Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 11 February 2009

Persoalan dari pembaca Laman Emjay berhubung pelajar yang kena histeria


Assalamualaikum wbth

Semalam 10 Feb 2009 terdapat satu reply daripada pembaca Laman Emjay berhubung artikel saya bertajuk “Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam???????” di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/04/mengapa-kerasukan-dan-histeria-hanya.html

Berikut adalah reply tersebut :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
awlasinawdar wrote today at 5:37 AM
ASSALAMUALAIKUM,sy ingin bertanya ttg kaedah yang dinyatakan oleh ustaz utk merawat pelajar histeria iaitu dgn membiarkan pelajar tersebut berseorangan di dlm bilik sehingga pelajar tersebut stabil namun sy msih keliru krn pelajar yg terkena histeria tersebut sendiri mempunyai 'makhluk halus' yg menumpang di dlm tubuhnya. Sblum ini pelajar tersebut pernah mengadu sakit di belakang, apabila diperiksa di hospital doktor tdk dpt mengesan sebarang penyakit pun. Adakah ini merupakan salah satu punca mengapa pelajar tersebut mudah terkena histeria memandangkan ada berlakunya pertembungan di antara dua 'makhluk halus' yg sedia ada di tubuhnya dgn 'makhluk' yg menghuni ssuatu kwsan? Salahkah jika pelajar tersebut mendapatkan khidmat bomoh utk membuang 'makhluk' yg menumpang di tubuhnya? Sungguhpun pelajar tersebut sudah cuba mendekatkan diri kpd ALLAH nmun ia ttap tdk berkesan..

Sy berharap ustaz dpt memberi penjelasan terhadap persoalan sy..wassalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waalaikumussalam wbth
Di dalam reply sdr sebagaimana di atas, terdapat beberapa soalan. Saya cuba menghurai satu demi satu.
Soalan sdr yang pertama:merawat pelajar histeria iaitu dgn membiarkan pelajar tersebut berseorangan di dlm bilik sehingga pelajar tersebut stabil”.
Jawapan saya: Sebagaimana di dalam artikel ini saya ada menyebutkan bahawa:
            Jalan mudah bagi guru di sekolah sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam dalam menangani orang yang kerasukan ialah dengan menjauhkan mangsa tadi dengan mengasingkannya ke satu bilik atau bilik stor yang cukup jauh dari pelajar lain dan seterusnya dibiarkan orang kerasukan ini di dalamnya. Syaitan insya-Allah akan give up dari terus merasuk pelajar ini kerana matlamatnya untuk menakutkan dan menjangkitkan histeria kepada pelajar lain dengan memperdengarkan hilaian dan jeritannya sudah gagal. Kalau tidak ada bilik yang terasing jauh dari pelajar lain, mungkin membawa balik dan mencutikan pelajar ini adalah satu pilihan yang wajar. Namun satu perkara yang perlu dingat ialah tenaga orang yang kerasukan walaupun sekadar wanita yang bertubuh kecil adalah menyamai 8 orang lelaki.
Peranan proses pengasingan pelajar yang kena histeria ini sekadar memenatkan syaitan yang menggoda pelajar ini dan bukan untuk menghalau syaitan / mengeluarkan syaitan daripada tubuh pelajar yang kena histeria ini. Insya-Allah apabila pelajar ini pulih dari proses pengasingan ini, syaitan-syaitan yang merasuk pelajar ini masih berada pada tubuh pelajar ini. Syaitan ini akan merasuk pelajar ini untuk histeria lagi pada masa akan datang (dengan izin Allah swt).
Itulah sebabnya di dalam artikel tersebut saya menulis : “kesian pelajar yang kerap histeria di sekolah saya tu. Akhirnya dia kena buang dari sekolah. Barulah aman sekolah tu”. Begitulah sedihnya mengenangkan seorang wanita Melayu diberhentikan sekolah kerana kerap menggangu pelajar lain dengan gangguan histerianya.
Soalan sdr yang kedua: sy msih keliru krn pelajar yg terkena histeria tersebut sendiri mempunyai 'makhluk halus' yg menumpang di dlm tubuhnya
Jawapan saya:  Marilah kita rujuk dua ayat dari Al Quran iaitu Al A’raaf: 27:
“.... Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”
           
