Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 22 April 2009

Masalah buah pinggang, kencing manis (diabetes) & dialisis, penyakit orang Melayu?




 
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah kira-kira dua minggu lalu saya dapat mengunjungi seorang saudara saya yang diberikan Allah satu azab yang berat iaitu perlu menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Menurut kebiasaannya apabila seseorang mula menjalani dialisis, insya-Allah sampai matilah bergantung dengan mesin dialisis ini. Doktor mengatakan bahawa buah pinggang sdr saya ini sudah gagal berfungsi langsung  dan dengan itu perlu menjalani dialisis.
Sdr saya ini sudah mengalami penyakit kencing manis untuk tempuh yang lama iaitu melebihi  7 tahun dan kini kencing manis belum sembuh  datang pula penyakit baru iaitu kegagalan buah pinggang.  Buah pinggang hamba Allah ini gagal menghasilkan air kencing dan dengan itu segala bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dari tubuh dan kini mesin dialisis digunakan untuk mengeluarkan bahan toksik dari tubuh.
Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan  kandungan glukosa dalam darah yang tinggi, terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Tanda-tanda biasa bagi penghidap kencing manis ialah kencing yang kerap serta dahaga yang melampau. Tanda-tanda ini kerap digunakan untuk mengenali penyakit kencing manis oleh para doktor.  Tanda mudah lain untuk mengenali penyakit kencing manis ialah dengan kencing pada tanah yang terdapat semut. Sekiranya semut datang menghurungi kencing, ini menunjukkan pemilik kencing ini menghidap penyakit kencing manis.
Arwah guru ada mengajarkan beberapa ilmu untuk mengenalpasti kencing manis dan antara cara mudah mengenalinya ialah, kerap haus melampau, amat kerap kencing, air kencing berbuih dan kulit badan yang kering dan boleh menyebabkan gatal
Menurut para doktor, punca penyakit kencing manis ini adalah kerana kegagalan organ pankreas mengeluarkan hormon insulin. Doktor menggunakan rawatan insulin sama ada secara suntikan atau pun secara makan untuk menampung kekurangan hormon insulin yang dikeluarkan oleh tubuh. Menurut doktor, secara lumrahnya, seorang yang sudah dikenalpasti menghidap penyakit kencing manis akan mati bersama-sama penyakit ini.
Berikut adalah pautan-pautan untuk keterangan berkenaan kencing manis:
Para doktor amat yakin dengan fakta bahawa penyakit kencing manis tidak boleh dirawat namun saya tetap berpendirian selari dengan hadis Nabi SAW, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.

Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Saya pun amat musykil mengapakah para doktor tidak dapat mencari ubat penawar untuk memulihkan penyakit kencing manis ini. Saya berpendapat bahawa ada kemungkinan para doktor dengan sengaja disekat untuk mencari penawar sebenar penyakit kencing manis. Maklumlah ilmu perubatan moden ini adalah dari barat (Yahudi?) dan bagi Yahudi, membunuh orang bukan yahudi (Goyem) hukumnya adalah harus. Lihat sajalah di Malaysia sekarang pun, segala artikel yang serius menjelaskan kesan buruk makan mee maggi sentiasa disekat dari masuk akhbar.
Semenjak 20 tahun lalu saya telah mengetahui bahawa penyakit kencing manis ini memang ada ubatnya. Arwah guru saya memang ada menyediakan ubat rebusan tumbuhan untuk merawat penyakit kencing manis. Sehingga kini isteri arwah guru masih menyediakan ubat untuk merawat kencing manis.
Arwah guru saya juga ada menjelaskan punca penyakit kencing manis ini. Punca sebenar kencing manis adalah kegagalan bahagian atas buah pinggang yang saya namakan adrenal. Pengetahuan biologi saya ini dapat menerima penjelasan arwah guru. Saya pun pelik dari mana arwah guru saya mengetahui bahagian atas buah pinggang ini. Seterusnya arwah guru menjelaskan bahawa kegagalan fungsi adrenal akan menyebabkan kesan berantai iaitu kegagalan organ pankreas untuk merembeskan hormon insulin. Kegagalan rembesan insulin inilah yang mengakibatkan kencing manis.
Penjelasan arwah guru ini bagi saya amat informatif berbanding penjelasan doktor yang berhenti sekadar kegagalan pankreas sahaja. Saya tambah mempercayai hujah yang diberikan oleh arwah guru saya ini dengan penjelasan lanjutnya iaitu “pesakit kencing manis akan diberikan ubat yang sama dengan pesakit gout dan pesakit berkaitan buah pinggang lainnya”. Penjelasan arwah guru amat mantap sekali. Apatah lagi apabila melihat para pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan darinya sembuh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan ubat untuk merawat kencing manis ini.
Apabila kita mengkaji fungsi adrenal, insya-Allah akan diperjelaskan lagi hubungkait antara adrenal dengan pankreas. Dari web http://www.naturalways.com/adrenal.htm  ada dinyatakan bahawa apabila keadaan adrenal ini merosot, ia boleh menyebabkan banyak perkara seperti lemah, kadar gula dalam darah yang merosot, tekanan darah rendah dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa adrenal ini ada peranan langsung dalam mengawal fungsi pankreas untuk mengeluarkan insulin. Seterusnya artikel dari web ini menjelaskan bahawa kemerosotan adrenal boleh disebabkan oleh diet yang buruk (poor diet) dan pelbagai faktor lagi. Ini menjelaskan lagi fakta ilmu yang diajarkan dari arwah guru bahawa permakanan yang buruk akan merosakkan buah pinggang dan seterusnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti gout, batu karang, kencing manis dan kegagalan buah pinggang (dialisis).
Bukti serta penjelasan mudah dari guru inilah yang menambah kesangsian sama ada Yahudi iaitu tok guru para doktor kita benar-benar tidak mengetahui rawatan penyakit kencing manis atau mereka memang sengaja mengambil kesempatan dari azab yang diterima para pesakit?? Semua ini sebenarnya amat mudah difahami sekiranya kita membaca dan memahami “Protokol-protokol Zionis Yahudi” di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/01/protokol-protokol-zionis-yahudi.html .
Berbalik kepada kes sdr saya di atas yang mengalami diabetes, setelah beliau menghidap diabetes untuk tempuh yang lama, akhirnya beliau telah didiagnos sebagai kegagalan buah pinggang dan terpaksa melalui zaman bergantung kepada mesin dialisis untuk menyambung nyawa. Sebenarnya menurut pandangan yang berpandukan ajaran arwah guru saya, hamba Allah sdr saya di atas sebenarnya telah mengalami gangguan / masalah pada buah pinggangnya sewaktu beliau telah didiagnos menghidap kencing manis lama dahulu. Apabila kencing manisnya tidak dirawat secara betul, ini bermakna buah pinggangnya semakin serius dan ini juga dapat digambarkan melalui bertambah seriusnya kencing manisnya. Kemuncak kepada masalah buah pinggang hamba Allah sdr saya ini ialah apabila 3 bulan lalu beliau didiagnos gagal fungsi buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.
Mengapa doktor tidak dapat mendiagnos kerosakan buah pinggang hamba Allah sdr saya lebih awal agar buah pinggangnya dapat dirawat? Memang ini adalah kelemahan (atau disengajakan??) sistem perubatan moden dewasa kini. Jikalau mereka dapat mengesan masalah buah pinggang ini lebih awal serta mampu merawatnya, insya-Allah sdr saya ini tidaklah perlu hidup bergantung kepada mesin dialisis.
Saya kerap mendiagnos keadaan buah pinggang dan antara instrumen yang saya gunakan adalah sebagaimana terdapat dalam soal selidik yang saya sertakan dalam artikel saya bertajuk “Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??” di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/ingin-mengetahui-tahap-kesihatan-kidney.html . Alhamdulillah ramai juga pembaca Laman Emjay yang telah mendapatkan khidmat melalui kaedah ini namun ramai juga yang saya tidak memberikan respons terutama sekali apabila masa saya sangat terhad. Kepada mereka yang saya tidak respons dalam tempuh seminggu boleh email semula untuk saya pertimbangkan.
Masalah berkaitan buah pinggang ini boleh dikategorikan kepada peringkat awal, pertengahan, teruk dan kronik. Melalui kaedah diagnosa yang diajarkan oleh arwah guru, masalah pada buah pinggang dapat dikenalpasti seawal peringkat awal, pertengahan dan teruk. Doktor insya-Allah hanya dapat mengenalpasti masalah berkaitan buah pinggang hanya apabila ia sudah mencapai peringkat kronik. Apabila hamba Allah sdr saya sudah menghidap kencing manis, buah pinggangnya adalah sudah bermasalah pada tahap teruk hampir kronik namun pada tahap ini majoriti doktor masih belum dapat mendiagnos masalah tersebut. Apabila hamba Allah sdr saya didiagnosa dan dikenalpasti gagal fungsi buah pinggang 3 bulan lalu, tahap masalah buah pinggangnya adalah pada tahap kronik. Memang selalunya doktor hanya dapat mengenalpasti apabila buah pinggang sudah kronik. Pada tahap ini apakah peluang yang dipunyai oleh para pesakit ini? Peluang mereka sebenarnya kelihatan amat gelap gelita. Namun sekiranya Allah mengizinkan, tidak mustahil mereka ini boleh sembuh.
Selalunya apabila saya memberitahu mereka yang berurusan dengan saya bahawa buah pinggang mereka sudah 50% rosak, 30% rosak atau 70% rosak, mereka memandang sinis hasil diagnosa saya. Seterusnya mereka berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan dakwaan saya sama ada benar buah pinggang mereka dalam keadaan sihat atau seperti dakwaan saya. Hasil siasatan doktor seterusnya mengesahkan bahawa buah pinggang mereka dalam keadaan “sihat” maka bertambah seronglah pandangan mereka terhadap hasil diagnosa saya. Begitulah saya memang tidak mampu memberikan rahmat apatah lagi apabila manusia amat taksub dengan doktor. Apa yang dikatakan doktor adalah sentiasa benar dan siapalah saya.
Alhamdulillah banyak ilmu berkenaan kerosakan buah pinggang telah diajarkan oleh arwah guru. Banyak daripada ilmu berkenaan buah pinggang ini telah pun saya kongsikan kepada para pembaca melalui artikel bertajuk “GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs” di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/gout-punca-dan-insya-allah-anda-boleh.html . Sebenarnya insya-Allah ramai orang akan sihat dan jauh dari gout dan kencing manis sekiranya mereka mengamalkan saranan saya sebagaimana di dalam artikel tersebut. Namun sekali lagi saya menjelaskan bahawa saya sekadar memanjangkan ilmu tetapi rahmat dan kesembuhan adalah tetap di tangan Allah SWT. Apabila Allah tidak ingin memberikan rahmatNya melalui artikel saya ini, pembaca antaranya akan mempersoalkan berbagai soalan remeh seperti “kalau semua ini tidak boleh di makan, nak makan apa?” atau soalan “kalau awak boleh merawat diabetes, sepatutnya awak sudah jadi jutawan”. Begitulah kalau Allah tidak ingin memberikan rahmatNya, racun disangka ubat dan ubat sangka racun. Allahlah yang menetapkan hati kita sedemikian.
Mereka yang mengenali saya dalam erti kata sebenar atau mereka yang sudah banyak belajar dengan saya, apabila mereka mengalami penyakit kencing manis, dengan sedikit nasihat serta ubat alhamdulillah penyakit kencing manis mereka telah sembuh. Ada seorang ibu berusia hampir 60 tahun yang telah menghidap kencing manis hampir 20 tahun dan telah belajar agama di rumah saya, apabila dinasihati alhamdulillah dalam tempuh dua bulan Allah memberikan kesembuhan.
Sebelum saya bercerita tentang rawatan kencing manis, marilah kita sama-sama belajar memahami mengapa Allah memberikan penyakit kencing manis ini kepada manusia. Ingatlah bahawa apabila seseorang tidak suka mendekatkan diri kepada Allah, maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan musibah seperti penyakit kencing manis ini.

