkan semua orang tahu dss. macam salam 1malaysia, kita hanya dengar cakapx kosong je kata ia menyalahi akidah tetapi tiada fatwa dibuat. waullahualam! sori kalau saya silap cakap, eek?

    ReplyDelete
  33. Sdr zam

    Terima kasih kerana saranan sdr.

    Di Malaysia ni berkenaan aura chakra reiki qigong dan segala yang seumpamanya, saya lihat saya ni bersendirian. Ulamak-ulamak dan para mufti entah apa jadinya. Hanya sebahagian ulamak di Indonesia yang turut sama menentang gejala aura chakra reiki qigong kuasa minda. Begitu juga dengan ilmu numerologi yang mana Dr Azizan jadi jaguhnya.

    Saya hanya seorang lemah dan kerdil yang mencari redha Allah SWT dengan memberikan khidmat nasihat percuma kepada mana-mana pembaca yang tersesat ke Laman Emjay. Saya tidak mimpikan platform hebat macam MAZA atau sdr Redhuan Tee Abdullah tu. Bagi saya kalau setiap sebulan 5 orang yang mendapat petunjuk dari tulisan-tulisan saya di Laman Emjay, itu sudah alhamdulillah.

    Emja

    ReplyDelete
  34. dulu sy ada beli kayu kokka dr sorg us.katanya yg telah dibacakan ayat2 al quran..bla pakai mmg ada rse kelainan tp skrg dh xpakai..tp sy ikat pd tali dan buat ala2 bookmark dalam al quran..nak buang syg lak sbb mahai..camana tu

    ReplyDelete
  35. Bakar sajalah kayu kokka tersebut. Ia hanya merosakkan akidah sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  36. betul..mintalah perlindungan dari ALLAH Swt..amalkan Al-Ma'thurat setiap hari lagi bagus..hehe..nak wat ape tangkal2 .benda pelik2 nie..

    ReplyDelete
  37. Betul tu syaidatul86

    Emjay

    ReplyDelete
  38. niat yang baik tak semestinya boleh menghalalkan segala perbuatan kita,dah kalau was was jangan buat.buat yang ikhlas sahaja.ada pepatah niat tidak boleh menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  39. Adakah sdr mengatakan bahawa gelang magnet ini satu perubatan? apa buktinya?? Ia hanya pembohongan untuk merosak akidah umat Islam.

    Emjay

    ReplyDelete
  40. salam,,
    saya nak tanya,,
    mkcik saya bru blek dari mekah,,
    dia belikan sya cincan dari kayu kokka,,salah ke kalua saya pakai encik emjayjb?..
    sedang kan kalau pakai cincin kan adalah sunah nabi..(satu soalan)

    ReplyDelete
  41. Waalaikumussalam wbh

    Orang yang sesat balik haji tidak akan jadi lurus. Payah!!

    Ambik cincin kayu koka dan bakar.

    Nabi memang pakai cincin tetapi kalau saya pakai cincin sakti sebagaimana dijual oleh bomoh sesat ini http://emjayjb.multiply.com/video/item/30 adakah dibenarkan dalam Islam????

    Emjay

    ReplyDelete
  42. salahkah jika saya memakai cincin kayu koka hanya sekadar perhiasan. maksudnya, saya tidak mengharapkan khasiat die pon. saye berniat ntok memakai sekadar perhiasan diri. boleh tak? bagaimana pula jika saya pakai pendant sebagai perhiasan. tiada niat lain hanya sekadar perhiasan.camna ye?

    ReplyDelete
  43. Saya menyoal kembali sdr:
    Salahkah kalau saya menyimpan tangkal sekadar simpanan di rumah, maksudnya, saya tidak mengharapkan khasiat die pon. Jawapannya ialah tidak boleh.

    Sebuah hadis sahih menyebut bahawa maksudnya:
    ``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

    Berdasarkan hadis ini sekiranya sdr memakai cincin sakti walau pun sdr tidak berharapkan kepada cincin ini, sdr sudah termasuk dalam golongan tersebut.

    Dalam bab berkaitan amalan agama asing, sdr tidak boleh menyerupai mereka. Kalau dalam bab makan pakai sudu, ini tidak termasuk amalan keagamaan mereka dan dibolehkan menyamainya.

    Emjay

    ReplyDelete
  44. ``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

    Berdasarkan hadis ini sekiranya sdr memakai cincin sakti walau pun sdr tidak berharapkan kepada cincin ini, sdr sudah termasuk dalam golongan tersebut.