Dan surah Az Zukhruf: 36 
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (Qarin), lalu menjadilah Syaitan (Qarin) itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Daripada penjelasan dari terjemahan 2 ayat AL Quran ini dapat difahami bahawa Allah mengurniakan syaitan (Qarin) yang tidak renggang  yang menjadi teman setia yang sentiasa membisikkan dan merasuk manusia ini agar terus sesat. Qarin inilah juga yang bertugas untuk mengakibatkan kerasukan pada pelajar tersebut.
Qarin ini memang sangat mudah bagi kita umat manusia untuk memperolehinya. Kita tinggalkan solat, maka diberikan Allah Qarin. Menghisap rokok maka diberikan Allah Qarin. Bayangkan kalau sehari meghisap 10 batang rokok, insya-Allah dapat 10 Qarin sehari. Melihat aurat wanita maka diberikan Allah Qarin. Menemui bomoh maka diberikan Allah Qarin. Mengutip tangkal dan azimat dari bomoh maka diberikan Allah Qarin. Lagi banyak tangkal dan azimat dikutip maka lebih banyak Qarin dibawa pulang.
Perlu kita semua fikirkan adakah Qarin dari perbuatan merokok sama taraf dengan Qarin dari mengutip tangkal dan azimat??? Dosa yang lebih besar melayakkan diri untuk mendapat Qarin dari martabat yang lebih hebat. Itulah sebabnya perokok yang semata-mata melakukan dosa merokok sahaja, jarang didengari mereka kena histeria. Mereka yang kena histeria lumrahnya adalah mereka dari golongan yang melakukan perbuatan syirik seperti berurusan dengan bomoh dan mengumpulkan tangkal dan azimat dari bomoh sesat ini. Apabila lebih banyak Qarin dikutip dari usaha syirik ini, lumrahnya selepas satu tahap dan tempuh masa maka Allah berikan histeria akibat dari rasukan Qarin khas dari perbuatan syirik ini.

Soalan sdr ketiga : “Sblum ini pelajar tersebut pernah mengadu sakit di belakang, apabila diperiksa di hospital doktor tdk dpt mengesan sebarang penyakit pun. Adakah ini merupakan salah satu punca mengapa pelajar tersebut mudah terkena histeria memandangkan ada berlakunya pertembungan di antara dua 'makhluk halus' yg sedia ada di tubuhnya dgn 'makhluk' yg menghuni ssuatu kwsan?
Jawapan saya: Pemeriksaan doktor yang negatif bukannya bermaksud pelajar ini tidak ada masalah kesihatan! Ramai orang Melayu terutama sekali dikalangan usia 30an ke atas menghadapi masalah sakit belakang atau sakit pinggang dan setiap kali mereka bertemu doktor menjalani pemeriksaan, doktor berkata mereka sihat tiada masalah sekadar muscle sprain.  Kini bukan sekadar orang berusia 30an ke atas sahaja yang menghadapi masalah ini malahan di kalangan pelajar di sekolah juga telah menghadapi masalah ini dan punca sebenarnya adalah akibat kemerosotan tahap kesihatan buah pinggang.
Berkenaan sakit belakang ini, sdr boleh baca artikel saya bertajuk Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya …….. di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/04/anda-bakal-menghadapi-masalah-yang-sama.html
Pada pandangan saya adalah satu kesilapan besar menghubungkan setiap sakit belakang atau sakit pinggang dengan makhluk halus pada manusia. Ramai orang kafir yang melakukan banyak dosa dan banyaklah Qarin pada tubuh mereka namun mereka tidak menghadapi masalah sakit belakang atau sakit pinggang.
Syaitan juga mampu memasuki tubuh manusia melalui saluran darah sebagaimana Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Adakah apabila syaitan memasuki saluran darah manusia akan kesakitan atau sakit belakang / sakit pinggang sebagaimana kata-kata sdr di atas???
Berkenaan soalan sdr “'makhluk' yg menghuni ssuatu kwsan”, bukankah makhluk syaitan dari golongan jin memang di jadikan Allah dan tinggal bersama kita di dunia ini, jadi mengapakah kita perlu takut dengan mereka?? Ingatlah bahawa syaitan jin adalah lemah dan mereka sebagaimana di nyatakan di dalam Al Quran  bahawa syaitan ini tidak ada daya kekuatan ke atas mereka-mereka yang beriman. Maknanya ialah orang beriman tidak kena gangguan / histeria / kerasukan dan hanya orang tidak beriman akan menerima gangguan / histeria / kerasukan.

