Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 24 November 2009

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil




Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut:

  • Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat 'Ied?
  • Bolehkah kita melaksanakan solat 'Isya' sebanyak tiga rakaat sahaja, manakala solat Subuh sebanyak lima rakaat?

  • Bagaimana jika seseorang mahu berpuasa sunat bermula dari masuknya waktu Subuh sehingga datang subuh keesokkan harinya? Hebat bukan usaha beliau?
  • Bolehkah kita melakukan ibadah korban pada 1 syawal?

  • Bolehkah kita berkorban dengan seekor gajah? Bukankah kandungan dagingnya lebih banyak dari haiwan-haiwan lain? Jadi, lebih ramai akan mendapat manfaatnya.
  • Bolehkah kita melaksanakan majlis bacaan al-Qur'an di atas perkuburan dengan niat untuk mendapat berkat kebaikan? Atau sebaliknya untuk menghadiahkan (menyalurkan) pahala bacaan kepada penghuni kuburan?
  • Adakah benar jika setiap kali mahu memulakan sesuatu pekerjaan itu kita mulakan dengan 200 kali bacaan Bismillah?
  • Bolehkah kita menukarkan waktu untuk solat Fardhu Juma'at ke dalam waktu 'Asar? Atau bolehkah kita tukarkan saja ke hari yang lain seperti hari Sabtu atau Ahad?
  • Bolehkah amalan majlis Tahlilan kenduri arwah itu dianggap sebagai salah satu dari bentuk-bentuk ibadah?

Wallahu a'lam... Jawabnya, sudah tentu tidak boleh. Kenapa? Ini adalah kerana:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

Terjemahan: Sesiapa yang mereka-cipta perkara baru di dalam urusan kami yang tidak berasal dari-Nya, maka ianya tertolak. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/201, no. 2499)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali menjelaskan:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات .

فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((الشورى: 21)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، وهذا كمن تقرَّب إلى الله تعالى بسماع الملاهي ، أو بالرَّقص ، أو بكشف الرَّأس في غير الإحرام ، وما أشبه ذلك من المحدثات التي لم يشرع الله ورسولُه التقرُّب بها بالكلية .

وليس ما كان قربة في عبادة يكونُ قربةً في غيرها مطلقاً ، فقد رأى النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((أخرجه: البخاري 8/178)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما

Terjemahan: Amalan seseorang itu terbahagi kepada dua: ibadat dan mu'amalat. Ada pun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang terkeluar (tidak termasuk) dari saranan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat:

Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari'atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? (Surah asy-Syura, 42: 21)

Oleh itu sesiapa yang mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di Baitullah (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan. Orang tersebut seakan-akan bertaqarrub kepada Allah Ta'ala dengan mendengar hiburan, atau tarian, atau membuka penutup kepala di selain ihram, dan bid'ah-bid'ah lain yang tidak disyrai'atkan Allah dan Rasul-Nya sebagai bentuk taqarrub.

Taqarrub bagi salah satu bentuk ibadah tidak akan menjadi sebagai taqarrub bagi ibadah lainnya secara mutlak. Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas matahari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: Sesungguhnya dia (lelaki itu) bernadzar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (Diriwayatkan oleh al-Bukhari). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu bentuk qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi atas alasan nadzarnya.(Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, 7/3)

Firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Terjemahan: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: "مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ"

Terjemahan: “Ayat yang mulia ini menghukumi setiap mereka yang mengaku menyintai Allah namun mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alahi wa Sallam. Maka jelaslah bahawa pengakuannya itu adalah merupakan suatu pendustaan sehinggalah mereka mengikuti syari’at Muhammad dan agama nabawi di dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan tersebut tertolak (tidak diterima).” (Hadis Riwayat Muslim).” (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 2/32)

Di lembaran yang lain, al-Hafiz Ibnu Katsir menjelaskan lagi di dalam Tafsiran Surah asy-Syura, ayat 21:

هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، من تحريم ما حرموا عليهم، من البحيرة والسائبة والوصيلة والحام، وتحليل الميتة والدم والقمار، إلى نحو ذلك من الضلالات والجهالة الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة

Terjemahan: Mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia, iaitu apa yang telah sedia diharamkan ke atas mereka dari bahiirah, saa'idah, washiilah, dan haam. Begitu juga dengan perbuatan mereka menghalalkan memakan bangkai dan darah serta perjudian, dan juga selainnya mencakupi segala kesesatan dan kebodohan yang batil yang mereka ada-adakan di masa Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.(al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 7/198)

Para ulama Ahlus Sunnah memiliki suatu kaedah dalam persoalan ini. Mereka menjelaskan bahawa hukum ibadat itu adalah haram melainkan dengan dalil.

Berikut dibawakan perkataan para ulama yang berkaitan berserta rujukannya:

الأصل في العبادة التوقف التوقيف

Terjemahan: Asal setiap ibadat itu adalah tawaqquf (behenti melainkan ada dalil padanya). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 3/54. Imam Muhammad B. Abdul Baqi al-Zarqoni, Syarah al-Zarqoni 'ala Muwaththa', 1/434. Imam Muhammad B Ahmad ar-Ramli al-Anshori, Ghoyatul Bayan, 1/79)

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Perlaksanaan di dalam ibadat adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil). (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/80)

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Terjemahan: Bahawasanya sesuatu urusan (amal) di dalam agama itu tidaklah diambil melainkan dengan hujjah (dalil) yang sah. Disebabkan itu, sesungguhnya ibadat itu adalah terhenti (cukup dengan mengikuti apa yang telah ditetapkan). (Rujuk: Imam Ibnu Mufih, Adabul Syar'iyah, 2/381)

لا سيما في أمور العبادة فإنها إنما تؤخذ عن توقيف

Terjemahan: Tidalah diambil sesuatu pada urusan ibadat itu melainkan cukup dengan mengikuti (berhenti dari melakukan tanpa hujjah). (Rujuk: Imam Muhammad B. 'Ali asy-Syaukani, Nailul Authar, 2/20)

وَإِنْ كَانَ الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: Dan bahawasanya adalah asal bagi ibadat itu jika tiada anjuran melakukannya, maka ia tidak perlu dilakukan. (Shamsuddin Muhammad ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj ila Syarah al-Minhaj, 3/109)

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: Asal hukum bagi setiap ibadat itu apabila tiada anjuran melakukannya, maka ianya tidak sah (terbatal). (Sulaiman B. Muhammad al-Bujairami, Hasyiyah al-Bujairami 'ala al-Khathtib, 3/497)

أن الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal hukum bagi setiap ibadat adalah dilarang; maka tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam mu'amalat dan urusan berkaitan dengannya seluruhnya adalah harus (tidak mengapa); maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya. ('Abdurrahman B. Nashir as-Sa'di, Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam, 1/299)

أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى

Terjemahan: Imam Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan fuqaha’ ahli hadis berkata: Sesungguhnya asal hukum bagi setiap ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka dengan itu tidak disyari'atkan daripadanya melainkan apa yang disyari'atkan oleh Allah Ta'ala. (Ibnu Taimiyyah, Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah, 6/452)

أن الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: Bahawasanya asal bagi setiap ibadat adalah tidak sah (batal) melainkan apa yang telah disyari'atkan oleh Allah dan rasul-Nya. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahludz Dzimmah, 1/121)

Demikianlah beberapa penjelasan daripada para ulama Ahlus Sunnah berkaitan haramnya ibadah melainkan dengan dalil yang jelas.

Wallahu a'lam...

"

39 comments:

  1. Salaam,
    best ni, saya linkkan ya.

    Ramai tak ustaz yg bermanhaj salafi di Johor Baru?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Aslmwht.Moga Prof dan semua,sentiasa mendapat keberkatan.Selamat Menyambut Aidil Adha.T'kasih.Wslm.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh arazaka

    Semoga Alah SWT mematikan kita semua dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.

