Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday 24 May 2009

Mengapa isteri kuat cemburu?? (Isu tentang keguguran)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Assalamualaikum wbh

Tiga minggu saya tidak menulis di Laman Emjay. Hajat hati untuk menulis tetapi apa kan daya, yang wajib kenalah di dahulukan berbanding yang sunat. Saya menerima gaji bulanan dari UTM dan skop kerja tugas saya meliputi berbagai perkara termasuk sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan. Buat pertama kali saya melakukan satu tugasan menyertai pertandingan penyelidikan anjuran UKM semata-mata kerana akur dengan perintah dari ketua jabatan saya. Di dalam kesibukan untuk menanda kertas jawapan pelajar, saya redhakan diri untuk melakukan pelbagai perkara sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan penyelidikan berkaitan pendidikan tersebut yang berlangsung dari 18 Mei hingga 21 Mei di Allson Kelana Resort Seremban. Pelbagai perkara kena disiapkan dari menyiapkan produk, poster, laman web, flyers, guestbook, bookmark dsbnya. Satu perisian baru terpaksa saya pelajari iaitu Dreamweaver 8 untuk membina laman web penyelidikan tersebut. Alhamdulillah dapat juga anugerah pingat perak dalam pertandingan tersebut.

Dalam kesibukan saya (teramat sibuk sebenarnya),  seorang bekas pelajar saya yang saya namakan Asiah (bukan nama sebenar) menghantar SMS ingin berjumpa dengan saya. Saya tiada pilihan melainkan mengizinkan pertemuan tersebut. Asiah sewaktu di dalam kelas saya dahulu memang baik orangnya. Banyak perkara yang sudah dipelajarinya. Akhlaknya juga sudah berubah lantaran ilmu yang telah dipelajarinya. Namun Asiah sudah kena tipuan dari syaitan iaitu ia merasakan ilmu yang telah dipelajarinya dari saya sudah mencukupi untuk beliau melayari alam perkahwinan ini.

Saya sudah terasa bahawa Asiah sedang mengalami masalah yang besar apabila setelah sekian lama Asiah menemui saya pada bulan lepas bercerita bahawa beliau sudah berkahwin. Dari penampilan diri menyerlahkan bahawa Asiah sedang mengalami masalah besar. Namun ini semua adalah sekadar telahan saya sahaja. Apabila Asiah mengirim SMS menyatakan hasrat untuk bertemu saya, tekaan saya semakin ternyata benar. Kebenaran tekaan ini terserlah apabila perkara yang dibincangkan antara kami memanglah perkara besar.

Pada permulaan pertemuan, Asiah menceritakan bahawa beliau baru sahaja keguguran. Daripada ilmu yang diajarkan oleh arwah guru, keguguran adalah diakibatkan masalah besar yang selalunya disebabkan pergeseran antara isteri dengan suaminya. Asiah baru sahaja berkahwin belum sampai pun setahun tetapi beliau sudah mengalami pergeseran yang panas. Kini tiba giliran saya untuk mencari apakah sebenarnya punca masalah besar pergeseran antara Asiah dengan suaminya. Hasil dari temubual saya dengan Asiah, berikut adalah kesimpulan temubual tersebut:

  1. Asiah sangat cemburu dengan suaminya dan amat terasa perasaan cemburu ini apabila suaminya balik lewat atau sedikit lewat dari kebiasaan.
  2. Perasaan cemburu ini akhirnya menyebabkan pergeseran antara mereka apabila suami balik lewat.
  3. Perasaan cemburu ini timbul kerana kegusaran di dalam hatinya bahawa suaminya akan terpikat dengan orang ketiga.
Setelah menemui punca masalah Asiah ini, saya mula mengatur langkah mencari pendekatan terbaik untuk mendidik Asiah semoga beliau dapat keluar dari permasalahan yang besar ini. Saya memulakan soalan “apakah hukumnya menolak hanya satu perkataan di dalam Al Quran?”. Asiah bersetuju bahawa penolakan ini akan menjadikan pelakunya rosak akidah kerana ingkar menolak ketetapan Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam Al Quran. Perkara ini dijelaskan oleh ramai ulamak dan saya copy paste berikut sekali lagi ketetapan sebagaimana yang ditulis oleh  Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) mengenai hal-hal yang menggugurkan Islam.

Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:

1.      Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu  bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".
Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:
"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'." 

2.   Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.

3.   Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.
(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)

4.   Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.

5.   Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.
      (Sebagai latihan, apakah hukum seseorang yang membenci hukum poligami dalam Islam.)

6.      Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya
"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

7.      Sihir: seperti sharf  dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:
Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".

8.   Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:
Al Maidah: 51. Ertinya:
"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".

9.   Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.

10.  Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya?  Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".

Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.

Seterusnya saya mengemukakan soalan kedua iaitu ”Apakah hukumnya menolak atau membenci hukum potong tangan bagi mereka yang tidak berhak untuk mencuri”. Asiah juga bersetuju bahawa hukumnya adalah rosak akidah.

Seterusnya saya mengemukakan soalan ketiga iaitu “Apakah hukumnya menolak atau membenci hukum poligami dalam Islam?”. Asiah yang sudah diperangkap dengan soalan satu dan dua dengan teragak-agak terpaksa menjawab antara kedengaran dengan tidak iaitu “rosak akidah".

Saya terus menasihati Asiah bahawa sesungguhnya beliau telah membenarkan dirinya menjadi orang yang rosak akidah kerana membenci serta menolak hukum poligami yang dibenarkan dan menjadi satu sunnah dalam Islam. Saya terus menasihati Asiah bahawa saya menjelaskan perkara ini bukan kerana menyuruh suaminya berpoligami tetapi adalah kerana memaksakan Asiah agar redha dengan segala hukum dalam syariaat Islam. Menolak satu hukum atau membencinya menjadikan pelakunya rosak akidah. Perkara ini telah pun saya kupas dalam artikel saya terdahulu bertajuk “Bacaan penting kaum hawa ” di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/08/bacaan-penting-kaum-hawa.html

Saya memanjangkan nasihat saya dengan menjelaskan bahawa setiap dosa akan membawa kepada musibah sesuai dengan Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya?  Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa". 

An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Seterusnya saya mengulangi semula rentetan masalah yang telah di lalui oleh Asiah sebagaimana berikut:

1.       Asiah melakukan dosa terbesar di dalam Islam iiaitu menolak dan membenci hukum poligami dalam Islam

2.       Kebencian ini menyebabkan Asiah sentiasa buruk sangka terhadap suaminya (dzan). Islam telah memperingatkan dengan sekeras-kerasnya tentang buruk-sangka, baik kepada Allah maupun kepada sesama manusia. Dia berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut melahirkan sifat-sifat zalim dan sebagainya. Akibatnya seseorang insan akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa buruk sangka dengan suaminya serta tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Buruk sangka paling besar bagi Asiah ialah suaminya terpikat dengan perempuan lain.

3.       Perasaan buruk sangka ini seterusnya menerbitkan perasaan cemburu atau cemburu buta terhadap suaminya.

4.       Buruk sangka dan cemburu ini seterusnya membuahkan pelbagai masalah antara mereka seperti pergeseran dan pergeseran ini adalah hadiah daripada Allah kerana kesilapan Asiah melakukan perkara yang ditegah Islam iaitu menolak poligami, buruk sangka dan cemburu buta.

5.       Kemuncak kepada musibah daripada Allah di atas segala kesilapan yang berlaku kepada Asiah serta kesilapan juga kepada suami kerana tidak mendidik isterinya mengikut acuan Islam maka Allah SWT mengurniakan KEGUGURAN.

Sebagai penutup perbincangan saya dengan Asiah, saya menasihati agar sekembalinya Asiah ke rumah, lakukanlah solat taubat 2 rakaat kerana sesungguhnya kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan amat besar di dalam Islam. Bertaubatlah dengan sesungguh taubat. Malam ini adukanlah segala kesilapan kepada suami dan mintalah keampunan darinya. Semoga Allah dan suami mengampunkan segala kesalahan dan semoga taubat ini dibalas dengan pelbagai rahmat dari Allah SWT.