Marilah kita fahami surah An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Dari ayat-ayat Al Quran di atas bolehlah saya simpulkan bahawa antara punca penyakit kencing manis ialah kerana banyak melakukan dosa dan antara dosa-dosa tersebut ialah:
1.     Mensyirikkan Allah
2.     Mengambil dan terlibat dengan rasuah
3.     Mendapatkan rezeki secara tidak halal seperti secara menipu dsbnya
4.     Rezeki dari agihan faraid harta pusaka yang tidak dibahagikan dengan tidak betul.
5.     Perbuatan berdosa lainnya seperti berzina.

Bagi hamba Allah sdr saya ini, memang saya amat sedih dengan tabiaatnya yang amat mempercayai bomoh. Ini adalah perbuatan dosa syirik. Seorang pesakit kencing manis dari kalangan pegawai polis satu ketika dahulu pernah mendapatkan rawatan kencing manis dan telah sembuh. Kemudian apabila beliau bertukar tempat kerja dan mengamalkan semula tabiaat lama iaitu terlibat dengan rasuah, beliau telah menghidap semula penyakit lamanya iaitu kencing manis.

Kemungkinan besar Allah memberikan penyakit kencing manis ini untuk menghapuskan dosa-dosa lalu pesakit ini sesuai dengan ayat As-Syura:30 di atas. Adalah baik sekali Allah melupuskan dosa hambaNya di dunia berbanding mati dengan membawa dosa-dosa yang banyak.

Satu lagi perkara baik tentang penyakit kencing manis ini ialah insya-Allah dapat mendidik  manusia mengingati Allah dan mengingati mati. Manusia dijadikan Allah untuk beribadah dan mencari bekalan di akhirat. Apabila manusia yang lalai hanya leka dengan keasyikan duniawi, penyakit kencing manis ini insya-Allah dapat mendidik manusia ke arah tugas sebenar mereka menyediakan bekalan untuk akhirat. Begitulah Allah memang cantik dan sentiasa cantik dan sentiasa menyayangi umatNya, tetapi sayangnya banyak manusia tidak mengetahui.

Satu kesan dari penyakit diabetes ialah kemerosotan prestasi seks bagi suami. Bagi suami muda yang menghadapi diabetes, memanglah isteri amat merasai kesedihannya. Bagi lelaki yang jahat suka berzina, kencing manis seolah-olah rahmat tersembunyi.

Bagi yang menghidap diabetes dan sanggup merubah gaya hidup selari dengan kehendak Islam, silalah datang ke rumah untuk berurusan. 

Hamba Allah sdr saya sebagaimana yang saya ceritakan di atas, saya telah memberikan nasihat agar datang ke rumah semoga masalahnya dapat ditangani bersama. Namun sehingga kini hamba Allah ini tidak juga datang ke rumah. Dalam kes ini saya memberikan kesimpulan bahawa Allah ingin mengazab lagi hamba Allah ini. Kalau Allah berkehendak, insya-Allah segala urusan beliau untuk datang ke rumah saya dimudahkan Allah tetapi sebaliknya dengan kehendak Allah juga segala urusan beliau datang ke rumah saya  dipersulitkan.

Azab dari dialisis, hanya mereka yang terlibat faham tentang azabnya. Mereka hanya akan segar selepas dialisis dan selepas satu hari badan akan mengalami keletihan dan pelbagai kesan negatif lain. Namun azab paling berat ialah azab kewangan. Kos kewangan bagi setiap kali rawatan dialisis adalah antara RM200 – RM300. Berdasarkan kos RM200 sekali rawatan, kos rawatan 3 kali seminggu memerlukan kos sebanyak RM600 seminggu dan membawa kepada RM2400 sebulan. Bagi orang yang hidup mewah, kos ini agak besar juga tetapi kalau bagi orang kampung, kos ini adalah mustahil dapat ditanggung.

