Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 26 May 2010

Kehilangan rahim, cerita kucing dan manusia.


Kehilangan rahim, cerita kucing dan manusia.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis serta pengikutnya.
Hari ini tercipta satu rekod terbaru untuk saya kerana paling lama tidak mengupload artikel ke Laman Emjay. Kali terakhir Laman Emjay menerima artikel baru saya ialah pada 2 Mar 2010. Hari ini ialah 26 Mei 2010. Bermakna saya tidak menulis untuk tempuh selama 2 bulan dan 24 hari. Begitulah lemahnya seorang hamba Allah bernama Emjay.
Walau tidak menulis artikel baru, Laman Emjay tetap dipantau saban hari. Pelbagai reply dari pembaca Laman Emjay perlu direspons. Mana-mana reply yang merosak, dek kesuntukan masa untuk menjawab, saya lebih gemar mendelete saja. Ini mungkin lebih baik bagi kebanyakan pembaca Laman Emjay lainnya dari dipesongkan oleh penulis seperti ini.
Ada seorang pembaca Laman Emjay menghantar email kepada saya bertanya “salam.. us mj masih lagi aktif kah?‏”. Mungkin pembaca ini risau sama ada saya masih aktif, masih sihat, masih boleh menulis atau sebagainya. Alhamdulillah saya masih sihat syukur Alhamdulillah. Cuma kebelakangan ini saya disibukkan dengan urusan keluarga, urusan di UTM dan beberapa urusan pribadi. Begitulah selagi kita masih hidup, kita akan tetap di uji dengan pelbagai kesibukan. Beruntunglah mereka yang membuat persediaan untuk alam akhirat.
Membela kucing adalah satu sunnah. Alhamdulillah di rumah saya ada dua ekor kucing. Seekor betina saya namakan Belang manakala yang jantan pula saya namakan Adik. Isteri saya tidak suka membela kucing kerana pelbagai kerenah yang bakal berlaku apabila membela kucing. Najis kucing sudah satu hal. Yang jantan apabila sudah remaja nanti asyik bergaduh berebutkan pasangan. Kucing jantan pula ada satu tabiaat yang sukar untuk kami tangani iaitu suka memancutkan air kencingnya di segenap pelusuk rumah sama ada di dalam atau diluar rumah. Yang betina pula kerap mengandung dan beranak. Dalam tempuh dua tahun mungkin sudah boleh menghasilkan anak lebih 10 ekor. Kelak apabila ada kucing yang disayangi mati menjadi satu tragedi pula ditimpa perasaan kesedihan. Sebulan tak habis sedihnya.
Selain dari pelbagai masalah sebagaimana di atas, kos pembelaan kucing juga adalah mahal. Makanan biskut kucing jenama yang saya gunakan, harga satu beg 10 kg adalah RM135. Dalam tiga bulan kena beli baru. Itu belum ikan dalam tinnya. Sekali beli 12 tin bolehlah bertahan dalam sebulan dua. Apabila kucing sakit atau pelbagai masalah berkaitan kesihatannya, setiap kali jumpa doktor tetap harganya melebihi RM100 memanjang. Jauh lebih mahal dari kos manusia berjumpa doktor untuk kes-kes biasa.
Belang dan Adik ini sebenarnya asalnya adalah milik jiran depan rumah saya. Jiran ini memangnya memiliki banyak kucing. Satu hari ketika Belang masing kecil kira-kira berusia 4 bulan, ia datang bermain di rumah saya dan waktu itu saya memang masih menyimpan makanan lama kucing kesayangan kami dahulu bernama Wati yang mati kena langgar kereta. Saya berikanlah sedikit makanan kucing Wati kepada Belang. Bermula dari saat itu, Belang tidak mahu balik lagi ke rumahnya (jiran depan rumah). Kerja kami sekeluarga mula bertambah kerana kini keluarga kami sudah bertambah dengan kehadiran Belang. Belang waktu ini menghidap kurap, cacing dalam perut dan kutu. Apabila di bawa ke klinik, kosnya memanjang lebih RM100 setiap kali lawatan. Tak lama selepas dibela, belang tidur dengan saya di atas katil. Jadi kini katil queen size untuk saya dan isteri tidur bertambah sempit dengan kehadiran Belang.