Soalan sdr yang keempat: “Salahkah jika pelajar tersebut mendapatkan khidmat bomoh utk membuang 'makhluk' yg menumpang di tubuhnya?
Jawapan saya: Islam yang diajarkan melalui Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali mengajarkan amalan membuang syaitan sama ada syaitan dari golongan manusia atau dari golongan jin. Jikalau amalan membuang jin syaitan yang anda maksudkan sebagai “makhluk” di benarkan di dalam Islam, kini pastinya dunia aman damai dan tidak ada orang jahat. Semuanya baik-baik belaka kerana jin syaitan ini kesemuanya telah dibuang ke dunia lain oleh Nabi Muhamad SAW.
Dengan itu sekiranya sdr berurusan dengan bomoh, pastinya sdr bersalah kerana :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Ertinya : Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan (mengiyakan) apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ 
Ertinya: Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Abu Daud ) 

Silalah baca juga artikel saya bertajuk Histeria di SMK Tanjung Lumpur  - satu kupasan di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/08/histeria-di-smk-tanjung-lumpur-satu.html
Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

19 comments:

  1. Emjay,bagaimana pula kalau tiba-tiba seseorang itu berubah jadi pendiam,dan apabila ditanya dia hanya memberitahu ada perempuan berbaju putih berambut panjang sedang terbang ke sana ke mari..lepas tu dia hny diam dan seolah-olah tidak ada perasaan je kelihatannya.

    ReplyDelete
  2. Assalamu a'laikum Wr.Wb
    sedang saya surfe internet mengenai Qarin .... saya menjumpai satu artical dari harto nading ....harap tuan dapat memberi sedikit pencerahan mengenai isu ini terutamanya mengenai hadis dari abadullah bin mas'ud



    Tanggapan dari : Harto Nading.
    Assalamu a'laikum Wr.Wb.

    Jin Pendamping atau (Qarin):
    Abadullah Bin Mas'ud mengatakan bahwa : Rasulullah saw bersabda;
    "Tidak ada seorangpun diantara kalian yang tidak ditunjuk untuknya Jin
    pendamping (Qarin)". Para sahabat bertanya; "Termasuk anda ya
    Rasulullah ?, "Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan
    Allah,sehingga Jin pendampingku masuk Islam, dan dia tidak pernah
    mengajakku
    kecuali yang baik-baik".

    Jin pendamping (Qarin) Rasulullah saw, adalah bernama Habib Al-Huda,
    beragama Islam dan menurut para ulama sampai sekarang beliau masih hidup,
    beliau tinggal di Baqi'. Beliau mempunyai majelis pengajaran tafsir dan
    hadis-hadis Rasulullah saw disana yang didatangi oleh jin-jin muslim.
    Hal ini bisa saja terjadi sebab mengingat umur rata2 Jin adalah panjang
    yang
    bisa mencapai ratusan dan ribuan tahun, seperti yang telah saya kemukakan
    pada topik sebelumnya.

    Bagi orang kita orang awam akan timbul pertanyaan : Apakah Jin pendamping
    muslim itu juga pasti muslim ..?, jawabnya tidak mesti. Kadang-kadang
    Jin
    pendamping seorang muslim itu adalah jin muslim, tetapi ada juga jin
    kafir,
    ateis, penyembah berhalah, kristen, yahudi. Jin pendamping (qarin) yang
    non
    muslim ini, bertengger dibahu kiri pada orang yang didampinginya, dan dia
    adalah pendukung kejahatan. Tetapi pengaruh manusia terhadap jin lebih
    besar
    ketimbang pengaruh jin terhadap manusia.
    Jin Pedamping yang muslim, sangat mencintai orang muslim yang
    didampinginya
    dalam derajat yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia. Dia melindungi
    manusia yang didampinginya dari berbagai bahaya, dan membantu untuk
    melaksanakan ketaatan kepada Allah. Ketika anda lupa sholat dia membantu
    mengingatkan dan membangunkan anda. Dia tidak pernah meninggalkan orang
    muslim yang didampinginya kecuali orang tsb sedang menggauli istrinya.
    Ketika sang suami isteri sudah masuk kamar dan pintu ditutup, maka Qarin
    dengan sekejap sudah berada di Mekkah untuk sholat disana, dan balik lagi
    dalam waktu sekejap kerumah orang muslim tsb.
    JIn pendamping dikuatkan oleh dalil Al-Qur'an dalam (QS. Qaf: 23-31).