Satu maklumat yang amat penting ingin saya kongsikan hasil dari lawatan saya menemui hamba Allah sdr saya tersebut. Saudara saya ini menjalani rawatan dialisis di satu pusat rawatan dialisis di Taman Saujana iaitu di satu lokasi antara pekan Ulu Tiram dengan Kota Tinggi. Kalau dari Ulu Tiram, Taman Saujana ini terletak di sebelah kanan berhampiran dengan stesen minyak Petronas. Pusat rawatan dialisis ini terletak di “corner lot” dan mengambil ruang sebanyak dua lot rumah kedai. Di dalam pusat rawatan ini menempatkan 20 mesin dialisis. Sewaktu lawatan saya ke sana, sebanyak 18 mesin dipenuhi pesakit dan mungkin 2 mesin lagi yang kosong sedang menanti pesakit atau mungkin mesinnya rosak. Setiap rawatan memakan masa yang lama melebihi 4 jam. Apakah maklumat AMAT PENTING yang ingin saya kongsikan kepada sdr pembaca sekelian???? Sesungguhnya kesemua 18 orang pesakit yang menjalani dialisis sewaktu lawatan saya tersebut adalah ORANG MELAYU SAHAJA.

Fakta yang amat penting ini sudah saya ketahui lama dahulu. Penemuan bukti terbaru di pusat rawatan dialisis ini sekadar memantapkan pengetahuan lama saya sahaja. Memang kegagalan buah pinggang hingga ke tahap dialisis semenjak dahulu memang majoritinya adalah orang Melayu. Pada lawatan tersebut saya datang bersama abang dan kakak ipar saya iaitu pesara kerajaan dari jawatan jururawat di hospital kerajaan. Kakak ipar memang banyak berurusan dengan pesakit seperti ini. Saya mengemukakan satu soalan kepada kakak ipar saya ini “di hospital dahulu, apakah majoriti kaum yang mendapatkan khidmat bagi penyakit kencing manis dan dialisis?”. Macam tidak terperanjat kakak ipar saya menjawab “orang Melayu”.  Memang orang Melayulah yang menjadi majoriti besar menghidap penyakit kencing manis dan dialisis buah pinggang. Mungkin sekiranya ada pembaca Laman Emjay yang bekerja di hospital boleh menambah kekuatan fakta ini dengan menyatakan data statistik sebenar pesakit kencing manis dan dialisis di Malaysia.
Sekiranya anda cuba mencari fakta di hospital, orang Indonesia yang begitu ramai di Malaysia, sangat jarang dari mereka yang menghidap diabetes. Tetapi ramai antara mereka mengidap penyakit berkaitan jantung.
Mengapa orang Melayu ramai yang menghidap kencing manis dan dialisis sedangkan amat sedikit orang Cina menghidap penyakit ini?? Jawapannya ialah kerana gaya hidup dan permakanan. Paling merosak adalah tabiat orang Melayu yang tidak gemar minum air dengan banyak sebagaimana orang Cina. Sekiranya ingin melihat fenomena ini, sila melawat sekolah Cina dan sekolah kebangsaan. Majoriti hampir keseluruhan pelajar Melayu di sekolah kebangsaan tidak membawa bekal air minum manakala pelajar Cina masing-masing membawa bekal air minum. Tambah memeranjatkan adalah saiz botol bekas minuman mereka pula adalah amat besar. Inilah antara punca mengapa Cina kurang menghadapi masalah kencing manis dan dialisis.

Punca utama seterusnya masalah kencing manis dan dialisis ini ialah ramai orang Melayu kini sudah berubah tabiat permakanan nenek moyang mereka dari omnivor kepada karnivor. Lembu adalah haiwan herbivor yang makan daun sahaja. Singa adalah haiwan karnivor yang makan daging sahaja. Manusia sepatutnya adalah omnivor yang makan daging dan tumbuhan. Namun Melayu kini merasa bangga berubah menjadi karnivor iaitu makan hanya daging, ayam dan ikan dengan sedikit nasi. Ada setengah pelajar di UTM bangga makan potato chip dengan chicken chop untuk makan tengahari mereka. Inilah petanda satu kerosakan bangsa iaitu bangsa Melayu. Ada setengah hanya makan sayur timun, taugeh, kobis dan salad sahaja. Gaya permakanan seperti ini memang amat mengundang kencing manis dan dialisis. Sayuran berkhasiat seperti peria, kailan dan sawi pahit tidak dipandang lagi oleh mereka namun orang Cina masih utuh mengamalkan makan sayuran berkhasiat ini.

Saya kerap menasihati pelajar dan mereka yang belajar dengan saya bahawa apabila kita banyak melakukan kesilapan di dunia, Allah akan mengubah lidah kita dari makan makanan yang baik kepada makan makanan yang bakal membawa penyakit . Ada yang berubah apabila makan tengah hari asyik makan produk KFC atau Mc Donald sahaja bersama air Coca Cola. Selepas sudah banyak makan makanan yang merosak akhirnya Allah memberikan penyakit sebagai balasan. Inilah sunnatullahNya.

Kepada penghidap kencing manis, gout dan kegagalan buah pinggang yang menyebabkan perlu menjalani dialisis, berusahalah mendekatkan diri kepada Allah dengan memilih jalan yang diredhainya semoga dengan ini Allah memudahkan proses rawatan dan seterusnya memulihkan penyakit berat ini. Tanda Allah kasih kepada kita ialah dengan diberikan musibah seperti penyakit berat ini semoga kita kembali ke jalan lurus yang diredhaiNya. Bertaubatlah dari segala kesilapan yang pernah kita lakukan.