(Updated 15 Disember 2019. Asiah telah berjumpa semula dengan saya kira-kira 2 tahun kemudian dan sudah ada anak 1, alhamdulillah.)

Sehubungan dengan cerita Asiah ini saya ada juga mendengar cerita seorang hamba Allah sudah beristeri untuk agak lama namun apa yang dianugerahkan oleh Allah adalah isterinya sekadar keguguran melebihi 10 kali. Hingga sekarang hamba Allah ini masih belum dikurniakan anak. Saya dengar isteri hamba Allah ini bukan main cemburu dan “queen control” terhadap hamba Allah ini. Sampai bilalah hamba Allah dan isterinya ini berjaya memahami mesej yang disampaikan oleh  Allah melalui musibah keguguran ini. 

(Updated 15 Disember 2019. Berita terakhir saya dengar tentang hamba Allah ini ialah bahawa beliau telah pun bercerai dengan isterinya beberapa tahun lepas. Beliau telah pun selamat berkahwin dengan isteri baharu kira-kira 4 tahun lepas.) 

Kepada semua pembaca Laman Emjay serta diri saya sendiri, terimalah dan redhalah dengan setiap ketetapan hukum dalam syariat Islam. Menolak atau membenci salah satu darinya adalah merosak akidah. Rosak akidah adalah dosa besar dan seandainya tidak bertaubat maka kekal abadilah di neraka. Apatah lagi kalau kita menolak lebih dari satu.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay

Tuesday 5 May 2009

Syirik Moden Aura, Chakra,Kuasa Minda Dan Sewaktu Dengannya

Syirik Moden Aura, Chakra,Kuasa Minda Dan Sewaktu Dengannya

Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail


Artikel ini bukannya hendak menuduh atau memfitnah sesiapa yang mengamalkan perubatan dan amalan tersebut sesat tetapi kerana perbuatan dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara itu yang saya maksudkan. Berdasarkan  beberapa kenyatan di laman web tersebut saya melihat perkara ini melibatkan akidah muslim dan saya sebagai seorang  muslim perlu ada rasa tanggunggjawab untuk memperbetulkan amalan perubatan tersebut supaya kita tidak terjerumus kekancah syirik. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya mempersekutukan Allah (Syirik) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [Luqman : 13]

Rasulullah SAW bersabda:

Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni menyakinkan) [H.R al-Tirmizi disahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi-hadis no:2518]

Maka dari situ segala perkara yang melibatkan antara urusan tauhid dan syirik perlu kita berwaspada. Janganlah disebabkan bisikan hati kita mengatakan  tidak mengapa asalkan berkesan dan bermanfaat. Itu sudah jelas termasuk perkara yang syubhat. Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari).

Pertama sekali kita perlu fahami bahawa agama islam dibangunkan atas kedudukan yang dinamakan at-taslim, yakni penyerahan diri secara total kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan ajaran yang baginda bawa antaranya larangan untuk bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir iaitu ciri-ciri khusus orang kafir baik dari segi ritual keagamaanya, akidahnya, adat-istiadatnya dan peribadatannya atau apa sahaja yang menunjukkan ciri khas mereka maka islam melarang. Jika bukan ciri khas orang kafir dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariat maka ia tidak termasuk tasyabbuh.

Rasulullah SAW bersabda:
“Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai (bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka”. (Riwayat Abu Daud, no. 3512, sahih).
Maka perlulah kita berwaspada dan berhati-hati pada amalan yang bersangkut-paut dengan orang kafir: Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan ikut cara umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya.” Sahabat bertanya: Golongan Yahudi dan Nasranikah (yang kamu maksudkan)? Baginda menjawab: (Kalau tidak mereka) Siapa lagi?” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 

Apa yang penulis lihat berkenaan perubatan menggunakan aura seri, chakra, kuasa minda dan sewaktu dengannya ianya boleh jatuh ketahap tasyabbuh dan syirik. Ini kerana apabila amalan tasyabbuh ini melibatkan keyakinan, beberapa perkara masalah ibadah atau masalah tauhid dan akidah maka ia boleh dihukum sebagai syirik.