    Bagai mana tentang perkawinan manusia dengan Jin. mungkinkah itu..?

    Berdasarkan dalil Al-Qur'an dan logika manusia, hal tersebut tidak mungkin
    terjadi, sebab manusia dan jin mempunyai wujud tubuh dan watak yang
    berbeda,
    walaupun disisi lain terdapat banyak kesamaan.
    Allah berfirman dalam (QS. Ar-Rum :21); "Dan diantara tanda-tanda
    kekuasaan-Nya, Dia telah menjadikan pasangan-pasangan dari jenismu,
    agar supaya kamu tenang bersamanya, dan menjadikan diantaramu cinta
    dan kasih sayang".
    Ayat yang mulia ini berlaku untuk Jin dan manusia, maksudnya manusia hanya
    bisa kawin dengan manusia saja, dan begitu pula Jin hanya bisa kawin
    dengan
    sesama jin.
    Kalaupun itu terjadi..maka ada pengecualian yang memerlukan penelitian
    para
    ulama lebih lanjut berdasar kepada dalil Al Qur'an dan Hadis Rasulullah
    saw.

    Yang sering terjadi adalah : Jin kafir ikut bergabung (masuk) kedalam
    tubuh suami dan melakukan senggama, bahkan bisa pula ianya mengeluarkan
    nutfahnya bersama2 dengan suami tsb, dan meninggalkan nutfah tersebut didalam rahim
    istrinya.
    Atau Jin kafir (setan) datang dengan merubah bentuk seperti seorang suami
    bahkan mirip dengan suami seseorang wanita yang didatanginya dan melakukan
    bersetubuan dengan wanita tersebut sebagai mana layaknya seorang suami,
    namun sperma yang bercampur dengan sperma jin t

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbh

    Orang yang kena histeria juga dari ceria berubah ke murung.

    Bagi persoalan sdr di mana seseorang jadi pendiam dan dapat melihat perempuan berbaju putih berambut panjang sedang terbang ke sana ke mari, ini juga adalah satu balasan musibah dari Allah kerana antara punca utamanya ialah mensyirikkan Allah dengan berurusan dengan bomoh dan mengutip tangkal dan azimat.

    Kalau ibu bapanya berurusan dengan bomoh dan mengutip tangkal dan azimat, kerap juga berlaku dimana anak-anak akan diganggu sebagaimana cerita sdr dia atas. Ada juga kes anak kerap berjumpa / nampak hantu pelbagai rupa di dalam rumah akibat ibu bapa yang berurusan dengan bomoh dan mengutip tangkal selain dari berbagai bunyi di dalam rumah tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Berkenaan soalan dari northsite5201 di atas:

    Assalamualaikum wbh

    Bahagian berikut dari petikan Harto Nading di atas adalah sahih dan terdapat juga di buku Sahih Muslim.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Berkenaan artikel dari Jin Pendamping atau (Qarin):
    Abadullah Bin Mas'ud mengatakan bahwa : Rasulullah saw bersabda;
    "Tidak ada seorangpun diantara kalian yang tidak ditunjuk untuknya Jin
    pendamping (Qarin)". Para sahabat bertanya; "Termasuk anda ya
    Rasulullah ?, "Ya" jawab Nabi, Hanya saja aku mendapat pertolongan
    Allah,sehingga Jin pendampingku masuk Islam, dan dia tidak pernah
    mengajakku kecuali yang baik-baik".
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Bahagian lain dari artikel Harto Nading berkenaan Qarin, menurut pendapat saya hanyalah mengarut sahaja.

    Marilah kita rujuk semula ayat Al Quran terjemahan dari Dan surah Az Zukhruf: 36

    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (Qarin), lalu menjadilah Syaitan (Qarin) itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

    Jikalau sdr berzina dan dengan itu Allah menganugerahkan sdr Qarin yang menjadi teman yang tidak pernah renggang dari kalangan jin Islam yang sentiasa menasihati kepada perkara yang baik-baik, insya-Allah anda tidak akan berzina lagi kerana Qarin sdr akan sentiasa menasihati agar tidak lagi berzina. Mana mungkin berlaku sebegini kerana hakikatnya sekali sdr berzina, Qarin yang sdr perolehi akan sentiasa mengajak ke arah berzina lagi kerana sesungguhnya Qarin adalah syaitan (kecuali Qarin bagi Nabi Muahamad saw sahaja). Itulah sebabnya orang yang menghisap dadah untuk pertama kali akan diberikan Allah Qarin dan Qarin inilah yang akan memujuk orang tersebut untuk terus menghisap dadah.