Sila hubungi saya melalui email emjayjb@gmail.com untuk temu janji.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay
 

Thursday 16 April 2009

Polis tinggal bersama pencuri? Kes Ustaz Hadi Darussalam

Assalamualaikum wbth
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pada hari Rabu 8 April 2009 lalu, sebagaimana biasa setiap minggu, seorang hamba Allah datang belajar di rumah saya. Sebagaimana biasa juga, sesi perkongsian ilmu ini dimulakan dengan soal jawab. Kali ini hamba Allah ini telah bersedia dengan satu soalan menarik berkaitan cerita seorang isteri yang mendakwa diganggu makhluk halus. Isteri ini sedang memfailkan kesnya di mahkamah untuk mendapatkan fasakh (cerai) daripada suaminya iaitu seorang pengamal Pusat Rawatan Islam Darussalam. Hamba Allah ini siap menyediakan salinan fotokopi artikel tersebut bagi memudahkan saya menjawab dan membincangkan kes berkenaan.
Berikut adalah salinan artikel tersebut:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dianiaya suami, punca minta cerai - Isteri juga dakwa diganggu makhluk halus
Kosmo 7 April 2009

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Isteri penceramah dan pengamal perubatan Islam, Mohamad Hadi Ahmad Talhah mendakwa hidupnya menderita kerana dianiaya dan disakiti suami selain turut terkena tempias gangguan makhluk halus.
Noriza Ali @ Awang, 37, yang juga seorang guru berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan berhubung permohonan tuntutan fasakh yang difailkan di Mahkamah Rendah Gombak Barat, Kuang dekat sini semalam.
Noriza selaku plaintif disoal oleh peguam syarie, Amli Embong yang mewakili dirinya manakala Hadi, 41, yang juga Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia merupakan defendan kes.
Guru di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Gombak itu telah memfailkan permohonan menuntut cerai fasakh pada 2 September 2008.
"Hadi kerap kali menjalankan aktiviti mengubat di rumah di Taman Gombak, Batu Caves tanpa mengira waktu hingga ke lewat malam," kata Noriza.
Oleh kerana tiada pembantu, Noriza memberitahu, anak-anak mereka terpaksa membantu defendan malah beliau sendiri diminta menyediakan minuman bagi pesakit yang datang.
Cerita ibu kepada lima orang anak tersebut, sejak tinggal bersama defendan, beliau mendakwa seolah-olah dirinya diganggu apabila tidur di ruang tamu iaitu tempat suami sering merawat pesakit.
“Saya sering kali terasa kaki dipegang oleh sesuatu (benda) yang sejuk. Malah, anak pun takut berada berseorangan di rumah. Saya juga pernah ternampak kelibat hitam berlari pantas di dalam rumah”, dakwanya.
Kata Noriza, beliau pernah mengadu kepada defendan namun defendan tidak mengendahkannya.
Justeru, Noriza berkata, beliau sudah hilang perasaan sayang dan tidak lagi menghormati suaminya itu yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan anak-anak.
Noriza dan Hadi yang berkelulusan syariah Universiti Yarmouk, Jordan bernikah pada 20 Ogos 1994 dan dikurniakan lima orang anak, dua daripadanya lelaki berusia antara 14 dan 9 tahun.
Hadi merupakan penceramah bebas aktif mengajar di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta, surau dan masjid selain aktif menjadi pengamal perubatan Islam.

Sementara itu, dia yang kemudiannya ditemui di luar mahkamah juga mendakwa, Hadi telah mengahwini salah seorang daripada pesakit yang baru dikenali selama dua bulan di selatan Thailand.

Dia mendakwa tidak menyangka wanita yang berkunjung ke rumah dan dianggap sebagai salah seorang pesakit suaminya itu adalah madu sendiri.

Noriza berkata, kini penceramah terbabit tidak lagi kerap pulang ke rumah untuk menjenguk anak-anak.

Selain disakiti secara kerohanian hingga menderita mental, dia turut mendakwa didera secara fizikal oleh penceramah terbabit dan mempunyai bukti.