Mungkin kita akan berkata itu semua sudah terbukti dalam kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanan perubatan tersebut. Memang benar tetapi kita perlu ingat sains bukanlah satu platform untuk menghalalkan segala-galanya jika ia jelas bertentangan dengan syariat islam. Contohnya teori Darwin di mana manusia berasal dari beruk maka sesiapa sahaja mempercayai teori tersebut akan  rosaklah akidahnya.

Berikut adalah beberapa keterangan tentang aura seri dan kegunaannya. Untuk lebih terperinci anda boleh melihat web tersebut seperti :
6.      Dan lain-lain

Apa itu Aura Seri?
Aura Seri ialah adunan minyak aroma pati bunga-bungaan terpilih yang di pertenagakan dengan Tenaga Alam semesta, tenaga kristal, tenaga garam kristal dan tenaga bunga emas. Ia mampu membangkitkan aura anda dalam tempoh paling singkat dan mudah.

Katanya lagi: Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.[1]


Kegunaan Aura Seri
1.      Aura Seri boleh dijadikan `Pagar Rumah?

    • Sediakan campuran air dan 7 titisan aura seri, boleh gunakan pam air semburan.
    • Ambil wudhu dan mulai dengan azan@qamat
    • Mulakan di pintu sebelah kanan bacalah Al-Fatihah 3 kali , Ayat Kursi 7 kali dan semburkan ke dinding rumah dengan diiringi dengan kalimah Allahu Akbar seberapa banyak yg mungkin.
    • Elakkan semburan di pintu kerana ianya merupakan laluan malaikat dan rezeki yg keluar masuk rumah.
    • Setelah tamat masuk kembali ke pintu utama tutup kembali dengan Al-Fatihah 3 kali dan Ayat Kursi 7 kali.
    • Semoga dengan ikhtiar ini membantu utuk menjalani kehidupan yg lebih hening dan sejahtera dan jauh dari gangguan unsur jin dan syaitan yg telah berjanji menghuru-harakan manusia. Insyallah...

2.      Untuk mempercepatkan jodoh...( petikan kursus dengan DR.Ibrahim )

    • Mandi dengan aura seri ikut step kat atas..
    • Niatkan agar dipermudahkan jodoh.
    • Mesti di niatkan dengan keinginan yg bersungguh-sungguh .
    • Petikan kursus DR.Ibrahim dari pengedar: "Kawan saya nih dah 3 kali putus tunang, dan saya terfikir nak bagi dia try aura seri..dan alhamdulillah selepas 3 bulan dia mendapat jodoh dia...alhamdulillah...

3.      Jika dikhuatiri ada gangguan makhluk halus

    • Niatkanlah.. Mohon pd Allah : "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha makhluk halus berada di dalam tubuhku, sekiranya ada Ya Allah engkau musnahkanlah, hancurkanlah, jauh dan pergikanlah ganguan itu beserta dengan air yang mengalir ini...( Bayangkan sepenuh hati & minda)....InsyaAllah moga-moga usaha kita membantu dan berhasil...Munajat pd Allah...tingkatkan amalan...semoga gangguan sepsis mampu kita hindari. Lepas mandi, titik 1 titis kat tangan dan gosok2 kan dgn kedua2 belah tangan smpi tapak tgn rasa hangat skit, then baru sapu kat muka...sambil gosok tu smbil niat...