Beberapa bulan selepas itu si isteri jiran depan rumah pemilik asal Belang datang ke rumah saya menjenguk Belang sambil melepas rindu. Dalam lawatan jiran saya ini, seekor lagi kucing miliknya yang berusia kira-kira 5 bulan bernama Adik turut mengikutinya dan tanpa malu Adik ikut serta masuk ke rumah  saya. Apabila jiran saya ini kembali ke rumahnya, adik tidak mahu ikut balik dan semenjak dari hari itu, Adik terus tinggal di rumah saya juga. Adik juga menghidap kurap, cacing dan banyak kutu. Adik juga di bawa ke klinik haiwan swasta dan kos rawatanya juga tetap melebihi RM100.
Kini katil saya dan isteri semakin sempit dengan kehadiran Belang dan Adik. Masing-masing nak tidur atas katil. Isteri saya terpaksa redha dengan kehadiran kucing-kucing Belang dan Adik kerana desakan anak-anak dari yang kecil sampai yang sulung. Kami sekeluarga gembira dengan kehadiran dua ekor kucing ini. Namun kegembiraan ini bak kata pepatah disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Adik apabila sudah meningkat remaja sudah pandai memancutkan air kencingnya ke serata pelusuk rumah saya termasuk kerusi meja, perabut, dapur, peti sejuk, mesin basuh dan serata dinding. Bau rumah saya sudah bertukar kepada bau kencing Adik. Kini Adik tidak lagi dibenarkan masuk ke rumah. Pintu ditutup untuk mengelakkan Adik masuk ke rumah. Namun apabila pintu ditutup, adik melompat masuk rumah mengikut tingkap. Dengan itu setiap tingkap dan pintu rumah saya perlu sentiasa ditutup bagi mengelakkan Adik masuk ke rumah. Adik apabila dapat peluang masuk ke rumah, dalam tempuh 15 saat, ia boleh memancutkan air kencingnya di dua tempat. Allah SWT memang menjadikan haiwan seperti kucing, anjing, harimau, singa, beruang dan yang sewaktu dengannya menandakan kawasan milik mereka dengan air kencing bagi mengelakkan haiwan jantan lain dari memasuki wilayah mereka. Kini rumah saya tingkapnya tutup memanjang. Satu masalah baru bagi rumah kami dimana rumah menjadi agak panas dan bertambah gelap kerana tingkapnya tertutup.
Adik sudah beberapa kali dihantar ke klinik kerana pelbagai masalah akibat bergaduh dengan kucing jantan lainnya. Setiap kali ke klinik, siaplah duitnya yang memanjang lebih RM100. Memberikan pil kepada Adik satu lagi masalah besar kepada kami semua. Satu keluarga perlu terlibat apabila kami memberikan Adik makan ubat. Ketika ini ada antara kami yang terluka akibat dari Adik yang meronta tidak mahu makan ubat. Kuku Adik tajam, nak dipotong tak sampai hati kelak bagaimana Adik nak mempertahankan dirinya.