    Sekiranya kita semua umat Islam memahami artikel tersebut diatas dan seterusnya beramal dengannya, maka pastinya tidak akan timbul ajaran tarekat. Dalam tarekat terdapat berbagai-bagai zikir yang entah dari mana sumbernya dan paling malang apabila terdapat zikir yang bertawassul kepada orang sudah mati termasuk guru-guru murshid mereka.

    Satu perkara yang saya merasa begitu sedih sekali ialah terdapatnya ramai juga umat Islam yang berpuasa tiada diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW kita iaitu "PUASA AGAR ANAK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN MEREKA". Apabila menjelang peperiksaan besar seperti SPM, SRP dan UPSR, terdapat ibu bapa yang berpuasa dengan niat kerana agar anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan yang mereka ambil. Dalam satu kes tu, seorang ibu berpuasa selama seminggu kerana mengiringi peperiksaan yang diambil anak mereka. Puasa seperti ini tidak terdapat asal usulnya. Apabila satu ibadah tidak ada asal usulnya maka ibadah ini untuk siapa????

    Puasa yang disunnahkan hanya puasa ramadan, puasa enam dibulan syawal, puasa isnin khamis, puasa Nabi Daud iaitu puasa berselang seli, puasa 13, 14 dan 15 setiap bulan Islam, puasa arafah, puasa 10 Muharam dan puasa-puasa sunat sepanjang 9 hari pertama bulan Zulhijah dan yang penting sekali ialah puasa sunat arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Di dalam sunnah ini tidak terdapat pun puasa agar anak berjaya dalam peperiksaan.

    Sekiranya kita boleh menerima puasa untuk kejayaan anak ini sebagai satu sunnah dan sunat hukumnya, ini adalah satu pendustaan besar kerana hukum sunat hanya akan berlaku apabila Nabi Muhamad SAW pernah melakukannya. Sekiranya kita menghukumkannya sebagai harus, bagaimanakah sekiranya seseorang menambah rakaat dalam solat dengan menggunakan hujah yang sama?

    Manusia adalah makhluk yang lemah. Allah dengan segala kebijaksanaanNya telah menetapkan segala ibadah untuk manusia, ikutlah sahaja dan yang mana tidak terdapat dalam sunnah, usahlah melakukannya. Tinggalkanlah puasa untuk anak berjaya dalam peperiksaan.

    Saranan saya apabila anak mengambil peperiksaan besar, sekiranya ibu bapa ingin berpuasa, puasalah puasa sunat Isnin Khamis atau puasa Nabi Daud iaitu berselang seli atau puasa 13, 14 dan 15 bulan-bulan Islam (kalau kena harinya) atau segala macam puasa-puasa sunat yang saya nyatakan di atas. Sewaktu berpuasa sunat tersebut, banyakkanlah berdoa kepada Allah semoga Allah memberikan kejayaan dalam peperiksaan yang diambil oleh anak tersebut.

    Adalah amat berbeza puasa untuk anak berjaya dalam peperiksaan berbanding dengan puasa sunat yang disunnahkan dan didalam puasa tersebut berdoa untuk kejayaan anak.

    Sekiranya berpuasa untuk kejayaan anak ini adalah diharuskan (atau disunatkan?), kelak apakah hukum bagi orang yang berpuasa PATIGENI atau puasa memutih selama 40 hari secara berterusan untuk mendapatkan ilmu kebal dan berbagai ilmu mistik lainnya??

    Apabila seseorang tidak dapat memahami salahnya berpuasa untuk kejayaan peperiksaan yang diambil oleh anaknya, pastinya mereka ini akan amat menyanjungi seseorang yang berpuasa berterusan selama 40 hari iaitu puasa patigeni. Menurut pandangan saya puasa ini adalah puasa bukan untuk Allah SWT tetapi adalah puasa untuk IBLIS!!

    Bacalah artikel saya bertajuk "Email dari pembaca Laman Emjay - zikir untuk sihat kuat ..." di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/105/Email_dari_pembaca_Laman_Emjay_-_zikir_untuk_sihat_kuat_...