4.      Lain-lain kegunaan Aura Seri

    • Anda menderita gaot ~ Anda boleh mencuba kaedah ini...ambil baldi dan diisi dengan ketul ais (agak-agak lah) letak air dan ditambah dengan titisan aura seri kalau ada garam kristal boleh letak 1 penutup... Rendam kaki anda selama mana anda tahan.. Insya Alllah..kaki anda akan terasa lebih ringan ..
    • Demam panas ~ mandi & sapu aura seri insyaallah panas akan turun serta merta...
    • Chicken pox ~ sapu aura seri kat bdn, pasti xgatal2...
    • Kencing manis ~ sapu je kt tmpt luka insyallah xmelarat..
    • Gangguan Saka/Sihir/Santau ~ amalkan mandian aura seri + garam kristal , spray kan sudut2 rumah dengan aura seri dan letakkan campuran aura seri + garam kristal di sudut2 rumah ..insyallah khasiat yg terkandung di dalam aura seri dan garam kristal dapat mengkucar-kacirkan anasir2 negatif yg berada di dalam badan...seperti testimoni dr ibrahim yg mana seorang yg terkena santau mengamalkan mandian aura seri dan garam kristal keluar kaca2 halus dari bulu roma beliau...[2]

Hubungkait Aura Dalam Kehidupan
Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan di bahagian bawah dan paling laju di bahagian Crown Chakra).

Medan tenaga ini (Aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang lebih dikenali sebagai Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu-pintu chakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat atau tertutup, maka, ada kemungkinan kita akan terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita.  Ia akan menjadikan kita penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, berfikiran negative yang menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya.[3]


Apa Itu Kuasa Minda?

Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA kian popular dalam masyarakat di negara ini. Adalah penting untuk  mendedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan tahu bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian, baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan. Di negara-negara maju, pendedahan seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu ilmu yang amat berkesan bagi melahirkan individu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya.   dari itu tidak hairanlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya. Kenapa tidak kita? [4]

Fatwa Ulamak

Berikut adalah fatwa Dar al-Ifta’ Mesir tentang YOGA. Kemungkinan boleh dikaitkan dengan amalan kuasa minda, tenaga dalaman, chakra, aura dan seumpamanya.

Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga) semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman sesuatu, dan ia telah pun ditegah.

Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al- Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.[5]

Fatwa from Dr. Abdullah Al-Faqih, Supervisor of Fatwa Center at Islamicweb.com, states about the energy therapy.
Question:
Dear scholars, As-Salamu `alaykum. A TV program hosted a specialist in the field of energy therapy. In the program, the specialist said that energy therapy is a Japanese exercise called (Reiki Jin-Kei-Do). According to her, it is not a new science, as it is practiced in Islam under the name of ruqyah, which can be considered a variety of energy therapy. The concept of energy therapy revolves around treating the electromagnetic field of the body. She also gave the address of a Web site that gives more information on this. How do you view this type of treatment? And what is the Islamic ruling on it? Jazakum Allah khayran.
Answer:

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His sake.

Generally speaking, energy therapy involves two different branches. The first is offered in special hospitals with certain methods that are free of polytheist rituals and phrases. There is no harm, as far Islam concerned, in practicing and undergoing this type of therapy.
The other branch, however, includes prohibited practices. The type mentioned in the question belongs to this prohibited branch of energy therapy since it is composed of Buddhist rituals. The advocates of this kind of therapy try to deceive people by claiming that it is merely another form of Islamic ruqyah. This is a big lie. Islamic ruqyah depends only on the noble verses of the Qur’an and the authentic hadiths of the Prophet (peace and blessings be upon him).
In his response to your question, Dr. Abdullah Al-Faqih, Supervisor of Fatwa Center at Islamicweb.com, states:
The energy therapy mentioned in the question is definitely prohibited. Such kind of therapy is no more than polytheist rituals which are performed in East Asia. As the questioner said, it is a Japanese practice called Reiki Jin-Kei-Do.
Visiting the Healing Touch Web site, one realizes that it propagates Buddhism, a polytheist religion based on worshiping others than Allah. The site admits that one who seeks this kind of therapy must be a Buddhist to attain the highest level of benefit. If one wants to make use of this kind of therapy, one should swear allegiance to Buddha and his teachings. The apparent minor details of this therapy are available and attainable, but the principal facts and details are available only for Buddhists.
According to the Web site, this kind of therapy involves daily tasks that include practicing yoga exercises, reading Buddhist books, and repeating the oath of allegiance. Such acts, in fact, are kufr (disbelief in Allah), which must be denounced and rejected no matter what title or name they come under. The world today witnesses a wave of calls for Buddhism, especially in the areas of medication and sports. Thus, Muslims must be on the alert.
To claim that such therapy is known in Islam under the name of ruqyah is brazen lying. In Islam, ruqyah means reciting parts of the Qur’an or some supplications mentioned by the Prophet (peace and blessings be upon him). They are based on belief in the Oneness of Allah, not in Buddha and his teachings. This fact draws a demarcation line between monotheism and polytheism, belief and disbelief.
So, we warn Muslims against such programs and new polytheist calls that corrupt the faith and damage Muslims creeds.[6]