Belang pula apabila meningkat remaja sudah jadi macam bohsia. Banyak sungguh boyfriendnya, ada yang segak macho  sampai ke jantan kuning yang tempang satu kakinya. Selepas tamat musim mengawan, Belang mengandung dan semakin hari semakin besar perutnya. Apabila semakin hampir kepada melahirkan anak, Belang gemar sekali masuk setiap almari di rumah saya untuk mencari tempat yang sesuai untuknya beranak. Bagi menyelesaikan masalah tempat beranak bagi si Belang, saya membuat tempat khas untuk Belang beranak menggunakan kotak kertas. Kotak ini saya letakkan dalam bilik tidur saya. Dua hari selepas kotak ini saya siapkan, Belang resah macam nak beranak. Menjelang tengah malam, Belang masuk ke dalam kotak khas ini dan tidak lama kemudian seekor anak Belang telah lahir. Kecuh satu rumah apabila melihat Belang sudah melahirkan seekor anak. Menjelang 3 pagi kami intai Belang sudah melahirkan 3 ekor anak kucing di dalam kotak khas yang saya sediakan.
Seekor anak Belang kami lihat tidak pandai menyusu dan selepas beberapa hari anak kucing ini telah mati. Tinggallah anak kucing si Belang ini dua ekor, seekor jantan dan seekor lagi betina. Apabila anak-anak kucing ini sudah mula pandai berjalan, Belang telah memindahkan kedua-dua anaknya ini ke dalam salah satu ruang dalam almari kecil saya. Kami semua bertolak ansur dengan mengosongkan ruang almari tersebut untuk di jadikan tempat tinggal Belang bersama dua ekor anaknya.
Apabila dua anak kucing ini sudah pandai memanjat, anak-anak kucing ini keluar dari ruang almari dan menjadikan bilik tidur saya sebagai ruang bermain kedua-dua kucing ini. Anak kucing selagi tidak makan dan minum melainkan susu emaknya tidak akan kencing dan berak merata-rata. Jadi saya tidaklah risaukan anak-anak kucing ini yang bermain sekeliling bilik tidur saya. Satu hari saya nampak salah seekor  anak kucing ini minum air di lantai bilik air saya dan tidak lama kemudian saya Nampak kucing ini kencing di atas lantai bilik  tidur saya. Maka bermula dari tarikh ini anak-anak kucing terpaksa tidur di luar rumah bersama ibu mereka Belang.
Apa kesudahan cerita saya sekeluarga dengan kucing betina Belang ini? Kami semua tidak sanggup membela dua ekor kucing dewasa serta  dua ekor anak kucing ini kerana masalah utama ialah najis kucing ini semakin banyak di sekitar rumah saya. Alhamdulillah anak kucing jantan telah diambil oleh abang saya yang tiggal di Kuala Lumpur manakala yang betina diambil oleh adik perempuan saya yang juga tinggal di Johor Bahru. Satu bab selesai.
Walau pun kisah anak-anak kucing telah dikira selesai, kami semua risau kerana Belang akan mengandung  dan terus beranak lagi. Apa perlu kami lakukan? Kerisauan kami berterusan, apabia kami lihat sebaik anak-anak belang ini tiada, Belang sudah berkahwin lagi dengan beberapa kucing jantan termasuk kucing jantan saya Adik. Kami semua sudah mula memikirkan rutin membela anak-anak kucing akan berterusan setiap 7 – 8 bulan. Macam tidak ada kerja lain.
Allah SWT memang sentiasa memerhatikan kita. Segala persoalan dalam hati pun diketahui oleh Allah SWT. Tidak lama selepas itu Belang mengeluarkan cecair kuning cair melalui vaginanya. Tempat tidur Belang apabila ia bangun maka akan kelihatanlah tompokan cecair kuning. Katil kami serta selimut pun banyak terdapat tanda-tanda tompokan cecair kuning ini. Selimut perlu ditukar setiap hari. Belang pun kelihatan semakin tidak sihat. Belang mula menghadapi kesukaran apabila menaiki tangga. Apabila cecair kuning ini semakin banyak dikeluarkan dan darah pun sudah mula dikeluarkan maka saya dan isteri membawa Belang ke klinik haiwan di Taman Tun Aminah Johor Bahru. Doktor memberitahu bahawa rahim / uterus Belang sudah kena jangkitan kuman dan doktor akan cuba memberikan ubat namun sekiranya ubat ini tidak dapat merawat maka rahim Belang perlu dibuang. Belang terpaksa masuk wad atas arahan doktor. Bayaran wad bagi belang adalah RM60 sehari. Akhirnya Belang dibedah dan dibuang rahimnya. Belang sudah tidak boleh lagi mengandung.