Defendan yang menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan tidak hadir di mahkamah dan peguam syarie, Zulkarnain Lukman memaklumkan anak guamnya kini bercuti sakit.
Perbicaraan hadapan hakim syarie, Salehan Yatim bersambung pada 22 Jun depan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang lebih menarik berhubung kes petikan akhbar ini ialah pada hari yang sama juga saya mendapat email dari seorang hamba Allah bertajuk “Subject: apakah ini satu Balasan & hukuman?
Berikut adalah email dari hamba Allah tersebut:
~~~~~~~~~~~~~~~~~
SALAM,

Ustaz, saya dpt artikel ini dari akhbar Sinar Harian 7/4/09. Saya forwardkan just utk pengetahuan saja.


Isteri tuntut cerai tidak tahan gangguan makhluk halus

SUNGAI BULOH: - Ekoran tidak tahan gangguan makhluk halus, isteri pertama penceramah bebas dan pengamal perubatan Islam terkenal, Mohamad Hadi Ahmad Talhah menuntut cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.

Noriza Ali @ Awang, 37, berkata, penceramah terbabit yang juga anak murid Ustaz Ismail Kamus aktif mengubat pesakit menghadapi gangguan makhluk halus selain penyakit-penyakit tertentu di rumah mereka kadang-kadang sehingga lewat malam.

Menurutnya, disebabkan keadaan itulah kehidupannya anak-beranak menderita ketakutan kerana sering diganggu makhluk halus.

Noriza yang bertugas sebagai guru mendakwa, adakalanya beliau berasa seolah-olah seperti dipegang sesuatu ‘benda’ sejuk ketika sedang tidur selain cerita anak-anak yang pernah melihat ada orang naik tangga di rumah.

“Anak-anak takut dan saya juga pernah melihat kelibat hitam berlari pantas dalam rumah,” katanya.

Noriza berkata, ketika merawat pesakit, Hadi, 41, menggunakan lada hitam dan tiada penolong sebaliknya dia serta anak-anak sering membantu.

“Kadang-kadang dia (suami) minta saya ambil dan buatkan air kepada tetamu. Anak-anak kadang-kadang pergi tengok,” beritahu Noriza yang memberi keterangan kali pertama perbicaraan selepas memfailkan fasakh tahun lepas.

Noriza selaku plaintif memfailkan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003 setelah tidak tahan dengan tekanan mental akibat gangguan makhluk halus kesan aktiviti rawatan tersebut.

Noriza mendakwa, keadaan itu menjadi suatu bentuk penganiayaan berikutan kegagalan Hadi bertanggungjawab menjaga kebajikan serta membiarkan dirinya dan anak-anak mengalami tekanan.

Menurutnya, dia juga pernah cuba berbincang bagaimanapun tiada respons positif dan sebarang perubahan daripada suaminya itu.

Wanita berkenaan hadir ditemani keluarganya bagaimanapun Hadi selaku defendan tidak hadir kerana cuti sakit dan hanya diwakili peguamnya, Zulkarnain Lukman.

Noriza melalui peguamnya Amli Embong, menyatakan empat alasan menuntut fasakh terhadap Hadi di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim.

Alasan itu menyatakan, defendan telah lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita selain tiada lagi kasih sayang serta rasa hormat terhadap defendan.

Dia turut mendakwa tiada persefahaman dengan penceramah terbabit serta menyatakan apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah oleh syarak bagi membubarkan pernikahan mereka pada 20 Ogos 1994.

Hasil perkahwinan dikurniakan lima anak berusia dalam lingkungan sembilan hingga 14 tahun dan Hadi merupakan penceramah bebas aktif mengajar di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta, surau dan masjid selain aktif menjadi pengamal perubatan Islam.

Sementara itu, dia yang kemudiannya ditemui di luar mahkamah juga mendakwa, Hadi telah mengahwini salah seorang daripada pesakit yang baru dikenali selama dua bulan di selatan Thailand.

Dia mendakwa tidak menyangka wanita yang berkunjung ke rumah dan dianggap sebagai salah seorang pesakit suaminya itu adalah madu sendiri.

Noriza berkata, kini penceramah terbabit tidak lagi kerap pulang ke rumah untuk menjenguk anak-anak.

Selain disakiti secara kerohanian hingga menderita mental, dia turut mendakwa didera secara fizikal oleh penceramah terbabit dan mempunyai bukti.

Tentang ketidakhadiran Hadi pada perbicaraan itu pula Amli menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang bukti sijil sakit tetapi tidak membantah berikutan mahkamah telah bersetuju meneruskan kes di mana plaintif memberi keterangan secara lisan hari ini (semalam).

Noriza akan menyambung keterangan dengan alasan-alasan lebih jelas pada perbicaraan 22 Jun depan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila kes Hadi dan Noriza ini telah keluar di dua akhbar iaitu KOSMO dan SINAR HARIAN, kini kes mereka telah menjadi kes nasional. Ini adalah kerana pertamanya kes mereka sudah tersebar ke seluruh negara, keduanya adalah kerana Hadi adalah perawat serta pengerusi Pusat Rawatan Islam Darussalam dan ketiganya adalah kerana Hadi adalah seorang orang penting yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan. Selama seminggu saya menanti sebarang ulasan berkaitan kes ini tetapi tidak saya temui. Umat Islam ternanti-nanti apakah sebenarnya masalah disebalik kes mereka ini sehingga Allah SWT memberikan musibah sebesar ini.
Di dalam kesempatan ini saya ingin mengupas isu yang berkaitan dengan kes Hadi Noriza ini. Kepada mereka yang terbabit, terimalah pandangan saya ini sebagai satu perkara yang perlu di ambil iktibar untuk membaiki diri ke arah jalan yang diredhai Allah.