    Bacalah artikel saya Iblis, syaitan dan jin di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93

    Artikel Harto Nading di atas cukup merbahaya kerana beliau seolah-olah menggalakkan kita manusia berbaik-baik dan bersahabat dengan jin sedangkan Nabi Muhamad dan para sahabat tidak melakukannya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. ko ni mcm la perfect,qarin ko emjay bangsa apa?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    Kalau nak tahu, bacalah artikel saya bertajuk "Iblis, syaitan dan jin" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93

    Emjay

    ReplyDelete
  7. laupan09 jgnla emo... akademik la sket.

    ReplyDelete
  8. Jibts & Taghut juga spesis setan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbh..

    Melalui petikan/statement di atas berbunyi:
    Salahkah jika pelajar tersebut mendapatkan khidmat bomoh utk membuang 'makhluk' yg menumpang di tubuhnya?Sungguhpun pelajar tersebut sudah cuba mendekatkan diri kpd ALLAH nmun ia ttap tdk berkesan.

    Jelas sekali pelajar tersebut masih tidak yakin dengan Allah sebenar-benarnya, sejauh mana pendampingan dirinya dengan Allah, keikhlasannya , keyakinannya terhada Allah dan akhirnya berjumpa dengan bomoh, seolah-olah tidak yakin terus dengan Allah, nauzubillah.. (bahaya sungguh petikan yang last sekali itu).

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh

    Bila nak datang rumah lagi bhmn. Jemputlah datang boleh bersembang.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah , ada kelapangan nanti sampailah saya kerumah, sekarang sedikit sibuk kerja tak menentu,
    terima kasih..

    ReplyDelete
  12. Assalamulaikum

    Tuan emjay saya hendak menziarahi tuan, Insaallah saya akan ke jb hari sabtu mungkin kita boleh berjumpa dan bersembang pada hari ahad atau masa yg sesuai. Nanti saya SMS bila nak jalan.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh

    Selamat jalan dan semoga dipermudahkan urusannya

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Terimakasih kerana sudi menerima kunjungan kami..semoga pertemuan ini akan bermanafaat untuk kita dan umat.

    ReplyDelete
  15. salam ..
    betul ustaz..Tipu je kena histeria..

    ReplyDelete
  16. salam ustaz.tp bagaimana jika histeria itu disebabkan oleh jin2?kn jin tu wujud ust mj??? sy pnh ada pgalaman mlihat org dirasuk ni.kwn sy sndri smsa kami pg di rumah banglo tgl..kononnya brani la.mcmane ustz? adakah cara lain utk mgelaknya?untuk pgetahuan ustz,smasa nk pulg dr tmpt kjadian, knderaan kami terangkat tyr blakangnya shingga hmpir kmalangan.

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Memanglah histeria ini dengan izin Allah disebabkan jin. Untuk mengelakkan gangguan jin, pohonlah perlindungan dari Allah SWT. Inilah yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam di mana orang Islam memohon terus kepada Allah sedangkan bukan Islam memohon kepada berhala atau sekutu-sekutu Allah seperti tangkal dan sebagainya.

    Tentang jin ni, istana ratu Balkis pun dia boleh angkat (dengan izin Allah) inikan pula sekadar kereta sdr. Namun gembiralah wahai orang beriman kerana Allah menyatakan dalam surah Al Israa' :[65]
    Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka; cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

    Apabila kita silap, Allah jadikan kita lebih lemah dari setan namun apabila kita beriman, jin tersebut tidak akan dapat mengangkat kereta sdr kerana Allah melindungi kita.

    Jadikanlah pengalaman sdr tersebut sebagai satu pengalaman berharga.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. salahkan diri sendiri dulu... kalau kita benar-benar mengamalkan ajaran islam, solat, puasa, baca quran dll insyaallah tak semudah itu dapat ditembusi oleh sihir...

    ReplyDelete
  19. Benarlah tu. Alhamdulillah

    Emjay

    ReplyDelete