    Jauhkan dan elakkan melakukan puasa ayng tidak disunnahkan oleh Nabi Muhamad SAW seperti puasa untuk kejayaan peperiksaan anak dan puasa patigeni.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. cian korang ni masih terkapai2 mencari yg haq,masing2 nk tunjuk dalil ini yg betul,tp mazhab lain pulak ada dalil untuk membenarkan hujah masing2.Nyata dalil ada yang bertentangan,maka alasanye pulak dalil itu hadis lemah dan yang satu lagi hadis lebih dipercayai.Daripada asyik fikir benda2 mcm ni yg belum pasti mana yg betul,fikirkan la hadis sahih yg mengatakan ahli syurga dan neraka sudah tertulis.Fikirkanlah iblis dilaknat juga kerana rancangan Allah agar dia diusir dari syurga,begitu juga manusia yg direncanakan agar terpedaya dgn syaitan yg sudah diusir dari syurga tu tp dpt menyelinap masuk semula ke syurga untuk menipu adam dan hawa.Adam pun mmg sudah ditakdirkan untuk menjadi penghuni dunia kerana tujuan Allah jd manusia sbg khalifah di muka bumi yg bakal melakukan maksiat dan menumpahkan darah (spt yg dikhuatiri malaikat yg seolah2 lebih tahu hal yg belum berlaku seolah2 pernah ada manusia sebelumnye yg bersikap begitu).Manusia tergoda oleh iblis pun kerana perancanganNye agar manusia tinggal di dunia untuk sementara.Manusia juga dikatakan menjadi khalifah di muka bumi(ketua kepada siapa??jika masa itu manusia belum ada lagi?adakah haiwan itu rakyat Adam?Fikirkan la apa tujuan Allah cipta manusia jika sudah mentakdirkan ahli syurga neraka.Cuba kaji hadis yg paling penting adalah jihad baru jatuh syariat.Kaji Al-Quran,kita wajib membunuh org kafir,adakah kita di dunia ini Allah takdirkan untuk menumpahkan darah saja spt yg pernah di khuatiri oleh malaikat dulu?Berapa lama kah usia keturunan manusia?kristian kata 6000 tahun,ada sumber lain kata 10 000 tahun,adakah org2 purbakala dulu primitif spt kajian saintis yg spesis manusia terawal berusia 25,000 tahun yg lalu.Harap kita fikir2kan la benda mcm ni drp sibuk memikirkan itu salah,ini betul.

    ReplyDelete
  7. cian korang ni masih terkapai2 mencari yg haq,masing2 nk tunjuk dalil ini yg betul,tp mazhab lain pulak ada dalil untuk membenarkan hujah masing2.Nyata dalil ada yang bertentangan,maka alasanye pulak dalil itu hadis lemah dan yang satu lagi hadis lebih dipercayai.Daripada asyik fikir benda2 mcm ni yg belum pasti mana yg betul,fikirkan la hadis sahih yg mengatakan ahli syurga dan neraka sudah tertulis.Fikirkanlah iblis dilaknat juga kerana rancangan Allah agar dia diusir dari syurga,begitu juga manusia yg direncanakan agar terpedaya dgn syaitan yg sudah diusir dari syurga tu tp dpt menyelinap masuk semula ke syurga untuk menipu adam dan hawa.Adam pun mmg sudah ditakdirkan untuk menjadi penghuni dunia kerana tujuan Allah jd manusia sbg khalifah di muka bumi yg bakal melakukan maksiat dan menumpahkan darah (spt yg dikhuatiri malaikat yg seolah2 lebih tahu hal yg belum berlaku seolah2 pernah ada manusia sebelumnye yg bersikap begitu).Manusia tergoda oleh iblis pun kerana perancanganNye agar manusia tinggal di dunia untuk sementara.Manusia juga dikatakan menjadi khalifah di muka bumi(ketua kepada siapa??jika masa itu manusia belum ada lagi?adakah haiwan itu rakyat Adam?Fikirkan la apa tujuan Allah cipta manusia jika sudah mentakdirkan ahli syurga neraka.Cuba kaji hadis yg paling penting adalah jihad baru jatuh syariat.Kaji Al-Quran,kita wajib membunuh org kafir,adakah kita di dunia ini Allah takdirkan untuk menumpahkan darah saja spt yg pernah di khuatiri oleh malaikat dulu?Berapa lama kah usia keturunan manusia?kristian kata 6000 tahun,ada sumber lain kata 10 000 tahun,adakah org2 purbakala dulu primitif spt kajian saintis yg spesis manusia terawal berusia 25,000 tahun yg lalu.Harap kita fikir2kan la benda mcm ni drp sibuk memikirkan itu salah,ini betul.