Setelah beberapa hari di klinik haiwan, Belang sudah boleh dibawa balik kerumah. Kos rawatannya lebih RM600. Belang amat kurus sewaktu keluar dari klinik. Memanglah saiz Belang ini lebih kecil dari Adik tetapi kini saiz Belang semakin kecil dan kurus selepas pembedahan. Melihat bekas jahitan pada tepi abdomen Belang memangnya mengerikan. Kami membelikan sangkar untuk mengurung Belang sewaktu saya dan isteri pergi kerja bagi mengelakkan Belang diganggu oleh kucing-kucing jantan termasuklah Adik. Setelah beli sangkar pertama, isteri saya mengajak saya ke kedai haiwan untuk menggantikan sangkar kerana sangkar yang kami beli adalah agak kecil. Maka kami belilah pula sangkar kedua yang lebih dua kali ganda besarnya. Duit lagi!!
Setelah sihat, Belang kami lepaskan. Si Adik suka sangat mengacau si Belang kerana hasratnya jelas ingin kahwin dengan si Belang sebagaimana kebiasaannya dahulu. Belang tidak melayan kehendak Adik dan gesaan si Adik akan menyebabkan Adik dan Belang bergaduh kerana Belang tidak ingin kahwin. Sehingga kini pun Adik tetap tidak putus asa mendesak untuk kahwin dengan Belang namun setiap kali akan menyebabkan mereka berdua bergaduh. Pagi tadi sebelum saya pergi kerja pun saya melihat Adik dan Belang bergaduh kerana Belang tidak ingin kahwin. Begitulah rupanya apabila kucing betina tidak ada rahim maka keinginannya untuk kahwin langsung tidak ada.
Nafsu makan Belang saya lihat tidak berubah sebelum pembedahan buang rahim dan selepasnya. Namun apa yang jelas ialah kini saiz dan berat Belang sudah melebihi saiz dan berat Adik. Rupanya begitulah apabila kucing betina dibuang rahim atau di kasi (dimandulkan)  maka kucing tersebut akan bertambah saiz dan beratnya.
Kesimpulan dari kisah Belang ini ialah apabila kucing betina dibuang rahim / di kasi / dimandulkan maka kucing ini :
1.       Tidak minat dan tidak mahu seks.
2.       Bertambah berat iaitu semakin gemuk.
3.       Takutkan jantan-jantan kerana kucing jantan hanya berkeinginan untuk seks.
4.       Semakin suka menyendiri dengan tinggal di dalam rumah bermain dengan kami sekeluarga.
Kesimpulan cerita Belang ini ingin saya kaitkan dengan kisah manusia yang kehilangan rahim.
Semalam saya menerima telefon dari seorang rakan wanita yang sudah lama tidak bertemu. Rakan wanita saya serta suaminya memang amat pemurah. Semoga Allah memurahkan rezeki kepada beliau. Memang pun rakan saya ini murah rezekinya. Sekadar menderma RM2000 RM3000 kira tiada masalah. Namun nada pertuturan beliau kali ini agak tidak normal. Apabila saya bertanya barulah diceritakan bahawa beliau keluar masuk hospital kerana masalah fibroid. Masalah fibroid yang ringan dapat diatasi mudah dengan pembedahan mengeluarkan hanya fibroid tersebut tanpa menimbulkan masalah kepada mana-mana organ wanita. Namun masalah rakan saya ini adalah masalah serius dimana fibroid sudah memasuki organ rahim / uterus dan fibroid ini hanya boleh dibuang dengan membuang sama organ rahim. Rakan saya masih belum sanggup membuang rahimnya maklumlah beliau masih muda dalam sekitar awal empat puluhan.
Saya segera menelefon isteri arwah guru saya di Kuala Lumpur bertanyakan masalah ini. Hasil perbincangan kami ialah:
1.       Fibroid pada peringkat awal mampu dirawat dengan mengambil ubat persediaan herbanya.
2.       Fibroid pada peringkat acute adalah sukar dirawat dengan ubat persediaan  herbanya.
3.       Pembedahan membuang rahim adalah satu pilihan yang lebih wajar walaupun banyak kesan negatifnya.