Daripada kisah yang terpapar di dua akhbar seperti petikan di atas, jelas bahawa isteri Hadi iaitu Noriza mengalami gangguan makhluk halus di dalam rumahnya. Anak-anak mereka juga mengalami gangguan makhluk halus. Berdasarkan kenyataan ini dan berdasarkan ilmu yang dipelajari dari arwah guru serta dari pengalaman saya serta pengalaman mereka yang berurusan dengan saya, apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah Hadi ada mengamalkan amalan yang tidak diredhai Allah.
Apabila seseorang mula mengumpul tangkal azimat sebagaimana di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html dan di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/azimat.html insya-Allah mereka akan diberikan balasan berat dari Allah dan lazimnya adalah dalam bentuk pelbagai gangguan di dalam rumah mereka. Di antara pelbagai bentuk gangguan tersebut antaranya ialah :-
1.      Pelbagai bunyi seperti bunyi orang berjalan, bunyi peralatan elektrik seperti mesin basuh sedang berfungsi, bunyi di atas syiling dan pelbagai bunyi pelik lainnya.
2.      Ahli keluarga kerap ditindih lembaga sewaktu tidur
3.      Tubuh seperti dipegang oleh makhluk halus
4.      Bunyi orang memasak di dapur
5.      Ternampak lembaga di dalam rumah dan di dalam bilik air
6.      Anak kecil bermain dengan makhluk asing
7.      Anak kecil terutamanya yang masih belum berumur 1 tahun kerap menangis tidak henti-henti terutama sekali di waktu maghrib dan tengah malam.
8.      Objek di dalam rumah boleh berpindah randah secara sendiri dan boleh bergerak seperti buaian anak bergerak sendiri
Selain gangguan seperti di atas, rumah yang terdapat barang-barang tidak diredhai Allah ini juga kerap menyebabkan penghuninya mengalami ketakutan kerana bulu roma kerap menegak. Kesemua gangguan yang berlaku ini sebenarnya adalah ALLAH-lah yang mentadbirkan kejadian ini melalui  gangguan jin syaitan sebagai musibah kepada manusia kerana melakukan perkara yang ditegah Islam. Musibah ini juga adalah satu ujian di mana sekiranya mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat serta menyingkirkan kesemua tangkal azimat ini, bermakna mereka luluslah ujian ini dan Allah insya-Allah akan membalas lulus ujian ini dengan rahmat besar iaitu Allah akan mentadbir dengan memberikan rahmat perlindungan kepada penghuni rumah ini daripada segala macam gangguan dari jin syaitan.
Secara umumnya, bila simpan tangkal, Allah berikan bermacam gangguan. Bila tidak melakukan perkara ini, Allah berikan rahmat dengan melindungi dari gangguan jin syaitan. Secara umumnya, gangguan seperti ini diberikan Allah kerana kesilapan penghuni yang berkaitan dengan dosa mensyirikkan Allah kerana sesungguhnya menyimpan tangkal azimat adalah sejenis perbuatan syirik.
Marilah kita tinjau agaknya apakah kesilapan Hadi sehingga Allah memberikan gangguan besar di dalam rumahnya yang mengganggu isteri dan anaknya. Saya tidak pernah kenal dengan Hadi sebelum ini dan bagaimanakah caranya saya boleh mengkaji kesilapannya? Saya tidak kenal Hadi tetapi kita semua tahu bahawa Hadi ini telah belajar ilmu rawatan daripada Tok Gurunya Dato’ Ismail Kamus.  Dato’ Ismail Kamus bukanlah kawan saya jadi bagaimana saya nak menilai Dato’ Ismail Kamus?. Namun saya tahu bahawa Dato’ Ismail Kamus berkawan dengan seorang ustaz Hamid (bukan nama sebenar) di *****. Arwah guru saya mengajar, untuk menilai seseorang, lihatlah anak, isteri atau kawan-kawan rapat mereka. Ustaz Hamid agak popular di Johor Bahru ini dan kerap berceramah di beberapa masjid dan orang kuat sebuah parti. Ustaz Hamid ini pun sudah bercerai dengan isterinya. Apa yang sangat menarik dengan ustaz Hamid ini adalah beliau juga ada mengamalkan rawatan yang kononnya secara Islam tetapi peliknya bila beliau sakit, ustaz Hamid berurusan dengan beberapa BOMOH yang sangat SESAT. Saya suka menggelarkan ustaz Hamid ini sebagai orang yang Sesat dan Menyesatkan tambahan pula ustaz Hamid ini amat percaya dengan keris puaka dan beliau pun memang ada menyimpan keris puaka.
Oleh kerana Hamid ini belajar ilmu rawatan dari Dato’ Ismail Kamus dan kedua-dua mereka berkawan rapat, maka dapatlah dinilaikan siapa Dato’ Ismail Kamus. Tambahan pula berdasarkan satu peristiwa beberapa tahun lepas di Masjid Bandar Baru Uda Tampoi Johor Bahru, Dato’ Ismail Kamus telah memberikan ajaran sesatnya. Ismail Kamus menasihati jemaah masjid ini untuk melakukan amalan berikut untuk mengelakkan pencuri dari masuk rumah:

“Ambil kertas kosong dan tuliskanlah ayat Al Quran dari surah Kahfi sehingga habis dan gantungkan di dinding rumah. Insya-Allah usaha ini akan menghalang pencuri dari masuk rumah”.
Berdasarkan nasihat SESAT dari Ismail Kamus inilah saya pada ketika itu telah membuat keputusan bahawa Dato’ Ismail Kamus ini ada mengamalkan ilmu sesat. Hanya orang seperti Ismail Kamus ini sahaja yang akan mengajarkan serta mengamalkan perkara bidaah dengan menjual kismis doa, habbatusauda berdoa serta barangan berdoa lainnya.