    Dalam bab berkaitan amalan agama asing, sdr tidak boleh menyerupai mereka. Kalau dalam bab makan pakai sudu, ini tidak termasuk amalan keagamaan mereka dan dibolehkan menyamainya.

    Kupiah, Belakang kan sikit serupa dengan yahudi... wakakakakaka.
    Jean haram boss...
    T shirt juga...
    Kalau berkira dan di kira internet juga... wakakakakaka.

    ReplyDelete
  45. salam semua hujah yang di lontar amat positif /disana saya ingin bertanyakan kenapa kayu kokoa yang jadi sasaran /tidak perkara lain /contoh ]makan.minuman /pakaian siapa yang menjadi tonnggak utama yang mengeluarkannya /oang islam atau bukan islam /orang memberi niatnya sebagai hadiah /kita memusnahkannya/adakah itu pembaziran ana cuma ingin bertanya dari hamba ALLAH yang ilmu nya cetek /maaf cuma ingin bertanya

    ReplyDelete
  46. avira-antivirus-pro-crack
    is the best software to kill viruses and malware in your system for your protection. It is full of safety tools. Therefore, you can scan the system in a short time. Besides, it is suitable for both Mac and Windows operating systems.
    freeprokeys

    ReplyDelete
  47. dr-fone-crack can be a productive and fantastic tool for assigning all one of those misplaced data out of the own system. It may operate on different hardware systems, for example, cellular apparatus, and is very flexible.
    new crack

    ReplyDelete
  48. Thanks for sharing such great information, I highly appreciate your hard-working skills which are quite beneficial for me. Movavi Video Converter Crack

    ReplyDelete
  49. Your website is fantastic. The colors and theme are fantastic.
    Are you the one who created this website? Please respond as soon as possible because I'd like to start working on my project.
    I'm starting my blog and I'm curious as to where you got this from or what theme you're using.
    Thank you very much!
    mirillis action crack
    ashampoo winoptimizer crack
    appbitdefender total security crack
    imyfone d back crack

    ReplyDelete
  50. Great post, but I wanted to know if you can write
    something else on this topic? I would really appreciate it if you can explain this.
    A bit more. Appreciation
    audials one crack
    avg pc tuneup crack
    eset nod32 antivirus username password crack
    cinema 4d crack

    ReplyDelete
  51. Good blog post. I certainly appreciate this website. Keep writing!
    eFootball PES 2020 Crack
    magix photostory deluxe crack

    ReplyDelete
  52. Oh, God! Wonderful friend article! Thanks. However, I have problems with your RSS feed.
    I don't understand why I can't join. Does anyone have the same problems with RSS? Who knows the answer, could you answer me? Thanks!!
    nano antivirus pro crack
    train simulator crack
    videosolo video converter ultimate crack
    adobe premiere pro crack

    ReplyDelete
  53. I like this article. I was searching over search engines and found your blog and it really helps thank you very much…
    audials one platinum and record music. audials one platinum all the online services for music, audiobooks, movies and tv shows. Also you can convert formats to fit any device. audials one platinum integrated with Youtube and MySpace allow users to search the video and audio from the internet. audials one platinum can search the video and audio through the criteria such as song title, author name, artist name, allbum, category. audials one platinum

    ReplyDelete
  54. It is your absolute best aide to get Spotify tunes, convert Spotify tracks to MP3, order Spotify library, and so forth On a note, it gives an incredible across the board answer for fulfill your necessities of saving and downloading Spotify sound for practically any contraption. Need for Speed Payback 2022 Crack

    ReplyDelete
  55. Excellent post! We will be linking to this great post on our site. Keep up the good writing.This is one of the best posts in the world I am very happy to you share this post was very impressive for the people.
    Generation Zero Crack
    easy file renamer crack
    hollow knight crack

    ReplyDelete
  56. I am very impressed with your post because this post is very beneficial for me and provide a new knowledge to me. this blog has detailed information, its much more to learn from your blog post.I would like to thank you for the effort you put into writing this page.
    I also hope that you will be able to check the same high-quality content later.Good work with the hard work you have done I appreciate your work thanks for sharing it. It Is very Wounder Full Post.This article is very helpful, I wondered about this amazing article.. This is very informative.
    “you are doing a great job, and give us up to dated information”.
    serato-dj-pro-crack/
    atlantis-word-processor-crack/
    acronis-true-image-crack/
    advanced-systemcare-pro-crack-3/

    ReplyDelete
  57. Here at Karanpccrack, you will get all your favourite software. Our site has a collection of useful software. That will help for your, Visite here and get all your favourite and useful software free.
    karanpccrack
    DriverMax Pro Crack

    ReplyDelete