Sewaktu berbincang dengan rakan saya ditelefon semalam selepas beliau menyatakan masalah fibroidnya, saya terus spontan menyoal beliau “engkau suka makan ikan sardin ke?”.
Rakan saya pun dengan spontan menjawab “adalah juga”.
Saya telah menulis artikel bertajuk “Jangan makan sardin” di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/05/jangan-makan-sardin.html .
Saya pun memberitahu rakan saya ini bahawa ikan sardin adalah antara punca utama kes fibroid. Namun nasihat yang saya berikan sudah terlewat. Kerosakan telah berlaku. Seorang jiran saya pun telah dibuang rahimnya lama dahulu. Saya memang amat mengenali jiran saya ini dan sememangnya jiran ini gemar makan sardin dan mee maggi. Selepas pembedahan buang rahim jiran saya ini semakin bertambah saiz dan beratnya. Kini jiran ini amat gemuk sekali. Apa yang berlaku pada kucing betina saya Belang juga berlaku perkara yang sama pada wanita yang kehilangan rahimnya.
Wanita yang telah menopous dengan wanita yang dibuang rahim mempunyai kesamaan dimana mereka tidak mampu lagi mengeluarkan cecair yang membantu melancarkan seks. Bagi kucing betina saya Belang, itulah sebabnya ia tidak mahu lagi mengadakan seks dengan kucing jantan dan rela bergaduh dari membenarkan seks. Namun bagi kucing jantan bekas pasangan seks Belang, mereka boleh dengan mudah mencari kucing betina lainnya tetapi bagaimana halnya dengan suami yang mengalami masalah isterinya kehilangan rahim??
Salah satu alternatif bagi wanita yang kehilangan rahim, produk-produk pelincir seperti petroleum jelly dan minyak zaitun boleh digunakan untuk membantu mereka. Apa yang penting ialah suami perlu dijaga keperluan seks mereka. Sekiranya produk-produk ini tidak cukup membantu, Islam adalah agama sempurna. Adalah satu yang mulia sekiranya isteri meminangkan untuk suaminya seorang wanita untuk menjadi isteri kedua.
Dalam minggu ini juga saya sempat bersembang dengan seorang wanita yang masih belum bersuami, semoga Allah SWT memberikan hamba Allah ini seorang suami dalam tempuh segera. Dalam rancak bersembang ini, hamba Allah ini menceritakan bagaimana beberapa orang ISTERI meminta hamba Allah ini untuk menjadi MADUNYA. Rupanya masih ada di dunia (di Johor Bahru) ini isteri-isteri yang sedang berusaha untuk mencarikan suami-suami mereka seorang wanita untuk dijadikan madunya. Semoga Allah merahmati isteri-isteri seperti ini. Dikesempatan ini saya menasihati hamba Allah ini bahawa sesungguhnya setiap keburukan ada kebaikannya, sesungguhnya mungkin seseorang membenci sesuatu perkara   sedangkan perkara itu adalah baik baginya dan sesungguhnya mungkin seseorang menyukai sesuatu perkara sedangkan perkara itu adalah buruk baginya.
Semoga dengan fibroid yang dilalui oleh rakan saya ini menjadi asbab agar segala dosanya yang lalu diampuni Allah SWT sebagaimana janji Allah dalam Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Maryah Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:
“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.
Rasulullah pernah bersabda:
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
                                                                                                        (Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)
Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
Allah telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.
                                                                                                (Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)