Komen Penulis
7 Chakra dalam tubuh manusia yang menjadi ritual amalan Hindu boleh dilihat di wikipedia. Ianya jelas menyerupai amalan khusus Hindu. Aura dan Chakra juga telah dilakukan di Negara seperti Amerika dan Eropah. Cuma bezanya masyarakat Islam di Malaysia hanya memasukkan selawat, membaca bismillah dan pelbagai lagi bacaan supaya kelihatan menyerupai ajaran agama islam.
Illustration of a yogi showing the seven chakras, Kangra school. Late 18th century A.D.
Lihat link dibawah:
                -  http://www.geocities.com/Athens/Olympus/6581/quantumchakras.html

Jika kita lihat artikel diatas berkenaan “Kegunaan Aura Seri”  ia menyatakan salah satunya ialah dapat mempercepatkan jodoh. Perlu dijelaskan hal mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia melainkan hanya  Allah SWT sahaja.  Itu merupakan satu amalan yang dilarang dalam islam. Allah s.w.t berfirman:
"dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawa tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah" [An-Naml ayat 65]

Sama juga dengan kenyataan berkenaan “Apa itu Aura Seri?” yang menyatakan bahawa:
Masyarakat Melayu mempercayai  mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Walaupun wujudnya kejadian saintifik tersebut tetapi sudah jelas bahawa rawatan mandi bunga itu berasal dari orang hindu yang mempercayai aliran tenaga yang boleh berpindah dari bunga serta warna bunga dan ajaran ini memang selari dengan aura dan chakra.Ini kerana semua perbuatan orang kafir pada dasarnya adalah kesesatan walaupun anda melihat perkara itu menakjubkan tetapi perbuatan orang kafir baik akidahnya, adat-istiadatnya, atau amalan khasnya adalah sesat. Firman Allah s.w.t:
“Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”[Al Furqaan: 23]

Apa yang penulis ketahui sesetengah masyarakat melayu dahulu mempercayai untuk memajukan perniagaan, mengeratkan hubungan suami isteri, mempercepatkan jodoh, menghilangkan penyakit dan pelbagai lagi mereka akan berjumpa dengan bomoh dan bomoh atau pengunjung tersebut akan dibawakan bunga-bungaan dan asam limau untuk dijampi oleh bomoh tersebut. Maka ia tidak jauh bezanya dengan mandi aura seri  yang juga dapat mempercepatkan jodoh, memajukan perniagaan, menghalau gangguan unsur-unsur asing dan pelbagai lagi yang lebih mirip konsepnya dengan bomoh tersebut. 

Kepercayaan menggunakan aura seri itu lebih kurang hasil kepercayaan penganut Hinduisme yang mempercayai dengan mandi bunga dapat menghalau makluk halus, mempercayai bahawa bau yang harum dari bunga dapat mengusir pengaruh kejahatan dan menarik pengaruh kebaikan pada diri pelakunya dan pelbagai lagi kepercayaan yang mirip dengan mandi aura tersebut.

Mandi aura seri ini juga boleh dikatakan mandi untuk menolak malang atau bala sama juga dengan mandi bunga yang bezanya ianya dimodenkan dan kelihatan menakjubkan dengan pembuktian kajian-kajian saintifik.