    ReplyDelete
  8. Tulisan sdr tamam1910 terpaksa saya delete kerana hujahnya sangat membahayakan.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. cara ibadat hendaklah ikut syariat seperti yg di tunjukkan oleh rasulullah s.a.w. cara keduniaan dan kaedah teknologi masing2 pandai asalkan tidak melangar kehendak Allah dan Rasul.

    ReplyDelete
  10. Bab yang betul seperti kata-kata peliktapibenar ini memang tidak boleh dinafikan.

    Bab syariaat wajib kena ikut contoh /sunnah dari Nabi Muhamad SAW.

    Bab seperti naik kenderaan bukan bab syariaat. Bab duduk atas kusyen tebal atau tipis bukan syariaat. Bab pakai lampu minyak, gas atau lampu elektrik adalah bukan syariaat. Bab seperti ini Nabi berkata lebih kurang mafhumnya "kamu lebih mengetahuinya dari aku!".

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...tuan ..., Apa khabar?..semoga dirahmati Allah..selalu..

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbh

    Saya alhamdulillah. Tuan apa khabar. Semoga tuan juga sentiasa dirahmati Allah SWT.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah c-hat. maaf a.c lama x leh masuk....ni dah buat baru..saya tak der gambar dah...

    ReplyDelete
  14. adalah..mana bleh bagi tau .....hehehe!...

    ReplyDelete
  15. assalamu'alaikum ya akhii, saya rizal dari Palembang, kita sepakat dengan cik gu tentang haramnya ibadah melainkan dengan dalil. semoga ust. diberi kefaqihan yang lebih dalam dan siap untuk menjadi anak panah yang menembus jantung lawan Islam. Kami mengundang juga cik gu unt. mengunjungi sites kami al-ulama.net

    ReplyDelete
  16. salam ustaz.... bagaimana pula dengan golongan tabligh ?....

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Semoga kita semua dimatikan Allah dalam iman.

    Insya-Allah saya akan mengunjungi site tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. ini adalah antara hadis tentang tasawuf
    Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf
    maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia
    kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara
    keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”

    adakah anda mahu perkataan tasawuf dlm isalam itu baca sendiri dan rujuk laa kitab hadis jika anda membaca kitab hadis

    ReplyDelete
  19. ini adalah dalil jika saudara hanya mengamalkan syariah sahaja maka jadilah fasiq .maka jika hanya bertasawuf adalah kafir zindik ..oleh itu utk menjadi org islam sejati kita mesti mengamalkan kerdua -dua nya ok emjey

    ReplyDelete
  20. emejy boleh ajarkan sy cara menjadi islam yg benar ?

    ReplyDelete
  21. emejy boleh ajarkan sy cara menjadi islam yg benar ?

    ReplyDelete
  22. kenape umat islam hanya mahu belajar ilmu feqah , tauhid ..shj bukan tasawuf ...adakah tasawuf menrupakan sebahagian daripada unsur islam yg sesat dan bidaah ..boleh tolong jelaskan ?

    ReplyDelete
  23. nie emejy aku nak tanya sikit jgn kau x jawab pulak ..kan?

    org spm yg ambil subjek tasawuf tu sesat lla beb aku taanya nie ,,jgn kau x jawab ?