Sekian

Emjay

24 comments:

  1. Tak syirik ke kalau kita kata ikan sardin yang menyebabkan fibroid? Allah yang menyebabkan fibroid bukan ikan sardin

    ReplyDelete
  2. Salam Uz....ribuan maaf terlebih dahulu saya mohon kalau kata2 saya kelak salah kepada uz.

    Saya seronok membaca artikel nih....berkait2. Rasanya saya satu group ngan isteri uz, saya tak pandai bela kucing sebabnya serupa dengan kata2 uz. Kebiasaan di kampung saya saje agaknya segala jenis haiwan termasuklah kucing selalunya dikatakan 'bunting'. Maaf yer uz...kalau saya silap.

    ReplyDelete
  3. salam Uztaz.
    N3 yang menarik.....seronok membacanya,

    ReplyDelete
  4. apa hukumnya mengkasi kan kucing...kalau beranak banyak banyak tak terjaga

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Saya rasa jawapan berikut dari laman Ahkam adalah baik:

    by kamin » Feb 17th, '07, 23:23
    wa'alaikumussalam

    Alhamdulillah. Terima kasih kerana masih mengunjungi al-Ahkam. Kami akan cuba menjawab soalan tokusa dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

    Menghalang kucing dari membiakkan zuriat adalah merupakan penghalang kepada proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada makhluknya. Walaubagaimanapun, ia tidaklah seteruk menghalang manusia mengembangkan zuriatnya, dan tidaklah ianya menyalahi kejadian tuhan,

    Ulama' berbeza pendapat (khilaf) didalam kes memandulkan binatang.

    a. Mazhab Hanafi tidak menghalang perbuatan memandulkan binatang kerana ia mendatang munafaat kepada binatang dan manusia.
    b. Mazhab Maliki membenarkan hanya kepada binatang yang boleh di makan, kerana ia menjadikan dagingnya lebih baik.
    c. Mazhab Syafie mengatakan diperbolehkan memandulkan binatang yang dagingnya boleh dimakan semasa binatang tersebut masih kecil sahaja.
    d. Mazhab Hanbali membenarkan kambing dimandulkan oleh kerana dagingnya akan menjadi baik, dan makruh dilakukan terhadap binatang lain.
    e. Imam Ahmad memakruhkan terhadap mana-mana binatang kerana ia menyakitkannya.

    Terdapat beberapa pandangan ulama' yang menyebut bahawa jika kucing tersebut mendapat munafaat dari perkara tersebut, maka ia diperbolehkan. Syiekh Utsaimin rh. pernah ditanya mengenai kucing-kucing yang banyak ini akan di hantar ke SPCA dan ia akan bunuh didalam tidurnya, maka apakah hukum memandulkannya (bagi mengelak dihantar ke SPCA), jawab beliau :-

    "Jika pembedahan tersebut tidak mencederakan binatang maka tidaklah ia di halang, kerana sesungguhnya lebih aula (baik) dari membunuh binatang tersebut setelah ia tercipta"

    Seterusnya Syeikh Utsaimin rh. mengatakan bahawa jika kucing-kucing yang banyak itu menyusahkan, maka diperbolehkan memandulkannya Akan tetapi jika kucing tersebut tidak menyusahkan, maka tidak perlu ia di mandulkan (Fataawa Islamiyyah, 4/448).

    Sudut yang di lihat oleh Ustaz Pendekar adalah dari aspek hukum asal memandulkan kucing. Akan tetapi jika terdapat suasana yang memudaratkannya, seperti terpaksa menghantar kucing ke SPCA untuk di 'tidurkan' misalnya, maka memandulkan kucing dibenarkan pada ketika itu, dengan syarat ia tidak menyakitkan atau mencederakannya. Sebaik2nya, biarlah kucing itu hidup secara 'natural', atau dilepaskan sahaja dari peliharaan.

    Sekian, wassalam

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbh

    blh tuan kongsikan apa hikmah yg tuan dpt setelah bersusah dan berhabis duit membela kucing.... mungkin Allah ada tunjuk yg tersirat ke..

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbh

    Semoga sdr kisaie82 sentiasa dalam perlindungan Allah SWT

    Seorang lelaki berhabis duit banyak untuk mendapatkan seorang Isteri, insyaAllah banyak sekali hikmahnya dengan memperolehi isteri. Nak tanya hikmahnya kenalah tanya orang yang dah beristeri.

    Apabila sudah beristeri, sanggup pula berbelanja besar kelak untuk mendapatkan anak. Sudah dapat satu hendak pula dua dan tiga. Begitulah hikmahnya mempunyai anak walaupun belanja untuk anak-anak ini adalah besar.

    Begitulah juga hikmah membela kucing. Orang sanggup bersusah payah dan mengeluarkan sekian banyak duit untuk membela kucing. Sehinggakan Nabi Muhamad SAW pun membela kucing. Sehinggakan apabila kucing-kucing ini mati pun ditangisi oleh semua ahli keluarga saya. Begitulah hikmahnya membela kucing. Sekiranya tidak ada larangan dalam Islam untuk membela anjing dalam rumah, agaknya saya pun sudah membela anjing. Hikmah membela kucing ini sangat personal, belalah kucing insyaAllah diberikan pelbagai rahmat dan hikmah oleh Allah SWT.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Assalamuallaikum..

    bela kucing tak salah.. cuma jangan kita menginaya binatang sudahlah..takut2 yang pahala boleh jadi dosa.