Kata-kata arwah guru saya seterusnya, nak menilai Nabi Muhamad, nilailah anak-anak muridnya seperti Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kalau ingin menilai Abu Bakar dan Umar, nilailah tok gurunya iaitu Nabi Muhamad SAW. Menggunakan analogi ini, secara kasarnya kita boleh menilai Hadi dengan melihat Dato’ Ismail Kamus dan kawan-kawan baiknya dan begitulah sebaliknya. Jikalau bab mudah menggunakan tulisan ayat dari surah Al Kahfi sebagai pendinding pun tak faham, mungkin Dato’ Ismail Kamus ini hanya mahir bab syariat sahaja manakala bab tauhid / akidah ini mungkin beliau tidak faham. Bila tidak faham bab akidah ini maka mudahlah disesatkan oleh syaitan.
Apabila Hadi merawat pesakit menggunakan barangan seperti garam, lada hitam, kacang hijau, daun kacang botor dsbnya maka menurut ilmu tauhid beliau telah mensyirikkan Allah. Apabila seseorang melakukan perbuatan syirik, Allah sesuai dengan ayat dari surah Az Zukhruf: 36 
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (Qarin yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Apabila seseorang tidak lagi mengikuti hukum-hukum Islam lalu melanggarnya maka Allah akan memberikan kepada orang  tersebut syaitan (Qarin) dan dalam kes ini Qarin inilah yang akan sama-sama menghuni rumah beliau dan mereka akan mengganggu mereka yang turut tinggal di dalam rumah ini. Inilah yang menyebabkan isteri Hadi serta anak-anak beliau sering diganggu oleh makhluk halus (Qarin) ini.
Mereka yang telah sekian lama mensyirikkan Allah dengan mengamalkan pelbagai perkara serta menyimpan tangkal azimat, apabila mereka bertaubat serta melupuskan tangkal azimat ini, insya-Allah Allah akan menjauhkan Qarin ini serta memberikan rahmat perlindungan dan dengannya amanlah rumah dari gangguan sebarang jin syaitan / makhluk halus dan sebagainya.
Seorang pensyarah U**** yang pernah mendapat ijazah sebagai perawat dari Dato’ Harun Din  satu ketika dahulu, isterinya telah diazab Allah dengan mengalami kerasukan teruk. Perkara seperti ini adalah perkara lumrah apabila ada amalan sesat di dalam rumah pensyarah tersebut. Bukan setakat gangguan malahan Allah SWT memberikan pula musibah yang lebih berat iaitu kerasukan. Apa yang  menarik dalam isu ini ialah semua pengamal-pengamal perawat Darus Syifak dari U**** tidak dapat merawat isteri perawat Darus Syifak ini dan saya dengar kesudahannya, isterinya pulih setelah berurusan dengan bomoh sesat di Batu Pahat. Gelihati pun ada dengan berita ini tetapi itulah kenyataan. Belajar menjadi perawat yang kononnya merawat secara Islam tetapi apabila isteri sendiri kerasukan, kesemua mereka tidak mampu mengatasinya dan perlu panggil pula bomoh sesat untuk menyelesaikan masaalah.
Ketua pertubuhan Al Mansur satu ketika dahulu juga mengalami masalah yang sama seperti ustaz Hadi dan isterinya iaitu  mendapatkan perceraian melalui mahkamah juga. Saya amat kenal selok belok kesesatan ketua Al Mansur ini. Memang beliau SESAT dan menyesatkan. Sebagai salah satu balasan dari Allah, diberikan perceraian dengan isterinya. Mungkin isterinya juga mengalami pelbagai gangguan di rumahnya. Al Mansur kelihatan begitu Islamik termasuk mempunyai pelajar tahfiz.
Polis yang amat baik, mustahil ada pencuri atau perompak yang tinggal bersama di dalam rumahnya. Hanya polis  jahat sahaja yang membenarkan pencuri dan perompak tinggal bersama dengannya. Begitulah juga perawat gangguan syaitan yang diredhai Allah mustahil mengalami gangguan syaitan di dalam rumahnya. 
Kes Hadi ini sebenarnya amat memalukan umat Islam di Malaysia. Tambahan pula beliau adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan. Umat Islam di Malaysia sudah cukup dimalukan apabila sekolah beraliran agama menghadapi masalah gangguan makhluk halus di kawasan sekolah. Kini orang kuat Persatuan Ulama Malaysia mengalami masalah gangguan makhluk di dalam rumah beliau sendiri dan kisahnya tersebar di dalam dua akhbar. Adakah ini satu imej yang baik untuk ditonjolkan kepada umat Islam dan umat bukan Islam di Malaysia?
Kepada mereka-mereka yang mengaku merawat menggunakan kaedah secara Islam, berdoalah secara bersungguh-sungguh semoga Allah sentiasa menunjuki jalan lurus yang diredhai Allah SWT. Janganlah menjadi lilin yang menerangi tetapi memusnahkan diri sendiri. Lebih parah lagi jikalau menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan dengan membekalkan pesakit dengan pelbagai tangkal seperti garam dsbnya.
Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Wednesday 15 April 2009

Keris bersalut emas


Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah inilah kali pertama saya menerima keris bersalut emas bertatahkan berlian 5 butir. Inilah antara keris puaka yang diterima untuk dilupuskan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya bukan pengumpul keris atau senjata puaka lainnya tetapi saya menerima senjata-senjata berpuaka ini untuk di lupuskan.

Semoga Alah SWT redha dengan usaha saya ini dan semoga hamba Allah yang menyerahkan keris puaka ini diberikan Allah pelbagai rahmat dan semoga dimatikan Allah dalam iman.

Gambar di bawah menunjukkan gambar keris yang sudah dipotong kecil untuk proses pelupusan seterusnya.

Bagi pencinta keris puaka, mereka sanggup mengeluarkan beribu ringgit untuk membeli keris puaka seperti ini tetapi sebenarnya ribuan ringgit yang dikeluarkan adalah semata-mata adalah sebagai tiket untuk masuk ke NERAKA.



Jangan lupa klik pada mana-mana gambar untuk paparan yang lebih besar.

Sekian wassalam


Emjay