    ReplyDelete
  24. Ada golongan yang terlalu sayangkan istilah tasawuf dan tarekat sehingga terkeluarlah pernyataan seperti: ‘Tasawuf adalah intipati ajaran Islam, sesiapa yang tidak masuk tarekat tidak akan bersih hatinya, Rasulullah SAW adalah penghulu segala wali dan ketua segala tarekat, wajib untuk memasuki mana-mana tarekat, ahli fiqh ahli syariat dan ahli tasawuf adalah ahli hakikat…..’ dan bermacam-macam lagi ayat yang jelas menunjukkan bahawa mereka mewajibkan orang Islam masuk ke dalam alam tasawuf dan tarekat. Ini adalah sesuatu yang agak melampau.

    Ada pula segolongan yang terlalu allergic dengan perkataan tasawuf dan tarekat sehingga terkeluar pula pernyataan seperti: ‘tasawuf adalah bid’ah, tarekat adalah jalan menuju neraka, ahli tarekat adalah ahli kesesatan, tasawuf mengotorkan hati….’ dan sebagainya. Ini juga mengandungi unsur melampau dalam membuat penilaian.

    Apa yang ingin ditegaskan, Al Quran dan hadith Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan aspek pembersihan jiwa, malah itulah di antara perkara pokok yang ingin ditegaskan oleh kedua-duanya. Hati dan jiwa mestilah dibersihkan sebagaimana amalan anggota zahir perlu dijaga dan disucikan. Pertamanya ialah membersihkan hati daripada syirik dan keduanya daripada sebarang perkara maksiat dan dosa. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap muslim ialah : Cuba memahami kehendak Al Quran dan kehendak hadith Rasulullah SAW agar dirinya (jiwa dan badannya) sentiasa mengutamakan perintah Allah SWT dan perintah RasulNya. Dalam erti kata lain, seseorang yang menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya pasti akan membersihkan jiwanya sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap jiwa yang bersih.

    ReplyDelete
  25. Imam Malik ibn Anas, pemimpin madzhab Maliki yang sangat terkenal, sebagaimana dikutip oleh Syeikh Amin al-Kurdi, juga mengungkapkan hal senada:

    “Barangsiapa yang bersyariat tetapi tidak berhakikat (ber-Tasawuf) maka ia telah fasik; dan barangsiapa yang berhakikat (ber-Tasawuf) tetapi tidak bersyariat maka ia telah zindik.” [Tanwir al-Qulub, hal. 408]

    ReplyDelete
  26. Alaaa ini pun nak tanya. Nabi berpesan ikutlah Al Quran dan sunnah ku. Jadi Inilah intipati sebenar untuk menjadi orang Islam. Mana yang Nabi SAW tak ajar tu tak payahlah buat seperti berTAREQAT sebab para sahabat pun tidak berTAREQAT.

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Mana ada SPM orang ambik subjek tasawuf?? Subjek SPM Tasawwur Islam tu adalah.

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Hai satunasib, kalau engkau berkempen untuk tareqat, saya pastinya PADAM kerana Laman Emjay bukan untuk memanjangkan fahaman tareqat.

    Emjay

    ReplyDelete
  29. edit delete reply
    satunasib wrote on Jun 19
    erti "ketahuilah ,bahwa dengan mengingati Allah , hati menjadi tenteram "

    ketahuilah tempat ilmu adalah hati hati yg halus iaitu yg mengatur segala aanggota tubuh . yg halus inilah yg dilayani oleh segala anggota tubuh
    yang halus ini jika dihubungkan kpd hakikat ilmu adalah cermin dgn dihubungkan dgn warna . maka segala yg berwarna iitu menpunyai bentuk dan keadaan

    ReplyDelete
  30. emejyboleh gantikan hadis dan ayat al quran yg emejy padam ,,,sy percaya emejy tak akan dpt hadis tentang hanyya perlu belaajr syariah jeee ...ceee cerita