    ReplyDelete
  9. apa pandangan ustaz tentang orang yang bela burung kat dalam sangkar?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Bela burung dalam sangkar bagi saya adalah satu kezaliman. Kalau kita bela kucing dalam sangkar emas sekali pun, ia adalah zalim!!

    Begitulah juga membela ikan dalam kotak akuarium, satu keZALIMan.

    Elakkan perkara zalim.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/20/hukum-membela-haiwan-dalam-sangkar/

    jika zalim membela, maka memakan burung yg dibela juga zalim pada tuan, begitu juga ikan yg dibela juga zalim..adakah begitu?ayam juga dikurung...

    ReplyDelete
  12. Membela burung secara dikurung untuk makan hasil ternakan burung ini adalah dibenarkan dan tidak ZALIM.

    Membela ayam secara dikurung untuk makan hasil ternakan ayam ini adalah dibenarkan dan tidak ZALIM.

    Membela ikan secara dikurung dalam sangkar untuk makan hasil ternakan ikan ini adalah dibenarkan dan tidak ZALIM.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustaz, benarkah bulu kucing najis ? Ini kerana bila ia buang air besar ..ia akan kais dengan kakinya. Bila garu atau membersihkan badannya dia pakai kaki tadi....!. Sekadar ingin tahu ,terima kasih....

    khairol

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Dalam satu hadis dijelaskan, hujung kain yang menyapu najis di jalanan tidak dikira najis kerana selepas menyapu najis, kain tersebut juga menyapu tanah.

    Samalah juga dengan kaki kucing ini. Tidak pernah dihukumkan bulu kucing adalah najis.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt
    Dah lama ustaz tak online.. saya sangkakan laman ni akan sunyi begitu saja..
    saya juga ada membela kucing, 2 ekor, kedua-duanya asalnya kucing jiran saya tetapi sekrang makan dan tidur di rumah saya.. malah jiran saya itu menawarkan lagi 4 ekor kucingnya pada saya kerana kucingnya itu baru melahirkan anak lagi.. cuma masalah saya sama dengan ustaz, kucing jantan gemar menanda kawasan di dalam rumah saya.

    Berkenaan dengan dengan fibroid di dalam rahim (uterine fibroids). Ia adalah sejenis tumor (yang bukan kanser) tetapi amat merbahaya.Hormon progesterone dikatakan menyebabkan perkembangan fibroid ini. Saya bersetuju pendapat ustaz berkenaan dengan amalan makan makanan yang diawetkan banyak mendatangkan masalah kesihatan terutama sekali kanser di abad ini.

    Saya keluar dari topik sebentar;

    Baru-baru ini saya menemankan sorang teman yang mengalami masalah cyst (nabothian cyst) di dalam rahim. Dia mengalami masalah senggut yang teruk dan masalah kitaran haid. Doktor memberikannya dos ubat perancang keluarga bagi mengatasi masalah ini dan memantau setiap bulan perkembangan cyst ini. Cyst yang terjadi mengandungi tisu, darah kotor, mukus dan bahan2 kotoran lain. Menurut doktor, cyst ini boleh membesar sehingga melebih 5 cm dan jika ia terus membesar, doktor mencadangkan pembedahan bagi membuang cyst.

    Selain dari itu, doktor ini mengesyorkan untuk mengambil pemvaksinan kanser pakar rahim.
    Pakar perubatan kini mendapati kanser pangkal rahim (barah servik) disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV) dan telah mengesyorkan sejenis vaksin bagi menghalang kanser ini. Walaupun suntikan vaksin ini agak mahal ( lebih daripada RM 1,000) namun pencegahan lebih baik dari merawat.
    Dan khabarnya Kementerian Kesihatan & Kementerian Pelajaran bakal melaksanakan pemvaksinan kanser pangkal rahim kepada pelajar sekolah berusia 13 tahun mulai tahun depan (saya tak dapat sahkan, tetapi doktor tu beritahu saya).

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah terima kasih di atas penjelasannya

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh....saya ada kemusykilan tentang bulu kucing nie.Ustaz nyatakan bulu kucing tidak dihukumkan najis,saya sudah lega.Tapi bagaimana jika bulu kucing yang tidak dihukum haram itu melekat pada kain yang kita pakai untuk solat?
    Saya ada terdengar dari seseorang yang belajar di sekolah pondok menyatakan bahawa tidak sah solat jika pakaian/sejadah yang digunakan diperbuat dari kulit haiwan ataupun bulu haiwan,termasuklah bulu kucing...
    Saya makin risau bila mendengarnya,kekadang saya menghabiskan masa setengah jam meneliti pakaian dan sejadah agar tiada bulu kucing yang melekat...Jadi saya meminta pandangan ustaz mengenai hal ini..
    Saya ada bertanya kawan2 lain jika mereka mengetahui hal ini,namun belum ketemu lg orang yg dapat memberi penjelasan akan hal tersebut.

    ReplyDelete
  18. Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi maha Penyayang

    Assalamualaikum

    Saudara Emjay. saya ingin bertanya satu soalan iaitu semasa saudara solat, adakah saudara atau guru yang mengajar saudara khusuk semasa mengerjakan rukun islam yang kedua ini. Atau saudara buat-buat khusuk atau solat ikut-ikut orang solat atau nak tunjuk kat orang yang kita solat.
    Jawapan dari saudara saya nantikan.......

    Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  19. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  20. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT. JANGANLAH JADI DAYUSSSSSSS TAKUT NAK TUNJUK MUKA.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ustaz,
    Saya dan suami memang sukakan kucing dan keluarga membela kucing sejak kecil lg, jika dikampung kucing boleh keluar masuk kerana rumah sentiasa terbuka, tp dibandar rumah tertutup rapat dan kucing saya dikurung didlm rumah sahaja, saya xkisah kalau kucing tu membiak, tp kucing saya skarang kucing jantan dan dia skarang sangat gelisah dan mengiau nak kan betina, so saya terpaksa mandulkan dia, saya tak biarkan dia mencari betina kerana saya tak nak kucing saya tu keluar masuk rumah kerana ade satu penyakit kucing liar yang boleh membahayakan ibu mengandung dan saya skarang tgh mengandung so kucing tu saya nak dia bersih dan dikurung dlm rumah sahaja, walaupun ramai pihak melarang kami bela kucing kerana mengandung, tp saya tetap berdegil dan meneruskan saja utk bela kucing tu kerana sayangkan nya dan kesian kannya kerana dah biasa duduk dlm rumah dan takkan lah saya nk buang dia pula. Dalam kes ini apa pendapat ustaz tentang hukum memandulkannya dan mengurungnya. kerana terlalu sukakan kucing saya dan suami juga memberi mkn pada kucing liar diluar rumah kerana kesiankannya yg kelaparan.

    ReplyDelete
  22. assallualaikum ustz Emj,
    Sejak 2 bulan kebelakangan ini isteri saya selalu sakit. Bermula dengan migrain yang tak tahan saya tengok..kemudian ia berjangkit pada sakit mata dan telinga. Kemudian kedatangan haid yang panjang. terkini hingga saat ini darah sentiasa keluar ketika buang air dengan kuantiti banyaknya. Sudah ke doktor, dan dalam proses menunggu ujian darah dan ujian pap smear utk tentukan samada ada kancer servik atau tidak..namun yg merisaukan kami ialah darah sentiasa keluar. Tuan bole bagi pendapat atau ubat2 tradisional dari isteri arwah guru tuan di cheras tu..moga2 Allah merahmati tuan sekeluarga dan pembaca semua....

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh

    Sila hubungi isteri arwah guru saya kak Aida di Kg Cheras Baru tel 013 6921230

    Emjay

    ReplyDelete
  24. terima kasih ustz Emj..insyaallh saya akan hubungi kak aida..moga Allah merahmati tuan sekeluarga..doakan kami tuan.

    Azhar

    ReplyDelete