Akhirnya, amalan Mandi Aura Seri ini diberikan solekan berupa bid‘ah agar ia dapat menampilkan wajah ‘Islam’. Mandi aura ini cuba dirasionalkan sebagai perbuatan yang ‘Islamik’ sebagaimana mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnah hari jumaat, mandi sunnah Hari Raya, dan mandi-mandi lain yang telah disyari’atkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.   Ditambah pula dengan bacaan selawat yang tidak terdapat pada mana-mana mandi yang disunnah oleh Nabi SAW dengan disertai niat supaya dapat mangubah seseorang itu kepada beberapa kebaikan yang pasti memberikan keistimewaan yang ada pada khasiat aura seri tersebut.

Islam mengajar penganutnya bahawa tidak ada sial atau tuah pada masa-masa tertentu, serta tidak akan ada pula manfaat, mudarat dan karut-marut berkaitan dengan amalan tertentu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, yang maksudnya:
“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam.”[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5278 (Kitab al-Tibb)]

Malah, kepercayaan dalam amalan mandi aura seri ini juga boleh merosakkan keimanan seseorang itu terhadap Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu wa Ta'ala [7] Lihat sajalah kepercayaan ini boleh wujud apabila berlaku musibah sahaja maka golongan mandi aura kemungkinan akan wujud kepercayaan bahawa apabila ditimpa penyakit atau masalah adalah disebabkan aura dan chakra mereka bukannya disebabkan dosa mereka yang pernah mereka lakukan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri”  [Asy Syuura:30]

Berkenaan dengan Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA. Jika kita lihat diweb tersebut [8]. Antara kursus yang ditawarkan:
·         Kursus Pernafasan Aura
·         Membangkitkan tenaga dalam @ Inner Power
·         Penggunaan Minda @ Mind Power
·         Perubatan Aura
·         Reiki
·         Color Healing
·         Kecemerlangan Minda
·         Pengembaraan dengan Minda @ Mind Journey

Apabila dikaitkan dengan aura, chakra mesti ada amalan rawatan Reiki yang terdapat didalam beberapa web aura. Apa itu Reiki? Lihat link tersebut:

Jika lihat sejarah REIKI ianya diasaskan oleh Dr. Mikao Usui.[9] dan Reiki dan Reiki Jin-Kei-Do adalah lebih kurang sama [10]. Ianya ada berkaitan dengan aura,chakra dan tenaga dalaman.Semuanya serupa dengan konsep amalan perubatan aura di Malaysia. Dan untuk pengetahuan Reiki Jin-Kei-Do ini sudah diharamkan oleh Dr. Abdullah Al-Faqih [11]
 
Untuk lebih terperinci tentang tenaga dalaman boleh lihat di web Anugerah Agung [12]. Ilmu tenaga dalam yang boleh menjadi seseorang itu menjadi kebal. Lihat kenyataan yang diberikan oleh seorang testimonial:
Ø  Dimandikan dengan minyak panas mendidih (minyak saya beli sendiri)
Ø  Dipukul dengan batang besi sampai bengkok.
Ø  Badan menjadi jambatan iaitu orang lain boleh berdiri di atas perut saya.
Ø  Test kebal iaitu dicucuk dengan jarum di lengan.
Ø  Mengeraskan telur menjadi seperti batu. Diuji seorang untuk memecahkannya.
Ø  Mengkebalkan mentol lampu yang mudah pecah,iaitu mentol tidak pecah walaupun jatuh di atas lantai simen.
Ø  Dibakar dengan api yang besar menyala pada lengan.
Ø  Jarum menembus kulit seperti dijahit.
Ø  Menidurkan orang(pukau)
Ø  Disiram dengan air panas mendidih.
Ø  Mengupas kelapa muda yang masih hijau dengan gigi.
Ø  Makan kaca dengan mudahnya. Telan lagi tu.
Ø  Tangan saya melekat seperti gam dan tidak dapat dicabut oleh sesiapa pun. Tanpa trick / penipuan kerana saya  hanya menggabungkan 2 tapak tangan,bukannya menggenggam erat jari-jemari.
Ø  Memecahkan bahagian bawah botol kaca.
Ø  Diuji elektrik pada tubuh badan.
Ø  Lidah dicap dengan besi panas membara.
Ø  Boleh memanggil masuk ilmu silat daripada orang dulu-dulu seperti Hang Tuah dsbnya.
Ø  Tulang rusuk ditumbuk dan dihentak dengan sekuat tenaga(tahan benturan dan pukulan)

Bukankah ini semua adalah amalan syirik walaupun kenyataan mereka bahawa mereka tidak menggunakan jin untuk melakukan perkara tersebut. Lihat sajalah semuanya tidak lari dengan konsep aura, chakra dan tenaga dalaman.