    ReplyDelete
  31. Tarekat berasal daripada perkataan Arab bermaksud jalan atau cara. Yang dimaksudkan di sini ialah jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dari sudut istilah ia merujuk kepada aliran-aliran yang wujud dalam amalan tasawwuf atau amalan penyucian hati dan jiwa yang selalunya difokuskan kepada pengamalan zikir-zikir tertentu yang disusun dan dihimpunkan oleh tokoh-tokoh ulama tertentu.
    Amalan penyucian diri atau lebih dikenali dengan nama Tasawwuf adalah sebahagian amalan yang dituntut oleh Islam. Ia berdasarkan sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim yang menceritakan kisah Jibril `alihissalam bertemu dengan baginda saw dan bertanya beberapa soalan penting tentang agama. Antara ialah tentang apa itu iman, apa itu islam dan apa itu ihsan. Baginda menjelaskan bahawa iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, MalaikatNya, Rasul-rasulNya, Kitab-kitabNya, Hari Akhirat dan dengan ketentuan baik dan buruk. Islam pula ialah kamu memberi kesaksian bahawa Tiada Tuhan yang mesti disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah sekiranya mampu. Ihsan pula ialah bahawa kamu beribadah/memperhambakan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.
    Iman berkaitan dengan ilmu aqidah iaitu kumpulan keyakinan di hati terhadap perkara-perkara ghaib. Ia melahirkan ilmu Tauhid atau Usuliddin. Islam pula berkaitan dengan pengamalan zahir seperti solat dan sebagainya. Ia melahirkan ilmu Fiqh atau dikenali juga sebagai ilmu syariat. Ihsan pula berkaitan dengan penyucian jiwa. Dari perbahasan Ihsan inilah lahirlah ilmu tentang penyucian jiwa yang lebih dikenali kemudiannya sebagai ilmu Tasawwuf. Dari sini lahir pula aliran-aliran Tasawwuf yang pelbagai yang dikenali sebagai Tarekat. Kepelbagaian ini berlaku kerana perbezaan fokus amalan dan perbezaan bentuk-bentuk zikir yang digunakan dalam amalan seharian. Sebahagian zikir ini dipetik daripada al-Qur’an dan hadis, manakala sebahagiannya adalah susunan tokoh-tokoh ulama yang menjadi perintis kepada kumpulan Tarekat tersebut.
    Umat Islam wajib menyucikan diri dengan pelbagai amalan yang membawa kepada penyucian hati. Antara amalan yang dianjurkan untuk penyucian jiwa ialah zikir-zikir seharian yang banyak disebut dalam al-Qur’an dan Hadis. Untuk menyucikan diri atau “menjadi ahli sufi”-menurut istilah beberapa pihak-tidak memerlukan diri mengikuti mana-mana kumpulan Tarekat. Umat Islam boleh beramal dengan apa sahaja amalan yang sabit menurut al-Qur’an dan Hadis atau beramal dengan apa sahaja bentuk zikir yang diajar oleh Nabi saw atau yang disusun oleh ulama tanpa perlu menggabungkan diri kepada mana-mana kumpulan Tarekat tersebut.Yang penting ialah membekalkan diri dengan ilmu dengan sentiasa mengikuti majlis-majlis ilmu dan beramal dengan panduan guru-guru yang bertaqwa dan wara`

    ReplyDelete
  32. sbenanya emejy golongan tarekat byk berjasa kpd masyarakat melayu ...

    ReplyDelete
  33. . Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

    Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

    Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

    Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

    Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

    Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.

    Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

    ReplyDelete
  34. dan negeri itu terengganu skrang tok pulau manis memberi kan pemerintahan kepada jenal

    ReplyDelete
  35. Kepada satunasib, AMARAN terakhir, engkau kempen lagi tentang TAREQAT, saya terus halang (block) engkau dari Laman Emjay.

    Nak bagi komen boleh tetapi jangan kempen tentang TAREQAT engkau tu.

    Emjay

    ReplyDelete