Berkenaan ilmu kebal boleh lihat jawapan yang diberikan oleh ustaz Ahmad Sarwat, Lc. :
Click link dibawah:
Lihat saja ketika kaum Hindu menyambut hari Thaipusam mereka juga boleh jadi kebal seperti mana yang dilakukan testimonial tersebut. Bagaimana mereka boleh kebal? Kemungkinan tidak lain menggunakan tenaga dalaman. Lihat sajalah kepercayaan mereka tentang aura dan chakra yang terdapat dalam wikipedia. 

Pergantungan kita sepatutnya kepada Allah s.w.t bukannya dengan tenaga dalam. Manusia akan lebih mudah Syirik apabila merasa dirinya telah mampu melakukan segala-galanya. Hal ini seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNya:
 Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas apabila menganggap dirinya telah mampu. [Al 'Alaq 6-7]

Seseorang manusia tidak dapat boleh mendatangkan manfaat dan menolak mudarat pada dirinya sendiri dan orang lain. Tetapi ilmu tenaga dalam ini kehebatannya kita mampu membawa pelbagai manfaat dan dapat menolak mudarat dengan hanya mempelajari ilmu tenaga dalaman malah dapat mengetahui perkara ghaib. Ini jelas bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al A'raaf: 188 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."  

Untuk membuktikannuya lagi boleh lihat diweb Anugerah Agung dan anda boleh melihat beberapa lagi manfaat dengan mempelajari ilmu tersebut.
Kelebihan ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung ini sebenarnya terlalu banyak, diantaranya ialah:[13]
§  Menundukkan hati / perasaan orang / rakan /  isteri / lawan bisnes / kekasih (lelaki / wanita) hingga menuruti kita.
§  Membuka sumbatan pintu kerezekian, melancarkan usaha & penagihan hutang.
§  Menyembuhkan penyakit: Lumpuh, hemiplegia (mati sebelah), Parkinson, Stroke, dan gangguan Jantung.
§  Keselamatan dari sengatan elektrik dan Sambaran petir, mampu memadamkan elektrik dan mematikan Mesin Kenderaan Bermotor.
§  Pukulan berbahaya (memengsankan / KO) dan mematikan dengan pukulan tangan kosong tanpa harus latihan berat dan bertahun-tahun,memengsankan dan melumpuhkan lawan,menjatuhkan h
§  Melihat tanpa mata zahir-Mampu melihat tembus tanpa batas, mengetahui sebelum terjadi
§  Membaca fikiran orang lain- Bukan setakat membaca fikiran orang bahkan dapat mengirimkan fikiran kita kepada orang yang lain sehingga beribu-ribu kilometer jaraknya
§  Kebolehan membaca & memahami isyarat, petunjuk dan bahasa alam mengenai perkara baik atau bencana yang bakal menimpa ke atas diri, keluarga dan masyarakat.
§  Dan lain-lain

Ini tidak lain adalah syirik. Pengetahuan tentang ilmu ghaib tidak boleh diketahui oleh sesiapapun melainkan hanya Allah. Allah s.w.t hanya akan memberitahu perkara ghaib melainkan kepada Rasul yang terpilih bukannya kepada manusia biasa seperti kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermakud:
(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. [Al Jin 26-27]

Maka untuk menjauhkan daripada berlakunya perbuatan tersebut dan tidak terjerumus  kekancah syirik sebaiknya ditinggalkan terus perubatan dan amalan tersebut seperti mana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari).

Muhammad Fakhruddin Ismail

Rujukan: